Search This Blog

Thursday, September 18, 2014

Curi kereta untuk bawa lembu curi


  • Suspek (tengah) ditahan untuk siasatan lanjut.Suspek (tengah) ditahan untuk siasatan lanjut.

KULIM - Hasrat seorang lelaki untuk mencuri lembu tidak berhasil apabila kegiatannya itu berjaya dihidu anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an turut mencuri kereta yang akan digunakan untuk membawa lembu bagi kegunaan Hari Raya Aidiladha.

Menurutnya, polis menjumpai kereta jenis Proton Wira yang disembunyikan di hadapan kilang papan di Jalan Kulim Baling.

"Pemeriksaan dijalankan terhadap enjin dan nombor casis kenderaan terlibat mendapati ia masih dilaporkan hilang di Taman Kenari.

"Suspek turut mengaku mencuri kereta itu yang akan digunakan untuk mencuri lembu di kawasan berhampiran," katanya.

Abdullah berkata, suspek berjaya ditahan di rumahnya sebelum dibawa ke IPD untuk menjalani ujian saringan air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

"Dari pemeriksaan dijalankan, suspek dipercayai positif opiat dan metapitamin selain turut didapati terlibat dalam beberapa kegiatan jenayah," katanya.

Katanya, sehingga kini polis telah mendapat beberapa nama suspek terlibat dalam kegiatan mencuri lembu dan kereta.

"Usaha untuk menjejaki mereka terlibat giat dijalankan sepertimana dilakukan terhadap penjenayah mencuri motosikal,” katanya.

Pemandu maut nahas babitkan 4 kenderaan


  • Anggota bomba yang tiba di lokasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.Anggota bomba yang tiba di lokasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

KUANTAN- Gara-gara tersilap laluan, seorang pemandu maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan tiga kenderaan ketika dia cuba berpatah balik dengan memandu secara melawan arus di Kilometer 25, Jalan Pintasan Sungai Ular, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Mohamad Othman, 58,  dari Kemaman, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Mohamad Othman yang memandu kereta Perodua Kancil dipercayai dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke
Kemaman, Terengganu.

Menurutnya,  sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai tersilap laluan dengan memasuki lorong untuk berpatah balik ke arah bandar ini.

“Menyedari laluan itu salah, mangsa difahamkan berpatah balik dengan memandu secara melawan arus.

“Tindakannya membawa padah apabila kereta dipandu  merempuh tiga kenderaan iaitu van jenis Kia Pregio milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  dan Toyota Hiace sebelum merempuh kereta Proton Inspira,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Noor berkata, anggota bomba yang tiba di lokasi selepas dihubungi mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

“Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum mayatnya dikeluarkan dan di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa di tuntut oleh ahli keluarganya bagi urusan pengebumian.

“Siasatan awal mendapati mangsa cuba berpatah balik selepas tersilap laluan, namun tindakannya itu mengundang padah hingga meragut nyawanya apabila bertembung dengan tiga kenderaan lain.

“Pemandu dan penumpang kenderaan lain yang terlibat dilaporkan  tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, kemalangan yang meragut nyawa pemandu itu  di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1988.

Justeru, beliau menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak bertindak sewenang-wenangnya dengan mengambil mudah aspek keselamatan kerana tindakan  itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah nyawa orang lain.

Hancur luluh hati rumah terbakar


  • Mohd Fadil bersama penduduk kampung dan Jalaludin melihat keadaan rumah mangsa yang hangus dalam kebakaran.Mohd Fadil bersama penduduk kampung dan Jalaludin melihat keadaan rumah mangsa yang hangus dalam kebakaran.

BERA - Hancur luluh hati dua beranak apabila rumah mereka di Felda Rentam musnah dalam kebakaran kira-kira jam 9.50 pagi, di sini, semalam.

Mangsa, Mohd Shah Khalid, 31, berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana ke kedai membeli ubat untuk ayahnya, Khalid Ismail, 68, yang ketika itu kurang sihat.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan penduduk kampung dan bergegas pulang ke rumah kerana bimbang dengan keselamatan ayahnya.

“Namun apabila sampai di rumah, hancur luluh hati saya kerana semuanya sudah hangus, orang kampung tidak mampu selamatkan apa-apa kerana api marak dengan cepat.

“Mujur ayah sempat berlari ke luar rumah tetapi selepas itu dia cuba masuk semula untuk menyelamatkan simpanan wang tunai namun dihalang orang kampung,” katanya.

Mohd Shah berkata, dia tidak pasti jumlah kerugian yang dialami tetapi semua dokumen penting dan wang tunai berjumlah RM1,400 hangus dalam kejadian itu.

Difahamkan, kebakaran bermula dari sebuah bilik tidur namun punca kejadian belum diketahui dan masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mokhtar Mohd berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara ini kepada pengurusan Felda dan memohon supaya meluluskan pinjaman perumahan kepada peneroka terbabit.

Menurutnya, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Bera serta  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang dan menyampaikan bantuan segera kepada mangsa.

“Buat masa ini, Mohd Shah dan ayahnya akan tinggal sementara di rumah seorang peneroka dekat sini sebelum ditempatkan di rumah lain,” katanya.

