Search This Blog

Monday, December 15, 2014

KEBAKARAN RUMAH SETINGGAN DI JALAN RAJA ALANG, KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR






KEBAKARAN RUMAH SETINGGAN DI JALAN RAJA ALANG, KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR pada pukul 4.32 pagi tadi. Tiada kecederaan dilaporkan dan seramai 105 orang kehilangan tempat tinggal akibat dari kebakaran tersebut. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Titiwangsa, BBP Sentul, BBP Hang Tuah dan BBP Setapak.

Lelaki Bersenjata Tawan 40 Tebusan Dalam Kafe


Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 11:24 AM

Orang ramai menyaksikan insiden lelaki bersenjata menawan tebusan di sebuah kafe di tengah bandar Sydney, Isnin.

SYDNEY: Suasana di sebuah kafe di tengah bandar ini kecoh apabila seorang lelaki bersenjata bertindak menawan sekurang-kurangnya 40 tebusan membabitkan pekerja premis itu dan 30 pelanggan, awal pagi Isnin.
Lelaki itu juga bertindak memaparkan bendera hitam putih dengan tulisan Arab yang diletakkan di tepi tingkap kafe berkenaan.
Siasatan insiden itu sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti lelaki berkenaan.
Kafe berdekatan Opera House itu mendorong pihak berkuasa menutup pusat perniagaan Martin Place apabila polis lengkap bersenjata mengepung kafe coklat Lindt.
Saksi kejadian itu berkata, mereka mendengar bunyi kuat seperti tembakan dilepaskan dalam premis itu.
Penerbit Channel Seven, Patrick Byrne, yang pejabatnya terletak bertentangan kafe itu berkata, kakitangan stesen televisyen itu menyaksikan insiden berkenaan.
"Kami meluru ke tingkap dan terkejut apabila melihat orang mengangkat tangan ke arah tingkap di kafe itu," katanya.
Australia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas kerajaan membangkitkan kebimbangan terhadap rakyatnya yang berjuang bersama kumpulan jihad di Iraq dan Syria mungkin pulang ke negara asal dengan membawa elemen radikal dan berupaya membuat serangan.
Sementara itu, jurucakap polis New South Wales berkata, pihaknya sedang bertindak balas terhadap insiden berkenaan dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan tebusan.

Empat Anggota Tentera Cedera, Seorang Parah Nahas Di Kampar


Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 1:45 PM

IPOH: Lima anggota tentera cedera apabila kenderaan yang dinaiki hilang kawalan dan terbalik berdekatan Kampar.
Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi di persimpangan keluar kuari di Jalan Kampung Sahom mengakibatkan salah seorang daripadanya cedera parah.
Bagaimanapun, empat anggota tentera yang lain cedera ringan, manakala lapan yang lain turut terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Kumpulan Muslim Australia Kutuk Krisis Tebusan Di Sydney

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 9:04 PM
Satu paparan skrin daripada saluran Channel 7 News menunjukkan seorang lelaki bersenjata yang menawan tebusan di kafe Lindt di Sydney pada Isnin. Foto EPA

