Search This Blog

Saturday, September 13, 2014

Maut ketika pulang bercuti

Keadaan dua beradik yang maut selepas terbabit kemalangan di KM399 LPT2 (Bukit Besi-Ajil), petang kelmarin.
Keadaan dua beradik yang maut selepas terbabit kemalangan di KM399 LPT2 (Bukit Besi-Ajil), petang kelmarin.
KUALA BERANG - Hasrat dua beradik untuk pulang ke rumah bagi menghabiskan cuti hujung minggu tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 399, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (Bukit Besi-Ajil), petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu, dua beradik yang berasal dari Kampung Putera Jaya, Permaisuri, Setiu, Mohamad Syafiq Hakimi Yaakob, 18 dan abangnya, Ibrahim Yaakob, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat cedera parah di kepala.

Difahamkan, anak kelima dan bongsu daripada enam beradik itu sedang belajar di Kolej Universiti Tati di Kemaman dalam bidang kimpalan, dan menjadi kelaziman mereka pulang ke rumah setiap Khamis untuk bercuti hujung minggu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Honda EX5 ditunggangi Mohamad Syafiq Hakimi tiba-tiba terbabas sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain, sebaliknya motosikal itu terbabas sendiri. Akibatnya, dua beradik ini terjatuh dan tercampak beberapa meter. Seorang daripada mereka turut terkena besi pengadang di sebelah kiri.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat. Kes disiasat bawah Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, semalam.

Kata Mohd Rosli, kejadian itu mengakibatkan lampu hadapan motosikal terbabit rosak, cermin sisi kiri pecah, madgad patah selain signal depan kiri pecah, malah topi keledar dipakai seorang mangsa juga pecah.

Justeru katanya, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan mematuhi segala peraturan jalan raya, selain peka pada persekitaran termasuk papan tanda memaklumkan kawasan angin lintang.

Rogol: Hukuman bekas anggota Ruffedge kekal

mahkamah

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap bekas anggota kumpulan Ruffedge atas kesalahan merogol anak tirinya, dua tahun lalu.

Hakim Nurchaya Arshad mengekalkan keputusan itu sekali gus menolak permohonan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman.

Menurutnya, hukuman yang diputuskan oleh hakim mahkamah sesyen itu adalah setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

"Rogol bukan sahaja kesalahan serius malah lebih menyedihkan lagi apabila mangsa menghadapi trauma sepanjang hayatnya.

"Kita tidak mahu anak, adik, kakak mahupun ibu diperlakukan sebegitu," katanya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota Ruffedge didakwa rogol anak tiri]

Beliau berkata, sepatutnya perayu yang telah berkahwin dengan ibu mangsa melindungi anak kecil itu walaupun bergelar bapa tiri.

"Seorang bapa perlulah melindungi anaknya," katanya.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya pada ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Gombak, Selangor.

Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 9 pagi pada 2 Februari 2012.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Perayu yang juga guru vokal diwakili peguam, Azmin Talib.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu pada 6 September 2013.

Ebola sudah ragut 2,400 nyawa


Ketua Agensi kesihatan pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Margaret Chan berkata, setakat 12 September, mereka menerima 4,784 kes dan lebih 2,400 kematian dilaporkan.
“Di tiga buah negara yang paling teruk dijangkiti, jumlah pesakit meningkat dengan pastas berbanding kapasiti untuk menguruskan mereka,” katanya Menurut Margaret, di Liberia hospital sudah tidak mempunyai katil bagi menempatkan pesakit Ebola untuk dirawat.
Margaret bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada jumlah terbaru itu termasuk Nigeria selain Liberia, Guinea dan Sierra Leone yang menjadi pusat epidemik berkenaan.
Perangkaan yang dikeluarkan WHO pada Selasa melaporkan 2,300 kematian membabitkan empat buah negara itu sejak awal tahun ini.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Cuba semalam mengumumkan akan menghantar 165 doktor dan jururawat ke Sierra Leone untuk tempoh enam bulan bagi membantu menangani wabak Ebola.
Ebola adalah sejenis virus yang berjangkit melalui cecair badan dan menyebabkan demam serta kematian dalam kebanyakan kes yang dilaporkan.
- AFP
Foto
PETUGAS kesihatan memindahkan mayat Prince Nyentee, 29 yang dikatakan penduduk meninggal dunia akibat virus Ebola di Monrovia, ibu negara Liberia, kelmarin.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

