Search This Blog

Thursday, August 21, 2014

Gagal seludup dadah dalam beg tangan


Oleh Siti A'isyah Sukaimi

Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang wanita warga Filipina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 2 pagi, Selasa lalu, selepas dipercayai cuba menyeludup dadah jenis Methamphetamine seberat 3.60 kilogram bernilai RM680,000 disorokkan dalam beg tangan.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, wanita berusia 38 tahun itu tiba di klia2 menaiki pesawat dari Hong Kong dan akan ke Surat Thani, Thailand pada hari yang sama.


"Hasil imbasan dan pemeriksaan teliti terhadap bagasinya menemui sembilan beg tangan yang dibalut dengan plastik.

"Semua beg tangan itu mempunyai ruang khas. Terdapat serbuk putih disorok dalam ruang berkenaan di mana apabila diuji ia positif dadah jenis Methamphetamine," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21

Polis lupus barang kes dadah RM1.2 juta

KHAMIS, 21 OGOS 2014 @ 1:05 PM

 
KANGAR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar melupuskan pelbagai barangan kes narkotik bernilai RM1.2 juta membabitkan 423 kertas siasatan bagi tempoh antara 2002 dan 2012 di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berkata antara barang kes yang dimusnahkan adalah dadah jenis heroin, syabu, pil ecstacy dan juga ketum.

4 pemuda dituduh rompak wanita warga China

KHAMIS, 21 OGOS 2014 @ 2:31 PM

 
BUTTERWORTH: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merompak seorang wanita warga China di Jambatan Pulau Pinang di sini pada 3 Ogos lalu.

Tertuduh, Wan Noorsaiful Abdullah, 23; Muhammad Fuzairi Azmi, 23; Mohamad Azrul Azlan Mohamad, 19, dan Mohamad Kamal Masiran, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.

Mereka dituduh secara bersama melakukan rompakan berkumpulan dengan merampas beg tangan jenama Gucci, sebuah telefon bimbit iPhone 5, seutas rantai emas, seutas gelang tangan emas, kamera jenama Casio, wang tunai RM1,000 dan tunai mata wang Amerika AS$1,000 serta seutas jam tangan jenama CK milik mangsa.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hentian rehat Jambatan Pulau Pinang, dekat sini pada jam 3.30 pagi pada 3 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Sementara itu, di mahkamah sama, Mohamad Azrul Azlan turut didakwa merogol mangsa di kawasan bendang Sungai Lokan, di sini, antara jam 3.30 pagi dan 7.07 pagi pada 3 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit.

Penjara 8 tahun bekas Ketua Pendakwa Syarie kekal

KHAMIS, 21 OGOS 2014 @ 3:55 PM

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

 
jalal@bh.com.my
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM55,000 terhadap bekas Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Perayu sebelum ini sudah disabitkan atas empat tuduhan meminta serta menerima rasuah berkaitan kes khalwat membabitkan seorang anggota polis, tujuh tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Noorin Badaruddin, menolak permohonan rayuan dikemukakan Shahrunnazri Abdul Samad, 45, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkannya dengan kesalahan itu dua tahun lalu.

Beliau berkata, selepas meneliti semua fakta dan hujah pihak pendakwa dan pembela, Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf ketika membuat keputusan mensabitkan perayu terhadap kes itu berdasarkan fakta dan undang-undang.

Katanya, keputusan hakim yang mensabitkan perayu dengan kesalahan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah adalah tepat manakala pihak pendakwaan berjaya membuktikan RM5,000 adalah satu bentuk rasuah.

"Oleh itu sabitan dan hukuman dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan," katanya.

Noorin pada mulanya turut memutuskan hukuman penjara bermula semalam, namun kemudian membenarkan penangguhan hukuman penjara itu selepas mendengar rayuan dikemukakan oleh peguam Shahrunnazri, Yusri Kamaruddin.

Hakim bagaimanapun menetapkan jaminan dinaikkan kepada RM25,000 bersama seorang penjamin, berbanding RM20,000 yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen pada 2012.

Beliau berkata, penangguhan itu berikutan Shahrunnazri mahu merayu kesnya ke Mahkamah Rayuan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tan Hooi Leng yang mensabitkan Shahrunnazri atas kesalahan itu pada 13 Februari 2012, membenarkan hukuman penjara iaitu dua tahun bagi setiap kesalahan yang berjalan serentak, ditangguhkan sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi, tetapi memerintahkan dia membayar denda RM55,000.

Empat tuduhan ke atas Shahrunnazri adalah meminta suapan RM5,000 sebagai dorongan tidak mendakwa anggota polis, Mohamad Asri Bakar, kira-kira jam 11 pagi di Restoran Capati Medan Gopeng, No 41 dan 43, Medan Gopeng 1, di sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 10 (a) (bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, Shahrunnazri didakwa menerima suapan daripada anggota polis itu berjumlah RM1,000 di Malayan Banking Berhad, No 194206, Jalan Sultan Idris Shah, di sini, jam 3.25 petang, 1 Ogos 2007.

Bagi tuduhan ketiga dan keempat, Shahrunnazri didakwa menerima suapan daripada anggota polis sama, masing-masing berjumlah RM2,000 di dua lokasi dan tarikh berasingan iaitu di Malayan Banking Berhad, No 57 & 59, Selasar Rokam 2, Taman Ipoh Jaya, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi 13 Ogos 2007 dan di Malayan Banking Berhad, No 194206, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh jam 4.25 petang, 25 September 2007.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat, Shahrunnazri dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama bagi semua pertuduhan berkenaan.

Sekurang-kurang 22 maut bas masuk gaung di India


 
NEW DELHI: Sebuah bas mini sesak tersasar dari jalan berbukit dan jatuh ke dalam gaung, mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang di Himachal Pradesh di utara India hari ini.

Pegawai Daerah, Santul Lal berkata polis dan anggota suka rela menarik keluar 22 mayat dari gaung sedalam 150 meter berhampiran bandar Sangla di kaki bukti Gunung Himalaya.

Katanya, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan tali untuk turun ke gaung dan menarik keluar 17 orang yang cedera.

Seorang lagi pegawai, Vidya Pal, berkata 12 orang berada dalam keadaan serius dan dibawa ke ibu negeri, Shimla dengan helikopter.

Sangla terletak kira-kira 620 kilometer di utara New Delhi. - AP

Rangka bayi ditemui dalam beg sekolah


BERNAMA | .
ALOR SETAR: Rangka bayi dijumpai dalam beg sekolah di sebuah kebun di Kampung Genting Palas, Kuala Nerang dekat sini semalam.
  
Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap, ASP Chang Kut Choy berkata rangka berkenaan dipercayai milik bayi yang baru lahir ditemui dua pekebun yang sedang menebas di kawasan itu kira-kira 6 petang.
  
"Mereka terjumpa sebuah beg sekolah yang apabila dibuka terdapat satu rangka bayi. Turut ditemui dalam beg itu pakaian sekolah," katanya kepada Bernama.
  
