Search This Blog

Friday, September 19, 2014

Tujuh sahabat didakwa rogol wanita

JUMAAT, 19 SEPTEMBER 2014 @ 12:36 PM

 
SEREMBAN: Tujuh sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, kerana merogol seorang wanita berusia 22 tahun di sebuah flet di Garden Avenue, Seremban 2 di sini, minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka melakukan perbuatan itu pada 11 hingga 15 September dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Semua mereka yang berusia antara 18 hingga 24 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Jagjit membenarkan semua tertuduh diikat jamin antara RM3,000 hingga RM6,000 dan kes disebut semula 20 Oktober depan.

Tujuh pegawai kanan kastam hadapi 98 tuduhan rasuah

SHAH ALAM: Seramai tujuh pegawai kanan kastam dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dengkil dan Putrajaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi terhadap 98 pertuduhan menerima rasuah wang tunai antara RM500 dan RM130,000 dari 2012 sehingga bulan lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan rasuah itu sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan ke atas barangan tidak berkastam iaitu arak.

Kes bunuh pelajar UK dipindah ke Mahkamah Tinggi

PETRA JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes pembunuhan dua pelajar perubatan warga United Kingdom (UK) dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Majistret Zulhairil Sulaiman membuat keputusan itu selepas menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mirza Mohamad.
Penjual ikan, Zulkipli Abdullah, 23, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dua pelajar terbabit.

Rasuah bulanan: 8 pegawai Kastam didakwa, 2 bergelar Datuk - SPRM

JUMAAT, 19 SEPTEMBER 2014 @ 2:44 PM

 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa lapan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, termasuk dua bergelar Datuk berhubung kesalahan menerima rasuah secara bulanan berjumlah antara RM500 hingga RM130,000.

Dua bergelar Datuk itu ialah Datuk Mohd Nasir Said, 58, Pengarah Kastam Perak dan Datuk Saad Ishak, 57, Penolong Pengarah Kanan Kastam Cawangan Risikan Putrajaya.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah dalam satu kenyataannya, berkata tujuh daripada mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam manakala seorang lagi di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur.

Mereka berdepan antara lapan hingga 52 tuduhan iaitu kesalahan menerima wang perlindungan bulanan. Keseluruhan tuduhan yang dikenakan hari ini adalah sebanyak 106.



Mereka yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur ialah:

- Datuk Mohd Nasir Said, 58, didakwa atas lapan pertuduhan melibatkan nilai suapan RM80,000, di bawah Sekysen 16a (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Kes ini akan disebut semula pada 23 Oktober 2014 dan beliau diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin.

Mereka yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam ialah:

- Datuk Saad Ishak, 57, dituduh dengan sembilan pertuduhan melibatkan nilai RM29,000 di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan.

- Abdul Ghafar Mohamad, 46, dituduh dengan 19 pertuduhan melibatkan nilai rasuah RM38,000, di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan.

- Mohd Ariffin Zakaria, 56, dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009, melibatkan nilai RM2,000. Beliau diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan.

- Sohaizan Othman, 39, dituduh dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009, melibatkan nilai RM1,000. Beliau diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan.

- Abd Razak Basri, 55, dituduh dengan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009, melibatkan nilai RM22,000. Beliau diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan.

- Hizam Abd Ghani, 56, dituduh dengan 52 pertuduhan melibatkan nilai suapan RM298,000. Satu di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009 manakala 51 pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin dengan RM40,000 dengan seorang penjamin manakala pasport perjalanannya ditahan.

- Azlee Mohamed Yusof, 48, hadapi lima pertuduhan melibatkan nilai rasuah RM77,000. Empat tuduhan di bawah Seksyen 16a (A) dan satu tuduhan di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan.

Kesemua tertuduh berusia lingkungan 39 tahun hingga 58 tahun melakukan kesalahan sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan atas kesalahan yang dilakukan oleh individu dan syarikat-syarikat yang membawa keluar barangan yang tidak dikenakan cukai eksais dari Zon Bebas Pelabuhan Klang.

SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Omar Saifuddin dan Anthony Kevin Morais.

Kes di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dato' Noradidah Ahmad manakala di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur, tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dipenjarakan selama satu tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Kesalahan ini juga adalah melanggar Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Mohd Jamidan berkata, mereka yang dihadapkan di mahkamah hari ini merupakan sebahagian pegawai yang ditahan dalam satu operasi khas pada 3 September lalu.

