Search This Blog

Saturday, December 13, 2014

Kemalangan: Pekerja kilang terperosok bawah treler


13 Disember 2014


SEREMBAN - Seorang pekerja kilang maut apabila motosikal ditungganginya terbabas dan terperosok bawah treler tanpa muatan di persimpangan Jalan Senawang 2, kawasan perindustrian Senawang, dekat sini, tengah malam tadi.
 
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam itu, Noorhizam Aziz, 40, maut di tempat kejadian.
 
"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas sehingga memasuki bawah treler berkenaan yang pada  ketika itu separuh badan treler itu sudah memasuki simpang kanan," katanya di sini, hari ini.
 
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya.
 
Katanya pemandu treler, R Kularajah, 42, tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

Sawah tenggelam, benih hanyut


Pesawah menunjukkan sawah mereka yang ditenggelami air akibat sungai yang tidak
diselenggara di Kampung Bukit Murai
Pesawah menunjukkan sawah mereka yang ditenggelami air akibat sungai yang tidak diselenggara di Kampung Bukit Murai
PENDANG – Segelintir pesawah bimbang terpaksa menanggung kerugian apabila benih padi yang ditabur di sawah sekitar Kampung Bukit Murai, dihanyutkan air selepas hujan lebat di kawasan terbabit.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, hampir keseluruhan kawasan sawah di bawah Unit Pertubuhan Peladang Kecil (PPK) Pendang Selatan Tujuh terlibat dalam masalah itu.

Pesawah, Ali Ahmad 52, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian apabila lebih 1 hektar sawahnya ditenggelami air sehingga benih padi yang baru seminggu ditabur dihanyutkan air.

Menurutnya, sawah di kawasan itu kerap tenggelam setiap kali hujan lebih tiga jam yang berpunca daripada keadaan sungai yang tidak diselenggara.

“Sungai menjadi sempit akibat semak dan perkara itu menyukarkan aliran air keluar.

“Takungan air ini menyebabkan kira-kira 17.4 hektar (60 relung) sawah terjejas,” katanya.

Bagi Isa Saman 81, berkata, keadaan sungai yang tidak diselenggara menyebabkan mereka menanggung kerugian setiap musim.

“Tahun ini sahaja sudah lima kali padi tenggelam dan kerja-kerja sawah terpaksa ditangguhkan kerana menunggu masa air surut.

Saat Din 65, berkata, kebanyakan pesawah kawasan ini bingung mencari modal lain selepas benih yang ditabur dihanyutkan air.

“Oleh itu, diharap pihak berkenaan mengambil berat masalah yang dihadapi supaya pendapatan kami tidak terjejas,” katanya.

Premis disewa musnah terbakar


Bahagian kaunter bayaran dan ruangan makan yang terjejas akibat kebakaran semalam.
Bahagian kaunter bayaran dan ruangan makan yang terjejas akibat kebakaran semalam.
KAMUNTING – Seorang peniaga rugi kira-kira RM150,000 apabila restoran diusahakannya di Jalan Taiping Utara, dekat Taman Taiping Utara, Kamunting, di sini, terbakar kira-kira jam 3.30 pagi, semalam.

Zakaria Che Hassan, 42, berkata, dia memulakan operasi seperti biasa pada hari kejadian dan premis yang disewanya itu ditutup pada kira-kira jam 1 pagi.

"Selepas kemas semua peralatan, kami tutup pintu restoran kira-kira jam 2 pagi sebelum terus pulang ke rumah di Taman Kami.

"Kami dimaklumkan ada orang yang lalu di situ melihat asal tebal sebelum menjerit memanggil jika ada individu dalam restoran yang ditinggalkan kosong sebab semua pekerja tinggal di tempat lain," katanya.

Menurutnya, dia yang sudah tiga tahun berniaga di situ, terpaksa menghentikan sementara operasi restoran itu disebabkan banyak ruang yang musnah dalam kebakaran berkenaan.