Beliau berkata kes itu masih disiasat. - Bernama

Cucu dihukum penjara curi barang kemas nenek

Tertuduh keluar dari mahkamah untuk dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman yang diputuskan.
Tertuduh keluar dari mahkamah untuk dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman yang diputuskan.
KOTA BHARU - Padah buat seorang cucu kerana mencuri barangan kemas milik nenek, dia dihukum penjara 12 bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed ke atas Muhammad Hakim Azim Mamat, 24, dari Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji, di sini.

Tertuduh didakwa dengan niat curang mencuri dalam rumah neneknya, seutas rantai emas dan seutas gelang bernilai RM8,000 milik Minah Awang, 87, di alamat Kampung Che Deris Badang, di sini, pada jam 2 petang, 12 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad dan tertuduh diwakili peguam bela dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan.

Tertuduh melalui peguamnya merayu hukuman itu diringankan dengan mengambil kira tertuduh yang bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan RM600 sebulan.

“Tertuduh adalah anak ketiga daripada 11 adik-beradik dan bapanya bekerja sebagai buruh. Tertuduh masih mempunyai masa dengan yang cerah jika dihukum dalam tempoh penjara yang minimum,” katanya.

Rayuan itu bagaimanapun dibantah Noor Dayana dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berikutan tertuduh mencuri di dalam rumah neneknya sendiri.

“Tertuduh juga bertindak menjual barang kemas yang dicuri tersebut di kedai emas. Tindakan tertuduh juga membabitkan soal keselamatan ke atas neneknya,” katanya.

Bagai aksi lagak ngeri filem

Anggota polis trafik membalut mayat mangsa yang maut di tempat kejadian, semalam.
Anggota polis trafik membalut mayat mangsa yang maut di tempat kejadian, semalam.
KUALA KUBU BHARU - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 6, Jalan Batang Kali - Hulu Yam dekat Bandar Utama Batang Kali kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Daerah Hulu Selangor, Asistan Superintendan Mohd Taib Songoh berkata, penunggang motosikal dikenali sebagai Yusri Yusof, 41, dipercayai cuba memotong sebuah kereta, namun gagal berbuat demikian sebelum terjatuh.

“Mangsa datang dari arah Batang Kali menuju Hulu Yam dan ingin memotong sebuah kereta Perodua Kancil, namun mangsa terlanggar pintu penumpang sebelah kanan Kancil tersebut menyebabkan dia terjatuh ke kanan jalan.

“Dalam masa sama sampai sebuah lori dari arah bertentangan dan melanggar mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Katanya, kejadian disiasat di bawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Taib bagaimanapun berkata, kedua-dua pemandu Kancil dan lori terbabit tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, seorang pemandu van sekolah yang kebetulan melalui kawasan kejadian berkata, dia melihat motosikal mangsa terbakar dan terseret beberapa meter tanpa penunggang.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Shah, 48, berkata, kejadian itu seperti dalam aksi lagak ngeri filem kerana buat pertama kali dia melihat motosikal terbakar dalam kemalangan di depan matanya.

“Mangsa mungkin cuba elak lubang tapi terbabas di bawah lori kren hidrolik,” katanya.

Maut selepas ditinggal 8 jam dalam kereta


20 Ogos 2014

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta bapanya di kawasan letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang dekat sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan dipercayai terperangkap lebih lapan jam dalam kereta Perodua Viva, sebelum ditemui bapanya Adnan Salleh, 40-an, yang merupakan guru agama sekolah itu pada 4 petang tadi, selepas habis waktu bekerja.

Difahamkan, mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Nerang, namun disahkan telah meninggal dunia.

Saudara mangsa, Soaid Adam, 45, berkata Adnan sepatutnya menghantar anaknya itu ke tadika yang terletak kira-kira 150 meter dari tempatnya mengajar terlebih dahulu.

Bagaimanapun dia dipercayai terlupa berbuat demikian dan tidak menyedari bahawa anak bongsu daripada empat beradik itu sedang tidur di kerusi penumpang bahagian belakang kereta itu, katanya.

Soaid berkata biasanya Adnan bersama isterinya, Asiah Abu, 30-an, yang merupakan seorang guru di SMK Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang dan anak mereka keluar dari rumah mereka di Kampung Padang Durian, Pendang kira-kira 6.45 pagi.

"Selalunya Adnan akan melalui jalan Pokok Sena kemudian dia akan hantar anaknya dahulu ke tadika, selepas itu dia akan hantar isterinya ke SMK Dato Syed Ahmad dan kemudian dia akan ke SMK Kuala Nerang.

"Tetapi hari ini, dia melalui jalan Naka kemudian menghantar isterinya dahulu lalu terus ke SMK Kuala Nerang, dia mungkin terlupa untuk hantar anaknya ke tadika," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Soaid berkata dia sangat terkejut apabila Adnan memaklumkan mengenai insiden itu kepadanya kira-kira 7.30 malam tadi dan tidak menyangka ia akan menimpa keluarga mereka.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Beliau berkata  punca kejadian masih belum dikenal pasti. - Bernama

Jenazah dua anggota tentera dibawa pulang

Jenazah Ahmad Fikri diterbangkan dengan pesawat CN 235 TUDM dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Kota Bharu. - Foto ihsan Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas Angkatan Bersama
Jenazah Ahmad Fikri diterbangkan dengan pesawat CN 235 TUDM dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Kota Bharu. - Foto ihsan Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas Angkatan Bersama
SUBANG - Dua jenazah anggota tentera insiden kereta perisai di terbalik di Jalan Sungai Tiram di Batu 19, Sandakan dibawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan.

Jenazah dua anggota terbabit diterbangkan dengan pesawat komersial MAS dari Lapangan Terbang Tawau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiba pada jam 2 petang semalam.

Majlis ringkas penerimaan jenazah anggota dari Batalion 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diadakan di Pangkalan Udara Subang (TUDM)  oleh Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Baharom Hamzah.

Jenazah Sarjan Mohd Hanif Pathur Rahim dibawa melalui jalan darat ke kampung halamannya di Chaah, Segamat dan urusan pengebumian diuruskan oleh Batalion 5 RAMD. Beliau meninggalkan seorang balu,  Zuriana Wahat dan seorang anak berusia 4 tahun.

Sementara itu, jenazah  Ahmad Fikri Mansor diterbangkan dengan pesawat  CN 235 TUDM dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan dan urusan pengebumian diuruskan oleh Batalion 16 RAMD.

Kelmarin, kereta perisai yang dinaiki enam anggota tentera terbalik menyebabkan dua anggota meninggal dunia dan empat lagi cedera ringan.

Kejadian berkenaan berlaku pada jam 11.45 pagi sewaktu anggota tentera tersebut melaksanakan rondaan berkenderaan di Kawasan Tanggungjawab Sandakan.

Kemalangan berpunca dari kereta perisai dipandu hilang kawalan lalu terbalik.

