Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Rumah pusaka dicuri

Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor

am@hmetro.com.my

Rembau: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah pusaka keluarganya di Kampung Batu 17 Chembong, dekat sini, hanya tinggal tapak dan beberapa papan kayu saja, dipercayai dicuri warga asing.
Haziman Shah Abu Hassan, 55, berkata, dia ke rumah pusaka ibunya (Asmah Abdul Latif, 73), jam 9 pagi, Khamis lalu, dan mendapati rumah itu hanya tinggal tapak.
Menurutnya, dia yang menetap di Seremban, pulang ke rumah berkenaan kerana jiran menghubungi mahu mengambil sisa kayu di rumah menyebabkan dia terkejut lalu pergi memeriksanya.
"Saya pelik dan bertanya kepada jiran kenapa mahu mengambil kayu di rumah itu sedangkan rumah pusaka berusia 100 tahun itu masih elok walaupun sudah lama tidak berpenghuni," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurutnya, jirannya memberitahu sejak empat hari, dua lelaki dipercayai warga Indonesia, kononnya mengambil upah membuka merobohkan rumah itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:38 AM


HAZIMAN sedih rumah pusaka keluarga hanya tinggal tangga batu dan beberapa keping papan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9630#sthash.ZoaQjK6A.dpuf

Goyang karaoke sawit

Oleh Mohamed Sahidi Yusof

am@hmetro.com.my

Tanah Merah: Polis menahan seramai 76 pengunjung sebuah pusat karaoke haram di kawasan ladang sawit di FELDA Kemahang Dua, di sini, tengah malam kelmarin.
Dalam serbuan jam 12.45 tengah malam itu, semua pengunjung berusia 40 hingga 60 tahun itu ditahan ketika sedang asyik berhibur.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tanah Merah Asisten Superintendan Fadzir Manap berkata, meskipun baru tiga minggu dibuka, pusat karaoke itu yang berselindung di sebalik kedai makan sudah menjadi tarikan penduduk berhampiran.
"Hasil maklumat awam, maka kita lancarkan Op Noda dan menyerbu pusat ini yang beroperasi secara haram di dalam kawasan ladang kelapa sawit.
"Operasi dijalankan secara bersepadu membabitkan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dibantu Unit Penguatkuasaan Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah serta Majlis Daerah Tanah Merah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:37 AM


FADZIR (kiri) bersama pegawainya memeriksa peralatan karaoke yang dirampas dalam serbuan di kedai makan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9629#sthash.ChDJiuw8.dpuf

Lola dipenjara 4 bulan

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

mriduwan@hmetro.com.my
Seremban: “Fakta kes menunjukkan Muhammad Firdaus bergantung semata-mata kepada kasih sayang ibunya. Siapa lagi boleh diterimanya, namun undang-undang tetap undang-undang dan mahkamah harus menilai semua perkara termasuk kepentingan awam, tertuduh dan mangsa.”
Demikian kata Hakim Kamarudin Kamsun sebelum menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 terhadap Lolanopita Sadi, 40, atas dua kesalahan mengabaikan dan meninggalkan anaknya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, tanpa pengawasan sewajarnya di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Kamarudin berkata, kebajikan Muhammad Firdaus menjadi keutamaan mahkamah dalam menentukan hukuman bersesuaian.
“Semangat undang-undang ini (Akta Kanak-Kanak 2001) yang digariskan Parlimen bukan semata-mata menghukum, tetapi perlu diintegrasikan secara harmoni termasuk dalam isu penjagaan dan pemulihan anak,” katanya.
Lolanopita menghadapi pertuduhan sengaja mengabaikan Muhammad Firdaus dengan cara yang mungkin menyebabkan dia mengalami kecederaan fizikal atau emosi di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai, dekat sini, antara Januari hingga jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:14 AM


LOLANOPITA didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9855#sthash.inhcvpst.dpuf

Rakaman pertama

HRABOVE (Ukraine): Video amatur yang diperoleh agensi berita Associated Press (AP) dipercayai diambil sendiri oleh penduduk di Hrabove, Donestk kini menjadi viral di laman sosial selepas ia dikongsi dan dilihat di seluruh dunia.
Memetik agensi berita AP, video terbaharu itu menunjukkan saat awal pesawat MH 17 yang sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan dengan penduduk pada awalnya menyangka ia pesawat tentera negara itu.
Video berdurasi dua minit itu menunjukkan bagaimana penduduk bergegas ke bangkai pesawat yang terbakar, hanya beberapa meter jaraknya dari rumah mereka tengah hari, 17 Julai lalu.
Pakar percaya video berkenaan kemungkinan rakaman pertama diambil sebaik saja pesawat MH 17 itu terhempas.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:12 AM