Geng curi, lerai kenderaan tumpas


KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan yang aktif melakukan kegiatan curi dan lerai kenderaan selepas menahan tiga lelaki di sebuah bengkel barang lusuh di Jinjang Utara, Sentul di sini semalam.
Serbuan pada pukul 12.15 tengah malam itu berjaya menemui semula lima buah kenderaan curi pelbagai model yang sedang dalam proses peleraian dan sebuah kereta yang telah selesai dileraikan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3D97rJxEP 
Hakcipta terpelihara 

Peniaga pasar malam tumbuk isteri kena denda RM1,800


KUALA LUMPUR - Gara-gara menumbuk isterinya sehingga berdarah ketika bertengkar, seorang peniaga pasar malam didenda sebanyak RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Norazura Murah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ab. Rahim Yaacob, 51, mengaku salah terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya itu.
Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3D97bBG1c 
Hakcipta terpelihara 

Maut akibat gagal memotong



BEGINILAH keadaan kereta jenis Proton Wira dipandu Samsudin yang maut selepas bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 64 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, Pekan, Pahang semalam.


PEKAN - Akibat gagal memotong sebuah kenderaan di hadapan, seorang penganggur maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 64 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, mangsa, Samsudin Chik, 60, dikatakan dalam perjalanan dari Muadzam Shah ke Kuantan manakala pemandu treler, Azizi Suboh, 30, dari Rantau Abang, Terengganu menghala ke Batu Pahat, Johor.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3D97TjKd1 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki ada tatu naga, ikan dicekup


SEBERANG PERAI - Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai anggota kongsi gelap dan merampas pistol serta peluru miliknya di Nibong Tebal di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, suspek yang berusia 27 tahun dan tidak bekerja itu ditahan kira-kira pukul 10 malam selepas berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah pasar raya di Nibong Tebal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3D97HpRK3 
Hakcipta terpelihara 

Penjual ikan maut dilibas pedang



DI rumah kedai dua tingkat inilah Thian Ser mati dilibas penjenayah dalam kejadian samun di Jalan Pasar, Batu Pahat, Johor malam kelmarin. Gambar kecil, Thian Ser.


BATU PAHAT - Seorang penjual ikan maut selepas dilibas dengan sebilah pedang manakala adiknya cedera parah akibat ditetak dalam satu kejadian samun di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Pasar di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 9.40 malam itu, Yeo Thian Ser, 71, mati di tempat kejadian dengan beberapa kesan libasan pada belakang badan manakala adiknya, Yeo Tian Gerk, 69, pula ditetak di kepala.
Kejadian berlaku ketika kedua-dua beradik itu sedang berehat di rumah mereka selepas seharian meniaga ikan di pasar bersebelahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3D978F2mt 
Hakcipta terpelihara 

Nora Danish diancam rogol oleh pengikut Instagram


NORA DANISH terima ancaman dirogol beramai-ramai oleh pengikut akaun Instagram miliknya.


