Search This Blog

Friday, December 19, 2014

Maut di lombong emas

Oleh Shahrul Nizam Mohamad

am@hmetro.com.my

Maran: Seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas ditimbus tanah runtuh ketika melombong emas di lombong emas haram bersama penduduk, di Ulu Luit, Sri Jaya, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Mohd Shahril A Wahab@Amin, 17,dari FELDA Sri Desa, FELDA Kampung New Zealand,
dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat sesak nafas.
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama beberapa penduduk masuk ke lombong itu sebelum masing-masing ghairah mendulang emas tanpa menghiraukan keadaan hujan.
"Mangsa ditimbus tanah runtuh akibat hakisan dan terperangkap hampir sejam sebelum mayatnya dikeluarkan oleh pelombong lain dan dibawa ke klinik kesihatan Maran sebelum dirujuk ke Hospital Jengka untuk dibedah siasat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 4:05 PM


Lombong emas haram yang mengorbankan Mohd Shahril
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17485#sthash.1HMULn0l.dpuf

Kerang terdampar di Seberang Takir pula

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Ribuan kerang mendarat di Pantai Seberang Takir, di sini, sehingga menjadikan kawasan berkenaan dipenuhi penduduk setempat.
November lalu, fenomena sama berlaku di Pantai Rusila, Marang dan Pantai Sura Hujung, Dungun, apabila ribuan kerang terdampar di kawasan pantai menjadikan kawasan berkenaan seakan-akan pesta.
Keadaan itu disifatkan luar biasa dan tidak pernah berlaku di pesisir pantai berkenaan.
Difahamkan, penduduk mula mengetahui kerang memenuhi kawasan berkenaan pada awal pagi dan keadaan bertambah sesak menjelang petang.
Sehingga 7 malam ini, orang ramai masih memenuhi kawasan pantai berkenaan walaupun keadaan ombak tinggi dan besar.
Penduduk, Rosamiza Omar, 47, berkata, kejadian kerang naik ke darat tidak pernah berlaku di kawasan itu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 8:49 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17498#sthash.3Dv4Kbfx.dpuf

BANJIR: Enam sekeluarga dipindahkan di Johor

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Sebuah keluarga di Kampung Air Tawar Endau dekat Mersing dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir di kawasan itu sudah mencecah 1.5 meter berikutan hujan sejak awal pagi tadi.
Menurut jurucakap bomba, mangsa banjir itu terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara tujuh tahun dan 63 tahun.
Menurutnya, keluarga itu sedang dipindahkan ke pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan PusatAir Tawar Endau dekat sini.
"Mangsa banjir kini sedang dipindahkan ke pusat pemindahan terdekat dan operasi menyelamat mangsa banjir masih lagi dijalankan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 2:30 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17477#sthash.p94SR36k.dpuf

37 warga asing ditahan

Oleh Nur Saliawati Salberi

hmetroshahalam@hmetro.com.my

Shah Alam: Seramai 37 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam Ops Sayang di pusat hiburan sekitar Petaling Jaya dan Klang , awal pagi tadi.
Antara yang ditahan dalam serbuan jam 1.30 pagi itu adalah pelayan pelanggan (GRO) berusia 20-an hingga 30-an.
Penolong Penguasa Imigresen Selangor Mohd Sayuti Ayub berkata, operasi dibuat di tiga pusat hiburan.
"Semua yang ditahan didapati gagal menunjukkan dokumen perjalanan dan permit kerja ketika pemeriksaan dilakukan.
"Mereka yang ditahan dibawa ke lokap sementara Jabatan Imigresen Selangor untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke depoh tahanan untuk tindakan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 11:53 AM


Antara wanita warga asing yang ditahan dalam Ops Sayang oleh Jabatan Imigresen Selangor awal pagi tadi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17465#sthash.ZSMhVQMO.dpuf