GAMBAR detik awal pesawat MH17 terhempas yang menjadi viral di Internet.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9839#sthash.YIZ0fXnv.dpuf

Kecoh dua kereta plat sama

Teluk Intan: Seorang ejen insurans buntu apabila nombor pendaftaran kereta jenis Volkswagen Golf miliknya di ‘klon’ bersama pemilik lain dalam satu kejadian di Jalan Speedy, di sini, petang Sabtu lalu.
Lebih menarik perhatian, gambar dua kereta mempunyai nombor pendaftaran sama itu juga menjadi viral di laman sosial Facebook dan WhatsApp sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ejen insurans berkenaan menerima maklumat menerusi aplikasi sosial WhatsApp daripada rakannya yang menyatakan mereka ternampak kereta Volkswagen Golf menggunakan nombor pendaftaran sama dengannya.
Menurutnya, apabila pengadu berusia 34 tahun itu tiba di Jalan Speedy, di sini, lelaki itu mendapati ada kereta dan nombor pendaftaran sama, namun dimiliki orang lain.
““Ketika itu berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dengan lelaki disyaki pemilik kereta berkenaan. “Pihak polis dihubungi sebelum anggota bertugas bergegas ke tempat kejadian.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:14 AM


DUA kereta yang mempunyai nombor pendaftaran sama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9857#sthash.CudzQAuU.dpuf

Suami ‘projek’ atas katil


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Luluh hati seorang isteri apabila melihat suaminya memadu asmara bersama ‘kekasih gelap’ di dalam bilik tidur di kediaman mereka di Chow Kit di sini. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin. Wanita berusia 30-an itu dikatakan baru pulang dari kerja sebelum terserempak adegan maksiat itu.
Sumber polis berkata, mangsa mulanya menyangka suami tiada di rumah kerana lampu kediaman tidak dibuka sebaik dia membuka pintu kediaman.
“Bagaimanapun sebaik masuk ke dalam bilik dan membuka suis lampu, wanita terbabit terkejut apabila melihat suaminya berlaku curang bersama seorang wanita tidak dikenali.
“Tindakan lelaki terbabit membawa kekasih ke dalam bilik tidur menyebabkan wanita terbabit berang sebelum memarahi suaminya selain menghalau mereka keluar.
“Pertengkaran mereka menjadi ganas apabila lelaki terbabit sebaliknya bertindak ganas menumbuk muka isterinya,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:14 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9859#sthash.B34s6d5A.dpuf

Amuk syak rakan, isteri jalin hubungan sulit


Chukai: Berang selepas mengesyaki sahabat baik mempunyai hubungan sulit dengan isteri, seorang lelaki bagaikan dirasuk apabila bertindak memukul rakan terbabit menggunakan objek keras dalam kejadian di Kampung Baru Kiri, Kemasik, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 22 tahun dikatakan parah sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mengalami kecederaan teruk akibat tindakan suspek terbabit.
Menurut sumber, kejadian jam 8.30 malam itu dipercayai disedari penduduk kampung itu yang kemudian memaklumkan nasib malang menimpa mangsa kepada abangnya yang ketika itu berada di rumahnya di kampung sama.
Katanya, terkejut dengan berita itu, abang mangsa yang bekerja sebagai buruh berusia 24 tahun bergegas ke rumah suspek bagi melihat kejadian itu.
Namun, sebaik tiba di rumah suspek, abang mangsa terkejut mendapati adiknya terbaring dalam keadaan separuh sedar dan segera membawa mangsa ke Hospital Kemaman sebelum membuat laporan polis.
“Mangsa yang cedera di bahagian selaput mata dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut pada jam 10 malam,” katanya.
Menurutnya, susulan laporan berkenaan, polis ke rumah suspek bagi melakukan tangkapan pada jam 12.10 tengah malam, semalam, tetapi suspek tidak ditemui, dipercayai melarikan diri.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek dikatakan bertindak demikian apabila tidak puas hati dengan mangsa yang disyaki ada hubungan sulit dengan isterinya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, usaha mengesan suspek masih dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil bagi membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:14 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9858#sthash.kdQCqLyF.dpuf

