Search This Blog

Monday, August 18, 2014

8 maut bangunan runtuh di Afrika Selatan

ISNIN, 18 OGOS 2014 @ 10:32 PM

ANGGOTA penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang dipercayai maut selepas tertimbus di bawah runtuhan di Meyersdal, selatan Johannesburg, semalam.
 
JOHANNESBURG: Lapan pekerja maut apabila sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan runtuh dan ramai lagi yang dipercayai terperangkap dalam sisa runtuhan, kata pekerja kecemasan.

Buruh terbabit sedang membina sebuah rumah dua tingkat di tanah persendirian di Meyersdal, selatan Johannesburg ketika ia runtuh.

"Pada mulanya, lima mayat sudah ditemui dari celah runtuhan dan angka korban kemudiannya meningkat kepada lapan," kata jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Ekurhuleni.

Seramai 10 pekerja lain pula dibawa ke hospital termasuk dua mengalami kecederaan serius.

Katanya, punca kejadian belum dapat dipastikan. - AFP

Dua maut nahas kereta api barang di Arkansas

ISNIN, 18 OGOS 2014 @ 4:41 PM
Pasukan kecemasan melakukan kerja menyelamat di tempat kejadian di mana dua kereta api 'Union Pacific' bertembung di Hoxie, Arkansas semalam.
 
WASHINGTON: Dua orang terbunuh dan dua cedera apabila kereta api barang 'Union Pacific' bertembung di Arkansas, awal pagi semalam.

Kemalangan berlaku di Hoxie pada kira-kira jam 3 pagi (4 petang Malaysia) semalam.

Mangsa dipercayai anggota kru kereta api terbabit, kata kenyataan polis.

Kebakaran yang berlaku berpunca daripada sebuah gerabak yang membawa minuman beralkohol.

Kira-kira 500 orang yang tinggal di sekitar 2.5 kilometer di sekeliling tempat kejadian dipindahkan berikutan laporan mengenai pengeluaran bahan berbahaya.

Mereka bagaimanapun kini sudah kembali ke rumah masing-masing.

Kedua-dua kereta api dikatakan sedang membawa bahan kimia toksid ketika kejadian. - AFP

8 maut bangunan runtuh di Afrika Selatan


 
JOHANNESBURG: Lapan pekerja maut apabila sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan runtuh dan ramai lagi yang dipercayai terperangkap dalam sisa runtuhan, kata pekerja kecemasan.

Buruh terbabit sedang membina sebuah rumah dua tingkat di tanah persendirian di Meyersdal, selatan Johannesburg ketika ia runtuh.

"Pada mulanya, lima mayat sudah ditemui dari celah runtuhan dan angka korban kemudiannya meningkat kepada lapan," kata jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Ekurhuleni.

Seramai 10 pekerja lain pula dibawa ke hospital termasuk dua mengalami kecederaan serius.

Katanya, punca kejadian belum dapat dipastikan. - AFP

Warga emas rugi RM50,000


Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun kerugian hampir RM50,000 selepas dipercayai disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau di Simpang Tiga, Tasek Gelugor dekat sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 3.30 pagi ketika mangsa dan isteri berusia 51 tahun tidur sebelum suspek yang menceroboh kediaman mereka mengejutkan mangsa bangun dengan meletakkan pisau di atas dada.


Jurucakap polis berkata, mangsa dan isteri kemudian diikat tangan serta kaki dengan menggunakan kabel manakala mulut ditutup dengan pita pelekat sebelum ketiga-tiga suspek menyelongkar rumah mangsa.

"Antara barangan yang dilarikan suspek termasuk barang kemas, wang tunai RM2,000, sebuah kereta Proton Saga, dua telefon bimbit dan dokumen peribadi mangsa serta isterinya.


"Hasil siasatan mendapati mangsa hanya tinggal berdua dengan isterinya manakala suspek dikatakan memakai topeng dan bersarung tangan dengan dua daripadanya dipercayai warga tempatan manakala seorang lagi percayai warga Indonesia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Lelaki mati tersangkut pokok


Kampar : Seorang lelaki orang Asli ditemui maut selepas terjatuh dan tersangkut di atas dahan pokok petai dalam kejadian di Taman Seri Emas, di sini, 4.30 petang semalam.
Mangsa, Jony Pandak, 29, dipercayai tersilap langkah lalu terjatuh dan tersangkut pada dahan pokok ketika sedang mengutip petai di pokok setinggi 10 meter berkenaan.
Jurucakap Bomba Negeri berkata, pihaknya yang menerima maklumat berhubung perkara itu segera bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota bomba yang tiba ditempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri ketika diturunkan.
Foto
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat cuba menurunkan mayat mangsa yang tersangkut. FOTO ihsan Bomba

"Pasukan perubatan yang bergegas ke tempat kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

"Jarak daripada jalan utama ke lokasi kira-kira 3 kilometer dan hanya boleh dilalui jalan denai,"katanya.

