Search This Blog

Saturday, August 23, 2014

Cermin kereta dipecah, beg lesap

Mohd Nor Farhan menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Chendering berhubung kejadian itu. Gambar kecil: Keadaan tempat duduk belakang Mini Cooper milik Mohd Nor Farhan masih dipenuhi kaca cermin keretanya yang dipecahkan.
Mohd Nor Farhan menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Chendering berhubung kejadian itu. Gambar kecil: Keadaan tempat duduk belakang Mini Cooper milik Mohd Nor Farhan masih dipenuhi kaca cermin keretanya yang dipecahkan.
KUALA TERENGGANU - Cermin kereta Mini Cooper milik penyerang pasukan Terengganu, Mohd Nor Farhan Mohammad, 30, dipecahkan ketika dia dan isterinya, Nik Suhaida Megat Deraman, 30, serta anak mereka, Muhammad Adeel Haqeem, 3, berhenti sarapan di Gerai Nasi Dagang di Kampung Chendering dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Mohd Nor Farhan atau lebih dikenali dengan panggilan Ben10 dalam kalangan peminat skuad Penyu, mengalami kerugian lebih RM15,000 apabila beg milik isterinya yang mengandungi barang kemas dan wang tunai lesap.

Menurutnya, selesai bersarapan dan membungkus juadah di situ, dia menuju ke keretanya yang diletakkan kira-kira 50 meter dari kedai makan berkenaan dan terkejut apabila mendapati cermin sebelah kiri tempat duduk penumpang belakang pecah.

Katanya, apabila memeriksa di tempat duduk belakang, dia mendapati beg galas milik isterinya yang mengandungi seutas gelang bernilai RM12,000 dan wang tunai RM2,000 hilang.

“Selain itu gelang dan wang tunai, ada beberapa dokumen penting di dalam beg itu seperti kad pengenalan, MyKid anak, lesen memandu dan kad bank. Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Chendering kira-kira jam 10.11 pagi.

“Kejadian ini memang mengejutkan kami sekeluarga kerana sebelum ini kita hanya mendengar berita kes sebegini berlaku dan percaya berkemungkinan suspek sudah mengekori saya sebelum bertindak memecahkan cermin kereta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Perumahan KP Perdana Fasa (1) Kampung Kubang Parit, dekat sini, semalam.

Mengakui masih terkejut dengan insiden itu, Mohd Nor Farhan berharap ia tidak akan menjejaskan aksinya di atas padang dan akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan bertemu Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah esok (malam ini).

“Walaupun ini kejadian pertama menimpa saya, tetapi saya akan berusaha mengetepikan masalah ini seketika dan akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pasukan kerana perlawanan malam esok (malam ini) cukup penting buat Terengganu dalam usaha mencari kemenangan kedua,” katanya.

Seorang maut dalam kemalangan babit tujuh kereta, sebuah motosikal


23/08/2014 10:09pm

SEREMBAN - Seorang maut dan dua cedera di dalam satu kemalangan yang melibatkan lapan buah kenderaan di Jalan Za'aba di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 12.30 malam itu, sebuah kereta Satria Neo dipercayai hilang kawalan lalu bergesel dengan sebuah kereta BMW.
Ini mengakibatkan kereta BMW merempuh lima kenderaan lain termasuk sebuah motosikal yang diletak di lokasi.
Tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban berserta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima
panggilan kecemasan 12.32 tengah malam.
"Sejurus tiba terdapat seorang mangsa maut dalam kereta BMW manakala dua
lagi cedera menaiki kereta Satria Neo.
"Mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam dan dihantar ke
Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan. Mangsa yang maut dalam kejadian berusia 29 tahun," katanya di sini.
Sementara itu, polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_21.htm#ixzz3BE0WdjCK 
Hakcipta terpelihara 

Tergamam lihat kedai terbakar

Maimunah melihat kedainya yang musnah terbakar.
Maimunah melihat kedainya yang musnah terbakar.
JASIN - Seorang ibu tunggal mengalami kerugian lebih RM30,000 setelah kedainya yang menjual produk kesihatan dan al-Quran terbakar dalam kejadian di bandar Jasin, awal pagi semalam.

Mangsa Maimunah Mohamad Ali, 59, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, dia berada di rumahnya di Kampung Simpang Kerayong yang terletak kira-kira 2 kilometer dari kedai sebelum dikejutkan seorang penduduk yang datang ke rumah.

Menurutnya, dia kemudian bergegas ke tempat kejadian yang disewa di bawah Majlis Perbandaran Jasin sejak tujuh tahun lalu namun api sedang marak.

“Saya melihat api marak dan pihak bomba sedang memadamkan kebakaran.

“Saya hanya mampu tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa, sedih sebab inilah mata pencarian saya menyara kehidupan membesarkan seorang anak sejak lebih 15 tahun lalu, walau apa pun saya reda,” katanya.

Tambah Maimunah, hampir keseluruhan kedainya terbakar dan kebanyakan barang-barang tidak dapat diselamatkan memandangkan api merebak begitu pantas.

Sejak dari kejadian itu, dia hilang punca pendapatan dan berharap pihak berkenaan dapat membantu agar boleh meneruskan rutin harianya menjual produk kesihatan dan al-Quran.

“Sehingga sekarang saya tidak dapat bekerja setelah kedai yang saya sewa sebanyak RM200 musnah dalam sekelip mata.

“Saya harap ada pihak yang sudi membantu supaya supaya saya dapat meneruskan kehidupan ini,” katanya.

Dalam kejadian itu, sebanyak dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin serta Jasin Bestari dikejarkan untuk memadamkan kebakaran, bagaimanapun punca kejadian masih lagi disiasat.

Tauke rugi RM100,000


WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Ogos 2014
GOPENG - Sebuah reban ayam baka telur musnah dalam kebakaran di ladang ternakan ayam yang terletak di Simpang Kuvoi, Jeram, di sini, Rabu lalu.

Pengusahanya, Mohd Faizal Fadzil, 40, berkata, kejadian ini adalah yang kedua berlaku selepas cawangan ladang ternakan ayam di Chenderiang turut musnah dalam kebakaran pada bulan lalu.

“Mujur bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke reban lain. Bagaimanapun, mengikut kerosakan harta benda dan ayam yang hangus dalam kebakaran itu, kerugian dianggarkan mencecah RM100,000,” katanya.

Dia bersyukur kerana tiada pekerja yang cedera dalam kejadian itu. Selain itu, dia memberitahu proses mendapatkan jumlah kerugian sebenar dijangka selesai dalam tempoh terdekat dan laporan polis akan dibuat berhubung perkara tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, Nor Zamri Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.13 petang dan berjaya memadamkannya daripada merebak ke blok reban ayam yang lain.

