Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Perompak gagal larikan ATM BSN di Permyjaya

SABTU, 18 OKTOBER 2014 @ 11:31 AM

 
MIRI: Dua perompak bertopeng gagal dalam cubaan melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Permyjaya pagi tadi.

Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee, berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua-dua suspek cuba menarik keluar ATM menggunakan tali kabel namun terkena dan memecahkan satu daripada pintu kaca menyebabkan alat penggera berbunyi dalam cubaan jam 5.10 pagi tadi.

"Suspek melarikan diri apabila mendengar alat penggera berbunyi, tiada wang tunai hilang dalam ATM tersebut yang dianggarkan berjumlah RM300,000," katanya hari ini.

Beliau berkata, ATM yang cuba dilarikan oleh perompak berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan.



Beliau berkata, semasa kejadian, tiada pengawal keselamatan di tempat kejadian dan cap jari gagal dikesan kerana perompak menggunakan sarung tangan semasa melakukan rompakan.

- BERNAMA

Penyamun disangka polis, lelaki rugi hampir RM2,000

SABTU, 18 OKTOBER 2014 @ 7:38 PM

 
GEORGETOWN: Seorang pemandu limosin kerugian hampir RM2,000 selepas dirompak dua lelaki di Jalan Perak, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid, berkata dalam kejadian 6 pagi, lelaki berusia 51 tahun itu sedang menunggang motosikal menuju ke pusat bandar untuk ke tempat kerjanya sebelum ditahan suspek.

"Mangsa menyangka suspek adalah polis dan memberhentikan motosikalnya di bahu jalan. Melihat peluang itu, suspek terus mengacukan pisau ke arah pinggang mangsa dan merampas beg galas miliknya," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, beg galas itu mengandungi dompet berisi wang tunai berjumlah RM600, telefon pintar dan beberapa dokumen penting.



Mior Faridalathrash berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak sempat melihat nombor plat motosikal yang digunakan suspek.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, membuat laporan di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

- BERNAMA

Politeknik Ibrahim Sultan sahkan pelajar wanita diculik

SABTU, 18 OKTOBER 2014 @ 7:42 PM


JOHOR BAHRU: Pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang mengesahkan seorang penuntut wanita telah diculik beberapa individu tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di sini malam tadi.

Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PIS, Abdul Razak Salim, berkata mangsa yang berasal daripada Kuala Lumpur adalah penuntut semester lima jurusan Diploma Rekaan Fesyen di institusi pendidikan terbabit.

"Saya akan ke Dungun, Terengganu malam ini untuk menguruskan perkara itu namun saya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lain berkenaan kes itu," katanya.

BERNAMA difahamkan penuntut perempuan itu berjaya melarikan diri ketika kenderaan penculik itu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun, Terengganu pagi tadi.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Abdul Samad Salleh mengesahkan ada seorang pelajar politeknik dari negeri ini membuat laporan polis di Balai Polis Dungun, Terengganu pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan yang dibuat mana-mana pihak berhubung kehilangan anggota keluarga mereka di kawasan Seri Alam.

"Buat waktu ini kami masih menyiasat laporan polis yang dibuat oleh penuntut wanita itu. Polis juga merayu mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Menteri Jepun akan letak jawatan berikutan skandal dana

SABTU, 18 OKTOBER 2014 @ 10:51 AM

 
TOKYO: Sebagai satu tamparan kepada Perdana Menteri Shinzo Abe, Menteri Perdagangan dan Industri Jepun Yuko Obuchi yang baharu dilantik berhasrat untuk meletakkan jawatan berikutan laporan mengenai kumpulan penyokongnya menyalah guna dana politik.

Akhbar Nikkei melaporkan Obuchi, 40, anak perempuan seorang bekas perdana menteri, menyatakan kepada rakan terdekat Abe bahawa beliau bercadang untuk berundur dan akan membincang perkara itu apabila Abe kembali dari sidang kemuncak Asia-Eropah di Itali petang ini.

Obuchi yang dianggap calon yang mungkin menjadi perdana menteri wanita pertama di Jepun, memohon maaf kepada sebuah jawatankuasa parlimen Khamis lalu berhubung laporan mengenai penyalahgunaan dana, yang mungkin menyalahi undang-undang pilihan raya dan pembiayaan politik.

Jurucakap Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang rancangan Obuchi untuk meletakkan jawatan. Tidak ada sesiapa juga menjawab panggilan telefon di pejabatnya.



METI kemudian memaklumkan pihak media bahawa Obuchi membatalkan lawatan ke tengah Jepun hari ini bagi mengelakkan 'kekacauan' yang dijangka.

Nikkei menyatakan Obuchi memberitahu orang terdekat dengan Abe mengenai perancangannya untuk memikul tanggungjawab bagi apa yang berlaku.

"Saya sedang menyiasat (isu dana itu) tapi saya fikir tidak ada penjelasan yang memuaskan mengenainya," lapor akhbar itu memetiknya sebagai berkata.

Abe melantik Obuchi, seorang ibu dengan dua anak kecil, kira-kira dua bulan lalu bagi mengetuai METI. Beliau adalah seorang daripada lima wanita dipilih Abe dalam rombakan kabinet bagi menaikkan popularitinya dengan menunjukkan komitmennya terhadap pembangunan wanita. - REUTERS


Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Yuko Obuchi. - Foto AFP
DISYORKAN

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis Hong Kong

SABTU, 18 OKTOBER 2014 @ 1:48 PM

 
HONG KONG: Polis pencegah rusuhan bertempur dengan penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong hari ini ketika mereka menduduki semula kawasan yang dikosongkan sehari sebelum itu, menyebabkan beberapa orang ditahan dan menjejaskan rundingan bagi menamatkan kebuntuan politik itu.

Polis menggunakan belantan dan semburan pemedih mata terhadap penunjuk perasaan itu yang melindungi diri mereka dengan payung di daerah Mongkok.

Menurut wartawan AFP, kumpulan aktivis itu bergegas menaikkan semula penghadang di kawasan yang dibuka polis kepada lalu lintas 24 jam sebelum itu, manakala ribuan lain mengadakan bantahan duduk di khemah bantahan yang wujud hampir tiga minggu.

Dalam satu kenyataan, polis Hong Kong menyatakan mereka melakukan 26 penahanan dalam pergelutan dengan orang ramai yang menjangkau 9,000 orang pada awal pagi ini manakala 15 anggota polis mengalami kecederaan.