Banjir di Jepun ragut 27 nyawa

Anggota penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh. Foto: AFP
Anggota penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh. Foto: AFP
OSAKA - JEPUN. Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala 10 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir akibat hujan lebat di wilayah Hiroshima di barat Jepun, semalam.

Xinhua melaporkan, hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang tertimbus atau dihanyutkan banjir selain penduduk terlibat bencana diarahkan berpindah.

Difahamkan, dua kanak-kanak lelaki berumur 2 dan 11 tahun tertimbus dalam runtuhan tanah, manakala seorang anggota penyelamat juga dipercayai antara mangsa dalam kejadian itu.

Di bawah permintaan kerajaan wilayah Hiroshima, Jepun mengambil keputusan untuk menambah bilangan Pasukan Pertahanan Diri dalam operasi menyelamat kepada 500 orang berbanding 30 anggota yang dihantar pada awalnya.

Usia 9 tahun sudah ketagih ketum

Kakitangan yang hadir memeriahkan Majlis Jalinan Kasih Sesuci Lebaran di Pusat Latihan AADK, semalam.
Kakitangan yang hadir memeriahkan Majlis Jalinan Kasih Sesuci Lebaran di Pusat Latihan AADK, semalam.
SUNGAI PETANI - Kebimbangan terhadap ketagihan air ketum bukan sahaja berlaku terhadap golongan dewasa malah ia juga dilaporkan sudah menular kalangan kanak-kanak.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, terdapat laporan mengatakan kanak-kanak seawal usia sembilan tahun sudah terjebak dengan penggunaan air ketum.

Menurutnya, kajian mengenainya sedang dijalankan bersama sebuah universiti tempatan berhubung perkara itu.

“Dalam konteks pencegahan, kita sedang mengambil langkah melalui kempen secara berfokus ke setiap daerah dan lokasi yang dikenal pasti.

Selain itu, kajian penggunaan air ketum terhadap kanak-kanak juga sedang dilakukan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana Majlis Tindakan Dadah Negeri Kedah telah melihat perkara ini dan kerajaan negeri juga sedang mengambil langkah-langkah berhubung perkara ini.

Menurut beliau, di Kedah, penanaman ketum diusahakan secara ladang dan pendapatan yang diperoleh adalah lumayan.

“Bagaimanapun, kita tidak salahkan pengusaha kerana tiada perundangan yang melarang mereka menanam daun ketum kerana air ketum masih lagi dikuatkuasakan bawah Akta Racun,” katanya.

Menurutnya, kesalahan penyalahgunaan air ketum yang mengkhayalkan bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 iaitu RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun jika sabit kesalahan, tidak memberi kesan panjang.

Beliau turut mengakui, golongan remaja turut terlibat dalam penggunaannya yang disifatkan mampu memberi tenaga sehingga menyebabkan ketagihan termasuk kanak-kanak yang menjadikan ia bekal minuman kerana warnanya seakan-akan air teh atau tebu.

“Kita sedang berbincang dengan jabatan pertanian untuk mencari penanaman alternatif yang boleh ditukar menggantikan ketum dalam membantu seseorang pengusaha.

“Kita tak mahu apabila sudah dikuatkuasakan undang-undang baru, menyebabkan kerajaan tidak membantu mereka sebaliknya kita sebenarnya sedang mencari peluang dan ruang untuk mereka melakukan transformasi,” katanya.

Menurutnya, pengusaha akan dinasihatkan supaya mengusahakan tanaman lain yang halal dari sudut perundangan dan hukum.

Katanya, AADK akan bersama-sama membantu masyarakat menyebarkan kefahaman dari sudut kesihatan khususnya rakyat Kedah yang mana majoriti penanaman terdapat di luar bandar termasuk Kubang Pasu dan Padang Terap yang telah dikenal pasti.

Menurut beliau, pendapatan lumayan menyebabkan ramai pengusaha sawah menukar tanaman mereka kepada daun ketum bagi menggandakan hasil dalam tempoh singkat.

Berdasarkan contoh perkiraan, 0.8 hektar penanaman ketum boleh menghasilkan 1,500 pokok dengan pendapatan RM200,000 setahun.

Gerai terkenal di Telok Kemang hangus terbakar

 Kelihatan anggota bomba sedang memadamkan kebakaran
Kelihatan anggota bomba sedang memadamkan kebakaran
WARTAWAN SINAR HARIAN

Seorang mangsa, Husin Aton, 52, berkata, ini adalah kejadian kebakaran pertama berlaku di kawasan gerai Pantai Telok Kemang sejak dia mula berniaga hampir 40 tahun di situ.

“Kerugian yang dialami juga mencecah puluhan ribu memandangkan di dalam gerai ini teralu banyak barang berniaga yang disimpan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd Izwan Said berkata, struktur gerai yang di bina dengan papan menyebabkan api merebak dengan cepat.

“Walau bagaimanapun, melalui kaedah offensive, pasukan bomba berjaya mengawalnya api dengan baik.

“Di gerai berkenaan, dianggarkan hampir 30 tong gas memasak milik peniaga gerai itu dan dengan kaedah offensive kita berjaya mengawal api seterusnya mengelakkan tong gas berkenaan meletop sekaligus memburukkkan keadaan kebakaran,” katanya.

Seramai 20 anggota bomba dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang dan Port Dickson terlibat dalam operasi menyelamat ini.

Menyesal lari tinggalkan keluarga

Abang Suliza, Shah Affendy Kassim, 30, mendapatkan bantuan Amir Hamzah, semalam.
Abang Suliza, Shah Affendy Kassim, 30, mendapatkan bantuan Amir Hamzah, semalam.
BANDARAYA MELAKA - Akibat terpesona dengan cinta dari negara seberang, seorang gadis sanggup melarikan diri meninggalkan keluarga untuk ke Indonesia demi menjalani kehidupan bersama dengan seorang lelaki yang dicintainya.

Namun, perasaan itu tidak bertahan lama kerana selepas dua bulan melalui kehidupan penuh kesempitan di sana, akhirnya timbul rasa menyesal sehingga memaksa keluarga mencari jalan agar dia segera dapat pulang ke pangkuan keluarga.

Perkara tersebut diceritakan ibu gadis terbabit, Azizah Ahmad, 50, yang terlalu bimbangkan soal nasib serta kehidupan anaknya di sana.

Lebih menyedihkan, dipercayai kerana terlalu memikirkan masalah tersebut, dia kini terpaksa menjalani rawatan di Hospital Melaka akibat serangan jantung.

Menurut Azizah, anaknya, Suliza Kassim, 18, keluar dari rumah sewanya di Solok Pantai Peringgit pada 11 Jun lalu dengan alasan mahu ke Port Dickson bersama kawan-kawan untuk menyertai aktiviti perkelahan.

