Search This Blog

Wednesday, November 26, 2014

Besut kedua tertinggi kes rogol


Seorang pakar menunjukkan teknik menyelamatkan diri kepada Wan Abd Aziz dan peserta seminar di SMK Tengku Mahmud II.
Seorang pakar menunjukkan teknik menyelamatkan diri kepada Wan Abd Aziz dan peserta seminar di SMK Tengku Mahmud II.
BESUT - Statistik kes rogol di Besut dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak satu kes atau 5.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebanyak 18 kes rogol dilaporkan bermula Januari sehingga Oktober lalu berbanding hanya 17 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, statistik itu menunjukkan Besut berada di tempat kedua tertinggi bagi kes tersebut di negeri ini selepas Kuala Terengganu yang merekodkan 23 kes berbanding 18 kes tahun lalu.

“Bagaimanapun statistik bagi kes berkenaan yang dilaporkan di seluruh negeri ini menunjukkan penurunan iaitu hanya 98 kes berbanding 111 kes bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan penutup Seminar ‘Manisnya Menjadi Gadis’ di bawah Program Kempen Kesedaran Wanita  (WAC) 2014 di SMK Tengku Mahmud II, di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Wan Rukman Wan Hassan; Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hassan dan Pengetua  SMK Tengku Mahmud II, Che Zainum Che Salleh.

Dalam pada itu, Wan Abd Aziz tidak menolak kemungkinan masih ada kejadian rogol yang tidak dilaporkan kerana disebabkan mangsa takut membuat laporan atau ahli keluarga tidak mahu memanjangkan perkara itu atas alasan bimbang maruah tercemar.

Beliau berkata, kebanyakan kes rogol yang berlaku melibatkan pelajar sekolah menengah yang terjebak dalam perhubungan seks.

“Sebahagian besar kejadian rogol ini melibatkan teman lelaki sama ada yang baru dikenali atau sudah lama menjalinkan hubungan cinta.

“Kejadian ini hanya diketahui apabila pelajar perempuan dibawa ke hospital kerana didapati mengandung atau melahirkan anak luar nikah,” katanya.

Menurutnya, mengikut undang-undang, mana-mana lelaki yang melakukan persetubuhan ke atas perempuan di bawah usia 16 tahun walaupun dengan kerelaan dianggap perbuatan rogol dan boleh dituduh di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan rotan.

Mengulas mengenai seminar, Wan Abd Aziz berkata, ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap trend jenayah semasa, di samping langkah pencegahan yang boleh diambil sekiranya berlaku kejadian jenayah.

Rugi RM35,150 diperdaya culik palsu


Sau Har menunjukkan laporan polis yang dibuat dua bulan lalu selepas menyedari ditipu sambil diperhatikan Mohd Rawi.
Sau Har menunjukkan laporan polis yang dibuat dua bulan lalu selepas menyedari ditipu sambil diperhatikan Mohd Rawi.
IPOH - Seorang guru taska kerugian RM35,150 apabila menyerahkan wang simpanannya kepada seorang lelaki yang mendakwa menahan anaknya tanpa sebarang sebab, September lalu.

Mangsa, Yau Sau Har, 55, menerima panggilan daripada telefon bimbit anaknya dan terkejut apabila lelaki yang bercakap itu bukan anaknya.

“Dalam perbualan telefon itu, lelaki dikenali Wong mereka telah menahan anaknya, Lai Yin Hoe, 32. Saya turut mendengar suara anak lelaki meminta tolong.

“Wong meminta wang tebusan sebanyak RM60,000. Panik dengan keadaan itu, saya menurut arahan memasukkan wang ke dalam mesin deposit di sebuah bank dengan empat kali transaksi,” katanya di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, semalam.

Menurutnya, dia mematuhi arahan lelaki berkenaan yang meminta membuang kesemua resit transaksi terbabit ke dalam longkang berhampiran.

Katanya, apabila pulang ke rumah dan menghubungi anaknya, dia terkejut kerana Yin Hoe sedang bekerja sebagai operator jentera berat di Bercham dan tidak ditahan oleh mana-mana pihak.

“Apabila sedar ditipu, saya terus ke bank berkenaan untuk mendapatkan semula wang terbabit. Hasil pemeriksaan mendapati, penjenayah terbabit sempat mengeluarkan wang sebanyak RM10,000.

“Dalam masa sama pihak bank segera membekukan akaun berkenaan. Walaupun dua bulan kes ini berjalan, saya kecewa apabila masih gagal untuk mendapatkan semula baki wang simpanan saya itu,” katanya.

Sau Har berkata, pelbagai cara dilakukannya dengan menurut arahan pihak bank dan polis untuk mendapatkan semula wang simpanan berbaki RM25,150.

