Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Dua beranak maut dalam kemalangan sebelum sempat sambut Hari Raya Aidiladha





04/10/2014 9:02pm

IPOH - Perjalanan lima sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha esok berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila ibu dan seorang anaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, selepas Terowong Menora, dekat di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan.

Siti Yuslianis merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu.

Muhammad Yusriman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak putus-putus melafazkan "saya minta maaf mak" dengan nada hiba selepas merasa serba salah atas kejadian itu.

Beliau mendakwa sebuah treler telah melanggar treler yang lain dari arah belakang, kemudian treler tersebut rempuh pula bahagian belakang kereta yang sedang dipandunya. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz3FBwwTDu4
Hakcipta terpelihara 

Enam Terbunuh, 17 Cedera Serangan Bom Di Perhentian Bas Di Pakistan


Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 6:43 PM

PESHAWAR (Pakistan): Sekurang-kurangnya enam terbunuh dan 17 yang lain cedera apabila berlaku letupan bom di sebuah perhentian bas di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa Pakistan pada Sabtu, menurut pegawai.

Pegawai berkata, bom disasarkan terhadap van yang digunakan untuk mengangkut penumpang tempatan di bandar Kohat dan kampung-kampung sekitarnya.

"Letupan itu berlaku di perhentian bas kecil di bandar Kohat. Sekurang-kurangnya dua kenderaan rosak dalam letupan itu," kata Ketua Polis Daerah Kohat, Salim Khan Marwat, kepada AFP.

"Letupan itu menyebabkan enam orang mati dan 17 cedera," katanya.
Ketua jabatan kecemasan di hospital utama kerajaan Kohat, Fazal Khaliq, juga mengesahkan angka tersebut.
 Pada Februari, 12 orang termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan bom di perhentian bas yang sama.

Ia adalah serangan kedua terhadap kenderaan penumpang di barat laut Pakistan dalam tempoh seminggu.

Pada Khamis, berlaku letupan bom di bandar Peshawar, membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan enam yang lain.

Barat laut Pakistan menjadi sasaran Al-Qaeda dan militan Taliban lebih dari satu dekad.

Tentera Pakistan melancarkan operasi utama pada bulan Jun untuk memusnahkan pangkalan Taliban dan militan lain di  utara kawasan puak Waziristan. 
mstar

Dua beradik lemas terjatuh dalam lubang


BUKIT MERTAJAM 4 Okt. - Dua beradik berusia 4 dan 2 tahun maut dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang sedalam kira-kira dua meter berdekatan rumah mereka di Kampung Pelet, Kubang Semang, dekat sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Muhammad Shazriel Naufal Rahizal dan adiknya, Nur Shazreen keluar bermain kira-kira100 meter dari rumah mereka.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka dikatakan terjatuh ke dalam sebuah lubang yang dikorek untuk sebuah projek pembinaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Baharom Abu mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, dua mayat adik beradik itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141004/je_12/Dua-beradik-lemas-terjatuh-dalam-lubang#ixzz3FBuLOgP8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga beranak dikhuatiri lemas perahu terbalik


RANTAU PANJANG 4 Okt. - Seorang ibu bersama dua orang anaknya dikhuatiri lemas
selepas perahu yang dinaiki mereka bersama 12 yang lain terbalik di Sungai Golok berhampiran Bukit Lata di sini petang ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.55 petang itu, perahu yang dinaiki mereka sedang menghala ke Kampung Bukit Lata dari Pasar Munduk, Thailand sebelum terbalik.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Rahmat Kamarulzaman memberitahu, 12 individu berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di kawasan berdekatan manakala tiga lagi masih belum ditemui.
Mangsa yang dikhuatiri lemas itu ialah Rosniawati Zakaria, 37, serta dua anaknya iaitu Wan Nurdina Malia Wan Azli, 10, dan Wan Nurhabib Naufal, 6. - UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141004/je_11/Tiga-beranak-dikhuatiri-lemas-perahu-terbalik#ixzz3FBuCFFAg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 beranak maut kemalangan di Terowong Menora


IPOH 4 Okt. - Seorang wanita dan anak perempuannya maut apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah treler dan lima buah kereta di Kilometer 256.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora di sini hari ini.
Dalam nahas pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 50-an dan 20-an itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Kemalangan itu turut menyebabkan tiga lagi anak mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, kejadian berlaku ketika lima beranak itu dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Lenggong.
Katanya, pemandu treler berusia 40-an kini ditahan bagi membantu siasatan.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk di lebuh raya itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141004/je_10/2-beranak-maut-kemalangan-di-Terowong-Menora#ixzz3FBu40ADg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima maut dalam insiden tiga kenderaan