"Semasa saya sampai, bomba sudah padam kebakaran dan saya difahamkan api bermula di bahagian kaunter sebelum merebak memusnahkan peralatan restoran.

"Saya akan bincang dengan pemilik premis sebelum buat apa-apa keputusan berhubung kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguasa Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, kebakaran terbabit melibatkan kemusnahan hampir 50 peratus.

"Enam anggota bersama sebuah jentera dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 3.57 pagi.

"Anggota bomba memasuki premis dengan membawa alat pernafasan sebagai persediaan jika ada mangsa yang terperangkap sebelum mengawal dan memadam kebakaran," katanya.

Beliau berkata, ketika anggotanya tiba di lokasi kejadian, api didapati sedang  marak di kaunter bayaran restoran terbabit dan sebahagian ruang makan rosak disebabkan bahang panas.

"Kecekapan bomba mengawal api dari terus merebak menyelamatkan bahagian dapur dan tingkat atas restoran.

"Tiada mangsa dalam kejadian ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Pelajar IKM maut kemalangan


Keadaan kedua-dua kereta yang remuk dalam kemalangan semalam
Keadaan kedua-dua kereta yang remuk dalam kemalangan semalam
KOTA BHARU- Seorang pelajar semester dua, Institut Kemahiran Mara (IKM) Pekan Pahang, maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu merempuh bahagian hadapan kereta Perodua Myvi di laluan bertentangan di Jalan Pasir Mas-Salor di sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, pemuda berusia 19 tahun berkenaan maut di tempat kejadian manakala tiga beranak termasuk seorang wanita mengandung, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dan lelaki dalam Perodua Myvi mengalami kecederaan.

Dipercayai kereta yang dipandu, Abdul Hadi Mohd Arifin, memotong kenderaan di hadapannya dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Myvi yang dinaiki tiga sekeluarga itu.

Saksi kejadian, Mohd Subri Jali, 24, berkata, sebelum kejadian dia mengekori kereta pemuda itu dari belakang yang cuba memotong kenderaan lain di hadapannya.

“Tidak sempat memotong, kereta Wira terbabit kemudiannya merempuh kereta Myvi di laluan bertentangan dan saya lihat pemandunya tersepit.

“Pemuda berkenaan sempat meminta tolong, dan saya cuba membuka pintu namun tidak berjaya dan hampir setengah jam mencuba saya kemudiannya menghubungi bomba untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan kejadian.

Menurutnya, apabila bomba sampai, pemuda berkenaan yang mengalami kecederaan parah di kepala tidak lagi bergerak dan hampir sejam kemudiannya pemuda itu berjaya dikeluarkan.

“Manakala tiga beranak dalam kereta Myvi itu mengalami kecederaan dan anaknya turut cedera dan dibawa ke hospital,” katanya.

Sementara itu abang pemuda berkenaan, Hasudi Mohd Ariffin, 35, berkata, dia hanya mengetahui tentang adiknya terlibat dalam kemalangan selepas dimaklumkan orang awam, melalui panggilan telefon.

“Saya terus bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat keadaan adik saya, lagipun semalam dia keluar rumah tanpa memberitahu hendak ke mana dan saya juga tidak sempat bertanya.

“Memang saya agak terkejut, dan buat masa ini menyerahkan kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Jenazah pemuda terbabit di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk urusan pengebumian.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Dua Lelaki Malaysia Ditahan Cuba Seludup 960gm Heroin


Diterbitkan: Sabtu, 13 Disember 2014 8:28 AM
- Gambar hiasan

SINGAPURA: Dua rakyat Malaysia ditahan kerana cuba menyeludup dua bungkusan heroin seberat 950gm dengan menaiki sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Khamis.

Dalam operasi oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura, pegawai CNB menemui dadah tersebut disorok di ruang khas tempat duduk pembonceng ketika melakukan pemeriksaan ke atas dua lelak itu.

