Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

Pencuri Disumbat Mulut Dengan Bangkai Itik


Kadang-kadang hukuman paling berkesan bagi penjenayah bukanlah penjara tapi sesuatu yang menjatuhkan air muka pelakunya.
Sebagai contoh di Selatan China, dua remaja lelaki pasti tidak akan berani mencuri lagi selepas mereka diaibkan dengan dahsyat.
Dua remaja 14 tahun tersebut asalnya mencuri itik-itik di sebuah kolam sebelum perbuatan mereka disedari penduduk kampung.
Mereka kemudiannya ditangkap dan disuruh melutut di tepi jalan dengan itik disumbat ke dalam mulut.



itik2

itik5
itik6

Keadaan mereka menimbulkan kehairanan orang ramai dan kenderaan yang melalui jalan tersebut hingga ramai datang mengerumuni mereka bagi mengetahui hal sebenar.


Ketua Kampung yang dikenali sebagai Yong Ku berkata, dua remaja tersebut layak dihukum begitu kerana mereka sudah beberapa kali kantoi mencuri barangan penduduk untuk mendapatkan wang bagi membeli rokok dan minuman keras.

Fikir-fikir semula rasanya hukuman ini jauh lebih baik daripada cara rakyat Malaysia yang suka membelasah pencuri setiap kali berjaya ditangkapkan. 
http://um-fabolous.blogspot.com/2014/08/5-gambar-pencuri-disumbat-mulut-dengan.html#

Mabuk bawa padah

Sebahagian tubuh Kao tersekat ketika dia cuba merangkak keluar dari kios ATM di wilayah Zhejiang.
Sebahagian tubuh Kao tersekat ketika dia cuba merangkak keluar dari kios ATM di wilayah Zhejiang.
HANGZHOU - CHINA. Seorang lelaki mabuk di China menerima padah selepas sebahagian tubuhnya tersekat ketika dia cuba merangkak keluar dari kios mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Jurucakap bomba di wilayah Zhejiang, Hsin Ke memberitahu, maklumat diterima selepas orang awam bertindak membuat aduan selepas mendapati mangsa dikenali sebagai Cheng Kao pengsan berhampiran kios terbabit.

"Usaha mengeluarkan Kao sukar kerana dia masih mabuk dan gagal mendengar arahan dengan jelas. Kami terpaksa memecahkan panel kaca sebagai jalan terakhir," jelasnya.

Difahamkan, Kao mengambil keputusan keluar dari ruang pengudaraan kecil di bawah panel kaca itu selepas gagal membuka pintu kios tersebut akibat tersalah memasukkan nombor pin.

Sementara itu menurut laporan Daily Mail, pihak berkuasa memaklumkan, lelaki malang terbabit perlu membayar ganti rugi membaik pulih kios ATM tersebut.

Awal tahun lalu, seorang lelaki di wilayah Sichuan terpaksa menahan kesakitan selama enam jam selepas tangannya tersekat ketika dia cuba untuk mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh di dalam lubang tandas.

APMM tahan 10 PATI dalam operasi di perairan Selangor



APMM berjaya menahan dan menangkap sebuah bot yang membawa PATI seramai 10 orang dalam satu operasi di perairan Selangor, semalam. - Foto Ihsan APMM
KLANG: Sekumpulan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua beranak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Klang dalam satu operasi di perairan Selangor, semalam.
Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Klang, Kapten Maritim Mohd Aliyas Hamdan, berkata PATI yang diberkas terdiri daripada seorang tekong dan dua awak-awak warga Indonesia, tiga warga Somalia dan empat warga Bangladesh.
Kumpulan itu ditahan dalam satu operasi kira-kira 7.2 batu nautika di barat daya Sekinchan pada kira-kira jam 1 tengah hari.
"Semua mereka yang berumur dalam lingkungan 10 hingga 43 tahun itu ditahan hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot kayu tidak bernombor yang dipercayai dalam perjalanan ke sempadan Malaysia-Indonesia.
"Siasatan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Aliyas berkata, ketika pemeriksaan ke atas bot berkenaan, hanya tekong saja berada di bahagian geladak manakala sembilan yang lain bersembunyi dalam tempat menyimpan ikan.
Beliau berkata, semua tahanan termasuk seorang ibu warga Somalia dan anak perempuannya berumur 10 tahun dibawa ke Jeti Daerah Maritim Klang untuk disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen. - BERNAMA

Geng samun guna kereta curi tumpas


WARTAWAN SINAR HARIAN
31 Ogos 2014

ALOR SETAR - Tindakan kurang bijak sekumpulan lelaki menggunakan kereta curi untuk melakukan kegiatan menyamun membawa padah apabila dikesan polis semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, suspek terdiri dari tiga orang lelaki berumur dalam lingkungan 20 hingga 24 tahun.

Menurutnya, kes samun pertama berlaku kira-kira jam 7.45 pagi di kawasan berhampiran kedai rangkaian runcit serbaneka 24 jam, Jalan Datuk Kumbar.