Turut hadir menziarahi mangsa ialah Adun Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman dan Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Triang, Penolong Penguasa Bomba, Jalaludin Abdul Mubin.

Mayat disangka batang kayu


  • Mayat mangsa ditemui terapung di perairan Pulau Aceh.
Mayat mangsa ditemui terapung di perairan Pulau Aceh.

ROMPIN - “Sekali imbas nampak macam batang kayu, bila diperhatikan betul-betul rupanya ia mayat seorang lelaki,” kata seorang jurumudi bot pemancing, Muhammad Chek Harun, 54, yang menemui mayat berkenaan 2.5 kilometer dari selatan pulau kira-kira jam 10.20 pagi kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian, dia membawa lima pemancing serta seorang pekerja bot dari Jeti Penyabong, Endau, Mersing untuk keluar memancing di sekitar perairan Pulau Aceh, dekat sini sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat berkenaan.

“Kami baru setengah jam bertolak dari pengkalan Jeti Penyabong untuk memancing di sekitar perairan pulau berkenaan sebelum ternampak objek seakan-akan batang kayu di tengah laut.

“Namun sebaik menghampiri objek itu, perasaan bercampur baur antara takut dan sedih melihat mayat seorang lelaki lengkap berpakaian terapung berhampiran pulau tempat lokasi kami memancing dan selepas itu, kami segera menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mangsa disahkan sebagai Mohd Hanafi Haron, 25, berasal dari Chendering, Terengganu namun menetap bersama neneknya di Jalan Mohd Haris, Kampung Bahagia, Mersing.

“Sebaik menerima maklumat penemuan itu, kami mendapatkan bantuan bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di kawasan berhampiran untuk mengesan kedudukan mangsa dan mereka berjaya menemuinya kira-kira jam 11.45 pagi.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan jenazah sudah dituntut keluarga,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam.

Guru tertekan warga asing salah guna identitinya


17 September 2014

GEORGETOWN - Seorang guru sekolah menengah di Ayer Itam di sini, kini tertekan setelah mengetahui identiti dirinya digunakan seorang wanita warga Indonesia untuk membuat pelbagai pinjaman bank hingga mencecah RM100,000.

Nurul Asilah Mohamed Sultan, 28, berkata walaupun wanita Indonesia itu telah ditahan pada 25 Ogos lepas, beliau kini terpaksa berdepan dengan pelbagai institusi kewangan berhubung masalah pinjaman itu.

Beliau juga bimbang apabila menerima berbagai-bagai surat pinjaman bank dan penyata laporan kewangan yang menggunakan nama, nombor kad pengenalan dan alamat rumahnya.

"Saya mula sedar hal ini pada April lepas apabila wang berjumah RM240 dikeluarkan daripada akaun saya. Kemudian, dia membuat pinjaman 'Easy Loan RHB' sebanyak RM12,000, pinjaman kereta RM33,000, hutang kad kredit RM4,000 dan pinjaman ASB (Amanah Saham Bumiputera) sebanyak RM51,000 yang diluluskan pada 19 Ogos lepas," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya suspek juga menukar alamat bagi akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya.  

Nurul Asilah berkata beliau diberitahu bahawa suspek telah membuat kad pengenalan dengan menggunakan identiti dirinya hanya dengan mengemukakan lesen memandu 'L' miliknya yang hilang tahun lepas.

"Saya pun tidak pasti bila lesen memandu itu hilang sebab sudah lama mendapat lesen memandu penuh. Bila saya rujuk pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), mereka kata muka dan pusaran cap jari kami seiras," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri ACP Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan. - Bernama

Kes UPSR: Dua lagi guru direman 4 hari


  • Anggota polis membawa dua individu terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita untuk perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris yang menjadikan jumlah tangkapan seramai 12 orang setakat ini. - Foto BernamaAnggota polis membawa dua individu terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita untuk perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris yang menjadikan jumlah tangkapan seramai 12 orang setakat ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA -  Dua lagi guru direman hari ini selama empat hari bagi membantu siasatan polis berhubung kes kebocoran soalan mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman itu untuk kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
   
Seorang daripada mereka merupakan wanita berumur 26 tahun yang ditahan di Labis, Johor dan seorang lelaki berumur 31 tahun yang ditahan di Nilai, Negeri Sembilan.
  
Setakat ini 12 orang telah disiasat berhubung kes kebocoran itu, 10 daripada mereka merupakan guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera.
  
Berikutan kebocoran itu, kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid mendudukinya Khamis lepas, sementara kerja mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 ditangguhkan sebelum murid mengambilnya pada hari yang sama.
  
Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu untuk murid menduduki semula kedua-dua kertas itu. - Bernama

Penganggur didakwa rogol, rompak kenalan Facebook


18 September 2014

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan iaitu merogol, melakukan seks luar tabii dan merompak wanita yang dikenalinya melalui Facebook.

Mohamad Faiz Apandi, 28, dituduh merogol mangsa yang berusia 21 tahun itu di sebuah jalan di Brickfields pada 8 malam, 23 Ogos lepas dan didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam turut dituduh melakukan seks luar tabii terhadap mangsa di tempat, waktu dan tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
 
Mohamad Faiz juga dituduh merompak telefon bimbit dan wang tunai RM200 milik wanita itu dengan bersenjatakan pisau di tempat, tarikh dan waktu yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama  yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan.

