Search This Blog

Thursday, October 16, 2014

Tergamak rompak ibu kandung


Mohd Asrul Affandi Wahab, 27, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah merompak rantai leher emas milik ibunya sendiri.
Mohd Asrul Affandi Wahab, 27, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah merompak rantai leher emas milik ibunya sendiri.
KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan bertindak biadab apabila tergamak merompak ibu kandungnya, dengan melarikan seutas rantai leher dipakai mangsa selepas permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan.

Perbuatan Mohd Asrul Affandi Wahab, 27, bagaimanapun menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.

Keputusan itu dibuat Hakim Wan Nor Zanuar Wan Ahmad selepas Mohd Asrul mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan.

Mohd Asrul Affandi mengaku salah merompak seutas rantai emas milik ibunya, Siti Sara Mamat, 55, di beranda rumah mereka di Kampung Alur Mak Bah, Dungun, jam 10.30 pagi pada 22 September 2013.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud.

Mengikut fakta kes, ibu malang itu berada di beranda rumah mereka sebelum dihampiri anaknya, Mohd Asrul Affandi yang meminta sejumlah wang.Mohd Asrul Affandi meminta wang beberapa kali tetapi mangsa tidak mengendahkan permintaan tersebut menyebabkan Mohd Asrul Affandi bertindak menarik rantai leher emas dipakai mangsa.

Kejadian itu disedari anak perempuan mangsa yang datang membantu sehingga berlaku pergelutan antara tiga beranak itu, tetapi Mohd Asrul Affandi berjaya melarikan diri.

Susulan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Dungun, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Dungun berjaya menahan Mohd Asrul Affandi di dalam bot di jeti Kampung Seberang Pintasan Dungun kira-kira jam 1.45 pagi pada 21 Jun lalu.

Penunggang warga Myanmar maut


Orang awam melihat keadaan motosikal mangsa yang tersadai di bahu jalan.
Orang awam melihat keadaan motosikal mangsa yang tersadai di bahu jalan.
ROMPIN – Seorang maut manakala seorang lagi putus kaki kanan dalam sebuah kejadian kemalangan di Kilometer 151 Jalan Kuantan–Johor Bahru yang berlaku sekitar jam 9 malam kelmarin yang melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes C200 dengan sebuah motosikal jenis Yamaha SS110.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ta Maung yang merupakan seorang nelayan yang bekerja di Jeti Tokong, Tanjung Gemok manakala seorang lagi yang cedera parah dikenali sebagai Tun Tun Soe yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Mangsa yang maut di tempat kejadian kemungkinan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala berdasarkan sisa otak yang dapat dilihat di atas jalan dengan kesan gilisan tayar kereta.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, kedua mangsa yang masing-masing maut dan cedera parah itu adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) warga Myanmar.

“Siasatan awal mendapati kereta Mercedes terbabit datang dari arah Tanjung Gemok menuju ke Sungai Puteri, manakala motosikal yang dinaiki dua lelaki warga Myanmar itu dari arah bahu jalan sebelah kanan menuju ke Johor Bahru.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal berkenaan menyeberang jalan dari bahu jalan sebelah kanan menuju ke Johor Bahru, dan pada masa yang sama datang kereta Mercedes tersebut lalu melanggar bahagian sebelah kanan motosikal hingga kedua kenderaan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri menuju ke Johor Bahru,” katanya kepada Sinar Harian.

Johari berkata, mangsa kemalangan juga dipercayai telah dialihkan oleh orang awam ke bahu jalan sebelah kiri menuju ke Johor Bahru.

Katanya, penunggang dan pembonceng motosikal tersebut dipercayai memakai topi keledar, namun tidak mempunyai lesen memandu selain cukai jalan motosikal yang dinaiki sudah tamat tempoh.

“Pemandu kereta yang berasal dari Kampung Menchali itu dipercayai memakai tali pinggang keledar dan mempunyai lesen memandu.

“Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat manakala pembonceng yang cedera parah dikejarkan ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Lelaki bernafsu songsang dipenjara 36 tahun


Zulkefli Hashim, 32, dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan sembilan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
Zulkefli Hashim, 32, dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan sembilan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki bernafsu songsang apabila tergamak meliwat seorang remaja lelaki yang berusia 14 tahun, dalam kejadian tiga tahun lalu.

Dihukum penjara selama 36 tahun dan sembilan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam.

Hakim Mohd Azhar Othman membuat keputusan itu selepas Zulkefli Hashim, 32, mengaku salah atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Mengikut pertuduhan pertama,  Zulkefli mengaku salah meliwat mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun tanpa kerelaannya sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa di sebuah rumah kosong di Kampung Pengkalan Arang, di sini, jam 9 malam, awal Oktober 2011.

Bagi kesalahan itu, Mohd Azhar mengenakan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, Zulkefli mengaku salah mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa di alamat sama, kira-kira jam 8 malam, 19 November 2011 dan jam 7.45 malam, 26 Disember 2011.

Susulan pengakuan salah bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, Zulkefli dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan serta 14 tahun penjara dan empat sebatan. Mohd Azhar memerintahkan kesemua hukuman berjalan berasingan.

Mangsa membuat laporan polis mengatakan Zulkefli menggunakan kekerasan jenayah iaitu memaksanya menuruti arahan dan kehendaknya dengan meliwatnya.

Mangsa memaklumkan Zulkefli  membawanya ke sebuah rumah kosong berhampiran kubur dan Masjid Kampung Pengkalan Arang kira-kira jam 9 malam pada awal Oktober 2011.

Zulkefli menyuruh mangsa baring di tilam di sebelahnya sambil menunjukkan video lucah yang ada di dalam telefon bimbitnya kepada mangsa.

Bagaimanapun, mangsa enggan menuruti arahan itu menyebabkan Zulkefli memaksa mangsa dengan menarik badan mangsa sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mangsa memberitahu, selepas kejadian terakhir pada 26 Disember 2011, Zulkefli semakin berani berjumpa dengan mangsa sama ada di rumah atau pun sekolah.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas soal siasat dijalankan terhadap mangsa berikutan sikap Zulkefli yang sentiasa mencari remaja itu setiap masa.

Sementara itu, dalam penghakimannya, Mohd Azhar berkata, perbuatan Zulkefli meninggalkan kesan yang mendalam dan kekal sepanjang hayat terhadap mangsa. Mangsa bukan saja takut tetapi tidak tenteram akibat jenayah itu.

“Jenayah dilakukan Zulkefli adalah serius dan hukuman sewajarnya perlu dikenakan. Jika tidak diambil serius, negara akan ditimpa musibah. Hukuman yang diberikan adalah untuk memberi pengajaran kepada Zulkefli dan orang lain di luar sana,” katanya.

Bayi kesejukan ditemui berbalut gaun hitam


Keadaan bayi yang ditemui diperkarangan sebuah surau di Jalan Platinum, Seksyen 7, Shah Alam, awal pagi tadi.
Keadaan bayi yang ditemui diperkarangan sebuah surau di Jalan Platinum, Seksyen 7, Shah Alam, awal pagi tadi.
SHAH ALAM - Bayi lelaki masih bertali pusat dipercayai baharu dilahirkan ditemui menggigil kesejukan di hadapan pintu pejabat imam Surau Al Mawaddah di Seksyen 7, di sini, awal pagi  tadi.

