Search This Blog

Thursday, November 6, 2014

Cameron Highlands dilanda banjir



KEADAAN sebuah kenderaan yang dihanyutkan banjir lumpur di Kampung Baru, Ringlet, Cameron Highlands malam tadi.


Cameron Highlands – Kawasan di sekitar Kampung Baru, Ringlet, Cameron Highlands di sini sekali lagi dilanda banjir lumpur selepas hujan lebat turun selama hampir empat jam malam tadi.
Difahamkan, lebih 1,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut diarah berpindah ke dewan serba guna Bertam yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air.
Dalam kejadian itu lebih 20 buah rumah dan enam kenderaan dihanyutkan banjir lumpur.
Selain itu, seorang lelaki warga Nepal berusia 47 tahun maut selepas rumah kongsinya runtuh manakala seorang budak lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras dekat Kampung Raja, Kuala Terla dekat sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Yusri Abdullah Sani berkata, siren telah dibunyikan bagi memberi amaran kepada penduduk untuk berpindah ke dewan tersebut.
Katanya, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menjadi pemilik Empangan Hidroeletrik Sultan Abu Bakar di tasik itu akan membuka pintu empangan sekiranya hujan masih tidak berhenti.
“Setakat ini, kita berada pada tahap berjaga-jaga dan kemungkinan besar paras air akan mencapai tahap kritikal sekiranya hujan masih berterusan,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3IIVMZlgz 
Hakcipta terpelihara 

36 ikan lumba-lumba pandu mati terdampar di New Zealand



SEKUMPULAN sukarelawan membantu beberapa ekor ikan lumba-lumba pandu yang terdampar di sebuah pantai di New Zealand semalam.


WELLINGTON – Sebanyak 36 ekor ikan lumba-lumba pandu dijumpai mati selepas terdampar di beberapa kawasan pantai di New Zealand sejak beberapa hari lalu.
Jabatan Pemuliharaan Hidupan Liar (DOC) berkata, kumpulan ikan lumba-lumba tersebut kali pertama dikesan di Pelabuhan Ohiwa di kawasan timur laut perairan negara itu pada Isnin lalu.
Kata DOC, beberapa kumpulan sukarelawan telah dikerah ke beberapa kawasan pantai selepas berpuluh-puluh ikan lumba-lumba pandu dikesan terdampar.
“Kami berjaya membantu sebanyak 21 ekor ikan lumba-lumba pandu kembali semula ke laut tetapi 36 ekor lagi telah mati,” katanya.
Menurutnya, jabatan itu tidak tahu kenapa ikan lumba-lumba pandu itu berenang ke kawasan pantai sehingga menyebabkan ia terdampar.
Bagaimanapun, seorang pegawai DOC, Steve Brightwell berkata, kemungkinan haiwan berkenaan sakit dan datang ke pantai untuk mati. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3IIUx1skT 
Hakcipta terpelihara 

Keldai tersangkut di lubang pembetungan



SEPASUKAN anggota bomba berusaha mengeluarkan seekor keldai yang tersangkut di dalam sebuah lubang pembetungan di Pratteln, Switzerland baru-baru ini.


PRATTELN, Switzerland – Sekumpulan anggota bomba terpaksa dipanggil bagi menyelamatkan seekor keldai yang tersangkut di dalam sebuah lubang pembetungan di sebuah taman perumahan di bandar ini.
Keldai itu yang dipercayai terlepas dari sebuah ladang berdekatan ditemui terperangkap di dalam lubang itu oleh seorang penduduk, Urs Meyer yang sedang bersiar-siar bersama anjingnya.
“Pada mulanya saya sangka ia adalah sebuah patung namun saya melihat telinga dan kepala haiwan itu bergerak-gerak,” kata Meyer kepada akhbar Austrian Times.
Katanya lagi, dia telah menghubungi bomba bagi meminta bantuan selepas beberapa penduduk gagal mengeluarkan keldai itu.
Seorang jurucakap bomba, Markus Osterhagen berkata, sepasukan anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan haiwan berkenaan.
“Keldai itu bernasib baik kerana tidak jatuh lebih dalam ke dalam lubang itu,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3IIUi2p5a 
Hakcipta terpelihara 

Polis Siasat Lokasi Dua Video Klip Buli Pelajar Sekolah


Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 8:01 PM
Dua video klip aksi buli membabitkan pelajar sekolah berasrama tersebar di laman sosial.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengenal pasti lokasi dua video klip aksi buli dipercayai membabitkan pelajar sekolah berasrama yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan pada Rabu berkata arahan telah dikeluarkan kepada semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri untuk mengesan sekolah serta remaja yang terbabit dalam dua klip video berkenaan.

"Pihak polis merayu kepada orang ramai, pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar terlibat yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu untuk tampil ke hadapan membantu siasatan," katanya.

Baru-baru ini, satu klip video berdurasi empat minit 37 saat dimuat naik di laman sosial memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.

Manakala sebuah lagi klip video berdurasi enam minit 51 saat memaparkan seorang remaja lelaki dipukul oleh beberapa remaja lelaki di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.


Budak Lelaki 10 Tahun Tertusuk Batang Besi


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 9:59 AM

KUALA LUMPUR: Dalam satu kejadian ngeri, seorang budak lelaki berumur 10 tahun tertusuk batang besi dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan terbengkalai di Taman Ukay Indah, dekat sini.

Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana batang besi itu boleh tertusuk di bahagian belakangnya, tetapi orang yang lalu di kawasan itu dan melihatnya sedang mengerang kesakitan terus mendapatkan bantuan, kira-kira pukul 4.10 petang Isnin.

Dipercayai budak lelaki tersebut telah bermain di kawasan ini di Jalan Sungai Sering, tidak jauh dari rumah pangsa di mana dia tinggal.

