Search This Blog

Monday, August 25, 2014

Tetulang konkrit jatuh, trafik sesak di Cheras

AHAD, 24 OGOS 2014 @ 4:27 PM
SEBELAS daripada 16 tetulang konkrit yang terjatuh daripada sebuah treler muatan panjang di atas jejambat Bulatan Bilion, Cheras.
 
SEBELAS daripada 16 tetulang konkrit yang terjatuh daripada sebuah treler muatan panjang di atas jejambat Bulatan Bilion, Cheras.
KUALA LUMPUR: Sebelas daripada 16 tetulang konkrit yang terjatuh daripada sebuah treler muatan panjang di atas jejambat Bulatan Bilion, Cheras di sini menyebabkan kesesakan lalu lintas pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Difahamkan kejadian itu berpunca daripada tindakan pemandu treler berkenaan yang berhenti secara mengejut bagi mengelak kenderaan di hadapannya hingga mengakibatkan tali yang mengikat tetulang itu terputus.

Menurut jurucakap pusat info trafik (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Lebuhraya Grand Saga menuju ke Bulatan Bilion.

"Bagaimanapun tetulang konkrit itu telah dialihkan pada jam 1.40 petang tadi dan trafik kembali lancar seperti sedia kala.

"Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kejadian itu turut dikongsi di media sosial

- BERNAMA

Amah melecur disimbah air panas oleh majikan

AHAD, 24 OGOS 2014 @ 5:33 PM

 
GEORGETOWN: Seorang pembantu rumah dikejarkan ke hospital hari ini selepas didapati melecur di bahu kanan, leher dan tangan akibat disimbah air panas oleh majikannya di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Bendera, Air Itam di sini.

Wanita berusia 22 tahun itu turut mendakwa dalam kejadian Rabu lepas, tangan dan kakinya diikat dan mangsa hanya dapat melarikan diri awal pagi ini selepas suspek meninggalkan rumah itu semalam untuk pergi bercuti.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitendan Rahman Ahmad berkata keadaan mangsa kini stabil selepas dihantar ke sebuah hospital di sini dengan bantuan orang awam kira-kira jam 1.30 pagi ini.

"Kami mendapat maklumat kejadian daripada pihak hospital dan soal siasat mendapati suspek adalah seorang wanita serta belum berkahwin," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang majikan terbabit dikatakan marah kerana mangsa tidak mengemas rumah dengan baik sebelum menyimbahnya dengan air panas.

Wanita itu turut mendakwa diikat selama beberapa jam dan hanya diberikan plaster untuk merawat kecederaan yang dialaminya dan mengadu pernah dipukul beberapa kali sebelum ini, kata Rahman.

Katanya mangsa juga merupakan anak yatim piatu dan bekerja di rumah berkenaan sejak setahun lalu.

"Polis sedang menyiasat motif kejadian dan sedang mengesan majikan wanita itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

- BERNAMA

Gempa bumi 7 magnitud gegar Peru

ISNIN, 25 OGOS 2014 @ 9:27 AM

 
LIMA: Gempa bumi kuat berukuran 7 magnitud menggegar kawasan tengah Peru, kata Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), hari ini.

Jurucakap Agensi Bomba Peru, Mario Casareto berkata, tiada laporan kerosakan atau kecederaan.

Katanya, pihak berkuasa masih memantau keadaan termasuk kawasan Ayacucho yang menjadi pusat gempa berkenaan.

Sementara itu, USGS berkata, laporan awal menyebut pusat gempa ialah kira-kira 42 kilometer timur-timur laut kawasan Tambo dan kira-kira 471 kilometer tenggara ibu negara Lima dan pada kedalaman 58 kilometer.

Media tempatan pula melaporkan, gempa turut dirasai di sebahagian Lima dan banyak bandar utama di tenggara Peru termasuk Cuzco dan Arequipa. - AP

Gempa bumi 6.0 magnitud landa California, lebih 100 cedera

ISNIN, 25 OGOS 2014 @ 9:52 AM
PENDUDUK, Jorge Sanchez melihat kerosakan pejabat pos ikuran gempa bumi yang melanda di Napa, California, awal pagi tadi.
 
NAPA: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda utara San Francisco awal hari ini menyebabkan kira-kira 100 orang cedera, kerosakan pada bangunan bersejarah dan kediaman terbakar serta gangguan bekalan elektrik di sini.

Gempa yang dianggap paling kuat di negeri itu sejak 25 tahun mencemaskan penduduk yang sedang tidur apabila ia melanda pada kira-kira jam 3.20 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa pada 10 kilometer selatan bandar raya Napa terletak kira-kira 80 kilometer timur laut San Francisco.

Ketua Bomba tempatan, John Callahan berkata, tidak dapat dipastikan sekiranya terdapat kematian tetapi tiga orang mengalami kecederaan parah termasuk seorang kanak-kanak selepas dihempap tempat pendiangan.

Enam kebakaran berlaku termasuk membabitkan enam buah rumah bergerak.

Sementara itu, Pusat Perubatan Queen of the Valley berkata, pihaknya merawat kira-kira 120 pesakit yang cedera akibat gempa bumi itu.

Gempa bumi berkenaan dirasai di sepanjang Teluk San Francisco. - Reuters

Dua pesawat kecil bertembung di Switzerland

ISNIN, 25 OGOS 2014 @ 11:30 AM

Polis memeriksa kesan serpihan pesawat kecil yang berlanggar dengan pesawat lain dan terhempas ketika melakukan pendaratan kecemasan berhampiran Moerikon, Switzerland semalam.
 
BERLIN: Dua pesawat kecil berlanggar di timur laut Switzerland dan kemudian terhempas ketika melakukan pendataran kecemasan, mencederakan tujuh orang.

Polis St Gallen berkata kedua-dua pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan selepas nahas itu petang semalam - satu mendarat di padang dan satu lagi di landasan.

Kenyataan polis menyatakan kesan serpihan terjatuh ke atas premis sebuah syarikat.

Juruterbang dan tiga penumpang di dalam pesawat yang mendarat di padang cedera parah. Juruterbang sebuah lagi pesawat dan dua penumpangnya juga cedera.

Punca kejadian tidak diketahui. - AP

Polis tahan 20 GRO rakyat asing di Georgetown

ISNIN, 25 OGOS 2014 @ 12:40 PM

 
GEORGETOWN: Dua puluh wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Madras di sini, malam tadi.

Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Deputi Superintendan Mohd Yusri Othman berkata, mereka yang ditahan dalam operasi dua jam bermula 10 malam itu ialah 18 rakyat China dan masing-masing seorang wanita Myanmar dan Vietnam.

