Search This Blog

Saturday, August 30, 2014

Jasad dua beradik ditemui pagi ini


Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
Sungai Siput: Mayat dua beradik, Meor Mohammad Izzat Meor Mazimun, 14, dan Meor Mohammad Fahmi Meor Mazimun, 11, yang lemas selepas jatuh di Sungai Perak ketika memancing di Jeti Sungai Bekut, kelmarin, ditemui masing-masing pada 8.08 dan 9.25 pagi ini.

Ketua operasi menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Zull Azman Jamaludin berkata, kedua-dua mayat dijumpai kira enam kilometer dari tempat kejadian.


Menurutnya, mayat dua beradik itu sudah dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.

"Operasi mencari menyelamat dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), bermula sejak 7 malam kelmarin. Polis terpaksa mengambil masa agak lama disebabkan Sungai Perak yang agak luas.


"Pagi ini, anggota penyelamat berjaya menemui mayat kedua-dua mangsa kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian," katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

Budak perempuan enam tahun rentung



Sipitang: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kongsi di Jalan Samur, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumah kongsi 14 pintu, menyebabkannya menjadi mangsa korban terbaru dalam siri kebakaran rumah di negeri ini. 
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sipitang menerima panggilan kecemasan pada 8.25 malam dan tiba di lokasi 20 minit kemudian. 

Sebaik tiba, anggota bomba bertungkus-lumus mengawal keadaan dan api berjaya dipadamkan 9.04 malam.
Foto

Anggota bomba yang melakukan pemeriksaan lanjut menemui satu mayat kanak-kanak rentung selain kediaman yang musnah 100 peratus.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

20 pekerja lombong berjaya diselamatkan di Nicaragua



PEKERJA lombong dibantu anggota penyelamat kerana mengalami kecederaan ringan selepas berjaya diselamatkan di pintu masuk Lombong Emas dan Perak El Comal, Bonanza, Nicaragua, hari ini. - Foto AP
MANAGUA: Pihak berkuasa berjaya menyelamatkan 20 pekerja lombong emas yang terperangkap lebih 24 jam akibat tanah runtuh tetapi lima lagi pekerja dilaporkan masih hilang.
Terdahulu, anggota penyelamat sedang bertungkus lumus untuk mencari sekurang-kurangnya 24 pekerja lombong emas yang terperangkap dalam kejadian terbabit.
"Kami bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyelamatkan 20 pelombong ini," kata jurucakap kerajaan, Rosario Murilo. - AFP

Malaysia sambut baik gencatan senjata Israel, Palestin - Anifah



SEORANG lelaki berpakaian ala tentera Briged Al-Qassam bersama jemaah ketika meraikan kemenangan bagi pihak Palestin berikutan persetujuan genjatan senjata di antara Palestin dan Israel bagi menamatkan pergolakan di Gaza selepas solat Jumaatdi Masjid Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan. - Foto Khairulmzian Yahya
KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata jangka panjang antara Israel dan Palestin pada 26 Ogos, yang diusahakan Mesir sebagai orang tengah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata, Malaysia berharap perjanjian itu akan membolehkan Israel dan Palestin meneruskan rundingan secara langsung ke arah menjamin wujudnya keamanan berkekalan di rantau itu.
"Kami berharap gencatan senjata jangka panjang ini akan merintis jalan kepada rundingan bagi mencapai satu penyelesaian berkekalan terhadap sengketa Israel-Palestin," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.
Menurut Anifah, Malaysia sentiasa berpendapat keganasan bukanlah jawapan bagi apa jua konflik, sebaliknya keamanan hanya dapat dicapai melalui rundingan dan diplomasi.
Lebih 2,100 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, termasuk 495 kanak-kanak, terbunuh di Gaza akibat serangan Israel yang bermula 8 Julai. - BERNAMA

Penyelamat kerja keras kesan pekerja terperangkap dalam lombong di Nicaragua


SEORANG pelombong memasuki kawasan lombong bawah tanah ketika operasi menyelamat mangsa yang terperangkap. Sekurang-kurangnya 20 pelombong terperangkap akibat tanah runtuh di Utara Nicaragua. - Foto AP
BONANZA: Anggota penyelamat di Nicaragua sedang bertungkus lumus untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 24 pekerja lombong emas yang terperangkap akibat tanah runtuh termasuk 20 yang berjaya dikesan dan sudah menghubungi pasukan kecemasan, hari ini.
Jurucakap Parti Sandinista, Milagros Solorzano berkata, pasukan anjing pengesan berjaya mengesan 20 pekerja pelombong yang terperangkap dalam gua di lombong berkenaan tetapi pihak berkuasa belum berjaya mengeluarkan mereka.

ANGGOTA penyelamat dan pelombong bersiap sedia untuk memasuki lombong bawah tanah ketika operasi menyelamat mangsa yang terperangkap di Utara Nicaragua. - Foto REUTERS
Katanya, 20 pekerja lombong berkenaan berjaya menghubungi anggota penyelamat.
"Mereka yang terperangkap kata mereka tidak tahu lokasi empat lagi pekerja. Anggota penyelamat belum berhasil menghantar makanan atau minuman kepada mangsa berkenaan yang sudah terperangkap lebih 24 jam," katanya. - AP

Kanak-kanak maut dalam kebakaran di Sipitang



MAYAT kanak-kanak perampuan berusia enam tahun yang rentung dalam kebakaran di Kampung Samur, Sipitang sebelum dihantar ke Hospital untuk bedah siasat. - Foto Ihsan Bomba dan Penyelamat
SIPITANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun rentung selepas rumah kongsi didiaminya di Kampung Samur, dekat sini, terbakar malam ini.
Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, rumah kongsi 14 pintu yang didiami warga asing itu hangus apabila api marak dengan cepat berikutan keadaan berangin serta struktur rumah papan itu.
Difahamkan, ia adalah kematian ketujuh akibat kebakaran di seluruh Sabah sejak sebulan lalu. Pada 19 Ogos lalu, seorang wanita berusia 71 tahun rentung dalam kebakaran di Sandakan.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata bomba menerima panggilan jam 8.25 malam sebelum menghantar sepasukan anggota dan jentera ke lokasi.
"Sebaik tiba, rumah kongsi berkenaan sudah hangus sepenuhnya dan bomba dapat mengawal kebakaran daripada merebak pada jam 9.04 malam," katanya sambil menambah punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

Polis Kedah tahan tiga lelaki disyaki terbabit kegiatan samun

SABTU, 30 OGOS 2014 @ 4:28 PM

 
ALOR SETAR: Dalam tempoh kurang daripada tiga jam, polis Kedah berjaya menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 24 tahun yang terbabit dalam dua kegiatan samun di kedai serbaneka 7-Eleven Jalan Datuk Kumbar, dekat sini dan Pendang.

