Search This Blog

Wednesday, August 20, 2014

GURU BESAR HUKUM MURID DENGAN SEKS ORAL TERKINI

Akhbar Sin Chew Daily telah melaporkan satu kes dimana seorang guru besar telah memaksa tiga orang murid sekolah melakukan seks oral sebagai hukuman atas kesalahan disiplin.

Menurut laporan itu lagi, murid yang berusia 11 tahun dari Bintulu itu dipaksa melucut pakaian dan melakukan perbuatan tersebut dalam kejadian enam bulan lepas.

Walaupun mangsa enggan melaksanakan arahan guru terbabit, suspek mengatakan mereka mesti melakukannya kerana ia adalah hukuman.

Hal ini terdedah setelah seorang daripada suspek memberitahu perkara tersebut kepada rakannnya.

Setelah disiasat, mereka mendapat tahu ramai lagi yang menjadi mangsa guru besar sekolah berkenaan
- See more at: http://www.isuterkini.my/2014/08/guru-besar-hukum-murid-dengan-seks-oral.html#sthash.M4Ai8qGv.dpuf

Sekurang-kurangnya 18 maut tanah runtuh di Hiroshima

RABU, 20 OGOS 2014 @ 12:01 PM
PANDANGAN dari atas menunjukkan tanah runtuh di Hiroshima, awal hari ini.
 
Seorang mangsa yang terselamat diangkat oleh sebuah helikopter dari kawasan tanah runtuh di Hiroshima hari ini.
TOKYO: Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban manakala 13 lagi masih hilang selepas tanah runtuh besar menimbus beberapa kediaman di barat Jepun, awal hari ini.

Paparan gambar di televisyen menunjukkan berpuluh-puluh rumah ditimbusi lumpur yang mengalir deras dari lereng bukit di Hiroshima semalam.

Stesen penyiaran tempatan NHK melaporkan bilangan kematian berdasarkan maklumat polis tempatan. Nippon TV turut melaporkan bilangan sama.

Angka korban meningkat dengan cepat daripada angka awal empat orang walaupun perkhidmatan kecemasan menyatakan masih terlalu awal untuk memberitahu dengan tepat jumlah mangsa yang terkorban.

"Kami belum dapat menilai tahap bencana itu," kata jurucakap bomba Hiroshima.

Anggota penyelamat berkata, mangsa berkenaan termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang wanita berusia 77 tahun. - AFP

Gempa bumi sederhana landa sempadan Iran-Iraq


 
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda kawasan sempadan Iran-Iraq, pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi, gempa bumi itu berlaku kira-kira 176km ke timur laut Kermanshah, Iran dan 6,132km ke barat laut Langkawi, Kedah.

"Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menyebabkan ancaman tsunami," menurut jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Sekurang-kurangnya 18 maut tanah runtuh di Hiroshima

RABU, 20 OGOS 2014 @ 12:01 PM

PANDANGAN dari atas menunjukkan tanah runtuh di Hiroshima, awal hari ini.

TOKYO: Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban manakala 13 lagi masih hilang selepas tanah runtuh besar menimbus beberapa kediaman di barat Jepun, awal hari ini.

Paparan gambar di televisyen menunjukkan berpuluh-puluh rumah ditimbusi lumpur yang mengalir deras dari lereng bukit di Hiroshima semalam.

Stesen penyiaran tempatan NHK melaporkan bilangan kematian berdasarkan maklumat polis tempatan. Nippon TV turut melaporkan bilangan sama.

Angka korban meningkat dengan cepat daripada angka awal empat orang walaupun perkhidmatan kecemasan menyatakan masih terlalu awal untuk memberitahu dengan tepat jumlah mangsa yang terkorban.

"Kami belum dapat menilai tahap bencana itu," kata jurucakap bomba Hiroshima.

Anggota penyelamat berkata, mangsa berkenaan termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang wanita berusia 77 tahun. - AFP

Pencuci kereta edar dadah dihukum mati

RABU, 20 OGOS 2014 @ 1:24 PM

 
ALOR SETAR: Seorang pencuci kereta dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini, atas kesalahan mengedar dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 27.5 gram di Sungai Petani, pada Januari tahun lalu.

Tertuduh, A Nagendran dijatuhi hukuman itu oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abd Wahab selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mayat misteri ditemui rentung di Nusajaya

RABU, 20 OGOS 2014 @ 5:47 PM

 
NUSAJAYA: Satu mayat misteri ditemui rentung dipercayai terperangkap dalam kebakaran rumah di Jalan Silat Sinding 16, Bandar Selesa Jaya dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, pemilik rumah, Kelly Lim Guan Hong, 38, tiada di rumah kerana mengambil tiga anaknya yang bersekolah di Skudai.

Bagaimanapun, ketika tiba di kediamannya jam 1.15 petang, Guan Hong terkejut rumahnya sudah dijilat api sebelum membantu jirannya yang sedang memadamkan kebakaran itu.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Ibu mabuk dirogol anak sendiri


KUALA LUMPUR 20 Ogos - Seorang ibu berusia 44 tahun yang pulang dari tempat kerja dalam keadaan mabuk dirogol oleh anaknya sendiri yang berusia 15 tahun di rumah mereka di Taman OUG, Cheras dekat sini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi selepas ibu berkenaan yang berada dalam keadaan mabuk, dikatakan tersalah masuk bilik tidur. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140820/je_07/Ibu-mabuk-dirogol-anak-sendiri#ixzz3Avbd8YeJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Budak empat tahun hilang


Nibong Tebal: Orang ramai diminta membantu pihak polis dalam usaha mengesan Sakil Bul Bul Mia kanak-kanak berusia 4 tahun yang hilang sejak Khamis lalu.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan berkata, kali terakhir kanak-kanak itu dilihat oleh bapanya ketika ditinggalkan di rumahnya di 56 Jalan 3, Lebuh Pregrasive, Georgetown, jam 5 petang. 
"Difahamkan bapa kanak-kanak itu keluar meninggalkan Sakil kerana mempunyai urusan. 

"Namun selepas pulang lelaki itu mendapati anaknya sudah tiada," katanya.
Foto
SAKIL Bul Bul Mia kanak-kanak berusia 4 tahun yang hilang.

Berita mengenai kehilangan kanak-kanak itu turut mendapat perhatian sebuah syarikat kewangan (RHB Bank) menyiarkan foto dan butiran mengenai Sakil dalam sebuah akhbar Bahasa Inggeris hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/20

Pelajar maut ke kedai makan


Alor Gajah: Seorang pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan Toyota Wish di Masjid Tanah, di sini, kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa Muhammad Azri Zamri, 17, mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala. 
Ketika kejadian mangsa bersama beberapa rakan dikatakan dalam perjalanan ke kedai makan berdekatan sebelum motosikal ditunggang terbabit kemalangan. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.
Foto
KEADAAN motosikal ditunggang mangsa yang maut dalam kemalangan malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/20

Pencuci kereta dihukum mati kerana edar dadah


20/08/2014 12:41pm

ALOR SETAR - Seorang pencuci kereta dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah seberat 27.5 gram di Sungai Petani dekat sini, tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Nagendran, 28, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.
Mengikut kertas pertuduhan, Nagendran dituduh mengedar dadah jenis heroin seberat 21.4 gram dan monoacetylmorphines seberat 6.1 gram di sebuah rumah beralamat 58, Jalan Belakang Hospital, Sungai Petani kira-kira pukul 12.10 tengah hari, 5 Januari 2013.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz3Au9QEPqQ 
Hakcipta terpelihara 

Stor barang lusuh musnah terbakar


  • Rumah dua tingkat yang dijadikan stor barangan lusuh di Kampung Melaka musnah terbakar.Rumah dua tingkat yang dijadikan stor barangan lusuh di Kampung Melaka musnah terbakar.