"Ini serbuan kali ketiga di premis itu tahun ini dan polis turut menahan seorang lelaki disyaki penjaga premis berusia 60 tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, 19 daripada wanita itu didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan seorang lagi gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

Wanita berumur antara 17 dan 32 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut, katanya. - BERNAMA

10 terbunuh dalam rempuhan di India

ISNIN, 25 OGOS 2014 @ 1:31 PM

 
NEW DELHI: Satu kejadian rempuhan mengakibatkan 10 orang terbunuh di sebuah kuil Hindu di India hari ini.

Kejadian itu berlaku di Madhya Pradesh di daerah Satna selepas seorang wanita terkena kejutan wayar elektrik, menimbulkan keadaan kecoh, kata Timbalan Superintendan Polis Satna, S R Yadav.

Kejadian rempuh sering berlaku dalam perhimpunan keagamaan dan pesta di India, di mana orang ramai berasak-asak di kawasan sempit yang tidak mempunyai langkah pengawalan kesesakan.

Pada Oktober tahun lalu, satu kejadian rempuhan di Madhya Pradesh mengorbankan lebih 110 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - AP

Polis tumpas tiga geng samun, curi kereta


25 Ogos 2014


SEPANG - Polis Sepang menumpaskan tiga geng samun dan curi kenderaan serta menahan 18 suspek termasuk dua wanita sepanjang Ogos ini, kata Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd Yusof Awang.  

Beliau berkata ketiga-tiga geng itu bukan hanya melakukan kegiatan jenayah di daerah Sepang malah di kawasan berhampiran seperti Putrajaya, Kuala Langat, Kuala Lumpur, Klang serta Port Dickson, Negeri Sembilan.

Geng pertama dikenali sebagai 'Boy Hotel' terdiri daripada empat lelaki berumur antara 25 hingga 41 diberkas di sebuah hotel bajet di Dengkil pada 8 Ogos lepas kira-kira pukul 11 pagi, katanya.

"Mereka digelarkan 'Boy Hotel' kerana mereka akan menyewa di sesebuah hotel bajet untuk satu masa jika hendak melakukan samun atau pecah rumah di kawasan itu," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata semasa serbuan kesemua suspek sedang berehat dan polis merampas beberapa barang yang digunakan untuk menyamun dan memecah rumah serta beberapa barangan hasil samun.

Katanya dengan tertangkapnya semua suspek yang turut positif dadah itu, beliau percaya polis telah menyelesaikan enam kes di Sepang, dua di Nilai dan satu kes masing-masing di Kuala Langat dan Putrajaya.

Tangkapan kedua ke atas Geng 'Palani' diambil sempena nama bengkel yang menjadi tempat kereta curi ditukar nombor casis enjin di Dengkil, polis menahan tujuk suspek termasuk seorang wanita berumur antara 28 sehingga 40 tahun dalam dua serbuan berasingan di Dengkil.

"Pada 15 Ogos kira-kira 11.30 malam polis menahan dua suspek termasuk seorang wanita di sebuah restoran di Dengkil dan menemui serangkai kunci kereta dan sebuah kereta Perodua Viva.

Serbuan kedua empat hari selepasnya kira-kira pukul 4 petang, lima lelaki ditahan di bengkel tersebut dan polis merampas tiga buah kereta iaitu dua buah Proton Waja di mana sebuah darinya dilaporkan hilang di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan sebuah Perodua Myvi," katanya.

Mengenai kes ketiga, beliau berkata tujuh suspek termasuk seorang wanita berumur antara 24 hingga 30 tahun dari geng 'Lembu Pachitan' di tahan pada tiga serbuan berasingan pada 12, 14 serta 18 Ogos masing-masing di Sungai Nipah Port Dickson, Kampung Pachitan Port Dickson dan di Klang.

Mohd Yusof berkata mereka melakukan kegiatan mencuri kenderaan dan polis turut merampas lima buah kereta iaitu Proton Satria, Naza Citra, Proton Wira serta dua buah Proton Waja dipercayai dicuri. - Bernama

Mayat pekerja kantin MRSM Kuala Lipis ditemui


25 Ogos 2014


KUANTAN - Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas semasa menjala ikan di Sungai Tanjung Sekawin Kuala Lanar dekat sini Sabtu lepas, ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata mayat Marzuki Mat, 34, itu ditemui pasukan penyelamat pada 10 pagi tadi.

"Mayat pekerja kantin Maktab Rendah Sains Mara Kuala Lipis itu ditemui terapung kira-kira l0km dari kawasan dia dilaporkan terjatuh.

"Mayat mangsa yang berasal dari Taman Sri Maulana Pekan itu kini dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama hari ini.

Sabtu lepas lelaki itu dipercayai pergi ke sungai berkenaan bersama beberapa rakannya untuk menjala ikan.

Bagaimanapun, pada 7.35 petang polis menerima maklumat mengatakan mangsa terjatuh dan hilang dibawa arus ketika berada di tebing kawasan lubuk sungai itu. - Bernama

Persiapan kahwin anak lebur

Azizah menceritakan mengenai kebakaran rumahnya sewaktu dikunjungi Mahfu
Azizah menceritakan mengenai kebakaran rumahnya sewaktu dikunjungi Mahfu
POKOK SENA - Hasrat sepasang suami isteri untuk mengadakan majlis perkahwinan anak bongsu mereka pada Disember nanti tidak kesampaian apabila rumah mereka di Kampung Jabi, Mukim Jabi dekat sini musnah dalam kebakaran, baru-baru ini.

Menurut Azizah Rejab, 60, semua barangan untuk persiapan kenduri anaknya, Siti Aishah, 24, tidak dapat diselamatkan kerana api terlalu marak hingga menyebabkan dia dan suaminya, Abu Bakar Mat Isa, 63, terpaksa keluar sehelai sepinggang menyelamatkan diri.

Katanya, semasa kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu, dia dan suaminya sedang tidur di bilik bawah dan tiba-tiba terjaga apabila terdengar seperti angin kuat. Bimbang dengan keadaan itu, dia dan suami naik ke atas rumah lalu melihat api telah menjilat keseluruhan ruang itu.

“Makcik dan pakcik turun mengambil air dan sempat menyimbah dua timba sahaja dan kemudian terpaksa keluar dari rumah melalui pintu belakang kerana tidak mampu memadamnya.

“Apabila keluar dari pintu belakang, kami dapati beberapa penduduk sudah berada berhampiran rumah untuk membantu. Bagaimanapun, api yang marak begitu cepat itu menyebabkan penduduk tewas,” katanya.

Azizah berkata, difahamkan sebelum itu, beberapa penduduk telah mengetuk pintu untuk  memaklumkan mereka nampak api di bumbung rumahnya itu.
Bagaimanapun, pada masa itu dia masih tidak sedar kerana tidur di bilik bawah.

