Search This Blog

Tuesday, November 25, 2014

Kutip kerang: Pengunjung tidak endah arahan


25 November 2014

Sekumpulan budak lelaki menunjukkan kerang yang berjaya dikutip mereka
Sekumpulan budak lelaki menunjukkan kerang yang berjaya dikutip mereka
MARANG - Sanggup bersabung nyawa kerana kerang!

Demikian keadaan di Pantai Rusila, Rhu Dua, Pulau Kekabu dan terbaru di Rhu Rendang apabila orang ramai masih memenuhi kawasan pantai tersebut untuk mengutip kerang.

Walaupun pihak berkuasa sudah mengeluarkan amaran dan larangan agar kawasan pantai ditutup untuk sebarang aktiviti kerana keadaan cuaca dan laut berbahaya, namun arahan itu tidak diendahkan.

Malah, kejadian nyaris lemas ketika mengutip kerang yang dilaporkan media seolah-olah tidak memberi iktibar. Itu belum termasuk dakwaan penduduk yang mengatakan sejak fenomena kerang melanda pantai di Marang, Jumaat lalu, sudah lebih 10 mangsa nyaris menjadi korban.

Kebanyakan mangsa yang nyaris lemas itu dikatakan tidak dibawa ke hospital, sebaliknya pulang ke rumah masing-masing selepas berjaya diselamatkan orang awam.

Dakwaan jumpa emas

Difahamkan, banyak pihak begitu berminat untuk mengutip kerang bukan kerana ingin menikmati kerang rebus atau kerang bakar, tetapi untuk memperoleh ‘harta karun’ yang dikatakan tersimpan di dalam perut kerang tersebut.

Gambar kerang berisi emas yang didakwa ditemui di Pantai Rusila tersebar menerusi aplikasi WhatsApp, dan laman sosial Facebook baru-baru ini telah menjadi tarikan baharu kepada orang ramai untuk ke pantai mencari hidupan tersebut.
Tidak kurang yang menyimpan hasrat untuk ‘mendulang’ kerang berisi emas yang sehingga kini tidak diketahui sejauh mana kebenarannya.

Senario itu menimbulkan kebimbangan kerana situasi boleh bertukar menjadi malapetaka, tambahan cuaca panas sejak Jumaat lalu mulai berakhir apabila sesetengah kawasan di negeri ini kembali dilanda hujan sejak awal pagi semalam.

Bekas Pengerusi Masjid Rusila, Omar Mohamad yang tinggal berhampiran Pantai Rusila turut melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan pengunjung berikutan kejadian nyaris lemas itu semakin meningkat dan dikhuatiri akan meragut nyawa.

Tidak mahu ada yang menjadi korban, ahli jawatankuasa Pas Cawangan Rhu Dua turut mengambil langkah awal dengan menyediakan kelengkapan pelampung dan tali untuk menyelamatkan mangsa yang dibawa arus ombak.

Jauhi kawasan berbahaya

Sementara itu, seorang pengunjung, Abdullah Mohd Rani, 46, dari Rhu Renggeh berkata, dia dan keluarga tetap datang ke pantai berkenaan untuk mengutip kerang, namun tetap mengutamakan keselamatan dan tidak pergi jauh ke kawasan berbahaya.

Seorang lagi pengunjung, Halimah Sulaiman, 42, berkata, kehadirannya dan keluarga di pantai itu hanya untuk melihat orang ramai sambil menunggu sekiranya ada pihak ingin menjual kerang dikutip yang dijual pada harga RM5 bagi setiap tiga kilogram.

“Saya juga berpesan kepada ahli keluarga lain terutamanya anak-anak agar mereka tidak pergi jauh dari pantai.

"Biasanya yang memperoleh kerang banyak adalah penduduk setempat kerana mereka tahu di mana kawasan tidak merbahaya dan kawasan pantai curam,” katanya.


