Search This Blog

Tuesday, August 26, 2014

Manusia Tertinggi di Dunia dari Ukraine Meninggal dalam Usia 44 Tahun

euters/Al Arabiya Leonid Standyk (44) memilih hidup tenang dan mengembalikan rekod manusia tertinggi yang disematkan Guinnes Book of World Record.

KIEV,  Lelaki  tertinggi Ukraine, yang sempat memegang rekod manusia tertinggi di dunia tetapi kemudian melepas gelaran itu, meninggal dunia pada    24/8/2014  akibat komplikasi penyakit yang disebabkan kondisi tubuhnya yang terus tumbuh. Demikian media Ukraine melaporkan, pada 25/8/2014 .

Leonid Stadnyk (44) memiliki tinggi badan 2.60 meter akibat sebuah kelenjar tumor yang mengakibatkan hormon pertumbuhan tubuhnya terus diproduksi sepanjang hidupnya.

Pada 2007, pihak buku rekod Guinness menobatkan Stadnyk menjadi manusia tertinggi di dunia. Namun, dia menolak Guinness mengukur tinggi badannya. Akhirnya, gelaran itu dialihkan kepada lelaki China, Bao Xishun, yang memiliki tinggi badan 2.36 meter.

Stadnyk menjalani hidup sederhana bersama ibunya di sebuah rumah di Podolyantsi, sebuah desa di wilayah Zhytomyr, dan memilih menyendiri kerana menganggap postur tubuhnya itu memberinya lebih banyak kesulitan dibanding keuntungan.

Alasan utama Stadnyk tak mau tinggi badannya diukur ialah kerana satu-satunya yang diinginkannya adalah hidup yang tenang.

Namun, kesihatannya terus menurun yang membuatnya kesulitan bergerak dan memaksanya berhenti bekerja sebagai doktor hewan. Dia kemudian memilih berkebun dan mengurus ternak milik ibunya.

Stadnyk kerap mendapatkan bantuan dari para dermawan, misalnya sebuah komputer dengan "mouse" yang dirancang khas. Pada 2008, Presiden Ukraine Viktr Yuschenko menghadiahkan sebuah kereta yang sudah diubahsuai sehingga boleh digunakan Stadnyk.

Sayangnya, dia tinggal di kediamannya yang kecil  yang memaksa dia membungkuk dalam-dalam ketika  keluar atau masuk rumah.
Editor: Ervan Hardoko
SumberAFP/ KOMPAS.com

Mahkamah batal tuduhan khalwat ke atas Halimah

Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang, hari ini, membatalkan tuduhan berkhalwat dan sabitan bersalah yang dikenakan terhadap seorang wanita Indonesia beragama Kristian, Halimah, dua tahun lalu.
Pendakwa Syarie Mohamad Fahmi Mohamad Idris memberitahu mahkamah pihaknya menarik semula pendakwaan terhadap Halimah.
Arahan tersebut dilakukan ketua pegawai pendakwa raya syariah mengikut Seksyen 103 Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang yang membenarkan ketua pegawai pendakwaraya untuk menarik kembali pendakwaan di mana-mana peringkat kes.
Hakim Zaini Abd Rahim membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan mengarahkan Halimah dibebaskan secara serta merta.
Halimah, 42, ibu kepada 4 anak, seorang penganut Katolik yang bekerja di pusat refleksologi  dibebaskan selepas pendakwaan ke atasnya digugurkan.
Beliau sepatutnya dijadualkan untuk perbicaraan semula di Mahkamah Rendah Syariah.
"Saya akhirnya bebas. Saya sangat gembira," katanya dengan nada sebak kepada wartawan selepas keluar dari kamar mahkamah.
"Saya menangis kerana saya gembira. Saya berterima kasih kepada tuan-tuan (merujuk kepada peguamnya, Wan Faridulhadi Mohd Yusoff dan pegawai dari Kedutaan Indonesia di Pulau Pinang) kerana membantu saya.
"Terima kasih adik-adik (kepada media kerana memberi keutamaan kepada kesnya)," katanya.
Pada 15 Mei 2012, Halimah didakwa berkhalwat mengikut Seksyen 27(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) di Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang.
Dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000. Bagaimanapun, dia masih belum menjalani hukuman kerana menanti rayuan.
Pada 3 Disember tahun yang sama, kes Halimah disemak semula oleh Mahkamah Syariah dengan prosoding mengekalkan rayuannya.
Pada 9 September 2013, Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan peguam Halimah membawa kesnya ke Mahkamah Rayuan Syariah.
Peguamnya membuat rayuan di hadapan hakim, di bawah Seksyen 74 enakmen tersebut, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa kerana dia beragama Kristian.
Peguambela turut membekalkan beberapa dokumen lain sebagai bukti termasuk sijil pembaptisan yang membuktikan Halimah beragama Kristian ketika di Medan pada 19 Jun 1982, dan keluarganya juga beragama Kristian, serta surat konsulat Indonesia di Pulau Pinang mengesahkan dia beragama Kristian.
Wan Faridulhadi memberitahu mahkamah tiada bukti pendakwaan menunjukkan Halimah memeluk Islam.
Halimah tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya dan mahu menyampaikan berita tersebut kepada keluarganya di kampung.
"Sekarang ia sudah berakhir, saya mahu pulang ke rumah dan beritahu mereka tentang berita tersebut," katanya.
Majikannya Datin Josephine Ong, yang membayar upah guamannya dan turut serta berada bersamanya sepanjang perbicaraan, juga meluahkan rasa gembiranya.
"Saya juga gembira untuk Halimah, beliau kini wanita bebas," katanya.
Sementara itu, wakil pemerhati Majlis Peguam Cecil Rajendra dan Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam), berkata mereka masih membincangkan langkah seterusnya.
Kemungkinan tindakan saman akan diambil ke atas pihak berkuasa kerana mengheret Halimah dan majikannya berdepan keadaan sukar selama 2 tahun.
Kes Halimah menjadi tumpuan kerana menjadi wanita bukan Islam pertama yang didakwa dan didapati bersalah atas pertuduhan khalwat di negara ini. – 26 Ogos, 2014.

Dakap mayat isteri dipenuhi darah

Keadaan mangsa yang terlibat kemalangan berkenaan, semalam.
Keadaan mangsa yang terlibat kemalangan berkenaan, semalam.
KUALA KUBU BHARU - Seorang suami tidak menyangka bisikan suara wanita yang didengarinya ketika azan Zuhur berkumandang adalah isyarat pemergian isterinya buat selamanya.

Malah bapa empat anak kecil ini, Azlin Ahmad, 32, turut merasa seakan dihempap sesuatu yang berat ketika terlelap selepas solat sunat dua rakaat seterusnya dikejutkan dengan jeritan rakan yang membawa berita kematian isteri tercinta, Siti Fatimah Jamaludin, 27.