Hab kewangan Asia itu digegarkan selama beberapa minggu oleh penunjuk perasaan - sesetengahnya menarik kehadiran puluhan ribu orang - bagi menggesa pilihan raya bebas dan peletakan jawatan pemimpin bandar raya berkenaan, Leung Chun-ying. - AFP


Anggota polis bertempur dengan penunjuk perasaan prodemokrasi sebelum tengah malam tadi di daerah Mongkok, Hong Kong. - Foto EPA

16 maut ketika tonton konsert K-pop

SABTU, 18 OKTOBER 2014 @ 12:52 PM

 
SEOUL: Kira-kira 16 orang yang sedang menonton konsert pop di Korea Selatan maut selepas terjatuh 20 meter ke bawah apabila jeriji pengudaraan di mana mereka sedang berdiri, runtuh semalam.

Gambar di tempat kejadian di Seongnam, di selatan Seoul, menunjukkan terdapat struktur konkrit di bawah jeriji yang runtuh itu.

Jurucakap bandaraya Seongnam Kim Nam-jun mengumumkan kematian itu menerusi televisyen dan berkata 11 lain cedera parah dalam kejadian berkenaan.

Seorang lelaki yang terbabit dalam menganjurkan konsert berkenaan dijumpai mati awal hari ini dalam satu kejadian yang dianggap sebagai bunuh diri.



Pegawai bomba berkata, mangsa sedang berdiri di atas jeriji itu untuk menonton persembahan luar oleh kumpulan '4Minute' yang popular di seluruh Asia.

Kira-kira 700 orang berkumpul untuk menonton konsert itu, iaitu sebahagian daripada pesta tempatan.

Pegawai bomba berkata, kebanyakan mangsa yang maut dan cedera itu adalah orang ramai yang lalu lalang di situ yang berhenti untuk menonton konsert berkenaan selepas balik dari kerja.

Sebahagian besar daripada mangsa maut adalah lelaki berusia 30-an dan 40-an, manakala lima adalah wanita berumur 20-an dan 30-an.

Kim berkata, jeriji itu dipercayai runtuh kerana bebanan terlalu berat.

Kim berkata Perdana Menteri Chung Hong-Won melawat pusat kecemasan di Seongnam dan menggesa pegawai supaya memberi tumpuan kepada keluarga mangsa dan memastikan mereka yang cedera mendapat rawatan sempurna. - AFP


Anggota penyelamat melihat pelantar pengudaraan di mana 16 orang maut selepas terjatuh ke tempat letak kereta bawah tanah di Seongnam, Seoul semalam. - Foto AP

Perompak gagal rompak mesin ATM BSN


18 Oktober 2014


MIRI - Dua perompak bertopeng gagal dalam cubaan merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Permyjaya hari ini.

Ketua Polis Miri Asisten Komisioner, Gan Tian Kee berkata dalam kejadian 5.10 pagi itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua-dua suspek cuba menarik keluar ATM menggunakan tali kabel namun terkena dan memecahkan satu daripada pintu kaca menyebabkan alat penggera berbunyi.

"Suspek melarikan diri apabila mendengar alat penggera berbunyi, tiada wang tunai hilang dalam ATM tersebut yang dianggarkan berjumlah RM300,000," katanya hari ini.

Beliau berkata ATM yang cuba dilarikan oleh perompak berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan mesin tersebut.

Beliau berkata semasa kejadian, tiada pengawal keselamatan di tempat kejadian dan cap jari gagal dikesan kerana perompak menggunakan sarung tangan semasa melakukan rompakan. - Bernama

Polis tahan 42 penagih dadah di Jelutong


18 Oktober 2014

GEORGETOWN - Polis menahan 40 lelaki dan dua wanita disyaki penagih dadah dalam serbuan di sebuah tapak pelupusan sampah di Jelutong, di sini hari ini.
       
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Superintendan Guan Beng Kang berkata, dalam Op Mutiara Bersepadu dari 4 pagi hingga 10.30 pagi itu, polis melakukan kepungan melibatkan 10 laluan keluar masuk ke tapak sampah itu bagi mengelakkan penagih dadah terbabit meloloskan diri.
       
"Dua bot Pasukan Polis Marin Wilayah Satu turut diarah bersedia jika suspek cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam laut berdekatan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
       
Beliau berkata, lima lelaki daripada suspek yang ditahan turut didapati memiliki sejumlah heroin dan syabu yang diisi dalam beberapa paket kecil dan straw.
       
"Polis percaya selain menagih mereka turut mengedar dadah itu secara kecil-kecilan dengan menjadikan tapak pelupusan itu sebagai tempat jual beli dadah," katanya.
       
Beng Kang berkata, penagih dadah berusia antara 30 dan 50 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk tindakan lanjut. - Bernama

Bapa dan anak saudara maut kemalangan


18 Oktober 2014

KUANTAN - Seorang lelaki dan anak saudaranya maut manakala sepasang suami isteri parah dan isteri keduanya cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung di KM19 Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta jenis Honda Civic, Zahari Abdullah, 35, dari Kampung Pagar Sasak, Lipis dan anak saudaranya iaitu penumpang di sebelah pemandu, Nor Ain Syuhaidah Zainuddin, 13, pelajar SMK Sri Lipis.    

Bagaimanapun, rakan Nor Ain, pelajar sekolah yang sama Nurul Aini Mohd Zaman, 15, yang duduk di bahagian belakang cedera parah.

Sementara itu, pemandu pacuan empat roda jenis Nissan Frontier, Abillah Hamat, 60, seorang pesara tentera bersama isteri pertamanya yang duduk di bahagian penumpang hadapan, Semah Chik, 54, cedera parah manakala isteri keduanya, penumpang di bahagian belakang Faridah Daud, 43, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, nahas jam 2.30 petang itu berlaku semasa Honda Civic yang dinaiki Zahari bersama anak saudara serta rakan anak buahnya itu dalam perjalanan dari arah Lipis menghala ke Merapoh.

Katanya, Zahari dikatakan mengambil anak buahnya dari SMK Sri Lipis yang baru selesai menduduki peperiksaan di sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai kereta itu memotong beberapa buah kenderaan tetapi gagal lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda terbabit.

"Akibat pertembungan itu Zahari mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala anak saudaranya, Nor Ain akibat kecederaan dalaman," kata Abdul Razak kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dipandu laju semasa menuruni jalan berbukit di situ sebelum masuk laluan bertentangan.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan mangsa yang parah iaitu Nurul Aini dan Semah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan sementara Abillah dirawat di Hospital Lipis. - Bernama

Maut dibunuh rakan senegara


18 Oktober 2014


KUANTAN - Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terbabit dalam kes pergaduhan di sebuah rumah kongsi dekat KPTM 5 Jalan Kuantan-Gambang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pekerja buruh binaan itu yang dikenali sebagai Sairah, 39, didatangi sekumpulan lelaki juga dipercayai warganegara Indonesia dengan menaiki empat kenderaan pada pukul 8 malam.