Hakim Azwarnida Affandi tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula bagi Mohamad Faiz melantik peguam.

SEBELUM ITU, di Mahkamah Sesyen berlainan, Mohd Faiz menghadapi tiga lagi pertuduhan iaitu melakukan rompakan bersenjata, mencuri kereta dan satu pertuduhan pilihan memiliki harta curi iaitu sebuah kereta.

Dia dituduh merompak beg tangan seorang wanita bersenjatakan sebilah pisau, di Lorong Sentul Jaya, pada 4 pagi, 7 Ogos lepas dan didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang boleh dihukum sehingga 14 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mencuri kereta Perodua Myvi milik Hamidah Yon di tempat letak kereta hadapan kedai Benneli Showroom, Jalan Ipoh antara 4 pagi dan 6 pagi hari yang sama.

Sementara bagi pertuduhan pilihan, Mohamad Faiz didakwa memiliki harta curi iaitu kereta yang sama ketika berada di tepi jalan, di hadapan Hotel YY318, Jalan Pudu, pada 6.15 pagi 29 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Azman Ahmad turut tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Oktober sebutan semula.

Kesemua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad dan S. Nithia. - Bernama

Tiga jam tersepit mesin simpanan wang


Melaka: Seorang pekerja wanita sebuah kedai serbaneka 24 jam terpaksa menanggung azab hampir tiga jam selepas jari telunjuk tangan kirinya tersepit pada mesin simpanan wang syiling di sekitar Bachang, di sini, pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa Rohaila Rashid, 21, cuba mengeluarkan sesuatu yang tersekat di bahagian bawah mesin wang syiling itu sebelum jari telunjuknya tersepit.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, Razali Che Are berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Tambah Razali lagi, jari telunjuk mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh kurang dua jam dan mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian jari telunjuk tangan kiri diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian.
Foto
JARI telunjuk tangan kiri mangsa tersepit hampir tiga jam.

"Jari telunjuk mangsa akhirnya dapat dikeluarkan pada jam 8.54 pagi dengan selamat dan difahamkan mangsa dibenarkan pulang selepas pemeriksaan X-ray pada jari telunjuk mengesahkan tiada keretakan tulang," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

Bergegas pindah penduduk


Penduduk kampung yang kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan warga emas di kawasan pertanian berhampiran Gunung Mayon yang terkenal kerana berbentuk kon yang hampir sempurna - dipindahkan menggunakan bas mini serta trak askar. 
Anggota tentera dilihat pergi rumah ke rumah untuk meminta penduduk berpindah selepas pihak berkuasa Isnin lalu memberi amaran tahap tiga yang membayangkan kemungkinan gunung berapi itu boleh meletup bila-bila masa. 

Sebelum Subuh semalam, kawah Mayon dilihat merah membara dan lahar dapat dilihat mengalir sehingga separuh gunung berkenaan.
Foto
SEORANG kanak-kanak membantu mengangkat adiknya menaiki trak tentera ketika mereka dipaksa berpindah dari kawasan sekitar Gunung Mayon, semalam.

Pengarah keselamatan awam daerah Bernardo Alejandro berkata, sekurang-kurangnya 8,000 daripada 50,000 disasarkan untuk dipindahkan dibawa ke tempat perlindungan sementara dalam operasi yang dijangka dijalankan tiga hari.

Bagaimanapun, katanya, operasi itu banyak menelan perbelanjaan terutama dari segi tenaga dan penggunaan dana bantuan bencana di wilayah Albay yang sering dilanda taufan ketika tempoh ini. 

“Pusat pemindahan hanya boleh menampung semua penduduk ini untuk tidak lebih sebulan. Kami tidak boleh menghabiskan semua dana bantuan bencana kami hanya untuk Mayon,” katanya. 

Filipina dilanda kira-kira 20 taufan besar setiap hujung tahun yang mengakibatkan pelbagai kesan termasuk banjir, tanah runtuh dan pusaran ribut. Albay yang berada di timur negara itu antara yang paling kerap terjejas akibat cuaca buruk disebabkan kedudukannya menghadap Lautan Pasifik. 

Pengarah agensi kaji gunung berapi Renato Solidum berkata, magma semakin memenuhi kawah Mayon. 

Kali terakhir gunung itu meletup ialah pada Mei 2013 yang turut mengakibatkan empat pelancong asing dan seorang penduduk tempatan maut.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

Ancaman lepas banjir


Menurutnya, berhari-hari dia berusaha untuk pulang ke kediamannya di Srinagar. Dia hanya dapat berbuat demikian selepas banjir mula surut, kelmarin, tetapi hatinya hancur sebaik tiba. 
“Rumah saya musnah sama sekali dan saya melihat ada anggota manusia terapung di bawah runtuhan itu,” katanya. 

