Search This Blog

Wednesday, October 15, 2014

Jururawat Disyaki Bunuh 38 Pesakit Kerana Sakit Hati


Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 11:24 AM
Daniella Poggiali kini ditahan untuk siasatan lanjut.

ROME: Seorang jururawat di sebuah hospital di sini disyaki membunuh 38 pesakit selepas dituduh menyuntik seorang daripadanya menggunakan kalium klorida hanya kerana sikap pesakit atau keluarga mereka menyakitkan hatinya.

Daniela Poggiali ditahan di Lugo, utara Itali selepas kematian mengejut pesakit berusia 78 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana demam biasa.

Berikutan kejadian itu, polis Itali sedang menyiasat dan memperluaskan skop membabitkan kematian 38 pesakit kerana disyaki dibunuh jururawat itu.

Terdapat laporan yang menyebut dia dipercayai membunuh pesakitnya menggunakan kalium, manakala seorang rakan sekerjanya pula memberitahu, Daniela pernah memintanya merakam gambarnya bersebelahan seorang pesakit yang baru meninggal dunia.

Jururawat berusia 42 tahun itu juga pernah secara berseloroh mahu memberikan kalium klorida kepada seorang pesakit yang tenat.

Daniela juga didakwa pernah memberi ubat pelawas buang air besar kepada pesakit sebelum menamatkan syifnya kerana dengan sengaja mahu menyusahkan rakan sekerja pada syif seterusnya.

Wanita ini menjadi suspek berikutan siasatan kes kematian mengejut pesakit di bawah jagaannya, Rosa Calderoni, 78, April lalu.

Ujian menunjukkan saluran darah pesara itu mengandungi sejumlah besar kalium klorida di mana jika ia diberi dalam dos tinggi boleh menyebabkan serangan jantung.

Bahan itu digunakan ke atas banduan yang menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat.

Ketua Pendakwa Raya Alessandro Mancini memberitahu sidang akhbar, pihaknya berdepan dengan kesukaran dalam siasatan ke atas Daniela.

Lelaki Bunuh Wanita Malaysia 24 Tahun Lalu Didakwa Jumaat Ini


Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 3:21 PM
Rita dan abangnya, Dr Michael Chye dibunuh dalam kejadian berasingan di Australia.

MELBOURNE: Seorang lelaki akan didakwa di Sydney pada Jumaat ini kerana membunuh anak perempuan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Peter Chye di rumahnya di Sydney lebih 24 tahun lepas.

Chye turut kehilangan anak lelakinya Michael, seorang doktor bergelar jutawan, yang ditembak mati di Sydney 10 bulan sebelum itu.

Akhbar Daily Telegraph melaporkan lelaki yang ditahan itu, seorang warga Australia yang tinggal di Thailand, ditahan detektif daripada Skuad Homisid sejurus tiba di Sydney menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur pada Ogos lepas.

Rita Caleo (nee Chye), 39, ibu dua anak, ditikam sehingga mati di apartment mewahnya di kawasan eksklusif Double Bay di Sydney pada awal pagi 10 Ogos 1990.

Caleo, seorang ahli perniagaan, ditikam di dalam bilik tidurnya, manakala bayi perempuan dan anak lelakinya berusia empat tahun tidur di bilik bersebelahan.

Pengasuh yang tinggal bersama mereka terdengar bunyi bising dari bilik tidur utama sebelum menemui mayat wanita itu pada 1.30 pagi.
Ketika kejadian, Mark Caleo, suami Rita, sedang bekerja di sebuah daripada dua restoran Itali miliknya di Sydney. Difahamkan, mereka mempunyai sebuah restoran, juga dinamakan Caleo, di Kuala Lumpur.

Lelaki yang ditahan itu masih remaja ketika pembunuhan itu berlaku dan dipercayai mempunyai kaitan dengannya.

Pembunuhan Caleo disusuli insiden tembakan terhadap abangnya yang kaya raya, Dr Michael Chye, pada 16 Oktober 1989.

Dr Chye ditembak mati ketika sedang duduk di dalam kereta Mercedes Benz kepunyaannya yang diletak di dalam garaj rumah agamnya di kawasan mewah pinggir bandar Woollahra di Sydney.

Daily Telegraph melaporkan sungguhpun siasatan menyeluruh dijalankan dalam kedua-dua kes pembunuhan itu pada 1990-an, namun tiada siapa pun yang ditahan.

Detektif dari pasukan homisid Inspektor John Lehmann dilaporkan memberitahu media bahawa polis percaya beberapa orang terbabit dalam pembunuhan Caleo dan Dr Chye, dan siasatan masih dijalankan.

"Kami berharap dapat melakukan lebih banyak tangkapan," Daily Telegraph memetik Lehmann sebagai berkata.

Sementara itu, akhbar Sydney Morning Herald melaporkan tiga bulan sebelum kematiannya, Caleo dikatakan menghantar surat di dalam sampul yang digamkan kepada peguamnya. 
Pada sampul surat itu tertera: "Buka hanya sekiranya kematian saya luar biasa."
Sampul surat itu dibuka oleh peguam Caleo di hadapan beberapa detektif selepas pembunuhannya pada 1990. Beliau mendakwa dua orang melakukan pembunuhan abangnya mengikut cara gengster.
Dalam surat itu, Caleo menyatakan sekiranya beliau meninggal dunia secara luar biasa, orang yang sama bertanggungjawab menyebabkan kematiannya itu.

