Search This Blog

Wednesday, December 3, 2014

Suspek toreh muka dikenalpasti


Mazlan
Mazlan
PASIR PUTEH - Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti kedua-dua suspek yang menyamun dan bertindak ganas menoreh muka Nur Shafiqa, 22, dalam kejadian di Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh, Isnin lalu.

“Kami yakin dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi Wan Nor Azie Wan Hassan, 21,  balu kepada anggota polis Allahyarham Mohd Shakuan Mohd Tajuddin, di Kampung Kuchelong, Bachok.
 
Mohd Shakuan maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah van dekat pekan Jelawat, Sabtu lepas.


Dalam kejadian Isnin lalu, Nur Shafiqa mengalami kecederaan di muka akibat ditoreh dan ditumbuk oleh dua lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya selain turut mencederakan ibunya, Hat Tema Mat Zin, 58.


[ARTIKEL BERKAITAN: Kes toreh muka: 'Kejam dooh nih']


Sementara itu, Puteri Umno akan mengaktifkan dengan segera tabung kebajikannya bagi membantu anggotanya yang menjadi mangsa jenayah.
 
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pengisian tabung itu akan dibuat menerusi kutipan derma anggota Umno di peringkat pusat, negeri, bahagian dan akar umbi.
 
"Dana itu penting untuk membantu anggota terutama yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan segera," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Nur Shafiqa di rumahnya, hari ini. – Bernama

Gadis dicabul, penumpang lain diam diri


Gadis dicabul, penumpang lain diam diri
HARYANA - INDIA. Situasi dua orang gadis yang dikatakan diserang secara seksual berjaya dirakam oleh seorang penumpang bas di Haryana, utara India.

Dua gadis berkenaan, Arati dan Pooja Kumar membelasah sekumpulan pencabul dengan tali pinggang selepas tiada penumpang yang menolong meleraikan kejadian tersebut.

Klip rakaman amatur tersebut yang dirakam oleh seorang wanita yang sedang mengandung telah dimuat-naik ke laman popular Youtube.

Wanita berkenaan memberitahu Times of India bahawa dia juga diserang secara seksual oleh kumpulan lelaki terbabit.

Sementara itu, Arati memberitahu wartawan, kumpulan lelaki berkenaan menyentuh Pooja yang juga adik beliau dan membuat aksi cium.

"Saya beritahu dia supaya jangan kacau atau saya akan ajar dia. Kemudian dia panggil seorang lelaki lain.

"Tidak lama kemudian, seorang lagi rakan mereka menaiki bas ini," katanya.

Tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan dan pemandu bas juga telah digantung kerja kerana gagal mengambil tindakan ketika kejadian berlaku.

Video tersebut menjadi sensasi internet dan disiarkan di televisyen.

Kejadian tersebut memaksa langkah keselamatan diambil untuk memastikan keselamatan wanita di India.

Pelakon ditampar kerana pakaian mencolok mata


 Pelakon ditampar kerana pakaian menjolok mata
MUMBAI - INDIA. Polis menahan seorang pemandu yang menampar seorang pelakon wanita terkenal hanya kerana ingin tahu mengapa wanita berkenaan berpakaian mencolok mata.

Ketika kejadian, Mohammad Akil Malik sedang menonton rakaman sebuah rancangan televisyen popular di India.

Mengulas mengenai tindakannya itu, Mohammad Akil berkata, Gauhar Khan sepatutnya tidak berpakaian sedemikian kerana wanita tersebut seorang Islam.

Gauhar Khan merupakan seorang pelakon yang meningkat naik selepas mengikuti sebuah rancangan realiti televisyen.

Jururawat disyaki bunuh 38 pesakit

Poggiali dilihat gembira bergambar bersama mayat pesakit sambil menunjukkan isyarat bagus.
Poggiali dilihat gembira bergambar bersama mayat pesakit sambil menunjukkan isyarat bagus.
Poggiali masih sempat melemparkan senyuman ketika muncul di mahkamah.
Poggiali masih sempat melemparkan senyuman ketika muncul di mahkamah.

SEORANG jururawat yang bertugas di hospital Umberto I di Lugo, Itali ditahan bulan lalu selepas didakwa menyebabkan 38 kematian pesakit secara misteri ketika mereka berada di bawah jagaannya.

Siasatan lanjut pihak polis terhadap Daniela Poggiali, 42, mendapati, sebanyak 38 daripada 68 pesakit di bawah jagaannya dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh tiga bulan.

Dalam beberapa keping gambar yang diambil rakan sekerjanya, Poggiali dilihat gembira bergambar bersama mayat pesakit sambil menunjukkan isyarat bagus.

