Search This Blog

Saturday, September 6, 2014

Lelaki lena dalam kebakaran

Gerai buah-buahan berkenaan hangus mengakibatkan peniaganya kerugian hampir RM15,000.
Gerai buah-buahan berkenaan hangus mengakibatkan peniaganya kerugian hampir RM15,000.
MARAN - Seorang lelaki ditemui tidur dalam keadaan berbogel di bawah rak buah selepas pihak bomba berjaya memadam kebakaran di sebuah gerai buah-buahan dekat Pasar Maran, semalam. Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai mabuk dan dalam kesejukan ekoran hujan pada malam tadi, dia tidak terjaga dari tidur meskipun gerai tersebut sedang marak terbakar. Peniaga gerai berkenaan, Samsuddin Yaakob, 47, berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di rumah dan hanya diketahui selepas dimaklumkan seorang peniaga santan di Pasar Maran. Menurutnya, kebakaran disedari orang ramai apabila melihat api sedang marak dan tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda termasuk buah-buahan. “Tidak sampai 10 minit api berjaya dipadamkan pihak bomba dan kami tidak menyangka ada orang tidur di dalam gerai ini. “Pihak bomba berasa curiga ketika melihat ada sesuatu di bawah rak yang hanya bahagian atas terbakar. “Apabila disuluh, baharu nampak ada seorang lelaki tanpa pakaian sedang tidur dan masih tidak sedarkan diri namun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. Peniaga Fama itu berkata, kerugian dianggarkan hampir RM15,000 memandangkan semua jenis buah-buahan rosak termasuk peralatan berniaga. Menurutnya, ia merupakan kejadian pertama sejak 10 tahun berniaga berdekatan Pasar Maran dan tidak menolak kebakaran mempunyai kaitan dengan lelaki berkenaan. “Malam tadi hujan dan mungkin kerana kesejukan, dia hidupkan api sehingga menyebabkan kebakaran. “Sebelum ini tiada siapa yang tidur di gerai saya malah semua jenis buah disimpan di gerai,” katanya.

Geng Curi diberkas Toyota Hilux


6 September 2014


MELAKA - Empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes menyamun dan mencuri kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di beberapa negeri termasuk Melaka akhirnya diberkas di Kuala Lumpur.

Mereka yang berusia antara 21 hingga 35 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Kontinjen Melaka dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Cheras    menerusi Ops Hilux di Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki di Flat Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur, diikuti tiga lagi anggota kumpulan itu di Flat Sri Johor.

"Kumpulan ini terlibat dalam lima kes samun dan mencuri Toyota Hilux di Melaka sejak Februari lepas dengan anggaran kerugian kira-kira RM500,000.     "Mereka juga aktif di Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Raja Shahrom berkata kes samun terbaharu melibatkan seorang pemilik berusia 34 tahun di sebuah stesen minyak di Alor Gajah pada 19 Ogos lepas.

Beliau berkata mangsa yang sedang mengisi minyak kenderaannya didatangi dua lelaki bersenjatakan parang sebelum bertindak melarikan kenderaan itu selain rantai emas, telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa.

Keempat-empat suspek terbabit kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 3 September lepas bagi membantu siasatan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.

Empat lagi anggota kumpulan itu sedang dikesan selain kenderaan yang telah dicuri dan dipercayai telah dijual. - Bernama

Tidak tahu diri sudah muflis

Siti Aminah (tengah) menunjukkan segala dokumen berkaitan rumahnya yang telah dilelong.
Siti Aminah (tengah) menunjukkan segala dokumen berkaitan rumahnya yang telah dilelong.
SENAWANG - Seorang wanita berasa terkilan dengan tindakan sebuah bank di negara ini yang didakwa tidak beretika sehingga mengakibatkan dirinya diisytiharkan muflis tanpa sebarang notis sejak 2007.