Kebesaran ALLAH SWT

Bagi Ketua Pemuda Pas Marang, Muhammad Khalil Abdul Hadi,  fenomena kerang ‘mendarat’ di Pantai Rusila adalah tanda kebesaran ALLAH SWT dan keluasan rahmat-Nya.

"Sudah tentu ia adalah satu kurniaan daripada ALLAH kepada hamba-Nya yang taat akan perintah-Nya sebagaimana firman-Nya: Jika sekiranya penduduk bandar/kampung itu beriman dan bertakwa nescaya kami akan buka baginya rezeki daripada langit dan bumi “Al-A’raaf: 96",” katanya.

Beliau berkata, ia juga mungkin satu peringatan daripada ALLAH supaya manusia sedar dan bertaubat kepada-Nya.

Menurutnya, tidak mustahil apa yang berlaku adalah kesan daripada perubahan cuaca di seluruh dunia hasil daripada kerosakan yang dilakukan manusia itu sendiri.

“Dalam keseronokan mencari kerang ini, saya ingin berpesan agar pengunjung menjaga batas-batas agama seperti tidak meninggalkan solat, batas pergaulan lelaki dan perempuan dan juga aurat.

"Jangan pula rahmat yang datang bergolek itu disambut dengan mengundang kemurkaan daripada ALLAH," katanya.

Muhammad Khalil berkata, memandangkan musim tengkujuh sinonim dengan ombak besar dan arus deras, beliau juga menasihatkan pengunjung supaya menjaga keselamatan diri, keluarga dan sahabat handai agar dapat mengelak musibah.

“Akhirnya saya ingin mengajak seluruh kaum Muslimin dan Muslimat untuk sama-sama kita mensyukuri nikmat ALLAH kepada kita semua.

"Bersyukur kepada-Nya bukan sahaja dengan ucapan di mulut tetapi dengan berusaha melaksanakan segala perintah ALLAH dalam kehidupan kita,” katanya.

Isteri hilang bersama anak

Fatimah (kanan) yang dilaporkan suaminya menghilangkan diri bersama anak mereka, Muhammad Nur Ikhwan
Fatimah (kanan) yang dilaporkan suaminya menghilangkan diri bersama anak mereka, Muhammad Nur Ikhwan
DUNGUN - Seorang wanita masih berstatus isteri orang yang menghilangkan diri selama dua tahun, tiba-tiba muncul semula mencari suaminya.
Bagaimanapun, selepas beberapa hari pulang, wanita terbabit sekali lagi menghilangkan diri sehingga menimbulkan tanda tanya kepada suaminya.

Saiful Bahrin Tahar, 30, berkata, kira-kira tiga tahun lalu, dia mengahwini seorang wanita Thailand dikenali sebagai Fatimah Ali, 24.

Namun katanya, selepas mendapat seorang cahaya mata, berlaku perselisihan faham menyebabkan isterinya melarikan diri dan meninggalkan dia bersama anak lelaki mereka, Muhammad Nur Ikhwan yang ketika itu berusia lima bulan.

Kata Saiful, dia cuba mencari isterinya di beberapa tempat, namun gagal sehinggalah dia berkahwin lain dan kini anak lelakinya itu sudah berusia 2 tahun.

"Bagaimanapun beberapa minggu lalu, saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Fatimah beritahu mahu pulang semula ke pangkuan saya," katanya.

Saiful berkata, dia bersetuju bertemu semula dengan Fatimah dan akan merujuk kesnya kepada agensi berkaitan untuk mengesahkan status perkahwinan mereka.

"Bimbang tindakan saya diketahui isteri baru, saya letak Fatimah di rumah ibu angkat.

"Namun ketika ingin berjumpanya pada 18 November lalu, ibu angkat saya beritahu Fatimah sudah keluar rumah pada 17 November lagi, kononnya dijemput saya sendiri," katanya.

