Search This Blog

Sunday, September 14, 2014

Lunyai dibelasah


Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan ditemui terbaring berlumuran darah sejurus dirompak tiga penjenayah di Bandar Manjalara, Kepong, di sini.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, mangsa, Wangliang Hua, 37, dikatakan diserang suspek yang menaiki kereta Honda City ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja. 
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mangsa yang menaiki pacuan empat roda Toyota Hilux terlebih dahulu dirempuh kereta dinaiki suspek di kawasan itu. 

Menurutnya, mangsa yang berhenti di bahu jalan untuk melihat kerosakan pada kenderaannya bagaimanapun diserang mendadak oleh kumpulan penjenayah.
Foto
MANGSA diberi bantuan oleh anggota JPAM sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang.

“Mangsa cuba mempertahankan diri, namun dia dibelasah ketiga-tiga suspek sehingga cedera teruk dan pengsan,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

Penarik kereta ditahan reman


Alor Gajah: Seorang penarik kereta yang disyaki suspek utama kes tikam siswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, pagi Selasa lalu, diberkas polis di tempat persembunyiannya di Cheng, dekat sini, malam kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, lelaki berusia awal 30-an itu ditahan di sebuah rumah di taman perumahan itu jam 10.30 malam.
“Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Alor Gajah ke lokasi persembunyian suspek dan memberkasnya untuk membantu siasatan.

“Dengan tertangkapnya lelaki terbabit, polis percaya kes tikam pelajar UiTM itu berjaya diselesaikan,” katanya, semalam.
Foto
ANGGOTA polis (kiri) mengiringi suspek utama (dua dari kiri) bersama rakannya ke Mahkamah Majistret Alor Gajah, pagi semalam.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal polis, suspek mengaku melakukan jenayah itu dan mendakwa sudah membuang senjata, barangan dilarikan dan baju yang dipakai ketika kejadian itu ke dalam sungai.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

Langgar bom


Sungai Buloh: Seorang pengusaha restoran nyaris maut selepas kereta dinaikinya terlanggar bom tangan yang diletakkan di hadapan pintu pagar rumahnya di Jalan 4d, Kampung Baru Subang, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa, Chong May Lon, 45, memandu keluar dari rumahnya sebelum ternampak batu di hadapan pintu pagar rumahnya. 
Menurutnya, tanpa syak dia memandu melepasi batu berkenaan, bagaimanapun tiba-tiba sesuatu meletup di ruang bawah kereta dan dia bernasib baik kerana dapat memberhentikan kereta 100 meter dari rumahnya. 

“Bunyi letupan yang kuat itu turut didengari abang saya yang berada dalam rumah sebelum berlari keluar untuk menyelamatkan saya.
Foto
ANGGOTA polis menjalankan siasatan terhadap kereta yang terlanggar bom. Gambar kecil, bahagian bawah kereta rosak.

“Saya bernasib baik kerana bom itu hanya meletupkan bahagian belakang kereta dan merosakkan hampir 50 peratus kereta jenis Toyota Vios,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.



Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/14

Sembelih diri


Kapar: Seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang baru tiba ke asrama penginapan selepas sarapan terkejut menemui rakan senegaranya tertiarap dengan kesan kelar di leher di sebuah flat di Jalan Haji Abdul Manan, Meru dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa, Yam Bahadur Singh Thapa, 40, juga seorang pengawal keselamatan ditemui berlumuran darah di atas katil. 
Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sebelum kejadian, mangsa bangun daripada tidur jam 6.30 pagi ketika rakan serumahnya bersiap untuk ke tempat kerja di kawasan perindustrian berhampiran. 

“Seorang lagi rakan mangsa dikenali sebagai Mahendara, 30-an, pulang ke asrama selepas selesai bertugas jam 8 pagi namun mendapati mangsa tiada di bilik.
Foto
MAYAT mangsa ditemui berlumuran darah.

“Mahendra keluar semula untuk bersarapan sebelum pulang jam 10 pagi. Dia terkejut apabila menemui mangsa tertiarap di atas katil dengan kesan kelar pada leher.



Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/14

Tenggiling RM320,000 gagal diseludup

Siva Kumar (tengah) menunjukkan tenggiling yang cuba diseludup. Dalam bulatan : Hasil rampasan sisik tenggiling ditemui dalam bot nelayan yang berjaya ditahan.
Siva Kumar (tengah) menunjukkan tenggiling yang cuba diseludup. Dalam bulatan : Hasil rampasan sisik tenggiling ditemui dalam bot nelayan yang berjaya ditahan.
KUALA KURAU - Helah sebuah bot nelayan bergelap di tengah laut untuk menyeludup tenggiling bernilai RM320,000 gagal mengaburi mata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) apabila ditahan dalam satu serbuan di muara Perairan Kuala Kurau, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Maritim Pangkalan Kuala Kurau, V Siva Kumar berkata, dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, bot Kilat 30 yang dinaiki empat anggota Maritim berjaya mengesan sebuah bot kelas A dalam keadaan bergelap dan mencurigakan di lokasi 3 batu nautika dari perairan Kuala Kurau.

Menurutnya, mereka difahamkan bertindak melarikan diri sebaik dihampiri bot Kilat 30 sebelum kejadian kejar-mengejar antara dua bot itu berlaku selama 15 minit.