“Masa  azan berkumandang saya terasa sesuatu macam terdengar suara isteri memanggil dan lepas solat sunat dua rakat saya terlelap terasa macam kena hempap lalu tersedar kawan datang menjerit panggil saya.

“Dia kata sabar, isteri kau dah tak ada. Tapi masa itu saya boleh gelak lagi dan cakap dengan dia jangan main-main, lepas tu dia tegaskan mengatakan isteri saya dah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) semalam.

Menurutnya, setelah itu dia bergegas ke tempat kejadian dan mendakap mayat isterinya yang berlumuran darah.

Katanya, dia ditenangkan rakan dan adik beradiknya sebelum mayat isterinya dibawa ke hospital.

Azlin berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku lebih kurang jam 12.10 tengah hari di persimpangan tiga Jalan Semarak dekat Masjid As Salam, Bukit Sentosa.

Katanya, kejadian melibatkan motosikal ditunggang isterinya dengan sebuah lori seberat tiga tan yang kedua-duanya datang dari arah Rasa dan dikatakan hendak membelok ke kiri arah sebuah pasaraya namun berlaku pelanggaran.

Menurutnya, ketika itu isterinya keluar awal ke sekolah dengan menunggang motosikal bersendirian untuk menjelaskan yuran program yang bakal disertai anaknya pada Rabu ini di Port Dickson.

“Sebelum kejadian itu saya ada hubungi isteri dan dia cakap sekolah hubungi minta jelaskan yuran program tapi dia tak cakap banyak dan terus letak telefon.

“Rasanya dia terus pergi sekolah lepas tu. Saya pula balik rumah nak makan tengah hari tapi bila sampai rumah dia tak balik lagi. Masa itulah saya tunggu dia sampai azan Zuhur,” katanya.

Katanya, pada pagi kejadian isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan bersebelahan Masjid As Salam sempat menghantar makanan untuk anak keduanya makan pada waktu rehat.

Menurutnya, kejadian itu mengejutkan dan tidak menyangka isterinya pergi lebih awal darinya.

Kini, Azlin memikul sepenuhnya tanggungjawab menyara anak-anak, Hafif Muiz, 6, dan dua anak kembar Muhammad Azhad Ilham dan Muhammad Ilmie Azraie, 4, manakala anak sulungnya Nur Aina Batisha, 10, masih tinggal bersama datuknya di Teluk Intan, Perak.

Katanya, anak sulungnya tinggal bersama keluarga mertua sejak berumur tiga tahun lagi dan bersekolah di sana.

“Kami hidup dalam keluarga yang kurang berkemampuan dan disebabkan itu Nur Aina Batisha dijaga di sana bersama datuknya,” katanya yang hanya bekerja sendiri dengan mengambil upah membaik pulih rumah.

Katanya, jenazah isterinya dibawa pulang malam semalam ke Teluk Intan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan mengenai punca sebenar kes masih dalam siasatan.

Rugi RM1,500 motosikal terbakar

Keadaan motosikal mangsa yang hangus dalam kejadian di kawasan Taman Tasik Taiping.
Keadaan motosikal mangsa yang hangus dalam kejadian di kawasan Taman Tasik Taiping.
TAIPING – Seorang lelaki kerugian kira-kira RM 1, 500 apabila motosikal ditunggangnya terbakar tiba-tiba dalam kejadian di kawasan Jalan Kedamaian Taman Tasik Taiping.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Penolong Penguasa Hasna Rashid berkata, dalam kejadian jam 2.28 petang semalam itu, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri di kawasan tersebut sebelum menyedari kenderaannya terbakar.

Menurutnya, bagaimanapun, mangsa sempat menyelamatkan diri dan tidak cedera.

"Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan dan tiba di sana kira-kira jam 2.31 petang.

"Mereka menggunakan alat pemadam api jenis CO2 untuk memadamkan kebakaran itu dan berjaya menyelesaikan operasi berkenaan dalam masa lima minit,” katanya.

Hasna berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

Jutaan ringgit hangus sekelip mata

Anggota bomba dan penyelamat berusaha memadamkan kebakaran di kilang pakaian terbabit.
Anggota bomba dan penyelamat berusaha memadamkan kebakaran di kilang pakaian terbabit.
LEDANG - Pemilik sebuah kilang pakaian mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit apabila premisnya musnah dalam kebakaran di Pusat Perindustrian Tanjung Agas dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian stor kilang tersebut sebelum merebak ke keseluruhan bangunan.

Seorang kakitangan kilang yang enggan dikenali berkata, dia mengetahui kejadian tersebut selepas menerima panggilan telefon daripada rakannya yang bertugas di kilang perabot yang terletak bersebelahan dengan kilang itu.

“Apabila tiba kilang lihat banyak asap keluar dari dalam bangunan terutamanya di bahagian stor yang turut mengeluarkan api.

“Hari ini (kelmarin) kilang tidak beroperasi kerana cuti hujung minggu dan semua pekerja berada di rumah masing-masing,” katanya.

Katanya, menurut rakannya itu kebakaran disedari apabila terdengar bunyi letupan kuat  dan disusuli asap keluar dari stor kilang.

“Kilang ini telah beroperasi sejak 30 tahun lalu mempunyai 400 pekerja terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing termasuk dari Nepal, Vietnam, Indonesia serta Bangladesh.

“Kejadian ini menyebabkan 400 pekerjanya kehilangan pekerjaan dan pihak pengurusan sedang mencari jalan penyelesaian, kemungkinan mereka akan ditempatkan di cawangan kilang ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Penguasa Balai Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Azhar Elmy Mustafa berkata, seramai 35 anggota bersama empat jentera  bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.40 petang.

Katanya, kesemua yang  terlibat terdiri daripada 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, lima (Bukit Gambir), lapan (Tangkak) dan masing-masing dua anggota dari Pejabat Zon Muar dan Ibu Pejabat Bomba Johor Bahru.

“Anggota dari Muar tiba dahulu ke tempat kejadian dan dimaklumkan keadaan api sudah marak dari bahagian dalam bangunan.

“Kita berjaya mengawal api daripada merebak ke kilang-kilang berhampiran dalam tempoh setengah jam,” katanya.

Azhar Elmy berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 2.55 pagi, bagaimanapun punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Derita berjirankan ladang babi

Keadaan kandang babi yang kelihatan tidak terurus.
Keadaan kandang babi yang kelihatan tidak terurus.
SAMPAI bila?”

Itulah persoalan yang bermain di fikiran penduduk di kampung-kampung berhampiran pusat penternakan babi Kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah.

