Search This Blog

Friday, November 7, 2014

Rogol anak hingga mengandung


Lelaki berusia 49 tahun ini, mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak gadisnya sehingga melahirkan dua anak yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.
Lelaki berusia 49 tahun ini, mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak gadisnya sehingga melahirkan dua anak yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.
KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan tidak layak digelar bapa apabila sanggup bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua orang anak, yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.

Semalam, di Mahkamah Sesyen berasingan, dia yang berusia 49 tahun itu mengaku salah atas dua pertuduhan merogol mangsa, yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik.

Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen 2, dia yang beralamat di Marang, mengaku salah merogol mangsa yang ketika itu baru berusia 14 tahun sebulan.

Dia mengaku salah di hadapan Hakim Murtazadi Amran melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang, pada September 2009.

Mengikut pertuduhan kedua pula di Mahkamah Sesyen 3 di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman pula, dia mengaku salah mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan waktu yang sama, pada Disember 2013 yang mana ketika itu mangsa berusia 18 tahun.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, kedua-dua hakim menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula bagi hukuman sementara menunggu laporan lengkap ujian DNA. Bagaimanapun, sebarang jaminan tidak ditawarkan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nazlyza Mohamad Nazri.

Dua maut kereta bertembung lori


Keadaan lori dan Myvi yang bertembung di Jalan Yong Peng - Parit Sulong, yang mengakibatkan dua kematian.
Keadaan lori dan Myvi yang bertembung di Jalan Yong Peng - Parit Sulong, yang mengakibatkan dua kematian.
BATU PAHAT -  Dua wanita maut di tempat kejadian setelah kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di kilometer 13, Jalan Parit Sulong – Yong Peng, semalam.

Kejadian yang berlaku kira- kira jam 12.30 tengahari itu, dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu lori berkenaan mengawal kenderaan sebelum merempuh kereta dinaiki mangsa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, semasa kejadian berlaku,  lori yang dipandu dari arah Johor Bahru dikatakan tiba-tiba hilang kawalan ke arah kanan.

Katanya, akibat kegagalan berkenaan lori terbabit telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah bertentangan dan kemudiannya mengakibatkan kematian kepada dua penumpang kereta itu.

“Kedua-dua penumpang kereta, Attikah Jaafar, 64 dan Hana Abdul Rahman, 44 yang duduk di sebelah pemandu dan di belakang maut di tempat kejadian.
"Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan di kepala akibat tersepit dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
"Mayat kedua-dua penumpang kereta berkenaan turut dihantar ke HSNI untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurut Din, siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan masih dijalankan selain pihak polis masih mengumpul maklumat kedua-dua mangsa yang meninggal dunia kerana ketika kejadian, tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu, terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan sekarang ini.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1941. Saksi kejadian diminta tampil bagi memberikan maklumat yang boleh membantu siasatan polis,” katanya.

1188 kes remaja hamil luar nikah tempoh 3 tahun


Dr Awaluddin (tiga dari kiri) bersama peserta yang mengikuti seminar, diiringi Dr Zailan (kiri sekali) dan Datuk Mohd Yusuf (dua dari kiri).
Dr Awaluddin (tiga dari kiri) bersama peserta yang mengikuti seminar, diiringi Dr Zailan (kiri sekali) dan Datuk Mohd Yusuf (dua dari kiri).
SEREMBAN – Sebanyak 1188 kes baru hamil dalam kalangan remaja berusia dari 10 hingga 19 tahun dilaporkan bagi tempoh 2010 sehingga 2013, di negeri ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Zailan Adnan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 571 kes iaitu 48 peratus adalah tidak berkahwin.

Beliau berkata, antara faktor yang menjurus ke arah masalah seksual reproduktif remaja adalah kurangnya pengetahuan dan kemahiran mengenai kesihatan seksual dan reproduktif.

“Selain itu, faktor lain seperti pengaruh rakan sebaya, konflik keluarga, kurang pendidikan agama serta pengaruh teknologi komunikasi, internet dan globalisasi turut menjadi punca masalah ini berlaku,” katanya ketika berucap pada Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Sembilan 2014 di Pusat Dakwah Islamiah semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Datuk Dr Awaluddin Said dan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusuf Ahmad.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan garis panduan pengendalian masalah kesihatan seksual dan reproduktif remaja di semua klinik kesihatan.

