Search This Blog

Monday, October 13, 2014

Syarikat Pengusaha Stesen Minyak Didakwa Simpan Diesel


Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 2:17 PM
Gambar hiasan.

JOHOR BARU: Sebuah syarikat pengusaha stesen minyak dan dua pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Isnin atas tuduhan menyimpan barang kawalan iaitu 309,525 liter diesel di premis tidak dibenarkan di perairan Sungai Kong Kong, Pasir Gudang, Jun lepas.

Syarikat Great Future Petroleum Sdn Bhd, didakwa menyimpan diesel itu di premis yang tidak dibenarkan oleh Pengawal Bekalan untuk penyimpanan iaitu di atas kapal MT Hui Cai di perairan sungai berkenaan pada kira-kira 6 petang, 6 Jun lepas.

Syarikat beralamat di Puchong, Selangor itu yang diwakili dua pengarahnya, Datuk Lokman Mustafa, 56, dan M.Kaniappan, 68, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum bawah Seksyen 22(2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM250,000 dan bagi kesalahan kedua denda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Lokman dan Kaniappan atas kapasiti mereka sebagai pengarah syarikat pula, masing-masing turut dituduh melakukan kesalahan yang sama di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 22(4) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya denda maksimum RM250,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Alison Chan memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lagi pengarah syarikat itu, K.Alagendra, 27, yang gagal hadir di mahkamah pada Isnin walaupun notis saman telah dikeluarkan terhadapnya.

Beliau juga memohon supaya Lokman dan Kaniappan tidak dibenarkan jaminan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz, bagaimanapun membenarkan Lokman dan Kaniappan, masing-masing diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin selepas mendengar alasan dan rayuan dikemukakan mereka.

Mohamad Haldar menetapkan 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan mengarahkan pasport antarabangsa kedua-duanya diserah kepada mahkamah.

Wanita Warga Nepal Didakwa Gugur Janin


Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 1:19 PM

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita warga Nepal didakwa menggugurkan janin di sebuah poliklinik di sini.
Pekerja kilang, Thapa Nirmala, 24, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah poliklinik di Taman Ciku di sini kira-kira pukul 3 petang, 9 Oktober lalu.
Kesalahan dibawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan dilakukan dengan niat hendak mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan kematian selepas dilahirkan membawa hukum penjara maksimum 10 tahun.

Tiada pengakuan direkodkan apabila Thapa didakwa pada Isnin kerana dia tidak faham pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Malaysia.

Hakim Mahkamah Sesyen Musyiri Peet menetapkan 12 November ini untuk mendapatkan khidmat jurubahasa Nepal.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim.

Perhilitan Sekat Cubaan Menjual Haiwan Dilindungi


Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 7:25 PM
Beruang Matahari antara spesies haiwan yang berjaya diselamatkan Perhilitan.

SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor dan Kuala Lumpur  berjaya menyelamatkan beberapa spesies haiwan yang hampir pupus daripada dijual secara atas talian pada 10 Oktober lalu. 
Jampok Kubur (Barn Owl) turut berjaya diselamatkan.
 
Pengarah Perhilitan Selangor, Rahim Ahmad berkata dua beradik berusia 20 dan 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan. 
"Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan tindakan selanjutnya," kata Rahim pada sidang media yang diadakan di sini, Isnin. 

Kucing Batu.
Antara haiwan yang berjaya diselamatkan ialah Beruang Matahari, 24 Jampok Kubur (Barn Owl), Musang Pandan, Kucing Batu, Kubung dan Landak Raya.

Bagaimanapun Landak Raya telah mati ketika ditemui.

Rahim berkata usaha menyelamat dan menahan suspek agak mengambil masa kerana mereka memperolehi maklumat daripada orang awam. 

Lelaki Cuba Curi Peralatan TNB Melecur Hampir Seluruh Badan


Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 9:50 PM
Seorang lelaki melecur hampir 80 peratus anggota badannya selepas terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel dan peralatan di sebuah pencawang milik TNB di Bachang, Batu Berendam Melaka, kira-kira pukul 1 tengah hari Isnin.

MELAKA: Seorang lelaki melecur hampir seluruh badan selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri peralatan di sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bachang di sini, Isnin. 