Polis, tentera ditahan suspek bunuh wartawan di Kemboja


Polis, tentera ditahan suspek bunuh wartawan di Kemboja
Wartawan yang dibunuh sedang menyiasat laporan bahawa kereta lembu digunakan untuk membawa keluar kayu balak. - Gambar hiasan
PHNOM PENH: Dua pegawai polis dan seorang anggota tentera Kemboja ditahan pada Isnin berhubung kematian seorang wartawan yang menyiasat isu pembalakan haram, laporThe Cambodia Daily.

Mayat Taing Try, 47, ditemui pada Ahad dengan kesan tembakan di kepalanya di wilayah Kratie di timur laut negara itu.

Mendiang sedang menyiasat laporan bahawa kereta lembu digunakan untuk membawa keluar kayu balak ke sebuah gudang pada waktu malam.

Gudang itu dimiliki oleh ketua polis tentera di kawasan tersebut, lapor akhbar itu.

Sebuah kenderaan SUV tanpa nombor pendaftaran ditemui dalam keadaan terbalik dekat tempat kejadian yang kemudian dikaitkan dengan seorang pegawai polis, seorang pegawai polis tentera dan seorang tentera dari Angkatan Tentera Di-Raja Kemboja.

Try sebelum itu menaiki sebuah kereta jenis Toyota Camry bersama seorang wartawan lain. Wartawan itu berjalan kaki ke sebuah ladang berdekatan selepas kereta yang mereka naiki tersangkut. Dia yang datang dengan bantuan kemudian mendapati Try sudah meninggal dunia.

"Pembunuhan kejam ini sekali lagi menunjukkan betapa bahayanya Kemboja untuk wartawan terutamanya kepada mereka yang menyiasat salah laku berhubung tanah dan hutan di negara itu," kata timbalan pengarah Human Rights Watch Asia, Phil Robertson seperti dipetik olehThe Cambodia Daily.

Sejak 1993, 10 orang wartawan telah dibunuh di Kemboja.

Hang Serei Oudom, seorang wartawan yang menyiasat pembalakan haram di wilayah Rattankiri dibunuh pada 2012. Pada tahun itu juga, aktivis alam sekitar, Chut Wutty dibunuh semasa bersama dua wartawan Cambodia Daily di wilayah Koh Kong.

Tiga lelaki ditahan yang ditahan itu mengaku atas jenayah itu dan akan dibicarakan, lapor akhbar itu.

Ubah suai punca kereta terbakar


Sebuah kereta BMW milik ahli perniagaan yang terbakar di Kilometer 270 Lebuhraya Utara Selatan, baru-baru ini.
Sebuah kereta BMW milik ahli perniagaan yang terbakar di Kilometer 270 Lebuhraya Utara Selatan, baru-baru ini.
SEREMBAN – Pengubahsuaian kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan selain sistem pendawaian bermasalah serta di luar kemampuan enjin kenderaan antara punca utama kenderaan terbakar secara tiba-tiba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, sebanyak 158 kes kenderaan terbakar direkodkan dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.

"Kes ini semakin meningkat berbanding tahun lepas apabila sebanyak 70 peratus kes diterima membabitkan kereta yang kebanyakannya berusia melebihi 10 tahun," katanya di sini, semalam.

Norazam bagaimanapun berkata, daripada jumlah kes tersebut, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan mangsa berjaya menyelamatkan diri lebih awal sebelum bomba tiba.

Sehubungan itu, beliau menasihati pemilik kereta agar tidak mengubah suai kenderaan masing-masing sehingga menyebabkan spesifikasi asalnya berubah.

Beliau berkata, ia terutama membabitkan segi enjin dan teknikal, selain sentiasa membuat pemeriksaan secara berkala.

Lori langgar tiang elektrik


Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
SEREMBAN – Seorang lelaki cedera selepas lori satu tan yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebuah kereta dan tiang elektrik di Jalan Tampin – Seremban, dekat Kampung Baru Rahang, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu, lori dari arah Senawang menghala ke Seremban itu dikatakan dipandu laju sebelum melanggar tiang elektrik dan kereta Perodua Myvi di laluan sama.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Pegawai Bomba Kanan II, Asmaya Alagu ber- kata, sebaik bomba tiba, pemandu lori sedang dibawa keluar oleh orang awam.
Pemandu dan penumpang kereta Myvi yang merupakan pasangan suami isteri, turut mengalami cedera ringan di bahagian kaki.

Tiga warga emas maut kemalangan


Keadaan kereta Proton Wira yang remuk teruk setelah bertembung dengan treler.
Keadaan kereta Proton Wira yang remuk teruk setelah bertembung dengan treler.
SERI ISKANDAR - Tiga warga emas maut dalam kemalangan di kilometer 27 jalan Teluk Intan-Sitiawan awal malam, kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.50 malam itu melibatkan sebuah sebuah treler dengan sebuah kereta jenis Proton Wira.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kejadian itu berlaku apabila kereta jenis Proton Wira yang datang dari arah Sitiawan menuju ke Teluk Intan memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, akibat kejadian itu berlaku pertembungan antara kereta Proton Wira dengan lori treler berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu treler berkenaan dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke Bagan Serai dan apabila tiba di tempat kejadian dia melihat pemandu kereta Proton Wira itu memasuki laluannya serta tidak sempat mengelak menyebabkan berlakunya pertembungan antara kedua kenderaan.