Tangisan bayi malang itu mengejutkan sekumpulan pemuda yang kebetulan tidur di surau berkenaan bagi menghadiri sesi Qiamullail kira-kira jam 2 pagi.

Difahamkan kumpulan pemuda itu memaklumkan kepada penduduk kawasan berkenaan sebelum menghubungi polis.

Penduduk, Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah, 44, berkata, bayi cukup sifat yang dibungkus dengan gaun berwarna hitam berada keadaan sihat.

"Kepalanya masih basah dan badannya menggigil kesejukan. Bayi itu kemudian dibalut dengan selimut oleh salah seorang pemuda berkenaan.

"Alhamdulillah dia berjaya diselamatkan, jika lambat, mungkin dia sudah tidak bernyawa," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk menerima rawatan.

"Pihak hospital mengesahkan bayi lelaki seberat 3.15 kilogram dipercayai baru dilahirkan kurang empat jam sebelum dijumpai. Bayi dalam keadaan normal dan dilahirkan cukup bulan.

"Ibu bapa bayi ini masih belum dikenal pasti. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Padah ragut di kaki lima


Beginilah keadaan peragut yang diikat tangannya oleh orang awam sementara menunggu ketibaan pihak polis, di lokasi kejadian.
Beginilah keadaan peragut yang diikat tangannya oleh orang awam sementara menunggu ketibaan pihak polis, di lokasi kejadian.
KUALA TERENGGANU - Seorang peragut bukan sahaja berputih mata apabila tidak sempat menikmati ‘untung’, malah lebih malang turut dibelasah orang awam, dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi, peragut berkenaan cuba meragut beg tangan milik seorang wanita yang ketika itu sedang berehat di kaki lima di bangunan berhampiran lokasi.

Namun, tindakan suspek berusia 20-an itu disedari seorang pengawal keselamatan, Azizol Abu Bakar, yang bertugas disalah sebuah bank berhampiran sebelum bertindak mengejarnya.

Ketika diminta menceritakan detik kejadian, Azizol berkata, sebelum kejadian itu, dia memang sedang memerhati gelagat wanita yang berusia 50-an (mangsa) yang ketika itu sedang duduk di kaki lima berhampiran bangunan tempat dia bekerja.

“Saya perhati gelagat mangsa kerana kasihan melihat keadaannya yang agak tidak terurus, dan saya dapat rasakan sebenarnya dia tidak sihat.

“Bagaimanapun, tiba-tiba muncul si peragut itu dari arah belakang dan terus meragut beg tangan mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.

Azizol berkata, terkejut melihat kejadian pantas itu, tanpa berfikir panjang dia terus mengejar suspek sambil menjerit meminta tolong daripada orang awam yang berada di lokasi.

“Suspek berlari pantas dan saya memang tidak sempat mengejarnya sebelum menjerit meminta tolong, dengan harapan jeritan saya itu mendapat perhatian orang awam agar dapat menangkapnya,” katanya.

Usaha Azizol akhirnya berjaya selepas peragut yang dipercayai memiliki rekod jenayah lampau dan baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara atas kesalahan jenayah itu ditangkap orang awam di hadapan bangunan Pustaka Sri Intan, di sini.

Natijahnya peragut itu yang tangannya diikat oleh orang awam turut dibelasah sehingga cedera sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian serta tangkapan suspek yang kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Pada masa sama, Wan Abd Aziz memohon kerjasama daripada mangsa untuk tampil membuat laporan kejadian di balai polis berhampiran memandangkan sehingga kini, identiti mangsa sendiri masih tidak dikenal pasti.

“Pihak kami difahamkan, selepas beg tangan yang cuba diragut itu diserahkan semula, mangsa terus menghilangkan diri dan sehingga kini laporan daripada mangsa masih tidak diterima,” katanya.

Gadis sesat tujuh jam dalam hutan


16 Oktober 2014

SANDAKAN - Seorang gadis yang dilaporkan hilang selepas sesat kira-kira tujuh jam di dalam hutan berhampiran Taman Thsun Ngen dekat sini ditemui selamat awal pagi tadi.

Ting Ding Ling, 24, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 1.15 pagi berhampiran Jabatan Air Sibuga tidak jauh dari kawasan hutan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Mohd Zain berkata, gadis itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Duchess of Kent.

“Dia dan seorang rakan pergi ke taman berkenaan untuk beriadah kira-kira jam 6.30 petang semalam.

“Dia dipercayai tersilap laluan dan tersesat. Gerakan mencarinya dimulakan pada pukul 10.13 malam terdiri daripada anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta 15 anggota kelab pejalan kaki,” katanya. - Bernama

Tak sempat lawat isteri di Patani


Kemalangan yang berlaku dekat Bedong, pagi semalam membabitkan tiga kenderaan.
Kemalangan yang berlaku dekat Bedong, pagi semalam membabitkan tiga kenderaan.
SUNGAI PETANI - Hasrat seorang tukang masak yang mahu menggunakan perkhidmatan kereta api untuk pulang ke kampung halaman di Patani, Thailand tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan, dekat Bedong, pagi semalam.

Araming Dusong, 34, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran tomyam di Sungai Lalang maut sebelum sempat menaiki kereta api untuk pulang menjenguk isterinya yang baru selesai berpantang melahirkan anak mereka di Kampung Yarang, Patani.

Araming bersama adiknya dikenali, Faizu, 22, dan abangnya dikenali Mat Saidi, 36, bersama tiga lagi pekerja restoran sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Petani ke Gurun apabila kenderaan yang dinaiki hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Kenderaan yang dinaiki enam mangsa itu kemudian bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan yang membawa muatan lima pekerja kilang sedang dalam perjalanan dari arah Gurun mahu mengambil pekerja di Sungai Lalang.

Bagaimanapun, enam mangsa termasuk seorang pemandu van hanya mengalami kecederaan ringan.

Selain Araming, dua lagi mangsa yang turut berada dalam kenderaan sama cedera parah akibat tersepit, sementara tiga lagi hanya cedera ringan.

Dalam masa sama, sebuah kenderaan lain yang berada di belakang van dipandu seorang wanita dalam perjalanan dari arah Gurun ke Sungai Petani turut terbabas, namun, hanya mengalami cedera ringan.

Nahas membabitkan dua kereta dan sebuah van kilang itu berlaku di simpang tiga Jalan Alor Setar-Butterworth berhadapan sebuah hotel di Bedong, kira-kira 6.45 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin mengesahkan kejadian.

Menurutnya, setakat ini, seorang meninggal dunia, dua cedera parah dan 10 lagi cedera ringan membabitkan tiga kenderaan.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat,” katanya.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, Araming bersama lima lagi mangsa mahu pulang ke kampung mereka untuk bercuti kerana bekerja pada Aidiladha lalu.

“Mereka cuba untuk menaiki kereta api di Stesen KTM Sungai Petani namun tidak sempat berbuat demikian dan cuba berpatah balik untuk ke Stesen KTM Gurun pada masa sama,” katanya.

