Search This Blog

Saturday, September 27, 2014

Polis minta SKMM sekat penyebaran gambar separuh bogel di internet


27/09/2014 5:17pm

GEORGE TOWN - Polis meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat penyebaran gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai seorang anggota polis wanita berpangkat konstabel yang tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan hari ini berkata, polis telah mengambil keterangan wanita yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu dan sedang menjejaki beberapa lagi individu yang mempunyai maklumat berhubung perkara berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius berhubung perkara itu walaupun anggota berusia dalam 20-an itu menafikannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Kes itu kita siasat. Anggota itu membuat laporan polis semalam bahawa perkara itu tidak benar, sebab itu bukan dia. Mungkin gambar itu menyerupai mukanya, tetapi itu bukan dia. Sesiapa yang tengok gambar tu mungkin tahu itu bukan dia. Saya sudah arahkan untuk membuat siasatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat di sini.
Tambahnya, polis bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan penyebar gambar itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam, wanita itu membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.
Wanita itu menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_21.htm#ixzz3EWvHHo6d 
Hakcipta terpelihara 

Pelajar IPT disah dijangkiti virus kencing tikus

SABTU, 27 SEPTEMBER 2014 @ 7:56 PM

 
KUANTAN: Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di negeri ini disahkan dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata pelajar itu dikenali Mohd Harun Ar Rashid,19, yang dimasukkan ke HTAA Isnin lalu selepas mengalami demam selama lima hari mulai 18 September.

"Pada hari yang sama, mangsa Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAA pada hari yang sama (22 September lalu kerana sesak nafas.

"Berdasarkan siasatan awal, dia disyaki menghidap leptospirosis dan kita sedang menunggu pengesahan lanjut menerusi ujian oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur," katanya di sini, sebentar tadi.

Gunung meletus: 11 cedera termasuk tujuh tidak sedarkan diri



KUMPULAN pendaki beredar meninggalkan Gunung Ontake selepas ia meletus hari ini di tengah Jepun. Kedengaran bunyi seperti petir, gunung setinggi 3,067 meter itu melepaskan kepulan debu tebal ke udara menyebabkan orang ramai melarikan diri manakala lebih 250 terperangkap di kawasan cerun selama berjam-jam dan ramai yang berlindung dalam penginapan di kawasan gunung. - Foto AP
TOKYO: Gunung Ontake yang meletus hari ini ternyata mencemaskan pendaki dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang mengalami kecederaan termasuk tujuh dilaporkan tidak sedarkan diri.
Kedengaran bunyi seperti petir, gunung itu meletus sebelum tengah hari pada ketika cuaca cerah sehingga mengeluarkan kepulan debu naik ke udara dan menyebabkan penduduk berdekatan kawasan gunung menyelamatkan diri.
Letusan berterusan sehingga malam sehingga menyebabkan kawasan berkenaan diliputi debu.
Sehubungan itu, lebih 250 orang terperangkap di kawasan cerun selama berjam-jam dan ramai yang berlindung dalam penginapan di kawasan gunung.
Menjelang petang, sebahagian besar daripada mereka sama ada sudah turun atau dalam perjalanan turun dan tidak ketinggalan yang membuat keputusan bermalam di sana.
Sebahagian yang cedera pula enggan mengambil risiko untuk mengambil laluan ke bawah yang diliputi debu.
Sehingga lewat petang semalam, 11 dilaporkan mengalami kecederaan termasuk lapan serius termasuk tujuh tidak sedarkan diri. - AP

Ibu, janin maut di landasan


Alor Setar: Seorang wanita bersama janinnya maut dipercayai digilis kereta api barang yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Pulau Pinang, berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi ini.
Mayat Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang juga ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan ditemui penduduk kampung yang kemudiannya memaklumkan kejadian kepada polis.
Difahamkan, mangsa difahamkan ke kedai berhampiran rumahnya kira-kira 8 pagi, namun gagal pulang selepas 30 minit menyebabkan ahli keluarga termasuk suaminya keluar mencarinya.

Bagaimanapun, mereka kemudian dimaklumkan penemuan mayat dan janin cukup sifat dalam keadaan menyayatkan hati di landasan kereta api terbabit.
Foto

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan kejadian 10 pagi.

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Warga emas dipercayai dibunuh penyewa bilik


27 September 2014


JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga emas mati dibunuh dipercayai ditekap dengan bantal oleh seorang lelaki di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Cermat 2, Taman Pelangi, di sini, awal hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, wanita berumur 72 tahun itu dipercayai dibunuh lelaki yang merupakan penyewa salah sebuah bilik di rumah itu pada pukul 1.10 pagi tadi.
 
"Rumah teres dua tingkat yang mempunyai tujuh bilik itu merupakan rumah anak wanita terbabit. Wanita rakyat Indonesia berstatus penduduk tetap (PR) Singapura itu berperanan sebagai pengutip sewa bagi pihak anaknya yang berkahwin dengan seorang wanita tempatan," katanya di sini hari ini.
 
Sulaiman berkata, motif pembunuhan terbabit dipercayai berkaitan dengan perselisihan faham antara mangsa dengan lelaki terbabit berhubung bayaran sewa rumah dan sikap lelaki itu yang suka membuat bising sehingga mengganggu penyewa lain.
 
Beliau berkata, ekoran kejadian itu, polis menubuhkan satu pasukan khas dan kemudiannya berjaya mengesan lelaki berumur 37 tahun itu yang bersembunyi di sebuah hotel di bandar raya ini pada pukul 6 pagi tadi.
 
Katanya, polis merampas sebilah pisau berukuran 24 cm dan 46 biji pil Eramin 5 daripada lelaki tersebut selain siasatan kemudian mendapati dia positif dadah dan mempunyai tiga rekod lampau.
 
Lelaki itu kini ditahan lanjut untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. - Bernama

Pemilik bengkel motosikal maut digilis bas


Anggota polis mengangkat mayat mangsa.
Anggota polis mengangkat mayat mangsa.
KUALA LUMPUR - Seorang pemilik bengkel motosikal maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 32.3 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), kelmarin.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian pada jam 10.15 malam itu berlaku apabila mangsa, Leong Chee Min, 44, dipercayai melanggar bahagian kanan sebelah belakang sebuah kereta jenis Proton Saga.

