Search This Blog

Tuesday, December 16, 2014

Polis Tahan Tujuh Militan Indonesia Mahu Ke Syria


Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 10:03 PM
Khalid Abu Bakar.

PETALING JAYA: Polis menahan tujuh warga Indonesia, termasuk empat wanita, kerana didakwa terlibat dengan aktiviti militan.
Menurut satu kenyataan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin, kesemua suspek berusia antara 25 dan 35 tahun, ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman di Selangor pada 2 Disember lalu.
"Mereka ditahan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti militan dan menggunakan Malaysia sebagai transit sebelum menuju ke Syria.
"Turut ditahan dalam operasi itu ialah lima kanak-kanak berusia antara lima bulan dan lima tahun.
"Mereka merupakan anak-anak kepada tiga keluarga suspek yang berbeza," katanya.
Khalid menambah, salah seorang suspek yang ditahan merupakan pemudah cara yang membuat perancangan untuk teman-teman militan warga Indonesia untuk pergi ke Syria.
Pemudah cara itu dipercayai mempunyai kaitan dengan anggota kumpulan Abu Sayyaf, Umar Patek dan Al Qaeda di Asia.
Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

Pantai Timur Catat Rekod Tertinggi Buka Pornografi Di Internet


Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 12:44 PM

PETALING JAYA: Orang-orang dari Pantai Timur Malaysia menghabiskan masa yang paling lama untuk melihat pornografi di internet, sebuah syarikat video dalam talian mengesahkan.

Statistik oleh Pornhub mendedahkan bahawa pengguna internet di Kuala Terengganu menghabiskan purata 12 minit dan 58 saat untuk setiap lawatan sama ada untuk mencari atau melihat visual.

Warga Malaysia di Kuala Lumpur menduduki tempat kedua, dengan purata 12: 29.

Ini diikuti oleh pengguna internet di Kota Bahru dan Miri, yang mencatatkan penerokaan dengan purata 12: 27 seorang, bagi setiap lawatan.

Ini adalah tempoh masa lanjutan yang dilakukan Pornhub secara global bertajuk 'Who Lasts Longest' dengan mengumpul dan memperincikan masa yang digunakan di laman web oleh orang-orang di seluruh dunia.

Empat bandar di Malaysia mencatatkan purata penggunaan Pornhub lebih tinggi berbanding Malaysia sendiri (12: 05), yang merupakan antara yang tertinggi di Asean.

Filipina (14: 22) mendahului senarai sebagai salah sebuah negara yang mana penggunanya adalah paling tinggi (atau paling lama) di dunia.

Malaysia diikuti oleh Myanmar (10: 54), Indonesia (10: 11), Singapura (9: 50), Brunei (9: 45), Laos (8: 28), Vietnam (8: 24), Thailand (8: 15) dan Kemboja (8: 07).

Bercakap kepada The Star, Naib Presiden Pornhub Corey Price berkata sesetengah negara mungkin telah mencatatkan tempoh masa yang lebih lama untuk setiap lawatan kerana mereka telah mencari video yang betul.

"Kadang-kadang, proses pemilihan boleh memakan masa, justeru ia tidak menghairankan apabila jumlah pelbagai diperolehi di laman web kami," katanya.