PARIT BUNTAR - Sebuah rumah dua tingkat yang dijadikan stor pengumpulan barang lusuh terletak bertentangan Kawasan Perindustrian Parit Buntar, Jalan Perusahaan di Kampung Melaka, di sini musnah terbakar awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, rumah tersebut difahamkan terbakar dengan sendiri dan api yang bermula di bahagian dapur hanya disedari seorang pengawal keselamatan apabila sebahagian stor berkenaan sudah hangus terbakar.

Saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Razak, 27, berkata, dia yang tinggal paling hampir dengan lokasi stor tersebut terjaga dari tidur setelah terhidu bau asap, disusuli api yang mula membakar longgokkan barangan lusuh dalam rumah dua tingkat itu.

Menurutnya, sejurus api merebak, dia segera mengarahkan kesemua ahli keluarga yang berada di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

“Saya terjaga dari tidur setelah dengan suara hingar-bingar dari arah lokasi kejadian.

“Saya terkejut lihat bahagian dapur rumah dua tingkat itu terbakar dan mula merebak ke tengah premis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Razak berkata, dia segera mengejutkan ahli keluarga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana bimbang api merebak ke rumah penduduk berhampiran.

Katanya, dia dan penduduk berhampiran bersyukur kerana kebakaran itu berjaya dipadamkan dan berterima kasih kepada anggota bomba yang bertindak pantas membantu memadamkan kebakaran itu.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar, Abdul Halim Mansor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau dan tiga bomba sukarela bersama lima jentera menerima panggilan kecemasan pada jam 5 pagi dan berjaya mengawal api kebakaran dalam tempoh 15 minit.

“Siasatan awal pihak kami mendapati kebakaran bermula daripada bahagian dapur dan seterusnya merebak ke bahagian tengah rumah hingga menyebabkan hampir 90 peratus keseluruhan rumah dua tingkat itu musnah terbakar.

“Pihak kami turut difahamkan terdapat seorang pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga kawasan tapak barangan lusuh seluas 0.4 hektar itu dan panggilan kecemasan dibuat individu berkenaan," katanya.

Beliau berkata, keseluruhannya kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 7 pagi dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Abdul Halim berkata, pemilik premis barangan lusuh terbabit difahamkan berada di Kuala Lumpur ketika kejadian.

Dua pemandu cedera kereta berlanggar


  • Sebuah MPV terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Taming Sari berhampiran padang MPTSebuah MPV terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Taming Sari berhampiran padang MPT

TAIPING - Dua pemandu cedera selepas kereta mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Taming Sari berhampiran padang Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di sini.

Seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 50, berkata, dalam kejadian pada jam 6.25 pagi itu, kedua-dua pemandu terbabit tidak mengalami kecederaan serius namun kedua-dua kereta mangsa rosak teruk.

“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta pelbagai guna (MPV) dan Proton Wira.

“Difahamkan MPV yang sedang dalam perjalanan menghala ke Taiping itu, tiba-tiba berlanggar dengan Proton Wira,” katanya.

Ahmad berkata, kesan perlanggaran itu, MPV terbabit terbalik manakala Proton Wira remuk di bahagian hadapan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Saksi kes edar dadah dicari


  • Siti Noor AyuniSiti Noor Ayuni

KUANTAN - Polis mencari seorang saksi, Siti Noor Ayuni Noor Dad, 22, bagi membantu memberikan keterangan berhubung perbicaraan kes mengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siti Noor Ayuni alamat terakhirnya di Blok R, No 12, Taman PAKR Mengkabang Lekor 2, Jalan Merang, Batu Rakit Kuala Terengganu dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Kuantan, jam 9 pagi pada 3 September nanti.

Wanita terbabit diminta tampil ke mahkamah itu  pada tarikh yang disebutkan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin, Inspektor Nohida Abdul Wahid di talian 012-2190416.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung wanita ini diminta tampil bekerjasama menghubungi pegawai tertera.

'Mereka ibarat wira'


  • Hairuddin tercungap-cungap selepas dinaikkan Mohamad ke darat.Hairuddin tercungap-cungap selepas dinaikkan Mohamad ke darat.

KEMAMAN - Tindakan pantas tiga pemuda berjaya mengelak dua beranak daripada mati lemas ketika sedang mandi-manda di Pantai Penunjuk, Kijal dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Hairuddin Rahmat, 37, cuba memaut leher anak saudaranya, Abdul Shukur Mahat, 19, yang dibawa arus, sebelum kedua-duanya tenggelam timbul beberapa kali dengan tangan terkapai-kapai.

Ibu mentua Hairuddin, Tengku Kamariah Tengku Besar, 45, berkata, ketika kejadian, dia berada di tepi pantai dan nampak menantunya melambai ke arah mereka dalam jarak kira-kira 200 meter di dalam air.

“Pada awalnya, saya sangka Hairuddin melambai sebab mahu panggil isterinya untuk mandi bersama. Anak saya ketika itu terus masuk ke dalam air dan apabila jarak mereka makin dekat, barulah anak saya dengar teriakan suaminya meminta tolong.

“Lepas anak menjerit memaklumkan suaminya dan anak saudara mereka lemas, saya segera panggil beberapa pemuda berdekatan yang kemudiannya terjun ke dalam air,” katanya.

Menurut Kamariah, dia tidak menyangka mereka berdua lemas kerana ketika itu air tenang dan tidak pasang, selain ramai yang turut mandi-mandi di sepanjang pantai berkenaan.

Katanya, selepas dinaikkan ke darat, Hairuddin dan Abdul Shukur dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan, namun Abdul Shukur ditahan semalaman di dalam wad sementara Hairuddin pula hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Saya sekeluarga amat terhutang budi pada tiga pemuda yang menaikkan Hairuddin dan Abdul Shukur ke darat. Mereka ibarat wira. Terima kasih juga buat beberapa pemuda lain yang memberi pertolongan cemas selepas mereka berdua dibawa ke darat. Jasa mereka tak dapat kami sekeluarga balas,” katanya.

Sementara itu, seorang daripada pemuda terbabit, Mohamad Othman, 25, berkata, selepas mendengar teriakan ahli keluarga mangsa di tepi pantai, dia bersama dua lagi rakan yang sedang melihat beberapa belia bermain bola sepak, segera berlari ke dalam air.

