Search This Blog

Thursday, November 27, 2014

Pemain Kriket Australia Maut Terkena Balingan Bola


Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 6:33 PM

SYDNEY: Seorang pemain kriket Australia, Philip Hughes tidak sempat menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang bakal tiba tiga hari lagi apabila meninggal dunia di Hospital St Vincent di sini.
Hughes disahkan meninggal dunia pada Khamis selepas koma sejak petang Selasa akibat terkena bola yang dilontarkan skuad lawan dalam satu perlawanan kriket.
Hughes, pictured after absorbing the shot, collapsed face first to the ground shortly after the bouncer smacked him toward the back of his head
Hughes, pictured after absorbing the shot, collapsed face first to the ground shortly after the bouncer smacked him toward the back of his head
Hughes collapsed onto the pitch seconds after this picture was taken

Dalam kejadian itu, bola yang dilontarkan Sean Abott terkena belakang kepala Hughes dan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri di atas padang.
Double tragedy: Bowler Sean Abbott - whose bouncer hit Hughes in a freak accident - was comforted as he left St Vincent's Hospital on Thursday afternoon
Sean Abott
Hughes kemudian dikejarkan ke Hospital St Vincent dan berada dalam keadaan koma sebelum diumumkan telah meninggal dunia oleh badan Kriket Australia selepas.
Doktor pasukannya, Peter Brukner memberitahu pemberita, Hughes menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan sempurna tanpa bertarung dengan kesakitan.
Ketua Pasukan Kriket Australia Michael Clarke yang mewakili keluarga mangsa telah menyampaikan ucapan dengan penuh hiba.
Family leaves: Hughes' distraught father Greg (centre), mother Virginia (second on the right) and other relatives leave St Vincent's Hospital
Keluarga Philip Hughes.
Dalam keadaan berani melihat kenyataan itu, Clarke berkata,"Kami pilu kerana kehilangan orang yang dicintai iaitu Philip.
"Sejak beberapa hari lalu kami mengharungi hari yang mencabar hati. Kami juga berterima kasih kepada keluarga, rakan, pemain, badan Kriket Australia dan orang ramai.
"Kriket merupakan hidup Philip dan sebagai keluarga kami sentiasa kongsikan sayangnya terhadap kriket bersama-sama."
'We love you': An emotional Australian skipper Michael Clarke read out a statement on behalf of Hughes' family We're devastated by the loss of our much loved son and brother Phillip
Michael Clarke hiba ketika membaca kenyataan keluarga Hughes.

Kes Ferguson: Lebih 400 ditahan rusuhan sekitar Amerika

FERGUSON: Lebih 400 orang ditahan di St Louis dan bandar raya lain di Amerika Syarikat dalam rusuhan yang berlaku berikutan keputusan mahkamah tidak mendakwa anggota polis yang menembak mati seorang remaja kulit hitam.
Tunjuk perasaan diadakan di Boston, New York, Los Angeles, Dallas, Atlanta dan bandar raya lain bagi membantah keputusan juri tidak mendakwa anggota polis terbabit, Darren Wilson dalam kejadian pada 9 Ogos lalu di mana remaja kulit hitam, Michael Brown, 18, ditembak mati.
Kejadian itu juga menimbulkan pertikaian mengenai perhubungan kaum di Amerika Syarikat.
Peguam Negara Amerika Syarikat, Eric Holder memberitahu aktivis hak asasi bahawa Jabatan Kehakiman akan menyiasat dengan secara agresif amalan polis di Ferguson.
Ferguson, sebuah bandar raya yang mempunyai majoriti penduduk kulit hitam, menyaksikan rusuhan dan bantahan selama dua malam berturut-turut selepas keputusan juri berkenaan diumumkan.
Lebih 2,200 anggota 'National Guard' ditempatkan di sekitar Ferguson dan polis melakukan 45 penahanan di bandar raya berkenaan malam kelmarin. - Reuters

