Search This Blog

Wednesday, November 5, 2014

Kuala Lumpur Tempat Tinggal Sebenar Saya - Jutawan


Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 10:48 PM
Bekas Ratu Cantik Malaysia, Pauline Chai Siew Phin ketika hadir ke mahkamah berhubung permohonan penceraian bersama jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Selasa. Pada Februari tahun lepas, Chai, Miss Malaysia/International 1969, memfailkan petisyen perceraian di sebuah mahkamah di London dan menuntut penyelesaian £500 juta (kira-kira RM2.75 bilion). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur adalah tempat tinggal sebenar saya, kata Tan Sri Khoo Kay Peng kepada Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar permohonan perceraian yang difailkannya tahun lepas.

Jutawan berusia 74 tahun itu berkata beliau tidak pernah menukar tempat tinggal dan sebagai sebuah keluarga, mereka tinggal di sini, bukan di United Kingdom atau Australia.

Kata Khoo, isterinya Puan Sri Pauline Chai Siew Phin, 67, Miss Malaysia/International 1969, dan lima anak mereka, selalunya menyambut musim perayaan di luar negara, tetapi tetap pulang ke Malaysia.

"Kuala Lumpurlah tempat tinggal kami, tempat tinggal sebenarnya. Pusat perniagaan saya juga terletak di bandar raya ini," katanya dalam pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Cyrus Das.

Khoo berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Yeoh Wee Siam mengenai permohonannya untuk mengetepikan keperluan menghadap badan pendamai sebelum bercerai dan untuk menentukan isu awal sama ada mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa mendengar petisyen perceraiannya.


Khoo, yang juga pengerusi bukan eksekutif jenama fesyen antarabangsa Laura Ashley, memberitahu mahkamah bahawa keluarganya, termasuk lima anak mereka, tidak tinggal di England.

Kata Khoo ketika beliau dan Chai, yang berasal dari Ipoh, berkahwin pada 1970, isterinya itu datng ke rumahnya di Kuala Lumpur dengan hanya membawa dua beg "pakaian lama" dan "itu saja".

Jutawan itu berkata keluarganya tidak tinggal bersama di rumah pasangan itu di kawasan mewah Rossway Park di England.
Terdahulu, beliau berkata Chai adalah seorang wanita cerewet dan panas baran serta suka meninggikan suara hanya kerana "hal-hal kecil".

Beliau juga mendakwa seorang daripada anak lelaki mereka menggelarkan Chai wanita "otak tak seimbang", manakala anak perempuan mereka pula mengadu kepadanya bahawa Chai memanggilnya "gemuk dan hodoh".

"Dia wanita yang sangat banyak kerenah. Dia sangat panas baran. Dia akan menjerit dan memekik hanya kerana perkara kecil," katanya.

Khoo berkata ada kalanya, Chai serta anak mereka tidak bertegur sapa berbulan-bulan lamanya dan Chai tidak menghormati atau memandang tinggi kepada ahli perniAgaan.

"Pada fikirannya, semua ahli perniagaan tidak jujur," katanya.

Dalam prosiding itu, Khoo juga menafikan Chai sentiasa mempunyai hubungan baik dengan anak-anak mereka, dan sebaliknya kadangkala hubungan mereka seperti musuh serta tidak bercakap antara satu sama lain.

Khoo berkata lima anak mereka, berusia antara 28 dan 43 tahun, tinggal di tempat berasingan di Kanada, Singapura dan United Kingdom.

"Perangai dan perilakunya (Chai) telah berubah. Sekarang baru saya tahu siapa sebenarnya orang ini (Chai), setelah 43 tahun berkahwin," katanya.

Pada Februari tahun lepas, Chai memfailkan petisyen perceraian di sebuah mahkamah di London dan menuntut penyelesaian £500 juta (lebih kurang RM2.75 bilion).

Khoo, yang juga pengerusi syarikat pegangan pelaburan antarabangsa, Malayan United Industries Bhd dan kini tinggal di Ampang, Kuala Lumpur, memfailkan petisyen perceraian itu di sebuah mahkamah Malaysia tahun lepas.

Perbicaraan bersambung pada Khamis.