SYDNEY: Lebih 40 kumpulan Muslim Australia pada Isnin bersama-sama mengutuk krisis tebusan yang dilakukan oleh seorang lelaki bersenjata dan memaparkan sebuah bendera dengan tulisan Arab di sebuah kafe di Sydney.
"Kami menolak sebarang cubaan untuk membunuh orang yang tidak berdosa atau menanam rasa takut dan kebimbangan dalam jiwa mereka," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Sebuah bendera hitam dilihat pada sebuah tingkap kafe Lindt yang sering digunakan oleh kumpulan pejuang jihad yang mengandungi ucapan dua kalimah syahadah atau pengakuan iman dalam Islam.
Ia berkata: "Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah."
Kumpulan-kumpulan Muslim berkenaan berkata, ungkapan itu "tidak mewakili kenyataan politik, tetapi mengukuhkan lagi bukti iman yang telah disalahgunakan oleh individu yang sesat yang tidak mewakili sesiapa tetapi mereka sendiri."
"Apa sahaja perbuatan tercelat ini akan hanya bermain dalam agenda mereka yang berusaha untuk memusnahkan nama baik rakyat Australia dan lebih buruk lagi dengan mempersendakan agama Islam dan umat Islam di Australia di seluruh negara," tambahnya.
"Fikiran kami adalah mengenai tebusan-tebusan dan keluarga mereka.
"Kami berdoa untuk keselamatan mereka dan berharap agar perkara ini dapat segera diselesaikan dengan aman."
Pemimpin-pemimpin agama di seluruh Australia pada Isnin menyeru semua pengikutnya untuk bersatu dan berdoa supaya insiden tebusan itu diakhiri dengan keamanan.
Masjid-masjid, rumah-rumah beribadat dan gereja-gereja di seluruh negara mengalu-alukan penganut agama masing-masing pada malam Isnin, bagi menunjukkan solidariti.
"Dalam keadaan yang sukar ini adalah sebaik-baiknya kita semua bertenang, bersatu dan berdiri bersama-sama," kata Presiden Persatuan Muslim Lubnan, Samier Dandan. - AFP

Tebusan: Suspek Tuntut Bendera IS, Beri Amaran Empat Bom Dipasang Di Sydney


Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 4:32 PM
Pasukan polis khas taktikal mendapatkan salah seorang tebusan yang menyelamatkan diri keluar dari sebuah kafe di pusat daerah perniagaan Sydney yang kini ditawan oleh seorang lelaki bersenjata. Foto AP

SYDNEY: Seorang lelaki bersenjata yang menawan tebusan di sebuah kafe di Sydney pada Isnin mendesak supaya bendera kumpulan Negara Islam (IS) diserahkan kepadanya dan memberi amaran terdapat empat butir bom telah dipasang di sekitar bandar itu, menurut satu laporan.
Channel Ten berkata, ia telah bercakap dengan dua daripada tebusan yang berada di dalam kafe tersebut dan lelaki yang menawan mereka membuat beberapa tuntutan.
"Pasukan #TenNews kami telah bercakap secara terus dengan dua tebusan di dalam kafe... mereka telah mengesahkan dua tuntutan daripada lelaki itu," kata saluran itu di akaun Twitter.
"Dia (lelaki bersenjata) mahu bendera Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) supaya dihantar ke kafe itu, dan tuntutan keduanya adalah mahu bercakap dengan Perdanan Menteri.
"Mereka juga menyatakan bahawa terdapat empat butir bom, dua di dalam kafe Lindt di Martin Place, dan dua lagi di pusat daerah perniagaan (CDB) Sydney. Tiada pengesahan daripada polis," katanya.
Setakat ini, seramai lima orang berjaya menyelamatkan diri keluar dari kafe itu. Mereka terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita.
Polis Australia mengepung ibu negara itu pada Isnin selepas seorang lelaki bersenjata menawan tebusan di sebuah kafe di pusat bandar Sydney dan memaksa mereka untuk bendera dengan tulisan Arab, berikutan kebimbangan terhadap serangan pejuang jihad.
Polis berkata, mereka mengesan terdapat seorang penyerang yang terlibat dalam kafe coklat Lindt di Sydney tetapi kemungkinan jumlah yang terlibat adalah lebih ramai.
Polis, termasuk para pegawai separa tenteta mengepung beberapa blok bangunan di sekitar kafe apabila pihak yang mahu berunding cuba untuk menyelesaikan masalah itu.
Sekumpulan penembak hendap dan Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) membuat kawalan di sekitar kafe dan helikopter polis turut beroperasi membuat pemantauan.
Sekurang-kurangnya lima tebusan telah dibebaskan atau berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian yang berlaku pada pagi Isnin.
Polis berkata, tidak dapat dipastikan berapa ramai lagi tebusan yang masih ditawan di dalam kafe tesebut tetapi bilangannya tidak seramai 30 atau 40 orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Polis Tahan Lelaki Didakwa Terlibat Penipuan RM260,000


Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 7:15 PM
wang

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun pada Isnin kerana didakwa menipu mangsanya membabitkan kerugian berjumlah RM260,000.
Polis juga sedang memburu pasangan anak beranak yang merupakan bapa dan anak lelaki, yang dipercayai turut bersubahat.
Terdahulu, The Star melaporkan sekumpulan pekerja warga Indonesia yang mendakwa mereka telah ditipu oleh seorang pengurup wang di Subang Jaya di sini, selepas menggunakan khidmat untuk menghantar beribu ringgit kepada keluarga mereka di kampung halaman.
Bagaimanapun, kebanyakan mereka terkejut apabila mendapati keluarga mereka tidak menerima wang berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua berkata, pada minggu lalu sahaja polis menerima sembilan laporan daripada rakyat Malaysia dan Indonesia, yang mendakwa mereka telah ditipu sebanyak RM100,000 oleh pengurup wang berkenaan.
Sehingga kini, sebanyak 38 laporan telah dibuat terhadap pengurup wang terbabit.
"Selepas memperincikan kes, kita dapat menjejaki salah seorang suspek dan menahannya di rumahnya di Kuala Lumpur.
"Kita telah memulakan usaha memburu dua lagi rakan subahatnya, seorang bapa dan anak lelakinya, masing-masing berusia antara 35 dan 59 tahun," tambahnya.
Tan berkata, polis percaya ketiga-tiga suspek merupakan dalang kepada penipuan itu.
Kes tersebut diklasifikasikan sebagai menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Amah Indonesia Didakwa Paksa Kanak-Kanak Dua Tahun Makan Najis


Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 6:41 PM

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan wanita dikejutkan dengan tindakan pembantu rumah warga Indonesianya yang didakwa mungkin memberi makan najis kepada cucu lelakinya berusia dua tahun selepas menyedari bau busuk dari mulut kanak-kanak itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua berkata, ahli perniagaan wanita berusia 48 tahun itu baharu sahaja tiba di rumah teres dua tingkat di USJ pada pukul 8 malam Khamis lalu apabila mengesan bau busuk yang mencurigakan dari cucu lelakinya.
"Dia kesan terdapat bau busuk di sebalik mulut cucu lelakinya.
"Kemudiannya dia mendapati terdapat serpihan menyerupai najis terlekat di antara gigi kanak-kanak itu," katanya pada Isnin.
Tan berkata, wanita itu bertanyakan kepada kanak-kanak berkenaan mengenai serpihan tersebut dan terkejut apabila diberitahu bahawa pembantu rumah yang dipanggil "bibik" telah memberinya makan najis.
"Kanak-kanak itu diberi najis untuk makan di tandas di tingkat atas.
"Wanita turut berkata bahawa cucunya itu telah muntah kerana baunya seperti najis," katanya.
Tan berkata, polis sedang menahan pembantu rumah itu, yang telah dihantar kembali ke agensinya, untuk membantu siasatan.
Menurutnya, pembantu rumah telah bekerja dengan keluarga tersebut selama tiga bulan.
Kes itu diklasifikasikan sebagai penderaan kanak-kanak di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000.