Sehingga kini, saya gagal mendapatkan semula wang simpanan saya itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah menggesa pihak telekomunikasi dan bank bekerjasama untuk mengesan kegiatan sindiket itu yang telah menggunakan modus operandi sama untuk menipu mangsa.

“Seharusnya mereka mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan keselamatan pelanggan setelah menerima banyak laporan berhubung sindiket ini.

Selain itu, pihak polis digesa untuk melengkapkan siasatan kes itu supaya mangsa dapat semula wang simpanannya,” katanya.

Mayat bayi dalam almari masjid

Oleh Ibrahim Isa
Ledang: Seorang pekerja am masjid yang sedang mengemas almari telekung terperanjat apabila membuka satu bungkusan kain pelikat yang berisi mayat bayi perempuan di Masjid Jamek Bandar Tangkak, lewat pagi ini.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, pekerja am terbabit dikatakan mahu melipat telekung apabila ternampak bungkusan kain pelikat berkenaan dan memeriksanya.
Pekerja terbabit segera melaporkan penemuan mayat bayi yang sudah cukup sifat itu kepada noja masjid sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran di mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Menurutnya, polis sedang mengesan ibu bapa bayi terbabit dan individu yang bertanggungjawab termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid itu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:51 PM


MAYAT bayi yang dibungkus dengan kain pelikat (bulatan kecil) ditemui dalam masjid. FOTO Shaiffulazhar Misri
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11992#sthash.aajYNw8Z.dpuf

Kastam KLIA rampas syabu bernilai RM4.1 juta dalam ekzos



PENGARAH Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk Chik Omar Chik Lim (dua dari kiri) bersama Ketua Bahagian Penguatkuasa Kastam KLIA, Zahari Abdullah (kiri) dan Penguasa Kastam KLIA, Muhammad Bukhori Alias (dua dari kanan) dan turut bersama Penguasa Kastam KLIA, Mohamad Shahruzuan Shamsuddin (kanan) menunjukkan dadah jenis Methamphetamine yang disorok di dalam kompressor dan ekzos semasa sidang media rampasan dadah di Kompleks Kastam KLIA. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
SEPANG: Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mematahkan kegiatan menyeludup dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 22kg bernilai RM4.1 juta yang disorokkan di dalam 16 unit ekzos kenderaan menggunakan khidmat kurier.
Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim, berkata semua eksoz tersebut diletakkan di dalam dua kiriman bungkusan tiba di kargo udara KLIA pada 17 November lepas dari Guangdong, China sebelum diedarkan ke syarikat penghantaran cepat di Petaling Jaya.
Beliau berkata, satu daripada bungkusan itu dituntut seorang wanita yang juga seorang suri rumah, berumur 34 tahun berasal dari Negeri Sembilan pada 8.30 pagi, Khamis lepas.
"Wanita tersebut ditahan dan hasil pemeriksaan menemui tujuh unit ekzos yang di dalamnya terdapat methamphetamine seberat 9.6kg, bernilai RM1.8 juta," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Suri rumah itu ditahan reman tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Chik Omar berkata, susulan penahanan wanita itu, pihaknya menunggu individu lain menuntut satu lagi bungkusan namun selepas dua hari tiada yang tampil.
"Justeru kita memeriksa bungkusan tersebut dan menemui methamphetamine seberat 12.4kg bernilai RM2.3 juta dalam sembilan unit ekzos. Kita percaya individu itu mengetahui tangkapan sebelum ini," katanya, sambil menambah alamat yang tertera pada bungkusan itu didapati palsu.
Sementara itu, Chik Omar berkata methamphetamine seberat 2.1kg bernilai RM402,040 pula ditemui disorokkan dalam satu unit kompresor peti sejuk serta dua unit penapis minyak yang diletakkan di dalam sebuah bungkusan yang dirampas pada dua hari lepas.
Beliau berkata, bungkusan itu tiba di Pos KLIA di sini dari Nigeria pada 17 November lepas dan sepatutnya dihantar kepada seorang penerima di kawasan Golden Villa, Klang oleh ejen penghantaran namun tiada yang tampil menuntut bungkusan itu.
"Nombor telefon yang tertera pada bungkusan itu juga gagal dihubungi dan alamat didapati palsu sebelum ia diserahkan kepada Kastam KLIA dan diperiksa," katanya.
- BERNAMA