Warga Emas Parah Disamun Dua Lelaki


Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 1:55 PM

BUTTERWORTH: Seorang wanita cedera di kepala dan luka di tangan selepas terjatuh akibat diragut dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di Tingkat Kurau 4, Taman Chai Leng, di sini, Selasa.
Ching Ah See, 62, diragut ketika melintas jalan untuk ke keretanya selepas keluar dari pejabat Pos kira-kira 5 petang, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor.
"Ketika hampir sampai ke kereta mangsa yang diletakkan di tepi jalan, sebuah motosikal Honda Wave yang dinaiki dua lelaki, menghampirinya dan menarik beg tangan yang dipegang wanita itu.
"Akibat ditarik kuat oleh seorang daripada lelaki berkenaan, mangsa terjatuh ke atas jalan menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala dan luka di tangan kanan serta kiri," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.
Beliau berkata orang ramai yang berada di kawasan itu cuba mengejar dua peragut berkenaan tetapi gagal.
Rusli berkata wanita berkenaan yang tinggal di Pangsapuri Idaman, Taman Pauh di sini pengsan ketika dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan keadaannya kini dilapor stabil.
"Beg dan dokumen yang disamun dua lelaki terbabit telah dijumpai tidak jauh dari lokasi ragut itu oleh orang awam dan dihantar ke Balai Polis Taman Chai Leng, bagaimanapun wang tunai sebanyak RM600 di dalam beg itu hilang," katanya.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu atau mempunyai maklumat mengenainya agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

PDRM, CNB Singapura Gagal Cubaan Seludup Dadah RM5.2 Juta


Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 4:25 PM
Noor Rashid (dua dari kiri) bersama Mohd Mokhtar (kiri) melihat dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Johor, Rabu.

JOHOR BAHARU: Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dan mengedar dadah bernilai RM5.2 juta di negeri ini termasuk yang dibawa menggunakan kontena menerusi Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, di sini.

Kejayaan itu adalah hasil penahanan tiga lelaki dalam beberapa serbuan di bandar raya ini Selasa, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata, serbuan terhadap dua lelaki tempatan dan seorang lelaki rakyat Singapura itu dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura, bermula pukul 6 pagi.

"Daripada ketiga-tiga lelaki terbabit, polis merampas sejumlah 63,500 pil psikotropik dan 81 liter cecair disyaki dadah.

"Ekoran daripada penahanan itu, polis kemudian berjaya mengesan sebuah kontena di pelabuhan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Hadir sama Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Pengarah Biro Narkotik Pusat Singapura Ng Ser Song.

Noor Rashid berkata, polis kemudian memeriksa 360 kampit guni yang diisytihar mengandungi serbuk soda (soda ash) di dalam kontena tersebut dan menemui tiga kampit guni daripadanya yang mengandungi 150 kilogram ketamin dan 484 gram syabu.

Beliau berkata, sehubungan itu, polis merampas dua kereta jenis Proton Exora dan Wira daripada ketiga-tiga lelaki yang berumur 41 tahun hingga 54 tahun itu.

Katanya, kesemua mereka kini direman selama seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Hasil siasatan mendapati kontena itu dibawa masuk dari Karachi, Pakistan melalui pelabuhan berkenaan dan diisytiharkan membawa serbuk soda untuk kegunaan membuat barangan kaca dan cermin. 

Kastam KLIA Patahkan Cubaan Seludup Dadah, Wang Asing


Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 3:33 PM

SEPANG: Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki warga Filipina untuk menyeludup 3.5 Kilogram dadah jenis  methamphetamine pada Selasa minggu lalu.
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, suspek berusia 30-an itu tiba di KLIA dari Hong Kong pada hari tersebut dengan membawa sebuah bagasi dan kotak kertas.
Menurutnya, setelah imbasan dilakukan pada kotak tersebut, anggota Kastam merasa curiga terhadap kandungannya dan setelah dibuka ia berisi sebuah pemanas air.
"Hasil pemeriksaan di dalam pemanas air itu, kita telah menemui satu bungkusan serbuk putih dipercayai methamphetamine bernilai RM655,000.
"Berikutan itu, suspek telah direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media KLIA di sini, Rabu.
Selain itu, Khazali menambah, pada hari sama, pihaknya turut berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk mata wang asing menerusi kiriman bungkusan dari Amerika Syarikat.
Menurutnya, curiga dengan bungkusan yang dikirim menerusi kargo Penerbangan Malaysia (MAS), penguatkuasa Kastam telah membuat penyerahan kepada pengirim yang terdiri daripada dua lelaki warga Afrika di Puchong dekat sini.
"Selepas mereka menerima bungkusan berkenaan, kedua-dua suspek berusia 20-an telah ditahan dan pemeriksaan terhadap bungkusan itu menemui dua patung Teddy Bear.
"Di dalam patung itu, terdapat bungkusan berisi mata wang AS$97,500 (RM320,701). Pemeriksaan lanjut mendapati ia merupakan mata wang asli untuk diperdagangkan," jelas Khazali.
Beliau berkata, sehubungan itu, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 135 (1)(E) Akta Kastam 1967.

