Search This Blog

Monday, November 17, 2014

Bapa Cari Dan Tangkap Pembunuh Anaknya


Diterbitkan: Sabtu, 15 November 2014 5:19 PM
Mangsa ditemui 1.30 pagi Sabtu.

KUALA LUMPUR: Gara-gara berang terhadap kumpulan perompak yang membunuh anaknya, seorang ahli perniagaan bertindak mencari  dan menangkap ketua geng terbabit secara sendirian.
Anaknya, Muhammad Khairul bersama lima rakan dikatakan duduk di sebuah pondok di tasik Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak sebelum mereka ternampak sekumpulan 20 lelaki menunggang motosikal menghampiri dua lelaki yang berjalan di taman rekreasi itu untuk merompak pada pukul 11.36 malam.
Apabila dua lelaki tersebut melarikan diri, kumpulan bermotosikal itu beralih arah kepada Muhammad Khairul dan kawan-kawannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus pergaduhan.
"Muhammad Khairul enggan mengikut arahan kumpulan itu sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya dengan objek tumpul.
"Ketika pergelutan berlaku, Muhammad Khairul terjatuh ke dalam tasik. Salah seorang rakannya cuba menyelamat mangsa tetapi gagal.
"Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan menjumpai mayat mangsa pada pukul 1.30 pagi," katanya.
A. Asmadi berkata, bapa mangsa tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan kawan-kawannya mengenai kejadian itu.
"Salah seorang kawan mangsa memberitahu mereka kenal dengan ketua kumpulan itu.
"Ahli perniagaan itu kemudian mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada polis," katanya sambil menambah telah menangkap enam remaja berumur 13 hingga 16 tahun.
Jelas A.Asmadi, polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi polis di talian 03-21159999 atau ke balai polis berhampiran.

Bapa Cari Dan Tangkap Pembunuh Anaknya


Diterbitkan: Sabtu, 15 November 2014 5:19 PM
Mangsa ditemui 1.30 pagi Sabtu.

KUALA LUMPUR: Gara-gara berang terhadap kumpulan perompak yang membunuh anaknya, seorang ahli perniagaan bertindak mencari  dan menangkap ketua geng terbabit secara sendirian.
Anaknya, Muhammad Khairul bersama lima rakan dikatakan duduk di sebuah pondok di tasik Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak sebelum mereka ternampak sekumpulan 20 lelaki menunggang motosikal menghampiri dua lelaki yang berjalan di taman rekreasi itu untuk merompak pada pukul 11.36 malam.
Apabila dua lelaki tersebut melarikan diri, kumpulan bermotosikal itu beralih arah kepada Muhammad Khairul dan kawan-kawannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus pergaduhan.
"Muhammad Khairul enggan mengikut arahan kumpulan itu sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya dengan objek tumpul.
"Ketika pergelutan berlaku, Muhammad Khairul terjatuh ke dalam tasik. Salah seorang rakannya cuba menyelamat mangsa tetapi gagal.
"Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan menjumpai mayat mangsa pada pukul 1.30 pagi," katanya.
A. Asmadi berkata, bapa mangsa tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan kawan-kawannya mengenai kejadian itu.
"Salah seorang kawan mangsa memberitahu mereka kenal dengan ketua kumpulan itu.
"Ahli perniagaan itu kemudian mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada polis," katanya sambil menambah telah menangkap enam remaja berumur 13 hingga 16 tahun.
Jelas A.Asmadi, polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi polis di talian 03-21159999 atau ke balai polis berhampiran.

