KHAMIS, 20 NOVEMBER 2014 @ 10:32 PM
KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu bertambah buruk, malam ini apabila 4,813 orang dipindahkan berbanding 3,863 orang petang tadi.
Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Roslina Ngah dalam kenyataannya berkata sehingga jam 9 malam ini, dua lagi pusat pemindahan banjir dibuka masing-masing di daerah Setiu dan Besut menjadikan jumlah keseluruhan pusat pemindahan yang dibuka kini ialah 38 buah.
"Di daerah Setiu, pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Balai Raya Kampung Jelapang yang menempatkan 16 mangsa dari lima keluarga.
"Di Besut pula, pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Surau Kampung Pengkalan Kubur membabitkan 43 mangsa daripada 14 keluarga," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat banjir di negeri ini dengan menghubungi bilik gerakan bencana negeri di talian 09-6316021 atau melayari laman web etindakan.terengganu.gov.my. - BERNAMA