Pegawai polis ditahan SPRM negatif dadah


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Kuala Lumpur: Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas seorang pegawai kanan polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini adalah negatif selepas pihak berkuasa membuat rampasan dadah di kediaman suspek.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zubaidah Md Ismail berkata ujian air kencing berkenaan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya.
Beliau berkata, tindakan menukar cawangan pegawai terbabit dari unit di mana beliau bertugas adalah prosedur biasa bagi memudahkan proses siasatan dijalankan.
"Pegawai terbabit kini tidak menjalankan tugas-tugas kepolisan dan hanya mengendalikan hal pentadbiran. Penempatan tersebut adalah sementara sehingga SPRM selesai menjalankan siasatan.
“Segala keputusan yang diputuskan mengikut undang-undang," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan pegawai kanan PDRM itu yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman ditahan SPRM bersama wang tunai hampir setengah juta.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 7:47 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12003#sthash.XebUrbcT.dpuf

Rampas dadah RM7.1 juta

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas 35.2 kilogram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM7.1 juta dalam dua operasi berasingan di Petaling Jaya, Selangor dan Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 dan 25 November lalu.
Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, bertindak hasil maklumat satu syarikat kurier yang beroperasi di Petaling Jaya pada 19 November lalu, pihaknya segera membuat rampasan ke atas enam kotak yang baru tiba dari China dan menemui 2.3 kilogram syabu yang disembunyikan di dalam dapur pemanas elektrik, periuk dan cerek air.
"Sindiket dadah antarabangsa cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengisytihar barangan itu sebagai persendirian namun hasil maklumat syarikat kurier JSJN berjaya menemui syabu yang disorokkan di dalam peralatan elektrik berkenaan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Noor Rashid berkata, dalam serbuan kedua yang dijalankan di KLIA pada 25 November lalu, pihaknya merampas satu kotak besar dan menjumpai enam buah beg berwarna hitam.
Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 32.9 kilogram syabu yang dihantar melalui penerbangan Egypt Air dari Nigeria ke Mesir sebelum tiba ke KLIA.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 1:56 PM


NOOR Rashid menunjukkan syabu yang disembunyikan di dalam peralatan elektrik.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12277#sthash.qbwTV93A.dpuf

Peniaga nasi kandar dihukum gantung sampai mati mengaku edar kanabis

ALOR SETAR: Seorang peniaga nasi kandar, Akbar Ali Abdul Rahman, 37, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi atas kesalahan mengedar 9,401.8 gram dadah jenis kanabis di Arau, Perlis pada Oktober tahun lalu.
Hukuman itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abd Wahab, ke atas Akbar Ali Abdul Rahman, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampui keraguan yang munasabah terhadap tertuduh.
Berdasarkan pertuduhan, Akbar Ali yang berasal dari Pulau Pinang didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 9,401.8 gram di tepi jalan berhadapan kedai Celcom di Kawasan Kompleks Tok Arau di Perlis, kira-kira jam 9 malam pada12 Oktober tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati.
Akbar Ali sebaik keputusan itu dibacakan Hakim bagaimanapun kelihatan tenang.

Guru minta bantuan kesan ibunya hilang dari rumah


27/11/2014 3:05pm

GUA MUSANG - Seorang wanita berusia 55 tahun yang dipercayai mengalami sakit mental hilang dari rumah anaknya di Perumahan Bandar Utama di sini, sejak 19 November lalu.
Che Membunga Che Awang keluar dari rumah anaknya, Zuhana Salleh yang merupakan seorang guru kira-kira pukul 1.20 petang ketika guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis itu sedang mengangkat barang dari keretanya masuk ke dalam rumah.
Zuhana berkata, dia menyedari kehilangan ibunya itu hanya selepas 15 minit selesai mengangkat barang dan apabila dia mencarinya dalam rumah, ibunya sudah tiada dan dipercayai keluar menerusi pintu depan yang terbuka ketika itu.
"Ibu saya menghadapi masalah mental sejak beberapa tahun lalu dan saya mengambilnya tinggal bersama bagi memudahkan penjagaan termasuk terpaksa dikurung dalam rumah sepanjang masa bagi mengelakkannya keluar merayau-rayau.
"Walaupun pergi mengajar di sekolah, saya menyediakan makanan, tetapi kali ini ibu hilang terus hingga sukar dikesan ke mana perginya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Dia merayu sesiapa yang melihat ibunya merayau-rayau di kawasan mereka supaya menghubungi telefon bimbitnya di talian 019-9075 198 atau balai polis berdekatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan wanita warga emas itu dan gerakan mencarinya sudah dilancarkan, tetapi setakat ini masih belum ditemui. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz3KGNQNTyu 
Hakcipta terpelihara 