Bimbang berlaku sesuatu kerana Fatimah turut membawa bersama anak lelaki mereka, Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Dungun.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan dan menurutnya kes sedang disiasat.

Bau hangit selamat nyawa 2 beranak


ROSALWANI CHE SOH
Anggota bomba memadamkan kebakaran dalam kejadian di perumahan JPN, malam kelmarin
Anggota bomba memadamkan kebakaran dalam kejadian di perumahan JPN, malam kelmarin 
25 November 2014


KOTA BHARU - Bau hangit dari rumah sebelah menyelamatkan nyawa ibu dan anaknya berusia 2 tahun, yang sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan tiga rumah teres di perumahan JPN, Padang Tembak, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Normah Mohamad, 23, berada di dapur untuk menyediakan hidangan makan malam.

“Belum sempat memasak, saya tercium bau hangit. Saya jenguk rumah sebelah dan terkejut bila lihat asap berkepulkepul keluar dari tingkap rumah berkenaan.

“Tanpa memikirkan apa-apa, saya terus mendukung anak yang sedang tidur dan keluar dari rumah memandangkan api marak begitu cepat,” katanya kepada Sinar Harian.

Normah berkata, dia tidak sempat menyelamatkan barangan dalam rumah kerana kejadian itu berlaku amat pantas.

“Saya hanya mampu jerit minta tolong pada jiran untuk selamatkan motosikal milik suami.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami dua beranak selamat dalam kejadian ini walaupun mengalami kerugian," katanya.

Menurutnya, sebelum ke-jadian, jiran sebelah rumahnya ada pulang meninjau keadaan kediamannya yang ditinggalkan untuk proses ubah suai.

“Saya tidak pasti api berpunca dari mana, hanya nampak kepulan asap dan terhidu bau hangit dari rumahnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Mohd Fakri Mazlan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.38 malam.

“Seramai 32 anggota, 13 dari Balai Pengkalan Chepa dan 19 lagi dari Kota Bharu diarahkan ke lokasi kejadian dengan empat jentera.

“Kita berjaya mengawal api setengah jam kemudian dan masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran dan anggaran kerugian," katanya.

Nenek jadi mangsa serangan seksual



Strachan turut dibuang keluarga dan ibunya juga tidak mahu lagi mempunyai apaapa hubungan kerana malu akibat perbuatan menjijikkan itu.



AFDAH MUJAP
25 NOVEMBER 2014


APA nak jadi? Sesiapa pun yang membaca artikel ini pasti menggelengkan kepala.

Kisahnya, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengemparkan penduduk di Bellshill, England apabila merogol wanita warga emas berusia 91 tahun.

Kriss Strachan menyerah diri kepada polis atas arahan ibunya lapor Mirror Online.

Strachan membuat pengakuan kepada polis: "Saya tidak percaya yang saya telah melakukannya. Saya adalah sampah masyarakat."

Mengikut fakta kes, serangan seksual itu berlaku kira-kira pukul 7 pagi pada 27 Julai lalu.

Strachan yang berada dalam keadaan mabuk menceroboh rumah wanita malang itu dan mengetuk pintu bilik tidurnya.

Ketika mangsa membuka pintu dia terkejut apabila Strachan meminta untuk mengadakan hubungan seks.

Selepas menyerang dan merogol wanita itu, dia pulang ke rumah.

Nasib Strachan akan ditentukan oleh mahkamah bulan depan.

Wanita hadapi tuduhan cubaan bunuh


Bayi malang itu kini dalam jagaan Jabatan Kebajikan dan Keluarga, New South Wales.
Bayi malang itu kini dalam jagaan Jabatan Kebajikan dan Keluarga, New South Wales.
SYDNEY - AUSTRALIA. Polis Australia memberitahu ibu kepada bayi yang ditinggalkan di dalam longkang, kelmarin telah didakwa atas kesalahan cuba membunuh.

