Search This Blog

Thursday, October 30, 2014

Bunuh: Tukang sembelih tak mengaku subahat


Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh hari ini.
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh hari ini.
KOTA BHARU - Seorang tukang sembelih ayam mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen, di sini, siang tadi, atas tuduhan bersubahat dengan dua lelaki menyebabkan kematian seorang peraih emas di Machang, Disember tahun lalu.

Hambali Muhammad, 29, didakwa bersubahat bersama Syaiful Syahriman Mustapa, 29, dan Mohd Asrul Zulkipli, 24, menyebabkan kematian Tuan Paridah Tuan Losen, 60, yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.

Kesalahan itu dilakukan di tepi kawasan semak tebing Jalan Kampung Paloh Rawa, Machang, pada jam 12.45 tengah hari, 22 Disember 2013.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azhari tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh dan memohon pengangguhan untuk kes disebut semula.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudian menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Mangsa tembak meninggal dunia


ADILA SHARINNI WAHID
30 Oktober 2014

KOTA BHARU - Selepas lebih dua minggu bertarung nyawa akibat parah ditembak dalam kejadian di Lorong Nyior Cabang, Berek 12, di sini, seorang pengawal keselamatan akhirnya meninggal dunia pada jam 8.05 malam tadi.

Syed Zainuddin Syed Noh, 52, meghembuskan nafas terakhirnya di Wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Langgar, pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng ketika ditemui mengesahkan perkara itu.

Pada jam 9.25 malam, 13 Oktober lalu, Syed Zainuddin yang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas minum di kedai berhampiran ditembak di perut dan pinggul kiri dari arah belakang oleh dua lelaki tidak dikenali, juga menaiki motosikal.

Mangsa parah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia.

Nyaris maut diserang jerung

Aktiviti meluncur ombak di Pantai Redhead berhampiran Newcastle, Autralia.
Aktiviti meluncur ombak di Pantai Redhead berhampiran Newcastle, Autralia.
NEW SOUTH WALES - AUSTRALIA. Seorang peluncur digigit jerung selepas tidak sengaja terpijak haiwan berkenaan. Bagaimanapun dia berjaya melepaskan diri selepas menendang haiwan berkenaan.

Ryan Hunt, 20, meluncur di Wallabi Point di selatan Port Macquarie selepas pulang daripada kerja petang semalam.

Menurutnya, semasa kejadian dia terperangkap dalam ombak menyebabkan dia berhenti meluncur dan secara tidak sengaja terpijak haiwan berkenaan.

“Saya berada dalam air separas pinggang, pada mulanya saya fikir ia batu sebelum ia tiba-tiba menggigit sebelah kaki saya.

“Saya kemudian menendang haiwan berkenaan dengan satu lagi kaki, dan haiwan berkenaan melepaskan kaki saya, namun menggigitnya semula.

Hunt memberitahu, dia terpaksa menendang haiwan tersebut beberapa kali untuk melepaskan diri, sebelum berjaya naik ke pantai dan diberikan rawatan kecemasan oleh rakan-rakannya yang berada di situ.

Dia dijadualkan untuk menjalani pembedahan pada luka kaki kirinya hari ini.

Hunt yang baru pulang daripada pertandingan meluncur di Jepun, sempat memuat naik gambar kakinya selepas digigit  jerung itu ke laman sosial.

Sementara itu, pengkaji menyatakan serangan serung yang sering berlaku di perairan Australia meningkat semenjak sukan air popular di kawasan berkenaan.

Awal tahun ini, dua jerung putih dibunuh selepas menyerang seorang peluncur, menyebabkan mangsa kehilangan kedua-dua lengan dalam kejadian tersebut.

Manakala satu lagi kes, seorang lelaki dibaham jerung dihadapan isterinya ketika berenang di Byron Bay pada September lalu.