Lima anggota penyelamat dari balai bomba Ampang bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan rod besi dari badan budak itu.

"Anggota bomba memotong batang besi itu menggunakan gergaji kuasa," kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.

"Sebahagian daripada rod masih tertusuk di dalam badan kanak-kanak itu. Dia sedang menerima rawatan di Hospital Ampang," katanya.

Mohd Sani berkata budak lelaki itu, yang tidak dikenal pasti, tenang ketika anggota penyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memotong batang besi itu.

Kebakaran Di Penempatan Tepi Laut Pulau Gaya


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 12:42 PM

KOTA KINABALU: Kebakaran berlaku di sebuah penempatan tepi laut di Pulau Gaya dekat sini, Khamis.

Menurut petugas pemadam kebakaran, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.32 pagi dan tiba tempat kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi.

Dipercayai sekurang-kurangnya lebih 10 rumah telah terbakar.

Bagaimanapun, pegawai-pegawai masih lagi memadamkan api dan mengumpul maklumat mengenai rumah-rumah yang terjejas dan mangsa kejadian.

Tukang Cuci Temui Mayat Wanita Tanpa Kepala Dalam Bagasi


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 2:28 PM

GEORGE TOWN: Seorang tukang cuci di Taman Botani Pulau Pinang menemui mayat wanita tanpa kepala dalam bagasi hitam di bawah pokok tempat letak kereta di Jalan Kebun Bunga di sini.

Bukan sahaja tidak berkepala, dia juga mendapati mayat tersebut hanya meliputi sebahagian tubuh badan dan tangan manakala bahagian pusat dan ke bawah telah hilang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi pada Khamis berkata kes ini adalah yang paling kejam di negeri ini tahun ini dan percaya mangsa telah mati selama sekurang-kurangnya 24 jam.

"Kami percaya mayat mangsa telah dibuang di sini manakala jenayah itu berlaku di tempat lain," katanya.

Beliau berkata polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ahli Kumpulan Pengganas Khalistan Tiger Force Ditahan Di Johor


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 3:24 PM

KUALA LUMPUR: Seorang anggota kumpulan pengganas India Khalistan Tiger Force yang berusia 36 tahun ditahan di Johor Baharu oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada 24 Oktober.

Dia yang merupakan warganegara India telah menggunakan pasport palsu Nepal.

Dia dipercayai merupakan anggota kumpulan pengganas yang bertanggung jawab atas pembunuhan mantan Presiden Rashtariya Sikh Sangat, Rulda Singh pada Julai 2009.

Kumpulan yang sama juga dipercayai bertanggungjawab terhadap beberapa siri pengeboman di Punjab pada tahun 2010.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan pembunuhan itu, suspek dan pemimpin Tiger Force Jagtar Singh Tara telah melarikan diri ke Nepal dan Thailand sebelum memasuki Malaysia.

"Jagtar Singh masih bebas dan usaha memburunya masih diteruskan.

"Kami percaya dia mungkin bersembunyi di salah sebuah negara-negara Asia," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Beliau menambah kejayaan menangkap suspek adalah hasil daripada kerjasama erat antara Bukit Aman dan pihak berkuasa India.

"Tangkapan terbaru menjadikan jumlah pengganas Sikh yang ditahan di Malaysia sejak tahun 2009 kepada enam.

"Suspek ditahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah," katanya.

Ketua Polis Negara berkata suspek telah dihantar pulang pada Rabu.

Jokowi, Famili Serba-Serbi Sederhana


Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 10:20 PM
Iriana (kanan) bersama Kahiyang dan Kaesang dengan gaya santai.

JAKARTA: Kesederhanaan dalam kehidupan terus menjadi pegangan Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo, selain isteri serta tiga anaknya.

Walaupun pernah menjadi ahli perniagaan berjaya, Jokowi, 53, tidak mahu anak-anaknya terlalu merasai kemewahan kerana perkara paling utama adalah pendidikan, malahan isterinya, Iriana turut seiring apabila serba serbi sederhana dalam menjalani kehidupan harian.

Berusia 51 tahun, wanita pertama republik itu selesa mengenakan pakaian dan seluar ringkas, bukan seperti wanita pertama lain yang mengutamakan jenama.

Anak lelaki sulungnya yang berusia 27 tahun pula mempunyai perniagaan katering di kampung mereka di Solo dan hanya memandu kereta ‘hatchback’.

Kesibukan menguruskan perniagaannya menyebabkan pemuda ini tiba di sini beberapa hari sebelum pelantikan Jokowi pada 20 Oktober lalu.

Lebih menarik lagi insiden ketika anak perempuan Jokowi, Kahiyang Ayu, 23 mengalami kecederaan di tangan.

Dia tidak mahu dibawa ke klinik swasta sebaliknya meminta dibawa ke pusat kesihatan biasa dan sanggup menunggu untuk mendapat rawatan.

Bagi anak bongsu Jokowi, Kaesang Pangarep, 17 pula, walaupun peluang melanjutkan pengajian ke Singapura, dia masih diajar berdisiplin dan tidak pernah dimanjakan dengan wang.

“Saya jarang menaiki kereta api MRT kerana kosnya lebih mahal berbanding bas. Ibu pernah menolak permintaan untuk menambah wang saku, namun dia berkata sengaja tidak memberikan elaun yang banyak supaya saya dapat belajar betapa susahnya hidup di negara lain,” katanya dalam blognya.

Buli: Dua Pelajar Disingkir Dari Asrama Anak Yatim Di Perlis


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 5:40 PM
Dua pelajar dikenakan tindakan atas perbuatan buli di asrama anak yatim Jejawi, Perlis yang berlaku Mei lalu.

KOTA KINABALU: Dua pelajar yang terbabit dalam kejadian buli seperti yang tersiar menerusi klip video di laman sosial baru-baru ini telah diambil tindakan.
  