“Lebih kurang 3 batu nautika dari lokasi bot itu ditemui, akhirnya bot terbabit mendarat di sebuah kawasan paya bakau di perairan sama sebelum dua awak-awak bertindak melarikan di kawasan itu.
“Anggota Maritim yang bertugas segera memeriksa kandungan dalam bot dan menemui enam kotak besar berisi sisik tenggiling seberat 25 kilogram setiap kotak dan 100 bungkusan biru berisi tenggiling,” katanya kepada Sinar Harian.

Berikutan itu, Siva Kumar mengarahkan bot itu segera disita ke pengkalan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas nombor pendaftaran bot mendapati pemiliknya berasal dari Kuala Kurau dan kini diburu bagi membantu siasatan.

“Kesemua enam kotak sisik tenggiling kering seberat 150 kilogram dan tenggiling akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidup Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak untuk tindakan lanjut,” katanya.

Siva Kumar berkata, hasil maklumat awam, pihak mengenal pasti aktiviti penyeludupan haiwan eksotik yang berlaku di perairan Kuala Kurau sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu.

“Difahamkan permintaan terhadap sisik tenggiling kering dan tenggiling hidup amat tinggi atas tujuan perubatan.

“Justeru, Maritim mengharapkan penangkapan ini sebagai pembuka jalan kepada pihaknya untuk membanteras  aktiviti penyeludupan haiwan eksotik melalui laluan laut,” katanya.

Siva Kumar berkata, kes rampasan haiwan eksotik itu adalah kali pertama dilaksanakan pihaknya dan berterima kasih kepada pihak nelayan yang menyalurkan maklumat kepada pihaknya.

Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Negeri Perak, Fakhrul Hatta Musa ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.

Warga Pakistan pikat wanita berusia

Tiga lelaki warga Pakistan ini sedang disoal siasat pihak berkuasa ketika operasi yang dijalankan semalam.
Tiga lelaki warga Pakistan ini sedang disoal siasat pihak berkuasa ketika operasi yang dijalankan semalam.
KUALA TERENGGANU - Warga Pakistan kini menggunakan pelbagai cara bagi mengelak ditahan pihak berkuasa termasuk mengahwini wanita berusia supaya mereka dapat tinggal lebih lama di negara ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu, Mohd Shahrir Khalil berkata, trend itu sudah lama di negeri ini.

“Kebanyakan mereka dari Pakistan. Mereka menggunakan cara memikat wanita tempatan yang berusia dalam lingkungan umur 50-an untuk berkahwin semata-mata mahu tinggal lebih lama di negara ini.

“Kebanyakan warga Pakistan berusia lingkungan 20 hingga 30-an ini menjalankan perniagaan seperti menjual perabot, karpet dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, trend sebegitu seolah-olah mempergunakan wanita tempatan bagi menyelamatkan mereka daripada ditahan pihak berkuasa.

"Ada dalam kalangan mereka yang ketika ditanya tidak tahu mengenai isteri termasuk nombor telefon isteri mereka sendiri,” katanya.

Mohd Shahrir ditemui selepas operasi bersepadu di lima lokasi meliputi tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu, semalam.

Beliau berkata, dalam operasi itu seramai 23 warga asing dan tujuh rakyat tempatan diperiksa manakala tiga lelaki Pakistan ditahan kerana tinggal lebih tempoh ditetapkan serta melanggar syarat pas masuk ke negara ini.

Kesemua mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1963 dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan serta Peraturan 39 (b) kerana melanggar syarat pas.

Wanita mati leher dijerut sarung bantal


14 September 2014

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga Indonesia berusia 40 tahun ditemui mati dengan bahagian leher dijerut sarung batal di rumah sewanya di Bandar Baru Ampang di sini.

Polis percaya wanita yang dikenali sebagai 'Kakak Pendek' oleh jirannya, dibunuh empat hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang sudah membusuk ketika ditemui di bilik tidurnya di tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan Wawasan di situ.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, ketika ditemui mangsa dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian baju tidur.

"Polis menerima panggilan dari jiran mangsa pada pukul 5.00 petang yang mengadu terhidu bau busuk. Sepasukan anggota polis telah pergi ke lokasi kejadian dan memecah masuk ke rumah mangsa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa mati akibat dijerut dan tiada kesan pecah masuk atau pergelutan di rumah itu, yang didiami bersama suaminya iaitu seorang warga Bangladesh.

Beliau berkata, polis percaya mangsa mengenali pembunuhnya dan kini mencari suami wanita itu bagi membantu siasatan.

Polis hanya menemui buku akaun bank di bilik tidur sebagai rujukan pengenalan diri mangsa, katanya yang enggan mendedahkan identiti wanita itu.

Khairuldin juga berkata, mangsa menetap di situ sejak dua tahun lepas dan suaminya bekerja sebagai pemandu lori di ibu kota.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu,  seorang penduduk Salina Kamarudin, 38, berkata dia mengenali mangsa sebagai 'Kakak Pendek' kerana fizikalnya yang rendah dan berkulit hitam manis.

Katanya, dia sering melihat mangsa berlegar di kawasan itu pada waktu pagi dan hanya sesekali menegur wanita berkenaan.

"Saya ada terserempak mangsa berjalan-jalan dengan suaminya namun saya tidak menegurnya, mangsa juga seorang yang pendiam," katanya. - Bernama

Polis tahan empat guru di P Pinang, Perak

UPSR Bocor
UPSR Bocor
KUALA LUMPUR - Polis menahan empat guru dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak hari ini berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, tiga guru lelaki dan seorang guru wanita ditahan dalam operasi bermula pada 3.30 petang.
  
"Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. Tiga ditahan di Pulau Pinang dan seorang di Perak. Polis turut merampas gajet komunikasi dalam serbuan itu untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
  
Gan berkata sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru.
  