Angka korban tanah runtuh di Indonesia kini 39 orang

Mayat seorang mangsa runtuhan diusung oleh anggota pasukan penyelamat
Mayat seorang mangsa runtuhan diusung oleh anggota pasukan penyelamat di Kampung Jemblung di Banjarnegara, Jawa Tengah, semalam. – AFP
JAKARTA 14 Dis. – Angka korban tragedi tanah runtuh di Kampung Jemblung, Banjarnegara, Jawa Tengah mencecah 39 orang hari ini ketika harapan untuk menjumpai mangsa hidup-hidup semakin sukar.
Agensi Pengurusan Bencana Alam Nasional, Sutopo Purwo Nugroho berkata, pihaknya kini giat menjalankan usaha mencari 79 lagi mangsa yang hilang selepas kejadian itu berlaku lewat malam kelmarin.
Sutopo berkata, usaha menyelamat hari ini turut dibantu jentera berat selepas laluan ke lokasi kejadian berjaya dibersihkan.
Sebanyak 1,250 anggota pasukan penyelamat termasuk polis, tentera dan sukarelawan turut bertungkus-lumus menggali tanah menggunakan tangan untuk membantu menyelamatkan mangsa yang tertimbus.
Ketua operasi menyelamat, Agus Haryono pula berkata, permukaan tanah yang tidak stabil juga membahayakan pasukan menyelamat selain ketiadaan rangkaian telefon yang menyukarkan lagi tugas penyelarasan.
“Bentuk muka bumi di lokasi kejadian yang berbukit bukau me­ningkatkan risiko runtuhan boleh berlaku. Keadaan tanah yang tidak stabil juga membuatkan kerja-kerja menyelamat perlu dilakukan secara berhati-hati,” katanya.
Jelas Agus, peluang untuk menjumpai mangsa hidup-hidup juga semakin tipis, namun usaha mencari dan menyelamat tetap diteruskan.
Sementara itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang tiba di Banjarnegara hari ini mahu usaha mencari dan menyelamat dipercepatkan.
“Saya berkesempatan melawat lokasi kejadian. Walaupun bantuan logistik telah dibekalkan, urusan mencari dan menyelamat perlu digandakan.
“Saya juga menasihatkan penduduk dan anggota pasukan penyelamat berhati-hati kerana ke­adaan tanah yang tidak stabil mem­bolehkan runtuhan berlaku pada bila-bila masa,” ujarnya.
Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan sebanyak 15 orang ce­dera termasuk 11 daripadanya parah, manakala seramai 577 penduduk yang lain terpaksa dipindahkan.
– UTUSAN
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/angka-korban-tanah-runtuh-di-indonesia-kini-39-orang-1.36442#sthash.ZLcuGLgZ.dpuf

Tunjuk perasaan lumpuhkan New York

Penunjuk perasaan bersemuka dengan polis semasa perhimpunan di
Penunjuk perasaan bersemuka dengan polis semasa perhimpunan di sepanjang daerah membeli belah Magnificent Mile di Michigan Avenue bagi membantah salah guna kuasa polis, kelmarin. – AFP
NEW YORK 14 Dis. – Sekurang-kurangnya 25,000 penunjuk perasaan melumpuhkan sebahagian besar bandar raya ini, manakala ribuan lagi berarak di Washington semalam, meningkatkan momentum demonstrasi di seluruh Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut keadilan di atas kematian lelaki kulit hitam yang dibunuh polis kulit putih.
Perhimpunan di ibu negara, New York, Boston dan beberapa bandar California adalah antara yang terbesar dalam gerakan bantahan yang berpunca daripada pembunuhan seorang remaja kulit hitam yang tidak bersenjata, Michael Brown di Ferguson, Missouri, 9 Ogos lalu.
Tindakan mahkamah dalam ke­putusannya baru-baru ini untuk tidak menghukum pegawai polis, Darren Wilson yang membunuh remaja berusia 18 tahun itu serta pegawai polis, Daniel Pantaleo yang mencekik bapa kepada enam orang anak, Eric Garner Julai lalu, menimbulkan demonstrasi selama berminggu-minggu.
Lautan penunjuk perasaan di sebahagian besar kawasan Manhattan dan Pennsylvania Avenue di Wa­shington yang menuju ke bangunan Capitol, melaungkan-laungkan slogan ‘Tiada keadilan, tiada kedamaian!’, ‘Keadilan diutamakan’ dan ‘Sistem kehakiman bersalah’.
Polis menganggarkan, seku­rang-kurangnya 25,000 orang penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan di New York, manakala pihak penganjur menerusi tweetnya menyatakan lebih 50,000 orang hadir pada perhimpunan itu.
Kumpulan besar penunjuk pe­rasaan terdiri daripada belia kulit hitam dan putih turut disertai keluarga, kanak-kanak, ibu bapa dan warga emas.
Mereka memegang sepanduk yang bertulis, ‘Pecat polis perkauman’ dan ‘Saya tidak boleh bernafas’ iaitu perkataan terakhir yang disebut Garner ketika polis bergelut dengannya selepas didakwa menjual rokok tidak bercukai di Kepulauan Staten di New York.
Rentetan kematian individu di tangan polis termasuk Akai Gurley di Brooklyn telah membangkitkan rasa geram penduduk terhadap polis di AS dan kesangsian dalam kalangan penduduk kulit hitam ke atas penguatkuasaan undang-undang. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tunjuk-perasaan-lumpuhkan-new-york-1.36444#sthash.qnd0slBo.dpuf