“Dalam jarak kira-kira 300 meter, saya nampak dua lelaki terkapai-kapai. Jadi, saya bersama rakan segera berenang ke arah mereka.

"Saya memaut leher Hairuddin, sementara dua lagi rakan memaut leher Abdul Shukur dan kemudian mengheret mereka ke daratan," katanya.

Alat mainan berkalimah ALLAH


  • Gambar animasi Spiderman dicetak pada bahagian badan beg menumbuk terbabitGambar animasi Spiderman dicetak pada bahagian badan beg menumbuk terbabit

Tulisan ALLAH Muhammad Rasulullah yang dicetak di bahagian bawah beg menumbuk
Tulisan ALLAH Muhammad Rasulullah yang dicetak di bahagian bawah beg menumbuk
GEORGETOWN - Biadab! Istilah paling sesuai diberikan kepada pengeluar beg menumbuk kanak-kanak yang mencetak tulisan jawi ‘ALLAH Muhammad Rasulullah’ di bahagian bawah permainan berkenaan.

Perkara itu disedari seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 28, yang membeli beg menumbuk itu untuk anak keduanya yang berusia dua tahun, tengah hari kelmarin.

Menurutnya, dia kerap membeli barang mainan di kedai pemborong yang terletak di tengah bandar itu namun itu kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

“Tujuan saya sebenarnya mahu beli mainan lain untuk anak saya tetapi apabila ternampak beg menumbuk itu, hati saya tertarik dan terus membelinya dengan harga RM12.

“Saya turut membeli mainan lain dan terus meletakkan kesemua mainan yang dibeli termasuk beg menumbuk itu ke dalam sebuah beg plastik. Selepas membeli, saya terus ke pejabat. Sampai di pejabat, saya menunjukkan barang yang saya beli kepada seorang rakan.
Rakan saya yang membelek beg menumbuk itu kemudiannya memberitahu bahawa ada tulisan jawi di bawah beg berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, selepas meneliti tulisan Arab berkenaan, dia mendapati ia bermaksud ALLAH Muhammad Rasulullah yang ditulis dengan dakwat berwarna putih berlatar belakangkan warna hijau di bahagian bawah beg berkenaan.

“Selepas mendapati ada tertulis perkataan itu, saya menjadi marah kerana beg keluaran dari negara China itu jelas sengaja mahu mempersendakan agama Islam. Ini kerana ia ditulis di bahagian bawah beg menumbuk manakala gambar animasi Spiderman dicetak pada
badan beg.

“Lazimnya, beg menumbuk akan ditumbuk, ditendang malah akan dilangkah. Saya tertanya-tanya, apakah niat sebenar pengeluar beg ini?. Adakah ia secara diam-diam menghina agama Islam dengan mencetak tulisan jawi berkenaan. Tambahan pula, ia ditulis pada beg
menumbuk kanak-kanak. Adakah ada agenda tersembunyi untuk menyemai perasaan benci kepada kanak-kanak terhadap agama Islam?,” katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, dia sudah melaporkan perkara itu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan polis untuk diambil tindakan.

“Saya sudah membuat laporan polis petang semalam (kelmarin) dan JHEAIPP pagi tadi (semalam). Saya juga bercadang untuk melaporkan perkara ini kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang.

“Rakan saya yang mengetahui perkara ini, ada ke kedai itu tadi pagi (semalam) untuk tinjauan, namun pemilik kedai memberitahu, tiada beg menumbuk dijual di situ. Mungkin pemilik kedai itu sudah mengetahui hal ini,” katanya.

Muhammad berkata, dia kesal dengan pihak tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenangnya mempersendakan agama Islam.

Sementara itu, usaha Sinar Harian menghubungi JHEAIPP masih belum berhasil apabila panggilan tidak dijawab.

Samun 5 wanita dalam masa dua jam


  • Salmiah menunjukkan keadaan matanya yang lebam selepas ditumbuk penjenayah.Salmiah menunjukkan keadaan matanya yang lebam selepas ditumbuk penjenayah.

BESUT - Polis menubuhkan pasukan khas untuk memburu suspek yang dipercayai menyamun barang kemas lima wanita, termasuk seorang wanita hamil di lokasi berasingan dalam tempoh tidak sampai dua jam dekat Jertih, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, pasukan yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah itu memburu suspek selepas menyamun mangsa di lima kampung berasingan di kawasan Jabi, Hulu Besut dan Jertih.

Menurutnya, empat mangsa adalah warga emas berusia 58 hingga 80 tahun dan seorang wanita hamil berusia 41 tahun, sementara suspek hanya menyamun barang kemas mangsa membabitkan kerugian keseluruhan kira-kira RM50,000.

"Seorang mangsa berusia 66 tahun dari Kampung Kubang Depu,  Hulu Besut masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selepas dipukul suspek.

"Mangsa yang dikatakan menghidap penyakit jantung dan terpaksa dirawat akibat kesukaran bernafas selepas ditendang suspek, namun keadaannya stabil," katanya.

Noorzainy berkata, seorang lagi mangsa berusia 64 tahun lebam di mata kiri dipercayai ditumbuk sebanyak dua kali oleh suspek yang masuk ke rumahnya di Kampung Alor Selinsing Jertih.


Pura-pura tanya rumah Jusoh

Sebelum itu katanya, mangsa dikatakan menyamun seorang suri rumah berusia 58 tahun di Kampung Gong Penaga, Jabi.

"Ketika berada di halaman rumah, mangsa dihampiri  seorang lelaki tidak dikenali menaiki kereta dipercayai Honda City yang berpura-pura bertanyakan rumah ‘Jusoh’.

“Belum sempat mangsa menjawab soalan itu, suspek bertindak memeluk mangsa dan menyamun seutas rantai tangan milik mangsa sebelum melarikan diri. Akibat kejadian itu, mangsa sakit dan lebam di pergelangan tangan sebelum membuat laporan di Balai Polis Jertih untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, selepas satu jam kejadian itu, seorang lagi wanita  berusia 40 tahun di Kampung Alor Keladi, di sini, turut menjadi mangsa samun seorang lelaki tidak dikenali.

Kejadian terakhir dipercayai melibatkan nenek berusia 80 tahun turut  menanggung kerugian hampir RM7,000 selepas tiga utas rantai tangan emas dipakainya dilarikan dalam kejadian di Kampung Tok Has, di sini.

Kata Noorzainy, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari  ketika mangsa berada di kedai makan milik anaknya di Kampung Tok Has, di sini, sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali menunggang sebuah motosikal.

“Siasatan awal terhadap semua mangsa, polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang sama berdasarkan kenderaan, fizikal  dan modus operandi iaitu melibatkan wanita khususnya warga emas dan tinggal bersendirian.

“Bagaimanapun polis masih menyiasat sama ada kesemua kes dilakukan suspek yang sama atau sebaliknya dan kes disiasat mengikut  Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa yang sedang hamil lima bulan, Norzaini Ismail, 41, dari Kampung Alor Keladi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.53 pagi berhampiran rumahnya.