Ibu Abai Anak OKU Dihukum Penjara Tujuh Bulan, Denda RM10,000


Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 4:03 PM
Lolanopita Sadi

SEREMBAN: Lolanopita Sadi, yang mengabaikan anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah selama kira-kira enam bulan, pada Isnin dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas wanita itu mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan membiarkan anaknya itu tinggal tanpa pengawasan antara Januari hingga Jun lepas.
Ketika menyampaikan keputusan itu, katanya beliau menjatuhkan hukuman itu setelah mengambil kira kepentingan Muhammad Firdaus, tertuduh dan awam.
"Kebajikan Muhammad Firdaus adalah matlamat utama. Dari fakta kes, Muhammad Firdaus bergantung kasih dan sayang semata-mata kepada ibunya," katanya.
Beliau berkata semua pihak perlu memainkan peranan agar kes seperti ini tidak terjadi lagi.
"Di mana peranan ketua-ketua masyarakat dan agansi-agensi sehingga kes ini terjadi dan media juga sepatutnya menjadi telinga dan mata kepada masyarakat," katanya.
Bagi pertuduhan pertama, Lolanopita, 40, dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda manakala bagi pertuduhan kedua pula hukuman penjara tiga bulan dan denda RM4,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda.
Bagaimanapun, dia hanya perlu menjalani hukuman penjara empat bulan selepas Kamarudin memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula Isnin.
Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa mengabaikan Muhammad Firdaus dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami cedera fizikal atau emosi di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai antara Januari hingga 2.30 pagi, 21 Jun.
Dia juga didakwa dengan sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan di tempat sama pada pukul 2.30 pagi, 21 Jun.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya dan pertuduhan kedua mengikut Seksyen 33c akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam bela Hanif Hassan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda paling minimum terhadap Lolanopita kerana anak guamnya itu telah membuat pengakuan bersalah, latar belakang hidup tertuduh yang susah dan hubungan rapat di antara tertuduh dan Muhammad Firdaus.
Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh pula memohon kepada mahkamah agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana kes ini telah menjadi kes kepentingan awam dan perbuatan tertuduh tidak boleh diterima kerana melibatkan nyawa seorang kanak-kanak OKU yang berpenyakit.
Lolanopita yang memakai tudung biru dan berbaju kurung kapas kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan. Dia kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 27 Jun lalu.
Ahmad Terrirudin dibantu Mohd Farid Mohd Mokhtar manakala Hanif dibantu Shaheera Zulkifli. 

Pasangan Warga Emas Ditahan Jual Nombor Ekor


Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 5:06 PM
Zundin Mahmood

TEMERLOH: Polis menahan sepasang suami isteri warga emas dipercayai terlibat dengan kegiatan menjual nombor ekor di rumahnya di Taman Bahagia di sini, Sabtu lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, warga emas masing-masing berumur antara 65 dan 63 tahun itu ditangkap pada 5.45 petang hasil intipan dan maklumat orang ramai.
"Pasangan tersebut yang telah dua tahun menjadikan kediaman mereka sebagai tempat menjual nombor ekor haram dipercayai turut mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket perjudian ekor haram di luar.
"Mereka dilaporkan mampu mengutip RM20,000 sehari dan anggaran purata pendapatan sehingga RM600,000 sebulan hasil kegiatan haram tersebut.
"Pasangan warga emas ini juga dipercayai turut memasang ejen untuk menjual nombor ekor haram di luar dan tidak menyimpan wang dalam kuantiti yang banyak di rumah untuk mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.
Zundin berkata, semasa ditangkap pasangan tersebut sedang leka berurusan dengan pelangggan.
Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas wang tunai RM2,043, beberapa slip serta peralatan termasuk mesin faksimili yang digunakan untuk kegiatan haram itu.
Kedua-dua suspek yang berasal dari Temerloh itu ditahan mengikut Seksyen 4A (A) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang membawa hukuman maksimum denda RM200,000 dan penjara 5 tahun, jika sabit kesalahan.

DVD Cetak Rompak Bernilai RM500,000 Dirampas


Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 8:08 PM

GEORGE TOWN: Sejumlah 80,000 DVD cetak rompak bernilai RM500,000 dirampas dalam serbuan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang di sebuah kompleks beli belah di Jalan Dr Lim Chwee Leong, di sini, Isnin.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Suhaimi Mat Sari berkata operasi pukul 5 petang di dua premis itu adalah hasil risikan selama dua minggu dan maklumat awam.