“Kami bersyukur kerana walaupun semua peralatan persiapan perkahwinan anak kami musnah, tetapi  ALLAH SWT masih sayangkan kami dengan mengejutkan semasa kejadian itu. Jika kami tidak sedar, tidak tahulah apa akan terjadi kepada kami berdua,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengunjungi keluarga itu turut simpati dengan musibah yang menimpa keluarga itu.

Bagaimanapun, beliau turut menasihati keluarga itu supaya bersabar dengan dugaan ALLAH SWT serta turut menghulurkan sumbangan peribadi.

Kilang rotan musnah terbakar

Anggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan dapur sebuah kilang rotan di Batu 16, Batu Kurau kelmarin.
Anggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan dapur sebuah kilang rotan di Batu 16, Batu Kurau kelmarin.
KAMUNTING – Seorang pemilik kilang rotan kerugian hampir RM5,000 selepas premisnya di Batu 16, Batu Kurau, di sini musnah terbakar kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguasa Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, operasi memadamkan kebakaran pada jam 11.40 pagi itu diketuai PBK I Dollah Samino yang turut dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Pasukan Bomba Sukarela Batu Kurau.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.42 pagi daripada orang awam dan sampai ke tempat kejadian 15 minit kemudian.

“Ketika sampai di tempat kejadian, didapati api telah marak di bahagian dapur tempat memasak rotan bagi tujuan pemprosesan.

“Disebabkan kilang terbabit adalah kilang rotan dan struktur dapurnya juga berasaskan kayu, api cepat marak. Namun kita dapat kawal kebakaran dengan cepat dan berjaya menyelamatkan harta benda lain sebelum api merebak,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, ketika kejadian, semua pekerja kilang tersebut sempat melarikan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan serta puncanya masih disiasat.

Pelajar tingkatan empat maut dalam nahas

Keadaan motosikal mangsa yang remuk akibat rempuhan dengan kereta Perodua Viva. Gambar kecil: Mohd Izwan.
Keadaan motosikal mangsa yang remuk akibat rempuhan dengan kereta Perodua Viva. Gambar kecil: Mohd Izwan.
SEREMBAN – Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan Taman College Heights, Pajam, Mantin, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa, Mohd Izwan Razali, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu dari arah Mantin menghala ke Pajam dipercayai hendak ke rumah rakannya.

“Apabila tiba di simpang empat jalan berkenaan, mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta Perodua Viva yang mahu masuk simpang kanan.

“Rempuhan secara bertentangan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mati serta-merta di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa merupakan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Vokasional Ampangan, di sini.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga,” katanya.

Jurucakap berkata, pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah membuat laporan polis.

Beliau berkata, punca kemalangan itu masih dalam siasatan pihaknya dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dibelasah 14 senior

Mangsa menunjukkan kecederaan di kepala akibat dipukul salah seorang pelajar senior gunakan tin biskut.
Mangsa menunjukkan kecederaan di kepala akibat dipukul salah seorang pelajar senior gunakan tin biskut.
KUANTAN - Gara-gara berbalas Tweet dengan seorang pelajar senior, seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah agama di Rompin terpaksa menerima lapan jahitan di kepala akibat dipukul dengan tin biskut.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam  6 petang, Isnin lalu, pelajar berkenaan turut lebam di beberapa bahagian badan akibat dipukul dan disepak dan mendakwa kira-kira 14 pelajar lain membulinya di bilik asrama.

Ibu saudaranya yang mahu dikenali sebagai Ninie Ariffin, 25, berkata, akibat insiden itu,  anak saudaranya yang sebelum ini seorang yang aktif dan peramah bertukar pendiam akibat mengalami trauma.

Menurutnya, sebelum ini, anak saudaranya tidak pernah menceritakan sebarang masalah sejak  tinggal di asrama itu namun tembelang rakan mereka terbuka selepas dia mengalami kecederaan teruk dalam insiden terbaru itu.

Ninie berkata, ibu mangsa yang juga kakaknya menerima panggilan supaya mengambilnya di sekolah kerana takut dengan keselamatannya selepas menerima ugutan daripada pelajar senior.

“Selepas pulang ke rumahnya di Kuantan, barulah anak saudara saya menceritakan kepada keluarganya bahawa dia sudah banyak kali diperas ugut dan dipukul oleh kumpulan pelajar itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum itu, guru sekolah itu ada menelefon memaklumkan anaknya dibuli tetapi tidak menceritakan keadaan mangsa.

Ninie mengakui melihat perubahan anak saudaranya yang kemurungan dan pendiam apabila pulang ke rumah pada hujung minggu.

“Namun, saya fikir sikap itu mungkin kerana perubahan diri yang semakin matang dan memerlukan ruang peribadi,” katanya.

Ninie berkata, mereka sekeluarga kecewa kerana pihak sekolah hanya memaklumkan kepada ibunya sehari selepas kejadian sedangkan pada masa sama anak saudaranya berada dalam keadaan trauma.

Bagi memastikan keselamatan anak saudaranya, mereka mengambil keputusan menukar sekolah kerana tidak mahu perkara sama berlaku.

“Kami semua kecewa dengan insiden ini dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat kejadian ini dengan telus,” katanya.

Polis Sabah tahan 'Along' berumur 18 tahun


25 Ogos 2014


KOTA KINABALU - Polis Sabah menahan seorang remaja lelaki yang disyaki terlibat dengan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen atau Along.

Ketua jabatan itu Superintendan Saiman Kasran berkata lelaki berusia 18 tahun dan berasal dari Johor Bahru itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Penampang pada Jumaat lepas.

"Turut dirampas daripada suspek sebuah kereta dan beberapa dokumen yang disyaki digunakan dalam kegiatan tersebut untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Saiman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) 1951 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM1,000,000 atau hukuman penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan sekiranya kesalahan berulang boleh dikenakan sebatan.

Beliau berkata polis menerima aduan daripada seorang kontraktor lelaki berusia 37 tahun yang mendakwa dirinya diganggu oleh 'Along' berhubung pinjaman wang yang dibuatnya sejak Mei lepas.

"Menurut aduan pada 19 Ogos lepas, pengadu mendakwa meskipun banyak hutang telah dijelaskan olehnya tetapi 'Along' tersebut masih lagi datang menagih hutang daripadanya," katanya.

Saiman berkata polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kegiatan Along supaya menyalurkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di talian 088-454690 atau mana-mana balai polis.

Sementara itu, katanya polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dikehendaki polis iaitu Amar Izzudin Abdul Majid, 25, yang beralamat di Blok A 18-06, Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail, 50400, Kuala Lumpur.

Beliau berkata lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai 'Ku Iskandar Ku Fais' disiasat berhubung beberapa kes penipuan pelaburan emas daripada institusi kewangan di Kudat yang membawa pulangan wang lumayan.