"Akibat hilang kawalan, mangsa terbabas ke bahagian tengah jalan sebelum dilanggar sebuah bas,” katanya,

Menurutnya, mangsa yang jatuh di atas jalan kemudiannya dilanggar pula oleh sebuah motosikal dari arah yang sama.

Markandan berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah  Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1998,” katanya.

Mangsa redah sisa minyak sawit


Iswan menolak keretanya yang termasuk ke dalam muatan sisa minyak kelapa sawit selepas terbabit dalam
kemalangan di Kilometer 43.5 Jalan Seremban-Tampin, dekat Kendong, malam kelmarin.
Iswan menolak keretanya yang termasuk ke dalam muatan sisa minyak kelapa sawit selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 43.5 Jalan Seremban-Tampin, dekat Kendong, malam kelmarin.
REMBAU – Sebuah keluarga cemas apabila kereta yang dinaiki mereka termasuk dalam muatan sisa minyak sawit yang tumpah selepas lori muatan berkenaan terbalik merintangi jalan di Kilometer 43.5 Jalan Seremban-Tampin, dekat Kendong, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa, Iswan Arifin, 34, yang bekerja sebagai jurutera Petronas bersama bapa saudaranya, Miswan Mahat, 40-an dan ibunya, Maznah Idrus, 60, dalam perjalanan pulang selepas makan di kedai di Tampin ke senawang.

Menurutnya, dia mengambil cuti pada hari berkenaan susulan ingin menghantar ibunya pergi berurut kali kedua di Taboh Naning, Alor Gajah, kerana mengalami masalah sakit kaki serta lutut.

"Ketika kejadian, saya nampak gelap sahaja dan sebaik sahaja ternampak lori merintangi jalan, saya cuba mengelak, namun kereta saya terus masuk ke dalam timbunan sisa minyak sawit.

"Selepas itu, saya dan bapa saudara keluar melalui pintu pemandu sebelum meredah sisa minyak kelapa sawit yang masih panas untuk pergi ke bahu jalan,” katanya yang bersyukur mereka sekeluarga tidak cedera.

Iswan yang memandu kereta jenis Volvo S60 berkata, ibunya terpaksa menunggu bantuan untuk keluar dari kenderaan kerana tidak boleh keluar dari tempat duduk belakang.

Difahamkan, khidmat jentera berat (JCB) digunakan bagi menarik kereta mangsa.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan berkenaan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah lori satu tan, kereta jenis Proton Satria dan juga Volvo S60.

Menurutnya, dipercayai kereta jenis Proton Satria dari arah Seremban ke Tampin hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan bertembung dengan lori. Susulan pertembungan berkenaan lori terbalik merentangi jalan lalu datang sebuah lagi kenderaan jenis Volvo S60 dan melanggar muatan yang lori berkenaan.

“Kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan serius. Pemandu lori dan dua mangsa di dalam kereta Proton Satria dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tampin," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Perompak lencun masuk rumah


Besi jeriji tingkap yang diumpil penjenayah semasa kejadian pecah rumah kelmarin.
Besi jeriji tingkap yang diumpil penjenayah semasa kejadian pecah rumah kelmarin.
SENAWANG - Tidak cukup dengan mengambil barang berharga, kereta Nissan Sentra milik sepasang suami isteri di kawasan perumahan D’Latania, Taman Bandar Senawang, di sini turut dilarikan penjenayah dalam satu kejadian pecah rumah, kelmarin.

Menurut mangsa, Ahmad Azwad Mat Seman, 31, insiden terbabit hanya disedari adik lelakinya, Mohd Hafizi Mat Seman, 23, sebaik sahaja dia pulang dari praktikal di Bukit Jalil, Kuala Lumpur kira-kira jam 7.30 petang.

“Dia rasa pelik apabila mendapati pagar tidak berkunci, sedangkan kami berdua masih berada di tempat kerja. Tambahan pula, halaman rumah yang baharu kami duduki tidak sampai sebulan lalu itu kelihatan lebih lapang berbanding biasa.

“Selepas memeriksa keadaan sekeliling, barulah dia sedar rumah dipecah masuk dan kereta diparkir dalam kawasan kediaman dilarikan,” katanya yang memberitahu isterinya membuat laporan polis kira-kira jam 8.10 malam.    

Ahmad Azwad yang bekerja di Kuala Lumpur dan pulang sekitar jam 10 malam pada hari kejadian itu mengesyaki penjenayah memasuki rumahnya melalui bilik tengah di tingkat bawah, berdasarkan kesan umpilan pada besi jeriji tingkap.

“Berkemungkinan penceroboh itu masuk ketika hujan lebat antara jam 2 hingga 6 petang, memandangkan barang-barang dalam bilik berkenaan habis basah lencun.

“Penjenayah melarikan seutas rantai emas, sebuah telefon bimbit, tablet Acer, televisyen 42 inci dan tiga jam tangan berjenama. Kerugian dianggarkan lebih kurang RM15,000, tidak termasuk kereta Nissan Sentra,” katanya.

Bagaimanapun, semasa Sinar Harian membuat tinjauan di kediaman mangsa tengah hari semalam, Ahmad Azwad menerima panggilan daripada polis yang memaklumkan keretanya sudah ditemui. 

“Polis beritahu, kereta dilarikan penjenayah dijumpai di kawasan letak kenderaan di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Namun, saya hanya dibenarkan mengambil kenderaan itu selepas pemeriksaan menyeluruh dijalankan,” katanya yang bersyukur kerana mereka bertiga tidak berada di rumah semasa insiden terbabit berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes sedang dalam siasatan.