Kasanova We Chat tipu 3 wanita RM40,000

GEORGETOWN: Tiga wanita kerugian lebih RM40,000 selepas ditipu seorang kasanova berusia lingkungan 20-an di aplikasi sosial "We Chat."
Lelaki itu bergerak aktif di sekitar Seberang Perai dan Kepala Batas dekat sini sejak awal tahun ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, ACP Azmi Adam, berkata lelaki yang dikenali sebagai Noor Azman Azmi itu mencari mangsa dengan menggunakan kata-kata memikat dan ayat meraih simpati.
"Dengan penampilan yang bergaya lelaki itu akan menabur janji-janji manis termasuk untuk menjadikan mangsa sebagai isterinya.
"Mangsa diajak bersiar-siar dan amalan itu diulang beberapa kali.
"Selepas mangsa mempercayainya dan termakan pujuk rayu, lelaki itu akan meminta wang atau barang kemas untuk dipinjam dengan alasan terpaksa membayar hutang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Azmi berkata, ekoran tertipu dengan lelaki berkenaan, tiga wanita berusia lingkungan 20-an dan bekerja kilang itu membuat laporan polis.
Beliau berkata, tiga wanita berkenaan membuat laporan secara berasingan sejak minggu lepas dan siasatan polis mendapati suspek adalah orang yang sama.
Katanya, siasatan juga mendapati lelaki itu menggunakan beberapa nama dan tinggal berpindah randah bagi mengelak dikesan mangsanya.
"Susulan itu, kami meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Syafiq Shaidin di talian 04-5762222," katanya.
- BERNAMA

Polis tahan 8 suspek kes bakar al-Quran di Alor Setar



PEMANGKU Ketua Polis Kedah, Datuk Pahlawan Zakaria Yusof (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan yang dirampas dalam sidang media berkaitan kes kebakaran Medan Selera Billion, kes bakar cebisan al-Quran dan kes pukul di IPK Kedah. - Foto Danial Noordin
ALOR SETAR: Polis menahan lapan lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kes bakar al-Quran di Alor Setar pada Khamis lepas.
Mereka yang ditahan dalam tiga tangkapan berasingan di sekitar Alor Setar itu berusia dalam lingkungan 19 dan 30 tahun.
Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof, berkata dalam kejadian Khamis lepas, seorang suspek ditahan selepas dipercayai membakar beberapa cebisan helaian al-Quran dalam sebuah tong aluminium di sebuah medan selera berdekatan Pasar Besar Alor Setar di sini.
"Suspek yang ditahan pada hari yang sama itu kini masih berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi menjalani rawatan berikutan dipercayai mempunyai masalah mental dan siasatan masih diteruskan terhadap suspek," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.
Zakaria berkata, pada hari yang sama kira-kira pukul 4 petang, lima suspek ditahan berkaitan kes memukul seorang lelaki di kawasan yang sama berikutan rasa tidak puas hati dengan kejadian membakar cebisan al-Quran itu.
"Seorang lelaki berumur 50-an telah dipukul oleh seorang suspek menggunakan kayu pemukul besbol dan kami percaya akibat rasa tidak puas hati dengan kejadian membakar al-Quran yang berlaku pada sebelah pagi. Mangsa yang dipukul hanya mengalami kecederaan ringan.
"Kami turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai hilang di Klang pada tahun 2008, kayu pemukul besbol dan sebuah telefon bimbit. Semua suspek ditahan reman," katanya.
Sementara itu, beliau berkata dua suspek yang dipercayai membakar enam gerai makan di sebuah medan selera di kawasan sama kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu, juga berjaya ditahan bagi membantu siasatan.
"Kami telah tahan dua suspek selain merampas bahan bukti iaitu botol minyak petrol. Mereka ditahan reman sehingga esok tapi kami akan minta sambung," katanya.
Zakaria berkata, pihaknya yakin ketiga-tiga kejadian saling berkaitan kerana semua berlaku di tempat sama dalam tempoh masa yang dekat.
- BERNAMA

Tiga Wanita Hilang RM40,000 Angkara Kasanova 'We Chat'


Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 6:21 PM

GEORGE TOWN: Tiga wanita kerugian lebih RM40,000 selepas ditipu seorang kasanova berusia lingkungan 20-an di aplikasi sosial "We Chat".
Lelaki itu bergerak aktif di sekitar Seberang Perai dan Kepala Batas dekat sini sejak awal tahun ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri ACP Azmi Adam berkata lelaki yang dikenali sebagai Noor Azman Azmi itu mencari mangsa dengan menggunakan kata-kata memikat dan ayat meraih simpati.
"Dengan penampilan yang bergaya lelaki itu akan menabur janji-janji manis termasuk untuk menjadikan mangsa sebagai isterinya.
"Mangsa diajak bersiar-siar dan amalan itu diulang beberapa kali.
"Selepas mangsa mempercayainya dan termakan pujuk rayu, lelaki itu akan meminta wang atau barang kemas untuk dipinjam dengan alasan terpaksa membayar hutang," katanya pada sidang media di sini, Rabu.
Beliau berkata ekoran tertipu dengan lelaki berkenaan, tiga wanita berusia lingkungan 20-an dan bekerja kilang itu membuat laporan polis.
Azmi berkata tiga wanita berkenaan membuat laporan secara berasingan sejak minggu lepas dan siasatan polis mendapati suspek adalah orang yang sama.
Katanya siasatan juga mendapati lelaki itu menggunakan beberapa nama dan tinggal berpindah randah bagi mengelak dikesan mangsanya.
"Susulan itu, kami meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Syafiq Shaidin di talian 04-5762222," katanya. 