Katanya, setakat ini, terdapat lima kes yang sama dilaporkan di Kudat dengan nilai kerugian sebanyak RM26,400 dam suspek dipercayai masih berada di Kota Kinabalu atau Kudat.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Haslina Hasan (H/P 0195507373) atauBalai Polis Kudat 088-612222 dengan segera, katanya. - Bernama

Buruh maut tertimbus

Anggota bomba mengorek tanah untuk mengeluarkan mangsa tertimbus.
Anggota bomba mengorek tanah untuk mengeluarkan mangsa tertimbus.
CYBERJAYA - Seorang buruh maut setelah tertimbus tanah berdekatan Bangunan Emerio, di sini, petang semalam.

Ketua operasi menyelamat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putrajaya, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Sabri Ismail berkata semasa kejadian, mangsa, Phetin Zaw Min, 27, sedang melakukan kerja pemasangan kabel bersama seorang rakannya di dalam tanah sedalam kira-kira 2.13 meter.

“Sedang mangsa membuat kerja, tiba-tiba berlaku runtuhan menyebabkan dia tertimbus ke dalam tanah,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan insiden itu jam 2.40 petang dan tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian dengan kekuatan enam anggota termasuk pegawai dari BBP Putrajaya.

Mangsa yang juga warganegara Myanmar, ditemui dalam keadaan tertimbus dari bahagian lutut sehingga ke bawah dan dipercayai maut akibat hentakan objek dibawa tanah berkenaan.

"Kami mengeluarkan mangsa dan mengorek sendiri tanah bagi mengelak mangsa tertimbus lebih dalam," katanya.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikeluarkan jam 3.25 petang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Wanita Vietnam didenda RM2000 kerana mencuri


25 Ogos 2014


KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM2,000 ke atas seorang wanita warga Vietnam yang hari ini mengaku bersalah mencuri dompet mengandungi wang RM1,500, minggu lepas.

Lanh Thi Dua, 46 didakwa melakukakan kesalahan itu dengan cara menyeluk saku beg milik Low Choy Ping, 43 di pasar pagi di OUG, Jalan  Hujan Rahmat, Brickfields pada pukul 9.15 pagi, 17 Ogos lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya dan jika merupakan kesalahan kedua tertuduh, dia boleh dikenakan hukuman sebat.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama empat bulan jika gagal membayar denda itu dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Peguam Vincent Chew Zixian yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan tertuduh telah insaf atas perbuatannya.

Di mahkamah sama, seorang tukang cuci warga Bangladesh turut didenda RM2,000 selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menceroboh masuk rumah rakan sekerjanya.

Jubayer Ahmad Jone, 25 dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman Azam Mohd Bakar beralamat  Block D, Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai Sungai Besi, Cheras pada 12.10 tengah malam, 13 Ogos lepas.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

Erry Shahriman turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama empat bulan jika gagal membayar denda itu dan Jubayer membayar denda berkenaan.

Peguam Ahmad Ridza Mohd Noh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan tertuduh tidak berniat untuk mencuri atau mencederakan penghuni rumah itu.

Mengikut fakta kes, Azam yang ketika itu tiada di rumah, telah menerima panggilan telefon dari anaknya yang menyatakan ternampak seorang lelaki seperti menunggu di depan rumah mereka.

Azam yang berasa tidak sedap hati, terus pulang ke rumah dan mendapati tertuduh yang tidak berbaju sedang cuba mengumpil pintu bilik isterinya yang dikunci dari dalam. - Bernama

Rangka manusia ditemui dalam tangki kumbahan

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan sebahagian rangka manusia lelaki dewasa yang ditemui di dalam tangki kumbahan ketika kerja pembersihan oleh syarikat pembersihan tangki septik di Kampung Pintu Geng di sini hari ini. - Foto Bernama
Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan sebahagian rangka manusia lelaki dewasa yang ditemui di dalam tangki kumbahan ketika kerja pembersihan oleh syarikat pembersihan tangki septik di Kampung Pintu Geng di sini hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU - Satu rangka manusia ditemui dalam tangki kumbahan sebuah rumah di Kampung Pintu Geng di sini, hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata rangka berkenaan ditemui pekerja sebuah syarikat pembersihan tangki septik pada 9.30 pagi ini ketika melakukan kerja pembersihan.

"Siasatan awal mendapati rangka berkenaan dipercayai seorang lelaki dewasa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya kes tersebut diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Sementara itu, pekerja syarikat pembersihan itu Mohd Salimi Mohmed, 31, berkata dia dan rakannya mula melakukan kerja pembersihan tangki di rumah berkenaan pada Khamis lepas.

"Hari ini, kami teruskan kerja-kerja pembersihan kali kedua dalam tangki sedalam 4.2 meter dan menemukan rangka itu, saya kemudian maklumkan kepada majikan sebelum tuan rumah menelefon pihak polis," katanya. - Bernama

Polis rampas dadah, tahan pelajar warga Nigeria


25 Ogos 2014


KUALA LUMPUR - Polis merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 3,195 gram bernilai RM500,000 dan menahan seorang pelajar lelaki warga Nigeria dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil di sini, Jumaat lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras ACP Abd Rahim Hamzah Othman berkata dalam serbuan 2 petang itu, pihaknya menemui dua beg mengandungi dadah, peralatan timbang, kad pelajar atas nama suspek dan dua telefon bimbit.

Beg pertama itu mengandungi tiga bungkusan dadah disyaki jenis syabu seberat 445 gram bersama dua alat penimbang digital.

"Satu lagi beg terdapat tiga bungkusan plastik mengandungi dadah jenis sama seberat 2,750 gram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini, hari ini.

Beliau berkata serbuan itu dilakukan susulan  intipan dua minggu ke atas suspek berusia 27 tahun itu.

Abd Rahim Hamzah berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai tinggal di rumah berkenaan seorang diri sejak awal tahun ini, namun dipercayai aktif melakukan kegiatan dadah sejak lima bulan lepas.

"Dadah itu diperoleh dari Nigeria dan dipercayai dibawa masuk ke dalam negara ini melalui perkhidmatan bungkusan...ia adalah untuk pasaran negara jiran," katanya.

Beliau berkata suspek ditahan reman tujuh hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Bakal pengantin maut kemalangan

Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
MUAR - Hasrat seorang jururawat melangsungkan perkahwinan hujung minggu ini, tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di kilometer 148 arah utara Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pagoh, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, Amirah Abd Rahim, 25, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Mangsa bertugas di Klinik Kesihatan Bukit Gambir, Ledang dijadualkan akan mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos ini, bersama tunangnya yang berasal dari Segamat.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu mangsa hilang kawalan seterusnya melanggar pembahagi jalan di bahagian kiri lebuh raya.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan bahagian kiri kereta terbabit remuk teruk dan mangsa meninggal dunia.

