ISNIN, 27 OKTOBER 2014 @ 8:39 PM
KUANTAN: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun trauma setelah disamun tiga lelaki sewaktu menjaga kedai runcit milik keluarganya dalam kejadian di Kampung Sungai Karang Darat dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 1.35 tengah hari itu, pelajar tingkatan dua itu hanya mampu mendiamkan diri dan membiarkan tiga penyamun terbabit melarikan wang tunai bersama barangan runcit yang masih belum diketahui jumlahnya kerana bimbang akan diapa-apakan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, tiga suspek itu yang menaiki sebuah kenderaan berhenti di depan premis berkenaan sebelum masuk dan menyamar sebagai pelanggan untuk membeli barangan runcit.
"Selepas mendapati tiada pelanggan lain di dalam premis itu, seorang daripada suspek meminta mangsa agar tidak menjerit dan berdiam diri sebelum memberitahu mahu menyamunnya.
Mangsa yang panik dan ketakutan itu kemudiannya mendiamkan diri sebelum suspek mengambil wang tunai bersama barangan runcit dan hanya lima minit selepas suspek melarikan diri barulah mangsa menjerit memanggil ibunya," katanya kepada Bernama hari ni.
Polis percaya suspek merupakan penduduk tempatan dan masih berada di bandar ini meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan. - BERNAMA