Mereka telah disingkirkan dari asrama anak yatim Kompleks Penyayang Jejawi, Perlis, tempat kejadian itu berlaku.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, kejadian itu yang berlaku pada 24 Mei lepas melibatkan tujuh penghuni asrama berkenaan.

"Kes itu sudah selesai. Kementerian Pendidikan memandang serius isu buli yang perlu ditangani tanpa tolak ansur. Tindakan tegas akan diambil dalam kes seperti itu termasuk menyingkirkan pelakunya daripada sekolah dan asrama," katanya di sini, Khamis.

Pihak polis turut mengesahkan kejadian tersebut berlaku di asrama berkenaan.

Khair Mohamad berkata, kementerian juga akan mengambil tindakan terhadap pengurusan sekolah dan pihak asrama sekiranya mereka gagal mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu buli.

Sementara itu, beliau berkata, pihak kementerian sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan satu lagi video (seperti di atas) yang disiarkan di laman media sosial yang turut mamaparkan aksi buli.

Beliau meminta meminta semua pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu agar menghubungi polis atau institusi pendidikan.

Klip video itu memaparkan seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama sebuah sekolah.

Beliau berkata, kementerian telah mengarahkan pengarah bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pegawai Pejabat Daerah, pengetua dan guru besar supaya menggunakan sumber dan kepakaran mereka untuk mengesan lokasi dan pelaku kes tersebut.

Khair Mohamad berkata, sepanjang Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 13,359 pelajar sekolah rendah dan menengah terlibat dengan kes salah laku berunsur jenayah.

"Ia termasuk 4,568 pelajar disiasat di bawah jenayah berat dan 1,314 melibatkan kes buli," katanya.

Bekas Kapten Kapal Tembak Mati Bomoh, Dipenjara 8 Tahun


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 3:33 PM

SHAH ALAM: Seorang bekas kapten kapal dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini,Khamis selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang bomoh yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya dengan menembak mati mangsa, awal tahun lepas.
Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim memerintahkan tertuduh, Shahrunizam Salleh, 44, dari Bandar Kinrara, Puchong, Petaling Jaya, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 8 Jan tahun lepas.
Shahrunizam didakwa menyebabkan kematian Asli Hamid, 44, di tepi Jalan Pekaka 8/70A, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, antara 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 4 Jan tahun lepas.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Tertuduh sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Shahrunizam bagaimanapun mengaku bersalah selepas pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.
Mengikut fakta kes, tertuduh dan isterinya mengenali mangsa yang dikenali sebagai Ustaz Lee atau Atok.
Mangsa pada mulanya mengubati bapa tertuduh di Kedah dan selepas itu, tertuduh serta mangsa mempunyai hubungan yang baik dan tertuduh banyak membantu mangsa dari segi kewangan kerana lelaki itu (mangsa) tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Mangsa seterusnya menjalin hubungan intim dengan isteri tertuduh hingga melibatkan hubungan seks.
Isteri tertuduh kemudian memberitahu suaminya mengenai perkara itu menyebabkan tertuduh telah mengarahkan isterinya menghubungi mangsa dan mereka bersama-sama pergi ke tempat kejadian berjumpa dengan mangsa.
Apabila mangsa tiba di tempat kejadian dengan menunggang motosikal, tertuduh yang berada di bahagian tempat duduk belakang kereta telah menembak mangsa.
Keterangan forensik seterusnya menyatakan mangsa mempunyai tiga kesan luka tembakan iaitu satu tembakan di dada sebelah kiri menembusi belakang, satu kesan di sebelah rusuk kiri hingga menembusi belakang dan satu kesan tembakan di tangan kanan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke sementara tertuduh diwakili peguam Datuk Haniff Hashim.

Suami Isteri, Rakan Hadapi Tuduhan Edar Dadah


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 6:20 PM

KOTA BARU: Pasangan suami isteri dan seorang rakan mereka pada Khamis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methampetamine seberat 190 gram, bulan lepas.

Tertuduh Mohd Azwan Shahrul Aman Azam, 22; isterinya Nurul Aimie Mohamad, 23; dan Wan Ibrahim Wan Setapa, 51; hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.
Tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan itu mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methampetamine seberat 190 gram di sebuah rumah di Jalan Perol Kampung Padang Mengkali, Peringat, di sini pada 11.45 pagi, 25 Oktober lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Nik Habri menetapkan 21 Disember depan untuk sebutan semula kes dan kesemua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Tak Hormati Alam Sekitar Punca Banjir Lumpur Berulang - Adnan


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 5:08 PM
Ho Kia Hong membersihkan lumpur di sebelah keretanya yang tersadai akibat dibawa arus banjir kilat di Cameron Highlands, Khamis.

KUANTAN: Kejadian banjir lumpur yang melanda Lembah Bertam dan Ringlet di Cameron Highlands lewat petang Rabu sehingga mengorbankan tiga nyawa setakat ini, harus dijadikan iktibar kepada semua pihak agar menghormati alam sekitar dan tidak melakukan penerokaan secara berleluasa.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, walaupun kerajaan negeri sudah mengambil pelbagai langkah pencegahan namun atas kesilapan manusia yang alpa menyebabkan kejadian banjir lumpur yang pernah melanda kawasan berkenaan tahun lepas berulang kembali.

"Semua pihak telah bersedia untuk hadapi banjir...TNB, pejabat daerah dan Polis Diraja Malaysia, mereka telah jalankan tugas sebaiknya.

"Kita bukan nak lepas tangan...kerajaan negeri akan cuba bagi pelbagai bantuan sewajarnya termasuk bantuan kewangan dan memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat.