Anak parah hilang ibu ayah

Oleh Suzaini Sulaiman
Sabak Bernam: Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh bahagian tepi treler membawa muatan padi di Kilometer 63, Jalan Teluk Intan-Klang berdekatan Pasir Panjang, di sini, malam tadi.
Dalam kemalangan kira-kira 11 malam itu, mangsa Barmin Bakri, 57, maut di tempat kejadian manakala isteri Siti Ngainon Jariah Yasin, 51, disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjong Karang ketika menerima rawatan.
Kemalangan itu juga menyebabkan anak perempuan pasangan itu, Anisah Syafiqah Barmin, 20, mengalamai kecederaan parah dan kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Azmi Mohd Isa berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila Barmin merempuh treler berkenaan ketika mahu keluar dari simpang tempat kejadian tanpa memastikan tiada kenderaan lain terlebih dulu.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun tidak menyedari kehadiran treler berkenaan sebelum merempuh tepi sebelah kanan kenderaan berat itu sehingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya terperosok di bawah treler.
"Polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu treler yang berusia 29 tahun itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 2:46 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16415#sthash.6lIK2cWo.dpuf

Krisis tebusan di Sydney

SYDNEY: Seorang lelaki bersenjata menahan beberapa tebusan di Sydney, Australia namun belum disahkan jika ada kaitan dengan kegiatan pengganas.
“Saya sahkan seorang penjenayah bersenjata api sedang menahan beberapa orang di kawasan Martin Place,” kata Pesuruhjaya Polis New South Wales, Andrew Scipione dalam sidang media hari ini.
Katanya lagi masih belum ada komunikasi dengan suspek terbabit.
Martin Place yang terletak di pusat daerah perniagaan terpaksa dikosongkan manakala polis mengerumuni Kafe Chocolate Lindt di mana kelihatan beberapa tebusan memegang bendera hitam tertera tulisan arab berwarna putih dipercayai dua kalimah syahadah.
“Kami belum sahkan jika ini ada kaitan dengan aktiviti keganasan dan kami akan berusaha sedaya-upaya untuk memastikan insiden ini dapat diselesaikan dengan aman,” tegas Scipione. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 12:14 PM


TEBUSAN berdiri di cermin kafe. FOTO Reuters
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16406#sthash.FXDY8nFe.dpuf

CEO syarikat sarung tangan getah didakwa


Oleh Nor Azura Abdul Jalil

zura_jalil@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar di Malaysia, serta isteri dan kakak iparnya di hadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menyampaikan maklumat sulit berkenaan harga atau nilai saham syarikat (insider trading) tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun, Datuk Seri Thai Kim Sim yang turut dikenali sebagai Stanley Thai, 54; Datin Seri Tan Bee Geok, 53, dan Tan Bee Hong, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di dua mahkamah berasingan.
Mengikut pertuduhan, Stanley yang disenaraikan antara 50 individu terkaya di Malaysia didakwa menyampaikan maklumat yang tidak boleh didapati secara umum kepada seorang wakil syarikat broker saham, Tiong Kiong Choon, 54, yang memberi kesan meterial ke atas harga atau nilai saham syarikat APL Industries Berhad.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, Bee Hong mengaku tidak bersalah melupuskan 350,000 unit saham APL Industries Berhad yang dipegang dalam akaun Sistem Depositori Pusat ketika memiliki maklumat sulit yang memberi kesan ke atas nilai saham.
Bee Hong didakwa melakukan perbuatan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad pada 31 Oktober 2007 mengikut Seksyen 188 (2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 5:29 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16427#sthash.SOWPGPW7.dpuf