Penunggang berusia 26 tahun dan pembonceng berusia 37 tahun itu dikatakan sedang perjalanan ke republik itu.

CNB dalam kenyataan pada Jumaat berkata bekalan dadah yang dirampas itu boleh menampung keperluan 480 penagih selama seminggu.

Tangkapan dua rakyat Malaysia di pusat pemeriksaan berkenaan adalah sebahagian daripada operasi oleh CNB di seluruh negara itu yang dilakukan dari Isnin hingga Jumaat.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 101 suspek lain turut ditahan dan pelbagai jenis dadah bernilai S$85,000 dirampas termasuk satu kilogram heroin, 18gm ice, sembilan pil Erimin-5, 25 pil ecstasy, 290gm ganja dan sejumlah kecil dadah jenis ketamine.

Operasi CNB itu turut disertai oleh Pihak berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA), polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Lelaki Rogol Anak Tiri Dua Kali Seminggu Ditahan


Diterbitkan: Sabtu, 13 Disember 2014 1:50 PM

PETALING JAYA: Selama hampir setahun, kanak-kanak berusia 12 tahun diselubungi ketakutan apabila mendakwa dirinya berulang kali dirogol dua kali seminggu oleh bapa tirinya.

Dia hanya memberitahu kejadian itu kepada ibunya pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad berkata ibu kanak-kanak itu terus bertindak mengemas pakaian dan membawa anak-anaknya tinggal di rumah saudaranya, sebelum membuat laporan polis.

"Kami menghantar satu unit ke rumah suspek di Kampung Cheras Baru dan menahan lelaki itu pada pukul 4 pagi Sabtu.

"Dia kini direman sehingga 18 Disember bagi membantu siasatan.

"Kanak-kanak itu memberitahu bahawa bapa tirinya mula merogolnya pada Disember tahun lepas.

"Dia tidak ingat berapa kali dia telah melakukannya.

"Katanya, ia berlaku banyak kali, mungkin juga dua kali seminggu," kata Khairuldin.

Beliau berkata suspek, yang menganggur dalam tempoh yang panjang tahun ini merogol kanak-kanak itu di bilik tidurnya atau di bilik tidur utama, ketika ibu dan adik beradik tiri kanak-kanak itu berada di luar rumah.

Penumpang mengamuk, pesawat AirAsia patah balik


Suasana kecoh dalam pesawat AirAsia akibat tindakan dari dua orang penumpang pesawat berkenaan.
Suasana kecoh dalam pesawat AirAsia akibat tindakan dari dua orang penumpang pesawat berkenaan.
BANGKOK - THAILAND. Penerbangan Thai ke China terpaksa berpatah balik ke Bangkok setelah seorang penumpang menyerang seorang pramugari dengan menyimbah air panas, menurut syarikat penerbangan itu hari ini.

Menurut kenyataan penerbangan tambang murah AirAsia Thai, penumpang dari China menyewa penerbangan ke Nanjing memarahi kru pesawat sebelum menyimbahnya dengan air panas.

Kapten dan anak kapal kemudiannya memujuk penumpang berkenaan untuk berbincang di pejabat lapangan terbang selepas mendapati perbuatannya boleh mengancam keselamatan pesawat.

Media China melaporkan mi segera turut dilempar bersama air panas tersebut.

Dalam satu klip video kelihatan seorang lelaki mengancam untuk meletupkan pesawat berkenaan.

Bagaimanapun kenyataan syarikat penerbangan tidak menyatakan ancaman berkenaan. - Bangkok Post

Dicekup ketika buat maksiat di hotel


Gambar hiasan. Sumber internet
Gambar hiasan. Sumber internet
SEREMBAN - Sepasang warga asing yang sedang leka melakukan hubungan seks, terkejut apabila didatangi penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri yang membuat serbuan di sebuah hotel bajet di bandar ini, semalam.
Lelaki warga Myanmar dan pasangannya, warga Indonesia itu ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang.