ROMPIN 4 Okt. - Lima sekeluarga yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 142 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Cenderawasih di sini malam ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, lima sekeluarga yang menaiki kereta Perodua Alza itu terlibat dengan kemalangan bersama dua buah kenderaan lain iaitu sebuah bas Mara Liner dan Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, lima sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Segamat.
Setakat ini, katanya, identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti dan semua maut di tempat kejadian akibat parah di kepala serta anggota badan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141004/je_13/Lima-maut-dalam-insiden-tiga-kenderaan#ixzz3FBtpuNvy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aliran Trafik Bergerak Perlahan Di Lebuhraya Utara - Selatan


Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 10:34 PM

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan bergerak perlahan di beberapa kawasan setakat 10 malam Sabtu.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Expressway Bhd berkata aliran trafik mula perlahan dari Nilai menuju ke Seremban, Ipoh Utara ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, Tapah ke Gopeng dan R&R Kuala Kangsar ke Changkat Jering.

"Trafik pada malam ini bertambah dan bergerak perlahan ekoran orang ramai pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Kami menjangkakan trafik akan kembali lancar pada pukul 1 pagi ke atas," katanya ketika dihubungi Bernama malam Sabtu.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik mula perlahan selepas Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Plaza Tol Bentong.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM di 1800-88-7752.
mstar

Guru Rugi RM10,760 Tertipu Skim Cabutan Bertuah


Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 8:29 PM
- Gambar hiasan

IPOH: Seorang guru wanita disyaki mengalami kerugian RM10,760 selepas tertipu kononnya dia memenangi hadiah bagi cabutan bertuah permata Cartier.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Shahron Anuar Abdul Latif berkata mangsa yang berusia 35 tahun itu membayar wang tersebut sebagai wang jaminan dan bayaran keahlian syarikat berkenaan.

Beliau berkata mangsa diminta mendeposit RM5,760 ke dalam satu akaun dan RM5,000 lagi dalam satu lagi akaun bulan lalu.

"Namun mangsa tidak pernah menyertai peraduan dengan syarikat Miilai Hong Kong berkenaan atau membeli apa-apa produk daripada mereka.

"Semakan juga mendapati laman web www.millai.com adalah sama dengan laman web www.meimeimall.com yang turut menawarkan hadiah cabutan bertuah," katanya.

Shahron Anuar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut agar menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah di talian 05-3664322 atau Insp Mohd Suhadi di talian 05-3629222 sambungan 9083 atau talian 012-5217752.
mstar

Bot Terbalik Di Sungai Golok, Tiga Beranak Dikhuatiri Lemas


Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 8:19 PM
Sempadan perairan Sungai Golok. (Gambar fail)

KOTA BAHARU: Seorang ibu dan dan dua anaknya dikhuatiri lemas setelah bot yang mereka naiki terbalik di Sungai Golok dekat Rantau Panjang, Sabtu.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, Rosniwati Zakaria, 37, dan dua anaknya Wan Nordina Nalia Wan Azli, 10, dan Wan Nor Habib Naufil, 6, menaiki bot itu dari Pasar Mundok, Thailand ke Kampung Bukit Lata di kawasan Malaysia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Rahmat Kamaruzaman berkata bot itu dinaiki 11 individu.

"Setakat ini tiga beranak berkenaan masih belum ditemui manakala penumpang bot yang lain berjaya diselamatkan.

"Kita masih menjalankan gerakan mencari dan menyelamat ketiga-tiganya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Seramai 18 anggota bomba dari Rantau Panjang dan Kota Baharu dikejarkan ke lokasi kejadian.
mstar

Dua Maut, Seorang Parah Kemalangan Dekat Terowong Menora


Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 3:05 PM

IPOH: Dua maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di KM256.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan ke utara selepas Terowong Menora dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh ketika dihubungi berkata kejadian yang berlaku lebih kurang 11 pagi Sabtu membabitkan beberapa buah kenderaan.
"Setakat ini maklumat yang kita terima dua orang maut dan seorang lagi cedera parah," katanya.


Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata kemalangan itu membabitkan lima kenderaan iaitu masing-masing sebuah lori treler, lori, kereta jenis Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna jenis Alza serta kereta jenis Honda City.

"Operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar. Keseluruhan mangsa yang terlibat adalah 15 orang," katanya.

Jurucakap Plusline ketika dihubungi berkata lalu lintas di lebuh raya dari arah Ipoh masih mengalami kesesakan sepanjang 13 kilometer.

Bagaimanapun lalu lintas kembali lancar selepas kawasan kejadian, katanya.

Plus mencadangkan supaya pengguna lebuh raya menuju ke utara melencong kenderaan mereka keluar di plaza tol Ipoh Selatan dan masuk kembali di plaza tol Kuala Kangsar bagi meneruskan perjalanan.
mstar

Kemalangan Di Terowong Menora: "Saya Minta Maaf Mak" - Anak


Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 7:30 PM
Keadaan kereta jenis Proton Saga BLM yang dirempuh treler dalam kemalangan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, selepas Terowong Menora, dekat Ipoh, Sabtu. -foto THE STAR

IPOH: Perjalanan lima sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha pada Ahad berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila ibu dan seorang anaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, selepas Terowong Menora, dekat di sini, Sabtu.

Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan.

Siti Yuslianis merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu.

Muhammad Yusriman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak putus-putus melafazkan "saya minta maaf mak" dengan nada hiba selepas merasa serba salah atas kejadian itu.

Beliau mendakwa sebuah treler telah melanggar treler yang lain dari arah belakang, kemudian treler berkenaan rempuh pula bahagian belakang kereta yang sedang dipandunya.

"Bunyi kuat sangat, saya rasa pemandu treler itu tidak membrek. Adik-beradik menjerit dan cermin pecah," katanya ketika ditemui pemberita di HRPB di sini.

Beliau berkata orang awam kemudian membantu mereka keluar daripada kereta tersebut.

"Kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Bukit Sentosa, Rawang, ke Lenggong...mak dan ayah orang sana," katanya.

Beliau dan abangnya Muhammad Yusrizal, 25, mengalami cedera ringan manakala adik mereka Siti Yusliana, 12, mengalami luka di bahagian tumit kaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh berkata kesemua mangsa yang menaiki kereta itu merupakan keluarga kepada seorang anggota polis berpangkat sub inspektor yang bertugas di Pusat Latihan Polis Bukit Beruntung, Selangor.

Beliau berkata bagaimanapun anggota polis berkenaan tidak bersama-sama keluarganya ketika kejadian.

"Kejadian berlaku di kawasan menuruni bukit apabila sebuah treler dipercayai hilang kawalan merempuh sebuah kereta yang dinaiki lima sekeluarga," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata beberapa kenderaan lain turut terbabit dalam kemalangan itu selepas berlanggar antara satu sama lain kerana tidak sempat mengelak insiden berkenaan.

Lori treler jenis Hino itu dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju ke Pulau Pinang dengan membawa muatan jubin mozek, katanya.

Lima kenderaan lain iaitu masing-masing dua dari jenis Proton Alza, Honda City, Perodua Myvi dan Mercedes Benz itu mengalami kerosakan teruk, bagaimanapun sama ada pemandu atau penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Beliau berkata pemandu treler berusia 40-an berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut serta ujian air kencing dan darah.

Kejadian berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
mstar

Dua maut, treler rempuh empat kereta


Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
Kuala Kangsar: Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 256 Lebuhraya PLUS menghala ke utara berdekatan Terowong Menora, 11.45 pagi, hari ini.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada treler yang dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh empat kereta di hadapannya.


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala lima belas mangsa kesemuanya terbabit dalam kemalangan itu.

Katanya, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar manakala seorang mangsa parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan.


Menurutnya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, jurucakap PLUS berkata, kemalangan berkenaan mengakibatkan kesesakan kira-kira 13 kilometer dan pengguna dinasihatkan memasuki tol Ipoh dan keluar ke tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

Jaga ditemui mati terduduk


Oleh Fardy Bungga
Sentul: Seorang pengawal keselamatan ditemui mati di dalam kenderaan di kawasan tempat letak belakang pasar raya di Bandar Baru Sentul, awal pagi ini.

Mangsa berusia 45 tahun itu ditemui mati orang awam dalam keadaan duduk di kerusi pemandu dan tingkap keretanya terbuka, pada 2.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa mempunyai rekod penyakit kencing manis.

Katanya, siasatan lanjut terhadap tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan dan barangan peribadi milik mangsa juga masih berada bersama simati.