Rempuh stesen minyak cuba curi mesin ATM

Shah Alam: Sekumpulan lelaki gagal melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di stesen minyak di Bukit Jelutong, pagi tadi.
Kejadian 4.30 pagi itu berlaku selepas suspek yang memandu lori satu tan merempuh cermin stesen minyak berkenaan dalam usaha untuk melarikan mesin ATM yang terdapat dalam premis itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ruslan Abdullah berkata, suspek bagaimanapun gagal melarikan mesin ATM berkenaan selepas menyedari kehadiran pelanggan yang mahu mengisi minyak di stesen minyak itu.
"Suspek yang menaiki lori merempuh cermin stesen minyak itu namun beberapa minit kemudian, terdapat seorang penunggang motosikal datang untuk mengisi minyak menyebabkan suspek terus melarikan diri.
"Ketika kejadian terdapat dua pekerja Bangladesh di premis itu dan menyembunyikan diri kerana bimbang dicederakan suspek dan tiada kehilangan wang yang dilaporkan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 3:12 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16421#sthash.cvVO4Mzb.dpuf

Rampas dadah RM1.3 juta di KLIA

Oleh Hayati Ibrahim

ya_t@hmetro.com.my

Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (JDKM KLIA) mematahkan dua cubaan menyeludup dadah di pintu masuk negara membabitkan jumlah rampasan sebanyak 6.84 kilogram (kg) bernilai RM1.3 juta.
Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, dua suspek warga asing turut ditahan dalam kejadian pada 7 dan 14 Disember lalu.
"Suspek pertama adalah seorang wanita warganegara Australia berumur lingkungan 51 tahun, dan ditahan reman selama 14 hari, manakala suspek kedua seorang lelaki warga India berumur 27 tahun direman tujuh hari.
"Kedua-dua kes menggunakan modus operandi (MO) sama iaitu menyorokkan dadah dalam ruangan khas bagasi dan MO ini sering digunakan untuk penyeludupan dadah di negara ini,"katanya pasa sidang media di sini, hari ini.
Chik Omar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 12:44 PM


DADAH disorok dalam ruangan khas bagasi. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16407#sthash.RWeEAWpH.dpuf

Serah senarai rasuah kepada SPRM: KPN


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Kuala Lumpur: Mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai senarai nama penguatkuasa yang dikatakan menerima suapan daripada satu sindiket perjudian haram diminta menyerahkan nama tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini beliau belum menerima sebarang nama individu yang dikaitkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM)yang didakwa turut berada dalam senarai mereka yang menerima bayaran daripada sindiket perjudian haram.
"Saya belum terima senarai nama itu, kalau benar sila beri kepada SPRM," katanya pada sidang media di Maktab PDRM, Cheras.
Baru-baru ini terdapat media mendedahkan satu senarai nama membabitkan pegawai dan anggota penguatkuasa yang dijumpai hasil serbuan terhadap syarikat yang berselindung di sebalik perniagaan ayam dan udang yang turut menjalankan kegiatan perjudian haram.
Laporan itu menyebut sindiket berkenaan dipercayai memperuntukkan kira-kira RM100,000 sebulan untuk merasuah pegawai dan agensi penguatkuasa berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 2:56 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16418#sthash.hNd7MQbN.dpuf

Bekas pengasuh didakwa abai bayi


MELAKA: Tiga bekas pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan mengabaikan dua bayi dan lima kanak-kanak pada Mei lepas.
Muhaini Abdul Rasid, 21; Noor Amyliah Rosli, 27; dan Rohaniah Zakaria, 21; didakwa mengabai dan mendedahkan dengan cara yang mungkin menyebabkan seorang bayi lelaki dan perempuan serta tiga kanak-kanak perempuan dan dua lelaki, yang berusia antara tujuh bulan dan dua tahun 10 bulan itu mengalami kecederaan emosi.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Taska Khalifah Mama, Jalan Melawis 7, Bukit Beruang di sini pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada 8 hingga 28 Mei lepas mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal kemudian memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes tersebut serta melibatkan mangsa yang masih kecil.
Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Faiezad Razali bagaimanapun memohon ikat jamin RM2,000 bagi keseluruhan pertuduhan.
Faiezad memberi alasan Muhaini dan Noor Amyliah tidak lagi bekerja serta perlu menjaga anak masing-masing berusia enam bulan dan tiga tahun manakala Rohaniah pula kini bekerja sebagai kerani dengan pendapatan RM900 sebulan.
Hakim Jamaludin Mat kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 19 Jan untuk sebutan semula kes. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 2:53 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16417#sthash.eKrhS8Tp.dpuf

