Search This Blog

Saturday, November 8, 2014

Misteri ternakan hilang terjawab


Yusof Nordin (kiri) dan Yusof Awang Mat berjaya menangkap ular sawa yang sedang membelit itik di Kampung Raja Dagang.
Yusof Nordin (kiri) dan Yusof Awang Mat berjaya menangkap ular sawa yang sedang membelit itik di Kampung Raja Dagang.
SEMERAK  - Tanda tanya mengenai kehilangan ternakan ayam dan itik di Kampung Raja Dagang di sini, akhirnya terjawab selepas seekor ular sawa berukuran lebih tiga meter berjaya ditangkap.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Raja Dagang, Yusof Nordin yang dibantu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung itu, Yusof Awang Mat mengambil masa selama 20 minit untuk menangkapnya.

Yusof Nordin berkata, dia bergegas ke rumah penduduk jam 7 pagi kelmarin, selepas dimaklumkan mengenai penemuan seekor ular sawa berhampiran reban itik.

Katanya, ular seberat lebih lapan kilogram itu sedang membelit seekor itik dan bertindak agresif ketika dihampiri.

“Saya memberanikan diri menangkap ular itu, namun lengan dan badan saya dibelit dengan kuat ketika saya memegang lehernya. Dengan bantuan Pengerusi JKKKP, ular itu berjaya ditangkap dan kami masukkan ke dalam guni,” katanya.

Menurutnya, ular sawa itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Yusof berkata, sebelum ini penduduk mengadu kehilangan itik dan ayam dan sesetengahnya menemui bangkai ayam dan itik yang mati di sekitar rumah mereka.

“Saya menasihati penduduk supaya berhati-hati kerana mungkin terdapat seekor lagi pasangan ular berkenaan di sekitar ini,” katanya.

Empat unit rumah panjang musnah terbakar


8 November 2014
KUALA LUMPUR - Empat dari lapan unit rumah panjang Blok 7 di Jalan Ikan Emas, Cheras musnah dalam kebakaran pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Razak, Pudu dan Hang Tuah berjaya menyelamatkan empat lagi unit di deretan sama.

Pegawai Bomba Kanan II dari BBP Tun Razak, Ramli Omar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.16 pagi dan tiba ke lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

"Seramai 27 anggota termasuk seorang pegawai bersama tiga jentera dan satu tanker dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Ketika kami sampai api tengah marak, kebakaran dapat dikawal 13 minit selepas itu dan padam sepenuhnya pada pukul 7.40 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Ramli berkata, kebakaran yang memusnahkan hampir 90 peratus unit rumah itu, bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa dan jumlah kerugian serta punca kejadian masih disiasat. - Bernama

859 kereta cermin gelap diberi notis advokasi


Pemeriksaan kadar ketelusan cahaya cermin gelap bagi memastikan ia mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ.
Pemeriksaan kadar ketelusan cahaya cermin gelap bagi memastikan ia mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ.
BANDARAYA MELAKA - Sebanyak  859 notis advokasi penggunaan cermin gelap tidak menepati spesifikasi dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam beberapa operasi sejak seminggu lalu.

Pengarahnya, Azaharuldin Abdullah berkata, pengeluaran notis advokasi ini adalah bertujuan mendidik pemilik kenderaan supaya memahami kadar peratusan ketelusan cahaya yang dibenarkan JPJ bagi penggunaan cermin gelap sebelum ia dikuatkuasakan tahun  depan.

Menurutnya, dalam tempoh ini, mana-mana pemilik kenderaan yang didapati tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan tidak akan disaman tetapi akan dinasihatkan supaya memastikan cermin gelap yang mereka gunakan memenuhi spesifikasi.

“Bagaimanapun, apabila perundangan baru mengenai penggunaan cermin gelap ini dikuatkuasakan tahun hadapan, tiada lagi kelonggaran akan diberikan kepada mereka,” katanya kepada media selepas satu operasi bersepadu yang dijalankan di Lebuh AMJ di sini malam kelmarin.