SPRM mengesahkan ada membuat tangkapan terbaru pada 17 September 2014 melibatkan 16 orang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Tangkapan ini adalah hasil siasatan lanjut ke atas tangkapan terdahulu iaitu pada 3 September 2014, hasil pemerhatian selama setahun di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang oleh pasukan Task force yang dianggotai oleh SPRM, PDRM, Bank Negara, LHDN, CyberSecurity dan lain-lain," katanya.

Sementara itu, Mohd Jamidan berkata, seramai 13 pegawai ini telah pun ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 September 2014. Dua lagi direman selama enam hari mulai hari ini.

"Dalam mengumpul bukti-bukti ini, Task Force telah menggunakan kaedah Intelligence and Analysis Based Investigation bagi menembusi kerja-kerja penyeludupan dan aktiviti rasuah yang melibatkan anggota sindiket dan penguat kuasa.

"Ingin ditegaskan di sini bahawa tangkapan terbaru ini bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebaliknya bertujuan untuk melumpuhkan aktiviti-aktiviti penyeludupan dan rasuah yang menyebabkan berlaku ketirisan wang negara yang besar," katanya.

Beliau berkata, SPRM amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam.

"SPRM juga menyambut baik dan menyokong langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Jabatan Kastam untuk mengemaskan perjalanan organisasi berkenaan, antaranya merombak penempatan pegawai dan menyemak Standard Operasi Prosedur (SOP) Jabatan Kastam.

Ibu mengaku tidak bersalah tuduhan buang anak


AYER KEROH: Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membuang anak lelakinya berusia dua tahun di sebuah rumah di Jalan Bayan 14, Bukit Katil, Februari lalu.
Tertuduh, Siti Fatimah Maulad Mohamad Zin, 24, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Tertuduh didakwa sebagai ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga Mohamad Irfan Abd Hadi, 2, dengan sengaja mendedah atau meninggalkan kanak-kanak itu dengan niat membuangnya di sebuah rumah di lokasi berkenaan kira-kira jam 10.30 malam, 11 Februari 2014.
Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Pada 1 September lalu, BH melaporkan, penemuan satu rangka manusia dipercayai kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang disyaki mangsa bunuh ditanam di belakang sebuah rumah teres di Bukit Katil susulan penahanan sepasang kekasih di sebuah rumah di Muar, Johor.

Dua beradik bertemu semula selepas 78 tahun


  • Akhirnya pencarian selama 78 tahun berakhir apabila dua beradik ini dipertemukan 16 September lalu.Akhirnya pencarian selama 78 tahun berakhir apabila dua beradik ini dipertemukan 16 September lalu.

KARANGAN - Pencarian dua beradik selama 78 tahun berakhir apabila kedua-dua mereka dipertemukan semula pada 16 September lalu.

Salmah Hassim terpisah dengan kakak sulungnya, Ng Kuan Yin, 90, apabila dia diserahkan kepada keluarga India Muslim untuk dijaga.

Menurutnya, sebelum ini dia tinggal di Karangan dan mempunyai enam adik beradik di mana empat daripadanya perempuan manakala dua lagi lelaki.

"Tok dilahirkan pada 1936 dalam keluarga Liew Chew Ngor dan disebabkan masalah kemiskinan, tok diserahkan kepada orang lain serta membesar dalam keluarga Islam.

“Tok dimaklumkan hanya saudara tok yang perempuan seramai empat orang sahaja yang masih hidup manakala dua lagi abang telah meninggal dunia," katanya.

Salmah berkata, setelah dewasa, dia berkahwin dengan Ismail Din yang ketika itu bekerja di kilang di sekitar kawasan itu.

"Hasil dari perkahwinan itu, kami telah dianugerahkan lapan anak. Pada 1989 tok cuba mencari abang dan kakak di Kupang bagaimanapun usaha tok gagal,” katanya.

Tanpa disedari Salmah, Kuan Yin yang merupakan pengusaha hotel dan tinggal di Jalan Petaling, Kuala Lumpur tidak pernah berputus asa untuk mencari adik kandungnya yang belum pernah ditemuinya sejak lahir.