Dia yang berniaga di bandar lain berkata, ketika kejadian, dia tidak berada di rumahnya yang terletak di Jawahar Nagar.
Foto
PETUGAS mengalihkan bangkai lembu dari sebuah ladang milik tentera di Srinagar.
Foto
MANGSA banjir mencari bahan yang masih boleh digunakan pada timbunan barang dapur rosak yang dibuang peniaga runcit di Srinagar.

Bencana yang melanda kawasan perumahannya pada 7 September lalu memusnahkan bangunan sekeliling dan menyebabkan keluarganya bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri.

“Saya cuba sedaya upaya mencari pertolongan, namun pegawai bertugas memberitahu mereka tidak boleh lakukan apa-apa kerana mereka juga tidak memperoleh bantuan,” katanya. 

Parminder bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai keluarganya yang masih belum diketahui nasib mereka. 

Tentera dan petugas kecemasan berusaha keras untuk menyelamatkan puluhan ribu penduduk yang terperangkap dalam banjir yang berpunca daripada hujan lebat di utara Himalaya dan Pakistan. 

Lebih 450 kematian dilaporkan setakat ini di kedua-dua negara dan ratusan kampung tenggelam termasuk Lembah Kashmir yang menjadi pusat perebutan antara India dan Pakistan. 

Dengan keadaan banjir yang semakin surut rumah yang musnah, timbunan sampah dan bangkai haiwan dapat dilihat di sekitar kawasan bencana. 

Bau bangkai yang mereput menusuk hidung dan pasukan perubatan bimbang mengenai merebaknya penyakit bawaan air kotor selepas banjir. 

Di kampung Jaminder, Jawahar Nagar, penduduk yang enggan meninggalkan kediaman meminta bekalan perubatan dan air bersih daripada bot yang lalu di situ. 

Sebuah sekolah menengah perempuan di Hyderpora dijadikan pusat bantuan mangsa banjir yang diuruskan sepenuhnya oleh penduduk Kashmir yang datang ke wilayah itu untuk menghulurkan bantuan secara sukarela dan tiada seorang pun pegawai kerajaan kelihatan.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

Suspek utama bunuh pelancong dikenal pasti


Lelaki itu dilihat dalam televisyen litar tertutup berhampiran sebuah bar di Pulau Koh Tao, tempat David Miller, 24, dan Hannah Witheridge, 23, berparti sebelum mereka dipukul hingga mati awal Isnin lalu. 
Media tempatan melaporkan, lelaki terbabit, dipercayai warga Asia, dilihat dua kali dalam kamera, yang pertama ketika melintasi bar itu dan bergegas pulang dari arah tempat mayat pasangan Britain itu ditemui di celah batu. 

“Dia suspek utama, tetapi kami tidak pasti di mana dia,” kata ketua polis wilayah Surat Thani, Kiattipong Khawsamang.
Foto
GAMBAR suspek yang dirakam CCTV.
Foto
DAVID Miller (kiri) dan Hannah Witheridge.

Beberapa warga Myanmar yang bekerja di pulau peranginan itu sudah disoal siasat.

Semalam, beberapa anggota polis berusaha mencari bukti jenayah berkenaan ketika tekanan untuk menyelesaikan kes itu semakin meningkat selepas siasatan yang masuk hari ketiga gagal membuat sebarang penangkapan. 

Sementara itu, dua rakan Miller, kedua-duanya warga Britain berusia 20-an, bersetuju untuk kekal di Thailand atas permintaan polis. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

Bergegas pindah penduduk


Penduduk kampung yang kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan warga emas di kawasan pertanian berhampiran Gunung Mayon yang terkenal kerana berbentuk kon yang hampir sempurna - dipindahkan menggunakan bas mini serta trak askar. 
Anggota tentera dilihat pergi rumah ke rumah untuk meminta penduduk berpindah selepas pihak berkuasa Isnin lalu memberi amaran tahap tiga yang membayangkan kemungkinan gunung berapi itu boleh meletup bila-bila masa. 

Sebelum Subuh semalam, kawah Mayon dilihat merah membara dan lahar dapat dilihat mengalir sehingga separuh gunung berkenaan.
Foto
SEORANG kanak-kanak membantu mengangkat adiknya menaiki trak tentera ketika mereka dipaksa berpindah dari kawasan sekitar Gunung Mayon, semalam.

Pengarah keselamatan awam daerah Bernardo Alejandro berkata, sekurang-kurangnya 8,000 daripada 50,000 disasarkan untuk dipindahkan dibawa ke tempat perlindungan sementara dalam operasi yang dijangka dijalankan tiga hari.

Bagaimanapun, katanya, operasi itu banyak menelan perbelanjaan terutama dari segi tenaga dan penggunaan dana bantuan bencana di wilayah Albay yang sering dilanda taufan ketika tempoh ini. 

“Pusat pemindahan hanya boleh menampung semua penduduk ini untuk tidak lebih sebulan. Kami tidak boleh menghabiskan semua dana bantuan bencana kami hanya untuk Mayon,” katanya. 

Filipina dilanda kira-kira 20 taufan besar setiap hujung tahun yang mengakibatkan pelbagai kesan termasuk banjir, tanah runtuh dan pusaran ribut. Albay yang berada di timur negara itu antara yang paling kerap terjejas akibat cuaca buruk disebabkan kedudukannya menghadap Lautan Pasifik. 