Punca Kematian Pelajar Hilang Di Hutan Lipur Sekayu Akibat Lemas


Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 5:57 PM
Ahmad Rafikin Azman.

KUALA TERENGGANU: Hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dikatakan berpunca akibat lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir berkata menerusi bedah siasat di Hospital Hulu Terengganu, pihaknya tidak menolak mangsa telah meninggal sekitar 72 jam (3 hari) sebelum mayatnya ditemui di celah batu oleh anggota penyelamat petang Selasa.

"Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa," katanya.

Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini dilaporkan hilang pada Sabtu setelah dia tidak menamatkan perlumbaan Maraton Gunung Gajah Terom, sebelum bapanya Azman Othman memaklum kepada pihak penganjur dan kemudiannya membuat laporan polis pada hari yang sama.

Mayat pelajar Tingkatan Empat itu ditemui kira-kira pukul 3.30 petang tersepit antara celah batu di kawasan yang terdapat sungai mengalir, tidak jauh dari trek perlumbaan.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menggesa diadakan siasatan dan dikeluarkan laporan lengkap oleh Jabatan Perhutanan Negeri dan penganjur pertandingan berhubung kematian pelajar tersebut.
"Saya juga telah minta Pengarah Jabatan Perhutanan memberi penjelasan kerana kuasa membenarkan kawasan itu diadakan acara tersebut terletak di tangan mereka.

"Saya difahamkan trek itu tidak pernah digunakan sebelum ini. Jadi bagaimana boleh diberikan kebenaran dan mengapa tahap keselamatan tidak dipertingkatkan oleh penganjur," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Ahmad Razif mahu penjelasan secepat mungkin sebelum sebarang keputusan diambil kerajaan negeri berhubung kejadian itu.

Mayat Ahmad Rafikin dikebumikan awal pagi Rabu.

Lelaki Dipenjara Baling Batu Rumah Menteri, Balai Polis


Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 8:12 PM

KUALA LUMPUR: Gara-gara membaling batu hingga memecahkan cermin tingkap rumah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, seorang penganggur pada Rabu dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Marmi Zabrin Mian, 31, turut dihukum penjara lima bulan atas kesalahan sama (membaling batu) sehingga memecahkan pintu kaca sebuah balai polis.
Dia mengaku bersalah atas kedua-dua kesalahan khianat tersebut.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 17 September lepas.

Bagi kesalahan pertama Marmi, didakwa melakukan perbuatan tersebut sehingga memecahkan cermin tingkap rumah Jamil Khir, melibatkan kerugian RM400 di Jalan Ipoh, di sini pada 7.20 pagi, 10 Mei lepas.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kerugian RM500 dan didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Balai Polis Batu Taman Koperasi Fasa 2, di sini, pada 2.30 pagi, 12 September lepas.

Marmi didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ketika merayu, Marmi hanya memohon maaf berulang kali dan berharap diberi hukuman paling ringan kerana perlu menjaga ibu bapa yang uzur berusia 70-an.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling.

Remaja Lelaki Dibogelkan Gara-Gara Curi Motosikal


Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 8:06 PM
Remaja lelaki ini dibogelkan gara-gara mencuri motosikal. -

KOTA BARU: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dibogelkan oleh orang ramai setelah ditangkap ketika cuba mencuri sebuah motosikal di perkarangan Masjid Pauh Lima, Binjai di sini.
Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam Selasa, suspek cuba mencuri sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 milik seorang jemaah yang sedang solat di masjid berkenaan sebelum kejadian itu disedari orang ramai yang terus menangkapnya.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa berkata suspek turut cedera di bahagian kepala, bahu serta lengan dipercayai dipukul orang ramai.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini dan keadaannya stabil," katanya ketika di hubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam beberapa kes curi motosikal di sekitar Binjai dan Melor.

"Menurut suspek terdapat seorang lagi rakannya yang berjaya melarikan diri ketika kejadian itu," katanya.

Beliau berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 379A/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga setengah tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mengulas tindakan orang ramai membogelkan suspek itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam menegah umatnya membuka keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.

"Kita tak boleh mengambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata," katanya.