Pengurus Besar TNB Melaka Datuk Baderul Sham Saad berkata tindakan lelaki berusia 39 tahun itu mengakibatkan dirinya terkena renjatan elektrik dan berlaku letupan serta menyebabkan berlaku gangguan elektrik hampir satu jam di kawasan sekitar Bachang.

Beliau berkata kejadian kira-kira pukul 1 petang tadi menyebabkan gangguan terhadap 12 pencawang elektrik di kawasan itu dan TNB turut mengalami kerugian kira-kira RM200,000 bagi menggantikan peralatan serta suis pencawang yang rosak.

"Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh masuk ke pencawang tersebut dengan memecahkan kunci mangga pada pintu untuk mencuri peralatan milik TNB," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Malim di sini dan meminta orang awam menyalurkan maklumat ke talian 15454 sekiranya melihat individu atau kumpulan mencurigakan di kawasan pencawang TNB.

Sementara itu Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Low Liang Seong berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.16 petang dan sembilan anggota dengan satu jentera serta Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) kemudian bergegas ke lokasi.

Beliau berkata ketika tiba lokasi kejadian kira-kira lapan minit kemudian, lelaki berkenaan terbaring di sebuah warung berhampiran dalam keadaan 80 peratus badannya melecur akibat renjatan eletrik berkenaan.

"Mangsa dilaporkan keluar sendiri dari kawasan pencawang dan kemudian dibantu orang awam yang berada di kawasan berhampiran," katanya.

Beliau berkata pasukan EMRS telah memberi rawatan awal kepada lelaki itu sebelum dibawa ke Hospital Melaka menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Anak Tiri Dipeluk Jasad Bapa


Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 8:43 AM
TINGGAL KENANGAN... Ellyas bersama anak tirinya, Julia yang maut selepas dirempuh sebuah kenderaan awal pagi Ahad.

JOHOR BARU: Seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa masih tetap memeluk anak tirinya yang turut cedera parah selepas dirempuh sebuah kenderaan di kilometer 7 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi, kira-kira pukul 5.50 pagi Ahad.

Tukang masak kantin, Ellyas Salleh, 33, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak tirinya, Julia Alfiana Nasyirah Adi Kasumi, 4, menghembuskan nafas terakhir beberapa jam kemudian.

Ibu Ellyas, Zuraina Hashim, 50 berkata, kedua-dua mangsa bersama dengan menantunya, Wati Damam, 29, sedang melintas jalan untuk menahan teksi.

"Wati melintas jalan terlebih dahulu dan hanya beberapa langkah dihadapan apabila sebuah kereta merempuh Ellyas dan Julia.

"Apabila Wati menoleh ke belakang untuk mencari mereka, dia terlihat suaminya yang terbujur di atas jalan raya memeluk erat Julia," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah di sini.

Seorang jiran mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ridzuan, 44, berkata Ellyas merupakan bapa penyayang kepada tiga orang anak tirinya.

"Dia sentiasa tersenyum dan akan bermain dengan mereka terutamanya Julia, anak bongsu diantara tiga beradik itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata mangsa sedang melintas jalan dari arah Kampung Datuk Sulaiman menghala ke Giant Extra Taman Suria sebelum dilanggar sebuah kereta.

Pemandu kereta terbabit yang berusia 39 tahun mengalami luka ditangan.

Cuaca Buruk Landa K.Lumpur


Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 11:39 PM
Hujan lebat dan angin kencang petang Ahad turut mengakibatkan kejadian pokok tumbang di Jalan Bellfield, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan angin kencang bermula kira-kira 5 petang Ahad mengakibatkan kejadian pokok tumbang, dahan pokok jatuh serta insiden papan tanda dan dinding rumah tercabut di sekitar ibu negara.

Menurut jurucakap Bilik Kawalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antara kawasan terjejas akibat pokok tumbang ialah Jalan Stadium berhampiran Stadium Negara, Bulatan Kereta Api Tanah Melayu berhampiran Hotel Majestic, Jalan Maharajalela susur ke Jalan Hang Tuah serta laluan masuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Kejadian dahan pokok jatuh pula dilaporkan berlaku di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun S.H. Lee dan Jalan Tun Razak berhadapan Kedutaan Indonesia, katanya ketika dihubungi Bernama malam Ahad.