"Dalam serbuan di premis pertama kami menemui 60,000 keping DVD cetak rompak filem antarabangsa termasuk DVD lucah dipercayai untuk edaran sekitar negeri ini," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Beliau berkata pemeriksaan di premis kedua menemui 20,000 keping DVD perisian komputer termasuk permainan video cetak rompak beserta satu set mesin penyalin atau 'burner'.

Suhaimi berkata premis yang terletak di tingkat empat bangunan itu menjadi tempat pembungkusan dan pengedaran bahan cetak rompak berkenaan dan dipercayai telah beroperasi lebih setahun.

"Tiada tangkapan dibuat dalam serbuan itu. Kedua-dua premis tidak mempunyai papan tanda dan dalam keadaan berkunci dan kami terpaksa mengupah tukang kunci untuk membuka premis itu," katanya.

Mayat Hampir Hancur Ditemui Di Pulau Perhentian


Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 5:45 PM

KUALA BESUT: Mayat lelaki dewasa yang hampir hancur ditemui nelayan tempatan terapung berhampiran Pulau Lang Tengah dekat Pulau Perhentian kira-kira jam 3.25 petang Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut DSP Kamsani Hassan yang mengesahkan penemuan itu berkata mayat itu dipercayai warga asing berdasarkan tatoo pada badannya.

Katanya mayat tersebut disahkan bukan mayat daripada tiga nelayan yang sedang dicari terdiri daripada seorang nelayan tempatan dan dua nelayan Thailand yang hilang masing-masing pada 6 dan 12 November lalu.

"Mangsa dipercayai mati kira-kira seminggu lalu," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Mayat kemudian dibawa oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ke Pangkalan Tok Bali, Kelantan sebelum diserahkan kepada polis untuk dihantar bagi bedah siasat di Hospital Besut di sini Ahad.

Katanya pengecaman identiti mayat turut dilakukan nelayan Thailand yang selamat dalam kejadian bot karam pada Rabu malam di Besut dan mereka mengesahkan ia bukan dua rakan mereka yang masih hilang di laut itu.

10 Suspek Bookie Lumba Kuda Ditahan Di Kuantan


Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 4:24 PM
Mohd Zakaria Ahmad

KUANTAN: Polis menahan lapan lelaki dan dua wanita dipercayai bookie lumba kuda dalam serbuan di kawasan Taman Perindustrian Semambu dekat sini, Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 44 hingga 72 tahun itu ditahan dalam 'Ops Dadu Khas Bookie Kuda' yang bermula 3 petang hingga 7 malam.
"Dalam serbuan itu juga polis berjaya merampas wang tunai sebanyak RM43,901 yang dipercayai hasil pertaruhan judi, sepuluh buah telefon bimbit, empat unit alat kelui pertaruhan, dua tablet dan dua buah mesin kira.
"Turut dirampas buku jadual lumba kuda, dua keping surat khabar dipercayai untuk rujukan kegiatan mereka yang mengandungi jadual dan nilai pertaruhan, dua beg sandang serta 13 keping kertas catatan pertaruhan lumba kuda," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.
Beliau berkata, polis percaya mereka yang diberkas merupakan anggota kumpulan yang sama dan dipercayai aktif sejak dua minggu lalu.
"Kita percaya mereka ini beralih kepada kegiatan bookie kuda selepas premis perjudian internet haram digempur polis sejak kebelakangan ini," katanya.
Zakaria berkata, kesemua suspek direman sehingga Rabu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, yang membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM200,000 dan penjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Dua Lelaki Ditahan Kerana Pecah Masuk Villa


Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 8:17 PM

KUANTAN: Polis berjaya menahan dua daripada tiga lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah villa di Perkampungan Tok Sira, di sini pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata kedua-dua suspek berusia 20an itu berjaya ditahan kira-kira jam 3 petang Isnin di Jalan Teluk Sisek di sini selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis.

"Dua suspek berkenaan bersama seorang rakan yang masih bebas dipercayai memecah masuk kediaman mewah itu antara jam 8 hingga 9 pagi semalam dan melarikan lapan unit penghawa dingin.