Bekas polis tak mengaku zalimi tenggiling

Alor Setar: Seorang bekas anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, terhadap empat pertuduhan menyimpan dan menzalimi 43 tenggiling hidup di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam, awal bulan ini.
Tertuduh, Muhammad Norazzuan Ahmad Zahari, 26, membuat pengakuan berkenaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Indra Nehru Savandiah.
Muhammad Norazzuan yang pernah dituduh atas kesalahan sama Januari tahun lalu didakwa menyimpan lapan tenggiling jantan mengikut Seksyen 68(1)(A) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 selain Seksyen 69(1) akta sama kerana menyimpan 12 tenggiling tidak matang.
Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 70(1) akta sama kerana menyimpan 23 tenggiling betina yang semuanya ditemui di bahagian but kereta Perodua Kenari yang digunakannya.
Manakala, bagi pertuduhan keempat, Muhammad Norazuan didakwa mengikut Seksyen 86(1)(C)(F) akta sama kerana dengan sengaja menzalimi 43 tenggiling berkenaan dengan mengikat serta tidak memberi makan dan minum sehingga mendatangkan ketidakselesaan dan penderitaan kepada haiwan berkenaan yang dilindungi.
Kesalahan didakwa dilakukan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam, di sini, jam 5.15 petang pada 10 November lalu.
Tenggiling adalah sejenis hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya dalam Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Perhilitan negeri, Mohamad Refaee Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 16 Disember depan untuk sebutan semula bagi tertuduh melantik peguam.
Sebelum ini di mahkamah sama pada Januari tahun lalu, Muhammad Norazzuan dihukum penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah terhadap empat tuduhan pindaan kerana menzalimi dan menyimpan 18 tenggiling di Check Point C Bukit Kayu Hitam pada 22 September 2012.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:14 AM


NORAZZUAN diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9853#sthash.6eMXRUS9.dpuf

GRO asing telan ekstasi ditemui mati


Kuala Lumpur: Seorang wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditemui mati dipercayai menelan ekstasi secara berlebihan.
Mayat Su Chong Lian, 25, warganegara China ditemui oleh rakannya kira-kira jam 4 petang, semalam di kondominium Taman Desa, Jalan Klang Lama, di sini.
Sumber polis berkata, mangsa dipercayai bekerja sebagai GRO di sebuah pusat hiburan berhampiran dan kerap kali dilihat pulang dalam keadaan mabuk dan khayal.
“Difahamkan beberapa jiran sering melihat wanita ini terbaring di bawah kondominium kerana mabuk selain disyaki mengambil dadah,” katanya.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian itu memberitahu mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Setibanya di PPUM, pihak hospital mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan polis menunggu laporan bedah siasat.
“Sepasukan polis dan anggota forensik ke lokasi kejadian. Tiada unsur jenayah ditemui di rumah wanita terbabit yang terletak di tingkat 15 kondominium itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:16 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9868#sthash.gVVdGmv8.dpuf

Berpusing selepas dihimpit treler

Seremban: Tiga sekeluarga nyaris maut apabila kereta dinaiki terbabas dan terbalik beberapa kali di Kilometer 275, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi, pemandu Perodua Myvi, seorang wanita berusia 40 tahun dan suaminya berusia 45 tahun serta anak lelakinya berusia 11 tahun dikatakan dalam perjalanan dari arah Seremban ke Kuala Lumpur dipercayai dihimpit sebuah treler berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, arah utara.
Saksi kejadian, Mohd Hafiz Juha, 28, berkata, dia berada di belakang Perodua Myvi itu ketika kejadian.
“Saya nampak kereta itu berpusing dan terbalik beberapa kali dipercayai bergesel dengan sebuah treler di sebelahnya.
“Lori itu meneruskan perjalanan dan saya bersama beberapa pengguna jalan raya lain segera berhenti bagi membantu mangsa.
“Kejadian menyebabkan anak mangsa tercampak di atas tanah di tepi jalan dalam keadaan mulut dan hidungnya berdarah manakala pemandu wanita luka di leher dan tangan. Suaminya tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan tidak sedarkan diri.
“Beberapa pengguna jalan raya turut membantu, sementara menunggu ambulans tiba,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Pegawai Bomba Kanan II Azizie Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.05 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian bersama enam anggota bomba dan sebuah jentera.
Katanya, ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, oleh ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Seremban untuk rawatan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:15 AM