Barang kemas RM900,000 lesap dalam masa 3 minit


23 Ogos 2014
KUALA LUMPUR - Enam lelaki bersenjatakan tukul besi melarikan 20 dulang barangan kemas yang dianggar bernilai RM900,000 dalam masa tiga minit sahaja dari sebuah kedai emas di Taman Connaught, Cheras hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Abd Rahim Hamzah Othman berkata, ketika kejadian pada 12.30 tengah hari, terdapat dua pekerja di kedai berkenaan yang terletak dalam sebuah pasar raya.

"Pada ketika itu, seorang daripada suspek memegang satu objek yang menyerupai pistol diacukan di udara tetapi tiada tembakan yang dilepaskan serta tidak berlaku sebarang kecederaan manakala empat yang lain memecahkan cermin pameran dengan tukul besi dan melarikan 20 dulang barangan kemas," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata sejurus selepas itu, mereka terus melarikan diri dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lagi suspek.

Abd Rahim berkata ketika kejadian, kesemua suspek memakai topeng ski hitam dan polis masih mengesan kereta yang digunakan selain menjalankan siasatan lanjut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebelah kedai emas itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan berkumpulan," katanya. - Bernama

Mekanik buang bayi dijel satu tahun


Kangar: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas kesalahan menyembunyi dan membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 4 Mei lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Norhayati Ibrahim, ke atas tertuduh, Muhammad Bukhari, 27, berkuat kuasa mulai tarikh jatuh hukum dan denda RM2,000.



Mahkamah turut memutuskan hukuman penjara enam bulan jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa secara rahsia membuang mayat seorang bayi tertentu sama ada bayi itu mati sebelum, selepas atau ketika dilahirkan, serta dengan sengaja menyembunyikan kelahiran bayi terbabit.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di nombor 5B Kampung Kuala Tunggang Jalan Padang Siding Pauh, dekat Arau, kira-kira jam 4 pagi, 4 Mei 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Anggota forensik PDRM parah ditembak


Oleh Na'imah Mohamed dan Mohd Hasbi Sidek

Klang: Seorang anggota polis parah selepas ditembak tiga lelaki dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Bukit Tinggi, di sini, 3.30 petang ini.

Konstabel berusia 20-an dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dekat sini, untuk menerima rawatan.


Menurut sumber, mangsa yang bertugas di Makmal Forensik Bukit Aman terbabit didatangi tiga lelaki menaiki kenderaan pikap yang kemudian melepaskan tembakan ke arahnya.

"Difahamkan, seorang daripada suspek memakai baju putih, berseluar gelap dan turut memakai beret berwarna merah. Polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Penumpang salah masuk pintu timbulkan kekecohan di Lapangan Terbang Geneva

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 11:55 AM

 
GENEVA: Seorang penumpang pesawat yang sesat di lapangan terbang dan tersalah masuk pintu yang dikhaskan untuk kakitangan mencetuskan kekecohan dan mengganggu beberapa penerbangan.

"Seorang penumpang sesat di lapangan terbang dan tersalah masuk pintu, menyebabkan bunyi loceng kecemasan," kata jurucakap lapangan terbang, Bertrand Staempfli.

Identiti penumpang itu serta destinasinya tidak didedahkan.

"Kami terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga," kata Staempfli.

Katanya, kesilapan penumpang itu memasuki tempat yang dikhususkan untuk kakitangan mengambil masa antara 30 hingga 45 minit dan menyebabkan jadual penerbangan terganggu. - AFP

Bot bawa 200 pendatang tanpa izin hanyut di perairan Tripoli

SABTU, 23 OGOS 2014 @ 11:01 AM

 
TRIPOLI: Sebuah bot membawa 200 pendatang tanpa izin dari Saharan Afrika dipercayai hilang di luar pesisir laut bandar Tripoli, dengan 170 orang dilaporkan masih hilang.

Libya yang terperangkap dengan pergolakan dan huru-hara politik, telah menyebabkan pendatang tanpa izin berusaha mencari kehidupan yang lebih baik di Eropah.

Sejak penghujung Julai lalu, berpuluh orang yang menaiki bot usang dari pantai Libya terbunuh di tengah-tengah laut, dan bepuluh lagi dilaporkan hilang.

"Kami sedang mencari 170 penumpang warga Afrika yang menaiki sebuah bot kayu dan dipercayai hanyut di luar kawasan Guarabouli, kira-kira 60 kilometer di timur Tripoli," kata pegawai pengawal pantai, Abdellatif Mohammed Ibrahim.

"Kami berjaya menyelamatkan 16 orang dan menjumpai 15 mayat, usaha mencari tetap diteruskan untuk mengesan 170 orang yang masih hilang," katanya. - AFP

Roket SpaceX meletup selepas dilancarkan

SABTU, 23 OGOS 2014 @ 9:25 AM

 
MCGREGOR, Texas: Sebuah roket SpaceX meletup selepas dilancarkan semasa ujian penerbangan di tapak pembangunan syarikat itu Texas.

Menurut kenyataan SpaceX, tiada seorang pun yang cedera dalam letupan itu.

Jurucakap SpaceX, John Taylor, berkata ujian penerbangan itu membabitkan roket Falcon 9 versi tiga enjin yang boleh diguna semula.

Beliau berkata, "kejanggalan" dikesan pada roket berkenaan dan pemusnahan dilakukan secara automatik.

Katanya, roket berkenaan kekal dalam kawasan penerbangan yang ditetapkan dan seorang wakil Pentadbiran Udara Persekutuan (FAA) hadir pada masa itu. - AP

Pesta bogel: 2 penganjur, 3 peserta direman

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 11:29 AM
ANGGOTA polis mengiringi tiga lelaki terbabit dalam Pesta Sukan Bogel 2014, dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, pagi tadi, suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan polis.
 
GEORGETOWN: Dua penganjur dan tiga peserta Pesta Sukan Bogel 2014 di Teluk Bahang direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Mereka yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita itu dibawa polis ke Mahkamah Majistret, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Dua penganjur berkenaan adalah seorang wanita, Chew Tok Hwa dan seorang lelaki dikenali sebagai Albert Yam.

Tok Hwa ditahan selepas tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD), Balik Pulau, untuk memberi keterangan jam 10.30 pagi semalam manakala Yam pula ditahan kira-kira jam 6 petang.

Tiga lagi peserta turut menyerah diri di IPDBD, semalam.