Kebakaran mengejut di rumah kosong


Rumah kosong yang lama ditinggalkan di belakang Masjid Razaleigh terbakar secara tiba-tiba dan api hampir merebak ke sederet kedai berhampiran.
Rumah kosong yang lama ditinggalkan di belakang Masjid Razaleigh terbakar secara tiba-tiba dan api hampir merebak ke sederet kedai berhampiran.
GUA MUSANG - Kebakaran secara mengejut di sebuah rumah kosong di belakang Masjid Razaleigh, Bandar Lama, di sini petang kelmarin, nyaris merebak ke sederet rumah kedai berhampiran.
Bagaimanapun, tindakan pantas sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang bersama anggota Bomba Sukarela Kampung Baru berjaya mengawal keadaan.
Rumah binaan papan itu difahamkan terbiar kosong sejak lebih 10 tahun sehingga menjadi sarang penagih dadah setelah pemiliknya pulang ke kampung halaman.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Ahmad Nordin Ibrahim memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu  kira-kira jam 3.25 petang.
Menurutnya, pasukan bomba dengan kekuatan 21 anggota termasuk anggota Bomba Sukarela Kampung Baru bersama tiga jentera bergegas ke tempat kejadian setelah menerima makluman kebakaran.
"Operasi memadam kebakaran diketuai Mohd Razani Mamat. Tindakan pasukan bomba bermula dengan mengawal api daripada merebak ke sederet rumah kedai berhampiran yang mengambil masa 15 minit.
"Kebakaran dapat dipadamkan dan dikawal sepenuhnya dalam masa 20 minit berikutan api cepat merebak memandangkan rumah terbabit adalah binaan kayu dan reput kerana lama ditinggalkan," katanya.

Tambahnya, beliau turut dimaklumkan tiada barang keperluan ditinggalkan pemilik dalam rumah tersebut.
"Kerugian dianggarkan kira-kira  RM20,000 manakala punca kebakaran pula masih dalam siasatan," katanya.

Kereta terbabas rempuh treler


Kereta yang dinaiki lima sekeluarga remuk selepas merempuh sebuah treler muatan papan.
Kereta yang dinaiki lima sekeluarga remuk selepas merempuh sebuah treler muatan papan.
GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak parah, manakala empat ahli keluarganya cedera ringan apabila kereta yang dinaiki lima sekeluarga itu berlanggar dengan sebuah treler di Kilometer 7.4 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran Taman Rusa, dekat sini, petang kelmarin.

Kanak-kanak yang cedera parah di kepala itu dikenali, Tasin Fayez Reza, 10,  manakala pemandu kereta yang juga bapa mangsa, Fazal Reza, 41, isterinya, Nazma Sayka Amin, 39, seorang lagi anak mereka, Adyan Fayad Reza, 4, dan bapa Fazal, Ali Reza Khan, 77.

Kesemua mereka yang beralamat di Kubang Kerian, Kota Bharu menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) manakala Tasin Fayez dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, kereta yang dipandu Fazal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas ketika menuruni bukit sebelum berlanggar dengan sebuah treler yang penuh muatan papan,  dari arah bertentangan.

Berikutan kejadian itu, semua mangsa tersepit di dalam kenderaan dan terpaksa menunggu bantuan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang,  diketuai Ketua Operasi Bomba, Mohd Razani Mamat.

Menurut Mohd Razani, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.09 petang.

Tujuh anggota dengan sebuah jentera segera  ke lokasi  kejadian, bagaimanapun sebaik tiba, pihaknya mendapati semua mangsa telah dikeluarkan orang ramai.

Beliau berkata, Tasin Fayez yang parah terpaksa diberi rawatan awal di tempat kejadian oleh Unit Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan (EMRS) Bomba Gua Musang.

“Seorang anggota bomba, Azwan Arif ditugaskan khususnya bagi perkhidmatan EMRS dengan memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera parah.

“Kita menyediakan anggota bomba khusus dalam bidang berkenaan sejak awal tahun ini dan setiap kejadian kemalangan anggota tersebut akan ada bersama untuk membantu mangsa memberi rawatan, sementara menunggu ambulans,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian kemalangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

90% kes rogol bawah umur dilakukan teman lelaki


PDRMGEORGETOWN - Hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan.
 
Beliau berkata, statistik kes rogol di negeri ini juga menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol.
 
Katanya, statistik menunjukkan hanya 10 hingga 14 peratus suspek yang terlibat dalam kes rogol tidak dikenali oleh mangsa.
 
"Maksudnya hampir 90 peratus suspek dikenali mangsa seperti ahli keluarga, teman lelaki dan kenalan mangsa. Kajian juga menunjukkan teman lelaki mangsa adalah golongan yang paling banyak terlibat dalam kes ini," katanya semasa merasmikan 'Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat" di sini hari ini yang dihadiri anggota polis, guru, pelajar sekolah dan universiti dan penjawat awam.
 
Seminar sehari itu bertujuan memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang kesan pergaulan seks bebas, mendidik golongan remaja untuk menjauhkan diri daripada gejala seks bebas dan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan kemahiran mendekati dan mendidik golongan remaja.
 
Ia dianjurkan Bahagian Siasatan Seksual/Wanita/Kanak-kanak Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
 
Thaiveegan berkata, statistik dari tahun 2010 hingga Ogos 2014 menunjukkan penurunan peratusan kes rogol di negeri ini iaitu daripada 146 kes pada tahun 2010 kepada 62 kes pada bulan lepas.
 
Katanya ini berikutan peningkatan kesedaran dalam kalangan remaja berhubung isu itu hasil daripada tindakan ibu bapa dan guru yang memainkan peranan penting dalam mendidik mereka termasuk pendidikan agama dan juga seminar berkaitan.
 
"Mungkin selepas ini kami adakan seminar khusus untuk orang lelaki supaya mereka lebih menghormati dan menghargai wanita," katanya.
 
Katanya dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berdasarkan pecahan mengikut kaum, Melayu menunjukkan kaum yang tertinggi menjadi mangsa rogol iaitu 38 orang, diikuti Cina (sembilan), India (tujuh) dan kaum-kaum lain (lapan).
 
Sementara itu, guru kaunseling Norniza Kader Mydin, 35, berkata perkembangan teknologi dan penggunaan telefon bimbit yang meluas mendorong para remaja untuk mudah terdedah dengan budaya kurang sihat.
 
"Kalau dulu boleh kira berapa orang yang ada telefon bimbit ... sekarang semuanya di hujung jari. Apa yang penting bagi seorang pelajar itu ada ilmu kerohanian dan disiplin untuk kawal diri mereka.
 
