Search This Blog

Saturday, November 1, 2014

Lelaki Nigeria ditahan bersama 2,553 gram syabu





01/11/2014 8:03pm

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang lelaki Nigeria bersama 2,553 gram paket syabu di sebuah kondominium di Batu Feringghi di sini.

Sumber polis berkata, suspek berumur 32 tahun itu telah diintip sejak beberapa minggu lepas sebelum sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Pulau Pinang menyerbu rumah berkenaan pada pukul 3 petang semalam.

"Lelaki berkenaan cuba melarikan diri semasa serbuan, bagaimanapun pihak polis telah mengepung kawasan tersebut.

"Hasil pemeriksaan dalam rumah berkenaan, polis menemui 50 paket dadah dipercayai syabu seberat 2,553 gram," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, lelaki itu dipercayai masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_23.htm#ixzz3Hoykgsr3
Hakcipta terpelihara 

Pengasuh didakwa dera kanak-kanak


NOR FAEZAH SAID didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau
NOR FAEZAH SAID didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, semalam. – UTUSAN/SAZALI CHE DIN
BUTTERWORTH 31 Okt. – Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki dengan cara mengikat kaki dan tangan mangsa menggunakan tali dan tali pinggang, Selasa lalu.
Nor Faezah Said, 39, didakwa mendatangkan kecederaan fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak tersebut dengan cara tersebut di Blok A-8-19 Flat Seri Pinang di sini pada pukul 10 pagi, 28 Oktober lalu.
Dakwaan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan jika mendatangkan kecederaan boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
Dia pada mulanya mengaku bersalah namun kelihatan keliru selepas pertuduhan dibacakan buat kali kedua oleh jurubahasa.
Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab kemudian mengarahkan kes itu disebut semula pada 5 Disember ini setelah menolak pengakuan salah tertuduh terbabit.
Nor Faezah turut dibenarkan bebas dengan jaminan RM8,000 berserta seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Khairul Fairuz Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Akhbar sebelum ini melaporkan gerak hati seorang ibu yang membuat pemeriksaan mengejut di rumah pengasuh anaknya berjaya mendedahkan perbuatan dera pengasuhnya yang mengikat kedua-dua tangan anaknya dengan tali pinggang ke belakang, manakala kedua-dua kakinya diikat menggunakan tali.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/pengasuh-didakwa-dera-kanak-kanak-1.19306#sthash.v3TwdAwN.dpuf

Wanita dihadap 
ke mahkamah


Cuba beri sokongan, anggotai kumpulan militan IS

  6  1 Google +1
UMMI KALSOM BAHAK ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang,
UMMI KALSOM BAHAK ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, semalam. – UTUSAN/Nasirruddin Yazid
SEPANG 31 Okt. - Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba memberi sokongan serta menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Asia Barat, awal bulan ini.
Ummi Kalsom Bahak, 25, dari Negeri Sembilan didakwa bertindak demikian dengan cuba mening-
galkan negara ini menuju ke Syria untuk berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan, Aqif Huessin Rahaizat.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen, Balai Pelepasan klia2 di sini pada kira-kira pukul 5.20 pagi, 5 Oktober lalu ketika cuba menaiki pesawat AirAsia ke Brunei dengan rancangan ke Istanbul, Turki bagi memasuki Syria.
Ummi Kalsom yang bekerja sebagai penolong pegawai kredit didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J akta tersebut.
Tertuduh turut berdepan pertuduhan pilihan iaitu didakwa mengambil penerbangan pesawat AirAsia dari klia2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul untuk berkahwin dengan Aqif Huessin bagi manfaat kumpulan itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan itu.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih setengah daripada hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan harta mereka juga boleh dirampas sekiranya telah diniat untuk melakukan kesalahan itu.
Tiada jaminan dibenarkan kerana tertuduh yang bertudung labuh dan berjubah hitam telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November ini sebutan semula untuk membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Pada 24 Oktober lalu, tiga lelaki turut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan sama iaitu memberi sokongan kepada IS dan kes mereka juga akan disebut semula pada 20 November bagi tujuan yang sama.
Sementara itu, menurut pihak polis, sejumlah 14 individu telah dituduh di mahkamah sejak tangkapan pertama pada Februari tahun lalu oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke atas anggota-anggota yang bertanggungjawab merekrut rakyat negara ini untuk berjihad di Syria.
Daripada jumlah itu, sebanyak 12 individu didakwa mengikut kesalahan berkaitan keganasan di bawah Kanun Keseksaan manakala dua lagi di bawah Akta Senjatapi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/wanita-dihadap-8232-ke-mahkamah-1.19347#sthash.WBQ19njZ.dpuf