Mayat bayi ditemui dalam tali air



LANGKAWI: Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat ditemui dalam tali air di Kampung Titi Cangwang, Mukim Ulu Melaka, di sini, petang semalam.
Mayat bayi itu ditemui tersangkut pada ranting pokok dengan sebahagian badannya tenggelam dalam air, pada jam 6.30 petang oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah, berkata ketika ditemui tiada sebarang kesan cedera dikesan pada fizikal bayi yang cukup sifat itu.
"Mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Langkawi, sebelum diuruskan penghantaran ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sembunyi dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Terjerumus dalam dunia pelacuran

Sa nekad untuk berubah demi masa depannya walaupun disahkan penghidap HIV positif.
Sa nekad untuk berubah demi masa depannya walaupun disahkan penghidap HIV positif.
KOTA BHARU - Akibat keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta desakan hidup selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup menjual diri untuk menyara kehidupannya.

Dikenali dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual kepada ‘bapa ayam’ oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun.

Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik.

“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi.

“Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara keluarga,” katanya.
Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.

Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak.

Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah pelacuran.

Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan bermulalah kehidupannya sebagai ‘kupu-kupu malam’ yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang melanggannya.

“Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan.

“Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan.

“Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan  kerja terbabit, sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,” katanya.

Sa berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut apabila turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang bergelumang dalam dunia pelacuran.

“Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama.

“Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,” katanya.

Takut dilapor ponteng, murid sembunyi dalam hutan


22 Ogos 2014


TEMERLOH - Seorang murid tahun enam, yang dikhuatiri hilang dalam kawasan hutan bersebelahan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Lanchang pagi ini, berjaya ditemui pasukan penyelamat petang tadi.
   
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata Muhammad Shamil Ikhwan, 12, ditemui pada 6.20 petang kira-kira satu kilometer dari kawasan dia dilaporkan hilang.
   
"Murid itu ditemui di ladang kelapa sawit dekat situ dalam keadaan keletihan kerana hampir sembilan jam bersembunyi di situ.
 
"Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan namun kita akan membawa dia ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk pemeriksaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
 
Beliau berkata murid Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang itu dilapor melarikan diri dari sekolahnya pada 9.30 pagi.

Zundin berkata siasatan awal mendapati mangsa melarikan diri kerana bimbang dimarahi ibu bapa serta gurunya ekoran sering ponteng sekolah dan gagal menyiapkan kerja rumah.
   
"Menurut murid itu juga, dia terlewat hadir ke sekolah hari ini dan kebetulan sekolahnya menganjurkan program solat hajat bersama ibu bapa bersempena peperiksaan UPSR yang bakal diduduki 18 hari lagi.
   
"Dia yang bimbang gurunya akan mengadu perihal dirinya kepada keluarga kemudian bertindak melarikan diri dari sekolah," katanya.
   
Mangsa sebelum itu, katanya, dilihat bersama murid lain mengikuti program solat hajat sebelum berjalan keluar dari sekolah sendirian menuju ke arah hutan berkenaan.
   
Ekoran itu, beberapa guru keluar mencari Muhammad Shamil di kawasan hutan berkenaan namun gagal menemuinya sebelum bertindak membuat laporan polis.
   
Beliau berkata susulan itu, tiga anggota dari Balai Polis Lanchang, lima anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan 15 penduduk kampung melancarkan gerakan mencari mangsa sebelum menemuinya di kawasan hutan berkenaan. - Bernama

33 maut, 41 cedera nahas bas di Mesir

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 12:20 PM


KAHERAH: Sekurang-kurangnya 33 orang maut dan berpuluh lain cedera apabila dua bas terbabit dalam kemalangan sebelum subuh hari ini di Semenanjung Sinai di sini.

Agensi berita rasmi MENA memetik pegawai Kementerian Kesihatan, Mohamed Lashin sebagai berkata warga Russia, Yaman dan Arab Saudi adalah antara lebih 41 orang yang cedera.

Lashin berkata mereka yang cedera dipindahkan ke dua hospital di kawasan berkenaan. Beliau berkata mangsa masih lagi dikeluarkan daripada serpihan kemalangan, menyebabkan jumlah terkorban mungkin meningkat.

Bas itu sedang dalam perjalanan di bahagian selatan Sinai, salah sebuahnya dari Sharm el-Sheikh dan sebuah lagi dari wilayah Nile, kata sumber keselamatan. - Reuters

Ubah duit RM1.86 juta


Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Melaka: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan, di sini, semalam bagi 100 tuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram bernilai RM1.86 juta antara 2010 hingga 2012.

Alex Chong Siau Meng dan Low Kim Hsen, masing-masing berusia 26 tahun dari Bukit Beruang, di sini, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Amran Jantan dan Hakim Ahmad Sazali Omar selepas semua pertuduhan dibacakan.

Alex, seorang pelajar, yang didakwa di hadapan Amran menghadapi 80 pertuduhan membabitkan jumlah keseluruhan RM1.66 juta.

Dia didakwa memindah dan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah antara RM10,000 hingga RM200,000 dari akaun bank milik Lim Guat Moey, 48, ke dalam akaun bank miliknya.

Semua kesalahan dilakukan di Public Bank Batu Berendam serta UOB Bank Malim Business Park dan Plaza Mahkota di sini antara 3 Disember 2010 hingga 10 Julai 2012.

Di mahkamah berasingan, di hadapan Hakim Ahmad Sazali, Low yang bekerja di kedai permainan komputer, menghadapi 20 pertuduhan membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM195,611.

Dia didakwa menerima wang antara RM7,311 dan RM10,000 hasil aktiviti haram dari akaun bank Alex dan Lim ke dalam akaun bank miliknya.



Semua kesalahan itu dilakukan di UOB Bank Malim, di sini, antara 25 Januari hingga 27 Julai 2011.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam C Surendran yang mewakili Alex ketika membuat rayuan memohon jumlah jaminan anak guamnya dikurangkan dengan alasan membantu ibunya berniaga manakala majlis graduasinya hari ini serta memberi kerjasama setiap kali diminta tampil memberi keterangan.

Low diwakili Peguam Loh Chon Mee turut merayu diberikan jaminan minimum kerana memberi kerjasama penuh kepada polis dan berpendapatan rendah dengan hanya bekerja di kedai permainan komputer.

Bagaimanapun, Ketua Unit Pelucutan Hak Harta Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Anselm Charles Fernandis yang mengendalikan kes memohon Alex dan Low diikat jamin masing-masing RM100,000 dan RM70,000 bersesuaian dengan jumlah wang yang terbabit dalam kes mereka.