Beliau berkata, anggota penyelamat terpaksa menggunakan tali dan stretcher untuk menurunkan mangsa lalu dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Geng samun bersenjata tumpas


Oleh Nur Saliawati Salberi

Shah Alam: Sekumpulan penjenayah yang aktif melakukan samun bersenjata sekitar Tanjung Karang, Sungai Buloh dan Tanjung Malim tumpas selepas ditahan sepasukan anggota polis di Kota Malim Prima dekat Tanjung Malim, Perak semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Rahim Jaafar, kumpulan penjenayah terbabit aktif melakukan samun sejak dua tahun lalu terutama membabitkan kes samun tepi jalan.


"Semua sembilan ahli kumpulan terbabit termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Polis turut merampas tiga motosikal curi, 16 telefon bimbit, dua unit komputer riba serta beberapa barang curi yang lain," katanya.


Menurutnya seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes samun manakala dua daripada mereka didapati positif dadah dan mereka direman sehingga 24 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Lelaki ditahan dengan senapang


Oleh Ibrahim Isa

Muar: Seorang lelaki ditahan bersama selaras senapang buatan sendiri di sebuah pondok di Kamping Tengah Sungai Abon, Muar pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, lelaki itu ditahan dalam satu serbuan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai seorang lelaki mencurigakan.


Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 27 tahun itu menjadikan pondok berkenaan sebagai tempat tinggalnya.

"Polis turut temui dua kelongsong peluru berukuran 40mm, 14 kelongsong peluru 7.62mm dan 14 kelongsong peluru 5.56mm," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.


Menurut Azman, pihaknya turut menemui alat GPS, empat telefon bimbit, iPad dan tujuh jam tangan.


Katanya, lelaki berkenaan juga didapati positif dadah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Pekerja ladang bebas daripada tuduhan bunuh anak sendiri


KUANTAN 18 Ogos - Seorang pekerja ladang dibebaskan daripada tuduhan membunuh anak kandungnya di sebuah rumah di Felda Sungai Panching Selatan di sini, dua tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman membuat keputusan itu selepas tertuduh Mohd. Aswadey Ismail, 31, disahkan tidak waras ketika melakukan jenayah berkenaan dan tidak mengetahui tindakan itu satu kesalahan.
Hakim Ab. Karim memerintahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menerima rawatan dan dibebaskan sekiranya mendapat perkenan dan diberi pengampunan daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Mohd. Aswadey didakwa membunuh anak kandungnya berusia 11 bulan di antara pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam pada 16 November 2012 di rumah mereka yang bernombor 146, Felda Sungai Panching Selatan di sini.
Bagi kesalahan itu, Mohd. Aswadey didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Khalmizah Salleh manakala tertuduh diwakili peguam, Syed Azimal Syed Abu Bakar. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140818/ma_01/Pekerja-ladang-bebas-daripada-tuduhan-bunuh-anak-sendiri#ixzz3AkrkZ5Mb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Operator kilang maut dirempuh kereta


WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Ogos 2014

JOHOR BAHRU – Seorang operator kilang maut selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 31, Lebuh Raya Pasir Gudang, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Bandar Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, mangsa, Rmah H’Phin, 23, merupakan warganegara Vietnam dirempuh sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Pasir Gudang menghala ke bandaraya ini, kira-kira jam 7.30 malam.

“Perlanggaran tersebut menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan sebelah kanan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan juga mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian mangsa ketika melintas jalan,” katanya.

Abdul Samad berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pengawal keselamatan maut


  • Beberapa rakan mangsa mengelilingi mayat mangsa sementara menunggu ketibaan polis.Beberapa rakan mangsa mengelilingi mayat mangsa sementara menunggu ketibaan polis.

BATANG KALI - Seorang pengawal keselamatan maut akibat dilanggar kereta ketika berjalan kaki pulang dari tempat kerja.

Menurut rakan mangsa, Ankit Jogi, 24, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin di Kilometer 38, Jalan Kuala Lumpur - Ipoh dekat Kampung Batu 30.

“Dia jalan kaki sendirian masa balik kerja.

“Di sini gelap masa dia jalan kaki ada kereta langgar dia. Kepalanya cedera parah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Prem Bahdur Karki, 30, berasal daripada Nepal.