“Sewaktu kejadian suspek menyamun kereta perodua Kenari milik seorang wanita. Mangsa kemudian segera membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Selang tempoh dua jam kemudian, sekitar jam 10 pagi satu lagi kejadian samun dilaporkan berlaku di Pendang dan suspek menyamun dua telefon bimbit milik wanita lain,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, semalam.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya.

“Maklumat mengenai kedua-dua kes samun itu dimaklumkan ke semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi mengesan suspek.

“Hasil tindakan pantas unit kereta peronda dan bilik gerakan IPD Kota Setar dan Pendang berjaya mengesan kereta berkenaan berhampiran di kawasan Kota Sarang Semut. Semua suspek berjaya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Baling kerusi dalam mesyuarat

Perwakilan dan anggota Rela cuba mententeramkan perwakilan yang hadir.
Perwakilan dan anggota Rela cuba mententeramkan perwakilan yang hadir.
POKOK SENA - Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dicemari insiden baling kerusi ketika perwakilan memulakan persidangan.

Kekecohan tercetus selepas perasminya, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan majlis perasmian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung.

Ketika perwakilan ingin meneruskan persidangan, mereka dikejutkan dengan sekumpulan perwakilan bahagian itu membuat bising dan bertekak, tanpa diduga membaling kerusi berdekatan.

Insiden itu kemudian dileraikan perwakilan dan anggota Rela yang hadir dan keadaan menjadi kecoh seketika sebelum kumpulan berkenaan keluar dewan.

Bagaimanapun, persidangan diteruskan selepas keadaan kembali terkawal.

Setiausaha Kerja Umno Kedah, Haris Che Mat berkata, Umno Bahagian Pokok Sena akan membuat laporan terperinci berhubung insiden kekecohan itu yang berlaku sewaktu mesyuarat perwakilan untuk diserahkan kepada Umno Pusat dan negeri.

“Berdasarkan siasatan awal kami dapati kekecohan ini sengaja dicetuskan pihak tertentu, yang mahu melihat mesyuarat itu ditangguhkan namun tindakan itu tidak berhasil apabila mesyuarat diteruskan selepas keadaan kembali aman,” katanya.

Menurutnya, kesemua perwakilan yang hadir sepakat mahu mesyuarat diteruskan walaupun pihak terbabit mencetuskan provokasi serta mengajak perwakilan lain meninggalkan mesyuarat.

“Laporan mengenai kejadian ini akan diserahkan dalam tempoh terdekat dan kita akan tunggu tindakan selanjutnya,” katanya.

Haris yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Pokok Sena berkata, beliau amat kecewa dengan kejadian itu dan menyifatkan tindakan provokasi yang dibuat segelintir pihak tidak mencerminkan kemahuan ahli-ahli Umno bahagian itu.

“Kekecohan itu hanya dibuat segelintir pihak dan majoriti perwakilan tidak mempunyai masalah dengan cara pemilihan calon G7 yang dibuat hari ini. Saya ingin nasihatkan perwakilan jangan buat sesuatu yang boleh memudaratkan parti, seeloknya dibincangkan secara berhemah,” katanya.

Insiden itu merupakan kejadian kali pertama yang berlaku ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena.

Umno Bahagian Pokok Sena diterajui kepimpinan baharu bagi penggal 2013-2016, apabila Said Ali Said Rastan yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian mengetepikan Datuk Ahmad Lebai Sudin yang juga Adun Bukit Lada, bagi jawatan Ketua Bahagian.

Manakala Datuk Ariffin Man merupakan Timbalan Ketua Bahagian.
Pada Februari lalu, Sinar Harian pernah melaporkan kemelut yang melanda Umno bahagian itu, yang berpecah kepada dua puak, iaitu mereka yang menyokong kepimpinan lama dan sebahagian pula menyokong kepimpinan baharu yang menang pada pemilihan lepas.

Sorok dadah dalam seluar dalam

dadah
BERA - Taktik seorang pengedar menyorokkan dadah di dalam seluar dalam yang dipakainya berjaya dikesan polis semasa melakukan serbuan di sebuah rumah dekat Felda Sebertak, dekat sini.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata, rakan suspek yang berada dalam bilik rumah itu turut ditahan dalam serbuan pada jam 12.50 tengah hari hasil maklumat orang awam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan fizikal ke atas suspek menemui dadah jenis heroin dan syabu disorokkan dalam lubang khas yang direka pada seluar dalam terbabit.

“Kedua-dua jenis dadah itu turut dijumpai di dalam tiang kaki katil seberat 218.9 gram yang dianggarkan bernilai RM25,686 serta wang tunai RM3,500, penimbang digital dan plastik pembungkusan dadah turut dirampas.

“Ujian saringan awal ke atas kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 30 an itu didapati positif dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), dekat sini.

Serbuan diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Inspektor Mohd Syahrul Nizam Jamil bersama tujuh anggota semasa melaksanakan tugas Ops Tapis Bersepadu.