"Dalam pergaduhan itu dipercayai mangsa diserang dengan tukul di lehernya mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri. Melihat keadaan mangsa yang tidak bergerak itu kesemua suspek melarikan diri," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan mati 20 minit kemudian.

Kata Abdul Aziz, pada masa yang sama rakan mangsa kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.- Bernama

Rumah dipecah masuk, pemilik restoran rugi RM50,000


17 Oktober 2014


KEPALA BATAS - Seorang pemilik restoran dan isteri bukan sahaja kerugian lebih RM50,000 akibat disamun malah mereka juga berdepan detik cemas apabila diikat dan diacukan parang serta besi tajam di leher oleh tiga lelaki yang memecah masuk rumah pasangan itu di Permatang Tinggi B, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa berusia 52 tahun dan isterinya 50 tahun, sedang tidur di dalam bilik di tingkat atas rumah banglo dua tingkat itu apabila dikejutkan dengan bunyi cermin pecah.

"Pemilik restoran itu turun untuk memeriksa dan mendapati cermin tingkap bilik air tingkat bawah pecah menyebabkan dia memeriksa di dalam dan luar kawasan rumahnya.

"Ketika pemilik restoran itu masuk semula ke dalam rumah, tiga lelaki mengepung mangsa dan isterinya yang juga turun ke tingkat bawah untuk melihat suaminya. Mereka diikat dan diacu parang serta besi tajam di leher dan diarah tidak melawan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata tiga lelaki terbabit menyelongkar bilik utama dan mengambil pelbagai barangan milik pasangan itu antaranya cincin, rantai leher, rantai tangan, telefon bimbit, dua utas jam tangan berjenama, beg tangan berjenama dan wang tunai RM1,700.

Abdul Rahman berkata seorang daripada lelaki terbabit cuba membuka bilik anak perempuan pemilik restoran itu yang berkunci tetapi gagal.

"Berikutan gagal membuka pintu bilik lain, mereka terus melarikan diri," katanya sambil memberitahu ketika kejadian tiga anak perempuan pemilik restoran itu berada di dalam bilik masing-masing.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu dilakukan oleh rakyat asing berdasarkan percakapan mereka. - Bernama

Mayat lelaki berulat, dimakan biawak ditemui dekat Manjung

JUMAAT, 17 OKTOBER 2014 @ 6:06 PM

 
MANJUNG: Mayat seorang lelaki yang tiada identiti ditemui dalam keadaan berulat dan dimakan biawak di kawasan belukar berhampiran Taman Pantai Damai, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah, berkata siasatan awal polis percaya lelaki berkenaan dibunuh kerana terdapat kesan lebam, luka dan tulang mangsa yang patah.

Beliau berkata, mayat berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 2.20 petang.

"Daging beberapa bahagian badan mangsa turut dipercayai dimakan binatang dan mayat berkenaan dipercayai sudah empat hari berada di kawasan terbabit sebelum ditemui.



"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh serta disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Mayat seorang lelaki yang tiada identiti ditemui dalam keadaan berulat dan dimakan biawak di kawasan belukar berhampiran Taman Pantai Damai, di sini petang semalam.

Mayat wanita ditemui terdampar di Pantai Kundor

JUMAAT, 17 OKTOBER 2014 @ 5:03 PM


MELAKA: Mayat seorang wanita ditemui terdampar di Pantai Kundor di Tanjung Kling, di sini kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi.

Mangsa, Sapura Yaakob, 30, yang berasal dari kawasan sekitar, dipercayai lemas.

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang kebetulan sedang melalui kawasan di situ.

Ia kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.




ANGGOTA polis dan orang awam membantu mengusung mayat seorang wanita, Sapura Yaakob, 30, yang ditemui terdampar di Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka, hari ini. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
DISYORKAN

Penoreh getah kena peluru sesat


SYAIRAH ABDUL LAJIS
18 Oktober 2014

 Abd Aziz duduk menenangkan diri selepas terkena peluru sesat, semalam
Abd Aziz duduk menenangkan diri selepas terkena peluru sesat, semalam Abd Aziz duduk menenangkan diri selepas terkena peluru sesat, semalam

KUALA PILAH - Seorang penoreh getah cedera di mata dan rusuk kiri akibat terkena peluru sesat, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Abd Aziz Jaafar, 48, yang cedera parah dihantar penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Padang Lebar sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini.

Mangsa berasal dari Kampung Padang Lebar dikatakan masuk ke kebun getah itu untuk memikat ayam hutan.

Menurut penduduk kampung yang enggan dikenali, mangsa masuk sendirian di hutan yang jaraknya kira-kira 300 meter saja dari belakang rumahnya.

“Tidak berapa lama kemudian, saya terdengar bunyi letupan. Saya ingatkan bunyi mercun menyebabkan saya tidak ambil peduli tentang bunyi itu.

“Tapi, tidak berapa lama kemudian, saya lihat beberapa penduduk kampung kecoh dan berlari ke lokasi kejadian. Saya difahamkan mangsa sempat menghubungi salah seorang penduduk kampung untuk membantu membawanya ke klinik," katanya.

Menurutnya, dia melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka, bagaimanapun masih sedarkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, mangsa dipercayai ditembak menggunakan peluru penabur dari short gun.

“Mangsa cedera parah di bahagian mata dan sisi badan kirinya. Bagaimanapun, keadaannya stabil.

"Hasil siasatan mendapati, arah tembakan dipercayai dari sebelah kiri mangsa," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, belum ada tangkapan setakat ini dan polis sedang mencari pihak bertanggungjawab.

"Polis sedang menyiasat tujuan suspek ke lokasi kejadian serta sama ada individu itu memiliki lesen senjata api yang sah atau tidak,” katanya.

Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata api tanpa sebab.

“Jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM5000,” katanya.

Lelaki, anak saudara maut nahas di Jalan Lipis-Merapoh

SABTU, 18 OKTOBER 2014 @ 9:55 AM



SEORANG lelaki dan anak saudaranya maut manakala sepasang suami isteri parah dan isteri keduanya cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung di KM19 Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis semalam. - Foto Ihsan Bomba
KUANTAN: Seorang lelaki dan anak saudaranya maut manakala sepasang suami isteri parah dan isteri keduanya cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung di KM19 Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu Honda Civic, Zahari Abdullah, 35, dari Kampung Pagar Sasak, Lipis dan anak saudaranya iaitu penumpang di sebelah pemandu, Nor Ain Syuhaidah Zainuddin, 13, pelajar SMK Sri Lipis.