Tiga bekas pelajar KTAC dihukum gantung bunuh pensyarah


SLUG_GANTUNGSELANGOR- SHAH ALAM - 30 OKTOBER 2014 -  Mohamad Zul
TIGA bekas pelajar kolej, Mohamad Zul Shahril Suhaimi (kiri), Mohamad Sharafe Matt Noh (tengah) dan Muhamad Safwan Muhamad (kanan) masing-masing dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas di dapati bersalah membunuh pensyarah Kolej Cybermatic, Zara Elena dan bapanya Peter Omar Abdullah. - UTUSAN
SHAH ALAM 30 Okt. - Tiga bekas pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena dan bapanya, Omar Peter, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian terhadap Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22; Mohamad Sharafe Matt Noh, 21; dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/tiga-bekas-pelajar-ktac-dihukum-gantung-bunuh-pensyarah-1.18649#sthash.SjLvF6To.dpuf

Saman penjawat awam disiasat khalwat, ditolak


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Tuntutan saman seorang penjawat awam yang mendakwa dikasari dan dicederakan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika ditahan bagi membantu siasatan kejadian khalwat kira-kira dua tahun lalu, ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Rosilah Yop memutuskan demikian dengan kos RM40,000 terhadap writ saman terpinda bertarikh 20 Mac lalu yang difailkan Mohd. Fakry Sidek, 33, yang bertugas sebagai kerani di sebuah perbadanan di Putrajaya ketika kejadian.
Mohd. Fakry selaku pihak plaintif mendakwa pihak pendakwaan telah berniat jahat ketika mendakwanya atas pertuduhan khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya pada pukul 1.30 petang, 10 Januari 2012 sebelum menarik balik tuduhan tersebut pada 3 Januari tahun lalu.
Pihak plaintif dalam pernyataan tuntutan terpinda menyatakan, dia telah pergi ke kuarters yang didiami oleh seorang rakan wanita yang tinggal bersama seorang anak perempuan pada pukul 1.10 pagi, hari yang sama selepas diberitahu yang pihak penguat kuasa Jawi telah menyerbu rumah tersebut.
Semasa berada di dalam kereta Viva setibanya di tempat meletak kenderaan di kuarters itu, Mohd. Fakry mendakwa, pihak penguat kuasa telah menuduhnya berkhalwat dengan wanita yang ketika itu berada di tingkat 4 sebelum dia dipaksa naik ke rumah berkenaan menggunakan kekerasan fizikal.
Hakim Rosilah dalam penghakimannya bagaimanapun berpendapat, pihak plaintif mempunyai reputasi yang tidak baik memandangkan dia pernah mengaku bersalah atas pertuduhan khalwat dengan wanita yang sama pada 2009 dan membayar denda.
Disebabkan itu beliau berpendapat, pihak plaintif tidak wajar diberi ganti rugi kerana pertuduhan khalwat oleh pihak pendakwaan terhadapnya adalah berasas.
Mengenai dakwaan pihak pendakwaan berniat jahat, mahkamah mendapati tangkapan yang dibuat oleh pihak Jawi ke atas pihak plaintif adalah wajar dan sah di sisi undang-undang.
Berdasarkan keterangan saksi-saksi pihak Jawi, hakim itu menyatakan, plaintif yang bertindak agresif menyerang dan menggunakan kekerasan serta enggan memberi kerjasama kepada penguat kuasa yang menjalankan tugas.
Tiada sebab untuk mahkamah menurut Hakim Rosilah, untuk tidak mempercayai keterangan saksi yang didapati saling sokong-menyokong antara satu sama lain itu dan kredibiliti mereka tidak pernah dipersoalkan.
Menurut keterangan saksi-saksi, wanita yang berada di rumah tersebut mengambil masa yang lama untuk membuka pintu dan setelah dibuka, pihak penguat kuasa mendapati tingkap di dalam bilik tidur itu terbuka selain didapati palang besi di luar rumah kelihatan bengkok.
Pihak penguat kuasa yang telah melakukan pemerhatian mendapati plaintif dan pasangannya serta kanak-kanak perempuan tersebut dilihat menuju ke rumah itu dan keluar pada pukul 9.30 malam sebelum masuk semula pada pukul 11.30 malam.
Dalam saman tersebut, pihak plaintif menamakan 10 defendan terdiri daripada empat pegawai penguat kuasa Pembantu Hal Ehwal Islam; Ketua Penolong Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Yaakob Abd. Rahim; dan Pendakwa Syarie, Mohd. Hafiz Idris.
Yang turut disenaraikan sebagai defendan ialah Ketua Pendakwa Syarie, Ibrahim Deris; bekas Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan kerajaan Malaysia. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/saman-penjawat-awam-disiasat-khalwat-ditolak-1.18690#sthash.YAyz4CXU.dpuf

Lelaki kudung mengaku rogol anak saudara


Tertuduh akan ditahan sementara kesnya disebut semula, bulan depan.
Tertuduh akan ditahan sementara kesnya disebut semula, bulan depan.
KOTA BHARU - Seorang lelaki kudung tangan kanan mengaku salah atas tuduhan merogol anak saudaranya, di mahkamah sesyen, di sini, sebentar tadi.