Pengarah agensi kaji gunung berapi Renato Solidum berkata, magma semakin memenuhi kawah Mayon. 

Kali terakhir gunung itu meletup ialah pada Mei 2013 yang turut mengakibatkan empat pelancong asing dan seorang penduduk tempatan maut.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

Anak Jackie Chan rasmi ditahan


Beijing: Pendakwa raya di sini berkata, polis secara rasmi menahan anak bintang filem Jackie Chan atas tuduhan membenarkan orang lain mengambil dadah.

Pejabat pendakwa raya daerah Dongcheng mengumumkan demikian menerusi laman web rasminya, semalam.

Di China, polis memerlukan pengesahan daripada pendakwa raya untuk menahan suspek secara rasmi sebelum meneruskan siasatan dan memutuskan tindakan mendakwanya atas tuduhan jenayah.

Perbicaraan ke atas Jaycee Chan akan menyusul sedikit masa lagi dan dia berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun.



Jaycee ditahan 14 Ogos lalu bersama-sama pelakon Taiwan, Ko Kai.

Ko bagaimanapun dipenjara 14 hari selepas mengaku menghisap ganja.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

249 pengarah dilarang keluar negara


KUALA LUMPUR - Sebanyak 249 nama pengarah syarikat diserah kepada Jabatan Imigresen bagi menghalang mereka meninggalkan negara ini sebelum menyelesaikan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurut KWSP dalam satu kenyataan di sini semalam, senarai itu adalah untuk tempoh suku kedua tahun ini.
Ketua Hal Ehwal Korporat KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap majikan dan pengarah syarikat yang gagal membayar caruman bulanan pekerja mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3DcO6Mpx0 
Hakcipta terpelihara 

Markas ajaran Hakikat Insan digempur



RAHIMIN menunjukkan pelbagai jenis air diisi dalam botol dan tong plastik termasuk dibalut kain kuning ketika melakukan operasi di sebuah rumah dipercayai penghuninya mengamalkan ajaran sesat di Kampung Batu Gajah Pasir, Merlimau, Melaka semalam.


MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sedang menjejaki saki-baki pengikut ajaran sesat mirip fahaman ‘Hakikat Insan’ yang dipercayai berada di seluruh negara untuk membolehkan mereka menjalani pemulihan akidah.
Ketua Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, pengikut ajaran itu dipercayai terlibat dengan pelbagai amalan bertentangan dengan Islam termasuk ketuanya mengaku sebagai Imam Mahdi dan Sultan Melaka, Sultan Mahmud.
Katanya, pengikut ajaran itu juga dipercayai menjalankan pemujaan makhluk halus dan melakukan upacara pertabalan diraja dalam kalangan mereka.
Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai wujud sejak 10 tahun lepas dan mempunyai pengikut di seluruh negara dengan lokasi terakhir dilaporkan aktif di Batu Pahat, Johor sebelum berpindah ke Melaka tahun lepas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3DcNIzlKi 
Hakcipta terpelihara 

Ebola berisiko jangkiti ratusan ribu orang


DUA pekerja kesihatan menyembur cecair pembunuh kuman pada seorang wanita yang disyaki menghidap demam Ebola di ibu kota Liberia, Monrovia pada 15 September lalu.- REUTERS


ATLANTA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menggesa masyarakat dunia supaya bertindak memerangi wabak demam Ebola yang melanda Afrika Barat.
Pada masa yang sama, beliau yang berucap di Atlanta, memberi amaran epidemik itu 'di luar jangkaan' dan kini 'merebak di luar kawalan'.
Berucap mengumumkan rancangan AS untuk mengerahkan seramai 3,000 kakitangan tentera ke Afrika Barat bagi memerangi virus maut itu, Obama berkata, wabak Ebola merebak dan meningkat dengan begitu pantas..
"Inilah yang sebenarnya berlaku di Afrika Barat, Ebola menjadi epidemik yang belum pernah kita lihat sebelum ini.
"Hari ini, beribu-ribu orang di Afrika Barat menghidap demam Ebola. Bilangan itu akan meningkat dengan cepat kepada puluhan ribu pesakit.
"Jika wabak ini gagal ditangani segera, kita akan melihat beratus-ratus ribu orang dijangkiti virus Ebola yang boleh mendatangkan impak negatif untuk kita semua dari sudut politik, ekonomi dan keselamatan ," tambah Obama.
Wabak Ebola telah membunuh lebih 2,400 orang di Guinea, Liberia, Nigeria dan Sierra Leone pada tahun ini.
Virus maut itu boleh menyebabkan kematian dalam tempoh hanya beberapa hari.
Pesakit Ebola akan mengalami demam teruk, sakit otot, lemah, muntah dan cirit-birit diikuti pendarahan organ yang boleh membawa maut.
Setakat ini, masih belum ada rawatan dan vaksin berdaftar yang dapat mengubati Ebola. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3DcLQ0GPO 
Hakcipta terpelihara 