“Garis panduan itu mengambil kira aspek perundangan, etika, hak, agama dan sosiobudaya,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Dr Zailan memberitahu, daripada kajian ekonomi kesihatan yang dijalankan sejak enam tahun lalu, menunjukkan perbelanjaan kerajaan (Malaysia) untuk merawat tiga penyakit akibat merokok iaitu membabitkan sakit jantung, kanser paru-paru dan penyakit kerosakan paru-paru kronik sahaja, mencecah lebih RM3 bilion setahun.

Katanya, keadaan merokok dalam masyarakat di negara ini masih belum terkawal.

“Sementara itu, hasil tinjauan Global Youth Tobacco Survey (GYTS) 2009 pula mendapati tabiat merokok di kalangan remaja perempuan berumur 13 hingga 15 tahun telah meningkat daripada 4.2 peratus kepada 5.3 peratus dan keadaan ini amat membimbangkan,” katanya.

Penunjuk perasaan, polis Hong Kong bertempur


Penunjuk perasaan yang memakai topeng Guy Fawkes turut menyertai perhimpunan di Mong Kok.
Penunjuk perasaan yang memakai topeng Guy Fawkes turut menyertai perhimpunan di Mong Kok.
HONG KONG - Pertempuran terbaharu meletus antara penunjuk perasaan prodemokrasi dan polis di daerah Mong Kok, awal pagi semalam.

Menurut laporan Reuters, berpuluh anggota polis bersenjatakan belantan dan perisai mengepung kawasan berkenaan selepas beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di situ.

Dalam kejadian itu, tiga penunjuk perasaan ditahan manakala stesen TV tempatan melaporkan polis menggunakan semburan pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan.

Kelmarin, kira-kira 20 aktivis prodemokrasi yang kebanyakannya pelajar  mengadakan protes menuntut Parti Komunis China supaya menunaikan janji untuk memberi sepenuh demokrasi kepada Hong Kong, yang kembali kepada pemerintahan China pada 1997.

Ogos lalu, laporan dipetik dari AFP, Beijing menawarkan kepada warga Hong Kong peluang untuk memilih pemimpin mereka pada 2017, tetapi menyatakan hanya dua atau tiga calon boleh bertanding selepas direstui jawatankuasa pencalonan.

Dijangkiti HIV selepas dirogol bapa kandung


7 November 2014

JAKARTA - INDONESIA. Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki selepas dipercayai merogol anak perempuannya yang berusia 10 tahun.

Polis berkata, suspek berusia 52 tahun dari Ambon turut menghidap HIV.

Ketua polis Ambon, William Cornelese Tanasale berkata, suspek boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun jika didapati bersalah.

"Berdasarkan siasatan awal, kami percaya mangsa dirogol bapa kandungnya sejak tadika dan ia berlanjutan sehingga sekarang," katanya.

Rahsia lelaki itu terbongkar selepas jiran membawa mangsa berjumpa doktor kerana kesihatannya yang semakin merosot.

Hasil pemeriksaan doktor, kanak-kanak tersebut turut didiagnosis HIV.

Isteri suspek meninggal dunia pada 2011, juga dijangkiti virus maut itu, laporan dipetik dari Jakarta Globe.