Ini kerana isu ladang babi yang sering didakwa menjadi punca utama berlakunya pencemaran terutama di Sungai Tuang bukanlah suatu permasalahan baharu.

Malah, isu berkenaan sudah berulang kali ditimbulkan penduduk kampung berhampiran, terutama di Kampung Telok Gong dan Pengkalan Balak yang bukan sahaja terpaksa berdepan masalah pencemaran Sungai Tuang tetapi juga pencemaran bau dari kandang babi di sekitar kawasan Paya Mengkuang.

Sudah tidak tertahan menghidu bau busuk. Tekak loya... itulah ditanggung penduduk. Semuanya berpunca daripada kumbahan dari ladang babi berhampiran.

Tindakan segelintir penternak yang dikatakan gagal mewujudkan sistem kumbahan efektif di ladang mereka turut menyumbang kepada masalah sehingga berlanjutan sebegini lama.

Sebelum ini, kerajaan negeri pernah bertindak apabila mengarahkan pemilik ladang babi di Kampung Paya Mengkuang agar mengurangkan jumlah ternakan mereka dalam usaha menangani masalah pencemaran air dan bau di  kawasan berkenaan.

Malah, Ahli Parlimen ketika itu, Datuk Abu Seman Yusop pernah memberi amaran kepada mana-mana pemilik yang ingkar bahawa ladang mereka akan dimusnahkan kerajaan negeri.

Walaupun difahamkan ramai pemilik ladang yang akur dengan arahan itu, namun usaha ini seolah-olah tidak menyelesaikan masalah dihadapi apabila pencemaran air dan udara di kawasan berkenaan masih terus berlaku.

Isu kandang babi ini sekali lagi timbul apabila berlakunya wabak Ensefalitis Jepun (JE) di Pulau Pinang baru-baru ini, sekali gus membuatkan orang ramai tertanya-tanya sejauh manakah selamatnya puluhan kandang babi di Paya Mengkuang.

Persoalannya adalah, mengapa setelah sekian lama isu pencemaran air dan udara ini ditimbulkan penduduk kampung, masih belum ada sebarang penyelesaian konkrit dilakukan.

Salah satu sebab yang dilihat menjadi punca masalah ini berlanjutan adalah kerana ketiadaan undang-undang khas untuk mencegah perbuatan segelintir penternak ini membuang sisa kumbahan ke dalam Sungai Tuang.

Perlu undang-undang baharu

Bagaimanapun, kemelut ini dijangka dapat diatasi apabila Kaedah-kaedah Pelesenan Menternak Babi Negeri Melaka 2013 mula dikuatkuasakan awal tahun depan.

Kaedah-kaedah Pelesenan Menternak Babi Negeri Melaka 2013 ini merupakan satu usaha kerajaan negeri dalam menambah baik serta memberi lebih kuasa di bawah Enakmen Menternak Babi 1980 dalam menangani permasalahan sebegini dan mengelaknya daripada berlanjutan.

Ini kerana, antara lain, kaedah berkenaan memerlukan penternak mengikut syarat serta spesifikasi penternakan yang digariskan.

Ini termasuklah sistem pengurusan ladang dan kumbahan yang teratur, serta kebersihan ladang dan pengawalan pencemaran alam sekitar.

Buat masa ini, pemantauan secara berkala yang dijalankan kerajaan negeri menerusi Jabatan Veterinar Melaka lebih menjurus kepada memastikan penternak tidak memelihara haiwan berkenaan melebihi jumlah sedia ada, iaitu dianggarkan kira-kira 48,000 ekor.

Isu pencemaran dari ladang babi ini dilihat bukan sahaja membabitkan penduduk sekitar, namun turut boleh menjejaskan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan memandang terdapat beberapa tarikan pelancong berhampiran Kampung Paya Mengkuang, termasuk Pengkalan Balak.

Malahan, sebelum ini pernah timbul kebimbangan orang ramai bahawa air Sungai Tuang yang dicemari najis babi itu berkemungkinan akan turut menjejaskan kawasan pantai Pengkalan Balak.

Ternyata setelah sekian lama berhadapan masalah ini, penduduk kampung berhampiran mengharapkan perundangan baharu yang akan berkuat kuasa tahun depan akan dapat menamatkan penderitaan mereka.

Hanya masa yang akan menentukannya.

Lelaki mengamuk maut ditembak


Tawau: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mati ditembak selepas mengamuk sehingga seorang anggota polis cedera ditetak lelaki berkenaan dalam kejadian di Kampung Andrassy, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 11.10 pagi itu, suspek berusia 30-an dipercayai mati di lokasi kejadian selepas terkena tembakan. 
Sebelum itu, suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk sehingga menyebabkan pekerja di ladang sawit berhampiran kampung itu menghubungi polis. 

Sepasukan polis yang tiba di lokasi cuba menenangkan keadaan sebelum suspek menyerang mereka dan melibas seorang anggota menggunakan sabit sehingga cedera di lengan kanan.
Foto

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Besar Tawau dan dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Komplot penculikan terbongkar

Komplot penculikan terbongkar
PERBUATAN sepasang kekasih di Amerika Syarikat (AS) yang melakukan penculikan untuk perhambaan akhirnya terbongkar selepas seorang daripada mereka menyerah diri kepada polis.
Menurut Daily Mail, Nicole Vaisey mengaku menculik dua kanak-kanak perempuan berumur tujuh dan 12 tahun bersama teman lelakinya, Stephen Howells Jr dari sebuah kawasan ladang milik keluarga mangsa di Oswegatchie, New York, 13 Ogos lalu.

Menurut pihak berkuasa, Vaisey cuba memperdaya kedua-dua mangsa dengan beberapa anak anjing yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta mereka.

“Kedua-dua kanak-kanak itu kemudiannya dipaksa menaiki kereta suspek sebelum dibawa pulang ke kediaman mereka di Hermon.

“Mangsa dipercayai diikat pada katil selama hampir 24 jam. Bagaimanapun, pasangan tersebut mula berasa takut selepas berita kehilangan kanak-kanak terbabit disiarkan secara meluas di media elektronik.

“Kedua-dua budak itu akhirnya dibebaskan di sebuah kawasan berhampiran Bigelow. Hasil siasatan awal kami mendapati mangsa turut didera secara seksual,” kata jurucakap polis.

Susulan daripada itu, pasangan kekasih tersebut telah didakwa melakukan penculikan dengan niat untuk penderaan seksual atau fizikal terhadap kedua-dua budak perempuan terbabit.

Upah penagih bunuh isteri

Gambar kecil Amina Bibi
Gambar kecil Amina Bibi
SEORANG lelaki yang sanggup mengupah seorang penagih dadah untuk menikam isterinya sampai mati didakwa bersalah melakukan pembunuhan.