Ibu resah anak hilang dua minggu


Noraizah menunjukkan gambar Shahrin yang tidak pulang ke rumah hampir dua minggu lalu bersama poster mengenai kehilangan anak kelimanya.
Noraizah menunjukkan gambar Shahrin yang tidak pulang ke rumah hampir dua minggu lalu bersama poster mengenai kehilangan anak kelimanya.
JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal terlalu bimbang terhadap keselamatan anak lelakinya yang masih gagal pulang ke rumah mereka di Flat Taman Desa Mutiara hampir dua minggu lalu selepas keluar bersama dua rakannya.

Menurut, Noraizah Abdul Rahim, 40 anak kelimanya dari enam beradik itu, Mohd Shahrin Firdaus Mohd Hila 12, meminta izin untuk keluar sebentar pada 14 November lalu, kira-kira jam 11.00 pagi dan berjanji akan pulang semula secepat mungkin.

Mohd Shahrin Firdaus atau dipanggil Shahrin telah meminta izin dengan ibunya untuk keluar bersama dua rakan karibnya  iaitu Aiman Al-Amin Abdullah, 13, dan  Mohd Syazwan Mohd Fadzil yang tinggal di blok bersebelahan dengan kediaman mereka.

“Sebelum keluar rumah Shahrin sempat minta izin dan saya pesan supaya dia pulang cepat. Ketika itu saya langsung tak terfikir perkara ini berlaku kerana dia keluar dengan rakan-rakan.

“Apabila dia masih tidak pulang bila hari sudah malam, saya jadi risau,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Noraizah berkata,  khuatir sesuatu perkara yang buruk menimpa anaknya itu, dia mengambil keputusan membuat laporan polis pada keesokan harinya selepas kejadian di Balai Polis Bandar Dato’ Onn, di sini selepas usaha mencari Shahrin tidak berhasil.

“Saya tidak putus berdoa supaya mereka berada dalam keadaan selamat, saya amat risau kerana ketika meninggalkan rumah Shahrin keluar sehelai sepinggang.

“Kami terus mencarinya di rumah rakan-rakannya dan turut edar serta tampal poster mengenai kehilangan Shahrin dan rakannya itu. Dua hari selepas Shahrin hilang, abangnya (Mohd Redzuan) terserempak ketiga-tiga mereka di Taman Daya, sedang berjalan kaki.

“Disebabkan abangnya hanya menunggang motosikal bersama seorang rakan, dia menahan sebuah teksi untuk menghantar Shahrin, Aiman dan Syazwan ke rumah dan mengikuti dari belakang.

“Bagaimanapun,  belum sempat abangnya sampai, dia ternampak Shahrin dan rakan-rakannya turun dari teksi dan terus melarikan diri semula dan tidak pulang ke rumah. Redzuan cuba mengejar tetapi tidak berjaya dan hingga ke hari ini (semalam) Shahrin masih gagal ditemui, “katanya.

Noraizah merayu kepada mana-mana pihak yang mengetahui di mana Shahrin bersama dua lagi anak saudaranya berada supaya menghubunginya ditalian 0197068047. Kali terakhir Shahrin kelihatan memakai baju- T lambang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan seluar pendek hitam paras lutut.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan menerima laporan polis berhubung kehilangan tiga remaja terbabit.

