Search This Blog

Saturday, November 15, 2014

Suspek curi beg di surau hospital ditahan


Suspek dibawa ke balai polis.
Suspek dibawa ke balai polis.
ALOR SETAR - Tindakan seorang wanita yang sanggup mencuri beg sewaktu mangsa sedang menunaikan solat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mengundang padah apabila berjaya ditahan petang semalam.

Mangsa, Che Piah Abu, 56, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang semalam, di surau tingkat lima hospital berkenaan.

“Selepas solat saya dapati beg galas mengandungi dokumen penting seperti kad pesara, kad pengenalan saya dan suami serta sedikit wang hilang.

“Saya segera beritahu anak dan dia mengesyaki seorang wanita yang turut berada dalam surau mengambil beg itu lalu segera mencarinya dalam kawasan hospital,” katanya kepada media di HSB, di sini, semalam.

Pesara jururawat Hospital Jitra itu berkata, anaknya berjaya mengesan suspek lalu menyerahkannya kepada pengawal keselamatan bertugas.

“Wanita itu mengaku mencuri beg saya dan menyerahkan semula kad pengenalan kepada saya.

“Bagaimanapun beg itu dia sudah buang ke dalam tong sampah dan apabila dicari, beg sudah tiada di situ,” katanya.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan pengebumian suaminya, pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) Alor Setar Azami Rashid, 57, tergendala.

“Sebelum kejadian saya sedang menunggu untuk menuntut jenazah suami yang meninggal dunia kerana strok dan mengikut perancangan mahu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Keramat Jitra sekitar jam 5 petang,” katanya.

Disamun ketika tidur


Aminatun menunjukkan pintu besi rumahnya yang diumpil
Aminatun menunjukkan pintu besi rumahnya yang diumpil
SEREMBAN – Penjenayah yang menyamun sebuah rumah di Taman Nusa Intan, Senawang di sini, sempat makan buah limau di dapur rumah mangsa sebelum melarikan Proton Persona milik mangsa dalam kejadian kelmarin.

Malah kejadian terbabit berlaku ketika semua penghuni sedang tidur di tingkat dua rumah berkenaan dan langsung tidak menyedari kehadiran suspek.

Aminatun Daud, 29, berkata, kejadian itu hanya disedari oleh suaminya sekitar jam 7.30 pagi apabila mendapati kereta diletakkan di dalam garaj rumahnya hilang.

“Ketika itu suami saya mahu pergi kerja dan jadi rutinnya setiap pagi menyelak langsir pintu gelongsor, tapi terkejut apabila pintu renggang sedikit dan sebuah kereta kami tiada di dalam garaj.

“Masa itu baru dia perasan rumah dimasuki penjenayah sebab kedua-dua pintu pagar terbuka manakala  terdapat kesan umpilan pada pintu besi walaupun masih dikunci dengan mangga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Aminatun berkata, kotak kunci rumahnya juga dibiarkan bersepah oleh suspek di bahagian garaj menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu.

Menurutnya, dia kemudian mendapati terdapat kulit dan buah limau ditinggalkan di garaj rumahnya dipercayai dimakan oleh suspek yang mengambilnya dari dapur sebelum melarikan diri.

“Kami periksa di bahagian bawah rumah, tiada barang yang hilang. Cuma beg yang diletakkan di atas kerusi seperti digeledah, mungkin mereka ingat ada duit dalamnya,” katanya yang berpindah di situ sejak Mei lalu.

Sementara itu Aminatun yang hanya menunggu masa bersalin anak ketiga berkata, pada malam kejadian dia bersama suami serta dua lagi anaknya tidur di tingkat atas, manakala dua adik termasuk ibunya tidur di bilik lain.

Katanya, kedua-dua adiknya hanya tidur kira-kira jam 4 pagi, namun mereka langsung tidak menyedari rumah dimasuki penjenayah.

“Walaupun kereta hilang, tapi saya bersyukur kerana ketika kejadian penjenayah itu tidak naik ke tingkat atas mengancam keselamatan kami.