“Akibat pertembungan berkenaan menyebabkan kereta Proton Wira itu tersangkut di bahagian treler dan terseret beberapa meter dari tempat kejadian,” katanya.
Katanya, kesemua mangsa di dalam kereta tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu dan penumpang kereta Proton Wira Wong Sik Onn, 83, Liew Kam Meng, 74, Lee Chor Hun, 71, dan kesemua mereka berasal dari Teluk Intan.

“Manakala seorang lagi penumpang kereta Proton Wira cedera parah. Sementara pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua mayat dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat manakala mangsa cedera parah di bawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, siasatan akan diteruskan untuk mengetahui punca kejadian.

Maut 10 hari sebelum hari lahir


Kereta Proton Wira dan Toyota Hilux yang remuk dalam kemalangan yang berlaku semalam.
Kereta Proton Wira dan Toyota Hilux yang remuk dalam kemalangan yang berlaku semalam.
IPOH - Seorang jurujual maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan dalam satu kejadian di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran kilang kuari di sini, semalam.

Mangsa, Nur Shuhaida Wahab, 25, yang disahkan maut di tempat kejadian meninggal dunia, kira-kira 10 hari sebelum hari kelahiran yang bakal disambut pada 23 Oktober depan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, dalam kejadian jam 1.15 petang itu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dari rumah bapanya di Kledang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak, Gopeng.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai cuba memotong di garisan berkembar sebelum bertembung dengan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu Toyota Hilux mengalami kecederaan di kepala dan badan.

“Pemandu pacuan empat roda dari Pusing itu dipercayai dalam perjalanan ke Menglembu untuk mengambil barang.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala mangsa cedera turut dihantar ke hospital sama dengan bantuan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, cuaca dalam keadaan baik ketika kejadian itu berlaku.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu kenderaan secara melulu hingga menyebabkan kematian.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 dan penjara tidak lebih 20 tahun,” ujarnya.

Allahyarham Nur Shuhaida yang beralamat di Kampung Gunung Panjang, Gopeng meninggalkan seorang anak berusia lima tahun.

Jurujual dilarikan empat lelaki belum ditemui


Jurujual dilarikan empat lelaki belum ditemui
BATU GAJAH - Seorang jurujual wanita masih belum ditemui selepas dilarikan sekumpulan empat lelaki di sebuah stesen minyak di sini, 4 Oktober lalu.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, abang mangsa dipercayai sedang menunggu adik perempuannya yang berusia 22 tahun di tandas stesen minyak tersebut.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, ketika mangsa ingin masuk ke dalam kereta abangnya, tiba-tiba mangsa ditarik sebelum dilarikan kumpulan lelaki terbabit menggunakan kereta jenis Perodua Myvi.

“Abang mangsa yang bekerja sebagai operator kilang segera membuat laporan polis di Balai Polis Pusing,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, sehingga semalam, mangsa masih belum ditemui selepas 10 hari dilarikan kumpulan lelaki terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

“Sehubungan itu, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung orang hilang itu, mereka diminta menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, Inspektor Mohd Razalee Mohd Yatim di talian 05-362 9222 sambungan 9070,” katanya.

Pemandu lori ditembak depan rumah


Anggota forensik melakukan siasatan di tempat kejadian.
Anggota forensik melakukan siasatan di tempat kejadian.
BAYAN LEPAS - Seorang pemandu lori yang baru saja mahu memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur parah apabila ditembak di Sungai Tiram di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 malam, mangsa berusia 27 dikatakan baru saja masuk ke dalam lori yang diletakkan di hadapan rumahnya sebelum ditegur seorang lelaki.

Menyedari ada orang memanggilnya, mangsa keluar semula dari lori namun sebaik sahaja turun dia ditembak dari jarak dekat oleh lelaki berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahu manakala penjenayah berkenaan melarikan diri ke belakang rumah mangsa.

Menurut sumber, mangsa sempat masuk ke dalam rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada adik iparnya sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan dan mangsa kini dilaporkan stabil.

“Siasatan polis di tempat kejadian menemui sebutir peluru hidup berhampiran lori mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit kes dadah.

“Kita masih lagi menyiasat motif kejadian mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh,” katanya.

Pura-pura jadi pelanggan sebelum samun


Rakaman CCTV menunjukkan suspek menyamun stesen minyak berkenaan
Rakaman CCTV menunjukkan suspek menyamun stesen minyak berkenaan
SUNGAI PETANI – Tiga lelaki menyamar sebagai pelanggan di sebuah stesen minyak di bandar ini sebelum bertindak menyamun ketika pekerja kaunter bertugas seorang diri dalam kejadian jam 1.30 pagi, semalam.

Suspek kemudian meminta mangsa menunggu rakan sebelum membuat bayaran sehinggalah rakan suspek muncul dengan sebilah parang.

Suspek berusia lingkungan 40-an kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan wang sebelum melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang dikaji dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengenai kejadian.

Polis tahan 10 suspek kes culik di Johor

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 1:23 PM

 
JOHOR BAHRU: Polis menahan 10 suspek termasuk seorang wanita berusia 29 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes menculik seorang lelaki pada 8 Oktober lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata mangsa berusia 21 tahun itu dikurung di sebuah hotel di bandar raya ini oleh kumpulan berkenaan yang dipercayai Ah Long.

Beliau berkata, selain menyelamatkan mangsa, polis turut merampas pelbagai barangan daripada suspek termasuk parang, pisau, pedang dan telefon bimbit pelbagai jenis.

Katanya, semakan polis turut mendapati seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai lima rekod jenayah lampau.



