Search This Blog

Sunday, September 28, 2014

Tomboi larikan wang tauke kerepek

Abdul Aziz dan isteri Rojatimah menunjukkan pelbagai jenis kerepek yang dipilih tomboi terbabit
sebelum rakannya melarikan wang tunai dan barangan kemas berharga RM3,000 pada Jumaat lalu
Abdul Aziz dan isteri Rojatimah menunjukkan pelbagai jenis kerepek yang dipilih tomboi terbabit sebelum rakannya melarikan wang tunai dan barangan kemas berharga RM3,000 pada Jumaat lalu
SEBERANG TEMERLOH - Sepasang suami isteri kerugian sebanyak RM3,000 apabila wang tunai hasil perniagaan dan barang kemas dilarikan dua individu termasuk seorang ‘tomboi’ yang berpura-pura mahu memborong kerepek di kedainya, di sini tengah hari kelmarin.

Mangsa, Rojatimah Mat Sohor 53, berkata, kejadian berlaku sebelum solat Jumaat kelmarin apabila dia didatangi seorang tomboi dan seorang lagi lelaki Melayu berjanggut yang berpura-pura memborong kerepek untuk dipasarkan ke Sabah.

Menurutnya, tomboi itu masuk ke kedai bersama seorang lelaki dan memilih enam jenis kerepek yang setiap peket seberat lima kilogram dan dilonggokkan di kaunter bayaran.

“Ketika menghulurkan bil kepada tomboi itu dia bagi tahu saya duit tidak cukup dan perlu ke bank untuk mengambil duit.

“Pada masa sama saya nampak kelibat seorang lelaki masuk ke dalam kedai. Ketika sibuk melayan tomboi itu, lelaki terbabit menyelongkar barang berharga yang diletakkan di ruang solat bilik di sudut belakang kedai.

“Tidak lama kemudian mereka berdua beredar untuk mengambil duit di bank namun sehingga petang saya tunggu mereka terus tak datang lagi,” katanya.

Merasakan sesuatu yang pelik, Rojatimah memeriksa beg duit miliknya yang diletakkan di bilik solat dan terkejut apabila wang tunai hasil perniagaan dan wang belanja harian serta barangan kemas bernilai RM3,000 telah lesap dilarikan.

Menurutnya, dia mengesyaki lelaki yang datang bersama tomboi itu melarikan wang dan barang kemas itu kerana sebelum mereka tiba dia sempat memeriksa wang di dalam beg tangannya.

Rojatimah berkata, dia kerugian RM1,152 duit perniagaan, RM300 duit belanjanya serta subang dan rantai emas bernilai RM1,500 akibat dilarikan kedua-dua individu itu.

Sementara itu suami mangsa, Abdul Aziz Ismail 60, berkata, kejadian berlaku ketika dia keluar untuk solat Jumaat.

Menurutnya, dia baru tiga bulan berniaga kerepek di kawasan itu dengan bekalan diambil dari anaknya di Sepang, Selangor.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik yang digunakan penjenayah untuk mencuri, mereka boleh datang dengan pelbagai gaya untuk mengaburi pandangan ramai,” katanya.

Abdul Aziz berkata, dia bersama isteri kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh berhubung kejadian itu.

Lelaki ditahan kes tipu ditemui mati


28 September 2014


KEPALA BATAS - Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tipu, ditemui mati selepas dia dipercayai terjun dari tingkat satu bangunan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini.
 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, lelaki berusia 56 tahun itu yang ditahan malam tadi di Kuantan, Pahang mengenai satu laporan polis di Butterworth berkaitan kes tipu, ditemui mati dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu.
 
"Lelaki yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor itu ditahan di Kuantan malam tadi sebelum dibawa balik ke IPD SPU dan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi.
 
Beliau berkata, kejadian itu berlaku ketika pegawai penyiasat sedang mengambil keterangan lelaki berkenaan. Lelaki yang bergari dan mempunyai lapan rekod jenayah lampau itu secara tiba-tiba merempuh pintu bilik serta berlari keluar sebelum dia terjun, katanya.
 
Lelaki berkenaan yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian, katanya.

"Saya telah melawat tempat kejadian dan setakat ini kami dapati pegawai penyiasat serta pengawal pengiring yang bertugas ketika itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," kata Abdul Rahim.
   
Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya akan menyiasat kejadian itu secara terperinci dan jika terdapat unsur kecuaian, tindakan tegas akan diambil.  - Bernama

Dadah bernilai lebih RM86,000 berjaya dirampas


28 September 2014


SUNGAI PETANI - Polis menahan seorang mekanik lelaki berumur 33 tahun dan merampas 54 kg ganja dianggarkan bernilai RM86,400, menerusi Ops Cantas di Taman Sutera, dekat sini Rabu lepas.
       
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supritenden Mohd Sabri Mohamad @ Ahmad berkata dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada pukul 8.40 malam itu, polis menemui 56 ketulan mampat daun kering disyaki ganja di ruang tamu rumah sewa suspek, di taman berkenaan.
       
"Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan direman selama enam hari, sehingga 30 Sept ini.
       
"Dalam serbuan sama, polis turut merampas dua buah kereta, Proton Iswara dan Wira, dianggarkan bernilai RM25,000, di bawah Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 Akta 340, untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di IPD Kuala Muda, di sini, hari ini.
       
Mohd Sabri berkata beliau tidak menolak kemungkinan kes berkenaan mungkin melibatkan satu sindiket pengedaran dadah, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
       
"Kita percaya dadah yang dirampas ini sebenarnya sedang dalam proses untuk diedarkan ke pasaran setempat, namun setakat ini hanya seorang suspek yang ditahan," katanya. - Bernama

Lelaki curi telefon bimbit maut dipukul


28 September 2014


BUKIT MERTAJAM - Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asistem Komisioner Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.
 
"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.
 
"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Beliau berkata, selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.

"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.
 
Rusli berkata, berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.
 