Menurut Daily Mail, tertuduh, Mohamed Ali, 65, menawarkan bayaran 1,000 pound (RM5,200) kepada Frederick Best, 47, untuk melakukan perbuatan kejam tersebut.

Mangsa, Amina Bibi dipercayai ditikam lebih 70 kali dalam insiden menggemparkan di kediaman mereka di Forest Gate, timur London.

Mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh anak sulung mereka yang berumur 11 tahun pada September lalu.

Hasil siasatan polis mendapati bebanan hutang dan hubungan sulit bersama adik iparnya mungkin menjadi motif utama Ali bertindak demikian.

“Amina ada menyimpan sejumlah besar wang di rumah mereka dan suaminya mungkin merancang untuk mencurinya dengan ‘bantuan’ Best,” kata jurucakap pihak berkuasa.

Difahamkan, Best diberkas di kediamannya kira-kira empat hari selepas insiden pembunuhan tersebut dan hasil siasatan lanjut turut membawa kepada penahanan Ali tidak lama selepas itu.

Kedua-dua mereka disabit bersalah atas tuduhan melakukan pembunuhan oleh Woolwich Crown Court.

'King pin' kena cekup depan anak, isteri


Kota Bharu: Seorang ketua sindiket pengedaran dadah bertaraf 'king pin' antara enam yang ditahan bersama pil kuda bernilai RM1 juta dalam tiga serbuan berasingan di negeri ini, Ahad lalu.
Lebih menyedihkan ketika serbuan jam 3 petang itu, suspek ditahan di dalam sebuah kereta bersama isteri, anak berusia dua tahun dan seorang rakan lelakinya di Jalan Hamzah di sini. 
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, serbuan berasingan itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Narkotik Kelantan pada 24 Ogos lalu. 

"Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan suspek menemui satu beg di tempat letak kaki penumpang hadapan mengandungi empat bungkudan berisi 39,817 disyaki pil kuda seberat 4.3 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1 juta.
Foto
Mazlan (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas.

"Siasatan mendapati mereka baru mendapat bekalan dadah daripada pihak tertentu untuk pasaran tempatan, katanya dalam sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, sebentar tadi.

Wang tunai RM509,623 turut dirampas dalam dua serbuan lagi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Pemandu maut, 10 cedera bas rempuh treler


Kampar: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala pemandu kedua serta sembilan penumpang mengalami cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 304 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Gopeng, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, pemandu bas Mansor Shaari, 54, meninggal dunia di tempat kejadian selepas bas dipandunya melanggar belakang treler yang sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya itu. 
Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati bas dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh itu didapati hilang kawalan dan melanggar belakang treler berkenaan. 

Menurutnya, keadaan lebuh raya berkenaan yang agak licin berikutan hujan menyebabkan pemandu berkenaan hilang kawalan sebelum melanggar belakang treler terbabit.
Foto

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala kesemua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Maut tercampak dari motosikal


Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut selepas tercampak dari motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya di Lebuhraya Mahameru berhampiran bangunan Parlimen di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, mangsa Hoo Chiew Kee, 59, dari Taman Sea, Petaling Jaya disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, muka dan kaki. 
Siasatan awal mendapati mangsa dikatakan terjatuh sendiri selepas gagal mengawal motosikalnya ketika melalui selekoh di laluan berkenaan. 

Difahamkan, saksi kejadian memberitahu motosikal Kawasaki Versys 1000 yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbalik manakala mangsa pula tercampak di atas jalan raya.
Foto

Beberapa minit kemudian sebuah kereta Perodua Myvi yang melalui lokasi kejadian cuba memperlahankan keretanya untuk melihat mangsa yang terbaring di atas jalan.

Akibatnya sebuah kereta Audi TT yang tidak sempat menekan brek terus merempuh bahagian belakang kereta terbabit. 

Bagaimana pun, kedua-dua pemandu kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Pemandu, kelindan lori maut


Jasin: Seorang pemandu bersama kelindan maut selepas lori membawa muatan gas oxy acetylene (gas kimpalan) dinaiki merempuh belakang sebuah lagi lori muatan besi buruk di Kilometer 177.8 Lebuhraya PLUS arah Utara di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi tadi, pemandu lori Mohd Kamarulazrin Zakaria, 20, dan kelindan, Mohd Noorazli Abd Talib, 37, mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di anggota badan. 
Mayat kedua-dua mangsa yang tersepit dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat dalam masa kira-kira satu jam. 

Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan sedang bergerak menghala ke Utara.
Foto
BOMBA mengeluarkan mayat mangsa yang maut dalam kemalangan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Bahana sebut 'bom' dalam penerbangan


Oleh Asmah Rusman
Subang: Sebuah pesawat milik Malindo Air yang sepatutnya berlepas ke Pulau Pinang pada jam 3.40 petang ditunda selepas juruterbang membuat panggilan kecemasan kepada pusat kawalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, panggilan itu dibuat selepas seorang penumpang pesawat jenis ATR 60 itu menyebut perkataan 'bom' ketika pemeriksaan dilakukan oleh kru penerbangan.


"Selepas penumpang melepasi pintu masuk mereka akan diperiksa lagi untuk kali kedua bagi memastikan tidak berlaku kesilapan menaiki pesawat.

"Ketika itulah seorang penumpang dipercayai lelaki tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan kru sambil berkata, kenapa perlu periksa lagi bukan ada bom pun," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), tadi.


Katanya, kru penerbangan kemudiannya melaporkan perkara itu kepada juruterbang sebelum memaklumkan pusat kawalan untuk menangguhkan penerbangan.


Katanya, sepasukan anggota polis dari Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan pemeriksaan rapi terhadap pesawat, anak kapal dan 37 orang penumpang termasuk seorang bayi.

"Semua anak kapal dan penumpang diarahkan turun dan masuk ke sebuah bilik khas manakala pesawat ditunda ke bahagian khas untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Katanya, operasi tamat kira-kira jam 7.15 malam dan pesawat disahkan selamat. Hanya 35 penumpang dijadualkan akan berlepas dengan pesawat sama jam 9.30 malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Sepasang kekasih disyaki dera bayi sampai mati


Oleh Na'imah Mohamed
Shah Alam: Polis menahan sepasang kekasih selepas disyaki mendera seorang bayi lelaki berusia 15 bulan sehingga meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, Perak, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, bayi terbabit yang juga anak kepada wanita berkenaan meninggal dunia di hospital itu ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Pulau Pinang.


Katanya, berdasarkan siasatan awal, pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 16 tahun terbabit berhenti di Kuala Kangsar untuk memberikan susu kepada bayi terbabit sebelum ibunya menyedari bayi itu tidak sedarkan diri.