Kesemua warga Thailand itu bekerja di sebuah restoran tomyam di Sungai Lalang yang dibuka sejak beberapa tahun lalu.

Seorang Wanita Ditemui Mati Dengan Lima Kesan Tikaman


Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 8:02 PM

SHAH ALAM: Seorang wanita ditemui mati dengan lima kesan tikaman di badannya di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, di sini awal hari Rabu.

Wanita berusia 40-an itu ditemui berlumuran darah oleh penghuni pangsapuri pada kira-kira 2.10 pagi. 

Mangsa yang berbadan gempal dan bertudung, ditemui terbaring di ruang tangga tingkat 6 pangsapuri berkenaan.  

Difahamkam mangsa masih bujang dan menyewa bersama beberapa rakan dipangsapuri itu, menurut sumber polis ketika dihubungi. 

Pemeriksaan ke atas mayat wanita itu mendapati terdapat lima kesan tikaman di beberapa bahagian anggota badan termasuk di belakang leher.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat. 

Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berumur 20-an di hadapan bilik mayat HTAR kira-kira pukul 2 petang ini bagi membantu siasatan. 

Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen302 Kanun Keseksaan.  

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mencari bukti-bukti lain berhubung kes ini," katanya. 

Polis Rampas Pistol Dan Pelbagai Dadah Bernilai RM25,000 Di Bukit Damansara


Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 7:50 PM
Law Hong Soon (dua, kiri) menunjukkan sepucuk pistol angin jenama Glock 26 Austria yang turut dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sepucuk pistol angin dan pelbagai jenis dadah bernilai RM25,000 di Bukit Damansara, di sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Law Hong Soon berkata, suspek,seorang warga tempatan, pekerja am di sebuah syarikat komputer swasta berumur 31 tahun itu ditahan ketika membawa sebuah beg di kawasan tempat meletak kenderaan di tempat kerjanya dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu. 

"Hasil pemeriksaan, beg itu didapati mengandungi pelbagai jenis dadah iaitu 100 pil Eramin 5, satu peket plastik lutsinar mengandungi dadah masing-masing jenis ketamin, syabu dan ganja yang beratnya dianggarkan 77.23 gram. 

"Susulan dari penahanan itu, suspek membawa polis ke sebuah loker miliknya di bangunan yang sama di mana polis menemui 75 foil berisi 750 pil khayal jenis pil Eramin 5 seberat 210 gram dan sepucuk pistol angin," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada Rabu. 

Dalam serbuan itu juga, Law berkata polis turut merampas wang tunai bernilai RM2,818 dan pelbagai mata wang asing.

Suspek ditahan reman tujuh hari bermula Sabtu lepas sehingga 17 Oktober ini.

Polis Bebaskan Seorang Lelaki Selepas Dilarikan Tiga Along


Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 6:11 PM
Mohd Mokhtar Mohd Shariff (tengah) bersama anggotanya menunjukkan sebilah pedang antara barang rampasan atas kejayaan polis menahan lima lelaki dipercayai "Along" dan membebaskan mangsa yang diculik pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada Rabu.

JOHOR BAHARU: Polis membebaskan seorang lelaki warga tempatan berumur 21 tahun selepas beliau dilarikan tiga lelaki dipercayai Along di sebuah pasar raya di Taman Tun Aminah di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, suspek terbabit telah meminta sejumlah wang daripada abang mangsa sebelum bersetuju untuk membebaskannya.

"Sehari selepas kejadian itu, polis telah membuat tangkapan seorang lelaki dan seorang wanita berumur 24 dan 29 tahun di Taman Mount Austin disyaki terlibat dengan kejadian terbabit," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Penangkapan kedua-dua individu terbabit, katanya, telah membawa kepada penangkapan seorang lagi lelaki berumur 19 tahun sehingga polis dapat menyelamatkan mangsa dan menemui kembali kereta miliknya.

Mokhtar berkata, operasi susulan dijalankan sehingga membawa kepada penangkapan dua lagi lelaki berumur 22 dan 24 tahun di Johor Jaya yang terlibat di dalam kejadian yang sama.

"Polis turut menahan lima lelaki dipercayai Along yang terlibat dalam kes ini," katanya sambil menambah, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk enam bilah parang, sebilah pedang dan sebilah pisau.

Polis turut merampas pelbagai barangan lain termasuk sebatang kayu menyerupai pedang, tiga buku lima, kad pengenalan milik mangsa dan enam buah telefon bimbit.

Katanya hasil semakan kes-kes terdahulu, polis mendapati seorang daripada suspek memiliki lima kes jenayah lampau.

"Kejayaan ini membolehkan polis menyelesaikan satu kes melarikan orang di Johor Baharu Utara, manakala suspek-suspek dipercayai dapat membantu siasatan tujuh kes Along melempar molotov cocktail di Johor Baharu Utara, Johor Baharu Selatan dan Nusajaya," katanya.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, polis menangkap tujuh lelaki tempatan berumur di antara 27 hingga 65 tahun di sebuah restoran di Jalan Hang Tuah,Taman Ungku Tun Aminah, Isnin lepas.

Tangkapan itu hasil laporan polis oleh seorang lelaki warga tempatan sehari sebelum itu yang mengadu rumahnya disimbah cat oleh tiga lelaki dipercayai Along.

"Hasil penangkapan, polis merampas 12 keping resit pengeluaran wang, empat keping resit wang deposit, enam keping simkad , dua buah telefon bimbit jenis Nokia, enam buku bank dan wang tunai," kata beliau.

Beliau berkata empat daripada suspek yang ditahan mempunyai lima rekod kesalahan jenayah lampau.

Warga Thailand Maut, 12 Cedera Nahas Tiga Kenderaan


Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 3:09 PM

SUNGAI PETANI: Seorang warga Thailand maut, manakala 12 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah van kilang dan dua kereta di simpang tiga Jalan Bedong-Sungai Petani, berhampiran sebuah hotel, dekat sini, pukul 6.45 pagi ini.

Kemalangan itu melibatkan sebuah van kilang yang membawa enam orang, iaitu seorang lelaki dan lima perempuan, sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki seorang wanita dan sebuah kereta Kia Spectra yang dinaiki enam lelaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, mangsa yang maut dikenali sebagai Araming Dusong, 34, seorang tukang masak di sebuah gerai makan di Sungai Lalang yang berasal dari Pattani, Thailand.

"Dua belas lagi mangsa yang cedera telah mendapatkan rawatan dan polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu," katanya di sini, Rabu.

Difahamkan, Araming bersama abangnya, Mat Saidi, 36, dan adiknya, Faizu, 22, serta tiga lagi pekerja, menaiki kereta Kia Spectra menuju stesen kereta api Gurun.

Mereka dikatakan mahu ke stesen kereta api itu setelah terlepas kereta api di stesen kereta api Sungai Petani untuk pulang ke kampung halaman di Pattani.

Kereta yang dinaiki mereka dikatakan terbabas sebelum bertembung dengan van kilang yang dinaiki seorang lelaki dan lima wanita, dan sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang wanita, yang datang dari arah bertentangan.