Bayi malang itu ditemui orang awam dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam saluran longkang sedalam 2.5 meter, berhampiran laluan berbasikal di lebuh raya barat Sydney.

Pasukan penyiasat percaya, bayi tersebut ditinggalkan selama lima hari di kawasan itu.

Ahad lalu, seorang wanita berusia 30 tahun ditahan pihak berkuasa susulan penemuan bayi berkenaan

Bunuh tiga jiran, sebelum cabut nyawa sendiri


Colter Richard Arbach (kiri) menembak mati tiga jirannya sebelum bertindak membunuh diri dalam satu kejadian amuk di South Dakota, Amerika SyarikatSabtu lalu.
Colter Richard Arbach (kiri) menembak mati tiga jirannya sebelum bertindak membunuh diri dalam satu kejadian amuk di South Dakota, Amerika SyarikatSabtu lalu.
SEORANG lelaki berusia 22 tahun menembak mati tiga jiran dan mencederakan mangsa keempat dalam satu kejadian amuk di South Dakota, Sabtu lalu.

Pejabat Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata, serangan berlaku di sebuah rumah di Sisseton yang terletak berhampiran North Dakota dan Minnesota.

Penyerang dikenal pasti sebagai seorang lelaki tempatan, Colter Richard Arbach lapor Daily News.

Selepas melakukan serangan tersebut, Arbach bertindak membunuh diri dengan menembak dirinya.

Pegawai hospital Sisseton memberitahu wanita yang cedera dalam serangan tersebut telah diterbangkan ke Pusat Kesihatan Fargo dan berada dalam keadaan stabil.

Dalam pada itu, Joyce Arbach memberitahu ahli keluarganya terkejut dengan insiden berkenaan.

"Colter budak yang baik, pendiam dan peramah. Kami benar-benar terkejut kerana tiada siapa yang menjangkakan perkara buruk seperti ini boleh berlaku," katanya.

Seorang lagi mangsa letupan lombong arang batu meninggal dunia

KUCHING: Seorang lagi mangsa insiden letupan lombong arang batu di Pantu, Sri Aman, Sabtu lalu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak, di sini kira-kira jam 7 malam tadi.
Ia menjadikan keseluruhan empat terkorban dalam insiden itu yang dikenalpasti berpunca dari kandungan gas metana yang tinggi di lombong berkenaan.
Pengarah Kesihatan Sarawak, Datuk Dr. Zulkifli Jantan dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BH mengesahkan mangsa, Acmad Zidin, 27, yang juga warga Indonesia meninggal dunia akibat kecederaan teruk, termasuk komplikasi otak.
Kematian Acmad sudah dimaklumkan kepada Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching untuk tindakan lanjut.
Berikutan perkembangan terbaru itu, 14 mangsa lagi masih menjalani rawatan susulan di HUS, empat di Pusat Perubatan Pakar Normah, Petra Jaya manakala tiga lagi di Hospital Sri Aman.
Insiden letupan lombong arang batu itu yang pertama seumpamanya berlaku di negara ini.

Seorang lagi mangsa Ebola di Mali

BAMAKO: Mangsa Ebola di Mali meningkat kepada lapan selepas seorang lagi mangsa disahkan dijangkiti virus itu setakat ini.
Mali adalah negara Afrika Barat keenam yang menghadapi penularan wabak berkenaan yang mana setakat ini sudah mengorbankan 5,459 mangsa sejak kes pertama direkodkan awal tahun ini di Guinea.
Kerajaan Mali tidak memberi maklumat mengenai kes terbaru itu atau bagaimana jangkitan berlaku, tetapi kes itu adalah susulan satu kes lain yang disahkan Sabtu lalu.
Katanya, kedua-dua mangsa kini ditempatkan di pusat rawatan Ebola.
Dalam laporannya, kerajaan Mali menyatakan status kesihatan 271 orang yang pernah menyentuh pesakit Ebola, kini sedang dipantau.
Jumaat lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata semua enam mangsa Ebola di Mali sudah meninggal dunia. - Reuters

