Search This Blog

Friday, October 10, 2014

Dua beradik ditangkap curi susu getah


WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Oktober 2014


BERA - Dua beradik berjaya ditangkap polis kerana disyaki mencuri susu getah di Ladang Kemasul, dekat sini kira-kira jam 11.45 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima aduan daripada pengurus ladang terbabit, dan anggota Balai Polis Mengkarak bertindak atas maklumat itu.

Menurutnya, empat beg plastik mengandungi susu getah seberat 112 kilogram dan empat baldi pelbagai warna dan jenama yang dipercayai digunakan bagi aktiviti itu berjaya dirampas.

“Berdasarkan siasatan awal, salah seorang lelaki itu adalah pekerja ladang tersebut, manakala adiknya itu sekadar membantu abangnya yang bekerja di sana.

“Dipercayai, pengurus ladang terbabit mensyaki kejadian itu berikutan hasil susu getah yang sering berkurangan. Dan dia bersama kerani telah melakukan pemeriksaan sendiri di rumah pekerja terbabit,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat itu, pihaknya bertindak dan menangkap kedua-dua suspek di rumah pekerja beralamat No. 42, Ladang Kemasul, Mengkarak.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Dua pekerja kilang sawit maut


Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah mengangkat mayat Azhar yang maut akibat
tercampak keluar dari van.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah mengangkat mayat Azhar yang maut akibat tercampak keluar dari van.
MUADZAM SHAH – Dua lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas van yang dinaiki tujuh pekerja kilang sawit Felda Keratong 2 dan 3 itu bertembung dengan sebuah lori kargo yang membawa dedak dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 112.5 Jalan Kuantan-Segamat, berhampiran simpang ke Kampung Inoi, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata, dalam kemalangan yang berlaku pada 11.50 pagi semalam (kelmarin) itu, mangsa yang maut ialah Azhar Jusoh, 40, dan Rozaman Samin, 22, manakala identiti seorang lagi yang parah masih belum dikenal pasti.

“Kemalangan berlaku ketika van yang dinaiki enam penumpang termasuk pemandu pulang dari sesi latihan badminton dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah menghala ke Bandar Tun Razak. Pasukan berkenaan mewakili zon Muadzam Shah dalam satu perlawanan badminton di Johor.

“Ketika tiba di tempat kejadian, lori berkenaan yang datang dari arah Segamat telah memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya manakala pemandu van tersebut yang datang dari arah bertentangan terpaksa turun ke bahu sebelah kiri jalan untuk mengelak bertembung dengan lori tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Johari berkata, lori berkenaan yang tidak sempat membrek dan masuk ke laluannya semula telah merempuh bahagian tepi belakang sebelah kanan van terbabit menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan telah terbabas ke kiri jalan seterusnya melanggar papan tanda arah sebelum terbalik.

Kejadian itu menyebabkan seorang penumpang van tercampak keluar dan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi yang parah akibat tersepit di kerusi belakang maut pada jam 3.15 petang kelmarin ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.

Seorang penumpang yang cedera parah dan tiga lagi yang mengalami cedera ringan dihantar ke hospital yang sama untuk diberi rawatan lanjut.

“Pemandu lori itu yang berusia 26 tahun ditahan petang semalam (kelmarin) untuk soal siasat dan ujian air kencing, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Pemandu parah kereta terbabas


Kereta jenis Proton Waja yang terbabit kemalangan itu tersangkut pada besi pengadang jalan.
Kereta jenis Proton Waja yang terbabit kemalangan itu tersangkut pada besi pengadang jalan.
KUANTAN- Seorang pemandu parah selepas kereta dipandunya terbabas setelah hilang kawalan akibat bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuantan-Gambang, di Tanah Putih, di sini, petang semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.15 petang itu, kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an turut melanggar tiang elektrik hingga terbalik sebelum  kenderaan terbabit tercampak dan tersangkut pada besi pembahagi jalan.

Mangsa yang parah di kepala berjaya dikeluarkan dari kenderaannya dengan bantuan orang ramai sebelum dihantar menggunakan ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda bagaimanapun difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut saksi yang ternampak kejadian tersebut, kereta yang dipandu mangsa difahamkan dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke Kuantan.

Ketika sampai di lokasi kejadian, kereta tersebut bergesel dengan sebuah kenderaan lain menyebabkan  ia hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar tiang elektrik hingga patah dan hampir terkena kenderaan di belakang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya punca kemalangan masih dalam siasatan dan pihaknya kini menunggu untuk mendapatkan keterangan mangsa.

“Setakat ini mangsa belum membuat laporan polis kerana masih mendapatkan rawatan di HTAA Kuantan kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

“Kemalangan tersebut disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

21 maut keracunan arak


Petugas paramedik mengangkat seorang mangsa keracunan arak buatan sendiri di selatan Pakistan.
Petugas paramedik mengangkat seorang mangsa keracunan arak buatan sendiri di selatan Pakistan.
KARACHI - PAKISTAN. Pihak berkuasa Pakistan semalam mengesahkan kematian seramai 21 orang di kawasan kejiranan miskin di selatan negara itu adalah disebabkan oleh keracunan minuman keras buatan sendiri.

Menurut AFP, kejadian berlaku di wilayah Landhi dan Korangi selain kebanyakan mangsa adalah lelaki dewasa.

Difahamkan, kesemua mangsa meminum arak tersebut dalam satu majlis keraian.

Doktor di Hospital Jinnah, Seemi Jamali memaklumkan, pihaknya sedang berusaha merawat 22 lagi mangsa yang masih tidak sedarkan diri.

Jamali memberitahu, keadaan semua mangsa adalah serius.

Penjualan alkohol secara umum diharamkan di Pakistan, namun ramai yang menghasilkan sendiri minuman keras murah di rumah secara tersembunyi.

Pada Julai tahun lalu, sekurang-kurangnya 18 orang mati dan 18 lagi menderita komplikasi serius selepas meminum minuman keras bertoksik dalam dua buah acara keramaian di Bandar Faisalabad.

Terbakar tiba-tiba


Kuala Lumpur: Beberapa pelanggan yang menikmati sarapan terkejut apabila mendapati restoran yang dikunjungi tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Wangsa Maju, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, beberapa pekerja restoran turut lari bertempiaran menyelamatkan diri apabila menyedari api mula membakar bahagian dapur restoran berkenaan.
Seorang pekerja yang berjaya menyelamatkan diri terus menghubungi pihak bomba dan penyelamat bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju Che Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.31 pagi sebelum pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.
Foto
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

703 sehelai sepinggang


Bintulu: Seramai 703 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas Rumah Panjang John Guan Pasir Nangka di Sungai Anap, Tatau, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.
Kebakaran berlaku pada jam 2 pagi meranapkan semua rumah terdiri 54 pintu menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda.
Ketua Polis Daerah Tatau Deputi Superintendan Harun Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 pagi sebelum menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.

"Anggota penyelamat terpaksa menggunakan bot untuk ke lokasi berikutan jalan darat yang ada tidak sesuai untuk dilalui.Foto
RUMAH Panjang John Guan Pasir musnah dalam kebakaran.
Foto
KEADAAN rumah yang musnah sama sekali.

"Siasatan masih dijalankan dengan pasukan forensik Bomba dan Penyelamat Bintulu masih berada di lokasi termasuk membuat taksiran kerugian dialami," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 201/10/10