Katanya, mangsa bekerja di sebuah kilang pembuatan alat ganti kenderaan dekat tepat kejadian itu dan telah bekerja hampir empat tahun.

“Dia ada isteri dan anak masih kecil di kampung.

“Dia pun baru saja balik dari kampung selepas cuti dua bulan tapi bila datang sini mati di sini,” katanya sedih dengan kejadian menimpa rakannya.

Menurutnya, di sini mangsa tinggal menyewa di kawasan perumahan Kampung Batu 30.

Ankit berkata, tahun lalu seorang rakannya juga maut dalam kemalangan dan seorang cedera ketika balik kerja.

Maut terperosok bawah lori


  • Keadaan mangsa yang terperosok di bawah lori dalam kemalangan malam kelmarin.Keadaan mangsa yang terperosok di bawah lori dalam kemalangan malam kelmarin.

KLANG - Seorang pemandu lori tidak menyangka rasa berat pada salah satu tayar kenderaannya rupanya akibat terpijak tubuh manusia.

Pemandu berusia 54 tahun itu segera memberhentikan lori dipandunya dan terkejut apabila mendapati sekujur tubuh lelaki terperosok di bawahnya.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, kejadian berlaku pada jam 8.40 malam kelmarin sewaktu lori berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang menuju ke Pelabuhan Barat.

“Setibanya di persimpangan Pulau Indah, pemandu lori itu terasa seperti terlanggar sesuatu. Dia kemudiannya keluar memeriksa dan terkejut dengan kejadian itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai terperosok ke bawah lori berkenaan sebelum kejadian itu.

“Mangsa yang sudah meninggal dunia dibawa ke Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Bapa 8 anak rugi RM40,000


  • Dua daripada tiga anggota Pertahanan Awam Marang membantu menebang pokok yang menimpa kenderaan dan atap rumah Zakaria di Rhu Renggeh, kelmarin.Dua daripada tiga anggota Pertahanan Awam Marang membantu menebang pokok yang menimpa kenderaan dan atap rumah Zakaria di Rhu Renggeh, kelmarin.

MARANG – Sebuah keluarga di Kampung Rhu Renggeh, di sini, dikejutkan dengan kejadian angin kencang hingga memusnahkan kenderaan mewah dan atap kediaman mereka, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu mengakibatkan sebatang pokok mangga berusia lebih 50 tahun menimpa kereta Grand Starex Royale milik mangsa menyebabkan beberapa bahagian kenderaan tersebut dan 20 atap rumahnya mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.

Bapa lapan anak, Zakaria Deraman, 56, berkata, ketika kejadian, dia bersama keluarga berada di dalam rumah dan tidak menyangka kebimbangannya menjadi kenyataan apabila pokok mangga itu menghempap kereta serta kediamannya.

“Selepas kejadian, anggota Pertahanan Awam Marang membantu menebang pokok, manakala penduduk berdekatan membersihkan kawasan. Hari ini (semalam) saya sudah menggantikan kerosakan atap rumah,” katanya.

Menurut Zakaria lagi, kejadian itu juga mengakibatkan dia mengalami kerugian dianggarkan kira-kira RM40,000.

Dua beradik maut kemalangan


  • Muhamad Hafeez Hadzry maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta dipandu bapanya yang merempuh pembahagi jalan.Muhamad Hafeez Hadzry maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta dipandu bapanya yang merempuh pembahagi jalan.

KUALA KANGSAR - Dua beradik maut apabila kereta Toyota Vios dipandu bapa mereka hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 231.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, di sini, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11 malam itu turut menyebabkan tiga lagi penumpang cedera.

Mangsa Muhamad Hafeez Hadzry Ismail, 9, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Afrina Nur Jameela Ismail, 6, meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, keluarga mangsa yang berasal dari Kuantan, Pahang itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan mereka di Bukit Merah selepas melawat pekan Changkat Jering.

“Bagaimanapun, sebaik melepasi Plaza Tol Changkat Jering, kenderaan yang dipandu Ismail yang juga pengurus sebuah syarikat telekomunikasi di Kuantan itu tersalah arah dan ingin membuat pusingan di Plaza Tol Kuala Kangsar.

“Bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandunya dikatakan hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Kesan pelanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke luar jalan,” katanya.

Ghuzlan berkata, siasatan awal mendapati bapa mangsa dan anak bongsunya tidak mengalami kecederaan teruk manakala isterinya, Idayu Sulaiman, 31, hanya mengalami patah bahu kanan.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan,” katanya.