Di bawah peraturan baharu itu, kadar ketelusan cahaya nampak bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang adalah 30 peratus manakala bagi sisi pemandu dan penumpang hadapan pula pada kadar 50 peratus.

Banjir Lumpur Buat Penduduk Lembah Bertam Tak Nyenyak Tidur


Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 9:04 AM

CAMERON HIGHLANDS: Tiada lagi istilah tidur buat seorang peruncit, Ng Yoke Sun sejak Bertam Valley dilanda banjir lumpur tahun lalu.

Yoke Sun,40, tidak lena tidur setiap kali hujan lebat melanda yang menyebabkan kejadian tanah runtuh sehingga meragut beberapa nyawa.

"Saya terjaga di tengah malam apabila terdengar sesuatu di atas bumbung. Apabila hujan mula turun sejak Rabu lalu, hati saya berdegup kencang.

"Saya risau kejadian banjir lumpur yang sama berulang dan boleh merosakkan barang-barang di kedai," jelasnya ketika ditemui pada Jumaat.

Dia bernasib baik kedai runcitnya itu tidak terlibat dengan banjir lumpur yang melanda Bertam Valley pada Rabu lalu selepas hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat berlaku di Pekan Ringlet, 4 kilometer dari tempatnya.

Kejadian alam itu sehingga kini telah meragut lima nyawa, termasuk seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang hanyut dibawa arus deras sepanjang Sungai Terlom di Kuala Terla.

Manakala empat mayat lagi di temui pada Khamis dan Jumaat.

Selain Yoke Sun, perasaan trauma turut dirasai oleh penduduk-penduduk lain.

Tho Wai Kuan yang bekerja sebagai pakar runding di Kuala Lumpur berkata, perasaannya akan gelisah setiap kali hujan melanda di Cameron Highlands.

Wai Kuan,40, bimbang sekiranya insiden malang itu akan berlaku lagi di kampung halamannya itu.

"Saya balik ke rumah pada Khamis lalu untuk melihat abang saya yang tinggal di sini.

"Perasaan lega apabila mengetahui keadaan abang saya dan keluarganya berada dalam baik dan terselamat daripada kejadian itu.

"Dalam masa sama juga, saya akan mendapatkan maklumat terkini mengenai cuaca di laman web sekiranya ada kemungkinan hujan lebat berlaku," jelasnya.

Sementara itu, seorang surirumah yang hanya mahu dikenali Kang berkata, anak-anaknya berada dalam ketakutan sejak insiden sama tahun lalu.

Kang berdepan dengan saat menyedihkan ketika kejadian tahun lalu yang turut meragut nyawa suaminya sekaligus memberi kesan kepada dua anaknya yang berumur 17 dan 18 tahun.

"Saya balik ke sini dua bulan lalu selepas selesai bertugas di Singapura.

"Namun selepas insiden Rabu lalu, saya tidak sanggup meninggalkan anak-anak dan ibu (86 tahun) saya di rumah," katanya.

Manakala seorang penduduk di pekan Ringlet Zainuddin Mohd Nor berharap pihak berkuasa mampu bertindak menghentikan aktiviti pembersihan tanah dan ladang haram di kawasan tanah tinggi ini.

"Ringlet adalah kampung halaman saya dan seperti tidak sanggup lagi tinggal di sini kerana sentiasa berasa bimbang setiap kali musim hujan berlaku.

"Kerajaan perlu membuat sesuatu agar penduduk-penduduk di sini tidak terus menderita," jelasnya.

Cameron Highlands: Hujan, Ribut Diramal Mulai Petang Sabtu Hingga Khamis Depan


Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 12:34 PM

KUALA LUMPUR: Hujan dan ribut petir diramalkan di beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands, Pahang pada sebelah petang Sabtu sehingga Khamis depan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, sepanjang tempoh itu, diramal tidak berlaku hujan pada sebelah pagi dan malam.