Dua Pengawal Keselamatan Mengaku Salah Larikan Wang Tunai RM1.8 Juta


Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 7:15 PM

PETALING JAYA: Dua pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Rabu atas pertuduhan pecah amanah dengan melarikan wang tunai berjumlah RM1.8 juta yang dipungut daripada premis perniagaan di Seri Kembangan, dekat sini, Isnin lepas.
Kasim Taysing, 35, dan Adrin Jalil, 36, yang ditugaskan sebagai pemungut wang hasil jualan didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas, didakwa melarikan wang milik Syarikat Safeguard G4S Sdn. Bhd., di tepi jalan Putra Permai 1A, Seri Kembangan pada 9.42 malam, 27 Oktober lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang membawa hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 14 tahun dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.
Hakim Abu Bakar Manan menetapkan esok untuk jatuh hukum.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raya Nuraishah Ahmad Zakiuddin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Di Mahkamah Majistret di sini, rakan tertuduh, Ayub Zulkifli, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki harta curi iaitu wang tunai sebanyak RM1.1 juta daripada jumlah yang dilarikan itu.

Ayub, yang juga bekas pekerja syarikat keselamatan itu, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor B13, Felda Semarak, Jerantut, Pahang pada pukul 3.30 pagi, 29 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret K. B Elena Hong Tze Lan membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat, menjalankan pendakwaan.

UPSR Bocor: Dua Guru Sekolah Tamil Didakwa


Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 6:10 PM

SEREMBAN: Dua guru sekolah Tamil didakwa atas enam pertuduhan kerana memiliki rahsia rasmi dan berkongsi maklumat dengan orang lain dalam kes berkaitan kes kebocoran tiga kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
L.Subarau@ Kamalanathan, 36  dari SJKT Ladang Batang Benar dan Murugan Palanisamy 34, dari SJKT Ladang Lenggeng mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk B. Jagjit Singh.

Mereka didakwa dibawah Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu dan tujuh tahun.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu pada September lalu semasa peperiksaan UPSR.

Subarau didakwa atas lima pertuduhan kerana memiliki kertas Matematik 1 dan 2, Bahasa Tamil (Pemahaman) dan Tamil (Penulisan) dan Sains.

Murugan pula didakwa kerana memiliki kertas peperiksaan Matematik 1.

Kedua-duanya diwakili lapan peguam yang diketuai Haresh Mahadevan manakala Wan Shaharudin Wan Ladin sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

Lima kampung di Bongor dilanda bah


Antara barangan yang sempat diselamatkan.
Antara barangan yang sempat diselamatkan.
BALING - Lebih 36 keluarga terjejas dalam banjir kilat yang melanda lima kampung di daerah Bongor, dekat sini akibat hujan lebat tanpa henti sejak petang kelmarin sehingga awal pagi semalam.

Lima kampung terlibat ialah Kampung Bawah Gunung, Kampung Haji Abas, Kampung Lahar, Kampung Banggol Derum dan Kampung Dusun Raja.

Mangsa banjir dari Kampung Haji Abas, Mohd Ezaidy Omar, 25, berkata hujan lebat menyebabkan paras air sungai kampung tersebut melimpahi tebing.

"Sebanyak 12 rumah di kampung saya dimasuki air, sehingga paras lutut, malah ada tempat sehingga mencecah paras dada," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kawasan berkenaan memang kerap banjir, tapi untuk tahun ini, ia adalah kali pertama.

“Paras air naik mendadak pada jam 1.30 pagi tadi (semalam) menyebabkan banyak barangan tidak dapat diselamatkan. Kira-kira jam 6 pagi, baru air mula surut. Hujan juga berhenti sekitar 7 pagi," katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Baling, Nazatul Iffah Abdullah berkata pihaknya menyediakan penempatan banjir di kampung terlibat sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi bencana tersebut, bagaimanapun, mangsa pulang ke kediaman masing-masing sebaik banjir surut.

“Kami bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dan kita turut sediakan makanan tengah hari kepada mangsa terlibat,” katanya.

Mayat tanpa identiti ditemui


Mayat ditemui berhampiran sebuah kilang di Jalan Batas Paip.
Mayat ditemui berhampiran sebuah kilang di Jalan Batas Paip.
KUALA KEDAH - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui berhampiran sebuah kilang, di Jalan Batas Paip, dekat sini, kira-kira jam 8.27 pagi.

Mangsa dipercayai warganegara Myanmar ditemui tidak berbaju dan hanya memakai kain pelikat oleh orang awam.

Keadaan mayat pula seolah-olah diletakkan sedemikian, malah ditutup dengan sehelai selimut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mangsa dianggarkan berusia antara 25 hingga 30 tahun.

“Namun, makluman berhubung identiti ataupun umur mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

“Mangsa dipercayai bekerja di kawasan berhampiran. Mungkin pekerja kontrak ataupun nelayan. Tiada sebarang senjata ditemui, malah tiada kesan pergelutan dikesan,” katanya.