Difahamkan, wanita berusia 20-an itu menerima bayaran serendah RM50 bagi setiap khidmat seks yang ditawarkan.

Operasi kira-kira jam 6 petang itu dilakukan sepasukan pegawai di tiga lokasi berasingan iaitu dua di sekitar bandar ini dan satu di Sikamat, di sini selepas melakukan risikan dan menerima aduan awam tentang lambakan warga asing.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya menerima maklumat tentang lambakan warga asing di sekitar tingkat bawah hotel bajet berkenaan.

“Pada hujung minggu, lokasi ini sering menjadi tumpuan warga asing. Apabila kita membuat risikan, terdapat aktiviti pelacuran di tingkat satu hotel ini.
“Ketika serbuan, terdapat beberapa pelacur warga asing sedang menunggu pelanggan di bilik mereka. Turut ditemui kondom yang belum dan sudah digunakan,” katanya.

Menurutnya, pelacur dan pelanggan warga asing itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen yang sah.

“Empat lelaki warga Nepal, seorang lelaki warga India, dua perempuan warga Indonesia dan seorang wanita warga India turut ditahan di sekitar hotel itu.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah dan Seksyen 39 (b) kerana menyalahgunakan pas,” katanya.
Semua mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng, di sini.

Pemuda Brazil bunuh 42 orang untuk berseronok


Das Gracas diiringi anggota polis di sebuah balai polis di Nova Iguacu berhampiran Rio de Janeiro.
Das Gracas diiringi anggota polis di sebuah balai polis di Nova Iguacu berhampiran Rio de Janeiro.
BRASILIA - BRAZIL. Seorang pembunuh bersiri di Brazil mengaku membunuh 42 orang hanya untuk suka-suka sejak 10 tahun lalu.

Menurut laporan BBC, pengakuan itu sekali gus menjadikannya salah seorang pembunuh paling prolifik di negara tersebut.

Sailson Jose das Gracas ditahan pihak berkuasa di Rio de Janeiro, kelmarin, selepas dia bertindak memberitahu pemberita tentang keseronokannya membunuh kesemua mangsa.

Das Gracas, 26, berkata, dia mula membunuh ketika berusia 17 tahun dan sehingga kini dia telah membunuh 38 wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun.

"Saya akan kaji sedikit sebanyak tentang diri mangsa selama berbulan-bulan dan akan tunggu masa sesuai untuk pecah masuk ke rumah mangsa dan bunuh mereka," katanya.

Sembilan ditahan

Oleh Mohd Hasbi Sidek 
hmetroshahalam@hmetro.com.my

Shah Alam : Selepas beberapa hari diburu pihak berkuasa berikutan terbabit dalam insiden pergaduhan dengan penyokong pasukan bola sepak Vietnam ketika perlawanan separuh akhir Piala AFF, Ahad lalu, akhirnya sembilan suspek ditahan polis.
Semua suspek berusia antara 19 dan 29 tahun ditahan dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan Johor serta mendapat perintah tahanan reman empat hari bermula semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, semua suspek direman hingga Isnin depan bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Lima daripada mereka ditahan di Johor, manakala masing-masing dua di Shah Alam dan Kuala Lumpur dalam operasi dari jam 10.30 malam kelmarin hingga pagi semalam.
“Polis akan melanjutkan tahanan reman terhadap mereka jika laporan tidak lengkap dan kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum diserah kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.
Mohd Adnan berkata, pihaknya masih mengesan enam individu dipercayai terbabit dalam insiden itu dan meminta mereka memberi kerjasama dengan tampil ke balai polis berdekatan bagi memberi keterangan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu yang dicari diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Amirul Abdullah di talian 012-4748870 atau Asisten Superintendan Chang Sing Kong di 016-7723336,” katanya.
Dalam kejadian Ahad lalu, seorang penyokong Vietnam cedera ringan selepas diserang sekumpulan penyokong bola sepak Malaysia dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2014 di Stadium Shah Alam.
Berikutan daripada beberapa siri laporan akhbar sejak beberapa hari lalu, tujuh individu dipercayai terbabit memukul penyokong Vietnam tampil memberikan keterangan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:23 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15941#sthash.tOAl4uQq.dpuf