Suspek dipercayai baharu menerima stok bekalan dadah untuk diedarkan di sekitar tanah rancangan berdekatan berikutan penemuan penimbang digital dan dadah yang siap dibungkus dalam peket kecil.

Zul Haizal berkata, ibu bapa kepada seorang suspek turut ditahan kerana berada dalam rumah itu ketika serbuan untuk membantu siasatan.

“Seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau malah baharu sahaja dibebaskan dari Pusat Pemulihan Akhlak di Batu Gajah Mei lalu.

“Semua yang ditangkap ditahan reman sehingga 2 September ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A (2), Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, seorang ibu tunggal anak satu berbangsa Melayu turut ditahan di rumah keluarganya dekat Felda Mayam, di sini kerana dipercayai bergerak aktif dalam aktiviti pengedaran dadah.

Suspek yang juga anak peneroka di sini ditahan pada 24 Ogos lalu pada jam 9 pagi itu mempunyai rekod lampau pada tahun 2010 dan 2011.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah Pencegahan Khas 1985.

2 ahli Shebab dihukum mati


Mogadishu: Mahkamah tentera di Somalia menjatuhkan hukuman mati terhadap dua anggota Shebab kerana membunuh seorang wartawan.

Perkara itu didedahkan Menteri Penerangan Somalia Mustafa Duhulow, semalam.
“Mereka berdua mengakui perbuatan itu dan selepas perbicaraan diselesaikan kedua-duanya dihukum tembak,” katanya.

Katanya, tertuduh mengaku membunuh wartawan Universal TV Mohamed Mohamud Timacade pada Oktober 2013 sebelum dijatuhkan hukuman, Isnin lalu.


Timacade ditembak beberapa kali di leher, dada dan bahu selepas kereta dipandunya diserang. Seorang pengawal keselamatan turut terkorban dalam kejadian itu.




Buat masa ini belum jelas sama ada mereka sudah menjalani hukuman itu, namun lazimnya hukuman mati dilaksanakan secepat mungkin di Somalia.

Somalia antara negara paling berbahaya untuk wartawan kerana bukan saja berdepan serangan pejuang Shebab malah juga daripada kerajaan sendiri. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

Anjing makan mayat mangsa Ebola


Monrovia (Liberia): Anjing liar menggali mayat mangsa virus Ebola yang ditanam dan memakannya.

Seorang penduduk perbandaran Johnsonville berdekatan Mornrovia yang berang dengan kejadian, menyatakan kebimbangannya selepas sekumpulan anjing dilihat menggali mayat dari sebuah tanah ‘perkuburan Ebola,’ mengheretnya ke tempat awam dan memakan daging berkenaan.


Kejadian mengerikan itu berlaku selepas tiga minggu pegawai kesihatan kerajaan terpaksa mengambil ‘langkah terdesak’ untuk membasmi kadar jangkitan yang mengancam nyawa dengan menanam segera mayat berkenaan walaupun mendapat bantahan penduduk untuk menggunakan tanah mereka.

Bagaimanapun, bagi mengelak perbalahan, Kementerian Kesihatan Liberia menggali kubur pada waktu malam untuk elak sebarang konflik yang menjadikan mayat berkenaan sasaran haiwan pembangkai, kata penduduk. - Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

Menteri skandal penulis blog


Wellington: Menteri Kehakiman New Zealand Judith Collins meletak jawatan semalam akibat desas-desus yang mengaitkannya dengan penulis blog yang kontroversi.

Keputusannya itu hanya tiga minggu sebelum pilihan raya umum negara berkenaan dan dilihat mampu memberi kesan terhadap pelantikan semula Perdana Menteri John Key untuk penggal ketiga.
Parti pembangkang rata-rata melihat kejadian itu sebagai perkembangan positif manakala Key nyata mengharapkan peletakan jawatan Judith akan menutup sebarang persepsi negatif terhadap partinya.

Judith antara menteri paling penting dalam barisan Kabinet Key malah ada yang melihatnya sebagai bakal perdana menteri negara itu.


Wartawan sambilan dan aktivis Nicky Hager mendedahkan Judith pernah mengadakan perbincangan dengan penulis blog Cameron Slater dalam bukunya ‘Dirty Politics’ yang diterbitkan awal Ogos.




Buku itu mendedahkan antara lain e-mel daripada blog Slater yang diperolehnya.

Bagaimanapun, Key tidak menyebut langsung mengenai buku itu ketika mengumumkan peletakan jawatan Judith, sebaliknya menegaskan pihaknya menerima maklumat yang negatif membabitkan perlakuannya sebagai menteri.

“Maklumat diterima memberi gambaran dia mungkin terbabit dalam perbincangan dengan seorang penulis blog pada 2011 yang bertujuan mendedahkan kepincangan seorang pegawai kanan ketika itu.

“Pada masa itu, dia adalah menteri yang bertanggungjawab terhadap jabatan pegawai kanan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Key turut mendedahkan e-mel ditulis Slater pada 2011 yang dihantar kepada beberapa orang yang menyebut perbincangan diadakan dengan Judith untuk ‘mengenakan’ pegawai kanan terbabit.