"Selain itu, kami turut menerima masing-masing satu laporan berhubung papan tanda terjatuh dekat Stesen LRT di Jalan Tun Perak dan dinding papan di Flat Loke Yew tercabut," katanya.

Sementara itu, jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur melaporkan kejadian pokok tumbang di Jalan Tun Sambathan di Brickfields, Jalan Changkat Stadium, Jalan Kuching menghala ke Bulatan Datuk Onn dan laluan ke Bangunan RHB Bank di Jalan Tun Razak.

Beliau berkata setakat 8 malam, kesemua pokok tumbang itu telah dialihkan dan ini membantu mengurangkan kesesakan trafik.

Dalam pada itu, jurucakap Bilik Kawalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur melaporkan sebuah kenderaan dihempap sebatang pokok berhampiran Flat Loke Yew.

Bagaimanapun, ia tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, katanya.

Di Klang, hujan lebat dan angin kuat pada sebelah petang meruntuhkan khemah untuk sambutan Deepavali yang didirikan beberapa peniaga di kawasan Little India
menyebabkan kerosakan barangan termasuk barang perhiasan untuk sambutan.

Setiausaha Persatuan Peniaga Tekstil dan Barangan Am India Malaysia, Maheswary Ramasamy berkata khemah itu tidak dapat menahan cuaca buruk yang berlaku kira-kira 7.30 malam.

Beliau berkata persatuan itu akan mendapat maklum balas peniaga terbabit untuk tindakan lanjut.

Kemalangan Bas: 30 Maut di Mesir


Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 6:41 PM

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam nahas bas di selatan Mesir awal pagi Isnin.

Sumber keselamatan berkata lebih 12 orang cedera apabila dua bas berlanggar di lebuh raya padang pasir di pinggir bandar Edfu, di utara Aswan. Bas ketiga kemudian merempuh kedua-dua bas terbabit.

Mahkamah Rayuan perintah jurujual kereta bela diri tuduhan membunuh

ISNIN, 13 OKTOBER 2014 @ 7:10 PM

 
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membatalkan pembebasan seorang jurujual kereta dan memerintahkannya untuk membela diri atas pertuduhan membunuh seorang eksekutif wanita pada 2006.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Linton Albert sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwa untuk memerintahkan Shahril Jaafar membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Albert yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dan Datuk Abdul Rahman Sebli juga memerintahkan Shahril, 34, direman sementara menunggu perbicaraan bela dirinya di Mahkamah Tinggi di Alor Setar, Kedah. Dia akan direman di penjara Alor Setar.

Albert juga menetapkan 19 Oktober bagi sebutan kes di Mahkamah Tinggi dan menurutnya mahkamah mahu perbicaraan diadakan secepat mungkin.



Pihak pendakwa raya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Jun tahun lepas yang melepas dan membebaskan Shahril daripada pertuduhan membunuh tanpa memanggilnya membela diri.

Shahril dituduh membunuh eksekutif pemasaran Chee Gaip Yap, 25, di perkarangan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, antara 5.30 petang pada 14 Januari, 2006 dan 3.05 pagi hari berikutnya.

Chee sedang berjoging dengan adik perempuannya di Kelab Cinta Sayang apabila dia diculik.

Sembilan jam kemudian, mayatnya dalam keadaan separuh bogel dijumpai dalam semak berdekatan trek joging pada 15 Januari, 2006.

Mahkamah Tinggi mendapati bahawa Lee mati akibat kesan tikaman pada sebelah kiri lehernya dan bukan kerana kecederaan dalaman di bahagian kemaluannya.

Adalah diilaporkan pada tahun lepas bahawa Shahril, yang melarikan diri sejak 2006, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, sekembalinya dari Perth, Australia.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Awang Amardajaya Awang Mahmud berhujah bahawa empat calitan air mani dan darah yang diambil daripada kemaluan mangsa didapati 100 peratus sepadan dengan DNA Shahril.

Beliau berkata adalah mustahil orang ketiga terlibat dan menambah tindakan Shahril melarikan diri ke Australia, tiga hari selepas DNAnya diambil membayangkan bahawa dia bersalah dan cuba melarikan diri daripada sesuatu.

Awang Amardajaya berkata calitan kelima diambil daripada si mati didapati mempunyai "loci asing" yang mungkin berpunca daripada pencemaran kerana mayat mangsa dijumpai dalam semak.

