Search This Blog

Sunday, December 14, 2014

Rumah kongsi terbakar


Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.
TRONG - Simpanan wang gaji milik seorang pekerja warga Indonesia hangus apabila rumah kongsi yang didiami bersama hampir 30 warga asing lain di Kampung Nibong dekat sini, terbakar.

Bobby Sulaiman, 38, berkata, wang berjumlah RM4,000 itu dikumpul untuk dihantar kepada keluarganya di Indonesia.

“Ketika kejadian semua penghuni tiada di rumah kerana masing-masing berada di tempat kerja. Saya tak sempat nak selamatkan apa-apa dan duit yang sepatutnya dihantar ke Indonesia juga hangus,” katanya.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan sebaris rumah kongsi yang diperbuat daripada papan musnah, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Ketika kejadian, semua penghuni terdiri dari warga Indonesia dan Nepal keluar bekerja di sebuah kilang berhampiran.

Bobby berkata, buat masa ini, mereka semua masih buntu untuk mencari penempatan baharu.

Katanya, kerugian buat masa ini dianggarkan melebihi RM30,000.

Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 8.46 pagi.

Operasi pemadaman yang turut mendapat bantuan dari Balai Pantai Remis dan tamat sepenuhnya jam 10.54 pagi.

Aksi lepas tonton

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

azimfitri@mediaprima.com.my

Petaling Jaya: Sebuah pusat urut di Sunway Mentari di sini dikesan menyediakan khidmat seks dan wayang lucah kepada pelanggannya dengan pakej serendah RM100.
Taktik bagi menarik perhatian pelanggan itu terbongkar selepas premis yang sudah beberapa kali diserbu pihak berkuasa diserbu sekali lagi oleh pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam kelmarin.
Menurut jurucakap polis, serbuan dilakukan jam 9.30 malam itu menahan lapan wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 23 tahun yang leka melayan pelanggan.
Jurucakap itu berkata, turut ditahan seorang lelaki penjaga premis dan tiga lelaki dipercayai pelanggan.
"Premis ini dikesan kembali beroperasi selepas beberapa minggu diserbu dan masih menawarkan pakej wayang lucah sebelum pelanggan memilih wanita untuk melakukan hubungan seks," kata jurucakap polis itu.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:12 AM


ANTARA pelacur yang ditahan dalam operasi polis di sebuah pusat urut di Sunway Mentari.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16157#sthash.dtC9uKCm.dpuf

Bungkusan najis anjing untuk ajar pencuri

Washington D.C: Seorang wanita yang bosan selepas bungkusan barangan di depan rumahnya sentiasa hilang. akhirnya berjaya memperdaya pencuri terbabit.
Andrea Hutzler, 33, berkata, dia kerugian lebih AS$800 (RM2,800) selepas bungkusan yang dikirim kepadanya, termasuk hadiah Krismas, pakaian dan juga tiang aluminum yang dipesan untuk satu projek pembinaan dicuri.
Andrea dan teman lelakinya membuat laporan polis dan memasang kamera di luar rumah, tetapi gagal menghalang pencuri berkenaan menghentikan perbuatan itu.
"Saya bekerja keras, berjimat, membeli sesuatu dan akhirnya ia hilang begitu saja," kata Andrea kepada stesen televisyen ABC7.
Menurutnya, dengan Krismas hanya kira-kira dua minggu lagi, dia mengambil keputusan mengajar pencuri berkenaan dengan sesuatu yang busuk dan kotor.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:06 AM


LELAKI yang dirakam mencuri bungkusan berisi najis anjing.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16110#sthash.UhywmLfH.dpuf

Tragedi ngeri

Oleh Abd Rahman Adam

abdulrahman@hmetro.com.my

Miri: Seorang lelaki maut dengan lehernya hampir putus akibat terkena libasan kabel besi selain turut dihempap tangki berisi pasir dalam kejadian di Sungai Tujuh, Kuala Baram di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa, Kumbang Kirak, 58, maut di lokasi kejadian.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang memunggah tangki berisi pasir daripada sebuah lori sebelum berlaku mendapan tanah menyebabkan tayar kiri lori terbabit mendap ke dalam tanah.
Sumber berkata, apabila tayar mendap, kabel besi yang disangkutkan pada tali terputus dan terkena pada leher mangsa.
"Pada mangsa sama, tangki yang berisi pasir itu menghempap mangsa. Kejadian disedari rakan sekerja mangsa yang terkejut mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:09 AM


