Search This Blog

Monday, November 10, 2014

Budak cedera digilis bas

Oleh Salman Hamat 
salman@hmetro.com.my


Butterworth: Seorang budak tahun satu parah selepas digilis bas sekolah dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, hari ini.
Ibu mangsa, Hayati Ismail, 41, berkata, kedua-dua belah paha anaknya Muaz Saedin, 7, cedera parah akibat dilenyek tayar bas sekolah dalam kejadian pada 2.10 petang itu.
"Sebelum kejadian saya pergi ke sekolah untuk mengambil Muaz namum rasa ada yang tidak kena selepas melihat ibu bapa di situ dalam keadaam cemas.
"Seorang daripada mereka menghampiri saya dan memaklumkan Muaz terbabit kemalangan dan sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh guru," katanya.
Dia yang juga kakitangan Jabatan Kewangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Balai Berita Perai berkata, sehingga 9 malam tadi doktor memaklumkan anaknya akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan kecederaan dialaminya agak serius.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 9:42 PM


MANGSA parah apabila kedua belah paha dilenyek tayar bas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8012#sthash.gRJ2EXGH.dpuf

Warga Indonesia cuba pecahkan kereta dicekup

KUALA LUMPUR: Polis mematahkan cubaan seorang lelaki warganegara Indonesia yang cuba memecahkan kereta pengunjung Bazaria Larut Malam Danau Kota di sini, malam semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju DSP A. Asmadi Abd Aziz berkata suspek itu ditahan oleh anggota peronda polis berikutan cuba melarikan diri sebaik terlihat anggota berkenaan pada kira-kira pukul 10.15 malam semalam.
“Semasa ditahan, suspek yang berumur lingkungan 43 tahun dipercayai sedang mencari sasaran untuk menyamun berikutan terdapat ‘palam pencucuh’ yang disyaki dijadikan alat untuk memecah cermin kereta ditemui padanya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, hari ini.
Asmadi berkata sewaktu ditahan suspek tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan siasatan mendapati lelaki itu telah memasuki negara ini sejak 2009 dan kini bekerja menjual durian di sekitar ibu negara.
“Polis percaya dengan tertangkapnya lelaki ini, kami dapat menyelesaikan beberapa kes samun kereta sekitar Danau Kota sebelum ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya. -Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 8:26 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8008#sthash.GNdr99Yd.dpuf

Mayat lelaki Myanmar ditemui dengan kesan kelar

TASEK GELUGOR: Mayat seorang lelaki warga Myanmar dengan kesan kelar pada leher dan beberapa kecederaan pada badan, ditemui terbaring di tepi jalan di Kampung Toh Alang, hari ini.
Mayat Hein Lat Kyaw, 34, yang berlumuran darah ditemui oleh seorang penoreh getah pada 8.30 pagi, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah.
Beliau berkata polis percaya Hein, yang merupakan pekerja kontrak sebuah syarikat pembinaan di Seberang Jaya dekat sini, dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang ke kawasan berkenaan.
“Terdapat kesan kelar pada leher, cedera pada jari dan lengan kiri serta kesan tikaman pada dada dan perut. Polis turut menemui sarung pisau yang baru dibeli, di tepi badan mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini.
Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 7:19 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8004#sthash.JcwWdJRU.dpuf

Suspek curi kereta kedutaan Turki dikenal pasti

Oleh Fardy Bungga 
fardy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis sudah mengenal pasti identiti seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kes mencuri sebuah kenderaan milik pegawai kedutaan Turki pada 22 Oktober lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, kenderaan model Toyota Camry dipandu seorang pegawai kedutaan dilarikan ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Ampang di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, hasil pendedahan gambar suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu membolehkan polis mengenal pasti identiti suspek.
Menurutnya, pihak polis menerima dua panggilan dan satu daripadanya memberikan maklumat positif sehingga identiti lelaki itu berjaya dikenal pasti.
€œSuspek lelaki terbabit dikenali sebagai G.Ganesan, 36. Dia diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk membantu siasatan.
"Saya berharap orang ramai yang mengenali lelaki itu ataupun mengetahui lokasi suspek berada supaya menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran,”katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 6:16 PM


GANESAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8000#sthash.qVTWAmDW.dpuf

Polis cari dua rakan remaja maut

Oleh Fardy Bungga 
fardy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis daerah Wangsa Maju mencari dua remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang remaja berusia 16 tahun, di Jalan Air Pusing, Setapak, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.17 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Wanesharan, 16, ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dan badan oleh orang awam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, dua remaja terbabit dipercayai boleh membantu siasatan selepas beberapa saksi melihat kedua mereka bersama mangsa sebelum ditemui mati.
Katanya, dua remaja lelaki itu dikenali sebagai M Indaran, 18, dan M Shantiran, 18, diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dalam kadar segera.
"Kedua remaja yang dicari ini dipercayai rakan kepada mangsa dan boleh membantu siasatan polis untuk mengetahui motif sebenar kejadian," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:40 PM


POLIS minta Indaran (kiri) dan Shantiran tampil dengan segera bagi bantu siasatan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7998#sthash.UGt2ty2S.dpuf

Pencuri mengaku polis

Oleh Mohamad Fahd Rahmat 
fahd@hmetro.com.my


Nusajaya: Seorang lelaki berusia 38 tahun yang berlagak sebagai anggota polis dicekup sebaik menceroboh ke sebuah asrama menempatkan pekerja asing di Taman Nusa Cemerlang di sini, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, suspek bertindak menceroboh asrama itu untuk mencuri barangan berharga termasuk telefon bimbit milik penghuni yang sedang nyenyak tidur.
“Seorang pekerja warga Bangladesh terjaga daripada tidur dan ternampak seorang lelaki tidak dikenali.
"Pekerja Bangladesh terbabit bertindak menegur suspek kerana mengambil beg dan sebuah telefon bimbit jenis Nokia milik rakannya.
“Sebaliknya, sSuspek mengaku sebagai anggota polis dan disebabkan curiga pekerja berkenaan meminta suspek mengemukakan dokumen pengenalan diri namun gagal sebelum mangsa menghubungi polis," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 4:16 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7994#sthash.vzFNN613.dpuf

Warga emas cedera ditikam di Kota Bharu

Oleh Adnan Mohamad 
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Seorang warga emas berusia 69 tahun cedera di bahu kiri selepas ditikam seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya di Kampung Telipot, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini kira-kira jam 2.30 pagi tadi.
Difahamkan, lelaki itu memasuki rumah mangsa menerusi pintu belakang yang tidak berkunci.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, sebelum kejadian, mangsa mendengar bunyi dari belakang rumahnya dan mahu membuat pemeriksaan.
"Mangsa keluar dari bilik tidurnya, namun sebaik pintu dibuka, suspek sudah bersedia di depan pintu dan kemudian menikam mangsa di bahu kiri menggunakan pisau.
"Mangsa kemudian ditinggalkan dengan pisau masih tertusuk di bahu kiri. Suspek kemudiannya melarikan diri," katanya.
Rohaimi berkata, mangsa dibantu jiran yang mendengar jeritannya dan dia dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.
Suspek masih diburu dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 2:51 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7988#sthash.ozlW6Ktc.dpuf

Kasih ibu sampai ke mati

Oleh Baharom Bakar
Kuala Terengganu: Demi kasih sayang ibu, seorang wanita sanggup mengorbankan nyawanya dengan menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh sebuah motosikal di Jalan Pasir Panjang di sini, pagi ini.
Dalam tragedi menyayat hati itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangkit dari jatuh hanya mampu melihat jasad ibunya Dayang Che Abdul Kadir, 54, terbaring kaku di atas jalan tar.
Ketika kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke SK Pasir Panjang selepas singgah minum di sebuah warung berhampiran.
Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka.
Difahamkan, mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh.
Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu.
Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 2:53 PM


PELAJAR tingkatan empat yang merempuh Dayang turut cedera ringan. FOTO ihsan pembaca Harian Metro
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7990#sthash.uR2RR8u2.dpuf