Difahamkan, tiga suspek itu memulakan kegiatan mereka pada jam kira-kira 7.45 pagi tadi dengan menyamun sebuah kereta jenis Perodua Kenari milik seorang wanita sebelum menggunakan kenderaan sama untuk menyamun seorang wanita lagi di Pendang.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata anggotanya berjaya menumpaskan kegiatan mereka dengan menahan tiga suspek itu di Kota Sarang Semut, dekat sini pada jam kira-kira 10 pagi tadi.

Mayat dua beradik lemas di Sungai Siput ditemui




ROSSILAWATI Mohd Nordin, 37, yang ditemani oleh dua anaknya Wan Nur Izzati, 16, Wan Nur Damia Balqis, 4, menunjukkan gambar kenangan dua anaknya ketika ditemubual media di rumahnya.- Foto BERNAMA
SUNGAI SIPUT: Mayat dua beradik yang lemas di Jeti Batu Musafat di sini petang Khamis lalu ditemui pasukan penyelamat pagi tadi.
Mayat pertama ditemui jam 8.08 pagi manakala mayat seorang lagi ditemui sejam kemudian kira-kira jam 9.25 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput yang juga Ketua Operasi, Zull Azman Jamaluddin berkata, kedua-dua mayat ditemui kira-kira enam kilometer daripada lokasi mereka dilaporkan hilang.
"Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan keluarga mangsa di Kampung Bekut di sini, " katanya.
Dua beradik malang itu, Mohammad Izzat Meor Mazimun, 14 dan Meor Mohammad Fahmi, 11, dikhuatiri lemas petang Khamis lalu selepas selesai memancing bersama dua lagi rakan mereka.

Interpol berkas 2 suspek


Oleh Safeek Affendy Razali
Kuala Lumpur: Polis yakin dapat menyelesaikan kes kecurian dua bentuk cincin bernilai RM1.5 juta di ibu negara pada 14 Ogos lalu, berikutan penahanan dua suspek utama oleh Polis Antarabangsa (Interpol) di Zurich, Switzerland, kelmarin.
 Setakat ini polis masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa di Zurich, berhubung penangkapan kedua-dua individu terbabit.
Suspek dikesan menerusi hebahan yang disalurkan melalui laporan Perlindungan Tukang Emas Antarabangsa (WD) kepada semua pasukan Interpol di seluruh dunia.
Perintah ekstradisi
  Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Rasdi Ramli, berkata pada peringkat awal, pihaknya akan menyiapkan laporan yang akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.
Permohonan bagi mendapatkan perintah ekstradisi membawa kedua-dua suspek yang dipercayai berasal dari Taiwan ke negara ini untuk siasatan dan tindakan lanjut.
"Polis Daerah Dang Wangi masih menunggu butiran lanjut berhubung penahanan kedua-dua suspek selain bekerjasama dengan pasukan Interpol di sini untuk tindakan untuk mendakwa mereka.
"Setakat ini, suspek turut dikehendaki pasukan polis lain di luar negara atas pembabitan kejadian jenayah sama sejak tahun 2012," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.
Penjenayah antarabangsa
Dalam kejadian itu, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu melarikan dua bentuk cincin masing-masing bernilai RM1.2 juta dan RM280,000 dari dua pusat jualan barangan kemas ekslusif dalam tempoh satu jam di pusat beli belah terkemuka di Bukit Bintang dan KLCC.
  Pada 17 Ogos lalu, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, mengesahkan kedua-dua suspek adalah penjenayah antarabangsa dan menggunakan modus operandi menyamar usahawan berjaya untuk membeli barang kemas sebelum mencuri dan menghilangkan diri.


Polis Kedah tahan tiga lelaki disyaki terbabit kegiatan samun

SABTU, 30 OGOS 2014 @ 4:28 PM

 
ALOR SETAR: Dalam tempoh kurang daripada tiga jam, polis Kedah berjaya menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 24 tahun yang terbabit dalam dua kegiatan samun di kedai serbaneka 7-Eleven Jalan Datuk Kumbar, dekat sini dan Pendang.

Difahamkan, tiga suspek itu memulakan kegiatan mereka pada jam kira-kira 7.45 pagi tadi dengan menyamun sebuah kereta jenis Perodua Kenari milik seorang wanita sebelum menggunakan kenderaan sama untuk menyamun seorang wanita lagi di Pendang.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata anggotanya berjaya menumpaskan kegiatan mereka dengan menahan tiga suspek itu di Kota Sarang Semut, dekat sini pada jam kira-kira 10 pagi tadi.

POLIS Indonesia membakar dua tan dadah

Foto GlobalPOLIS Indonesia membakar dua tan dadah jenis ganja bernilai RM539,417 yang dirampas selepas menahan empat suspek ketika operasi di Aceh Besar. FOTO AFP

Kelindan lori dalang kes curi motosikal

Suspek (tengah) menunjukkan rangka motosikal curi yang dibuang di dalam ladang kelapa sawit.
Suspek (tengah) menunjukkan rangka motosikal curi yang dibuang di dalam ladang kelapa sawit.
SUNGAI KOB - Seorang kelindan lori berusia 20 tahun dipercayai terlibat kegiatan mencuri motosikal tidak sempat melarikan diri ketika ditahan polis di hadapan rumahnya kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, polis membuat pemantauan terhadap suspek sejak beberapa hari lalu sebelum mengekori kereta dipandu suspek dari Hi Tech ke rumahnya di Taman Sepilai.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah suspek, dia yang memberhentikan kenderaan dinaiki bagaimanapun tidak sempat melarikan diri selepas diserbu polis.