"Kes diklasifikasikan sebagai Kes Kematian Mengejut (SDR)," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

3 dikhuatiri lemas perahu dinaiki 15 orang terbalik di Sungai Golok



ANGGOTA bomba dan polis melakukan pemantauan bagi mencari dan menyelamat tiga mangsa yang dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaiki kira-kira 15 orang terbalik di Sungai Golok, dekat Bukit Lata, petang tadi. - Foto Ihsan pembaca
KOTA BAHRU: Tiga individu, termasuk dua kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaiki kira-kira 15 orang terbalik di Sungai Golok, dekat Bukit Lata, petang tadi.
Dalam kejadian jam 3.55 petang itu, perahu yang dinaiki mereka sedang menghala ke Kampung Bukit Lata dari Pasar Munduk, Thailand sebelum terbalik.
Jurucakap Balai Bomba Rantau Panjang berkata, 12 individu berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di kawasan berdekatan manakala tiga lagi masih belum ditemui.
Mangsa yang dikhuatiri lemas ialah Rosniawati Zakaria, 37, serta dua anaknya iaitu Wan Nurdina Malia Wan Azli, 10, dan Wan Nurhabib Naufal, 6.

Sudah jatuh ditimpa tangga


Oleh Syazwan Msar
Bentong: Seorang lelaki kerugian lebih RM300,000 apabila Porsche Cayenne miliknya dilarikan penyamun ketika berhenti di kawasan sunyi berdekatan jalan susur keluar ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah, dekat sini, 4.30 pagi ini.

Malah, mangsa berusia 28 tahun itu turut kerugian RM15,000 kerana disamun.


Ketika kejadian, mangsa memandu berseorangan dari Genting Highlands, dekat sini, menuju ke ibu negara.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata ketika tiba di tempat kejadian, secara tiba-tiba datang sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki menghalang laluannya menyebabkan dia terpaksa memberhentikan kenderaan di bahu jalan.


"Kenderaan mangsa kemudian dilanggar pula dari belakang oleh kereta lain. Mangsa yang menyangka tindakan itu tidak disengajakan bertindak keluar dari kenderaannya untuk melihat apa sebenar berlaku.


"Tindakan itu jelas mengundang padah apabila dia didatangi dua lelaki bersenjatakan pisau yang kemudian menyamun beg mengandungi dokumen penting serta RM15,000 yang dibawa mangsa," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tiga suspek termasuk penunggang motosikal berusia lingkungan 20 tahun turut bertindak melarikan kereta mewah miliknya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

Mayat lelaki dipercayai mati dibunuh ditemui di Sungai Timun



MAYAT seorang lelaki dipercayai mati dibunuh ditemui terapung diikat bersama motosikal di Sungai Timun, Rembau, semalam. - Foto Sitie Norhajatulziemah Mohd Nor
REMBAU: Mayat seorang lelaki dipercayai mati dibunuh ditemui di Sungai Timun dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif, berkata mayat itu ditemui terapung di sungai itu oleh orang awam pada jam 5.30 petang dan terus menghubungi pihak polis.
Beliau berkata, pemeriksaan polis mendapati mayat itu disumbat ke dalam guni plastik berwarna putih menutupi kepala sehingga lutut manakala kakinya diikat serta dibiarkan terjulur keluar.
Katanya, mayat itu turut diikat menggunakan wayar berwarna hijau bersama-sama dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.
"Setakat ini kita masih tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada pengenalan diri dijumpai bersama-samanya. Polis masih menyiasat punca serta motif pembunuhan itu," katanya di sini, hari ini.
Ibrahim berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sedang dalam proses pereputan, mangsa berkemungkinan mati dalam tempoh kurang seminggu.
Katanya, polis terpaksa berjalan hampir lima kilometer dari jalan utama dengan melalui sebuah kebun ternakan untuk sampai ke lokasi mayat dijumpai.
"Mayat mangsa berjaya diangkat dan dikeluarkan ke jalan utama dengan bantuan pihak bomba dan dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang kehilangan saudara dan anggota keluarga supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6851222 atau balai polis berhampiran.
- BERNAMA