KUALA LUMPUR – Gara-gara ancaman rogol dan komen-komen berbaur lucah yang diterima menerusi laman Instagram miliknya, pelakon Nora Danish, 32, tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis ke atas individu terlibat jika perkara itu terus berlarutan.
Bagaimanapun, pelakon jelita filem Pengantin Malam itu memberitahu, setakat semalam, dia belum membuat sebarang laporan polis kerana mahu memantau perkembangan seterusnya komen-komen itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3D96yFdwM 
Hakcipta terpelihara 

2 pegawai atasan LP digantung


NA'IMAH, WAN ILIAS


VIENTIANE, Laos - Pengarah Lembaga Peperiksaan (LP), Dr. Na'imah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai dijalankan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, turut digantung tugas ialah Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr. Wan Ilias Wan Salleh.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3D96lTGbH 
Hakcipta terpelihara 

Pemandu teksi hadapi tuduhan cabul budak 12 tahun


Mohd. Hilmi Noor menutup wajahnya ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/MUNIRAH TA JUDIN
BUKIT MERTAJAM 12 Sept. - Seorang pemandu teksi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang ingin ke pusat tuisyen untuk membuat persiapan terakhir bagi menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), hujung bulan lalu.
Mohd. Hilmi Noor, 53, yang memakai baju berbelang warna hijau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Bukit Teh, Machang Bubuk di sini pada pukul 5.30 petang, 24 Ogos lalu.
Tertuduh yang ditangkap pada Isnin lalu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Ketika mengemukakan rayuan untuk dibenarkan ikat jamin, peguam Zainal Akram Zainal Azhar yang mewakili tertuduh menyatakan, anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai enam anak dengan tiga daripadanya masih bersekolah serta seorang merupakan orang kurang upaya (OKU).
"Kalau dibenar ikat jamin, tertuduh akan menjauhi mangsa," katanya.
Hakim Musyiri Peet membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 13 Oktober ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ramlan.
Menurut laporan akhbar, kanak-kanak itu yang merupakan calon UPSR yang ingin ke kelas tambahan sebagai persiapan terakhir menghadapi peperiksaan menempuh detik hitam apabila dicabul pemandu teksi yang diberi kepercayaan oleh keluarga untuk menghantarnya ke pusat tuisyen.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supritendan Baharom Abu ketika itu dilaporkan berkata, pada hari kejadian, suspek telah diminta menghantar mangsa ke pusat tuisyen yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumah mangsa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140913/ma_01/Pemandu-teksi-hadapi-tuduhan-cabul-budak-12-tahun#ixzz3D94LJeOn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas eksekutif akaun bebas tuduhan pecah amanah


HEOW Sew Chun keluar dari kamar mahkamah selepas berjaya dalam rayuannya atas tuduhan pecah amanah di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Seorang bekas eksekutif akaun sebuah syarikat menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada hukuman penjara enam tahun dan denda RM620,000 atas tujuh tuduhan pecah amanah.
Heow Siew Chun, 42, dilihat menggenggam ke- dua-dua belah tangan sebaik sahaja Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut.
Dalam penghakiman- nya, Hakim Amelia berkata, hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika membuat keputusan tersebut.
"Mahkamah berpuas hati terdapat banyak kesilapan ketara dalam keputusan yang dibuat yang tidak menyokong pendakwaan," kata beliau.
Menurut beliau lagi, pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti kukuh yang boleh diterima mahkamah.
"Mahkamah Sesyen juga me- lakukan kesilapan apabila memerintahkan tertuduh membela diri," kata Hakim Amelia.
Pada 12 November tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan terhadap wanita itu dan memerintahkan hukuman tersebut dilaksanakan serentak.
Mahkamah rendah itu juga memerintahkan Siew Chun menjalani hukuman penjara 62 bulan, jika gagal membayar denda itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.
Tertuduh didakwa pe- cah amanah wang tunai RM644,664.86 milik syarikat pemasangan bumbung, Atapan Ace Sdn. Bhd., di syarikat itu di Taman Taynton, Cheras di sini antara Disember 2004 dan Disember 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, sebatan dan denda.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt manakala Siew Chun diwakili peguam Gooi Soon Seng.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140913/ma_05/Bekas-eksekutif-akaun-bebas-tuduhan-pecah-amanah#ixzz3D93oX2H4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Soalan bocor: Keterangan empat pegawai diambil