Peguam Shamsul Sulaiman yang mewakili Shahril bagaimanapun berhujah bahawa walaupun jika DNA terbukti milik Shahril, ia tidak membuktikan bahawa dia telah membunuh Chee kerana tiada bukti menunjukkan berlaku hubungan seks tanpa kerelaan.

Beliau berkata tiada apa-apa untuk mengandaikan bahawa sesiapa yang melakukan hubungan seks dengan mangsa adalah pembunuhnya kerana kecederaan di bahagian kemaluannya mungkin disebabkan persetubuhan secara rela dan bukan kerana dia diserang secara seksual.

Beliau berkata, Shahril tidak dituduh merogol mangsa. - BERNAMA

Kanak-kanak lapan tahun cemas rumah terbakar


WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Oktober 2014


KOTA TINGGI - Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun berdepan detik cemas apabila kediamannya di Flat Taman Sri Saujana, dekat sini, terbakar ketika tinggal bersendirian, kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu bapanya keluar membetulkan kenderaan di bandar Kota Tinggi.

Jirannya, Normala Othman, 42, berkata, ibu bapa kanak-kanak berkenaan ada berpesan untuk dia menjenguk anak mereka sementara keluar ke bengkel.

Menurutnya, dia yang sedang menikmati hidangan tengah hari bersama suami dikejutkan dengan panggilan kanak-kanak itu memberitahu ada asap di biliknya.

"Bila dengar panggilannya, saya terus menjerit dan mengajak jiran tetangga menyelamatkan diri selepas melihat sebuah bilik di rumah itu dipenuhi asap tebal.

“Jiran cuba memadamkan api menggunakan air paip melalui cermin tingkap yang pecah sementara menunggu bantuan anggota bomba sampai.

“Mujur kanak-kanak itu menjerit memanggil kami dan sempat menyelamatkan diri,” katanya semalam.

Bapa mangsa, Mohd Kamsari Kasiman, 41, bersyukur kerana anaknya selamat dalam kejadian itu.

Katanya, ketika dalam perjalanan ke bengkel, dia bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai kebakaran itu.

“Kami sudah 10 tahun menetap di sini. Meskipun tak ada apa sempat diselamatkan, saya bersyukur kerana anak selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Azman Jantan berkata, dua jentera serta 12 anggota bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, ketika sampai ke lokasi api sedang marak, namun berjaya dikawal daripada merebak ke rumah sebelah kira-kira 15 minit kemudian.

“Jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM45,000, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Maut selepas cuba himpit polis trafik


Keadaan kereta yang terbakar selepas dikatakan terbabas dan melanggar kren di tapak penggalian parit
Keadaan kereta yang terbakar selepas dikatakan terbabas dan melanggar kren di tapak penggalian parit
BANDA HILIR - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terjatuh akibat dihimpit sebuah kereta yang cuba dikesan polis kerana gagal berhenti di sebuah sekatan jalan raya di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, seorang lelaki yang berada di dalam kereta berkenaan maut manakala seorang  lagi cedera selepas kereta itu dikatakan terbabas dan melanggar sebuah kren selepas dipercayai menghimpit anggota trafik berkenaan.

Anggota trafik yang identitinya masih belum dikeluarkan polis, dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan, kaki dan beberapa anggota badan.

Pemangku Ketua Polis Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, anggota trafik berkenaan berjaya mengesan kereta terbabit berhampiran Jalan Syed Abdul Aziz selepas ia tidak berhenti di sekatan jalan raya berhampiran kawasan jam besar di sini.

Menurutnya, kereta Proton Persona berkenaan terbakar selepas terbabas dan melanggar sebuah kren yang sedang melakukan kerja-kerja mengali parit di kawasan itu.

Ekoran kejadian, beberapa pekerja terus menggunakan air lumpur dari parit berkenaan untuk memadamkan kebakaran.

“Pemeriksaan polis mendapati salah seorang di dalam kereta itu mati manakala seorang lagi cedera,” katanya di sini semalam.

Menurut Razali, pemeriksaan polis ke atas kereta berkenaan membawa kepada penemuan peralatan pecah rumah seperti kapak, parang, pemutar skru serta pemotong dawai, selain menjumpai beberapa paket serbuk putih yang dipercayai dadah.