Pusat hiburan degil terus tawar khidmat GRO


Mior Farid menyoal GRO yang ditahan.
Mior Farid menyoal GRO yang ditahan.
GEORGETOWN - Walaupun pernah diserbu beberapa kali oleh penguat kuasa sebelum ini beberapa pusat hiburan di Midlands Park, Pulau Tikus di sini didapati masih beroperasi dengan menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO).

Dalam serbuan Ops Noda oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bermula jam 1 pagi itu, seramai 20 wanita warga asing dikesan berkhidmat sebagai GRO di tiga pusat hiburan di bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, 17 daripadanya adalah wanita warga China dan tiga warga Vietnam.

Menurutnya, mereka ditahan antara usia 23 dan 40 tahun itu cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis namun gagal kerana pusat hiburan berkenaan dikepung terlebih dahulu.

“Polis turut menahan lima tonto dipercayai menyalurkan maklumat kepada pengusaha pusat hiburan dan cuba mengganggu tugas pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Kesemua yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63.

Ceroboh sebelum bakar kenderaan


Keadaan kereta milik mangsa yang terbakar angkara seorang lelaki warga tempatan.
Keadaan kereta milik mangsa yang terbakar angkara seorang lelaki warga tempatan.
BAGAN - Umpama kerja sia-sia, inilah nasib seorang lelaki warga tempatan yang ditahan selepas bertindak membakar motosikal miliknya sendiri sebelum merebak ke kereta milik seorang lelaki warga tempatan di Lorong Melur Taman Emas, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berada di rumahnya secara tiba-tiba didatangi suspek.

“Suspek bertindak masuk ke rumah mangsa sebelum memecahkan cermin kereta serta cermin pintu dan tingkap rumah mangsa.

“Suspek kemudian bertindak membakar motosikal miliknya yang diletakkan di belakang kereta mangsa menyebabkan api merebak hingga terkena kereta mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan kejadian.

“Suspek ditahan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan serta Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh, ”katanya.

Terjatuh ketika motosikal bergerak


JITRA - Seorang penjual kuih maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori muatan konkrit, di Kampung Padang, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Sarmah Ismail, 53, membonceng motosikal yang ditunggang suaminya, Jehya Yanyameen, 58, dalam perjalanan untuk pulang ke rumah di Kampung Aman, dekat sini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Asisten Superintendan Zakaria Shahadan berkata, kejadian berlaku di lampu isyarat Kampung Padang berhampiran Masjid A’ala.

Menurutnya, kedua-dua kenderaan itu datang dari arah Kodiang menghala ke Jitra dan menghentikan kenderaan apabila lampu isyarat berwarna merah.

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dan lori berkenaan berada di lorong kanan untuk belok ke Jalan Kampung Padang. Apabila lampu bertukar hijau, motosikal mangsa bergerak dahulu manakala lori berada di belakang.

“Tiba-tiba pembonceng motosikal (mangsa) jatuh ke atas jalan dan dalam masa yang sama lori datang dari belakang terlanggar mangsa. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Zakaria berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada pemandu lori dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk tindakan lanjut manakala suami mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Eddy Razi, 35, berkata, ketika kejadian, ibu dan bapa saudaranya itu dalam perjalanan pulang dari Bukit Kayu Hitam.

Menurutnya, mangsa mempunyai lapan anak berusia antara 10 hingga 34 tahun.

Lola mengaku bersalah


Lolanopita Sadi
Lolanopita Sadi
SEREMBAN - Perbicaraan kes Lolanopita Mohd Sadi, 40, sepatutnya berlangsung di Mahkamah Sesyen Seremban, pada pagi ini tidak dijalankan berikutan tertuduh mengubah fikiran untuk mengaku bersalah.

Lolanopita membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, selepas mendengar dan memahami kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 November depan untuk hujahan mitigasi pihak pembelaan dan penetapan hukuman.

Kes dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Untuk rekod, 27 Jun lalu, Lolanopita dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa dengan sengaja mengabaikan anaknya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, melalui cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Wanita itu dituduh melakukan perbuatan tersebut antara Januari hingga 21 Jun lalu, di sebuah bilik di Blok 15-1-9 Flat Taman Semarak, Nilai, dekat sini, kira-kira jam 2.30 pagi.

Video Klip Pelajar Dibuli: Sekolah Terlibat Disiasat


Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 10:43 AM

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan masih belum mengenalpasti sekolah yang terlibat dengan kes buli di mana klip video mengenai insiden tersebut telah menjadi viral di Facebook, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Beliau berkata sebuah sekolah yang didakwa lokasi berlakunya kejadian buli itu telah menafikannya.

"Kes ini masih disiasat," katanya.