Rahsia rumah kecil

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz 
rnorain@hmetro.com.my

Kuantan: Pembekal rokok seludup yang bertindak sebagai ‘stokis’ kepada penjual rokok di negeri ini dikesan menjadikan sebuah rumah di Kampung Simpang Sepayang, Rompin sebagai gudang menyimpan pelbagai rokok yang tidak mendapat pelepasan kastam.
Aktiviti mereka terbongkar apabila Pasukan Polis Marin (PPM) menyerbu sebuah banglo di ladang sawit kira-kira jam 2 petang kelmarin dan merampas kira-kira 4,000 karton rokok seludup bernilai lebih RM500,000.
Komander PPM Wilayah Tiga Asisten Komisioner Azmi Ibrahim berkata, kumpulan pembekal rokok terbabit berselindung di sebalik banglo itu yang kelihatan seperti rumah didiami penduduk setempat.
Menurutnya, pihaknya melakukan intipan selama beberapa bulan sebelum serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat awam dan mendapati dua lelaki tempatan bertindak sebagai pembekal rokok berkenaan.
“Ketika serbuan, kita mendapati rumah berkenaan tidak berpenghuni dan terpaksa memecahkan pintu utama untuk masuk. Bagaimanapun, dua suspek melarikan diri ke ladang sawit selepas menyedari kehadiran polis.
“Hasil pemeriksaan di rumah itu menemui beberapa karton rokok diletakkan di bilik dan ruang tamu, malah pemeriksaan lanjut menemui beberapa karton rokok diletakkan dalam kotak besar di sebuah rumah kecil bersebelahan banglo berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Katanya, pihaknya mendapati suspek sengaja memilih lokasi terpencil untuk menempatkan rokok seludup pelbagai jenama itu bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa.
“Kita percaya suspek sudah menyewa rumah berkenaan sejak enam bulan lalu dan kebiasaannya akan berpindah dari satu tempat ke tempat lain apabila aktiviti mereka mulai dikesan.
“Kita tidak menolak kemungkinan rokok berkenaan dibawa masuk melalui jalan laut bagi mengaburi pihak berkuasa dan ia untuk pasaran di sekitar Pantai Timur,” katanya.
Beliau berkata, serbuan berkenaan rampasan kesembilan dilakukan membabitkan rampasan rokok dan ia yang terbesar sepanjang tahun ini.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:20 AM


AZMI (kanan) bersama pegawai melihat rokok seludup yang dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7206#sthash.JR3dPOlF.dpuf

‘Tak patut aib dia begitu’

Oleh Rosliza Mohamed 
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: “Memang anak saya bersalah ,tetapi tidak patut dia diaibkan begitu sekali. Saya akan buat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku jika perlu, ” kata ibu kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang dipukul sebelum dibogelkan kerana cuba mencuri motosikal di pekarangan Masjid Pauh Lima, Binjai, di sini.
Remaja itu ditangkap penduduk ketika cuba mencuri motosikal milik seorang jemaah yang sedang menunaikan solat Isyak di masjid itu kira-kira jam 8.15 malam, Selasa lalu sebelum diikat, dipukul dan dibogelkan dengan gambarnya tersebar luas di laman sosial.
Akibat kejadian itu, ibu pelajar terbabit berusia 38 tahun berkata, mereka sekeluarga menanggung malu selain sedih dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mengaibkan anak sulungnya.
“Saya sangat sedih, kami sekeluarga terkilan dengan apa yang berlaku. Tidak sepatutnya anak saya dimalukan sebegitu menyebabkan saya nekad membuat laporan polis,” katanya ditemui di rumahnya di Melor, di sini, semalam.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia hanya mengetahui gambar anaknya dimuat naik di Internet selepas dimaklumkan adik iparnya yang menetap di Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:17 AM


IBU (kanan) dan nenek remaja lelaki terbabit ditemu bual wartawan Harian Metro di rumah mereka di Melor, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7195#sthash.VFUuhyD0.dpuf

Prada ‘cap ayam’

Oleh Fardy Bungga 
fardy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Beg tangan tiruan yang diseludup hanyalah berharga RM30, namun ia kemudian dijual semula semahal RM400 setiap satu. Itulah taktik digunakan seorang saudagar barangan cetak rompak warga Bangladesh yang ditahan kerana menipu orang ramai, semalam.
Suspek berusia 40-an itu dikesan memperolehi keuntungan lumayan sehingga mampu menyewa tiga lot kedai di sebuah pusat-beli belah terkemuka di Bukit Bintang di sini.
Kegiatan lelaki warga asing itu bagaimanapun terbongkar selepas sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan serbuan di premis itu sekitar jam 2 petang semalam.
Operasi membabitkan lapan pegawai KPDNKK itu turut dibantu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang terbabit dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi dimulakan sejak Sabtu lalu.
Sumber berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam berhubung kegiatan penjualan barangan tiruan berjenama terkemuka di pusat beli-belah yang menjadi tumpuan pelancong asing itu.
"Hasil pemeriksaan mendapati premis itu menjual lebih lebih 100 beg tangan pelbagai jenama terkemuka dengan harga ratusan ringgit setiap satu. Pemeriksaan turut mendapati premis yang diserbu itu diselia lelaki warga Bangladesh.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:21 AM


ANGGOTA penguat kuasa mencatat jumlah beg yang dirampas dalam serbuan KPDNKK, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7210#sthash.GQEz0AOt.dpuf