MANGSA maut di lokasi kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16136#sthash.Ic0J8SLu.dpuf

Mati dibaham singa tuan

Kuwait City: Seorang pembantu rumah warga Filipina mati selepas dibaham singa peliharaan majikannya.
Wanita itu dihantar ke hospital oleh majikannya yang mendakwa mangsa diserang anjing.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat menunjukkan wanita itu sebenarnya dibaham oleh singa.
Ketika disoalsiasat polis, majikan itu akhirnya mengaku mangsa, Lourdes Abejuela dibaham singa peliharaannya.
Pembantu rumah itu dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.
Rakannya yang bekerja dengan majikan sama berkata, Lourdes pening kepala beberapa hari selepas itu dan dihantar sekali lagi ke hospital.
Wanita itu mati di hospital berkenaan kelmarin.
Walaupun menyimpan haiwan liar di rumah sebagai binatang peliharaan dilarang keras di beberapa negara Teluk, ramai tidak mempedulikannya.
Ramai golongan muda dan kaya di rantau itu menjadikannya hobi untuk menunjukkan status mereka dalam masyarakat.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:07 AM


Lourdes ketika dirawat di hospital.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16122#sthash.3FIhXj30.dpuf

Sorok mayat dalam almari

Mexico City: Seorang remaja belasan tahun menghadapi tuduhan membunuh teman wanitanya yang berusia 17 tahun selepas mangsa berang setelah mengetahui dia bercinta dengan wanita lain.
Yael Eduardo Espinosa Guerrero, 19, merayu polis mencari teman wanitanya, Silvia Paredes Moedano (gambar) yang dilapor hilang minggu lalu. Dia juga cuba membantu mententeramkan keluarga mangsa.
Tetapi realitinya, Guerrero menyembunyikan mayat Silvia dalam almari di kamar tidurnya selepas dia mencekik mangsa hingga mati.
Guererro bertindak demikian selepas Silvia mengetahui dia juga bercinta dengan wanita lain, Elia Carbajal Becerril, 22.
Lelaki itu yang masih belajar melakukan pembunuhan itu di rumahnya di Tultitlan, utara Mexico City dan kemudian menyembunyikan mayat mangsa di dalam almarinya.
Dia juga dilapor meminta bantuan Elia untuk mencari mayat berkenaan yang disembunyikannya selama tiga hari sebelum ia ditemui polis.
Selepas Silvia ‘hilang’ minggu lalu, Guerrero mengiklankan dalam akhbar tempatan: ‘Di mana juga anda berada, ada orang yang merindui kamu. Kami berharap anda sihat.”
Kelmarin, ketika menyoal siasat ibu bapa Guerrero di kediamannya, polis menemui beg tangan mangsa di dalam bilik pelajar itu.
“Beg tangan itu mempunyai kesan darah. Apabila dia pulang, anggota kami bertanya mengenai beg itu, tetapi dia melarikan diri.
“Dia akhirnya ditangkap dan cuba merasuah angggota kami untuk membebaskannya,” kata jurucakap polis tempatan Macabeo Garcia.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:07 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16124#sthash.y6f1cJvr.dpuf