Mayat Araming dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat dan dijangka dibawa pulang ke Kampung Yarang, Pattani, untuk dikebumikan.

Mangsa lain yang cedera menerima rawatan di hospital sama kecuali wanita yang menaiki Proton Saga itu yang mendapatkan rawatan di klinik swasta. 

Penyeludupan Kereta Mewah: Polis Thai Cari Dua Warga Malaysia


Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 10:11 PM

BANGKOK: Polis Thailand sedang mengesan dua rakyat Malaysia berhubung dengan kes yang berlarutan selama setahun apabila enam buah kereta mewah terbakar dan musnah semasa penghantaran.

Bagaimanapun,  tiada sesiapapun yang tampil untuk menuntut pemilikan kenderaan terbabit.

Polis percaya Ng Chee Kiong, 30, dan Poh Boon Poy, 42, boleh membantu siasatan dalam kes penyeludupan kenderaan itu ke Thailand.

Pengarah biro operasi khas Jabatan Siasatan Khas, Lt Kol KorawachPanpraphakorn memberitahu pemberita hari ini bahawa polis telah memperoleh warantangkap ke atas mereka.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-duanya, yang menyamar sebagai pelancong telah memandu dua daripada enam kereta terbabit iaitu Lamborghini dan Bentley, ke Thailand.

Insiden itu yang berlaku di Nakhon Ratchasima, kira-kira 259 kilometer dari Bangkok, telah menarik perhatian umum dan menjadi tajuk perbualan di sini.

Menurut Bangkok Post, kereta mewah yang diseludup masuk ke Thailand itu ialah unit kenderaan siap dipasang sepenuhnya (CBU) tetapi diisytiharkan sebagai kereta dipasang semula di Thailand untuk mengelak pembayaran tarif 300 peratus ke atas kenderaan CBU.

Sembilan Ditahan Cuba Seludup Minyak Bernilai RM1.6 Juta


Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 9:18 AM

BUKIT KAYU HITAM: Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Peguam Negara menahan sembilan lelaki berumur 20 hingga 30-an kerana cuba menyeludup minyak bersubsidi bernilai lebih RM1.6 juta ke negara jiran, Selasa.

Kesemua lelaki itu ditahan di Wang Kelian, Perlis serta Durian Burung dan Kuala Nerang, Kedah yang melibatkan kira-kira 48,650 liter petrol dan 790 liter diesel.

Tindakan itu dilakukan di lokasi berasingan secara serentak kira-kira 8 pagi menerusi Operasi 'Odin 4' di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan bagi membanteras penyelewengan minyak bersubsidi.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Pembangunan) KPDNKK Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata operasi serentak itu melibatkan anggota daripada KPDNKK Kedah dan Perlis serta pasukan petugas khas Jabatan Peguam Negara.

Katanya serbuan di Wang Kelian melibatkan kira-kira 5,000 liter petrol bersubsidi yang bernilai kira-kira RM900,000, yang disimpan dalam tangki bawah tanah di stor haram di Kampung Wang Kelian.

" Tiada tangkapan dalam serbuan itu," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Katanya serbuan turut dilakukan di stor haram Kampung Durian Burung, Kuala Nerang melibatkan 18,000 liter petrol dengan nilai RM450,000.

" Dalam serbuan itu lima orang warga Thailand berumur 20 hingga 30-an ditahan kerana terlibat dengan kes penyeludupan minyak bersubsidi ke negara jiran," katanya.

Iskandar berkata serbuan turut dilakukan di stor haram Kampung Remia Manis, Durian Burung di mana sebanyak 19,000 petrol dan 200 liter diesel bernilai kira-kira RM155,000 dirampas dan menahan dua warga Thailand.

"Operasi turut dilakukan di stor haram Kampung Pong Kiri, Kuala Nerang melibatkan rampasan 6,650 liter petrol dan 590 liter diesel dengan nilai kira-kira RM140,000. Dua lelaki tempatan ditahan," katanya.

Kesemua petrol dan diesel yang dirampas, disimpan dalam tangki khas di stor haram tersebut. Pelbagai jenis kenderaan yang diubah suai untuk menjalankan kegiatan itu turut dirampas seperti dua buah lori, tiga buah van, lapan kenderaan pacuan empat roda, 16 kereta, 15 tangki septik dan 14 pam.

Iskandar berkata modus operandi kegiatan itu ialah suspek menggunakan kenderaan yang diubah suai dan mengumpul minyak tersebut di suatu kawasan stor haram dan seterusnya menjual kepada warga Thailand bagi mengaut keuntungan berganda.

"Mereka juga disyaki menjalankan aktiviti membeli minyak secara bersindiket dan terancang dengan tujuan untuk menyeleweng minyak diesel dan petrol bersubsidi.

"Mereka akan membeli minyak-minyak ini daripada peraih-peraih yang mengambil minyak yang membeli minyak di stesen-stesen dan menghantar ke suatu tempat yang bersempadan. Dari situ pikap Thai yang diubah suai akan membeli minyak dan bawa balik ke Thai untuk dijual pula di sana," katanya.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari. Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 22 akta sama, yang boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan untuk kesalahan pertama. Bagi kesalahan kedua pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua- dua sekali.

Operasi sama turut dijalankan di empat lokasi di Pulau Pinang yang melibatkan rampasan bernilai RM1 juta dengan rampasan melibatkan 1,300 liter petrol, 81,520 liter diesel dan 16,962 tong gas LPG.

Lelaki Temui Bangkai Tikus Dalam Cawan Kopi


Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 9:52 AM

SEORANG lelaki tidak menyangka akan menemui bangkai anak tikus di dalam cawan kopi selepas habis menghirup air tersebut yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera.
Ron Morais dari Frederiction, Kanada, berkata, anak tikus itu hanya ditemui selepas dia selesai minum kopi tersebut.
"Ketika mula minum, saya menggunakan penutup cawan, tetapi ketika buka penutup itu untuk menghirupnya sehingga habis, saya menemui anak tikus," katanya kepada BBC.
Dead mouse 'found in McDonald's coffee'
Ron Morais menunjukkan anak tikus di dalam cawan kopinya.
Ron mendakwa, dia kecewa dengan perkhidmatan restoran makanan segera yang terdapat di seluruh dunia itu kerana menyajikan minuman tersebut.
Sementara itu, ibu pejabat rangkaian restoran makanan segera itu telah memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.
"Kita akan meneruskan siasatan sehingga mengetahui kebenaran dakwaan tersebut, selain mengambil sampel bukti," jelasnya.

Kumpulan Abu Sayyaf Disyaki Tembak Bot Nelayan


Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 7:46 AM
Pegawai polis bertanyakan sesuatu kepada nelayan selepas mereka diselamatkan. -NORMIMIE DIUN/The Star

KOTA KINABALU: Kumpulan lelaki bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf mungkin menjadi dalang di sebalik kejadian tembak bot menangkap ikan Sabah di perairan utara Kudat dan Filipina.