Maut terjun dari hotel

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat terjun dari tingkat atas sebuah hotel di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Choy Hou Mun, 38, ditemui dalam keadaan telentang di kawasan luar hotel dengan darah yang keluar di bahagian telinga dan hidung.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, turut kesan luka calar pada lengan dan bahagian belakang badan mangsa yang bekerja sebagai ejen jualan langsung itu.
"Siasatan awal mendapati mangsa mendaftar masuk hotel terbabit seorang diri kira-kira jam 2.23 petang semalam.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 3:26 PM


MANGSA ditemui dalam keadaan telentang dengan berdarah di telinga dan hidung. FOTO ihsan polis
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11637#sthash.se5rWOcf.dpuf

Lelaki OKU lemas dalam kolam

Oleh Shamsul Munir Safini

am@hmetro.com.my

Padang Besar: Seorang lelaki kurang upaya berusia lingkungan 50-an ditemui mati lemas di dalam sebuah kolam di Kampung Kubang Tiga di sini, kira-kira jam 1 petang tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa A Arokiasamy, 53, dipercayai terjatuh ke dalam kolam berkeluasan 36 meter berkenaan sebelum lemas.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 2 Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.01 petang sebelum tiba di lokasi kejadian pada jam 1.12 petang.
Operasi mencari dan menaikkan mayat mangsa dilakukan pihaknya sebelum menyerahkan kes kepada pihak polis bagi tujuan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Rizani Che Ismail mengesahkan kejadian ketika dihubungi, hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 3:53 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11640#sthash.FpDQs9Ht.dpuf

Rampas rokok RM278,000 di Batu Pahat

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas 23,010 paket rokok putih dan kretek pelbagai jenama membabitkan keseluruhan nilai rampasan dan cukai lebih RM278,094, di Perairan Parit Jabar, Senggarang, Batu Pahat dekat sini, hari ini.
Dalam operasi Ops Pensura kira-kira jam 1.30 pagi itu, seorang pegawai bersama sembilan anggota berjaya merampas semua rokok seludup itu ketika ia sedang dipunggah dari bot ke dalam kenderaan yang menunggu di darat.
Komander PPM Wilayah Dua Johor Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, menyedari kehadiran polis, kenderaan terbabit memecut laju manakala bot pancung itu ditinggalkan tersadai di atas batu.
"Beberapa orang dilihat melarikan diri ke dalam semak ladang kelapa sawit berdekatan.
"Hasil pemeriksaan menemui 23,010 paket rokok sebelum dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua untuk siasatan lanjut," katanya ketika sidang media di Markas PPM Wilayah Dua Johor di Tampoi di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 4:34 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11652#sthash.jk6tFdGy.dpuf

Simpan peluru dalam peti besi bank

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan bersama tiga peluru hidup dipercayai untuk raifal M-16 ketika datang mengambil barang disimpan dalam peti besi miliknya di cawangan bank di Jinjang, 11.15 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul Asistan Komisioner R Munusamy berkata, suspek ditahan polis selepas menerima maklumat daripada pihak bank mengenai tindakan suspek menyimpan peluru hidup itu di dalam peti besi yang disediakan pihak mereka.
"Pihak bank menyedari suspek menyimpan peluru itu selepas mereka terpaksa memecahkan peti besi milik suspek kerana ingin bertukar cawangan.
“Suspek sudah dimaklumkan namun tidak datang menuntut barangan di dalam peti besi itu sehingga hari ini," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan, hari ini.
Munusamy berkata, ketiga-tiga peluru hidup itu dibungkus di dalam beg plastik lutsinar bersama beberapa barangan lain.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 4:23 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11649#sthash.jmaKzxUJ.dpuf