Menurutnya, punca kemalangan serta identiti kedua-dua  mangsa dalam kereta masih disiasat.

Bot, alat tangkap ikan terbakar


Kelengkapan tangkap ikan dan bot milik Deevadas di pelantar musnah terbakar awal pagi, Sabtu, lalu.
Kelengkapan tangkap ikan dan bot milik Deevadas di pelantar musnah terbakar awal pagi, Sabtu, lalu.
MANJUNG - Seorang nelayan kerugian kira-kira RM100,000 dalam kejadian kebakaran di pelantar ikan Pasir Panjang Laut awal pagi Sabtu, lalu.

Nelayan dikenali Deevadas, 45, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu telah memusnahkan sebuah bot, sampan dan pelantar ikan miliknya.

Menurutnya, ketika kejadian dia tidak berada di kawasan berkenaan.

“Saya terkejut apabila diberitahu segala kelengkapan kerja-kerja menangkap ikan termasuk bot dan sampan milik saya terbakar.

“Ketika meninggalkan pelantar ikan selepas menangkap ikan pada malam kejadian semuanya berada dalam keadaan baik dan tidak ada sebarang tanda akan berlaku kebakaran,” katanya.

Katanya, walaupun tidak ada sebarang kemalangan jiwa berlaku, namun dia khuatir dengan masa depan keluarganya.

“Saya bergantung hidup sebagai nelayan, dan kini saya tidak tahu bagaimana ingin menyara isteri dan enam anak.

“Kami berharap ada pihak dapat menghulurkan sumbangan untuk mendapatkan semula bot dan keperluan menangkap ikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Ismail Othman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.29 pagi.

“Kami dengan kekuatan anggota seramai 13 orang dan dua jentera bomba bergegas ke tempat kejadian dan mendapati sebuah bangsal tempat menyimpan peralatan menangkap ikan dan dua bot sudah 95 peratus terbakar.

“Kami segera memadamkan kebakaran dan operasi tamat kira-kira jam 5.20 pagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, sehingga kini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

Hassan Budu Ditangkap Curi Kereta


Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 10:31 PM
- Gambar hiasan

BESUT: Seorang penjenayah mencuri kenderaan paling dikehendaki di Terengganu dan Kelantan ditangkap ketika dia cuba melarikan sebuah kereta pacuan empat roda dari Taman Radhiah di sini sebelum kereta terbabit terbalik di satu persimpangan di Kampung Padang Luas Jerteh di sini tengah malam Sabtu.

Samsul Bahri Awang Noh, 41, yang lebih dikenali sebgai 'Hassan Budu' mengalami kecederaan dan dimasukkan ke Hospital Daerah Besut.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah ketika mengesahkan kejadian itu berkata suspek memang seorang penjenayah yang dikehendaki kerana banyak terbabit dalam kes mencuri kenderaan sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata kira-kira 12.01 tengah malam tadi, seorang kontraktor yang sedang minum di sebuah kedai di Kampung Bukit Yong, Pasir Putih, Kelantan ternampak sebuah pacuan empat roda menghala dari Jerteh ke Pasir Putih, yang seakan-akan kenderaannya yang hilang Sabtu lalu.

"Oleh kerana ingin tahu, beliau mengekori kenderaan itu dengan kenderaannya yang lain sehingga dia dapat pasti bahawa kenderaan Pajero yang diekorinya itu memang kepunyaannya," kata Khaled kepada pemberita di sini Ahad.

Khaled berkata suspek yang menyedari dia diikuti telah memecut sehingga memasuki Jalan Air Terjun dan ke Kampung Padang Luas sehingga kenderaan berkenaan terbabas dan terbalik.

Suspek yang cedera kemudiannya ditangkap anggota polis.

Dua Raja Dadah Kena Cekup


Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 1:44 PM

BUKIT AMAN: Polis berjaya melumpuhkan sindiket dadah warga Nigeria dengan penangkapan 11 suspek termasuk dua 'kingpin' atau raja dadah dalam tujuh serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata suspek masing-masing berusia antara 24 dan 54 tahun itu ditahan selepas pemantauan selama lebih setahun.

"Dua raja dadah itu ditahan dalam dua unit kondominium mewah di Bangsar.

"Mereka amat aktif dalam menyeludup dadah untuk diedarkan ke sekitar Asia Tenggara.