Menurutnya, pada awalnya dia tidak berasa bimbang kerana anaknya itu sering meminta izinnya keluar bersama kawan-kawan, tetapi selepas menerima panggilan yang menyatakan gadis berada di Jambi, Sumatera bersama teman lelakinya dikenali Laili Iskandar, hatinya mula bimbang.

"Dia ada memberitahu saya mengenai hasratnya mahu berkahwin tidak lama lagi dan mahu meminta restu keluarga. Bagaimanapun saya memintanya untuk pulang ke rumah. Dia berjanji akan balik dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi," katanya.

Disebabkan bimbangkan keselamatan anaknya itu, Azizah kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam pada keesokan harinya.

Azizah berkata, selepas kejadian itu, dia ada menghubungi Suliza beberapa kali, namun panggilan terakhirnya kelmarin benar-benar membuatkan hatinya terlalu risau.

Ini kerana, katanya, anaknya itu mengadu kehidupannya begitu susah di sana dan meminta keluarganya mengambilnya pulang.

“Menurut anak saya, dia begitu susah untuk mendapatkan makanan di sana. Dia terpaksa makan makanan sama setiap hari, itupun kena bekerja di sawah padi terlebih dahulu sebelum dapat makan.

“Katanya lagi, dia ada menyatakan hasrat untuk pulang ke Melaka pada teman lelakinya namun, memerlukan perbelanjaan sendiri untuk kos tambang sedangkan  anak saya tidak mampu untuk menyediakan semua itu,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Melaka, di sini
semalam.

Azizah berkata, Suliza juga sepatutnya menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada 18 Ogos lalu, namun sehingga kini masih belum mendaftarkan diri.

 “Saya bimbangkan masa depannya sekiranya menolak pergi ke PLKN. Baru-baru ini, saya ada memohon pihak berkenaan supaya menunda tarikh pendaftaran atau menangguhkannya ke sesi lain.

“Saya berharap Suliza dapat segera dibawa pulang ke negara ini, supaya dia dapat menyertai PLKN,” katanya.

Menyorot kembali lelaki bernama Laili Iskandar itu, Azizah berkata, dia mengenali lelaki itu ketika tinggal di Felda Bukit Jalor, Gemencheh kira-kira tiga tahun lalu.

“Ketika itu, Suliza baru tingkatan tiga. Lelaki itu ada datang ke rumah saya dan berkawan dengan anak saya. Saya ingatkan dia sekadar kawan dan tidak sangka pula dia masih berhubung sehingga kini," katanya yang memberitahu Suliza adalah anak bongsu daripada lima beradik.

Sementara itu, Pengarah Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) Melaka,  Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya akan segera membantu membawa pulang gadis berkenaan kembali ke pangkuan keluarga dengan meminta kerjasama pemimpin di Jambi.

“Kita juga akan cuba dapatkan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bagi melancarkan lagi usaha ini demi memastikan gadis ini dapat disatukan dengan keluarganya semula," katanya.

Kegiatan tiga beranak tumpas

Abdul Rahman (depan) menunjukkan alat ganti bot nelayan yang dicuri tiga beranak.
Abdul Rahman (depan) menunjukkan alat ganti bot nelayan yang dicuri tiga beranak.
KANGAR - Kegiatan mencuri alat ganti bot nelayan oleh tiga beranak di Kuala Perlis tumpas apabila mereka ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kangar, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kangar, Superintendan Abdul Rahman Noordin berkata, bapa yang berusia 51 tahun itu ditahan bersama anak lelakinya berusia 19 tahun di rumah mereka di Taman Bidara kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurutnya, seorang lagi anak lelaki yang juga suspek berusia 22 tahun kemudiannya menyerah diri pada pukul 1 petang hari yang sama.

“Ketiga-tiga beranak ini dipercayai mencuri alat ganti bot di stor pelantar di Jalan Bukit Tok Po, Kuala Perlis, di sini dengan memecahkan lantai papan pelantar tersebut pada waktu malam.

“Apabila berjaya masuk ke dalam stor berkenaan, mereka akan mencampak alat ganti itu ke dalam lumpur dan diangkut menggunakan raga sebelum dibawa dengan motosikal ke rumah mereka,” katanya kepada pemberita Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, pelbagai jenis peralatan yang dicuri ditemui di hadapan rumah mereka telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, antara barang yang dirampas adalah dua besi ekzos, besi pelbagai bentuk, kotak gear, komponen enjin yang dileraikan, besi turbo bot dan dua tin penampal bot jenama Adheseal.

“Kesemua peralatan ini dianggarkan berharga RM7,000 yang disyaki akan dijual untuk pasaran tempatan," katanya.

Katanya, tiga beranak ini ditahan reman selama lima hari dan dituduh di Mahkamah Majistret Kangar semalam mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara hingga lima tahun dan denda," katanya.

Lelaki dipercayai berpangkat datuk kena tembak

Suasana menjadi kecoh susulan insiden tembakan di Ayer Tawar kelmarin
Suasana menjadi kecoh susulan insiden tembakan di Ayer Tawar kelmarin
MANJUNG – Seorang lelaki dipercayai berpangkat datuk nyaris maut apabila seorang lelaki meluru dan melepaskan dua tembakan ke arahnya berhampiran sebuah dewan di Ayer Tawar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, mangsa, 49, dikatakan menghadiri jamuan makan malam di dewan berkenaan sebelum dihampiri seorang lelaki.

Difahamkan, lelaki itu kemudiannya mengacukan pistol ke kepala mangsa dan cuba melepaskan tembakan, namun gagal.

Mangsa yang terkejut segera menepis tangan suspek sebelum berlaku pergelutan di lokasi kejadian.

Keadaan panik itu menyebabkan suspek melepaskan satu tembakan mengenai lengan kanan mangsa dan satu tembakan tersasar.

Pergelutan itu berjaya dileraikan pengawal peribadi mangsa yang kemudiannya merampas pistol digunakan. Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan, ketika insiden berkenaan mangsa menghadiri jamuan makan di Dewan Kuitien Ayer Tawar.

“Suspek melepaskan dua tembakan dan mangsa yang cedera di lengan kanan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan,” katanya.

"Polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan suspek termasuk motif kejadian," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Seludup minyak guna lori padi

Dua anggota KPDNKK memeriksa minyak dalam tangki lori yang akan cuba diseludup ke sempadan melalui Durian Burung, Padang Terap
Dua anggota KPDNKK memeriksa minyak dalam tangki lori yang akan cuba diseludup ke sempadan melalui Durian Burung, Padang Terap
KUALA NERANG - Taktik penyeludup minyak menggunakan lori padi tumpas apabila aktiviti haram itu dapat dihidu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kedah (KPDNKK).

Timbalan Pengarah KPDNKK, Khalid Tik berkata, lima anggotanya yang diketuai Pegawai Ketua Operasi, Zahari Ismail telah melakukan risikan pada jam 1 pagi semalam selepas melihat sebuah lori padi mengambil minyak di kawasan pedalaman dari Jeniang hingga Kuala Nerang.