Beliau berkata demikian pada sidang media di IPK Johor di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Mohd Mokhtar turut mengumumkan kejayaan polis menumpaskan sindiket samun didalangi warga asing di daerah Batu Pahat, Sabtu lalu.

Katanya, kesemua suspek warga Indonesia berusia 27 hingga 30 tahun itu ditahan polis di sebuah rumah kongsi di Yong Peng, dekat sini.


KETUA Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (tengah) menunjukkan rampasan pelbagai jenis senjata dipercayai milik Ah Long ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru, hari ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin


Dua kru bot nelayan Vietnam cedera ditembak di perairan Kudat

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 12:09 PM

 
KOTA KINABALU: Dua anak kapal sebuah bot nelayan milik warga Vietnam cedera dipercayai ditembak di perairan antara Pulau Banggi, di Kudat dan Kagayan di Filipina.

Difahamkan, ketika kejadian pada awal pagi ini, bot terbabit dinaiki 10 nelayan termasuk tekong sedang menangkap ikan di perairan berkenaan sebelum tiba-tiba ditembak.

Bot nelayan terbabit kemudian meneruskan pelayaran ke perairan Kota Kinabalu sebelum berlabuh di jeti Pasukan Polis Marin di sini, untuk mendapatkan bantuan.

Kedua-dua mangsa kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2, di sini untuk rawatan lanjut.

Pengawal keselamatan kritikal dipukul tiga penjenayah

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 1:29 PM

 
MELAKA: Seorang pengawal keselamatan kritikal selepas dipukul di bahagian kepala oleh tiga penjenayah dalam kejadian samun di sebuah institut latihan memandu di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, Omar Osman, 63, dipukul di kepala dengan sebatang kayu, selain kaki dan tangannya diikat oleh penjenayah berkenaan.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek masuk ke dalam institusi itu menerusi pintu pagar depan dan menunggu mangsa sehingga selesai makan sebelum menyerangnya.

Selepas memukul pengawal keselamatan terbabit, semua suspek memecah masuk kedai koperasi dan pejabat institusi berkenaan sebelum melarikan wang tunai dipercayai berjumlah kira-kira RM1,000.



Omar yang ditemui terbaring oleh peniaga kantin di institut itu, Zarina Hashim, 50, ketika mahu memulakan perniagaannya dibawa ke Hospital Melaka sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika ditemui mengesahkan kes kejadian.

17 ditahan kerana pelacuran kanak-kanak, pemerdagangan manusia di Colombia


Pejabat pendakwa raya Colombia dalam kenyataan berkata, suspek didakwa kerana menjadi bapa ayam, menawarkan khidmat seks, pemerdagangan manusia dan jenayah dadah.
Katanya, suspek didakwa mengambil belia dari kawasan miskin untuk bekerja dan memberi mereka dadah.
Sebahagian daripada belia terbabit dijual kepada bapa ayam atau rumah pelacuran dengan bayaran satu hingga dua juta peso (AS$500-AS$1,000). - AFP


Pesawat berpatah balik lelaki cabul penumpang wanita dalam tandas

HONOLULU: Sebuah pesawat Japan Airlines terpaksa berpatah balik ke Honolulu selepas seorang penumpang lelaki mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di tandas pesawat.
Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menahan penumpang terbabit, Michael Tanouye, 29, dari Hilo, Hawaii, pada malam Sabtu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu kerana mengganggu seorang anggota kru penerbangan dan melakukan pencabulan.
Tuduhan pencabulan seks itu membawa hukuman maksimum kepada penjara seumur hidup.
Menurut afidavit FBI, penerbangan itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai ketika Tanouye menceroboh masuk ke tandas berkenaan dan mencabul wanita itu.
Wanita terbabit yang dalam perjalanan pulang ke Jepun dengan ibunya selepas bercuti selama empat hari di Hawaii, menggunakan tandas kira-kira sejam 45 minit selepas pesawat berkenaan berlepas.
Ketika bergelut dengan Tanouye, wanita itu berjaya menekan butang kecemasan di dalam tandas berkenaan.
Dalam afidavitnya, Ejen Khas FBI, Necosie Wilson berkata ibu wanita terbabit, atendan penerbangan dan penumpang lain cuba membuka pintu tandas tetapi tidak dapat melakukannya kerana Tanouye menghalangnya.
Katanya, mereka terpaksa membuka pintu itu dengan menanggalkan skrunya.
Atendan penerbangan dan penumpang kemudian memberitahu FBI bahawa seorang penumpang lelaki turut cedera ketika bergelut untuk mententeramkan Tanouye.
Sebelum kejadian itu, Tanouye dikatakan melaungkan sesuatu yang tidak sepatutnya dan ibunya memberitahu atendan penerbangan bahawa dia menghidapi kemurungan dan sedang mengambil ubat.
Dia kemudian berdiri dan kelihatan tenang sambil berkata, dia akan menziarahi neneknya.
Atendan penerbangan juga tidak memberinya minuman beralkohol kerana dia sedang makan ubat.
Afidavit berkenaan menyatakan selepas kejadian itu, ibu Tanouye memberinya satu dos ubat dan dia terus tertidur.
Kapten penerbangan memutuskan untuk berpatah balik selepas terbang kira-kira dua jam berikutan kejadian itu.
Jurucakap FBI di Honolulu, Ejen Khas Tom Simon berkata, polis Hawaii membawa Tanouye keluar dari pesawat sebaik mendarat di Honolulu sebelum ejen FBI menahannya.
Suspek kini ditahan tanpa jaminan di Pusat Tahanan Persekutuan Honolulu. - AP

8 terbunuh perbalahan antara buruh binaan, penduduk kampung

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 12:54 PM

 
BEIJING: Lapan terbunuh dalam pertempuran antara pekerja pembinaan dan penduduk kampung di wilayah Yunnan, barat daya China, kata pihak berkuasa hari ini.