“Waktu itu saya sedang tarik kambing dekat rumah, tiba-tiba saya lihat seorang lelaki sudah dekat dengan saya.

"Saya sempat tolak (suspek) bagi menghalang perbuatannya tetapi gagal selepas terjatuh menyebabkan rantai leher saya dilarikan lelaki terbabit. Saya kerugian antara RM15,000 hingga RM20,000,” katanya.

Menurutnya, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Honda menghala ke pekan Jertih dari Jalan Pasir Akar, di sini.


Penjenayah tertinggal kasut

Seorang lagi mangsa, Salmiah Mat, 64, berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di rumahnya dekat Kampung Alor Selinsing, kira-kira jam  11.30 malam.

Katanya, dia sedang menjahit di bilik, namun keluar selepas terdengar bunyi orang berjalan di ruang tamu rumah.

“Keluar saja dari bilik, makcik nampak seorang lelaki berada di dalam rumah dengan memakai cermin mata hitam. Dia tanya makcik kenal tak dia sebelum tanya siapa ada di dalam  rumah.

“Sebab panik makcik tersalah cakap tinggal seorang menyebabkan lelaki itu cuba merampas rantai leher makcik. Makcik cuba melawan, tapi ditumbuk  sebanyak dua kali pada sebelah mata kiri,” katanya yang ditemui, semalam.

Salmiah berkata, penjenayah itu berjaya merampas seutas rantai leher dan gelang yang dipakainya.

Warga emas itu yang berada seorang diri di dalam rumah berjaya melepaskan diri kemudian keluar dari rumah untuk  meminta pertolongan, manakala suspek masih berada di dalam rumah.

“Selepas makcik menjerit beberapa kali di tepi jalan, lelaki itu bergegas keluar dari rumah sehingga tertinggal kasut yang dipakainya sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta yang diletakkan di luar pagar rumah makcik,” katanya yang dirawat sebagai pesakit luar.

Sementara itu, mangsa paling tua, Tuan Yah Tuan Soh, 80, mengalami lebam di tangan selepas suspek menarik gelang tangan dipakainya.

Dia yang tinggal bersama anaknya di Kampung Gong Penaga, Air Terjun dekat Jertih dipukul sekali di bahagian belakang badan tetapi tidak kuat.

Kesemua mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jertih.

Cubaan kaut untung secara senyap?


  • Harga yang tertera di rak tidak sama apabila dibayar. Gambar kecil: Resit yang menunjukkan perbezaan
harga antara yang dipamerkan di rak dengan harga imbasan di kaunter pembayaran.Harga yang tertera di rak tidak sama apabila dibayar. Gambar kecil: Resit yang menunjukkan perbezaan harga antara yang dipamerkan di rak dengan harga imbasan di kaunter pembayaran.

SUNGAI PETANI - Seorang pengguna tidak berpuas hati dengan tindakan pihak pengurusan sebuah pasar raya yang didakwa mengelirukan pengguna bertujuan mengaut keuntungan secara senyap.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Rani, 38, mendakwa sebuah pasar raya di sini telah mempamerkan harga promosi bagi produk tertentu, bagaimanapun ketika pembayaran dibuat, pengguna dikenakan harga lebih tinggi.

Dakwanya, tindakan itu hanya disedari selepas pembayaran dilakukan setelah dia menyemak resit yang diberikan petugas kaunter.

“Tindakan ini sudah pasti mengelirukan dan boleh dikategorikan sebagai penipuan dalam perniagaan,” dakwanya.

Dia mendakwa, harga telur ayam Gred B dipamerkan dengan RM3.39 tetapi selepas diimbas, pengguna harus membayar dengan harga RM4.39.

Seorang lagi pengguna yang mahu dikenali sebagai Razif, 27, mendakwa, dia pernah beberapa kali mendengar kes penipuan yang dilakukan pasar raya dekat sini.

“Pada mulanya saya dengar ramai kawan yang mengadu tentang harga yang dipamerkan di rak tidak sama dengan harga yang dicaj kepada pengguna.

“Selepas membeli sebungkus daging lembu jenama terkenal di pasar raya berkenaan, saya periksa semula dengan harga di rak.

“Alangkah terkejut kerana saya turut menjadi mangsa ‘penipuan’  ini.

"Harga yang dipamerkan di rak ialah RM4.99 tetapi apabila diimbas, harganya ialah RM5.49,” dakwanya.

Dakwanya, dia menemui pihak pengurusan pasar raya berkenaan, tetapi tidak menerima respons positif.

“Keadaan ini berlaku tanpa disedari dan secara tidak langsung memberi imej tidak sihat dalam persaingan perniagaan,” katanya.

Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian ke lokasi yang dimaksudkan belum menemui sebarang perbezaan harga berhubung produk yang dikemukakan pengguna.

Tinjauan mendapati, harga yang dipamerkan di rak adalah sama dengan harga imbasan produk terbabit.

Anak trauma, enggan ke sekolah


  • Kesan merah pada bahagian pipi kiri mangsa dipercayai akibat ditampar guru terbabit.Kesan merah pada bahagian pipi kiri mangsa dipercayai akibat ditampar guru terbabit.

IPOH -  Kerana dituduh mengusik peralatan muzik, seorang murid tahun empat sebuah sekolah di sini ditampar beberapa kali oleh gurunya sehingga menyebabkan kecederaan.

Akibat tindakan guru itu juga menyebabkan kanak-kanak terbabit trauma dan enggan ke sekolah kerana bimbang keselamatannya.

Bapa kanak-kanak malang itu, Mohd Nazri Mamat, 52, berkata, pada mulanya beliau menganggap kejadian itu biasa selepas anaknya mengadu perkara itu tetapi melihat kepada kecederaan yang dialami anaknya, mendapati ia serius.

“Saya tak kisah kalau cikgu nak hukum anak saya jika benar dia buat salah dan bertujuan untuk mendidik. Tetapi jika sampai mendatangkan kecederaan, saya lihat itu dah macam nak lepaskan geram.

“Sekarang anak saya takut nak ke sekolah, malah saya sendiri hilang keyakinan kepada pihak sekolah selepas kejadian itu,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Mohd Nazri berkata, anaknya mengalami kecederaan di pipi kiri selain mengalami sakit kepala sejurus selepas kejadian.

Beliau berkata, laporan polis berkenaan kejadian itu sudah pun dibuat pada 13 Ogos lalu iaitu pada hari kejadian termasuk rawatan perubatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Katanya, sejak laporan polis dibuat sehingga kini, beliau tidak nampak sebarang tindakan drastik diambil untuk menyelesaikan kes berkenaan sebaliknya pihak yang berkenaan hanya meminta laporan polis ditarik balik.

“Saya takkan tarik balik laporan polis yang dibuat dan saya serahkan pihak polis menyiasat perkara berkenaan mengikut saluran undang-undang yang betul.

“Pada masa sama saya sedang berkira-kira untuk pindahkan anak saya ke sekolah lain untuk mudahkan dia belajar dengan selesa,” katanya lagi.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Mohd Idris Ramli berkata,  pihaknya masih belum mendapat maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan.