Katanya, penyeludup menggunakan lori sesuai dengan musim menuai sekarang ini supaya modus operandi itu tidak akan diketahui pihak berkuasa.

Bagaimanapun taktik itu mula dihidu pihak berkuasa apabila pemandunya telah memasuki beberapa stesen minyak kampung.

“Bagaimanapun selepas mengikut lori berkenaan, pemandu menyedari lorinya itu telah diikut lalu membawa kenderaan itu ke belakang sebuah premis di sebuah kawasan perumahan di Pekan Kuala Nerang dan meninggalkan lori itu,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa telah menunggu pemandu lori itu sehingga jam 10 pagi dan akhirnya pemandu lelaki tempatan berusia sekitar 30an itu telah menyerah diri dan ditahan pihak berkuasa.

“Semasa pihak berkuasa membuka penutup lori itu, terdapat lapan tangki petrol dengan muatan sebanyak 8,000 liter bernilai RM16,000.

"Pemandu itu mengaku dia hanya menunggu masa untuk membawa minyak yang penuh dalam tangki itu ke sempadan Durian Burung,” katanya.

Pemandu lori itu telah ditahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 Seksyen 21 dan jika sabit kesalahan akan didenda sebanyak RM100,000 atau tiga tahun dipenjara bagi kesalahan individu.

Juruterbang pengsan sejurus pesawat berlepas

Juruterbang pengsan sejurus pesawat berlepas
BANGKOK - THAILAND. Seorang pembantu juruterbang tidak sedarkan diri selepas pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Hat Yai, semalam.

Juruterbang kepada penerbangan SL8537 Lion Air kemudiannya membuat pusingan kecemasan ke lapangan terbang Hat Yai dan pembantu juruterbang dihantar ke hospital.

Pembantu juruterbang tersebut, seorang warga Belanda, disahkan meninggal dunia di hospital.

Penerbangan tersebut membawa 152 penumpang.

Pukul isteri rakan

Tertuduh ketika dibawa ke mahkamah, semalam
Tertuduh ketika dibawa ke mahkamah, semalam
AYER KEROH - Tindakan kejam seorang pemandu lori memukul isteri rakannya hingga menerima 38 jahitan di kepala dan patah jari telunjuk dua tahun lalu berbalas apabila dia di penjara enam tahun dan dikenakan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh KR Umanshankar, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas P Anjalai, 29, dengan menggunakan kayu cota hingga menyebabkan mangsa mendapat 38 jahitan di kepala dan patah jari telunjuk tangan kiri.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Pisang Mas Jaya, Gadek, Alor Gajah kira-kira 4.45 pagi, pada 6 Ogos 2012.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Ahmad Sazali pada penghakimannya berkata, keterangan diberikan tertuduh juga mengesahkan dia berada di tempat kejadian pada masa dan tarikh mangsa dicederakan.

Pakai baju kemas kaburi mata isteri

Azisman (tengah) menunjukkan beberapa barang kemas yang dirampas daripada suspek.
Azisman (tengah) menunjukkan beberapa barang kemas yang dirampas daripada suspek.
SHAH ALAM – Seorang lelaki tergamak menipu isterinya sendiri untuk melakukan jenayah dengan memecah masuk rumah dan mencuri sebelum dicekup polis di Klang, kira-kira jam 1.30 petang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisoner Azisman Alias berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu berpura-pura pergi kerja dengan memakai pakaian kemas.

Menurutnya, tindakan lelaki itu bertujuan untuk mengaburi tindakannya daripada dikesan isterinya.

“Lelaki ini akan berjalan setiap hari di pangsapuri dan kondominium kos rendah untuk mencari sasarannya sebelum memecah masuk menggunakan kunci yang sudah diubahsuai.

“Suspek yang sudah aktif sejak lima tahun lalu akan menyasarkan rumah yang tidak berpenghuni. Dia yang bergerak secara solo akan mengetuk pintu rumah atau memerhatikan sasarannya beberapa hari sebelum melakukan jenayah,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya lelaki ini, pihaknya percaya dapat menyelesaikan 15 kes pecah rumah.

Katanya, pihaknya berjaya merampas dua kereta jenis Proton Satria dan Exora selain beberapa barangan lain seperti surat pajak gadai, kad sim, dan kunci kereta bernilai kira-kira RM5,000.

“Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain turut mempunyai dua rekod lampau di bawah kes pecah rumah.

“Suspek akan direman tiga hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Wanita maut dirempuh lori kontena

Keadaan kereta Perodua Kelisa yang remuk dalam kemalangan tersebut.
Keadaan kereta Perodua Kelisa yang remuk dalam kemalangan tersebut.
KLANG - Gara-gara kenderaan lain terbabas, seorang wanita terkorban selepas keretanya dirempuh sebuah lori kontena di Kilometer 25.5 Jalan Klang-Teluk Intan, di sini, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Pua Ley Kien, 33, yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku melibatkan tiga kenderaan iaitu lori, lori kontena dan Perodua Kelisa milik mangsa.

“Kemalangan berlaku apabila lori dari arah Klang menghala Teluk Intan dipercayai secara tiba-tiba menukar haluan jalan.

“Tindakannya itu menyebabkan ia bergesel dengan lori kontena yang juga datang dari arah yang sama.

“Geselan itu menyebabkan lori kontena gagal dikawal lalu memasuki laluan bertentangan,” katanya.

Dalam masa yang sama, menurutnya, pemandu lori kontena gagal mengelak lalu merempuh kereta dipandu mangsa yang datang dari arah Teluk Intan.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terperosok dalam parit berdekatan.

“Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala kenderaan miliknya remuk teruk,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu lori dan lori kontena tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun kedua-keduanya ditahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas salah seorang pemandu (pemandu lori) berkenaan mendapati dia positif dadah,” katanya.

Katanya, tindakan lanjut akan dijalankan.

Empat remaja didakwa kes rogol, cederakan mangsa


BUTTERWORTH 21 Ogos - Empat remaja lelaki berusia 19 hingga 25 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan merogol dan mencederakan mangsa dekat sini pada 3 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140821/ma_08/Empat-remaja-didakwa-kes-rogol-cederakan-mangsa#ixzz3B05h1vD4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ugut adik dengan pisau, buruh dijel 6 bulan


  • Ugut adik dengan pisau, buruh dijel 6 bulan

KOTA BHARU - Padah buat seorang buruh akibat mengugut untuk mencederakan adiknya dengan pisau, dia dihukum penjara enam bulan oleh mahkamah majistret, di sini, pagi tadi.

Hukuman diputuskan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed selepas tertuduh, Muhamad Fadhli Mohamed, 20, mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap adik lelakinya yang berusia 16 tahun di alamat Kampung Pauh, Badang, Jalan PCB, di sini, pada jam 12.30 tengah hari, 15 Ogos 2014.

Dalam kejadian itu, pengadu yang berada di rumah melihat abangnya mengamuk meminta duit daripada bapa mereka.