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.
   
Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. - Bernama

Anak hilang dari pusat tahfiz

Siti Hajar menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Beserah malam kelmarin berhubung kehilangan itu.
Siti Hajar menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Beserah malam kelmarin berhubung kehilangan itu.
KUANTAN - Seorang ibu resah dan bimbang apabila mendapat tahu anak sulungnya yang dihantar belajar dan tinggal di asrama sebuah pusat tahfiz di sini hilang dipercayai selepas keluar ke bandar Kuantan bersama rakannya sejak enam hari lalu.

Lebih membimbangkan Siti Hajar Abdul Razak, 32, anaknya Mohamad Nazri Mohd Adnan, 13 mengidap penyakit asma agak kronik dan bergantung kepada ubat.

Kehilangan pelajar itu disedari Selasa lalu ketika Siti Hajar datang ke asrama pusat tahfiz itu untuk menghantar wang belanja bagaimana pun dia dimaklumkan anaknya tiada di asrama.

Menurutnya, dia menghubungi salah seorang rakan anaknya yang keluar bersama namun diberitahu mereka  terpisah di Terminal Bas Rapid Kuantan, Jalan Pasar Baru di sini selepas masing-masing menaiki bas untuk pulang ke kampung.

“Menurut rakannya, dia tidak kembali ke asrama sejak itu dan mereka beranggapan Mohamad Nazri pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perasing Jaya, Kemaman, Terengganu, semalam.

Siti Hajar berkata, anaknya mula belajar di pusat itu sejak awal Ramadan lalu dan sebelum ini dia belajar di Sekolah Menengah Neram, Kemaman.

“Disebabkan masalah pengangkutan, dia dipindahkan ke pusat tahfiz itu untuk belajar Al-Quran dan ilmu agama memandangkan di situ disediakan kemudahan asrama,” katanya.

Dia berkata, selepas menyedari kehilangan itu, dia dan keluarga ada mencari termasuk menghubungi saudara mara dan rakan-rakan anaknya kalau-kalau mereka ternampak atau mengetahui di mana Mohamad Nazri  berada.

“Namun setakat ini kebanyakan mereka yang dihubungi memaklumkan tidak pernah bertemu atau tahu anak saya berada sepanjang tempoh tersebut malah dia juga langsung tidak menghubungi keluarga,” katanya.

Menurutnya, dia amat bimbang keselamatan anaknya itu kerana Mohamad Nazri tidak pernah keluar sendirian.

“Saya juga khuatir masalah kesihatannya kerana dia bergantung kepada ubat dan alahan kepada cuaca sejuk.

“Saya ada diberitahu olehnya sebelum ini bahawa ubat asma yang digunakan hampir kehabisan dan meminta beli yang baharu,” katanya.

Dia berkata, anaknya juga tidak mempunyai wang ketika itu.

“Bimbang keselamatannya selepas menghilangkan diri beberapa hari, saya mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Beserah malam kelmarin.

“Saya merayu kepada  Mohamad Nazri supaya pulang ke asrama atau menghubungi kami dengan segera kerana semua keluarga amat bimbang keselamatannya.

“Saya juga meminta kerjasama orang ramai yang ternampak atau mengetahui maklumat tentang anaknya itu supaya menghubungi talian 019-9077094 (Siti Hajar) atau 019-7047839 (Rosmawati) dengan segera,” katanya.

AS gantung usaha mencari juruterbang Hornet



TENTERA Laut Amerika Syarikat menggantung usaha mencari juruterbang yang hilang selepas pesawat pejuang beliau berlanggar dengan pesawat lain di barat Lautan Pasifik. - Foto AP
WASHINGTON: Tentera Laut Amerika Syarikat menggantung usaha mencari juruterbang yang hilang selepas pesawat pejuang beliau berlanggar dengan pesawat lain di barat Lautan Pasifik.
Menurut kenyataan Armada Ketujuh AS, juruterbang berkenaan dianggap sudah terkorban.
Nahas itu membabitkan dua pesawat F/A-18 Hornet yang berlanggar pada 5.40 petang waktu tempatan semalam di barat Lautan Pasifik, kira-kira 463 kilometer ke barat Wake Island.
Kedua-dua pesawat Hornet yang masih tidak ditemui itu adalah daripada Carrier Air Wing 17 dan berlepas dari kapal induk USS Carl Vinson.
Seorang lagi juruterbang terbabit diselamatkan serta merta dan diberi rawatan perubatan.
Penyiasat masih cuba mengenal pasti punca nahas itu. - AFP

Feri karam ragut dua nyawa, 100 hilang


14 September 2014

MANILA - FILIPINA. Kira-kira dua orang terbunuh manakala lebih 100 lagi sempat diselamatkan pihak berkuasa selepas feri yang dinaiki oleh penumpang dan anak kapal tenggelam di perairan tengah Filipina tengahari, semalam.

Mengesahkan kemalangan tersebut, Pegawai Pengawal Pantai, Komander Armand Balilo berkata, feri yang dinamakan sebagai The Maharlika II membawa 26 anak kapal dan 58 penumpang termasuk dua kanak-kanak pada laporan awalnya.

Feri tersebut meninggalkan Pelabuhan Liloan di Wilayah Leyte menuju ke tengah Filipina.

Dilaporkan, Feri itu turut membawa 13 kenderaan di atasnya namun pemandu-pemandu kenderaan tidak disenarai sebagai penumpang pengangkutan air berkenaan.

