Search This Blog

Sunday, October 19, 2014

Pereka Grafik Maut, Rakan Cedera Kereta Rempuh Treler


Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2014 5:45 PM

IPOH: Hasrat seorang pereka grafik sebuah syarikat di ibu negara menghadiri majlis alumni institusi pengajian tingginya di Pulau Pinang tidak kesampaian apabila kereta yang dipandu rakannya merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran Gopeng di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, Nabil Affandi Johar, 27, dari Batu Caves, Selangor cederaan parah dan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala rakannya yang juga Pegawai Kanan Integriti Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Muhammad Husaini Ahmad Mazlan, 28, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian kanan belakang treler yang membawa muatan baja Urea.

"Polis tidak menolak kemungkinan kereta dipandu Muhammad Husaini hilang kawalan ekoran keadaan gelap dan jalan basah," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata pemandu lori berkenaan tidak cedera.

Di BUTTERWORTH, seorang pelajar kolej maut dalam kemalangan langgar lari di Kilometer 130.5 PLUS arah Utara berhampiran persimpangan Sungai Dua di sini, Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, Muhammad Adham Mohamad Asmadi, 18, menunggang motosikal ke rumahnya di Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor dekat sini.

Mangsa mati di tempat kejadian selepas dirempuh oleh kenderaan yang belum dikenal pasti.

"Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang remaja lelaki itu hilang kawalan setibanya di tempat kejadian sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan. Bagaimanapun kenderaan itu terus meninggalkan tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Abdul Rahman berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Beliau meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan itu supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Dua Maut Nahas Motosikal Berkuasa Tinggi Di Lebuhraya Karak


Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 3:49 PM
Ketiga-tiga motosikal musnah akibat terbakar.

KUALA LUMPUR: Dua peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Bukit Lintang, Melaka Tengah maut manakala dua lagi rakan mereka parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di KM26.4 Lebuhraya Karak dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata kemalangan itu berlaku pada 11.24 pagi ketika kesemua mangsa bersama kumpulan konvoi mereka dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas bersarapan pagi di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lentang.

"Hasil siasatan awal mendapati sebuah lori kosong berada dalam keadaan melintang di atas laluan lebih raya itu hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

"Kumpulan konvoi itu dipercayai cuba mengelak kesesakan dengan mencelah antara kenderaan namun atas faktor kecerunan kawasan itu dan saiz motosikal, mereka tergesel sesama sendiri lalu menyebabkan motosikal mereka terbabas dan terbakar," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata pada mulanya tiga motosikal terlibat dalam kemalangan itu, yang mengakibatkan dua penunggangnya tercampak daripada motosikal masing-masing manakala seorang lagi rentung dijilat api setelah motosikalnya terbakar.

Namun, selang beberapa saat kemudian, seorang lagi penunggang motosikal turut bergesel dengan dua buah kereta dan mengakibatkan mangsa tercampak ke bawah sebuah kereta yang memandu di lorong laju.

Penunggang itu maut di tempat kejadian.

Ali berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Zali Khalid, 32, dan Md Nizam Hanapiah, 47.

Beliau berkata mayat mereka dibawa ke Hospital Selayang di sini untuk bedah siasat manakala dua penunggang yang parah turut dirawat di hospital itu.

Bernama difahamkan kesemua mangsa adalah antara 100 peserta konvoi sebuah kelab motosikal di Melaka Tengah.

Sebelum ini, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Aidil Ab Majid berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.22 pagi dan tiba di lokasi berkenaan lima minit kemudian.

Beliau berkata seramai tujuh anggota dari balai bomba Selayang diarah ke tempat kejadian. 