"Namun, untuk jangka masa panjang, kita tidak dapat lakukan lagi setakat ini sebab sudah hampir kesemua kawasan itu diteroka, pembangunan tidak teratur, hutan sudah botak dan ini yang menyebabkan banjir lumpur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436 di Dewan Jubli Perak di sini, Khamis.

Turut hadir, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, Setiusaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan barisan anggota mesyuarat kerajaan negeri.

Adnan mengulas kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Ringlet, Cameron Highlands lewat petang Rabu yang mengakibatkan lebih 100 penduduk terpaksa dipindahkan dan tiga maut akibat bencana alam itu.

Pada tahun lepas, akibat hujan berterusan, Tasik Ringlet di Lembah Bertam di sini melimpahkan air sehingga menyebabkan banjir lumpur dan mengorbankan empat nyawa serta merosakkan lebih daripada 100 buah rumah.

Mengulas mengenai sama ada peningkatan penempatan baharu di kawasan Lembah Bertam menyumbang kepada berlakunya banjir lumpur semalam, Adnan berkata penduduk di situ terlalu 'sayangkan' rumah mereka sehingga enggan berpindah ke tempat lain.

"Kita pernah nak pindahkan sekolah cina (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lembah Bertam) ke tempat lain, tapi mereka tak mahu. Mereka 'sayangkan' tempat itu.

"Kita tak boleh nak buat apalah cuma kita nasihatkan kalau berlaku banjir pindahkan segera keluarga dan anak-anak mereka ke tingkat atas sekolah berkenaan," katanya.

Pada majlis itu, pendakwah terkenal Datuk Kamaruddin Zakaria dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri dan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, sepasang baju melayu, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Kerana RM80



am@hmetro.com.my

Segamat: Seorang lelaki disebat lebih 30 kali menggunakan paip PVC oleh orang suruhan rakannya selepas mangsa gagal menjelaskan hutang berjumlah RM80 dalam kejadian di sebuah taman rekreasi di Jementah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 9 malam itu, pekerja kimpalan dikenali sebagai Azley, 26, dijemput rakannya dikenali sebagai Angah, 23, dengan ditemani seorang lagi rakan mereka berusia 20-an, menaiki kereta di rumahnya di sini, dengan alasan mahu mengajaknya keluar minum di Jemantah.

Menurut mangsa, tiba-tiba kereta Proton Wira dipandu Angah berhenti di satu taman rekreasi tidak jauh dari situ dan dia diminta turun untuk berbincang sesuatu.

Azley mendakwa, Angah menuntut hutangnya RM80 yang dipinjamnya April lalu, namun disebabkan wang yang dimilikinya tidak mencukupi, dia meminta untuk menyelesaikannya beberapa minggu lagi selepas mendapat gaji.

"Selepas mendengar penjelasan saya, Angah masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ meninggalkan saya dan rakannya di taman rekreasi itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:15 AM

AZLEY menunjukkan kesan sebatan pada badannya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6676#sthash.eRpNZXaT.dpuf

Dibogel dek orang kampung

 Oleh Muhamaad Razis Ismail
Kota Bharu: Padah mencuri motosikal, seorang pelajar tingkatan tiga dicederakan dan dibogel penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis di Masjid Pauh Lima, Binjai, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, pelajar terbabit dikatakan cuba melarikan sebuah motosikal milik kariah masjid itu berusia 61 tahun yang dikatakan solat Isyak.

"Dia cuba mencuri motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam tetapi tidak berjaya dan ditahan orang ramai yang baru selesai solat sebelum dipukul dan dibogelkan.

"Akibatnya, remaja itu cedera di bahagian atas kepala dan lebam di belakang badan, tangan, bahu selain kaki.

"Dia menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan kini ditahan reman," katanya di sini, tadi.

Lai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A/ 511 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Muhamad menyelar tindakan kariah Masjid Pauh Lima, Binjai, yang bertindak membogelkan seorang pelajar kerana mencuri.

"Kita tak boleh ambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata.

"Islam sendiri menegah kita menelanjangkan keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.

"Jadi tindakan diambil itu sangat tidak sesuai dan jauh daripada konsep Islam yang syumul," katanya ketika dihubungi di sini, petang ini.

Muhamad Shukri berkata, seseorang dianggap berdosa jika mengenakan hukuman dengan cara salah.

"Sebagai umat yang patuh, kita berpegang kepada akhlak Islam dan ini perlu sentiasa dipupuk dalam diri termasuk dalam setiap tindakan yang kita ambil.

"Orang mencuri, dia memang salah, tapi kita yang menahannya tidak boleh juga melakukan kesalahan. Telanjangkan dia, itu sudah dikira bersalah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk pihak berkuasa sebelum mengambil tindakan yang boleh memudaratkan diri sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 2:20 PM


REMAJA terbabit menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan kini ditahan reman.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6707#sthash.x5unHCQ9.dpuf

Korban banjir lumpur

 Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

wanasr@hmetro.com.my


Cameron Highlands: Tiga maut dalam kejadian banjir lumpur yang dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai Ringlet, di sini, malam tadi.

Selain itu, seorang buruh kebun sayur parah manakala tiga lagi dikatakan cedera akibat tersepit dalam bengkel kereta berikutan tanah runtuh di pekan Ringlet.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dikenali sebagai Yusof, 30-an.

"Pekerja itu mati tertimbus manakala remaja itu pula dipercayai lemas di Kuala Terla. Buruh yang parah itu pula dipercayai warga Indonesia.

"Kedua-dua jasad sudah dikeluarkan oleh pasukan keselamatan dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, keadaan itu berlaku berikutan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di daerah itu.

Katanya, jika keadaan hujan lebat berterusan pintu empangan Sultan Abu Bakar harus dibuka untuk melepaskan air.

Menurutnya, keadaan itu mungkin besar bakal menyebabkan berlakunya banjir lumpur di kawasan Bertam.