Gunung berapi meletus di Jepun: 3 lagi mayat ditemui

TOKYO: Anggota penyelamat menemui tiga lagi mayat di puncak gunung berapi di sini selepas misi mencari yang terhenti akibat hujan lebat pada Khamis lalu, diteruskan pagi ini.
Pihak berkuasa tempatan berkata, seramai 16 orang hilang di Gunung Ontake, yang meletus minggu lalu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada tiga mayat yang ditemui itu termasuk dalam mereka yang hilang.
Setakat ini, sebanyak 47 mayat sudah dibawa turun dari gunung berkenaan.
Anggota penyelamat berkata, gunung berkenaan dilitupi sehingga setengah meter debu yang menyebabkan mereka sukar bernafas, dengan beberapa mayat ditemui dalam keadaan separuh tertimbus, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa mangsa yang masih hilang mungkin turut tertimbus.
"Pasukan penyelamat mendapati seramai tiga mangsa yang terperangkap di puncak gunung menghidap serangan jantung dan bersedia untuk membawa mereka turun ke bawah," kata seorang jurucakap polis di Nagano, tengah Jepun, di mana lokasi gunung berapi itu meletus.
Seramai 930 anggota tentera, bomba dan polis memulakan pencarian mereka pagi ini selepas operasi mencari itu terhenti akibat hujan lebat sejak Khamis lalu.

Letupan bom di stesen bas Pakistan ragut 3 nyawa

SABTU, 4 OKTOBER 2014 @ 4:24 PM

 
PESHAWAR, Pakistan: Sekurang-kurangnya tiga maut susulan kejadian letupan bom di sebuah stesen bas di barat laut Pakistan, hari ini.

Pegawai kanan polis Ishtiaq Marwat berkata, serangan awal pagi di bandar barat laut Kohat itu juga mencederakan empat orang.

Beliau berkata, serangan bom itu menyasarkan sebuah bas yang sedang bergerak apabila beratus-ratus penumpang sedang menunggu untuk meninggalkan bandar itu bagi meraikan perayaan Hari Raya Aidiladha.

Rakaman daripada stesen televisyen tempatan menunjukkan, sebuah bas musnah dalam kejadian itu.



Bagaimanapun, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Kohat terletak kira-kira 50 kilometer di barat daya Peshawar, ibu kota wilayah Khyber-Pakhtunkhwa. - AP

Enam sekeluarga maut nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin


ROMPIN: Enam sekeluarga terbunuh dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung halaman sempena cuti Hari Raya Aidiladha di Kilometer 142 Lebuhraya Kuantan-Segamat berhampiran Cenderawasih di sini, malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 8.30 malam tadi membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah bas Mara Liner, kereta PERODUA Myvi dan Alza.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata lima sekeluarga berkenaan yang menaiki PERODUA Alza dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Segamat.
Setakat ini, identiti mereka belum dikenal pasti dan semua maut di tempat kejadian akibat parah di kepala serta anggota badan.

KHIDMAT KHAS - Menyelamat Mangsa Jatuh Perigi di Kg Berchang Bukit Panau



Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)'s photo.
KHIDMAT KHAS - Menyelamat Mangsa Jatuh Perigi di Kg Berchang Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan pada 11.15 pagi tadi.
Mangsa seorang lelaki berumur 33 tahun (OKU) berketurunan Siam dikatakan terjatuh ke dalam perigi pada tengahari semalam selamat dengan bantuan anggota bomba bertugas. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Tanah Merah

Awas! Selepas terowong menora ke utara.








Selepas terowong menora arah utara sebelum hentian sungai perak
AS SALAM TUAN,
LAPORAN AWAL UNTUK MAKLUMAN TUAN,
BALAI : BBP KUALA KANGSAR
JENIS KEJADIAN : KEMALANGAN JALAN RAYA
ALAMAT : KM 256 LEBUHRAYA UTARA SELATAN MENGHALA KE UTARA.
TARIKH : 4/10/2014
TERIMA PANGGILAN : 1150
CATATAN : KEMALANGAN MELIBATKAN 5 BUAH KENDERAAN, SE BUAH LORI TRELER MELANGGAR 4 BUAH KENDERAAN. PASUKAN BOMBA SEDANG MEMBUAT KERJA PENYELAMATAN. KESELURUHAN MANGSA TERLIBAT ADALAH SERAMAI 15 ORANG MANGSA.
KERETA MYVI ( WJX 5245): 1 LELAKI, 3 PEREMPUAN, KERETA ALZA ( WWX4858): 2 LELAKI, 3 PEREMPUAN, HONDA CITY (WTY 691) 3 ORG, LORI(JCD 8199): 2 LELAKI

2 mati & yg lain cedera ringan.

kebakaran tangki simpanan gas metana cf4 di Kilang kelapa sawit Felda Jerangau Barat.