Katanya, susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini hari ini bagi membantu siasatan.
 
"Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.
 
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.
 
"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Bernama

Rumah kedai musnah terbakar


28 September 2014


SEREMBAN - Sebuah rumah kedai dua tingkat menjual barangan alat tulis, bahan bacaan dan percetakan di Jalan Rasah Jaya, di sini musnah dalam kebakaran awal hari ini.  

Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Bomba Seremban Razali Abd Kadir berkata sepasukan 11 anggota bersama dua buah jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.53 pagi.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian pada pukul 3.57 pagi, kita mendapati api telah merebak sebanyak 80 peratus dipercayai bermula daripada tingkat bawah memusnahkan rumah kedai tersebut," katanya.

Anggota bomba mengambil masa 10 minit mengawal api daripada merebak ke bangunan lain dan dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 22 minit," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat. - Bernama

Godam mesin ATM guna kad sim telefon


28 September 2014


KUALA LUMPUR - Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu digodam semalam yang dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.
   
Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.
   
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisiten Komisioner Yahya Ramli ketika dihubungi Bernama berkata kejadian itu dipercayai dilakukan sindiket antarabangsa dari Amerika Latin yang melakukan pengeluaran beratus kali di kedua-dua mesin milik bank terbabit dalam tempoh sehari.
   
Beliau berkata kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.
   
"Ini modus operandi pertama dilakukan seumpama ini. Suspek godam sistem tanpa perlu pecah mesin ATM untuk larikan wang," katanya.
 
Dalam kejadian pertama pada 9.48 pagi, seorang pengurus bank terbabit di cawangan Batu Pahat, Johor, mendapati mesin ATM bank itu tidak berfungsi dan mendapati wang di dalam mesin itu hilang.
   
Menurut polis Johor, berdasarkan sistem maklumat pengeluaran wang tunai RM50 sepatutnya berjumlah 5,103 keping tetapi baki sebenar di dalam mesin itu adalah sebanyak 27 keping.
   
"Mengesyaki sesuatu yang pelik pihak pengurus telah menghubungi polis dan hasil siasatan mendapati tiada kesan mesin tersebut diumpil," menurut sumber polis itu.
   
Katanya rakaman kamera litar tertutup di ATM itu mendapati terdapat tiga suspek berbangsa Amerika Latin, berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, membuat pengeluaran berkenaan. Jumlah wang dikeluarkan mereka ialah RM265,000.
   
Beberapa jam kemudian pada hari yang sama, Yahya berkata modus operandi yang sama dilakukan di bank berkenaan di USJ Subang Jaya oleh dua suspek lelaki berbangsa Amerika Latin dengan membuat pengeluaran 137 kali secara bergilir-gilir pada 5.30 petang semalam.  
     
Katanya pihak pengurusan bank mengesyaki kehilangan wang itu ketika memeriksa wang ATM tersebut dan polis percaya sindiket berkenaan menggunakan kad sim telefon dan sistem teknologi tinggi untuk menggodam mesin ATM itu bagi mengeluarkan wang.
   
Polis kini sedang berusaha mengesan suspek terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup bank terbabit.
   
Jenayah pengklonan kad ATM di negara ini berlaku ketika kad ATM dan kad kredit hanya menggunakan sistem pita magnetik di belakang kad.
   
Jenayah itu berjaya dihapuskan setelah Bank Negara menguatkuasakan penggunaan sistem cip dan pita magnetik pada setiap kad ATM dan kad kredit
kepada setiap bank pada 2003. - BERNAMA

Wanita ditikam dalam kejadian samun di Pasir Puteh


28 September 2014


PASIR PUTEH - Seorang wanita cedera ditikam dalam kejadian samun di bandar Pasir Puteh semalam.
   
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata kejadian berlaku ketika Chong Bi Lai, 59, baharu masuk ke dalam keretanya selepas membeli-belah pada pukul 2 petang.  

"Ketika mangsa mahu menutup pintu keretanya dan menghidupkan enjin, beliau didatangi seorang lelaki yang terus menikam tangan dan pahanya. Suspek cuba mengambil beg pinggang mangsa yang disangkut pada bahunya, namun mangsa sempat melawan tetapi suspek berjaya merampas beg tersebut," katanya.
   
Suspek kemudiannya beredar dengan kereta menuju Jerteh.
   
Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis.
   
Mohd Kamal berkata mangsa kehilangan RM100, kad pengenalan, lesen memandu, kad kredit dan telefon bimbit. - Bernama

Ganja: Mekanik ditahan dalam serbuan


28 September 2014


SUNGAI PETANI - Polis menahan seorang mekanik lelaki berumur 33 tahun dan merampas 54 kg ganja dianggarkan bernilai RM86,400, menerusi Ops Cantas di Taman Sutera, dekat sini Rabu lepas.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Mohd Sabri Mohamad @ Ahmad berkata, dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada pukul 8.40 malam itu, polis menemui 56 ketulan mampat daun kering disyaki ganja di ruang tamu rumah sewa suspek, di taman berkenaan.
 
"Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan direman selama enam hari, sehingga 30 September ini.
 
"Dalam serbuan sama, polis turut merampas dua buah kereta, Proton Iswara dan Wira, dianggarkan bernilai RM25,000, di bawah Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 Akta 340, untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di IPD Kuala Muda, di sini, hari ini.
 
Mohd Sabri berkata beliau tidak menolak kemungkinan kes berkenaan mungkin melibatkan satu sindiket pengedaran dadah, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
 
"Kita percaya dadah yang dirampas ini sebenarnya sedang dalam proses untuk diedarkan ke pasaran setempat, namun setakat ini hanya seorang suspek yang ditahan," katanya. - Bernama

Pengsan semasa cuci tangki


Mangsa yang pada awalnya pengsan di tepi tangki ketika sedang mencuci tangki air di bahagian atas rumahnya di Taman Perdana.
Mangsa yang pada awalnya pengsan di tepi tangki ketika sedang mencuci tangki air di bahagian atas rumahnya di Taman Perdana.
HUTAN MELINTANG – Seorang lelaki berusian 20-an ditemui pengsan semasa mencuci tangki air di bahagian atas rumahnya di Taman Perdana, di sini, semalam, dipercayai akibat kepanasan.