17 banduan maut selepas mogok lapar di Venezuela

CARACAS: Sekurang-kurangnya 17 tahanan yang mogok lapar di sebuah penjara, maut kerana keracunan ubat.
Sumber polis memberitahu, banduan di David Viloria Correction Center atau dikenali Penjara Uribana di negeri Lara mengadakan mogok lapar sejak Selasa selepas mendakwa mendapat layanan teruk dan melanggar hak asasi oleh pegawai penjara.
Pegawai penjara berkata, tahanan mengalami keracunan selepas mengambil ubat.
Punca kematian masih disiasat terutama persoalan bagaimana semua bantuan boleh mengambil ubat yang sama pada satu masa. - AFP

Pemimpin pembangkang dituduh bersubahat rancang bunuh Presiden Venezuela

CARACAS: Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machad
o akan didakwa atas tuduhan bersubahat dalam perancangan untuk membunuh Presiden Nicolas Maduro.
Mei lalu, pemimpin Parti Sosialis yang memerintah menuduh sekumpulan aktivis pembangkang termasuk Machado merancang untuk membunuh Maduro bagi memberi laluan kepada rampasan kuasa.
Bagaimanapun pihak pembangkang menafikan tuduhan itu.
"Mereka yang fikir mereka boleh mendiamkan kami dengan ancaman dan menyalah guna kuasa mereka sebenarnya tersilap," kata Machado dalam akaun Twitter selepas pengumuman itu.
Pejabat pendakwa berkata, Machado akan didakwa di mahkamah pada 3 Disember ini. - Reuters

Polis buru saki-baki 'Geng Mamak' di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Polis memperhebatkan usaha memburu saki baki kumpulan penjenayah 'Geng Mamak' yang dipercayai bukan saja masih bergerak aktif tetapi juga sedang merekrut anggota baharu.
Usaha ini termasuk meningkatkan risikan ke atas geng itu dan menyiasat latar belakang anggota-anggotanya yang masih bebas bagi memastikan sama ada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.
Ketua Penolong Pengarah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Jenayah Siasatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Mohd Khalil Kader Mohd, berkata demikian kepada pemberita di Hospital Ampang dekat sini selepas melawat seorang pegawai polis yang cedera dalam kejadian tembak menembak antara dua anggota geng itu dan polis di Taman Melawati Selasa lalu.
Dalam insiden itu, seorang lelaki berusia 59 tahun berasal dari Grik, Perak, yang dipercayai anggota 'Geng Mamak' maut manakala seorang rakannya cedera di pinggang selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis.
Seorang pegawai polis berusia 32 tahun cedera tangan kiri akibat ditembak.
Mohd Khalil menegaskan dalam insiden itu, polis telah mengikut SOP yang ditetapkan, tetapi tindakan penjenayah yang berbalas tembakan dengan polis menyebabkan seorang pegawai polis cedera.
Menurutnya, pegawai dan anggota polis memang telah dilatih untuk menghadapi keadaan-keadaan yang genting seperti itu.
Geng Mamak yang telah lama bergerak, banyak terlibat dengan kes samun, termasuk rompakan bank, dan mencuri kereta mewah.
- BERNAMA