Mati di kandang lembu

Oleh Kamal Majid
Tanah Merah: Seorang penternak yang sibuk mencari lembunya yang hilang terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan dalam keadaan bogel di kandang lembu miliknya di sebuah kampung di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Mohd Hussin, 61, sedang mencari seekor lembu dekat kandang itu selepas gagal menemuinya di lokasi ia ditambat.
"Sejak jam 9 pagi lagi saya keluar dengan seorang rakan, Kiman Hasan untuk cari lembu yang hilang dari tempat ia ditambat.
"Pencarian kami diteruskan ke kandang terdekat dan ketika melalui kawasan kandang itu, saya terkejut melihat seorang lelaki terbaring mengiring dalam keadaan bogel.
"Turut ditemui di situ adalah lembu saya yang sudah mati," katanya ketika ditemui di kampung berkenaan.
Mohd berkata, dia dan Kiman, 47, kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Gajah kira-kira jam 4.15 petang.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.
Hingga tengah hari ini, bedah siasat ke atas mayat mangsa masih belum selesai.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 11:48 AM


ANGGOTA polis mengusung jenazah lelaki yang ditemui mati di kandang lembu di Tanah Merah, Kelantan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7977#sthash.KlPch9ui.dpuf

Jurutera tidak mengaku

Oleh Zatul Iffah Zolkiply 
am@hmetro.com.my


Chukai:
P Prem Kumar, 34, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap lima pertuduhan mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1987 (Akta 88) yang dibacakan di hadapan Hakim Rofeah Mohamad.
Dia dituduh melakukan kesalahan memiliki beberapa keratan kertas soalan UPSR bagi subjek Sains, Matematik dan Bahasa Tamil antara 9 September hingga 15 September di Telok Kalong, Kemaman.
Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih dari tujuh tahun.
Mahkamah menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam.
Tertuduh turut dibenarkan diikat jamin sebanyak RM8,000 bagi kelima-lima pertuduhan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Jazamudin Ahmad Nawawi.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 4:27 PM


TERTUDUH selepas keluar dari Mahkamah Sesyen Kemaman. FOTO Shamsudin Husin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7996#sthash.jxwGJ9kM.dpuf

Penduduk Ringlet, Lembah Bertam Dibenar Pulang Ke Rumah - Polis


Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 1:10 PM
Keadaan salah sebuah rumah di Kampung Baru Ringlet yang rosak akibat banjir kilat baru-baru ini.

CAMERON HIGHLANDS: Penduduk di sekitar Ringlet dan Lembah Bertam dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan cuaca yang cerah sejak Ahad dan paras ais sungai Ringlet kembali normal.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan  Wan Zahari Wan Busu berkata, walaupun kerja-kerja mendalam sungai sedang dilakukan, namun penduduk tidak perlu bimbang kerana keadaan mereka sentiasa dipantau oleh pihak bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam sekiranya banjir berulang.

Beliau berkata, kebanyakan rumah penduduk rosak akibat banjir sejak Rabu lepas dan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh penduduk sendiri dengan dibantu pasukan bomba sukarela.

"Jika mereka tidak dapat menyiapkan pembersihan rumah, mereka masih boleh menetap di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet sehingga keadaan pulih seperti sedia kala," katanya kepada Bernama, Isnin.

Wan Zahari berkata, jumlah mangsa di pusat pemindahan sehingga kini kekal 91 orang daripada 28 keluarga.

Sementara itu, tinjauan Bernama di dewan berkenaan mendapati mangsa sedang sibuk berkemas untuk pulang bagi membersihkan rumah mereka dan mengambil barang yang masih boleh diselamatkan.

Di Lembah Bertam, didapati bilik gerakan operasi bencana telah ditutup ekoran keadaan sungai Bertam kembali normal.

Akibat banjir Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam diarah berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.

Dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands, lima mangsa terkorban, manakala lima lagi cedera.

Wujud Sindiket Tipu Pekerja Asing Di Cameron Highlands


Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 3:25 PM
Sebahagian pekerja asing yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah dalam operasi di Cameron Highland, Ahad.

