Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Bayar Rita RM500


Oleh Nor Azura Abdul Jalil

zura_jalil@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Keputusan kes tuntutan nafkah dua anak lelaki difailkan pelakon Rita Rudaini terhadap bekas suaminya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak yang sepatutnya ditetapkan semalam terpaksa ditangguhkan berikutan kelewatan pemain yang mewakili pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu memfailkan hujahan balas.
Berikutan itu, Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah memerintahkan Aidil selaku defendan membayar kos kehadiran RM500 kepada Rita Rudaini selepas membenarkan permohonan peguam Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang memohon mahkamah mengenakan kos kepada defendan kerana kegagalan memasukkan hujahan pada masa yang ditetapkan 22 Oktober lalu.
“Kelewatan defendan memfailkan hujahan balas menyebabkan plaintif tidak dapat memfailkan hujahan penutup.
“Jadi wajar defendan dikenakan kos sebagai pengajaran pada masa akan datang dan tidak membuang masa mana-mana pihak,” kata Abd Halim.
Terdahulu di awal prosiding, Mohd Zaidi memberitahu mahkamah pihaknya memfailkan hujahan pada 20 Ogos lalu, bagaimanapun defendan hanya memfailkan hujahan balas pada 1 Disember lalu.
“Kelewatan itu menyebabkan penganiayaan terhadap anak guam saya.
“Jadi saya mohon kos di atas kegagalan defendan berbuat demikian pada tarikh ditetapkan mahkamah,” katanya.
Bagaimanapun, permohonan itu dibantah peguam syarie Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Aidil dengan alasan kes itu tetap berjalan walaupun untuk sebutan.
“Kami memohon maaf atas kelewatan itu kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan,” katanya.
Mahkamah menetapkan 26 Januari tahun depan untuk keputusan kes itu.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Rita Rudaini melahirkan rasa kecewa kerana keputusan kes yang ditunggunya sejak dua tahun lalu tidak dapat diketahui semalam.
“Saya kecewa sangat, menyusahkan semua orang. Bukan dia seorang saja yang sibuk. Semua orang ada tugas dan tanggungjawab masing-masing,” luahnya.
Aidil berkata, dia mahu fokus pada permohonannya untuk mengubah perintah hak penjagaan anak (hadanah) di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban kerana sudah lama berlembut berhubung isu berkenaan.
“Sudah enam bulan lebih tak dapat jumpa anak. Saya perlu buat sesuatu dengan lebih tegas kerana sebelum ni saya banyak berlembut dan beri kelonggaran.
“Kali terakhir saya jumpa anak-anak seminggu sebelum berkahwin. Kalau ada kerjasama saya tak failkan permohonan ini. Jadi saya nak mahkamah sendiri yang tentukan masa spesifik untuk saya dan anak-anak.
“Hari ini (semalam) ditetapkan untuk proses sulh, namun dia (Rita Rudaini) tidak hadir,” katanya..
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 8:43 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15365#sthash.nojab6fI.dpuf

Sawah padi macam ‘laut’