“Ketika ditahan, suspek masih berada di dalam kereta dan tidak dapat melarikan diri setelah dikepong.

"Suspek yang dikenali dengan panggilan Mamak Pidus kemudiannya diminta untuk bekerjasama dan menunjukkan di mana rangka motosikal curi disembunyikan," katanya kepada Sinar Harian.

Abdullah berkata, suspek pada mulanya enggan bekerjasama bagaimanapun mengaku mencuri motosikal di Sungai Kob.

Katanya, bagaimanapun suspek menunjukkan kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Taman Sepilai dan polis menemui rangka motosikal dimaksudkan dalam kawasan semak.

"Dari pemeriksaan dijalankan mendapati nombor casis motosikal itu dirosakkan. Selain meleraikan komponen, suspek turut mengaku menjual beberapa motosikal yang dicurinya kepada suspek lain.

"Polis mendapat maklumat tentang mereka yang memiliki motosikal dicurinya dan pemantauan sedang dijalankan sebelum serbuan dibuat,” katanya.

Menurutnya, dari maklumat diberikan oleh suspek, dia dipercayai terlibat dalam beberapa kes kehilangan motosikal di beberapa kawasan.

"Ada antara motosikal yang dicuri dijual tanpa meleraikannya. Suspek turut memaklumkan beberapa nama suspek lain yang terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal dan identiti mereka sudah dikenal pasti.

"Polis akan mengekori suspek untuk mendapatkan maklumat terperinci sebelum serbuan dibuat terhadap mereka," katanya.

Penganggur sorok heroin celah kangkang ditahan


29 Ogos 2014


ALOR SETAR - Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Batu 10, Jalan Langgar menghala ke Pokok Sena dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata dalam sekatan pada jam 11.40 malam itu, polis turut merampas 455 gram dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai antara RM6,000 hingga RM7,000 daripada lelaki berusia 36 tahun itu.

"Polis telah menahan suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda kerana berada dalam keadaan mencurigakan. Suspek yang enggan memberi kerjasama cuba melanggar anggota polis dan bertindak agresif tetapi berjaya ditahan.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu beg plastik berwarna hitam yang berisi bungkusan kertas yang mengandungi plastik lutsinar berisi heroin yang cuba disorokkan oleh suspek di bahagian celah kangkangnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.

Adzaman berkata suspek yang berasal dari Alor Setar itu dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran di sekitar kawasan bandaraya ini dan mendapat bekalan dadah dari Pulau Pinang.

"Hasil siasatan mendapati bahawa suspek mempunyai 11 rekod lampau yang melibatkan sembilan kes jenayah dan dua kes dadah.

"Kali terakhir suspek ditahan adalah pada tahun 2008 kerana melakukan kesalahan curi motosikal dan bagi kes kali ini suspek akan ditahan reman bermula hari ini sehingga Khamis depan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati mandatori. - Bernama

Remaja, pembuat batik mengaku tidak salah rogol


28 Ogos 2014

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun dan seorang pembuat batik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berumur 15 dan 17 tahun dalam satu kejadian rogol beramai-ramai di Ketereh, Mei lalu.

Kedua-dua mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Remaja lelaki 18 tahun itu didakwa merogol mangsa yang berusia 17 tahun manakala pembuat batik Mohamad Faiz Azahan, 21, didakwa merogol kedua-dua mangsa berusia 17 dan 15 tahun dalam kejadian sama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan rogol itu di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, di sini, antara 7.30 malam dan 11 malam, 20 Mei lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Mohd Yusoff kemudiannya menetapkan 17 September sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Hilwani Mat Rifin dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ahmad Zubairi Salleh. - Bernama

Cabul rakan isteri: DJ radio dipenjara 24 bulan


TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
28 Ogos 2014


KUALA LUMPUR - Seorang deejay stesen radio Singapura dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan mencabul kehormatan dua rakan karib isterinya, dua tahun lalu.

Majistret Nur A'minatul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu terhadap Low Yong Kian, 29, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kedua-dua kes.

Yong Kian didakwa mencabul mangsa berumur 32 dan 34 ketika menghadiri parti bujang di di dalam bilik sebuah hotel lima bintang di Jalan Pinang, dekat sini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan  jam 4.30 pagi pada 22 Julai 2012.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Nithia mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua- duanya sekali.

Peguam, T Suresh yang mewakili tertuduh memohon penangguhan pelaksanaan hukuman atas alasan akan memfailkan rayuan di mahkamah tinggi berhubung keputusan tersebut.

Nur A'minatul Mardiah membenarkan permohonan itu dengan wang jaminan asal RM4,000 dinaikkan kepada RM6,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan kos mahkamah RM2,000 dibayar hari ini.

"Sekiranya gagal membayar kos tersebut, tertuduh akan dipenjara selama empat bulan," katanya.

Dua lelaki Kemboja maut kemalangan


29 Ogos 2014


DUNGUN - Dua lelaki warga Kemboja maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang diletakkan di bahu jalan di Km15.9 Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Kampung Kemudi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata dalam kejadian kira-kira 6.45 petang itu, pembonceng Yousof Him, 47, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mat Him, 27, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Dungun.

Pemandu pacuan empat roda itu Che Ku Mohammad Aizat Che Ku Zakaria, 22, tidak mengalami kecederaan kerana ketika itu sedang memancing di kawasan paya berhampiran, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama

Wanita Filipina ditahan di KLIA miliki 3 kg syabu


29 Ogos 2014


KUALA LUMPUR - Seorang wanita Filipina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kerana memiliki syabu seberat 3.1 kilogram semalam untuk dipasarkan di negara ini.
   