“Berdasarkan laporan awal, dua orang disahkan meninggal dunia manakala 102 yang lain diselamatkan oleh tiga kapal termasuk dua kapal pedagang asing.

“Kami tidak pasti jumlah mangsa yang masih hilang kerana berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh, kami dapati lebih ramai penumpang dari jumlah yang dilaporkan berada di atas feri semasa kemalangan berlaku,” ujarnya dipetik Reuters.

Setiap tahun, kemalangan feri atau pengangkutan air di Filipina dilaporkan telah meragut ratusan nyawa rakyat di negara itu.

Taburan pulau-pulau kecil yang terdapat di sekeliling perairan Filipina menyebabkan timbulnya kesesakan di perairan laut negara tersebut.

Faktor keadaan bot atau pengangkutan air yang tidak diselenggara mengikut ketetapan menjadikan nisbah kemalangan dan angka korban meningkat dari tahun ke tahun.

Tambah Balilo lagi, semasa kejadian, satu perintah untuk meninggalkan feri telah dikeluarkan pada sekitar jam sembilan malam (1300 GMT/ 09:00 EDT).

Perintah tersebut dikeluarkan berikutan angin kencang dan ombak besar yang melanda, ditambah dengan masalah enjin yang dialami sejak petang semalam.

Kebakaran di Riau masih terkawal


14 September 2014

JAKARTA - INDONESIA. Kebakaran hutan di Sumatera masih terkawal dan tidak mengganggu jadual penerbangan.

Pengarah Lembaga Penyelenggara Pelayanan Navigasi Penerbangan Indonesia (LPPNPI) Wisnu Darjono berkata, asap tebal yang menyelubungi kawasan Riau dan sekitarnya masih normal.

“Pihak kami belum menerima keluhan dari syarikat penerbangan. Jarak penglihatan bagi penerbangan masih normal iaitu sekitar 1, 000 meter," katanya.

Bagaimanapun, pihaknya terus memantau keadaan sepanjang laluan Batam, Pekanbaru, Tanjung Pinang terutama laluan penerbangan antarabangsa menuju ke Malaysia.

Sementara itu, Ketua Divisi Data dan Informasi Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Agus Wibowo melaporkan, terdapat 318 titik panas dikesan di wilayah Sumatera yang menjadi punca asap tebal.

"Titik api ini dijangka meningkat kepada 70 peratus adalam masa terdekat," katanya.

Ia meliputi wilayah Pelalawan, Meranti, Indragiri Hulu, Rokan Hulu dan Indragiri Hilir, laporan dipetik dari Tempo.

200,000 orang masih terkandas di Kashmir

Penduduk dipindahkan ke kawasan selamat.
Penduduk dipindahkan ke kawasan selamat.
SRINAGAR - INDIA. Lebih 200,000 orang masih terkandas di Kashmir, India walaupun banjir mulai surut, semalam.

Pesuruhjaya bahagian wilayah Jammu Shantmanu berkata, penduduk dan pasukan penyelamat kini giat membersihkan sisa banjir dan mengenal pasti beberapa mayat yang baru ditemui selepas banjir surut.

“Kini kebimbangan kami adalah penularan wabak penyakit bawaan air dan bangkai haiwan. Kami juga menghadapi masalah bekalan air bersih dan kini sedang meminta pihak berkuasa untuk menggunakan kaedah secara liberal untuk mengurangkan risiko penyakit,“ katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Negeri, Omar Abdullah melahirkan kekesalan terhadap tindak balas kerajaan yang gagal menyiapkan kem perlindungan untuk mangsa banjir.

"Hanya 137 khemah sementara di bina manakala lebih daripada 5,000 orang masih tiada tempat perlindungan," katanya.

Banjir yang melanda di wilayah Himalayan ini adalah paling terburuk sejak satu dekat lalu di mana lebih 450 nyawa melayang termasuk di Pakistan, laporan dipetik dari AFP.

‘Pengsan’ elak dicekup


Difahamkan, lelaki berusia 45 tahun itu pergi ke kawasan berkenaan untuk bersiar-siar bersama rakan senegaranya.

Ketika operasi, lelaki yang tidak mempunyai permit sah dan pasport tamat tempoh pura-pura pengsan dan tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun, hampir 10 minit terbaring di tepi jalan di hadapan orang ramai, lelaki itu akhirnya ‘sedar’ ketika dia bersama warga asing lain digari untuk dibawa naik ke trak.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur James Musa Singa berkata, pelbagai ragam dan cubaan melarikan diri dilakukan warga asing, namun pihaknya mengepung kawasan operasi bagi menggagalkan usaha mereka.

“Ada yang cuba lari naik ke tingkat tiga bangunan seperti tiga wanita Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut, namun anggota dapat mengejar dan menahan mereka.
Foto
SEBAHAGIAN daripada pekerja warga asing yang diperiksa.
“Kami menahan 114 lelaki warga Nepal, 75 lelaki dan tiga wanita Myanmar, 31 lelaki dan sembilan wanita warga Indonesia, lapan lelaki dan tujuh wanita warga India, 15 lelaki dan seorang wanita warga Sri Lanka, tiga lelaki warga Pakistan dan dua lelaki Vietnam.

“Lokasi tumpuan adalah di kawasan perniagaan di sekitar Jalan Silang dan Pasar Pudu bermula jam 10 pagi hingga 1 petang,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan warga asing itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tiada permit kerja atau kedua-dua dokumen itu tamat tempoh.

Katanya, tangkapan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/14

Rangka bayi dalam semak


Dalam kejadian jam 11 pagi itu, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 20-an, berkata, ketika kejadian, dia sedang bertugas bersama dua rakan.