Menurut pengadu, Siti Aminah Abdullah, 50, difahamkan dia hanya mengetahui telah muflis ketika hendak membuat pembayaran bulanan membabitkan rumah yang dibeli sejak 13 tahun lalu, pada 16 Julai 2011 di sebuah bank dekat Seremban.

“Pihak bank memberitahu, mereka tidak lagi boleh menerima pembayaran bulanan sebanyak RM500 yang dibuat seperti sebelum ini memandangkan saya sudah muflis.

“Saya terkejut mendengar penjelasan itu berikutan tidak pernah dimaklumkan mana-mana pihak, apatah lagi terima sebarang notis melibatkan perkara berkenaan,” katanya yang bergegas ke Jabatan Insolvensi di Shah Alam pada Ogos 2011 untuk mendapatkan pengesahan
ekoran rekodnya disimpan di cawangan terbabit. 

Lebih malang, Siti Aminah terpaksa berputih mata apabila kediaman jenis rumah rakyat di Kampung Jiboi, Ampangan yang dibeli dengan harga RM53,000 secara ansuran selama 15 tahun, dilelong pada 18 Jun 2013.

“Tidak dinafikan, saya pernah menghadapi kesukaran membuat pembayaran bulanan sekitar lapan tahun lalu. Namun, tunggakan selama 11 bulan itu sudah pun diselesaikan pada tahun yang sama, menggunakan wang caruman KWSP saya berjumlah RM6,000.

“Lebih menyedihkan, rumah saya dilelong dengan harga RM40,000 sahaja. Sedangkan harga pasaran pada masa itu sekitar RM120,000,” katanya yang menjelaskan bayaran ansuran bulanan pada asalnya RM333 sebelum meningkat kepada RM483 menjelang 2006.

Apa yang paling menjadi tanda tanya ibu kepada dua anak lelaki berusia 22 dan 19 tahun itu adalah, ke manakah perginya bayaran bulanan dibuat selama ini, lebih-lebih lagi selepas dirinya diisytiharkan muflis pada 2007.
“Maknanya, hampir lima tahun dan tujuh bulan saya bayar untuk perkara yang tidak sepatutnya. Lebih menghairankan, bank tetap menerima pembayaran saya sehingga Jun 2011.
“Lagipun, jika tidak silap saya, seseorang itu akan dikira muflis apabila tidak mampu menyelesaikan hutang minimum RM30,000 dan ke atas. Sedangkan menurut pihak bank sendiri, hutang saya hanya berbaki sekitar RM16,000 sebelum rumah dilelong,” katanya.
Bercerita lebih lanjut, katanya, dia mengambil keputusan untuk menghentikan pembayaran ansuran bulanan mulai Julai 2011 berikutan keengganan pihak bank menerimanya, selain mendapat khidmat nasihat seorang peguam.
“Berdasarkan nasihat diterima, saya tidak perlu lagi meneruskan pembayaran bulanan kerana sudah muflis. Bagaimanapun, tiba-tiba bank menghubungi saya pada 17 Jun lalu sekitar jam 3 petang kerana mahu menuntut bayaran ansuran yang berbaki sebanyak RM25,000.

“Mereka turut mengugut dengan mengatakan saya akan ditangkap sekiranya enggan menjelaskan baki hutang tersebut. Perkara ini benar-benar membingungkan saya kerana jika rumah sudah dilelong, mengapa tidak digunakan hasil itu melangsaikan hutang yang ada,”
katanya. 
Bimbang dengan masalah dihadapi memaksa Siti Aminah membuat laporan polis seawal 18 Jun 2013, seperti disarankan SPRM cawangan Seremban, iaitu pada hari yang sama rumahnya dilelong.

“Itu adalah kali kedua saya membuat laporan polis. Kali pertama pada 4 September 2012, selepas menerima notis daripada pihak bank bagi memaklumkan rumah saya akan dilelong, dengan alasan gagal menjelaskan ansuran bulanan selama empat tahun lebih.