Sementara itu, Judith dalam satu kenyataan berkata e-mel berkenaan tiada kaitan dengannya selain menafikan bertindak di luar batasan.

Sebaliknya, katanya, dia meletak jawatan untuk mengelak isu itu dijadikan alat untuk menjatuhkan Key atau Parti Nasional dipimpinnya ketika kempen pilihan raya.

Bagaimanapun, dia menegaskan akan tetap aktif dalam politik dan bercadang berkempen untuk dilantik semula.

Sementara itu, Slater dalam penulisan blognya semalam berkata, dia bersimpati dengan nasib Judith yang dianggap seorang rakan dan mangsa kempen berhaluan kiri.

“Permainan’ ini sungguh indah namun amat kotor dan kejam,” katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

Terima pampasan selepas alat sulit cedera



Shanghai: Seorang kanak-kanak lelaki menerima pampasan selepas alat kemaluannya cedera akibat menggunakan mangkuk tandas di sebuah hotel.

Kejadian berlaku pada 31 Julai tahun lalu apabila Liang Liang menggunakan mangkuk tandas di hotel bertaraf empat bintang dengan ibu bapanya.
Pihak pengurusan hotel memohon maaf kepada keluarga terbabit namun ibu bapa Liang masih tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

Selepas pulang ke Shanghai dan menjalani rawatan tiga bulan mereka kembali dan meminta ganti rugi daripada pemilik hotel berkenaan.


Pihak hotel enggan bertanggungjawab dan ibu bapa Liang memfailkan saman di mahkamah Changning Mac lalu menuntut 84,000 yuan (RM43,100) sebagai bil rawatan dan perjalanan.




Hasil siasatan 8 Ogos, penyiasat mendapati mangkuk tandas berkenaan sudah ditukar baru. Disebabkan bahan bukti dimusnahkan, mahkamah memutuskan pihak hotel membayar sebahagian tuntutan 17,000 yuan (RM8,722) kepada keluarga terbabit sebagai ganti rugi. -Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

Suspek skandal teksi mafia serah diri


Bangkok: Anak lelaki bekas datuk bandar Patong, Pian Keesin yang dikaitkan dengan skandal teksi mafia di Phuket, berikrar menyerah diri kepada pihak berkuasa Isnin ini.

Mesej dalam laman akaun Facebook milik anak lelaki Pian Preechawut ‘Prab’ Keesin Khamis lalu berbunyi: “Saya akan menyerah diri Isnin. Sekarang saya amat sibuk dan tidak dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa.”
“Jika benar saya ‘angyee’ (orang yang terbabit dalam organisasi jenayah) bagaimana pula dengan pegawai negeri yang meminta bantuan saya selama 10 tahun?” katanya.

Mesej itu juga mengatakan Prab dikhianati dan mahu menegakkan keadilan.


Ia disiarkan pada hari sama rumah dan pejabat Pian di tambong Patong daerah Kathu diserbu lebih 100 anggota polis.




Pian dan Prab dikehendaki pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan awal minggu ini atas dakwaan terbabit dalam organisasi jenayah dan menjalankan perniagaan haram.

Prab dilaporkan berada di Bangkok atas alasan perniagaan ketika rumahnya diserbu sementara kedudukan terkini bapanya masih tidak diketahui.

Pesuruhjaya Wilayah Leftenan Jeneral Panya Mamen berkata Khamis lalu, Jabatan Pegawai Hasil dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLO) dalam proses memeriksa dokumen dan bukti mengaitkan kedua-dua suspek. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

Piala Malaysia: Kecoh di Petra Jaya, penyokong merusuh



PENYOKONG Sarawak menyalakan suar selepas tamat perlawanan Piala Malaysia antara Perak bertemu Sarawak di Stadium Negeri. - Foto Mas Adib Saie
KUALA LUMPUR: Kecewa dengan keputusan seri 1-1 dilakar Sarawak ketika berdepan Perak dan mutu pengadilan dianggap rendah, ratusan penyokong skuad negeri itu merusuh di dalam dan luar Stadium Negeri, Petra Jaya, malam tadi.
   Keputusan yang mengakibatkan skuad Ngap Sayot tersingkir dalam kempen Piala Malaysia itu menyaksikan penyokong bertindak meluru masuk ke kawasan balapan sebelum menendang papan iklan dan melempar papan berkenaan ke dalam padang.
   Lebih memburukkan keadaan, di luar stadium, sekumpulan penyokong fanatik kemudian bertindak membaling sekurang-kurangnya empat suar ke arah deretan kenderaan polis, termasuk melempar mercun.
   Selain detuman mercun, bunyi botol dipecahkan dan laungan 'merdeka' oleh penyokong fanatik terbabit turut kedengaran dengan pihak berkuasa tenang mengawal keadaan.