Terkilan diaibkan


  • Wan Nur Shaqyra (tengah) bersama kedua ibu bapa menunjukkan laporan polis dan gambar yang mengaibkan tersebutWan Nur Shaqyra (tengah) bersama kedua ibu bapa menunjukkan laporan polis dan gambar yang mengaibkan tersebut

KUANTAN - Seorang mahasiswi bukan sahaja berdepan dengan situasi memalukan dan menyedihkan tetapi terkilan apabila diaibkan seorang rakan lelaki di laman sosial Facebook, tiga hari lalu.

Wan Nur Shaqyra Husna Wan Azlan, 21, menerima kiriman gambar melalui aplikasi ‘WhatsApp’ daripada rakan baiknya kelmarin yang menunjukkan gambar mereka diapit dengan gambar binatang iaitu anjing dan khinzir.

Menurutnya, sebaik menerima gambar itu, dia terkejut dan sedih selain rasa diaibkan.

“Saya dan rakan tidak tahu apa motif lelaki terbabit menyunting gambar kami dan meletakkan gambar binatang di antara kami.

“Saya hanya mengenali lelaki itu kerana dia berkawan rapat dengan seorang lagi rakan serumah saya ketika belajar di sebuah institusi pengajian awam di Ipoh,” katanya ketika ditemui di sini.

Wan Nur Shaqyra yang juga anak bongsu kepada Yang Dipertua Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Pahang (Bakkiss) Wan Azlan Wan Salleh itu berkata, dia yang sudah tamat pengajian empat bulan lalu bingung dengan situasi tersebut.

Katanya, gambar mereka turut dimuatkan di laman sosial atas nama ‘Jet Pejuang’.

“Selepas melihat gambar itu, saya dan bapa menghubungi lelaki itu supaya meminta maaf dan padam gambar tersebut.

“Dia akur dan meminta maaf namun hanya dibuat secara sambil lewa selain turut membuat kenyataan berbaur ugutan,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Nur Syaqyra membuat laporan polis di Balai Polis Beserah untuk membersihkan namanya dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Sementara ibu Wan Nur Syaqyra, Nora Muda, 46, turut melahirkan rasa sedih di atas insiden yang menimpa anak bongsunya.

“Perkara itu tidak wajar berlaku dan ia memalukan kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam.

“Saya cukup berharap pihak bertanggungjawab mengambil perhatian serius terhadap perkara ini dan si pelaku patut diadili,” katanya.

Mohon kerja kemas rumah sebelum mencuri


  • Pasangan suami isteri ini dihukum penjara 3 dan dua bulan oleh mahkamah majistretPasangan suami isteri ini dihukum penjara 3 dan dua bulan oleh mahkamah majistret

KUALA TERENGGANU - Taktik sepasang suami isteri menjadikan anak perempuan mereka yang baru berusia tiga tahun sebagai ‘umpan’ untuk mengaburi mata sebelum bertindak melarikan seutas gelang tangan emas dan wang RM300 milik seorang warga emas tidak menjadi apabila kedua-duanya ditahan polis.

Susulan itu, Zulkarnaine Mohamad, 40, dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan denda RM3,000 manakala isterinya, Suhana Said, 39, dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Kedua-duanya turut berdepan penjara enam bulan lagi jika gagal menjelaskan denda.

Keputusan itu dibuat selepas pasangan tersebut mengaku salah bersama-sama dengan sengaja menolong memindahkan seutas gelang tangan emas dan duit RM300 milik Maimon Mahmud, 73.

Berdasarkan fakta kes, pada 26 Jun lalu, kira-kira jam 10.30 pagi, semasa mangsa berada di rumahnya di Jalan Sekolah Kebangsaan Chendering, di sini, datang seorang wanita iaitu Suhana bersama seorang kanak-kanak perempuan ingin mengemas rumahnya.

Mangsa membenarkan Suhana untuk membuat kerja di dalam rumah kerana sebelum ini, iaitu lima bulan lalu, Suhana pernah datang ke rumahnya memohon kerja sebagai pembantu rumah dengan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Na’.

Bagaimanapun, kira-kira jam 1 petang, Suhana meminta izin untuk membeli nasi dan berjanji akan sambung semula kerja-kerjanya, namun dia tidak muncul selepas itu.

Mangsa berasa tidak sedap hati dan membuat pemeriksaan di dalam rumahnya sebelum mendapati seutas gelang tangan emas bernilai kira-kira RM4,000 dan wang tunai lebih kurang RM300 miliknya telah hilang.