“Hal itu memang tidak masuk akal, memandangkan saya mempunyai rekod pembayaran yang dibuat secara terus kepada bank melalui kaunter,” katanya yang kini terpaksa menyewa di sekitar Ampangan dengan sewa bulanan RM500.

Justeru, Siti Aminah menggesa agensi-agensi berkaitan terutamanya bank supaya memberikan penjelasan sewajarnya, bagi merungkai kekeliruan yang berlaku selama ini.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), Ridzuan Abdullah  akan cuba mengetengahkan masalah dihadapi Siti Aminah kepada pihak-pihak terlibat bagi mencari jalan penyelesaian.

“Selain memaklumkan perkara berkenaan kepada CEO bank yang melelong rumah Siti Aminah, kita akan turut mengutarakan hal itu kepada Bank Negara.

“Masalah ini perlu diberi perhatian serius, memandangkan ia merupakan satu bentuk penindasan oleh institusi kewangan terhadap masyarakat,” katanya.

Dua kenderaan terbakar

Keadaan kereta yang terbakar di Kota Tinggi.
Keadaan kereta yang terbakar di Kota Tinggi.
PASIR GUDANG - Sebuah bas sekolah rosak yang diletakkan secara tiba-tiba terbakar di Jalan Taman Masai Seri Alam, di sini kira-kira jam 2 pagi, semalam. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Zainuddin Sabani berkata, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 pagi. Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, anggota bomba mendapati sebuah bas sekolah rosak terbakar hampir keseluruhan. "Seramai enam anggota terlibat memadam kebakaran kenderaan tersebut dan operasi berjaya ditamatkan pada jam 2.54 pagi. "Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Kemalangan ini tidak melibatkan kemalangan jiwa, "katanya. Sementara itu, di Kota Tinggi, kenderaan persendirian jenis daihastu Feroza turut terbakar yang dilaporkan sedang bergerak dalam kejadian di hadapan Klinik Bandar Tenggara, di sini. Kejadian jam 10.32 pagi itu berjaya dikawal anggota penyelamat kira kira sembilan minit selepas tiba di lokasi kejadian. Kenderaan dipandu seorang lelaki ini dilaporkan disedari pemiliknya menerusi bau hangit dipercayai bermula dari bahagian tayar kenderaan itu. Pihak penyiasat masih mencari punca sebenar insiden yang memusnahkan keseluruhan kenderaan itu.















Remaja cedera dirempuh kereta

Motosikal ini terperosok di bawah kereta selepas terbabit dalam kemalangan di simpang empat berdekatan stesen bas Kuala Dungun, pagi semalam.
Motosikal ini terperosok di bawah kereta selepas terbabit dalam kemalangan di simpang empat berdekatan stesen bas Kuala Dungun, pagi semalam.
KUALA DUNGUN – Seorang remaja lelaki cedera selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta di simpang empat, dekat sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu dipercayai berlaku ketika Ang Wei Quan, 19, dalam perjalanan dari arah Jambatan Kuala Dungun menghala ke bandar.

Ketika tiba di lokasi kejadian, Wei Quan dipercayai gagal mengelak Proton Wira yang datang dari arah Sungai Udang, menyebabkan motosikalnya dirempuh hingga terperosok di bahagian hadapan kereta berkenaan.

Difahamkan, Wei Quan yang bekerja di sebuah kedai aksesori kenderaan, cedera di lengan dan dikejarkan ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan.

Pemandu terbabit yang juga peneroka berasal dari Felda Kerteh Tiga, Hashim Awang, 63 dan isterinya, Minah Aziz yang duduk di tempat duduk hadapan, bagaimanapun tidak cedera.

Polis masih menyiasat kemalangan berkenaan.

Sementara itu, penduduk, Hashim Deraman, 55, berkata, kemalangan kerap berlaku di simpang empat berkenaan.

Justeru katanya, dia mencadangkan pihak bertanggungjawab membina bonggol jalan bagi mengurangkan kelajuan kenderaan sebaik menghampiri simpang berdekatan stesen bas Kuala Dungun itu.