Purata suhu minimum sepanjang tempoh itu di Cameron Highlands diramal 16 darjah celcius, katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Jabatan itu menasihatkan orang ramai tidak berada di kawasan lapang dan mengurangkan aktiviti pada waktu petang di kawasan terbabit bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat, amaran/nasihat boleh melayari laman sesawang MetMalaysia di www.met.gov.my, Facebook (www.facebook.com/malaysiamet), Twitter (www.twitter.com/malaysiamet) atau menghubungi talian 1-300-22-1638 yang beroperasi 24 jam. 

Misteri Pembunuh Bersiri Di Pulau Pinang


Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 10:04 AM

GEORGE TOWN: Penemuan dua mayat perempuan tanpa kepala dalam tempoh tiga hari menimbulkan kebimbangan terhadap adanya pembunuh bersiri.

Kedua-dua kes ini menjadi bualan bahawa ada kaitan dengan pembunuhan ngeri 17 lelaki Myanmar sepanjang tahun ini di sini.

Dalam beberapa kes, kepala mangsa dipotong, manakala badan dibuang di tempat gelap atau di tepi jalan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi, menganggap insiden terbaru yang melibatkan seorang wanita dibunuh dengan kejam dipercayai warga asing itu sebagai kes terpencil.

Beliau juga enggan mengulas mengenai pembunuh bersiri.

"Tolong jangan membuat spekulasi," katanya selepas menghadiri program kepolisan komuniti di Pulau Aman pada Jumaat.

Pada Khamis, badan dan lengan seorang wanita yang disumbat dalam sebuah beg pakaian ditemui di Jalan Kebun Bunga di sini.

Abdul Rahim menyifatkannya "kes yang paling mengerikan" Polis Pulau Pinang sepanjang tahun ini.

Manakala pada Jumaat, polis menemui sepasang kaki yang tidak sempurna di tapak pelupusan di Pulau Burung, Nibong Tebal, 65 kilometer jarak penemuan bahagian badan dan lengan sebelum itu.

Menurut Abdul Rahim,  penemuan kaki itu boleh dikaitkan dengan mayat wanita yang ditemui di Jalan Kebun Bunga.

"Kami terlebih dahulu menemui kaki kanan yang sudah kembung. Dan 30 minit selepas itu, kaki kiri pula ditemui beberapa meter dari penemuan pertama," kata beliau sambil menambah bahawa polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Kedua-dua belah kaki itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk analisis DNA.

Abdul Rahim berkata, mereka percaya wanita itu adalah warga asing selepas pemeriksaan cap jari tidak sepadan dengan mana-mana rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Jika anda terlihat apa-apa yang menyerupai tengkorak manusia dan terhidu bau busuk, sila laporkan kepada polis. Kami tidak dapat mengenal pasti mangsa berdasarkan cap jari," katanya.

Selain  itu, kes badan tanpa kepala seorang wanita Indonesia yang dikenali sebagai Halimahtusakdiah, 33, dari utara Sumatera diklafikasikan sebagai mati mengejut berikutan hasil bedah siasat.

Mayat mangsa ditemui oleh nelayan pada Selasa lalu.

Waspada Sindiket Kutip Derma Guna Nama Madrasah Di Thailand


Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 3:00 PM

SONGKHLA: Masyarakat di Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah tertipu dengan helah sindiket kutip derma yang menggunakan nama madrasah di Thailand.

Mudir Pondok Anak Yatim Santiwit, Abdul Rahman Ahmad berkata, taktik sedemikian biasanya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

"Pihak madrasah di Thailand ini tidak akan sewenang-wenangnya mengutip derma di pasar-pasar atau di kedai makan di Malaysia ... itu hanya penipuan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

"Kalau pihak madrasah nak memohon derma, kami akan buat melalui pejabat agama Islam di Thailand dan Malaysia dan hanya mudir, pengurus atau pemilik madrasah sahaja yang dibenarkan berbuat demikian ... tidak melibatkan anak-anak yatim dan individu lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Khidmat Komuniti dan Berkhatan Sukarelawan Orang Kuala Berang (OKB) yang berlangsung selama dua hari bermula semalam anjuran Sekretariat OKB.