Polis tahan dua beradik ahli Geng Markisah

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

am@hmetro.com.my

Balik Pulau: Dua beradik yang menganggotai kumpulan Geng Markisah dan terbabit dalam pelbagai kes jenayah di sekitar daerah Barat Daya, selain Perak dan Kedah ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah (SPT) pada 19 November lalu.
Kedua-dua beradik berusia 20-an itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) hasil maklumat awam serta intipan dan pemantauan sejak minggu lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Nor Salawati Saad berkata, kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kereta termasuk dalam kejadian di sebuah rumah di Lebuh Mahsuri, Sungai Nibong, baru-baru ini.
Beliau berkata, selain dua beradik berkenaan, polis turut menahan seorang wanita yang dipercayai teman wanita salah seorang daripada suspek dan mereka dipercayai menganggotai kumpulan dikenali Geng Markisah berikutan semua ahli kumpulan berasal dari Taman Markisah, Bukit Mertajam.
"Ketiga-tiga suspek dipercayai terbabit dalam beberapa kes jenayah termasuk pecah rumah, pecah kereta, curi motosikal dan curi kereta di sekitar negeri ini, selain Perak dan Kedah sejak lebih setahun lalu.
"Kami turut menemui tujuh kereta iaitu Honda Civic, Toyota Wish, Proton Satria GTI, Proton Perdana, Proton Wira dan Honda Accord serta rangka kereta Proton Wira yang dipercayai bersangkut dengan beberapa laporan kehilangan kereta," katanya pada sidang media, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:12 PM


NOR Salawati (tengah) bersama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Barat Daya Asisten Superintendan Mohd Jalaluddin Sini (dua kiri) bersama barang rampasan. FOTO Amir Irsyad Omar
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11662#sthash.1sjQWmi7.dpuf

Penyamun silap ambil beg

Oleh Hadzlihady Hassan

am@hmetro.com.my

Nibong Tebal: Seorang ahli perniagaan menempuh detik cemas apabila dua penyamun bersenjatakan parang dan besi memecahkan cermin keretanya ketika dia berhenti di persimpangan lampu isyarat Bukit Tambun, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun hanya mampu berdiam diri selepas penjenayah mengacukan parang ke arahnya.
Menurut sumber, mangsa sebelum itu mengeluarkan wang RM20,000 di sebuah bank berhampiran lokasi kejadian.
"Penjenayah dipercayai mengekorinya namun mereka tersalah mengambil beg yang hanya mengandungi dokumen miliknya di tempat duduk belakang.
"Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat, di sini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 4:52 PM


ANGGOTA Polis forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Danial Saad
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11657#sthash.xdHqlKnV.dpuf

Empat jam ‘pegang’ nyawa

Oleh Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Pendang: "Kami bersyukur bapa saudara (Taleb Daud, 70) terselamat selepas tergelincir ketika menuruni anak tangga rumah dua tingkat menyebabkan dia tenggelam.
"Mujur suami dan sepupu sempat menarik tangannya jika tidak tentu keadaan lebih buruk lagi," kata Wirdani Sulaiman, 36, antara enam sekeluarga yang terperangkap apabila rumah mereka dinaiki air sedalam dua meter di Kampung Tok Sedau, Jalan Sungai Tiang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi, air Sungai Pendang melimpah sebelum menenggelamkan dua rumah penduduk di kampung itu, manakala 13 rumah penduduk lain hanya mengalami banjir kilat.
Wirdani berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi ternakan mereka dipercayai terlepas dari sangkar akibat dihanyutkan arus deras.
Katanya, dia dan suami Hasbi Ismail, 45, mengejutkan dua anak Ramazani Hasbi, 5, dan Abzalul Zikri, 3, serta sepupu Mahamet Taleb, 45, dan bapanya Taleb kerana bimbang banjir bertambah buruk.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:12 AM


WARDANI (kiri) bersama dua anaknya, Ramazani dan Abzalul Zikri serta Fatimah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Pendang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11536#sthash.0eOjpfLd.dpuf