Dadah tersebut sebanyak lima bungkusan bernilai RM620,000.  

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata wanita berusia 39 tahun itu yang baru tiba dari New Delhi, India ditahan pada jam 7.35 pagi.
   
Beliau berkata syabu berbentuk ketulan kristal itu ditemui dalam beg pakaian suspek.
   
"Bahan yang disyaki itu disorok dengan timbunan baju di bahagian bawah beg yang dibawa bersama oleh wanita tersebut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
 
Noor Rashid berkata pihaknya turut merampas mata wang Malaysia, Amerika Syarikat, India, Filipina dan Thailand daripada suspek.
   
Suspek kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Merbahaya 1952.
 
Beliau berkata suspek pertama kali tiba di negara ini dan dia tidak mempunyai rekod lampau.
   
"Hasil siasatan awal didapati suspek akan diberi upah sebanyak RM5,000 bagi setiap kegiatannya mengedarkan dadah ke negara ini," katanya.
   
Rampasan itu adalah hasil kerjasama perkongsian maklumat antara pihak berkuasa Malaysia dan pihak penguatkuasaan narkotik antarabangsa. - Bernama

Pelajar OKU ditemui lemas dalam kolam


29 Ogos 2014


KUANTAN - Seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam di Tasik Kayu Balak, Kampung Darat dekat Sungai Ular di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat Abdul Rahman Abdul Halim, 16, dari Kampung Darat, Sungai Ular ditemui oleh pasukan penyelamat pada jam 6.50 petang semalam selepas lebih sejam dilaporkan hilang.

"Siasatan awal mendapati, mangsa telah terjatuh di dalam kolam buatan sedalam 4.5 meter itu. Pasir di kolam itu yang telah terbiar sejak lima tahun lepas dipercayai disedut untuk digunakan untuk projek lebuh raya," katanya kepada Bernama di sini.

Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan bedah siasat yang dijalankan malam tadi mendapati tiada unsur-unsur jenayah terlibat dalam kes ini.

Sementara itu katanya, seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas turun memancing ikan di pantai Beserah pagi semalam berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat pagi tadi.

Beliau berkata, Ismail Abd Rahman, 61, ditemui jam 7.45 pagi, kira-kira 25 kilometer dari pantai dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa sebelum itu dilaporkan telah keluar ke laut dari jeti Kampung Pelindung, di sini untuk memancing bersendirian awal pukul 7 pagi semalam dan sepatutnya pulang kira-kira pukul 4 petang hari yang sama.

"Bagaimanapun sehingga malam semalam, mangsa masih tidak pulang ke rumah menyebabkan anak lelaki mangsa berusia 31 tahun membuat laporan polis dan gerakan mencari serta menyelamat telah dilakukan," katanya.

Menurutnya pasukan penyelamat kemudian berjaya menemui nelayan itu dan siasatan mendapati enjin botnya mengalami kerosakan menyebabkan mangsa tidak dapat pulang ke darat. - Bernama

Mayat rakan dihurungi lalat


WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Ogos 2014


PORT DICKSON - Misteri kehilangan seorang lelaki terjawab apabila dia ditemui mati dalam rumahnya di Taman Ria, semalam.

Mayat mangsa, O Babu, 35, ditemui di dalam bilik tetamu rumahnya oleh rakannya  sekitar jam 9 pagi.

Seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa sudah beberapa hari tidak kelihatan walaupun keretanya ada di parkir di garaj rumah.

“Lebih menghairankan, malam tadi (kelmarin) bahagian  belakang kereta mangsa meletup dan terbakar menyebabkan cermin kenderaan tersebut terpelanting jauh, tapi mangsa masih tak keluar dari rumahnya. Malah kunci kereta berkenaan masih berada di tempat hidupkan enjin.

“Jiran-jiran yang sedar kejadian itu bersama-sama memadam api tersebut,” katanya.

Bagaimanapun menurut jiran berkenaan, seorang rakan mangsa yang datang ke rumahnya untuk memastikan keadaan mangsa terperanjat apabila menemui mayat mangsa yang sudah berbau serta dihurungi lalat.

Sinar Harian difahamkan, mangsa sudah berkahwin tetapi sejak kebelakangan ini dia tinggal bersendirian.

Mayat mangsa kemudiannya  di bawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkifli Adamsah memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Angkara bangkai cicak dalam gula merah

Balakrishnan menunjukkan bangkai cicak yang ditemui di dalam bungkusan gula merah dibelinya di sebuah kedai.
Balakrishnan menunjukkan bangkai cicak yang ditemui di dalam bungkusan gula merah dibelinya di sebuah kedai.
TELUK INTAN - Seorang pesara sebuah syarikat pengangkutan terpaksa menerima rawatan di hospital akibat mengalami muntah dan cirit-birit selepas memakan roti bersama gula merah yang dipercayai tercemar dan mengandungi bangkai seekor cicak.

Mangsa, Balakrishnan Apu, 60, berkata, dia membeli gula merah itu di sebuah kedai di Jalan Pasar, di sini kelmarin untuk dijadikan hidangan sarapan pagi.

Menurutnya, selepas membuka bungkusan dan menyapu gula ke atas roti, dia terus memakan roti itu.

“Lepas makan sekeping roti, saya ambil sekeping lagi untuk dimakan dan ketika itu baru saya perasan ada bangkai seekor cicak di dalam bungku-san gula berkenaan,” katanya.

Balakrishnan berkata, terkejut dengan penemuan itu, dia segera memuntahkan roti yang dimakannya.

Katanya, kira-kira satu jam kemudian, dia mengalami sakit perut dan terpaksa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan.

"Walaupun perkara itu memudaratkan kesihatan saya, namun saya tidak bercadang untuk mengambil apaapa tindakan termasuk tindakan undang-undang.