Penganggur berusia 56 tahun tersebut mengaku dituduh merogol remaja yang ketika itu berusia 16 tahun di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Dabong, Kuala Krai.

Kejadian berlaku pada jam 2 pagi hingga 4 pagi, Julai, tahun lalu.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus menetapkan 10 November depan untuk fakta dan hukuman. Jaminan tidak dibenarkan.

Dalam perkembangan lain, seorang penoreh getah juga dari Dabong, Kuala Krai mengaku tidak salah, dua kali merogol anak kandungnya ketika mangsa berusia 15 dan 17 tahun.

Kejadian pertama berlaku di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Slow Pak Long, pada jam 1 pagi, September 2011, manakala kejadian kedua, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Serasa Sri Mahligai, pada jam 12 tengah malam, 27 Mei lalu.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 2 Disember depan, sementara tertuduh tidak dibenarkan jaminan kerana tinggal serumah dengan mangsa.

Anwar puas hati hujah pasukan peguam bela


Datuk Seri Anwar Ibrahim berborak dan memberi reaksi muka yang ceria kepada barisan peguam belanya ketika menunggu keretanya untuk pulang sejurus tamatnya hari pembelaan kes liwatnya di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berborak dan memberi reaksi muka yang ceria kepada barisan peguam belanya ketika menunggu keretanya untuk pulang sejurus tamatnya hari pembelaan kes liwatnya di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
PUTRAJAYA - [VIDEO] Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim puas hati dengan hujah-hujah yang dikemukakan pasukan peguam bela beliau dalam rayuan kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar berkata, tidak munasabah untuk mahkamah mensabitkan beliau bersalah terhadap pertuduhan yang didakwanya fitnah jahat dan konspirasi poltik.

Menurutnya, pihak pembelaan yang berhujah sejak hari pertama diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram dan hujahan terakhir oleh Ram Karpal Singh mengemukakan hujahan secara terperinci dan terlalu kukuh.

Sementara itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan akan memulakan hujahannya pagi esok selepas memohon kepada mahkamah agar hujahan ditangguhkan.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Muhammad Shafee berkata, mereka memerlukan lebih masa untuk meneliti hujahan memandangkan banyak hujahan baru dikemukakan pihak pembelaan hanya diterima mereka pada Selasa lalu.

Menurutnya, banyak hujahan dibuat secara tergesa-gesa termasuk pindaan dan petisyen tanpa notis, yang memerlukan pendakwaan.

Hujahan akan dimulakan esok (pagi ini) di mana kami akan menjawab terlebih dahulu isu-isu penting," katanya sambil menambah hujahan balas mungkin mengambil masa hingga Isnin ini.

Wanita Sempat Beritahu Ditikam Kekasih Sebelum Maut


Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 8:31 PM

KOTA KINABALU: Ungkapan terakhir seorang wanita sebelum menghembuskan nafas terakhir membantu menyelesaikan kes pembunuhan terhadap dirinya dengan kejam.
Mayat Hamida Laka, 29, ditemui di sebuah ladang kira-kira pukul 3.30 petang di Kampung Mesilau, Kundasang, selepas mangsa sempat memberitahu abangnya bahawa dia ditikam oleh teman lelakinya.
Mangsa meninggal dunia dua jam kemudian dengan beberapa kesan tikaman di dada dan belakang.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan kira-kira pukul 6.40 petang selepas keluarga Hamida membuat laporan polis.
"Lelaki tersebut menafikan dia melakukan jenayah itu.
"Difahamkan motif kejadian didorong oleh sikap cemburu," katanya.
Hamida disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5.10 petang dan mayatnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat.