Pada Ogos lalu, Salmah terkejut apabila menemui sekeping nota bersama barangan makanan di hadapan rumahnya.

"Dalam nota itu tertulis 'kami datang dari Kuala Lumpur hendak mencari ibu anda kerana ibu anda adalah adik emak saya'.

“Tok kemudiannya memaklumkan kepada anak-anak tentang nota yang diselitkan pada pintu rumah sebelum menghubungi nombor telefon tercatat dalam nota itu," katanya.

Katanya, pada 16 September lalu yang juga merupakan Hari Malaysia, dia telah pergi ke Kuala Lumpur bersama anak keduanya, Yaakub Ismail untuk berjumpa dengan kakak sulungnya itu.

"Anak tok inilah yang banyak berusaha untuk mencari waris tok sebelum ini. Kali pertama tok jumpa kakak, dia hanya terbaring sebab tak boleh berjalan lagi dan alami masalah penglihatan.

"Bagaimanapun tok bersyukur kepada ALLAH kerana dipertemukan dengan kakak kandung yang terpisah sekian lama. Selain itu tok gembira kerana keluarga tok makin besar dan terdiri daripada dua bangsa dan juga agama” katanya.

Wanita maut jatuh tingkat 13


  • Mayat mangsa yang terjatuh dari tingkat 13, Pangsapuri Desa Ixora di sini, pagi semalam.Mayat mangsa yang terjatuh dari tingkat 13, Pangsapuri Desa Ixora di sini, pagi semalam.

GEORGETOWN - Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan maut selepas terjatuh dari tingkat 13, sebuah pangsapuri di Air Itam di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa cedera di kepala, tulang rusuk dan patah kaki serta maut di tempat kejadian.

Menurut anak mangsa, Tan Sow Ling, 27,  ibunya, Lim Ah Eng kelihatan murung dan sering mengadu sakit kepala sejak kebelakangan ini. “Mama, pernah beritahu bapa dia tidak sanggup menahan sakit migrain yang semakin teruk.

“Kami sekeluarga, masih terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis bergegas ke sana selepas menerima panggilan dan mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap.

Beliau berkata, hasil temubual dengan ahli keluarga, ketika kejadian mangsa didapati tinggal bersama suami dan dua anaknya.

Pada awalnya, mangsa mengadu mengalami migrain kepada suami kerana tidak mampu lagi untuk menahannya.

“Difahamkan, semasa suami pergi ke dapur, mangsa membuka pintu bertindak keluar dari rumah terus memanjat kerusi lalu terjatuh dari tingkat tersebut,” katanya.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian manakala mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Mayat bayi dalam sungai


  • Mayat bayi perempuan yang masih sempurna dan bertali pusat ditemui di sebuah sungai di Penempatan Orang Asli Pos Kemar, kelmarin.Mayat bayi perempuan yang masih sempurna dan bertali pusat ditemui di sebuah sungai di Penempatan Orang Asli Pos Kemar, kelmarin.

GERIK – Seorang lelaki terkejut apabila menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat di sungai di Kampung Sungai Sah, Penempatan Orang Asli Pos Kemar, Tasik Banding, dekat Gerik di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Manab Baharom berkata, mayat itu ditemui kira-kira jam 2.25 petang oleh penduduk Orang Asli yang melalui kawasan jeram terbabit.
Menurutnya, bayi tersebut yang berusia kurang dari seminggu itu ditemui tersangkut pada batu di tebing sungai terbabit.
“Mayat bayi berkenaan dipercayai dibuang di tempat lain sebelum dijumpai di tempat kejadian berdasarkan aliran sungai yang berupa sebuah jeram,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abd Manab berkata, bayi malang itu dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan dipercayai mangsa mati 10 jam sebelum ditemui.

“Berdasarkan bentuk fizikal, mayat bayi tersebut adalah Orang Asli berdasarkan wajahnya. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan hingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya.

Cabul: Juru kimpal mengaku tidak salah


  • Muhammad NazrulMuhammad Nazrul

KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 19 tahun mengaku tidak salah atas tuduhan mencabul isteri jirannya di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Muhammad Nazrul Isham Dollah, dari Kampung Marak Banggu, di sini, didakwa pada tuduhan kedua, mencabul dengan memeluk mangsa yang berusia 24 tahun itu dalam bilik tidur sebuah rumah mangsa di Kampung Pasir Tumboh, Kubang Keranji, di sini, pada jam 10 malam, 3 September lalu.