ANTARA kenderaan polis yang dibakar selepas perlawanan Piala Malaysia antara Perak melawan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching. - Foto Mas Adib Saie
   Difahamkan punca utama kepada tindakan tidak bermoral ini adalah disebabkan keputusan penjaga garisan yang membenarkan jaringan gol oleh pemain import Perak, Marco Tulio Lopes Silva pada minit ke-76 sekalipun didakwa pemain Sarawak - ofsaid.
   Seramai 100 anggota keselamatan terdiri daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) cuba mengawal keadaan walaupun suar dibaling ke arah mereka.
   Di Luar stadium, 20 anggota Pasukan keselamatan dari Unit Pencegah Rusuhan (PORU) dilihat hanya berkawal berdekatan trak polis dan tidak mendekati sekumpulan 100 penyokong bagi mengelak insiden bertambah buruk.
   Kira-kira 600 penyokong Sarawak berkumpul di luar stadium namun majoritinya hanya mahu melihat situasi yang berlaku. 
   Keadaan kembali tenang selepas 40 minit kejadian rusuhan berlaku tanpa ada sebarang kecederaan membabitkan penyokong Sarawak mahupun pasukan keselamatan. 
   Sebelum perlawanan, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) tidak membenarkan jualan tiket buat penyokong Perak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.




Lebih 200 anggota PPS ditahan polis


GEORGETOWN: Lebih 200 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Padang Kota, di sini, pagi ini.
Mereka ditahan kira-kira jam 10.15 pagi, berdekatan bulatan di Jalan Lebuh Pantai sebelum melintasi pentas utama.
Semua anggota PPS dilihat memberi kerjasama dengan baik dan dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk siasatan lanjut.
Sehingga kini, wakil media masih menunggu di hadapan Balai Polis Lebuh Pantai untuk perkembangan terbaharu.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis akan mengambil tindakan menangkap anggota PPS jika mereka meneruskan aktiviti pertubuhan haram itu.


Video buli: 7 lagi ditahan


PETIKAN diambil dari video menunjukkan sekumpulan pelajar membuli seorang budak lelaki yang tersebar luas di laman sosial.
MUAR 30 Ogos - Tujuh lagi pelajar sekolah menengah ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran klip video 'Bu­dak Kena Pukul di Muar' di Air Hitam, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kesemua mereka berusia antara 13 dan 16 tahun ditahan susulan penahanan empat pelajar pada 27 Ogos lalu.
"Kami berjaya mengenal pasti beberapa remaja yang berada di lokasi ketika kejadian pukul berlaku di tepi kebun kelapa sawit di Air Hitam, 14 Ogos lalu. Mereka ditahan di rumah dan kawasan sekitar Air Hitam bermula 1 petang semalam. Kini jumlah keseluruhan yang ditahan bagi membantu kes tersebut menjadi 11 orang.
"Selain itu, kami berjaya merampas semua barang kes iaitu sebatang kayu panjang yang dipercayai digunakan dalam kejadian pukul berkenaan selain beberapa telefon bimbit yang digunakan untuk merakamkan kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas per­kembangan siasatan kes klip video tersebut yang tersebar di media sosial ketika ini selepas kejadian pada 5 petang, 14 Ogos lalu itu dimuat naik salah seorang suspek yang menyaksikan kejadian itu.
Kemudian klip video berdurasi 2:19 mula tersebar di laman sosial yang menyaksikan lebih enam remaja menjerit ke arah mangsa yang hanya terduduk dengan seorang daripada mereka menendang tangan dan kepala mangsa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140831/je_02/Video-buli-7-lagi-ditahan#ixzz3BvMQLUSU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Interpol belum sahkan suspek ditahan


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum dapat mengesahkan dakwaan mengenai penahanan dua suspek utama kes kecurian dua bentuk cincin bernilai RM1.5 juta di ibu negara baru-baru ini oleh Polis Antarabangsa (Interpol) di Zurich, Switzerland Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Rasdi Ramli berkata, sehingga kini pihaknya belum mendapat sebarang maklumat daripada Interpol berhubung penahanan itu.
"Kami sedang menyiasat dan akan mendapatkan maklumat sekiranya memang ada berlaku penahanan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian 14 Ogos lalu itu, dua lelaki yang berpura-pura membeli cincin di sebuah galeri barangan kemas eksklusif di Starhill, Bukit Bintang telah mencuri sebentuk cincin berlian Yellow Diamond bernilai RM1.2 juta di premis itu.
Beberapa jam selepas itu, kedua-dua individu tersebut mencuri pula sebentuk cincin zamrud bernilai RM280,000 di Hotel Mandarin Oriental yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian pertama.
Polis turut mengesahkan kedua-dua suspek adalah penjenayah antarabangsa dan menggunakan modus operandi menyamar usahawan berjaya untuk membeli barang kemas sebelum mencuri dan menghilangkan diri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140831/je_03/Interpol-belum-sahkan-suspek-ditahan#ixzz3BvMJOgwG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki ditahan bersama submesingan 200 peluru