“Mangsa yang dalam perjalanan pulang dari rumah ibu bapanya di Rengit, Batu Pahat ke tempat kerjanya di klinik tersebut,” katanya.

Azman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tangkak, dekat sini, untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Razali
Ismail berkata, seramai enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan jam 7.20 pagi.

“Semasa tiba di tempat kejadian, mangsa sudah meninggal dunia dan  pihaknya mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Abd Rahim Sobri, 48, sedih kerana anaknya meninggal dunia ketika menghampiri majlis perkahwinannya.

“Saya tidak tahu anak sudah meninggal kerana hanya dimaklumkan oleh pihak bomba bahawa arwah terbabit kemalangan.

“Saya tahu (anak meninggal dunia) apabila tiba di lokasi kejadian melihat satu jasad terbujur kaku ditutup dengan kain,” katanya.

Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui terkejut melihat anak sulungnya berada dalam keadaan tidak bernyawa kerana mereka bersalaman sebelum Amirah bertolak pulang ke tempat kerjanya, kira-kira jam 6 pagi.

“Petang Khamis selepas waktu kerja arwah pulang ke kampung menguruskan persiapan majlis perkahwinannya yang hampir siap.

“Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambi, Rengit selepas solat Asar,” katanya.

Mayat bayi dijumpai terapung

Mayat bayi yang dijumpai terapung dan tersangkut pada ranting buluh.
Mayat bayi yang dijumpai terapung dan tersangkut pada ranting buluh.
ULU MELAKA - Penduduk Langkawi digemparkan dengan penemuan mayat bayi yang masih bertali pusat dipercayai dibuang ke Sungai Titi ChangWang, Ulu Melaka.

Antara saksi awal penemuan mayat bayi tersebut, Zoolhilmi Harif, 39, berkata bayi tersebut dijumpai pemotong rumput yang menjalankan kerja-kerja pembersihan sekitar sungai.

"Saya antara tiga orang terawal sampai. Saya rasa amat sedih melihat mayat bayi yang sudah kembung berada di dalam sungai.

“Mayat tersebut tersangkut di sekitar ranting buluh ketika kami mula-mula tiba. Kami terus hubungi polis," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah, mayat bayi malang itu dijumpai orang awam sekitar jam 6.56 petang pada 22 Ogos lalu.

"Sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi. Siasatan awal mendapati tiada kecederaan fizikal pada mangsa.

“Mayat bayi yang masih memakai lampin pakai buang itu dibawa ke Hospital Langkawi sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Empat kereta kemalangan

Kelihatan kereta BWM bertembung Kia Forte dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM28 Lebuhraya Lekas, petang kelmarin.
Kelihatan kereta BWM bertembung Kia Forte dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM28 Lebuhraya Lekas, petang kelmarin.
SEREMBAN – Dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 28 Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas), Mantin, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.10 petang itu, kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu Proton Saga BLM, Proton Waja, BMW dan Kia Forte dari arah Seremban menghala ke Nilai.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Pegawai Bomba Kanan II, Yusof Jahidin, berkata, sebuah jentera membabitkan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan.

“Sejurus tiba, tiga mangsa iaitu dua wanita berusia 40-an dan kanak-kanak berkenaan yang mengalami cedera ringan telah dibawa menaiki ambulans ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk rawatan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Beliau bagaimanapun berkata, kesemua mangsa dibawa keluar oleh orang awam.

“Kemalangan menyebabkan kesesakan jalan raya berikutan kereta terbabit menghalang laluan. Selepas 20 minit kenderaan dialihkan lalu lintas kembali pulih,” katanya.

Yusof berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan polis.

Bayi dijumpai atas tapak pembinaan


  • Rupa bayi yang ditemui di tapak pembinaan kondominium di Seksyen 14, Shah Alam, semalam.Rupa bayi yang ditemui di tapak pembinaan kondominium di Seksyen 14, Shah Alam, semalam.
 1 / 1 
SHAH ALAM - Seorang bayi yang masih bernyawa dijumpai di sebuah tapak pembinaan di Seksyen 14, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, bayi berkenaan diselamatkan seorang pengawal keselamatan tapak pembinaan sebuah kondominium di situ.

"Pengawal terbabit menemui bayi malang itu setelah dimaklumkan oleh seorang lelaki warganegara Bangladesh dan kami sedang mencari lelaki berkenaan," katanya.

Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut dan status kewarganegaraan serta umurnya disiasat.

"Kami sedang mencari ibu bapa kepada bayi ini," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Pemandu tersepit lori dipandu terbalik

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai menggunakan bantuan jengkaut untuk mengeluarkan pemandu lori yang tersepit.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai menggunakan bantuan jengkaut untuk mengeluarkan pemandu lori yang tersepit.
MARANG - Seorang pemandu lori nyaris maut selepas lori membawa muatan tanah yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum terbalik di bahu jalan di Jalan Kampung Alor Limbat dekat Bukit Payong di sini, pagi semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang berumur lewat 30-an itu didapati tersepit di bahagian tempat duduk sebelum sepasukan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai  dikejarkan ke lokasi kejadian.

Turut membantu, dua anggota dari Pasukan Sukarelawan Bomba Sri Payong di sini yang turut dikejarkan ke lokasi setelah mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut.

Komander Operasi, Noor Khairee Abd Rahman berkata, tiba di tempat kejadian pihaknya mendapati sebuah lori membawa muatan tanah terbalik dan menyebabkan pemandunya tersepit.

“Pemandu kenderaan berat berumur lewat 30-an itu tersepit di tempat duduk.

"Anggota kemudiannya bertindak menggunakan peralatan menyelamat dan bantuan sebuah jentolak untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Kata Noor Khairee, mangsa yang mengalami kecederaan itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Pencuri pakaian dalam diberkas

Suspek berjaya ditangkap suami mangsa bersama pakaian dalam yang dicuri.
Suspek berjaya ditangkap suami mangsa bersama pakaian dalam yang dicuri.
BENTONG - Kekeliruan dan kegelisahan seorang suri rumah di Kampung Perting, di sini, yang sering kehilangan pakaian dalam yang disidai di ampaian belakang rumahnya akhirnya terjawab.

Semalam, sekitar jam 1 pagi, seorang lelaki berjaya ditangkap suri rumah terbabit bersama suami dan rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika kejadian, mangsa dan suami yang sedang menonton televisyen dikejutkan dengan bunyi seperti ada orang di belakang rumah mereka.

Tambahnya, mangsa dan suami kemudiannya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di belakang rumah.