"Mereka terus membawa mangsa ke hospital namun doktor mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia dan pasangan berkenaan membuat laporan polis di sana.


"Namun, pihak hospital mendapati terdapat unsur dera ketika bedah siasat dan polis bertindak menahan pasangan itu dan kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

KEMALANGAN MAUT KM 177.0


Jam 6.46 pagi Kemalangan melibatkan 2 buah lori dimana terdapat 2 orang mangsa maut dilokasi kejadian. Operasi berkenaan di lakukan anggota BBDP Jasin Bestari, Melaka





Pemandu bas maut, dua penumpang cedera nahas dekat Gopeng

SELASA, 26 OGOS 2014 @ 10:59 AM
SEORANG pemandu bas ekspres maut manakala dua penumpang cedera dalam kemalangan bas berkenaan dengan sebuah treler di Kilometer 304 Lebuh raya Utara Selatan dekat Gopeng, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
 
SEORANG pemandu bas ekspres maut manakala dua penumpang cedera dalam kemalangan bas berkenaan dengan sebuah treler di Kilometer 304 Lebuh raya Utara Selatan dekat Gopeng, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
KAMPAR: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala dua penumpang cedera dalam kemalangan bas berkenaan dengan sebuah treler di Kilometer 304 Lebuh raya Utara Selatan dekat Gopeng, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu bas Mansor Shaari, 54, meninggal dunia di tempat kejadian selepas bas dipandunya melanggar treler yang sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya itu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati bas yang dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh itu didapati hilang kawalan dan melanggar belakang treler berkenaan.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala kesemua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.

Beliau berkata, keadaan lebuh raya ketika kejadian agak licin berikutan hujan.

Pekerja Myanmar bertindak bakar kereta di Kulaijaya

SELASA, 26 OGOS 2014 @ 1:22 PM
SEKUMPULAN pekerja kilang warga Myanmar yang mogok di Jalan Ganga, Desa Perindustrian Kulai 2, Kelapa Sawit, hari ini.
SEKUMPULAN pekerja kilang warga Myanmar yang mogok di Jalan Ganga, Desa Perindustrian Kulai 2, Kelapa Sawit, hari ini.
SEKUMPULAN pekerja kilang warga Myanmar bertindak membakar sebuah kereta dalam kejadian mogok dan rusuhan di sini, pagi tadi.
 
KULAIJAYA: Sekumpulan pekerja kilang warga Myanmar bertindak membakar sebuah kereta dalam kejadian mogok dan rusuhan di Jalan Ganga, Desa Perindustrian Kulai 2, Kelapa Sawit, pada kira-kira jam 11 pagi tadi.

Difahamkan, pekerja berkenaan bertindak sedemikian berkaitan masalah gaji.

Pemandu lori dan kelindan maut nahas dekat Jasin

SELASA, 26 OGOS 2014 @ 3:38 PM

 
JASIN: Seorang pemandu lori dan kelindannya maut selepas kenderaan membawa muatan gas Oxy dipandunya merempuh sebuah lori sarat muatan besi buruk di Kilometer 177.8 Lebuh Raya Utara Selatan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi arah utara itu, pemandu, Mohd Kamarulazrin Zakaria, 20, dan kelindannya, Mohd Noorazli Abd Talib, 37, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

Kedua-dua mayat mangsa yang tersepit itu berjaya dikeluarkan oleh sepasukan anggota bomba dalam tempoh sejam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.

19 terbunuh dalam kemalangan bas di Mesir

SELASA, 26 OGOS 2014 @ 3:34 PM

 
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh apabila dua bas mini berlanggar dan terjatuh ke dalam terusan berhampiran bandar raya pelancongan Luxor awal hari ini.

Agensi berita MENA melaporkan, mangsa dalam perjalanan ke majlis perkahwinan apabila kemalangan itu berlaku lewat malam tadi.

Laporan itu menyatakan kedua-dua bas mini terbabit dipandu dengan laju dan berlumba antara satu sama lain, yang mengakibatkan kemalangan itu. Ia menyatakan keadaan gelap pada waktu tengah malam menyukarkan usaha menyelamat.

Ketua perkhidmatan kecemasan tempatan, Abu al-Naga al-Haggagi dipetik sebagai berkata enam orang masih hilang berikutan kejadian itu dan anggota keselamatan sedang berusaha untuk mencari mereka.

Minggu lalu, dalam satu kejadian lain, 38 orang terbunuh dan berpuluh lain cedera apabila dua bas berlanggar di Semenanjung Sinai. - AP

Tentera Wanita AS Bunuh Diri Dengan Tembak Diri Sendiri


 26/8/14
Washington - Seorang tentera wanita Amerika Syarikat nekat menembak dirinya sendiri di markas komando tentera AS di Virginia. Tentera wanita ini akhirnya mati dalam insiden tragis ini.

Tentera yang tidak disebut namanya ini, meninggal akibat luka-lukanya ketika dirawat di rumah sakit setempat, dekat Fort Lee, yang berjarak sekitar 210 kilometer sebelah selatan Washington. Demikian seperti dilansir AFP, Selasa (26/8/2014).

Dalam insiden yang terjadi pada Isnin (25/8) waktu setempat ini, tentera wanita itu sempat mengunci dirinya di dalam salah satu ruang pejabat yang ada di markas komando militer tersebut. Dia pun kemudian menembak dirinya sendiri.

Menurut keterangan militer AS, sekitar pukul 08.45 waktu setempat, tentera wanita ini masuk ke dalam Combined Arms Support Command Headquarters di Fort Lee, dengan membawa senjata di tangannya.

"Mengacungkan senjata dan kemudian membarikade dirinya sendiri di dalam pejabat  dengan senjata tersebut," demikian pernyataan militer AS.

Suara alarm peringatan terdengar di seluruh kawasan markas komando militer tersebut. Polis  setempat pun segera datang  ke lokasi dalam beberapa minit.

"Selama negosiasi dengan tentera lainnya, dia dilaporkan menodongkan pistol ke dirinya sendiri," lanjut keterangan militer tersebut.