"Pengosongan di kawasan terbabit sudah dijalankan dan pusat pemindahan sudah dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat kejadian itu.

"Enam kereta dilaporkan hanyut dalam kejadian itu dan angka sebenar masih belum diperoleh," katanya.

Katanya, 150 orang daripada 37 keluarga dari Kampung Baru Ringlet yang terjejas akibat limpahan Sungai Ringlet kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Ringlet, Cameron Highlands.

Sementara itu, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lesley, berkata, air lumpur hingga paras lutut bersama sampah sarap menghentam kawasan terjejas.

"Seorang rakan saya cedera dan terpaksa dibawa ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kejadian itu.

"Selain itu beberapa kenderaan turut kelihatan terjejas akibat hentaman banjir berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, hujan masih lebat di kawasan berkenaan sehingga 9.30 malam dan bimbang keadaan menjadi lebih buruk.

Sementara itu, Ketua Kampung Ringlet Looi Chin Chin berkata, lebih 20 rumah terjejas berikutan kejadian itu.

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku kira-kira empat kilometer dari kawasan tragedi Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 11:33 PM


 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6756#sthash.LE2oHNc8.dpuf

Selesai siasat kes buli di Perlis

Oleh Shamsul Munir Safini

shamsulmunir@hmetro.com.my


Kangar:"Kes lama, kita sudah siapkan kertas siasatan dan sedang menunggu arahan Ketua Unit Pedakwaan bagi tindakan selanjutnya ke atas ketujuh-tujuh suspek berkenaan," demikian kata Ketua Polis Daerah Kangar,Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengenai penyebaran satu lagi klip video kejadian buli membabitkan seorang pelajar di belasah tujuh pelajar di sebuah asrama yang didakwa berlaku di sini.

Berdasarkan klip berkenaan, mangsa berpakaian sukan serta baju T berwarna merah dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa pelajar elaki di dalam bilik asrma di situ.

Abdul Rahman berkata, kes berkenaan sudah dilaporkan kepada polis pada 6 Jun lalu.

"Kita sudah membuat siasatan berkenaan kejadian ini dan sudah menahan tujuk suspek berusia 13 sehingga 15 tahun kerana membelasah seorang penghuni lelaki berusia 11 tahun di situ.

"Kertas siasatan sudah dipanjangkan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya negeri," katanya.

Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, mangsa berusia 11 tahun itu dibelasah suspek berkenaan satu perkara sebelum diketahui pihak pengurusan asrama selepas penyebaran video berkenaan.

Katanya, pihak asrama kemudian membuat laporan polis pada 6 Jun bagi tindakan seterusnya.

Menurutnya, kertas siasatan kes sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu arahan selanjutnya ke atas ketujuh-tujuh remaja berkenaan.

Abdul Rahman berkata, kes berkenan difahamkan sudah selesai di peringkat pentadbiran dan pengurusan asrama berkenaan.

Semalam, negara digemparkan dengan klip video kejadian buli yang dikongsi di beberapa laman sosial memaparkan kejadian seorang pelajar dibelasah beberapa pelajar di sebah bilik asrama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 10:22 PM

KLIP video kejadian buli membabitkan seorang pelajar dibelasah tujuh pelajar di sebuah asrama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6750#sthash.hzVKIacs.dpuf

Penunggang motosikal maut nahas di Pontian


Oleh Isma Ismail 

isma@hmetro.com.my
 
Johor Bahru: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 39 Jalan Pekan Nenas-Ulu Choh, Pontian, jam 8 pagi tadi.
Mangsa, Mohd Addy Jailani, 39, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut di tempat kejadian.
Pemandu kereta jenis Proton Wira pula hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas Saifulbahri Safar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 8.19 pagi.
Menurutnya, setibanya di tempat kejadian didapati sebuah kereta terbabas ke kawasan semak di tepi jalan.
Katanya, mangsa yang menunggang motosikal pula sudah meninggal dunia.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 10:58 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6939#sthash.AMuzWwkw.dpuf

Banjir Ringlet: Tiga terkorban, empat cedera


Oleh Muhammad Apendy Issahak

apendy@hmetro.com.my


Cameron Highlands: Polis mengesahkan setakat ini seramai tiga mangsa terkorban dan empat cedera dalam kejadian banjir kilat serta tanah runtuh di tiga kawasan membabitkan Kampung Baru Ringlet, Kuala Terla, Ulu Merah dan Lembah Bertam di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ketiga-tiga mayat mangsa sudah ditemui secara berperingkat bermula jam 8.30 malam tadi dan mayat terakhir dijumpai kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

Menurutnya, kejadian membabitkan empat insiden iaitu banjir kilat di Kampung Baru Ringlet dan Batu 49 Kuala Terla, tanah runtuh di Ulu Merah dan Lembah Bertam serta pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar di Lembah Bertam hingga mengakibatkan perpindahan penduduk dilakukan.

"Mangsa pertama yang maut ditemui pada jam 8.30 malam adalah seorang warga Nepal dikenali sebagai Md Yousuf Miya, 66, dan dikesan tertimbus dalam runtuhan tanah yang menimbus rumah kongsinya di Ulu Merah.

"Rakan mangsa warga Indonesia dikenali sebagai Iswandi, 47, yang berada di rumah kongsi berkenaan pula cedera parah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, mangsa kedua membabitkan remaja berusia 13 tahun dikenali sebagai R Tunesh yang ditemui jam 8.45 pagi tersangkut pada tebing sungai kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh di Batu 49 Kuala Terla.

"Mangsa ketiga ditemui pada jam 9.20 pagi di Lembah Bertam dalam rumah kongsi yang tertimbus akibat tanah runtuh.