Sebelah pegang anak, sebelah tingkap

Cameron Highlands: “Sebelah tangan pegang anak kecil, sebelah lagi berpaut pada tingkap rumah. Itu saja yang mampu saya lakukan selepas terperangkap ketika air deras separas dada memasuki rumah,” kata K Kumaresan, 40, mangsa banjir lumpur yang melanda Kampung Baru Ringlet, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, tiga mangsa terkorban, dua daripadanya tertimbus dalam tanah runtuh, manakala seorang remaja berusia 13 tahun lemas selepas dihanyutkan arus deras.
Dua lagi mangsa yang juga suami isteri warga Indonesia masih hilang dan dipercayai turut tertimbus dalam banjir lumpur.
Menurut Kumaresan, dia sekeluarga hanya sempat berpaut pada tingkap dan dinding rumah sebelum diselamatkan jiran yang terdengar jeritan mereka.
“Nasib baik ada jiran yang terdengar jeritan sebelum memecahkan dinding untuk melepaskan air di dalam rumah bagi membolehkan kami keluar.
“Anak saya yang sulung berusia 12 tahun luka di kaki akibat terkena cermin tingkap. Anak bongsu berusia tiga tahun pula hampir lemas, namun saya sempat memegangnya, manakala isteri dan seorang lagi anak saya selamat keluar dari rumah,” katanya.
Menurutnya, dia kerugian hampir RM80,000 kerana tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang ketika kejadian.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:18 AM


KERETA milik penduduk turut rosak selepas dihanyutkan arus deras.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7198#sthash.uOMPwJJK.dpuf

Tak selamat didiami

Cameron Highlands: Penduduk di kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur di Ringlet, di sini, kelmarin mungkin akan dipindahkan ke penempatan yang lebih selamat.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata, bencana terbaru itu membuktikan kawasan terbabit tidak lagi selamat untuk diduduki dan langkah segera perlu dilakukan untuk keselamatan mereka.
Menurutnya, kawasan terbabit sebelum ini sudah dilanda kejadian banjir beberapa kali, namun kejadian terbaru kelmarin adalah yang terburuk.
“Kediaman mereka terlalu hampir dengan sungai dan kini sudah masanya mereka dipindahkan untuk mengelak kejadian lebih buruk berlaku pada masa akan datang.
“Saya sudah bercakap dengan Pegawai Daerah Cameron Highlands untuk mencari kawasan yang sesuai bagi memindahkan penduduk dan berharap perkara ini dapat dilaksanakan segera,” katanya yang ditemui ketika melawat mangsa yang dipindahkan di Dewan Ringlet, di sini, semalam.
Palanivel yang juga adalah Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, dia juga sudah memberi penerangan berhubung keadaan di Ringlet kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:19 AM


PALANIVEL melawat rumah mangsa banjir di Kampung Baru Ringlet, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7203#sthash.q3INafFj.dpuf

‘Bermalam’ di penjara

Oleh Sarah Zulkifli 
sarah@hmetro.commy

Kuala Lumpur: Lima daripada 14 individu yang dituduh mengembangkan ajaran sesat Millah Ibrahim terpaksa bermalam di penjara selama lima hari sehingga 10 November ini berikutan ketidakhadiran tertuduh lain tanpa alasan munasabah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Hakim Syarie Ibrahim Deris memutuskan sedemikian terhadap Johan Haruna, 40, Mahamad Azhari Tajuddin, 43 dan isterinya yang sarat mengandung sembilan bulan, Liliwati Eden, 36; Anuar Zainal, 47 dan Kamalia Mohamed Taib, 34.
Mahkamah memerintahkan penahanan itu bermula semalam sehingga sebutan kes, iaitu pada 10 November ini.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Zainor Rashid Hassin memohon mahkamah menahan semua tertuduh selama 14 hari atau sehingga tarikh perbicaraan disebabkan tertuduh lain yang ingkar untuk hadir ke mahkamah selepas dibenarkan bebas dengan ikat jamin pada 21 Oktober lalu.
Katanya, kes itu serius kerana ia membabitkan akidah, suatu isu besar tetapi tertuduh pula tidak mematuhi ikat janji sedangkan mahkamah sudah memberi ikat jaminan yang munasabah.
Sebelum itu, Zainor Rashid juga memohon mahkamah menangguhkan prosiding selama 30 minit bagi memberi masa untuk tertuduh lain hadir namun mereka tetap gagal hadir.
Dalam prosiding sama, Johan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain agama Islam kepada orang Islam yang dikenali sebagai ajaran Millah Ibrahim atau di sebuah premis perniagaan di Megan Phoenix, Cheras di sini antara jam 9 malam hingga 9.25 malam pada 20 Oktober lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:14 AM