Tentera wanita tersebut dikejarkan ke rumah sakit setempat, atau Virginia Commonwealth University Medical Center, untuk mendapat rawatan perubatan  atas luka tembaknya. Namun nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Insiden ini sedang disiasat   oleh otoriti setempat dengan delik tindak kriminal. Belum diketahui pasti motif si tentera wanita menembak dirinya sendiri hingga meninggal.
sumber:dertikNews

Lima polis suspek kes jual kereta curi, dihantar ke Negeri Sembilan


26/08/2014 2:34pm

KUALA LUMPUR - Lima anggota polis yang dipercayai cuba menjual kereta hasil samun daripada seorang warga Indonesia akan dihantar ke Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, berdasarkan semakan maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati kecurian kenderaan itu dilaporkan di negeri itu.
"Siasatan awal akan dijalankan di Kuala Lumpur...kita akan hantar kesemua suspek ke Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin di sini hari ini.
Media hari ini melaporkan lima anggota polis ditahan selepas dipercayai cuba menjual sebuah kereta mewah yang disamun daripada seorang lelaki warga Indonesia, yang disyaki terbabit dalam jenayah pecah rumah dan curi kenderaan.
Anggota polis itu yang berusia lingkungan 20-an dan bertugas di Cawangan Khas serta Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditangkap di tempat berasingan kelmarin dan semalam.
Sementara itu, Tajuddin berkata kompleks baharu IPD Cheras berkeluasan 22,043 meter persegi itu dibina awal Disember 2010 dan siap sepenuhnya 31 Mac tahun lepas.
Tambahnya, bangunan setinggi tiga tingkat itu beroperasi sepenuhnya awal Januari lepas. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz3BUCx5zst 
Hakcipta terpelihara 

Polis rampas pil kuda bernilai hampir RM1 juta


26/08/2014 4:29pm

KOTA BHARU - Polis berjaya membanteras sindiket pengedaran dadah yang dikenali sebagai ’sindiket kuning’ berikutan rampasan sejumlah pil kuda jenis ’yaba’ yang dianggarkan mencecah hampir RM1 juta, dua hari lepas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tiga serbuan hampir serentak kira-kira 3 petang itu, pasukan itu juga menahan empat lelaki, seorang perempuan dan seorang kanak-kanak berumur dua tahun.
"Sebanyak 39,817 biji pil yaba yang dianggarkan seberat 4.3 kilogram telah dirampas daripada sindiket itu dengan nilai keseluruhan mencecah RM1 juta.
"Kesemua yang ditahan itu berumur antara 24 hingga 34 tahun dalam tiga serbuan serta turut merampas sejumlah wang tunai bernilai RM509,623 termasuk matawang Baht (Thailand),” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.
Mazlan berkata, rampasan dan tangkapan itu adalah operasi bersama pasukan STING (Special Tactikal Intelligence Narcotics Group) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz3BUCEs9ee 
Hakcipta terpelihara 

Suspek langgar polis maut sesak nafas


Johor Bahru: Seorang penjenayah mengadu sesak nafas selepas ditahan polis meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Skudai, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.40 pagi itu, lelaki berusia 30-an terbabit baru saja melanggar anggota polis bermotosikal yang mengejarnya hingga menyebabkan anggota itu terseret ketika suspek cuba melarikan diri selepas diarahkan berhenti.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, empat anggota polis membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu terserempak lori dalam keadaan mencurigakan.



Katanya, anggota polis menghampiri kenderaan itu dan mengarahkannya berhenti selepas memperkenalkan diri.


“Suspek enggan memberi kerjasama dan terus melarikan diri menyebabkan anggota yang menunggang motosikal mengejarnya.


“Setibanya di hadapan pintu pagar kolej, suspek menghimpit dan melanggar seorang anggota polis sebelum mengheretnya 50 meter sehingga lori itu terbabas dan terbalik di bahu jalan,” katanya.

Menurut Mohd Khamsani, suspek berjaya ditahan dan sejurus itu dia mengadu sesak nafas sebelum rebah serta tidak sedarkan diri.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

3 geng samun tersungkur


Oleh Mohd Husni Mohd Noor
Sepang: Hasil risikan dan kerja gigih sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang berbaloi apabila tiga kumpulan samun bersenjata dan curi kenderaan yang aktif di sekitar daerah itu ditumpaskan dalam tempoh sebulan.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata, tiga kumpulan samun berkenaan iaitu Geng Boy Hotel, Geng Palani dan Geng Lembu Pancitan masing-masing diberkas polis antara 8 dan 19 Ogos lalu.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati, tiga kumpulan jenayah itu terbabit dalam aktiviti mencuri kenderaan, ragut dan pecah rumah sekitar Dengkil, Sepang, Putrajaya dan Hulu Langat serta beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.



“Secara keseluruhan, seramai 18 suspek ditahan membabitkan empat Geng Boy Hotel masing-masing berusia antara 25 dan 41 tahun yang diberkas pada 8 Ogos lalu manakala, tujuh ahli Geng Palani berusia antara 28 dan 40 tahun ditahan masing-masing pada 14 dan 18 Ogos lalu.


“Selain itu, tujuh ahli Geng Lembu Pancitan berusia antara 24 dan 30 tahun pula diberkas masing-masing pada 14 dan 18 Ogos lalu,” katanya, di sini, semalam.


Katanya, siasatan lanjut mendapati Geng Boy Hotel terbabit dalam lima kes samun dan satu kes pecah rumah di sekitar Dengkil, Sepang, Putrajaya, Nilai (Negeri Sembilan) dan Kuala Langat selain menginap di sebuah hotel bajet di Dengkil bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti jenayah.

Foto
Mohd Yusoff menunjukkan senjata yang dirampas.

Mohd Yusoff berkata, tangkapan suspek menyelesaikan enam kes samun dan ragut selain berjaya merampas sebuah motosikal Yamaha Evo yang digunakan untuk meragut, tukul besi, buku lima, pisau Rambo, lapan senjata tajam, 14 telefon bimbit, sebuah walkie-talkie, 30 keping simkad, sekeping MyKad, dua komputer riba dan lima keping kad ATM.


“Ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah. Siasatan awal mendapati, suspek berpindah-randah dan menginap di hotel bajet setiap kali melakukan jenayah,” katanya.

Katanya, Geng Palani pula terbabit dalam aktiviti mencuri kenderaan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor selain menjadikan sebuah bengkel kenderaan di Dengkil bagi menyimpan dan meleraikan kenderaan curi.


Mohd Yusoff berkata, suspek dipercayai mencuri kenderaan untuk dijual di pasaran gelap selain menggunakannya untuk aktiviti jenayah samun dan ragut.


Menurutnya, ketujuh-tujuh ahli kumpulan itu diberkas selepas polis menahan dua suspek yang sedang makan di sebuah kedai makan pada 15 Ogos lalu sebelum menyerbu dan menahan baki lima ahli kumpulan itu di bengkel berkenaan.


“Kami merampas tiga kereta Perodua MyVi dan dua Proton Waja, malah ketiga-tiga kereta itu menggunakan nombor plat pendaftaran palsu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Suspek lolos jenayah lampau ditahan


Teluk Intan: Polis memberkas seorang lelaki berusia 28 tahun yang disyaki terbabit dalam jenayah samun dan pecah rumah di daerah ini sejak beberapa bulan lalu dalam Ops Lejang Khas di kawasan Kampung Terengganu, Jalan Mak Intan awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Teluk Intan yang diketuai Asisten Superintendan Norzanual Ahmad memberkas suspek dari Kampung Ayer Hitam, Jalan Changkat Jong, hasil maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan.