BBP Kuala Berang telah menerima satu panggilan kecemasan kebakaran tangki simpanan gas metana cf4 di Kilang kelapa sawit Felda Jerangau Barat.
Kebakaran dapat dipadamkan, Tiada kemalangan berlaku.

Dua maut, manakala seorang parah dalam nahas lima kenderaan di KM256 Lebuhraya Plus dekat Terowong Menora, Ipoh




Dua maut, manakala seorang parah dalam nahas lima kenderaan di KM256 Lebuhraya Plus dekat Terowong Menora, Ipoh, 11.45 pagi tadi: Polis ‪#‎SHSemasa‬ -Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Mayat lelaki dipercayai mati dibunuh ditemui di Sungai Timun



MAYAT seorang lelaki dipercayai mati dibunuh ditemui terapung diikat bersama motosikal di Sungai Timun, Rembau, semalam. - Foto Sitie Norhajatulziemah Mohd Nor
REMBAU: Mayat seorang lelaki dipercayai mati dibunuh ditemui di Sungai Timun dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif, berkata mayat itu ditemui terapung di sungai itu oleh orang awam pada jam 5.30 petang dan terus menghubungi pihak polis.
Beliau berkata, pemeriksaan polis mendapati mayat itu disumbat ke dalam guni plastik berwarna putih menutupi kepala sehingga lutut manakala kakinya diikat serta dibiarkan terjulur keluar.
Katanya, mayat itu turut diikat menggunakan wayar berwarna hijau bersama-sama dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.
"Setakat ini kita masih tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada pengenalan diri dijumpai bersama-samanya. Polis masih menyiasat punca serta motif pembunuhan itu," katanya di sini, hari ini.
Ibrahim berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sedang dalam proses pereputan, mangsa berkemungkinan mati dalam tempoh kurang seminggu.
Katanya, polis terpaksa berjalan hampir lima kilometer dari jalan utama dengan melalui sebuah kebun ternakan untuk sampai ke lokasi mayat dijumpai.
"Mayat mangsa berjaya diangkat dan dikeluarkan ke jalan utama dengan bantuan pihak bomba dan dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang kehilangan saudara dan anggota keluarga supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6851222 atau balai polis berhampiran.
- BERNAMA

LAGI GAMBAR BERKENAAN KEMALANGAN MELIBATKAN 5 BUAH KENDERAAN di KM256 Lebuhraya PLUS Arah Utara




LAGI GAMBAR BERKENAAN KEMALANGAN MELIBATKAN 5 BUAH KENDERAAN di KM256 Lebuhraya PLUS Arah Utara pada pukul 11.50 pagi tadi. Mangsa 15 orang cedera.

Kebakaran kereta di KM 169.0 LPT Temerloh ke Kuantan




Kebakaran kereta di KM 169.0 LPT Temerloh ke Kuantan. Tiada kecederaan dilaporkan. Operasi pemadaman dilakukan oleh BBP Maran

KEMALANGAN KERETA DAN LORI di hadapan Hospital Tapah

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)'s photo.


KEMALANGAN KERETA DAN LORI di hadapan Hospital Tapah malam tadi. Mangsa 1 lelaki tersepit dan 2 wanita berjaya dikeluarkan. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Tapah

KEBAKARAN RUMAH di Kuartes lama KTM

KEBAKARAN RUMAH di Kuartes lama KTM, Jalan Tun Perak, Ipoh. Tiada kecederaan dilaporkan. Operasi pemadaman dilakukan oleh BBP Ipoh, BBP Pasir Puteh, dan PBS Pasir Pinji.

KEBAKARAN RUMAH di Taman Selasih, Hutan Melintang.

KEBAKARAN RUMAH di Taman Selasih, Hutan Melintang. Tiada kecederaan dilaporkan. Operasi pemadaman dilakukan oleh BBP Hutan Melintang dan BBP Teluk Intan..

KEMALANGAN KERETA DAN MOTORSIKAL di Jalan Gapam


KEMALANGAN KERETA DAN MOTORSIKAL di Jalan Gapam, Kampung Ulu Duyung, Bukit Katil Melaka pada pukul 8.04 pagi tadi. Mangsa seorang lelaki melayu (penunggang motosikal ) disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas di tempat kejadian. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Bukit Katil

KEBAKARAN KERETA di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu

KEBAKARAN KERETA di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu pada pukul 12.20 tengahari tadi. Tiada kecederaan dilaporkan. Operasi pemadaman dilakukan oleh BBP Kota Bharu.