“Apa yang saya mahu, syarikat pengeluar gula yang beroperasi di Perak itu dinasihatkan lebih berhati-hati supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

kapsyen1: Bangkai cicak dijumpai dalam bungkusan gula merah dibeli Balakrishnan.

kapsyen 2: Balakrishnan menunjukkan bangkai cicak yang ditemui di dalam bungkusan gula merah dibelinya di sebuah kedai.

Peniaga diperdaya warga Pakistan beli emas

Siti menunjukkan laporan polis yang dibuat dan gambar lelaki Pakistan berkenaan yang sempat dirakamkan rakan seniaga.
Siti menunjukkan laporan polis yang dibuat dan gambar lelaki Pakistan berkenaan yang sempat dirakamkan rakan seniaga.
KUALA LUMPUR -  Berpura-pura mencari orang berhutang, seorang lelaki warga Pakistan memperdaya peniaga-peniaga wanita di Masjid Jamek dengan menawarkan belian emas secara ansuran.

Lelaki berkenaan bagaimanapun menghilangkan diri setelah mengambil bayaran deposit sebanyak RM200 seorang daripada lapan mangsa.

Salah seorang mangsa hanya mahu dikenali sebagai Siti, 28, berkata, lelaki itu pada mulanya hanya datang mencari seseorang yang didakwa peniaga di situ kerana tidak membayar bayaran ansuran emas yang dibeli.

Menurutnya, cerita tentang lelaki itu yang menawarkan pembelian emas secara ansuran tersebar dari mulut ke mulut membuatkan ramai peniaga yang teruja dan mahu membelinya.

“Pada Selasa lalu, saya membuat bayaran deposit kira-kira jam 1.30 petang dan dia berjanji akan berikan barang kemas pada jam 3 petang.

“Namun setelah saya dan mangsa lain menunggu sehingga malam dan keesokan harinya, dia tidak muncul, membuatkan kami sedar telah ditipu,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi mangsa, Lela, 40, berkata, dia bersetuju untuk membeli barangan kemas itu kerana boleh memperolehinya terlebih dahulu sebelum habis bayar.

Katanya, dia percaya kerana diperkenalkan oleh peniaga lain, yang rupa-rupanya turut tertipu dengan lelaki itu.

“Saya bayar RM200 sebagai deposit membeli barang kemas berharga RM9,000. Namun hampa apabila lelaki itu terus menghilangkan diri.

“Kami cuba hubungi talian telefon yang diberi namun telah ditutup,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga enggan dikenali berkata, kes sama pernah berlaku di situ beberapa tahun lalu dan kini kembali terjadi dengan modus operandi sama.

“Mungkin sukar untuk dapatkan kembali wang yang mangsa telah bayar, tetapi sekurang-kurangnya kejadian ini dapat memberi peringatan dan pengajaran kepada orang lain agar tidak terperdaya,” katanya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi

Teka-teki sedut wang


Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Kluang: Sindiket penipuan SMS dikesan memperdaya lebih 10 mangsa di daerah ini dengan taktik memberikan soalan teka teki mudah sebelum ‘menyedut’ semua wang dari akaun bank mangsa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, pihaknya sudah menerima banyak laporan polis berkaitan kes penipuan SMS dipercayai dilakukan sindiket berkenaan membabitkan kerugian antara RM2,000 hinggga RM5,000 setiap seorang.


Menurutnya, modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan menghantar sms kepada mangsa dan memberitahu mangsa memenangi peraduan anjuran syarikat produk minuman, syarikat petroleum atau syarikat telekomunikasi.



“Mangsa bagaimanapun perlu menjawab beberapa soalan melalui SMS. Soalan yang diberi suspek amat mudah untuk dijawab.


“Suspek akan meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun bank diberikan dengan alasan bagi memproses pemindahan wang yang dimenangi,” katanya.


Mohd Roze berkata, kebanyakan mangsa terpedaya dengan suspek selepas diarahkan pergi ke mesin juruwang automatik (ATM) untuk mengaktifkan sistem perbankan internet.

Menurutnya, suspek akan memberi tunjuk ajar berhubung cara mengaktifkan sistem perbankan internet supaya sindiket memperoleh akses kepada akaun mangsa.


“Penjenayah kemudian memindahkan semua wang mangsa ke dalam akaun lain dalam sekelip mata.

“Ada mangsa mendakwa pernah kehilangan wang dari akaun mereka beberapa bulan selepas itu kerana suspek masih mempunyai nombor pin dan kata laluan untuk akses ke akaun milik mereka,” katanya.


Beliau menasihati orang ramai tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan tawaran diberikan, sebaliknya segera menghubungi pihak polis.


“Orang ramai juga boleh merujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) atau balai polis berhampiran untuk nasihat lanjut,”katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

Beri isyarat gigit tangan


Georgetown: “Kami gigit tangan penculik untuk melepaskan diri daripada mereka,” kata Fatin Nabihah Rashid, 9, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lanchang, di sini, yang mendakwa diculik tiga lelaki, kelmarin.
Menurut Fatin, dia dan rakannya, Arissa Batrisya Mohd Azmy, 9, ketika itu mendapat idea untuk menggigit tangan penculik berkenaan ketika mulut mereka ditekup penjenayah dalam van putih bercermin gelap. 
“Saya memberi isyarat mata kepada Arissa dan kami berdua terus menggigit tangan dua penculik berkenaan membuatkan keadaan menjadi kelam-kabut. 

“Ketika itu, pemandu van memberhentikan kenderaan di hadapan bank dan saya mengambil peluang itu membuka pintu dan melarikan diri,” katanya ketika ditemui di bank berkenaan, di sini, semalam.
Foto
DUA murid mangsa culik menceritakan kembali kejadian kepada pegawai penyiasat.

Menurutnya, sejurus berjaya keluar, mereka berlari masuk ke dalam kawasan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), namun penjenayah mengejar mereka dengan van dan memberhentikan kenderaan di hadapan bank.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

Polis siasat segala sudut


Georgetown: Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes rompakan sebuah bank di Jalan Sungai Dua kelmarin, bagi mengenal pasti kemungkinan suspek ditembak mati oleh pengawal keselamatan itu turut mempunyai rangkaian penjenayah lain.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Shahrunain Jais berkata, bank itu sebelum ini turut menjadi sasaran perompak pada 29 Mei lalu.