DARI kiri: Anuar, Mahamad Azhari, Kamalia, Liliwati dan Johan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7179#sthash.PKZanG8T.dpuf

Air naik paras bahaya

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa melepaskan air secara berperingkat apabila paras air di Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands meningkat dengan mendadak dan mencecah tahap kritikal dalam tempoh singkat selepas hujan lebat, kelmarin.
TNB dalam satu kenyataan di sini berkata, hujan lebat luar biasa sejak jam 6 petang Rabu, menyebabkan banjir kilat di Ringlet yang membawa bebanan sampah ke Tasik Ringlet.
Katanya, TNB terpaksa mengaktifkan Plan Tindakan Kecemasan (ERP) apabila air meningkat dengan pantas, dengan kadar kenaikan paras tasik Ringlet mencecah tujuh kaki sejam.
“Kenaikan ini jauh lebih tinggi berbanding paras tiga kaki sejam ketika kejadian banjir lumpur tahun lepas,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, siren TNB di Lembah Bertam dibunyikan pada pukul 8.15 malam untuk pengungsian apabila paras air berada pada paras 3,507.4 kaki, dan siren di Empangan Sultan Abu Bakar pula dibunyikan sebagai tanda amaran bahaya pada 8.40 malam.
“TNB sudah memaklumkan kepada pihak keselamatan, pihak berkuasa tempatan dan ketua kampung Lembah Bertam sebelum air dilepaskan pada aras 3,510 kaki. Pelepasan air ini dibuat setelah mendapat maklum balas daripada Balai Polis Ringlet bahawa pengungsian sudah selesai dan pelepasan air boleh dilaksanakan,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:19 AM


PENDUDUK melihat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bertam Valley dinaiki air selepas pintu
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7201#sthash.om5D1HRx.dpuf

Khidmat karaoke ke ranjang diserbu

Klang: Permintaan yang tidak putus terhadap ‘ayam’ Vietnam menyebabkan pengusaha pusat hiburan di sini tetap menawarkan khidmat itu walaupun sedar bakal berdepan tindakan undang-undang.
Terbaru, sebuah premis yang menawarkan hiburan karaoke di Taman Desawan, di sini, bagi mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya digempur sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, malam kelmarin.
Dalam serbuan jam 11.30 malam itu, lapan wanita warga Vietnam berusia 21 dan 43 tahun ditahan polis kerana dikesan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) sejak beberapa bulan lalu.
Wanita terbabit dipercayai turut menawarkan khidmat ‘ranjang’ kepada pelanggan dengan bayaran tertentu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menjalankan intipan sejak seminggu lalu sebelum menyerbu premis berkenaan.
“Lapan wanita warga Vietnam serta seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis berkenaan yang berusia antara 21 dan 43 tahun ditahan.
“Siasatan mendapati pelanggan lelaki dibenarkan memilih GRO yang diingini sebelum membawa ke tempat lain untuk tujuan maksiat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:21 AM


ANTARA GRO yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7208#sthash.F0QrfKQP.dpuf

1,314 murid terbabit buli

Oleh Mohd Razlan Salleh 
mrazlan@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Seramai 1,314 murid dikesan terbabit dalam kegiatan buli sama ada di asrama atau sekolah di seluruh negara seperti direkodkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr Khair Mohd Yusof berkata, semua kes berkenaan dicatatkan dari Januari hingga Jun lalu.
“Keseluruhannya, KPM merekodkan 13,359 murid terbabit dalam kes salah laku, termasuk 4,568 daripadanya masih dalam siasatan polis kerana terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah.
“Antaranya termasuk kegiatan buli, gangterism, ponteng sekolah dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, semalam.
Dr Khair berkata, sebenarnya jumlah kes buli di seluruh negara membabitkan murid mencatatkan penurunan setiap tahun.
“Pada 2012, 2,282 kes buli dicatatkan sepanjang Januari hingga Jun, manakala pada tahun lalu, jumlahnya menurun kepada 1,445 kes.
“Bilangan ini menunjukkan penurunan setiap tahun apabila bagi tempoh sama tahun ini, jumlahnya sebanyak 1,314 kes,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:16 AM