Menurut Azman, selesai mengukur tanah, mereka bergerak pulang sebelum dia terlihat bungkusan plastik hijau di dalam semak.
“Saya berpatah balik dan membuka plastik berkenaan. Saya terkejut kerana mendapati ia rangka manusia termasuk tengkorak dan berdasarkan saiz, ia mungkin rangka bayi.

“Saya menghubungi polis memaklumkan penemuan itu,” katanya .

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.
Foto
ANGGOTA polis membawa beg berisi rangka bayi yang ditemui. Gambar kecil, rangka bayi.
“Kami menghantar rangka itu ke Hospital Seberang Jaya untuk dianalisis,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/14

Mangsa cemburu buta


Media tempatan melaporkan Qin Han, 39, yang sudah lama menyangka isterinya Du, 33, mempunyai hubungan sulit menyerang dan menikam mangsa dikenali sebagai Zhao di khalayak ramai.
Seorang saksi berkata, kejadian berlaku dengan begitu pantas dan Qin tidak melarikan diri selepas melakukannya.

“Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah. Namun Qin cuma duduk di situ seolah-olah menunggu polis datang menahannya.
Foto
DU (tengah) bersama Qin (kanan). Di belakang, mayat Zhou diperiksa pasukan perubatan.

“Isterinya menjerit dan meraung. Saya mendengarnya menjerit ‘Apa saya nak buat sekarang’” katanya.

Jiran pasangan itu berkata, mereka sering bertengkar kerana sifat suami yang cemburu buta malah Qin kerap menuduh Du meniduri lelaki lain.

Sifat cemburu itu dikatakan mendorong Qin mengekori isterinya ke tempat kerja untuk ‘mencari bukti’ kecurangannya.

Dia juga tidak mempedulikan cubaan Zhao yang menafikan tuduhannya dan cuba meredakan keadaan.

“Malah dia nampak semakin marah walaupun mangsa berkali-kali cuba memberi penjelasan,” kata saksi.

Menurutnya, Qin mengeluarkan pisau dan menikam Zhou ketika mangsa cuba beredar dari situ.

Ketika ditahan, Qin yang juga berlumuran darah didengar berkata kepada isterinya: “Jagalah anak-anak kita. Ini bukan salah kamu.” - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/14

Pendaki cemas tak boleh turun



ANGGOTA bomba berusaha membawa turun Rahimah yang cedera dari Bukit Broga, Semenyih, semalam


KAJANG - Kegembiraan sekumpulan 71 ahli sebuah kelab permotoran mendaki Bukit Broga, Semenyih dekat sini semalam bertukar cemas apabila dua daripada mereka tergelincir dan cedera hingga mengalami kesukaran untuk turun.
Kejadian berlaku pada pukul 9.50 pagi apabila salah seorang pendaki, Shuhaida Nayan, 27, tergelincir ketika sedang menuruni puncak bukit berkenaan dan melanggar rakannya, Rahimah Saadon, 26, yang berada di hadapannya.
Difahamkan, Shuhaida tergelincir akibat keadaan bukit berkenaan yang licin selepas hujan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3DGAHhgCK 
Hakcipta terpelihara 

Tiga remaja maut pada awal pagi



KEADAAN mayat salah seorang remaja yang maut (gambar kiri) dan salah sebuah motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 20.4, Lebuh Raya Guthrie, Sungai Buloh, Selangor semalam.


SUNGAI BULOH - Tiga remaja maut manakala dua lagi cedera parah selepas terbabit dalam satu kemalangan melibatkan lima buah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 20.4 Lebuh Raya Guthrie di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, dua mangsa, Muhamad Hafiz Erman, 18, dan Amir Afif Mohamad Nizam, 18, maut di tempat kejadian manakala Muhamad Shafie Sudar, 16, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh (HSB).
Dua mangsa yang cedera parah, Ariffin Malani, 20, dan Muhamad Safi Mohd. Sulhi, 16, juga dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan lanjut dan mereka kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3DGA0GOFs 
Hakcipta terpelihara 

Rangka dipercayai bayi ditemui dalam semak



SEORANG anggota polis membawa beg plastik mengandungi rangka dipercayai bayi di dalam semak berhampiran Taman Chai Leng, Seberang Perai, Pulau Pinang semalam. Gambar kecil ialah rangka yang ditemui.


SEBERANG PERAI - Tiga lelaki yang sedang melakukan kerja-kerja mengukur tanah terkejut apabila menemui rangka dipercayai bayi di dalam semak di Taman Chai Leng di sini semalam.
Salah seorang daripada mereka yang hanya ingin dikenali sebagai Man, 20-an, berkata, rangka dalam bungkusan plastik itu ditemui kira-kira pukul 11 pagi di dalam semak ketika dia dan dua lagi rakannya melakukan kerja-kerja mengukur tanah bagi tujuan pembinaan sebuah jalan pintas menghubungkan Bandar Seberang Jaya dengan Taman Chai Leng.
"Kami baru selesai melakukan kerja-kerja mengukur tanah dan ketika hendak pergi menyimpan barang di kereta, saya ternampak satu plastik di dalam semak berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3DG9rXEZ7 
Hakcipta terpelihara 

17 PATI 'ikan sardin' disumbat dalam Honda Odyssey



MD. RAFAE (kiri) melihat keadaan 17 PATI yang dimuatkan dalam sebuah MPV jenis Honda Odyssey di Beseri, Padang Besar malam kelmarin.