Bagaimanapun, rakan sekolah Nor Ain, Nurul Aini Mohd Zaman, 15, yang duduk di bahagian belakang cedera parah.



Sementara itu, pemandu pacuan empat roda Nissan Frontier, Abillah Hamat, 60, seorang pesara tentera bersama isteri pertamanya yang duduk di bahagian penumpang hadapan, Semah Chik, 54, cedera parah manakala isteri keduanya, penumpang di bahagian belakang Faridah Daud, 43, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan, berkata nahas jam 2.30 petang itu berlaku semasa Honda Civic yang dinaiki Zahari bersama anak saudara serta rakan anak buahnya itu dalam perjalanan dari arah Lipis menghala ke Merapoh.

Katanya, Zahari dikatakan mengambil anak buahnya dari SMK Sri Lipis yang baru selesai menduduki peperiksaan di sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta itu cuba memotong beberapa kenderaan tetapi gagal lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda terbabit.

"Akibat pertembungan itu Zahari mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala anak saudaranya, Nor Ain akibat kecederaan dalaman," kata Abdul Razak kepada BERNAMA hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dipandu laju semasa menuruni jalan berbukit di situ sebelum masuk laluan bertentangan.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan mangsa yang parah iaitu Nurul Aini dan Semah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan sementara Abillah dirawat di Hospital Lipis.

- BERNAMA

Jumpa mayat lelaki dalam lori


NUR FARHANA ABDUL MANAN
18 Oktober 2014

 Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui dalam sebuah lori di Puchong Prima, pagi semalam
Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui dalam sebuah lori di Puchong Prima, pagi semalam Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui dalam sebuah lori di Puchong Prima, pagi semalam

PUCHONG – Misteri bau busuk yang menyelubungi sebuah pusat cucian kereta di Taman Puchong Prima dekat sini terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah lori di tepi premis tersebut.

Pekerja kedai cuci kereta yang enggan dikenali berkata, dia terhidu bau busuk sebelum terlihat kaki manusia terjuntai keluar di pintu lori terbabit.

Mengesyaki sesuatu yang buruk, dia kemudian menghubungi talian kecemasan 999 sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan, polis menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring, sudah berulat dan dihurung lalat dipercayai mati lebih tiga hari lalu.

Mangsa, seorang warga India dipercayai pekerja pusat cucian kenderaan terbabit dikenali dengan nama Ananthan berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.10 pagi memaklumkan penemuan tersebut.

“Mangsa ditemui terbaring di tempat duduk belakang lori. Hasil maklumat mangsa tidak pernah mengadu sakit sebelum ini namun seorang kaki mabuk,” katanya.

Beliau berkata, majikan mangsa memberitahu kali terakhir dia ke tempat kerja Isnin lalu untuk mengambil gaji dan tidak hadir kerja sehingga mayatnya ditemui semalam.

“Mangsa tidak bermusuhan dengan sesiapa, setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut kerana tiada kecederaan ditemui pada anggota badan si mati,” katanya.

Beliau berkata, lori jenis Nissan di mana mayat mangsa ditemui sudah tiga tahun tersadai di tepi pusat cucian kereta itu kerana rosak.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Dua bersaudara maut, 3 parah


WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Oktober 2014

 Keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan Kampung Selindang, Padang
Tengku.
Keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan Kampung Selindang, Padang
Tengku.

KUALA LIPIS - “Sebelum kejadian berkenaan berlaku, dua orang anak saudara bersungguh-sungguh untuk mengikut abang ke Kuala Lipis untuk mengambil anak saudara, namun dia melarang kerana hendak cepat.

Demikian kata Abdul Malik Abdullah, 30, adik kepada Allahyarham Zahari Abdullah, 35, yang maut dalam kejadian kemalangan di Kampung Selindang, Padang Tengku di sini, kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Turut maut dalam kejadian terbabit anak saudara mereka, Nur Ain Syuhaidah Zainuddin, 15. Seorang lagi mangsa, Nurul Ain Atiqah Muhamad Zaman, 15, dalam keadaan parah dan mendapat rawatan di Hospital Lipis.

Abdul Malik berkata, arwah Zahari menaiki kereta Honda menuju ke Kuala Lipis untuk mengambil Nur Ain Syuhaidah serta Nurul Ain Atiqah yang bersekolah di Sekolah Menengah Seri Lipis.

Menurutnya, sebelum itu arwah Zahari sempat berpesan kepada dua orang anak saudara agar menjaga rumah dan motosikal miliknya.

“Arwah abang bekerja di kilang papan Kechau Tui dan belum berumahtangga.

“Saya tidak menyangka akan kehilangan dua orang ahli keluarga sekali gus tambahan pula Nur Ain baru selesai menduduki peperiksaan PT3 pada Rabu lepas,” katanya.

Pesan jual telefon bimbit

Adik kepada Nur Ain, Nur Durrani Bulqini Zainuddin, 14, berkata, kali terakhir dia bertemu arwah kakaknya pada hujung minggu lalu.

Menurutnya, tiada perubahan ketara yang ditunjukkan oleh arwah kakaknya yang juga anak sulung daripada lima beradik.

“Arwah kakak sempat berpesan kepada rakannya andai dia tiada nanti minta dijual telefon bimbit miliknya.

“Arwah kakak seorang yang bertanggungjawab malah sering menasihati saya serta adik-adik yang lain supaya belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Libatkan dua kenderaan

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berkenaan berlaku di kilometer 19 jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Selindang membabitkan dua kenderaan jenis Honda Civic dan pacuan empat roda Nissan Frontier.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Honda Civic yang dipandu Zahari bersama dua penumpang, Nur Ain Syuhaidah dan Nurul Ain Atiqah datang dari arah Kuala Lipis menuju ke Kampung Pagar Sasak.

“Sampai di tempat kejadian kereta yang dipandu Zahari gagal dikawal sebelum bertembung dengan pacuan empat roda dipandu oleh Abllah Hamat, 60, bersama dua penumpang yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, Zahari dan Nur Ain Syuhaidah yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan organ dalaman,” katanya.

Abdul Razak berkata, Nurul Ain Atiqah, Abllah dan seorang lagi penumpang hadapan pacuan empat roda, Semah Chik, 54, mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di Hospital Lipis.

Menurutnya, seorang lagi penumpang belakang pacuan empat roda terbabit, Faridah Daud, 44, hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Mangsa yang maut telah dibawa ke rumah mayat Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi yang mengetahui tentang kejadian berkenaan diminta tampil di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membantu siasatan.

Ibu tunggal hati batu


WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Oktober 2014

 Ibu tunggal empat anak ini ditahan bersama teman lelakinya dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Yahaya Ahmad, pagi kelmarin.
Ibu tunggal empat anak ini ditahan bersama teman lelakinya dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Yahaya Ahmad, pagi kelmarin. Ibu tunggal empat anak ini ditahan bersama teman lelakinya dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Yahaya Ahmad, pagi kelmarin.