4,500 maut akibat Ebola


Geneva: Angka kematian akibat wabak Ebola paling buruk di dunia menjangkau 4,500 orang, lebih separuh daripada 9,000 mangsa yang dijangkiti.
Dalam laporan terbarunya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, 4,555 mati akibat Ebola daripada 9,216 kes didaftarkan di tujuh negara setakat 14 Oktober lalu.
Hanya dua hari lalu angka kematian dicatatkan 4,493 daripada 8,997 kes.
Menurut laporan terbaru itu, Liberia paling buruk dilanda dengan 4,462 kes dan 2,484 kematian setakat 13 Oktober, diikuti Sierra Leone dengan 3,410 kes pada 14 Oktober dengan 1,200 kematian.
Guinea, tempat wabak itu bermula Disember lalu, mempunyai 1,519 kes dan 862 kematian setakat 14 Oktober.
Pekerja kesihatan terus menanggung kesan berat kerana usaha mereka dengan 239 kematian daripada 423 kes jangkitan di seluruh negara itu, termasuk dua yang dijangkiti di Amerika Syarikat dan seorang di Sepanyol.
Sementara itu, WHO turut dipersalahkan kerana gagal mengambil langkah awal mengekang penularan Ebola di Afrika Barat.
Perkara itu didedahkan dalam draf laporan WHO yang menunjukkan badan itu gagal mengelak virus itu merebak selepas pertama kali dikesan disebabkan kakitangan yang tidak berpengalaman dan kekurangan maklumat.
WHO turut dilihat gagal menjangka kaedah pembendungan penyakit berjangkit biasa tidak sesuai digunakan di rantau yang sempadannya mudah dilintasi selain mempunyai sistem kesihatan yang tidak sempurna.-AP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2729#sthash.jofmiljB.dpuf

Penagih dadah nyaris lemas terjun sungai elak ditahan polis

AHAD, 19 OKTOBER 2014 @ 6:33 PM

 
KEPALA BATAS: Seorang penagih dadah nyaris lemas selepas terjun ke dalam sungai di Kuala Muda, di sini ketika cuba meloloskan diri daripada serbuan polis hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Superintendan Guan Beng Kang, berkata sebaik menyedari kehadiran polis, lelaki berusia 30-an yang sedang menghisap dadah bersama rakan-rakannya dalam kawasan semak terus bertindak terjun ke dalam sungai yang terletak berhampiran.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Ops Mutiara Bersepadu bagi membanteras aktiviti penagihan dan pengedaran dadah, di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara (SPU) di sini.

"Tindakan lelaki itu nyaris menyebabkan dia lemas kerana dia tidak tahu berenang.



"Pasukan polis marin yang turut menyertai operasi berkenaan bertindak menyelamatkan penagih dadah terbabit. Dia dibawa ke IPD berkenaan.

"Dalam operasi yang bermula pukul 4 pagi itu kami memang bersiap sedia dengan dua buah bot dari pasukan marin bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Ops berkenaan disertai 96 pegawai dan anggota polis dari JSJN Pulau Pinang, JSJN Bukit Aman, Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Guan berkata, dalam operasi yang tamat pada jam 11 pagi itu, pihaknya menahan 83 lelaki termasuk warga asing dari Thailand dan Pakistan yang didapati positif dadah.

Katanya, mereka yang berusia 20 hingga 60 tahun itu ditahan di empat lokasi 'panas' penagih dadah di daerah SPU iaitu Kuala Muda, Pinang Tunggal, Bakau Tua dan Kuala Bekah.

Guan berkata, dalam operasi itu pihaknya turut merampas sejumlah dadah jenis syabu dan heroin serta wang tunai. - BERNAMA

22 maut banjir landa Nicaragua

AHAD, 19 OKTOBER 2014 @ 8:53 AM

 

KIRA-KIRA 22 orang terkorban, manakala lebih 32,000 hilang tempat tinggal berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Managua. - Foto REUTERS
MANAGUA: Kira-kira 22 orang terkorban, manakala lebih 32,000 hilang tempat tinggal berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Managua, ibu negara Nicaragua.

Sembilan daripada mangsa meninggal dunia akibat tebing konkrit runtuh manakala empat lagi dihanyutkan arus deras di pinggir bandar raya berkenaan.

Jurucakap kerajaan, Rosario Murillo, berkata, lebih 4,544 rumah rosak atau musnah akibat banjir.



Setakat ini 5,630 penduduk diletakkan di pusat pemindahan sementara banjir dengan lebih 17 jabatan kerajaan kini dikerah untuk membantu, terutama dalam mengagihkan makanan. - AFP

Remaja mangsa langgar lari


Mangsa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan lain.
Mangsa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan lain.
SUNGAI DUA - Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai menjadi mangsa langgar lari di sini semalam.