Bagaimanapun beliau berkata, jika pihaknya mendapat maklumat berkenaan siasatan akan segera dilaksanakan.

“Setakat ini kita belum dapat maklumat lanjut, tetapi jika dapat maklumat itu kita akan segara menyiasat dan seterusnya bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menangani isu ini melalui rundingan.

“Jika perlu tindakan, kita akan ambil tindakan. Tapi apa pun, siasatan kena jalan dulu, baru kita boleh cari jalan penyelesaian,” katanya.

Kemalangan kereta api ragut 21 nyawa


  • Perkhidmatan kereta api di India mempunyai rekod keselamatan yang buruk dan sering terlibat dalam kemalangan. - Foto AFPPerkhidmatan kereta api di India mempunyai rekod keselamatan yang buruk dan sering terlibat dalam kemalangan. - Foto AFP

NEW DELHI - INDIA. Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk lapan kanak-kanak terbunuh apabila sebuah kereta api ekspres merempuh beca bermotor di lintasan kereta api antara stesen Semra dan Sugauli di daerah timur Champaran Bihar, India, kelmarin.
Jurucakap Polis Sudhir Kumar berkata, kemalangan yang berlaku di kampung Chinauta itu menyebabkan beca bermotor diseret lebih 100 meter selepas dirempuh kereta api ekspres Rapti Ganga.

Menurut saksi, pintu di kawasan persimpangan tidak ditutup dan kakitangan kereta api telah dipersalahkan kerana ia jelas menunjukkan kecuaian mereka.

Difahamkan, laporan dipetik dari India Today, pasukan menyelamat kini sedang bertungkus lumus mengalihkan serpihan beca bermotor yang remuk dari landasan kereta api bagi memulakan semula perkhidmatan kereta api di laluan itu.

Pesta Bogel: 6 lagi dicari bantu siasatan

SELASA, 19 OGOS 2014 @ 6:06 PM
DUA wanita dibawa keluar dari bilik reman Mahkamah Majistret di Georgetown selepas mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan pesta bogel di pantai Telok Kampi, Taman Negara, Teluk Bahang baru-baru ini.
 
GEORGETOWN: Polis masih mencari enam lagi individu iaitu dua rakyat tempatan dan empat warga asing bagi membantu siasatan pesta sukan bogel di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata setakat ini sembilan individu termasuk seorang rakyat asing ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

"Kami masih menunggu maklumat daripada polis antarabangsa berhubung empat lagi rakyat asing yang dicari itu iaitu dari Singapura, Filipina dan Myanmar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Polis Marin dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau berkata seorang daripada dua lelaki rakyat Malaysia yang dicari itu dikenali sebagai James Kumar, 40-an dan bekerja di Singapura manakala seorang lagi dikenali sebagai Michale, 30-an yang dipercayai masih berada di negara ini.

Rakyat asing yang dicari bagi membantu siasatan kes itu pula ialah seorang doktor berasal dari Singapura yang dikenali sebagai Terry, 30-an; rakyat Filipina dikenali sebagai Marvin Cueves, 40-an; dan dua rakyat Myanmar dikenali sebagai Newman dan teman wanitanya berusia lingkungan 30-an.

Pesta itu hangat diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang' tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan.

Mazlan berkata kertas siasatan berhubung kes itu juga telah siap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini untuk tindakan lanjut.

"Enam lelaki dan tiga wanita berusia antara 24 hingga 57 tahun yang ditahan secara berperingkat sejak 13 Ogos lepas sehingga semalam itu dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan mereka.

"Sama ada mereka akan didakwa atau sebaliknya, bergantung kepada keputusan Pejabat Peguam Negara, bagi pihak polis kami telah jalankan siasatan dan lengkapkan laporan siasatan kes berkenaan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini polis telah merekodkan keterangan daripada 29 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, Mazlan berkata sebanyak 17 laporan polis diterima di Pulau Pinang terhadap Anggota Parlimen Padang Serai N. Surendran yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semua keterangan dan laporan yang dibuat itu akan diserah kepada polis kontinjen Pahang untuk tindakan mereka kerana kertas siasatan kes itu dijalankan di sana. - BERNAMA

MRT: Pemasangan penghadang tidak seimbang punca nahas - Bomba

SELASA, 19 OGOS 2014 @ 7:20 PM

OPERASI pembersihan landasan konkrit yang runtuh di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara.
 
SUNGAI BULOH: Kejadian blok konkrit landasan Mass Rapid Transit (MRT) seberat 650 tan yang dalam pembinaan jatuh malam tadi dipercayai akibat pemasangan tembok penghadang yang tidak seimbang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohamed Sabri A Samsudeen, berkata tembok penghadang hanya dipasang pada sebelah bahagian cantuman 14 blok berkenaan sehingga menyebabkan ia jatuh 38 meter ke permukaan.

"Blok konkrit itu dipercayai jatuh akibat tidak seimbang berikutan pemasangan penghadang dilakukan pada sebelah bahagian sahaja. Ia dipercayai terjatuh di sebelah kanan terlebih dulu dan menyebabkan tiga pekerja kontraktor yang berada di atas landasan itu gagal menyelamatkan diri," katanya pada sidang media di pejabat tapak pembinaan MRT.

Ketika kejadian berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Kota Damansara pada 8.34 malam tadi itu, empat pekerja Bangladesh sedang bertugas di atas segmen landasan itu. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Mayat mangsa pertama yang dikenali sebagai Mohammad Elahi Hossain, 27, dibawa keluar pada jam 2.34 pagi, manakala dua lagi mayat mangsa, Muhammad Faruki Khan, 38, dan Mohammad Aluddin Mollik, 34, dibawa keluar pada jam 1.35 petang.

Ketiga-tiga mayat mangsa terbabit dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Mohamed Sabri berkata, seramai 25 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian manakala 19 anggota polis dan 15 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Kita masih meneruskan operasi pencarian sehingga runtuhan blok konkrit di selesaikan kerana bimbang terdapat mangsa yang lain tertimbus sewaktu kejadian," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pihaknya sedang menunggu laporan awal bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

"Apabila perkara begini berlaku, apa juga yang terjadi kita perlukan tentukan punca sebenar kejadian. Kita akan dapatkan laporan awal daripada MRT Corp secepat mungkin bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Presiden Liberia isytihar perintah berkurung Ebola


 
MONROVIA: Presiden Liberia hari ini mengisytiharkan perintah berkurung dan melaksanakan peraturan kuarantin lebih ketat di ibu negara Monrovia apabila jumlah korban akibat wabak Ebola kian membimbangkan.

President Ellen Johnson Sirleaf mengumumkan perintah berkurung berkuat kuasa antara jam 9 malam hingga 6 pagi.

Liberia kini sudah mengisytiharkan darurat di seluruh negara itu dan perintah berkurung itu mampu menghalang lebih 50,000 penduduk bebas keluar dari rumah.