“Kalau boleh, biarlah dapat mengecat garisan kuning, bina bonggol atau papan tanda. Kalau tak buat apa-apa, tidak mustahil kejadian seperti ini akan berulang,” katanya.

40 maut hujan lebat di Pakistan

Penduduk meredah banjir untuk ke tempat perlindungan. Foto ihsan AFP
Tambah kapsyen
LAHORE - PAKISTAN. Lebih 40 orang maut akibat hujan lebat di seluruh Pakistan, semalam, dan pihak berkuasa turut memberi amaran hujan lebat dan banjir kilat akan berterusan.Kebanyakan kematian berpunca daripada ditimpa runtuhan bumbung bangunan kediaman menurut Channel News Asia.Jurucakap Perkhidmatan Menyelamat, Jam Sajjad berkata, sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dalam insiden berbeza melibatkan bumbung runtuh di Punjab dalam tempoh 24 jam lalu.



Kelentong lelaki tatu 2 tupai


Oleh Asmah Rusman
Gombak: Lagak tidak ubah seperti pegawai polis, namun seorang lelaki bertatu dua tupai didapati menyamar apabila kad kuasa digunakan didapati palsu.

Dalam kejadian jam 10.45 malam kelmarin, suspek yang berusia 24 tahun ditahan sepasukan anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Selayang di sini.


Sumber polis berkata, suspek yang memandu kereta ditahan dalam keadaan mencurigakan berhampiran lokasi kolam air panas di sini.

“Sebaik ditahan, lelaki itu terus mengaku sebagai pegawai polis.


“Anggota polis URB kemudian memintanya mengemukakan kad kuasa. Apabila diperiksa, kad itu didapati sudah diubah suai dan dipercayai palsu,” katanya.


Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga mengesahkan nama individu tertera pada kad kuasa itu juga bukan nama sebenar suspek, tetapi dilekatkan gambarnya.

“Suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Selayang di sini, untuk siasatan lanjut. Pemeriksaan pada badan suspek juga menemui tiga MyKad bukan miliknya.

“Suspek juga didapati mempunyai dua tatu tipu pada paha kakinya,” katanya.

Dia berkata, suspek adalah warga tempatan dan berasal dari Bachok, Kelantan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan tangkapan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

Empat pelajar kemalangan di Mesir


Dalam kejadian jam 4 petang (waktu Malaysia) Muhammad Syafiq Abdullah Hashim, Muhammad Miftahuddin Sufiyan,Muhammad Aizuddin Abdul Razak dan Shukri Muslim Maulana Mahamad Anuar yang menaiki teksi dalam perjalanan pulang ke Zagazig dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum kenderaan dinaiki terbabit kemalangan. 
Duta Besar Malaysia di Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari berkata, Muhammad Syafiq mengalami pendarahan dalam otak dan retak tulang belakang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu. 

Menurutnya, sehingga kini dia masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bernafas menggunakan alat bantuan. Keluarganya dijangka tiba dua hari lagi untuk melihat keadaan mangsa.
Foto
DUA daripada empat mangsa yang mendapatkan rawatan di hospital.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

Diselamat penyamun


Dalam kejadian jam 7.30 malam semalam, mangsa disamun suspek ketika sedang berjalan kaki menuju rumah rakannya di Jalan Sungai Besi di sini. 
Suspek yang merampas wang tunai milik mangsa bagaimanapun bersimpati sebelum memapah mangsa masuk ke dalam keretanya. 

Penjenayah dipercayai berusia 30-an itu kemudian menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Sivam, 33, berkata, dia mulanya menerima panggilan kecemasan daripada adiknya mendakwa ditikam seorang lelaki di pinggang.

Menurutnya, dia kemudian bergegas pergi ke lokasi kejadian berdasarkan maklumat diberikan adiknya. 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya terkejut apabila mendapati adik saya tiada di situ. 