KUALA LUMPUR: Siasatan awal Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai punca kebanjiran ribuan pekerja asing di Cameron Highlands mendapati wujudnya penipuan sindiket pekerja tersebut yang berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, lantaran itu, agensi di bawah kementerian telah dikerah menjejaki ejen sindiket tersebut yang dipercayai menawarkan pelbagai pekerjaan bagi menipu pekerja asing.

"Sekarang pasukan kita sedang mencari ejen-ejen ini kerana kita tidak mahu pemerdagangan manusia (terhadap pekerja asing) ini berlaku.

"Ejen-ejen seperti ini bukan saja menipu pekerja, malah mengambil keuntungan yang banyak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, Isnin.

Beliau juga telah meminta Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia meneruskan pemantauan setiap masa bukan sahaja di kawasan berkenaan malah di beberapa lokasi lain yang menjadi tempat pertemuan dan pengumpulan pekerja asing yang telah tamat tempoh (permit kerja).

Ahmad Zahid berkata, jika ejen berkenaan didapati terbabit membawa pekerja ini secara haram, tindakan segera perlu dilakukan, termasuk pendakwaan di mahkamah.

"Saya juga tidak akan berkompromi jika ada unsur-unsur dalaman (agensi penguatkuasaan) bekerjasama dengan ejen-ejen berkenaan, lebih-lebih lagi jika ada dokumen-dokumen yang telah dikeluarkan untuk pekerja-pekerja tanpa izin ini.

"Kepentingan negara perlu diutamakan terutamanya apabila sesuatu kawasan itu tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri ataupun Pejabat Tanah Daerah (untuk aktiviti perladangan)," katanya.

Ahmad Zahid juga menyeru mana-mana agensi termasuk anggota penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ejen dan sindiket ini supaya tampil memberikan bukti dan membantu menumpaskan sindiket tersebut. 

1 maut, 2 cedera bas ekspres rempuh treler di Ipoh

ISNIN, 10 NOVEMBER 2014 @ 11:34 AM

 
IPOH: Seorang penumpang maut manakala dua cedera termasuk seorang parah selepas bas ekspres dinaiki 28 penumpang itu terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 246.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.39 pagi itu, Zaiton Mohd Shariff, 59, maut di tempat kejadian manakala penumpang, Mohd Sukairi Wan Mustapha, 39, patah kaki kanan dan Mohamad Taufiq Osman, 23, cedera di bahagian buku lali.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar, berkata siasatan awal mendapati bas dalam perjalanan dari Perlis ke Putrajaya itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang besi di tepi lebuh raya sebelum melanggar belakang treler terbabit.

Katanya, mayat mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera dibawa ke HRPB untuk menerima rawatan.

"Mangsa yang lain termasuk pemandu bas tidak mengalami kecederaan dan pemandu bas itu kini ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987," katanya.

Kontraktor mengaku tidak bersalah pecah amanah RM1 juta

ISNIN, 10 NOVEMBER 2014 @ 12:07 PM

 
BUKIT MERTAJAM: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan pecah amanah terhadap seorang wanita warga emas, tahun lalu.

Hezlishah Ahmad, 27, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Tertuduh didakwa melakukan pecah amanah berjumlah RM1 juta milik Rahmah Mohd, 79, di Hong Leong Bank Seberang Jaya pada 10 hingga 11 Disember 2013 antara jam 12 tengahari hingga 5 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 404 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.

Mohd Fitri tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 8 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes.

Hezlishah tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain.

Mahkamah benar lanjutan tempoh pemeriksaan mental wanita

GEORGETOWN: Mahkamah Majistret hari ini membenarkan perlanjutan tempoh pemeriksaan status mental seorang wanita yang didakwa mencederakan pemandu bas Rapid Penang bulan lepas.
Majistret L Uma Dewi membuat keputusan itu selepas menerima laporan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bahawa tempoh pemeriksaan tertuduh Chong Lan Keow, 49, akan dilanjutkan selama sebulan lagi.
Beliau yang menetapkan 10 Disember sebagai tarikh sebutan semula, berkata lanjutan tempoh pemeriksaan status mental itu dibenarkan selaras mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Pada 10 Oktober lepas, Uma Devi memerintahkan penghantar sayur itu dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk menjalani pemeriksaan mental selama sebulan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Aisyamudin Yaacob, 27, dengan menggunakan sebilah pisau di dalam bas Rapid Penang di Jalan Paya Terubung Relau, Sungai Nibong pada 6.50 pagi, 6 Oktober lepas.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman, Goh Chee Sun.
- BERNAMA