"Antara 11 yang ditahan itu, seorang daripada adalah wanita tempatan dari Sarawak dan seorang wanita dari Tanzania.

"Kami mengenal pasti wanita tempatan itu sebagai keldai dadah yang digunakan oleh sindiket tersebut," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Jepun, India Dilanda Ribut


Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 10:46 AM
Ribut Hudhud yang melanda India terutama di kawasan Visakhapatnam mengakibatkan tiga maut setakat Ahad.

TOKYO: Lebih 40 cedera di Kyushu dan Okinawa, manakala ratusan ribu lagi lagi dinasihatkan berpindah selepas taufan Vongfong membadai selatan Jepun, Ahad.

Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan arahan supaya penduduk berpindah ke tempat selamat kerana bimbang Vongfong yang berkelajuan 178 km sejam boleh mengakibatkan berlakunya tanah runtuh.

Taufan yang dijangka melanda kepulauan Kyushu di timur laut Jepun pula selepas ini juga dikatakan boleh memyebabkan tenaga elektrik terjejas dan menghentikan perkhidmatan kereta api laju.

Sebelum ini, media asing melaporkan taufan yang melanda Amerika Syarikat minggu lalu mengakibatkan tiga anggota tentera udaranya terkorban dan mayat mereka hanya dijumpai tersadai di laut Okinawa.

Sementara itu, di Visakhapatnam, timur India pula, tiga maut akibat ribut Hudhud yang menyebabkan pokok tumbang dan terputus bekalan elektrik di negeri Andhra Pradesh dan Orissa.

Akibat kejadian itu, ratusan pusat penempatan sementara dibuka untuk memastikan penduduk dalam keadaan selamat.

Kelajuan angin sehingga 195 kilometer sejam juga mengakibatkan banjir kilat melanda beberapa kawasan.

Pekerja Penjagaan Kesihatan Orang Kedua Positif Ebola Di AS


Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 7:36 PM
Hospital Kesihatan Presbyterian, Texas, Dallas, di mana pesakit Ebola Thomas Eric Duncan dirawat sebelum meninggal dunia Rabu lalu.

WASHINGTON: Pekerja penjagaan kesihatan di Texas yang merawat seorang lelaki yang kemudiannya meninggal dunia akibat Ebola didapati positif penyakit tersebut dalam ujian awal, menurut doktor, Ahad.

Pekerja itu merupakan orang kedua yang disahkan menghidap Ebola di Amerika Syarikat (AS).

"Kita tahu kes kedua boleh menjadi kenyataan, dan kita telah bersedia untuk kemungkinan ini," kata Dr David Lakey, Pesuruhjaya Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Negeri Texas.

"Kami sedang memperluaskan pasukan kami di Dallas dan berusaha keras untuk mengelakkan ia terus merebak."

Pekerja penjagaan kesihatan berkenaan demam dengan suhu rendah malam Jumaat dan telah diasingkan serta dirujuk untuk ujian, perkhidmatan kesihatan Texas berkata dalam satu kenyataan.

Identiti pekerja berkenaan tidak dinyatakan, begitu juga maklumat terperinci bagaimana dia terdedah kepada virus itu.

Kenyataan itu menambah: "Para pegawai kesihatan telah menemuramah pesakit dan mengenal pasti mana-mana kenalan atau potensi pendedahan. Orang-orang yang mempunyai hubungan dengan pekerja penjagaan kesihatan tersebut yang menunjukkan gejala akan dipantau berdasarkan sifat interaksi mereka dan potensi mereka terdedah kepada virus."

Pekerja penjagaan kesihatan tersebut adalah dari Hospital Kesihatan Presbyterian Texas di Dallas, hospital yang merawat Thomas Eric Duncan, lelaki Liberia yang meninggal dunia pada Rabu.

Empat beranak hidup serba daif



Sheikh Mahathir bersama tiga anaknya yang hidup dalam keadaan daif ketika ditemui di rumah sewanya di Paroi, Seremban baru-baru ini.