Bapanya meleteri tertuduh dan pengadu pula turut menegur tertuduh.

Teguran pengadu menyebabkan abangnya itu berang dan menerkam untuk memukulnya, tetapi pengadu sempat mengelak. Mereka bertengkar mulut dan tertuduh kemudian pergi ke dapur dan datang semula ke arah pengadu sambil memegang sebilah pisau.

Pengadu kemudiannya lari dan seterusnya membuat laporan polis.

Tujuh kereta rosak dihempap bumbung runtuh

RABU, 20 OGOS 2014 @ 10:19 PM
MAJLIS Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pulau Pinang terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat besi bumbung zink di tempat parkir kereta yang menghempap tujuh buah biji kereta akibat hujan lebat dan angin kuat di Jalan Aston, Bukit Mertajam, semalam.
 
BUKIT MERTAJAM: Tujuh buah kereta yang diletakkan di hadapan sebuah bangunan panggung wayang lama di Jalan Anston, di sini rosak selepas dihempap bumbung kaki lima premis yang runtuh hari ini.

Antara kenderaan yang mengalami kerosakan akibat kejadian ketika hujan lebat pada jam 2.45 petang itu ialah Proton Saga BLM, Toyota Vios, Perodua Myvi, Perodua Viva dan Hyundai.

Jurucakap bomba dan penyelamat Bukit Mertajam berkata kejadian itu turut menyebabkan seorang wanita yang berniaga apam balik di sebelah bangunan itu cedera ringan akibat terkena serpihan runtuhan.

Wanita berusia 60-an itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam.

Seorang daripada pemilik kereta berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata beliau mengetahui mengenai kejadian itu selepas diberitahu oleh seorang rakan.

"Saya meletakkan kereta di situ sejak pagi kerana bermesyuarat di sebuah pejabat di kawasan itu.

"Memang ada terdengar bunyi dentuman kuat seperti kemalangan jalan raya dan tidak sangka pula kereta saya yang kena," kata pemilik kereta Proton Saga BLM itu.

Sementara itu, T. Veerappen, 60, yang berniaga roti banggali tidak jauh dari tempat itu berkata, beliau mendengar satu dentuman yang kuat.

"Kejadian itu berlaku begitu pantas, apabila saya menoleh ke arah situ selepas bunyi dentuman kuat, saya tengok semua kereta yang diparkir sudah dihempap bumbung itu," katanya kepada pemberita di sini. - BERNAMA

Pesawat India terbakar tapi penumpang selamat

KHAMIS, 21 OGOS 2014 @ 12:55 AM

 
NEW DELHI: Pesawat syarikat tambang murah India, IndiGo yang membawa 147 penumpang dan enam anak kapal dilaporkan terbakar ketika mendarat tetapi tiada seorang pun yang cedera.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata Penerbangan 6E-176 dari Mumbai ke Delhi membuat pendaratan biasa di Lapangan Terbang Delhi.

Pesawat berkenaan mendarat di Delhi di landasan 27 pada pukul 12.35 petang waktu tempatan.

"Sebaik sahaja kapten menerima maklumat daripada Menara Kawalan Trafik Udara mengenai asap tebal, beliau segera mengarahkan anak kapal memindahkan semua penumpang demi keselamatan mereka. Pemindahan itu dilakukan di laluan teksi selepas pesawat mendarat dengan selamat," kata kenyataan itu.

Semua penumpang dipindahkan melalui semua pelungsur di sebelah kanan dan satu pelungsur di sebelah kiri dalam masa kira-kira 75 saat.

Syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa semua penumpang dan anak kapal selamat dan dibawa ke bangunan terminal.

Beberapa penumpang yang mengalami cedera ringan semasa dipindahkan diberi rawatan dan jagaan oleh pasukan lapangan terbang dan lima anggota pasukan Bantuan dan Penjagaan Keluarga (FAC).

Bagaimanapun, semua penumpang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Siasatan lanjut mengenai insiden itu sedang dijalankan.

"Keselamatan semua penumpang dan anak kapal adalah menjadi keutamaan IndiGo dan tiada kompromi sama sekali mengenai aspek keselamatan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Kereta dipecah ketika solat


Chukai: Seorang jemaah lelaki Surau Kampung Besut, dekat sini, kerugian RM5,000 apabila cermin kenderaannya dipecahkan ketika menunaikan solat Isyak di surau itu dalam kejadian malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 8.25 hingga 8.30 malam.


Menurutnya, mangsa terkejut apabila mendapati cermin kenderaan pacuan empat roda Chevrolet Colorado yang diletakkan di depan surau itu pecah selepas selesai solat.

“Akibat kejadian itu, barang berharga dalam kereta mangsa iaitu wang tunai RM350, seutas gelang tangan emas, dua cincin emas dan sebentuk kalung emas dilarikan suspek.


“Cermin kenderaan mangsa dipercayai dipecahkan dua pemuda yang menaiki motosikal,” katanya.


Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21

Rintihan anak dari Sumatera


Melaka: “Ummi tolong adik ummi...adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan pun susah sampai kena kerja di sawah setiap hari,” rayu Suliza Kassim, 18, ketika menghubungi ibunya, Azizah Ahmad, 49, petang, kelmarin selepas dua bulan terkandas di Jambi, Sumatera, Indonesia, kerana mengikut kekasihnya pulang ke negara asalnya.
Anak bongsu daripada lima beradik itu kini terkandas di kampung kekasihnya selepas dibawa pulang lelaki terbabit dikenali sebagai Laili Iskandar 30-an yang membawa Suliza masuk secara haram ke negara itu pada Jun lalu. 
Azizah kini tidak mengetahui bagaimana nasib anak gadisnya selepas mendakwa Suliza sudah bernikah dengan lelaki terbabit dan kini hamil serta bekerja keras untuk menyara kehidupan hariannya. 

Tertekan dengan nasib menimpanya, ibu tunggal yang menghidap tiroid dan penyakit jantung kini dirawat di Hospital Melaka selepas menerima panggilan anaknya merayu membantunya pulang.
Foto
KANDUNGAN SMS yang diterima mendakwa Suliza mahu berkahwin dengan Laili.

Menurut Azizah, dia amat risau mengenangkan nasib anaknya yang memberitahu terpaksa bekerja di bendang terlebih dulu sebelum boleh makan, sedangkan anaknya itu tidak pernah melakukan kerja berat walaupun dibesarkan di Felda.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21

Keluarga penyamun


Kangar: Seorang bapa bersama dua anak lelakinya sanggup bergelumang lumpur semata-mata untuk memecah masuk sebuah stor di pelantar ikan Jalan Bukti Tok Poh, Kuala Perlis, di sini, sebelum melarikan barangan besi bernilai RM7,000.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari pada 15 Ogos lalu, lelaki berusia 51 tahun bersama dua anaknya berusia 19 dan 22 tahun memecah masuk stor berkenaan melalui lantai papan tebing kawasan kuala selepas meredah lumpur ketika air surut sebelum memanjat tiang pelantar untuk mengumpil lantai. 
Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, ketiga-tiga suspek masuk ke dalam stor berkenaan sebelum menjatuhkan barangan besi yang dicuri ke atas lumpur melalui lubang yang dibuat tanpa disedari pemiliknya. 