“Tapi, saya juga risau sebab  ada kenalan kawan saya beritahu dia ternampak kereta saya digunakan suspek untuk merompak rumah orang lain di Ijok, Selangor,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 bagi kesalahan pecah rumah dan Seksyen 379A bagi kesalahan mencuri kenderaan.

Gempa kuat di Laut Maluku Utara


15 November 2014
KUALA LUMPUR - Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter berlaku di Laut Maluku Utara pada pukul 10.31 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, pusat gempa ialah 160 kilometer ke barat laut Ternate, Indonesia dan 98 kilomter dari tenggara Semporna, Sabah.

Gempa tidak mendatangkan ancaman Tsunami. - Bernama

Budak jatuh gaung sedalam 70 meter selamat


14 November 2014
LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT . Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera parah selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 70 meter di utara California.

Menurut saksi, Sebastion Johnson tergelincir ketika membaling batu ke dalam laut di Bodega Head.

Mangsa bagaimanapun ditemui renjer hutan sebelum diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Oakland.

Jurucakap hospital, Kevin Kimbrough berkata mangsa mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan termasuk retak tempurung kepala, menurut laporan dpa.

Lelaki Diperdaya RM300,000 Dalam Penipuan Matawang Asing


Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 8:51 PM

LABUAN: Seorang lelaki berusia 39 tahun mendakwa diperdaya lebih RM300,000 oleh seorang warga asing yang baru dikenalinya menerusi media sosial Facebook.

Lelaki tempatan itu melaporkan insiden terbabit kepada polis pada 11 November dengan mendakwa satu transaksi pemindahan matawang bank memerangkapnya untuk mempercayai urusniaga itu sebagai tulen, berikutan modus operandi yang begitu licik sehinggakan seolah-olah bukan dilakukan sindiket penipuan matawang asing.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata modus operandi seperti yang didakwa pengadu didalangi beberapa individu warga asing dan tempatan.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa menghubungi seorang warga Amerika yang dikenalinya menerusi Facebook dan kemudian berurusan dengannya berkaitan transaksi pemindahan matawang bank berjumlah US$2 juta menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata dalam 'perbualan Facebook' itu, mangsa diminta berjumpa seorang ejen, seorang warga British berumur 30-an, di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ogos.

"Bagi menjayakan modus operandi itu, mangsa diminta bertemu seorang lagi warga British yang kemudian menunjukkan kepadanya sebuah beg mengandungi matawang berjumlah US$2 juta. Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa bersetuju dengan urusniaga itu.

Adzhar berkata mangsa kembali ke Labuan pada hari berikutnya dan diminta memasukkan RM7,050 menerusi Pemindahan Dana Antarabangsa bagi proses transaksi pemindahan matawang ke dalam akaun seorang rakyat tempatan di Labuan.

Beliau berkata mangsa turut menyerahkan US$4,000 tunai kepada ejen itu di sebuah hotel, dan ejen itu memaklumkan kepadanya pemindahan matawang itu akan dilakukan pada 10 November.

"Bagaimanapun seorang wanita tempatan menghubungi mangsa dengan memperkenalkan dirinya sebagai pembantu ejen itu dan dia sedang dalam perjalanan untuk menyerahkan matawang terbabit.

"Apa yang memeranjatkan mangsa adalah wanita itu tiba-tiba memberitahunya dia ditahan polis dan mulai saat itu, mangsa merasakan dia terperangkap dan tertipu lalu membuat laporan polis," katanya.