PADANG BESAR - Cubaan seorang lelaki warga tempatan untuk menyeludup 17 pendatang tanpa izin (PATI) dengan cara menyumbat mereka dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey gagal apabila kesemua mereka ditahan di Beseri di sini malam kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Besar, Deputi Superintendan Md. Rafae Hassan berkata, kenderaan itu ditahan kira-kira pukul 10 malam dalam satu sekatan jalan yang diadakan berhampiran Balai Polis Beseri di sini selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.
"Semasa pemeriksaan dilakukan, kenderaan Honda Odyssey bercermin gelap dari Wang Kelian menuju ke Kangar itu didapati memuatkan 18 penumpang termasuk seorang pemandu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3DG9KqmFP 
Hakcipta terpelihara 

Belanda hantar lebih ramai pakar siasat tragedi MH17



GAMBAR yang dirakam pada 9 September lalu menunjukkan sebahagian serpihan pesawat MH17 yang masih berada di lokasi ia terhempas di kampung Hrabove, kira-kira 80 kilometer dari Donetsk, Ukraine.- AFP


THE HAGUE - Kerajaan Belanda memutuskan menghantar lebih ramai pakar ke Ukraine bagi memperkuatkan pasukan penyiasat tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MH17) yang jatuh terhempas, kata Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte kelmarin.
Agensi berita Xinhua melaporkan, pakar tersebut akan tiba di bandar Kharkiv yang dikuasai oleh kerajaan Ukraine dan terletak berdekatan dengan lokasi tragedi.
Mereka dijangka menyertai satu pasukan sedia ada yang terdiri daripada 10 hingga 15 anggota di situ selepas kerajaan Belanda mengumumkan menangguhkan kerja-kerja penyiasatan pada 6 Ogos lalu berikutan keadaan keselamatan yang semakin buruk ekoran konflik antara kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia.
"Kita akan melakukan apa sahaja untuk masuk ke kawasan lokasi pesawat MH17 terhempas bagi menyambung semula kerja-kerja penyiasatan yang sebelum ini terpaksa dihentikan ekoran masalah keselamatan," kata Rutte yang dilaporkan oleh Xinhua.
"Dengan adanya lebih ramai pakar yang kembali semula ke lokasi tragedi, kita akan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada dan melakukan siasatan dengan lebih cepat," tambah beliau.
Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine yang dikawal oleh kumpulan pemisah pro-Rusia pada 17 Julai lalu dan menyebabkan kematian 298 orang dengan kira-kira dua pertiga terdiri daripada warganegara Belanda.
Kerajaan Ukraine dan negara Barat mendakwa kumpulan pemisah menembak jatuh pesawat berkenaan dengan peluru berpandu BUK darat ke udara yang dibekalkan oleh Rusia, manakala Moscow dan kumpulan pemisah menafikan terbabit sebaliknya menuding jari kepada Kiev.
Menyentuh mengenai perkembangan persetujuan gencatan senjata yang dicapai antara Ukraine dan kumpulan pemisah, Rutte berkata, keadaan keselamatan di kawasan lokasi masih belum menentu kerana gencatan itu agak rapuh. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3DG8SL85X 
Hakcipta terpelihara 

Kanak-kanak M'sia maut tercampak di Adelaide


PERMAINAN Air Maxx 360 yang menyerupai labah-labah gergasi. - Gambar hiasan


SYDNEY - Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat kes seorang kanak-kanak Malaysia yang maut selepas tercampak seperti 'anak patung' dari permainan berputar ketika mengunjungi acara Royal Adelaide Show di Adelaide kelmarin.
Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu dilaporkan melawat Australia bersama keluarganya sebelum dia maut selepas tercampak ketika menaiki permainan yang dipanggil Air Maxx 360 pada acara tahunan terbesar itu, lapor polis Australia Selatan dalam satu kenyataan.
Mangsa yang dirawat oleh pasukan paramedik telah dibawa ke Hospital Adelaide, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian, kata polis.
Seorang saksi, Malinda Dunwoodie yang berada berhampiran dengan tempat kejadian terkejut apabila melihat kanak-kanak itu terbang di udara seperti anak patung.
"Kaki kanak-kanak itu pada mulanya tersangkut pada permainan itu sewaktu ia sedang berputar," katanya kepada akhbar tempatan, The Advertiser.
Katanya lagi, kanak-kanak itu dilihat terbang ke udara pada ketinggian kira-kira antara 10 hingga ke 15 meter seperti anak patung.
"Kejadian itu amat mengejutkan sama seperti menonton filem seram kerana semua orang menjerit," kata Dunwoodie.
Tinjauan di tempat kejadian mendapati orang ramai meletakkan permainan dan bunga sebagai tanda ingatan berhubung kejadian itu.
"Ia merupakan satu kejadian yang sangat menyedihkan dan perlu dielak" kata seorang petugas, Katherina Ritson kepada Perbadanan Penyiaran Australia.
Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia memberitahu AFP, pihaknya bersama Konsul Kehormat di Australia Selatan akan bersama-sama membantu keluarga mangsa.
Air Maxx 360 merupakan sejenis permainan berputar menyerupai labah-labah gergasi yang memiliki panjang 15 meter dengan lebar 18 meter dan mampu membawa sehingga 24 orang pada satu-satu masa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3DG8IYNvc 
Hakcipta terpelihara 