“Taktik dilihat hampir sama. Namun dalam kejadian pada Mei lalu, kami dapati ada tiga lelaki terbabit.



“Dalam rompakan Mei lalu, kumpulan penjenayah itu melarikan wang tunai RM60,000,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

Sindiket janji hadiah banglo


Melaka: Misteri kehilangan geran dan dokumen pindah milik sembilan lot tanah bernilai RM3.9 juta disimpan di bilik kebal Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah empat tahun lalu terjawab apabila enam lelaki ditahan polis, 12 Ogos lalu.

Penahanan suspek berusia 41 hingga 62 tahun turut membongkar rahsia sindiket penipuan yang turut memiliki 21 geran asal tanah milik individu di daerah terbabit yang belum sempat dipindah milik.


Difahamkan, sindiket dipercayai aktif sejak 2010 itu mendapatkan bantuan kakitangan pejabat itu untuk membawa keluar geran dan dokumen pada bayaran RM100 hingga RM150 setiap satu.



Kakitangan pejabat itu yang kini sudah bersara juga dijanjikan hadiah banglo oleh sindiket jika semua urusan membawa keluar geran dan dokumen selesai dilakukan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri Superintendan Ee Khong Koy berkata, penahanan enam suspek itu dibuat susulan dua laporan dibuat pejabat pada Disember 2012.


“Hasil siasatan, kami menahan enam suspek terdiri daripada orang tengah, pesara, ahli perniagaan, peguam dan pemilik restoran dalam serbuan berasingan 12 Ogos lalu.

“Hasil soal siasat, kami merampas 21 geran tanah asal milik individu yang masih belum ditukar nama di sebuah rumah di Ipoh, Perak milik seorang suspek berusia 47 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini semalam.


Hadir sama, Timbalannya Deputi Superintendan Chan Teck Paing.

Khong Koy berkata, suspek yang berperanan sebagai orang tengah mendapatkan bantuan pesara yang dulunya kerani di Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah membawa keluar geran dan dokumen pindah milik di bilik kebal.


“Geran itu dipindah milik kepada nama individu lain tanpa pengetahuan mereka sebanyak dua kali.


“Siasatan mendapati pembeli mendakwa ditawarkan tanah pada harga lebih rendah dari pasaran, namun dipercayai tiada urusan jual beli dijalankan sebaliknya hanya membabitkan pemindahan nama,” katanya.


Menurutnya, semua suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan akan didakwa di mahkamah minggu depan membabitkan kesalahan antaranya mengikut Seksyen 380/109, Seksyen 381/109 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.


Katanya, pihaknya kini meminta waris pemilik enam daripada sembilan lot tanah berkenaan tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


“Ia membabitkan pemilik dipercayai sudah meninggal dunia dan kami gagal mengesan waris mereka kerana tiada nombor kad pengenalan pemilik pada geran.


“Sehubungan itu, kami minta waris kepada Tan Tat Yan pemilik tiga lot tanah di Tanjung Kling, Khoo Choon Seng (satu lot di Bukit Baru), Chi Sian Yan (satu lot di Bukit Katil) dan Ahmad Manap (dua lot di Bukit Katil) tampil membantu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

Guna jawatan dapat suapan


Shah Alam: Bekas Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 19 dijatuhi hukuman penjara tiga tahun serta denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas didapati bersalah menggunakan jawatannya untuk mendapat suapan dan menggunakan dokumen palsu dalam projek membaik pulih jalan, empat tahun lalu.

Hakim M Bakri Abdul Majid membuat keputusan itu selepas mendapati keterangan pembelaan hanya bersifat penafian semata-mata.


“Saya bersetuju dua saksi yang dipanggil hanya untuk menyangkal dakwaan, oleh itu kamu disabitkan kesalahan,” katanya.



Tertuduh, Hamdan Ismail, 52, yang kini bekerja sendiri diwakili peguam Mohd Nizam Hamid memohon penangguhan hukuman untuk membuat rayuan atas alasan menanggung kos perubatan ibunya di Institut Jantung Negara (IJN) dan dia turut menghidap penyakit gout dan darah tinggi.


M Bakri membenarkan penangguhan hukuman dengan syarat notis rayuan difailkan sebelum 2 September ini.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

CEO tipu RM150,000


Oleh Sarah Zulkifli
Kuala Lumpur: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat rangkaian peruncitan dipenjara dua tahun dan dikenakan dua sebatan manakala pengarahnya dipenjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah menipu pengurus jualan RM150,000, tahun lalu.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Syawaludin Siran, 38, (CEO) dan Rosinah Ahad, 25, selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Norsharidah dalam penghakimannya berkata, kedua-dua tertuduh melakukan penipuan secara profesional dengan mengambil wang melalui jalan mudah daripada rakan perniagaan sendiri.



Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menipu pengurus jualan, Noorzita Baharudin, 48, untuk mempercayai boleh menjual pelan perniagaan kedai serbaneka 24 jam Station Rakyat di Plaza Usahawan Crystal Ville, Taman Danau Kota, Setapak.


Perbuatan mereka mendorong Noorzita menyerahkan deposit membeli pelan perniagaan itu melalui tiga keping cek berjumlah RM150,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank syarikat Kopais.


Mereka melakukan kesalahan itu di Nombor 5, Jalan Wangsa Delima 1A, KLSC 3, Wangsa Maju dekat sini, antara 7 Januari hingga Mei 2013.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika disabit kesalahan.


Terdahulu, peguam Mohd Zawahid Ya yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Mahkamah membenarkan permohonan pembelaan dan ikat jamin terhadap tertuduh dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM15,000 seorang.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

Upah RM5,000


Kuala Lumpur: Seorang ‘keldai’ dadah wanita warga Filipina mendakwa hanya dibayar upah RM5,000 setiap kali menyeludup dadah syabu ke beberapa negara Asia.
Suspek berusia 39 tahun itu bagaimanapun ditahan polis jam 7.35 pagi kelmarin, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari New Delhi, India.