Beg Tangan Pesara Tunggu Jenazah Suami Dicuri


Diterbitkan: Sabtu, 15 November 2014 4:25 PM

ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat yang sedang menunaikan solat di surau Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sementara menunggu jenazah suaminya pada Sabtu, terkejut apabila beg tangan miliknya dicuri seorang wanita.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, Che Piah Abu, 56, berada di surau sementara menunggu jenazah suaminya yang meninggal dunia akibat angin ahmar pada pukul 2 petang.
Difahamkan, mangsa meninggalkan beg tangan disebelahnya semasa menunaikan solat.
"Selepas solat, saya sedar beg tangan telah hilang.
"Saya terus memberitahu anak yang berada di luar. Kemudian dia cuba mencari seorang wanita yang berada dalam keadaan curiga ketika keluar dari surau berkenaan," katanya (gambar).
Wanita berusia 40-an itu berjaya ditemui di kawasan hospital berkenaan dan berlaku pertengkaran sebelum suspek mengaku mencurinya.
Wanita itu bertindak menyerahkan semula kad pengenalan Che Piah, namun mendakwa telah menjual beg tangan yang baru dicurinya.
Mangsa dikatakan gagal mengingati jumlah wang yang berada di dalam beg tangan itu kerana sedang memikirkan mengenai tuntutan jenazah suaminya.
Suspek kemudian diserahkan kepada pihak keselamatan hospital sebelum ditahan polis.

Remaja perempuan dipercayai buang janin ditahan

JUMAAT, 14 NOVEMBER 2014 @ 2:35 PM

 
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di rumahnya di Seri Alam, dekat sini, petang semalam susulan penemuan satu janin perempuan pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh, berkata janin yang cukup sifat dan dianggarkan berusia 18 minggu itu dijumpai di dalam kotak di bawah rimbunan pohon buluh di tepi perhentian bas berhampiran kawasan Tanah Perkuburan India, di Jalan Kebun Teh, pada 11 pagi semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan rapi, polis berjaya mengesan suspek yang disyaki ibu kepada janin tersebut dalam tempoh empat jam dan menahannya untuk membantu siasatan.

"Hasil siasatan awal mendapati remaja perempuan itu mengandung akibat persetubuhan haram dan membuat pengguguran haram di sebuah hospital swasta di bandar raya ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang bayi secara sulit.

Sulaiman turut menyeru mana-mana saksi bebas untuk tampil membantu siasatan kes ini dengan menghubungi talian hotline 07-2218999.

Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa dan keluarga agar sentiasa memberi perhatian dan pemantauan yang berterusan terhadap anak-anak gadis yang sedang meningkat usia sama ada dari segi pergaulan mahupun tingkah laku di rumah.

Beliau berkata, pergaulan bebas boleh mengundang perbuatan terkutuk berlaku sehingga boleh mencemar maruah keluarga.

- BERNAMA

Wanita rugi RM107,350 ditipu 'African Scam'

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah berkali-kali diingatkan oleh polis, seorang lagi wanita tempatan menjadi mangsa 'African Scam' dan ditipu RM107,350 wang simpanannya.
Kes terbaru membabitkan seorang kakitangan awam berumur 40 tahun yang berkenalan dengan seorang lelaki yang menggunakan gelaran 'Aakil Muhsi' atau 'Azim' menerusi laman sosial Facebook.
Bertindak atas laporan yang dibuat mangsa, polis menahan 14 warga Nigeria berumur lingkungan 20 hingga 30-an dan seorang wanita tempatan dalam dua serbuan yang dijalankan di sekitar Lembah Klang sejak Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata selepas berkenalan, lelaki itu berjanji akan mengahwini wanita berkenaan dan meminta dimasukkan wang ke dalam akaun miliknya.
Pada Ogos lalu pula, lelaki berkenaan meminta lagi wang daripada wanita itu kononnya untuk digunakan bagi melepaskan wangnya berjumlah AS$1 juta yang ditahan oleh Imigresen Kota Kinabalu.
Chong memberitahu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini, mangsa kemudian memasukkan wang secara berperingkat ke dalam lapan akaun berasingan, membabitkan sejumlah RM107,350.
Dalam serbuan yang dilakukan, polis merampas tujuh kad ATM yang dikeluarkan oleh pelbagai bank, sembilan komputer riba dan 26 telefon bimbit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang tempoh setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebatan. - BERNAMA

Bayi lelaki bertali pusat ditinggalkan di atas bonet kereta

GEORGETOWN: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas bonet kereta seorang pekerja kilang di Kampung Bukit, Bayan Lepas, di sini, jam 4.30 pagi tadi.
Bayi yang dibalut dengan kain cadar itu ditemui oleh pekerja kilang berkenaan selepas beliau terdengar bunyi bayi menangis sebaik sampai di rumah selepas pulang kerja syif malam.
Bayi berkenaan kemudian dihantar ke Balai Polis Bayan Lepas sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Helikopter tentera udara Nigeria terhempas