Ahmad Sazali kemudian membenarkan Alex dan Low masing-masing diikat jamin RM80,000 dan RM50,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan pasport mereka diserah kepada mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Mekanik parah kena tembak


Oleh Muhammad Apendy Issahak

Manjung: Seorang mekanik yang sedang minum bersama dua rakannya di sebuah restoran di Medan Sitiawan, di sini, parah terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan dua individu tidak dikenali dalam kejadian tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, mangsa yang berusia 37 tahun, cedera di tangan dan kaki, namun dilaporkan dalam keadaan stabil serta masih dirawat di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan awal polis mendapati ketika mekanik itu sedang minum bersama beberapa rakannya di premis berkenaan, mangsa didatangi dua lelaki yang secara tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal.

“Mangsa yang bekerja sebagai mekanik motosikal terkena tembakan berkenaan dan mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan.

“Lelaki terbabit kemudian dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan dan setakat ini, keadaannya dilaporkan stabil,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan sama ada kumpulan kongsi gelap atau lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Siasatan setakat ini juga mendapati tiada sebarang petunjuk yang mengaitkan kes tembakan ini dengan kejadian tembak di kawasan Ayer Tawar, Manjung, baru-baru ini,” katanya.

Dalam kejadian Selasa lalu, seorang lelaki dipercayai berpangkat Datuk nyaris maut apabila seorang lelaki meluru dan melepaskan dua tembakan ke arahnya berhampiran sebuah dewan di Ayer Tawar.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, mangsa, 49, dikatakan menghadiri jamuan makan malam di dewan berkenaan sebelum dihampiri seorang lelaki.

Difahamkan, lelaki itu kemudiannya mengacukan pistol ke kepala mangsa dan cuba melepaskan tembakan, namun gagal.



Mangsa yang terkejut segera menepis tangan suspek sebelum berlaku pergelutan di lokasi kejadian.

Keadaan panik itu menyebabkan suspek melepaskan satu tembakan mengenai lengan kanan mangsa dan satu tembakan tersasar.

Pergelutan itu berjaya dileraikan pengawal peribadi mangsa yang kemudiannya merampas pistol digunakan.


Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Tergamam gudang diserbu


Subang Jaya: Seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga penjaga gudang rokok haram tergamam apabila premis yang dijaganya di Bandar Baru Puchong, di sini, diserbu polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 7.35 petang itu, sejumlah 21,150 karton rokok haram dianggarkan bernilai RM630,000 dirampas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, rampasan rokok haram itu yang terbesar pada tahun ini dan pihaknya sudah menyerahkan suspek serta barang rampasan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut.
Yahaya berkata, pasukan JSJ IPD Subang Jaya melakukan Op Poket di kawasan berkenaan selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan penyimpanan dan pengedaran rokok haram.
Menurutnya, sebaik pasukannya tiba di premis terbabit, pihaknya mendapati pintu gudang itu tertutup namun tidak berkunci.
“Selepas memasuki premis, kami (polis) menemui seorang lelaki dipercayai penjaga gudang itu dalam keadaan tergamam.
Pemeriksaan kemudiannya menemui puluhan kotak kecil dan besar.
“Selepas membuka kotak berkenaan, terdapat 21,150 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM630,000,” katanya ketika dihubungi.
Yahaya berkata, berdasarkan hasil soal siasat yang dilakukan terhadap suspek, lelaki terbabit mendakwa dia baru bekerja selama seminggu untuk menjaga premis berkenaan.
“Premis ini dijadikan gudang untuk menyimpan rokok seludup sebelum diedarkan kepada pemborong,” katanya.
Foto
RAMPASAN rokok di Bandar Baru Puchong.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Mekanik buang bayi dijel satu tahun


Kangar: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas kesalahan menyembunyi dan membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 4 Mei lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Norhayati Ibrahim, ke atas tertuduh, Muhammad Bukhari, 27, berkuat kuasa mulai tarikh jatuh hukum dan denda RM2,000.



Mahkamah turut memutuskan hukuman penjara enam bulan jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa secara rahsia membuang mayat seorang bayi tertentu sama ada bayi itu mati sebelum, selepas atau ketika dilahirkan, serta dengan sengaja menyembunyikan kelahiran bayi terbabit.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di nombor 5B Kampung Kuala Tunggang Jalan Padang Siding Pauh, dekat Arau, kira-kira jam 4 pagi, 4 Mei 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

515 jersi Chelsea tiruan dirampas


Kuala Lumpur: Sebanyak 515 jersi pasukan Chelsea tiruan dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Sungai Besi, kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 1 petang itu, sepasukan anggota penguat kuasa diketuai Mohd Hanif Awang menyerbu premis terbabit selepas menerima maklumat orang awam dan aduan wakil syarikat jenama jersi itu.


Timbalan Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Rosli Ahmad berkata, pemeriksaan mendapati jersi pasukan Liga Perdana Inggeris disyaki tiruan itu dijual secara terbuka kepada orang ramai.

“Semua jersi itu disita kerana menggunakan suatu perihal dagangan palsu iaitu Chelsea dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 8 (2), Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, jika sabit kesalahan bagi perseorangan, boleh didenda RM10,000 dan penjara tiga tahun, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

18 tali barut Israel dihukum mati


Gaza: Pejuang Hamas semalam membunuh 18 orang yang didakwa mengintip untuk Israel semalam, termasuk tujuh yang dibariskan di belakang sebuah masjid dan ditembak selepas solat Jumaat.

Ia adalah tindak balas terhadap serangan udara Israel yang membunuh beberapa pegawai kanan sayap tentera kumpulan itu.

Media Hamas menggambarkan pembunuhan itu sebagai permulaan operasi baru menentang tali barut rejim ZIonis.

Jumlah itu adalah yang paling ramai dibunuh oleh Hamas dalam masa sehari sejak ia menguasai Gaza pada 2007.

Laman web Al Majd yang mempunyai hubungan rapat dengan pasukan keselamatan Hamas berkata, antara yang ditembak mati ialah dua wanita.

Hamas bagaimanapun enggan mendedahkan nama mereka bagi melindungi kehormatan keluarga masing-masing.

Pembunuhan itu dilakukan sehari selepas serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di selatan Gaza meragut nyawa tiga komander sayap tentera Hamas.

Hamas percaya tentera Israel mengetahui kehadiran mereka di rumah itu hasil daripada maklumat tali barut mereka di Gaza.



- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

4 lagi rakyat Palestin terbunuh


Gaza: Empat lagi rakyat Palestin terbunuh alam serangan udara tentera Israel ke atas Gaza semalam.