Dua guru didakwa miliki kertas bocor UPSR

KUALA KANGSAR: Dua guru dengan seorang daripadanya Penolong Kanan sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memiliki kertas soalan bocor Sains dan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Keruh di Pengkalan Hulu, K Anparasu, 50, yang didakwa dengan tiga pertuduhan dan Guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil sekolah sama, P Uma Mageswari, 27, yang didakwa dengan satu pertuduhan, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan.
Anparasu didakwa memiliki beberapa kertas soalan matematik UPSR 2014 dalam telefon bimbit Samsung Trend di SJKT Keruh pada jam 9.43 pagi pada 9 September lalu.
Pertuduhan kedua pula memiliki beberapa kertas soalan matematik dalam telefon bimbit sama di sekolah sama pada jam 8.29 pagi pada tarikh sama manakala pertuduhan ketiga memiliki beberapa kertas soalan sains UPSR 2014 dalam telefon bimbit sama di sekolah sama pada jam 9.43 pagi pada tarikh sama.
Uma Mageswari pula dituduh memiliki beberapa kertas soalan sains UPSR 2014 dalam telefon bimbit Samsung Ace di sekolah sama pada jam 12.39 tengah hari pada 10 September lalu.
Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 (1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan.
Hakim Johari Hassan membenarkan jaminan RM8,000 kepada Anparasu dan RM3,000 kepada Uma Mageswari manakala semua kes itu disebut semula pada 18 Disember ini.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan kepada Uma Mageswari supaya melaporkan diri sekali setiap minggu di balai polis terdekat sehingga kes selesai.
Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari manakala kedua-dua tertuduh diwakili T Ellanggovan.

Rakan Anwar Tawar RM100 Juta Lompat Parti - Anifah


Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 3:31 PM

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, bahawa seorang kawan rapat Anwar Ibrahim telah menawarkan kepadanya RM100 juta untuk bawa 10 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah melompat parti.
Anifah, 61, berkata, rakan Anwar iaitu bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC, Datuk Ishak Ismail telah mendekatinya ketika dia sedang merokok bersama Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan yang lain untuk membuat tawaran itu di Hotel Sentral pada Mei 2008.
"Saya terperanjat dan marah. Saya rasa terhina kerana telah berkhidmat untuk Barisan Nasional sebagai ahli parlimen selama tiga musim," katanya ketika memberi keterangan berhubung saman RM100 juta yang difailkan Anwar terhadapnya.
Anwar memfailkan saman terhadap Anifah @ Haniff Amman berikutan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah yang dibuat beliau di luar negara.

Polis Buru Baki Geng Mamak


Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 2:41 PM

KUALA LUMPUR: Polis memperhebatkan usaha memburu saki baki kumpulan penjenayah 'Geng Mamak' yang dipercayai bukan saja masih bergerak aktif tetapi juga sedang merekrut anggota baharu.
Usaha ini termasuk meningkatkan risikan ke atas geng itu dan menyiasat latar belakang anggota-anggotanya yang masih bebas bagi memastikan sama ada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.
Ketua Penolong Pengarah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Jenayah Siasatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Mohd Khalil Kader Mohd berkata demikian kepada pemberita di Hospital Ampang dekat sini selepas melawat seorang pegawai polis yang cedera dalam kejadian tembak menembak antara dua anggota geng itu dan polis di Taman Melawati Selasa lalu.
Dalam insiden itu, seorang lelaki berusia 59 tahun berasal dari Grik, Perak, yang dipercayai anggota 'Geng Mamak' maut manakala seorang rakannya cedera di pinggang selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis.
Seorang pegawai polis berusia 32 tahun cedera tangan kiri akibat ditembak.
Mohd Khalil menegaskan dalam insiden itu, polis telah mengikut SOP yang ditetapkan, tetapi tindakan penjenayah yang berbalas tembakan dengan polis menyebabkan seorang pegawai polis cedera.
Menurutnya pegawai dan anggota polis memang telah dilatih untuk menghadapi keaadan-keadaan yang genting seperti itu.
Geng Mamak yang telah lama bergerak, banyak terlibat dengan kes samun, termasuk rompakan bank, dan mencuri kereta mewah.