Kerajaan tempatan dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, pergaduhan di tapak pembinaan gudang dan logistik di daerah Jinning itu turut mengakibatkan 18 orang cedera.

"Enam pekerja pembinaan dan dua penduduk kampung terbunuh dalam kejadian itu," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menjelaskan punca pertikaian antara mereka, namun perbalahan mengenai tanah adalah biasa di China yang mana penduduk kampung sering menganggap tanah mereka dirampas secara tidak adil untuk manfaat pemaju.



Media tempatan yang berpangkalan di Shanghai, The Paper, melaporkan terdapat pertikaian antara penduduk kampung dan pekerja pembinaan sebelum konflik itu bertukaR MENJADI TRAGEDI BERDARAH. - ap

Warga Thailand maut kemalangan


Sungai Petani: Seorang lelaki warga Thailand maut manakala 12 yang lain cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Alor Setar-Sungai Petani dekat Bedong, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Aramim Dusung, 38, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Kemalangan berlaku selepas kereta Kia Spectra dinaiki enam warga Thailand dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah van dinaiki enam orang sebelum merempuh sebuah kenderaan lain.

Akibat perlanggaran itu, pemandu dan dua penumpang kereta tersepit.

Kesemua mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke HSAH untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 12:36 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2008#sthash.KKerM5nE.dpuf

Ejen amah dibebas tuduhan pemerdagangan wanita


Johor Bahru: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini membebaskan dan melepaskan seorang ejen pembantu rumah atas tuduhan memperdagangkan seorang perempuan warga Indonesia.

Keputusan itu dibuat Hakim Muhamad Jamil Hussin selepas mendapati pendakwaraya gagal membuktikan prima facie kes.

Berikutan itu, Muhammad Faizzal Md Jamahari, 39, dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pendakwaan dilakukan Mohd Afif Ali manakala Muhammad Faizzal diwakili Datin Freda Sabahbati dan Chuah Shyue Chien.

Muhammad Faizzal didakwa mengikut pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 12 Akta Antipermergangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 12:28 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2006#sthash.6CIWFHu8.dpuf

Bas ekspres terbabas di Lambir


Oleh Abd Rahman Adam
Miri: Seorang pemandu bas ekspres dan dua penumpang cedera selepas bas dinaiki terbabas di Lambir, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi, bas dipandu Hipni Omar, 50-an, itu hilang kawalan kerana mangsa dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk.
Difahamkan, bas itu dalam perjalanan dari Kuching ke Miri hanya membawa dua penumpang berkenaan sahaja.
Jurucakap polis berkata, pihaknya bersama sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 6.45 pagi.
Katanya, ketiga-tiga mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 12:30 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2007#sthash.ARBTIRg3.dpuf

Mati digilis komuter


Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut selepas dilanggar komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) di landasan Simpang Batu Segambut dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, buat masa ini identiti lelaki itu masih belum dapat dikenal pasti.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan serius apabila putus kedua belah kaki daripada bahagian paha akibat digilis komuter terbabit.

"Proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

"Siasatan juga akan dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 12:47 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2010#sthash.jcua7cXi.dpuf

Ajal bantu rakan bina rumah

Oleh Norul Awatif Romli
Jerlun: Niat murni seorang lelaki membantu rakannya menanam tiang konkrit bagi kerja pembinaan sebuah rumah, berakhir dengan tragedi apabila dia maut akibat dihempap bakul jengkaut dalam kejadian di Kampung Seberang, Kuala Jerlun, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mangsa, Azemi Senawi, 55, pesara perkhidmatan awam maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Difahamkan, kejadian berlaku berikutan hos hidrolik jengkaut itu tiba-tiba pecah menyebabkan bakul berkenaan hilang kawalan dan terjatuh sebelum menimpa mangsa yang sedang memegang tiang konkrit.
Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku pada hari pertama mangsa datang membantu membuat kerja pembinaan.
"Kerja pembinaan ini sudah berjalan selama tiga hari dan ketika kejadian, seorang daripada kami sedang mengendalikan jengkaut, manakala seorang lagi menggerudi lubang di kawasan lain.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:15 AM




LOKASI kejadian yang meragut nyawa Azemi (gambar kecil) akibat dihempap bakul jengkaut di Kampung Seberang, Kuala Jerlun.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1499#sthash.PdqG9N7u.dpuf

Dua lelaki dihukum mati


Kedua-dua tertuduh dibawa keluar sebaik hukuman ke atas mereka dijatuhkan di Mahkamah Tinggi Temerloh semalam.
Kedua-dua tertuduh dibawa keluar sebaik hukuman ke atas mereka dijatuhkan di Mahkamah Tinggi Temerloh semalam.
TEMERLOH - Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bakal mahasiswa universiti tempatan dan seorang jurujual kereta atas kesalahan mengedar amphetamine sebarat 28 gram dua tahun lalu.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Tengku Hisyam Nek Jaafar, 30, dan Mohamad Abdul Salam Mohamad Zailani 22,
selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Dalam penghakiman ringkas semalam, Ab Karim menyatakan bahawa kesukaran untuk menilai kebenaran hujah yang diberikan pihak pembelaan.