Keadaan itu disedari ibunya yang mengesyaki sesuatu berlaku, setelah anaknya itu tidak turun dari bumbung.

Ibunya yang panik segera ke Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang untuk meminta bantuan.

Ketua Operasi, Rahmad Nazlan berkata, beliau menerima kehadiran ibu mangsa kira-kira jam 11.44 pagi yang meminta bantuan untuk membawa turun mangsa yang dipercayai pengsan.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian mendapati mangsa yang hanya berseluar pendek didapati terbaring di tepi tangki air dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Dengan menggunakan tangga, kami segera mendapatkan mangsa yang berada di atas bumbung.

“Pemeriksaan dilakukan mendapati mangsa dalam keadaan pucat dan segera memberi rawatan awal dan membantunya turun tangga,” katanya kepada Sinar Harian.

Rahmad berkata, operasi tamat kira-kira jam 11.53 pagi setelah mangsa berjaya dibawa turun.

Dera: Bayi perempuan 10 bulan melecur


28 September 2014


MELAKA - Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur di bahagian punggung dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Bertam Hulu di sini.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian itu disedari ibu bayi tersebut, berusia 30-an ketika menukar lampin pakai buangnya sebaik tiba di rumah mereka di kawasan perumahan berhampiran pada 8.30 malam, Selasa lepas.
 
Beliau berkata bayi berkenaan tidak henti menangis ketika diambil dari rumah pengasuh tersebut bersama seorang lagi anak perempuannya berusia 10 tahun, sejam sebelumnya.
 
"Pada mulanya ibu dan bapa bayi tersebut tidak mengesyaki sebarang kejadian menimpa anaknya sehingga ibunya melihat kesan melecur teruk di kedua-dua belah punggung mangsa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
 
Katanya bayi itu kemudian dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan masih dirawat di hospital tersebut.
 
Raja Shahrom berkata, bapa bayi itu yang berusia 30-an membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak pada Rabu lepas.
 
Katanya polis menahan pengasuh berusia 30 tahun terbabit di rumahnya pada 2.40 petang hari sama bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.
 
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Mayat dengan kesan tetakan ditemui


28 September 2014


KINABATANGAN - Mayat lelaki dengan kesan tetakan di kepala dan pinggang ditemui di tepi jalan sebuah ladang sawit di Jalan Jeroco di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supritenden A.Sahak Rahmat berkata mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai kira-kira jam 10.30 pagi.
   
Katanya mayat berusia lingkungan 30-an itu ditemui tertiarap bersebelahan sebuah motosikal.
   
Beliau memberitahu Bernama, beg sandang mangsa didapati terbuka dan kosong.
 
Turut ditemui di dalam raga motosikal mangsa ialah sebilah parang.
   
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superitenden Amir Atong ditalian 089561890, 0194190197 atau menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama

Perompak baling asid


Ampang: Seramai enam pekerja sebuah kopitiam di Taman Permata di sini, berdepan detik cemas apabila dua perompak bertindak membaling botol berisi cecair asid ke arah mereka.

Dalam kejadian jam 1 pagi kelmarin, dua penjenayah terbabit berpura-pura masuk ke premis itu sebagai pelanggan sebelum mencetuskan pergaduhan, Sumber polis berkata, suspek pada mulanya bertengkar dengan salah seorang pekerja sebelum pengurus di restoran itu datang untuk menyelesaikan perselisihan faham.


Menurutnya, pengurus berusia 28 tahun itu pada mulanya meminta maaf kepada suspek tanpa mengesyaki kejadian buruk akan berlaku.

“Suspek tiba-tiba mengeluarkan parang sebelum menunjukkan botol berisi cecair didakwa asid.


“Mereka mengarahkan mangsa menyerahkan wang hasil jualan restoran itu jika tidak mahu disimbah dengan asid,” katanya.


Sumber berkata, pekerja restoran itu yang ketakutan kemudian menyerahkan wang hasil jualan kepada suspek dan merayu dilepaskan.

“Suspek mengarahkan mangsa tidak melawan sebelum melarikan diri dari restoran itu. Bagaimanapun salah seorang suspek sempat melontar botol berisi asid itu ke arah seorang pekerja.


“Bagaimanapun balingan itu tersasar dan botol itu terjatuh ke lantai. Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal,” katanya.



Menurutnya, mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang di sini, untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/28

Padah tegur kutu rayau


Georgetown: Seorang penyelia sebuah kedai elektrik cedera ditikam kutu rayau dalam satu kejadian di depan premis tempat kerjanya di Jalan Air Itam, di sini malam tadi.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa Tan Han Khoon, 30, cedera ditikam di perut dan kaki kirinya dan keadaanya dilaporkan stabil. 
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian berpunca daripada teguran mangsa terhadap kutu rayau terbabit yang kerap tidur di depan kedai elektrik berkenaan. 

"Mangsa menegur perbuatan kutu rayau berkenaan sebelum berlaku pertengkaran dan suspek yang berang kemudian mengeluarkan pisau lipat dan menikam mangsa.
Foto
SUSPEK ditahan polis.

"Suspek cuba melarikan diri bagaimanapun dia ditahan rakan sekerja mangsa dan diserahkan kepada polis," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, suspek berusia 53 tahun dan pemeriksaan mendapati dia mempunyai 18 rekod kes dadah dan juga dua rekod samun dan curi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/28

Budak maut jatuh bumbung


Muar: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari bumbung berhampiran tangki air Kuarters Polis Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Nurul Elies Natasha Abdul Aziz meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkat atas bangunan sembilan tingkat. 
Mangsa yang tinggal di Blok F2 bersebelahan bangunan itu dikatakan pergi ke bangunan berkenaan bersama ibu untuk menghadiri majlis pertunangan penghuni di situ. 