Bas rempuh treler: 9 termasuk kanak-kanak cedera


KUALA LUMPUR 1 Nov. - Sembilan penumpang termasuk dua kanak-kanak cedera apabila bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 406, Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala selatan dekat sini pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, bas yang membawa rombongan seramai 44 guru tersebut dalam perjalanan menghala ke sebuah sekolah di ibu kota.
Menurut jurucakap bomba, kemalangan berlaku berikutan bas hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah treler.
“Baki 35 lagi penumpang semuanya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bas-rempuh-treler-9-termasuk-kanak-kanak-cedera-1.19349#sthash.wz5f2NVM.dpuf

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar besi penghadang jalan


KUANTAN 1 Nov. - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys 650cc maut selepas motosikalnya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 15 Jalan Kuantan-Pintasan dekat Sungai Karang di sini, awal pagi tadi.
Mohd Rosmainie Radzi, 33, pekerja di bahagian penyelenggaraan Hotel Megaview Kuantan di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata, nahas pada 4 pagi itu berlaku semasa mangsa yang berasal dari Bandar Jengka sedang dalam perjalanan dari Pelabuhan Kuantan menghala ke bandar Kuantan.
"Mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa memiliki lesen memandu sah dan memakai topi keledar semasa kejadian.
Katanya, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/penunggang-motosikal-berkuasa-tinggi-maut-langgar-besi-penghadang-jalan-1.19365#sthash.lTeYPcyt.dpuf

Sembilan cedera bas rempuh lori

Oleh Mohd Rizal Abdullah

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sembilan penumpang bas cedera ringan dalam kemalangan membabitkan bas dan lori di Kilometer 406 Lebuhraya PLUS berdekatan Lembah Beringin 4.16 pagi ini.
Dalam kejadian itu, bas terbabit dalam perjalanan menghala ke utara bersama 44 penumpang.
Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, kejadian berlaku apabila bas tersebut hilang kawalan lalu merempuh lori yang berada di hadapan.
Menurutnya, rempuhan itu tidak membabitkan kecederaan teruk pada penumpang.
"Hanya sembilan cedera ringan, tujuh dewasa dan dua kanak-kanak," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 11:02 AM


KEADAAN bas yang terlibat kemalangan. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5828#sthash.nHuIR1KD.dpuf

UPP rampas 698 kg daun ketum

Oleh Hafizudin Mohd Safar

am@hmetro.com.my

Padang Besar: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Chuping merampas sejumlah 689 kilogram daun ketum dianggarkan bernilai RM55,120 dalam 18 guni di kebun getah dekat Chuping, di sini, pagi tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 pagi, pihak berkuasa turut menahan dua lelaki berusia 17 dan 20 tahun untuk membantu siasatan.
Komander UPP Chuping Asisten Superintendan Mohd Hafiz Abd Rahim berkata, pihaknya turut merampas lapan buah motosikal bernilai kira-kira RM16,000 dipercayai digunakan untuk memindahkan guni daun ketum terbabit ke kawasan berhampiran sempadan.
Katanya, siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dikenakan hukuman denda RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 12:45 PM