Polis tahan suspek kes tembak di Seremban


Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Polis berjaya menahan empat suspek berusia antara 20 hingga 35 tahun yang disyaki terbabit dalam kes tembakan di pusat hiburan di Kemayan Square, di sini, 4.24 pagi tadi.
Sumber berkata, keempat-empat mereka yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur; Sungai Buloh, Selangor dan Seremban ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki dikenali Jepun Chai berusia 42 tahun.
Katanya, kesemua mereka ditahan di sekitar daerah ini serta Port Dickson, dekat sini antara jam 6 hingga 8 pagi dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
"Pihak kami akan memohon kebenaran mahkamah untuk menahan reman semua suspek bagi membantu siasatan," katanya.
Sementara itu tinjauan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini mendapati mangsa dalam keadaan stabil namun memerlukan bantuan pernafasan selain dikawal dua anggota polis.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 2:58 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16419#sthash.20KwuKEZ.dpuf

Krisis tebusan Sydney: Kewarganegaraan belum diketahui

KUALA LUMPUR: Polis Australia tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat rakyat Malaysia dalam kalangan mereka dijadikan tebusan oleh lelaki bersenjata di sebuah kafe di pusat bandar Sydney pagi ini.
Jurucakap Pasukan Polis New South Wales (NSW) berkata polis masih belum mengenal pasti identiti tebusan yang terdiri daripada staf dan pengunjung Lindt Chocolate Kafe.
“Kami tidak dapat menentukan kewarganegaraan tebusan berkenaan pada ketika ini. Operasi sedang dijalankan dan saya menggesa orang ramai bertenang,” katanya hari ini.
Laporan berita antarabangsa menyatakan seorang militan bersenjata telah menjadikan kira-kira 40 hingga 50 orang sebagai tebusan dalam kafe yang terletak di Martin Place itu.
Reuters melaporkan insiden tebusan bermula pada 9.44 pagi apabila seorang wanita di luar kafe itu melihat seorang lelaki membawa sebuah beg sukan yang kelihatan mengandungi sepucuk senjata api. -Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 3:31 PM


SEORANG tebusan berjaya menyelamatkan diri. FOTO AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16422#sthash.N3oRlkEM.dpuf

52 mangsa banjir dipindahkan di Chukai


Chukai: Seramai 52 mangsa membabitkan 10 keluarga dari Kampung Kuala Kubu dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir di sini, pagi ini.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, sehingga 11 pagi tadi, seramai 14 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke Balai Raya JKKK Padang Kubu.
"Seramai 17 orang membabitkan tiga keluarga ditempatkan di Berek Pegawai Ladang Padang Kubu, manakala 21 orang lagi daripada empat keluarga dipindahkan ke Masjid Lama Kampung Padang Baru," kata MKN.
Untuk maklumat terkini mengenai banjir di Terengganu, layari laman web etindakan.terengganu.gov.my.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 11:34 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16402#sthash.sQxc8tfs.dpuf

Bela pendatang

SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. -
Oleh Nur Saliawati Salberi

hmetroshahalam@hmetro.com.my

Shah Alam: "Kamu ni datang rosakkan bisnes (perniagaan) orang. Mereka (warga asing) semua ini pelanggan kami. Macam mana nak berniaga kalau tiada pelanggan?" kata seorang peniaga tempatan yang mempertikaikan tindakan penguat kuasa imigresen menyerbu tapak pasar malam Sri Muda, Seksyen 25 di sini, kelmarin.
Rungutan itu dilemparkan berikutan majoriti 'pelanggan setia' peniaga pasar malam itu adalah dalam kalangan warga asing yang menetap di kawasan berkenaan.
Peniaga lelaki berusia 30-an itu bukan sahaja bersikap biadab mempertikaikan tugas anggota imigresen Selangor, malah turut mencabar mereka untuk bergaduh.
Bagaimanapun, 'cabaran' lelaki terbabit tidak diendahkan anggota penguat kuasa imigresen yang tetap menjalankan tangkapan.
Dalam operasi bermula jam 10.30 malam itu, seramai 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain dikesan melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita penuh
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16279#foto