Tertuduh sebelum itu didakwa pada tuduhan pertama, menceroboh masuk ke rumah mangsa pada masa dan tarikh berkenaan, manakala pada tuduhan ketiga, dia didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa pada insiden sama.

Pada prosiding itu, dia juga didakwa atas tuduhan berasingan menceroboh masuk ke rumah mangsa pada jam 1.30 pagi, 8 September lalu.

Difahamkan, tertuduh bekerja sebagai juru kimpal di bengkel bersebelahan dengan rumah mangsa dan meminati mangsa serta sering mengintai pergerakan wanita berkenaan.
Tertuduh berjaya ditangkap oleh suami mangsa sendiri ketika menceroboh ke rumah pasangan itu pada 8 September lalu.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh berikutan perkara itu bukan kali pertama dilakukan tertuduh sebaliknya, sudah tiga kali kejadian sama berlaku.

Mendengarkan hujahan itu, Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 Oktober depan.

6 kanak-kanak maut ditembak datuknya di pekan kecil AS



TIMBALAN sherif Gilchrist County hadir ke lokasi kejadian berhubung kes maut di pekan kecil di Florida hari ini. Gambar kecil Don Charles Roh. - Foto AP
MIAMI: Seorang lelaki menembak mati anak perempuannya dan enam cucu dalam kejadian tembakan di sebuah rumah di pekan kecil di Florida hari ini.
Menurut Sherif County Gilchrist, Robert Schultz, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Don Charles Spirit, 51, kemudian menembak mati dirinya sendiri selepas kejadian itu di sebuah pekan kecil Bell.
Schultz dalam sidang medianya berkata, kanak-kanak itu berusia antara tiga bulan dan 10 tahun.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan perempuan yang terbunuh itu adalah ibu kepada kanak-kanak berkenaan.
Katanya, seorang timbalan sherif bergegas ke lokasi kejadian dan sempat berhubung dengan Spirit namun beliau kemudian membunuh diri.
Schultz berkata, Spirit hanya satu-satunya suspek dan ketika kejadian masih ada beberapa orang yang masih bernyawa di dalam rumah.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan identiti mereka yang maut itu.
Gambar yang disiarkan dalam laman web Gainesville Sun menunjukkan beberapa kenderaan polis berkawal di jalan raya luar bandar itu.
Pekan Bell hanya mempunyai 350 penduduk yang terletak kira-kira 48 kilometer di barat Gainesville. - AP

Manila dilanda banjir akibat hujan lebat, taufan Fung-Wong

MANILA: Hujan lebat yang turun berikutan taufan Fung-Wong mengakibatkan kebanyakan kawasan di sini mengalami banjir menyebabkan sekolah, pejabat kerajaan dan pasaran saham ditutup hari ini.
Beribu-ribu penduduk di kawasan rendah dipindahkan ke kawasan tinggi berikutan hujan berlarutan selama enam jam.
Bursa Saham Filipina menggantung urus niaga selepas kerajaan Filipina menutup pejabat dan sekolah di ibu negeri ini.
Urus niaga pada platform pertukaran wang asing elektronik juga ditutup.
Taufan Fung-Wong, dengan kelajuan angin 85 kilometer sejam dan angin kencang sehingga 100 kilometer sejam melanda bandar Casiguran di wilayah utara Aurora.
Angin kuat dijangka beredar ke timur laut pada kelajuan 22 kilometer sejam menghala ke Laut China Selatan pada tengah hari ini.
Datuk Bandar Del De Guzman berkata kira-kira 7,000 orang dipindahkan di bandaraya Marikina di timur Manila di mana sungai yang melimpah mengakibatkan banjir.
"Kami melakukan operasi untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap. Hujan terlalu lebat dan air naik dengan begitu cepat sehingga ada yang tidak sempat berpindah, " kata Guzman dalam interviu dengan stesen televisyen GMA.
Katanya, kerajaan menghantar kenderaan amfibia dan bot getah bagi membantu membawa mangsa ke tempat selamat. - REUTERS