Klip video selama lima minit itu dirakam di asrama dan dipercayai berlaku di sekolah berasrama penuh, menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakan sekolah mereka.

Walau bagaimanapun, tiada butir-butir di mana kejadian itu berlaku dan siapa yang terlibat dalam klip video tersebut yang telah dilihat 153, 500 kali sejak ia dimuat naik oleh pengguna Zuraimi Ngah pada 2 November.

Kertas UPSR Bocor: Dua Guru Akan Didakwa


Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 7:52 PM

KUALA LUMPUR: Dua guru lelaki dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Rabu berhubung kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor pada bulan September.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa mengesahkan bahawa dua guru terbabit akan dibawa ke mahkamah di Seremban untuk memberi jawapan berhubung dakwaan tersebut.

Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi kerana memiliki rahsia rasmi dan menyampaikan maklumat tersebut kepada orang lain.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara antara satu dan tujuh tahun.

Seramai 14 orang yang terdiri daripada 12 orang guru, seorang agen insurans dan seorang jurutera telah ditahan berikutan laporan bahawa kertas Sains dan Bahasa Inggeris UPSR telah bocor pada pertengahan bulan September.

Mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada 22 September.

Ini diikuti dengan kebocoran kertas Bahasa Tamil dan Matematik.

Lebih daripada 470,000 murid di seluruh negara terpaksa menduduki semula peperiksaan yang disebabkan oleh kebocoran kertas soalan.

Kuala Lumpur Tempat Tinggal Sebenar Saya - Jutawan


Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 10:48 PM
Bekas Ratu Cantik Malaysia, Pauline Chai Siew Phin ketika hadir ke mahkamah berhubung permohonan penceraian bersama jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Selasa. Pada Februari tahun lepas, Chai, Miss Malaysia/International 1969, memfailkan petisyen perceraian di sebuah mahkamah di London dan menuntut penyelesaian £500 juta (kira-kira RM2.75 bilion). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur adalah tempat tinggal sebenar saya, kata Tan Sri Khoo Kay Peng kepada Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar permohonan perceraian yang difailkannya tahun lepas.

Jutawan berusia 74 tahun itu berkata beliau tidak pernah menukar tempat tinggal dan sebagai sebuah keluarga, mereka tinggal di sini, bukan di United Kingdom atau Australia.

Kata Khoo, isterinya Puan Sri Pauline Chai Siew Phin, 67, Miss Malaysia/International 1969, dan lima anak mereka, selalunya menyambut musim perayaan di luar negara, tetapi tetap pulang ke Malaysia.

"Kuala Lumpurlah tempat tinggal kami, tempat tinggal sebenarnya. Pusat perniagaan saya juga terletak di bandar raya ini," katanya dalam pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Cyrus Das.

Khoo berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Yeoh Wee Siam mengenai permohonannya untuk mengetepikan keperluan menghadap badan pendamai sebelum bercerai dan untuk menentukan isu awal sama ada mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa mendengar petisyen perceraiannya.


Khoo, yang juga pengerusi bukan eksekutif jenama fesyen antarabangsa Laura Ashley, memberitahu mahkamah bahawa keluarganya, termasuk lima anak mereka, tidak tinggal di England.

Kata Khoo ketika beliau dan Chai, yang berasal dari Ipoh, berkahwin pada 1970, isterinya itu datng ke rumahnya di Kuala Lumpur dengan hanya membawa dua beg "pakaian lama" dan "itu saja".

Jutawan itu berkata keluarganya tidak tinggal bersama di rumah pasangan itu di kawasan mewah Rossway Park di England.
Terdahulu, beliau berkata Chai adalah seorang wanita cerewet dan panas baran serta suka meninggikan suara hanya kerana "hal-hal kecil".

Beliau juga mendakwa seorang daripada anak lelaki mereka menggelarkan Chai wanita "otak tak seimbang", manakala anak perempuan mereka pula mengadu kepadanya bahawa Chai memanggilnya "gemuk dan hodoh".

"Dia wanita yang sangat banyak kerenah. Dia sangat panas baran. Dia akan menjerit dan memekik hanya kerana perkara kecil," katanya.

Khoo berkata ada kalanya, Chai serta anak mereka tidak bertegur sapa berbulan-bulan lamanya dan Chai tidak menghormati atau memandang tinggi kepada ahli perniAgaan.

"Pada fikirannya, semua ahli perniagaan tidak jujur," katanya.

Dalam prosiding itu, Khoo juga menafikan Chai sentiasa mempunyai hubungan baik dengan anak-anak mereka, dan sebaliknya kadangkala hubungan mereka seperti musuh serta tidak bercakap antara satu sama lain.