DR Khair ketika sidang media di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7189#sthash.jS9sixbu.dpuf

Mangsa rayu perompak tidak perkosa

Port Dickson: Seorang perompak merogol dan menyamun seorang wanita yang juga pekerja kedai serbaneka 24 jam, di sini, awal pagi kelmarin.
Ketika kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa berusia 20-an hanya mampu menangis dan merayu supaya tidak dirogol, namun tidak dihiraukan suspek bersenjatakan sebilah pisau terbabit.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dan seorang pekerja lelaki berusia 20-an bertugas di kaunter pembayaran sebelum didatangi suspek.
Menurut sumber, lelaki itu yang memakai topi keledar mengacukan pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengarahkan mereka masuk ke stor di bahagian belakang.
“Bagaimanapun, sewaktu berada di dalam stor berkenaan, suspek mengarahkan mangsa menutup suis lampu bahagian hadapan kedai dan dalam stor menyebabkan rakaman oleh kamera litar tertutup (CCTV) terhalang kerana gelap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sumber berkata, berdasarkan rakaman CCTV itu, kelihatan seorang penghantar akhbar memasuki kedai dan pergi ke kaunter pada jam 6.25 pagi.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:15 AM


GAMBAR suspek yang menyamun dan merogol pekerja kedai serbaneka 24 jam di Port Dickson, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7185#sthash.9iBfK84o.dpuf

KPDNKK rampas barang tiruan RM159,386

Oleh Mohd Hasbi Sidek
Shah Alam: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas barang tiruan bernilai RM159,386 dalam dua serbuan berasingan di sekitar negeri ini pada 5 dan 6 November lalu.
Serbuan dilakukan di sebuah pasaraya di Klang serta beberapa premis perniagaan di sekitar Rawang yang menjual pelbagai barangan kelengkapan bayi dan sukan tiruan.
Hasil aduan dari pemilik jenama asal, pemilik premis disyaki melanggar peraturan kerana membekalkan barangan palsu.
Berdasarkan maklumat yang diterima sepasukan pegawai dan anggota KPDNKK seramai 16 orang menyerbu kompleks perniagaan yang disyaki terbabit.
Antara jenama yang dirampas ialah Ergobaby, Trunki serta beberapa barangan jenama Adidas.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 1:35 PM


PEGAWAI dan anggota KPDNKK menunjukkan barang rampasan. FOTO Mohd Hasbi Sidek
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7229#sthash.jMiScNjv.dpuf

Saluran air empangan tersumbat akibat sampah dan mendapan

 Oleh Muhammad Apendy Issahak

apendy@hemtro.com.my


Cameron Highlands: Punca air dari Empangan Sultan Abu Bakar, Lembah Bertam, di sini terpaksa dilepaskan pada malam Rabu lalu, selain disebabkan hujan lebat luar biasa, ia turut berpunca dari terowong saluran air di empangan terbabit tersumbat akibat sampah dan mendapan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya mencadangkan penyelesaian holistik secara jangka panjang membabitkan pelbagai agensi kerajaan bagi menangani masalah banjir kilat di kawasan tanah tinggi khususnya di Lembah Bertam.

Menurutnya, selain hujan lebat, sampah yang dipercayai dari aktiviti pertanian di kawasan rizab sungai di sini turut menyebabkan terowong saluran air empangan tersumbat hingga mengakibatkan air sungai naik hingga ke paras bahaya.

"Sehubungan itu, saya mencadangkan satu jawatankuasa kerja ditubuhkan bagi menangani masalah itu.

"Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah aktiviti pertanian berleluasa di sepanjang rizab sungai sehingga berlaku mendapan dan banyak sampah sarap dalam sungai. Sebagai contoh, selepas insiden hujan lebat petang Rabu lalu, TNB terpaksa menggunakan perkhidmatan lima penyelam bagi membuang sampah di dalam Sungai Bertam," katanya pada sidang media di pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Habu di sini hari ini.