Pengarah Kastam Perak mengaku tidak bersalah terima suapan RM80,000

Pengarah Kastam Negeri Perak, Datuk Mohd Nasir Said.
KUALA LUMPUR: Pengarah Kastam Negeri Perak, Datuk Mohd Nasir Said, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lapan tuduhan menerima suapan berjumlah RM80,000 daripada dua individu, dua tahun lalu.
Mohd Nasir, 58, didakwa menerima wang berkenaan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap barang yang tidak berkastam iaitu arak.
Mohd Nasir yang hadir ke mahkamah berbaju kemeja kelabu dan seluar hitam, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di depan Hakim Rosbiahanin Arifin, sebentar tadi.
Rosbiahanin membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Oktober ini untuk sebutan semula kes.
Tertuduh sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarah Kastam di Melaka.

Kelindan maut, pemandu parah


  • Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa.Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa.

BENTONG - Seorang kelindan maut manakala pemandu parah apabila lori yang mereka naiki melanggar sebuah treler di di Kilometer 49.7 Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur kira-kira jam 2.10 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, Wan Supi Wan Deris, 49, maut di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan manakala Mohd Fadli Syah Mustapha, 26, parah di kepala dan dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh (Hoshas).

Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Mansur Mohamad Nor berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Subang, Selangor untuk menghantar muatan kargo berupa bungkusan surat.

“Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu terbabit hilang kawalan akibat mengantuk dan seterusnya melanggar bahagian belakang sebelah kanan treler muatan baja seberat 24 tan yang sedang mendaki bukit di lorong sebelah kiri.

“Lokasi kejadian adalah jalan lurus dua lorong satu hala manakala cuaca ketika itu gelap tanpa lampu dan jalan kering serta tidak banyak kenderaan,” katanya.

Menurutnya, mayat Wan Supi dibawa ke Hospital Bentong manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Mohd Mansor berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bahana cinta 'pak imam'


  • Wan Abd Aziz Wan Abd Aziz

KUALA TERENGGANU - Bahana cinta ‘pak imam’, seorang pemuda sanggup dijadikan tempat melampiaskan nafsu songsang seorang imam warga emas di sebuah masjid di Gong Badak, di sini, sejak enam tahun lalu.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 24 tahun itu nekad membocorkan rahsia hubungan mereka kepada pihak berkuasa selepas dipercayai tidak tahan lagi melayan kerenah ‘kekasihnya’ itu yang didakwa sering berlaku curang dengannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, imam yang berusia 66 tahun itu dipercayai bukan pertama kali melakukan seks oral terhadap mangsa, malah boleh dikatakan hampir setiap kali mereka berdating iaitu sejak Januari 2008 lagi.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa kali terakhir suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya iaitu pada 4 Disember tahun lalu, kira-kira jam 11.30 malam di salah sebuah balai orang awam di kampung berkenaan.

“Suspek dikatakan telah mengambil kesempatan ketika mereka berjumpa memandangkan suasana persekitaran di situ gelap,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, mangsa mendakwa suspek sebelum ini banyak kali mengulangi perbuatan tersebut terhadapnya, bagaimanapun mangsa nekad membuat laporan polis disebabkan tidak tahan melayan kerenah suspek yang sering berlaku curang terhadapnya.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa pernah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada awal tahun lalu, namun bertindak menarik semula laporan tersebut kerana terpedaya dengan janji manis suspek yang ingin berubah.

“Mangsa mendakwa suspek sebelum ini pernah berjanji dengannya yang dia akan menjaga mangsa dengan sebaik mungkin dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

“Namun, suspek memungkiri janji tersebut, malah lebih menyebabkan mangsa marah selepas mendapati suspek ada menjalinkan hubungan dengan individu lain,” katanya.

Menurut Wan Abd Aziz, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Katanya, usaha mencari suspek kini giat dijalankan.

Taufan Kalmegi ragut 10 nyawa di Vietnam


  • Taufan Kalmaegi menyebabkan puluhan kemalangan di Haikou, wilayah Hainan, di selatan China. Foto: AFPTaufan Kalmaegi menyebabkan puluhan kemalangan di Haikou, wilayah Hainan, di selatan China. Foto: AFP

HANOI - VIETNAM. Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam beberapa insiden berasingan akibat Taufan Kalmaegi di Vietnam, menurut pihak berkuasa, semalam.

Jurucakap Jawatankuasa Kebangsaan Mencari dan Menyelamat berkata, enam orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat di utara wilayah Lang Son, kelmarin.