"Menurut pengadu, 50an, beliau telah datang ke kediaman tersebut kira-kira jam 11.30 pagi pada Khamis lepas untuk memeriksa kerosakan kerana ada individu berminat untuk menyewanya dan ketika itu semuanya berada dalam keadaan baik.
"Bagaimanapun kira-kira jam 9.30 pagi Ahad, ketika berada di Maran dia mendapat panggilan daripada pekerja villa, memaklumkan rumah tersebut dipecah masuk sebelum membuat laporan polis," katanya di sini Isnin.
Abdul Aziz berkata, berdasarkan maklumat, ada saksi ternampak sebuah kereta jenis Perodua Kelisa berwarna kelabu dinaiki tiga lelaki memasuki perkarangan kediaman itu pagi Ahad.

Katanya, hasil semakan rekod nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan suspek mendapati ia didaftarkan atas nama seorang wanita beralamat di Indera Mahkota di sini.

Susulan itu polis berjaya mengesan serta menahan dua daripada suspek manakala dua unit pendingin hawa yang dilaporkan hilang turut ditemui.

"Polis kini sedang mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya. 

Cameron Highlands: SPRM Gesa Orang Ramai Tampil Beri Maklumat


Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 12:36 PM

KUANTAN: Orang ramai diminta tampil memberi maklumat berkaitan individu yang disyaki memberi rasuah kepada pihak berkuasa bagi tujuan pembersihan tanah secara haram di Cameron Highlands.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, pegawainya telah mengumpul bukti mengenai dakwaan aktiviti pembersihan tanah yang berleluasa di kawasan tanah tinggi itu.

"Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Berikan maklumat dan kami akan melakukan kerja kami dengan percuma, telus dan profesional.

"Pemberi maklumat akan dilindungi di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pemberi Maklumat 2010, " katanya selepas menghadiri sesi taklimat dan dialog bersama Dewan Perniagaan Cina dan Industri Pahang, pada Sabtu.

Mustafar berkata, SPRM akan menyiasat semua kes rasuah tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Siasatan menyeluruh akan dijalankan ke atas semua orang tidak kira berpangkat tinggi, pegawai kerajaan, ahli politik atau pemimpin korporat.

"Sebagai contoh, saya mengetuai pasukan untuk menyiasat bekas menteri besar Selangor dan akan hadir bersama Peguam Negara apabila seseorang itu didakwa di mahkamah.

"Tidak kira ia kes kecil seperti ikan bilis atau besar seperti ikan jerung. Kami akan bertindak mengikut undang-undang yang ada," katanya.

Beliau turut memberi contoh kes melibatkan seorang individu cuba memberi rasuah kepada pegawai pejabat tanah sebanyak RM20,000 untuk mengosongkan tanah secara haram.

Individu tersebut kemudian didakwa di mahkamah.

Mustafar berkata kerajaan Pahang  pro-aktif dalam menerima pakai beberapa daripada 12 cadangan yang dikemukakan oleh SPRM untuk meningkatkan pentadbirannya.

Beliau juga berkata, SPRM akan bekerjasama lebih rapat dengan agensi-agensi lain seperti pejabat tanah, polis , Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen untuk menangani masalah di kawasan tanah tinggi itu.

"Kami akan melihat sistem yang sedia ada dan prosedur yang boleh membawa kepada unsur-unsur rasuah," jelasnya.

Beliau berkata SPRM juga akan meningkatkan usaha pencegahan dan kaedah pujukan serta melalui perbincangan dengan kesemua sektor bagi membendung amalan rasuah.

Pengarah SPRM Pahang, Zainul Darus berkata beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara ini kerana ia dalam siasatan.

Difahamkan beberapa pasukan pegawai sudah berada di tanah tinggi untuk mengumpul bukti aktiviti rasuah dan dijangka akan bertemu dengan pegawai-pegawai daerah dan pejabat tanah.