"Ada yang minta derma untuk baiki madrasah dengan menunjukkan gambar madrasah, minta derma untuk anak yatim dan ada yang mendakwa mereka juga pelajar madrasah yang dihantar untuk mengutip derma ... ini semua sememangnya penipuan," kata Abdul Rahman.

Bagi program berkhatan, sebanyak 10 doktor dan pembantu perubatan dibawa dari Terengganu.

Turut menyertai program ialah Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, 100 anggota sekretariat dan wakil media.

Pesara Kerugian RM100,000, Ditipu Anggota Sindiket Menyamar Polis


Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 1:21 PM
Azmi Abu Kassim

PETALING JAYA: Seorang pesara kerugian RM100,000 apabila menyerahkan wang simpanannya kepada lelaki yang mendakwa sebagai anggota polis untuk menjamin anaknya atas kesalahan jenayah.

Bapa berusia 60 tahun dari Seapark di sini itu menerima panggilan daripada telefon bimbit milik anaknya dan terkejut apabila lelaki yang bercakap itu bukan anaknya.

Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis dari bahagian narkotik dan berpangkat inspektor serta mendakwa anak pesara itu yang berusia 32 tahun ditahan kerana terbabit dalam kegiatan dadah.

Sambil mengarahkan pesara yang dalam kebingungan itu untuk meneruskan perbualan di telefon, 'inspektor' itu memberitahu pesara lelaki itu bahawa dia perlu membayar RM200,000 sebagai jaminan untuk membebaskan anaknya dari lokap.

"Pesara itu merayu kepada lelaki bekenaan sambil menyatakan dia hanya mempunyai simpanan kira-kira RM100,000 dan suspek setuju dengan jumlah itu sebelum mengarahkannya supaya memasukkan wang itu dalam beg dan meletakkannya di sebuah kuil berdekatan medan selera SS2 di sini," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim.

Azmi berkata, pesara itu mematuhi arahan lelaki berkenaan dan apabila pulang ke rumah dan menghubungi anaknya, pesara itu  terkejut kerana anak lelakinya berada di kolej, malahan tidak pernah ditahan polis.

"Apabila dia sedar ditipu, ia sudah terlalu lambat, semua wang simpanannya lesap," katanya.

Sejak Oktober, sebanyak 19 kes menggunakan modus operandi sama direkodkan di sekitar Selangor membabitkan kerugian kira-kira RM295,000 dengan mangsanya di kalangan warga tua.

Azmi berkata, sindiket berkenaan menggunakan Voice Over Internet Protovol (VoIP) untuk mengklon nombor apabila menghubungi mangsa dan biasanya memperkenalkan diri sebagai Inspektor Wong atau Inspektor Faizal.

"Mereka juga akan pastikan mangsa terus di talian supaya mangsa tidak menghubungi pihak ketiga untuk mengesahkan apa yang dinyatakan (penahanan ahli keluarga)," katanya.

Katanya lagi, pihak polis tidak akan meminta wang jaminan daripada orang awam kerana ia urusan pihak mahkamah.

"Pihak polis juga tidak akan meminta anda meninggalkan wang jaminan dalam beg di tempat awam," katanya.

Seorang lagi remaja mengaku salah merusuh

JUMAAT, 7 NOVEMBER 2014 @ 6:58 PM

 
KANGAR : Seorang remaja mengaku salah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini petang tadi atas tuduhan bersama-sama suatu kumpulan sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang remaja berusia 11 tahun di sebuah asrama anak yatim, antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu.

Tertuduh berusia 15 tahun itu sepatutnya dituduh bersama lima rakannya yang lain, semalam namun gagal menghadirkan diri.

Pertuduhan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menawarkan ikat jamin RM500 kepada tertuduh dan menetapkan 24 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum selepas mendapat laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Semalam, lima remaja berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Juvana Kangar atas pertuduhan yang sama.