Sembilan terkorban dalam nahas pesawat kecil di Bahamas

ISNIN, 10 NOVEMBER 2014 @ 9:23 AM

 
FREEPORT: Kerajaan Bahamas berkata sebuah pesawat kecil terhempas ketika sedang menghampiri pulau Grand Bahama, mengorbankan semua sembilan penumpangnya.

Satu kenyataan daripada Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan menyatakan Jet Eksekutif Lear 36 itu berlepas dari Nassau. Ia terhempas pada kira-kira jam 5 petang waktu tempatan semalam ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Grand Bahama.

Punca nahas tidak diketahui. Kenyataan itu menyatakan Jabatan Penerbangan Awam melaporkan bahawa pesawat berkenaan musnah.

Polis dan pasukan menyelamat berada di tempat kejadian dan penyiasatan penuh dimulakan pada pagi ini. - AP

Tunjuk perasaan bertukar ganas


Penunjuk perasaan merempuh halangan di pintu masuk utama Istana Kerajaan di ibu negara, semalam. - Foto AFP
Penunjuk perasaan merempuh halangan di pintu masuk utama Istana Kerajaan di ibu negara, semalam. - Foto AFP
BANDARAYA MEXICO - MEXICO. Ratusan penunjuk perasaan berarak dan menyerbu Istana Kerajaan bagi mendesak pembunuh 43 pelajar yang diculik di negeri Guerrero, September lalu segera dibawa ke muka pengadilan.

Penunjuk perasaan juga bertindak membakar beberapa buah kenderaan selain cuba merempuh sekatan di pintu utama kompleks kerajaan itu.

Tunjuk perasaan terbaharu itu diadakan selepas Pejabat Peguam Negara mengesahkan pelajar yang diculik telah dibunuh sebelum mayat mereka dibakar sehingga menjadi abu.

Sementara itu, 300 penunjuk perasaan menyerang ibu pejabat polis Guerrero dan memusnahkan 10 kenderaan menggunakan molotov koktel.

"Kerajaan Persekutuan cuba menutup kes ini kerana semuanya bersandarkan pada kenyataan saksi. Jika tiada saksi, maka kes ditutup," kata bapa saudara mangsa, Meliton Ortega kepada AFP.

Pelajar terbabit, dari kolej latihan guru berhampiran Chilpancingo, mengunjungi bandar Iguala kira-kira 100 kilometer di utara September lalu bagi mengumpul dana apabila ditembak oleh polis majlis perbandaran selepas mereka merampas beberapa bas untuk balik.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa menahan beberapa ahli kumpulan Guerreros Unidos serta bekas Datuk Bandar Iguala, Jose Luis Abarca dan isterinya, Maria de Los Angeles Pineda.

Nahas bas di Sepanyol ragut 14 nyawa


Bas malang itu terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter di timur laut Sepanyol.
Bas malang itu terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter di timur laut Sepanyol.
MADRID - SEPANYOL. Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban dan 41 lagi mengalami kecederaan selepas sebuah bas tergelincir dan terhumban ke dalam gaung di timur laut Sepanyol.

Kemalangan berlaku awal pagi semalam, ketika bas berkenaan melalui sebatang jalan berhampiran Vente de Olivia di wilayah Murcia.

Polis berkata, 10 mangsa mati di tempat kejadian dan empat yang lain mati di hospital.

Sementara itu, ujian air kencing terhadap pemandu yang terselamat didapati negatif.

Kebanyakan penumpang adalah remaja yang dalam perjalanan pulang ke Madrid  selepas menyertai lawatan di Bullas.

Gempa bumi 5.1 magnitud gegar barat Greece

AHAD, 9 NOVEMBER 2014 @ 9:41 AM

 
ATHENS: Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud menggegar barat Pulau Cephalonia, Greece di Laut Ionian, semalam.