Proton Satria Terbabas Dua Maut, Dua Cedera


Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 4:26 PM

KUANTAN: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta Proton Satria yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 362 Jalan Kuala Lumpur-Kota Baharu, dekat Raub pada Ahad.
Dalam kejadian pada 7.45 pagi itu, pemandu kereta, Sharul Firdaus Abdul Latif, 23, berasal dari Felda Tersang, Raub dan penumpang hadapan, Muhammad Norhaffis Ansari, 24, beralamat di Kampung Pulai, Batu Malim, Raub, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Raub DSP Abdul Rahim Abdul Razak berkata rakan mereka, Muhamad Saiful Amirul Rosli, 18, dari Kampung Gong Pak Jin, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, cedera parah akibat kedua-dua tangannya patah.
Katanya ketika nahas, kesemua mereka sedang dalam perjalanan dari Raub menghala ke Bentong dan kenderaan terbabit dipercayai terbabas sebelum masuk ke dalam longkang konkrit di kiri jalan, katanya ketika dihubungi di sini.
Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati keadaan jalan adalah lurus dan pemandu turut memiliki lesen memandu sah.
Menurutnya polis turut mengambil sampel darah mangsa yang terlibat untuk ujian dadah dan alkohol.
Mayat dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera mendapat rawatan di hospital sama.

Lelaki Parah Ditetak Rakan


Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 8:50 PM

KOTA BARU: Seorang lelaki cedera parah di kedua-dua belah tangan selepas dipercayai ditetak dan dikelar dengan senjata tajam oleh seorang rakan baiknya di Kampung Kutan, Pasir Pekan, Tumpat, Ahad.

Dalam kejadian 5 petang itu, Mohammad Shahrul Riduan, 25, juga patah kedua-dua belah tangan.

Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Zaharuddin Rasip berkata mangsa yang sedang menunggang motosikal berhenti di tepi jalan selepas terserempak dan dipanggil seorang rakan baiknya.

Mangsa secara tiba-tiba diserang dengan sebilah senjata tajam dipercayai 'kelewang,' katanya.
Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Zaharudin berkata polis telah mengenalpasti identiti suspek yang juga disyaki penagih dadah.

Pejalan Kaki Terkejut Temui Mayat Depan Kedai


Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 2:35 PM

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki dipercayai bekas anggota polis ditemui dalam keadaan terbaring di hadapan sebuah kedai di Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata mayat berkenaan ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis.
"Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota termasuk Unit Forensik bergegas ke tempat kejadian dan pemeriksaan pada badan mayat mendapati ada kesan luka di jari kelingking serta jari manis sebelah kanan dipercayai akibat geseran pada batu dinding," katanya.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat dan kes diklafisikasikan sebagai mati mengejut.

Gempa kuat 6.7 magnitud landa utara New Zealand

WELLINGTON: Gempa kuat 6.7 magnitud melanda perairan utara New Zealand namun tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan.
Gempa dilaporkan berlaku di 178 kilometer di timur laut di bandar Gisborne, Kepulauan Utara, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Pusat gegaran gempa di kedalaman 35 kilometer, demikian menurut USGS.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran ancaman tsunami.
Pada 2011, gempa yang berlaku di Bandaraya Christchurch memusnahkan banyak bangunan dan mengorbankan 185 orang. - AP

18 maut kebakaran kilang makanan di China

BEIJING: Sekurang-kurangnya 18 terbunuh apabila sebuah kilang makanan di timur China terbakar malam tadi.
Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, 13 orang cedera dalam kebakaran membabitkan kilang Longyuan Food Co di bandar Shouguang.
Kebakaran bagaimanapun dipadamkan kira-kira dua setengah jam selepas itu dan punca kejadian masih disiasat. - AP