Baling: “Kawasan sawah padi kami sudah bertukar seperti laut apabila air tidak pernah surut sejak sebulan lalu, sekali gus mengakibatkan kebanyakan petani mengalami kerugian yang teruk apabila padi rosak.”
Begitu kata Che Daud Jusoh, 53, antara 20 petani di Kampung Padang Kulim, Kuala Ketil, di sini, yang terjejas akibat kenaikan air di kawasan sawah padi seluas 30 hektar dipercayai berpunca daripada banjir akibat musim hujan berikutan sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik sejak November lalu.
Che Daud mendakwa dia mengalami kerugian kira-kira RM15,000 apabila sembilan hektar sawahnya ditenggelami air yang menyebabkan pokok padinya rosak.
Menurutnya, dia mula menanam padi pada hujung Oktober lalu, bagaimanapun semuanya musnah kerana pokok ditenggelami berikutan musim hujan sejak kebelakangan ini.
Katanya, selepas mendapati keadaan kembali pulih dan air di dalam sawahnya mula kering, dia mengusahakan tanaman baru, namun ia juga musnah pada hujung November lalu apabila ditenggelami air akibat banjir buat kali kedua.
“Ketika hujan lebat berpanjangan sejak akhir Oktober lalu, air Sungai Temak sering melimpah menyebabkan banyak sawah yang diusahakan petani di sini, tenggelam.
“Sistem perparitan di kawasan ini bermasalah kerana tidak diuruskan dengan baik dan ia secara tidak langsung menyebabkan sawah kami sentiasa ditenggelami air mengakibatkan tanaman yang diusahakan rosak menyebabkan sumber rezeki kami hilang,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Petani lain, Yahaya Khamis, 52, berkata, dia yang hanya bergantung sepenuhnya hasil pendapatan dengan tanaman padi rasa amat kecewa apabila kejadian yang sama masih berulang walaupun sudah dimaklumkan kepada pihak berkaitan untuk menanganinya.
“Kami pernah menyuarakan masalah ini kepada pihak berkenaan, namun tidak ada sebarang tindakan dilakukan sehingga mengakibatkan masalah ini terus berlarutan.
“Musim ini adalah musim paling teruk buat kami kerana terpaksa menanggung kerugian besar, sedangkan kami sepatutnya mula mendapat hasil tanaman tidak lama lagi kerana padi dijadualkan akan dituai pada Januari akan datang,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 8:39 AM


PETANI Kampung Padang Kulim, Kuala Ketil menunjukkan tanaman padi mereka yang musnah ditenggelami air.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15360#sthash.OFk1MPHJ.dpuf

Lori terlingkup elak dahan patah

Rembau: Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kenderaannya yang membawa muatan papan kayu getah seberat 20 tan hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan ketika mengelak dahan patah di Kilometer 39, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kota, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, Mohd Yasni Saeran, 52, memandu seorang diri dalam perjalanan dari Gemas ke Senawang untuk menghantar muatan papan itu.
Mohd Yasin berkata, ketika kejadian dia ternampak dahan tumbang merintangi jalan menyebabkan dia mengelak ke kiri dan muatan yang dibawa mula tidak stabil.
“Saya sedaya-upaya cuba mengelak melanggar dahan itu, tetapi tidak menyangka badan lori mula hilang kawalan lalu terbalik di kiri jalan. Mujur saya masih dapat mengawal stereng dan hanya badan lori yang terbalik,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dia berkata, itu pengalaman paling buruk dialaminya selama 21 tahun menjadi pemandu lori, namun bersyukur kerana tidak cedera.
“Kerja memindahkan papan kayu getah dijalankan selepas laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 8:47 AM


KEADAAN lori dibawa Mohd Yasni yang terbabas di Jalan Seremban, Tampin, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15368#sthash.H0nJNyox.dpuf

RM1.2 juta rentung depan mata

Batu Pahat: Sebuah kereta mewah jenis Lamborghini bernilai RM1.2 juta rentung selepas terbakar di Kilometer 113.8 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Yong Peng di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.42 petang, lelaki yang memandu kereta itu bersama seorang penumpang dipercayai wanita terselamat selepas keluar dari kereta sebaik menyedari kenderaan dinaiki terbakar.
Difahamkan, mereka dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng Ibnul Kassim Abd Rahman berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian pada jam 4.04 petang selepas menerima panggilan kecemasan.
“Satu jentera dengan enam anggota bomba ke tempat kejadian dan mengambil masa 10 minit memadamkan api.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kereta itu terbakar,”katanya.
Menurutnya, siasatan dan pemeriksaan awal mendapati kereta itu terbakar ketika bergerak.
“Kebakaran itu menyebabkan pemilik kenderaan terbabit kerugian sebanyak RM1.2 juta berdasarkan nilai kereta.
“Operasi memadam kebakaran tamat pada jam 4.15 petang dan kereta itu terbakar sepenuhnya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 8:51 AM


KEADAAN Lamborghini yang rentung, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15372#sthash.C9CjUGx4.dpuf