18 mati, 90 hilang

Jakarta: Kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa dan menyebabkan hampir 100 orang hilang di sebuah kampung di Pulau Jawa.
Pegawai berkata semalam, ratusan pekerja penyelamat tepaksa mengguna tangan kosong untuk menyelongkar lumpur dan sisa runtuhan selepas kejadian itu menimbus Kampung Jemblung di daerah Banjarnegara, Jawa Tengah, 450 kilometer dari Jakarta, lewat kelmarin.
Seorang koresponden AFP berkata, tanah runtuh itu menimbus semua rumah di kawasan berkenaan, kecuali dua.
“Kami sudah menemui 18 mayat dan masih mencari 96 lagi,” kata seorang pegawai di pusat kecemasan di tempat kejadian.
Jurucakap agensi pengurusan bencana, Sutopo Nugroho berkata, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada mangsa yang hilang itu tertimbus atau berjaya menyelamatkan diri dan berada di pusat pemindahan sementara atau di rumah anggota keluarga mereka di kampung lain.
“Keadaan di tempat kejadian agak berbahaya. Kami memerlukan jentera berat untuk membersihkan jalan raya yang juga tertimbus,” kata Sutopo.
Pegawai lain pula berkata, keadaan tanah masih tidak stabil dan kebanyakan kerja dilakukan secara manual.
Menurut mereka, ketiadaan isyarat telefon menyukarkan usaha menyelaraskan operasi menyelamat.
Sutopo berkata, 200 anggota penyelamat dan 500 sukarelawan terbabit dalam gerakan mencari itu.
Kejadian tanah runtuh berpunca daripada hujan lebat dan banjir adalah perkara biasa di Indonesia sepanjang musim hujan.
Agensi bencana kebangsaan menganggarkan lebih separuh daripada 250 juta populasi Indonesia tinggal di kawasan yang terdedah kepada tanah runtuh.
Indonesia yang terdiri daripada ribuan pulau adalah antara negara paling terdedah kepada bencana alam dan sering dilanda gempa bumi dan letupan gunung berapi.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:08 AM


PASUKAN penyelamat mengusung mayat seorang mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16129#sthash.8AxGrPhA.dpuf

8 maut, 100 hilang tanah runtuh landa Jawa Tengah

SABTU, 13 DISEMBER 2014 @ 9:31 AM

 
JAKARTA: Lapan disahkan maut manakala 100 lagi masih hilang selepas rumah mereka ditimbus tanah runtuh akibat hujan lebat di Jawa Tengah lewat malam tadi.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho, berkata kira-kira 105 rumah tertimbus akibat tanah runtuh di daerah pergunungan Banjarnegara di Jawa Tengah.

Beliau berkata, seramai 38 lagi penduduk di beberapa perkampungan dikejarkan ke hospital dengan empat daripadanya dalam keadaan kritikal.

Anggota penyelamat termasuk tentera, polis dan penduduk kampung digerakkan untuk operasi mencari 100 penduduk yang masih hilang.


Hujan lebat melanda kawasan berkenaan sejak petang semalam.

Mayat lapan mangsa berkenaan dikeluarkan anggota penyelamat dari lumpur dan di bawah sisa runtuhan rumah pagi ini. - AP

Pesawat AirAsia berpatah balik 
selepas penumpang mengamuk


pramugari pesawat AirAsia
SEORANG pramugari pesawat AirAsia Thailand menekup mukanya dipercayai terkena simbahan air panas yang menyebabkan pesawat berkenaan berpatah balik di Bangkok, semalam.
BANGKOK 13 Dis. - Sebuah pesawat Air Asia Thailand yang dalam perjalanan ke Nanjing, China terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Don Muang semalam, berikutan tindakan seorang penumpang lelaki menyerang seorang pramugari di dalam pesawat tersebut.
Akhbar Bangkok Post melaporkan, kejadian itu dipercayai berpunca apabila penumpang dari China itu berang selepas dia tidak dapat duduk bersebelahan kekasihnya.
Lelaki tersebut dipercayai menyimbah air panas ke arah pramugari tersebut apabila diletakkan duduk berjauhan daripada pasangannya kerana disusun mengikut abjad.
"Kapten dan anak kapal terpaksa memujuk penumpang itu untuk berbincang selepas perbuatannya boleh mengancam keselamatan pesawat," kata kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan tambang murah itu.
Kapten pesawat membuat keputusan kembali ke lapangan terbang Don Muang dan meminta semua penumpang turun tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Sementara itu, sebuah blog, TheNanfang.com, melaporkan seorang saksi yang berada dalam pesawat tersebut melihat penumpang lelaki tersebut mengancam untuk meletupkan pesawat itu manakala kekasihnya pula mengugut untuk membunuh diri.
Sebaik sahaja mendarat, polis membawa pasangan terbabit dan dua rakan mereka ke balai polis lapangan terbang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pesawat-airasia-berpatah-balik-8232-selepas-penumpang-mengamuk-1.36153#sthash.Edndx48p.dpuf