Hasil pemeriksaan dilakukan, polis menemui 3.1 kilogram (kg) syabu bernilai RM620,000 disembunyikan suspek di bawah timbunan baju di dalam bagasi dibawa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya merampas pelbagai mata wang asing seperti Dolar Amerika, Rupee India, Peso Filipina dan Bath Thailand termasuk mata wang Malaysia dari suspek.

Menurutnya, wanita itu dipercayai diupah sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan pertama kali menyeludup dadah ke negara ini.

“Suspek yang disoal siasat mendakwa diberi upah RM5,000 bagi setiap misi dilakukan.
Foto
RASHID (kiri) menunjukkan dadah dirampas daripada wanita Filipina.
“Kejayaan menahan suspek adalah hasil perkongsian maklumat antara JSJN dan pihak penguatkuasa narkotik antarabangsa,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Noor Rashid berkata, 47 kes membabitkan 52 tangkapan ‘keldai’ dadah dipatahkan di KLIA sepanjang tahun lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

Pencuri cincin ditahan di Zurich


Kuala Lumpur: Dua suspek utama yang mencuri dua bentuk cincin bernilai RM1.5 juta di pusat beli-belah di ibu negara 14 Ogos lalu berjaya ditahan Polis Antarabangsa INTERPOL di Zurich, Switzerland, kelmarin.

Difahamkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa negara itu berhubung penahanan kedua-dua penjenayah terbabit.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Rasdi Ramli berkata, suspek berjaya dijejaki menerusi hebahan disalurkan badan Perlindungan Tukang Emas Antarabangsa (WD) kepada semua pasukan INTERPOL di seluruh dunia.



Menurutnya, pihak PDRM akan menyiapkan laporan permohonan bagi mendapatkan perintah ekstradisi membawa kedua-dua suspek yang dipercayai berasal dari Taiwan ke negara ini.


“Langkah itu bertujuan membolehkan siasatan dilakukan terhadap suspek.


“Permohonan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara. Bagaimanapun kita masih menunggu butiran lanjut berhubung tangkapan itu selain bekerjasama dengan pasukan INTERPOL di sini,” katanya.

Menurutnya, suspek turut dikehendaki polis beberapa negara lain atas pembabitan jenayah sama sejak tahun 2012.


Dalam kejadian berkenaan, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an melarikan dua bentuk cincin masing-masing bernilai RM1.2 juta dan RM280,000 dari dua pusat jualan barangan kemas eksklusif di pusat beli belah terkemuka di Bukit Bintang dan KLCC.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

Drebar buang air bas lepas


Kuala Lumpur: Seorang lelaki bertindak gila apabila melarikan sebuah bas henti-henti tanpa penumpang ketika pemandunya turun membuang air kecil berdekatan sebuah hentian bas di Jalan Raja Laut, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, suspek berusia lingkungan 30-an memandu lebih 10 kilometer (km) dan dipercayai turut bergesel dengan tiga kenderaan sebelum berhenti di Desapark City, Kepong.


Pemandu ‘gila’ itu dipercayai berhenti selepas bas dicurinya merempuh sebuah pagar berdekatan kawasan itu dan suspek kemudian melarikan diri.



Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Rasdi Ramli berkata, polis menemui semula bas terbabit pada jam 10.30 pagi di Bulatan Desapark City, Kepong.


“Siasatan turut mendapati bas yang dipandu suspek turut bergesel dengan tiga buah kenderaan. Bagaimanapun, polis masih belum menerima laporan dari pemilik kenderaan terbabit,” katanya.


Katanya, polis kini memburu lelaki terbabit dan kes disiasat di bawah seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

Derita tumpah tomyam


Kota Bharu: Dua kanak-kanak perempuan melecur di badan, muka, kepala dan kaki selepas mangkuk besar berisi tomyam panas terjatuh dari atas meja dan menyimbah mereka, Isnin lalu.
Kejadian berlaku jam 10 pagi di sebuah tadika, dekat Jalan Telipot, di sini ketika kedua-duanya yang berusia dua dan tiga tahun menunggu di dewan makan untuk menikmati hidangan pagi.

Difahamkan Nur Afiqah Mazran, 2, berdiri tepi meja makan sebelum rakannya yang berusia tiga tahun menarik mangkuk berkenaan yang kemudiannya secara tiba-tiba menyimbah mereka.
Akibatnya, dua kanak-kanak terbabit melecur 20 hingga 50 peratus dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menceritakan kejadian itu, ibu Nur Afiqah, Noradillah Ismail, 35, berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya di Kedai Mulong kerana sedang berpantang selepas bersalin anak ketiga.

“Saya mengetahui kejadian berlaku selepas suami Mazran Harun menghubungi memaklumkan anak kami cedera.
Foto
NORADILLAH memangku anaknya yang masih trauma.
“Dia memberitahu mengetahui insiden itu selepas guru tadika Nur Afiqah menelefonnya beberapa minit selepas kejadian.

“Kami segera ke HRPZ II, namun anak dirujuk ke Unit Kebakaran HUSM selepas pada malam kejadian, kepala, muka, kaki kiri, tangan kiri dan badan anaknya yang kemerah-merahan semakin teruk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Bagaimanapun Noradillah berkata, enggan membesar-besarkan perkara itu dan tidak menganggap ia kecuaian pengurusan tadika berikutan kecederaan dialami anaknya akibat perbuatan Nur Afiqah serta rakannya sendiri yang tidak diketahui namanya.

Katanya, Nur Afiqah juga dibenarkan keluar daripada hospital selepas dua hari menerima rawatan dan kini hanya berehat di rumah.