Rentap subang dari telinga mangsa


Georgetown: Seorang penjenayah bertindak kejam apabila menarik subang dari kedua-dua belah telinga mangsa ketika wanita yang dalam ketakutan itu sedang melucutkan barang kemasnya dalam kejadian di sebuah rumah flat di Gat Lebuh Maccalu di sini, pagi kelmarin.
Tindakan itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan pada telinga selain berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM50,000 selepas pelbagai barangan kemas miliknya dilarikan suspek.
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa bersama ibu dan anaknya berusia 29 tahun juga seorang guru berada dalam kediaman berkenaan sebelum mereka didatangi dua penyamun yang meluru masuk ke premis terbabit.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika kejadian semua mangsa ketika itu berada di ruang tamu dan suspek yang bersenjata turut memakai topi keledar.
Beliau berkata, semua mangsa terkedu seketika selepas melihat kehadiran suspek yang bersenjatakan parang dan pisau kemudian mengarahkan mereka agar tidak membuat bising.
“Suspek kemudian membawa guru terbabit bersama ibunya masuk ke bilik dan mengurung dua beranak terbabit, manakala nenek guru itu dijadikan sebagai ‘tebusan’ di ruang tamu.
“Dalam keadaan cemas, suspek mengugut membunuh warga emas terbabit sekiranya guru itu bersama ibunya membuat bising atau enggan bekerjasama,” katanya.
Mior Faridalathrash berkata, dua suspek itu turut mengarahkan guru terbabit dan ibunya menanggalkan barang kemas yang dipakai dan akibat ketakutan, dua beranak itu hanya mampu mengikut arahan mereka.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 8:52 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15373#sthash.pXHmTCtd.dpuf

Dua kali jadi mangsa


Kuala Lumpur: “Saya tidak pernah memohon kad kredit. Tak sangka pula MyKad saya diguna orang lain untuk tujuan itu dan ia saya sedari selepas cuba membuka akaun di sebuah bank beberapa tahun lalu.”

Demikian kata wanita mahu dikenali sebagai Azura, 40-an, seorang daripada mangsa penipuan menggunakan MyKad milik orang lain.

Azura berkata, dia terkejut apabila kakitangan bank berkenaan memberitahu namanya disenarai hitam kerana tidak membayar bayaran ansuran penggunaan kad kredit.

“Saya yakin masalah ini berpunca daripada MyKad saya yang pernah hilang. Tapi itu kes lama, saya juga sudah mendapatkan kad pengenalan baru, namun yang memeningkan kepala, kini saya terpaksa menanggung beban yang dibuat orang lain,” katanya.

Azura antara mangsa yang membuat aduan kepada Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong selepas diburu beberapa bank kerana gagal menjelaskan pinjaman pembelian rumah dan kad kredit yang tidak pernah digunakan.

Katanya, menurut rekod bank, dia mempunyai tunggakan hutang kad kredit sejak lapan tahun lalu berjumlah lebih RM20,000 sedangkan pendapatannya tidak sampai RM800 dan tidak layak memohon.

“Bukan hanya sekali, malah saya turut dihubungi seorang pegawai bank berhubung satu lagi pinjaman rumah berjumlah hampir RM100,000 dibuat seorang pemohon menggunakan kad pengenalan saya.

“Saya tidak tahu bagaimana individu itu boleh mendapat kelulusan membuat pinjaman dan memohon kad kredit menggunakan identiti saya. Tanpa sebab, saya pula menanggung hutang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 8:54 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15374#sthash.bW91JoU0.dpuf