SEREMBAN – “Saya merayu agar dia (isteri) berubah dan segera pulang ke pangkuan saya serta anak-anak yang sangat merinduinya.”
Itulah harapan seorang bapa, Sheikh Mahathir Hassan, 33, yang terpaksa membesarkan tiga anak lelakinya berusia 2 hingga 6 tahun bersendirian selepas ditinggalkan isteri, Mahani Abdul Kadir, 30 sejak setahun lalu.
Dakwa Sheikh Mahathir, isterinya keluar rumah pada hujung tahun lalu dengan alasan untuk menziarahi bapanya di Kota Tinggi, Johor, namun selepas itu, wanita tersebut tidak lagi pulang ke rumah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3G08R8wth 
Hakcipta terpelihara 

Bumbung jejantas lebuh raya runtuh



Keadaan bumbung jejantas yang runtuh diterbangkan ribut di Lebuhraya Taman Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Bumbung sebuah jejantas di Kilometer 12 Lebuhraya Taman Perling - Pasir Gudang di sini tercabut dan diterbangkan sejauh 50 meter sebelum menghempap beberapa kenderaan di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, dua lelaki dan tiga wanita mengalami kecederaan. Mereka dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3G081XVmt 
Hakcipta terpelihara 

2 polis maut kontena dihempap pokok



Keadaan kontena yang dijadikan pondok polis setelah dihempap pokok dalam kejadian di Jalan Maharajalela, Kampung Attap, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Dua orang anggota polis mati tersepit dalam sebuah kontena akibat dihempap sebatang pokok besar yang tumbang di Jalan Maharajalela, Kampung Attap di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7 malam itu, kedua-dua mang­sa yang terbunuh ialah Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48, dan Konstable Mohd. Sharil Hisham Hashamdi, 25.
Dzulkhairi dan Mohd. Sharil Hisham dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur mati akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3G07qCeeV 
Hakcipta terpelihara 

Hilang nyawa selamatkan rakan



ANGGOTA penyelamat berusaha menyelamatkan Mohamad Fariz yang lemas di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Alor Gajah kelmarin. Gambar kecil ialah Mohamad Fariz.


ALOR GAJAH – Niat murni seorang pelajar untuk menyelamatkan rakannya daripada lemas bertukar menjadi tragedi apabila dia terkorban manakala rakannya terselamat dalam kejadian di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, Mohamad Fariz Kamil Jaafar yang baru menyambut hari lahir ke-22 kelmarin cuba membantu Mohammad Firdaus Zainal Abidin, 22, yang tiba-tiba tenggelam timbul ketika mandi di pantai berkenaan.
Bagaimanapun, selepas berjaya menolak rakannya ke permukaan, dia pula lemas sebelum kedua-dua mereka berjaya dibawa ke pantai oleh orang awam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3G07XcUvb 
Hakcipta terpelihara 

Tiga kelab malam digempur polis



Sebahagian GRO ditahan di tiga buah pusat hiburan di ibu negara yang diserbu polis semalam.


KUALA LUMPUR – Empat hari selepas berlaku serangan bom di kelab malam Cherry Blossom di bangunan Sun Complex di Bukit Bintang pada Khamis lalu, kelmarin polis bertindak menggempur pusat hiburan itu dan dua buah pusat hiburan lain di ibu kota.
Dalam serbuan serentak itu, seramai 107 orang gadis pelayan (GRO), tujuh pelanggan dan dua penjaga pusat hiburan ditahan. Dua buah lagi pusat hiburan yang digeledah ialah pusat hiburan Thai Club di Jalan P. Ramlee dan Deluxe Club di Jalan Ampang.
Ketiga-tiga kelab malam itu digempur selepas siasatan mengesyaki GRO-GRO yang bekerja di premis itu menawarkan khidmat seks dengan bayaran serendah RM50 hingga RM300 seorang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3FzaleMQU 
Hakcipta terpelihara 

5.4 juta penduduk putus bekalan air



Kesan pencemaran minyak di Sungai Selangor yang menyebabkan empat loji rawatan air dari sungai itu terpaksa dihentikan operasi malam kelmarin. – Gambar ihsan LUAS