Dua anggota Geng
Mamak disambung reman


PERINTAH reman terhadap dua suspek dipercayai anggota Geng Mamak
PERINTAH reman terhadap dua suspek dipercayai anggota Geng Mamak yang ditahan polis 7 Disember lalu disambung enam hari lagi oleh Mahkamah Majistret di Ipoh, Perak, semalam. – BERNAMA
IPOH 13 Dis. – Tempoh tahanan reman ke atas dua suspek dipercayai anggota Geng Mamak yang ditahan oleh sepasukan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Kuala Kangsar Sabtu lalu, disambung enam hari lagi sehingga Jumaat ini.
Suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun dan seorang wanita berusia 33 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.40 pagi sebelum beredar setengah jam kemudian.
Kedua-dua mereka sebelum ini telah ditahan reman selama tujuh hari sejak Ahad lalu sehingga hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk A. Paramasivam ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara tersebut.
“Tahanan reman terhadap kedua-dua suspek mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan disambung sehingga 19 Disember bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan ke atas mereka,” katanya.
Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam, suspek lelaki tersebut cuba melarikan diri daripada ditahan anggota polis.
Pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan pelbagai peralatan untuk pecah rumah antaranya parang, kuku kambing dan alat pemotong selain topeng muka, spanar dan playar di dalam sebuah beg.
Turut ditemukan pelbagai nombor pendaftaran kenderaan selain polis juga menyita dua buah kenderaan untuk siasatan lanjut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/dua-anggota-geng-8232-mamak-disambung-reman-1.36168#sthash.WgoHjP8F.dpuf

Pekerja maut dihempap tong berisi pasir


14 Disember 2014 2:34 AM



KUBANG KIRAK maut dihempap tong besi yang mengandungi pasir di Jalan Miri Sungai 7, Miri, Sarawak, semalam.

MIRI 13 Dis. – Seorang pekerja maut setelah dihempap sebuah tong besi berisi pasir yang tiba-tiba terjatuh daripada sebuah kren di Jalan Miri, Sungai 7 di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 12.35 tengah hari itu, mangsa, Kumbang Kirak, 58. sedang bertugas untuk menurunkan tong berkenaan dari atas sebuah lori ke tepi jalan berdekatan.
Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Gan Tian Kee, bagaimanapun tong berkenaan hilang keseimbangan lalu terjatuh dan menimpa Kumbang seterusnya mengakibatkan mangsa cedera parah di bahagian leher.
"Polis menerima panggilan daripada seorang rakannya lalu bergegas ke lokasi kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Rumah Mayat Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pekerja-maut-dihempap-tong-berisi-pasir-1.36144#sthash.F5a7Jf5E.dpuf

Remaja maut lompat keluar dari kenderaan bapa jatuh gaung


ROMPIN 13 Dis. – Seorang remaja lelaki maut selepas bertindak nekad terjun untuk menyelamatkan diri dari kenderaan dipandu bapanya yang tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 8, Jalan Bukit Pemandangan berhampiran Bukit Ibam di sini lewat petang semalam.
Dalam insiden kira-kira pukul 7.15 petang itu, mangsa, Mohd. Rosazwan Ashraf Rozaidi, 17, yang merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muadzam Jaya di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Deputi Superintendan Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, bapa mangsa, Pegawai Waran 1 Rozaidi Abdul Rahman yang merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hanya mengalami kecederaan ringan.
"Sebelum kejadian, mangsa bersama bapanya dalam perjalanan dari kuarters pegawai dan anggota TUDM menuju ke Kompleks Radar TUDM Bukit Ibam, tiba dilokasi kejadian, van jenis Ford Econovan yang dipandu bapanya gagal dikawal ketika sedang menuruni jalan berbukit kerana mengalami masalah brek.
"Mangsa yang ketika itu berada di tempat duduk belakang dipercayai panik lalu bertindak membuka pintu van dan terjun keluar untuk menyelamatkan diri, van terbabit kemudiannya terbabas ke bahagian kanan jalan sebelum terjunam ke dalam gaung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohamad Noor berkata, sejurus keluar dari van tersebut, Rozaidi segera mendapatkan anaknya yang pada ketika itu sudah tidak sedarkan diri.
"Dengan bantuan orang ramai, mangsa selepas itu dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk dirawat, namun disahkan meninggal dunia.
"Bedah siasat selesai dilakukan dan mayat mangsa telah dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian di Taman Seri Inderapura di sini," katanya.
Beliau berkata, keterangan bapa mangsa telah diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/remaja-maut-lompat-keluar-dari-kenderaan-bapa-jatuh-gaung-1.36169#sthash.cAjriOS9.dpuf