Bebas selepas 182 hari

Oleh Ardyhansah Amat

ardyhansah@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Selepas 182 hari menjadi tebusan penculik, akhirnya penternak ikan, Chan Sai Chuin, 32, selamat menjejakkan kaki ke negeri ini selepas dibawa pulang pasukan penyelamat dan tiba di Sandakan pada jam 6.45 pagi, semalam.
Difahamkan, mangsa sudah bertemu dengan isterinya di Hospital Duchess of Kent (HDOK) dan dilaporkan dalam keadaan sihat dan stabil.
Mangsa dikatakan dibawa pulang menggunakan bot laju dari selatan Filipina dengan kawalan ketat pasukan keselamatan sebelum terus dikejarkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Berita mengenai pembebasan Chan disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi aplikasi WhatsApp kepada media di ibu negara, semalam.
Bagaimanapun, sebelum itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman ketika dihubungi enggan mengulas lanjut sambil memberitahu tiada sidang media akan dilakukan mengenai perkara itu.
Menurutnya, hal itu berikutan arahan ‘pihak atasan’ yang enggan mengulas mengenai pembebasan penternak ikan yang berasal dari Ipoh, Perak.
Isteri mangsa, Chik Pek Nyen, 42, ketika dihubungi pula mendakwa ‘tidak menerima sebarang maklumat’ berhubung pembebasan suaminya selepas mengakui kepala suaminya dipenggal jika kumpulan penculik tidak menerima wang tunai RM3 juta pada sidang media dibuatnya pada 31 Oktober lalu.
“Ramai pihak menghubungi saya hari ini (semalam) bertanyakan perkara itu (pembebasan), namun saya tidak dimaklumkan mengenainya oleh pihak berkuasa.
“Saya akan menghubungi anda (wartawan) jika ada sebarang perkembangan lanjut,” katanya.
Pada 16 Jun lalu, Chan diculik sekumpulan lelaki bersenjata di pusat penternakan ikan dalam sangkar di Kampung Sapang Air, Kunak, kira-kira jam 12.30 tengah malam sebelum dilarikan ke selatan Filipina.
Menurut isteri mangsa, penculik ada menghubunginya lebih 200 kali termasuk menuntut bayaran RM10 juta sebelum bersetuju menurunkannya kepada RM3 juta sebagai syarat pembebasan.
Chik kemudian terpaksa membuat sidang media apabila penculik memberikan tempoh hingga November lalu untuk membayar wang tebusan itu atau kepala suaminya dipenggal.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 8:59 AM


KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mammah menunjukkan gambar Chan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kota Kinabalu pada 16 Jun lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15379#sthash.nsDxWg4T.dpuf

Bapa disyaki bunuh anak OKU direman tujuh hari


Parit Buntar: Seorang bapa yang dipercayai mengalami tekanan jiwa dan menjadi suspek utama kes bunuh anaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) di Jalan Terusan, Simpang Lima, direman tujuh hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, suspek berusia 46 tahun yang sedar daripada pengsan ketika dirawat di Hospital Parit Buntar (HPB) tengah hari kelmarin, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, lelaki itu yang juga pesara tentera akan disoal siasat membabitkan kes bunuh anak lelaki sulungnya, Ahmad Solehin Abdul Harif, 21, yang ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di rumah mereka di Jalan Terusan, Simpang Lima di sini.
“Kita terpaksa mendapatkan perintah tahanan reman dari mahkamah hari ini (semalam) bagi membolehkan siasatan lanjut ke atasnya kerana ketika soal siasat suspek seperti dalam keadaan tidak normal selain sering memberikan keterangan bercanggah berbanding pengakuan asalnya.
“Siasatan berhubung motif sebenar pembunuhan masih dijalankan dan kita belum mengetahui punca sebenar suspek pengsan ketika dia ditemui di sebelah mayat anaknya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 9:00 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15381#sthash.04ktFYId.dpuf

7 penuntut Ilham dipenjara lapan tahun

Beijing: Mahkamah semalam menjatuhi hukuman penjara sehingga lapan tahun kepada tujuh penuntut cendekiawan Uighur, Ilham Tohti, kata peguam.
Li Fangping berkata, dia dimaklumkan oleh peguam bela penuntut terbabit kelmarin.
Katanya, hakim mahkamah sesyen Xinjiang mendapati mereka terbabit dalam aktiviti pemisah.
“Mereka dikenakan hukuman penjara antara tiga hingga lapan tahun dan saya tidak pasti jika rayuan akan dibuat,” katanya.
Seorang lagi peguam yang turut membela Ilham, Liu Xiaoyuan berkata, pegawai mahkamah enggan memberi sebarang ulasan terhadap keputusan berkenaan.
Ilham adalah tokoh paling berpengaruh yang berjuang untuk mempertahankan hak Muslim Uighur di Xinjiang.
Dia disabitkan kesalahan menyertai gerakan pemisah pada bulan lalu.
Ketujuh-tujuh tertuduh itu dibicarakan dalam dua sesi berasingan pada November.
Beijing menyalahkan Muslim Uighur atas beberapa serangan yang turut menyaksikan kematian sejak beberapa tahun lalu. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 9:13 AM