KENDERAAN dinaiki tiga beranak remuk selepas dipercayai dihimpir treler, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9862#sthash.KHITKj90.dpuf

Ugut sebar 3 video bogel

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan wanita terkejut apabila menemui rakaman video dia sedang berbogel dipercayai dirakam teman lelakinya secara sembunyi menggunakan telefon pintar.
Tindakan itu dipercayai dilakukan dengan motif ugutan supaya mangsa berusia 37 tahun membatalkan niat memutuskan hubungan cinta.
Bagaimanapun niat lelaki berusia 49 tahun itu ‘terbantut’ apabila mangsa menemui telefon bimbit kekasihnya sebelum membuat laporan polis.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jong berkata, dia mengenali bekas kekasihnya itu pada 2007, namun tidak mengahwini lelaki itu berikutan suspek mempunyai isteri.
Menurutnya, lelaki itu hanya ingin menjalinkan hubungan cinta kerana dia memiliki perniagaan dan mahu menumpang kesenangan dimiliki.
“Namun, saya mula bosan selepas dia tetap tidak mahu mengahwini saya walaupun sekian lama menjalin hubungan.
“Muak dengan sikap lelaki itu, saya nekad memutuskan hubungan pada April lalu, namun dia mula mengganggu premis perniagaan saya,” katanya ketika mengadu di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:16 AM


JONG menunjukkan cara bekas kekasih merakam video bogel kepada Michael.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9870#sthash.CaTKA1UU.dpuf

Dah samun, bakar pula...

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

am@hmetro.com.my

Bagan Serai: Sekumpulan lima lelaki yang memecah masuk sebuah rumah dan melarikan wang tunai serta barang kemas, bertindak kejam apabila sengaja membakar sebahagian bilik tidur mangsa sehingga hampir meragut nyawa tiga sekeluarga di Taman Serai Indah di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi, mangsa, A Rohini, 60, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama cucu lelakinya berusia lima tahun tidur di bahagian ruang tamu, manakala suaminya tidur di bilik tidur utama kediaman mereka yang terletak hanya bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.
Menurutnya, secara tiba-tiba dia terjaga selepas terdengar bunyi sesuatu yang pelik di bahagian siling rumahnya lalu ternampak kelibat seorang lelaki bertubuh tinggi dan memakai penutup muka sedang turun dari siling sambil memegang sebilah parang.
“Saya kemudian berpura-pura tidur dan dapat merasakan lelaki itu cuba memastikan saya, cucu serta suami yang sedang tidur tidak menyedari kehadirannya.
“Beberapa minit kemudian, saya dapat melihatnya berjalan ke arah dapur dan membuka pintu dapur menggunakan kunci rumah yang ditinggalkan di tepi pintu lalu melihat kelibat empat lagi lelaki bertopeng menutup keseluruhan wajah dan bersenjata memasuki rumah,” katanya.
Rohini berkata, suspek menggeledah keseluruhan bilik sebelum membawa lari sebuah televisyen, dua telefon pintar, barang kemas bernilai kira-kira RM20,000 dan wang tunai sebanyak RM10,000.
“Ketika itu, saya berasa sangat bimbang akan keselamatan kami dan berdoa agar mereka tidak mengapa-apakan kami.
“Sejurus melihat kelima-lima lelaki itu hendak beredar dari rumah, saya merasa ia sudah berakhir, namun tidak menjangka apabila salah seorang daripada mereka bertindak membakar bilik tidur kedua sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Dia yang melihat api marak dari bilik tidur kedua berkenaan segera mengejutkan suami dan cucu untuk keluar dari rumah menyelamatkan diri dan meminta bantuan daripada jiran mereka.
Sementara itu, seorang jiran enggan dikenali berkata, dia segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai dan polis sejurus dimaklumkan oleh mangsa mengenai kejadian itu.
Menurutnya, bomba yang hadir mengambil masa hanya sepuluh minit untuk memadamkan api kebakaran di bilik tidur kedua rumah mangsa.
“Saya tidak pernah menyangka rumah Rohini akan dibakar oleh suspek kerana tiada laporan kes kecurian berlaku di taman ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan sedang dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:12 AM