Lelaki Dipenjara Kerana Belasah Ben 10


Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 12:44 PM

HARARE: Seorang lelaki dari Kensington dihukum penjara tiga bulan selepas bersalah membelasah isterinya serta seorang pemuda digelar Ben 10.
Istilah Ben 10 digunakan merujuk kepada seseorang lelaki yang menjalin hubungan sulit dengan wanita yang jauh lebih berusia.
Di mahkamah, Roberto Mkandla, 28, dihadapkan dengan dua tuduhan menyerang dan mencederakan isterinya.
Dia mengaku salah atas kedua-dua tuduhan.
Ketika diberi peluang merayu, Mkandla berkata, dia kesal atas perbuatannya sebelum ini dan meminta majistret memberi pertimbangan wajar terhadap kesalahannya.
“Saya gagal menahan marah. Bayangkan apa yang anda rasa apabila mendapati isteri anda bercanda dengan Ben 10 di rumah sendiri,” katanya.
Mkandla didakwa membelasah isterinya kira-kira pukul 10 malam pada 20 November lalu.
Isteri Mkandla, Nobukhosi Moyo, 28, dan kekasih sulitnya yang juga rakan sekerja wanita terbabit, Kiffy Tshabalala, 23, dilaporkan semakin pulih.

Taktik baru seludup dadah


Oleh Ainul Fatihah Mansor

am@hmetro.com.my

Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan tiga cubaan menyeludup dadah menerusi pintu masuk KLIAmembabitkan rampasan sebanyak 24.21 kilogram (kg) bernilai RM4.60 juta.
Pengarah JKDM KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, semua kes itu menggunakan taktik baru yang pertama kali dikesan pihaknya iaitu menggunakan ekzos, kompressor dan penapis minyak peti sejuk.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat dan risikan, pihaknya membuat pemantauan dan pemerhatian ke atas dua bungkusan yang tiba dari Guan Dong, China yang disyaki mengandungi dadah.
"Dua bungkusan itu dikirim menerusi kargo udara KLIA dan diuruskan oleh sebuah syarikat penghantaran cepat di Petaling Jaya, Selangor.
"Berikutan itu, seorang suri rumah berusia 34 yang berasal dari Negeri Sembilan ditahan dan direman selama tujuh hari selepas suspek tiba di premis berkenaan untuk menuntut satu daripada bungkusan itu pada 8.30 pagi, Khamis lalu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 2:29 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11973#sthash.BUi9be0s.dpuf

Sindiket tipu suri rumah tumpas

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

am@hmetro.com.my

Georgetown: Empat lelaki warga Nigeria serta seorang wanita warga Indonesia dan seorang wanita warga tempatan yang disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dua suri rumah membabitkan kerugian bernilai hampir RM2 juta ditahan polis dalam dua serbuan berasingan Khamis dan Jumaat lalu.
Keenam-enam suspek berusia lingkungan 20-an itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPDSPU) dan BSJK Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di Kuala Lumpur dan Relau, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, berdasarkan dua suspek lelaki warga Nigeria dicekup di Kuala Lumpur pada 20 November lalu manakala dua lagi lelaki warga Nigeria serta dua wanita ditahan di Relau pada keesokan harinya.
Beliau berkata, mereka daripada kumpulan berbeza tetapi dipercayai menggunakan cara sama dengan memperdaya mangsa melalui laman sosial Facebook menggunakan wajah jejaka tampan sebagai satu tarikan untuk berkenalan dengan mereka, sekali gus dijadikan mangsa.
Katanya, mereka kemudian kononnya mengirimkan satu bungkusan yang mengandungi hadiah berharga sebagai tanda kasih dan sayang untuk mengaburi mata mangsa, sebelum mendakwa hadiah berkenaan ditahan kastam.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 3:09 PM


AZMI (tiga kanan) bersama pegawainya menujukkan kad pengenalan warga Nigeria dan peralatan sindiket penipuan. FOTO Ramdzan Masiam
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11976#sthash.LtkdJpHo.dpuf

Black Maria bawa PATI terbalik

Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
Rembau: Lima pendatang asing cedera apabila trak Jabatan Imigresen yang membawa 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit kemalangan di kilometer 232.9 Lebuh Raya PLUS berhampiran susur keluar Pedas-Linggi arah utara, tengah hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kenderaan berkenaan dipercayai cuba mengelak sebuah kenderaan lain yang hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sebelum berpusing kiri jalan.
Kemalangan itu mengakibatkan lima PATI cedera ringan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Difahamkan, trak atau dikenali sebagai `Black Maria’ membawa 25 PATI lelaki bersama sebuah lagi van yang membawa 10 PATI perempuan dalam perjalanan dari Depoh Tahanan Machap Umboo, Melaka ke Depoh Tahanan KLIA dipercayai untuk tujuan pengusiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:11 PM