Difahamkan, polis dihubungi selepas pesakit Rosa Calderoni, 78, yang dimasukkan ke hospital tempat Poggiali bekerja kerana sakit biasa meninggal dunia dipercayai akibat disuntik dengan potasium berlebihan.

Ketua pendakwa yang menyiasat kes tersebut, Alessandro Mancini berkata, pihaknya percaya Poggiali mengalami gangguan mental dan menemui keseronokan serta kepuasan sebenar ketika melakukan pembunuhan.

Kini, sementara menunggu perbicaraan di sebuah penjara di Forli, Poggiali dikatakan mempunyai peminat lelaki yang ramai dan sering menerima surat. Malah, ada juga di antara peminatnya yang mengajaknya berkahwin.

Poggiali bagaimanapun menafikan membunuh mana-mana pesakit dan menganggap dia menjadi mangsa oleh rakan sekerja yang iri hati dengannya. – Mirror

Pengasuh kejam dera anak majikan


Aksi Tumuhiirwe memijak anak majikannya telah dirakam kamera yang disembunyikan. Gambar kecil Aneela Kamanzi.
Aksi Tumuhiirwe memijak anak majikannya telah dirakam kamera yang disembunyikan. Gambar kecil Aneela Kamanzi.
TINDAKAN seorang pengasuh kejam yang mendera anak majikannya Aneela Kamanzi, 2, akhirnya terbongkar selepas kegiatannya itu diketahui bapa mangsa melalui rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di rumahnya.

Susulan pembongkaran itu, Jolly Tumuhiirwe, 22, ditahan selepas rakaman menunjukkan dia mencampakkan Aneela ke lantai sebelum bertindak memukul, menyepak dan memijak kanak-kanak itu.

Menurut laporan awal, Aneela dilaporkan meninggal dunia akibat serangan pada 15 November lalu, namun penyiasat mendapati kanak-kanak itu masih hidup dan telah pulih daripada kecederaan dialami.

Berang dengan apa yang dilakukan Tumuhiirwe terhadap anaknya, Erick Kamanzi membelasah wanita itu dan ditangkap selepas Tumuhiirwe membuat laporan polis. Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas menunjukkan rakaman terbabit.

Difahamkan, akibat serangan Kamanzi, Tumuhiirwe kini terpaksa menggunakan kerusi roda dan tiub saluran makanan untuk makan.

Tumuhiirwe, yang telah bekerja dengan keluarga Kamanzi sejak tiga bulan lalu didakwa mengikut Akta Anti penyeksaan dan bakal dikenakan tuduhan membunuh, laporan dipetik dari Daily Mail.

Pencabul silap pilih mangsa


2 Disember 2014
NEW DELHI - INDIA. Dua beradik perempuan membelasah lelaki yang mencabul mereka ketika berada di dalam sebuah bas.

Memetik laporan dpa, insiden itu berlaku di utara Haryana, Jumaat lalu dan mendapat liputan meluas di India.

Menurut media tempatan, serangan seksual itu sempat dirakam dan dimuat naik ke laman sosial.

Menerusi rakaman video tersebut, mangsa masing-masing berusia 22 dan 19 tahun menumbuk dan memukul tiga lelaki yang mengganggu mereka secara seksual.

Kanak-kanak 2 tahun maut ditimpa TV

RABU, 3 DISEMBER 2014 @ 4:07 PM

 
TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia akibat ditimpa sebuah televisyen 29 inci di rumahnya di kuarters sebuah kilang di Changkat Jong, malam tadi.

Siti Norain Maisarah Romly, mengalami perdarahan di mulut dan hidung dalam kejadian jam 11.15 malam dan dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Difahamkan pergaduhan dua ekor kucing menyebabkan televisyen berkenaan jatuh menimpa mangsa.

Guru Kanada nafi cabul murid tadika

Jakarta: Seorang guru warga Kanada dan pembantu pengajar warga tempatan mula dibicarakan semalam atas tuduhan melakukan penderaan seksual terhadap seorang murid tadika di sekolah antarabangsa yang berprestij.
Neil Bantleman dan Ferdinant Tjiong yang ditahan sejak Julai lalu menegaskan mereka tidak bersalah malah turut mendapat sokongan rakan guru dan pengetua Sekolah Antarabangsa Jakarta.
Kira-kira 60 guru dan ibu bapa murid sekolah itu memprotes kes berkenaan di luar Mahkamah Daerah Jakarta Selatan semalam.
“Bebaskan mereka yang tidak bersalah. Kami menyokong anda Neil dan Ferdi. Kami percayakan kamu,” antara kata-kata dilaungkan kumpulan itu.
Bantleman dan Ferdinant dibicarakan secara berasingan dalam prosiding tertutup. Tuduhan dibacakan terhadap mereka semalam namun tiada pengakuan direkodkan.
Enam tukang cuci di sekolah itu turut didakwa atas tuduhan sama. Seorang daripada mereka mati di dalam tahanan.
Penyokong Bantleman dan Ferdinant berkata mangsa yang hanya berusia enam tahun ketika kejadian disoal anggota polis tidak berpengalaman.
Penderaan itu didakwa dilakukan di dalam bilik darjah ketika waktu persekolahan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 7:31 AM