KOMANDER UPP Chuping, ASP Mohd Hafiz Abd Rahim menunjukkan sebahagian daripada 18 guni daun ketum dan 8 buah motosikal yang digunakan untuk menyeludup. FOTO Eizairi Shamsudin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5831#sthash.GsE064xe.dpuf

Jumpa mayat mangsa bot tunda karam

Oleh Syazwan Msar

am@hmetro.com.my

Kuantan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui satu mayat dipercayai mangsa bot tunda yang karam selepas dilanggar kapal tangki minyak di perairan Kuantan, Khamis lalu.
Mayat terbabit ditemui anggota penguatkuasa KM Sebatik kira-kira jam 1.30 tengahari, kira-kira 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang, di sini, sebelum di bawa ke jeti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk tindakan lanjut.
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Nasir Adam berkata, mayat yang belum dikenalpasti identitinya itu akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat.
"Mangsa kemungkinan adalah anak kapal bot tunda berkenaan dan kita masih mencari baki lima mangsa yang masih hilang lagi di radius tujuh batu nautika dari lokasi bot itu dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi, di sini.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 3:52 PM


MAYAT yang dipercayai mangsa bot tunda yang karam. FOTO ihsan APMM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5840#sthash.Jk9X4ehG.dpuf

Jel 14 hari buat tuntutan palsu

Seremban: Seorang pengurus tanah rancangan Felda dihukum penjara 14 hari dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap dua tuduhan pindaan membuat tuntutan palsu berkaitan kontrak kerja pembersihan parit dan sempadan yang tidak wujud membabitkan nilai RM6,000.
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Sukor Ismail, 50, yang bertugas di Felda Palong 3, Jempol selepas didapati bersalah terhadap tuduhan berkenaan.
Menurutnya, selepas meneliti keterangan bersumpah saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri serta hujahan bertulis kedua-dua pihak, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Dengan ini, mahkamah mensabitkan tertuduh dengan pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM15,000 bagi setiap tuduhan atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh hukuman,” katanya.
Abdul Sukor didakwa dengan niat memperdaya majikannya apabila mengemukakan dua tuntutan palsu menggunakan Sijil Bayaran Kontrak Kerja Pertanian berkaitan pembersihan parit dan sempadan di dua kawasan seluas 38.60 dan 35.59 hektar yang sebenarnya tidak pernah dilakukan.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Felda Palong 3 antara 31 Disember 2011 hingga 5 Januari 2012, yang didakwa mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurdiyanah Mohd Nawawi manakala tertuduh diwakili Siti Huzaifah Abdul Talib.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:15 AM


ABDUL Sukor (kiri) turut didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5787#sthash.PdlaRRl3.dpuf

Cemas 15 minit

Oleh Norul Awatif Romli

awatifromli@hmetro.com.my
Alor Setar: Lebih 35 rumah di tiga kawasan perumahan di Mergong, di sini, rosak teruk terutama bumbung akibat dibadai puting beliung berskala kecil, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 4.50 petang di Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu dan Taman Inang selepas hujan lebat.
Seorang penduduk, Azwar Hafifi Mohd Tajuddin, 37, berkata, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen bersama ibu bapa, isteri dan empat anak apabila terdengar bunyi benda jatuh di atas bumbung.
Katanya, dia menjenguk ke luar kerana hairan dengan bunyi itu yang semakin lama semakin berlarutan sebelum ternampak bumbung rumah jirannya terangkat dibawa angin.
“Saya terdengar jiran di depan rumah melaungkan azan dengan kuat dan pada masa sama anak sulung, Diana Ernisa, 14, berlari keluar rumah dalam keadaan panik kerana mahu menyelamatkan diri.
“Saya menjerit mengarahkan ahli keluarga lain mencari tempat perlindungan dalam rumah sebelum memanggil Diana Ernisa masuk kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batin, di sini.
Katanya, kejadian itu berlaku terlalu pantas menyebabkan mereka sekeluarga tidak sempat melakukan apa-apa melainkan berdoa kepada Allah SWT supaya ribut yang diselangi pusaran angin kuat setinggi 100 meter itu berlalu dengan segera.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:20 AM