PASUKAN keselamatan berkawal di lokasi kemalangan membabitkan trak yang membawa PATI dari Melaka ke KLIA.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11981#sthash.UQWO2M5g.dpuf

Lelaki maut kereta terbabas dekat Ajil


Oleh Nazdy Harun
Kuala Berang: Seorang lelaki berusia 34 tahun maut apabila Perodua Kancil dipandunya terbabas dan melanggar sebuah motosikal sebelum merempuh tiang telekomunikasi di Kilometer 46 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi berhampiran Ajil, 7.30 pagi tadi.
Ketika kejadian mangsa, Md Jati Awang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Pela ke Kampung Peroh, dekat sini.
Mangsa yang memandu Perodua Kancil berseorangan dikatakan terbabas lalu melanggar sebuah motosikal yang berada di depan sebuah kedai makan sebelum merempuh sebatang tiang telekomunikasi.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:35 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11988#sthash.j563ylBS.dpuf

Perangkap banjir kilat

Oleh Mohd Fadh Rahmat
Johor Bahru: Seorang lelaki nyaris maut apabila terperangkap di dalam keretanya yang ditenggelami banjir kilat di Jalan Tebrau di sini, lewat petang ini.
Ketua Cawangan Pengurusan Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Lefternan Muda Mohd Aziz Jupri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7 malam ini memaklumkan mengenai seorang lelaki yang terperangkap di dalam kenderaan yang hampir ditenggelami banjir.
“Sebuah ambulans dan empat anggota dikerah ke lokasi, bagaimanapun apabila sampai di tempat kejadian pemandu kereta yang tidak dapat dikenal pasti terbabit dikatakan terlebih dahulu menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Menurutnya, air dilaporkan naik mendadak di beberapa kawasan terutama sekitar Jalan Tebrau berikutan hujan lebat melanda bandar raya ini kira-kira jam 3 petang tadi.
"Anggota kami diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk hujan lebat berterusan yang boleh mengakibatkan banjir lebih buruk.
"Hasil pemeriksaan kami juga mendapati saluran di Jalan Terbrau tersumbat dan mengganggu aliran air hujan seterusnya menyebabkan banjir,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 8:52 PM


BANJIR kilat di Johor Bahru selepas hujan lebat bermula kira-kira 3 petang hari ini dikatakan berpunca daripada masalah saliran tidak lancar. FOTO ihsan pembaca Harian Metro
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12007#sthash.bGPgzqwD.dpuf

42 GRO warga asing ditahan di Melaka

Oleh Mohd Hilmie Hussin
Melaka: Seramai 42 GRO warga Vietnam dan Kemboja ditahan dalam Ops Sayang di tiga pusat hiburan di sekitar Taman Melaka Raya di sini, malam tadi.
Operasi yang diketuai Pemangku Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hassan bermula jam 9 malam malam dengan kekuatan 20 penguatkuasa itu turut disertai Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Zahari Abdul Aziz.
Dalam operasi itu, seramai 79 warga asing dan tempatan diperiksa.
"Di premis hiburan pertama, seramai 52 diperiksa dan kami menahan 42 wanita dipercayai GRO terdiri daripada 39 warga Vietnam dan tiga warga Kemboja melakukan dua kesalahan utama.
"Seramai 18 wanita Vietnam dan dua Kemboja melakukan kesalahan melanggar syarat pas permit mengikut Seksyen 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Manakala 21 wanita Vietnam dan seorang Kemboja melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di negara ini tanpa permit yang sah," kata Zahari.
Turut ditahan di premis sama, dua lelaki masing-masing warga Bangladesh dan China dipercayai pelayan di pusat hiburan terbabit.
Kesemua yang ditahan berusia sekitar 21 hingga 35 tahun.
Zahari berkata, serbuan di dua lagi premis hiburan menyaksikan Imigresen melakukan pemeriksaan ke atas 27 GRO warga China namun kesemuanya mempunyai permit yang sah.
Namun, beliau menasihatkan pemilik premis memastikan syarat yang ditetapkan dalam permit hiburan dipatuhi.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 12:05 PM