Jumlah Mangsa Banjir Di Teluk Intan Meningkat Kepada 325 Orang


Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 9:34 AM

IPOH: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini, meningkat kepada 325 orang pada pukul 8 pagi ini berbanding 310 malam Selasa.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, kesemua mangsa adalah daripada 97 keluarga terdiri daripada 78 dewasa lelaki, dewasa perempuan (103), kanak-kanak lelaki (71), kanak-kanak perempuan (57), bayi lelaki (12) dan bayi perempuan (empat).
"Cuaca di sini tidak hujan dan paras air banjir mencecah 3.44 meter. Pemantauan keadaan banjir di kawasan terjejas masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.
Penduduk yang terjejas adalah daripada empat kawasan penempatan iaitu di Lorong Mesra di Batu 7; Lorong Kedah di Batu 8; Lorong di Batu 11 dan Kampung Batu 9, katanya.
Kejadian banjir yang berlaku malam tadi merupakan yang kedua melanda kawasan Changkat Jong dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan.
Pada 14 November lepas, 56 orang daripada 16 keluarga yang mendiami Lorong Mesra dipindahkan ekoran banjir yang melanda kawasan Changkat Jong selepas berlakunya limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat.
Bagaimanapun, kesemua mereka dibenarkan kembali ke rumah masing-masing empat hari kemudian sebelum banjir kedua melanda semula kali ini.

Warga emas tak sempat timang cucu sulung, maut dirempuh lori


26/11/2014 11:17am

BALIK PULAU - Penantian selama tujuh tahun untuk menimang cucu sulung berakhir dengan tragedi apabila seorang warga emas maut setelah kenderaan yang dipandunya dirempuh sebuah lori di Jalan Teluk Kumbar berhadapan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, mangsa, Rahim Dali, 57, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.
Difahamkan, Rahim yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata anak sulungnya itu yang dijangka dilahirkan dalam tempoh terdekat.
Mayat mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balik Pulau pada pukul 11 pagi ini. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz3K9NyUA00 
Hakcipta terpelihara 

Pasangan Warga Emas Maut Ditetak


Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 10:19 PM

BALING: Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati tengah Selasa dengan kesan kecederaan dipercayai dibunuh di rumah mereka di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya berkata mayat pasangan berkenaan ditemui anak angkat lelaki mereka berusia 24 tahun yang baru pulang dari kerja pada 12.20 tengah hari.
Dia bergegas memberitahu jiran mengenai kejadian itu.

Nashir berkata mayat Zahari Yahya, 66, dan isterinya Salmah Husin, 61, yang merupakan pesara kerajaan ditemui terbaring berasingan dalam rumah mereka.
"Mayat Zahari ditemui di ruang tamu rumah, manakala mayat isterinya ditemui terbaring di ruang bahagian dapur," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai maut akibat tetakan di bahagian tengkok dan belakang.
Nashir berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan kerana setakat ini pihaknya mendapati tiada barang berharga yang hilang.
"Polis menahan seorang anak angkat mangsa untuk membantu siasatan dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat," katanya. 

Parah Dalam Kemalangan

Tentera Antara Tiga Maut, Dua 

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 1:01 PM

IPOH: Seorang tentera antara tiga maut manakala dua lagi cedera parah selepas dua kereta bertembung di Kilometer 69 Jalan Ipoh-Gerik di Kampung Chuar Kati dekat Kuala Kangsar di sini, awal pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh berkata kejadian pada 1.10 pagi itu, mengakibatkan kereta Proton Satria terbakar dan pemandunya Safani Hassan, 28, yang merupakan anggota Batalion 4, Rejimen Sempadan di Kem Gerik, rentung.
"Pemandu kereta Mercedes Benz Mohd Aminnuddin Mohd Hashim, 57, dari Kampung Chepor di Lenggong dan penumpang sebelahnya Hanita Ariffin, 46, dari Kampung Sri Wangi Simpang Lawin dekat Kuala Kangsar meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Sementara penumpang belakang kereta Mercedes Benz Razali Yaakub dari Kampung Chepor, Lenggong dan seorang lagi wanita yang sedang dikenal pasti identitinya mengalami kecederaan parah, katanya.
Menurut Ghuzlan kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Satria yang datang dari arah Kuala Kangsar menghala ke Lenggong gagal memotong kenderaan lain di hadapan sebelum bertembung dengan kereta Mercedes Benz dari arah bertentangan.
"Akibat pelanggaran itu kereta Proton Satria telah terbakar dan pemandunya rentung dan meninggal dunia dalam kenderaan manakala pemandu Mercedes Benz dan penumpang depan tersepit serta meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menerima rawatan lanjut.
Bedah siasat ke atas ketiga-tiga mayat telah dijalankan di Hospital Kuala Kangsar pada 9 pagi tadi, katanya.
"Polis telah menghubungi keluarga mangsa dan pihak Kem Gerik mengenai kejadian ini," katanya.