Bekas pengasuh didakwa abai bayi


MELAKA: Tiga bekas pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan mengabaikan dua bayi dan lima kanak-kanak pada Mei lepas.
Muhaini Abdul Rasid, 21; Noor Amyliah Rosli, 27; dan Rohaniah Zakaria, 21; didakwa mengabai dan mendedahkan dengan cara yang mungkin menyebabkan seorang bayi lelaki dan perempuan serta tiga kanak-kanak perempuan dan dua lelaki, yang berusia antara tujuh bulan dan dua tahun 10 bulan itu mengalami kecederaan emosi.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Taska Khalifah Mama, Jalan Melawis 7, Bukit Beruang di sini pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada 8 hingga 28 Mei lepas mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal kemudian memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes tersebut serta melibatkan mangsa yang masih kecil.
Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Faiezad Razali bagaimanapun memohon ikat jamin RM2,000 bagi keseluruhan pertuduhan.
Faiezad memberi alasan Muhaini dan Noor Amyliah tidak lagi bekerja serta perlu menjaga anak masing-masing berusia enam bulan dan tiga tahun manakala Rohaniah pula kini bekerja sebagai kerani dengan pendapatan RM900 sebulan.
Hakim Jamaludin Mat kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 19 Jan untuk sebutan semula kes. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 2:53 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16417#sthash.0h0firG7.dpuf

Polis tahan suspek kes tembak di Seremban


Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Polis berjaya menahan empat suspek berusia antara 20 hingga 35 tahun yang disyaki terbabit dalam kes tembakan di pusat hiburan di Kemayan Square, di sini, 4.24 pagi tadi.
Sumber berkata, keempat-empat mereka yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur; Sungai Buloh, Selangor dan Seremban ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki dikenali Jepun Chai berusia 42 tahun.
Katanya, kesemua mereka ditahan di sekitar daerah ini serta Port Dickson, dekat sini antara jam 6 hingga 8 pagi dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
"Pihak kami akan memohon kebenaran mahkamah untuk menahan reman semua suspek bagi membantu siasatan," katanya.
Sementara itu tinjauan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini mendapati mangsa dalam keadaan stabil namun memerlukan bantuan pernafasan selain dikawal dua anggota polis.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 2:58 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16419#sthash.Dd3hSvWz.dpuf

Ibu hamil maut bertembung

KERETA yang dinaiki mangsa remuk teruk. FOTO Nur syazwana Mansor
Oleh Nur Syazwana Mansor
Sungai Petani: Seorang ibu hamil empat bulan maut manakala suami dan tiga anaknya parah selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh dua kereta dari arah bertentangan di laluan Sungai Petani-Gurun di Taman Desa Budiman, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 1.15 petang, mangsa, Intan Safina Hussin, 26, yang memandu kereta berkenaan manakala suaminya, Mohd Azrul Azmi, 30, berada di tempat duduk hadapan dan tiga anaknya berusia tiga hingga lapan tahun duduk di belakang sedang dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke rumah mereka di Taman Sri Utama, Gurun, dekat sini.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa cuba memotong kenderaan yang berada di hadapannya namun gagal lalu merempuh kereta yang datang dari arah bertentangan.
"Pada masa sama, kenderaan kedua yang berada di belakang di laluan bertentangan itu juga tidak sempat menekan brek lalu merempuh bahagian belakang kereta berkenaan.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala suami dan anak sulung mereka masih koma manakala dua lagi anak mereka dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, " katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 6:32 PM