Dua daripada 10 anak kapal warga Vietnam cedera ditembak ketika cuba mengelak dan melarikan diri ke arah Sabah dalam kejadian pada pukul 9 pagi Selasa, kira-kira 22 batu nautika timur Pulau Banggi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kedua-dua lelaki yang cedera, Nguyen Nain Len, 47, dan Huynh Thanh Tuan, 33, telah pulih daripada kecederaan  di bahagian lutut dan rusuk akibat terkena peluru di Hospital Queen Elizabeth 2 selepas mereka tiba di jeti polis marin di sini kira-kira pukul 9.30 pagi Rabu.

Empat lelaki bersenjata yang menyerang bot nelayan itu
menaiki dalam bot laju 17m.

Anak-anak kapal Vietnam berjaya melarikan diri ke Pulau Sepanggar di luar bandar di sini dan telah diselamatkan oleh polis marin sehari kemudian.

Jalaluddin berkata, mereka telah memberitahu Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) dan mengambil langkah berhaga-jaga sepenuhnya di sekitar Pulau Banggi.

Sumber risikan Filipina berkata mereka sedang melihat kemungkinan kumpulan Abu Sayyaf berada di belakangnya kejadian ini.

Antara kecurigaan yang timbul termasuklah lelaki bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf mungkin bergerak ke utara untuk mencari mangsa tebusan kerena keselamatan yang ketat dan perintah berkurung di kawasan timur Sabah.

Pegawai Filipina telah mengambil perhatian terhadap trend itu sejak penculikan pasangan Jerman, Henrite Dielen dan Dr Stefan Viktor Okonek, 25 April lalu berhampiran pulau Filipina selatan Palawan (utara Pulau Banggi).

Pasangan itu telah diculik oleh lelaki bersenjata yang berpangkalan di Tawi Tawi dan bergerak ke utara setelah mereka gagal melepasi pasukan keselamatan Malaysia.

Pasangan itu telah diserahkan kepada militan al-Qaeda, yang mengancam untuk memenggal kepala Dr Okonek pada pukul 3 petang 17 Oktober jika tuntutan mereka untuk tebusan, pengunduran tentera AS di Syria dan Iraq, serta panggilan terhadap kerajaan Filipina untuk menyokong gabungan global IS tidak dipenuhi.

Dua rakyat Malaysia, Konstabel Zakiah Aleip, 26, dan penternak ikan Chan Sai Chuin, 32, masih ditahan sebagai tebusan oleh kumpulan berkaitan Abu Sayyaf.

Letupan bom: Polis sudah rakam 21 keterangan saksi

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 7:35 PM

 
KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan 21 saksi berhubung kejadian letupan bom di depan sebuah kelab malam di Bukit Bintang, minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, berkata hingga kini, belum ada sebarang tangkapan dibuat susulan kejadian itu.

"Berhubung pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak polis masih belum mendapat rakaman di sekitar tempat kejadian sepenuhnya dan usaha ini dijangka akan selesai dalam tempoh terdekat. Pihak polis masih meneliti ke atas rakaman CCTV di sekitar tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai mangsa yang cedera, Tajudin berkata, hanya seorang mangsa masih dirawat di hospital manakala 12 orang lagi sudah dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan.



Pada 9 Oktober lalu, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 13 yang lain cedera termasuk pelancong asing, dalam serangan bom tangan dipercayai membabitkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang.


KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa. - Foto Surianie Mohd Hanif

Mayat lelaki ditemui di lintasan kereta api


 
KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui berhampiran lintasan kereta api Batu Segambut di sini awal hari ini.

Siasatan awal polis mendapati sebelum kejadian pada 5.50 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan tidak sedarkan diri dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya.

Mangsa dipercayai mati akibat digilis tren komuter.

Ketua Polis Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA

Lelaki parah dihempap kereta sendiri meninggal dunia



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa Musa Ngah, 55 yang dihempap Perodua Viva miliknya yang dirempuh sebuah Proton Gen 2 di Kampung Pulau Kerengga, Marang. - Foto NSTP
KUALA TERENGGANU: Pesara Jabatan Kimia, Musa Ngah, 55, yang cedera parah selepas dihempap kereta sendiri akibat rempuhan kenderaan yang terbabas, meninggal dunia jam 1 pagi tadi.
Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia selepas 13 jam menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Bilal Masjid Kampung Pulau Kerengga, Ibrahim Muda, 55, yang turut parah dalam kejadian itu masih dirawat di HSNZ dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Terdahulu, BH melaporkan dalam kejadian jam 1.30 tengah hari semalam, Musa dan Ibrahim serta dua lagi rakan mereka sedang berehat di bangku hentian bas di hadapan masjid berkenaan selepas selesai solat Zuhur.
Ketika sedang berbual, sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dari arah Kuala Terengganu ke Dungun terbabas lalu merempuh kereta PERODUA Viva milik Musa yang diletakkan bersebelahan bangku hentian bas berkenaan.

Sampai di bazar semuanya sudah hangus - peniaga


Oleh Huzaimi A Ghafar

 

ANTARA gerai di Uptown Shah Alam yang terbabit dalam kebakaran pada jam 2.30 pagi tadi di Shah Alam. - Foto Osman Adnan
mhuzaimi@bh.com.my

SHAH ALAM: "Saya tak boleh buat apa-apa, nak selamatkan barang pun tak boleh," kata Zulkifli Mohd Idris, peniaga bazar Uptown Shah Alam yang gerai dan barangan mereka musnah dalam kebakaran besar, malam tadi .

Peniaga pakaian terpakai itu bagaimanapun reda dengan kejadian yang menimpanya meskipun mengalami kerugian hampir RM700,000.



"Semasa kebakaran, saya sudah pun balik rumah... tiba-tiba saya terima panggilan daripada seorang kawan... dia kata 10 lot gerai saya terbakar.

"Masa itu saya macam tak percaya, saya bergegas datang ke sini dalam jam 3.15 pagi. Bomba datang tapi tak boleh buat apa-apa sebab tekanan air rendah," katanya.

Bagi peniaga pakaian sukan, Khairudin Abdul Wahid, 26, beliau terkejut apabila secara tiba-tiba kedengaran jeritan rakan peniaga lain bahawa api sedang marak di bazar berkenaan.

"Ketika itu saya tengah tutup kedai... tiba-tiba kedengaran jeritan dari arah belakang 'tolong... ada kedai terbakar', kami bergegas bawa alat pemadam api," kata Khairudin Abdul Wahid, 26, peniaga Uptown Shah Alam, di sini.


PEMILIK gerai, Anuar Isman mencari barang yang terselamat selepas gerainya terbakar di Uptown Shah Alam dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi tadi di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
Beliau mengimbas detik cemas yang dialami peniaga bazar larut malam ketika kebakaran yang mengakibatkan 136 lot gerai kompleks perniagaan Bumiputera itu hangus terbakar awal pagi tadi.

Khairudin berkata, api dipercayai marak bermula dari sebuah gerai menjual kasut kira-kira jam 2.45 pagi dan ia berlaku cukup pantas iaitu kurang 15 minit.

"Kami cuba padamkan kebakaran namun api semakin marak... tak dapat dikawal, terus merebak mungkin ada kena mengena dengan litar pintas sebab ia berlaku terlalu cepat.

"Api terus menjulang ke bumbung hingga menyebabkan semua kedai terbakar," katanya ketika ditemui BH Online, di sini, hari ini.