Rakyat AS ditahan cuba kirim bungkusan anggota badan manusia

BANGKOK: Seorang pelancong Amerika Syarikat (AS) disoal siasat oleh polis selepas sebuah syarikat perkapalan mengimbas bungkusan yang dikirim dan mendapati ia mengandungi beberapa anggota badan manusia yang diawetkan, termasuk kepala bayi, kaki bayi dan jantung.
Pesuruhjaya Polis, Kolonel Chumpol Poompuang, berkata lelaki berusia 31 tahun itu memberitahu polis dia membeli anggota badan itu dipasar terbuka Bangkok dan menghantar kepada rakannya di Las Vegas kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang pelik.
Chumpol berkata anggota badan yang dijumpai pada malam Sabtu lalu itu diawet dalam 'formaldehyde' dan pakar forensik berpendapat ia sudah berusia lebih 10 tahun.
Katanya, anggota tubuh manusia itu mungkin dicuri dari institusi perubatan, di mana teknik pengawetan boleh dilakukan.
Pelancong terbabit dibebaskan tanpa didakwa.
Menurut kepercayaan Thai, janin atau anggota badan bayi boleh digunakan dalam amalan sihir. - AP

Misteri anggota badan dalam bungkusan


Bangkok: Beberapa bahagian badan bayi ditemui dalam bungkusan yang hendak dihantar ke Amerika Syarikat, lapor polis Thailand semalam.
Kepala bayi dan beberapa kaki serta kulit bertatu besar yang diambil daripada orang dewasa ditemui ketika pekerja di sebuah syarikat pembungkusan di Bangkok membuat imbasan terhadap bungkusan terbabit.
Mejar Jeneral Chawalit Prasopsin memberitahu wartawan, bahagian itu yang dalam kepingan kecil bukan dari satu badan.
“Kami sudah menghantarnya ke pusat forensik untuk pemeriksaan bagi mengesahkan sama ada ia daripada bayi yang mati selepas dilahirkan atau mati dalam kandungan,” katanya.
Bahagian itu diletakkan di dalam bekas yang dicampurkan dengan larutan formaldehid.
Chawalit tidak menolak kemungkinan ia koleksi untuk tujuan pendidikan.
Polis berkata, mereka akan menyiasat namun tidak memberikan sebarang maklumat terperinci mengenai alamat di Amerika Syarikat itu.
Pada 2012, polis Thailand menemui enam janin manusia yang telah dipanggang dan ditutup dengan daun emas sebagai sebahagian daripada ritual ilmu hitam.
Ia ditemui dalam bagasi seorang warga Britain keturunan Taiwan.
Dalam ritual ilmu hitam masyarakat Thai yang diamalkan masyarakat Cina negara itu, janin yang disimpan dipercayai akan membawa tuah kepada pemiliknya dan ia diletakkan di rumah atau premis perniagaan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9558#sthash.LREZC34L.dpuf

Nafi antibiotik tercemar

Raipur (India): Sebuah syarikat yang disiasat selepas beberapa wanita mati ketika menjalani prosedur mencegah kehamilan menafikan dakwaan antibiotik yang dihasilkan tercemar dengan racun tikus.
Menurut dua pegawai kanan negeri Sabtu lalu, ujian awal menunjukkan pil yang dihasilkan Farmaseutikal Mahawar, syarikat kecil yang berpangkalan di Chhattisgarh didapati mengandungi zink fosfid.
Ekoran itu, sampel pil dihantar ke Kolkata dan Delhi untuk pemeriksaan lanjut.
Antibiotik itu diberikan kepada wanita yang menyertai kem perancang keluarga anjuran kerajaan yang diadakan secara besar-besaran di negeri itu, antara paling miskin di India.
Sekurang-kurangnya 15 wanita mati, kebanyakannya yang menghadiri kem terbabit.
Pengarah urusan Farmaseutikal Mahawar, Ramesh Mahawar menafikan sebarang salah laku.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu, dia berkata, insiden berkenaan telah dibesar-besarkan.
“Kami mahu menjelaskan, Jumaat lalu, dalam stor kilang kami, hanya ada sekeping gam perangkap tikus yang ditemui dan ia dianggap racun tikus.
“Kami akan bekerjasama dengan kerajaan dalam siasatan ini. Kami percaya selepas siasatan yang adil dilaksanakan segala tuduhan dapat dibuktikan tidak berasas,” katanya dalam kenyataan itu.
Mahawar dan anak lelakinya ditahan Khamis lalu. Kedua-dua suspek tidak mengaku bersalah. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:06 AM