“Mereka kemudian mengangkut barangan berkenaan menggunakan bakul melalui kawasan berlumpur di sepanjang kuala di situ bagi mengelak disedari orang ramai.
Foto
ABDUL Rahman menunjukkan barang curi dirampas daripada suspek tiga beranak.

“Apabila sampai di kawasan sunyi, mereka kemudian melarikan diri bersama barangan curi terbabit menggunakan motosikal untuk dibawa ke satu kawasan,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21

7 kereta dihempap bumbung


Oleh Azma Razana Johari

Bukit Mertajam: Tujuh pemilik kereta tergamam selepas kereta mereka yang diparkir di hadapan sebuah kedai di Jalan Aston, di sini, rosak teruk selepas bumbung hadapan premis berkenaan runtuh, petang semalam.

Kejadian pada jam 2.30 petang itu menyebabkan bumbung dua Toyota Vios serta masing-masing sebuah Proton Perdana, Proton Saga BLM, Perodua Myvi, Perodua Viva dan Hyundai i10 remuk di bahagian bumbung.

Seorang saksi, T Veerappen, 60, berkata, hujan lebat serta angin kencang ketika kejadian menyebabkan bumbung kedai itu runtuh secara tiba-tiba.

“Saya terkejut selepas mendengar dentuman kuat dan melihat bumbung berkenaan runtuh serta menghempap tujuh kereta yang diparkir di situ.

“Kejadian itu turut menyebabkan seorang penjual apam balik yang berniaga berhampiran bangunan kedai itu cedera di kaki dan dihantar ke hospital oleh orang awam yang melihat kejadian berkenaan,” katanya yang menjual roti di dalam lori di tempat kejadian.

Beliau berkata, semua kereta itu adalah milik pekerja sebuah bank berhampiran manakala kedai berkenaan adalah sebuah kedai menjual motosikal, namun sudah tidak beroperasi.

“Setahu saya, bangunan itu adalah kedai menjual motosikal, namun sudah lama ditutup menyebabkan orang ramai mengambil peluang meletakkan kenderaan di kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik kereta yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia sedang bermesyuarat di bangunan berhampiran dan mengaku sering meletak keretanya di kawasan itu.

“Saya terkejut apabila diberitahu kereta saya dihempap bumbung yang runtuh dan terus bergegas ke tempat kejadian,” katanya.

Pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kemudian mengangkat bumbung dan serpihan zink sebelum kereta yang dihempap itu dialih.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21

Balik rumah anak ghaib


Nibong Tebal: Kegembiraan seorang bapa untuk menjamah makanan dibeli bersama anaknya terbantut apabila kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Sakil Bul Bul Mia, 4, hilang selepas ditinggalkan ketika lelaki berkenaan keluar untuk ke restoran berhampiran kediaman mereka.
Dalam kejadian di kediaman mereka di Lebuh Pregrasive, Georgetown dekat sini, pada jam 5 petang Khamis lalu, bapa mangsa seorang warga Bangladesh yang bekerja sebagai buruh keluar untuk membeli makanan di restoran berhampiran.
Namun, apabila lelaki berkenaan pulang semula ke rumah, dia merasakan sesuatu yang tidak kena apabila mendapati kanak-kanak itu tidak menyahut apabila namanya dipanggil sebelum pemeriksaan mendapati mangsa sudah hilang.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan berkata, pihaknya memanggil bapa kanak-kanak itu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan serta mengesan lokasi Sakil berada.
“Selepas gagal mencari anaknya di dalam rumah, lelaki berkenaan kemudian cuba mengesan kanak-kanak terbabit di sekitar taman perumahan berhampiran kediaman mereka, namun usahanya tidak berhasil.
“Dia yang bimbang keselamatan anaknya kemudian membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani pada hari sama,” katanya.
Terdahulu Thaiveegan menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) yang baru iaitu Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad yang menggantikan Asisten Komisioner Shafien Mamat di Ibu Pejabat Polis Daerah SPS di sini, semalam.
Thaiveegan berkata, bapa kanak-kanak itu mendakwa dia tidak menjangkakan perkara itu boleh berlaku berikutan sudah menjadi rutin hariannya meninggalkan Sakil di rumah ketika keluar membeli makanan setiap petang selepas pulang dari tempat kerja.
“Lelaki berkenaan memaklumkan sudah berpisah dengan isterinya beberapa tahun lalu dan kebiasaannya, dia akan meminta isteri kepada rakannya untuk menjaga Sakil ketika dia keluar bekerja.
“Lelaki berkenaan mendakwa ini kali pertama anaknya hilang menyebabkan dia amat risau dengan keselamatan kanak-kanak berkenaan.
Siasatan dilakukan untuk mencari petunjuk bagi mengesan lokasi kanak-kanak terbabit dan kami turut meminta kerjasama orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat mengenai Sakil supaya memaklumkan kepada polis dengan segera,” katanya.
Difahamkan ibu kanak-kanak berkenaan yang juga seorang warga asing gagal dikesan selepas Sakil didapati hilang.
Kehilangan kanak-kanak itu turut mendapat perhatian sebuah syarikat kewangan yang menyiarkan foto dan butiran mengenai Sakil di dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam.
Kali terakhir ditinggalkan bapanya, Sakil yang berkulit perang dengan susuk badan agak gempal memakai baju-T berkolar warna merah dan berseluar pendak hitam.
Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak terbabit boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Khor Kang Learn di talian 017-3558477 atau Balai Polis Jalan Patani 04-2181822.
Foto
SAKIL hilang sejak Khamis lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21

Lari bersama murai batu


Gerik: Seorang lelaki lari lintang-pukang sambil membawa dua sangkar berisi burung murai batu sebaik melihat kelibat empat anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ke sebuah kedai haiwan peliharaan miliknya di pekan ini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, suspek berusia 40-an melarikan diri bagi mengelak ditahan. 
Pengarah PERHILITAN Perak Fakhrul Hatta Musa berkata, lelaki itu lari sambil membawa dua ekor burung murai batu di tangan melalui pintu belakang premis itu tetapi dipintas anggotanya sebelum ditahan. 

“Lelaki terbabit pada mulanya agresif dan melawan tetapi selepas mendengar keterangan daripada anggota kami menyebabkan dia menyerah diri dan menyerahkan dua ekor burung murai batu yang ada di tangannya.
Foto
DUA ekor burung murai batu yang dirampas di pekan Gerik, kelmarin.

“Suspek juga mengaku membeli burung murai batu itu daripada seorang penduduk tempatan yang memperolehinya dari sekitar hutan di Gerik sebelum menjualnya kepada pembeli dengan harga ribuan ringgit, katanya di sini, semalam.