Institut Geodinamik Athens berkata, gempa itu melanda pada kira-kira jam 1.15 pagi (waktu tempatan) dan dengan pusat gempa lima kilometer di bawah dasar laut.

Tiada sebarang laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.7 magnitud menggegar pulau yang sama semalam.

Gempa bumi kuat kerap berlaku di kawasan berkenaan. Pulau itu pernah dilanda gempa bumi kuat berukuran 7.2 magnitud pada 1953. - AP

Tukang urut dikurung 4 jam


Mat Roni Salleh, 49, dikurung lelaki berusia 47 tahun dari Johor Bahru itu yang menumpang di rumahnya sejak beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
Menurutnya, pada awalnya, pesakitnya kelihatan seperti biasa, namun selepas waktu Maghrib malam kelmarin, lelaki berkenaan tiba-tiba mengunci pintu rumah dan tidak membenarkan saya keluar.
“Selain mengunci semua pintu, lelaki itu turut mengugut mencederakan saya jika cuba melarikan diri. Saya cuba memujuknya tetapi dia tidak menunjukkan tanda mahu bekerjasama sebaliknya terus mengancam untuk mencederakan saya,” katanya.
Katanya, dia bernasib baik kerana berjaya menghubungi beberapa rakan memaklumkan kejadian itu sebelum mendiamkan diri di dalam rumah kerana bimbang akan dicederakan lelaki berkenaan.
“Tidak lama kemudian beberapa penduduk kampung bersama anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) datang memujuk lelaki terbabit, namun tidak berhasil.
“Selama lebih tiga jam saya tidak dapat berganjak dari katil kerana lelaki itu mengugut untuk mencederakan saya,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi SRS Kampung Teriang Besar Ahmad Asri Othman, berkata, dia yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bersama beberapa penduduk dan anggota cuba memujuk lelaki terbabit selama lebih dua jam.
“Namun cubaan kami tidak berhasil sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan kira-kira jam 1 pagi, sebelum anggota polis berjaya memujuk lelaki itu menyerah diri,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi berkata, lelaki berkenaan berjaya ditahan selepas beberapa anggota yang dikejarkan ke lokasi memujuknya menyerah diri.
“Lelaki itu kemudiannya dirujuk kepada pegawai perubatan di Hospital Mersing dan selepas mendapat nasihat daripada pihak terbabit, dia dibebaskan hari ini (semalam),” katanya.
Katanya, lelaki itu turut diarahkan menjalani beberapa rawatan susulan dengan doktor pakar sakit jiwa sebagai tindakan pemantauan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:13 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7902#sthash.q2eq7qSb.dpuf

Terima aduan 120 amah cabut lari sebulan

Oleh Mohd Fadly Samsudin dan Mohd Rizal Abdullah 
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: "Kami menerima sekurang-kurangnya empat aduan sehari atau lebih 120 aduan sebulan mengenai kes pembantu rumah 'cabut lari' termasuk yang mencuri harta majikan," kata Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein.
Menurutnya, angka itu membayangkan segelintir pembantu rumah warga asing bukan datang ke Malaysia untuk bekerja, tetapi mempunyai niat lain.
"Barangkali pembantu rumah ini turut berpakat dengan ejen mereka. Paling singkat tempoh aduan yang diterima adalah sehari selepas mereka diambil bekerja.
"Kedua, ada pembantu rumah yang lari selepas tempoh percubaan," katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro semalam.
Beliau berkata, masalah besar kepada mangsa pembantu rumah ini adalah ketika membuat aduan dan mendapat pampasan atau ganti rugi daripada ejen yang membekalkan pembantu rumah itu.
"Kebanyakan mangsa membabitkan agensi dan pembantu rumah yang tidak berdaftar. Jadi kebanyakan majikan ini tidak menerima pembelaan sewajarnya.
"Malah, mereka terpaksa pula membayar kos membersih nama pembantu rumah mereka itu kepada pihak imigresen," katanya.
Dia berkata, kebanyakan ejen yang membekalkan pembantu rumah di Malaysia didapati mendapatkan khidmat ejen digelar 'calo' untuk mencari pembantu rumah di negara jiran itu.
"Mereka inilah yang terbabit dalam urusan membayar wang pendahuluan kepada keluarga, membuat pemeriksaan kesihatan dan menguruskan segala dokumen sehingga meletakkan kos sehingga RM5,000 untuk keperluan di sana," katanya.
Menurutnya, ini antara punca majikan terpaksa membayar kos tinggi dan menanggung kerugian apabila pembantu rumah diambil itu melarikan diri.
Beliau menyeru individu yang berhasrat mengambil pembantu rumah warga asing menggunakan ejen bertauliah yang diiktiraf Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia.
"Di sini, semua agensi berdaftar dan terikat dengan peraturan. Malah kebanyakannya juga adalah ahli Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) dan Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP)," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:01 AM

DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7775#sthash.WphGdxOQ.dpuf

Tak sempat goda

Oleh Mohd Rizal Abdullah 
mohd.rizal@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Belum sempat menunjukkan aksi ghairah, seramai 20 gadis ‘pelayan’ ditahan dalam serbuan Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Petaling Jaya di sebuah pusat hiburan di Sunway Mentari di sini, kelmarin.
Dalam operasi jam 10 malam, gadis warga asing itu bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran polis.
Wanita berumur lingkungan 21 hingga 35 tahun itu akan melakukan tarian termasuk belaian ghairah kepada pengunjung yang hadir sebelum memujuk pelanggan ke ranjang dengan bayaran tertentu.
Ketua Polis Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, seramai sembilan anggota dan dua pegawai mengepung kawasan itu mengakibatkan semua ‘pelayan’ terbabit tidak dapat melarikan diri.
Menurutnya, hasil risikan polis mendapati pusat hiburan itu beroperasi tanpa lesen selain terbabit dalam aktiviti maksiat.
“Semua wanita yang ditahan adalah warga Indonesia yang hanya menggunakan pas lawatan sosial. Empat penjaga premis termasuk seorang wanita turut ditahan untuk membantu siasatan.
“Ketika serbuan ada sembilan pengunjung, tetapi dilepaskan selepas diambil keterangan,” katanya.
Menurutnya, semua yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 5:15 AM


SEBAHAGIAN GRO yang ditahan dalam serbuan itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7649#sthash.G3M82WH3.dpuf

Ghairah lancar roket terbaru

Oleh Zaid Salim 
am@hmetro.com.my



Kuala Terengganu: Tiga pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak, di sini, yang parah dalam kejadian roket ‘makan tuan’ di Kampung Padang Machang, Manir, di sini, kelmarin, dikatakan ghairah menghasilkan ciptaan baru itu selepas eksperimen pertama mencipta roket air sebelum ini berjaya.
Bagaimanapun, eksperimen menggunakan bahan seperti besi paip, sulfur, arang dan racun rumpai itu memakan diri tiga pelajar berusia 18 hingga 20 tahun terbabit apabila besi paip yang diisi dengan adunan bahan berkenaan meletup ketika melakukan proses memampatkan bahan berkenaan pada jam 4.30 petang.
Kejadian itu bukan saja menggagalkan eksperimen mereka, tetapi meninggalkan kenangan hitam apabila letupan daripada roket berkenaan menyebabkan dua daripada mereka parah termasuk seorang kehilangan kedua-dua pergelangan tangan yang hancur, manakala seorang lagi cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, ‘saintis’ muda terbabit dikatakan mendapat ilham baru itu secara tiba-tiba sebelum membuat rujukan berhubung bahan yang digunakan menerusi Internet.
“Siasatan mendapati pelajar tahun dua jurusan elektrik itu sebelum ini pernah menghasilkan roket air dan ghairah dengan kejayaan menaikkan hasil ciptaan itu menyebabkan mereka membuat eksperimen baru dengan mencipta roket berkuasa bahan bakar dan letupan lain.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:21 AM


IDRIS menunjukkan bahan bukti digunakan mangsa yang ditemui di tempat kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7963#sthash.Ezf8mWZE.dpuf