Tiga maut kenderaan bertembung


KUALA KANGSAR 26 Nov. - Tiga maut manakala dua lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu 29, Kampung Chuar, Kati di sini awal pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Ismail Darus berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.25 tengah malam.
Katanya, kemalangan membabitkan kereta Mercedes dan Proton Satria itu menyebabkan kesemua mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing dan pemandu Proton Satria pula rentung.
``Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat manakala mangsa cedera parah dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut,’’ katanya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/tiga-maut-kenderaan-bertembung-1.29370#sthash.RAQm5q21.dpuf

Penerbangan ihsan TUDM bawa 6 mangsa letupan lombong


KUALA LUMPUR 26 Nov. - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa enam mangsa letupan lombong arang batu di Sarawak untuk mendapatkan rawatan di Semenanjung Malaysia.
Pakar Perubatan Penerbangan, Lt. Kol Dr. A. Saravanan berkata, penerbangan Hercules C130 yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pukul 6 pagi semalam tiba di Pangkalan Udara Kuching pada pukul 9.49 pagi sebelum berlepas semula pada pukul 12.50 tengah hari dengan membawa kesemua mangsa.
“Penerbangan yang membawa mangsa akibat kecederaan dengan kerjasama TUDM, Kementerian Kesihatan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini adalah yang pertama di negara ini.
“Mangsa disertai oleh pegawai dan staf perubatan menuju ke beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia untuk mereka mendapatkan rawatan lanjut, “ katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Kesemua mangsa di hantar ke beberapa hospital terpilih dengan masing-masing seorang di Hospital Kuala Terengganu, Hospital Universiti Sains Malaysia, Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur manakala dua orang di Hospital Alor Setar.
Tambah Saravanan, penerbangan ihsan tersebut merupakan komitmen ATM dalam membantu rakyat dan mereka yang memerlukan pertolongan kemanusiaan.
“Hospital Umum Sarawak tidak dapat menampung kesemua 20 pesakit dan ini adalah inisiatif ATM dalam membantu pihak hospital mengendalikan pesakit yang parah,” katanya.
Letupan di terowong lombong arang batu sedalam 69 meter di Selantik, Pantu, Sarawak pada Sabtu lalu mengorbankan tiga pelombong warga asing serta 26 lagi cedera dengan 13 daripadanya parah. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/penerbangan-ihsan-tudm-bawa-6-mangsa-letupan-lombong-1.29047#sthash.cMxMTfjZ.dpuf

24 maut dalam kebakaran lombong arang batu di China


BEIJING: Kebakaran yang meletus di sebuah lombong arang batu di timur laut China mengorbankan 24 pekerja awal pagi ini.
Kebakaran di lombong yang terletak di wilayah Liaoning itu juga mengakibatkan 52 orang cedera, lapor agensi berita Xinhua memetik Perbadanan Arang Fuxin yang dimiliki kerajaan.
Punca kebakaran masih belum diketahui.
Tahun lalu, sebanyak 589 kemalangan berkaitan perlombongan berlaku di China, mengakibatkan 1,049 orang maut atau hilang.
Pada Jun lalu, 22 orang terkorban dalam kemalangan di sebuah lombong arang di bandar Chongqing. - AFP

Penjenayah ditembak mati selepas cuba langgar anggota polis

KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah ditembak mati selepas cuba melanggar anggota polis yang membuat pemeriksaan dalam kejadian di Lorong Sarawak, Taman Melawati, di sini, tengah hari tadi.
Lelaki bersama rakannya menaiki kereta jenis Volkswagen Jetta itu cuba melarikan diri daripada pemeriksaan sebelum bertindak melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari.
Mereka yang lebih dikenali sebagai 'Geng Mamak' itu ditembak polis bagi mempertahankan diri sebelum lelaki itu maut di tempat kejadian manakala rakannya hanya mengalami cedera.
Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan suspek menemui sepucuk pistol, pelbagai nombor pendaftaran kenderaan dan beberapa bilah parang.

Lebih 2,000 askar dikerah kawal rusuhan di Ferguson

FERGUSON: Lebih 2,000 askar dikerah ke bandar Ferguson di mana tercetusnya rusuhan berikutan keputusan mahkamah untuk tidak mendakwa anggota polis yang menembak mati seorang remaja kulit hitam, Michael Brown kelmarin.
Presiden Barack Obama menyifatkan keganasan yang berlaku itu sebagai 'perbuatan jenayah' dan menggesa mereka yang bertanggungjawab didakwa.
"Banyak lagi cara produktif yang boleh ditunjukkan bagi melahirkan kekecewaan.
"Membakar bangunan dan kereta, memusnahkan harta benda meletakkan orang ramai dalam keadaan bahaya. Ia adalah perbuatan memusnahkan dan tiada alasan bagi melakukannya. ia adalah perbuatan jenayah," tegas Obama.
Berikutan kekacauan berbaur perkauman itu, Gabenor Missouri, Jay Nixon berkata pasukan 'National Guard' di kawasan Ferguson akan ditambah tiga kali ganda kepada 2,200 anggota dalam usaha untuk mengawal keadaan.
"Nyawa, harta benda mesti dilindungi. Komuniti di sini harus menikmati keamanan," kata Nixon.
Peguam yang mewakili keluarga Brown mengecam pihak juri yang mendapati anggota polis terbabit, Darren Wilson menembak Brown kerana mempertahankan diri.
Wilson dalam komen pertamanya yang disiarkan oleh 'ABC News' menyatakan dia bimbang remaja terbabit akan merampas pistolnya dan menembaknya.
Wilson menegaskan bahawa soal perkauman tidak timbul sama sekali dalam kejadian itu. - AFP