MAHAWAR berjalan ke kenderaan polis selepas ditahan di Bilaspur, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9553#sthash.PZJ2jIzs.dpuf

Putus dua dilanggar tram

Bucharest: Seorang wanita putus dua selepas dilanggar sebuah tram.
Menurut saksi, Elena Filotti, 65, dilanggar ketika dia cuba menyeberang jalan di bandar Arad, barat Romania, ketika lampu merah.
Seorang saksi, Mircea Radulescu, 37, berkata: “Elena mungkin menyangka dia sempat melintas. Dia tidak mengendahkan hon dibunyikan berulang kali oleh pemandu tram berkenaan.
“Badannya putus dua. Sungguh mengerikan. Anak saya ada bersama-sama. Saya menutup matanya kerana tidak mahu dia melihat keadaan mangsa.”
Seorang penumpang Constantin Ponta, 29, berkata: “Mulanya saya tidak pasti apa yang berlaku. Saya melihat orang ramai menunjuk sesuatu di bawah tram. Saya melihatnya dan nampak mayat wanita terjulur keluar di bawah.”
Sementara itu, polis berkata, pemandu berkenaan kecewa dengan kejadian itu.
“Laporannya sama dengan laporan saksi. Mungkin dia tidak akan didakwa kerana jelas wanita itu yang bersalah,” kata jurucakap polis. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 November 2014 @ 5:21 AM


ORANG ramai berkumpul melihat keadaan mayat mangsa di bawah tram.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9374#sthash.lnQvIhac.dpuf

Parah digigit anjing


London: Seorang budak lelaki berusia dua tahun mengalami kecederaan teruk pada mukanya selepas diserang anjing jenis bullmastiff ketika bermain di dapur di rumah teman lelaki ibunya.
Ollie Cummings diserang ketika berdiri di sebelah anjing itu yang sedang makan dan tiba-tiba membaham kepalanya mengakibatkan kesan luka yang dalam pada muka kanak-kanak itu.
Dia terpaksa melalui pembedahan untuk membentuk semula sebahagian hidungnya.
Ibunya Natasha Wilson, 25, sempat melepaskan anaknya daripada gigitan anjing itu sebelum memanggil ambulans ke rumah di Dundee itu.
Ollie dibawa ke Hospital Ninewells untuk pembedahan selama dua jam bagi membetulkan hidungnya dan memerlukan satu lagi prosedur susulan apabila berusia sekitar 10 tahun.
Nenek Ollie, Debs Martin, 48 berkata, mereka semua terkejut kerana kejadian berlaku begitu pantas.
“Ketika kejadian, Ollie sedang bermain dengan beberapa anak kunci dan berpura-pura membuka serta mengunci beberapa pintu. Kami tidak pasti apa yang berlaku, mungkin kunci dibawanya terjatuh di sebelah anjing itu.
“Mukanya mempunyai kesan gigitan selain luka besar dari hidung ke matanya. Hidungnya kini sudah dibetulkan dan doktor memantau keadaannya untuk memastikan tiada jangkitan kuman,” katanya.
Menurutnya, Ollie yang bakal menyambut hari jadinya pada 23 November ini tidak menunjukkan kesan trauma akibat kejadian itu.
Katanya, pemilik anjing berkenaan yang juga teman lelaki Natasha terkejut dengan kejadian itu dan haiwan itu akan dibunuh. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9559#sthash.XYcPoydz.dpuf