ROHINI (kiri) bersama anaknya melihat bilik yang dibakar penyamun.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9844#sthash.FWtUrmDd.dpuf

Tercampak 10 meter

Oleh Fardy Bungga

fardy@hmetro.com.my
Petaling Jaya : Seorang pekerja hotel terpelanting sejauh hampir 10 meter selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi semalam, mayat mangsa, Ramli Doranan, 40, ditemui orang ramai terbaring berlumuran darah di Jalan Utara berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lelaki, Bukit Bintang, Petaling Jaya di sini.
Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat dia bekerja di salah sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya di sini, ke rumah sewanya di kawasan berhampiran.
Mangsa dipercayai dirempuh dengan kuat hingga menyebabkan dia terhumban kira-kira 10 meter berdasarkan kedudukan kasutnya yang berada jauh daripada mayat mangsa.
Kakak mangsa, Norhayati Doranan, 51, berkata, dia mendapat tahu berita buruk itu pada jam 8 pagi semalam selepas dimaklumkan adik kembar mangsa.
“Arwah adalah anak ketiga daripada empat beradik, dia belum berkahwin dan hidup bersendirian di rumah sewanya di Petaling Jaya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:11 AM


MAYAT langgar lari, Ramli di Jalan Utara berhampiran SMK Bukit Bintang Sea Park, Petaling Jaya, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9837#sthash.uOOizkzA.dpuf

Kepala dalam kotak

Agensi
Bangkok: Polis Thailand menyiasat bagaimana tiga bungkusan berisi organ manusia terawet boleh berada di sebuah premis syarikat penghantaran antarabangsa dan bersedia diterbangkan ke luar negara.
Polis dimaklumkan mengenai kotak mencurigakan itu selepas pekerja syarikat penghantaran itu di cawangan Rama III mendapati bungkusan berkenaan berisi anggota badan manusia.
Jurucakap polis daerah Yannawa berkata, apabila penyiasat tiba, mereka mendapati bungkusan itu berisi pelbagai anggota badan, termasuk kepala dan kaki bayi, kulit manusia bertatu harimau serta simbol misteri.
“Bungkusan itu diambil dari cawangan kami di Maboonkrong dan dilabelkan sebagai mengandungi barang mainan kanak-kanak.
“Kecurigaan pekerja terbabit timbul apabila kotak itu diimbas,” katanya.
Menurut jurucakap itu, kotak berkenaan sepatutnya dihantar ke Las Vegas, Nevada.
Sementara itu polis menyiasat kemungkinan anggota badan manusia itu dicuri dari sekolah perubatan sebelum dijual kepada warga asing sebagai cenderahati.
Pemangku Ketua Polis Metropolitan, Srivara Rangsipramanakul berkata, satu pasukan penyiasat ditubuhkan bagi mengesan dari mana organ manusia itu diperolehi.
“Siasatan awal menunjukkan organ itu sudah diawet dengan baik,” katanya.
Srivara berkata, dua lelaki warga asing disoal siasat berhubung penemuan itu dan seorang daripada mereka mengaku pemilik kotak bungkusan berkenaan.
“Dia mendakwa objek itu dibeli untuk bersuka-suka,” katanya.
Suspek berusia 31 tahun dan memiliki tatu pada hampir seluruh badannya kini berada di Kemboja dan berjanji pulang ke Bangkok pada 25 November ini.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:04 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9767#sthash.ifIvcCE1.dpuf

Sindiket dadah guna khidmat kurier tumpas

 Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya mematahkan empat cubaan menyeludup dadah jenis syabu ke negara ini menggunakan perkhidmatan kurier antarabangsa dari China serta satu kes mengedar dadah pada Rabu lepas hingga semalam di sekitar Puchong dan Petaling Jaya, Selangor. Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua syabu seberat 21.9 kilogram yang dirampas bernilai RM2.2 juta dan lima lelaki warga Nigeria berjaya ditahan dalam serbuan yang dilakukan. "Kesemua suspek berusia 27 hingga 40 tahun ditahan di beberapa lokasi berasingan dan rata-rata mereka adalah pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Lembah Klang," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi. Noor Rashid berkata, pihaknya mula menghidu taktik sindiket dadah antarabangsa menggunakan perkhidmatan kurier dari China untuk mengaburi pihak berkuasa selain turut menggunakan alamat palsu ketika membuat penghantaran. Beliau berkata kesemua suspek direman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 2:11 PM