Dua Mangsa Terbunuh Dalam Insiden Tebusan Kafe Sydney Dikenalpasti


Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 9:39 AM

Insiden Tebusan Kafe Lindt

  • 1 of 7

SYDNEY: Dua orang mangsa tebusan sebuah kafe di tengah-tengah bandar ini yang terbunuh dalam insiden yang mengemparkan Australia dan dunia pada Isnin telah dikenalpasti sebagai pengurus kafe berkenaan, Tori Johnson dan Katrina Dawson, seorang pekerja di blok berhampiran dengan tempat kejadian.
Portal berita Britain, Mail Online dalam laporan mereka menyatakan yang Johnson,34, terbunuh ketika dia cuba menyelamatkan mangsa-mangsa tebusan dengan merampas senjata daripada lelaki yang menahan mereka di dalam Lindt cafe di kawasan perniagaan popular, Martin Place itu.
The 34-year-old manager of the Lindt cafe, Tori Johnson (left), and mother of three Katrina Dawson, 38 (right), have been named as the two hostages killed during the Sydney siege on Tuesday morning The 34-year-old manager of the Lindt cafe, Tori Johnson (left), and mother of three Katrina Dawson, 38 (right), have been named as the two hostages killed during the Sydney siege on Tuesday morning
Pengurus Lindt cafe, Tori Johnson (kiri) dan ibu kepada tiga anak Katrina Dawson yang maut dalam insiden berkenaan.
The Mail melaporkan yang pergelutan antara mangsa dengan penculik mereka itu berlaku sejurus selepas jam 2 pagi, Selasa.
Dawson pula yang berusia 38 tahun adalah seorang ibu kepada tiga orang anak dilaporkan meninggal dunia di hospital ketika sedang menerima rawatan kecemasan selepas dia juga terkena tembakan.
Kesemua mereka adalah mangsa tahanan selama lebih 16 jam selepas seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pelarian Iran bertindak memasuki kafe berkenaan dan menahan para pelanggan dan kesemua pekerja yang berada di dalamnya.
Women were photographed standing near the Lindt cafe this morning with tears streaming down their faces
Seorang wanita yang tidak dapat menahan kesedihan berikutan insiden di Lindt kafe.
Mangsa cuba untuk berlawan dengan lelaki berkenaan yang dikenali dengan nama Man Haron Monis selepas mendapati dia tertidur selepas 16 jam menahan mangsa-mangsanya yang berjumlah 17 orang kesemuanya.
Lelaki bersenjata yang berusia 50 tahun itu bagaimanapun tersedar dan melepaskan tembakan ke arah Johnson.
Ketika itulah pihak polis mengambil kesempatan dan menyerbu masuk ke dalam kafe itu lalu menamatkan drama tebusan yang disiarkan ke seluruh dunia oleh pelbagai agensi berita antarabangsa yang berkampung di sini sejak ia berlaku ada awal pagi Isnin.
Man Haron Monis dilaporkan turut terkorban dalam insiden itu.Dia dilaporkan meninggal dunia di hospital ketika sedang menerima rawatan akibat luka tembakan ketika serbuan dilakukan.

Empat Polis Bebas Tuduhan Bunuh Tahanan Lokap


Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 7:00 PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Jumaat melepaskan dan membebaskan empat anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor daripada pertuduhan membunuh tahanan lokap, N. Dharmenderan, pada Mei tahun lepas.
Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap Inspektor Hare Krishnan, 41, Sarjan Jaffri Jaafar, 45, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 46, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 33.
Dalam penghakimannya, Hakim Kamardin berkata pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan keadaan yang tidak menjurus secara konklusif kepada kesalahan membunuh.
Beliau berkata tiada keterangan keadaan yang menunjukkan motif kesemua tertuduh untuk membunuh Dharmenderan dan pertuduhan niat bersama juga gagal dibuktikan.
"Tiada perbuatan dan keterangan kukuh secara langsung untuk membuktikan tertuduh secara fizikal menyerang si mati.
"Keterangan oleh pakar sains forensik atau pakar patalogi menyatakan bahawa kecederaan yang membawa kematian si mati adalah berusia tiga hingga empat hari adalah tidak selaras dengan pertuduhan dikemukakan," katanya.
Anggota keluarga dan rakan keempat-empat tertuduh yang memenuhi ruang mahkamah sejak awal prosiding bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan sejurus penghakiman selesai dibacakan Hakim Kamardin.
"Oleh itu, mahkamah melepaskan dan membebaskan kesemua tertuduh daripada pertuduhan itu tanpa memanggil mereka membela diri," katanya.
Seramai 58 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu yang bermula 17 Februari lepas.
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Dharmenderan, 32, di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL), Jalan Hang Tuah, antara 12.20 tengah hari hingga 2.50 petang pada 21 Mei tahun lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nordin Ismail, manakala Krishnan diwakili peguam M. Athimulan, peguam Datuk Baljit Singh Sidhu mewakili Mohd Nahar, peguam Datuk Hazman Ahmad mewakili Jaffri dan Mohd Haswadi diwakili peguam Ariff Azami Hussein.