"Mangsa warga Indonesia dikenali sebagai Anipan, 48 ditemui tertimbus kira-kira 1 meter dalam tanah yang runtuh," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, setakat ini operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula dari malam tadi dihentikan pada jam 10.30 pagi tadi kerana tiada lagi laporan kehilangan mangsa atau mangsa terperangkap.

"Bagaimanapun, pemantauan masih dilakukan terutama di Lembah Bertam kerana pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar masih dilakukan.

"Setakat jam 11 pagi paras air di empangan berada pada ketinggian 1,051 meter iaitu paras selamat, namun masih belum stabil dan air mula dilepaskan bermula jam 9.30 malam tadi selepas berada pada tahap bahaya iaitu 1,052 meter," katanya.

Menurutnya, tahap tertinggi air di empangan terbabit pada malam tadi adala pada paras 1053 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 11:41 AM

SJK Bertam Valley dinaiki air selepas pintu empangan dibuka susulan hujan lebat di beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands sejak petang semalam. FOTO Muhaizan Yahya.

Empat rumah terbakar di Tawau

KEBAKARAN di Kampung Pasir Putih, Tawau memusnahkan empat rumah. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6959#foto


norasikin_daineh@hmetro.com.my


Tawau: Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih, di sini, kira-kira 8 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Rudy Fredzeka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.15 pagi.

“Seramai 25 anggota bomba bersama dua jentera dan dibantu pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikejar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran memusnahkan empat rumah jenis papan dan operasi memadamkan api segera dilakukan bagi mengawal kebakaran," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurut Rudy, api berjaya dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan tekanan air yang dalam keadaan baik memudahkan operasi memadamkan kebakaran.

“Bagaimanapun, operasi kini masih dilakukan dan belum ditamatkan lagi.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian yang dialami mangsa belum dapat dikenal pasti kerana masih dalam siasatan bomba," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 1:42 PM


KEBAKARAN di Kampung Pasir Putih, Tawau memusnahkan empat rumah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6959#foto

Pembuli di asrama dibuang sekolah

 Oleh Shamsul Munir Safini

shamsulmunir@hmetro.com.my


Kangar: Pengarah Pendidikan negeri (JPN) Dun Kasa sahkan dua daripada tujuh pelajar sekolah menengah berusia 14 dn 13 tahun yang membelasah seorang murid tahun lima di sebuah asrama di Jejawi, Kangar seperti dalam klip video disebarkan di Internet sudah dibuang sekolah.

Katanya, beliau hanya mengetahui dan dimaklumkan mengenai dua pelajar itu dibuang sekolah tetapi tidak dimaklumkan mengenai kejadian itu kerana bukan di bawah pengurusan JPN.

Kedua-dua mereka juga mempunyai kesalahan disiplin lampau dan tindakan diambil bukan hanya berikutan kejadian buli itu.

Menurutnya, mangsa juga masih belajar di sekolah yang sama dan menginap di asrama berkenaan.

Dun berkata, lima pelajar lagi termasuk dua yang dibuang sekolah kerana membelasah mangsa juga perlu menghadiri kaunseling bagi tempoh tertentu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 1:27 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6954#sthash.YKbgqkHd.dpuf

Disambar api ketika bakar kereta adik


Marang: Seorang lelaki yang dipercayai sedang `lalok’ dadah disambar api ketika membakar kereta Perodua Myvi milik adik perempuannya di Bukit Payong, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, suspek berusia 39 tahun turut membakar motosikal Yamaha Lagenda miliknya.

Suspek dipercayai bertindak sedemikian selepas berlaku perselisihan faham dengan adik perempuannya selepas mangsa enggan memberikan wang kepadanya.

Kegagalan mangsa menyebabkan suspek naik angin sebelum bertindak membakar kereta mangsa dan motosikal miliknya.

Malah, suspek turut mengacukan sebilah parang ke arah adiknya selepas mangsa cuba menghalang perbuatan suspek.

Namun, tindakan suspek mengundang padah apabila dia turut disambar api sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Risikin Satiman yang dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 12:03 PM

KERETA adik perempuan suspek rosak akibat dibakar lelaki yang turut disambar api itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6947#sthash.BkaWwe5r.dpuf

Tiga penyelam parah enjin bot meletup


Mukah: Tiga kakitangan daripada unit penyelam Jabatan Perikanan Sarawak cedera parah apabila terkena percikan api dari enjin sebuah bot nelayan yang meletup kira-kira 12 batu nautika dari Kuala Mukah, di sini, 9 pagi ini.

Mangsa Azman Osman, 45, dan Wan Morni Wan Ibrahim, 52, cedera parah termasuk seorang daripada mereka patah kaki manakala Iskandar Ismail, 37, cedera di dada.

Kejadian berlaku apabila kakitangan terbabit menyewa bot nelayan tempatan dalam perjalanan meletakkan tukun tiruan di tengah laut.

Sumber berkata, sebaik tiba di lokasi tiba-tiba bot menggunakan enjin 60 kuasa kuda itu meletup.

"Letupan itu menyebabkan percikan api menyambar tiga daripada lima penyelam berada atas bot terbabit.

“Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Mukah dan keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 2:19 PM


ORANG ramai turut menghulurkan bantuan kepada mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6965#sthash.7W6EixfO.dpuf

Penjenayah cedera ketika bakar pasar raya



salman@hmetro.com.my


Nibong Tebal: Seorang daripada tiga lelaki yang bertindak membakar sebuah pasar raya di Simpang Amat, 1.30 pagi semalam dipercayai cedera selepas disambar api petrol yang dicurahnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejadian dikesan selepas pihaknya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV)di pasang di premis itu.

Terdahulu suspek memakai penutup muka dilihat bersama rakannya membawa beberapa botol petrol kemudian mencurahnya di hadapan pintu masuk premis terbabit.

Suspek kemudian menyalakan api namun dia yang berada berhampiran cecair itu disambar api berkenaan.