Yakin barangan berkenaan dilarikan Suhana, mangsa membuat laporan polis dan pada 11 Ogos lalu, lebih kurang jam 2.20 petang, Suhana dan suaminya ditangkap di hadapan sebuah rumah di Kampung Pengkalan Gelugor, Gelugor Kedai.

Hasil siasatan, Suhana mengaku mencuri barang tersebut dan memaklumkan dia bersama suaminya telah menjual gelang tangan berkenaan kepada peraih emas di Jalan Banggol, di sini.

Pesakit Ebola lari dari pusat kuarantin


MONROVIA 18 Ogos - Sebanyak 17 pesakit Ebola di Liberia melarikan diri dari sebuah pusat kuarantin selepas bangunan itu diserang sekumpulan pemuda bersenjatakan kayu semalam, situasi yang menyukarkan usaha untuk membendung penyebaran penyakit tersebut.
Serangan ke atas Pusat Monrovia mengutarakan kesukaran dihadapi pihak berkuasa kesihatan dalam membendung epidemik yang membunuh 1,145 orang sejak ia merebak di barat Afrika pada awal tahun ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140818/lu_11/Pesakit-Ebola-lari-dari-pusat-kuarantin#ixzz3AjFs8XL0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Helah kereta rosak makan diri

Dua lelaki ditahan di Jalan Perani ketika anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah.
Dua lelaki ditahan di Jalan Perani ketika anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah.
KOTA TINGGI - Dua lelaki yang mendakwa mengalami kerosakan kereta di Jalan Perani dekat sini, dicekup anggota polis yang cuba membantu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, dalam kejadian 15 Ogos itu, dua anggota polis sedang membuat rondaan mendapati kedua-dua lelaki tersebut berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, hasil semakan rekod lampau, seorang daripadanya mempunyai rekod kesalahan curi kenderaan.

“Pada awalnya kehadiran anggota polis untuk memberi bantuan kepada lelaki terbabit yang mendakwa kereta jenis Proton Wira biru tersebut rosak.

"Bagaimanapun, kelakuan mereka mencurigakan dan hasil pemeriksaan lanjut mereka gagal memberi keterangan berhubung status kereta dan kita dapati nombor enjin juga telah diganggu.

“Hasil siasatan lanjut mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod kesalahan mencuri kenderaan dan dalam senarai dikehendaki polis kerana melupuskan kenderaan dan menjual komponen kenderaan," katanya.

Selain itu, menurutnya, kedua-dua suspek turut mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.

Rahmat berkata, suspek berusia antara 24 dan 28 tahun yang juga merupakan penganggur kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Ugut bunuh ibu kerana duit

Mohd Zaki dibawa keluar dari mahkamah untuk dihantar menjalani hukuman di penjara
Mohd Zaki dibawa keluar dari mahkamah untuk dihantar menjalani hukuman di penjara
KOTA BHARU - Padah mengugut untuk membunuh ibunya kerana wang, seorang penganggur dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad terhadap Mohd Zaki Mohd Zulkefli, 26, dari Kampung Chekok Tengah, Jalan Panji, di sini.

Tertuduh mengaku salah didakwa mengugut dengan mengacu pisau kepada Ani Daud, 48, di alamat sama pada jam 5 petang, 12 Jun lalu.

Dalam kejadian itu, pengadu berada di rumah dan tiba-tiba anak bongsunya mengamuk kerana pengadu tidak memberi duit yang diminta olehnya. Tertuduh mengamuk dan mengugut untuk membunuh mangsa sambil berkata “nak duit, kalu ma tok buwi nok goni” (nak duit, kalau
mak tidak bagi nak benda ini) sambil meletakkan pisau di dadah pengadu.

Pengadu menjadi takut kerana sebelum ini tertuduh pernah memukulnya. Pengadu juga takut anaknya itu membunuhnya. Sebelum ini, anaknya itu pernah mengugut untuk membakar rumah dan tertuduh pernah menyimbah minyak tanah ke rumah pengadu tetapi membatalkan niat itu apabila pengadu memberinya wang.

Hukuman diputuskan Nik Habri berdasarkan keterangan impak daripada ibu tertuduh dan beliau turut menasihatkan Mohd Zaki supaya tidak mendendami ibunya dan menjadikan hukuman itu sebagai pengajaran.

“Hukuman ini adalah permintaan daripada ibu kamu. Tidak ada ibu yang jahat pada anaknya, kalaupun ada, mesti ada sebabnya. Dengan ibu bapa kata ‘uhh’ pun tidak boleh, lagikan ugut hendak bunuh. Sepatutnya kamu yang menjaga ibu kamu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, dua lagi seorang penganggur, Yusrizan Yusoff, 27, dan Mohd Rizalman Jusoh, 34, juga dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah sama atas kesalahan ugutan bunuh.