NOOR RASHID menunjukkan syabu yang berjaya dirampas. FOTO Mohamad Azim Fitri - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9903#sthash.6VtsWV24.dpuf

Bomba Pahang pantau keadaan banjir

Oleh Khairulmizan Yahya
Kuantan: Hujan berlarutan sejak pagi tadi menyebabkan Persimpangan Jalan Indera Mahkota/Jalan Pintasan Kuantan - Pelabuhan, dekat Kolej Universiti Shahputra (UCSA), di sini, dilimpahi air sedalam kira-kira satu meter.
Tinjauan ke lokasi berkenaan mendapati laluan terbabit terpaksa ditutup bagi kenderaan buat sementara waktu selain terdapat kon serta papan tanda diletakkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi menghalang orang ramai melalui jalan berkenaan.
Kejadian itu bukan saja menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan berkenaan malah turut meresahkan beberapa penduduk di sekitar kawasan terbabit yang khuatir rumah mereka ditenggelami air tahun lalu akan berulang.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Morni Mamat berkata, pihaknya melakukan tinjauan di sekitar bandar Kuantan serta sepanjang kawasan menghala ke Cherating, di sini, sebagai langkah berjaga-jaga.
"Saya sendiri mengikuti tinjauan berkenaan dan mendapati setakat ini tiada lagi kawasan yang dilanda banjir di bandar ini dan situasi sebenar bukanlah seperti yang disebarkan oleh orang awam di laman sosial.
"Balai bomba di daerah lain seluruh negeri juga tidak menerima sebarang laporan kejadian banjir manakala paras sungai-sungai utama di Pahang berada di paras normal," katanya.
Morni berkata, JBPM Pahang menggunakan pendekatan proaktif untuk melakukan rondaan di kawasan berisiko banjir setiap kali hujan bagi memastikan tindak balas pantas mampu diambil sekiranya berlaku sebarang kejadian banjir.
"Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat kepada kami boleh menghubungi pusat gerakan operasi banjir JBPM Pahang di talian 09-5136624," katanya.
Selain itu, maklumat daripada laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang menyatakan sehingga jam 4 petang tadi kebanyakan sungai di seluruh negeri ini masih di tahap normal termasuk Sungai Kuantan, Sungai Pahang dan Sungai Rompin.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:56 PM


JALAN susur ke Indera Mahkota di Jalan Pintasan Kuantan Pelabuhan dinaiki air. FOTO Halim Mat Ali
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9911#sthash.m1Mn4YMc.dpuf

Enam keluarga terjejas banjir dipindahkan

Oleh Azlan Hafedz

am@hmetro.com.my

Pasir Puteh: Sejumlah 25 penduduk Kampung Tasek, Bukit Awang, di sini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sementara selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi hampir dua meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Wan Baijuri Wan Hassan berkata, semua mangsa itu membabitkan enam keluarga.
"Mereka dipindahkan pada jam 5.30 petang tadi selepas air naik cecah hampir dua meter berikutan hujan lebat yang berterusan.
"Pusat pemindahan sementara dibuka di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja, di sini dan mereka juga adalah mangsa banjir pertama dipindahkan," katanya ketika dihubungi tadi.
Beliau berkata, kawasan Bukit Awang antara lokasi banjir yang sentiasa dalam pemantauan pihaknya setiap kali musim tengkujuh.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 7:37 PM


ANTARA mangsa yang diarah berpindah ke pusat pemindahan banjir sementara di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja, Pasir Puteh.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9922#sthash.zkOYBNKy.dpuf

Habuan rasuah layanan seks


Oleh Ahmad Saufi Mansor

opie@hmetro.com.my

Alor Setar: Seorang pegawai sebuah agensi Kerajaan Negeri mengaku tidakbersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah seks daripada seorang wanita berusia 20-an di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini.
Tertuduh Heris Saad, 56, meminta dibicarakan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azhar Mokhtar.
Heris didakwa meminta rasuah dalam bentuk layanan seks daripada wanita berkenaan untuk mempercepatkan proses permohonan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah restoran makanan segera di Jalan Limbong Kapal, di sini, kira-kira jam 10.45 pagi pada 10 November lalu.
Bagi tuduhan kedua, Heris didakwa memperoleh rasuah dalam bentuk layanan seks daripada wanita sama bagi tujuan sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Jalan Putra, di sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 13 November lalu.
Kesalahan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 16(a) A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 17 (a) akta sama dengan keduanya boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Firdaus Sekman@Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah mengarahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dan menetapkan sebutan semula pada 2 Disember ini untuk melantik peguam.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 3:02 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9906#sthash.L7FESVzP.dpuf