Profesor disah positif dadah


Makassar: Seorang profesor bahagian undang-undang Universitas Hasanuddin semalam disahkan positif dadah selepas dia diarah menjalani ujian air kencing.
Jurucakap polis Makassar, Ferry Abraham memberitahu demikian kepada wartawan selepas dihubungi menerusi telefon dari Jakarta.
“Hasil pemeriksaan menunjukkan Profesor Musakkir disahkan positif dadah,” katanya.
Musakkir sebelum ini ditahan unit antinarkotik polis Makassar di sebuah hotel di daerah berkenaan.
Menurut polis, turut di tahan bersama-samanya ialah dua orang, termasuk seorang pelajar wanita.
Di samping itu, unit terbabit turut merampas dua bungkus syabu dan peralatan untuk menghisap dadah berkenaan.
Selain itu, beberapa orang yang berada di bilik berasingan di hotel terbabit juga ditahan.
Menurut Ferry, kelima-lima ditahan bersama Musakkir juga disah positif dadah selepas pemeriksaan dijalankan terhadap air kencing mereka.
Ketika disoal siasat, profesor berkenaan menafikan dia mengambil dadah itu.
Peguamnya, Akram Mappaona Aziz juga menyangkal dakwaan polis.
Ketika diserbu, Musakkir mendakwa dia sedang menyiapkan kerja ilimiah.
Seorang siswi yang turut ditangkap bersama-samanya, Nilam, bagaimanapun memberitahu polis, dia sering diajak oleh Musakkir untuk menghisap dadah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9561#sthash.puYuYB0P.dpuf

Hantar gigi, tulang ke Austria

Mexico City: Pihak berkuasa Mexico menghantar serpihan gigi dan tulang yang terbakar teruk ke Austria untuk analisis DNA dalam usaha mengenal pasti mayat yang disyaki milik 43 guru pelatih yang hilang.
Serpihan gigi dan tulang itu ditemui di Guerrero dan ia hampir menjadi abu apabila disentuh serta perlu menggunakan teknologi paling canggih untuk mengenal pasti pemiliknya.
Teknologi berkenaan tidak terdapat di Mexico.
Langkah itu diambil selepas pendakwa raya Jesus Murillo menyifatkan cara penghapusan mayat dilakukan kumpulan itu sebagai teramat kejam hinggakan ia sukar dikenal pasti.
Murillo yang mengetuai siasatan terhadap kehilangan pelajar itu berkata: “Pasukan forensik mengesyorkan kajian dilakukan di makmal paling canggih di dunia.
“Serpihan gigi ditemui dalam keadaan teruk hingga boleh menjadi abu apabila menyentuhnya.”
Beberapa anggota kumpulan itu yang ditangkap dilapor memberi keterangan secara terperinci mengenai cara mereka membunuh dan menghapuskan mayat mangsa.
Satu laporan menyebut guru pelatih berkenaan dilonggokkan di belakang trak dan dibawa ke tempat pembuangan sampah di Cocula, barat daya Mexico.
Mereka yang masih hidup itu diikat dan dicampakkan ke dalam lubang berisi tayar dan kayu. Mereka disoal siasat, dibunuh, disimbah dengan petrol sebelum dibakar.
Sebaik kebakaran selama 14 jam itu, pembunuh menyelongkar sisa mayat itu, menghancurkan tulang dan mencampakkannya ke dalam sungai. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 November 2014 @ 6:05 AM


PENUNJUK perasaan memakai topeng wajah 43 pelatih guru yang hilang ketika mengadakan demonstrasi di Xalapa, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9431#sthash.Y66aAD0a.dpuf

Dua maut bangunan dalam pembinaan runtuh

Baiyun (Guangzhou): Dua disahkan mati dan beberapa yang lain cedera selepas sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan runtuh di bandar ini, semalam.
Menurut penduduk, kejadian berlaku ketika puluhan pekerja binaan bekerja di tapak itu.
Pemilik bangunan mula mengubah suai bangunan berkenaan tahun lalu, daripada bentuk asal dua tingkat kepada enam tingkat, mengakibatkan bahagian atas bangunan lebih berat.
“Apabila saya mendengar bunyi kuat, mulanya saya ingat gempa bumi. Saya bergegas keluar dari rumah dan nampak bangunan itu runtuh,” kata saksi, A Liang.
Tujuh mangsa yang cedera, termasuk seorang yang parah, dibawa ke hospital.
Dalam tempoh dua bulan lalu, dua kejadian serupa berlaku di wilayah Henan dan Shanxi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:06 AM


KEADAAN bangunan yang runtuh semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9557#sthash.0MD31haA.dpuf