ALOR SETAR 30 Ogos - Cubaan seorang lelaki bersenjata api untuk meloloskan diri daripada ditahan polis gagal apabila dia akhirnya diberkas di jalan menghala ke Tol Sungai Petani Utara, dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, lelaki berumur awal 30-an yang memandu kereta jenis Wira Aeroback itu ditahan bersama selaras submesingan, 200 butir peluru dan dadah jenis heroin seberat 428 gram serta syabu seberat satu gram.
Suspek turut melanggar dua buah kereta jenis Proton Preve dan Perodua Kancil ketika cuba melarikan diri dan pihak polis terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk memaksanya berhenti.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, senjata api yang dipercayai dibawa masuk daripada negara jiran itu dipercayai untuk diedarkan di Sungai Petani.
"Kita tahan lelaki ini di Sungai Petani namun alamatnya di Padang Besar, Perlis. Jadi siasatan awal kita percaya senjata api ini dari Padang Besar dan mungkin untuk diberikan kepada seseorang di Sungai Petani namun kita masih belum dapat mengesahkannya.
"Kita juga sedang menyiasat kepada siapa dia akan serahkan submesingan ini kerana kita bimbang dia bekalkan senjata tersebut kepada penjenayah di negara ini," katanya di sini hari ini
Menurut Ahmad, suspek ditahan reman mulai semalam hingga 5 September ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti) Lebih Berat 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140831/je_04/Lelaki-ditahan-bersama-submesingan-200-peluru#ixzz3BvMCJ1L2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis bantuan klia2 ditangkap bantu siasatan


SEPANG 30 Ogos - Seorang polis bantuan yang bertugas di terminal klia2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan reman sehingga 2 September ini bagi membantu siasatan mengenai pelepasan seorang penumpang udara yang membawa objek menyerupai bom ke dalam kapal terbang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Awang berkata, polis bantuan itu ditahan di klia2 pada pukul 3.30 pagi semalam bersama enam rakan setugas lain.
"Keenam-enam orang ini termasuk dua wanita bagaimanapun telah dibebaskan hari ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Yusoff berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 7.40 malam, 27 Ogos lalu ketika suspek bersama enam anggota polis bantuan lain memeriksa beg seorang penumpang dari Rusia selepas mengesan imej mencurigakan melalui mesin pengimbas.
"Replika berbentuk bom serta satu pemetik api berbentuk pistol telah ditemui dalam beg milik penumpang Rusia tersebut.
"Penumpang itu difahamkan merupakan seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi swasta di negara ini dan mendakwa semua objek menyerupai bentuk senjata telah dibeli sebagai cenderamata," katanya.
Menurut Mohd. Yusoff, kesemua objek berkenaan kemudian dirampas tetapi penumpang telah dilepaskan, tanpa sebarang laporan polis.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140831/je_05/Polis-bantuan-klia2-ditangkap-bantu-siasatan#ixzz3BvM2VEiS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rumah Guan Eng dilempar molotov cocktail

KETUA Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi (empat dari kanan) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (empat dari kiri) melihat kesan yang dipercayai tumpahan minyak tanah daripada botol bom petrol yang dilempar oleh seorang penunggang motosikal ke dalam rumah Guan Eng, di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang awal pagi tadi.


PULAU PINANG 31 Ogos - Kediaman Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pin Horn dekat sini, dilempar bom buatan sendiri dalam kejadian kira- kira pukul 11.45 malam tadi.
Difahamkan, ketika kejadian, Guan Eng dan ahli keluarganya berada di dalam rumah namun tiada yang cedera kerana bom molotov cocktail itu meletup di kawasan tempat letak kereta.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, penelitian terhadap kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki menaiki motosikal berhenti di hadapan rumah Guan Eng dan bertindak melempar bahan letupan itu sebelum melarikan diri. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140831/je_01/Rumah-Guan-Eng-dilempar-molotov-cocktail#ixzz3BvLp4jsR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kain biru balut mayat


Yan: Mayat seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh ditemui dalam keadaan terbaring dan diselimuti kain biru di tepi jalan berhampirah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sedaka di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi, mangsa yang berusia 20-an ditemui orang awam melalui jalan berkenaan lalu menghubungi polis.


Jurucakap polis berkata, siasatan awal tidak menemui kad pengenalan atau dokumen lain milik mangsa.

“Kami percaya mangsa sudah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya dibuang di situ. “Mayat dibawa ke jabatan forensik Hospital Yan (HY) untuk bedah siasat dan kes dianggap sebagai mati mengejut berikutan tiada unsur jenayah yang ditemui pada badan mayat,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

Penyamun pecah peti besi kebas RM148,000


Kajang: Sebuah pasar raya di bandar ini kerugian RM148,000 selepas peti besi mengandungi wang tunai dipecahkan dua lelaki dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 1 hingga 2 pagi itu, dua suspek memakai penutup muka dan topi memanjat saluran paip sebelum masuk melalui cermin premis.
Difahamkan, suspek turut menggunakan kabel elektrik dari tingkat atas bangunan untuk menggunakan mesin pemotong bagi memecah dinding pejabat operasi yang terletak di tingkat bawah bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, semua peralatan yang digunakan suspek untuk memecah dinding bangunan diambil dari tempat jualan peralatan elektrik pasar raya berkenaan.
“Kejadian disedari pekerja ketika pasar raya dibuka pagi kejadian.
“Siasatan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati dua suspek terbabit berusia 20 hingga 30-an dengan ketinggian antara 160 hingga 165 sentimeter,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian tiada pengawal keselamatan ditempatkan di kawasan berkenaan.
“Bagaimanapun, kami menemui dua pasang sarung tangan yang ditinggalkan suspek dan ia akan dihantar untuk menjalani ujian DNA (asid deoksiribonukleik).