Lelaki stres terjun flat


Kuala Lumpur: Seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa mati selepas terjun dari kediamannya di tingkat 17 Flat Laman Rimbunan, Kepong, di sini, semalam.
Menurut sumber, kejadian berlaku jam 1.45 petang dan mangsa yang berusia 42 tahun dikatakan mengalami tekanan perasaan sejak beberapa bulan lalu.
Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini beberapa kali cuba membunuh diri, namun semasa kejadian (semalam) tiada sesiapa yang melihat mangsa terjun.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan mengenai kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:23 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15942#sthash.HlIW8kFJ.dpuf

Curi kabel punca TM rugi RM4j di Pahang

Kuantan: Kes kecurian kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) Pahang semakin serius apabila syarikat itu mengalami kerugian RM4 juta bagi tempoh 11 bulan tahun ini.
Pengurus Besarnya Datuk Md Rasidin Kadak berkata, lebih membimbangkan pihak tidak bertanggungjawab sanggup menggunakan jentera berat dan mengorek tanah untuk mendapatkan kabel terbabit.
Sepanjang tempoh itu, 600 kes direkodkan TM Pahang dan pihaknya mengambil pelbagai langkah memastikan kecurian kabel dapat dibanteras.
Katanya, pihaknya menjalinkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi memantau aktiviti berkenaan.
“Hasil kerjasama itu lapan tangkapan dilakukan, namun kami perlu meneruskan rondaan di kawasan yang menjadi ‘titik panas’ bagi memastikan aktiviti curi kabel tidak berulang.
“Daerah ini dan Temerloh mencatatkan kes tertinggi dan kebanyakannya membabitkan Gebeng dan Semambu,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian perkhidmatan ‘Hospitality Entertainment Solution’ (HeS) antara TM dan Hotel MS Garden, di sini, semalam.
Beliau berkata, pihaknya meningkatkan rondaan pemeriksaan bagi menyekat kegiatan mencuri kabel.
Justeru katanya, kerjasama masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat amat diperlukan untuk membendung kegiatan ini dari terus berleluasa.
“Kita mengharapkan maklumat orang ramai untuk melaporkan segera jika melihat sebarang aktiviti mencurigakan membabitkan pemindahan kabel di kawasan berhampiran,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:23 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15939#sthash.4iZvfNQ6.dpuf

Kaki kelentong betul!

Oleh Fardy Bungga

fardy@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sifat terpuji sepasang warga tempatan membawa seorang pelancong Korea melancong lebih 600 kilometer dari Georgetown ke Melaka rupanya mempunyai niat buruk apabila pasangan terbabit melarikan beg pakaian dan peralatan elektronik mangsa bernilai lebih RM6,000.
Mangsa Lee Joo Sun, 29, berkata dia mengenali pasangan berkenaan ketika bertanyakan arah di sebuah perhentian bas di Georgetown sebelum mereka menawarkan untuk membawanya melawat beberapa tempat menarik di negara ini.
Pasangan penipu terbabit tidak meminta upah sebaliknya hanya mahu dibelanja makan dan hotel penginapan di setiap tempat dilawati.
Mangsa bersetuju dan mereka memulakan lawatan ke beberapa tempat menarik di beberapa negeri dari utara sehingga ke Genting Highland.
Menurut mangsa, selepas berhibur di Genting Highland, dia berhasrat untuk kembali ke ibu kota untuk bertemu rakannya, tetapi dia sebaliknya dibawa terus ke Melaka.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:23 AM


LEE menunjukkan gambar pasangan terbabit yang sempat dirakamnya ketika melawat beberapa tempat menarik sebelum itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15938#sthash.QQkvcHH4.dpuf