KANO (Nigeria): Sebuah helikopter Nigeria terbakar di udara dan terhempas berhampiran sebuah universiti di timur laut negara berkenaan, kata pihak tentera.
Nahas itu, kejadian kedua di mana helikopter tentera terhempas dalam tempoh seminggu, berlaku lewat semalam di Bandar Yola dan menimbulkan kebimbangan mengenai pembabitan pemberontak Boko Haram.
Jurucakap tentera udara, Komodor Dele Alonge berkata, sebuah helikopter Tentera Udara Nigeria terhempas malam tadi di Yola.
"Bagaimanapun setakat ini kami tiada maklumat lanjut," katanya.
Saksi berkata helikopter terbabit dikatakan membawa senjata untuk pasukan keselamatan yang bertempur dengan Boko Haram. - AFP

Dua gempa susulan gegar Kota Ternate


GEMPA bumi kuat 7.3 magnitud melanda perairan Kota Ternate, di Kepulauan Maluku Utara, hari ini dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami. Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gelombang tsunami boleh melanda sebahagian Indonesia, termasuk Filipina, Jepun, Taiwan dan kepulauan Pasifik Selatan. - Foto Twitter
JAKARTA: Dua gempa bumi susulan melanda perairan Kota Ternate, di Kepulauan Maluku Utara, sebentar tadi, selepas gempa kuat yang mencetuskan amaran tsunami melanda wilayah itu, awal pagi tadi.
Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa susulan pertama pada jam 11.23 waktu tempatan itu berukuran 4.9 magnitud dan berpusat di 148 kilometer (km) di barat daya Kota Ternate.
Ia disusuli dengan gempa kedua berukuran 5.0 magnitud pada jam 12.06 tengah hari yang berpusat di 141km di barat daya Kota Ternate.
Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Erny berkata, orang ramai bertempiaran lari ketika gempa itu berlaku.
"Mereka berlari menyelamatkan diri sambil berdoa menyebut 'Tuhan tolong, Tuhan tolong. Gempa ini cukup kuat dan membuat kita takut," katanya.
Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan.

Maut tersepit bawah tayar lori

Oleh Amran Yahya 
am@hmetro.com.my


Kuala Pilah: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan lori di Kilometer 1 Jalan Juasseh-Bahau, berhampiran masjid Kariah Juasseh, hari ini.
Kejadian jam 2 petang itu menyebabkan mangsa, Muhammad Syazwan Mohfudz, 16, yang juga pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir, di sini, parah di kepala dan badan.
Menurut sumber, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC125 dari arah Bahau ke rumahnya di Taman Jemapoh Murni, Juasseh, cuba mengelak dua kereta di hadapannya yang berhenti secara mengejut, lalu bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Menurutnya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah tayar lori.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihaha (HTAN) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim mengesahkan kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 7:25 PM




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9081#sthash.fLjx5dWd.dpuf

Diperdaya kenalan FB RM300,000


LABUAN: Seorang lelaki berusia 39 tahun mendakwa diperdaya lebih RM300,000 oleh seorang warga asing yang baru dikenalinya menerusi media sosial Facebook.
Lelaki tempatan itu melaporkan insiden terbabit kepada polis pada 11 Nov dengan mendakwa satu transaksi pemindahan matawang bank memerangkapnya untuk mempercayai urusniaga itu sebagai tulen, berikutan modus operandi yang begitu licik sehinggakan seolah-olah bukan dilakukan sindiket penipuan matawang asing.
Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata modus operandi seperti yang didakwa pengadu didalangi beberapa individu warga asing dan tempatan.
Berdasarkan siasatan awal, mangsa menghubungi seorang warga Amerika yang dikenalinya menerusi Facebook dan kemudian berurusan dengannya berkaitan transaksi pemindahan matawang bank berjumlah US$2 juta menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata dalam ‘perbualan Facebook’ itu, mangsa diminta berjumpa seorang ejen, seorang warga British berumur 30-an, di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ogos.
“Bagi menjayakan modus operandi itu, mangsa diminta bertemu seorang lagi warga British yang kemudian menunjukkan kepadanya sebuah beg mengandungi matawang berjumlah US$2 juta. Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa bersetuju dengan urusniaga itu. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 8:07 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9085#sthash.3fQeX44M.dpuf