Ilham
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15133#sthash.MZmgRI9O.dpuf

‘Tolong cari Jebat saya’

Kuala Pilah: Seorang wanita merayu bantuan orang ramai mengesan suaminya yang hilang sejak Isnin lalu selepas keluar dari rumah di Tanjung Limau, Gunung Pasir, dekat sini.
Sariah Itom, 62, menyedari suaminya, Mat Taib Mat Yasik, 66, atau lebih dikenali sebagai Jebat hilang selepas pulang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 6 petang.
“Saya ke HKL untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan seperti biasa suami tidak ikut serta.
“Anak beritahu, suami keluar rumah waktu pagi dan pulang tengah hari sebelum keluar semula dan tidak pulang hingga hari ini (semalam).
“Saya bimbang dia cari saya kerana selama ini kami tidak pernah berenggang terlalu lama. Cuma hari itu (Isnin) saya pulang lewat ke rumah,” katanya yang ditemui semalam.
Menurutnya, dia turut menghubungi saudara di Ipoh namun suaminya tidak berada di sana.
“Puas saya mencari dia di merata tempat, tetapi tidak jumpa, apa yang membimbangkan suami mengalami masalah ingatan. Hari ini (semalam) sudah tiga hari dia tidak pulang.
“Suami juga tidak ada telefon bimbit dan keluar rumah sehelai sepinggang dan ini kali pertama dia tidak pulang,” katanya.
Sehubungan itu, Sariah merayu kepada orang ramai membantu mencari suaminya dan jika menemui boleh menghubungi di talian 06-4979079.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 9:01 AM


SARIAH menunjukkan foto Mat Taib.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15383#sthash.K5dHbk5s.dpuf

Bekas ahli majlis perbandaran mati ditembak


Pattani: Seorang bekas Ahli Majlis Perbandaran Mayo dibunuh lelaki bersenjata pagi semalam, kata polis.
Ketua Polis Mayo, Kong-ath Suwankham berkata, serangan berlaku jam 9 pagi ketika Saidee Yuso, 59, menunggang motosikal menuju ke rumah isteri keduanya.
“Ketika melintas di depan Masjid Mayi, Saidee ditembak dari arah sebuah kereta yang mengekorinya.
“Saidee ditembak beberapa kali dan cedera parah,” katanya.
Mangsa kemudian meninggal dunia di Hospital Mayo.
Siasatan polis kemudian menemui satu kelongsong peluru mesingan M-16 di tempat kejadian.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 9:14 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15135#sthash.ZqE0hcQx.dpuf

Bayi pembetung najis

Suide: Seorang bayi berjaya diselamatkan selepas dia dibuang menerusi sebuah tandas oleh ibunya sebaik dilahirkan di barat laut China.
Seorang pejalan kaki mendengar tangisan bayi berkenaan dari pembetung najis di daerah Suide di wilayah Shaanxi sebelum menelefon pihak berkuasa kecemasan yang kemudian mengesan bayi itu terendam dalam air kotor dalam pembetung itu.
Bayi yang dinamakan Xiaoxiao atau 'si kecil' itu hanya calar di beberapa bahagian tubuhnya dan kini dirawat di sebuah hospital sementara polis berusaha menjejaki ibunya.
"Kami terpaksa mengejar masa kerana bimbang ada orang akan mencurahkan lagi air ke dalam pembetung itu atau bayi itu mungkin tertiarap yang akan menyebabkan dia mati lemas," kata ketua skuad jabatan bomba daerah Suide, Li Zhi.
Kerana tidak mahu memecahkan pembetung itu bagi mengelak bayi berkenaan cedera atau mati, Li Zhi berkata, anggotanya terpaksa menggunakan pelbagai alat untuk memudahkan Xiaoxiao dibawa ke arah lubang pembetung itu sebelum dia ditarik keluar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:06 AM


KEADAAN bayi itu dalam pembetung sebelum diselamatkan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15237#sthash.8OdfJsvG.dpuf