Timbalan Ketua Polis daerah Hilir Perak Superintendan Muhamad Zaki Harun berkata, suspek ditahan anggota polis selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kehadiran seorang lelaki yang mencurigakan di dalam sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan.



Menurutnya, apabila siasatan dilakukan ke atas suspek, pihaknya mendapati suspek yang memiliki lebih 10 kes jenayah lampau mengakui pernah melakukan jenayah pecah rumah, curi dan pecah tabung derma di beberapa Masjid Daerah Hilir Perak selain beberapa tokong serta kuil.


“Siasatan mendapati suspek melakukan jenayah berkenaan seorang diri dan kegiatan berkenaan dilakukan tidak kira siang atau malam.


“Suspek menggunakan modus operandi mengumpil pintu ataupun tingkap di bahagian belakang rumah untuk masuk,” katanya.

Menurut Zaki, ujian air kencing ke atas suspek mendapatinya positif dadah jenis heroin.


“Kami percaya dengan tertangkapnya suspek, kita dapat menyelesaikan lebih 10 kes yang dilaporkan berlaku sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Pemandu van maut tercampak


Alor Gajah: Seorang lelaki terbunuh apabila van Nissan Vanette dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Ayer Keroh-Alor Gajah, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di Gangsa, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, mangsa Ding Cheng Hooi, 44, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan selepas tercampak keluar dari kenderaannya yang terbalik beberapa kali.


Ding difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini, selepas mengambil alat ganti elektronik di Seremban, Negeri Sembilan.



Sumber berkata, van Nissan Vanette dipandu mangsa dari arah Plaza Tol Ayer Keroh ke Sungai Udang dikatakan memintas sebuah kenderaan dinaiki tiga sekeluarga setibanya di tempat kejadian.


“Mangsa dipercayai memotong kenderaan dipandu seorang lelaki berusia awal 50-an dari arah sama yang berada di lorong kiri tidak jauh dari tempat kejadian.


“Beberapa meter selepas memintas kenderaan itu, kedengaran letupan kecil menyebabkan van mangsa mangsa terhoyong-hayang meluru ke arah lorong kiri sebelum masuk ke lorong kanan semula lalu terbalik tiga kali di kiri jalan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, akibat kejadian itu, Ding tercampak keluar dari kenderaan yang remuk sebelum van itu terhenti di atas tubuhnya.


Sementara itu, jurucakap Skuad Penyelamat Integrasi (SPI) Ayer Keroh berkata, dua anggotanya dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai.

“Ketika tiba dilokasi kejadian, didapati seorang lelaki terbaring di atas tanah di tebing sebelah kiri jalan di bawah kenderaannya,” katanya.


Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku. dan berkata, mangsa yang tercampak keluar dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.


“Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Daerah Alor Gajah di talian 06-5563222 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Serangan botol arak


Georgetown: Kegembiraan dua sahabat yang baru selesai berhibur di sebuah pusat hiburan bertukar mimpi ngeri apabila dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali dengan menggunakan botol minuman keras di depan premis berkenaan di Sungai Rambai, Bukit Mertajam, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 3 pagi apabila kedua-dua mangsa lelaki berusia 30-an itu dikatakan baru keluar dari pusat hiburan itu untuk pulang ke rumah sebelum sekumpulan empat atau lima lelaki terus menyerang mereka.


Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa cuba menolak seorang suspek dan bertanya punca kejadian berkenaan, namun kumpulan suspek terbabit terus memukul mereka bertubi-tubi sebelum beredar dari tempat kejadian.



“Siasatan mendapati kedua-dua mangsa luka di bahagian kepala dan lebam pada badan.


“Mangsa kemudian bertanya kepada penjaga pusat hiburan berkenaan punca mereka berdua dipukul sebelum dimaklumkan suspek tersalah pukul orang,” kata jurucakap itu di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Tiga pelajar rugi RM6,000


Georgetown: Tiga pelajar lelaki sebuah kolej kerugian RM6,000 apabila tiga telefon bimbit, jam tangan dan wang tunai milik mereka dilarikan tiga penjenayah dipercayai warga asing dalam kejadian samun di sebuah rumah di Tanjung Bungah, di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi apabila mangsa bersama dua teman serumah berusia antara 19 dan 20-an tidur di tingkat atas sebelum ketiga-tiga suspek dipercayai menceroboh masuk melalui kawasan cerun di belakang rumah.


Jurucakap polis berkata, siasatan mendapati semua suspek memakai topeng muka dan menggunakan pisau untuk masuk ke dalam bilik sebelum mengarahkan mangsa bangun dari tidur dan memasuki bilik bersebelahan yang disewa dua lagi rakan mangsa.



Beliau berkata, suspek mengikat ketiga-tiga mangsa dan mengacukan pisau.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Serangan enam lelaki


Kuala Lumpur: Jeritan meminta tolong daripada seorang lelaki berjaya menyelamatkan nyawanya dan rakan selepas mereka diserang enam lelaki bersenjatakan parang di Taman Pusat Kepong, di sini, Sabtu lalu.

Malah, tindakan berani mangsa dikenali sebagai Ng berusia 28 tahun itu menyebabkan orang ramai yang menyedari kejadian itu datang membantu dan berjaya menangkap seorang daripada suspek.


Ng berkata, ketika kejadian, dia bersama rakannya baru tiba di kawasan itu sebelum meletakkan keretanya jam 11 malam.



“Bagaimanapun sebaik keluar, enam lelaki terus mengeluarkan parang sebelum menyerang.


“Malah rakan saya yang cuba membantu turut diserang dan terkena libasan parang di tangan menyebabkan saya terus menjerit meminta pertolongan,” katanya.


Menurutnya, jeritannya itu didengari orang awam dan mereka terus datang membantu.

“Suspek terus melarikan diri, namun seorang daripada mereka ditahan,” katanya.


Akibat kejadian itu, dia cedera di kepala, tangan dan lutut sementara rakannya pula menerima tiga jahitan di tangan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Mat Nigeria saudagar dadah


Itu taktik digunakan seorang lelaki warga Nigeria yang bergerak sendirian di negara ini untuk mengedar dadah sejak lima bulan lalu.

Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun itu memasuki negara ini menggunakan pas pelajar kolej swasta dan menyewa di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Abd Rahim Hamzah Othman berkata, selepas menjalankan intipan lebih dua minggu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menyerbu sebuah unit rumah di pangsapuri di kawasan Bukit Jalil.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya mendapati seorang lelaki warga Nigeria berada dalam rumah berkenaan dan suspek didapati tinggal bersendirian di dalam rumah yang juga dijadikan pusat operasinya.

“Dalam serbuan itu, kami menemui dua alat penimbang digital, enam bungkusan dadah syabu seberat 3.195 kilogram bernilai RM500,000, dompet berisi kad pelajar atas nama suspek dan dua telefon bimbit.
Foto
ABD Rahim menunjukkan dadah dan alat penimbang yang dirampas.
“Siasatan mendapati suspek mempunyai rangkaian dengan sindiket dadah antarabangsa dan menggunakan perkhidmatan kurier bagi membawa masuk dadah ke Malaysia sebelum membungkus dan menyimpan bekalan dadah itu di rumah berkenaan,” katanya, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26

Lima maut, lima hilang dalam banjir kilat di Korea Selatan

SELASA, 26 OGOS 2014 @ 11:10 AM

Anggota penyelamat berusaha untuk menyelamatkan mangsa di dalam bas yang terbalik di dalam sebuah terusan di bandaraya Changwon, Korea Selatan semalam.
 
SEOUL: Lima orang terbunuh dan lima lain hilang berikutan hujan lebat dan banjir kilat di bahagian selatan negara ini.

Seorang maut apabila bas yang dinaikinya dibawa arus banjir kilat ke sebuah terusan yang dilimpahi air di bandaraya Changwon semalam, kata Agensi Pengurusan Kecemasan Nasional.

Empat penumpang lain dalam bas terbabit hilang, termasuk pemandunya. Gambar televisyen menunjukkan bas berkenaan ditarik dalam air berlumpur, dan terbalik sebelum tersangkut di bawah sebuah jambatan.

Anggota penyelamat terpaksa memecahkan cermin tingkap bas dan menarik keluar mayat seorang wanita berusia 19 tahun, dan masih mencari mangsa lain yang masih hilang.

Sementara itu dalam kejadian hujan lebat di Busan, empat orang lagi juga didapati maut. Mangsa termasuk dua orang yang terperangkap dan lemas di dalam kereta ketika mereka memandu melalui terowong bawah tanah yang ditenggelami air di Busan.

Seorang jurutera juga hilang selepas beliau ke bahagian bawah tanah bangunan yang dilanda banjir bagi memeriksa litar kuasa elektrik.

Sebuah loji tenaga nuklear di wilayah Gijang terpaksa menghentikan operasi manakala hujan lebat menyebabkan perkhidmatan kereta api bawah tanah di Busan mengalami gangguan.

Gambar televisyen juga menunjukkan air berwarna coklat mengalir turun tangga dan ekskalator ke stesen kereta api bawah tanah, dan menenggelami landasan kereta api.

Bandar raya ini ditenggelami sehingga 20 sentimeter air berikutan hujan selama tiga jam semalam. - AFP

Tentera Laut Myanmar rampas ekstasi bernilai RM7.59 juta


YANGON 26 Ogos - Tentera Laut Myanmar berjaya merampas pil dadah jenis ekstasi yang dianggarkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.59 juta) di dalam sebuah kapal, rampasan terbesar dalam sejarah negara ini.
Ketua Bahagian Hal-Ehwal Kawalan Dadah Kementerian Dalam Negeri, Brigadier Jeneral Kyaw Win berkata, pil berkenaan ditemui di dalam sebuah kapal yang berjaya dipintas oleh tentera laut berhampiran bandar Kawthoung, selatan sempadan Thailand, minggu lalu.
"Kami begitu terkejut dengan jumlah rampasan pil kali ini yang dipercayai terbesar di Myanmar," jelas Kyaw, sambil menambah kapal tersebut turut membawa kayu seberat 90 tan dipercayai hasil aktiviti pembalakan haram. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140826/lu_04/Tentera-Laut-Myanmar-rampas-ekstasi-bernilai-RM759-juta#ixzz3BTQH3Men
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 askar India terbunuh


KASHMIR 25 0gos - Tentera India bertempur dengan kumpulan militan di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian dengan Pakistan, mengakibatkan dua anggota tentera dan empat pemberontak terkorban.
Menurut AFP, tentera India bertembung dengan kumpulan militan itu yang dipercayai menyeberangi kawasan sempadan itu ke sektor Keran di wilayah Kashmir yang dikuasai India, kira-kira 150 kilometer ke barat laut bandar utama Srinagar pada malam Sabtu lalu.
Jurucakap tentera, Kolonel N.N Joshi berkata, dalam kejadian berbalas-balas tembakan itu seorang askar terbunuh, manakala seorang lagi terbunuh bersama empat anggota pemberontak, semalam dalam operasi memburu pemberontak di kawasan hutan berdekatan Kalaroos.
Keganasan itu tercetus selepas India minggu lalu menarik diri daripada rundingan peringkat tinggi dengan Pakistan, yang dijadual diadakan di Islamabad, sebagai membantah tindakan pegawai Pakistan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin pemisah Kashmir di New Delhi.
Kelmarin, tentera India dan Pakistan berbalas-balas tembakan sepanjang sempadan di selatan wilayah Jammu mengakibatkan empat terbunuh dan ramai penduduk terpaksa melarikan diri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140826/lu_12/2-askar-India-terbunuh#ixzz3BTQ4YUHs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anak Susilo dikait rasuah


Edhie Baskoro Yudhoyono

JAKARTA 25 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) sedang meneliti kemungkinan memulakan siasatan ke atas anak bongsu Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, Edhie Baskoro Yudhoyono selepas terdapat bukti baru mengaitkan beliau dalam skandal rasuah pembinaan kompleks sukan Hambalang.
Nama Ibas, sekali lagi disebut dalam perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi itu, selepas dua pemimpin kanan parti politik pimpinan Susilo, Parti Demokrat iaitu bekas pengerusi, Anas Urbaningrum dan bekas bendahari, Muhammad Nazaruddin ditahan dan sedang dibicarakan di mahkamah KPK berhubung skandal tersebut.
Dalam perkembangan terbaru kes berkenaan, Ibas didakwa menerima sejumlah habuan berbentuk rasuah.
Jurucakap KPK, Johan Budi berkata, sekalipun Ibas merupakan anak kepada Presiden Indonesia, namun itu tidak bermakna beliau memperoleh imuniti atau kekebalan undang-undang.
Menurut Johan, seandainya pihak berkuasa menemui bukti kukuh, KPK tidak akan teragak-agak untuk memulakan siasatan ke atas Ibas. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140826/lu_07/Anak-Susilo-dikait-rasuah#ixzz3BTPRT3rR
© Utusan Melayu (M) Bhd