Kes rasuah Pengarah Kastam Perak, KL disebut semula 19 Disember

ANGGOTA dan pegawai Kastam menghadapi pertuduhan rasuah di Mahkamah Seksyen, Shah Alam, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 Disember ini untuk sebutan semula kes Pengarah Kastam Perak Datuk Mohd Nasir Said dan Pengarah Kastam Kuala Lumpur Datuk Mohd Isa Endot yang menghadapi tuduhan rasuah membabitkan penyeludupan arak tanpa cukai.
Hakim Datuk Noradidah Ahmad menetapkan tarikh itu selepas sebutan kes kedua-dua pengarah itu di hadapannya hari ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, yang mengendalikan pendakwaan, memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula selepas 10 November ini.
Ini kerana terdapat beberapa tertuduh lagi yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pada tarikh itu (10 November), pihaknya akan memohon untuk memindahkan kes mereka ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, katanya.
Selain Mohd Nasir dan Mohd Isa, Noradidah menetapkan tarikh sebutan sama iaitu 19 Disember terhadap 29 individu lain yang turut didakwa terhadap kesalahan itu.
Pada prosiding sama, peguam Syed Ismat Syed Muhamad yang mewakili Mohd Isa, mengemukakan bantahan berhubung pertuduhan yang dikemukakan terhadap anak guamnya.
"Kami memohon agar pihak pendakwaan kemukakan butiran lengkap dalam pertuduhan (identiti saksi). Jika butiran tidak lengkap, ia akan memprejudiskan anak guam kami yang perlu menyediakan pembelaan kelak," katanya.
Muhammad Saifuddin berkata mengikut Seksyen 20 Akta Perlindungan Saksi 2009, pihaknya dibenarkan untuk tidak mendedahkan identiti individu yang berada bawah program perlindungan saksi.
Noradidah kemudian menetapkan 4 Dis ini untuk mendengar hujahan berhubungan bantahan itu.
Pada 23 Oktober lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes Mohd Nasir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Mohd Nasir, 58, mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM80,000 berhubung tindakan individu dan syarikat membawa masuk arak tanpa cukai.
Ia adalah sebagai dorongan untuk tertuduh tidak mengambil tindakan atau menggunakan pengaruhnya agar tiada sebarang tindakan diambil terhadap dua individu dan syarikat yang mempunyai kepentingan bagi kesalahan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
Mohd Nasir, yang ketika itu Pengarah Kastam Melaka, didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada Oktober 2012 serta antara Januari dan Julai 2014 di Pasaraya Tesco Taman Midah, Cheras dekat sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 bergantung mana lebih tinggi. Mohd Isa pula mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM8,000 sebagai bayaran bulanan dan wang perlindungan bagi melicinkan semua urusan Kastam sebuah syarikat.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabatnya di Aras 5, Blok C, Wisma Kastam Kelana Jaya antara Mei dan Ogos lepas. - BERNAMA

Penduduk Padang Terap diminta siap sedia hadapi banjir





30/10/2014 7:02pm

KUALA NERANG - Penduduk kawasan rendah di daerah Padang Terap dinasihatkan supaya berwaspada dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berikutan paras air di Sungai Padang Terap kini melepasi paras amaran.

Portal rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyatakan bacaan sungai itu sehingga pukul 2 petang tadi mencecah 16.89 meter, yang menghampiri paras bahaya 17.07 meter.

Sehubungan itu, penduduk di sekitar kawasan sungai berkenaan diminta supaya sentiasa memantau paras air.

Paras air Sungai Padang Terap meningkat berikutan hujan lebat sejak semalam yang mengakibatkan 20 rumah dengan 80 penghuni di Kampung Padang Chenerai dan Kampung Belimbing Tualak dinaiki air.

Pegawai Pembangunan Masyarakat Daerah Padang Terap, Mazli Isa berkata, pihaknya kini bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku banjir. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_30.htm#ixzz3HdSEFcPU
Hakcipta terpelihara 

Mangsa gores dan menang Negeri Sembilan rugi RM5.6 juta


30/10/2014 7:40pm

SEREMBAN - Sebanyak 285 kes gores dan menang yang melibatkan kerugian kira-kira RM5.6 juta dicatatkan di Negeri Sembilan sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, seramai 70 suspek telah ditahan dan 31 individu telah didakwa di mahkamah sepanjang tempoh yang sama.
Beliau berkata setakat ini penganjur yang menjalankan kegiatan itu didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Pihak kami sedang berusaha untuk mendapatkan kesemua suspek dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman lebih berat iaitu penjara sehingga 10 tahun, sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan di sini hari ini.
Osman berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan di setiap tempat khususnya di pasar raya besar seperti Tesco, namun kebanyakan daripada mereka yang menjalankan kegiatan ini terus menghilangkan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguatkuasa. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_33.htm#ixzz3HdRshIbz 
Hakcipta terpelihara 