Bantleman (kanan) dan Ferdinant dibawa ke mahkamah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13614#sthash.ZAYK2mrQ.dpuf

36 pekerja kuari ditembak mati

Mogadishu: Pemberontak Shebab semalam menembak mati 36 pekerja kuari di timur laut Kenya dan berikrar ‘tidak berkompromi, tidak berhenti, dan terus bertindak kejam’ untuk menentang kepemimpinan negara itu.

Jurucakap Shebab, Sheikh Ali Mohamud Rage, berkata, serangan briged Saleh Nabhan pada tengah malam itu mengakibatkan kematian hampir 40 ‘salibi’ di Koromei berhampiran Mandera.
“Kejadian terbaru ini sebahagian daripada beberapa siri serangan dirancang dan dilaksanakan sebagai tindak balas terhadap rampasan tanah penduduk Muslim dan kekejaman lain dilakukan terhadap kami seperti serangan udara yang mengorbankan nyawa orang tidak bersalah, harta dan ternakan.
“Kami akan terus mempertahankan hak Muslim selagi Kenya meneruskan penjajahan di tanah Islam, membunuh orang yang tidak berdosa dan bertindak melampaui batas,” katanya. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 7:24 AM

Ditampar peminat kerana pakai baju seksi

Mumbai: Bintang Bollywood Gauahar Khan ditempeleng oleh seorang penonton yang berang kerana fesyen pakaiannya yang memberahikan ketika satu rakaman pertandingan televisyen.
Penonton berkenaan, Akil Malik, 24, menaiki pentas lalu menempeleng selebriti itu selepas melihat Gauahar muncul dengan pakaian pendek ketika menjadi hos pertandingan akhir nyanyian anjuran stesen televisyen Raw Star di Goregaon, Mumbai, semalam.
“Seorang wanita Islam tidak sepatutnya berpakaian seksi seperti itu,” kata Akil kepada polis, merujuk kepada cara Gauahar berpakaian.
Menurut laporan akhbar The Independent, Akil ditangkap dan akan didakwa dengan tuduhan mencabul.
Meskipun ada 2,500 penonton dan 250 hadir di studio, Akil berjaya melepasi kawalan keselamatan dan mendekati Gauahar di atas pentas untuk menempelengnya.
Dia bagaimanapun ditolak oleh kru sebelum keadaan menjadi buruk. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 7:32 AM




Gauahar yang terkejut dibawa keluar selepas ditampar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13618#sthash.fyEVfh8f.dpuf

Didenda AS$90,000 kerana bergurau bom



ALVARADO


TALLAHASSEE, Amerika Syarikat – Seorang doktor didenda AS$90,000 (RM308,160) selepas bergurau membawa bom di dalam bagasi miliknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami dalam negeri Florida baru-baru ini.
Gurauan yang dibuat doktor tersebut, Manuel Alvarado, 60, menyebabkan lapangan terbang itu terpaksa dikosongkan dan beberapa penerba­ngan tergendala.
Pasukan skuad pemusnah bom juga terpaksa dipanggil untuk membuat pemeriksaan di lapangan terbang itu bagi memastikan ia benar-benar selamat.
Alvarado bergurau dengan seorang pegawai keselamatan ketika pemeriksaan bahawa dia membawa bom jenis C-4 dalam bagasi miliknya.
Walaupun Alvarado memberitahu, dia hanya bergurau tetapi pegawai berkenaan tetap mengambil serius perkara itu dan terus melaporkan kepada pihak berkuasa.
“Tertuduh sangat menyesal dengan gurauan itu dan tidak berniat untuk menimbulkan ketakutan kepada orang ramai,” kata peguam Alvarado, Brian Bieber.
Ujarnya, Alvarado yang ditahan selepas kejadian itu telah dibenarkan pulang ke rumah selepas dia membayar denda tersebut. –Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3KmpyM2Vu 
Hakcipta terpelihara