"Kami percaya suspek berkenaan mengalami kecederaan berikutan itu klinik atau hospital menerima pesakit dalam keadaan mencurigakan diminta memaklumkan perkara itu kepasa kami untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api atau bahan letupan," katanya.

Siasatan mendapati kebakaran hanya membabitkan bahagian hadapan premis dan berjaya dipadamkan pihak bomba.

Kejadian menyebabkan pemilik premis mengalami kerugian dianggarkan RM15,000 hingga RM20,000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 1:51 PM

DUA daripada suspek menyimbah petrol di hadapan premis berkenaan. FOTO Salman Hamat
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6961#sthash.1Y7EzG9L.dpuf

Empat beradik dituduh bunuh mandur


Oleh Raja Noraina Raja Rahim
Port Dickson: Lima lelaki termasuk empat beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang mandur, bulan lalu.
Tertuduh M Arumugam, 40, dan tiga adiknya Ramesh, 38, Ranjanan, 35, Yogeswaran, 29, serta rakan mereka S Guna Singam, 30, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil, namun tiada pengakuan direkodkan Majistret M Mageshwary.
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama dengan niat melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian terhadap V Muniandy, 22, di perumahan A3, Ladang Tanah Merah, Chuah di sini.
Kesalahan itu dilakukan antara jam 4.15 petang hingga 4.30 petang 25 Oktober lalu.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Mahkamah kemudian menetapkan 10 Disember depan untuk sebutan semula kes.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 12:42 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6952#sthash.Gw2rjsnF.dpuf

Cendol seluar dalam



hmetroshahalam@hmetro.com.my

Puchong: Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar ini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk.

Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan.

Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain.

Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:09 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6893#sthash.vqtLUK8A.dpuf

Mayat wanita tanpa kepala dan kaki

 Oleh Hadzlihady Hassan
Georgetown: Mayat seorang wanita tanpa kepala ditemui dalam beg pakaian yang ditinggalkan di kawasan parkir kereta Taman Botanikal Jalan Kebun Bunga, di sini, pagi ini.

Mayat itu ditemui jam 11 pagi tadi oleh seorang pekerja pencuci sampah yang curiga selepas melihat beg pakaian berkenaan.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mayat berkenaan dibalut menggunakan selimut dan disumbat dalam beg pakaian itu.

"Siasatan mendapati hanya separuh badan daripada pinggang hingga leher ditemui manakala kaki dan kepalanya dipotong.

"Kita percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak di kawasan ini," katanya yang ditemui di lokasi kejadian, pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 2:35 PM


MAYAT wanita tanpa kepala dan kaki ditemui dalam beg pakaian di Botanikal Garden Pulau Pinang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6968#sthash.02BxW2iP.dpuf

Patung beruang RM320,701



mhusni@hmetro.com.my


Sepang: Sekali imbas ia hanya patung beruang besar, namun sebaik diperiksa keempat-empat unit barangan mainan kanak-kanak itu mengandungi 975 keping wang kertas not 100 mata wang dolar Amerika (AS$) bernilai kira-kira RM320,701 (AS$97,500).

Wang kertas itu dirampas sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada dua lelaki warga Nigeria di Puchong, Selangor pada 28 Oktober lalu.

Dalam serbuan itu, anggota penguat kuasa berkenaan mengesan aktiviti mencurigakan sebaik barangan itu tiba di Bahagian Kurier di Kargo Penerbangan Malaysia (MAS) sebelum menjejaki pemilik barangan berkenaan.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, pihaknya terpaksa menahan dua lelaki warga Nigeria berusia 20-an itu kerana didapati melakukan aktiviti pengubahan wang haram.

Beliau berkata, ketika ditahan, pihaknya mendapati semua wang berkenaan disembunyikan di dalam 145 helai stoking sebelum disumbat ke dalam perut patung beruang berkenaan.

“Setiap helai stoking memuatkan antara sembilan ke 10 keping wang kertas berkenaan. Siasatan awal mendapati, wang berkenaan dikirim oleh individu lain dari Iowa, Amerika Syarikat kepada suspek berkenaan.

“Malah, siasatan juga mendapati, kedua-dua lelaki warga Nigeria itu sedang menuntut di tahun dua di sebuah kolej swasta di ibu negara masing-masing dalam jurusan pelancongan dan perakaunan,” katanya pada sidang media, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:11 AM

KHAZALI (tengah) menunjukkan wang kertas asing dan dadah jenis Metamphetamine pada sidang media di Bangunan Pentadbiran KLIA, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6902#sthash.FLtRigZb.dpuf

2 guru tak mengaku



rnoraina@hmetro.com.my
Seremban: Dua guru lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan memiliki beberapa kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam telefon pintar tanpa kebenaran sah.

Tertuduh, Subbarau @ Kamalanathan, 34, yang berdepan lima pertuduhan dan P Murugan, 36, (satu pertuduhan) membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membaca pertuduhan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Subbarau dan Murugan masing-masing dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Batang Benar dan SJKT Ladang Lenggeng, Nilai, dekat sini, didakwa mengikut Seksyen 8 (1)(c)(iii), Akta Rahsia Rasmi 1972, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara antara satu hingga tujuh tahun.

Mengikut pertuduhan, Subbarau didakwa memiliki melalui telefon pintar jenis Samsung Galaxy Note 2 beberapa muka surat kertas soalan Matematik 035/1 dan 015/1, Sains 018, Bahasa Tamil penulisan 037 dan Bahasa Tamil pemahaman 036 yang mana tidak berhak menyimpannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 8 dan 16 September lalu, kira-kira jam 8 malam di sebuah rumah di Jalan Bukit Galena 13, Taman Bukit Galena di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:13 AM

SUBBARAU (depan) dan Murugan keluar dari mahkamah selepas tidak mengaku bersalah, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6912#sthash.yWIma39Y.dpuf

Meraung besi cucuk punggung



Ampang: Seorang kanak-kanak lelaki hanya mampu meraung kesakitan lebih 20 minit apabila punggungnya tertusuk besi yang nyaris meragut nyawa.