Dituduh perdagang wanita senegara


Oleh Muhammad Apendy Issahak

apendy@hmetro.com.my

Ipoh: Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita warga Vietnam didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan, di sini dengan lima pertuduhan memperdagangkan empat wanita warga Vietnam bagi tujuan seks pada Jun hingga Oktober lalu.
Tertuduh Teoh Choo Yee yang bekerja sebagai pekerja am kilang dan warga Vietnam Huynh Thi Kim Chi didakwa mengikut Seksyen 12, 13 dan 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua tertuduh didakwa bersama beberapa individu lagi yang masih bebas dengan pertuduhan memperdagangkan kesemua mangsa bagi maksud eksploitasi seksual di sebuah kediaman di Lengkok Kampar, Taman Kampar, Ipoh antara Jun hingga kira-kira jam 12 tengah hari 29 Oktober lalu.
Tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh 2, Rushan Lutfi Mohamed, manakala dua lagi dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh 1, Noor Hayati Mat.
Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Ashvinder Kaur bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Pertuduhan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras dan Muhammad Fauzi Md Yusof yang kemudian meminta mahkamah tidak membenarkan jaminan kerana kes berkenaan membabitkan tertuduh dan mangsa warga Vietnam yang jika dibenarkan jaminan takut tertuduh akan lari ke negara asal, manakala tertuduh warga tempatan dikhuatiri akan mengganggu mangsa.
Hakim kedua-dua mahkamah kemudian memutuskan tidak memberi jamin terhadap kedua-dua tertuduh dan menetapkan 16 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 2:57 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9905#sthash.fHYDpwmc.dpuf

GRO asing dicekup di Taman Johor Jaya

Oleh Zainuz Fitri
Johor Bahru: Seramai 18 GRO Vietnam ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen di premis hiburan di Jalan Ros Merah 2/16, Taman Johor Jaya Johor Bahru, 1 pagi ini.
Penolong Pengarah Imigresen Kanan Johor Masri Adul berkata, GRO yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 35 tahun.
Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor Kharul Anuar Abu Bakar dibantu 15 anggota penguatkuasa.
"Sebaik diserbu, ada GRO melarikan diri dan cuba bersembunyi dan melarikan diri namun berjaya dikesan anggota penguat kuasa.
"Wanita terbabit dikesan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah," katanya.
Semua yang ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Taman Setia Tropika untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 12:55 PM


GRO warga asing diperiksa pasukan imigresen sebelum dibawa ke Kompleks KDN di Taman Setia Tropika, Johor Bahru untuk tindakan lanjut. FOTO Zainuz Fitri
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9895#sthash.2pUnBbJV.dpuf

Warga China rasuah pihak berkuasa dipenjara

Oleh Muhammad Apendy Issahak

apendy@hmetro.com.my

Ipoh: Seorang jurujual warganegara China berusia 31 tahun dihukum penjara sehari dan di denda RM10,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah, di sini hari ini selepas mengaku salah memberi suapan RM800 kepada peronda lebuh raya untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang membawa barangan disyaki tidak mempunyai duti kastam, 12 November lalu.
Liu Weizhong, 31, mengaku salah memberi suapan itu kepada seorang anggota polis peronda lebuh raya supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya yang membawa 237 botol arak pelbagai jenama disyaki tidak bayar duti kastam dalam sebuah kereta Proton Wira.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kilometer 193 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Tol Bukit Merah dekat Taiping, kira-kira jam 11 malam pada 12 November lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Hakim Madihah Harullah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara empat bulan jika gagal membayar denda RM10,000 itu manakala wang suapan RM800 dilucut hak dan dimasukkan dalam hasil kerajaan Malaysia.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya A Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh diwakili oleh K C Lai.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 12:39 PM


WARGANEGARA China yang dihukum penjara. FOTO Muhaizan Yahya
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9891#sthash.XS2j6qUu.dpuf