Suami isteri mati ditetak

Oleh Omar Osman
Kuala Ketil: Sepasang suami isteri ditemui mati di ruang tamu rumah di Taman Desa Bidara, di sini, tengah hari ini selepas mereka dipercayai menjadi mangsa samun.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa Zahari Yahya dan Salmah Hussin, masing-masing berusia 60 tahun, dijumpai mati disyaki akibat kecederaan parah di leher dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam.
Difahamkan, mayat pasangan pesara Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan Klinik Kesihatan Kuala Ketil terbabit ditemui dalam keadaan terlentang oleh anaknya yang pulang untuk makan tengah hari di rumahnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, siasatan mendapati kedua-dua mangsa maut disebabkan beberapa tetakan di belakang leher dengan menggunakan senjata tajam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 4:37 PM


ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang daripada pasangan suami isteri yang mati disyaki akibat ditetak perompak. FOTO Omar Osman

Hingar penumpang menjerit

Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Arifin Salleh

am@hmetro.com.my

Jasin: Tindakan seorang pemandu bas ekspres mengelak daripada melanggar sebuah kereta yang melintang di lorong kiri lebuh raya bertukar tragedi apabila dia terbunuh selepas kenderaan membawa 17 penumpang itu hilang kawalan dan terbalik di Kilometer 174.1, Lebuh Raya PLUS, arah utara, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, pemandu bas, Mohd Hazuan Zaharia, 35, yang parah di kepala dan badan maut manakala lima penumpang iaitu seorang lelaki dan empat wanita termasuk dua pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia antara 21 hingga 47 cedera ringan.
Difahamkan ketika kejadian, Proton Saga BLM dipandu seorang wanita dari arah Johor ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum melintang di lorong kiri.
Keadaan itu menyebabkan bas ekspres dalam perjalanan ke Melaka Sentral cuba mengelak sebelum hilang kawalan dan terbalik.
Pemandu Proton Saga BLM berusia 40 tahun bersama penumpangnya yang berusia 34 tahun cedera ringan. Semua mangsa yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Melaka.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:15 AM


ANGGOTA polis memeriksa bas ekspres yang terbabit nahas.

Geng Lima Pagi Didalangi Remaja 17 Tahun Tumpas


Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 10:51 AM
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong menunjukkan pisau yang dirampas dengan tertangkapnya enam lelaki yang dikenali sebagai 'Geng 5 pagi' yang aktif menyamun kafe siber semasa sidang media di Balai Polis Pasir Puteh, Ipoh, Isnin. -fotoBERNAMA

IPOH: Sekumpulan remaja lelaki dikenali sebagai 'Geng Lima Pagi' yang aktif melakukan kegiatan samun sejak dua bulan lalu di sekitar Tambun dan Bercham, di sini, tumpas apabila pihak polis berjaya menahan enam anggota kumpulan terbabit di lima lokasi berlainan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ASP Sum Chang Keong berkata hasil tangkapan seorang suspek yang merupakan dalang kepada geng terbabit pada 21 November lalu di Bandar Baru Putra, Tanjung Rambutan, telah membawa kepada penahanan lima lagi anggota.

"Kami telah menahan lima lagi anggota geng terbabit dalam serbuan di empat buah rumah berasingan di sekitar Tanjung Rambutan dan Tambun," katanya kepada pemberita pada sidang media di Balai Polis Pasir Puteh di sini, Isnin.

Beliau berkata, hasil serbuan itu polis telah merampas pelbagai jenis barang antaranya sebuah tablet jenama Trinity, sebuah power bank jenama Lenovo, sebilah pisau, sebuah telefon bimbit masing-masing jenama Nokia, Samsung Grand dan IPhone, sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam dan sebuah dompet.
Beliau berkata geng terbabit aktif menyamun sekitar awal pagi dan menyasarkan siber kafe di sekitar Tambun dan Bercham sebagai lokasi tumpuan untuk menyamun.