Kempunan diulit GRO

Klang: Hasrat empat pelanggan warga Nepal untuk diulit pelayan pelanggan (GRO) Vietnam selepas menerima gaji bulanan lebur apabila mereka ditahan dalam serbuan di sebuah ‘spa seks’ di tingkat tujuh sebuah hotel, di Jalan Pasar, di sini, awal pagi semalam.
Serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, kira-kira jam 1 pagi itu menahan warga asing berkenaan yang dikatakan ke spa berkenaan bagi mendapatkan khidmat urutan sebelum ke ranjang.
Malah, cubaan tiga GRO yang cuba melarikan diri ke kawasan semak berhampiran hotel berkenaan tidak berjaya sebelum ditangkap.
Serbuan yang ketuai Inspektor Mohd Anuar Ibrahim bersama seorang pegawai dan 12 anggota itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang mencurigai kehadiran ramai wanita yang berpakaian seksi di premis berkenaan.
Sumber polis berkata, hanya ada tiga GRO di dalam premis berkenaan sebelum siasatan lanjut ke atas premis itu menemui beberapa bilik rahsia yang dijadikan tempat mereka bersembunyi bagi mengelak dari dikesan pihak berkuasa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:22 AM


ANTARA GRO yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Pasar, Klang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15936#sthash.8RIJb8gA.dpuf

Pencuri cilik kantoi

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@hmetro.com.my
Ampang: Polis mencekup tiga penyamun cilik yang terbabit dalam jenayah memecah kereta dan kedai di sekitar daerah ini ketika mereka yang baru berusia 14 tahun cuba menceroboh sebuah kedai telekomunikasi di Taman Cahaya, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mereka dicekup Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang kira-kira jam 2.45 pagi .
Menurutnya, polis yang sedang meronda terlihat tiga remaja lelaki itu sedang mengumpil pintu belakang kedai terbabit.
“Suspek panik dan cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan di tingkat tiga bangunan itu. Pemeriksaan lanjut menemui peralatan pecah rumah dan satu unit ‘smart tag’ di dalam beg galas suspek,” katanya.
Beliau berkata, remaja terbabit juga mengaku memecah sebuah kereta Honda City warna perak di Jalan Pandan Cahaya 1, Pandan Cahaya sebelum itu.
Khairuldin berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan masih bersekolah dan mereka kini direman selama lima hari untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:21 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15929#sthash.P7UN7n9M.dpuf

Macam janin!

Oleh Amir Mamat 

am@hmetro.com.my

Melaka: Satu objek seakan janin ditemui di lantai tandas pasar raya di Bachang, di sini, malam kelmarin.
Kejadian jam 8.30 malam itu disedari seorang pembantu jualan kedai minyak wangi Norhaslia Hafian, 19, sebelum memaklumkan kepada rakannya Fauziah Ismail, 34, untuk mengetahui sama ada objek itu janin atau sebaliknya.
Mereka memberitahu perkara itu kepada pengawal keselamatan pasar raya sebelum menghubungi polis.
Menurut Norhaslia, ketika berada di dalam tandas, dia terdengar pintu tandas di sebelah kanannya dihempas kuat, namun tidak mengesyaki apa-apa.
"Selepas keluar dari tandas, saya ternampak objek seakan-akan janin itu berada di lantai. Ini adalah pengalaman pertama saya berdepan dengan situasi begini menyebabkan saya panik dan tidak tahu hendak buat apa sebelum memanggil rakan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, malam kelmarin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 5:12 AM


ANGGOTA polis Unit Forensik melakukan siasatan dalam tandas wanita, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15555#sthash.Fp27XArq.dpuf