Buru suspek lolos

Ardyhansah Amat

ardyhansah@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Polis memburu seorang lelaki tempatan yang sedang dalam perbicaraan mahkamah selepas dipercayai antara suspek yang melarikan diri daripada ditahan dalam kejadian di parkir Tun Fuad Stephen, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, suspek, Samri Samsul, 28, yang sedang dalam perbicaraan mahkmah berhubung kes pecah kenderaan dan dadah, dipercayai turut terbabit dalam lapan lagi kes pecah rumah sekitar bandar ini.
"Suspek dipercayai giat melakukan jenayah pecah kenderaan sepanjang bulan ini yang membabitkan kerugian sebanyak RM24,000 bagi lapan kes termasuk di sekitar Lido, Taman Hiburan dan parkir Tun Fuad Stephen.
"Kita turut mengesan seorang lagi lelaki yang melarikan diri bersama suspek," katanya pada sidang media, di sini, tengah hari tadi.
Semalam, dua lelaki yang menaiki sebuah Perodua Myvi melarikan diri selepas cuba diperiksa anggota polis bertugas di parkir Tun Fuad Stephen.
Kedua-dua lelaki itu merempuh beberapa kenderaan lain termasuk motosikal yang dinaiki anggota polis sebelum terbabas di sekolah di Bukit Padang dan melarikan diri di kawasan hutan berhampiran.
Mereka dipercayai cuba memecah kenderaan dengan menyasarkan kenderaan awam.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 1:04 PM


Chandra (kiri) memeriksa kenderaan yang dinaiki suspek.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17470#sthash.B5arsTgH.dpuf

Remaja maut motosikal masuk tali air

Oleh Hadzlihady Hassan

hadzlihady@hmetro.com.my

Nibong Tebal: Dua remaja maut apabila motosikal ditunggangi mereka terjatuh dalam tali air di Jalan Paboi, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 7.30 pagi itu mangsa Lim Sheng Ming, 15, dan rakannya Tan Gin Wei, 14, maut akibat kecederaan di badan serta kepala.
Menurut sumber, mereka yang masih bersekolah itu dikatakan keluar sejak jam 8 malam tadi namun tidak pulang.
"Mayat mereka ditemui pengguna jalan raya pagi ini dan kedua-dua mangsa dikatakan menunggang motosikal dengan laju sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu.
"Mereka kemudian tercampak ke dalam tali air namun ia tidak disedari kerana keadaan gelap ketika itu," katanya.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 1:22 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17474#sthash.NeZ8bIbA.dpuf

BANJIR: Remaja lemas depan rumah

Oleh Mohamad Zulhairie Manzaidi

am@hmetro.com.my

Tumpat: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menjadi korban banjir terbaru di Kelantan selepas dikatakan terjatuh ke dalam air sedalam kira-kira satu meter di depan rumahnya di Kampung Telok Jering, Pengkalan Kubor, pagi tadi.
Kejadian disedari ibu remaja itu Kalsom Ismail, 56, 7.10 pagi tadi.
Menurut Kalsom, sebelum kejadian anaknya Che Muhamad Anuar Che Hassan, 17, berehat di depan rumah namun tiba-tiba jatuh ke dalam air dipercayai akibat serangan sawan.
Katanya, dia cuba menarik tangan anaknya namun tidak berdaya sebelum mangsa akhirnya lemas.
"Dengan bantuan jiran, kami cuba mencapai tangannya, namun ketika itu dia sudah tidak bernyawa lagi," katanya yang ditemui di bilik mayat Hospital Tumpat, di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 3:59 PM


MANGSA lemas Che Muhamad Anuar terjatuh ke dalam air selepas dipercayai mengalami sawan. FOTO Siti Rohana Idris
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17483#sthash.6Qrce8Kk.dpuf

1,586 mangsa banjir dipindahkan di Pahang

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 1,586 orang membabitkan 395 keluarga sehingga 9 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Polis Abdul Aziz Salleh, berkata sebuah pusat pemindahan baharu dibuka di Pusat Bina Insan Jaya Gading, di sini pada jam 12 tengah malam tadi bagi menempatkan 48 mangsa daripada 12 keluarga selepas kediaman mereka dinaiki air.
Katanya, lima lagi pusat pemindahan yang beroperasi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan yang menempatkan 883 orang daripada 235 keluarga dari Kampung Pandan 2, Chendering dan Lubuk Puyu.
Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Samad (320 mangsa daripada 62 keluarga) dari Taman Tas Jaya, SMK Gudang Rasau (209 mangsa daripada 47 keluarga) dari Kampung Gudang Rasau, Dewan Orang Ramai Seri Damai (91 mangsa daripada 31 keluarga) dari Kampung Seri Damai dan SK Kempadang (35 mangsa daripada 8 keluarga) dari PPRT Kempadang.