Bagaimanapun, mangsa dikatakan keluar bermain bersama rakan-rakannya sebelum tergelincir.
Foto
ORANG ramai melihat mayat mangsa.

Mangsa yang meninggal dunia selepas cedera parah di kepala dan badan dikebumikan di Jeli, Kelantan, pagi tadi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/28

Rawang tenggelam


Keadaan banjir di Pekan Lama Rawang melibatkan Jalan Maxwell dan Wellman.
Keadaan banjir di Pekan Lama Rawang melibatkan Jalan Maxwell dan Wellman.
RAWANG - Beberapa kawasan di sini dinaiki air semalam akibat hujan lebat melebihi dua jam bermula 3 petang.

Antara kawasan terlibat adalah Jalan Maxwell, Greenpark, Rawang Jaya, Rawang Perdana dan Kampung Sungai Bakau.

Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Gunaraj George berkata, purata taburan hujan yang tinggi antara faktor kawasan rendah dinaiki air dan berlakunya banjir berulang.

“Air naik lebih kurang 0.6 meter di kesemua kawasan terlibat dan dipercayai air daripada Kolam Takungan Emerald telah melimpah sebelum memasuki kawasan kampung Sungai Bakau.

“Sekurang-kurangnya 30 rumah penduduk terjejas. Air mulai surut beberapa minit selepas hujan berhenti sekitar jam 5 petang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, hujan lebat di Pekan Lama Rawang turut menyebabkan gangguan trafik yang bergerak perlahan.

Insiden banjir kilat di Pekan Lama Rawang katanya, menunjukkan keperluan naik taraf sistem longkang secara menyeluruh termasuk atas gerai di Jalan Taiping di sini.

“Peniaga mendakwa kawasan di sini tak pernah dinaiki air tapi hari ini (semalam) membuktikan dakwaan mereka tidak benar.

“Justeru kita harap peniaga memberikan kerjasama mengosongkan gerai dan membenarkan perobohan dibuat supaya kerja naik taraf dapat dilakukan segera,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Adun Rawang, Gan Pei Nei turut turun padang meninjau kawasan banjir sejurus mendapat laporan berhubung perkara itu.

Penyelia kedai elektrik cedera ditikam gelandangan


28/09/2014 3:36pm

GEORGE TOWN - Penyelia sebuah kedai elektrik di Jalan Ayer Itam, di sini cedera ditikam gelandangan di hadapan premis itu malam tadi.
Dalam kejadian 10 malam itu, Tan Han Khoon, 30, ditikam di perut dan kaki kiri selepas menegur lelaki terbabit kerana sering tidur di kaki lima kedai elektrik berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, ekoran teguran itu berlaku pertengkaran sebelum suspek menikam mangsa menggunakan pisau lipat dan cuba melarikan diri.
"Namun, rakan sekerja mangsa yang berada berdekatan di tempat kejadian sempat mengejar suspek dan menyerahkannya kepada polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, mangsa kini dilapor stabil dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 53 tahun itu memiliki 20 rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah, samun dan curi. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz3Eb8C6snT 
Hakcipta terpelihara 

Sebuah rumah kedai musnah kebakaran di Seremban


28/09/2014 3:37pm

SEREMBAN - Sebuah rumah kedai dua tingkat menjual barangan alat tulis, bahan bacaan dan percetakan di Jalan Rasah Jaya, di sini musnah dalam kebakaran awal hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bomba Seremban, Razali Abd Kadir berkata, sepasukan 11 anggota bersama dua buah jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.53 pagi.
"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian pada pukul 3.57 pagi, kita mendapati api telah merebak sebanyak 80 peratus dipercayai bermula daripada tingkat bawah memusnahkan rumah kedai tersebut," katanya.
Anggota bomba mengambil masa 10 minit mengawal api daripada merebak ke bangunan lain dan dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 22 minit,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz3Eb80h66t 
Hakcipta terpelihara 

Aceh: Hudud Untuk Bukan Islam


Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 10:19 AM

BANDA ACEH: Aceh membuat keputusan untuk menggunapakai undang-undang jenayah Islam ke atas orang bukan Islam.

Perkara itu ditetapkan Dewan Perwakilan Rakyat Aceh dan dilaporkan media republik itu, BBC Indonesia.

Menurut laporan itu, undang-undang dinamakan Kanun Jenayah itu diluluskan dalam sidang khas yang disertai separuh daripada 69 orang wakil rakyat.

Jurucakap Parti Aceh, Muhammad Harun berkata, parti itu mahu rang undang-undang tersebut diluluskan secara sebulat suara.

“Kanun ini dinanti-nantikan oleh rakyat Aceh yang menginginkan syariat Islam secara menyeluruh tanpa pengecualian terhadap bukan Islam,” katanya.

Bukan Islam di wilayah itu juga boleh dikenakan hukuman berikutan rang undang-undang membenarkan hukuman sebatan sebanyak 100 kali ke atas pesalah homoseksual diluluskan.

Perkara itu mendapat persetujuan sebulat suara Ahli Parlimen Aceh.

Undang-undang terbabit menggariskan perbuatan liwat antara lelaki dan ‘persentuhan badan antara wanita untuk rangsangan seks’ merupakan satu kesalahan dan bakal berhadapan dengan hukuman sebatan.

Remaja maut berlanggar dengan treler


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 September 2014


BACHOK – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut manakala rakannya cedera di bahagian kaki apabila motosikal yang dinaiki mereka tersepit di bawah treler dalam kejadian di Kampung Mujur kira- kira jam 8 pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Adnan Mat Juri berkata, pihak Bomba dan Penyelamat Bachok bersama enam anggota dan sebuah jentera terpaksa menggunakan peralatan khas ‘power unit air bag’ untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian depan treler.