Menurutnya, keterangan pembelaan adalah direka semata-mata dan mahkamah lebih meyakini keterangan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

“Dalam kes ini hanya ada satu hukuman, Tengku Hisyam, Mohamad Abdul Salam kamu akan dihukum, dibawa dan ditahan secara sah dan akan digantung sampai mati, pelaksanaan hukuman akan ditangguhkan sehingga keputusan rayuan dibuat.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa pada 19 Julai 2012 jam lebih kurang 6.45 petang di dalam kereta jenis Proton Savvy di tempat letak kereta hentian Rehat dan Rawat Temerloh didapati mengedar dadah berbahaya jenis amphetamine berat kasar 216 gram tanpa mempunyai kebenaran yang sah mengikut undang-undang.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

Tengku Hisyam diwakili Ghazali Ismail & Co manakala Mohamad Abdul Salam diwakili  Nizam & Rofi.

GRO buat perangai elak dicekup


Seorang GRO meraung dan enggan tangannya digari anggota polis.
Seorang GRO meraung dan enggan tangannya digari anggota polis.
PUCHONG – Ada yang meraung bagai diserang histeria, berpura-pura pengsan malah sanggup sembunyi di sebalik tangki air atas siling tandas. Itu antara reaksi spontan empat GRO ketika serbuan dibuat.

Bagaimanapun, mereka gagal lepaskan diri dari ditahan sepasukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang menyerbu dua pusat hiburan sekitar Puchong, lewat malam kelmarin.

Di premis pertama di Jalan Layang-Layang Bandar Puchong Jaya, polis terpaksa mengambil masa hampir 20 minit memujuk GRO yang menangis dan meraung kerana enggan dibawa ke balai.

Wanita warga Vietnam berusia lingkungan 30-an itu terlentang atas lantai dan berpaut pada kaki meja bagi mengelak tangannya digari.

Dia turut menangis teresak-esak apabila disuruh memakai jubah tahanan dan cuba melompat keluar dari van polis.

Maut jatuh dari tingkat tujuh

Beberapa anggota unit forensik mengangkat mayat mangsa untuk dibedah siasat. Gambar kecil: Ah Fong.
Beberapa anggota unit forensik mengangkat mayat mangsa untuk dibedah siasat. Gambar kecil: Ah Fong.
ALOR SETAR - Seorang wanita berusia 48 tahun ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah blok bangunan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini, awal pagi semalam.
Mayat Teoh Ah Fong, 48, dari Alor Mengkudu ditemui kira-kira jam 7.30 pagi berdekatan kaki lima bangunan oleh seorang tukang cuci yang tiba di tempat kejadian untuk memulakan tugasannya.
Mayat mangsa yang berpakaian lengkap ditemui dalam keadaan terbaring dan cedera parah di kepala.
Suami mangsa, Tan Ah Keat, 55, yang juga seorang tukang besi berkata, keadaan isterinya itu hanya diketahui kira-kira jam 9 pagi apabila dihubungi polis.
“Saya tak sangka dia akan bertindak begitu. Sebelum ini, memang dia ada mengadu sakit dan tak sanggup lagi menahan kesakitan yang di alaminya,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, mendiang isterinya beberapa kali menerima rawatan di hospital akibat kesukaran membuang air kecil.
“Dia terima rawatan Rabu minggu lalu dan ditahan di wad di hospital lama Alor Setar serta dibenarkan pulang tiga hari kemudian.
“Bagaimanapun semalam (kelmarin) sakit dia datang lagi menyebabkan saya terpaksa membawanya ke hospital kira-kira jam 1 pagi dan meninggalkannya di situ untuk pulang kerana anak perempuan (orang kurang upaya) mengadu mengantuk dan mahu tidur,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.
“Kita menerima panggilan daripada seorang lelaki India kira-kira jam 7.30 pagi yang menjumpai mayat di belakang kantin hospital.
“Rakaman CCTV mendapati mangsa pergi ke lif bangunan hospital secara bersendirian pada jam 3.30 pagi,” katanya.
Menurutnya, tiada saksi kejadian direkodkan setakat ini.

Rampas CD/VCD bernilai RM14,525


Sharuddin (tengah) menunjukkan CD dan VCD yang berjaya dirampas dalam satu serbuan di sebuah pasaraya di sini semalam.
Sharuddin (tengah) menunjukkan CD dan VCD yang berjaya dirampas dalam satu serbuan di sebuah pasaraya di sini semalam.
KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang, merampas 2,905 unit cakera optik jenis CD dan VCD dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah pusat membeli belah daerah ini semalam.

Pengarah KPDNKK , Sharuddin Jali berkata, rampasan yang bernilai RM14,525 itu  melibatkan CD dan VCD pelbagai tajuk yang melibatkan dua buah premis berasingan di pusat membeli belah tersebut.

Menurutnya, penjualan CD dan VCD tersebut dijual  lebih murah seperti yang terdapat di pasar malam dengan harga RM5 hingga RM8 sekeping.

“Premis tersebut didapati melakukan kesalahan Perintah Perihal Dagangan (Label  Cakera Optik) 2010, iaitu membekal atau menawarkan membekal cakera optik tanpa label cakera optik.

“Pengusaha premis boleh dikenakan denda bagi kesalahan pertama yang tidak melebihi  RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan kedua pula, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000  atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu beliau menjelaskan untuk tempoh Januari hingga 13 Oktober 2014, nilai rampasan mencecah RM890,661.57 yang membabitkan 536 kes dengan
kutipan kompaun sebanyak RM73,250.