KESAN kebakaran pada barang jualan dalam kebakaran di Uptown Shah Alam. - Foto Osman Adnan
Khairudin yang mula menjalankan perniagaan sejak kompleks itu dibuka pada 2006 berharap supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat membantu semua peniaga yang terjejas untuk meneruskan perniagaan.

"Ini saja sumber pendapatan kami, kami tak ada sumber lain saya melaksanakan perniagaan secara sepenuh masa di sini," katanya.


KEBAKARAN di Uptown Shah Alam. - Foto ihsan Bomba

KEBAKARAN di Uptown Shah Alam. - Foto ihsan Bomba

MENTERI Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali meninjau kemusnahan kira-kira 187 daripada 442 tapak gerai di Uptown Shah Alam. - Foto BERNAMA

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar (tiga dari kiri) bertemu dengan beberapa peniaga di Uptown Shah Alam, di sini hari ini. - Foto Azzman Jamal

PEMILIK gerai memilih barang yang terselamat dalam kebakaran di Uptown Shah Alam, di sini hari ini. - Foto Muhammad Sulaiman

Lori bawa bahan kimia terbalik di Pantai Remis

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 7:01 PM

 
KEADAAN sebuah lori tangki yang membawa muatan bahan kimia terbalik dalam nahas di Kilometer 5, Jalan Pantai Remis-Taiping, dekat Pengkalan Baharu di sini, hari ini.

PANTAI REMIS: Sebuah lori tangki yang membawa muatan bahan kimia terbalik dalam nahas di Kilometer 5, Jalan Pantai Remis-Taiping, dekat Pengkalan Baharu di sini, hari ini.

Kemalangan berlaku pada jam 11.20 pagi tadi dan sehingga jam 7 petang, lori yang terbalik belum dialihkan manakala Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berada di lokasi bagi mengawal tumpahan yang meresap ke dalam tanah di tepi jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Amir Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 11.21 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian.



"Siasatan awal mendapati lori itu membawa 20 tan asid sulfurik.

"Kita memagar sekeliling kawasan kemalangan pada lingkungan kira-kira 50 meter bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Amir berkata, lori yang dipandu seorang lelaki itu dipercayai dalam perjalanan menghantar bahan kimia itu dari Lumut ke sebuah kilang di Taiping.

ANGGOTA Bomba memeriksa kesan tumpahan sebuah lori tangki yang membawa muatan bahan kimia terbalik dalam nahas di Kilometer 5, Jalan Pantai Remis-Taiping, dekat Pengkalan Baharu di sini, hari ini.


Wanita ditemui mati dengan lima tikaman

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 8:26 PM

 
SHAH ALAM: Seorang wanita ditemui mati dengan lima kesan tikaman di badannya di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, di sini awal hari ini.

Wanita berusia 40-an itu ditemui berlumuran darah oleh penghuni pangsapuri pada kira-kira 2.10 pagi.

Mangsa yang berbadan gempal dan bertudung, ditemui terbaring di ruang tangga tingkat 6 pangsapuri berkenaan.

Difahamkam mangsa masih bujang dan menyewa bersama beberapa rakan di pangsapuri itu, menurut sumber polis ketika dihubungi.



Pemeriksaan ke atas mayat wanita itu mendapati terdapat lima kesan tikaman di beberapa bahagian anggota badan termasuk di belakang leher.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berumur 20-an di hadapan bilik mayat HTAR kira-kira pukul 2 petang ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mencari bukti-bukti lain berhubung kes ini," katanya. - BERNAMA

Empat sekeluarga maut dalam nahas dekat Tanjung Manis

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 8:31 PM

 
TANJUNG MANIS: Empat sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak lelaki terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sibu-Tanjung Manis, di sini petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.48 petang apabila berlaku pertembungan antara kereta jenis Honda Accord dinaiki keluarga terbabit dengan sebuah lori tiga tan dari arah bertentangan.

Sebuah jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, di sini turut dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat mengenai kemalangan berkenaan.

Anggota bomba mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang remuk terus sebelum operasi ditamatkan kira-kira jam 7 malam tadi.



Difahamkan, lima lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan.

KEADAAN kereta jenis Honda Accord dinaiki empat sekeluarga remuk selepas terbabit kemalangan di Jalan Sibu-Tanjung Manis, petang tadi. - Foto Sin Chew

KEADAAN lori tiga tan yang remuk selepas terbabit kemalangan di Jalan Sibu-Tanjung Manis, petang tadi. - Foto Sin Chew


17 ditahan kerana pelacuran kanak-kanak, pemerdagangan manusia di Colombia

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 8:32 AM

PIHAK berkuasa Colombia bekerjasama dengan Amerika Syarikat giat membanteras kegiatan jenayah seks di kalangan kanak-kanak dan pemerdagangan manusia di sekitar bandar raya Bogota. - Foto hiasan
 
BOGOTA: Seramai 12 orang dewasa dan lima kanak-kanak yang disyaki terbabit dalam jenayah seks kanak-kanak dan pemerdagangan manusia ditahan di sini dalam operasi bersama pihak berkuasa Colombia dengan Amerika Syarikat, kata pegawai kedua-dua negara, hari ini.

Pejabat pendakwa raya Colombia dalam kenyataan berkata, suspek didakwa kerana menjadi bapa ayam, menawarkan khidmat seks, pemerdagangan manusia dan jenayah dadah.

Katanya, suspek didakwa mengambil belia dari kawasan miskin untuk bekerja dan memberi mereka dadah.

Sebahagian daripada belia terbabit dijual kepada bapa ayam atau rumah pelacuran dengan bayaran satu hingga dua juta peso (AS$500-AS$1,000). - AFP






Doktor Jerman ditahan dalam lubang oleh militan Filipina

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 5:46 PM

 
MANILA: Salah seorang daripada dua rakyat Jerman yang ditawan kumpulan militan di selatan Filipina berkata dia ditahan di dalam sebuah lubang yang akan menjadi kuburnya sekiranya tuntutan wang tebusan tidak dipenuhi.

Doktor terbabit dan seorang wanita Jerman diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf pada April lalu ketika kapal layar mereka rosak di Pulau Palawan ketika dalam pelayaran ke Sabah.

Mereka kini ditahan di Pulau Jolo, kubu militan di selatan Filipina.

Jurucakap kumpulan Abu Sayyaf, Abu Rami, berkata kumpulan terbabit akan membunuh doktor berkenaan jam 3 petang Jumaat ini sekiranya wang tebusan 250 juta peso tidak dibayar.



Tuntutan itu turut meminta Jerman menghentikan sokongannya terhadap serangan udara diketuai Amerika Syarikat di Syria.

Rami juga menggesa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario supaya berunding dengan harapan ia mungkin boleh membawa kepada penyelesaian.

"Mereka menyatakan pada Jumaat ini mereka akan bunuh saya," kata doktor berkenaan dalam temubual radio yang dipantau di Bandaraya Zamboanga.

"Saya berada di dalam lubang. Ia adalah lubang besar tiga meter kali lima meter. Mereka memberitahu saya ini kubur saya. Mereka menolak saya ke dalam lubang ini," katanya.