Wanita Australia 'ditelan' tanah jerlus


Polis dan bomba memeriksa tempat kejadian di mana seorang wanita terperangkap di dalam lubang jerlus sedalam 3 meter.
Polis dan bomba memeriksa tempat kejadian di mana seorang wanita terperangkap di dalam lubang jerlus sedalam 3 meter. 
26 November 2014


SYDNEY - AUSTRALIA . Seorang wanita berdepan detik cemas apabila terjatuh dan terperangkap di dalam lubang jerlus ketika menjemur pakaian di rumahnya di Melbourne, semalam.

Wanita berusia 45 tahun itu, terperangkap selama 20 minit di dalam lubang sedalam 3 meter sebelum jeritannya disedari jiran.

Jurucakap paramedik, Stephanie Palamberis berkata, mangsa bernasib baik kerana lubang tersebut tidak digenangi air sepenuhnya.

Menurutnya lagi, lubang jerlus itu terbentuk apabila salah satu saluran paip bawah tanah sekitar kawasan tersebut pecah, dipetik dari laporan DPA.

Suspek Ebola meninggal dunia


Kes jangkitan dan kematian akibat Ebola paling banyak melanda negara-negara di Afrika Barat terutamanya Guinea, Liberia dan  Sierra Leone.
Kes jangkitan dan kematian akibat Ebola paling banyak melanda negara-negara di Afrika Barat terutamanya Guinea, Liberia dan  Sierra Leone. 
26 November 2014


ISLAMABAD - PAKISTAN . Seorang pesakit yang disyaki menghidap virus Ebola meninggal dunia di bandar perindustrian Faisalabad, menurut agensi berita Xinhua, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Zulfiqar Ahmad, 40, dari wilayah Punjab baru pulang daripada mengunjungi Togo, 16 November lalu.

Sumber hospital memberitahu, kematian itu menjadi kes pertama Ebola di Pakistan jika ia disahkan.

"Sampel air kencing lelaki berkenaan telah dihantar ke Institut Kesihatan Kebangsaan dan kami masih menunggu laporan ujian  itu," kata Dr Rashid Maqbool, dipetik dari laporan Channel News Asia.

Guru sekolah rendah kantoi jual tiket loteri


26 November 2014
JAKARTA - INDONESIA . Polis Jambi menahan seorang guru sekolah kerana menjual tiket loteri haram di kampung Kandang di daerah Tebo Tengah, semalam.

Ketika ditahan, polis turut menemui sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah 4 juta rupiah (RM1,102).

"Suspek dikenali sebagai MS dan merupakan guru sekolah rendah. Ketika ditahan dia segara mengakui kesalahannya," kata Ketua Unit Perisikan dan Perjudian, Ridwan Hutagaol.

Beliau berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam, dipetik dari laporan Jakarta Post.

PBB: Kes pemerdagangan kanak-kanak meningkat


26 November 2014
VIENNA - AUSTRIA . Seorang daripada tiga mangsa pemerdagangan manusia di seluruh dunia adalah kanak-kanak yang kebanyakannya dijadikan hamba seks atau buruh, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin.

Secara keseluruhannya, penyeludupan kanak-kanak meningkat lima peratus sejak 2010, di mana kanak-kanak perempuan dan wanita merangkumi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan mangsa di dunia.

"Tiada tempat di dunia ini yang selamat untuk kanak-kanak lelaki, perempuan dan wanita daripada jenayah penyeludupan manusia. Selain menjadi buruh dan hamba seks, kanak-kanak juga dipaksa terlibat dalam jenayah dan pertempuran," menurut Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), dipetik dari laporan AFP.

Ibu dua anak didakwa miliki dadah


ADILA SHARINNI WAHID
Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak salah.
Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak salah. Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak salah.
24 November 2014


KOTA BHARU  -  Seorang ibu dua anak mengaku tidak salah atas tuduhan memiliki 15.91 gram dadah jenis metamphetamine di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Wanita dari Besut, Terengganu itu dituduh bersama dua lagi rakan lelakinya atas dakwaan memiliki dadah itu di sebuah rumah di Taman Puspajaya, Ketereh, jam 4.29 pagi, 19 Ogos lalu.