KUALA LUMPUR – Kira-kira 5.4 juta pengguna di tujuh kawasan sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air selepas empat loji rawatan air Sungai Selangor dihentikan operasi berikutan pencemaran minyak di sungai tersebut semalam.
Kawasan yang terlibat dengan gangguan tersebut ialah Gombak, Klang, Shah Alam, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Tumpahan minyak tersebut atau diklasifikasikan sebagai pencemaran bahan hidrokarbon menyebabkan loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 dan Fasa 3 yang diuruskan oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) serta loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2 dan Rantau Panjang di bawah Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. terpaksa dihentikan operasi pada pukul 8 malam kelmarin.
Operasi loji rawatan air itu dapat disambung semula pada pukul 8 pagi semalam, bagaimanapun pemulihan sepenuhnya di seluruh kawasan dijangka mengambil masa tiga hari.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3FzaUL6b2 
Hakcipta terpelihara 

Pelajar sekolah bakar bilik darjah

Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD.HANAFIAH

KESAN terbakar pada papan kenyataan di dalam sebuah kelas yang dipercayai dibakar pelajar sekolah berkenaan.


KUALA LUMPUR – Akibat tidak puas hati dengan pertengkaran yang berlaku di laman sosial, seorang pelajar nekad membakar sebuah kelas dan menconteng bilik darjah serta koridor dengan perkataan kesat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa di sini kelmarin.
Pelajar yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut dipercayai seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang menyimpan perasaan dendam terhadap sekumpulan pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan.
Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Nabila berkata, kata-kata kesat yang diconteng di koridor kelasnya menyasarkan kepada pelajar-pelajar tertentu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3FzZhZqgc 
Hakcipta terpelihara 

Siklon Hudhud badai India



OMBAK besar menghempas pantai di bandar Visakhapatnam, timur India menjelang ketibaan siklon Hudhud kelmarin.


VISAKHAPATNAM – Siklon Hudhud membadai pantai timur India dengan tiupan angin mencecah kelajuan 195 kilometer sejam (km/j) yang menyebabkan sejumlah pokok tercabut, bangunan rosak dan membunuh sekurang-kurangnya tiga orang semalam.
Bandar pelabuhan ini yang dihuni dua juta orang dan sebuah pangkalan tentera laut teruk dipukul Hudhud yang meningkatkan kekuatan ketika berada di Teluk Bengal.
Pokok tumbang dan serpihan bertaburan di jalan-jalan raya di sini. Kebanyakan penduduk mencari tempat berlindung selepas mereka diberi amaran awal mengenai bencana tersebut.
Namun, dua orang terbunuh masing-masing akibat dihempap pokok tumbang dan tembok runtuh.
“Situasi di bandar ini amat serius,” kata pesuruhjaya khas hal ehwal pengurusan bencana negeri Andhra Pradesh, K. Hymavathi.
“Sistem telekomunikasi terputus malah pusat kawalan kami turut terjejas. Orang ramai yang berlindung di apartmen mereka mula panik dan menelefon kami,” katanya.
Menurut Hymavathi, Hudhud melanda daratan di timur India menjelang tengah hari semalam.
Terdahulu, Agensi Bantuan Bencana India (IMD) telah memindahkan lebih 150,000 orang kelmarin untuk meminimum angka kematian bencana itu
“Bunyi tiupan angin menakutkan, ada ketika ia berbunyi seperti letupan,” kata seorang wartawan Reuters di lokasi kejadian.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa menutup lapangan terbang dan menggantung perkhidmatan kereta api di bandar ini.
IMD mengkategorikan Hudhud sebagai ribut siklon amat kuat dengan tiupan angin 195 km/j dan lambakan hujan lebih 24.5 sentimeter.
Namun, Sistem Amaran dan Koordinasi Global (GDACS) kendalian Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Eropah meramalkan tiupan angin lebih kencang mencecah 212 km/j sekali gus meletakkan Hudhud sebagai ribut Kategori 4 yang berisiko membawa kemusnahan teruk serta meluas. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3FzZ1fFiU 
Hakcipta terpelihara 

44 cedera dalam taufan Vongfong di pulau Kyushu

KEADAAN pokok di tepi jalan ditiup yang angin kencang di Miyazaki, pulau Kyushu, selatan Jepun . - Foto AFP
TOKYO: Taufan Vongfong membadai pulau Kyushu di selatan Jepun, mengakibatkan 44 orang cedera berikutan angin kuat dan hujan lebat pagi ini.
Agensi Meteorologi Jepun berkata pusat taufan itu adalah di Makurazaki di pulau Kyushu, yang berlaku pada kira-kira jam 8.30 pagi waktu tempatan (7.30 pagi waktu Malaysia). - AFP