“Keadaannya juga sudah bertambah baik walaupun dia kelihatan seperti trauma apabila sering terkejut ketika tidur dan enggan lagi dihantar ke tadika,” katanya yang tidak berhasrat mengambil tindakan ke atas pengusaha tadika berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

6 peserta pesta bogel didenda RM5,000 dijel sebulan


POLIS mengiringi enam daripada 10 tertuduh yang dijatuhi hukuman penjara dan denda RM5000 setelah mengaku bersalah menyertai penganjuran pesta sukan bogel di Taman Negara Teluk Bahang ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din
BALIK PULAU 28 Ogos - Perbuatan biadab sekumpulan individu yang menyertai penganjuran pesta sukan bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang pada Mei lalu memakan diri apabila enam daripada mereka masing-masing dihukum penjara sebulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Keenam-enam lelaki terbabit, Loh Kok Hong, 41, Mu Wai Peng,34, Justin Ang Ji Keng, 24, Yam Kam Hoong, 54, Lionel Loo Joo Heng, 52, dan R. NandaKumar, 40, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadap mereka.
Sementara empat lagi tertuduh terdiri daripada tiga perempuan, Chew Tok Hwa, 57, Chan Chia Wen, 27, dan Teh Guan Hoon, 37, serta seorang lelaki, Kong MengLeong, 38, masing-masing mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa telah mendatangkan kegusaran kepada orang awam kerana berbogel di tempat awam di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang di sini di antara pukul 3 petang dan 6 6 petang, 30Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama yangmemperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.
Majistret MuhammadNajib Ismail turut memerintahkan keenam-enam mereka dipenjara tiga bulan jikagagal membayar denda tersebut.
Selain itu, Kam Hoong yang dikatakan penganjur kedua pesta sukan bogel itu turut menghadapi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana menghasilkan video lucah.
Bagi kesalahan itu, Kam Hoong dihukum penjara enam bulan berkuat kuasa mulai hari ini.
Muhammad Najib sebelum menjatuhkan hukuman tersebut berkata, Malaysia adalah negara yang unik dan terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, budaya dan cara hidup.
"Apa yang telah menyatukan rakyat adalah Rukun Negara yang dipelajari sejak kecil sehingga hari ini. Sebagai orang Malaysia kita sanjung tinggi Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan,'' katanya.
Bagi kes terhadap Tok Hwa, Chia Wen, Guan Hoon, dan Meng Leong, mahkamah membenarkan setiap tertuduhdibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 berserta seorang penjamin warga tempatan sementara menunggu sebutan kes pada 16 Oktober ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Edward Chan manakala hanya Kok Hong dan Guan Hoon masing-masing diwakili peguam Allen Choong dan Jason Khor sementara yang lain tidak diwakili peguam bela.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140829/ma_01/6-peserta-pesta-bogel-didenda-RM5000-dijel-sebulan#ixzz3BpRfFGM4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 maut, 2 kenderaan bertembung



KEADAAN dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Terengganu, semalam.
DUNGUN 29 Ogos - Tiga sahabat termasuk seorang wanita maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan ngeri melibatkan dua kenderaan di Kilometer 18, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) petang ini.
Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu ialah Zuhairi Mahmood, 32, dari Felda Kerteh 6 yang juga pemandu kereta Proton Perdana dan dua penumpangnya, Noor Aida Osman, 29, serta Mohamad Haiqal Sani, 22, dari Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.
Seorang lagi rakan mereka, Wan Farid Wan Ramli, 27, dari Jerangau dekat sini cedera parah.
Nahas berlaku apabila kereta yang dinaiki empat mangsa itu bertembung dengan sebuah kenderaan SUV yang dinaiki oleh Rohaimi Mohamad, 47, (pemandu) bersama adiknya, Abdul Hakam Mohamad Esivan, 37, dan anaknya Mohd. Faizal Rusydan Mohamad, 14. yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rantau Abang.
Keadaan Abdul Hakam dan Mohd. Faizal dilaporkan kritikal manakala Rohaimi hanya cedera ringan.
Rohaimi merupakan pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan dari Kementerian Dalam Negeri dalam perjalanan ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), Rantau Abang untuk merasmikan penutupan tamat kursus pengawal keselamatan esok.
Kereta yang dipandu Zuhairi pula dikatakan dalam perjalanan dari arah Paka menghala ke AMBS dipercayai terbabas ke kanan jalan ketika melalui satu selekoh lalu bertembung dengan kenderaan SUV itu.
Rempuhan itu menyebabkan kereta Proton Perdana terputus dua. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Paka mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mayat Zuhairi yang cedera parah di kepala dan seluruh badan serta Noor Aida yang putus tangan kiri dan kaki kanannya.
Mayat Mohamad Haiqal yang parah di kepala dan badannya pula tercampak kira-kira 10 meter akibat perlanggaran itu.
Kemalangan menyebabkan kesesakan dan jalan terpaksa ditutup kepada lalu lintas selama sejam yang memaksa orang ramai menggunakan laluan alternatif untuk menuju ke Paka dan AMBS.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140830/je_03/3-maut-2-kenderaan-bertembung#ixzz3BpRXoPMz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

‘Tak tahu tiruan’


Kuala Lumpur: “Saya hanya bayar duit kepada dia (pembekal) dan terima barang. Saya tidak tahu beg tangan itu jenama tiruan,” itu adalah alasan diberikan seorang pemborong beg tangan tiruan berusia 30-an sejurus ditahan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya semalam.
Dalam operasi jam 3 petang itu, seramai 15 anggota penguat kuasa KPDNKK Putrajaya diketuai Ahmad Puat Abdul Hamid menyerbu premis berkenaan yang terletak di Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini. 
Pihak KPDNKK turut menyerbu empat lagi premis yang terletak di Plaza GM berhampiran kawasan sama. 

Hasil serbuan itu, sebanyak 2,000 beg tiruan bernilai hampir RM30,000 berjaya dirampas.
Foto
AHMAD Puat (kiri) merampas beg tiruan pelbagai jenama di sebuah premis di Chow Kit, semalam.

Sementara itu seorang pemilik premis yang disoal siasat mendakwa tidak sukar untuk mendapatkan bekalan beg tangan jenama terkemuka tiruan daripada pembekal.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30