“Kami juga sedang menyiasat sekiranya kejadian itu ada membabitkan orang dalam,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK).

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

‘Dia pergi lebih awal’


Miri: “Saya hampir pengsan sebaik menerima panggilan memaklumkan dia maut dalam nahas,” kata Lunggom Minari, 71, bapa kepada Chang, 38, yang terkorban bersama tiga lagi saudaranya dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu, berdekatan Kampung Beraya, dekat sini, kelmarin.
Kemalangan berlaku jam 6.45 petang apabila kereta dinaiki enam bersaudara itu dalam perjalanan pulang ke bandar raya ini, selepas menziarahi ahli keluarga mereka di Bekenu, merempuh lori menyebabkan empat daripada mereka terbunuh.

Selain Chang, mereka yang terbunuh ialah Raymond Maling, 29; adiknya Abit, 20, serta seorang lagi penumpang dikenali sebagai Kamarul berusia 30-an.
Manakala Roslin Nelson, 40-an yang juga isteri Chang, serta lagi mangsa yang belum diketahui identiti, cedera parah.

Difahamkan, dalam kejadian hujan lebat kereta Proton Iswara dipandu Chang memasuki laluan bertentangan lalu bertembung sebuah lori. Pertembungan itu menyebabkan empat daripada mereka tercampak keluar.

Menurut Lunggom, dia tidak menyangka kunjungan anak bersama menantunya di rumahnya Khamis lalu detik pertemuan terakhir buat mereka sekeluarga.
Foto
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Saya sedih dan terasa kehilangan selain tidak menyangka dia ‘pergi’ lebih awal daripada kami,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat, Hospital Miri, semalam.

Dalam pada itu, pemandu lori Thien Kui Soon, 53, berkata, dia dalam perjalanan dari Miri ke Mukah untuk menghantar barang.
“Sebaik tiba di tempat kejadian kereta dinaiki mereka tiba-tiba memasuki laluan saya menyebabkan saya tidak sempat menekan brek. Saya cuba mengelak hingga lori dipandu terbabas,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Janathon Ringgit ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

Pegawai kanan polis maut nahas di Gerik

SABTU, 30 OGOS 2014 @ 8:17 PM

 
IPOH: Seorang pegawai kanan polis maut selepas motosikal berkuasa besar yang ditungganginya terbabas di Kilometer 33.7 Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli dekat Gerik tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Beharum berkata, kejadian berlaku pada jam 12.15 tengah hari ketika Md Sairie Mat Daud, 32, yang menunggang motosikal jenis Honda CBR 1000 berkonvoi bersama enam rakannya.

Mangsa bertugas di Cawangan Unit Rekod Perangkaan, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan disahkan meninggal dunia di Hospital Gerik.

"Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum melanggar pembahagi jalan, " katanya. - BERNAMA

Pesawat Ukraine bawa 7 orang terhempas di Algeria



ALGIERS: Sebuah pesawat Ukraine yang membawa tujuh orang terhempas di Gurun Sahara di Algeria pada awal pagi tadi.
Pesawat kargo jenis Antonov 12 yang sedang dalam penerbangan ke Equatorial Guinea, terhempas dekat sempadan Mali dan Niger pada kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan.
Terdahulu laporan menyatakan pesawat itu kerana mengalami kerosakan teknikal di Lapangan Terbang Tamanrasset, bandar pedalaman dalam kawasan Gurun Sahara.
Sementara itu, pegawai berkata, anggota penyelamat menemui bangkai pesawat di kawasan pergunungan di bahagian selatan tetapi tiada laporan mengenai nasib penumpang. - AFP

5 lori bomba RM17j


Jurucakap Pejabat Peguam Negara Tony Tri Spontana berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh menunjukkan Tommy wujud kesangsian dalam tender pembelian kenderaan berkenaan untuk lapangan terbang di bawah pengurusan API di Jogjakarta, Semarang, Surakarta, Makassar dan Manado. 
Selain Tommy, turut dinamakan sebagai suspek kes itu seorang pengarah PT Scientek Computindo yang hanya dikenali sebagai HL. 

Tommy dan HL masing-masing berdepan hukuman penjara 20 tahun mengikut undang-undang rasuah Indonesia.

“Kami masih meneliti butiran kes itu dan menghitung jumlah sebenar kerugian dialami akibat projek berkenaan,” kata Tony.

Sementara itu, timbalan pendakwa raya jenayah khas berkata, pihaknya belum mengeluarkan waran tangkap atau sekatan perjalanan terhadap Tommy. 