“Kami terima panggilan jam 8.10 pagi. Mangsa pertama berjaya dikeluarkan jam 8.45 pagi dan mangsa kedua dikeluarkan jam 8.56 pagi.

“Mangsa yang terselamat patah kaki dan yang meninggal dunia mengalami kecederaan pada kepala, muka, kaki dan putus tangan kanan.

"Selepas dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk untuk dihantar ke hospital,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu ialah penunggang motosikal Nurin Sofiah Che Mazidy dari Kampung Loak, Bekelam, maut di tempat kejadian.

Manakala rakannya yang membonceng, Siti Nurul Yusrina Rusdi, cedera  betis kiri.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai menghala ke Tok Bali iaitu di laluan yang sama  dengan treler tersebut.

“Penunggang motosikal dipercayai mengubah haluan dari kiri jalan ke kanan.

"Treler kemudiannya cuba mengelak ke kanan dan hilang kawalan terus terbabas ke kanan jalan lalu melanggar tiang elektrik. Akibatnya, motosikal terseret lebih kurang 50 meter.

"Penunggang motosikal meninggal di tempat kejadian, manakala pembonceng menerima rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II,” katanya.

Gunung berapi meletus


Gunung Ontake mengeluarkan asap dan debu menyebabkan ratusan penduduk di arah berpindah. Foto: AFP
Gunung Ontake mengeluarkan asap dan debu menyebabkan ratusan penduduk di arah berpindah. Foto: AFP
TOKYO - Gunung berapi Ontake meletus semalam menyebabkan kepulan debu tebal menjulang ke udara sekali gus amaran dikeluarkan kepada pendaki dan orang ramai supaya beredar dari kawasan kejadian.

Menurut AP, pihak berkuasa tempatan sebagai berkata, terdapat laporan mengenai kecederaan tetapi mangsa belum dikenal pasti.

Gunung Ontake setinggi 3,067 meter itu berada di sempadan wilayah Nagano dan Gifu dekat kawasan pergunungan Honshu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi melaporkan, amaran akibat letusan dikeluarkan pada tahap tiga berdasarkan skala satu hingga lima dan menasihatkan orang ramai menjauhi gunung berkenaan memandangkan debu boleh dilihat dari jarak empat kilometer.

Maut elak komponen lori tercabut


Alat ganti lori yang berada di hadapan tercabut dan terkena mangsa sebelum terjatuh dan digilis kenderaan lain di Batu 10 Terap.
Alat ganti lori yang berada di hadapan tercabut dan terkena mangsa sebelum terjatuh dan digilis kenderaan lain di Batu 10 Terap.
KULIM - Seorang lelaki berusia 23 tahun dipercayai dalam perjalanan balik ke rumahnya di Taman Nesa Sungai Terap, Selama Perak selepas bekerja maut setelah terlibat dalam kemalangan di Batu 10 Terap, Jalan Kulim ke Serdang kira-kira jam 8 pagi.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 berada di belakang lori yang berada di hadapannya.

Tiba-tiba salah satu komponen lori (grandshap) tercabut dan dipercayai terpelanting ke arah mangsa.

Mangsa yang gagal mengelak terbabas di tengah jalan sebelum digilis kereta dipercayai datang dari arah sama.

Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan maut di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad mengesahkan mengenai kejadian.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan jalan 1987 kerana mengakibatkan kemalangan maut.

Taufan Rachel terbentuk di Lautan Pasifik dekat Mexico

AHAD, 28 SEPTEMBER 2014 @ 10:10 AM

 
BANDARAYA MEXICO: Ribut Tropika Rachel meningkat kepada taufan ketika ia berpusar di luar pantai Pasifik Mexico yang sudah dilanda beberapa ribut musim ini.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat menyatakan taufan kategori satu terbentuk di kira-kira 740 kilometer ke barat daya semenanjung Baja California dengan kelajuan angin maksimum 120 kilometer sejam.

Mexico: Bas pasukan bola sepak diserang, 3 maut

AHAD, 28 SEPTEMBER 2014 @ 8:30 AM

 
ACAPULCO, Mexico: Dua pemain bola sepak dan seorang pemandu maut apabila bas mereka ditembak di Guerrero, Mexico, menurut pihak berkuasa.

Pemandu bas berkenaan yang membawa anggota pasukan Chilpancingo Hornets sedang mencari kawasan parkir apabila sekumpulan individu yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu.

Serangan itu turut mencederakan jurulatih dan sembilan anggota pasukan.

Pihak berkuasa menyatakan beberapa individu mati manakala puluhan lagi cedera dalam beberapa keganasan di seluruh negeri yang bermasalah itu. - AFP

2 maut pesawat berlanggar dekat New York

LANCASTER, New York: Dua orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh apabila dua pesawat ringan berlanggar di ruang udara di barat New York pada acara bagi memperkenalkan kanak-kanak kepada penerbangan.
Ketua Polis Lancaster, Gerald J Gill Jr, memberitahu The Buffalo News bahawa juruterbang sebuah pesawat dan kanak-kanak lelaki yang menjadi penumpang, terbunuh dalam nahas itu.
Pihak Berkuasa Penerbangan menyatakan pesawat berkenaan berlanggar kira-kira 10 kilometer ke tenggara Lapangan Terbang Buffalo-Lancaster pada jam 10.40 pagi.
Perlanggaran itu membabitkan pesawat Cessna 172 dan pesawat buatan sendiri SeaRey.
Menurut pihak berkuasa, pesawat SeaRey itu mendarat dengan selamat di sebuah padang di Alden tetapi pesawat Cessna berkenaan terhempas di Lancaster.
Kapten Gregory Savage daripada Jabatan Syerif Erie County menyatakan juruterbang SeaRey dan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun terselamat.
The Experimental Aircraft Association memberitahu akhbar berkenaan bahawa kedua-dua pesawat itu terbang sebagai sebahagian program Young Eagles bagi memperkenalkan penerbangan kepada golongan muda.
Persatuan itu menerbangkan hampir 1.9 juta kanak-kanak sejak 1992. Ini adalah nahas maut pertama membabitkan program itu sejak ia dilancarkan pada 2006 di Washington. - AP