Nelayan dan pelajar dicekup ketika leka berjudi dalam talian


30/10/2014 6:57pm

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan dan seorang pelajar diberkas ketika leka berjudi dalam talian menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah kafe siber di Durian Burung di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu pihaknya turut menahan seorang penjaga premis berusia 20 tahun.
“Siasatan lanjut ke atas nelayan dan pelajar berusia 17 tahun itu mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, polis turut merampas set komputer yang digunakan untuk melakukan aktiviti perjudian tersebut berserta kelengkapan termasuk resit mesin deposit sebuah bank yang membolehkan seseorang itu memperolehi kata laluan dan kebenaran melayari laman web perjudian dalam talian dan membuat pertaruhan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_29.htm#ixzz3HdRdxQT9 
Hakcipta terpelihara 

Rumah kongsi terbakar, lapan pekerja tinggal sehelai sepinggang

Kebakaran membabitkan beberapa kontena yang digunakan warga asing sebagai tempat penginapan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, hari ini. - Foto Emel
PENANG 30 October 2014. Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran membabitkan beberapa kontena yang digunakan warga asing sebagai tempat penginapan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, hari ini. 


GEORGETOWN: Lapan pekerja binaan tinggal sehelai sepinggang apabila tiga rumah kongsi yang dijadikan tempat kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Persiaran Tanjung Bungah 3, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Mohd Rizuan Ramli berkata, kebakaran jam 3 petang itu turut memusnahkan sebuah kontena sepanjang 100 meter yang dijadikan stor simpanan peralatan serta bahan binaan.
"Pekerja warga asing berkenaan hanya sedar rumah mereka terbakar apabila ternampak asap tebal dari tempat mereka bekerja, kira-kira 40 meter dari rumah mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata ketika anggota bomba tiba, hampir keseluruhan struktur bangunan itu musnah dijilat api dan pihaknya mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. - BERNAMA

Polis letupkan beg pakaian disyaki berisi bahan letupan

ANGGOTA polis dengan bantuan anjing pengesan melakukan siasatan pada sebuah beg pakaian yang disyaki mengandungi bahan letupan. - Foto Adi Safri
KUALA LUMPUR : Sebuah beg pakaian yang disyaki mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di bawah jejantas di hadapan sebuah bank di Jalan Medan Tunku 1 diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB), sebentar tadi.
Ia diletupkan sebanyak dua kali iaitu pada jam 7.40 malam dan lima minit kemudiannya.
Lokasi kejadian juga kini masih dikawal ketat pihak polis.
Beg dimusnahkan UPB itu dipercayai ditinggalkan seorang individu kira-kira jam 4 petang tadi.

Lebih 10 kampung di Membakut terjejas akibat banjir



SK Sinoko yang digenangi banjir susulan hujan lebat sejak malam tadi. - Foto ihsan pembaca BH
MEMBAKUT: Lebih 10 kampung terjejas dan empat sekolah ditutup berikutan banjir melanda daerah ini, awal pagi tadi.
Pengawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman, berkata antara kampung yang terjejas ialah Kampung Bambangan dan Kampung Sinoko, namun sehingga lewat petang semalam jumlah mangsa dipindahkan belum diketahui kerana usaha memindahkan penduduk masih dijalankan.
"Setakat ini, sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan Pejabat Daerah Kecil Membakut.
"Kita akan terus memantau perkembangan ini dan semua agensi berkaitan sudah mula menggerakkan operasi masing-masing," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, banjir berlaku disebabkan hujan beberapa jam sejak tengah malam tadi di daerah ini.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Jame Alip, berkata sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sinoko, SK Bambangan, SK Lembah Poring dan SK Tamalang dengan seramai 217 murid dan 50 guru terjejas.