Pelajar sesat di Gunung Datuk ditemui selamat

REMBAU: Seorang pelajar perempuan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Cawangan Alor Gajah, Melaka yang sesat di Gunung Datuk dekat sini petang semalam dijumpai dalam keadaan selamat malam tadi.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Johari Ahmad, berkata Glausia a/p Galayan, 20, berasal dari Sarawak ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 8.47 malam.
"Mangsa dijumpai pada ketinggian kira-kira 263 meter dan dibawa turun kira-kira jam 11.48 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang cedera di kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah.
Mangsa dipercayai sesat selepas mendaki gunung itu seorang diri. Dia yang berjaya sampai ke puncak gunung difahamkan sempat menghubungi rakannya dan memaklumkan dia sesat dan gagal menemui jalan keluar.
Penuntut itu juga dikatakan menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan.
Sepasukan 12 anggota bomba bersama kakitangan Jabatan Perhutanan dan anggota polis menyertai gerakan mencari dan menyelamat.
Johari mengingatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti pendakian ketika musim hujan sekarang.
Gunung Datuk setinggi 884 meter adalah antara tarikan pelancongan di Negeri Sembilan.
- BERNAMA

6 motosikal, 1 kereta hangus di Wisma Telaga Air


BUTTERWORTH: Enam motosikal, sebuah kereta dan sebuah basikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri Wisma Telaga Air di sini, hangus, dipercayai akibat perbuatan khianat.
Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa 20 minit untuk memadam kebakaran pada jam 4.35 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Abdul Rahman Ibrahim, berkata polis percaya kejadian di kawasan perumahan berpagar itu bermotifkan khianat.
"Kawasan pangsapuri itu tidak mempunyai pengawal keselamatan dan CCTV. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 52, berkata beliau terdengar jeritan jiran-jiranya dan segera bergegas ke bawah untuk melihatnya.
"Beberapa penduduk cuba untuk menyelamatkan kereta dan motosikal di tempat letak kenderaan itu tetapi api sangat marak," katanya.
- BERNAMA

Remaja lemas, 4 rakan terselamat ketika memancing di Skudai


JOHOR BAHRU: Seorang remaja lemas, manakala empat rakannya terselamat ketika memancing di sungai, dekat Jalan Kejayaan, Taman Universiti, Skudai, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Muhammad Ikhwan Syahmi Shalan, 14, bersama empat rakannya sedang memancing sebelum mangsa cuba menyelamatkan seliparnya yang terjatuh ke dalam sungai itu.

Jururawat maut kereta rempuh motosikal


JOHOR BAHRU: Seorang jururawat hospital swasta maut selepas gagal mengawal kereta dipandunya dan merempuh sebuah motosikal di KM3, Jalan Kempas Baru di sini, malam tadi.
Ungku Hariani Farahin Ungku Ra'thali, 23, yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, Azizan Anuar, 28, cedera parah.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Mohd Khamsani Abdul Rahman, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 8.30 malam.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dari arah Setia Tropika itu memasuki arah bertentangan lalu merempuh motosikal terbabit," katanya ketika dihubungi.
Mohd Khamsani berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan permukaan jalan terbabit basah kerana hujan lebat selain lampu jalan yang samar.
Beliau berkata, mayat jururawat itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat manakala penunggang motosikal itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
- BERNAMA

Lebih 10 kenderaan rosak dihempap pokok


KUALA LUMPUR : Sepuluh motosikal, sebuah kereta dan empat gerai makan mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian angin kencang di Jalan Masjid India, di sini, petang tadi.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu dan kerja mengalihkan pokok yang tumbang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 2.41 petang sebelum tiga jentera bersama 16 anggota daripada tiga balai bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati pokok berkenaan menghempap 10 motosikal, sebuah kereta dan empat gerai makanan namun hanya mengalami kerosakan kecil sahaja," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Azizan berkata, jalan berkenaan juga terpaksa ditutup buat sementara waktu sehingga selesai kerja-kerja pembersihan pokok tumbang itu.