Wanita meninggal dunia nahas kereta, lori


14 Disember 2014 2:48 AM

KERETA yang dipandu V. Sunthry rosak teruk akibat kemalangan di Kilometer 33.5, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, Perak, semalam. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/wanita-meninggal-dunia-nahas-kereta-lori-1.36173#sthash.50BtwPMJ.dpuf


PASUKAN Bomba dan Penyelamat serta polis membuat pemeriksaan lanjut apabila kereta yang dipandu V. Sunthry (gambar kecil) terlibat dalam kemalangan di Kilometer 33.5, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, Perak, semalam.

IPOH 13 Dis. – Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 33.5, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, hari ini.
Dalam kemalangan pukul 6.50 pagi itu, mangsa, V. Sunthry, 35, yang beralamat di Taman Sri Perak, Ayer Tawar maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan manakala pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, ketika kemalangan, mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari Bota Kanan ke Teluk Intan.
“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori itu yang membawa muatan tanah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut beliau, mayat Sunthry dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/wanita-meninggal-dunia-nahas-kereta-lori-1.36173#sthash.50BtwPMJ.dpuf

Suami isteri ditemui mati dalam kereta


Dipercayai akibat keracunan gas karbon monoksida

KAKAK mangsa ditenangkan ahli keluarganya selepas adiknya dan
KAKAK mangsa ditenangkan ahli keluarganya selepas adiknya dan isteri mati dalam kereta di Kampung Sungai Tiram, Pasir Pandak, Santubong, Sarawak, semalam. – MINGGUAN/MD. AZRIN ROSLY
SANTUBONG 13 Dis. - Tanda tanya tentang sebuah kereta Proton Saga berwarna putih yang diletakkan di tepi jalan menuju ke Kampung Sungai Tiram, Pasir Pandak di sini, sejak kelmarin, terjawab dengan penemuan mayat sepasang suami isteri, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan tersebut kira-kira pukul 7.40 pagi.
Katanya, berikutan itu, sepasukan anggota polis telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan menemukan kereta tersebut bersama mayat kedua-dua mangsa yang telah 20 peratus reput.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian dipercayai akibat keracunan gas karbon monoksida. Hasil pemeriksaan mengenal pasti mangsa sebagai Aziz Mohamad Basiron, 30, dan berasal dari Kampung Semilang, Kuching dan isterinya, Sharipah Aini Wan Mohamad, 27, pula berasal dari Kampung Hilir, Beladin.
“Kedua-duanya dipercayai telah mati sejak dua hari lalu. Ketika ditemukan, kereta tersebut dalam keadaan berkunci," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan, pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun.
Roslan seterusnya berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat itu tiada menemukan sebarang kesan luka atau kecederaan mahupun kehilangan barangan berharga dan kes disiasat sebagai mati mengejut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/suami-isteri-ditemui-mati-dalam-kereta-1.36175#sthash.qWELoXCA.dpuf

