Kumpulan aktivis mengadakan protes susulan kematian 13 wanita yang menjalani proses pemandulan di bawah program kendalian kerajaan. Foto: AFP
Kumpulan aktivis mengadakan protes susulan kematian 13 wanita yang menjalani proses pemandulan di bawah program kendalian kerajaan. Foto: AFP
NEW DELHI - INDIA . Doktor yang melakukan pembedahan pemandulan ke atas puluhan wanita di India didakwa menggunakan peralatan berkarat ketika prosedur yang dilakukan di sebuah kampung di tengah Chhattisgarh pada Sabtu lalu.

Pegawai kanan kerajaan tempatan, Siddharth Komal Singh Pardeshi memberitahu hasil siasatan awal mendapati suspek, R K Gupta turut menggunakan ubat palsu ketika proses tersebut.

Dalam kejadian itu, seramai 13 wanita maut dan insiden berkenaan  menimbulkan kemarahan waris mangsa dan orang ramai.

Difahamkan, suspek telah melakukan pembedahan ke atas 83 wanita dalam tempoh lima jam dengan bayaran Rp1,400 (RM77) seorang di bawah skim pemandulan yang dikendalikan kerajaan bagi mengurangkan kadar kelahiran di negara itu.

Dalam perkembangan lain, sekumpulan doktor dari New Delhi dilaporkan tiba di daerah Bilaspur untuk menyiasat insiden yang turut memberi tamparan hebat Perdana Menteri, Narendra Modi, dipetik dari laporan Reuters.