Kes penipuan perniagaan online di Kelantan serius


TUMPAT 17 Sept. - Kes penipuan yang membabitkan perniagaan dalam talian dilaporkan semakin membimbangkan di negeri ini apabila bilangan aduan mengenai kes tersebut meningkat mendadak untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, kes penipuan tersebut membabitkan peniaga-peniaga dalam talian yang mengiklankan barangan mereka menerusi beberapa portal beli-belah tempatan yang popular.
Beliau berkata, kes yang dilaporkan bermula Januari sehingga Ogos lalu mencatatkan sebanyak 89 kes penipuan berbanding 44 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
"Daripada statistik tersebut, kenaikan 102 peratus dicatatkan berbanding tahun lalu dengan jumlah kerugian sebanyak RM130,383," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mazlan berkata, mangsa yang terlibat dengan kes penipuan rata-ratanya berumur dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun.
"Dalam kes ini, suspek cuba memperdaya mangsa dengan menawarkan harga murah dan seterusnya mempengaruhi mangsa untuk memindahkan wang ke sebuah akaun.
"Selepas mangsa membuat bayaran ke dalam akaun tertentu, barangan tersebut didapati tidak sampai kepada pelanggan berkenaan," katanya.
Beliau dalam pada itu menggesa orang ramai terutamanya yang gemar membeli barangan dalam talian supaya lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan harga yang ditawarkan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140917/je_07/Kes-penipuan-perniagaan-online-di-Kelantan-serius#ixzz3DcKoqKBv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat pelajar dijumpai 15 kilometer dari lokasi lemas


KUANTAN 17 Sept. - Mayat seorang penuntut Institut Pendidikan dan Latihan Ranaco, Kemaman, yang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama enam rakannya di Pantai Cherating di sini, kelmarin, ditemui di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, hari ini.
Mayat Muhammad Aiman Abdul Khalib, 19, ditemui nelayan kira-kira pukul 11 pagi, iaitu 15 kilometer (km) daripada lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk proses pengecaman ahli keluarganya dan bedah siasat.
"Dengan penemuan mayat mangsa, maka operasi mencari yang kita mulakan sejak Isnin lalu telah ditamatkan," katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 6.45 petang itu, Muhammad Aiman dikatakan hanya sempat mandi 15 minit di pantai berkenaan sebelum dibawa arus ombak.
Rakannya yang panik melihat Muhammad Aiman secara tiba-tiba hilang meminta bantuan orang ramai serta penduduk tempatan untuk mencari mangsa.
Susulan itu, satu operasi mencari dilancarkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam.
Muhammad Aiman berasal dari Pinggir Pelangi, Muadzam Shah, Rompin.
Sementara itu, seorang nelayan, Wan Mohd Naim Wan Kasmani, 23, berkata, dia terlihat satu objek terapung ketika dalam perjalanan pulang menaiki bot selepas menangkap ikan bersama rakan-rakannya.
"Kami menghampirinya dan terkejut mendapati objek itu adalah mayat manusia. Saya terus menghubungi talian 999 untuk memaklumkan berkenaan penemuan tersebut.
"Pada masa itu memang berasa takut kerana pertama kali berjumpa dengan mayat. Kami bergilir-gilir menjaga mayat tersebut kerana takut mayat itu hanyut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Setelah menunggu selama 20 minit, katanya, sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kemaman dengan kekuatan 18 anggota tiba di situ.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140918/je_05/Mayat-pelajar-dijumpai-15-kilometer-dari-lokasi-lemas#ixzz3DcKEKzvw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki tidak serik dengan miliki 41 rekod jenayah ditahan


MOHD. Mokhtar Mohd Shariff (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada barang rampasan yang digunakan penjenayah dalam sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAUF MUSTAFFA
JOHOR BAHRU 17 Sept. - Seorang lelaki yang mempunyai 41 rekod jenayah melibatkan kes pecah rumah, curi kenderaan, samun dan dadah seolah-olah tidak serik apabila ditahan lagi ketika dipercayai cuba mencuri sebuah kereta di sebuah rumah di Taman Utama, Yong Peng, Batu Pahat, dekat sini pada 13 September lalu.
Suspek berusia 33 tahun yang ditahan pada pukul 11 malam itu juga merupakan orang dikehendaki polis untuk membantu siasatan terhadap tujuh kes jenayah selain mempunyai tiga kes yang masih dalam perbicaraan di mahkamah.
Dalam kejadian itu, suspek ditahan hasil maklumat mangsa yang bertindak pantas menghubungi pihak polis selepas menyedari suspek cuba mengumpil pintu sebuah keretanya yang diletakkan di dalam pekarangan rumah tersebut.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, hasil pemeriksaan, polis merampas pelbagai barangan antaranya sebatang pemutar skru, dua ragum, sebilah parang dan sebilah gergaji besi kecil.
Dengan penahanan itu, satu kes curi kenderaan dan lima kes pecah rumah di Batu Pahat diselesaikan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohd. Mokhtar berkata, polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membunuh seorang penjual ikan dan mendatangkan kecederaan ke atas rakannya pada 11 September lalu.
Menurutnya, suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau dan merupakan orang dikehendaki polis membabitkan satu kes jenayah ditahan di Jalan Pasar, Batu Pahat dua hari lepas kejadian pada pukul 2 petang.
"Hasil pemeriksaan ke atas suspek didapati dia positif pengunaan dadah jenis methamphetamine. Kita merampas pelbagai barangan antaranya sehelai sarung tangan, sebuah telefon bimbit, sebilah pisau dan sebatang pemutar skru.
"Dengan tertangkapnya suspek tersebut, kita percaya berjaya menyelesaikan satu kes bunuh dan 10 kes pecah rumah," katanya.
Beliau berkata, suspek kini direman sehingga 20 September ini bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140918/je_04/Lelaki-tidak-serik-dengan-miliki-41-rekod-jenayah-ditahan#ixzz3DcK5JmtM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 kali cubaan pecah ATM, CDM gagal