Pengasuh mengaku salah aniaya kanak-kanak di taska Shah Alam



BEKAS Pengasuh, Hanifah Ngah 35, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan menganiaya kanak-kanak berusia satu tahun lima bulan di sebuah rumah pengasuh di Kota Kemuning. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
SHAH ALAM: Seorang pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak berusia setahun lima bulan yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal, pada 21 Oktober lalu.
Hanifah Ngah, 35, yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Majistret Farah Azura Mohd Saad.
Farah Azura menetapkan 12 Disember ini untuk mendengar rayuan tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan forensik melibatkan kes kanak-kanak lelaki itu.
Hanifah didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di ruang tamu taska berkenaan di Kota Kemuning, Shah Alam mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Siti Rohaida Che Hamid.
Kes itu menarik perhatian orang ramai selepas rakaman yang menyiarkan kanak-kanak itu didera dimuat naik di laman Facebook.
Rakaman itu menunjukkan wanita itu memasukkan ubat demam dan batuk ke dalam mulut mangsa secara paksa dengan cara menutup mulut, memicit hidung serta menepuk di bahagian dada mangsa. - BERNAMA

Kaki wanita mangsa bunuh ditemui di tempat buang sampah


PULAU AMAN: Semalam badan seorang wanita tanpa kepala dan kaki ditemui di dalam beg pakaian di Taman Botani, George Town dan hari ini, sepasang kaki dipercayai milik mangsa pula ditemui di tempat pembuangan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kaki hingga paras lutut itu dijumpai dalam keadaan terpisah beberapa meter antara satu sama lain kira-kira 12 tengah hari.
"Kaki sebelah kanan dijumpai orang awam manakala sebelah lagi ditemui anggota polis yang memeriksa kawasan itu.
"Kaki berkulit cerah itu didapati sudah mengembang serta berbau busuk dan terdapat kesan darah kering," katanya kepada pemberita pada program High Profile Policing bersama penduduk Pulau Aman hari ini.
Beliau berkata, kaki berkenaan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk ujian DNA bagi mengesahkannya sama ada ia milik mangsa atau sebaliknya.
Abdul Rahim berkata, pihaknya turut menghantar Unit Anjing Pengesan K9 di tempat kejadian untuk mengumpul bukti lanjut.
Beliau turut mengesahkan mayat wanita yang ditemui itu adalah warga asing.
Pihak polis sedang mencari kepala mangsa dan meminta orang ramai yang menemui objek seperti kepala agar menghubungi balai berhampiran.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa dijerut sehingga mati sebelum badannya dipotong dengan peralatan tajam.
- BERNAMA

Gempa 6.4 magnitud landa Papua New Guinea


SYDNEY: Satu gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda pantai Papua New Guinea pagi ini, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
USGS bagaimanapun berkata pihaknya tidak menjangkakan gempa itu akan mengakibatkan tsunami di Lautan Pasifik.
Gempa yang pada mulanya dilaporkan berukuran 6.9 magnitud, melanda pada kedalaman 65 kilometer di kawasan New Britain itu. - AFP

Polis berkas lelaki dipercayai rogol murid 12 tahun

SABTU, 8 NOVEMBER 2014 @ 8:09 PM

 
IPOH: Polis memberkas seorang lelaki berusia 27 tahun selepas dipercayai terbabit merogol murid perempuan berusia 12 tahun di Pantai Remis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad, berkata suspek ditangkap selepas polis menerima aduan daripada mangsa bahawa dia dirogol oleh teman lelakinya yang berusia 27 tahun.

"Berdasarkan laporan, pelajar terbabit didakwa dirogol oleh mangsa dalam sebuah kereta jenis PROTON Wira yang diberhentikan di tepi pantai berhampiran Pantai Remis di Manjung," katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Katanya, pelajar terbabit turut mendakwa baru sahaja mengenali suspek yang berkerja sebagai jurukabel di Selangor dan mengenali suspek melalui aplikasi Wechat.