“Saya cuba menghubungi adik saya semula, namun dia memberitahu suspek menghantarnya ke hospital selepas mendapati adiknya mengalami pendarahan teruk akibat ditikam,” katanya. 

Sebaik tiba di hospital, dia mendapati adiknya itu sudah menerima rawatan. 

Susulan kejadian itu Sivam membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/06

‘Raja ganja’ tumpas


Kuala Lumpur: Seorang pengedar dadah digelar ‘raja ganja’ akhirnya tumpas selepas polis berjaya menahan suspek dalam operasi khas dijalankan di Kampung Baru, semalam.
Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari itu, sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya menahan suspek berusia 54 tahun. 
Ketika diberkas, suspek sedang membungkus beberapa ketulan ganja mampat di sebuah rumah teres dipercayai mahu diserahkan kepada pembeli. 

Ketua JSJN Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, hasil serbuan itu polis merampas ganja seberat 60 kilogram dianggarkan mencecah nilai RM500,000.
Foto
WAN Abdullah (kanan) menunjukkan ganja yang dirampas.

“Polis menjalankan risikan sejak dua minggu lalu terhadap aktiviti suspek yang dipercayai turut menjual ganja kepada golongan belia tempatan.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/06

3 maut motor bertembung


Betong: Tindakan tiga sahabat menaiki sebuah motosikal dengan melawan arus membawa padah apabila motosikal itu bertembung dengan sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menyebabkan tiga maut dalam kejadian di Jambatan Sungai Bakir, Bungin, Spaoh, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, penunggang motosikal pertama jenis Yamaha, Asmirul Sanusie, 21, maut di lokasi kejadian, manakala dua rakan perempuannya, Era Naziera Yusof dan Natasha Nurul Afikah, masing-masing berusia 17 tahun parah dan dikejarkan ke Hospital Betong.
Manakala, sebuah lagi motosikal Modenas Kriss yang ditunggang Saimi Mazali, 52, dan pembonceng, Awet Sapali, 48 maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Aidil Bolhassan berkata, motosikal yang dinaiki seorang penunggang dan dua pembonceng itu dipercayai dalam perjalanan ke Bungin dengan menunggang di laluan bertentangan.
Foto
TIGA mangsa maut dalam kemalangan di Jambatan Sungai Bakir.

Katanya, ketika berada di atas jambatan berkenaan, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang dalam perjalanan ke Manggut, di sini, itu tidak perasan kehadiran sebuah lagi motosikal lain di laluan mereka.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

Graduan ‘jurusan’ dadah


Georgetown: Dengan hanya berpandukan buku formula perubatan sebagai rujukan, seorang graduan lelaki dari sebuah universiti di England sanggup menyalahgunakan kepintaran dimilikinya untuk menghasilkan pelbagai jenis dadah sintetik bernilai hampir dua juta ringgit.
Bagaimanapun, tindakan graduan dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) berusia 33 tahun itu berakhir apabila polis menyerbu sebuah banglo dua tingkat di Jelutong dekat sini, yang dijadikan makmal memproses dan merampas pelbagai jenis dadah RM1.93 juta. 
Dalam serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri jam 3 pagi kelmarin, suspek ditahan bersama ibu mentuanya berusia 51 tahun yang berasal dari Vietnam. 

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan berkata, polis pada mulanya menahan lelaki terbabit di tepi jalan di kawasan Jelutong dan merampas dadah jenis syabu seberat 6.7 gram daripada suspek.
Foto
THAIVEEGAN menunjukkan dadah yang berjaya dirampas.

Katanya, susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah pangsa di kawasan berhampiran dan menahan ibu mentua kepada lelaki itu.