Kontraktor Binaan, Sepupu Didakwa Culik Dan Bunuh


Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 2:39 PM

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor pembinaan dan sepupunya pada Selasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menculik seorang peniaga dengan tujuan membunuh, bulan lepas.
K.Arul Nathan, 41, dan pemandu lori A.Laurence, 21, bersama dua lagi rakan yang masih bebas didakwa dengan niat bersama menculik Davic Vartan, 33, seorang lelaki warga India, supaya dia dibunuh di No. 126, Tingkat 1, Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utama, Sentul di sini pada 6.10 petang, 12 Nov lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu serius dan kebarangkalian tertuduh mengganggu saksi pendakwaan adalah tinggi kerana kejadian culik itu berlaku di premis perniagaan mangsa.
Peguam P. Suresh, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan Arul Nathan dan Laurence merupakan penanggung tunggal keluarga.
Hakim Ahmad Bache tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Jan untuk sebutan.

Warga Myanmar Dalang Pati


Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 4:22 PM

BUKIT KAYU HITAM: Sebanyak 76 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah di sebuah rumah kosong di Kampung Padang Satu di sini pagi Selasa.
Tangkapan dilakukan 11 anggota risik UPP Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 9 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam yang melihat sekumpulan warga asing dalam rumah tersebut.
Timbalan Komander (Operasi) UPP Kedah, Noor Mohamed Shaik Alauddin berkata hasil pemeriksaan kemudiannya mendapati 65 Pati lelaki serta tujuh wanita tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah sementara empat lagi memiliki dokumen perjalanan tamat tempoh.
Beliau berkata kesemua Pati berumur antara 17 hingga 61 tahun itu dipercayai dibawa dari Johor Baharu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kulim yang dikumpulkan sindiket didalangi seorang warga Myanmar yang telah lama tinggal lama di negara ini.
Setiap Pati diapor dikenakan bayaran antara RM500 hingga RM950 untuk proses penyeludupan keluar dari negara ini, tambahnya.
"Rata-rata Pati tinggal di negara ini antara dua hingga tiga tahun secara tidak sah. Mereka takut dan mahu keluar dari negara ini selepas pihak berkuasa membanteras Pati habis-habisan," katanya pada sidang media di Pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini.
Noor Mohamed berkata semua Pati tersebut dipercayai berkumpul di rumah kosong itu sejak malam tadi selepas mereka diambil oleh sindiket di Changlun, dengan menaiki bas sebelum dibawa ke lorong tikus untuk memasuki Thailand.
Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) dan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa di negara ini.
Katanya kes akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut dan Noor Mohamed berkata sejak 1 Januari hingga kini, seramai 274 Pati di tahan di Kedah dan sebahagian besarnya adalah warga Myanmar.
Katanya trend kemasukan Pati ke negara ini disebabkan berlakunya kekacauan di negara mereka yang memaksa mereka keluar dari negara itu.
"UPP bersama agensi penguatkuasa lain akan bekerja keras dalam memastikan tidak ada Pati yang dapat masuk ke negara ini dengan pemantauan di pintu sempadan dan di lorong-lorong tikus," katanya.