DUNGUN – Kunjungan seorang ibu tunggal ke rumah teman lelakinya membawa padah apabila dia ditahan bersama pasangannya itu dalam satu serbuan di sebuah rumah, dekat Tanah Lot, pagi kelmarin.

Wanita berusia 33 tahun itu dikatakan baharu dua hari datang ke Dungun dan menumpang di rumah teman lelakinya sementara menunggu tawaran kerja.

Namun, nasibnya kurang baik apabila dia ditahan bersama teman lelakinya itu selepas disyaki mengambil dadah berbahaya.

Ibu tunggal empat anak itu mengakui, dia pernah ditahan kerana disyaki terbabit kes jenayah, selain turut didenda RM3,000 kerana didapati bersalah mengambil dadah.

Namun, hukuman itu gagal memberi pengajaran apabila wanita berasal dari Kampung Raja, Besut itu terjebak semula dalam penyalahgunaan dadah berikutan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah methamphetamine (pil kuda).

Hasil pemeriksaan lanjut dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi di sebuah rumah Jalan Yahaya Ahmad itu turut menemui sejumlah dadah jenis syabu, heroin dan juga pil kuda dipercayai milik lelaki terbabit, yang dikatakan turut mempunyai rekod jenayah lain termasuk memiliki barang kes pecah rumah.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dungun untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan berkenaan.

Langgar lari, warga emas maut


WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Oktober 2014


TUMPAT – Seorang warga emas berketurunan Siam maut dalam kejadian langgar lari semasa mengayuh basikal di kilometer 1.4 Jalan Chabang Empat–Chabang Tiga Berangan dekat Wat Kok Seraya, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 11 malam itu, mangsa, Eh Dong A/L Chau Wan, 74, dari Kampung Kok Seraya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang basikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Kok Seraya di sini dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kereta.

“Mangsa dari arah Chabang Empat menghala ke rumahnya. Apabila tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta.

“Kereta tersebut datang dari arah sama dengan mangsa dan lokasi kejadian tidak jauh dari rumah mangsa," katanya.

Zaharudin berkata, akibat kemalangan itu, mangsa terseret ke depan kira-kira 50 meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi kejadian diminta menghubungi polis di Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Tumpat di talian 09-7257222 untuk membantu siasatan kemalangan tersebut,” katanya.

Ular sawa baham ternakan penduduk


Fareez Helmi (kiri) memberi peluang murid SK Dalam Rhu memegang ular sawa ketika mengadakan pameran di sekolah itu kelmarin
Fareez Helmi (kiri) memberi peluang murid SK Dalam Rhu memegang ular sawa ketika mengadakan pameran di sekolah itu kelmarin
PASIR PUTEH - Ular sawa seberat 80 kilogram (kg) yang mengancam ternakan penduduk di Kampung Gelam di sini, sejak beberapa bulan lalu berjaya ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kelmarin.

Anggota JPAM, Fareez Helmi Ibrahim berkata, ular itu ditangkap jam 4 pagi di kawasan belakang pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selepas menerima aduan penduduk.

Menurutnya, beliau bersama empat lagi anggota tidak mengambil masa lama untuk menangkapnya walaupun ular itu agak agresif.

"Kami difahamkan ular itu sudah lama membaham ternakan penduduk, semalam ia memasuki reban itik yang berada tidak jauh dari kawasan habitatnya.

“Penduduk yang mengesyaki sesuatu selepas mendengar bunyi bising ternakan memeriksa reban dan mendapati ular itu masih berada di dalam reban tersebut,” katanya.

Ular itu katanya, dibawa ke Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu kelmarin sebagai bahan pameran sebelum reptilia itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Fareez Helmi berkata, ular sawa batik atau nama saintifiknya, python reticulatus boleh membesar sehingga 10.05 meter dan merupakan ular terpanjang di dunia.

“Ular sawa mempunyai 400 gigi yang tersusun dua baris pada bahagian bawah dan empat baris pada bahagian atas mulutnya.

“Ligamen istimewa yang menyambungkan rahang atas dan bawah membolehkannya menelan mangsa tiga atau empat kali ganda saiz kepalanya,” katanya.

Katanya, kelebihan lain yang dimiliki ular sawa adalah berupaya mengesan haba mangsa berdarah panas walaupun pada waktu malam serta mengesan getaran mangsa pada tanah melalui tulang.

Katanya, orang ramai perlu berhati-hati kerana ular itu terlalu berbahaya dan boleh menyerang manusia pada bila-bila masa dengan kekuatan otot yang luar biasa walaupun tidak mempunyai bisa.

Ragut: Dua mahasiswi UiTM cedera


Nurshara menunjukkan luka yang dialaminya selepas dihimpit peragut dalam kejadian itu.
Nurshara menunjukkan luka yang dialaminya selepas dihimpit peragut dalam kejadian itu.
KUANTAN - Dua sahabat karib cedera selepas motosikal mereka dihimpit peragut ketika dalam perjalanan ke kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, pagi kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, Nurshara Arishah Samsuri, 21 keluar dari rumah sewa di Taman Jengka Mahkota dengan membonceng motosikal rakannya, Suhaila Abdul Samad, 22, untuk ke kelas yang bermula jam 8.30 pagi.

Secara tiba-tiba mereka didatangi seorang lelaki berkulit cerah dan bertopi keledar yang menunggang motosikal berwarna merah putih lalu meraba bahagian dada Nurshara sebelum menarik beg yang diletakkan di bahagian tengah.

Mahasiswi Jurusan Pengurusan Pejabat itu terkejut dan sempat menjerit namun malangnya Suhaila, yang juga dari jurusan sama gagal mengawal motosikal.

Nurshara berkata, akibatnya, motosikal itu terbabas dan kedua-dua mereka jatuh ke sebelah kanan jalan.

“Saya tergolek beberapa kali sebelum tersembam di bahagian tengah jalan raya manakala Suhaila terjatuh tidak jauh dari motosikal,” katanya.

Akibat daripada hentakan kuat, Nurshara mengalami luka di bahagian lutut, tangan, bahu, jari dan siku kiri tetapi malang bagi Suhaila yang terpaksa menerima beberapa jahitan di atas mata dan patah tangan kiri.

“Nasib saya baik tiada kenderaan yang melalui jalan berkenaan, jika tidak mungkin dirempuh kerana jalan berkenaan berdekatan selekoh.

Menurutnya, dalam samar-samar matanya yang hampir pitam, dia nampak peragut itu membuat pusingan U dan lalu di hadapannya.