Tambahnya: "Saya berharap saya masih dapat keluar dari sini...saya belum nampak ada sesiapa daripada pihak kerajaan yang cuba menyelamatkan kami."

Katanya, dia menjangkakan berat badannya akan turun kerana tidak ada makanan yang cukup dengan 10 lelaki bersenjata mengawalnya 24 jam sehari.

Ini kali kedua warga Jerman itu bercakap menerusi radio komersial sejak tempoh tuntutan Jumaat lalu berakhir.

Ketua Angkatan Tentera, Jeneral Gregorio Catapang, kini menempatkan tujuh batalion askar dan marin di pulau berkenaan ketika pihak pegawai pula sedang berusaha untuk mendapatkan pembebasan tebusan terbabit. - REUTERS

12 cedera dalam letupan bom di Kaherah

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 8:59 AM

Polis Mesir memeriksa sebuah kereta yang musnah dalam kejadian letupan bom di pusat bandaraya Kaherah tengah malam tadi. - Foto AFP
 
KAHERAH: Kira-kira 12 orang cedera apabila sebutir bom meletup di pusat bandar raya Mesir ini tengah malam tadi.

Menurut seorang pegawai polis, peranti letupan itu diletakkan berhampiran pintu masuk ke stesen metro tidak jauh dari mahkamah, bagi menyasarkan beberapa anggota polis yang sedang bertugas di situ.

Pegawai kanan Kementerian Kesihatan Khaled al-Khatib memberitahu sebuah stesen televisyen, seorang wanita mengandung adalah antara mangsa yang mengalami kecederaan.

Polis menutup kawasan terbabit, dan melarang wartawan serta orang ramai daripada menghampirinya, ketika mereka mencari lebih banyak bahan letupan.



Letupan itu berlaku sejurus sebelum tengah malam di sebatang jalan sibuk, di mana kedai pakaian dan jus buah-buahan masih dibuka sehingga lewat malam.

"Saya berada di kedai apabila terdengar bunyi letupan. Saya berlari ke tempat kejadian dan ternampak beberapa orang cedera," kata Ahmed Mostafa, yang bekerja di kedai berdekatan.

Ia adalah serangan serius pertama sejak kejadian letupan di pekarangan luar ibu pejabat Kementerian Luar yang mengorbankan dua anggota polis pada 21 September lalu.

Serangan terbabit didakwa dilakukan oleh kumpulan militan, Ajnad Misr, yang menyatakan ia menyasarkan anggota polis bagi membalas kematian ratusan penunjuk perasaan pro-Morsi dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan berikutan penggulingan presiden berkenaan.

Sebahagian besar anggota kumpulan jihad terbabit berpusat di kawasan bergolak di Sinai dan Terusan Nile.

Beberapa hari lalu polis menahan berpuluh pelajar pro-Morsi dalam pergaduhan di universiti.

Kerajaan berkata Ikhwanul Muslimin, yang diisytihar sebagai kumpulan pengganas selepas penggulingan Morsi, bertanggungjawab bagi serangan berkenaan. Kumpulan pelajar terbabit bagaimanapun menegaskan ia adalah perhimpunan aman. - AFP

Lelaki didakwa Jumaat ini bunuh wanita Malaysia di Sydney

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 2:42 PM

 
DETEKTIF menahan seorang lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney dipercayai ada kaitan dalam kes pembunuhan Rita Caleo pada 1990. - Foto Polis NSW

MELBOURNE: Seorang lelaki akan didakwa di Sydney pada Jumaat ini kerana membunuh anak perempuan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Peter Chye di rumahnya di Sydney lebih 24 tahun lalu.

Chye turut kehilangan anak lelakinya, Michael, seorang doktor bergelar jutawan, yang ditembak mati di Sydney 10 bulan sebelum itu.

Akhbar Daily Telegraph melaporkan lelaki yang ditahan itu, seorang warga Australia yang tinggal di Thailand, ditahan detektif daripada Skuad Homisid sejurus tiba di Sydney menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur pada Ogos lalu.



Rita Caleo (nee Chye), 39, ibu dua anak, ditikam sehingga mati di apartmen mewahnya di kawasan eksklusif Double Bay di Sydney pada awal pagi 10 Ogos 1990.

Caleo, seorang ahli perniagaan, ditikam di dalam bilik tidurnya manakala bayi perempuan dan anak lelakinya berusia empat tahun tidur di bilik bersebelahan.

Pengasuh yang tinggal bersama mereka terdengar bunyi bising dari bilik tidur utama sebelum menemui mayat wanita itu pada 1.30 pagi.

Rita Caleo ditikam di rumahnya. - Foto dailytelegraph

Ketika kejadian, Mark Caleo, suami Rita, sedang bekerja di sebuah daripada dua restoran Itali miliknya di Sydney.

Difahamkan, mereka mempunyai sebuah restoran, juga dinamakan Caleo di Kuala Lumpur.

Lelaki yang ditahan itu masih remaja ketika pembunuhan itu berlaku dan dipercayai mempunyai kaitan dengannya.

Pembunuhan Caleo disusuli insiden tembakan terhadap abangnya, Dr Michael Chye, pada 16 Oktober 1989.

Chye ditembak mati ketika sedang duduk di dalam kereta Mercedes Benz kepunyaannya yang diletak di dalam garaj rumah agamnya di kawasan mewah pinggir bandar Woollahra di Sydney.

Daily Telegraph melaporkan, sungguhpun siasatan menyeluruh dijalankan dalam kedua-dua kes pembunuhan itu pada 90-an, namun tiada sesiapa yang ditahan.

Detektif dari pasukan homisid, Inspektor John Lehmann dilaporkan memberitahu media bahawa polis percaya beberapa orang terbabit dalam pembunuhan Caleo dan Dr Chye dan siasatan masih dijalankan.

"Kami berharap dapat melakukan lebih banyak tangkapan," Daily Telegraph memetik Lehmann sebagai berkata.

Sementara itu, akhbar Sydney Morning Herald melaporkan tiga bulan sebelum kematiannya, Caleo dikatakan menghantar surat di dalam sampul yang digamkan kepada peguamnya.

Pada sampul surat itu tertera: "Buka hanya sekiranya kematian saya luar biasa."

Sampul surat itu dibuka oleh peguam Caleo di hadapan beberapa detektif selepas pembunuhannya pada 1990. Beliau mendakwa dua orang melakukan pembunuhan abangnya mengikut cara gengster.

Dalam surat itu, Caleo menyatakan sekiranya beliau meninggal dunia secara luar biasa, orang yang sama bertanggungjawab menyebabkan kematiannya itu.

- BERNAMA

Seorang maut, 3 terperangkap runtuhan lombong di Honduras

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 3:05 PM

 
TEGUCIGALPA: Seorang terbunuh manakala tiga lagi terperangkap dalam runtuhan di sebuah lombong di kawasan pergunungan dekat Honduras, semalam, kata seorang pegawai.

Mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan runtuhan namun meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya, kata Ketua Bomba dan Penyelamat, Oscar Triminio.

Beliau berkata, dua mangsa lagi berjaya diselamatkan di kawasan lombong yang terletak di barat Santa Barbara itu.