Di daerah Cao Loc, seorang kanak-kanak lima tahun terbunuh manakala ibunya cedera apabila rumahnya runtuh akibat ribut dan angin kuat.

Sementara itu, di Hanoi sepasang kekasih maut selepas terkena kejutan elektrik apabila tiang penjana kuasa tumbang dan menghempap mereka, manakala seorang lagi mangsa wanita ditemui mati selepas dihanyutkan banjir di wilayah tengah Aghe An.

Taufan Kalmaegi, iaitu ribut tropika ketiga yang membadai Vietnam dalam tahun ini turut memusnahkan 800 buah rumah dan merosakkan lebih 42,000 hektar tanaman padi.

Ribut telah membawa hujan antara 191 hingga 344 milimeter sejak tiga hari lalu di wilayah utara dan pihak berkuasa telah memindahkan 55,000 penduduk di empat wilayah sebagai langkah berjaga-jaga menurut laporan Bangkok Pos.

Wak mengaku Imam Mahadi


Melaka: Lelaki berusia 53 tahun dipercayai ketua ajaran sesat yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Kampung Batu Gajah, Isnin lalu dikatakan mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi dan Sultan Mahmud.
Ketua Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, pendedahan itu dibuat bekas pengikutnya ketika siasatan dilakukan hasil beberapa laporan polis termasuk di Ampang, Selangor Isnin lalu.
Beliau berkata, bekas pengikut ajaran itu turut mengakui mereka perlu melafazkan kalimah syahadah yang membawa makna bercanggah dengan Islam selain berpuasa selama 44 hari bagi menyucikan diri.

“Suspek dikenali sebagai Pak Engku atau Wak dalam kalangan pengikutnya didakwa mengaku sebagai Imam Mahadi dan Sultan Mahmud.
Foto
RAHIMIN memegang dua senjata yang dirampas.
Foto
LAKARAN berbentuk naga yang dijumpai di dalam bilik pemujaan.

“Dia dipercayai memperkenalkan amalan puasa pemutih kepada pengikut bertujuan menyucikan diri selain dilarang memakan makanan berdarah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JAIM di Bukit Palah, di sini, semalam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

Identiti dicuri ‘peminjam hantu’


Georgetown: Seorang guru wanita di sebuah sekolah swasta, di sini, mendakwa kerugian hampir RM100,000 selepas identitinya ‘dicuri’ dan digunakan peminjam hantu untuk membuat kad pengenalan, surat beranak serta pinjaman daripada beberapa institusi kewangan sejak April lalu selepas lesen memandunya hilang.
Mangsa, Nurul Asilah Mohamed Sultan, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendapati wang tunai RM100 yang berada di dalam akaun simpanannya hilang dan semakan mendapati kad pengeluaran wang automatik (ATM) digunakan pihak lain untuk membuat transaksi pengeluaran tanpa kebenaran. 
Beliau berkata, selepas aduan dan semakan dibuat termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dengan pihak bank, dia dimaklumkan seorang wanita dipercayai melakukan pengeluaran menggunakan kad ATM miliknya di sebuah bank di Bukit Jambul, di sini, hujung April, sedangkan ketika itu tiada transaksi pengeluaran dilakukannya. 

Menurutnya, bermula daripada kehilangan RM100 itu, dia berjaya membongkar beberapa perkara lain dan mengesyaki ada pihak mencuri identitinya termasuk membuat permohonan kad ATM yang baru dan membuat penukaran nombor pin, menyebabkan dia membuat laporan polis.
Foto
NURUL Asilah menunjukkan laporan polis dan aduan yang dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia.

“Saya turut membuat aduan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyekat identiti digunakan orang lain dan diberi jaminan pihak berkenaan akan mengambil tindakan dan siasatan segera berhubung kejadian itu.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

Ajal rakam gambar


Shah Alam: Kegembiraan seorang penuntut wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, yang sedang merakam gambar bersama rakannya berakhir tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta di kawasan kampusnya, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, mangsa, Fatin Farah Farradia Yusof, 20, maut selepas mengalami kecederaan dalaman.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan baru selesai menghadiri kuliah bersama dua lagi rakannya sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah wanita berusia 54 tahun.