“Tapi saya bersyukur, sebuah kereta Pensyarah yang dikenali melalui kawasan itu lalu menghubungi ambulans dan memberi bantuan sementara kami di hantar ke Hospital Jengka ” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, katanya, Suhaila dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan lanjut.

Katanya,  dia dimaklumkan rakan-rakan bahawa keadaan Suhaila semakin pulih tetapi tetap trauma dengan kejadian itu.

Nushara juga mengakui, sehingga kini, dia masih takut dengan kejadian itu dan akan terus berpindah ke asrama apabila pulang ke kolej selepas menghabiskan cuti sakit selama dua hari.

Menurutnya, rakan serumah mereka pernah menjadi mangsa ragut apabila dikejar dan dua peragut di lokasi sama.

“Saya rasa sudah tidak selamat berada di luar kampus. Mungkin peragut sudah memerhati kelibat kami setiap hari melalui jalan itu dan mereka berani bertindak walaupun seorang diri.

“Kami sebenarnya tidak mempunyai wang, hanya kotak pensil dan nota sahaja tapi bimbang dengan keselamatan kerana mereka boleh bertindak di luar kawalan termasuk mencederakan mangsa,” katanya.

Nurshara membuat laporan polis kira-kira jam 11.40 pagi di Balai Polis Jengka selepas dua jam menerima rawatan.

(Kisah) Seorang pakcik cedera dirompak di Hentian Putra, KL


http://fitrihadi.com | .
Agak terkilan membaca kisah seorang pakcik ini yang cedera dirompak semasa berada di Hentian Putra Kuala Lumpur. Mohon semua orang terutamanya wanita berjaga-jaga semasa keluar berjalan.
(Kisah) Seorang Pakcik Cedera Dirompak Di Hentian Putra, KL
Apakah yang sebenarnya berlaku? Bagaimana pakcik ini mendapat kecederaan. Bolehlah baca perkongsian dari anak beliau di bawah ini:
Tarikh : 12 October 2014
Masa. : 1.30 PM
Tempat : HENTIAN PUTRA KUALA LUMPUR
Keterangan: Ayah saya En Ramli b Shafie umur 56 tahun asal dari Tawang, Bachok Kelantan sedang berehat di surau Hentian Bas Putra Kuala Lumpur setelah selesai menunaikan solat zohor sambil menunggu bas untuk balik ke Kelantan. Ayah saya telah didatangi oleh seorang pemuda lingkungan umur 20-30 dan meminta duit dari ayah saya. Ayah saya menyatakan yang dia tiada duit, lalu pemuda tersebut mula bertindak agresif dengan mengeluarkan pisau dan mengugut ayah saya serta cuba menerkam beg ayah saya.
Pemuda tersebut menghunuskan pisau namun Alhamdulillah ayah saya lebih pantas dan merampas semula beg tersebut. Ayah saya sempat bergelut dengan pemuda tersebut menyebabkan tapak tangan ayah saya cedera terkena bilah pisau. Dengan izin Allah dan ayah saya juga seorang guru silat berjaya mematahkan serangan pemuda tersebut ‘single handed’. Pemuda tersebut cedera teruk namun sempat melarikan diri dengan dibantu oleh seorang lagi pemuda bermotosikal yg telah menunggunya di luar Hentian Putra.
(Kisah) Seorang Pakcik Cedera Dirompak Di Hentian Putra, KL
Berhati-hati kepada semua pengguna Hentian Putra sekiranya anda ke Hentian Putra pastikan berteman dan sekiranya nampak pemuda mencurigakan laporkan pada pihak polis atau keselamatan. Ayah sy bernasib baik kerana beliau masih mampu melawan. Minta dijauhi dari perkara yg tidak diingini.

Lelaki dan anak saudara maut kemalangan di Kuala Lipis


BERNAMA | .
KUANTAN: Seorang lelaki dan anak saudaranya maut manakala sepasang suami isteri parah dan isteri keduanya cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung di KM19 Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta jenis Honda Civic, Zahari Abdullah, 35, dari Kampung Pagar Sasak, Lipis dan anak saudaranya iaitu penumpang di sebelah pemandu, Nor Ain Syuhaidah Zainuddin, 13, pelajar SMK Sri Lipis. Bagaimanapun, rakan Nor Ain, pelajar sekolah yang sama Nurul Aini Mohd Zaman, 15, yang duduk di bahagian belakang cedera parah.

Sementara itu, pemandu pacuan empat roda jenis Nissan Frontier, Abillah Hamat, 60, seorang pesara tentera bersama isteri pertamanya yang duduk di bahagian penumpang hadapan, Semah Chik, 54, cedera parah manakala isteri keduanya, penumpang di bahagian belakang Faridah Daud, 43, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, nahas pukul 2.30 petang itu berlaku semasa Honda Civic yang dinaiki Zahari bersama anak saudara serta rakan anak buahnya itu dalam perjalanan dari arah Lipis menghala ke Merapoh.

Katanya, Zahari dikatakan mengambil anak buahnya dari SMK Sri Lipis yang baru selesai menduduki peperiksaan di sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai kereta itu memotong beberapa buah kenderaan tetapi gagal lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda terbabit.

"Akibat pertembungan itu Zahari mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala anak saudaranya, Nor Ain akibat kecederaan dalaman," kata Abdul Razak hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dipandu laju semasa menuruni jalan berbukit di situ sebelum masuk laluan bertentangan.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan mangsa yang parah iaitu Nurul Aini dan Semah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan sementara Abillah dirawat di Hospital Lipis. - BERNAMA

Taktik menyorok dalam timbunan kain gagal



NORHAFIZA (berdiri dari kiri) memeriksa 21 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam satu operasi sekitar Melaka Tengah di pejabat Imigresen Melaka, Ayer Keroh semalam.


MELAKA – Taktik seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Kemboja menyorok di bawah timbunan pakaian bagi mengelak daripada ditangkap gagal apabila dia ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bukit Rambai di sini awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu, lelaki berkenaan pada mulanya bersembunyi di atas siling rumah tersebut bersama seorang rakan, namun selepas menyedari kedudukannya dikesan anggota penguat kuasa, dia beralih lalu bersembunyi di bawah timbunan kain pula.
Bagaimanapun, cubaan itu gagal kerana anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan berjaya menemuinya sedang menyorok di dalam timbunan pakaian selepas mendapati terdapat siling pecah di bilik berkenaan.
Penolong Pengarah Imigresen negeri, Norhafiza Junaidi berkata, dalam serbuan tersebut, seorang lagi rakan suspek yang juga warga Kemboja berjaya ditangkap di atas siling rumah tersebut.
“Hasil pemeriksaan, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai tukang jahit itu telah tinggal melebihi masa antara 11 bulan hingga dua tahun setengah di negara ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ayer Keroh di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3GTbvQIlz 
Hakcipta terpelihara 

Dua buah sekolah rosak teruk



DEWAN Kolej Tunku Kurshiah rosak teruk selepas dilanda ribut kencang di Bandar Enstek, Nilai semalam.