GRO yang ditahan dalam operasi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12262#sthash.Mp2gSu40.dpuf

Gagal potong kenderaan


Kuala Kangsar: Kemalangan meragut tiga nyawa di Kilometer 69 Jalan Ipoh - Gerik berhampiran Kampung Chuar Kati, di sini, semalam dipercayai berlaku ketika satu daripada dua kereta terbabit cuba memotong kenderaan lain.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 1.10 pagi dan siasatan awal mendapati kereta Mercedes Benz dinaiki empat mangsa iaitu dua lelaki dan dua perempuan datang dari arah Lenggong ke Kuala Kangsar.
Katanya, Lans Koperal Safani Hassan, 28, pula memandu Proton Satria bersendirian yang datang dari arah bertentangan.
Dalam kejadian itu, mangsa yang terbunuh ialah Safani, dari Negeri Sembilan dan dua penumpang Mercedes Benz, Aminnuddin Mohd Hashim, 57, dan Hanita Ariffin, 46.
Menurutnya, dua yang parah ialah dua lagi penumpang Mercedes Benz, Razali Yaakub, 55, dari Kampung Chepor, Lenggong dan Rohani Ahmad, 46, dari Kampung Lempor Hilir, Manong, dekat sini.
“Setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu anggota tentera berkenaan dipercayai cuba memotong kenderaan lain, namun gagal sebelum bertembung Mercedes Benz.
“Akibat pertembungan itu, kereta Proton Satria terbakar dan pemandunya maut rentung di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua penumpang belakang Mercedes Benz parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan.
Menurutnya, cuaca baik ketika kejadian dan tempat kejadian jalan lurus dua lorong dengan garis berkembar, namun kawasan berkenaan agak gelap kerana tiada lampu jalan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 8:28 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12237#sthash.y0ywatII.dpuf

Tampan temberang

Georgetown: Guna gambar jejaka tampan untuk pikat wanita menjadi kenalan menerusi laman sosial sebelum wang dikebas.
Bagaimanapun, kelicikan empat lelaki warga Nigeria serta seorang wanita warga Indonesia dan seorang wanita tempatan berakhir apabila dicekup polis dalam dua serbuan berasingan pada Khamis dan Jumaat lalu.
Keenam-enam suspek berusia 20-an itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPDSPU) dan BSJK Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di Kuala Lumpur dan Relau, di sini.
Mereka dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan terhadap beberapa wanita, termasuk dua suri rumah dengan membabitkan kerugian bernilai hampir RM2 juta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan dua lelaki warga Nigeria ditahan di Kuala Lumpur pada 20 November lalu manakala dua lagi lelaki warga Nigeria serta dua wanita ditahan di Relau pada keesokan harinya.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mereka menggunakan modus operandi sama iaitu memperdaya mangsa melalui laman sosial Facebook dengan menggunakan wajah jejaka tampan sebagai satu tarikan untuk berkenalan sebelum dijadikan mangsa mereka.
Katanya, siasatan mendapati mereka menjadikan suri rumah sebagai mangsa sebelum memperdaya mereka kononnya mengirimkan satu bungkusan mengandungi hadiah berharga sebagai tanda kasih dan sayang untuk mengaburi mata mangsa.
“Selepas mengirim hadiah berkenaan, suspek akan menghubungi mangsa kononnya hadiah yang dihantar ditahan kastam dan meminta mangsa memasukkan sejumlah wang untuk mengambil hadiah berkenaan dan mangsa yang terpedaya memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan tanpa usul periksa.
“Apabila mendapati hadiah dihantar itu sebenarnya tidak wujud, mereka membuat laporan polis selepas mengesyaki ditipu,” katanya ketika pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.
Semua yang ditahan dibawa ke IPDSPU dan IPDTL untuk siasatan lanjut dan keempat-empat lelaki warga Nigeria terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan sah dan kami turut merampas pelbagai barangan termasuk komputer riba, telefon bimbit, kad bank dan beg tangan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 8:32 AM


AZMI (dua dari kiri) bersama pegawainya menujukkan kad pengenalan warga Nigeria dan peralatan sindiket penipuan Internet.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12239#sthash.B2jL9eli.dpuf