"Dalam kawasan sekolah memang kami (guru) boleh pantau, dah keluar sekolah menjadi tanggungjawab mereka untuk jaga diri masing-masing," katanya dan menurutnya guru sentiasa membimbing pelajar termasuk meminta mereka menjaga maruah diri. - Bernama

Derita 2 jam Fasha


Kulim: “Pelbagai cara sudah digunakan untuk mengeluarkan ibu jari tangan kanan Fasha termasuk minyak dan pemutar skru, tetapi dia semakin kuat menangis akibat kesakitan menyebabkan saya membawanya ke Hospital Kulim (HK) bagi rawatan lanjut.”
Begitu kata Hasnora Hassan, 43, ibu kepada Fasha Isfahan Fauzan, tiga tahun, yang tersepit ibu jari tangan kanan pada tombol pintu yang sudah tidak digunakan hampir dua jam ketika bermain di rumah keluarganya di Taman Jati, di sini, petang kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku jam 4 petang sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kulim setengah jam kemudian dan pasukan bomba yang dipanggil untuk mendapatkan bantuan akhirnya berjaya mengeluarkan ibu jari mangsa kira-kira jam 5.45 petang.
Hasnora berkata, sebelum kejadian, dia bersama beberapa anak lain sedang berehat di ruang tamu, manakala Fasha bermain sendirian berhampiran sebelum dia membawa sebiji tombol pintu rosak.

Menurutnya, ketika itu juga dia langsung tidak mengesyaki apa-apa yang memudaratkan kerana tombol pintu terbabit kebiasaannya dijadikan sebagai alat permainan ‘masak-masak’ oleh Fasha.

“Tombol pintu itu dijadikan sebagai alat untuk menggiling tanah liat kononnya untuk membuat kuih, tetapi Fasha tiba-tiba menghampiri saya yang sedang menonton televisyen sambil menunjukkan ibu jarinya yang terlekat pada lubang tombol pintu itu.
Foto
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan ibu jari tangan kanan Fasha.
“Saya cuba menarik jarinya keluar, namun ia seakan terlekat dan anak saya mulai menangis kerana cubaan saya gagal lalu memanggil seorang anak lelaki untuk membantu mengeluarkan ibu jari anak saya itu dengan menggunakan pemutar skru serta menuang minyak,” ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

“Pada masa sama, saya tidak menyangka tombol pintu itu boleh menyebabkan jari anak bongsu saya daripada lapan beradik berkenaan tersepit kerana mulanya menyangka mungkin hanya terlekat biasa sahaja di dalam lubang tombol itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Menurutnya, selepas 30 minit berusaha, namun masih gagal menyebabkannya meminta bantuan adiknya untuk menghantar Fasha ke hospital.

Katanya, ketika itu, dia mendapati anaknya berada keadaan letih, takut dan menangis sambil menahan kesakitan, tambahan jarinya yang kecil terpaksa menampung beban tombol pintu agak berat lalu memangkunya dengan turut memegang tombol pintu berkenaan.

“Ketika sampai di HK, Fasha dibawa ke wad kecemasan dan kakitangan juga gagal mengeluarkan jarinya sebelum pasukan perubatan mengambil keputusan untuk minta bantuan bomba.

“Hasil bantuan pihak bomba barulah ibu jari tangan Fasha berjaya dikeluarkan dan saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu,” katanya. Sementara itu, Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech Mohammad Fisol Osman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada wad kecemasan HK untuk membantu mengeluarkan ibu jari tangan kanak-kanak itu yang tersepit pada tombol pintu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Pelajar kolej dituduh bunuh rakan


Shah Alam: Seorang penuntut kolej swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh rakannya di sebuah pusat karaoke, Ahad lalu.

K Punitan, 19, didakwa membunuh Mohd Shahrul Ali, 22, di Pusat Istirehat E-Zone, Lot 873-A, Jalan Kampung Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, jam 2.20 pagi, 21 September lalu.


Tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin.



Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N Parimalah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Cikgu mati terjun kondo


Ampang: Seorang guru wanita yang mengalami masalah emosi nekad terjun dari tingkat tujuh Kondominium Sri Pandan, Pandan Mewah di sini, selepas menderita sakit tulang belakang sejak empat bulan lalu.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi kelmarin, mayat mangsa berusia 41 tahun itu ditemui di bawah kondominium oleh penduduk.


Mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian akibat retak di bahagian belakang kepala.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa tinggal di tingkat tujuh kediaman terbabit bersama ibu, suami dan dua anaknya.


Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa tinggal bersama ibunya di rumah manakala suami dan anak-anaknya sudah keluar untuk ke tempat kerja serta sekolah.


“Bagaimanapun ketika ibu mangsa sedang mandi, wanita terbabit dipercayai terjun melalui tingkap selepas memanjat katil di dalam bilik utama.

“Suami mangsa yang mengetahui kejadian itu kemudian bergegas pulang ke rumah,” katanya.


Khairuldin berkata, mangsa sudah empat bulan menderita sakit tulang belakang dan tidak mampu berjalan menyebabkan dia mengalami kemurungan serta pernah mendapat rawatan psikologi di Hospital Ampang.

“Hasil keterangan suami mangsa, tiada pergaduhan berlaku antara mangsa dengan ahli keluarga lain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Hotel subahat


Kuala Lumpur: Beberapa hotel mewah di ibu kota dikesan pihak berkuasa bersubahat dengan sindiket penyeludupan pendatang haram dengan menggaji pekerja asing tanpa permit ke hotel berkenaan.
Tindakan itu dilakukan bagi membolehkan pihak hotel membayar gaji murah kepada pekerja warga asing ini berbanding perlu mengeluarkan kos tinggi terhadap kakitangan tempatan.

Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas sepasukan anggota Jabatan Imigresen Selangor melakukan operasi besar-besaran sejak seminggu lalu.
Dalam operasi terbaru jam 3 petang kelmarin, diketuai Timbalan Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Selangor Ramli Othman, seramai 18 kakitangan hotel warga asing termasuk seorang lelaki Nigeria diberkas.