Sejak hujung minggu lalu, penduduk marah apabila mereka ditempatkan di pusat pemantauan Ebola di West Point sehingga menyebabkan 37 pesakit yang sepatutnya diletakkan di bawah pemerhatian bertindak meninggalkan pusat berkenaan.

Sekurang-kurangnya 466 orang maut akibat Ebola di Liberia, dan keadaan itu mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat. - AP

Jenazah 2 anggota tentera diterbangkan ke KL

RABU, 20 OGOS 2014 @ 10:34 AM

KERETA perisai ATM yang terbalik di Jalan Sungai Tiram, Batu 19, Sandakan yang menyebabkan dua anggota tentera maut.
 
TAWAU: Jenazah dua anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Sandakan semalam diterbangkan ke Kuala Lumpur pagi ini.

Antara yang hadir di Lapangan Terbang Tawau ialah Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, dan Timbalannya, Brig Jen Subari Tomo.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi semalam, Sarjan Mohd Hanif Patahur, 31, dan Prebet Ahmad Feleni Mansor, 23, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Sungai Tiram di Batu 19, Sandakan.

Empat lagi anggota tentera cedera dalam kemalangan yang sama, iaitu pemandu kereta perisai Mohd Faizal Ahmad, 29; Mohd Amaruddin Che Soh, 29; Mohamad Haffez Khairudin, 24; dan Ifaiznor Ismail, 29.

Mohd Hanif berasal dari Johor dan Ahmad Fikri dari Kelantan adalah anggota Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kuantan dan bertugas selama tiga bulan di Kem Sri Kinabatangan sejak 15 Julai lepas.

BERNAMA

Wanita tidak sesuai jadi pemimpin


  • Nor AzamirNor Azamir

SEREMBAN – Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berpendapat, wanita tidak sesuai menjadi pemimpin, sekiranya masih ada lelaki untuk memimpin.

Malah katanya, dalam Islam sendiri tidak menggalakkan golongan wanita menjadi pemimpin kerana tidak sesuai.

“Seorang wanita tidak digalakkan menjadi pemimpin, sekiranya masih terdapat golongan lelaki dalam kalangan mereka.

“Lelaki diciptakan oleh ALLAH SWT sebagai umat untuk memimpin, dan biarlah  golongan Adam ini sahaja yang memimpin dan melindungi. Adalah tidak sesuai jika pemimpin terdiri daripada kalangan golongan Hawa, sedangkan masih ada ramai lagi lelaki yang boleh dilantik sebagai ketua.

“Bagaimanapun, wanita juga boleh dijadikan ketua, namun itu melihat pula kepada situasi,” katanya.

Menurutnya, walaupun seseorang wanita itu dilihat layak menjadi pemimpin, namun ia masih tidak sesuai, berikutan terdapatnya had yang mungkin tidak boleh diikuti dari segi syarak.

“Mungkin ada beberapa perkara yang akan membataskan pergerakannya sebagai pemimpin, malah kita khuatir akan timbul fitnah yang boleh menjatuhkan maruahnya.

“Oleh sebab itu, wanita dinasihatkan supaya tidak dilantik menjadi pemimpin demi menjaga kesucian dan kehormatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, berdasarkan hukum syarak, wanita tidak boleh menjadi pemimpin besar.

Katanya, perkara itu adalah hukum atau aturan undang-undang yang harus dipatuhi oleh setiap umat Islam berdasarkan al-Quran dan hadis.

Dalam perkembangan sama, beliau menekankan bahawa seseorang pemimpin perlu mempunyai kebolehan, bersikap jujur dalam pentadbiran serta adil.

Dua kereta cikgu hangus terbakar


  • Proton Waja milik seorang guru di SMK Telok Panglima Garang terbakar secara tiba-tiba.Proton Waja milik seorang guru di SMK Telok Panglima Garang terbakar secara tiba-tiba.

TELOK PANGLIMA GARANG - Dua kenderaan milik guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang, Kuala Langat terbakar di kawasan tempat letak kenderaan di sekolah berkenaan, semalam.

Kejadian berlaku kira kira jam 8.46 pagi itu apabila guru sekolah berkenaan, S Virmala meninggalkan kenderaannya dengan enjin dipercayai masih belum dimatikan sebelum keluar semula untuk ke pejabat sekolah untuk urusan kebenaran ke klinik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Banting Mohd Jaslizad Jalil berkata, kejadian melibatkan dua kenderaan jenis Proton Waja yang terbakar sepenuhnya manakala sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Myvi hanya terbakar di bahagian belakang akibat terkena percikan api.

Menurutnya, pihaknya terpaksa menggunakan saluran dari air tangki jentera bomba untuk proses pemadaman sehingga kebakaran tersebut padam sepenuhnya.

“Ketika anggotanya tiba, api sudah marak dan keadaan kenderaan sudah terbakar secara keseluruhan.

“Namun pihak kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Myvi yang berada bersebelahan kenderaan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Jaslizad berkata, mangsa memaklumkan beliau meninggalkan keretanya dalam masa 10 minit dan kemudian dimaklumkan oleh pelajar kenderaannya terbakar.

Katanya, laporan awal memaklumkan kenderaan tersebut sudah dimatikan tetapi terkejut ia terbakar secara tiba tiba sehingga terkena ke arah bahagian belakang sebuah lagi kenderaan berhampiran.

“Api dapat dikawal kira kira 9.15 pagi dan padam sepenuhnya lima minit kemudian.

“Bagaimanapun anggaran kerugian dan punca kebakaran disebabkan daripada fius overload,” katanya.

Jaslizad turut menafikan dakwaan pihak tertentu kenderaan itu dibakar oleh pelajar kerana siasatan masih lagi dijalankan.

"Bagaimanapun mujur tiada kemalangan nyawa berlaku kerana melibatkan kawasan pelajar sekolah lalu-lalang," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan ketika kejadian kenderaan terbabit terbakar sendiri sebelum menerima maklumat daripada pelajar yang bergegas ke pejabat sekolah memaklumkan kenderaan milik guru tingkatan enam itu terbakar secara tiba tiba.

Menurut sumber, dia segera bergegas ke kenderaan yang sudah berasap itu kerana bimbang guru terbabit masih berada di dalam kereta.

Namun katanya, mujur tiada sesiapa di dalam kenderaan sebelum melihat guru berkenaan bergegas semula ke keretanya melihat kenderaannya terbakar di hadapan mata.

Atuk temui ajal selepas sarapan


  • Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menyiasat insiden yang menimpa Wah PengPegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menyiasat insiden yang menimpa Wah Peng

MUAR – Seorang warga emas lelaki maut selepas basikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Salleh, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Heng Wah Peng,83, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar minum pagi bersama rakan-rakan di sebuah warung di Jalan Salleh sebelum singgah sebuah kedai runcit membeli barangan dapur.

Malangnya, semasa membelok ke kanan memasuki Lorong Haji Hassan Nindung ke rumahnya di Taman Mas Jaya, basikal mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta dari arah yang sama menghala ke Bukit Pasir.
Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak ke atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian.  Pemandu dan dua penumpang kereta terbabit yang berusia antara 20 hingga 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, menjadi kebiasaan setiap pagi mangsa menaiki basikal ke warung membeli sarapan pagi dan barangan dapur.