Akibat rempuhan itu, mangsa jatuh dari bukit pada ketinggian kira-kira lima meter.
Foto
FATIN alami pendarahan dalaman.
Foto
SUASANA suram di ruang menunggu rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Mangsa adalah penuntut Diploma Sains Sukan dan Rekreasi tahun kedua dan berasal daripada Dungun, Terengganu.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Prof Dr Azizul Halim Yahya berkata, mangsa dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh kereta menyebabkan mangsa tercampak.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kerana mengalami pendarahan dalaman kira-kira jam 7.30 malam.

“Pensyarah yang merempuh mangsa dikatakan mengalami masalah kesihatan sebelum kejadian sehingga menyebabkan beliau gagal mengawal kenderaan yang dipandunya.

“Pensyarah terbabit kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam untuk mendapat pemantauan doktor,” katanya ketika ditemui di perkarangan Rumah Mayat HTAR, semalam.

Jenazah Fatin akan dibawa ke kampung halamannya di Dungun untuk dikebumikan sebaik proses bedah siasat selesai dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/19

Bakar rumah berang pasangan lari


Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 40-an dan tidak bekerja dikatakan bertengkar dan tidak lagi bersefahaman dengan isterinya sehingga menyebabkan isterinya itu kerap melarikan diri ke rumah ibunya yang terletak tidak jauh daripada rumah mereka. 
Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, pasangan suami isteri itu kerap bertengkar menyebabkan si isteri sering lari ke rumah ibunya dan meninggalkan suaminya untuk beberapa hari sebelum kembali pulang ke rumah. 

“Saya selalu menasihat mereka supaya bertolak ansur dan berbaik-baik semula, tetapi sebaliknya si suami memarahi saya kerana mencampuri hal rumah tangga mereka.
Foto
ANGGOTA bomba berusaha mengawal kebakaran.

“Si isteri ada mengadu kepada saya jika dia meninggalkan rumah lagi suaminya akan membakar rumah mereka. Saya tidak sangka tindakan itu benar-benar terjadi semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

10 saat larikan beg di simpang


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Gombak: Dua penjenayah hanya mengambil masa 10 saat untuk melarikan beg tangan seorang wanita selepas memecahkan cermin kereta dinaikinya di persimpangan lampu isyarat di Batu Caves, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa duduk di kerusi penumpang hadapan kereta dipandu rakannya.


Menurut sumber, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki berhenti bersebelahan kereta mangsa di persimpangan lampu isyarat sebelum seorang suspek memecahkan cermin kereta dan melarikan beg tangan ketika mangsa memegang begnya itu.

“Dua suspek dipercayai memecahkan cermin kereta Honda Accord itu menggunakan objek besi dengan hanya satu pukulan sebelum melarikan beg tangan mangsa,” katanya.


Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 30-an mengalami kerugian RM2,000 termasuk telefon bimbit dan wang tunai RM400.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/19

Mayat bayi tersangkut celah batu


Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
Gerik: Seorang lelaki Orang Asli tergamam apabila menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat di dasar sungai di Kampung Sungai Sah, Penempatan Orang Asli Pos Kemar, Tasik Banding, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.25 petang itu, Orang Asli berusia 40-an kemudian memaklumkan kepada polis berhubung kejadian.


Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abd Manab Baharom berkata, siasatan awal mendapati bayi berkenaan yang berusia kurang seminggu ditemui tersangkut pada batu di tebing sungai berkenaan.

“Mayat bayi itu dipercayai dibuang di tempat lain sebelum tersangkut di celah batu di kawasan sungai itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Abd Manab berkata, mayat dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan dipercayai mati 10 jam sebelum ditemui.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline di 05-7912222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/19

Isteri pengsan kepala dihentak


Seremban: “Selepas isteri dihentak dengan kayu di kepala, saya merayu kepada perompak terbabit supaya tidak mengapa-apakan lagi isteri kerana saya mahu menghantarnya ke hospital.

“Saya bersyukur kerana rayuan itu didengari sebelum mereka memecah masuk rumah jiran,” kata warga emas, Tan Chee Boon, 76, menceritakan detik cemas dialaminya apabila kediamannya di Taman Rasah Jaya, Fasa 1, di sini, dipecah masuk perompak, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, Tan berkata, dia dan isterinya, Choi Ah Kiau, 75, tidur di bilik utama sebelum terjaga sebaik terdengar bunyi di bumbung rumah.