Tauke judi ‘bercuti’

Oleh Mohd Rizal Abdullah 
mohd.rizal@mediaprima.com.my


Kuala Lumpur: Dalang sindiket dan pemilik premis perjudian sekitar ibu kota dikesan cabut lari selepas menyedari mereka menjadi sasaran utama operasi polis.
Mereka dikatakan bertindak menutup perniagaan seketika dan pergi 'bercuti' di luar negara bagi mengelakkan dicekup pihak polis dalam serbuan dilakukan.
Ini terbukti apabila serbuan dilakukan polis mendapati beberapa premis mesin judi ditinggalkan pemiliknya dalam keadaan berkunci dan tidak beroperasi seperti kebiasaannya.
Dalam serbuan polis di sebuah premis di Jalan Raja Muda Musa di sini, jam 6 petang semalam, kedai judi di kawasan itu yang kebiasaannya dipenuhi pengunjung didapati ditutup tanpa pengunjung.
Anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kemudian berjaya merampas 54 unit komputer perjudian disimpan di dalam premis itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:15 AM


ANGGOTA polis merampas komputer perjudian yang ditinggalkan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7428#sthash.HYMqCOec.dpuf

Cungkil mata, makan muka

Wales: Seorang lelaki disyaki membunuh teman wanitanya dan kemudian ditembak dengan pistol renjat oleh polis yang mendakwa dia mencungkil biji mata mangsa dan memakan muka wanita itu seperti watak 'Hannibal Lecter', kata saksi.
Polis tidak menamakan lelaki berusia 34 tahun itu tetapi penduduk tempatan mengenalinya sebagai Matthew Williams yang didakwa sedang mengunyah biji mata mangsanya berusia 22 tahun ketika pengawal keselamatan Hotel Sirhowy, selatan Wales, menyerbu masuk ke kamarnya.
Polis yang tiba selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu berusaha menangkap Williams, yang didakwa baru dibebaskan dari penjara dua minggu lalu, dengan pistol renjat, menyebabkan dia rebah.
Dia mati tidak lama kemudian walaupun usaha dilakukan untuk menyelamatnya.
Mangsanya juga mati akibat kecederaan teruk, kata polis.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:06 AM


PASUKAN forensik menjalankan siasatan di luar hotel tempat kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7359#sthash.uIUpvyzW.dpuf

Gelombang kedua

Oleh Muhammad Apendy Issahak dan Asrizal Aris 
am@hmetro.com.my


Cameron Highlands: Hujan lebat tidak sampai 30 minit yang bermula kira-kira jam 1.45 petang tadi, sekali lagi mengakibatkan banjir kilat di Kampung Baru Ringlet, di sini dan membuatkan sebahagian penduduk yang sedang membersihkan rumah mereka terperangkap selepas air Sungai Ringlet naik mendadak.
Air banjir gelombang kedua itu naik lebih tinggi dari kejadian pada lewat petang Rabu lalu itu bagaimanapun surut semula kira-kira 10 minit kemudian dan pihak berkuasa mengambil langkah keselamatan mengarahkan kesemua penduduk di kawasan terbabit keluar dari kediaman masing-masing bagi mengelak kejadian buruk berlaku.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hujan kembali reda pada jam 2.30 petang tadi dan kini sudah berhenti sepenuhnya.
Pada Rabu lalu seramai enam keluarga membabitkan 26 penduduk dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam.
Kejadian hujan luar biasa yang menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh itu mengorbankan lima nyawa di tiga kawasan di sini iaitu di Ulu Merah, Kuala Terla dan Lembah Bertam dengan dua mayat terakhir ditemui kira-kira jam 11 pagi hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 4:46 PM


KAMPUNG Baru Ringlet sekali lagi dilanda banjir kilat selepas hujan lebat hampir 30 minit. FOTO L Manimaran
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7239#sthash.wnfYZZ37.dpuf