Tempat sorok barang seludup diserbu


SARIKEI 13 Dis. - Satu tempat penyimpanan barangan lari cukai di Pasar Engkili, berjaya dikesan de­ngan penemuan minuman ke­ras, rokok pelbagai jenama dan mercun bernilai RM35,325, di si­ni se­malam.
sebahagian daripada minuman keras yang dirampas dalam serbuan ke atas sebuah premis di Pasar Engkili dalam Ops Landai di Sarikei, Sarawak, semalam.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak, Asisten Komisioner Kalai Chelvan Nadarajan berkata, penemuan tersebut dipercayai untuk dipasarkan bagi penggunaan tempatan lebih-lebih lagi permintaan tinggi sempena musim perayaan tidak lama lagi.
Katanya, hasil makluman orang awam, sepasukan pegawai dan anggota PPM Sarikei bersama tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu sebuah premis di Pasar Engkili kira-kira pukul 5 petang dalam Ops Landai.
“Semasa serbuan dijalankan, rumah itu dalam keadaan berkunci dan tidak berpenghuni.
“Kita menunggu hampir satu jam, namun kelibat pemilik mahupun penjaga premis itu tidak kelihatan. Premis itu akhirnya dibuka dan kita menemui longgokan kotak minuman keras, rokok pelbagai jenama dan mercun yang dipercayai diseludup,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Beliau memberitahu, kese­mua barangan itu dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut.
“PPM Wilayah Lima mengalu-alukan orang awam dan agensi kerajaan lain untuk terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah untuk tindakan pencegahan dan pembanterasan,” jelasnya.
Kata beliau, sebarang maklumat boleh disalurkan ke pejabat PPM Wilayah Lima di talian 082-334111 atau faksimili 082-344780.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/sarawak/tempat-sorok-barang-seludup-diserbu-1.36014#sthash.91Zuk9mP.dpuf

Amerika tidak perlu 'dabik dada'juarai isu hak asasi manusia

Imej  daripada filem Stuff Of Life, menunjukkan pegawai penyiasat
Imej daripada filem Stuff Of Life, menunjukkan pegawai penyiasat menyeksa tahanan menggunakan teknik waterboarding atau separa lemas ke atas suspek. CIA didakwa menggunakan cara yang sama ketika menyeksa suspek militan al-Qaeda. – AGENSI
Amerika Syarikat (AS) cukup terkenal dengan tindakannya suka mencampuri hal ehwal dalaman di negara lain, dan lantang mengecam negara-negara yang mencabuli hak asasi manusia, sehingga ia dikenali sebagai ‘jaguh hak asasi manusia’ kerana mempromosi hak asasi manusia dan menentang penindasan di seluruh dunia.
Myanmar, Korea Utara, Syria dan Iran adalah antara negara yang sering menjadi sasaran kecaman Washington dengan menuduh kerajaan negara-negara terbabit mencabuli hak asasi manusia dan tidak membela nasib rakyat mereka.
Malaysia turut menjadi mangsa kritikan AS, apabila Dutanya ke Kuala Lumpur, Joseph Y. Yun, baru-baru ini mempertikaikan keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948, yang didakwa melanggar hak asasi manusia.
Sebenarnya, wajah buruk Washington tentang isu pencabulan hak asasi manusia tidak ada bezanya dengan negara-negara yang sering menjadi mangsa kritikan AS.
Pendedahan laporan Senat AS telah ‘membuka pekung’ sebenar kerajaan negara kuasa besar itu, apabila agensi perisikan, Biro Penyiasatan Pusat (CIA) didakwa melakukan pelanggaran hak asasi manusia dengan menyeksa tahanan suspek militan al-Qaeda dengan cara yang kejam dan melampaui batas kemanusiaan.
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Risikan Senat setebal 500 muka surat itu, CIA dilaporkan menggunakan taktik mencurah air ke muka tahanan sehingga hampir lemas, taktik lain termasuk melarang tahanan tidur, menampar dan menghempas mereka ke dinding, selain tahanan turut diletakkan di dalam kotak kecil dan diasingkan untuk satu tempoh yang lama, dirantai di siling, dipakaikan lampin pakai buang serta diancam bunuh.
Tindakan tidak berakal yang dilakukan oleh agensi perisikan AS itu, sekali gus menunjukkan sikap hipokrit Washington dalam menjuarai hal-hal berkaitan hak asasi manusia, tidak kira di dalam negara mereka sendiri atau di negara lain.
Malahan, Presiden AS, Barack Obama sendiri masih gagal mengotakan janjinya untuk menutup pusat tahanan di Teluk Guantanamo, meski pun telah menjadi pemimpin negara ini sejak 2009.
Selain itu, AS mengamalkan sikap double standard, sengaja membutakan mata tentang masalah hak asasi manusia di negara sendiri, tetapi menuduh negara lain mencabul hak asasi.
AS patut berasa malu dengan pendedahan itu apabila isu penindasan yang dilakukan CIA itu, berlaku di ‘depan mata sendiri’ dan seharusnyalah negara itu berhenti mencampuri urusan negara lain.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/amerika-tidak-perlu-dabik-dada-juarai-isu-hak-asasi-manusia-1.36098#sthash.vu8sJLX1.dpuf