Ramli berkata, pemeriksaan mengejut membabitkan seramai 18 anggota imigresen itu dilakukan ketika semua pendatang tanpa izin itu sedang leka bekerja.

Menurutnya, ramai antara pendatang tanpa izin itu cuba melarikan diri sebelum berjaya diberkas.
Foto
ANTARA pekerja warga asing yang ditahan dalam operasi.
“Ada antara pihak pengurusan hotel terkejut kerana selama ini mereka menyangka pekerja terbabit mempunyai permit kerja dan dokumen lain.

“Mereka mendakwa pihak yang membekalkan pekerja warga asing itu sudah memiliki permit kerja dan dokumen lengkap,” katanya.
Beliau bagaimanapun masih menyiasat sama ada pihak pengurusan hotel sengaja menggunakan alasan itu untuk mengelakkan mereka diambil tindakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ada di antara pekerja hotel ditahan itu menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar, tinggal lebih masa, malah ada yang tiada dokumen pengenalan diri,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan pekerja yang ditahan itu membabitkan empat wanita warga Indonesia, tiga lelaki Pakistan, satu lelaki Nigeria, satu lelaki Bangladesh dan masing - masing tiga lelaki India serta Indonesia.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Penjara 12 bulan bakar rumah jiran bekas kekasih


Ampang: Tindakan membakar rumah jiran bekas teman lelaki di Taman Dato Ahmad Razali di sini dua tahun lalu, membawa padah apabila seorang ibu tunggal kepada tiga anak dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Melati Hassan, 49, kerani bank, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.


Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula semalam.



Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan khianat dengan menyimbah petrol di rumah seorang lelaki berusia 30 tahun di Taman Dato Ahmad Razali, jam 2 pagi, pada 13 November 2012.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Selain itu, dia juga didapati bersalah gagal menunjukkan kad pengenalan diri semasa pemeriksaan polis pada masa dan tempat sama, mengikut Seksyen 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi pertuduhan gagal menunjukkan kad pengenalan diri dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Terdahulu, peguam Ghazali Taib memohon mahkamah meringankan hukuman kerana anak guamnya mempunyai ketumbuhan di kepala dan mudah pengsan, selain perlu menanggung tiga anak.


Mahkamah menolak permohonan peguam tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga Aidiladha.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Dijel 3 tahun, denda RM50,000 angkara rasuah


Seremban: Seorang pengusaha syarikat pengangkutan dihukum penjara tiga tahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah, di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas tuduhan pindaan memberi rasuah kepada penjawat awam pada Mac tahun lalu.

Hakim Datin Nursinah Adzmi membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan semalam selepas tertuduh, N Sakti Vellu, 38, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Dalam penghakimannya itu, Nursinah menetapkan tertuduh dipenjara tambahan 10 bulan jika gagal membayar denda itu.



Mengikut pertuduhan, Sakti Vellu didakwa memberikan suapan RM10,000 kepada Mohd Farouq Abdul Wahab yang bertugas di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Sepang, Selangor sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap Sakti Vellu Enterprise yang tidak memiliki lesen memborong, menyimpan, menjual, mengangkut serta mengedar minyak diesel serta memiliki 1,000 liter diesel bersubsidi di dalam tangki lori yang diubah suai.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Mekanik didakwa culik ahli perniagaan


Shah Alam: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Bangladesh dengan tujuan untuk mengurungnya bagi mendapatkan wang tebusan RM20,000, pertengahan Julai lalu.

Mohamad Syafiq Mohamad Jabri, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin.


Tertuduh didakwa menculik Mohammad Abu Naium, 28, dengan niat hendak mengurung mangsa secara sulit di Bilik No. 21, Hotel Talents Motor Park, Lot 29700, Persiaran Raja Muda Musa, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, dekat sini bagi mendapatkan wang tebusan bersama-sama tiga lagi individu masih bebas.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Dua belas premis judi Internet diserbu


Oleh Nur Saliawati Salberi
Shah Alam: Biarpun pernah diserbu beberapa kali, premis perjudian Internet di sekitar bandar raya ini seakan tidak serik menjalankan kegiatan mereka apabila 12 premis perjudian diserbu pihak berkuasa, petang semalam.

Dengan memilih lokasi premis berhampiran kawasan perindustrian, premis perjudian ini mensasarkan pekerja kilang sebagai pelanggan mereka.


Operasi diketuai Ketua Pengawasan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor Asisten Superintendan Sobri Baki.

Menurutnya, walaupun ada antara premis itu pernah diserbu tetapi mereka masih berani membuka semula kerana faktor keuntugan.


"Hasil risikan yang dijalankan selama dua minggu, kami mendapati ada premis perjudian yang aktif dan dalam serbuan itu kami menahan sembilan kaki judi dan 15 penjaga premis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Tukang bancuh warga Thai dibunuh


Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Nilai: Seorang pembancuh air warga Thailand ditemui mati dibunuh di sebuah kedai makan di Jalan Bandar Baru Nilai, 1/2K, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, mayat Madaree Duaramee, 39 ditemui berlumuran darah dengan kesan tikaman di rusuk kiri berhampiran kedai makan tempatnya bekerja.


Katanya, dalam kejadian 9.15 malam itu, pihaknya turut menemui pisau yang patah hulunya di kawasan berhampiran penemuaan mayat.

"Buat masa ini, motif pembunuhan sedang disiasat dan pihak kami sedang giat memburu suspek," katanya.


Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dekat sini, untuk bedah siasat.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

PPM rampas `tyre oil' bernilai RM1.34 juta


Oleh Mohamad Fahd Rahmat
Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 merampas 21,600 liter minyak jenis 'tyre oil', selain menyita kapal tunda dan lori tangki bernilai kira-kira RM1.34 juta dalam satu serbuan di jeti persendirian di Kampung Pendas Gelang Patah, kira-kira 2 pagi ini.

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang, berkata dalam serbuan itu, pihaknya berjaya menahan enam warga Indonesia selain turut menahan tiga lelaki tempatan yang bertindak sebagai pemandu lori selain penjaga jeti terbabit.