PUTING beliung dirakam pengguna jalan raya berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5818#sthash.ImIzvuYh.dpuf

Tiada siapa perasan

Oleh Arifin Salleh

am@hmetro.com.my
Melaka: Seorang lelaki warga emas cedera parah dan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Lorong Pandan, Bachang di sini, sebelum ditemui dan diselamatkan, kelmarin.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Lim berusia 50-an itu dipercayai terjatuh sebelum terbiar hampir empat jam di satu sudut sempit di bahagian dapur bangunan berkenaan sejak jam 4.30 petang.
Sumber berkata, mangsa ditemui dengan belakang kepalanya terkoyak terkena bucu batu di tempat kejadian serta tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan.
“Seorang penduduk berusia 25 tahun mendakwa melihat mangsa terbaring di celah ruang dapur dalam keadaan tidak bergerak ketika membuka jeriji tingkap.
“Selepas meninjau, dia cuba memanggil mangsa berkali-kali, tetapi tiada sebarang jawapan dan menyangkakan mangsa sudah mati sebelum memanggil ahli keluarganya.
“Penduduk terbabit cuba menyelamatkan mangsa, tetapi berdepan kesukaran berikutan jeriji tingkap rumahnya terlalu kecil sebelum menghubungi talian kecemasan,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:20 AM


DUA anggota JPAM menyelamatkan mangsa di tempat kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5821#sthash.E1eX0DEn.dpuf

Mangsa ragut balas dendam


Kuala Lumpur: Dua penjenayah tidak menyangka mangsa yang diragut bertindak nekad mengejar mereka sejauh lebih tiga kilometer sebelum merempuh mereka hingga terjatuh.

Tindakan itu menyebabkan dua penjenayah belasan tahun itu dibelasah dan ditangkap orang ramai yang melihat kejadian itu di Setapak di sini, petang semalam.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa seorang pengurus sebuah restoran berhenti di persimpangan lampu isyarat di Taman Melati, Gombak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 28 tahun yang menaiki motosikal sempat berbual menggunakan telefon pintar dan membalas SMS.

Menurutnya, dua suspek yang menaiki motosikal Yamaha 125Z tiba-tiba muncul dan terus meragut telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri.

“Mangsa yang berang dengan tindakan suspek mengejar penjenayah sehingga ke kawasan Setapak sebelum merempuh motosikal suspek yang berhenti di tepi jalan.

“Akibatnya suspek terjatuh di atas jalan raya. Salah seorang daripada suspek berusia 18 tahun berjaya ditangkap manakala rakannya sempat melarikan diri,” katanya pada sidang media di ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:20 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5816#sthash.KAPW2BAo.dpuf

Mayat atas sofa

Kuala Lumpur: “Saya sangkakan dia sedang tertidur di sofa. Tidak sangka rupanya dia sudah mati,” kata seorang saksi kejadian yang menemui mayat seorang lelaki di tingkat bawah Pangsapuri Sri Pakar, Cheras di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa berumur 42 tahun itu ditemui dalam keadaan bersandar di sebuah sofa yang berada di bawah pangsapuri itu.
Saksi itu yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian disedari apabila mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas walaupun dikejutkan beberapa kali.
“Kemudian barulah saya sedar mangsa sudah meninggal dunia apabila melihat keadaan wajahnya yang pucat. Saya kemudian segera memaklumkan perkara itu kepada polis,” katanya.
Katanya, beberapa jam sebelum kejadian, mangsa ada mengadu tidak begitu sihat dan sering muntah-muntah.
“Saya ada mengajak dia ke klinik untuk membuat pemeriksaan doktor namun dia menolak. Tidak sangka pula dia ditemui tidak bernyawa tidak lama kemudian,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.
“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:19 AM