“Kira-kira jam 8 pagi tadi, saya sempat menegur Wah Peng dan memintanya agar tidak keluar kerana cuaca mendung dan kelihatan mahu hujan.

“Tetapi mangsa mengatakan tidak mengapa dan terus berlalu menunggang basikal. Dua jam kemudian, saya dikejutkan dengan berita insiden yang menimpanya,” katanya yang tidak menyangka pertemuan terakhir dengan jirannya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisoner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat.

“Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Suri rumah rugi RM10,000



KOTA BHARU - Seorang suri rumah kerugian RM10,000 selepas diperdaya sindiket gores dan menang yang beroperasi di sebuah pasar raya terkemuka di sini, lebih dua minggu lalu.

Menceritakan kejadian itu, Noraini Mohd Nor, 38, berkata, dia bersama suami ke pasar raya terbabit untuk membeli susu anaknya berusia setahun.

“Saya kemudiannya dihampiri dua lelaki yang menawarkan dua kad kecil sebelum menyuruh saya membukanya.

“Mulanya saya menolak tetapi mereka tak putus asa. Kad pertama tertera perkataan ‘Thank You’, manakala ketika buka kad kedua menunjukkan 'pemenang bertuah’," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, lelaki terbabit memaksanya dan suami ke pejabat mereka, kononnya untuk menuntut hadiah dimenangi.

“Sampai di pejabat mereka di Jalan Padang Bongor, kami dibawa berjumpa dengan majikan mereka dikenali sebagai Danny.

“Lelaki itu berkali-kali mengucapkan tahniah kepada kami kerana kononnya memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan.

“Danny juga turut menunjukkan album gambar pemenang bertuah yang didakwanya telah memenangi hadiah sebagai bukti meyakinkan kami yang mereka tidak memperdaya dan menipu kami,” katanya yang turut dipaksa menyentuh kad mempunyai cip sesentuh dan dipaparkan mereka memenangi tilam bernilai RM35,000.

Noraini berkata, mereka kemudiannya dipaksa mengeluarkan RM9,900 di bank, kononnya sebagai cagaran dan untuk mendapatkan nombor siri wang tersebut.

“Saya hanya ikut sahaja telunjuk mereka sehingga sanggup mengeluarkan wang simpanan yang telah lama saya kumpul kerana berhajat untuk menunaikan haji," katanya yang segera membuat laporan polis selepas menyedari ditipu sindiket berkenaan.

Tauke restoran didakwa tipu wanita


  • Mohd Amin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan penipuan ke atas seorang wanitaMohd Amin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan penipuan ke atas seorang wanita

JOHOR BAHRU - Seorang pengusaha restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas empat pertuduhan menipu seorang wanita melibatkan penjualan kereta Mercedes, tujuh tahun lalu.
Mohd Amin Hew Abdullah, 56, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menipu dan memperdaya Tan Sook Fuen, 52, bagi mendorong wanita itu untuk mendapatkan kereta Mercedes jenis E240 tahun 2003 yang dilelong kastam dengan harga murah.

Sook Fuen kemudiannya menyerahkan wang tunai RM15,000 kepada Mohd Amin di No 9, Jalan Puchong 4, Taman Perling, kira-kira jam 8 malam, 16 Januari 2007.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd Amin didakwa melakukan perbuatan sama kepada Sook Fuen di Ambank (M) Bhd cawangan Skudai, sehingga mendorong wanita itu mendepositkan RM25,000 ke akaun Ambank miliknya, jam 9.45 pagi, 18 Januari 2007.

Pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama kepada Sook Fuen sehingga mendorong wanita itu mendepositkan RM13,500 dan RM35,000 ke akaun milik tertuduh
Kesalahan ketiga dan keempat itu dilakukan di cawangan bank sama pada pukul 9.12 pagi dan 9.30 pagi pada 22 Januari 2007.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.

Majistret Mohd Azlan Shah membenarkan tertuduh diikat jamin RM17,000 dan menetapkan 3 September ini untuk sebutan semula kes.

Penganggur ke tali gantung


  • dadah

KOTA BHARU - Seorang pemuda berusia 20 tahun dihukum gantung selepas didapati bersalah edar 66.2 gram heroin, di mahkamah tinggi, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Datuk Azman Abdullah terhadap Mohamed Hasrool Mohamed Najri selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan itu didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 66.2 gram di sebuah stesen minyak di Mukim Maka, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, pada jam 5.10 petang, 15 Julai 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nordalina Ali, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Ridzuan Awang.

Azman dalam keputusannya berkata, tertuduh dalam pembelaannya gagal mematahkan anggapan mengedar di atas imbangan kebarangkalian, dengan itu pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan munasabah.

“Hanya satu sahaja hukuman di bawah seksyen ini dan mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan barangan kes dan dadah serta bungkusannya disimpan selamat oleh pihak polis hingga rayuan selesai sepenuhnya.

Dalam perkembangan lain, dua lelaki dihadapkan di mahkamah sama terhadap tuduhan mengedar dadah methampetamine seberat 1.5 kilogram, Mac lalu.

Zulkifli Ibrahim, 37, dan Mamaruslan Dromae, 42, didakwa bersama-sama mengedar 14,652 pil kemerahan dan 148 pil hijau jenis methampetamine seberat 1.5 kilogram di sebuah rumah di Taman Sri Rantau, Rantau Panjang, pada jam 4 petang, 19 Mac lalu.

MRT: Kontraktor tidak ikut SOP punca nahas - JKKP

SELASA, 19 OGOS 2014 @ 9:24 PM

SIASTAN awal inspektor keselamatan JKKP mendapati prosedur operasi standard (SOP) pemasangan 'parapet wall' di landasan tidak dipatuhi kontraktor.
 
KUALA LUMPUR: Siasatan awal kejadian blok landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) runtuh semalam mendapati prosedur operasi standard (SOP) pemasangan landasan terbabit tidak dipatuhi oleh kontraktor.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Zabidi Md Adib, berkata siasatan awal oleh inspektor keselamatan JKKP mendapati ketika kejadian, tiada pengawasan oleh jurutera atau penyelia terhadap pemasangan 'parapet wall' di landasan berkenaan.

"Proses pemasangan 'parapet wall' landasan itu sepatutnya diawasi atau diselia oleh jurutera yang bertauliah bagi memastikan semua kerja dijalankan mengikut prosedur," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Sehubungan itu, JKKP mengeluarkan arahan 'henti kerja' serta merta di tapak pembinaan itu sehingga siasatan penuh selesai dijalankan.

Manakala pihak kontraktor perlu tampil mengemukakan kertas kerja bagaimana menyelesai dan mencegah insiden seumpama itu daripada berulang.

"Arahan itu dikeluarkan kepada kontraktor utama, sub-kontraktor serta pemilik projek berkenaan iaitu Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd," katanya.