Beliau berkata, bertindak atas maklumat sebuah bot ronda RH6 milik PPM Wilayah 2 membuat serbuan di sebuah jeti persendirian di Kampung Pendas Gelang Patah dan mendapati berlaku aktiviti pemindahan minyak dari lori tangki ke kapal tunda.

"Hasil pemeriksaan mendapati kapten kapal tunda berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen kelulusan berkaitan pemindahan minyak terbabit selain belayar tanpa mendapatkan permit.


"Enam enam lelaki warga Indonesia yang memiliki pasport sah berusia 20 hingga 30 an selain dua lelaki tempatan bertindak sebagai penjaga jeti serta seorang pemandu lori warga tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Konstabel mengaku tidak bersalah terima rasuah


Mohd Azrol Azreen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah, semalam.
Mohd Azrol Azreen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah, semalam.
IPOH  - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak ambil tindakan terhadap tiga warga Myanmar, Ogos lalu.

Mohd Azrol Azreen Abu Hasan, 26, yang bertugas di Batalion 2, Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan wang RM4,000 sebagai dorongan untuk tidak ambil tindakan terhadap tiga warga Myanmar, Hau Pum Haui, Khin Laung Zai dan Khuam Pu kerana tidak mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

Dia melakukan kesalahan itu melalui panggilan telefon di Pejabat SPRM Ipoh, kira-kira jam 12 tengah hari pada 31 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Bapa  dua anak itu  turut didakwa menerima suapan RM4,000 daripada Lam Naing Hung sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap tiga lelaki terbabit di Jalan Persiaran Meru Raya 5, Meru Raya,  jam 2.40 petang hari yang sama.

Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) akta yang sama dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta berkenaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mukhriz tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas rekod tertuduh yang pernah dua kali melarikan diri daripada ditahan SPRM selain dia disiasat atas beberapa kes polis.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 28 Oktober ini.

Hanya mata selamat


Kuala Lumpur: Seorang pemilik bengkel motosikal bagaikan mengetahui ajalnya hampir tiba apabila sempat mendaftar sebagai penderma organ sebelum maut digilis bas, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.15 malam, mangsa, Leong Chee Min, 44, yang menunggang motosikal dari arah Pandan Indah menuju ke Cheras terlanggar belakang sebuah kenderaan mengakibatkan mangsa tercampak sebelum dirempuh sebuah bas dan motosikal. 
Abang mangsa, Leong Chee Hong, 50, berkata, kejadian nahas itu amat menyedihkan, namun mereka gembira kerana hajat mangsa untuk menderma organ tercapai. 

Menurutnya, sebelum ini, mereka enam beradik memang sepakat untuk mendermakan organ sekiranya ada di antara mereka mati dahulu.
Foto
MANGSA mati di tempat kejadian.

“Adiknya itu pernah menyatakan hasrat untuk mendermakan semua organ miliknya, tetapi doktor mengesahkan hanya organ mata sahaja yang masih boleh digunakan kerana semua organ lain rosak dalam kemalangan itu.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Pengawal keselamatan menyamar polis diberkas

SABTU, 27 SEPTEMBER 2014 @ 4:40 PM

 
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan diberkas selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis, dalam satu kejadian memeras ugut seorang peniaga kedai runcit di Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, suspek, 48, dikatakan meminta wang perlindungan berjumlah RM2,000 dari peniaga sebuah kedai runcit di Kampung Chubadak Jaya, Sentul di sini semalam.

"Suspek telah mengugut pemilik kedai runcit, jika gagal membayar wang perlindungan, suspek akan menangkap pekerja kedai itu. Dia kemudiannya mengambil tiga kotak rokok sebelum meninggalkan kedai runcit tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Munusamy berkata bertindak hasil aduan pemilik kedai runcit berkenaan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah menahan lelaki itu di sekitar Sentul dan merampas sekeping kad Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) atas nama suspek dan kereta jenis Proton Wira.



"Hasil pemeriksaan lanjut, suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana peras ugut dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam," katanya.

Katanya suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Polis marin gagalkan cubaan seludup 21,600 liter minyak di Gelang Patah



PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah 2 menahan enam warga Indonesia serta tiga lelaki tempatan yang bertindak sebagai pemandu lori dan penjaga jeti hingga berjaya merampas sejumlah 21,600 liter minyak jenis 'tyre oil' selain menyita sebuah kapal tunda dan lori tangki bernilai kira-kira RM1.34 juta dalam satu serbuan di jeti persendirian di Kampung Pendas Gelang Patah. - Foto NSTP
JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menggagalkan kegiatan menyeludup sebanyak 21,600 liter minyak berikutan penahanan sebuah lori tangki dan sebuah bot tunda di Kampung Pendas, Gelang Patah, semalam.
Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, lori dan bot yang sedang melakukan pemindahan minyak itu ditahan dalam serbuan di sebuah jeti persendirian pada 2.10 pagi.
"Bertindak atas maklumat, bot ronda RH6 PPM Wilayah Dua membuat serbuan di jeti tersebut dan mendapati terdapat sebuah lori tangki yang sedang memindahkan minyak jenis 'tyre oil' ke sebuah bot tunda," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Khiu berkata hasil pemeriksaan mendapati kapten bot itu gagal menunjukkan dokumen kelulusan berkaitan pemindahan minyak tersebut dan bot berkenaan juga berlayar tanpa kelulusan pelabuhan.
Beliau berkata jeti persendirian berkenaan pula dipercayai jeti yang tidak diwartakan dan tidak mempunyai kebenaran menjalankan aktiviti pemindahan minyak.
Katanya, siasatan mendapati lori tangki tersebut membawa sebanyak 21,600 liter minyak jenis 'tyre oil' yang sebahagiannya telah dipindahkan ke dalam bot tunda.
"Enam kru bot tunda yang kesemuanya rakyat Indonesia, pemandu lori tangki dan dua lelaki yang dipercayai penjaga jeti berkenaan turut diperiksa," katanya.
Menurutnya kesemua tahanan berserta barang rampasan yang dianggar bernilai RM1.34 juta termasuk lori dan bot dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua di Tampoi untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Pemilik syarikat rasuah pegawai PPDNKK dipenjara, didenda