MAYAT mangsa ditemui dalam keadaan tersandar di sofa berhampiran Pangsapuri Sri Pakar, Cheras.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5808#sthash.U18llTbO.dpuf

22 rumah rosak

Oleh Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my
Alor Setar : “Saya terdengar bunyi kuat seperti kapal terbang melintas disertai deruan angin sebelum tiba-tiba pusaran angin menerbangkan bumbung dan meranapkan rumah. Tangan kanan dan belakang badan saya luka kecil akibat terkena zink yang melayang.”
Begitu kata Mohd Shafiq Abd Abd Kadir, 15, apabila rumahnya antara 22 buah rumah dibadai puting beliung di Kampung Sungai Baru, Jalan Kuala Sungai, dekat sini, kira-kira jam 4.45 petang semalam.
Mohd Shafiq berkata, dia sedang menonton televisyen di ruang tamu manakala ibu bapanya tiada di rumah kerana bekerja.
Katanya, kejadian berlaku pantas hinggakan dia tidak sempat berbuat apa-apa mahupun menyelamatkan barang berharga dalam rumah berkenaan.
“Ia berlaku sekelip mata, selama 10 minit dan kemudian hilang. Ketika itu saya terdengar suara riuh rendah di luar rumah dan terkejut melihat atap zink beberapa rumah jiran turut diterbangkan puting beliung berkenaan.
“Namun, saya bersyukur kerana terselamat tetapi sehingga sekarang masih terbayang-bayang kejadian menakutkan itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:19 AM


KEADAAN rumah di Kampung Sungai Baru rosak teruk dalam kejadian ribut, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5810#sthash.sc2wnH1W.dpuf

Warga Myanmar dikhuatiri lemas di Sungai Kuantan


1 November 2014

 
KUANTAN - Seorang lelaki warga Myanmar dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan hilang di Sungai Kuantan berhampiran Surau Medan Warisan, Tanah Putih di sini, petang semalam.
   
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, berdasarkan maklumat mangsa dikenali sebagai Khup Tum, 40, pekerja sebuah pasar raya di sini.
   
Katanya mangsa dipercayai pergi ke sungai itu pada 4.30 petang semalam, namun tidak dapat dipastikan tujuan beliau berada di situ.
   
Usaha mencari mangsa melibatkan 16 anggota termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis dengan dua buah bot, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
   
"Operasi petang semalam ditamatkan pada 7 petang ekoran cuaca hujan dan gelap sebelum disambung semula hari ini," katanya menambah sehingga 4 petang tadi, mangsa masih gagal ditemui. - Bernama

Nyaris maut selepas bakar rumah sendiri


1 November 2014


GEORGETOWN - Seorang warga emas nyaris maut selepas dia membakar rumah yang didiaminya di Desa Selatan, Jelutong di sini pagi tadi.
   
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, lelaki berusia 60-an itu yang dipercayai mempunyai masalah mental dapat diselamatkan jirannya selepas rumahnya di tingkat tiga pangsapuri berkenaan terbakar.
   
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang tinggal seorang diri di rumah berkenaan mengaku membakar kediamannya dengan membakar kertas sehingga menyebabkan api merebak.
   
"Bagaimanapun tindakan pantas jiran-jirannya telah berjaya menyelamatkan lelaki itu dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya di sini, hari ini.
   
Beliau berkata lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
   
Sementara itu Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak,  Muhammad Akmaluddin Said berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.35 pagi mengenai kebakaran itu.
   
"Sebaik jentera pertama tiba, kami mendapati api telah dipadamkan oleh penduduk perumahan berkenaan," katanya. - Bernama

Nelayan maut dipanah petir


Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kuala Merlimau, malam kelmarin.
Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kuala Merlimau, malam kelmarin.
MERLIMAU - Seorang nelayan maut akibat dipanah petir ketika seang melakukan kerja-kerja menarik jaring ikan di laut, kira-kira 6 kilometer dari Jeti Kuala Merlimau, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa, Hasyim Bakar, 53, dikatakan pergi ke laut bersama anak buahnya yang berusia sekitar 30-an, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Pegawai Bomba Kanan II Yahya Ahmad berkata, seramai tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan.