Khoo berkata lima anak mereka, berusia antara 28 dan 43 tahun, tinggal di tempat berasingan di Kanada, Singapura dan United Kingdom.

"Perangai dan perilakunya (Chai) telah berubah. Sekarang baru saya tahu siapa sebenarnya orang ini (Chai), setelah 43 tahun berkahwin," katanya.

Pada Februari tahun lepas, Chai memfailkan petisyen perceraian di sebuah mahkamah di London dan menuntut penyelesaian £500 juta (lebih kurang RM2.75 bilion).

Khoo, yang juga pengerusi syarikat pegangan pelaburan antarabangsa, Malayan United Industries Bhd dan kini tinggal di Ampang, Kuala Lumpur, memfailkan petisyen perceraian itu di sebuah mahkamah Malaysia tahun lepas.

Perbicaraan bersambung pada Khamis.

Janda dituduh perdaya empat mangsa


Siti Rohani (kiri) mengaku tidak bersalah memperdaya empat mangsa untuk menyerahkan barang kemas, wang tunai dan telefon bernilai RM12,700.
Siti Rohani (kiri) mengaku tidak bersalah memperdaya empat mangsa untuk menyerahkan barang kemas, wang tunai dan telefon bernilai RM12,700.
KANGAR - Seorang janda dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan memperdaya empat mangsa untuk menyerahkan barang kemas, wang tunai dan telefon bernilai RM12,700 di antara Julai dan Oktober lalu.

Tertuduh, Siti Rohani Ahmad, 31, dari Padang Siding, Pauh, Arau dekat sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim.

Menurut kertas pertuduhan pertama, Siti Rohani memperdaya seorang mangsa untuk menyerahkan barang kemas termasuk loket, cincin dan gelang bernilai RM5,800 di Kedai Kek Bunga Melur di CMart Arau, dekat sini pada jam 11.40 pagi 25 Julai lalu dan telah digadai olehnya.

Pertuduhan kedua pula, dia dituduh memperdayakan mangsa di salah sebuah salon rambut di CMart, Arau, untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM200 dan sebuah telefon bimbit jenama Ninetology berharga RM400 pada kira-kira jam 5.40 petang 30 Julai lalu.

Pertuduhan ketiga pula, Siti Rohani didakwa memperdaya seorang mangsa untuk menyerahkan barang kemas termasuk rantai tangan, gelang tangan dan loket serta sebuah telefon bimbit jenama Lenovo yang kesemuanya bernilai RM2,800 pada 4 Oktober lalu kira-kira jam 11.40 pagi di sebuah kedai di Jalan Mata Ayer, dekat sini.

Bagi pertuduhan terakhir pada 25 Oktober tertuduh sekali lagi memperdaya seorang mangsa supaya menyerahkan rantai emas bernilai RM3,500.

Kesemua pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu dengan mendorong supaya harta diserahkan kepadanya di mana membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, sebat dan boleh didenda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Noor Syazwani Mohamad Sobry dan Noorhaslina Che Othman manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Dasuki Mat Noor.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 3 Disember depan untuk serahan dokumen.

Tertuduh kemudiannya dibenarkan diikat jamin RM15,000 bagi semua pertuduhan.

Pilu lihat mayat ibu bawah lori


Oleh Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Jitra: "Saya tak sampai hati melihat keadaan ibu yang masih di bawah lori simen. Saya bagaikan tak percaya dengan apa yang berlaku kerana kali terakhir bertemu dengannya kira-kira tiga jam sebelum kemalangan," kata Muhammad Hafizan Che Ya.
Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, mangsa, Sarmah Ismail, 53, maut apabila motosikal yang dinaiki bersama suaminya, Che Ya Bakar, 58, digilis sebuah lori dalam kemalangan di lampu isyarat berhampiran Kampung Padang, dekat sini.
Muhammad Hafizan, 15, berkata, ketika kejadian, dia menonton televisyen di rumahnya di Kampung Aman, dekat sini, sebelum rakannya datang ke rumah dan memaklumkan ibu serta bapanya terbabit dalam kemalangan itu.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak dimaklumkan mengenai keadaan ibunya ketika itu menyebabkan dia bergegas untuk melihat apa yang berlaku kerana kejadian itu hanya 100 meter dari rumahnya.
"Sebaik sampai, saya nampak mayat ibu ditutup dengan kain putih dalam keadaan berlumuran darah.
"Ketika itu, saya nampak ayah dalam keadaan terkejut berhampiran tempat kejadian," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Jitra (HJ), di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6541#sthash.XZiyleRg.dpuf