M. Chandra

KOTA KINABALU 17 Sept. - Cubaan kali pertama seorang penjenayah bertopeng adiwira mengumpil sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Ambank Plaza Damai, Luyang, dekat sini, semalam, gagal.
Dia bagaimanapun tidak berputus asa dan mencuba sekali lagi melakukan jenayah itu.
Kali ini dia cuba memecahkan sebuah mesin deposit tunai (CDM) sebuah bank di Plaza Alamesra, dekat sini awal pagi ini, tetapi usahanya itu tetap gagal.
Dalam kejadian pukul 4.40 pagi ini, suspek hanya dapat membuka lapisan pertama mesin tersebut menyebabkan lelaki itu hampa dan pulang tangan kosong.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, pihaknya hanya menerima maklumat berhubung insiden tersebut pada pukul 8.40 pagi, sebelum sepasukan anggota forensik dan penyiasat digegaskan ke tempat kejadian.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, polis memperoleh maklumat bahawa seorang lelaki telah memasuki premis bank dan bertindak mengumpil mesin dengan menggunakan batang besi.
"Namun cubaan suspek melarikan wang tidak berjaya ekoran lapisan kedua CDM berkenaan mempunyai kod nombor keselamatan, meskipun suspek telah berjaya membuka lapisan besi pertama mesin tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Chandra berkata, insiden tersebut berlaku kira-kira sembilan jam selepas seorang lelaki yang memakai topeng adiwira serta lengkap berpakaian hitam, dipercayai individu sama, gagal melarikan wang daripada sebuah kiosk ATM di Ambank Plaza Damai.
Menurutnya, dalam kejadian pukul 4.20 petang semalam, suspek turut bertindak menyembur empat kamera litar tertutup (CCTV) di bank tersebut bagi mengelak dirakam.
"Kita masih giat menjalankan siasatan sama ada kedua-dua insiden melibatkan suspek sama," katanya yang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 380 dan 511 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140918/je_03/2-kali-cubaan-pecah-ATM-CDM-gagal#ixzz3DcJrgKSQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bomba potong gegelung besi di jari


ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk memotong besi berbentuk cincin yang tersekat di jari seorang lelaki dipercayai kurang siuman di Klinik Kesihatan Pagoh, Johor, baru-baru ini.
PAGOH 17 Sept. - Seorang lelaki warga emas terpaksa menahan kesakitan selama tiga minggu selepas satu gegelung besi berbentuk cincin yang disarung di jari kelingkingnya gagal dikeluarkannya sehingga mengakibatkan kecederaan yang serius di bahagian anggota itu.
Lelaki berusia 60-an itu dan dipercayai kurang siuman akhirnya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pagoh kira-kira pukul 3 petang kelmarin oleh ahli keluarganya, setelah jarinya itu mula membengkak apabila gegelung besi tersebut semakin mencederakan pergelangan serta terbenam di jarinya.
Bagaimanapun usaha mengeluarkannya gagal dilakukan kakitangan klinik yang kemudian meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Muar.
Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Razali Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.10 petang daripada Pusat Kesihatan Pagoh yang memaklumkan kejadian itu.
"Empat anggota bomba telah terlibat dan mengambil masa hampir dua jam sebelum dapat memotong besi itu dengan menggunakan peralatan khas. Lelaki itu diberi ubat pelali dan kita melakukan operasi itu secara berhati-hati.
"Jari itu bengkak sejak tiga minggu lalu dan kecederaan tersebut disebabkan cubaan mangsa untuk mengeluarkan gegelung besi itu daripada jarinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, lelaki itu kini dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan lanjut di pusat kesihatan berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140918/je_02/Bomba-potong-gegelung-besi-di-jari#ixzz3DcJhwMEC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemandu lori maut terbabas ketika menuruni bukit


KEADAAN lori yang membawa besi buruk terbalik sehingga mengakibatkan pemandunya, K. Veloo maut tersepit (gambar kecil) dalam kemalangan di Kilometer 14.5, Jalan Genting Highlands, Bentong, Pahang, semalam. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
BENTONG 17 Sept. - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas ketika menuruni bukit di Kilometer 14.5, Jalan Genting Higland, hari ini.
Kejadian pada pukul 6.10 petang itu mengakibatkan mangsa, K. Veloo tersepit dan masih belum dapat dikeluarkan sehingga pukul 9 malam ini.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang kelindannya dalam perjalanan membawa muatan besi buruk dari pusat peranginan itu ke Sungai Besi.
"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa gagal mengawal kenderaan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar pembahagi jalan menyebabkan muatan besi terbalik ke lorong sebelah kanan jalan.
"Lori itu kemudian terjunam ke lorong bertentangan di hadapannya yang lebih rendah. Mangsa tersepit di dalam lori dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindan lori berjaya menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari kenderaan," katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, kelindan lori yang hanya mengalami kecederaan ringan dirawat di Hospital Bentong.
Dalam pada itu beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati lokasi kejadian merupakan jalan selekoh, menuruni bukit manakala permukaan jalan kering dan cerah," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140918/je_01/Pemandu-lori-maut-terbabas-ketika-menuruni-bukit#ixzz3DcJXwBTL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Barack Obama gesa dunia tangani Ebola