Yusrizan mengaku salah mengugut bunuh bapanya, Yusoff Saman, 72, dengan berkata ‘kalu mu tok beri duit aku bubuh, aku katok (pukul) mu’ di alamat Kampung Pangkal Kuang, Ketereh, di sini, pada jam. 3.30 petang, 15 Jun lalu.

Sementara, Mohd Rizalman pula mengaku didakwa mengugut bapa saudaranya, Mohd Noor Awang, 63, dengan mengacu parang dan berkata ‘aku nok bunuh puak mu bertiga’ di sebuah rumah di Kampung Berangan Kadok, Ketereh, di sini, pada jam 3.30 pagi, 11 Julai lalu.

Kes-kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri dan Noor Dayana Mohamad, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan.

85 maut banjir di Kathmandu

Ratusan rumah musnah akibat dihanyutkan banjir di Bardiya. Foto: AFP
Ratusan rumah musnah akibat dihanyutkan banjir di Bardiya. Foto: AFP
KATHMANDU - NEPAL. Sekurang-kurangnya 85 maut dalam kejadian hujan monsun di Nepal, semalam.

Jurucakap Kementerian Perumahan, Laxmi Prasad Dhakal berkata, tentera terpaksa memindahkan ribuan penduduk di Bardiya akibat terjejas teruk.

"Pasukan penyelamat melancarkan operasi mencari mangsa selepas hujan monsun itu menghanyutkan ratusan rumah dan berlaku tanah runtuh," katanya dalam laporan AFP.

Menurutnya, hujan lebat itu juga memusnahkan jalan raya di sekitar kawasan barat negara itu yang bersempadan dengan India.

"Helikopter terpaksa digunakan untuk menyelamatkan penduduk terkandas dan menghantar bekalan kecemasan. Sehingga kini, 18,200 orang di Bardiya sudah dipindahkan ke pusat pemindahan," katanya.
Beliau berkata, operasi kini juga tertumpu kepada pengawalan wabak taun kerana tiada bekalan air bersih.

Banjir di Nepal: 54 mati, 142 dilaporkan hilang

SABTU, 16 OGOS 2014 @ 6:34 PM

 
KATMANDU: Banjir dan tanah runtuh di barat Nepal mengorbankan sekurang-kurangnya 54 orang dan 142 dilaporkan hilang ketika hujan berterusan sejak tiga hari lalu, kata pegawai hari ini.

Pegawai polis Kesh Bahadur Shahi berkata, sebanyak 10 daerah dilanda banjir apabila anggota penyelamat menemui 54 mayat.

Katanya, angka kematian dijangka terus meningkat.

Hujan sejak Khamis lalu di kawasan berkenaan, iaitu kira-kira 400 kilometer barat ibu negara, Katmandu.

Lebuh raya dan jalan raya sama ada ditenggelami air atau disekat akibat tanah runtuh di daerah

berkenaan sehingga menyukarkan anggota penyelamat untuk sampai ke perkampungan terpencil.

Shahi berkata, beribu-ribu penduduk di perkampungan terpencil kini terkandas dan tanah ladang dihanyutkan manakala rumah dinaiki air sehingga memaksa penduduk mencari perlindungan di tempat tinggi.

Cuaca buruk turut menjejaskan usaha helikopter penyelamat untuk sampai ke kawasan yang terjejas. - AP

Seorang maut, 34 dijumpai masih hidup dalam kontena kapal di Britain


SEORANG lelaki dijumpai mati manakala 34 yang lain masih hidup dalam kontena kapal selepas kakitangan di pelabuhan Tilbury, London selepas terdengar bunyi ketukan dan jeritan daripada dalam kontena berkenaan.
  AHAD, 17 OGOS 2014 @ 11:58 AM
TILBURY (United Kingdom): Seorang lelaki dijumpai mati dan 34 lain masih hidup dalam kontena kapal selepas kakitangan di sebuah pelabuhan di Britain terdengar bunyi ketukan dan jeritan daripada dalam.

Lelaki, wanita dan kanak-kanak itu, dipercayai dari India, dijumpai di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Tilbury di timur London, dalam kapal dari pelabuhan Zeebrugge, Belgium.

Semua mereka yang terselamat dibawa ke hospital berdekatan; dua serius tetapi tidak berada dalam keadaan yang mengancam nyawa, sementara yang lain mengalami dehidrasi dan suhu badan terlalu rendah yang mencapai tahap bahaya.