Menurutnya, tiada penahan Orang Kena Tahan (OKT), bagaimanapun sudah  mengenal pasti kawasan ‘panas’ yang berada di daerah ini untuk tindakan selanjutnya.
“Pihak kami mempunyai indek pencapaian utama (KPI) untuk disasarkan dengan mengadakan pemantauan seterusnya mengambil tindakan.

“Sehingga kini, lebih kurang 69 kes yang akan didakwa bagi dikenakan tindakan denda  ataupun kompaun,” katanya.

Lelaki lemas di lombong


Lelaki warga Nepal yang ditemui lemas di sebuah lombong di Keramat Pulai, kelmarin
Lelaki warga Nepal yang ditemui lemas di sebuah lombong di Keramat Pulai, kelmarin
IPOH - Seorang lelaki warga asing ditemui lemas di lombong berhampiran sebuah kilang di Keramat Pulai di sini petang kelmarin.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Khemraj, 30, dipercayai warga Nepal dan didakwa mandi di lombong itu ketika kejadian berlaku.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai Rozmi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.16 petang.
Menurutnya, sejerus mendapat panggilan, sepasukan anggota dari BBP Simpang Pulai bergegas ke tempat kejadian.
“Ketika tiba di tempat kejadian kami mendapati seorang lelaki warga asing telah jatuh ke dalam lombong berkenaan.
“Berikutan itu, kami menggunakan peralatan gripping iron untuk mengambil mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat jam 6.35 petang dan mayat mangsa di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat. 

Premis katering proses dadah


Paramasivam (dua, kanan) menunjukkan rampasan yang dilakukan JSJN Perak di sebuah makmal mini dadah, Ahad lalu.
Paramasivam (dua, kanan) menunjukkan rampasan yang dilakukan JSJN Perak di sebuah makmal mini dadah, Ahad lalu.
IPOH - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak barjaya membongkar makmal mini dadah yang berselindung di sebalik perkhidmatan katering dalam serbuan yang dilakukan di sebuah banglo di Lim Garden, di sini, Ahad lalu.
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, polis telah merampas dadah jenis methamphetamine dalam bentuk cecair dan kristal seberat 32.9 kilogram yang bernilai hampir RM2.8 juta.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, jumlah dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 32,000 orang penagih dan anggaran harga pasaran bagi satu kilogram dadah bernilai RM90,000.
Menurutnya, ketika serbuan dilakukan tiada penghuni di rumah namun pihaknya menemui sebuah makmal mini yang digunakan untuk memproses dadah dan dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lalu.
Katanya, siasatan awal mendapati, perkhidmatan katering itu telah dijalankan di banglo tersebut sejak dua tahun lalu dan pihaknya ada menemui perkakasan dapur yang digunakan untuk perniagaan tersebut.
“Sejurus selepas serbuan dilakukan, pada jam 12.40 tengah hari, kita telah menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai pemilik tunggal perkhidmatan katering itu.
“Manakala, seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan dipercayai pekerja katering turut ditahan kira-kira empat jam kemudian berhampiran Lim Garden.
“Kedua-dua lelaki terbabit bagaimanapun tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing yang dijalankan ke atas mereka adalah negatif,” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, semalam.
Hadir sama, Ketua JSJN Perak, Asisten Komisioner Yap Toon Khuan. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, polis turut menyita beberapa harta milik suspek antaranya van, motosikal, jam tangan, telefon bimbit, rantai dan cincin emas serta wang tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM35,200.
Katanya, sitaan itu dilakukan mengikut Seksyen 4 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.
“Sehubungan itu, kedua-dua suspek terbabit ditahan reman selama seminggu sehingga 19 Oktober ini bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya

Dua lelaki dihukum mati


Kedua-dua tertuduh dibawa keluar sebaik hukuman ke atas mereka dijatuhkan di Mahkamah Tinggi Temerloh semalam.
Kedua-dua tertuduh dibawa keluar sebaik hukuman ke atas mereka dijatuhkan di Mahkamah Tinggi Temerloh semalam.
TEMERLOH - Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bakal mahasiswa universiti tempatan dan seorang jurujual kereta atas kesalahan mengedar amphetamine sebarat 28 gram dua tahun lalu.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Tengku Hisyam Nek Jaafar, 30, dan Mohamad Abdul Salam Mohamad Zailani 22,
selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Dalam penghakiman ringkas semalam, Ab Karim menyatakan bahawa kesukaran untuk menilai kebenaran hujah yang diberikan pihak pembelaan.

Menurutnya, keterangan pembelaan adalah direka semata-mata dan mahkamah lebih meyakini keterangan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

“Dalam kes ini hanya ada satu hukuman, Tengku Hisyam, Mohamad Abdul Salam kamu akan dihukum, dibawa dan ditahan secara sah dan akan digantung sampai mati, pelaksanaan hukuman akan ditangguhkan sehingga keputusan rayuan dibuat.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa pada 19 Julai 2012 jam lebih kurang 6.45 petang di dalam kereta jenis Proton Savvy di tempat letak kereta hentian Rehat dan Rawat Temerloh didapati mengedar dadah berbahaya jenis amphetamine berat kasar 216 gram tanpa mempunyai kebenaran yang sah mengikut undang-undang.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

Tengku Hisyam diwakili Ghazali Ismail & Co manakala Mohamad Abdul Salam diwakili  Nizam & Rofi.