“Dalam serbuan kedua, polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 121 gram dan lapan pil Ecstacy. Susulan penahanan kedua-dua suspek terbabit kemudian membawa kepada serbuan di sebuah banglo yang dijadikan makmal memproses dadah. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 
Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/06

Banduan sorok dadah dalam kafeteria


Batu Gajah: Cubaan seorang banduan lelaki di Penjara Batu Gajah menyembunyikan dadah jenis heroin seberat 137 gram di kafeteria penjara itu terbongkar selepas tindakannya dikesan pegawai penjara berkenaan.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, banduan berusia 29 tahun itu ditahan pegawai penjara selepas didapati memiliki tiga peket plastik lut sinar berisi serbuk dipercayai dadah jenis heroin.

Sumber berkata, siasatan lanjut terhadap suspek yang juga tahanan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) itu membongkar tindakannya menjadikan almari pinggan dalam kafeteria itu sebagai tempat menyimpan dadah berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada dadah ditemui itu untuk kegunaan sendiri atau dibekalkan kepada banduan lain serta sejak bila suspek mula menyeludup bekalan dadah itu ke penjara.

Katanya, pengakuan awal suspek dari Taiping itu mendakwa memperoleh bekalan dadah daripada kakitangan penjara, namun beliau enggan mendedahkan identiti kakitangan.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan tetapi enggan mengulas lanjut.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

10,000 zink bertaburan


Dalam kejadian jam 6 pagi itu, treler dipandu, Halim Othman, 42, dalam perjalanan dari Pasir Gudang, Johor menghantar muatan 10,000 keping zink ke Rawang, Selangor. 
Halim berkata, ketika kejadian dia memandu di lorong kiri, namun tiba-tiba ternampak gerabak belakang treler terbuai ke kiri dan kanan jalan sebelum hilang kawalan dan terbalik di lorong kecemasan. 

Beliau berkata, dia bersyukur kerana tidak cedera.
Foto
PETUGAS PLUS melakukan pembersihan selepas treler membawa muatan zink terbalik.

“Sepanjang memandu kenderaan berat selama ini, belum pernah saya terbabit kemalangan namun kejadian pagi tadi (semalam) cukup mendebarkan apabila saya melihat sendiri bagaimana gerabak terbalik beberapa kali dan hancur di atas jalan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

Lima minit rompak guna M16


Dalam kejadian jam 11.35 pagi semalam, suspek yang menaiki tiga motosikal merompak premis berkenaan yang terletak di Pasaraya Giant, Subang Jaya di sini. 
Sumber polis berkata, tiga daripada kumpulan penjenayah berkenaan bertindak meluru masuk ke dalam kedai emas manakala tiga lagi rakan mereka menunggu dengan motosikal di luar pasaraya. 

“Difahamkan kedai emas berkenaan baru memulakan operasi manakala tiga pekerjanya sedang menyusun atur barang kemas di meja pameran.
Foto
VIDEO rakaman kamera litar tertutup menunjukkan enam suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal.

“Suspek kemudian mengugut dengan mengacukan senjata api itu kepada pekerja kedai emas. Mereka kemudian memaksa mangsa menyerahkan barang kemas dari dalam meja pameran,” katanya.

Katanya, penjenayah tidak mengambil semua barang kemas sebaliknya melarikan diri sejurus memperolehi sebahagian kecil daripada barang kemas itu. 

“Tiga perompak itu kemudian melarikan diri bersama tiga rakan lain menaiki motosikal. Kejadian rompakan itu berlaku kurang dari lima minit. 

“Penjenayah berjaya melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000 sahaja,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

Hujan ragut 89 nyawa


Hujan lebat yang melanda Pakistan selama dua hari berturut-turut meragut lebih 70 nyawa.

Dalam pada itu, pihak berkuasa melancarkan operasi memindahkan penduduk di kawasan rendah di sekitar sebuah sungai utama negara itu.

Semua kematian berlaku di wilayah padat penduduk di Punjab dan Kashmir yang ditadbir Pakistan dengan kebanyakannya berpunca daripada runtuhan rumah dan renjatan elektrik.