Janji untung 300%

Oleh Fardy Bungga 
fardy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Menyamar sebagai gadis jutawan dan mempunyai puluhan pangsapuri servis mewah bernilai jutaan ringgit sekitar ibu kota. Itu adalah taktik diguna pakai seorang wanita licik yang berjaya menipu berpuluh mangsa untuk membeli lot pelaburan membabitkan jumlah RM500,000.
Wanita terbabit yang memperkenalkan diri sebagai Lissa, 29, dikatakan bijak meyakinkan mangsa untuk melabur dalam sektor hartanah diperkenalkan dengan menjanjikan keuntungan lebih 300 peratus dalam tempoh 30 hari.
Kebanyakan mangsa mendakwa mudah diperdaya berikutan suspek menyediakan dokumen lengkap perjanjian serta membawa mangsa membuat surat akuan bersumpah di Pesuruhjaya Sumpah.
Salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 27, berkata, dia terpedaya dengan wanita terbabit yang mendakwa kononnya mempunyai aset hartanah mewah selain 10 pangsapuri servis di Jalan Imbi di sini.
Menurutnya, dia mula mengenali Lissa melalui laman sosial Facebook (FB) yang menawarkan skim pelaburan lot pangsapuri mewah miliknya sekitar September lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 6:14 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7467#sthash.ZaL2rrCM.dpuf

Pencuri pakai telekung

Oleh Nur Saliawati Salberi 
hmetroshahalam@hmetro.com.my


Kapar: "Saya mahu ambil duit emak, tetapi dia pergi ke tandas," itu alasan 'cap ayam' yang diberikan pencuri apabila tindakannya mencuri wang jemaah menunaikan solat Subuh, dikesan seorang jemaah wanita yang baru saja tiba dalam kejadian di Masjid Asy Syarif, Meru, pada 28 Oktober.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, lelaki lingkungan 20-an yang ke tempat solat wanita berpura-pura menunaikan solat selain turut memakai telekung bagi mengaburi mata jemaah.
Rakaman video berdurasi lebih satu minit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu menjadi 'viral' di laman sosial, memaparkan seorang lelaki yang memakai telekung berlegar-legar di dalam ruang solat wanita sebelum melarikan diri dengan hanya memakai kain batik.
Saksi yang mahu dikenali Su Mohamad, 49, berkata, ketika kejadian, dia baru sampai dan mendapati jemaah lain sedang solat.
Menurutnya, sebaik melangkah masuk ke ruang solat wanita, dia melihat jemaah 'wanita' berada dalam keadaan mencurigakan.
Dia berkata, 'jemaah' terbabit dilihat asyik menyelongkar beg tangan milik jemaah lain yang diletakkan di bahagian tengah ruang solat itu kerana beranggapan perbuatannya tidak disedari.
"Saya yang curiga dengan tingkah laku itu, menghampiri dan memegang bahu 'wanita' itu yang asyik menyelongkar beg dari arah belakang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:18 AM


GAMBAR menunjukkan pencuri yang dirakam CCTV.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7452#sthash.q4g3NwwV.dpuf

Banda Aceh bergegar

Banda Aceh: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud semalam menggegarkan bandar ini dan kawasan sekitarnya semalam, menyebabkan penduduk bertempiaran keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.
Agensi Meteorologi, Kaji Iklim, dan Geofizik (BMKG) melaporkan pusat gempa berada di latitud 4.68 darjah utara dan longitud 94.79 darjah timur, pada kedalaman 85 kilometer atau 101 kilometer ke barat daya daerah Aceh Jaya.
Bagaimanapun, menurut penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja, mereka tidak merasai impak gempa bumi itu.
“Saya tidak merasai gegaran kerana ketika itu saya memandu kereta ke tempat kerja,” kata penduduk Banda Acheh Citra Dewi.
Menurut BMKG, gempa bumi itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami seperti yang pernah berlaku 10 tahun lalu di kawasan itu.
Pada 26 Disember 2004, gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegarkan wilayah Aceh dan meragut lebih 200,000 nyawa sementara lebih 120,000 rumah musnah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:04 AM


JOKOWI menyaksikan pameran pertahanan Indonesia di Jakarta, semalam. Kira-kira 23 negara mengambil bahagian dalam pameran itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7337#sthash.BknKjIoK.dpuf