Menurutnya, kegiatan pertanian di sepanjang rizab sungai terutama di Sungai Bertam mengakibatkan air melimpah setiap kali hujan lebat, manakala air terpaksa dilepaskan dari Empangan Sultan Abu Bakar kerana Tasik Ringlet juga dipenuhi mendapan dan sampah akibat aktiviti pertanian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 1:10 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7222#sthash.hLTYaqHY.dpuf

Warga emas hilang ditemui lemas

Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
Rembau: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang pagi semalam ditemui mati lemas di Sungai Rembau, dekat Kampung Nerasau, Chengkau, Kota, di sini, jam 11.45 pagi ini.
Mangsa Mahat Yassin,77, dari Kampung Tengah Penajis, Nerasau, dikatakan keluar dari rumah kira-kira jam 11 pagi untuk mengambil pasir di sungai berhampiran rumahnya.
Mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 milik menantunya Sharif Kamaruddin, 55, untuk ke sungai berkenaan dan apabila tidak pulang hingga jam 2 petang, menantu dan adik iparnya pergi mencari lelaki itu di sekitar kampung tetapi gagal menemuinya.
Bagaimanapun, pada jam 8.30 malam, adik ipar mangsa, Ahmad Manaf Mahat,53, menjumpai motosikal dan kasut but mangsa di ladang kelapa sawit bersebelahan sungai berkenaan lalu membuat laporan polis di Balai Polis Kota.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata, operasi mencari dan menyelamat digerakkan sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 9 pagi tadi.
Katanya, mayat mangsa ditemui tersangkut pada pokok di sungai berkenaan jam 11.45 pagi kira-kira 1.5 kilometer dari tempat dia dipercayai jatuh.
Menurutnya, operasi berkenaan dilakukan oleh 31 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Seremban, Seremban 2, Teluk Kemang dan Senawang.
Katanya, operasi turut dibantu anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 1:25 PM


BOMBA membawa naik mayat mangsa
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7225#sthash.Otoww1Mo.dpuf

Enam motosikal dan kereta dibakar

 Oleh Salman Hamat

salman@hmetro.com.my


Butterworth: Enam motosikal dan sebuah basikal rentung manakala sebuah lagi kereta rosak dalam kebakaran di Pangsapuri Wisma Telaga Air, jam 4.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian dipercayai akibat perbuatan khianat.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba tiba di lokasi kejadian berjaya memadamkan api kira-kira 20 minit kemudian.

"Kami sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengesan individu bertanggungjawab melakukan perbuatan ini.

"Usaha kini dilakukan untuk mengesan pemilik kesemua kenderaan terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 1:28 PM

KEADAAN kenderaan yang terbakar. FOTO Salman Hamat
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7227#sthash.WJgWx3i0.dpuf

Wanita tak mengaku bersalah dera anak tiri

 Yusmawati Mhd Yusof

yusmawati_yusof@hmetro.com.my


Melaka: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini atas dua pertuduhan mendera sepasang anak tirinya berusia tujuh dan empat tahun Jun lalu.

Tertuduh, Rafeah Jamudin, 38, dari Taman Ayer Molek membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Norina Maludin selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu ibu tiri kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun menganiayai mangsa dengan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal di seluruh badan di sebuah rumah di Taman Ayer Molek, kira-kira jam 10 pagi 19 Jun 2014.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu ibu tiri kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menganiayai mangsa dengan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal di seluruh badan di sebuah rumah di Taman Ayer Molek, kira-kira jam 10 pagi 24 Jun 2014.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau dendan maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Norina membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta lantikan peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 1:47 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7231#sthash.JLUxNncV.dpuf

Pembuli ‘singlet hitam’ dikenal pasti

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz 
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis sudah kenal pasti insiden buli diketuai seorang pelajar memakai singlet hitam yang viral di Facebook berlaku di Pontian, empat tahun lalu.
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada 2010.
"Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama sudah dibuang sekolah pada Ogos 2011 ekoran pelbagai masalah disiplin.
"Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti, bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak turut mengesahkan tiada sebarang aduan dibuat berhubung insiden terbabit," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, pihak sekolah mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.
Pengguna laman sosial mula gempar apabila video buli berdurasi 4 minit dan 37 saat dimuat naik malam Isnin lalu, memaparkan sekumpulan pelajar diketuai remaja memakai singlet hitam memukul sembilan pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 7:09 PM


INSIDEN buli yang viral di Facebook.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7002#sthash.p2zQx7O7.dpuf