Mati terkena letupan gas


USAHA menyelamat yang dilakukan anggota APMM. FOTO ihsan APMM
Oleh Zaid Salim
Kuala Terengganu: Dua pekerja sebuah kapal membawa muatan gas petroleum cecair (LPG) maut selepas mengalami kecederaan teruk seluruh badan termasuk seorang daripadanya maut akibat parah di kepala manakala dua lagi cedera pada perut dan patah kaki kanan apabila saluran paip gas bahagian belakang kapal berkenaan meletup petang semalam.
Mangsa yang maut membabitkan warga Korea dan Myanmar dikenali sebagai Song Oh Weon, 56, dan Zaw Myo Htut, 23, manakala yang cedera ialah Choi Tae Won, 64, dari Korea dan Khine Zin Min, 28, dari Myanmar.
Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuala Terengganu (DM9), Leftenan Komander (M) Mohamad Zainal berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kapal DL Calla milik Korea dalam perjalanan ke Thailand membawa muatan LPG bersama 23 kru warga Korea dan Myanmar.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari APMM Wilayah Timur berpangkalan di Kuantan, Pahang selepas menerima faksimili daripada pengawal pantai Korea pada 5.50 petang memaklumkan sebuah kapal milik Korea yang membawa muatan LPG terbakar kira-kira 26 batu nautika dari Timur Laut Kuala Terengganu.
Berikutan itu katanya, pihaknya menghantar sebuah bot penyelamat Penggalang 17 dan tiba di lokasi 6.40 petang serta segera melakukan kerja menyelamat mangsa yang maut dan cedera sebelum dibawa ke Jeti APMM Pulau Kambing, di sini, pada 10.30 malam.
Beliau berkata, mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, untuk bedah siasat manakala yang cedera diberikan rawatan kecemasan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 1:20 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15414#sthash.I1ExVsiM.dpuf

14 tahun dah tagih dadah

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

azimfitri@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pada usia muda seawal 15 tahun dia sepatutnya memanfaatkan masa dengan belajar serta melakukan aktiviti sihat, namun amat menyedihkan apabila memilih untuk bergelumang dengan najis dadah.
Remaja itu seorang daripada 68 penagih dadah yang ditahan dalam operasi oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Sentul dan Kepong, semalam.
Ketika ditanya, tekanan perasaan dan konflik keluarga di rumah dijadikan alasan menyebabkan dia berjinak-jinak dengan dadah jenis ganja.
Remaja itu berkata, dia mula mencuba ganja pada usia 14 tahun daripada seorang rakan dan akhirnya membuatkan dia hanyut dan terus menjadi hamba kepada najis itu.
"Saya beli (ganja) dari rakan untuk hilangkan tekanan. Duduk rumah tak aman. Saya selalu tidur rumah kawan dan itu yang menyebabkan saya belajar mencuba ganja," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 5:09 AM


SAMPEL air kencing penagih dadah yang ditahan di sekitar Sentul dan Kepong, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15553#sthash.6HmAhRRW.dpuf

Geng kedua dikesan

Oleh Hadzlihady Hassan

hadzlihady@hmetro.com.my

Georgetown: Siasatan polis berhubung siri kes pembunuhan kejam membabitkan warga Myanmar menemui petunjuk baru apabila satu lagi kumpulan yang turut didalangi rakyat negara itu dikesan wujud dengan melakukan jenayah terbabit terhadap rakyat senegara mereka.
Berikutan itu, polis kini memburu kumpulan terbabit yang juga dikesan merekrut rakan senegara untuk melakukan kegiatan jenayah itu.
Kebanyakan daripada mereka yang direkrut itu berasal dari tempat sama di Myanmar dan mereka berjumpa di negeri ini sebelum menubuhkan kumpulan yang melakukan pembunuhan kerana dendam di negara asal.
Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mengenal pasti ahli kumpulan itu yang dikesan turut terbabit dalam beberapa kes pembunuhan warga Myanmar di negeri ini.
"Siasatan mendapati ahli kumpulan terbabit masih berada di negeri ini dan ketua kumpulan merekrut ahli yang terdiri daripada rakan senegara yang datang bekerja di sini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 5:15 AM


ABDUL Rahim menunjukkan foto suspek dikehendaki polis iaitu Mohd Yahyar Khan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15557#sthash.8SO0PUdn.dpuf