Maut van dirempuh motosikal

Oleh Mohd Hilmie Hussin

am@hmetro.com.my

Melaka: Seorang pekerja am maut selepas van dipandunya dirempuh motosikal di Jalan Alai- Kandang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, Kamarol Zaman Othman, 43, yang bekerja dengan sebuah syarikat pembersihan memandu van keluar dari simpang di jalan terbabit sebelum dirempuh motosikal Yamaha 125 yang ditunggang Muhammad Syafiq Suhaimi, 18, yang datang dari arah Kandang, menyebabkan Kamarol Zaman maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.
Manakala Muhammad Syafiq pula parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:10 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9074#sthash.AEjbiPmw.dpuf

Suspek curi kenderaan dicekup

Oleh Mohd Hilmie Hussin 
am@hmetro.com.my


Melaka: Tiga kenderaan yang dicuri di sekitar daerah Melaka Tengah berjaya ditemui semula selepas tertangkapnya seorang lelaki berusia 40-an di Batu Berendam, di sini Rabu lalu.
Kereta jenis Proton Waja, Perodua Kancil dan sebuah motosikal jenis RXZ itu ditemui selepas suspek ditahan polis kira-kira jam 6 petang itu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, polis kini menjejak beberapa lagi suspek yang dipercayai ahli kumpulan yang melakukan jenayah itu.
"Penahanan dilakukan hasil siasatan polis susulan beberapa kes kehilangan kenderaan yang berlaku di sekitar daerah ini sejak tiga bulan lalu.
"Susulan penahanan suspek, pihak polis berjaya mengenal pasti seorang rakan suspek yang dipercayai ketua kumpulan iaitu Mohd Jazman Abdul Jalil yang dikenali sebagai Potek," katanya.
Beliau berkata, usaha mengesan lelaki itu kini sedang giat dilakukan dan polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 4:18 PM




KENDERAAN yang berjaya ditemui semula.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9068#sthash.ZMbRpnFu.dpuf

Tidak mengaku menyamar Inspektor polis

Oleh Mohd Zin Ali 
am@hmetro.com.my


Georgetown: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah ke atas lima pertuduhan di Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi, termasuk menyamar sebagai seorang pegawai polis berpangkat inspektor.
Tertuduh, M Kesavan, 25, membuat pengakuan berkenaan selepas kelima-lima pertuduhan itu dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memeras ugut seorang wanita berusia 21 tahun supaya menyerahkan RM4,100 sebagai dorongan untuk dirinya tidak menyebarkan satu video seks di sebuah premis di Mont Erskine, kira-kira jam 3 petang, 6 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana satu daripadanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut memperdayakan wanita sama dengan mengaku sebagai seorang pegawai polis berpangkat inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di tempat letak kereta di Hospital Penang Adventist, di sini, kira-kira jam 3 petang, 2 Oktober lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 4:07 PM


PENANG 14 November 2014. Anggota polis mengiringi M. Kesavan yang dituduh menyamar sebagai pegawai polis di Mahkamah Majistret George Town, semalam. NSTP/Muhammad Mikail Ong
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9066#sthash.WULx0DKn.dpuf

Feri penumpang terbakar di Pulau Pangkor

Oleh Muhammad Apendy Issahak

apendy@hmetro.com.my

Pangkor: Sebuah feri penumpang terbakar berhampiran Jeti Pulau Pangkor, kira-kira jam 2.45 petang tadi.
Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana feri berkenaan kosong dan sedang berlabuh.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Yahaya Madis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.46 petang.
"Ketika ini api sudah pun berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
Menurutnya, kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan dan operasi pemadaman diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Mazlan Mohd Noor daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:20 PM


BOMBA menjalankan operasi pemadaman. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9077#sthash.3EpHpJTm.dpuf