Samun, rogol lelaki dijel 10 tahun


Muhammad Faiz Azumar Ammin dipenjara 10 tahun dan lima sebatan selepas mengaku melakukan dua rompakan bersenjata dan merogol.
Muhammad Faiz Azumar Ammin dipenjara 10 tahun dan lima sebatan selepas mengaku melakukan dua rompakan bersenjata dan merogol.
KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu kedai bertindak bukan hanya melakukan rompakan bersenjata terhadap dua wanita dalam tempoh dua hari, malah
turut merogol salah seorang mangsa selepas melakukan jenayah itu, tahun lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Faiz Azumar Am min Mohd Noor, 26, dijatuhi huku man penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam.

Dia mengaku salah atas dua pertuduhan merompak menggunakan senjata serta satu pertuduhan merogol mangsa yang juga seorang amah.

Berdasarkan pertuduhan rompakan bersenjata, tertuduh mengaku salah melakukan jenayah berkenaan terhadap mangsa, Nur Fatin Mohd Nizam Prushothman,
20, pada 10 Oktober tahun lalu, jam lebih kurang 6 pagi.

Dia mengaku salah melakukan jenayah berkenaan di rumah mang sa di Jalan Sekolah Menengah Tg Intan Zaharah, Dungun, menggunakan sebilah pisau dan merompak sebuah hard disc milik mangsa.

Dia dijatuhi hukuman pen jara tujuh tahun dan satu sebatan. Bagi pertuduhan mengikut Seksyen sama, Muhammad Faiz Azumar Ammin turut mengaku salah merompak menggunakan senjata sebilah parang ke atas seorang amah dan melarikan seutas rantai emas, seutas gelang emas, dua buah telefon bimbit.

Dia mengaku salah melakukan jenayah berkenaan yang melibatkan nilai kerugian keseluruhan RM3,000 itu pada 12 Oktober tahun lalu, jam lebih kurang 5 pagi, di sebuah rumah di Jalan Balai Besar, Dungun.

Bagi pengakuan salah itu, Muhammad Faiz Azumar Ammin dijatuhi hukuman penjara 10 tahun  dan dikenakan dua sebatan.

Dalam masa sama, Muhammad Faiz Azumar Ammin turut mengaku salah merogol mangsa  selepas melakukan jenayah berkenaan iaitu satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (2) (b) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan itu.

Untuk kesalahan itu, dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan dua sebatan.

Bagaimanapun, Hakim Wan Nor Zanuar Wan Ahmad  mengarahkan kesemua hukuman penjara yang dikenakan itu berjalan serentak.

Pelajar politeknik maut nahas


Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian, semalam.
Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian, semalam.
KLANG SELATAN - Seorang pelajar Politeknik Banting maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di laluan  motosikal di Kilometer 20.3, Lebuhraya Kesas Klang-Shah Alam di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Mas Fahlal Azad Mas Aisha, 18, yang beralamat di Batu 8, Sijangkang, Telok Panglima Garang parah di kepala dan
dada meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) merangkap Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dan rakannya melalui laluan motosikal dari arah Klang menghala Shah Alam.

“Sebaik tiba di terowong bawah susur ke Bandar Puteri, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar tembok sebelah kiri.

“Akibat rempuhan itu menyebabkan mangsa dan motosikalnya tercampak ke jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Berdasarkan maklumat rakan mangsa yang turut menunggang motosikal sambil mengekori dari belakang, dia dan mangsa dalam perjalanan ke pusat zakat di Shah Alam.

“Dia juga memaklumkan mangsa pelajar politeknik di Banting,” katanya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)
1987.

Pondan panjat siling ala spiderman


Pondan warga asing yang menjalankan kegiatan tidak bermoral cuba melarikan diri ke atas bumbung premis bagi menyelamatkan diri, dalam Ops Sayang, semalam.
Pondan warga asing yang menjalankan kegiatan tidak bermoral cuba melarikan diri ke atas bumbung premis bagi menyelamatkan diri, dalam Ops Sayang, semalam.
IPOH - Bimbang dicekup anggota Jabatan Imigresen Negeri, sekumpulan pondan warga asing sanggup bertindak alaala spiderman memanjat siling untuk menyelamatkan diri ketika Ops Sayang dijalankan di sekitar bandar raya ini.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Muhamad Faizal Saidin berkata, dalam operasi yang bemula jam 1 pagi itu, anggota dari imigresen negeri bertindak menyerbu beberapa premis dipercayai menjadi ‘port’ warga asing untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral.
Menurutnya, antara kawasan serbuan termasuklah di sekitar Jalan Chung On Siew, Taman Jubilee, Jalan Raja Permaisuri Bainun dan Jalan Che Tak, di sini.

“Ketika serbuan dijalankan, beberapa warga asing bertempiaran lari malah ada dalam kalangan mereka yang memanjat siling untuk menyelamatkan diri masing-masing.
“Bagaimanapun, cubaan mereka gagal apabila kami berjaya memecahkan pintu premis dan memanjat siling menuju ke atas bumbung untuk menahan kumpulan warga asing berkenaan.
“Kami telah menahan 14 lelaki warga asing dari Thailand (8), Indonesia (4) dan Laos (2) dalam operasi yang tamat pada jam 5 pagi itu.
“Kesemua warga asing berusia antara 22 hingga 36 tahun itu ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh yang boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
“Selain itu, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) akta yang sama iaitu masuk ke Malaysia tanpa memiliki dokumen sah dan peraturan 39 (b) Peraturan- Peraturan Imigresen 1963, melanggar atau gagal mematuhi syarat pengeluaran pas,” katanya.