Tak sangka rumah keluarga terbakar


Kebakaran yang memusnahkan dua rumah papan milik keluarga Junaidey musnah di Kampung
Batang Merbau, Jelakong, dekat Tanah Merah, semalam.
Kebakaran yang memusnahkan dua rumah papan milik keluarga Junaidey musnah di Kampung Batang Merbau, Jelakong, dekat Tanah Merah, semalam.
TANAH MERAH - Seorang pemuda tidak menyangka kepulan asap tebal yang dilihatnya ketika sedang minum pagi rupanya datang dari rumah keluarganya yang terbakar di Kampung Batang Merbau, Jelakong, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dua rumah iaitu masing-masing rumah milik ibu bapa pemuda terbabit, Junaidey Abdullah,34,  dan rumah emak saudaranya musnah terbakar.

Kejadian menyebabkan kedua-dua keluarga terlibat tinggal sehelai sepinggang, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana mangsa tiada di rumah.

Junaidey, berkata, ketika kejadian, dia sedang minum pagi di sebuah kedai kopi di tepi jalan utama yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumah ibu bapanya.

“Mula-mula saya nampak asap tebal dan tidak lama kemudian jentera bomba sampai tetapi tidak menyangka rumah keluarga saya yang terbakar kerana jentera bomba masuk jalan lain.

“Bila diberitahu asap tebal itu datang dari kawasan rumah keluarga saya, saya terkejut dan terus menghubungi seorang adik sebelum dimaklumkan rumah ibu bapa kami yang terbakar,” katanya, semalam.

Menurut Junaidey, dia terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati rumah ibu bapa serta rumah emak saudaranya yang terletak bersebelahan sedang terbakar.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan barangan dalam rumah kerana api sedang marak dan sudah sampai ke bahagian bumbung,” katanya.

Tambahnya, rumah yang terbakar itu didiami ibunya, Siti Mariam Mohd Nor, 52, dan bapanya, Mohd Noor Ali, 50, bersama dua adiknya yang berusia 14 dan 19 tahun serta anaknya yang berumur 9 tahun, manakala emak saudaranya, Faridah Hanim Mohd Ali tinggal seorang diri.

“Ketika kejadian, emak, ayah serta adik saya yang berusia 19 tahun dan emak saudara tiada di rumah kerana keluar menoreh, manakala adik yang seorang lagi serta anak saya berada di sekolah,” katanya.

Junaidey berkata, kerugian dialami ibu bapa dan emak saudaranya masing-masing dianggarkan RM40,000 apabila semua harta benda termasuk dua motosikal musnah dalam kejadian itu.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno bahagian, Wan Rakemi Wan Zahari yang melawat tempat kejadian menghulurkan bantuan kewangan dan barangan dapur bagi meringankan beban mangsa.

“Mangsa yang terlibat boleh menumpang sementara di rumah saudara mereka yang terletak berdekatan, jadi sebagai bantuan awal, kita beri wang dan barangan dapur.

“Untuk bantuan susulan kepada mangsa selepas ini, saya akan rujuk kepada Umo Bahagian Tanah Merah,” katanya yang juga Ketua Pemuda Dun Kemahang.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Zulkifli Abdul Rahman pula berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.49 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

“Lima anggota dan sebuah jentera yang dikejarkan ke tempat kejadian agak sukar untuk masuk ke lokasi kebakaran kerana terletak agak jauh di pedalaman kampung.

“Apabila kami sampai, hampir 80 peratus rumah papan terbabit sudah musnah dan kami mengambil langkah mengawal api daripada merebak ke kediaman berdekatan,” katanya.

Tambahnya, api dapat dikawal dalam tempoh 10 minit, manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Atlet Jepun mengaku curi kamera


Ketua delegasi Jepun, Tsyuoshi Aoki (kiri) dan Naoya Yanagiya meminta maaf pada sidang media yang mengesahkan perenangnya mencuri sebuah kamera daripada seorang jurugambar di kolam renang Incheon
Ketua delegasi Jepun, Tsyuoshi Aoki (kiri) dan Naoya Yanagiya meminta maaf pada sidang media yang mengesahkan perenangnya mencuri sebuah kamera daripada seorang jurugambar di kolam renang Incheon
JAWATANKUASA Olimpik Jepun (JOC) melahirkan kekesalan berikutan insiden hitam yang menimpa kem mereka di kejohanan Sukan Asia tahun ini.

Apa tidaknya, perenangnya, Naoya Tomita dihantar pulang awal gara-gara mencuri sebuah kamera daripada seorang jurugambar di kolam renang Incheon, Khamis lalu.

Hasil siasatan polis mendapati, Tomita, 25, mencuri dan mengakui bersalah atas kesalahan berkenaan.

"JOC anggap Naoya Tomita lakukan pelanggaran salah laku yang serius dan ambil keputusan menyingkirkannya daripada kontinjen.

"Dia sudah meminta maaf," kata kenyataan itu.

Pada kejohanan empat tahun lalu di Guangzhou, dia  memenangi gelaran 200m kuak dada dan Kejohanan Jarak Pendek Dunia pada tahun sama.