Banjir: 1,260 Mangsa Masih Terjejas Di Terengganu


Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 4:27 PM

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu tidak banyak berubah walaupun jumlah mangsa menurun kepada 1,260 orang petang ini berbanding 1,661 orang pagi Selasa.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, beberapa pusat pemindahan di Setiu dan Kemaman juga ditutup selepas mangsa pulang ke rumah masing-masing.
Di Setiu, pusat pemindahan yang ditutup ialah Kampung Masjid Merbau Menyusut yang menempatkan 85 orang dari 32 keluarga dan Masjid Kampung Kasar yang menempatkan 149 dari 35 keluarga.
Di Kemaman, pusat pemindahan di Balai Raya JKKK Padang Kubu yang menempatkan 105 orang dari 19 keluarga), Masjid Lama Kampung Padang Kubu 22 orang dari 5 keluarga dan Rumah Pegawai Ladang Padang Kubu yang menempatkan 60 orang dari 16 keluarga ditutup pada 11 pagi Selasa.
Berikutan perkembangan itu, mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Setiu ialah seramai 190 orang daripada 50 keluarga, Kemaman 338 orang (82 keluarga), Marang 646 orang (163) keluarga, Hulu Terengganu 50 orang (18) keluarga, Kuala Terengganu 22 orang (5) keluarga dan Besut 16 orang (3) keluarga.
Pada masa ini, sebanyak 20 pusat pemindahan masih beroperasi di negeri ini iaitu Setiu (7), Kemaman (6), Marang (3), Hulu Terengganu (2) dan Kuala Terengganu serta Besut masing-masing satu pusat.
Sementara itu, paras air Sungai Setiu di Permaisuri dan di Langkap serta Sungai Marang di Pengkalan Berangan masing-masing berada pada tahan amaran.
Jabatan Meteorologi Malaysia juga mengeluarkan amaran angin kencang kategori pertama dengan kelajuan angin 40-50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Terengganu sehingga 18 Dis ini.

11 Terperangkap Dalam Runtuhan Terowong Di Vietnam


Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 5:41 PM
  (Ubah saiz teks)
HANOI: Sekurang-kurangnya 11 orang terperangkap dalam runtuhan sebuah terowong di tapak pembinaan pelan hidrokuasa di Vietnam.
Pasukan penyelamat menggerudi lubang kecil untuk mengepam oksigen ke dalam terowong, kata pegawai tempatan Vo Van Hoang kepada AFP.
"Kerja-kerja menggerudi kami amat perlahan dan sukar, tetapi operasi menyelamat kami dilakukan secara maksimum.
"Apa yang penting sekaranga dalah mengepam oksigen ke dalam terowong bagi memastikan mereka terus hidup, tetapi kami tidak tahu bila kami boleh menggunakan tiub oksigen," katanya.
Hoang berkata, runtuhan itu berlaku di terowong, yang merupakan sebahagian daripada pembangunan pelan kuasa hidroelektrik Da Dang-Da Chomo di daerah Lac Duong di Central Highlands yang berlaku awal pagi Selasa akibat hujan lebat.
"Kami memindahkan lebih 200 orang bagi menyelamatkan mereka yang terperangkap di dalamnya tetapi kami tidak dapat untuk menghubungi mereka," tambahnya.
Media tempatan melaporkan bahawa runtuhan itu berlaku kira-kira 500 meter dari pintu masuk terowong. - AFP

Reman Tiga Suspek Kes Bunuh Warga Myanmar Dilanjut


Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 5:08 PM

BUTTERWORTH: Mahkamah majistret di sini melanjutkan perintah tahanan reman tiga suspek dalam kes pembunuhan kejam warga Myanmar selama tujuh hari sehingga 23 Disember ini.
Penolong pendaftar, Ahmad Faiz Md Zain pada Selasa membenarkan perintah menyambung reman selepas mendengar permohonan polis bahawa mereka memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan siasatan.
Kesemua suspek, yang juga warga Myanmar masing-masing berusia 30-an direman sebelum ini selama tujuh hari dari 10 sehingga 16 Disember.
Dilaporkan bahawa Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua pembunuhan yang terbaharu dipercayai berlaku di "rumah penyembelihan" di Machang Bubok, Bukit Mertajam.
Polis turut menemui tiga bilah parang, yang dipercayai menjadi senjata yang digunakan oleh suspek, dari "rumah penyembelihan".
Setakat ini, polis menahan 17 suspek untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan 18 warga Myanmar di negeri itu tahun ini.
Abdul Rahim berkata, dendam disebabkan isu-isu di negara mereka dipercayai merupakan motif pembunuhan.
Banyak bahagian anggota badan ditemui di beberapa tempat awam tahun ini, dengan enam kes berlaku dalam beberapa minggu lalu.
Kesemuanya ditemui dibuang di kawasan perindustrian dengan kebanyakannya dibungkus dengan kain putih, cadar dan kain sarung, dan ditinggalkan di tepi jalan.