Polis akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan berikutan kejadian itu. Polis Essex juga melancarkan siasatan pembunuhan kerana terdapat mangsa maut dalam kejadian itu.

Polis sudah menggeledah 30 daripada 64 kontena dalam kapal P and O itu yang tiba semalam, bagi memeriksa sama ada terdapat mangsa lain, kata kata Superintendan Polis Trevor Roe.

Syarikat P and O Ferries berkata kontena berkenaan tiba di Dermaga Zeebrugge di Belgium kira-kira sejam sebelum ia dimuatkan ke dalam feri.

Dua jam kemudian, kapal itu memulakan perjalanan selama lapan jam semalaman. Kapal itu membawa 64 kontena, 72 treler dan lima trak dan pemandu.

Lelaki yang maut itu disahkan mati di tempat kejadian oleh pasukan perubatan di Tilbury.

"Ia memerlukan siasatan pembunuhan dari pandangan polis," kata Roe.

Tambahnya, ia adalah isu kemanusiaan dan kebajikan mangsa diutamakan.

Pasukan penyiasat juga kini menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan mangsa terselamat dan akan menunggu sehingga mereka pulih untuk menemubual mereka dengan bantuan juru bahasa.

Katanya, penyiasatan akan menjurus kepada kumpulan atau sesiapa sahaja yang mungkin terbabit dalam konspirasi ini yang membawa mangsa ke negara ini dengan cara demikian.

"Adalah jelas bahawa kita perlu membawa mereka ke muka pengadilan," kata ahli parlimen tempatan, Stephen Metcalfe.

"Hakikatnya ialah begitu ramai orang melakukan perjalanan jauh dan dalam keadaan terdesak untuk masuk ke UK - sama ada dengan sendiri atau dianjurkan oleh pihak lain dan situasi ini amat menyedihkan," katanya kepada BBC.

BBC juga memetik Pasukan Sempadan UK sebagai berkata pada 2012-2013, terdapat lebih 11,000 cubaan untuk menyeberangi English Channel secara haram.

Pada 2000, 58 pendatang haram warga China mati akibat sesak nafas berikutan saluran udara ke kontena di mana mereka ditempatkan ditutup dalam perjalanan ke pelabuhan Dover di selatan England.

Pada Julai tahun lalu, polis Britain menahan dua orang selepas 15 pencari perlindungan dijumpai tersembunyi di dalam sebuah lori tangki di atas sebuah feri di Dover.

Awal bulan ini, 16 orang, dipercayai dari Ethiopia, dijumpai dalam unit sejuk beku sebuah trak di luar London. Mereka ditahan kerana disyaki memasuki secara haram.

Pada Jun lalu, lapan pendatang haram, semuanya warga Afghan, diselamatkan di English Channel apabila bot mereka rosak. - AFP

85 maut berikutan banjir di Kathmandu

AHAD, 17 OGOS 2014 @ 1:36 PM

HUJAN monsun menghanyutkan rumah dan mengorbankan sekurang-kurangnya 85 orang.
 
KATHMANDU: Pasukan penyelamat melancarkan gerakan mencari mangsa selepas hujan monsun menghanyutkan rumah dan mengorbankan sekurang-kurangnya 85 orang di sini semalam.

Hujan lebat minggu lalu mengakibatkan berlaku tanah runtuh dan banjir, yang mengorbankan 85 orang dan menyebabkan lebih 100 hilang, menurut kementerian perumahan.

Hujan lebat itu juga memusnahkan jalan raya di sekitar kawasan barat negara ini yang bersempadan dengan India, menyebabkan pihak penyelamat terpaksa menggunakan helikopter untuk menyelamatkan penduduk terkandas dan menghantar bekalan kecemasan.

Jurucakap Kementerian Perumahan, Laxmi Prasad Dhakal berkata pihak tentera memindahkan beribu-ribu orang dari daerah Bardiya yang terjejas teruk.

"Kami sudah memindahkan 18,200 orang di Bardiya dan membawa mereka ke pusat pemindahan di mana mereka boleh mendapat bantuan.

"Kebimbangan utama kami ialah kemungkinan berlaku wabak taun dalam kalangan mereka yang terbabit. Setakat ini belum ada kes lagi tetapi pihak kementerian sudah membuat persediaan bagi mengelakkan tercetusnya wabak," kata Dhakal. - AFP

15 pelancong hilang dalam kejadian bot karam di Indonesia

AHAD, 17 OGOS 2014 @ 6:26 PM

 
JAKARTA: Kira-kira 15 pelancong hilang selepas bot mereka karam di kawasan kepulauan timur Indonesia.