“Melalui CCTV terbabit, mangsa dan suaminya melihat kelibat seorang lelaki menaiki basikal telah mengambil sebatang kayu dan kemudiannya mencuri pakaian dalam milik mangsa yang disidai di ampaian.

“Mangsa dan suami kemudiannya bertindak pergi ke arah belakang rumah dan sebaik menyedari kehadiran mereka, suspek bertindak melarikan diri,” katanya.

Tambahnya, suami mangsa kemudiannya telah mengejar suspek bersama rakan-rakannya dan berjaya menahan suspek di Taman Harmoni.

“Sebaik sahaja suspek berjaya ditahan, suami mangsa telah meminta suspek memulangkan sebungkus plastik berwarna merah yang mengandungi pakaian dalam milik mangsa.

“Suspek kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 378 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan kejadian kehilangan pakaian dalam milik mangsa terbabit telah kerap kali berlaku sehingga menyebabkan mangsa dan suami bertindak memasang CCTV di belakang rumah mereka.

Ditangkap khalwat kali kedua


RUBIAH OMAR
25 Ogos 2014


KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik, walaupun sebelum ini iaitu pada 20 Februari lalu, mereka pernah ditangkap khalwat di dalam kereta, namun sepasang kekasih ini dilihat masih belum insaf apabila mengulangi perbuatan sama selepas ditangkap dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang dalam sebuah kereta, 30 April lalu.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral mereka menerima pembalasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga minggu serta denda RM4,700 dan sembilan bulan penjara lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Namun, difahamkan, kedua-dua mereka, Alwafi Embong, 27, yang bekerja sebagai mekanik dan pasangannya, Zamiratul Akma Mohamad, 25, seorang penasihat kecantikan terpaksa memilih untuk meringkuk di penjara selama sembilan bulan tiga minggu kerana gagal membayar denda.

Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan iaitu khalwat dan cuba melakukan persetubuhan luar nikah.

Bagi pertuduhan pertama, Alwafi yang berasal dari Tok Jiring di sini, dan Zamiratul yang berasal dari Kuala Telemong, Hulu Terengganu didakwa mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana melakukan khalwat.

Alwafi ditemui sedang tidur di tempat duduk belakang sebuah kereta, manakala pasangannya tidur di tempat duduk penumpang hadapan ketika serbuan dilakukan sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu jam 3.45 pagi pada 20 Februari lalu, di kawasan parkir KFC Batu Buruk di sini.

Ketika kejadian, pasukan penguat kuasa yang menerima maklumat awam mendapati sebuah kereta diletakkan di kawasan parkir itu dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka yang tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram, berada di dalam kenderaan tersebut.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh yang sudah bernikah empat hari lalu (21 Ogos 2014) masing-masing dikenakan hukuman denda RM2,400 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan kedua, pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang sebuah kereta, di hadapan sebuah rumah di Tok Jiring, kira-kira jam 1.50 pagi pada 30 April lalu.

Siasatan lanjut mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram dan didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka masing-masing dikenakan hukuman tiga minggu penjara dan denda RM2,300 atau tambahan lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala tertuduh tidak diwakili peguam syarie.

Penoreh getah maut motosikal bertembung kereta


25 Ogos 2014


KUANTAN - Seorang penoreh getah maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Satria Neo di KM 29 Jalan Kuantan-Neram dekat Bukit Kuantan di sini hari ini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, mangsa Abdullah Arifin, 33, berasal dari Kampung Baru Felda Neram di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Nahas jam 11.30 pagi itu berlaku semasa kereta terbabit yang datang dari arah Kuantan menghala ke Neram telah hilang kawalan ketika melalui satu selekoh di situ sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Chef maut digigit kepala ular yang sudah putus

Chef maut digigit kepala ular yang sudah putus
SEORANG chef yang sedang memasak hidangan sup daging ular tedung maut selepas digigit oleh kepala ular berkenaan yang sudah dipotong.

Peng Fan, seorang chef di China digigit kepala reptilia berbisa berkenaan ketika hendak membuangnya ke dalam tong sampah.

Menurut laporan Mirror.uk, beliau dilaporkan maut sebelum dapat dirawat dengan penawar bisa ular di hospital.

"Ia adalah satu kes yang luar biasa.

"Beliau sedang menyediakan hidangan tersebut dan beliau cuma tidak bernasib baik," kata seorang jurucakap polis.

Menurut seorang pakar ular, semua reptilia masih mampu hidup sejam selepas kehilangan mana-mana anggota badan.

Rusuhan di penjara, dua banduan dipenggal

Rusuhan di penjara, dua banduan dipenggal
PARANA - BRAZIL. Banduan di sebuah penjara di Brazil memberontak, menuntut diberikan kemudahan dan bangunan baru dan diberikan makanan.
 
Dua orang banduan dipenggal kepala, dua banduan lagi dicampak dari bumbung dan dua pegawai keselamatan penjara dijadikan tebusan.
 
60 peratus kawasan penjara dikuasai oleh banduan, menurut jurucakap kehakiman negara, Elson Faxina.
 
Selain daripada itu, keperluan air dan elektrik telah dipotong, dan pegawai polis telah ditempatkan di penjara berkenaan.
 
Faxina juga memberitahu, pemberontakan berkenaan juga mempunyai kaitan dengan pergaduhan antara kumpulan pengedar dadah.
 
Penjara berkenaan, Pusat Pemulihan Cascavel terletak di selatan bandar Parana dan memuatkan 1,140 orang banduan.

Anggota polis cekik lelaki kulit hitam hingga mati



ORANG RAMAI membawa sepanduk ketika menyertai tunjuk perasaan di Pulau Staten, New York kelmarin.


NEW YORK - Polis melaporkan tiada tangkapan dibuat ketika beribu-ribu orang menunjuk perasaan secara aman di sini kerana membantah perbuatan seorang anggota polis mencekik seorang lelaki kulit hitam tidak bersenjata sehingga mati.
Lebih 25,000 warga kota berarak di beberapa batang jalan di sini kelmarin untuk meluahkan perasaan sedih dan marah mereka berhubung kejadian tersebut.
Mangsa, Eric Garner yang merupakan seorang bapa kepada anak orang enam ditahan kerana menjual rokok kontra.
Bekas Gabenor Negeri New York, David Paterson merupakan antara warga kota yang berarak menuju ke perhimpunan tersebut yang diadakan berhampiran jeti feri Pulau Staten di sini.
Kematian Garner diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas dia direbahkan oleh seorang anggota polis kulit putih menggunakan teknik mencekik leher suspek yang sebelum ini diharamkan oleh pihak berkuasa. - Agensi

Nyaris maut ditetak dengan pedang


WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Mei 2014


BESUT – Seorang lelaki nyaris maut apabila dia ditetak dengan pedang dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Pekan Jabi, Kampung Raja, di sini, Rabu lalu.

Kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu mengakibatkan mangsa yang berusia 23 tahun, mengalami kecederaan parah di kepala dan luka di bahagian tangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai buruh, berada di hadapan rumah rakannya sebelum didatangi sekumpulan enam lelaki yang menaiki Perodua Viva dan sebuah motosikal.

“Sebaik turun dari kenderaan, suspek meluru ke arah mangsa lalu menyerang menggunakan pedang dan kayu. Mangsa cuba menyelamatkan diri dengan berlari masuk ke dalam rumah rakannya, tetapi gagal apabila suspek turut mengejar lalu memukul dan menetaknya di ruang tamu,” katanya.

Noorzainy berkata, semua suspek kemudiannya melarikan diri dan mangsa dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.

Kata beliau, hasil siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang pil kuda dan mangsa memaklumkan, hanya mengecam seorang daripada enam suspek berkenaan.

“Akibat kecederaan itu, mangsa menerima 13 jahitan di kepala, selain turut mengalami luka dan lebam di tangan akibat diserang lelaki bersenjatakan pedang serta kayu berkenaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya," katanya.

Tengkorak milik bekas anggota polis


Kuala Lumpur: Serpihan tengkorak manusia dengan kesan terbakar yang ditemui di tempat letak kereta bersebelahan Hospital Tawakal Baru, Jalan Pahang, di sini, kelmarin disahkan bekas anggota polis berpangkat Koperal berusia 52 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kematian mangsa disebabkan perbuatan jenayah atau sebaliknya.


Menurutnya, pemeriksaan lanjut di kawasan semak atas bukit 20 meter dari tempat penemuan tengkorak itu membawa kepada penemuan beberapa lagi serpihan tulang manusia dan cebisan pakaian.

“Berdasarkan kepada keadaan tengkorak dan tulang, sukar untuk lihat kesan perbuatan jenayah. Setakat ini siasatan dilakukan mengikut Kes Kematian Mengejut (SDR) sementara menunggu laporan daripada patologi.


“Turut ditemui beg duit dipercayai milik mangsa yang mengandungi kad ATM Maybank, MyKad, Lesen Memandu dan wang tunai RM3,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Pada jam 8.30 pagi kelmarin seorang penyelia kawasan parkir kereta terkejut selepas menemui satu objek yang menyerupai tengkorak manusia.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

Tengkorak milik bekas anggota polis


Kuala Lumpur: Serpihan tengkorak manusia dengan kesan terbakar yang ditemui di tempat letak kereta bersebelahan Hospital Tawakal Baru, Jalan Pahang, di sini, kelmarin disahkan bekas anggota polis berpangkat Koperal berusia 52 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kematian mangsa disebabkan perbuatan jenayah atau sebaliknya.


Menurutnya, pemeriksaan lanjut di kawasan semak atas bukit 20 meter dari tempat penemuan tengkorak itu membawa kepada penemuan beberapa lagi serpihan tulang manusia dan cebisan pakaian.

“Berdasarkan kepada keadaan tengkorak dan tulang, sukar untuk lihat kesan perbuatan jenayah. Setakat ini siasatan dilakukan mengikut Kes Kematian Mengejut (SDR) sementara menunggu laporan daripada patologi.


“Turut ditemui beg duit dipercayai milik mangsa yang mengandungi kad ATM Maybank, MyKad, Lesen Memandu dan wang tunai RM3,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Pada jam 8.30 pagi kelmarin seorang penyelia kawasan parkir kereta terkejut selepas menemui satu objek yang menyerupai tengkorak manusia.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

Jumpa 10 Km dari tempat jatuh sungai


Kuala Lipis: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Tanjung Sekawin, Kuala Lanar, dekat sini, ketika menjala ikan bersama rakannya Sabtu lalu, ditemui pagi tadi.
Mayat Marzuki Mat, 34, yang berasal dari Taman Sri Maulana, dekat Pekan dan bekerja di kantin Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, ditemui lengkap berpakaian kira-kira 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mayat mangsa ditemui oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis, kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh. 

"Pasukan penyelamat tidak menghadapi sebarang masalah untuk membawa naik mayat mangsa yang ditemui masih lengkap berpakaian sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk bedah siasat," katanya.
Foto
MAYAT mangsa ditemui kira-kira 10 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh.

Menurutnya, susulan penemuan mayat mangsa, polis sudah menutup bilik gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan mengesahkan kejadian itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah sebaliknya mengklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Dalam kejadian Sabtu lalu itu, Marzuki dilaporkan terjatuh ketika menjala ikan bersama rakannya di kawasan berkenaan pada 7.35 malam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

Tiga geng samun, curi kereta tumpas


Oleh Mohd Husni Mohd Noor
Sepang: Polis Daerah Sepang berjaya menumpaskan tiga kumpulan samun dan curi kereta membabitkan penahanan 18 suspek sepanjang bulan ini.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata, kumpulan samun berkenaan termasuk Geng Boy Hotel, Geng Palani dan Geng Lembu Pancitan yang terbabit dalam jenayah samun, curi kereta dan ragut di sekitar Dengkil, Sepang, Putrajaya dan Hulu Langat sejak awal bulan ini.



Beliau berkata, empat ahli Geng Boy Hotel yang menjadikan hotel bajet sebagai pusat operasi berjaya diberkas pada 8 Ogos lalu manakala tujuh ahli Geng Palani yang terbabit samun dan curi kereta pula diberkas pada 15 dan 19 Ogos lalu.

"Selain itu, tujuh ahli Geng Lembu Pancitan yang terbabit kes curi kereta pula diberkas masing-masing pada 14 dan 18 Ogos lalu di sebuah bengkel kenderaan di Sepang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Katanya, hasil tangkapan semua suspek tiga geng samun berkenaan berjaya menemui lapan kereta, sebuah motosikal, puluhan telefon bimbit, alat pertukangan untuk merompak serta beberapa bilah parang dan pisau.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

Maut dirempuh ketika melintas


Kuala Terengganu: Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta Honda Accord di Kampung Bukit Tumbuh, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa Omar Ali, 70, yang dikatakan menghidap sakit mental sejak 30 tahun lalu dipercayai melintas jalan itu tanpa menyedari Honda Accord sedang memandu laju dari arah kiri jalan itu. 
Mangsa bagaimanapun gagal mengelak sebelum dirempuh kenderaan terbabit hingga menyebabkan dia cedera parah di kepala dan badan. 

Mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu berusia 50-an tidak mengalami kecederaan.
Foto
FOTO Khairul Hamizy Ramlee

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Halim Mohd Ishak mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

Maut dirempuh selepas solat Subuh


Alor Setar: Seorang warga emas yang baru pulang menunaikan solat Subuh maut dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di hadapan Masjid Derga, Jalan Langgar, di sini, hari ini.
Mangsa, Mohamed Mat Akib, 75, yang mengalami cedera parah di kepala dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian. 
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa dikatakan melintas untuk pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian. 

Jurucakap polis yang mengesahkan kejadian berkata, pemandu kereta berusia 52 tahun sudah membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.
Foto
MANGSA maut di tempat kejadian. FOTO Sharul Hafiz Zam
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

Tengkorak dalam tangki kumbahan


Kota Bharu: Enam sekeluarga terkejut apabila menemui tengkorak dan beberapa serpihan tulang manusia di dalam tangki kumbahan sedalam lapan meter di rumahnya di Pintu Geng, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, seorang penghuni rumah berusia 39 tahun yang enggan dikenali berkata, dia hanya menyedari rangka berkenaan selepas kerja menyedut sisa kumbahan selesai. 
"Saya memanggil mereka menyedut sisa kumbahan itu selepas tandas di rumah tersumbat sejak beberapa hari lalu. 

"Tidak lama kemudian pekerja syarikat yang menjalankan kerja menyedut sisa kumbahan itu memaklumkan menemui tengkorak dan tulang manusia di dalam tangki sebelum saya terus menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Foto
FORENSIK sedang membuat siasatan. FOTO Zaman Huri Isa

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

Kes pukul bongkar tanam janin


Gombak: Seorang ibu tergamak menggugurkan kandungan berusia lima bulan dan menanam janin itu di kebun sayur berhampiran rumahnya di Pangsapuri Julia Kampung Bendahara Selayang, di sini, selain merahsiakannya selama dua minggu.
Wanita berusia 24 tahun itu mengaku memakan ubat dibeli di sebuah klinik di sekitar Selayang untuk menggugurkan kandungannya dengan alasan tidak mahu anak dikandung dijangkiti penyakit batuk kering.
Bagaimanapun perbuatan kejinya terbongkar selepas disiasat polis berikutan laporan dibuat abang wanita itu, kelmarin.

Menurut sumber, laporan polis itu sebenarnya menjurus kepada kes wanita itu dipukul dan dikurung suaminya di dalam rumah.
Foto
ANGGOTA polis forensik membawa janin yang ditanam untuk siasatan.

“Hasil soal siasat membawa kepada maklumat mengejutkan sebelum polis menemui janin yang ditanam di kebun pisang berhampiran rumah suspek,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

Pihak berkuasa Itali temui 18 mayat pendatang asing


ROME 25 Ogos - Pihak berkuasa Itali menemui 18 mayat pendatang asing hari ini ketika operasi menyelamatkan seramai 3,500 pendatang yang cuba memasuki negara itu menerusi jalan laut.
Tentera laut memaklumkan menerusi laman web, Twitter, kapal peronda Sirio membawa 226 pendatang asing serta 18 mayat ke Pozzallo, selatan Sicily dalam operasi berkenaan.
Itali dilapor membelanjakan sebanyak 9.5 juta Euro sebulan untuk menkalankan operasi rondaan di laut serta ruang udara selepas lebih 360 pendatang asing lemas di kepulauan Lampedusa, Itali, Oktober tahun lalu. - Agensi

Demonstrasi bantah lelaki kulit hitam mati di tangan polis


ORANG ramai mengadakan tunjuk perasaan membantah keganasan yang dilakukan pegawai polis ke atas golongan kulit hitam khususnya Michael Brown dan Reverend Al Sharpton yang maut selepas ditangkap polis di Staten Island, New York, Amerika Syarikat (AS) kelmarin. - AFP
NEW YORK 24 Ogos - Beribu-ribu penduduk di Staten Island menyertai demonstrasi di sini semalam bagi membantah kematian seorang lelaki kulit hitam yang didakwa dicekik oleh anggota polis, kejadian sama seperti kematian remaja kulit hitam, Michael Brown, di Ferguson, baru-baru ini.
Eric Garner, 43, bapa kepada enam anak disyaki menjual rokok haram, bergelut dengan beberapa anggota polis berkulit putih ketika dia cuba mengelak ditahan pada 17 Julai lalu.
Satu rakaman amatur menunjukkan seorang anggota polis mencekik Garner yang berbadan besar dan menghidapi asma, walaupun dia berulang kali mengadu tidak dapat bernafas, sebelum tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke hospital.
Kes itu diklasifikasikan sebagai pembunuhan oleh pejabat pemeriksa perubatan New York.
Kematian Garner menimbulkan perdebatan dan beberapa bantahan di New York, sekali gus mengingatkan kepada kes kematian seorang remaja kulit hitam Michael Brown di Ferguson pada 9 Julai lalu.
"Saya tidak boleh bernafas' dan 'tidak adil' dan 'tidak aman'," jerit penunjuk perasaan yang menyertai bantahan itu.
Beberapa penunjuk perasaan turut dilihat membawa sepanduk bertulis 'orang kulit hitam boleh hidup' manakala beberapa sepanduk lain menuntut keadilan bagi kedua-dua mangsa, Garner dan Brown.
Beberapa buah kedai terpaksa ditutup semalam kerana bimbang tunjuk perasaan bertukar menjadi ganas, seperti yang berlaku di Ferguson, awal minggu ini.
Penunjuk perasaan juga menggesa Daniel Pantaleo, pegawai polis yang dakwa terbabit menahan Garner didakwa, manakala penunjuk perasaan lain melaungkan 'jangan bunuh' slogan yang sama dilaungkan oleh penunjuk perasaan di Ferguson.
Pantaleo, bagaimanapun ditahan selepas kejadian itu. - AFP

Gempa kuat landa California, 120 cedera


NAPA, California 25 Ogos - Lebih 120 orang cedera apabila gempa bumi kuat berukuran 6.1 skala Richter menggegarkan utara San Francisco awal pagi hari ini, yang turut mengakibatkan kerosakan pada beberapa bangunan bersejarah, rumah terbakar dan bekalan elektrik terputus.
Pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam laporannya berkata, gempa itu yang dianggap paling kuat di wilayah terbabit dalam tempoh 25 tahun, melanda kira-kira pukul 3.20 pagi waktu tempatan (5.20 pagi waktu Malaysia) dan berpusat kira-kira 10 kilometer di selatan bandar ini.
Ketua jabatan bomba tempatan, John Callahan berkata, tiga orang mengalami cedera serius termasuk seorang kanak-kanak yang mengalami retak tulang manakala enam kebakaran rumah dilaporkan berlaku selepas gempa.
Tiada kematian dicatatkan dalam bencana yang berlaku di bandar yang mempunyai kira-kira 70,000 penduduk itu. - REUTERS