Mangsa berusia 20-an itu dipercayai dilanggar sebuah kenderaan berhampiran Plaza Tol Sungai Dua di sini.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Pulau Pinang dilanggar kenderaan lain di KM 130.5 Lebuhraya Utara Selatan menuju ke arah utara.

"Remaja itu dipercayai maut di tempat kejadian sebelum dihantar ke bilik mayat Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat. Kes terbabit disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Pemandu jengkaut maut


Dua jengkaut terpaksa digunakan bagi memudahkan operasi. Gambar kecil: Pra Theang
Dua jengkaut terpaksa digunakan bagi memudahkan operasi. Gambar kecil: Pra Theang
KANGAR - Seorang pemandu jengkaut maut apabila tersepit dan tertusuk besi selepas jentera dikendalikannya terbalik ketika sedang melakukan kerja-kerja mengalihkan batu di bukit kuari, Jalan Sungai Batu Pahat, di sini, malam kelmarin.

Mangsa, Pra Theang Boon Chui, 52, berketurunan Siam itu maut semasa menjalankan kerja-kerja terbabit di lereng bukit dengan ketinggian hampir 25 meter sebelum ia tergelincir dan terbalik.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Muhammad Firdaus Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.08 malam dan tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang dilaporkan tersepit.

“Kami terpaksa meminta bantuan dua jengkaut di kawasan itu untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mangsa berasal dari Baling, Kedah dan tinggal di Padang Petani, Jejawi di sini.

Menurutnya, keluarga mangsa dipanggil untuk pengecaman mayat dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Pemandu maut, jengkaut terjunam 20 meter


Pra Theang a/l Boon Chui
KANGAR 18 Okt. – Seorang pemandu jengkaut maut selepas jentera itu terjunam dari bukit setinggi 20 meter ketika mangsa membuat jalan di lereng sebuah kuari di Jalan Sungai Batu Pahat di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, mangsa, Pra Theang a/l Boon Chui, 52, yang berasal dari Baling, Kedah dan tinggal di Padang Petani, Jejawi dekat sini, maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin ketika mengesahkan perkara itu berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Difahamkan, mangsa meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Muhammad Firdaus Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 petang dan tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ka­ngar, Kuala Perlis dan Padang Besar dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Jentera itu terbalik di bawah bukit dan bomba terpaksa meminta bantuan dua jengkaut lain untuk mengalihkan seterusnya memotong jentera terbabit. Mayat mang­sa hanya dapat dikeluarkan pada pukul 9.57 malam,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pemandu-maut-jengkaut-terjunam-20-meter-1.14329#sthash.gxcrZjmp.dpuf

Dadah: 
40 lelaki, 
2 wanita ditahan


PULAU PINANG 18 Okt. - Seramai 40 lelaki dan dua wanita disyaki penagih dadah berjaya ditahan polis dalam operasi Ops Mutiara Bersepadu yang diadakan di sekitar kawasan tapak pelupusan sampah di Jelutong, di sini awal pagi ini.
Dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 4 pagi itu, sekumpulan 15 pegawai dan 95 anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pasukan Polis Marin Wilayah Satu dan Angensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertindak mengepung dan menyerbu markas yang dipercayai menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian.
Operasi berkenaan juga difahamkan turut melibatkan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik Polis Diraja Malaysia (Sting) Bukit Aman yang terlebih dahulu melakukan intipan di kawasan berkenaan sebelum serbuan dilakukan.
Ketua JSJN negeri, Suprintendan Guan Beng Kang berkata, pihaknya melakukan kepungan di 10 lokasi yang merupakan laluan keluar masuk di kawasan terbabit menyebabkan para penagih gagal meloloskan diri.
Menurut beliau, polis bersedia dari awal dengan melakukan kepungan di kawasan berkenaan termasuk kepungan di kawasan laut menggunakan dua bot Pasukan Polis Marin bagi memastikan tiada penagih bertindak terjun ke laut untuk melarikan diri.
“Melalui pemeriksaan yang kita jalankan ke atas semua yang ditahan, beberapa pekej yang dipercayai dadah jenis heroin dan syabu dijumpai.
“Hasil pemeriksaan lanjut, lima lelaki ditahan kerana memiliki dadah dan 37 individu lain ditahan kerana disyaki penagih dadah,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Menurut beliau, bagi kesalahan memiliki dadah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.
Tambahnya, mereka yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penagihan dadah pula akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Selain itu, ujarnya, lapan individu yang ditahan dalam operasi ini akan didakwa mengikut Seksyen 6(2) Akta Penagih Dadah dan kes akan diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut.
“Semua yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri untuk siatan lanjut," ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/dadah-8232-40-lelaki-8232-2-wanita-ditahan-1.14283#sthash.JOXWsEFr.dpuf