NILAI – Dua buah sekolah mengalami pelbagai kerosakan selepas dilanda ribut kencang dalam kejadian di Bandar Enstek, dekat sini petang kelmarin.
Sekolah yang terjejas itu ialah Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan Sekolah Kebangsaan (SK) LB Johnson.
Guru Besar SK LB Johnson, Abd. Razak Rasdi, 56, berkata, ribut yang melanda sekitar pukul 5.40 petang kelmarin menyebabkan banyak kerosakan, namun tiada sebarang kecede­raan membabitkan murid atau guru di sekolah berkenaan.
“Kita masih terkejut dengan kejadian itu, namun bersyukur kerana tiada kecederaan dilaporkan pada hari kejadian walaupun terdapat beberapa guru yang masih berada di sekolah,” kata­nya ketika ditemui di sini semalam.
Menceritakan lebih lanjut, Abd. Razak berkata, beberapa guru yang bersiap untuk pulang selepas selesai mengajar kelas agama pada sebelah petang dikejutkan dengan bunyi kuat dari pelbagai arah di sekolah ber­kenaan.
“Guru-guru ini bergegas melihat apa yang berlaku dan mereka terkejut apabila mendapati sebahagian atap genting di bangunan tiga tingkat sekolah berkenaan diterbangkan angin manakala 11 keping siling dari bangunan dua tingkat yang me­nempatkan pejabat pentadbiran dan pusat sumber tercabut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3GTblkypu 
Hakcipta terpelihara 

Perjuangan Ammar lawan virus JE



Haniza (tiga dari kanan) bersama Abdul Aziz (tiga dari kiri) dan kakitangan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang membantu Muhammad Ammar mencuba katil baharu yang disumbangkan hospital itu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam.


SEBERANG PERAI – “Tiada apa lagi yang saya harapkan selain mahu melihat dia pulih seperti sediakala dan pergi ke sekolah semula. Teruskan berjuang wahai anakku.”
Itu luahan Haniza Ayob, 40, ibu kepada Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli Muhammad Ammar, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat di sini yang pernah koma akibat dijangkiti virus Japanese ensefalitis (JE), Mei lalu.
Haniza berkata, selepas dibenarkan keluar daripada hospital Ogos lalu, tahap kesihatan anaknya bertambah baik.
“Ketika dirawat di hospital selama sebulan, dia (Muhammad Ammar) koma malahan doktor yang merawatnya memberitahu sangat jarang pesakit JE dapat sembuh dan kembali normal.
“Tetapi sekarang, saya boleh katakan anak saya sudah 80 peratus pulih. Selain bercakap, Muhammad Ammar juga sudah boleh berjalan dan membaca. Dia juga dapat mengingat semula beberapa surah al-Quran yang dihafalnya termasuklah surah Yasin,” katanya.
Haniza berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Pulau Pinang, Abdul Aziz Abdul Rahman di rumahnya di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3GTbcJdMZ 
Hakcipta terpelihara 

Jurulatih renang dipanah petir



KEADAAN mayat Palinappan yang ditutup dengan kertas surat khabar selepas dipanah petir semasa berjoging di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas dipanah petir ketika sedang ber­joging di Taman Tasik Titiwangsa di sini, kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin.
Menurut sumber, S. Palinappan, 52, yang bekerja sebagai jurulatih renang di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur itu dikatakan sedang melalui jalan berhampiran pintu belakang Pusat Latihan Polis Jalan Semarak di taman tasik itu sebelum satu dentuman kuat menyambar sebatang pokok yang kemudian terkena mangsa.
“Mangsa sedang berlari di laluan itu se­belum petir menyambar. Sambaran petir itu turut mengakibatkan laluan joging itu pecah dan berlubang,” katanya.
Kata sumber itu, akibat terkena panahan petir itu, mangsa maut di tempat kejadian dengan kecederaan pada kepala. Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3GTbUmMCE 
Hakcipta terpelihara 

Jadi keldai akaun wang haram


JASON (dua dari kiri) dan Wilson (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis serta iklan pekerjaan dalam sebuah akhbar dalam sidang akhbar di Kepong semalam. - FOTO IHSAN – CHINA PRESS


KUALA LUMPUR – Hasrat seorang lelaki untuk bekerja sebagai pengurus kewangan selepas berjaya dalam satu temu duga hancur apabila dia bukan sahaja dipe­ralat oleh majikannya, malah lebih malang ditahan polis dan bakal dipenjara lima tahun jika sabit kesalahan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jason, 25, berkata, dia ditahan polis selepas dijadikan orang tengah atau keldai sindiket wang haram untuk melakukan pengeluaran wang tunai bernilai RM326,000 daripada akaun bank miliknya.
Mangsa memberitahu, selepas menerima tawaran bekerja dengan majikan dikenali dengan nama Lee, 30-an itu, dia diarahkan membuka lima akaun bank masing-masing di Public Bank, Hong Leong Bank, CIMB Bank, Maybank dan Ambank sebagai syarat memulakan kerja.
“Disebabkan teruja dengan tawaran gaji yang diberikan, saya membuka akaun di bank-bank tersebut tanpa banyak soal.
“Saya hanya ditugaskan untuk mengeluarkan wang yang dima­sukkan dalam akaun bank saya itu. Dari mana duit itu datang, siapa yang memasukkannya, saya tidak tahu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3GTbN8jA4 
Hakcipta terpelihara 

Penyamun ada pistol kena cekup



TAJUDIN (dua dari kiri) menunjukkan pistol yang dirampas polis pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kegiatan sekumpulan dua lelaki melakukan samun bersenjata api sejak tiga tahun lalu berakhir apabila mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di sekitar ibu negara pada minggu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa berkata, pada 2 Oktober lalu, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun di sebuah rumah di Taman Teratai Mewah, Setapak di sini selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan di luar rumah berkenaan.
Menurutnya, siasatan ke atas suspek membawa kepada penemuan 12 butir peluru hidup di dalam rumah itu dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti samun sekitar Kuala Lumpur.
“Kami turut merampas sebuah motosikal curi di rumah berkenaan yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah samun.
“Suspek turut didapati mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes curi motosikal,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3GTb7eXpr 
Hakcipta terpelihara 

Ular sawa baham ternakan penduduk


PASIR PUTEH - Ular sawa seberat 80 kilogram (kg) yang mengancam ternakan penduduk di Kampung Gelam di sini, sejak beberapa bulan lalu berjaya ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kelmarin.