Pada Julai lalu, sebuah lagi lombong runtuh di tengah negara Amerika menyebabkan lapan orang mati.



Bagaimanapun, mayat mangsa tidak ditemui sehingga kini.

4 terbunuh, 152 hilang ribut salji landa Himalaya

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 4:01 PM

 
KATHMANDU: Sekurang-kurangnya empat orang termasuk seorang penduduk tempatan terbunuh manakala lebih 100 yang lain dipercayai hilang dalam kejadian ribut salji di wilayah Himalaya, kata pegawai tempatan hari ini.

"Berlaku ribut salji di kawasan berkenaan sehingga tiga kaki (91 sentimeter). Antara yang terkorban adalah dua pengembara warganegara Poland dan seorang Israel. Seorang rakyat tempatan juga terkambus dalam ribut salji itu," kata pegawai polis tempatan, Ganesh Rai.

Anggota penyelamat berjaya menyelamatkan 13 pengembara yang terkandas dalam ribut selepas cuaca bertambah baik hari ini, bagaimanapun lebih 100 pelancong asing masih gagal dikesan di wilayah Mustang, katanya.

Beliau berkata, sejumlah 168 pelancong yang mendaftar untuk menyertai aktiviti berjalan kaki di sepanjang litar Annapurna di Mustang, seramai 152 dikhuatiri hilang. - AFP

Dua terkorban pesawat tentera Bolivia terhempas

KHAMIS, 16 OKTOBER 2014 @ 7:28 AM

 
LA PAZ: Dua orang terkorban apabila pesawat kecil tentera terhempas ketika berlatih membuat persembahan lagak ngeri sempena ulang tahun Tentera Udara Bolivia, lapor stesen televisyen tempatan, hari ini.

Pihak tentera berkata, mangsa ialah seorang pegawai berpangkat kolonel dan seorang lagi leftenan mati di tempat kejadian.

Pesawat buatan Bolivia, Tiluchi FAB-542 terhempas di Santa Cruz ketika melakukan latihan mendarat.

Stesen televisyen ATB menyiarkan gambar serpihan pesawat berkenaan.



Pihak berkuasa tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan maklumat mengenai punca kejadian tetapi saksi berkata, enjin pesawat mungkin mengalami kerosakan. - AFP

17 keluarga hilang tempat tinggal


SANDAKAN: Lapan rumah dan dua kereta musnah dalam satu kebakaran di Kampung Jaya Kuik Jalan Seguntor, Batu 11 dekat sini, hari ini.
Kebakaran itu menyebabkan 17 keluarga hilang tempat tinggal.
Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Andre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.50 petang dan menghantar 21 anggota bomba bersama tiga jentera serta tiga kenderaan utiliti.
Katanya, api dapat dikawal kira-kira jam 4.36 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurutnya punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 10:54 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2048#sthash.VbJe7McW.dpuf

Lori tangki bawa asid terbalik

LORI tangki membawa muatan asid sulfurik terbalik di selekoh di Pengkalan Baharu, Pantai Remis

am@hmetro.com.my

Manjung : Sebuah lori tangki membawa muatan bahan kimia terbabas dan terbalik ketika melalui satu selekoh di Pengkalan Baharu, Pantai Remis dekat sini, kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis Amir Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 11.21 pagi sebelum segera menghantar sepasukan anggota ke lokasi yang tiba lima minit kemudian.

"Kita memagar kawasan kemalangan sejauh 150 kaki bagi mengelakkan kejadian tidak diingini selaras dengan peraturan antarabangsa.

"Siasatan awal mendapati lori itu sarat dengan cecair asid sulfurik sebanyak 20 tan," katanya.

Beliau berkata, lori yang dipandu seorang lelaki itu dipercayai dalam perjalanan menghantar bahan kimia itu dari Lumut ke sebuah kilang di Taiping.

Katanya, seramai 28 anggota termasuk 10 anggota Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih, Ipoh terbabit dalam operasi berkenaan di mana Timbalan Pengarah Operasi Bomba negeri Hasrin Hasbi bertindak sebagai Komander Operasi.

Pemandu lori Badrul Hisham, 44, berkata ketika melalui selekoh itu kenderaannya berselisih dengan beberapa lori dari arah bertentangan.

"Saya sempat melihat melalui cermin pandang belakang tayar belakang lori terangkat sebelum gagal mengawal kenderaan dan terbalik.

"Nasib saya baik, beberapa pengguna jalan raya membantu mengeluarkan saya menerusi pintu sebelah pandu," katanya yang baru dua hari menjadi pemandu di syarikatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 6:54 PM
«»

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2034#sthash.DHYckhU4.dpuf

Tangkap peragut di Kuala Terengganu

SUSPEK kes ragut berjaya ditangkap oleh orang ramai. FOTO Syahirah Abdullah
SUSPEK kes ragut berjaya ditangkap oleh orang ramai. FOTO Syahirah Abdullah 
Kuala Terengganu: Seorang pemuda bukan saja gagal mendapatkan habuan tetapi turut dibelasah orang awam selepas meragut beg tangan milik seorang wanita di Jalan Sultan Ismail, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi, peragut malang berusia 20-an itu cuba meragut beg tangan milik seorang wanita yang sedang berehat di kaki lima di bangunan berhampiran lokasi kejadian.

Bagaimanapun, perbuatan suspek disedari seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah bank berhampiran yang bertindak mengejar suspek.

Suspek berjaya ditahan orang awam yang kebetulan melihat kekecohan di kawasan berkenaan sebelum dia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah yang dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 4:44 PM
«»


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2031#sthash.naaePatu.dpuf

Polis tumpas sindiket dadah di KL

ANTARA dadah yang dirampas.
fadly@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur berjaya menumpaskan sindiket dadah dengan tertangkapnya dua suspek dengan nilai rampasan bernilai RM75,000 di Bukit Damansara dan Kampung Pasir Baru pada 10 dan 14 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan di tempat letak kereta di sebuah bangunan di Bukit Damansara, jam 8.45 malam Jumaat lalu.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui pelbagai jenis dadah termasuk 100 biji eramin 5, satu peket ketamin, satu peket syabu dan satu peket ganja diletakkan di dalam begnya.

"Susulan tangkapan itu, suspek membawa polis ke sebuah loker di pejabatnya sebelum menemui 750 biji eramin 5 dan sepucuk pistol angin jenama Glock 26 Austria," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam tangkapan kedua semalam, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan ketika dia keluar dari kenderaannya di Kampung Pasir Sri Petaling.

"Polis kemudiannya merampas dua bungkusan plastik besar yang mengandungi 20 ketulan mampat dedaun kering dadah jenis ganja dengan berat lebih 19 kilogram bernilai RM50,000.

"Hasil soal siasat, suspek menyatakan dia mendapat bekalan dadah terbabit daripada seorang lelaki dipercayai dari Acheh, Indonesia dan aktif mengedar ganja lebih enam bulan lalu di sekitar Lembah Klang.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 36(1) Akta Senjata 1960 bagi siasatan terhadap suspek yang memiliki senjata api secara haram," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 4:24 PM
«»


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2028#sthash.AHlYaviN.dpuf