Lapan Ditahan Kes Curi Karya Seni RM1.5 Juta


Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 3:26 PM
Chen Shi Jie (kiri) dan Ketua Polis Daerah Sepang ACP Mohd Yusoff Awang melihat lukisa-lukisan yang ditemui semula yang bernilai RM1.5 juta. -foto SAMUEL ONG/THE STAR

SEPANG: Polis menahan lapan suspek berhubung kehilangan enam lukisan bernilai RM1.5 juta.

Lukisan tersebut, karya Chen Shi Jie memenangi anugerah Republik Rakyat China (PRC)  sepatutnya dipamerkan di Festival Kesenian Antarabangsa Sasaran di Kuala Selangor pada bulan November.

Walau bagaimanapun lukisan-lukisan tersebut hilang dari kawasan tuntutan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 20 November.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Yusoff Awang berkata, suspek yang berusia antara 19 dan 59 tahun, telah ditangkap di antara 6 Disember dan 9 Disember di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.

"Kami menangkap suspek pertama, yang merupakan seorang pelukis berusia 44 tahun, pada 6 Disember. Tujuh yang lain ditahan dalam tempoh tiga hari.

"Salah seorang daripada mereka adalah seorang pemilik galeri, yang mempunyai gelaran 'Datuk'.

"Kami menemui lukisan itu di rumah Datuk itu di Damansara," katanya.

Yusoff menjelaskan, di antara lapan suspek, dua daripada mereka adalah pensyarah di institusi awam dan swasta, manakala yang lain terlibat dalam industri seni.

Suspek terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Pemilik Rumah Burung Walit Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh


Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 5:37 PM
Abdul Razak Hassan

KUANTAN: Seorang pemilik rumah burung walit ditahan bersama tiga pekerjanya bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang warga Indonesia yang ditemui mati dengan kesan hentakan di kepala di Jalan Lipis-Kechau dekat Kuala Lipis Ahad lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan, empat lelaki itu yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun kini ditahan reman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis.
"Mereka ditahan beberapa jam selepas mayat mangsa ditemui oleh pemilik sarang burung walit itu dengan keadaan mayat ditutup dengan kanvas.
"Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.
Katanya mayat mangsa juga sudah dituntut keluarganya bagi urusan pengkebumian semalam dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mangsa Abdul Rohim, 42, yang baru lima bulan bekerja sebagai buruh binaan di negara ini ditemui mati pada pukul 5.30 petang Ahad lepas dalam keadaan mayat yang telah berbau dan kesan kecederaan di kepala.

Ugut sembelih kekasih


Zhou Mengjie (kiri) mengugut mahu membunuh kekasihnya menggunakan pisau pemotong daging.
Zhou Mengjie (kiri) mengugut mahu membunuh kekasihnya menggunakan pisau pemotong daging.
SEORANG lelaki bertindak menjadikan teman wanitanya sebagai tebusan dan mengugut mahu membunuhnya menggunakan pisau pemotong daging.

Insiden berlaku di bandar Huizhou di selatan China ketika polis menyerbu rumah lelaki tersebut.

Sebelum ini, pihak berkuasa memburu suspek dikenali sebagai Zheng Mengjie, 26, selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pelbagai kesalahan termasuk mencuri.

Jurucakap polis, Wen Tsou berkata, pada awalnya mereka hanya mahu membawa suspek ke balai untuk disoal siasat namun situasi menjadi tegang apabila dia enggan bekerjasama.

"Kami mengetuk pintu rumahnya beberapa kali, tapi dia enggan membukanya. Kami tiada pilihan lain selain memecah masuk.

"Sebaik sahaja melangkah masuk, dia sudah mengacukan pisau pemotong daging ke leher kekasihnya," katanya.

Tsou berkata, mereka cuba memujuk suspek tetapi tidak berjaya dan apabila  melihat leher tebusan wanita berdarah, polis terpaksa melepaskan tembakan tepat ke dada suspek.