Mayat guru wanita jatuh jambatan di Sungai Muda ditemui



Pasukan penyelamat mengangkat jenazah Siti Hajar Abu Bakar, 48, yang ditemui pada 4.07 petang tadi selepas terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil dekat sini pagi semalam. - Foto Omar Osman
SUNGAI PETANI: Mayat seorang guru wanita yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil dekat sini pagi semalam, ditemui petang ini.
Mayat Siti Hajar Bakar, 48, ditemui pada 4.07 petang tadi kira-kira 1.5 kilometer dari tempat mangsa terjatuh di atas sebuah jambatan di situ.
Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Rosdi Ismail berkata mayat mangsa ditemui setelah ia timbul ketika usaha mencari dijalankan.
"Mayatnya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat," katanya di sini, hari ini.
Lapan anggota Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat terbabit dalam operasi mencari mangsa dengan dibantu tujuh anggota Balai Bomba Sungai Petani.
Turut membantu dalam operasi itu anggota polis, RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, penduduk kampung dan keluarga mangsa.
Bomba menggunakan bot sepanjang operasi itu berikutan keadaan Sungai Muda yang dalam dan berarus deras.
Beberapa penduduk kampung mendakwa melihat seorang wanita mundar-mandir di atas jambatan berhampiran Kampung Pantai Cicar kira-kira 7 pagi semalam.
Siti Hajar yang tinggal di kawasan perumahan Taman Petani Jaya di sini, bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang di sini.
Beliau dikatakan ke kawasan itu dengan memandu keretanya yang diletakkan di tepi jalan raya berdekatan Kampung Pantai Cicar. - BERNAMA

Kanak-kanak perempuan mati dipercayai terjerut tali buaian di Jempol

JENAZAH mangsa dibawa oleh kakitangan Hospital Jempol untuk dibedah siasat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. - Foto Abnor Hamizam
JEMPOL: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati dipercayai terjerut tali buaian di rumah datuknya di Felda Lui Muda dekat sini, hari ini.
Kejadian kira-kira 3.40 petang itu berlaku ketika Isma Umairah Radzuan sedang bermain buaian itu seorang diri di bahagian dapur.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kejadian itu disedari bapa saudaranya setelah mendapati kanak-kanak itu tiba-tiba senyap.
"Ketika bapa saudaranya pergi ke dapur, dia mendapati mangsa dalam keadaan tergantung dengan lehernya terjerut pada tali buaian.
"Bapa saudara mangsa segera memotong tali buaian itu sebelum membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Lui Muda. Namun, doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya mayat Isma Umairah dihantar ke Hospital Jempol dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

Pekerja Am Terlepas Hukuman Gantung


Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 5:32 PM

IPOH: Seorang pekerja am terlepas daripada hukuman gantung mandatori setelah Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar 226 gram ganja, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Noorin Badaruddin memutuskan demikian terhadap Sariff Safie, 31, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Noorin menyatakan pada tahap penilaian maksima, mahkamah tidak yakin dengan keterangan pendakwaan yang hanya memanggil seorang saksi sahaja untuk menunjukan dadah tersebut dijumpai bersama-sama tertuduh.

"Walaupun dikatakan dadah tersebut dijumpai pada badan tertuduh, namun tanpa sebarang keterangan sokongan terhadap keterangan saksi pendakwaan keempat, iaitu setidak-tidaknya seorang lagi saksi.

"Saya merasakan tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh atas pertuduhan terhadapnya dengan bergantung kepada keterangan saksi pendakwaan keempat semata-mata," katanya.

Beliau berkata mahkamah turut meragui kredibiliti saksi berkenaan yang menyatakan tidak memberitahu pegawai penyiasat, mengenai enam orang tangkapan lain pada hari yang sama tertuduh ditangkap dengan alasan mereka tidak berkaitan dengan kes tertuduh.

Noorin berkata tertuduh juga berjaya menimbulkan keraguan munasabah apabila menyatakan dadah tersebut dijumpai di dalam rumah bernombor 218 yang disaksikan oleh kedua ibu bapa tertuduh dan enam orang tangkapan lain pada tarikh serbuan dibuat.

"Maka saya tidak dapat membuat kesimpulan mengenai satu penemuan milikan positif dadah tersebut walaupun ia dikatakan dijumpai pada badan tertuduh," katanya.