Dua nelayan dicekup cuba seludup rokok


KANGAR 13 Sept. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua nelayan dan merampas sebanyak 2,550 kotak rokok bernilai RM22,500 termasuk cukai di perairan Kuala Perlis di sini, semalam.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kapten Maritim Zulkarnain Mohd. Omar memberitahu, kedua-dua lelaki berusia 30 dan 56 tahun itu ditahan ketika bot peronda agensi tersebut melakukan rondaan di perairan berkenaan pada pukul 5.50 petang sebelum terserempak dengan sampan dinaiki mereka dalam keadaan mencurigakan.
Menurut beliau, sampan itu kemudian ditahan dan hasil pemeriksaan menemukan kotak-kotak rokok berkenaan yang ditutup dengan kanvas berwarna biru.
"Mereka (nelayan) gagal mengemukakan bukti atau dokumen sah termasuk cukai dan mengaku bahawa rokok itu cuba diseludup dari Pulau Langkawi ke negeri ini, Kedah dan Thailand," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Maritim Malaysia Kuala Perlis di sini, hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140914/je_10/Dua-nelayan-dicekup-cuba-seludup-rokok#ixzz3DG7g99b8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Awak-awak terjun ke paya bakau elak dicekup


LUMUT 13 Sept. - Sekumpulan awak-awak bot nelayan tempatan dipercayai sanggup terjun ke dalam hutan paya bakau bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa setelah dipercayai menangkap ikan menggunakan pukat rawa sorong yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Perikanan, malam tadi.
Perbuatan itu disedari oleh sebuah bot laju Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 3 Lumut ketika melakukan rondaan dan mendapati bot nelayan tersebut berada dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Penguat Kuasanya, Kepten Maritim Abdul Razak Johan berkata, perbuatan itu dikesan dilakukan kira-kira 0.9 batu nautika dari Pulau Pasir Hitam, Kuala Trong pada pukul 9.15 malam.
"Semasa bot laju kita menghampirinya, bot nelayan tersebut bertindak bergerak ke arah hutan paya bakau bagi mengelakkan daripada diperiksa.
"Namun begitu, setelah dipintas, hasil pemeriksaan mendapati tiada seorang pun awak-awak dijumpai melainkan pukat rawa sorong yang tidak dibenarkan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana bot beroperasi secara haram tanpa sebarang lesen dikeluarkan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya nelayan supaya menghubungi pihak Maritim Malaysia sekiranya ternampak sebarang aktiviti yang mencurigakan di perairan Perak.
Maklumat tersebut dapat disalurkan di talian 999 atau hotline Daerah Maritim 3 Lumut di nombor 05-6838737.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140914/je_09/Awak-awak-terjun-ke-paya-bakau-elak-dicekup#ixzz3DG7V02rD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua wanita cedera tergelincir daki Bukit Broga


SEMENYIH 13 Sept. - Dua ahli kelab permotoran cedera setelah terjatuh dari ketinggian kira-kira tiga meter ketika beriadah bersama rakan-rakannya dengan mendaki Bukit Broga di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul pukul 9.50 pagi itu, mangsa, Rahimah Saadon, 26, patah kaki kanan manakala Shuhaida Nayan, 27, pula terseliuh kakinya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Khairul Anuar Yaacob berkata, pihak bomba bersama tujuh anggota dan pegawai yang menerima panggilan kecemasan bergerak ke lokasi kejadian dan berjaya membawa turun salah seorang mangsa yang terkehel kaki dengan cara menggalas mangsa.
Jelasnya, kedua-dua mangsa yang berjaya dibawa turun kira-kira pukul 3 petang kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140914/je_08/Dua-wanita-cedera-tergelincir-daki-Bukit-Broga#ixzz3DG7OAwp6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

273 PATI ditahan dalam Ops 6P


KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kesempatan cuti hujung minggu yang diambil warga asing dengan bersiar-siar di Jalan Silang di sini, memakan diri apabila mereka yang tiada dokumen ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen, hari ini.
Dalam Op Bersepadu 6P, Fasa 3 itu, seramai 273 pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas.
Mereka terdiri daripada 114 warga Bangladesh, Nepal (73 orang), Myanmar (40 orang) Indonesia (15 orang) India (16 orang), Sri Lanka (3 orang), Pakistan (2) dan Vietnam (4).
Dalam operasi yang bermula pada pukul 10 pagi itu, seorang buruh binaan warga Bangladesh berusia 30-an berpura-pura pengsan selama 10 minit bagi mengelak ditangkap tetapi usahanya sia-sia apabila tetap diberkas kerana tidak mempunyai permit sah dan pasport tamat tempoh.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, pelbagai ragam dapat disaksikan sepanjang operasi itu.
Katanya, ragam itu sebenarnya adalah cubaan melarikan diri kerana golongan tersebut sendiri sedar akan kesalahan mereka.
"Kita telah mengepung kawasan itu dan hasilnya seramai 273 warga asing telah ditangkap," katanya.
Menurutnya, antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tiada permit kerja atau tamat tempoh.
Katanya, mereka yang ditangkap disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140914/je_07/273-PATI-ditahan-dalam-Ops-6P#ixzz3DG7Guxto
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis ambil keterangan 7 individu termasuk wartawan