Suspek bernasib baik kerana masih hidup dan sebaik sahaja pulih, dia akan didakwa atas kesalahan cubaan membunuh, kata Tsou. - Mirror

Tebusan Sydney: Tiga mati selepas digempur


Seorang tebusan cedera diusung untuk menaiki ambulans selepas tembakan dilepaskan dalam serbuan di dalam kafe semalam. - Foto Ihsan CNN
Seorang tebusan cedera diusung untuk menaiki ambulans selepas tembakan dilepaskan dalam serbuan di dalam kafe semalam. - Foto Ihsan CNN
SYDNEY - AUSTRALIA. Drama tebusan di sebuah kafe di Sydney berakhir apabila pasukan polis menembak mati pengganas yang menawan hampir 15 orang sejak pagi semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengganas serang restoran, tahan tebusan]

Bagaimanapun, operasi itu turut mengorban dua orang awam yang turut dijadikan tebusan hampir 16 jam lalu, lapor CNN.

Media tempatan melaporkan, mereka yang terbunuh adalah pengurus kafe, Tori Johnson, 34 dan peguam, Katrina Dawson, 38.

Sementara itu, empat mangsa lain dilaporkan cedera termasuk seorang anggota polis.

Sebelum ini, pusat bandar Sydney dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki bersenjata yang dikenalpasti sebagai seorang pelarian dari Iran menawan sebuah kafe, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Insiden pengganas: Dua tebusan larikan diri]

Kafe Lindt Chocolat terletak di sebuah pusat membeli-belah tumpuan ramai di Martin Place.

Semalam, lelaki bersenjata yang dikenali sebagai Man Haron Monis turut memaksa dua tebusan memegang bendera hitam bertulisan Arab di cermin kafe.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dalang tawan tebusan di kafe Sydney dikenal pasti]

Monis sebelum ini mendapat perlindungan suaka politik di Australia pada 1996 dan pernah didakwa atas beberapa kesalahan jenayah.

Asean bimbang penularan Ebola


BANGKOK - THAILAND. Negara anggota Asean sangat bimbang dengan penularan penyakit Ebola di Afrika Barat ketika ini, walaupun rantau ini terletak jauh dari kawasan itu.
Jen Prayuth Chan-ocha
Jen Prayuth Chan-ocha
Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-ocha hari ini mempengerusikan majlis perasmian mesyuarat negara anggota Asean Campur 3 (China, Jepun dan Korea Selatan) untuk meningkatkan kesiapsiagaan serta respons terhadap ancaman Ebola, di samping menjamin kesihatan penduduk di rantau ini.
"Walaupun rantau Asean terletak jauh dari kawasan terjejas, persiapan perlu dibuat semua rantau kerana dunia ini dihubung rapat melalui ekonomi, perdagangan dan perjalanan, terutama pengangkutan antarabangsa," kata kenyataan dalam laman sesawang Kerajaan Thailand.

Katanya penganjuran mesyuarat berkenaan mencerminkan keazaman dan kemampuan negara anggota Asean Campur 3 untuk memberi respons terhadap penularan dan krisis akibat penyakit itu.
Thailand bersedia bertukar-tukar pengalaman tentang pencegahan dan pengawalan penyakit ini dengan negara lain, katanya.       

Sehingga 10 Dis, penularan Ebola menjejaskan 17,942 individu dan meragut 6,388 nyawa, dengan kadar kematian akibatnya sebanyak 35 peratus.

Setakat ini, tiada laporan tentang jangkitan penyakit itu di rantau Asean.
Lebih 100 orang menghadiri mesyuarat itu untuk berkongsi pengalaman, amalan dan membina kerjasama konkrit bagi menyediakan mekanisme berkesan untuk memerangi ancaman Ebola dan menyokong usaha global mencegah penularan penyakit itu. - Bernama

31 lagi mayat tragedi tanah runtuh ditemui


Pasukan penyelamat membawa keluar mayat penduduk yang tertimbus di kampung Jemblung di daerah Banjanegara.
Pasukan penyelamat membawa keluar mayat penduduk yang tertimbus di kampung Jemblung di daerah Banjanegara.
JEMBLUNG - JAWA TENGAH, Angka kematian akibat tanah runtuh di Jawa Tengah meningkat kepada 51 orang, dengan harapan untuk menemui mangas terselamat semakin tipis.