Seperti Rosnani Awang, 29, dua lagi rakannya Mohd Saifulazlam Mohd Sauffie,26, dan Mohd Helfie Ismail, 27, juga menafikan tuduhan tersebut.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon tarikh sebutan dan menawarkan jaminan RM15,000 setiap seorang dengan setiap penjamin.

Majistret, Mohd Isa Mohamed bagaimanapun membenarkan ketiga-tiganya diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin. Kes disebut semula 18 Disember depan.

Sebelum ini, pada 3 September lalu, Sinar Harian melaporkan mereka didakwa mengedar 98.7 gram dadah jenis metamphetamine, di mahkamah sama. Tuduhan bagaimanapun dipinda selepas laporan kimia berat sebenar dadah berkenaan diperoleh.

Hari sama, Mohamad Helfie juga dihukum penjara enam bulan masing-masing ke atas dua tuduhan menagih dadah jenis methamphetamine, pada 5 Disember 2013 dan amphetamine pada 25 Julai 2013.

Bunuh suami: Tertuduh disah waras


ADILA SHARINNI WAHID
Nisalma (kiri) dan amahnya ketika dituduh, 15 September lalu.
Nisalma (kiri) dan amahnya ketika dituduh, 15 September lalu. Nisalma (kiri) dan amahnya ketika dituduh, 15 September lalu.
24 November 2014


KOTA BHARU - Seorang pemilik kedai perabot dilaporkan waras dan layak untuk dibicarakan atas tuduhan membunuh suaminya dalam kejadian di Chica, di sini, tiga bulan lalu.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan kes memberitahu perkara terbabit ketika membacakan laporan Psikiatri tertuduh di mahkamah majistret, di sini, semalam.

“Berdasarkan laporan yang diperolehi dari pihak hospital, penama layak untuk dibicarakan serta layak untuk membuat pengakuan di mahkamah,” katanya.

Nisalma Saat, 37, berdepan tuduhan membunuh Mohd Zamany Md Eusope, 38, di sebuah kedai perabot di Kampung Chica, Jalan Hospital, Kubang Kerian, di sini, pada jam 9.45 malam, 3 September lalu.

Bersama Nisalma, seorang pembantu rumah warga Indonesia, Ratu Nahtriah, 26, pula didakwa melindungi tertuduh dengan bertindak membuang pisau yang digunakan dalam pembunuhan itu, antara jam 9.45 dan 11 malam, hari sama.

Ketika kali pertama dituduh di mahkamah pada 15 September lalu,  Nisalma diperintah menjalani ujian mental susulan permohonan secara lisan yang dibuat peguam bela, Ahmad Zaidi Zainal, dibenarkan Majistret, Nik Habri Muhamad.

Laporan Psikiatri tertuduh dikemukakan di hadapan Majistret, Mohd Isa Mohamed, semalam. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 Disember depan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, taktik seorang pemilik kedai perabot menyembunyikan pembunuhan suaminya terbongkar selepas bedah siasat pihak hospital mendapati ada kesan tikaman sepanjang 14.5 sentimeter pada bahagian kiri dada mangsa dan kesan koyakan di bahagian dagu si mati juga dipercayai kesan tusukan benda tajam.

Mangsa sebelum itu dibawa kes Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian oleh Nisalma sendiri dan mengadu suaminya itu dalam keadaan tidak sihat serta tenat akibat serangan asma.

Duda didakwa ugut bunuh bapa

Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh, semalam.
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh, semalam.
KOTA BHARU - Seorang duda anak satu mengaku tidak salah atas tuduhan mengugut bunuh bapanya dengan kata-kata, ‘nate (binatang), aku nok bunuh mu’, 20 November lalu.
Tuduhan ke atas Zali Zulyadi Seman, 33, dibuat di hadapan Majistret, Mohd Isa Mohamad di mahkamah majistret, di sini, semalam.
Tertuduh didakwa membuat ugutan jenayah dengan mengeluarkan kata-kata itu sambil di tangan memegang sebatang kayu terhadap Seman Idris, 67, di hadapan bilik sebuah rumah di Kampung Seberang Pasir Mas Salor, di sini.
Kejadian berlaku jam 3.50 petang, 20 November lalu, namun susulan daripada penafiannya, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon tarikh sebutan dan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh berikutan tinggal bersama dengan bapanya.
Zali Zulyadi yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kelantan memohon jaminan dibenarkan dan mengaku insaf.
Mohd Isa bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan semula pada 22 Disember depan.