Sementara itu, kerajaan Eropah mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak mengakhiri pertumpahan darah yang berlarutan lebih enam minggu itu.

Israel menyambung semula keganasannya selepas rundingan damai yang diselia Mesir menemui jalan buntu.



Seramai 2,087 penduduk Palestin terbunuh, hampir semuanya orang awam, sejak Israel melancarkan serangan udara dan darat 8 Julai lalu dengan alasan kononnya untuk melindungi rakyatnya daripada serangan roket Hamas.

Dalam serangan terbaru ke atas kem pelarian Nusseirat semalam, dua lelaki berusia 22 dan 24 tahun terbunuh.

Dua lagi orang awam menjadi korban apabila serangan udara tentera Zionis itu menyasarkan kawasan kejiranan Deir al-Balah.

Tentera Israel berkata,mereka melancarkan serangan terhadap 20 sasaran tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Serangan semalam dilakukan 36 jam selepas Israel cuba membunuh pemimpin kanan sayap tentera Hamas, Muhammad Deif yang menjadi antara sasaran utama rejim Zionis itu sejak sedekad lalu.

Serangan berkenaan meranapkan sebuah bangunan enam tingkat di Gaza serta meragut nyawa dua wanita dan tiga kanak-kanak termasuk isteri dan anak lelaki pemimpin Briged Izuddin Al-Qassam itu.

Dalam kenyataan dikeluarkan Hamas, Muhammad Deif terselamat dalam serangan berkenaan.

Rabu lalu, Hamas memberitahu pembabitan mereka dalam rundingan damai di Kaherah berakhir.

Dalam pada itu, sebuah roket yang dilancarkan dari Gaza mengena sebuah kuil di Asdod, Israel, menyebabkan tiga orang cedera.

Polis Israel berkata, kuil berkenaan juga mengalami kerosakan.

Asdod terletak 30 kilometer dari Gaza.

Hamas dan kumpulan pejuang Palestin lain melepaskan 20 roket ke awah wilayah Israel sepanjang semalam.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

51 belum ditemui


Tokyo: Berdasarkan angka yang dikumpul polis, jumlah kematian akibat tanah runtuh yang melanda barat Jepun mungkin berganda.

Dalam pada itu, kerja mencari 51 yang masih hilang dihentikan petang semalam ekoran kebimbangan kemungkinan tanah runtuh itu berulang.



Setakat ini, 39 disahkan mati dan puluhan rumah musnah apabila lereng gunung di pinggir Hiroshima runtuh awal pagi Rabu lalu.

Lebih 4,000 diarah berpindah semalam apabila hujan berterusan di kawasan berkenaan.

Anggota bomba, polis dan tentera menangguhkan usaha mencari lewat semalam apabila keadaan di sekitar kawasan pergunungan itu dilihat berubah, sekali gus mencetuskan kemungkinan berlaku satu lagi tanah runtuh.

“Operasi di dua daerah dihentikan.

Anggota penyelamat diarah keluar kerana kemungkinan berlaku tanah runtuh baru,” kata jurucakap polis Hiroshima.

Arahan itu dibuat dua hari selepas seorang anggota penyelamat terbunuh setelah tertimbus ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Jumlah kematian tidak berubah semalam, tetapi angka mangsa yang hilang bertambah.

Pegawai berkata, peningkatan penyelarasan antara pasukan perkhidmatan kecemasan dengan pihak berkuasa tempatan membolehkan mereka tahu jumlah mangsa yang hilang lebih ramai.

“Pada mulanya kami mengira mereka yang disahkan hilang seperti mangsa yang dilihat dihanyutkan air.

“Apabila siasatan dan penilaian dibuat, jumlah mangsa hilang meningkat,” kata jurucakap itu.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

8 suspek peras ugut online ditangkap


Manila: Polis semalam menangkap lapan suspek anggota sindiket online yang dituduh memeras ugut lebih 1,000 penduduk Hong Kong dan Singapura selepas memerangkap mereka untuk berbogel di depan kamera web.

Serbuan terhadap lokasi sindiket itu di Bulacan, wilayah utara Filipina adalah susulan kepada operasi yang dibantu Interpol April lalu yang menyaksikan 58 warga Filipina ditangkap.

Antara mangsa sindiket itu, termasuk seorang remaja Scotland yang membunuh diri selepas diugut.

“Mereka yang ditangkap semalam, termasuk lima remaja Filipina yang diupah menjalinkan hubungan dengan mangsa menerusi laman sosial media termasuk Facebook,” kata ketua pasukan antijenayah siber polis Filipina, Gilbert Sosa.

Mangsa biasanya dipujuk berbogel di depan kamera web sementara anggota sindiket itu merakamnya tanpa pengetahuan mereka.



- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Mayat bayi ditemui dalam tali air

SABTU, 23 OGOS 2014 @ 8:45 AM

 
LANGKAWI: Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat ditemui dalam tali air di Kampung Titi Cangwang, Mukim Ulu Melaka, di sini, petang semalam.

Mayat bayi itu ditemui tersangkut pada ranting pokok dengan sebahagian badannya tenggelam dalam air, pada jam 6.30 petang oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah, berkata ketika ditemui tiada sebarang kesan cedera dikesan pada fizikal bayi yang cukup sifat itu.

"Mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Langkawi, sebelum diuruskan penghantaran ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sembunyi dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sindiket tawar GRO sebagai 'isteri sewaan'



SELAIN bekerja di pusat-pusat hiburan di Lembah Klang, GRO warga asing kini turut ditawarkan menjadi 'isteri sewaan'.


KUALA LUMPUR - Tawaran khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) kini bukan sahaja terhad melayan pelanggan di pusat-pusat hiburan tetapi mereka yang terdiri dalam kalangan warga asing itu juga boleh dijadikan 'isteri sewaan' bagi mana-mana lelaki yang terdesak memerlukan suri rumah.
Makna 'isteri sewaan' yang dikesan berlaku di Lembah Klang ialah sindiket menawarkan wanita yang juga terdiri dalam kalangan GRO sebagai 'isteri' dengan caj antara RM300 hingga RM7,000 bergantung kepada tempoh berapa lama 'isteri sewaan' itu diperlukan.
'Isteri sewaan' yang kebiasaannya berusia 20 hingga 25 tahun ini bukan sahaja memenuhi kehendak seks si lelaki yang membuat bayaran kepada sindiket itu malah wanita-wanita itu turut melakukan tugas-tugas seperti memasak dan mengemas rumah.
Sindiket menyediakan khidmat sewaan itu menawarkan tempoh 'isteri sewaan' antara sehari sehingga tiga bulan. Tempoh berkenaan boleh dilanjutkan mengikut persetujuan antara pelanggan dan pihak sindiket.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3BALnyTWw 
Hakcipta terpelihara 

Hadiah ganas


Kota Bharu: Seorang bapa terkejut apabila dua anak yang diberi minum susu kultur buatan tempatan tiba-tiba beraksi ganas selepas bermain dengan alat permainan yang dipek bersama minuman itu.
Lebih membuatkannya terkedu apabila mainan terbabit bukan mainan biasa untuk kanak-kanak berumur di bawah enam tahun, sebaliknya dibentuk seperti buku lima. 
Meskipun diperbuat daripada plastik berukuran 11 sentimeter dan disertakan pen, alat itu tetap mengundang bahaya kerana bentuknya tajam di bahagian hujung sekali gus tidak wajar dijadikan alat permainan kanak-kanak. 