Difahamkan, 57 orang masih gagal dikesan apabila kediaman mereka di kampung Jemblung ditimbus lumpur, Jumaat lalu.

Operasi mengesan dan mencari mangsa kini memasuki hari ketiga dengan pasukan penyelamat terpaksa menggali tanah lumpur menggunakan tangan dan penyodok.

Lebih 1,000 anggota penyelamat termasuk polis dan tentera terlibat dalam operasi mencari selepas tanah runtuh  melanda kampung berkenaan terletak di lembah dikelilingi bukit.

Sementara itu, Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho berkata jentera berat digunakan bagi membersihkan laluan untuk memudahkan pasukan penyelamat masuk ke kawasan bencana.

"Kami menjangkakan akan menemui beberapa lagi mayat sebelum operasi mencari dihentikan sementara," katanya.

Ahad lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo menggesa pihak berkuasa supaya mempercepatkan operasi menyelamat. - Reuters

Anak didakwa bunuh bapa

Ahli perniagaan, David West mati ditikam anak lelakinya sendiri.
Ahli perniagaan, David West mati ditikam anak lelakinya sendiri.
SEORANG lelaki bakal dihadapkan ke mahkamah selepas menikam sehingga mati bapanya di West End, London, baru-baru ini.

Mayat David West, 70, yang merupakan pemilik kelab malam di Mayfair ditemui berhampiran kediamannya di Jermyn Street, Jumaat lalu.

Hasil bedah siasat mendapati kematian West berpunca daripada satu tikaman tunggal.

Beberapa jam selepas pembunuhan, polis berjaya mengenal pasti suspek utama iaitu anak lelaki mangsa yang juga dikenali sebagai David West berumur 44.

Susulan daripada itu, West Jr bakal dihadapkan ke Mahkamah Mejistret Westminster.

Difahamkan, dua beranak itu merupakan rakan kongsi dalam perniagaan alkohol dan kelab malam sekitar London.

Sementara itu, rakan mangsa, Harry Barnet tidak percaya West Jr sanggup mencabut nyawa bapanya sendiri.

"Amat sukar untuk mempercayainya. Hubungan mereka sangat rapat malah Dave tinggal bersama bapanya," kata Barnet.

Difahamkan, West Sr amat terkenal dalam kalangan orang kenamaan dan juga seorang kaki perempuan. - Daily Mail

Terapung sejam di laut



Dua pemancing tempatan yang terapung selama sejam selepas enjin bot yang mereka naiki rosak di perairan Tawau, Sabah kelmarin.


TAWAU – Dua pemancing tempatan berdepan detik cemas selepas terapung selama sejam di dalam bot mereka di perairan Tawau di sini kelmarin.
Kejadian pukul 4 petang itu berlaku ketika bot dinaiki Jafar Dijaman, 43, dan Saharun Banron, 51, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas memancing.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) Tawau, Kepten Anor Jaafar berkata, kejadian dikatakan berlaku selepas bot tersebut mengalami kerosakan di bahagian enjin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3M0Wug8RP 
Hakcipta terpelihara 

Wanita Australia sorok syabu dalam beg galas



CHIK OMAR (tengah) menunjukkan paket syabu yang ditemui tersorok dalam beg galas wanita Australia di Sepang semalam.


SEPANG – Cubaan dua keldai dadah antarabangsa untuk menyeludup 6.84 kilogram (kg) syabu bernilai RM1.3 juta gagal selepas mereka diberkas dalam dua kejadian berasingan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 7 dan 14 Disember lalu.
Kedua-dua suspek warga Australia dan India yang masing-masing berumur 51 dan 27 tahun itu ditahan penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA yang melakukan pemeriksaan terhadap bagasi mereka sebaik tiba di lapangan terbang tersebut.
Pengarah JKDM KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, modus operandi suspek pertama adalah dengan menyorokkan dadah di dalam bungkusan plastik lut sinar yang diletakkan dalam ruangan khas beg galas miliknya manakala suspek kedua menyorokkan dadah di ruangan rahsia dalam bagasi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3M0WedyFq 
Hakcipta terpelihara