Katanya, dia dan isteri ke dapur untuk membuat pemeriksaan sebelum terkejut melihat kehadiran seorang lelaki bertopeng yang memecah masuk kediaman mereka melalui bumbung.

“Melihatkan lelaki itu memegang besi, saya menyambar sebatang kayu di dapur dan ingin melawannya.



Namun, cubaan itu gagal apabila saya dipukul di lengan kiri manakala isteri dihentak di kepala,” katanya.

Menurutnya, selepas dihentak, isterinya pengsan dan dia merayu supaya perompak itu tidak mengapa-apakannya lagi sebelum suspek mengambil telefon bimbit serta RM300 dan melarikan diri.

Menurutnya, dia meninjau menerusi tingkap dan mendapati dua lelaki bermotosikal turut menunggu di luar rumahnya.

“Ketika itu, saya ternampak tiga lelaki terbabit menuju rumah jiran bertentangan rumah saya,” katanya.

Tan berkata, dia membawa isterinya ke Hospital Tuanku Ja’afar dan mangsa menerima sembilan jahitan di kepala akibat kecederaan dialaminya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/19

‘Lepaskan penyamun tersepit...’


Kepala Batas: Kerana simpati, seorang pemandu van kilang berhenti dan menghulurkan bantuan kepada empat lelaki selepas kereta Perodua Kelisa dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Lahar Minyak, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, pemandu van berusia 38 tahun itu membenarkan empat lelaki berkenaan bertenang dan berehat di dalam kenderaannya tanpa mengesyaki mereka adalah sekumpulan penyamun yang dalam proses melarikan diri selepas menyamun seorang wanita di Bandar Putra, Bertam, kira-kira sejam sebelum itu. 
Kesempatan itu digunakan empat suspek berkenaan untuk memecut van berkenaan dan melarikan diri dari tempat kejadian sehingga menyebabkan pemandu van terbabit terkejut dan kebingungan. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, terdahulu kumpulan suspek itu menyamun seorang wanita dan melarikan beg pakaian mengandungi sejumlah wang tunai dan barangan peribadi milik mangsa dalam kejadian di Bandar Putra, Bertam pada jam 7.30 pagi.
Foto
KERETA dinaiki empat penjenayah terbabas ke dalam parit ketika melarikan diri, semalam.

“Suspek yang memandu kereta berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum menyamun wanita berkenaan yang ketika itu berada di garaj kediamannya. Mangsa turut ditendang dan ditolak oleh suspek menyebabkan dia terjatuh.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/19

Paha dibelah kipas bot


Kuantan: Seorang anggota bomba cedera di paha kiri terkena kipas enjin bot yang dipukul ombak setinggi satu meter ketika menyertai operasi mencari mangsa lemas Muhammad Aiman Abdul Khalib, 19, di Pantai Cherating, dekat sini, kelmarin.
Bagaimanapun, Mohd Sufian Mustaffa dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Kemaman.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Morni Mamat berkata, ketika kejadian jam 11 pagi, mangsa yang berasal dari Kemaman bersama tiga anggota lain menaiki bot penyelamat dalam perjalanan menuju ke pantai.

Katanya, ketika bot berada kira-kira 600 meter dari pantai, ombak kuat menyebabkan bot berkenaan hampir terbalik menyebabkan dua anggota termasuk mangsa tercampak ke laut.
Foto
MOHD Sufian yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman.

“Mangsa kemudian mengalami luka akibat terkena kipas enjin bot. Bot Pasukan Polis Marin (PPM) yang menyertai operasi sama segera dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/19

13 lagi pegawai Kastam direman



PEGAWAI dan kakitangan JKDM dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Seramai 13 lagi pegawai dan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), termasuk seorang pengarah negeri bergelar Datuk, ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytiharkan cukai.
Kesemua 13 individu yang berumur antara 32 dan 57 tahun itu dibawa menaiki bas dan diiringi anggota polis sebelum tiba di mahkamah pada pukul 9.50 pagi semalam bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.
Perintah reman telah dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini, sekali gus menjadikan jumlah yang ditahan reman setakat ini meningkat kepada 25 orang termasuk tiga pegawai bergelar Datuk.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3DiEXYikS 
Hakcipta terpelihara