Anggota JPAM, Fareez Helmi Ibrahim berkata, ular itu ditangkap jam 4 pagi di kawasan belakang pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selepas menerima aduan penduduk.

Menurutnya, beliau bersama empat lagi anggota tidak mengambil masa lama untuk menangkapnya walaupun ular itu agak agresif.

"Kami difahamkan ular itu sudah lama membaham ternakan penduduk, semalam ia memasuki reban itik yang berada tidak jauh dari kawasan habitatnya.

“Penduduk yang mengesyaki sesuatu selepas mendengar bunyi bising ternakan memeriksa reban dan mendapati ular itu masih berada di dalam reban tersebut,” katanya.

Ular itu katanya, dibawa ke Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu kelmarin sebagai bahan pameran sebelum reptilia itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Fareez Helmi berkata, ular sawa batik atau nama saintifiknya, python reticulatus boleh membesar sehingga 10.05 meter dan merupakan ular terpanjang di dunia.

“Ular sawa mempunyai 400 gigi yang tersusun dua baris pada bahagian bawah dan empat baris pada bahagian atas mulutnya.

“Ligamen istimewa yang menyambungkan rahang atas dan bawah membolehkannya menelan mangsa tiga atau empat kali ganda saiz kepalanya,” katanya.

Katanya, kelebihan lain yang dimiliki ular sawa adalah berupaya mengesan haba mangsa berdarah panas walaupun pada waktu malam serta mengesan getaran mangsa pada tanah melalui tulang.

Katanya, orang ramai perlu berhati-hati kerana ular itu terlalu berbahaya dan boleh menyerang manusia pada bila-bila masa dengan kekuatan otot yang luar biasa walaupun tidak mempunyai bisa.

Langgar lari, warga emas maut


WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Oktober 2014


TUMPAT – Seorang warga emas berketurunan Siam maut dalam kejadian langgar lari semasa mengayuh basikal di kilometer 1.4 Jalan Chabang Empat–Chabang Tiga Berangan dekat Wat Kok Seraya, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 11 malam itu, mangsa, Eh Dong A/L Chau Wan, 74, dari Kampung Kok Seraya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang basikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Kok Seraya di sini dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kereta.

“Mangsa dari arah Chabang Empat menghala ke rumahnya. Apabila tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta.

“Kereta tersebut datang dari arah sama dengan mangsa dan lokasi kejadian tidak jauh dari rumah mangsa," katanya.

Zaharudin berkata, akibat kemalangan itu, mangsa terseret ke depan kira-kira 50 meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi kejadian diminta menghubungi polis di Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Tumpat di talian 09-7257222 untuk membantu siasatan kemalangan tersebut,” katanya.

Tukang cuci jumpa mayat berulat

WARTAWAN SINAR HARIAN

Mayat yang ditemui dalam keadaan berulat dan dipercayai mati kira-kira empat hari lalu
Mayat yang ditemui dalam keadaan berulat dan dipercayai mati kira-kira empat hari lalu
MANJUNG - Seorang tukang cuci terkejut apabila menemui mayat dipenuhi ulat dan dimakan biawak di sebuah tapak pembinaan di Pantai Remis, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, tukang cuci berkenaan sedang melakukan kerja pembersihan longkang di kawasan berhampiran apabila mendengar bunyi bising dari belukar berdekatan.

Menurutnya, apabila menghampiri tempat itu, dia menjumpai satu mayat berulat yang dimakan biawak.

“Mayat berkenaan adalah seorang lelaki yang memakai seluar jeans dan masih berbaju.

“Saya segera menghubungi pihak polis supaya tindakan lanjut boleh diambil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai meninggal dunia lebih daripada empat hari.

“Mangsa dipercayai dibunuh di kawasan berhampiran berdasarkan keadaan kaki yang cedera dan membengkok sebelum dibuang di dalam belukar.

Terdapat juga kesan tompokan darah di kawasan longkang berhampiran.

“Kita masih menyiasat identiti mangsa dan menunggu hasil bedah siasat,” katanya

Budak dua tahun berkeliaran sendiri

Add caption
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin 
am@hmetro.com.my


Georgetown: Seorang kanak-kanak lelaki berusia antara setahun dan dua tahun ditemui berkeliaran seorang diri di tepi jalan di Jalan Persiaran Gurney di sini, malam kelmarin.
Ketika ditemui orang ramai pada jam 11 malam, kanak-kanak terbabit memakai baju Melayu berwarna biru dan dia dipercayai ditinggalkan seseorang di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Pulau Tikus untuk pemeriksaan lanjut dan selepas lebih 12 jam, polis masih gagal mengesan keluarga kanak-kanak berkenaan.
"Kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan sihat dan hanya terdapat bekas gigitan nyamuk pada pipi kirinya dan dia akan dihantar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.
"Kami ingin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali waris kanak-kanak itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 atau balai polis berhampiran," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:03 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2528#sthash.vV5ikC9L.dpuf






Terkepit jengkaut



shamsulmunir@hmetro.com.my
Kangar: "Saya melihat mangsa masih bernyawa, namun kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tersepit di bawah jengkaut," kata Loh Yoke Lin, 55, rakan Pratheang Boon Chui, 52, yang maut apabila jentera berat dikendali lelaki itu terbalik di lereng bukit sebuah kuari batu, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.40 petang ketika bapa kepada tiga anak perempuan berusia antara 14 hingga 18 tahun itu sedang membuang ketulan batu di lereng bukit yang bakal menjadi laluan ke kuari berkenaan.

Difahamkan, jengkaut dikendalikan mangsa yang berasal dari Kampung Patani, Jejawi, di sini, tiba-tiba tergelincir dari ketinggian 25 meter sebelum jatuh dalam keadaan terbalik di lereng bukit.

Mangsa dikatakan maut sejurus kejadian dipercayai akibat tertusuk besi di beberapa bahagian badannya.

Loh berkata, ketika itu dia masih sempat melihat rakannya meminta pertolongan sambil merintih kesakitan dan menangis teresak-esak kerana tersepit di bawah jentera berat berkenaan dalam keadaan mengerikan.

Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu apabila datang mahu menghantar minyak diesel bagi diisi ke dalam jengkaut berkenaan.

"Saya mencari jengkaut itu di lereng bukit, namun ia tidak kelihatan lalu memeriksa di kawasan bawah sebelum ternampak mangsa tersepit di bawah jengkaut yang terbalik berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:01 AM
«»

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa di Jalan Sungai Batu Pahat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2483#sthash.lL5d8DFP.dpuf