Bapa terbabit yang mahu dikenali sebagai Wan, 35, berkata, dia tidak menyedari pek susu kultur yang dibelinya dengan harga RM4 di sebuah pasar raya baru-baru ini menyelitkan hadiah permainan itu.
Foto
BENTUK yang hampir menyerupai buku lima itu boleh mencederakan kanak-kanak.

“Saya memang selalu beli susu kultur terbabit setiap kali pulang dari kerja kerana harganya murah selain dua anak lelaki berusia setahun dan tiga tahun menggemarinya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

Lelaki dipukul kekasih kerana permainan iPhone



YOUTUBE
WANITA itu mengheret kekasihnya yang bermain permainan menerusi telefon iPhone di sebuah stesen tren bawah tanah di Beijing baru-baru ini.


BEIJING - Seorang wanita mengheret kekasihnya yang memegang telefon iPhone di sebuah tren bawah tanah di sini, lapor akhbar MailOnline semalam.
Wanita itu melakukan perbuatan tersebut kerana kekasihnya masih bermain permainan menerusi telefon bimbit tersebut dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Aksi itu menyebabkan orang ramai menyifatkan ia merupakan salah satu aksi dari sebuah syarikat telefon bimbit.
Wanita tersebut kemudian menarik badan kekasihnya memasuki sebuah gerabak tren tersebut.
Ketika itu, kekasihnya masih melihat skrin gajet tersebut untuk bermain permainan.
Sebelum itu, wanita tersebut turut menarik tangan kekasihnya keluar dari sebuah tren kerana kecewa dengan tindakannya bermain permainan menerusi iPhone. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3BAKbV1VX 
Hakcipta terpelihara 

Rakyat Ireland mati selepas pulang dari Afrika tidak dijangkiti Ebola


DUBLIN - Seorang warganegara Ireland yang mati selepas pulang dari Afrika disahkan tidak dijangkiti virus Ebola, kata Eksekutif Perkhidmatan Kesihatan (HSE) Ireland semalam.
Perkhidmatan kesihatan telah menghantar contoh darah untuk ujian kelmarin dan menyimpan mayatnya di tempat prosedur kawalan jangkitan sebelum dikebumikan di Donegal.
"Ujian makmal terhadap individu yang baru pulang dari Afrika menunjukkan dia negatif daripada jangkitan virus Ebola. Prosedur kawalan jangkitan yang dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga kini telah ditarik balik," kata HSE dalam satu kenyataan. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3BAJXvJqR 
Hakcipta terpelihara 

70 militan IS terbunuh dalam pertempuran di Syria


BEIRUT - Sekurang-kurangnya 70 orang militan Negara Islam (IS) terbunuh semasa mereka bertempur dengan tentera Syria dalam tempoh 48 jam di selatan wilayah Raqa, kata kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia semalam.
Kumpulan itu berkata, IS melancarkan serangan ke atas Lapangan Terbang Tentera Tabqa yang menjadi satu-satunya kubu tentera yang masih bertahan di Raqa pada lewat Selasa lalu.
Penyerang-penyerang tersebut melakukan serangan dengan menggunakan bom kereta tetapi gagal untuk menembusi pertahanan tentera Syria, kata kumpulan yang beribu pejabat di Britain itu.
"Sekurang-kurangnya 70 pejuang IS terbunuh dalam pertempuran selepas diserang dari udara, terkena peluru berpandu Scud dan periuk api," kata ketua pasukan pemerhati, Rami Abdel Rahman.
Dia berkata, tentera Syria turut menggunakan bom barel bagi menyerang IS dari udara iaitu senjata yang sama bagi menentang militan-militan di kawasan selatan bandar Aleppo. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3BAJJc5ln 
Hakcipta terpelihara 