Tanah runtuh di Jawa, 17 mati tertimbus

14 Disember 2014 2:08 AM
Pasukan menyelamat membawa keluar satu mayat penduduk yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Jemblung, Banjarnegara, Jawa Tengah, semalam. – AFP

JAKARTA 13 Dis - Sekurang-kurangnya 17 orang mati tertimbus dan hampir 100 orang lagi dilaporkan masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah perkampungan di Jawa Tengah, lewat malam semalam.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho berkata, sebanyak 105 buah rumah ranap akibat ditimbus tanah runtuh dalam kejadian di Kampung Jemblung dekat Banjarnegara, berpunca akibat hujan lebat.
Hanya dua buah rumah di kampung itu sahaja yang terselamat.
Jelas Sutopo, hampir 400 anggota pasukan penyelamat termasuk anggota polis, tentera dan sukarelawan bertungkus-lumus menggali tanah tanpa bantuan peralatan canggih untuk membantu menyelamatkan mangsa yang tertimbus.
“Setakat ini kami menemukan 17 mayat dan usaha mencari kira-kira 100 lagi penduduk yang hilang masih giat dijalankan.
“Keadaan tanah yang berlumpur dan berselut menyukarkan operasi menyelamat dan kami memerlukan bantuan jentera berat bagi membersihkan tanah runtuh,” katanya.
Permukaan tanah yang tidak stabil juga membahayakan pasukan menyelamat selain ketiadaan rangkaian telefon yang menyukarkan lagi tugas penyelarasan.
Menurut laporan agensi berkenaan, seramai 379 penduduk yang ditinggal di sekitar kawasan bencana dipindakan ke pusat perlindungan sementara bagi mengelakkan kejadian sebarang kemalangan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tanah-runtuh-di-jawa-17-mati-tertimbus-1.36096#sthash.AcK6XlZw.dpuf

Insiden tembakan di Amerika: 
Tiga remaja cedera

Parents of students Rosemary Anderson High School in Oregon City
Parents of students Rosemary Anderson High School in Oregon city gathered outside the school building after the shooting that left three teens injured yesterday. - AGENCIES
Oregon 13 December - Three people were injured teenager was shot, in one scene shot outside the building Rosemary Anderson High School, in the northern city of Portland in Oregon, northwestern United States (US), yesterday.
According to the Portland Police Department, investigators have launched a hunt after a gunman who was said to have links with the group, opened fire before fleeing from the scene.
"The three victims of two men and a woman still breathing when she was at the scene," he said through his Twitter page.
According to a spokesman for Portland Fire Department, the incident occurred two years after the killings of students in Sandy Hook School in Newtown, Connecticut.
During the incident on December 14, 2012 in Sandy Hook School, a teenager, Adam Lanza shot dead 20 children and six adults including school teachers before shooting himselfayisofyaninoor.
Police said all the victims fled to high school before the shooter fled the area.
"I'm thankful that no loss of life in this time of the shooting," said Portland Police spokesman, Pete Simpson. -AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/insiden-tembakan-di-amerika-8232-tiga-remaja-cedera-1.36060#sthash.C6JREYvi.dpuf