98 bakal haji Kemboja terkandas di KLIA

SEPANG: Seramai 98 bakal haji dari Kemboja terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas berlaku kesilapan tiket penerbangan yang ditempah dari Kuala Lumpur ke Jeddah.
Ketua rombongan berkenaan, Ariffin Ismail berkata, semua jemaah itu sepatutnya terbang ke Jeddah kelmarin menerusi penerbangan Saudi Airlines.
"Tetapi disebabkan kesilapan tiket penerbangan yang bukan ditempah sebagai penerbangan haji sebaliknya penerbangan biasa maka jemaah tidak dapat meneruskan perjalanan, " katanya ketika ditemui di KLIA, hari ini.
Beliau berkata pihaknya sedang berurusan dengan ejen dan pihak Penerbangan Malaysia (MAS) di Phnom Penh bagi membolehkan jemaah terbang ke Jeddah selewat-lewatnya Isnin untuk memastikan mereka sempat sampai sebelum hari wukuf di Arafah pada Rabu ini.
Jemaah itu tiba pada Khamis lalu menerusi dua penerbangan iaitu MH755 dan MH763 dan transit di KLIA dan sepatutnya meneruskan penerbangan ke Jeddah pada semalam.
"Saya berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan segera," katanya.

Mexico: Bas pasukan bola sepak diserang, 3 maut

AHAD, 28 SEPTEMBER 2014 @ 8:30 AM

 
ACAPULCO, Mexico: Dua pemain bola sepak dan seorang pemandu maut apabila bas mereka ditembak di Guerrero, Mexico, menurut pihak berkuasa.

Pemandu bas berkenaan yang membawa anggota pasukan Chilpancingo Hornets sedang mencari kawasan parkir apabila sekumpulan individu yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu.

Serangan itu turut mencederakan jurulatih dan sembilan anggota pasukan.

Pihak berkuasa menyatakan beberapa individu mati manakala puluhan lagi cedera dalam beberapa keganasan di seluruh negeri yang bermasalah itu. - AFP

Penyembah setan bersalah


Sebaik hukuman itu dibacakan di mahkamah Springfield, Massachusetts, Caius Veiovis menjerit ke arah juri: “Saya tunggu anda di neraka.” 
Juri berkenaan menimbang kes lelaki itu sejak minggu lalu.

Veiovis juga didapati bersalah atas tiga tuduhan menculik dan tiga dakwaan mengancam saksi dalam pembunuhan David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell.
Foto
Caius Veiovis

Mayat ketiga-tiga mangsa ditanam di tanah persendirian di Becket.

Dua lelaki lain yang dituduh bersama Veiovis turut didapati bersalah tetapi masih menanti hukuman.

Seorang defendan itu mahu Glasser mati supaya dia tidak boleh menjadi saksi perbicaraan satu kes lain terhadapnya.

Dua lagi dibunuh kerana mereka melihat pembunuhan Glasser.

Veiovis bersama-sama Adam Lee Hall dan David Chalue menculik, membunuh dan mencincang David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell dengan parang.

Menurut undang-undang Massachusetts, dia berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Veiovis pernah dipenjara tujuh setengah tahun di Maine pada 1999 atas kesalahan mencederakan seseorang.

Dia yang ketika itu dikenali sebagai Roy Gutfinski dan teman wanitanya berusia 16 tahun mengelar belakang badan seorang remaja belasan tahun dengan pisau cukur sebelum berkucupan sambil menjilat darah.

Akhbar Kennebec Journal melaporkan, Gutfinski mendakwa dia pontianak dan penyembah setan. Dia menukar namanya ketika di penjara. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/28

Suami isteri gaduh pasal seluar dalam


Bulawayo: Seorang anggota tentera wanita Zimbabwe terlepas daripada hukuman penjara selepas suaminya, anggota polis, menarik balik dakwaan dia didera secara fizikal.

Onwell Mtetwa, 36, dikejar oleh isterinya, Martha Mtetwa, 26, minggu lalu selepas dia pulang dengan menunjukkan seluar dalam seorang pelacur yang dilanggannya.


“Saya mengadakan seks dengan seorang pelacur,” kata Mtetwa sambil menunjukkan seluar dalam itu.

Martha yang terkejut dan berang mengejar suaminya dan melontar batu sehingga lelaki itu terpaksa keluar rumah menerusi tingkap dan bersembunyi di dalam kereta. Wanita itu kemudian memecahkan cermin kereta berkenaan dan cuba menikam suaminya sambil berkata, perkelahian itu hanya akan berakhir jika seorang daripada mereka mati.


Di mahkamah semalam, Martha mengaku bersalah terhadap tuduhan mendera suaminya secara fizikal.


Hakim bagaimanapun membebaskannya selepas suaminya menarik balik tuduhan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/28

Amuk penggal rakan


Moore: Pekerja sebuah kilang di sini bertempiaran lari apabila seorang kakitangan yang dipecat mengamuk dan memenggal seorang rakan sekerja dan menikam seorang lagi.

Polis berkata Alton Alexander Nolen (gambar) pergi ke tempat kerjanya di kilang memproses makanan di Moore, kira-kira 16 kilometer ke selatan Oklahoma City kelmarin walaupun selepas dibuang kerja.
Sebaik memasuki kawasan kilang itu, dia menyerang Colleen Hufford, 54, dan memenggal kepala mangsa.

Nolen, 30, kemudian cuba membunuh seorang lagi mangsa, Traci Johnson, 43, sebelum pemilik kilang, Mark Vaughan menembaknya.


Nolen dibawa ke hospital dan kecederaan yang dialaminya dijangka tidak akan membawa maut sementara Traci dilapor tenat.




Polis berkata, Nolen menyerang kedua-dua mangsa itu secara rambang dan setakat ini kejadian itu tidak dikaitkan dengan keganasan.

Bagaimanapun, dalam keterangan kepada polis, beberapa pekerja kilang itu berkata, Nolen cuba meyakinkan pekerja lain untuk memeluk Islam.

Tidak dapat dipastikan sama ada ini yang menyebabkan dia dipecat.

Siasatan yang dijalankan menunjukkan Nolen pernah ditahan kerana beberapa kesalahan, termasuk menyerang polis, memiliki bahan terlarang dan melarikan diri dari tahanan.