“Belum tiba masanya lagi kerana kami sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dan teliti dalam penyiasatan kami. Namun usah risau, kami akan bertindak tidak lama lagi,” katanya. 

Seramai lima saksi sudah disoal siasat pejabat peguam negara termasuk dari jawatankuasa tender dan pengarah urusan PT Pustaka Negara Indonesia Petrus Tanardi yang dipercayai turut terbabit dalam tender berkenaan. 

Setiausaha korporat API Farid Indra Nugraha memberi jaminan syarikat itu akan memberi kerjasama sepenuhnya, namun menegaskan tender berkenaan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan dalam arahan presiden. 

“Tommy terkejut selepas dimaklumkan media bahawa dia suspek dalam kes itu. Namun kami akur peguam negara mempunyai hak untuk menyasat dan akan membantu mengikut kemampuan kami,” katanya. 

Menurutnya, Tommy belum disoal siasat pejabat peguam negara. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

Suspek skandal teksi mafia serah diri


Mesej dalam laman akaun Facebook milik anak lelaki Pian Preechawut ‘Prab’ Keesin Khamis lalu berbunyi: “Saya akan menyerah diri Isnin. Sekarang saya amat sibuk dan tidak dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa.” 
“Jika benar saya ‘angyee’ (orang yang terbabit dalam organisasi jenayah) bagaimana pula dengan pegawai negeri yang meminta bantuan saya selama 10 tahun?” katanya. 

Mesej itu juga mengatakan Prab dikhianati dan mahu menegakkan keadilan.

Ia disiarkan pada hari sama rumah dan pejabat Pian di tambong Patong daerah Kathu diserbu lebih 100 anggota polis.

Pian dan Prab dikehendaki pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan awal minggu ini atas dakwaan terbabit dalam organisasi jenayah dan menjalankan perniagaan haram. 

Prab dilaporkan berada di Bangkok atas alasan perniagaan ketika rumahnya diserbu sementara kedudukan terkini bapanya masih tidak diketahui. 

Pesuruhjaya Wilayah Leftenan Jeneral Panya Mamen berkata Khamis lalu, Jabatan Pegawai Hasil dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLO) dalam proses memeriksa dokumen dan bukti mengaitkan kedua-dua suspek. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

Pemilik feri Sewol dikebumi


Yoo Byung-Eun, 73, memiliki feri Sewol yang tenggelam pada 16 April itu meragut sekurang-kurang 300 nyawa kebanyakannya pelajar sekolah. 
Mayat Yoo yang reput teruk ditemui pada Jun lalu tetapi pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti identiti mayat hingga enam minggu kemudian. Malah polis turut meneruskan pencarian bilionair itu di seluruh negara. 

Menurut laporan, forensik tidak dapat mengenal pasti punca kematian Yoo.

Mayat Yoo diawasi dengan ketat 24 jam dan akan dikebumi hari ini di pekarangan pseudo-Kristian, kumpulan agama yang diketuainya di Anseong, 80 kilometer ke selatan Seol.

Rakaman televisyen menunjukkan pengawal keselamatan berpakaian seragam memeriksa identiti orang yang menghadiri pengebumian sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam gereja. 

Tiada sebarang petugas media dibenarkan memasuki gereja malah jurucakap memberi amaran undang-undang jika gambar pengebumian disiarkan. 

Pengebumian itu menarik sekurang-kurang 10,000 yang hadir lapor media. 

Empat anggota keluarga, isteri Yoo, abang, anak sulung dan abang ipar yang menjalani hukuman penjara dibebaskan selama 52 jam Jumaat lalu bagi memperingati dan menghadiri pengebumian. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

Empat nyawa melayang dalam nahas


KEADAAN mayat mangsa yang maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kampung Beraya, Jalan Miri-Bintulu, Miri, Sarawak kelmarin.




KUCHING - Empat lelaki termasuk dua beradik maut manakala dua lagi cedera apabila kereta jenis Proton Iswara yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kampung Beraya, Jalan Miri-Bintulu, Miri kelmarin.
Dalam kejadian pukul 6.45 petang itu, mangsa yang juga pemandu kereta tersebut, Chang Lunggong, 38, Raymond Maling, 29, Abit Maling 19, dan Khamarul, 40-an, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.
Dua penumpang yang cedera ringan pula dikenali Michael Maling, 30, dan Roslin Nelson, 35, yang merupakan isteri kepada Chang.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Gan Tian Kee berkata, ketika kejadian, kesemua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri.
"Tiba di tempat kejadian, kereta Proton Iswara yang dipandu Chang dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian depan sebelah kanan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat perlanggaran ini, kereta Proton Iswara dan lori berkenaan terbabas ke dalam parit di tepi sebelah kiri jalan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Menurutnya, pemandu lori kargo berkenaan, Then Kui Soon, 53, sekadar mengalami kecederaan ringan dan pihak polis telah menyoal siasatnya untuk membantu siasatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3BugxXUZc 
Hakcipta terpelihara