Katanya, sekiranya siasatan lengkap mendapati berlaku sebarang aktiviti pelanggaran undang-undang, maka tindakan seterusnya adalah mendakwa pihak yang terlibat di mahkamah.

Sementara itu, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata isu utama yang timbul berhubung kejadian adalah isu keselamatan yang tidak dititikberatkan oleh kontraktor terlibat.

"Isu keselamatan di tempat kerja adalah sangat penting dan semua orang yang terlibat seharusnya mematuhi setiap arahan bagi mengelak kejadian sebegini berlaku," katanya.

Beliau berkata, beberapa siri kejadian malang membabitkan MRT dan terbaharu semalam boleh melunturkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.

"MRT Corp perlu memulihkan keyakinan orang ramai terhadap mereka dengan bertanggungjawab penuh atas kejadian semalam," katanya.

Mengulas laporan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, Lee berkata ia tindakan bermaruah dan harus dihormati.

"Saya anggap beliau (Azhar) begitu komited terhadap keselamatan dan tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan saya hormat tindakan beliau (meletak jawatan)," katanya.

Semalam, tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut akibat dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara pada jam 8.34 malam.

MRT Corp, dalam satu kenyataan, menyatakan pekerja terbabit ialah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

Sementara itu, Azhar berkata beliau diberitahu bahawa mangsa berada di atas 'span' sebelum kemalangan berlaku.

"Terdapat empat pekerja sebenarnya, seorang di tanah, tiga yang lain berada di atas. Saya difahamkan dan perlu mendapat pengesahan bahawa mereka ada memasang pengikat badan.

"Saya rasa mungkin pengikat badan ini yang menghalang mereka daripada melarikan diri dari 'span' konkrit berkenaan mengakibatkan mereka terhempap oleh konkrit itu," katanya pada sidang akhbar sebelum mengumumkan peletakan jawatan sebagai CEO berkuat kuasa serta merta.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Albar, pula berkata dalam tempoh seminggu, MRT Corp serta JKKP akan mengemukakan laporan masing-masing.

- BERNAMA

27 pelombong terperangkap akibat letupan di timur China

SELASA, 19 OGOS 2014 @ 7:55 PM

PASUKAN penyelamat bersiap sedia untuk masuk ke dalam lombong arang batu di Wilayah Anhui untuk menyelamatkan mangsa letupan yang menyebabkan 27 pekerja di bawah tanah terperangkap.
 
BEIJING: Satu letupan di sebuah lombong arang batu di timur China menyebabkan 27 pekerja di bawah tanah terperangkap.

Media tempatan melaporkan, 12 pekerja berjaya dikeluarkan dari lombong milik swasta di Bandar Huainan di Wilayah Anhui selepas letupan manakala seorang cedera akibat terbakar, lapor agensi berita Xinhua.

Anggota penyelamat mengalami kesukaran untuk sampai ke lokasi pelombong yang terperangkap kerana letupan itu meruntuhkan sebahagian terowong, lapor Xinhua, memetik pegawai keselamatan, Wu Zhiyong.

Punca letupan masih dalam siasatan.

Xinhua melaporkan, pemilik lombong, Dongfang Coal Mine didapati tidak mematuhi arahan daripada kerajaan tempatan lebih sebulan lalu agar semua lombong menghentikan sementara pengeluaran kerana musim banjir.

Stesen televisyen China Central Television melaporkan, kebanyakan mereka yang terperangkap adalah pelombong berusia 40-an. - AP

Penyamun ala ‘Suarez’


Kota Tinggi: Seorang inspektor dan detektif dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) cedera digigit seorang suspek samun ketika mereka bergelut untuk menahan lelaki itu, di sini, semalam.
Sebelum itu, pegawai dan anggota polis berkenaan bersama mangsa samun berjaya mengesan penjenayah itu di kawasan Pandan, Johor Bahru melalui isyarat telefon bimbit iPhone milik mangsa yang dilarikan lelaki terbabit.
Pegawai dan detektif polis itu mengambil mangsa dan anak lelakinya di Hotel New York, Jalan Abdullah Tahir di Johor Bahru dan bergegas ke arah Kota Tinggi bagi mengesan suspek.

Menurut sumber, hampir dua jam memantau pergerakan lelaki itu, mereka mengesan kereta suspek di Jalan Niaga 10, di sini, sebelum kenderaan yang disyaki itu bergerak ke Jalan Tun Seri Lanang.
Foto
KESAN gigitan pada seorang daripada mangsa.
Foto
LOGO Persatuan Bekas Polis Bukit Aman pada kereta dinaiki suspek.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, suspek memandu keretanya secara melawan arus laluan sehala dan apabila dia berhenti di sebuah kedai serbaneka, pegawai dan anggota polis menghampirinya.

Selepas memperkenalkan diri dan meminta dokumen pengenalan diri, lelaki terbabit tiba-tiba bertindak ganas menyebabkan berlaku pergelutan.

Suspek menggigit kedua-dua polis itu di tangan dan bahu serta cuba merampas pistol milik inspektor berkenaan, namun kecekapan pegawai terbabit dapat mengelak kejadian yang tidak diingini dan penjenayah bertubuh sasa itu berjaya diberkas.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/20

Acu pistol tak puas hati ditahan polis


Kuala Lumpur: Seorang lelaki cuba berlagak samseng apabila mengacu sepucuk pistol kepada anggota polis peronda (MPV) yang menahannya atas kesalahan melanggar lampu isyarat di Jalan Kepong, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, peniaga restoran berusia 53 tahun dikatakan sengaja bertindak demikian untuk menakut-nakutkan anggota polis berkenaan selain ingin mengelak daripada ditahan.

Sumber berkata, kejadian itu bermula apabila dua anggota polis MPV yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan terserempak dengan suspek yang memandu keretanya secara melulu.

“Anggota polis kemudian mengekori kereta suspek dan ketika tiba di satu persimpangan lampu isyarat, suspek tidak berhenti meskipun lampu isyarat bertukar merah.

“Melihat tindakan itu, anggota polis terbabit kemudian membunyikan siren MPV dan mengejar kereta berkenaan, namun suspek terus memecut laju lalu melanggar dua lagi lampu isyarat merah di jalan sama,” katanya.

Menurut sumber, suspek hanya memberhentikan keretanya sebaik tiba di depan sebuah apartmen di Bandar Manjalara, Kepong sambil berlagak samseng dengan menyelit sepucuk pistol pada pinggangnya.

“Suspek mengacukan pistol itu kepada anggota polis sambil memberitahu dia bukan penjenayah dan tidak melakukan sebarang jenayah malah turut memiliki lesen memandu yang sah.

“Anggota polis cuba bertanyakan alasan dia mengacukan pistol namun suspek meninggikan suara menyebabkan anggota polis terpaksa menahannya dan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk siasatan,” katanya.

Katanya, polis merampas sepucuk pistol jenis Glock 19 dan 13 butir peluru milik suspek.



Suspek mengaku memiliki lesen senjata api namun ia tertinggal di rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan katanya siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/20