Dalam kejadian jam 4 petang semalam, mangsa, Zaim Salleh, 10, dikatakan terjatuh dari atas kontena berhampiran rumahnya di Taman Ukay Indah di sini, sebelum punggungnya ditembusi besi sedalam lebih enam sentimeter.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bermain seorang diri di sebuah kontena yang ditinggalkan berhampiran kawasan perumahannya sebelum terjatuh.

Akibatnya mangsa tidak berupaya bangun berikutan batang besi itu ‘melekat’ pada punggungnya.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ampang Ahmad Kamal Affandi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.09 petang.

“Pihak bomba terpaksa mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong batang besi itu menggunakan alat pemotong khas,” katanya.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan segera dikejarkan ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

Ahmad Kamal berkata, mangsa bernasib baik kerana besi tidak mengenai bahagian organ yang boleh menyebabkan kecederaan parah.

Sementara itu, tinjauan wartawan Harian Metro ke Hospital Ampang mendapati ibu bapa kanak-kanak terbabit berada di wad kecemasan sementara menunggu laporan perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:15 AM

JELAS kelihatan besi yang menembusi punggung mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6926#sthash.f5lajMnX.dpuf

Kerja sambilan bawa ganja dalam teksi


Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi tidak hanya menjadikan kenderaan pengangkutan awam dibawa untuk mengambil penumpang, malah turut menjalankan kegiatan ‘tokan’ dadah secara sambilan.
Suspek berusia 40-an itu dikesan turut menggunakan teksi dipandu untuk menghantar dadah kepada penagih yang membuat tempahan darinya.
Penyamaran itu bagaimanapun terbongkar apabila suspek akhirnya ditahan polis ketika dalam perjalanan mengambil seorang penumpang di Jalan Ampang di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.20 petang, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya menahan suspek yang ketika itu bersama seorang lelaki.
Ketua JSJN IPK Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, suspek ditahan bersama kira-kira dua kilogram ganja yang disembunyikan di dalam sebuah beg.
Menurutnya, beg itu ditemui diletakkan di bahagian tempat letak kaki penumpang hadapan teksi.
“Suspek berjaya ditahan selepas pihak polis menjalankan intipan dan risikan terhadap suspek yang dipercayai menjalankan kegiatan mengedar ganja di ibu negara sejak beberapa bulan lalu.
“Ketulan mampat ganja itu dipercayai ingin diserahkan suspek kepada pelanggan tetapnya. Bagaimanapun polis berjaya mematahkan cubaan itu,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek turut positif dadah dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan.
Wan Abdullah berkata, pihaknya sedang mengesan lokasi di mana suspek mengambil ganja itu dan tidak menolak kemungkinan suspek menjalankan aktiviti secara berseorangan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:15 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6927#sthash.TSAtvhNz.dpuf

Berkecai jatuh kondo

Oleh Fardy Bungga

fardy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Orang ramai terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki tempatan terbaring mati berlumuran darah di hadapan sebuah kondominium di Damansara Utama di sini.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, mangsa dikenali sebagai Tan Kheng Hua, 47, berasal daripada Kelana Jaya maut akibat kecederaan parah di seluruh badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.14 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa terjatuh dari tingkat atas kondominium berhampiran.

"Polis masih menyiasat punca kejadian sama ada terdapat unsur jenayah atau mangsa terjun membunuh diri.

"Setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes kematian mengejut (SDR). Mangsa didapati mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan badan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, orang ramai ataupun ahli keluarga mangsa yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:18 AM

MAYAT Tan terbaring di hadapan kondominium di Damansara Utama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6929#sthash.Tq8oi5nW.dpuf

Budak ‘diculik’ ditemui 8,800km dari rumah


Wellington: Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) yang dituduh menculik anaknya, ditemui bersama budak terbabit di sebuah pulau terpencil di Lautan Pasifik Selatan - kira-kira 8,800 kilometer dari rumah mereka.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) semalam berkata, Billy Hanson dilaporkan hilang oleh ibunya pada September lalu selepas gagal pulang daripada melawat bapanya, Jeffrey.

Gerakan mencari lelaki dari Seattle itu dilancarkan di peringkat antarabangsa dengan pihak berkuasa memberikan tumpuan kepada penemuan kapal layar milik Jeffrey.

Jeffrey memang dikenali sebagai seorang pelayar berpengalaman.

Walaupun diingatkan kehilangan pasangan anak-beranak itu berdepan dengan ‘segala kemungkinan’ penyiasat akhirnya mengesan mereka di Pulau Niue - sebuah terumbu karang yang turut dikenali sebagai The Rock dalam kalangan penduduk setempat.

Terumbu karang itu terletak kira-kira 2,400 kilometer dari timur laut New Zealand.

Polis Pulau Niue menangkap Jeffrey pada 29 Oktober lalu dan dihantar ke AS.

FBI berkata, lelaki terbabit mungkin didakwa menculik.

Apabila Jeffrey berlepas bersama polis meninggalkan Pulau Niue minggu lalu, Billy, 9, pula kekal di situ empat hari lagi bagi memberi masa pihak berkuasa menguruskan kepulangan kepada ibunya.

Pengarang akhbar Niue Star, Michael Jackson berkata, penduduk setempat bergilir-gilir menjaga budak itu yang kelihatan gembira dengan pengembaraan berkenaan.

“Saya nampak dia di majlis barbeku Jumaat lalu dan tiada tanda dia tertekan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:01 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6803#sthash.v9eY01C1.dpuf