Pakistan mengalami banjir teruk sejak empat tahun lalu dengan 178 orang terbunuh tahun lalu dan kira-kira 1.5 juta penduduk di seluruh negara terjejas.

Pihak berkuasa pengurusan bencana (NDMA) memberi amaran mengenai kemungkinan banjir di tiga lagi bandar di sepanjang sungai Chenab di Punjab serta mengarahkan penduduk di kawasan rendah dan terdedah kepada bencana itu berpindah.



Tentera juga dikerah menghantar bantuan makanan di timur Punjab serta diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Lahore.

“Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan 108 lagi cedera di Punjab, 18 daripada mereka mati dan 53 cedera di Lahore,” kata Rizwan Nasser, pengarah perkhidmatan keselamatam di Punjab.

Dia mengingatkan kemungkinan angka kematian itu meningkat memandangkan laporan daripada kampung di kawasan pedalaman masih belum diterima.

Di wilayah Kashmir yang ditadbir negara itu, sekurangnya-kurangnya 31 orang terbunuh dengan sembilan cedera.

“Kebanyakan mereka mati akibat tanah runtuh, dihempap bangunan dan mati lemas,” kata jurucakap agensi pengurusan bencana tempatan, Akram Sohail.

Tiga anggota tentera juga mati dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pergunungan yang bersempadan dengan India.

Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/06

Mayat wanita tua dalam peti sejuk


Tijuana: Seorang wanita warga Amerika Syarikat yang berusia 93 tahun ditemui mati dalam peti sejuk di rumahnya.

Mayat itu ditemui di rumahnya di Playas de Rosarito di bandar peranginan Mexico, 25 kilometer dari sempadan California.

Kira-kira 14,000 warga Amerika, kebanyakannya pesara, menetap di bandar itu.

Peti sejuk dua pintu itu diikat dengan tuala.

Mayat wanita berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda keganasan, kata jurucakap polis Tijuana, Jesus Antonio.

Menurutnya, wanita itu dikenalpasti Hellen Minley dari Ohio dan tinggal di rumah itu bersama beberapa pekerja yang diupah untuk menjaganya.

Pekerja berkenaan tidak berada di rumah dan polis melancarkan gerakan menjejaki mereka.

- Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

29 pelombong terperangkap selamat


Zenica, Bosnia: Pasukan penyelamat berjaya menarik keluar kira-kira 30 pekerja lombong arang batu manakala sekurang-kurangnya lima dikhuatiri maut semalam selepas terperangkap akibat kejadian ledakan batu.

Mereka yang terselamat berjaya dikeluarkan selepas hampir 18 jam terperangkap di bawah tanah.

Pengurus lombong Raspotocje, Esad Civic berkata, 29 daripada 34 pekerja yang terperangkap diselamatkan selepas berada setengah kilometer di bawah tanah.

Kejadian berpunca daripada gempa bumi dengan magnitud 3.5 yang melanda kawsan itu petang kelmarin.



Ketua kesatuan pekerja lombong Sinan Husic berkata, lima orang mungkin terbunuh dalam kejadian itu.

Ledakan batu itu kejadian ketiga tahun ini di lombong arang batu terbabit.

Kejadian terdahulu mengakibatkan 16 pekerja cedera.

Lombong di Raspotocje itu menghasilkan arang batu untuk syarikat utiliti terbesar Bosnia, EPBiH.


- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

Bekas kakitangan agensi kerajaan diberkas disyaki terbabit kes tipu


KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 40 tahun diberkas polis kerana disyaki menipu seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) melibatkan wang berjumlah RM2,599 pada Feb lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Superintendan Saiman Kasran berkata suspek, bekas kakitangan sebuah agensi kerajaan itu diberkas di Kudat ekoran laporan polis yang dibuat oleh mangsa, seorang wanita berumur 25 tahun, pada 6 Januari lepas.
Saiman berkata dalam laporan itu, mangsa mendakwa telah menerima SMS yang kononnya dia memenangi hadiah utama bernilai RM20,000 yang ditawarkan Shell (M) Berhad.
Atas arahan suspek, pengadu kemudian memasukan wang RM1,099.47 ke dalam nombor akaun Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd yang diberikan suspek serta yuran peraduan sebanyak RM 1,500 dalam satu akaun Bank Simpanan Nasional.
Tidak cukup dengan itu, pengadu juga disuruh membeli kupon tambah nilai Maxis RM60 sebanyak lima keping dan menghantarkan nombor pin isian semula berkenaan melalui SMS kepada suspek, katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun, selepas semua transaksi berkenaan selesai, mangsa mula merasa curiga lalu menghubungi suspek namun gagal kerana suspek telah memutuskan talian telefonnya.
Saiman berkata siasatan awal di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan mendapati lelaki itu merupakan suspek utama dalam enam kes penipuan serupa melibatkan pelanggan di Johor Baharu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan and Melaka. - BERNAMA

Buruh didenda RM2,500 simpan pakaian dalam curi



SEORANG buruh, M Nagenthiran, 28, didenda masing-masing sebanyak RM2,500 dan RM500 oleh Mahkamah Majistret Kampar, hari ini selepas mengaku bersalah menyimpan harta curi dan gagal menjelaskan pemilikan barangan itu. - Foto Muhaizan Yahya
KAMPAR: Seorang buruh hari ini didenda masing-masing sebanyak RM2,500 dan RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menyimpan harta curi dan gagal menjelaskan pemilikan barangan itu.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara masing-masing enam bulan dan sebulan jika gagal membayar kedua-dua denda berkenaan.
M. Nagenthiran, 28, membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.
Lelaki itu didakwa menyimpan harta curi berupa tujuh helai baju dalam pelbagai warna dan jenama, sehelai baju t-shirt dan sehelai seluar dalam bernilai RM100 milik seorang wanita.
Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Nagenthiran yang tidak diwakili peguam juga didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingg setahun atau kedua-duanya, kerana gagal menjelaskan dengan munasabah bagaimana dia mendapat barangan curi yang disimpannya itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di alamat kediaman No. C-30 Perumahan Awam 2, Malim Nawar, pada jam 3 pagi, 3 September lalu.
Pertuduhan asal Nagenthiran adalah di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah rumah di kediaman mangsa yang sama di Lot 2378 Kampung Muhibbah, Malim Nawar di sini pada jam 2 pagi hingga 7 pagi, 9 Ogos lalu, dengan tujuan mencuri kesemua barang itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Loke Kok Mun.
- BERNAMA

Pemain digantung 70 perlawanan hantuk muka pengadil

VIENNA: Gara-gara menghantuk muka pengadil, seorang pemain bola sepak Austria menerima padah apabila digantung dengan rekod 70 perlawanan ketika perlawanan Divisyen 5, di sini, semalam.
Persekutuan Bola Sepak Tyrol yang mengesahkan perkembangan itu semalam berkata, pemain berkenaan, Ismail Gunduz adalah dari pasukan SK Rum, Ismail Gunduz.
"Penggantungan 70 perlawanan dibuat tanpa pengetahuan kami. Tetapi perbuatan yang sudah dilakukan itu setimpal dengan kesalahan dilakukan," kata jurucakap badan itu, Horst Scherl.
Insiden pada Sabtu lalu membabitkan perlawanan antara SK Rum dan SPG Innsbruck West di bandar Tyrol, di kawasan barat Austria.
Gunduz dikatakan menghantuk muka pengadil apabila dia mahu diberi kad kuning kedua selepas minit ke-86, ketika pasukannya ketinggalan 2-3.
Pengadil itu dimasukkan ke hospital dengan mulut tercedera dan perlawanan itu terpaksa ditangguhkan.
Pemain berumur 26 tahun itu turut digantung kelabnya dan dikenakan denda RM1,059 (257 Euro). - AFP