Bebas selepas 182 hari

Ardyhansah Amat

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Penternak ikan Chan Sai Chiun, 32, yang diculik sekumpulan penjenayah bersenjata di Kunak 16 Jun lalu, dibebaskan selepas 182 hari menjadi tawanan di selatan Filipina.
Menurut sumber, mangsa selamat tiba di Sandakan 6.45 pagi tadi menaiki bot laju diiringi pasukan keselamatan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Bagaimanapun, isteri mangsa Chin Pek Nyen, ketika dihubungi hari ini memaklumkan belum menerima sebarang maklumat berhubung pembebasan suaminya.
"Ramai yang menghubungi saya hari ini bertanyakan perkara yang sama.
"Namun saya tidak dapat memastikan sejauh mana perkara itu kerana belum mendapat sebarang maklumat dari pihak berkuasa.
"Apa-apapun, jika berita mengenainya benar, saya sangat bersyukur kerana suami akhirnya dibebaskan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 6:18 PM




CHAN dibebaskan menjadi tawanan di selatan Filipina.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15161#sthash.ZCZlVUBs.dpuf

‘Mereka penyamun!’

Oleh Mohd Rizal Abdullah

mohd.rizal@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: "Mereka nak samun, saya takut dan terus melarikan diri," kata Mahindran, 51, pemandu teksi yang menjadi viral di laman sosial apabila didakwa melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal berdekatan kedai serbaneka di Jalan 29, Selayang Jaya di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 petang itu, bapa kepada lima anak itu berkata, dia didatangi dua lelaki menunggang motosikal ketika dia melakukan pemeriksaan pada bateri teksinya.
Menurutnya, dua penunggang motosikal terbabit secara tiba-tiba meminta wang, menyebabkan dia takut dan terus masuk ke dalam kereta untuk melarikan diri.
"Bagaimanapun, seorang daripada suspek meletakkan motosikalnya di hadapan kereta dengan niat menghalang saya melarikan diri. Saya bimbang dicederakan dan nekad merempuh motosikal itu," katanya.
Menurutnya, dia terus memandu sehingga memasuki lebuh raya apabila seorang penunggang motosikal terbabit cuba memecahkan cermin teksinya itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:09 AM


RAKAMAN mangsa memandu dalam keadaan ‘berapi’ tersebar di laman sosial.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15268#sthash.ll71tEiB.dpuf

Cucu cilik ‘pencuri’ kereta

Oleh Muhamaad Razis Ismail

razis@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seorang warga emas berusia 60 tahun tidak menyangka cucunya yang berusia 10 tahun adalah dalang kepada kehilangan keretanya sehinggalah kanak-kanak itu ditahan polis, 4 pagi kelmarin.
Kanak-kanak lelaki itu ditahan di rumahnya di Taman Seri Wangi, Hutan Pasir, di sini.
Turut ditahan rakannya berusia 23 tahun yang dipercayai perancang kegiatan curi itu.
Wanita itu berkata, kereta Perodua Kancil miliknya hilang pada 20 November lalu ketika diletakkan di pekarangan rumah, namun dia langsung tidak menyangka ia angkara cucunya.
"Saya tak tahu langsung, dia juga tidak memaklumkan apa-apa kepada saya sepanjang kehilangan kereta itu hingga ia dijumpai polis di Taman Uda Pengkalan Chepa 30 November lalu dengan bateri, radio dan pembesar suara yang hilang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:15 AM


SUSPEK dibawa ke mahkamah, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15299#sthash.Esu5zqY0.dpuf

Curi bateri di pencawang Bukit Tinggi


Oleh Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Jitra: Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai terbabit mencuri lapan bateri milik syarikat telekomunikasi di pencawang di Bukit Tinggi, Kepala Batas, di sini, Jumaat lalu.
Kedua-dua suspek berusia 32 dan 35 tahun itu dikatakan menjalankan kegiatan berkenaan sejak setahun lalu.
Kejadian itu disedari kakitangan syarikat terbabit ketika membuat rondaan 5.30 petang sebelum membuat laporan polis selepas mendapati kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.
Berikutan itu, sepasukan anggota polis kemudian menahan suspek ketika sedang memasukkan barang ke dalam kereta.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, polis turut merampas mesin canai, pelbagai jenis kunci dan peralatan pecah rumah yang dibawa suspek.
Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 4:07 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15155#sthash.r48pbgeo.dpuf