Lelaki noda anak jiran dijel sebulan

Seremban: Seorang lelaki berusia 61 tahun yang tergamak mencabul anak jirannya berusia 16 tahun pada Oktober lalu dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, Mohd Fuad Harun dari Senawang, dekat sini, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh dalam penghakimannya turut memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan 12 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, Mohd Fuad didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatan diri remaja terbabit di sebuah rumah di Senawang kira-kira jam 9.30 malam, 29 Oktober lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu.
Mohd Fuad ketika dalam rayuannya memohon agar mahkamah memberikan hukuman ringan kerana perlu menanggung dan menjaga isterinya yang mengalami masalah kesihatan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zanudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:07 AM


MOHD Fuad dijatuhi hukuman penjara satu bulan dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6622#sthash.p0ea9UGE.dpuf

Kejutan duka sebelum lahir kembar

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

am@hmetro.com.my

Jempol: "Arwah tidak mahu buat ujian bagi menentukan jantina bayi kerana mahu ia menjadi kejutan sewaktu melahirkan anak hujung bulan depan," kata pemandu lori barang Ahmad Aiqal Azman, 23, suami kepada Siti Nurnazira Amran, 23, yang maut selepas kereta dipandunya terbabas di Jalan Besar FELDA Palong 14, 15 dan 16, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.55 petang itu, Siti Nurnazira dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di FELDA Palong 13, di sini, selepas membeli barang keperluan perkahwinan abangnya di pekan Bahau.
Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian kira-kira 10 kilometer dari rumahnya, mangsa dikatakan gagal mengawal kereta Proton Wira dipandu sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.
Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada anggota badan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Palong 9, di sini, manakala tiga penumpang lain iaitu anak lelakinya berusia sembilan bulan, abang dan bakal kakak iparnya terselamat dan hanya mengalami cedera ringan serta dirawat sebagai pesakit luar di klinik berkenaan.
Ahmad Aiqal yang ditemui di bilik mayat Hospital Jempol, di sini, berkata, apabila arwah isterinya disahkan mengandung anak kembar, mereka terlalu gembira dan bersyukur apatah lagi belum ada sejarah kelahiran kembar dalam keluarga.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:01 AM


KERETA dipandu mangsa terbabas selepas membeli keperluan perkahwinan abangnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6539#sthash.yUaXlXWL.dpuf

Rempuh penurap jalan

Oleh Arifin Salleh

am@hmetro.com.my

Melaka: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh jentera penurap jalan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin, Bertam Malim, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa, Mohd Sahidin Zamanhuri, 20, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Menurut sumber, mangsa yang menetap di Kampung Taboh Naning, Alor Gajah, menunggang Yamaha TZM bersama beberapa rakan lain menghala ke Bandar Melaka sebelum hilang kawalan setibanya di tempat kejadian.
Mohd Sahidin yang menunggang di lorong kanan dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terlanggar bahagian bucu jentera penurap jalan yang baru hendak memulakan kerja di situ.
"Difahamkan, sebelum kejadian, beberapa pekerja kontraktor meletakkan jentera penurap jalan di sebelah lorong kanan untuk kerja penurapan jalan sebelum motosikal mangsa merempuh jentera itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:01 AM


ANGGOTA penyelamat membantu mangsa yang cedera parah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6532#sthash.9uuTAWD2.dpuf

‘Teh pacak’ mati kejur

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Anbia@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Badan jadi kuat dan boleh tidur nyenyak. Itu antara penipuan dilakukan sebuah syarikat pengedar produk kesihatan yang didapati menjual produk minuman ‘teh pacak’ dicampur racun perangsang seks.
Penjualan serbuk racun perangsang seks yang sengaja dicampur di dalam peket minuman campuran itu didakwa boleh memberi kekuatan luar biasa kepada lelaki, selain mengatasi masalah sukar tidur.
Bagaimanapun ujian makmal kimia mengesahkan produk dijual melalui kaedah jualan langsung itu mengandungi kimia analog sindenafil yang mampu menyebabkan serangan sakit jantung.
Kegiatan penjualan produk minuman berbahaya itu dibongkar selepas pihak Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur melakukan siasatan dan risikan terhadap penjualan produk itu.
Ketua Seksyen Pencegahan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Mohd Shahid Yahaya berkata, pihaknya sebelum ini menerima maklumat dari dua pengadu yang sangsi terhadap kandungan produk minuman itu.
Menurutnya, ujian makmal kimia terhadap sampel produk itu mendapati ia mengandungi [resepi’ maut kimia analog sildenafil berbeza.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:10 AM


PEGAWAI Penguat Kuasa Farmasi memeriksa kandungan kotak yang dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6645#sthash.lqCCgnpx.dpuf