Tikam diri lihat suami maut tergantung

Oleh Junaidi Ladjana

junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Terkejut melihat suaminya mati tergantung, seorang isteri bertindak menikam dirinya menggunakan pisau dan gunting di tubuh badannya dalam kejadian di Kampung Air, di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, beberapa penghuni bersebelahan bilik mangsa bertindak menghalangnya sebelum membawa mangsa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian akibat masalah kewangan.
"Sebelum kejadian, mangsa dikatakan pergi ke tempat kerja isterinya lalu berlaku pertengkaran kerana suaminya pulang awal dari kerja dan tidak mengambil kerja lebih masa.
"Sebaik sahaja wanita tiba di bilik sewa mereka, dia terkejut apabila melihat suaminya mati dalam keadaan tergantung," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, wanita berusia 30 tahun berkenaan kini dirawat di HQE dan dilaporkan dalam keadaan stabil manakala suaminya berusia 24 tahun dibawa ke bilik forensik HQE untuk bedah siasat.
"Siasatan mendapati tiada sebarang kejadian jenayah berlaku di lokasi kejadian dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 12:53 AM


ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi bedah siasat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15694#sthash.hvKX4vEa.dpuf

Ajal terjun van rosak

Oleh Syazwan Msar

am@hmetro.com.my

Rompin: Tindakan seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjun dari kenderaan yang masih bergerak mengundang padah apabila dia maut akibat parah di kepala dan anggota badan di Kilometer 8, Jalan Bukit Pemandangan berhampiran Bukit Ibam, Muadzam Shah, dekat sini, malam tadi.
Kejadian pada 7.15 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd Rosazwan Ashraf Rozaidi, 17, dari Taman Seri Inderapura, Kuantan, maut manakala bapanya yang dikenali sebagai Rozaidi berusia 40-an cedera ringan.
Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Deputi Superintendan Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, kejadian berlaku ketika van dipandu Rozaidi dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Kompleks Radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Ibam, dekat sini, ke kuarters berhampiran.
Namun ketika menuruni bukit, secara tiba-tiba brek kenderaan terbabit dikatakan gagal berfungsi menyebabkan ia meluncur laju.
"Situasi itu menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang belakang panik lalu bertindak membuka pintu kenderaan terbabit dan terus melompat keluar.
"Van yang dipandu bapanya kemudian hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan lalu terjunam ke dalam gaung kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa terjun," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 1:46 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15702#sthash.w3HobFP3.dpuf

Tetamu tak putus

Oleh Nur Saliawati Salberi

hmetroshahalam@hmetro.com.my
Klang: Rahsia sebuah rumah kampung di Jalan Meru Batu 5, yang tidak henti didatangi 'tetamu tidak diundang' akhirnya terbongkar apabila sepasukan polis mendapati rumah itu dijadikan sarang pelacuran warga asing sejak beberapa bulan lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang kelmarin, polis mendapati rumah itu dijadikan sarang pelacuran, malah ketika serbuan, seramai 13 lelaki yang juga pelanggan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat seks dan ada antara pelanggan yang masih memakai kondom.
Difahamkan, rumah yang dihuni dua wanita warga Vietnam lingkungan 40-an itu menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM40 dan menyasarkan lelaki warga asing sekitar daerah ini.
Sumber polis berkata, hasil risikan, polis mendapati rumah itu sentiasa dipenuhi lelaki warga asing dan jumlahnya bertambah pada hujung bulan apabila kebanyakan pelanggan menerima gaji masing-masing.
Katanya, kedudukan rumah itu yang terselindung di sebalik sebuah bengkel membaiki lori menyukarkan pihak berkuasa dan orang ramai mengesan kegiatan yang dilakukan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:12 AM


KEADAAN rumah kampung yang dijadikan sarang pelacuran oleh dua wanita warga Vietnam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15871#sthash.bRbE1rNA.dpuf