Lima tampil beri keterangan

Oleh Mohd Hasbi Sidek
Shah Alam: Lima individu yang dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan ketika perlawanan separuh akhir Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam Ahad lalu tampil memberi keterangan semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, mereka memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.
"Kami akan menilai keterangan mereka sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
"Saya berharap baki individu yang terbabit tampil untuk memberi keterangan secepat mungkin," katanya.
Menurutnya, sehingga kini pihak polis belum membuat sebarang tangkapan terhadap mereka yang terbabit.
Semalam, Mohd Adnan meminta 15 individu yang dipercayai terbabit dalam insiden itu tampil memberi keterangan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 3:58 PM


KJSJ Selangor menunjukkan gambar individu dikehendaki yang mencetuskan pergaduhan. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15152#sthash.oe5sEfKJ.dpuf

Nyaris maut bas terbakar

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Kluang : Seorang pemandu bas berdepan detik cemas apabila bas dua tingkat dipandunya musnah terbakar di Kilometer 51.1 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Simpang Renggam, di sini, kira-kira 6.40 pagi ini.
Dalam kejadian itu, bas berkenaan dari Batu Pahat dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru tidak membawa penumpang.
Jurucakap Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.40 pagi sebelum 11 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam serta Ayer Hitam bergegas ke tempat kejadian.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan dipercayai kebakaran berpunca bahagian enjin yang disedari pemandu selepas melihat kepulan asap dari cermin sisi.
"Bas berkenaan tidak membawa penumpang dan pemandu yang berusia dalam lingkungan 30 tahun tidak mengalami kecederaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 11:11 AM


FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15144#sthash.b4b2HHVL.dpuf

Maut tergantung di ruang tamu


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Thailand dipercayai membunuh diri selepas ditemui tergantung di ruang tamu rumahnya oleh teman lelaki mangsa di Flat Taman Connaught, Cheras, di sini, 7.20 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata mangsa berusia 45 tahun itu dipercayai menggantung dirinya menggunakan kain sebelum ditemui teman lelakinya.
"Siasatan awal mendapati wanita terbabit tinggal berseorangan dan tiada sebarang unsur jenayah pada mangsa," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Chong berkata, motif sebenar wanita terbabit membunuh diri masih disiasat.
Beliau berkata, mayat wanita terbabit kini dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 1:09 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14927#sthash.CXHkwxCA.dpuf

Bengkel kereta hangus di Taman Medan

Mohd Rizal Abdullah

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bengkel kereta musnah hampir 70 peratus dalam kebakaran di Jalan PJS 3/4, Taman Medan, petang hari ini.
Dalam kebakaran 1.30 petang tadi, empat kereta pelanggan turut musnah sepenuhnya.
Ketua Balai BombaJalan Penchala Zaidi Afdan berkata, 15 anggota dikerahkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.
Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan api dikawal 20 minit kemudian.
"Kebakaran dipercayai berpunca dari tingkat bawah bahagian belakang bengkel itu sebelum merebak ke tingkat atas.
"Bagaimanapun, punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 4:47 PM


API dikawal dalam tempoh 20 minit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15159#sthash.IM9pOLWI.dpuf

Dua produk turun berat badan haram


SINGAPURA: Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau memakan dua produk menurunkan berat badan haram yang diperoleh secara dalam talian, sehingga menyebabkan dua remaja dimasukkan ke hospital kerana mengalami halusinasi dan kegagalan buah pinggang yang teruk selepas menggunakannya.
Salah satu produk, ‘Nutri Drops Grapefruit Diet’ diuji oleh HSA mengandungi bahan kimia yang tidak diisytiharkan seperti sibutramine, benzyl sibutramine (sejenis sebatian berkaitan kimia daripada sibutramine) dan phenolphthalein, kata pihak berkuasa itu dalam kenyataan.
Sibutramine, sejenis ubat menurunkan berat badan diharamkan di Singapura sejak 2010 berikutan kebimbangan keselamatan yang serius terhadap pengguna.
Paras sibutramine yang dikesan dan ditemui adalah pada kuantiti yang tinggi dan boleh meningkatkan toksik dalam produk tersebut.
Produk kedua adalah ‘Nutrex Research Adipodex’ yang dipasarkan secara dalam talian sebagai makanan diet tambahan dan dilabel mengandungi yohimbine iaitu mengandungi ramuan perubatan barat yang tidak dibenarkan dijual dalam makanan tambahan yang dijual di negara ini. -Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 11:01 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15172#sthash.qCJHDt8J.dpuf