“Kita menerima panggilan kira-kira 8.30 malam. Anggota bomba membantu memindahkan mangsa dari perahu nelayan ke atas jeti,” katanya di sini, semalam.

Sidang Pengkalan Samak, Norhashim Gemul berkata, dia menerima panggilan daripada seseorang kira-kira 9 malam mengatakan mangsa dipanah petir ketika berada di laut.

"Akibat kejadian itu, dipercayai sebahagian besar kanan badan mangsa melecur terkena petir. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara anak buahnya itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa kemudian dihantar ke  Hospital Jasin untuk bedah siasat," katanya.

Norhashim berkata, Allahyarham Hasyim sudah lebih 30 tahun menjadi nelayan sebagai mata pencarian utama keluarga.

Menurutnya, Allahyarham sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Persatuan Nelayan Kuala Merlimau.

"Tak sangka arwah meninggal dunia dalam keadaan sebegini," katanya.

Menurut Norhashim, Allahyarham bukan sahaja disenangi di kalangan penduduk, malah sikapnya yang suka bergaul dengan masyarakat menyebabkan dia dikenali ramai.

Allahyarham Hasyim meninggalkan seorang balu, Nuli Sawi, 48, dan lima anak termasuk dua masih bersekolah.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim ketika dihubungi berkata, kes diklafikasikan mati mengejut.

Wanita ditangkap kerana cuba perkosa lelaki

1/11/14
Shutterstock Gambar hiasan

HOUSTON, Seorang wanita di Texas, AS, ditangkap anggota polis  setelah didakwa melakukan serangan seksual terhadap teman suaminya tatkala lelaki itu sedang tidur.

Megan Davis Hoelting (31), yang sudah ditangkap empat kali dalam sebulan terakhir ini, kepada Sherif Williamson County mengaku, dia memang menerobos masuk ke kediaman teman suaminya pada Isnin lalu.

Harian The Smoking Gun melaporkan, dengan hanya mengenakan pakaian tidur, setelah berhasil masuk ke dalam rumah itu, Megan menyelinap ke kamar lelaki tersebut. Setibanya di kamar lelaki itu, Megan melepaskan pakaian tidurnya dan dengan hanya mengenakan pakaian dalam dia naik ke atas katil si empunya rumah yang sedang nyenyak tertidur.

Dia atas ranjang, dia lalu menyepit pinggang lelaki itu dengan kedua kakinya, kemudian mencium  wajahnya. Kepada wakil ketua polis  daerah, mangsa mengatakan, dia terbangun dari tidur ketika merasakan seseorang menindihnya dan mencuba melakukan oral seks kepadanya.

Dalam suasana remang-remang di dalam kamar, mangsa berusaha melihat orang yang melakukan serangan seksual terhadap dirinya. Dia lalu menggunakan telepon genggamnya untuk sedikit memberi cahaya di ruangan yang gelap itu.

Betapa terkejutnya lelaki tersebut kerana wanita tersebut     adalah isteri sahabatnya. Lelaki itu kemudian meminta Megan menghentikan perbuatannya dan segera meninggalkan rumah itu. Ketika Megan menolak, lelaki tersebut kemudian menghubungi balai polis daerah.

Megan kini ditahan anggota keselamatan setempat dan didakwa melakukan percubaan rompakan dan melakukan serangan seksual. Berdasarkan catatan  polis , Megan pernah ditahan pada 14 Oktober lalu untuk kes pencurian, 16 Oktober kes penyerangan, dan pada 21 Oktober kerana mabuk di muka umum.
Editor: Ervan Hardoko
Sumbernews.com.au/ KOMPAS.com