 "Mereka menggunakan pisau untuk mengugut mangsa dan bergerak secara berkumpulan untuk menyamun," katanya.

Chang Keong berkata kesemua suspek berumur antara 15 hingga 21 tahun ditahan selama tujuh hari bermula 22 November hingga 28 November ini sebelum disambung reman bagi membantu siasatan, katanya.

"Setakat ini mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan sehingga kini sebanyak tujuh kes yang direkodkan membabitkan geng itu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan samun berkumpulan, katanya

Lelaki Dipercayai 'Geng Mamak' Ditembak Mati, Rakan Cedera


Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 8:51 PM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 59 tahun yang dipercayai anggota 'Geng Mamak' maut ditembak, manakala seorang rakannya cedera di pinggang selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis di Taman Melawati pada Selasa.

Polis menemui sepucuk revolver, beberapa bilah kapak, parang dan kira-kira15 nombor plat palsu dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah dari sebuah kereta yang mereka naiki. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata kejadian itu berlaku pada 1.30 tengah hari apabila pasukan polis yang menjalankan pemeriksaan di kawasan itu terserempak dengan sebuah Volkswagen yang dilihat mencurigakan. 

"Polis bertindak menahan kereta itu selepas mengesan ia menggunakan nombor pendaftaran palsu. 

"Bagaimanapun, pemandunya enggan berbuat demikian, sebaliknya cuba melanggar anggota polis serta melepaskan beberapa das tembakan.  

"Demi mempertahankan diri, polis telah melepaskan tembakan ke arah suspek. Suspek meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita.

Mohd Adnan berkata rakan suspek yang cedera dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan dan polis akan menjalankan siasatan bagi mengetahui pembabitannya dalam mana-mana kegiatan jenayah. 

Dalam insiden itu, seorang anggota polis cedera di lengan kanan dan kiri.

Siasatan polis mendapati suspek mempunyai 24 rekod jenayah lampau, termasuk dikehendaki polis berkaitan lapan kes samun, pecah rumah dan curi. 

Mayat suspek yang berasal dari Grik, Perak dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. |

Geng Mamak terkenal  dan bergerak aktif pada awal 1990-an. 

Pada mulanya kegiatan mereka tertumpu kepada memecah masuk kilang dan gudang, dan kemudian merompak kereta dan menyamun pemandu. 

Geng itu paling terkenal bila ia melarikan jongkong emas bernilai RM12 juta dari kompleks Kargo Penerbangan Malaysia di Lapangan Terbang Subang pada Hari Merdeka 1994 (31 Ogos 1994).

Lelaki Dari Johor Didenda RM10,000 Miliki Tenggiling


Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 2:32 PM

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dari Johor didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Beaufort selepas mengaku bersalah memiliki 12 ekor tenggiling.

Carlvin Cher Jia Wei, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu pada Selasa di bawah Seksyen 41 (2) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 di hadapan Majistret Ryan Sagirann Raynor Jr pada 24 November .

Dia membayar denda itu.

Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar Sabah Abdul Karim Dakog memberitahu mahkamah bahawa Carlvin ditahan semasa sekatan jalan raya polis di Beaufort pada 30 Oktober.
Semasa pemeriksaan dilakukan terhadap kenderaannya, polis menemui sembilan buah berisi tenggiling di dalam keretanya.

Dua daripada haiwan itu sudah mati.

Pihak polis kemudian menyerahkan Carlvin kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk siasatan lanjut.

Semasa pendengaran, Carlvin diwakili peguam Chua Kuan E.

Timbalan Pengarah Jabatan Augustine Tuuga berkata mereka tidak akan bertolak ansur dengan jenayah terhadap hidupan liar di Sabah dan semua kes itu akan dibawa ke mahkamah.

"Saya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai jenayah terhadap hidupan liar supaya menghubungi talian 24 jam 0128019289," tambahnya.