Tertuduh, yang diwakili peguam bela Charan Singh, didakwa mengedar ganja tersebut di belakang sebuah rumah beralamat No.105, Kampung Ujong Pasir, Pengkalan Bharu, Pantai Remis, pada pukul 5.30 petang, 24 September 2012.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling, mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut 39(B)(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

10 Maut, 200 Hilang Dalam Insiden Tanah Runtuh Di Sri Lanka


Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 4:41 PM

COLOMBO: Seramai orang 10 maut manakala 200 lagi dilaporkan hilang selepas berlaku tanah runtuh akibat hujan lebat di kawasan penanaman teh utama di Koslanda pada Rabu.
Usaha pasukan penyelamat turut terjejas apabila tanah runtuh menutupi jalan raya sebelum mereka sampai ke lokasi kejadian.
"Kami mendapat laporan bahawa sebanyak 140 buah rumah hanyut dalam banjir lumpur itu," menurut jurucakap Pusat Pengurusan Bencana Sarath Kumara.
Tambahnya, laporan tidak rasmi pula mendakwa seramai 200 orang telah hilang dalam kejadian berkenaan.
Kumara berkata, setakat ini sebanyak 10 mayat telah ditemui oleh pasukan penyelamat manakala usaha pencarian masih diteruskan.
Dalam kejadian pada pukul 7.45 pagi itu, berpuluh-puluh buah rumah penduduk telah dihanyutkan oleh banjir lumpur sejauh 30 meter.

Mayat Guru Jatuh Jambatan Ditemui


Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 5:53 PM

SUNGAI PETANI: Mayat seorang guru wanita yang lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil dekat sini pagi Rabu, ditemui petang Khamis.
Mayat Siti Hajar Bakar, 48, ditemui pada 4.07 petang tadi kira-kira 1.5 km dari tempat beliau terjatuh di atas sebuah jambatan di situ.Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Rosdi Ismail berkata mayat mangsa ditemui setelah ia timbul semasa usaha mencari dijalankan.
"Mayatnya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat," katanya di sini.
Lapan anggota Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat terbabit dalam operasi mencari mangsa dengan dibantu tujuh anggota Balai Bomba Sungai Petani.
Turut membantu dalam operasi itu anggota polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, penduduk kampung dan keluarga mangsa.
Bomba menggunakan bot sepanjang operasi itu berikutan keadaan Sungai Muda yang dalam dan berarus deras.
Beberapa penduduk kampung mendakwa melihat seorang wanita mundar-mandir di atas jambatan berhampiran Kampung Pantai Cicar kira-kira 7 pagi Rabu.
Siti Hajar, yang tinggal di kawasan perumahan Taman Petani Jaya di sini, bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang di sini.
Beliau dikatakan ke kawasan itu dengan memandu keretanya, yang diletakkan di tepi jalan raya berdekatan Kampung Pantai Cicar.

6 Dikhuatiri Hilang Kapal Dagang Langgar Bot Tunda


Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 5:53 PM
Operasi mencari enam lagi anak kapal yang masih hilang giat dijalankan.

KUANTAN: Enam anak kapal sebuah bot tunda dikhuatiri hilang selepas sebuah kapal dagang melanggar bot dinaiki mereka di perairan Kuantan kira-kira 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang, di sini, awal pagi Khamis.
Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu dipercayai berlaku semasa tujuh anak kapal berada di dalam bot tunda tersebut sebelum dirempuh kapal berkenaan.
Menurut Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Nasir Adam, seorang daripada mereka berjaya diselamatkan sebuah bot nelayan yang kebetulan melalui kawasan itu manakala enam lagi masih hilang.
Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Martin Sembiring, 30, dari Indonesia.
Katanya, bot tunda jenis YTC M5 itu dinaiki lima warga Indonesia dan seorang warga tempatan dan difahamkan kapal dagang yang melanggar bot mereka itu beredar daripada lokasi kejadian.
"Satu laporan polis telah dibuat dan operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan," katanya pada sidang media di sini, petang Khamis.
Operasi mencari dan menyelamat diketuai APMM dengan dibantu polis serta bomba kini sedang giat dijalankan.

Polis Sabah Berbalas Tembakan Dengan Perompak


Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 6:11 PM

KOTA KINABALU: Polis mengepung empat blok rumah kedai di Penampang selepas berlaku insiden berbalas tembakan antara polis dan kumpulan yang dipercayai perompak bersenjata.
Pemilik kedai diarahkan untuk menutup premis mereka dan pemilik kenderaan diarahkan untuk mengalihkan kenderaan mereka kerana polis memberi tumpuan terhadap salah sebuah kedai yang terletak di tengah blok bangunan tersebut.
Jurugambar tidak dibenarkan untuk mengambil gambar manakala Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar dilihat mengarahkan anak buahnya dan menasihatkan orang ramai untuk meninggalkan lokasi itu.
Beberapa individu yang berada dekat dengan lokasi kejadian berkata, mereka terdengar bunyi tembakan dilepaskan dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu.
Sementara itu, beberapa saksi lain mendakwa dua individu disyaki perompak terbunuh.