SEREMBAN - Tindakan seorang pemilik sebuah syarikat memberi rasuah kepada pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) membawa padah apabila dihukum penjara selama tiga tahun dan didenda sebanyak RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini semalam.
Hakim Datin Nursinah Adzmi menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh, N. Sakti Vellu, 38, bersalah memberi suapan berupa wang sebanyak RM10,000 kepada ejen kerajaan, Mohd. Faruk Abdul Wahab yang bertugas di PPDNKK cawangan Sepang, Selangor di stor Sakti Vellu Enterprise, Batu 13, Jalan Linsum di sini pada 11 Mac 2013
Perbuatan itu sebagai dorongan supaya Mohd. Faruk tidak mengambil tindakan ke atas Sakti Vellu Enterprise di bawah Akta Kawalan Bekalan 1960, kerana tidak memiliki lesen memborong, menyimpan, menjual, mengedar dan mengangkut barang kawalan berupa diesel serta memiliki diesel bersubsidi sebanyak 1,000 liter di dalam tangki dalam lori yang telah diubah suai.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3EVQgyuYo 
Hakcipta terpelihara 

Bomoh didakwa atas 3 pertuduhan berkaitan seks


SEREMBAN - Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan melakukan perhubungan seks dengan objek, kelucahan melampau dan mencabul pesakitnya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan pada minggu lalu.
Mohd. Rashid Mohd. Din, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan kesemua kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun antara pukul 2.30 petang dan 7 malam pada 20 September lepas.
Bagi pertuduhan melakukan perhubungan seks dengan objek, Mohd Rashid didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3EVQb0Dlx 
Hakcipta terpelihara 

Mayat lelaki dijumpai di tebing Sungai Kulim

SABTU, 27 SEPTEMBER 2014 @ 5:00 PM

 
BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan bersalut lumpur di tebing Sungai Kulim, Guar Perahu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, mayat lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu dipercayai dihanyutkan arus sungai ketika hujan lebat sebelum terdampar dan dijumpai orang awam pada 8.46 pagi.

"Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan fizikal pada badan lelaki itu dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini.

Justeru beliau meminta mana-mana pihak yang kehilangan anggota keluarga agar menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Geng budak sekolah curi motosikal



KONG SOON (kiri) menunjukkan rangka motosikal curi yang berjaya ditemui oleh polis di IPD Kampar, Perak semalam.


KAMPAR – Polis menumpaskan satu kumpulan yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal dikenali sebagai Geng Tek-ot selepas menahan lapan remaja sejak Isnin lalu hingga kelmarin.
Kelapan-lapan suspek berusia antara 16 hingga 19 tahun itu ditahan dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan secara berasingan.
Tiga daripada suspek yang ditahan didapati masih bersekolah sementara seorang lagi masih belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini.
Ketua Polis Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, hasil siasatan lanjut yang dijalankan, polis turut merampas dua buah motosikal jenis Honda C70 dan lima buah rangka motosikal jenis Honda EX5.
“Lima buah rangka motosikal Honda EX5 itu dibuang ke dalam lombong di Gopeng dan Kota Bharu dekat sini.
“Modus operandi suspek ialah dengan mencuri motosikal secara berkumpulan sebelum ia dileraikan untuk kegunaan sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kampar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3EVQHA5Zm 
Hakcipta terpelihara 

Mayat lelaki ditemui dalam tali air


PERMATANG PAUH 27 Sept. - Mayat seorang lelaki ditemui dalam tali air di Sungai Kulim, Guar Perahu di sini kira- kira pukul 8.45 pagi tadi.
Ketika ditemui, mayat berkenaan dalam keadaan terapung tetapi tiada sebarang kesan kecederaan pada badan selain tiada dokumen pengenalan diri.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor berkata, mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140927/je_08/Mayat-lelaki-ditemui-dalam-tali-air#ixzz3EVDAM9P5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bengang bil air melambung tinggi

Jaganathan menunjukkan bil bulan September yang naik lebih RM250 berbanding kadar biasa.
Jaganathan menunjukkan bil bulan September yang naik lebih RM250 berbanding kadar biasa.
RAWANG - Seorang pengusaha premis pusat cuci kereta tidak berpuas hati apabila perlu menanggung bil air yang tinggi meskipun aduan kerosakan meter telah dibuat.

Pengadu, K Jaganathan, 40, berkata aduan telah dibuat kepada pembaca meter yang ketika itu datang untuk memeriksa bil air di kedai milik ayahnya terletak di Rawang Massalam yang kini diusahakan olehnya.

Dia mempersoalkan tindakan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang membiarkan kerosakan meter ditanggung pengguna.

“Kita telah buat aduan kepada Syabas tetapi tiada kerja pembaikan dibuat sebaliknya kita pula yang terpaksa bil tinggi disebabkan masalah itu.

“Bil air semasa biasanya RM300 hingga RM400 sebulan tetapi meningkat hampir RM700 pada bulan lepas menggunakan sistem kadar anggaran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dia kemudian telah ke Syabas Hulu Selangor untuk mendapatkan penjelasan namun tetap diminta menjelaskan bil mengikut kadar yang ditetapkan untuk mengelakkan pemotongan.

“Mereka kata aduan kerosakan itu akan diperiksa namun bil semasa tetap perlu dibayar seperti biasa.

“Namun sehingga hari ini (semalam) tiada wakil Syabas yang datang membuat pemeriksaan atau pembaikan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Priscilla Alfred ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya, siasatan mengenai masalah akibat meter rosak akan dijalankan terlebih dahulu sebelum disahkan oleh senior pembaca meter (senior meter reader).

“Syabas akan menukar meter jika didapati rosak dan mempertimbangkan pelarasan normal meter baru selama tiga bulan dan jika sebaliknya kadar akan diselaraskan secara automatik.

“Aduan telah dibuat di pejabat Syabas Hulu Selangor oleh pengadu yang ingin mengetahui berkenaan kadar bil tinggi untuk bulan Ogos dan September,” katanya.