Mahkamah lucut wang jaminan Alvin Tan


YONG ANN NEE
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melucutkan sebahagian wang jaminan terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan kerana gagal hadir ke mahkamah sejak Jun lalu bagi sebutan kes berhubung tuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.
Hakim Abdul Rashid Daud memutuskan RM20,000 daripada jumlah wang jaminan sebanyak RM30,000 yang dikenakan terhadap Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee dilucutkan serta-merta setelah beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh dua penjamin kepada tertuduh tersebut.
"Bagaimanapun, mahkamah menggunakan budi bicara dengan tidak melucutkan sepenuhnya wang jaminan RM30,000 itu," ujarnya.
Alvin sebelum ini dikenakan waran tangkap setelah gagal menyerahkan semula pasport miliknya kepada mahkamah.
Tertuduh juga tidak hadir pada sebutan semula kes sebanyak dua kali iaitu pada 13 Jun dan 18 Julai lalu.
Sebelum itu, pada 12 Mei lalu, mahkamah membenarkan pasport Alvin, 26, dan pasangannya, Vivian Lee atau nama sebenarnya, Lee May Ling, 25, yang disimpan di mahkamah sebagai syarat jaminan diserahkan sementara kepada mereka berdua dari 18 Mei sehingga 3 Jun lalu untuk mereka pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.
Namun hanya Vivian mengembalikan pasportnya kepada mahkamah pada 3 Jun lalu.
Sebelum perintah pelucutan sebahagian jumlah wang jaminan itu diputuskan, mahkamah mendengar keterangan dua penjamin Alvin iaitu ibunya sendiri, All Kim Lian, 57, dan sepupu tertuduh, Loo Ching Chin, 44.
Kim Lian yang memberi keterangan di kandang saksi memberitahu, anak lelakinya itu sehingga semalam gagal dihubungi malah panggilan telefon serta e-mel yang dihantar oleh keluarganya juga tidak dibalas.
"Saya juga tidak mengenali rakan-rakannya kerana sejak kecil lagi dia belajar di Singapura," katanya.
Malah wanita itu memberitahu, isu berhubung permohonan untuk mendapatkan pasport juga hanya diketahuinya pada hari permohonan dibuat kerana tertuduh tidak pernah menyentuh perkara itu sebelum ini.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Yong Ann Nee, wanita itu mengakui dia tidak membuat sebarang laporan polis setelah gagal mengesan anaknya.
Ching Chin yang bekerja sebagai eksekutif pentadbiran pula memberitahu, dia juga telah cuba menghubungi tertuduh tetapi gagal.
Ann Nee kemudian memohon mahkamah melucutkan keseluruhan wang jaminan tersebut atas alasan kedua-dua penjamin tidak mengambil sebarang inisiatif lain bagi menghubungi tertuduh selain melalui telefon dan e-mel.
Terdahulu, peguam Chong Joo Tian yang mewakili Alvin memohon agar mahkamah menggunakan budi bicara supaya tidak melucut keseluruhan wang jaminan.
"Ini kerana, kedua-dua penjamin telah memastikan tertuduh hadir ke mahkamah setiap kali prosiding sebelum ini. Selain itu, tertuduh telah melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan seperti yang ditetapkan," katanya.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes itu pada 3 Oktober ini.
Pasangan itu menghadapi tuduhan bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook berhubung kandungan gambar dan komen yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.
Pertuduhan di bawah subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 itu didakwa dilakukan di 568-14-18, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di Kuala Lumpur pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.
Mereka juga menghadapi pertuduhan mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ antara pukul 9 malam, 6 Julai 2013 dan 2 pagi, 7 Julai 2013 di alamat yang sama di Kompleks Mutiara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140823/ma_01/Mahkamah-lucut-wang-jaminan-Alvin-Tan#ixzz3BAHvlIk9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

18 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara


BINTULU 22 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menghalang sekumpulan nelayan asing 'mencuri' hasil laut negara setelah menahan dua bot bersama 18 nelayan warga Vietnam di perairan Bintulu di sini kelmarin.
Tangkapan dalam operasi dinamakan Ops Permai 1/06 itu membawa kepada rampasan dua buah bot bersama dua tan hasil tangkapan laut bernilai lebih RM1 juta.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Daerah Bintulu, Komander Maritim Rahim Ramli berkata, sebuah kapal peronda Maritim Malaysia telah mengesan dua bot yang mencurigakan sedang menarik pukat tunda ganding kira-kira 199 kilometer dari Tanjung Kidurong di sini pada pukul 1 petang.
Beliau berkata, kedua-dua bot berkenaan berjaya ditahan dan pemeriksaan mendapati nelayan Vietnam itu sedang menangkap ikan di perairan negara ini secara haram.
"Selain menceroboh, kumpulan nelayan terbabit turut melakukan kesalahan menggunakan pukat tunda ganding yang diharamkan di negara ini. Pemeriksaan juga mendapati dua tekong bersama 16 awak-awak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Rahim, dua bot terbabit kemudian ditunda ke Pusat Tahanan Vesel Maritim Malaysia Bintulu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.
Tambahnya, jika disabitkan kesalahan, tekong terlibat boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1 juta, denda maksimum RM100,000 bagi awak-awak atau penjara minimum tiga hingga enam bulan.
"Tangkapan ini merupakan kes pencerobohan nelayan asing pertama di perairan Bintulu pada tahun ini selepas tiada sebarang pencerobohan nelayan asing dilaporkan sejak dua tahun lalu.
"Sehubungan itu, pihak Maritim Malaysia akan meningkatkan rondaan di kawasan panas iaitu lokasi tumpuan nelayan asing bagi memastikan perairan negara bebas daripada kegiatan pencerobohan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140823/je_06/18-nelayan-Vietnam-ditahan-ceroboh-perairan-negara#ixzz3BAHYPj9I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PPDNKK rampas 11,200 liter diesel bersubsidi


KUALA LIPIS 22 Ogos - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Jerantut berjaya merampas sebanyak 11,200 liter diesel bersubsidi bernilai RM29,120 dalam satu serbuan di sebuah kuari berdekatan Kampung Sungai Mun, dekat sini, tengah hari semalam.
Ketuanya, Che Hanafi Mamat berkata, dalam operasi itu, pihaknya mendapati kuari berkenaan menyimpan sebuah tangki besar yang mampu menampung sebanyak 11,200 liter diesel bagi kegunaan jentera berat.
"Kita telah menahan seorang lelaki yang mendakwa sebagai penyelia kuari tersebut untuk diambil keterangan serta merampas diesel subsidi berkenaan apabila dia gagal mengemukakan permit kebenaran daripada PPDNKK.
"Sepatutnya pihak pengusaha industri dan pembalakan yang menggunakan mesin dan kenderaan boleh membeli diesel dengan kadar tertentu menerusi permit yang dikeluarkan oleh PPDNKK dan bukannya melalui cara haram daripada pihak lain,'' katanya di sini hari ini.
Che Hanafi berkata, penguat kuasa PPDNKK juga sedang membuat siasatan di beberapa buah stesen minyak di Padang Tengku dan bandar Kuala Lipis yang telah bersubahat menjual diesel subsidi kepada pihak yang tidak layak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140823/je_05/PPDNKK-rampas-11200-liter-diesel-bersubsidi#ixzz3BAHG8K33
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kanak-kanak disyaki dicabul tiga budak lelaki


KUALA LUMPUR 22 Ogos - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai dicabul tiga kanak-kanak lelaki semasa dalam jagaan pengasuhnya di sekitar kawasan perumahan di Rumah Pangsa Sri Kedah Fasa 1A, di sini, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, ibu bapa kanak-kanak berkenaan mendapat tahu tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh anak jiran yang dikenalinya.
"Mereka memberitahu ibu bapa mangsa yang anaknya dirogol oleh tiga kanak-kanak lelaki berusia sembilan sehingga 12 tahun di sekitar kawasan flat tersebut. Mangsa ketika ditanya oleh ibunya sama ada benar dirogol atau tidak, hanya menangis dan tidak bercakap apa-apa.
"Berikutan bimbang, ibu mangsa berusia 36 tahun membuat laporan polis pagi semalam selain bertujuan membuat pemeriksaan lanjut berhubung perkara itu di hospital," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Kong Meng, hasil pemeriksaan yang dilakukan di hospital bagaimanapun menunjukkan kanak-kanak tersebut tidak dirogol.
"Suspek bukan anak pengasuh tetapi dipercayai kanak-kanak yang tinggal di kawasan flat yang sama dengan rumah mangsa dan pengasuhnya.
"Kita akan panggil mangsa dan ibunya untuk membantu siasatan," katanya.
Tambah Kong Meng, pihaknya tetap menyiasat kes tersebut dari sudut lain untuk menentukan sama ada mangsa dicabul dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140823/je_04/Kanak-kanak-disyaki-dicabul-tiga-budak-lelaki#ixzz3BAH3vJX1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemuda maut dipukul dengan botol kaca