Guru wanita dikhuatiri lemas di Sungai Muda

KHAMIS, 30 OKTOBER 2014 @ 2:04 PM

 
SUNGAI PETANI: Seorang guru wanita dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil dekat sini.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa, Siti Hajar Bakar, 48, yang dikatakan terjatuh ke dalam sungai berkenaan pagi semalam masih dijalankan setelah usaha yang dilakukan sejak petang semalam oleh anggota penyelamat tidak menemui mangsa.

Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Rosdi Ismail berkata kawasan operasi pada hari ini diperluaskan bagaimanapun keadaan air sungai yang keruh serta deras melambatkan kerja-kerja mencari.

Beliau berkata lapan anggota unit Skuba terbabit dalam operasi itu dengan dibantu tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Petani.


Turut membantu dalam operasi itu anggota polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk tempatan serta kaum keluarga mangsa, katanya di sini hari ini.

Anggota Bomba terpaksa menggunakan bot sepanjang operasi kerana keadaan Sungai Muda yang dalam dan berarus deras.

Beberapa penduduk kampung mendakwa melihat seorang wanita mundar-mandir di atas jambatan Syed Omar berhampiran Kampung Pantai Cicar kira-kira 7 pagi semalam.

Rosdi berkata pihaknya mendapat petunjuk mangsa terjatuh ke dalam Sungai Muda kerana ada kesan tapak kaki di atas paip besar di jambatan itu serta penemuan sebelah selipar yang disahkan milik mangsa.

"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan awalnya di dua kawasan berdekatan termasuk kawasan semak dan ladang kelapa sawit berdekatan tempat kejadian dan dalam sungai di mana mangsa dipercayai terjatuh," katanya.

Mangsa yang tinggal di kawasan perumahan Taman Petani Jaya di sini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang di sini, datang ke kawasan kejadian dengan memandu kereta dan meletakkan kenderaannya di tepi jalan raya berdekatan Kampung Pantai Cicar. - BERNAMA

Bekas pekerja kilang bebas tuduhan bunuh bayi dalam tandas

KHAMIS, 30 OKTOBER 2014 @ 2:52 PM

  
GEORGETOWN: Seorang bekas pekerja kilang yang sebelum ini didenda kerana melupuskan bayi perempuan yang dilahirkannya di dalam tandas secara rahsia lima tahun lalu, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan membunuh.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah terhadap tertuduh, Nurul Syuhada Shamsudin, 24.

"Selepas mempertimbang dan meneliti keterangan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan, saya lebih cenderung untuk menerima versi tertuduh yang mungkin lebih benar bahawa bayi itu mati sebelum dikeluarkan daripada faraj tertuduh.

"Oleh itu tidak ada kesalahan membunuh mengikut Seksyen 300 Kanun Keseksaan. Sehubungan itu saya berpendapat pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


"Sehubungan itu, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah. Saya dengan ini memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Nurul Syuhada, kini seorang suri rumah, berasal dari Parit Buntar, Perak, didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkannya antara 3 pagi hingga 7 pagi pada 31 Dis 2009, di dalam tandas perempuan di kilang Jabil Circuit, Bayan Lepas di sini.

Dia yang kini mengandung tujuh bulan, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pada 25 Januari 2011, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Nurul Syuhada tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas wanita itu.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 6 Mac 2013 Mahkamah Rayuan mensabitkan dan mendenda Nurul Syuhada RM3,000 selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan, iaitu melupuskan bayinya secara rahsia. Dia membayar denda itu.

Mahkamah Rayuan kemudiannya meminda pertuduhan Nurul Syuhada selepas penggantian pertuduhan dilakukan berdasarkan fakta ketara kes itu.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan memerintahkan wanita itu membela diri atas pertuduhan membunuh dan menghantar kembali kes itu ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Mengikut fakta kes mayat bayi berkenaan dijumpai tersangkut dalam lubang tandas kira-kira 2.15 petang keesokan harinya oleh seorang tukang cuci selepas menerima aduan tandas tersumbat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib manakala Nurul Syuhada diwakili peguam E Gunasegaran.

- BERNAMA