KUALA LUMPUR 13 Sept. - Polis telah mengambil keterangan enam pegawai Lembaga Peperiksaan dan seorang wartawan bagi membantu siasatan kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlaku baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini dan pihaknya sedang mengumpul keterangan bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.
"Setakat ini tujuh rakaman percakapan telah diambil untuk membantu siasatan namun tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, sumber memberitahu, kebocoran kertas soalan berkenaan amat sukar terjadi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) disebabkan prosedur operasi standard (SOP) pengendalian yang sangat ketat.
Menurut sumber, kebocoran itu berkemungkinan berlaku semasa proses pencetakan atau memasukkan soalan-soalan terbabit ke dalam sampul yang turut sertai oleh petugas-petugas Lembaga Peperiksaan.
Jelas sumber itu lagi, selepas proses tersebut, Lembaga Peperiksaan akan menyerahkan kertas-kertas soalan yang diletak dalam sampul surat serta berbungkus plastik itu kepada JPN sebelum diedarkan kepada PPD untuk disimpan di dalam bilik kebal masing-masing.
"Seminggu sebelum peperiksaan berlangsung, penyelia kawasan akan mengadakan 'operasi buka kotak' yang turut dihadiri pengawas-pengawas peperiksaan setiap sekolah bertujuan mengira kuantiti kertas soalan.
"Ketika itu juga, semua petugas akan memeriksa sekiranya sampul tersebut sudah terkoyak atau sebagainya. Sukar berlaku ketirisan pada sesi tersebut kerana ia dilakukan secara teliti serta dihadiri oleh ramai pihak," katanya kepada Mingguan Malaysia.
Menurut sumber, ada beberapa faktor yang memungkinkan kebocoran di peringkat atasan ini berlaku antaranya tindakan segelintir guru yang sanggup 'membeli' bagi mendapatkan soalan ini.
"Ada guru-guru yang akan mendapat 'wang baiah' atau ganjaran sekiranya sekolah mereka mencapai sasaran keputusan peperiksaan. Jadi mereka ini terlalu mahukan pencapaian terbaik dengan jalan mudah," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140914/je_06/Polis-ambil-keterangan-7-individu-termasuk-wartawan#ixzz3DG7A2QJT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kanak-kanak warga Malaysia maut


ADELAIDE 13 Sept. - Seorang kanak-kanak perempuan warganegara Malaysia berusia lapan tahun maut akibat tercampak setinggi 10 hingga 15 meter ke udara ketika sedang menaiki sebuah permainan, Airmaxx 360 di taman tema, Royal Adelaide Show di Adelaide, Australia semalam.
Menurut adelaidenow.com.au, kanak-kanak tersebut yang berada di Australia bersama keluarganya untuk bercuti dikejarkan ke hospital akibat kecederaan teruk namun meninggal dunia tidak lama kemudian.
Pengarah Eksekutif agensi kesihatan dan keselamatan SafeWork SA, Bryan Russell hari ini berkata, siasatan punca kejadian sedang dijalankan sementara permainan tersebut ditutup daripada digunakan orang awam.
Tambahnya, siasatan itu dijangka mengambil masa berdasarkan insiden yang berlaku serta bilangan saksi yang terbabit dan kepakaran teknikal yang diperlukan.
Dalam pada itu, Konsul Kehormat Malaysia di Adelaide, Datuk Hassan Salleh memaklumkan, keluarga kanak-kanak terbabit akan diberikan bantuan sepatutnya ekoran kejadian tersebut.
Saksi, Malinda Dunwoodie, 17, berkata, kanak-kanak itu kelihatan seperti melorot ke bawah tempat duduknya ketika menaiki permainan itu.
"Kakinya tergantung dan dia tercampak ke udara setinggi 10 hingga 15 meter dan saya mula berlari ke arahnya," katanya.
Permainan Airmaxx 360 itu merupakan satu tarikan baharu taman tema berkenaan dan pernah digunakan di taman tema di Sydney dan Brisbane awal tahun ini tanpa sebarang masalah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140914/je_05/Kanak-kanak-warga-Malaysia-maut#ixzz3DG6sZjhh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja lelaki Myanmar maut ditikam di dada


KUANTAN 13 Sept. - Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman di bahagian dada di sebuah rumah kongsi di Perumahan Bukit Setongkol Baharu di sini, awal pagi ini.
Mangsa, Kobirahamed Nozirahamed, 17, dan merupakan pekerja binaan di sini ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah oleh rakan serumahnya, seorang warga Indonesia kira-kira pukul 3.20 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Aziz Ahmad berkata, rakan mangsa kemudian terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.
"Berikutan itu, sepasukan anggota polis termasuk dari Unik Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri bersama Unit Patologi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bergegas ke lokasi kejadian.
"Hasil pemeriksaan mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan terlentang dengan kesan tikaman menggunakan objek tajam pada bahagian dada sebelah kanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140914/je_04/Remaja-lelaki-Myanmar-maut-ditikam-di-dada#ixzz3DG6OXOa0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

17 PATI dalam satu MPV


Seramai 17 orang pendatang asing tanpa izin bersesak-sesak dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey yang dipandu oleh seorang warga tempatan ketika ditahan di Beseri, Padang Besar, semalam. - MINGGUAN/Muhamad Iqbal Rosli
PADANG BESAR 13 Sept. - Seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Bangladesh ditahan dalam Op Cantas Khas ketika menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Beseri di sini, malam tadi.
Kesemua PATI tersebut ditahan dalam sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Beseri, kira-kira pukul 10 malam.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Md. Rafae Hassan memberitahu, ketika ditahan, PATI tersebut dalam perjalanan dari arah Wang Kelian ke Kangar.
Menurut beliau, kesemua PATI yang ditahan itu berumur dari 19 hingga 26 tahun.
Katanya, turut ditahan pemandu kenderaan tersebut yang merupakan warga tempatan.
"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63," ujar beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140914/je_03/17-PATI-dalam-satu-MPV#ixzz3DG69S0SL
© Utusan Melayu (M) Bhd