KUALA LUMPUR 22 Ogos - Seorang pemuda maut selepas dipukul menggunakan botol kaca oleh seorang warga Pakistan ketika sedang makan di sebuah restoran di Petaling Jaya, dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa yang berusia 30 tahun secara tiba-tiba diserang lelaki berkenaan sehingga mengalami kecederaan parah di kepala.
Menurut sumber, mangsa yang parah bagaimanapun sempat menunggang motosikal balik ke rumahnya di Bangsar di sini.
"Akibat kecederaan yang dialaminya, ahli keluarga mangsa membawanya ke hospital namun dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sana.
"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan suspek telah pun ditahan polis kira-kira pukul 7 petang semalam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah sumber, polis masih lagi menyiasat motif kejadian tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140823/je_03/Pemuda-maut-dipukul-dengan-botol-kaca#ixzz3BAGYBzFv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis tangkap Man Parang, berjaya selesaikan 6 kes samun


M. CHANDRA menunjukkan sebilah parang dan peralatan lain yang dirampas daripada Man Parang selepas suspek berjaya diberkas di Menggatal, Selasa lalu pada sidang akhbar di IPD Kota Kinabalu, Sabah, semalam. - UTUSAN/Rosmawati Salihin
KOTA KINABALU 22 Ogos - Polis percaya telah menyelesaikan enam kes membabitkan samun dan pecah rumah di daerah ini dengan tertangkapnya seorang lelaki dikenali sebagai Man Parang di sebuah stesen minyak di Jalan Tuaran, Menggatal, dekat sini Selasa lalu.
Suspek yang merupakan warga tempatan berusia 31 tahun ditahan ketika sedang berlegar-legar di stesen minyak tersebut kira-kira pukul 7.25 malam.
Lelaki yang berasal dari Taman Telipok Ria, dekat sini dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes samun serta pecah rumah secara berasingan sejak 15 hingga 19 Ogos lalu, di sekitar Kota Kinabalu, selain dipercayai mencabul empat mangsa wanita berusia 25 hingga 48 tahun.
Modus operandi lelaki itu adalah menyamun mangsa dengan menggunakan sebilah parang dan kemudiannya mencabul mangsa itu, malah lebih keji suspek juga pernah memaksa dua daripada empat mangsa terlibat untuk melakukan perbuatan seks luar tabii sebelum melarikan diri bersama barangan berharga.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, dengan tertangkapnya suspek tersebut, pihaknya yakin berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes membabitkan aktiviti samun dan pecah rumah di sekitar ibu negeri.
"Dalam kejadian terbaharu iaitu kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa lalu, suspek dipercayai telah memecah masuk sebuah rumah di Taman Sri Kepayan yang dihuni oleh dua pelajar wanita berusia lingkungan 25 tahun.
"Suspek difahamkan bertindak menekup muka mangsa menggunakan kain sambil mengacukan sebilah parang ke leher mereka dan suspek telah memaksa kedua-dua mangsa melakukan perbuatan seks luar tabii sebelum melarikan diri," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Menurut Chandra, bertindak atas maklumat dan aduan mangsa, polis berjaya memberkas suspek pada hari yang sama dan merampas beberapa barangan termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda, parang, enam pemutar skru, telefon bimbit dan wang tunai.
"Anggaran bagi kesemua rampasan adalah RM95,000. Malah hasil siasatan awal polis, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes pecah rumah di Tawau dan dua kes di Selangor.
"Selain itu, suspek turut mempunyai 12 kes pertuduhan di mahkamah membabitkan kes-kes serupa di Selangor sebelum dia berjaya ditahan di negeri ini," ujarnya lagi.
Chandra berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, Man Parang difahamkan kembali ke Sabah sejak 14 Ogos lalu dengan alasan saudaranya meninggal dunia, sebelum dikesan menjalankan aktiviti jenayahnya berdasarkan keterangan yang diberikan mangsa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140823/je_02/Polis-tangkap-Man-Parang-berjaya-selesaikan-6-kes-samun#ixzz3BAGMLsNr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar kolej parah dibelasah senior


MUHAMMAD MUSTAQIM
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Seorang pelajar sebuah institut kemahiran cedera parah di bahagian kepala dan badan serta pengsan selama lima jam selepas mendakwa dipukul, ditumbuk dan ditendang oleh sekumpulan pelajar seniornya ketika bermain futsal di padang institut itu di Kampung Pandan, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Muhammad Mustaqim Hedzir,18, bersama beberapa rakan sepengajiannya terlibat dalam perlawanan futsal dengan pelajar senior namun berlaku perselisihan faham ketika berebut bola sebelum dia dibelasah.
Menurut bapa mangsa, Hedzir Mohd. Ali, 48, beliau mendapat tahu anaknya dibelasah selepas salah seorang rakan anaknya itu menghubunginya untuk memaklumkan kejadian.
"Saya terus ke kolej selepas diberitahu namun setibanya di sana, anak saya tiada dan telah dimaklumkan dihantar oleh wakil pelajar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Semasa di hospital, anak saya masih belum sedarkan diri. Dia hanya sedarkan diri kira-kira pukul 10 malam sebelum doktor teruskan pemeriksaan lanjut di kepala dan dadanya," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Tambah Hedzir, berikutan kejadian itu dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kerana terkilan atas perbuatan tidak wajar yang dilakukan terhadap anaknya.
"Perkara ini sudah dalam pengetahuan pihak institut dan saya amat berharap ada tindakan sewajarnya diambil ke atas pelajar-pelajar yang terlibat sebagai pengajaran kepada yang lain agar kejadian sama tidak berulang.
"Keadaan anak saya kini sudah stabil cuma masih memerlukan rawatan susulan pada minggu hadapan ," ujarnya yang telah menemui kesemua pelajar yang membelasah anaknya di IPD Wangsa Maju tengah hari ini kerana mereka dipercayai ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140823/je_01/Pelajar-kolej-parah-dibelasah-senior#ixzz3BAG5q5La
© Utusan Melayu (M) Bhd