Pemilik bengkel motosikal maut digilis bas


Anggota polis mengangkat mayat mangsa.
Anggota polis mengangkat mayat mangsa.
KUALA LUMPUR - Seorang pemilik bengkel motosikal maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 32.3 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), kelmarin.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian pada jam 10.15 malam itu berlaku apabila mangsa, Leong Chee Min, 44, dipercayai melanggar bahagian kanan sebelah belakang sebuah kereta jenis Proton Saga.

"Akibat hilang kawalan, mangsa terbabas ke bahagian tengah jalan sebelum dilanggar sebuah bas,” katanya,

Menurutnya, mangsa yang jatuh di atas jalan kemudiannya dilanggar pula oleh sebuah motosikal dari arah yang sama.

Markandan berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah  Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1998,” katanya.

Kilang PVC musnah terbakar akibat khianat

Anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran yang berlaku di sebuah kilang menghasilkan PVC di sini, semalam.
Anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran yang berlaku di sebuah kilang menghasilkan PVC di sini, semalam.
SENAI – Sebuah kilang menghasilkan Polivinil Klorida (PVC) di Jalan Tampoi, dekat sini musnah selepas berlaku kebakaran di kilang berkenaan dalam kejadian awal pagi semalam.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Nazaruddin Yusof berkata, kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 6.44 pagi itu dipercayai berpunca akibat perbuatan khianat.

“Kami menerima panggilan pada jam 6.44 pagi dan tiba di lokasi pada 6.56 pagi. Operasi memadam dan menyelamat berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.42 pagi.

“Selain kemusnahan pada bangunan kilang, tiga mesin memproses serbuk menghasilkan PVC turut musnah,” katanya, di sini semalam.

Nazaruddin berkata, tiada kecederaan dilaporkan berlaku, manakala jumlah sebenar kerugian masih disiasat.

“Bomba sedang lakukan siasatan terperinci mengenai punca kebakaran kerana berdasarkan keterangan pemilik kilang beliau mengesyaki terdapat kemungkinan unsur khianat.

“Pemilik mendakwa premis itu tidak beroperasi pada masa ini kerana kerja-kerja pengubahsuaian dan penukaran hak milik sedang dijalankan,” katanya.

51 kura-kura dalam seluar


Detroit: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah selepas ejen Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat menemui 51 kura-kura di dalam seluarnya.

Akhbar Detroit News semalam melaporkan, penyeludup itu, Kai Xu dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan menyeludup, menjual beli dan mengeksport secara haram haiwan reptilia yang dilindungi berkenaan.
Lelaki warga Kanada itu ditangkap selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengenai kegiatannya.

“Kami menemui sebanyak 51 kura-kura dalam seluarnya - 41 diikat pada kaki dan 10 lagi di celah kelangkang,” kata seorang ejen, Kenneth Adam. - Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Mi campur candu


Shaanxi : Seorang peniaga mi di sini mencampurkan masakannya dengan candu untuk menyebabkan pelanggan ketagih supaya mereka sentiasa datang ke kedainya.

Pemilik kedai berkenaan didakwa membeli candu dan kemudian menghancurkannya menjadi serbuk sebelum mencampurkan ke dalam masakannya.


Perbuatannya itu terbongkar selepas seorang pelanggan, Liu Juyou, dikesan positif dadah dalam satu ujian air kencing selepas ditahan secara rambang untuk pemeriksaan.

Liu bertegas memberitahu pihak berkuasa bahawa dia tidak pernah menghisap dadah.


Mengesyaki mi yang dimakannya beberapa jam sebelum ditahan menjadi punca dia ditahan, Liu meminta beberapa anggota keluarganya makan di restoran berkenaan dan menjalani ujian air kencing.


Keputusannya juga positif.

Pemilik kedai itu ditangkap dan mengaku melakukan perbuatan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Simbah isteri air panas


Kuala Lumpur: Cemburu buta menyebabkan seorang lelaki tergamak membelasah isterinya sebelum menyimbah air panas ke tubuh mangsa menyebabkan wanita itu menggelupur kesakitan.

Lebih teruk apabila lelaki berusia 48 tahun itu mengambil wang tunai dianggarkan RM1,400 milik mangsa sebelum melafazkan cerai selepas menuduh isterinya berlaku curang.


Kejadian dikatakan berlaku jam 4.30 petang kelmarin, ketika mangsa berusia 40 tahun berada di restoran miliknya di Jinjang di sini.



Sumber polis berkata, mangsa yang berkerja didatangi suaminya dalam keadaan marah dan terus menarik mangsa ke ruang dapur.


Menurutnya, suspek mengambil kayu dan memukul isterinya itu dan memaki hamun mangsa selepas menuduh wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan pekerja restoran itu.


“Mangsa menafikan perkara itu namun lelaki berkenaan tidak mempercayainya dan memukul mangsa sehingga terjatuh.

“Dia memijak kepala mangsa berulang kali menyebabkan isterinya itu mengerang kesakitan dan merayu dilepaskan,” katanya.


Sumber berkata, suspek tidak mengendahkan rayuan isterinya malah menyimbah air panas ke belakang tubuh mangsa.

“Pekerja restoran melihat lelaki itu menuju kaunter pembayaran dan mengambil wang jualan milik isterinya.


“Suspek melafazkan cerai kepada mangsa sebelum beredar pergi,” katanya.


Akibat kejadian itu, mangsa yang melecur di belakang badan dan tangan tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang di sini, untuk tindakan lanjut.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy yang dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Bomoh ‘objek’ didakwa


Seremban: Seorang bomoh dihadapkan secara berasingan di Mahkamah Sesyen dan di dua Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan melakukan seks dengan menggunakan objek, kelucahan melampau dan mencabul kehormatan seorang pelanggan wanitanya.
Selain itu, isterinya turut dihadapkan ke mahkamah sama terhadap dua pertuduhan bersubahat atas perbuatannya itu. 
Pasangan terbabit, Mohd Rashid Mohd Din, 59, dan Noralia Daie, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ke atas semua pertuduhan. 

Di Mahkamah Sesyen, Mohd Rashid didakwa melakukan hubungan seks menggunakan objek dengan pelanggannya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan, di sini antara jam 2.30 petang dan jam 7 malam, 20 September lalu.
Foto
MOHD Rashid (kanan) dan Noralia di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika disabitkan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27