Fakhrul Hatta berkata, pada minggu lalu, pihaknya juga merampas empat ayam hutan daripada seorang lelaki di Pasar Besar, Ipoh ketika serbuan dibuat sebaik menerima maklumat daripada orang awam. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21

Maut pelampung meletup


Miri: Satu letupan kuat pada pelampung getah sebuah tongkang balak mengakibatkan seorang warga Bangladesh maut dalam kejadian di Kuala Baram, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Shamim Hussin, 29, parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Miri manakala seorang lagi rakan senegaranya dikenali sebagai Rashidul, 40-an, cedera ringan. 
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama rakannya itu sedang memasukkan angin ke pelampung getah yang diletakkan di bawah kapal bagi kerja menarik tongkang berkenaan. 

Saksi, Yunus Abdullah, 39, yang juga pekerja di tongkang berkenaan berkata, semasa kejadian dia bersama rakan lain berada tidak jauh dari kedudukan mangsa.
Foto
MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk dibedah siasat.

“Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi letupan manakala mangsa bersama rakannya sudah rebah di tanah.

“Kami bergegas mendapatkan mangsa untuk memberikan bantuan, namun dia sudah tidak sedarkan diri,” katanya, semalam. 

Bagaimanapun, beliau berkata, rakan mangsa, Rashidul selamat dan hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21

Tiba-tiba dah tiada


Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Putrajaya: Seorang bayi perempuan berusia hampir empat bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di kuarters kerajaan Presint 18, di sini, jam 11 pagi semalam sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

Sumber berkata, bayi perempuan terbabit, Airis Rania Mohd Aidilah dihantar ke rumah pengasuh oleh ibu mangsa jam 7.30 pagi semalam.

“Bagaimanapun, empat jam selepas itu, ibu mangsa menerima panggilan pengasuh terbabit yang memberitahu Airis Rania tidak sedarkan diri.

“Ibu mangsa yang juga kakitangan kementerian di sini bergegas ke rumah pengasuh terbabit menaiki kereta rakannya serta membawa mangsa ke Bahagian Kecemasan Hospital Putrajaya (HPJ),” katanya.

Sumber berkata, ibu mangsa turut menghubungi bapa bayi terbabit memaklumkan kejadian yang menimpa bayi itu.

Katanya, doktor yang merawat mangsa mengesahkan bayi terbabit gagal diselamatkan dan sudah meninggal dunia.

Dalam pada itu, sumber berkata, bapa bayi terbabit turut mendakwa Airis Rania dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan tanda sakit ketika dihantar ke rumah pengasuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan pihaknya menunggu laporan hasil bedah siasat bayi terbabit.

“Kami belum mengetahui sama ada kes itu kematian mengejut atau sebaliknya kerana kami perlu menunggu laporan bedah siasat,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21

4 beranak disyaki edar dadah

Alor Setar: Seorang wanita berusia 50 tahun bersama tiga anaknya termasuk seorang perempuan ditahan pihak berkuasa kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Isnin lalu.
Serbuan dilakukan jam 5 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berdasarkan maklumat awam berhubung kegiatan pengedaran dadah. 
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusoff berkata, hasil pemeriksaan menemui 7,750 gram dadah jenis heroin dan 91.22 gram syabu dianggarkan bernilai RM153,000 yang siap dipeket untuk dijual kepada pelanggan.

“Bagaimanapun, wanita itu bersama anak perempuan berusia 24 tahun dibebaskan hari ini (semalam) dengan jaminan polis, manakala dua beradik lelaki berusia 24 dan 27 tahun ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan. mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Foto
ZAKARIA menunjukkan dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM153,000.00 yang dirampas di Taman Sejati Indah dekat Sungai Petani.

“Kami percaya suspek baru bergiat aktif sejak enam bulan lalu dan setakat ini mereka tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, semalam.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21

Jual puding ketum pula


Oleh Omar Osman

Sungai Petani: Kaedah terbaru dikesan dalam kalangan pengedar dan pengusaha ladang ketum apabila mempelbagaikan penggunaan air ketum dalam bentuk jus dan puding berikutan didakwa mendapat permintaan tinggi daripada kaki ketum termasuk pelajar sekolah di negeri ini.

Maklumat berhubung kaedah yang dilakukan pengedar dan pengusaha ladang ketum berkenaan diperoleh oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah sepanjang melakukan siasatan dan pemantauan di beberapa lokasi yang dikenal pasti aktif dengan kegiatan penyalahgunaan ketum, baru-baru ini.


Pengarahnya Nazeer Mustafa berkata, jus dan puding ketum masih baru dalam kalangan penagih ketum dan ia mudah jual dan dibawa selain sukar dikesan pihak berkuasa berbanding menjualnya dalam bentuk air minuman seperti kebiasaan.

Katanya, kaedah menjadikan air ketum sebagai jus dan puding berjaya dikenal pasti banyak di sekitar daerah Baling termasuk Kuala Ketil selain Sik, namun paling dibimbangi apabila membabitkan golongan pelajar sekolah.


“Berdasarkan maklumat diperoleh, air ketum berkenaan akan diproses menjadi jus seakan air teh sebelum diisi dalam botol air mineral, manakala puding pula dibuat dalam pelbagai warna dan dijual kepada orang tertentu saja dan ia memang sukar untuk dikesan.


“Berikutan itu, AADK sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kegiatan itu dan ia sudah dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan lanjut.

“Penagihan air ketum ini amat membimbangkan kerana ianya bukan saja membabitkan golongan dewasa, malah kanak-kanak berusia seawal sembilan tahun juga terjebak dan perkara ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelak penularan lebih buruk,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21

Terkejut jumpa mayat rentung


Nusajaya: Satu keluarga terkejut apabila anggota bomba dan penyelamat yang selesai memadamkan kebakaran rumah mereka di Jalan Silat Sinding 16, Bandar Selesa Jaya di sini, menjumpai satu mayat rentung di tingkat atas rumah teres dua tingkat itu semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, pemilik rumah, Kelly Lim Guan Hong, 38, tiada di rumah kerana keluar menjemput tiga anaknya dari sekolah di Skudai di sini, manakala suaminya bekerja di Singapura. 
Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati beberapa anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus memadam kebakaran rumahnya sebaik pulang menjemput anaknya. 

“Saya keluar rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari dan seingat saya tiada keadaan mencurigakan ketika itu, bahkan saya mengunci pintu rumah seperti setiap kali keluar.
Foto
UNIT Forensik Bomba menyiasat mayat rentung ditemui, semalam.

“Selepas anggota bomba selesai memadamkan api, saya terperanjat apabila dimaklumkan menemui mayat rentung di tingkat atas. Saya tidak tahu siapa kerana semua lima ahli keluarga tiada di rumah ketika kejadian,” katanya ditemui di tempat kejadian.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/21