Empat suspek kes bunuh diburu


SLUG_SUSPEK

SELANGOR - SHAH ALAM - 17 OKTOBER 2014 - Sasindran
SLUG_SUSPEK SELANGOR - SHAH ALAM - 17 OKTOBER 2014 - Sasindran a/l Kanaga Vijayan, Suspek yang di kehendaki polis kerana terlibat dalam kes bunuh. Gambar: Saharuddin Abdullah Pemberita: Mohamed Zabry Madzlan
SLUG_SUSPEK

SELANGOR - SHAH ALAM - 17 OKTOBER 2014 - Md Jahangir
SLUG_SUSPEK SELANGOR - SHAH ALAM - 17 OKTOBER 2014 - Md Jahangir Hossain,Warganegara Bangladesh, Suspek yang di kehendaki polis kerana terlibat dalam kes bunuh. Gambar: Saharuddin Abdullah Pemberita: Mohamed Zabry Madzlan
SLUG_SUSPEK

SELANGOR - SHAH ALAM - 17 OKTOBER 2014 - Rashu, Warganegara
SLUG_SUSPEK SELANGOR - SHAH ALAM - 17 OKTOBER 2014 - Rashu, Warganegara Myanmar, Suspek yang di kehendaki polis kerana terlibat dalam kes bunuh. Gambar: Saharuddin Abdullah Pemberita: Mohamed Zabry Madzlan
Rashnu
Rashnu
Md. Jahangir Hossain
Md. Jahangir Hossain
K.V. Sasindran
K.V. Sasindran
SHAH ALAM 18 Okt. – Polis meminta orang ramai memberikan maklumat berhubung empat suspek kes bunuh yang sedang diburu ketika ini.
Salah seorang suspek ialah K.V. Sasindran, 28, yang beralamat terakhir di No. 510, Blok 9, Jalan Cangkul 19/3 di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, Sasindran dicari bagi membantu siasatan kes bunuh K. Loges yang dijumpai terbaring berlumuran darah di hentian bas berhampiran Bulatan Sejahtera, Persiaran Selangor di sini pada 7 Julai lalu.
“Orang ramai boleh hubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Lai Lee Peng di talian 018-2418249,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sementara bagi tiga lagi kes, katanya, suspek yang diburu merupakan rakyat asing iaitu Md. Jahangir Hossain, 36, warga Bangladesh dan dua warga Myanmar, Kyaw Kyaw Lin, 30, serta pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Rashu, 46.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga suspek warga asing tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Safie di talian 013-6049549 (suspek Md. Jahangir); Asisten Supritendan Shaizal Md. Som 012-2631696 (suspek Kyaw Kyaw Lin) dan Inspektor Muhamad Rozaini 012-2398705 (suspek Rashnu).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/empat-suspek-kes-bunuh-diburu-1.14307#sthash.MMJStwTk.dpuf

Korban ribut Himalaya cecah 43 orang


KATHMANDU 19 Okt. – Jumlah korban akibat ribut di Nepal mencecah 43 orang sehingga hari ini, sekali gus merupakan insiden terburuk di negara Himalaya itu setakat ini.
Menurut pegawai, sebanyak 11 lagi mayat dijumpai semalam, dengan pihak berkuasa khuatir masih ada mayat tertimbus di bawah ais dan runtuhan salji.
Ribut yang melanda laluan Banjaran Himalaya di negara itu sejak Selasa lalu dan mencetuskan runtuhan salji, berlaku ketika kemuncak waktu pendakian.
Antara yang maut ialah 19 pendaki dari Kanada, Israel, Poland, Slovakia, India dan Vietnam.
Selain itu, sebanyak 370 pendaki serta penternak tempatan berjaya diselamatkan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/korban-ribut-himalaya-cecah-43-orang-1.14362#sthash.u1vt2Myv.dpuf