Cemas kereta mewah terbakar

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Seorang lelaki kerugian kira-kira RM 1 juta selepas kereta mewah dipandunya terbakar di Kilometer 113.8 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Yong Peng di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 3.40 petang itu, pemandu kereta terbabit bersama dengan seorang penumpang terselamat selepas keluar sebaik menyedari kejadian itu.
Komander Operasi Balai Bomba Yong Peng Ibnul Kassim Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.40 petang sebelum tiba di lokasi pada 4.04 petang.
"Satu jentera dengan kekuatan enam anggota memadamkan kebakaran kereta terbabit kira-kira 10 minit sebaik tiba di lokasi.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca menyebabkan kereta terbabit terbakar,"katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 10:06 PM


KEADAAN kereta mewah yang terbakar. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15171#sthash.5isnl0be.dpuf

Malang dihimpit lori

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
Johor Bahru: Seorang remaja maut manakala rakannya cedera selepas motosikal mereka naiki terbabas akibat dihimpit sebuah lori sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori pasir yang rosak di lorong kiri di Kilometer 20 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi dekat Ulu Tiram, petang hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 3.20 petang itu, Muhammad Safwan Omar, 18, dipercayai maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas selepas motosikal ditunggangnya merempuh bahagian belakang lori 10 tan itu.
Pembonceng motosikal Yamaha RXZ itu, Mohammad Nazri Hamzah, 18, dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, kedua-dua remaja itu dalam perjalanan dari Pasir Gudang menghala Kota Tinggi apabila motosikal ditunggang Muhammad Safwan hilang kawalan akibat dihimpit sebuah lori lain.
Beliau berkata, mangsa berada di lorong tengah sebelum sebuah lori yang tidak dapat dikenal pasti menghimpit dari kanan ke kiri jalan menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang lori pasir berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 9:20 PM


MUHAMMAD Safwan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori pasir rosak di tepi jalan. FOTO ihsan JBPM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15169#sthash.BIedN5Gd.dpuf

Mayat dalam kain pelikat

Oleh Zulfa Mohamad

am@hmetro.com.my

Tasek Gelugor: Orang awam menemui mayat lelaki dipercayai warga asing dibuang dalam longkang berhampiran ladang getah di Jalan Bukit Tok Alang, 5.30 petang tadi.
Ketika ditemui mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu dibungkus menggunakan kain pelikat.
Sumber polis berkata, mangsa dipercayai mati di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu.
Berdasarkan keadaanya yang sudah berbau dan mereput mayat berkenaan dipercayai dibuang di kawasan itu sejak empat hingga lima hari lalu sebelum ditemui orang awam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 8:46 PM


ANGGOTA polis memeriksa mayat lelaki ditemui di Jalan Bukit Tok Alang. FOTO Zulfa Mohamad
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15166#sthash.mYaGBI2V.dpuf

Maut terjatuh dari bumbung kilang


Oleh Ahmad Othman

am@hmetro.com.my

Kota Tinggi: Seorang pekerja kontrak warganegara Indonesia maut terjatuh dari ketinggian 12 meter di bangunan kilang papan di Jalan Mersing-Kampung Mawai di sini, petang tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Nor Kholiq, 42, dan berasal dari Blitar, Indonesia itu didapati terjatuh dari bumbung kilang ketika hendak menyambung semula tugasnya mengganti bumbung selepas waktu rehat, 1.54 petang tadi.
Mangsa dipercayai baru dua minggu melakukan tugas mengganti bumbung di bangunan kilang itu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa didapati berada dalam keadaan tertiarap dengan kepala berdarah selepas insiden terbabit.
"Pegawai Perubatan Hospital Kota Tinggi mengesahkan punca kematian lelaki itu adalah disebabkan kecederaan di kepala dan urusan penghantaran jenazah akan dibuat oleh pihak majikan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 6:46 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15163#sthash.iXqmAKKx.dpuf