Moore, sebuah bandar kecil dengan 57,000 penduduk menjadi tajuk akhbar tahun lalu apabila sebahagian besarnya musnah akibat dilanda puting beliung, menyebabkan 24 orang terbunuh. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/28

Pemaju mahu bolot emas


KUALA LIPIS - Keinginan sebenar pihak yang mahu meneroka khazanah alam semua jadi di Taman Rimba Kenong di sini bukan sahaja melibatkan aktiviti pembalakan, malah mereka juga mahu membolot kekayaan logam emas bernilai puluhan juta ringgit yang dikatakan terdapat di kawasan itu.
Wakil pengusaha industri pelancongan Taman Rimba Kenong, Mohd. Hassan Tuah berkata, penduduk tempatan mendapati, terdapat sebuah papan tanda telah dipasang oleh sebuah syarikat pemaju bagi menjalankan aktiviti perlombongan emas di taman negeri tersebut sejak 2013.
Menurutnya, berdasarkan maklumat pada papan tanda tersebut, kawasan hutan seluas 190 hektar di Taman Rimba Kenong akan digondolkan bagi membolehkan syarikat pemaju mengeluarkan emas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3EZ2yr11z 
Hakcipta terpelihara 

Maut elak musang lintas jalan


PASIR PUTEH - Gara-gara mengelak seekor musang yang tiba-tiba melintas jalan, seorang pelajar tingkatan lima maut manakala tiga lagi penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda cedera selepas kenderaan yang mereka naiki hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 5, Jalan Tebing Tinggi-Tok Bali dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, mangsa, Nur Safikah Saidi, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang 2 maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan tersebut.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, ketika kejadian, pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang dipandu Faizal Rahim, 34, dan turut dinaiki dua lagi penumpang, Nur Shazawani Saupi, 15, dan Nurmarina Saidi, 22, dikatakan sedang menghala ke Kampung Kulim dari arah Tok Bali.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3EZ2k6SC6 
Hakcipta terpelihara 

Warga Thailand mati dibunuh



ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki warga Thailand yang ditemui mati ditikam di Putra Point, Bandar Baru Nilai dekat Seremban, Negeri Sembilan semalam.


SEREMBAN - Seorang pembuat air warga Thailand di sebuah kedai makan ditemui mati ditikam di Putra Point, Bandar Baru Nilai dekat sini malam kelmarin.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Madaree Duaramae, 39, ditemui dalam keadaan terbaring di atas jalan berhampiran deretan kedai kosong oleh rakan sekerjanya kira-kira pukul 8 malam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, sepasukan anggota polis kemudian dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui terbaring dengan kesan luka pada rusuk kiri dipercayai akibat ditusuk dengan objek tajam.
"Siasatan polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek selain beberapa lagi barangan milik mangsa.
"Berdasarkan maklumat awal, mangsa difahamkan telah bekerja selama setahun di sebuah kedai tomyam di kawasan itu," katanya ketika dihubungi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3EZ2e4TQ9 
Hakcipta terpelihara 

Pusat kawalan dibakar 2,000 penerbangan terjejas



RIBUAN penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare di Chicago terkandas apabila pusat kawalan trafik udara dibakar kelmarin. - REUTERS


CHICAGO – Seorang kakitangan bertindak membakar pusat kawalan trafik udara di sini menyebabkan beribu penerbangan di dua buah lapangan terbang paling sibuk di sini terjejas kelmarin, menurut pusat aduan jenayah.
Dalam kes yang difailkan di Mahkamah Daerah di Chicago itu, Brian Howard, 36, didakwa dengan sengaja cuba memusnahkan pesawat dan kemudahan penerbangan pesawat.
Dalam pada itu, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berkata, Howard telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan yang dialami kerana cuba membunuh diri dan belum ditentukan tarikh untuk perbicaraan.
Semasa ditemui oleh pegawai paramedik, dia dikatakan cuba memotong lehernya sendiri selepas membakar pusat kawalan udara, menurut laporan pusat aduan itu.
Hingga lewat tengah hari kelmarin, sebanyak 1,950 pelepasan dan pendaratan pesawat terpaksa dibatalkan. Bagaimanapun sejumlah penerbangan dapat diteruskan selepas tergendala selama lima jam berikutan gangguan pada sistem kawalan trafik udara.
“Lelaki itu menggunakan gasolin untuk memulakan kebakaran,” kata jurucakap Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan, Thomas Ahern.
Howard juga menggunakan kad akses pekerja untuk masuk ke bahagian utama pusat kawalan udara dan membawa satu beg beroda ketika masuk, menurut laporan pusat aduan jenayah itu lagi.
Jadual penerbangan yang tergendala di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare dan Lapangan Terbang Midway itu juga menimbulkan persoalan terhadap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengenai ketiadaan pilihan alternatif jika sesuatu kemudahan yang ada mengalami kerosakan.
Pegawai di lapangan terbang memberitahu, pihaknya tidak dapat memberi kepastian bila jadual penerbangan akan kembali seperti biasa. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3EZ1uHqBL 
Hakcipta terpelihara 

Ibu hamil hancur digilis kereta api


SEORANG remaja melihat cebisan mayat Ku Nurul Shuhada yang maut digilis kereta api di di Kampung Kuala Alor, Alor Merah, Alor Setar, Kedah semalam.


ALOR SETAR – Mayat seorang ibu muda yang hamil tujuh bulan ditemui dalam keadaan mengerikan dengan badannya hancur digilis kereta api di Kampung Kuala Alor, Alor Merah di sini semalam.
Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, dipercayai diseret lebih 300 meter oleh kereta api barang yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam dekat sini ke Pulau Pinang.
Mayatnya ditemui orang awam pada pukul 10 pagi.
Akibat rempuhan kereta api itu, beberapa bahagian badan mangsa dan cebisan daging tubuhnya berselerakan di tepi landasan kereta api tersebut.
Lebih menyedihkan, Ku Nurul Shuhada turut terkorban bersama bayi perempuan dikandungnya yang terputus dua tercampak di tepi landasan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3EZ1eIKGY 
Hakcipta terpelihara