Menurut laporan berkenaan yang memetik maklumat Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa itu berlaku dalam lingkungan lebih 40 kilometer dari pekan Kangding pada pukul 4.55 petang pada kedalaman kira-kira 18 kilometer.
Jelas laporan itu, kejadian terbabit turut menyebabkan beberapa bangunan bergegar dengan kuat dan seorang wanita tua terbunuh selepas mangsa terkena serpihan kaca yang pecah. - AFP