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Keterangan yang diperoleh daripada empat pegawai Kementerian Pendidikan akan dijadikan justifikasi untuk menentukan hala tuju siasatan polis terhadap kes kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Difahamkan, setakat ini, empat pegawai termasuk Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Nai'mah Ishak telah diambil keterangan sejurus polis mendapat maklumat berhubung kebocoran kertas soalan berkenaan.
Tiga lagi individu terbabit ialah dua pegawai kanan Lembaga Peperiksaan di Putrajaya serta seorang lagi pegawai khas kementerian tersebut di Johor yang paling awal membuat laporan polis berhubung kes itu.
Kesemua mereka telah diambil keterangan semalam dan hari ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Low Hong Soon berkata, siasatan polis setakat ini adalah berpandukan kepada laporan polis yang diterima.
Katanya, pihaknya telah merakam percakapan beberapa pihak yang diharap dapat membantu polis untuk mencari dalang bertanggungjawab membocorkan kertas UPSR terbabit.
"Setakat ini, siasatan sedang giat dilaksanakan dan kita kumpul seberapa banyak maklumat daripada saksi-saksi untuk menyelesaikan masalah ini. Kita juga akan ambil keterangan daripada semua pihak yang boleh membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Ditanya tentang fokus siasatan kes terbabit, beliau menjelaskan, ia akan mengambil kira semua aspek termasuklah di kilang percetakannya di luar negara.
Mengulas lanjut, Hong Soon menasihati orang ramai yang tidak berpuas hati dengan situasi itu supaya bertenang dan memberi laluan kepada polis untuk melaksanakan siasatan.
"Kita telah tubuhkan satu pasukan khas dan akan maklumkan hasil siasatan dari semasa ke semasa dan ia akan diumumkan secepat mungkin... Berilah peluang kepada polis untuk menyiasat perkara ini terlebih dahulu.
"Jangan lakukan spekulasi mengatakan ada tangkapan atau kebocoran bermula di mana-mana kerana perkara itu akan mengganggu siasatan kami," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Utusan Malaysia turut difahamkan, pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes itu juga telah mengadakan perjumpaan penting dengan Lembaga Peperiksaan hari ini bagi meneliti semula kesilapan dalam menguruskan kertas soalan peperiksaan berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng pula memberitahu, sehingga hari ini, tiada tangkapan yang dibuat dan polis sedang mengumpul keterangan dengan kerjasama rapat oleh Lembaga Peperiksaan dan agensi-agensi terbabit.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat yang mampu membantu siasatan polis, diharap menyalurkan informasi itu kepada balai-balai polis berdekatan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140913/je_02/Soalan-bocor-Keterangan-empat-pegawai-diambil#ixzz3D92wkYtr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua penunggang motosikal maut


SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my">
KUALA PILAH 12 Sept. - Dua penunggang motosikal maut apabila kenderaan yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri dalam kemalangan ngeri di Kilometer 2, Jalan Kuala Pilah-Tampin, hari ini.
Kejadian pada pukul 11.15 pagi di Kilometer 2, Jalan Kuala Pilah-Tampin di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad itu mengorbankan penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Bangi, Selangor yang berasal dari Johol, Amirul Zamri, 22.
Turut terkorban seorang lagi penunggang motosikal, Chin Kok Shong, 51.
Kedua-dua penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian anggota badan dan kepala.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, kejadian itu berlaku selepas motosikal jenis Yamaha 125Z yang ditunggang Amirul dari arah Kuala Pilah menghala ke Tampin cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya tetapi gagal.
"Motosikalnya itu bertembung dengan motosikal Yamaha Y80 yang ditunggang Kok Shong dari arah bertentangan.
"Ekoran pertembungan itu, kedua-duanya cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.
Jelas beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa untuk urusan pengebumian.
Jelas beliau siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian masih lagi dijalankan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140913/je_01/Dua-penunggang-motosikal-maut#ixzz3D92k7Uoi
© Utusan Melayu (M) Bhd