Empat nelayan sudah ditemui

Oleh Mohammad Ishak

am@hmetro.com.my
Jertih: Empat nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot mereka karam di perairan Pulau Perhentian, dekat sini, Rabu lalu, ditemui dalam keadaan selamat oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), lewat malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut Hasmadi Jusoh, berkata semua mangsa adalah lelaki warga Thailand yang kemudiannya diserahkan kepada polis.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan nelayan terbabit, kira-kira 9 malam tadi.
Menurutnya, kesemua mangsa terbabit kemudian dibawa dengan bot APMM ke Jeti Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan untuk dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 12:27 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9097#sthash.QIJvisTY.dpuf

Seks untuk rumah PPRT

Oleh Mohamad Hussin

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Seorang penolong pengurus sebuah agensi kerajaan ditahan reman lima hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas disyaki meminta habuan seks sebagai dorongan untuk mendapat kelulusan rumah mampu milik.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Umzarul An-Nur Umar terhadap tertuduh yang berusia 50-an kira-kira jam 10.45 pagi ini.
Tertuduh yang memakai baju lokap warga ungu tiba di pekarangan mahkamah jam 9 pagi tadi.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.
Suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah bilik hotel di Jalan Putra di sini, kira-kira jam 2 petang semalam, ketika bersama seorang janda berusia lingkungan 20-an dipercayai cuba dijadikan mangsanya.
Suspek dipercayai meminta habuan seks daripada pemohon rumah Pembangunan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kebanyakannya terdiri daripada ibu tunggal.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 1:06 PM


Suspek ditahan SPRM di sebuah bilik hotel di Jalan Putra, Alor Setar kira-kira 2 petang semalam, ketika bersama seorang janda berusia lingkungan 20-an dipercayai cuba dijadikan mangsanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9054#sthash.fgwY4Ril.dpuf

Buang janin dekat kubur

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
Johor Bahru: Seorang remaja perempuan ditahan polis susulan penemuan satu janin di tepi perhentian bas berhampiran tanah perkuburan di Jalan Kebun Teh di sini, semalam.
Remaja berusia 16 tahun itu ditahan selepas disyaki membuang janin berkenaan yang diletakkan dalam sebuah kotak di bawah rimbunan pohon buluh di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, janin yang cukup sifat itu dianggarkan berusia 18 minggu.
Beliau berkata, suspek terbabit dipercayai membuat pengguguran haram di sebuah hospital swasta hasil persetubuhan yang tidak sah.
"Polis menjalankan siasatan rapi dan dalam tempoh empat jam, kami berjaya mengesan suspek yang dipercayai ibu kepada janin terbabit," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 12:11 PM


JANIN dianggarkan berusia 18 minggu yang ditemui di tepi hentian bas di Jalan Kebun Teh.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9046#sthash.yacKCINw.dpuf

Tikam, tolak ke lombong

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz 
azimfitri@mediaprima.com.my


Kuala Lumpur: Seorang bekas pekerja syarikat produksi maut dipercayai ditikam sebelum ditolak ke dalam lombong di Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa Khairul Fadzmi Shahrulnizam, 19, bersama lima lagi rakannya dikatakan sedang duduk di pondok berhampiran lombong di lokasi kejadian sebelum didatangi 20 lelaki bermotosikal yang dikatakan cuba menyamun mangsa dan lima lagi rakannya yang lain.
Menurut rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Abu berkata, kira-kira 20 lelaki yang memakai topi keledar itu bertindak menyerang mereka berenam menggunakan senjata jenis kayu, rantai besi, batang besi dan helmet sebelum mengarahkan kesemua mangsa menyerahkan barang berharga.
"Dia (Khairul) enggan menyerakan telefon bimbit miliknya dan cuba melawan. Saya sempat lihat dia ditikam di bahagian perut sebelum ditolak ke dalam lombong," katanya.
Sementara itu, menurut jurucakap polis daerah Wangsa Maju berkata mayat mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 2 pagi selepas usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan bersama pasukan bomba pada jam 12.30 tengah malam.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 9:30 AM



MAYAT mangsa ditemui pasukan penyelamat di dalam lombong Taman Ibu Kota pada jam 2 pagi ini. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9033#sthash.XSJT0W46.dpuf