ATLANTA 17 Sept. - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama meminta masyarakat global supaya bertindak menangani penularan Ebola dari Afrika Barat dengan memberi amaran bahawa wabak maut itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan 'berkembang di luar kawalan yang mengancam beratus-ratus ribu nyawa'.
Ketika bercakap semasa mengumumkan inisiatif baharu AS yang akan menghantar 3,000 anggota tentera ke Afrika Barat bagi memerangi krisis kesihatan itu, Obama berkata, wabak itu merebak dengan pantas.
"Di sini adalah kebenaran yang pahit, di Afrika Barat, Ebola kini menjadi wabak yang tidak pernah kita lihat sebelum ini.
Wabak ini semakin meningkat di luar kawalan, menjadi semakin buruk serta merebak dengan cepat. Hari ini ribuan penduduk Afrika Barat telah dijangkiti dan jumlah itu boleh merebak sehingga puluhan ribu orang" katanya di sini, semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140918/lu_07/Barack-Obama-gesa-dunia-tangani-Ebola#ixzz3DcEfPAVZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis Medan rampas dadah bernilai RM11.26 juta


Dadah seberat 25 kilogram jenis methamphetamine dan 35,000 biji pil ekstasi yang berjaya dirampas oleh Polis Bahagian Narkotik Medan di Tanjong Balai, kelmarin. - AGENSI
MEDAN 17 Sept. - Polis Bahagian Narkotik Medan berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah bernilai AS$3.5 juta (RM11.26 juta) dari Malaysia ke Pelabuhan Tanjong Balai, Sumatera Utara dan menahan empat suspek, kelmarin.
Laman web Jakarta Post melaporkan, dadah seberat 25 kilogram jenis methamphetamine dan 35,000 biji pil ekstasi turut dirampas.
Dadah itu dipercayai untuk dijual di Medan, Sumatera Utara dan beberapa daerah lain di negara ini termasuk di Surabaya, Jawa Timur dan Kalimantan.
Polis Medan berkata, pemilik dadah itu seorang warga Malaysia yang dikenali sebagai Amir masih diburu.
Keempat-empat suspek yang ditahan dikenali sebagai Hendra Gunawan, 32, Ramlan Siregar, 48, Rahmad Siregar, 31, dan Amri Prayoga, 33.
Ketua Polis Sumatera Utara, Cif Inspektor Eko Hadi Sutedjo berkata, rampasan dadah tersebut merupakan yang terbesar pada tahun ini dan pihaknya akan memperluaskan siasatan untuk mencari dalang utamanya di Malaysia.
Kata Eko, pihaknya akan menjalin kerjasama dengan Malaysia bagi menjejak Amir.
"Kami akan menghantar pasukan khas ke Malaysia untuk menjalankan penyiasatan lebih terperinci berhubung kes penyeludupan dadah itu dan menahan pemilik dadah berkenaan," jelasnya pada satu sidang media.
Sementara itu, Ketua Polis Bahagian Narkotik Medan, Cif Komander Dony Alexander berkata, sindiket penyeludupan dadah berkenaan berjaya dikesan hasil penahanan seorang penyeludup yang dikenali sebagai Hendra pada 11 September lalu.
Selepas disoal siasat Hendra mendakwa Ramlan Siregar iaitu orang suruhan Amir akan mendapatkan dadah yang diseludup dari Malaysia ke Pelabuhan Tanjung Balai.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140918/lu_06/Polis-Medan-rampas-dadah-bernilai-RM1126-juta#ixzz3DcERnGRB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

80 penumpang dikhuatiri lemas di Bangui


BANGUI 19 Sept - Seramai 80 penumpang hilang apabila sebuah bot yang dinaiki mereka tenggelam di Sungai M’pokok di selatan Bangui, di Republik Afrika Tengah pada minggu lalu, kata kerajaan negara itu semalam.
"Kira-kira seramai 20 orang dapat diselamatkan. Lebih 100 orang dilaporkan menaiki bot itu.
"Persoalan kita ialah bagaimana sejumlah 100 orang bersetuju untuk menggunakan bot yang tidak sesuai digunakan itu," kata Menteri Pengangkutan, Silvere Yabada kepada AFP.
Beratus-ratus orang merentasi Sungai M’poko setiap hari, antara kawasan luar bandar dan ibu negara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140918/lu_02/80-penumpang-dikhuatiri-lemas-di-Bangui#ixzz3DcCWWhcu
© Utusan Melayu (M) Bhd