Daripada sejumlah 25 penumpang dan anggota kru yang menaiki bot itu, hanya 10 orang berjaya diselamatkan selepas bot itu karam dalam perjalanannya dari Lombok ke kepulauan Komodo.

Menurut seorang penduduk, Suryaman, nasib 15 orang lagi itu masih belum diketahui, yang mempunyai lima anggota kru Indonesia dan 20 rakyat asing.

Bot itu meninggalkan Lombok pada malam Khamis lalu dan karam semalam pada kira-kira jam 7 malam waktu tempatan.

"Kami hanya menerima laporan pada jam 8 pagi hari ini. Nelayan tempatan berjaya menyelamatkan lima orang sebelum pasukan penyelamat tiba," katanya.

Pihak berkuasa berkata daripada 10 orang yang diselamatkan, dua orang adalah rakyat New Zealand, dua Sepanyol dan seorang dari Britain.

Pengendali syarikat pelancongan itu, Tajudin Sam, berkata bot terbabit mungkin menghadapi cuaca buruk. Perjalanan bot dari Lombok ke Komodo boleh mengambil masa tiga hari. Komodo terkenal kerana biawaknya, yang menarik perhatian ramai pelancong. - Reuters

Bayi ‘mandi’ hujan


Rantau Panjang: Seorang ibu dalam berpantang selepas melahirkan anak kedua lima hari lalu, terperanjat besar apabila bumbung bilik rumah keluarganya di Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Gual Tambun, di sini, tercabut dipukul ribut, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Nor Safari Abdul Rahman, 27, sedang berehat apabila melihat muka bayinya, Nur Zara Amanda Najwa Mohd Yasmin yang berusia lima hari basah terkena hujan. 
“Ketika itu saya memerhatikan Nur Zara Amanda Najwa yang tidur dan terkejut mendapati mukanya basah, manakala hujan mencurah-curah memasuki bilik. 

“Kejadian berlaku pantas dan saya tidak sedar bila bumbung bilik diterbangkan angin. Saya segera mengangkat anak dan memanggil suami (Mohd Yasmin Yasim, 33) untuk membantu,” katanya yang tinggal di rumah itu bersama keluarga kakak sulungnya, Norizan Abdul Rahman, 38.
Foto
ZABIDAH bersama suami Suhaji Juraimi melihat bumbung rumahnya yang diterbangkan angin.

Jirannya Zabidah Samad, 60, terkejut apabila pulang dan melihat bumbung rumah rosak.

Katanya, ketika kejadian dia bersama suami dan anak bongsu tiada di rumah kerana mengajar al-Quran di Pondok Agama Lubok Tapah. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

‘Kon’ sangkut tayar


Pelabuhan Klang: Seorang pemandu lori 10 tayar terkejut apabila objek yang disangkakan kon sebenarnya mayat seorang penunggang motosikal yang digilis dalam kejadian di Jalan Pelabuhan Barat, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, pemandu berusia 46 tahun itu dikatakan dalam perjalanan menghala Pelabuhan Barat dari arah Pelabuhan Klang dekat sini, apabila tiba-tiba terdengar bunyi kuat dan merasakan ada sesuatu tersangkut di tayar lorinya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, pemandu terbabit kemudian memberhentikan kenderaannya untuk memeriksa bunyi berkenaan mendapati ia sebenarnya mayat seorang lelaki dipercayai penunggang motosikal.
“Orang ramai yang melihat kejadian itu kemudian membantu mengeluarkan mangsa terbabit yang dikenal pasti sebagai Md Nandu Madbor, berusia 20-an, seorang warga Bangladesh.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori berkenaan tidak menyedari kehadiran mangsa yang menunggang motosikal di lorong kanan jalan berhampiran persimpangan Kampung Pulau Indah dan kemungkinan lampu belakang motosikal mangsa juga tidak berfungsi.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Foto
ORANG ramai membantu mengeluarkan mayat mangsa dari celah tayar lori.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Kutip kotak nyawa melayang


Melaka: Seorang pekerja restoran maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) arah Melaka dekat Cheng, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa, Ji Ah Sun, 57, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala, tangan serta kaki kiri dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang tinggal di Taman Cheng Perdana, di sini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai mengutip tin dan kotak untuk dijual sebagai barangan kitar semula sebelum terbabit dalam kemalangan itu.
Menurut sumber, ketika mangsa hendak melintas dari sebuah pasar raya ke rumahnya, muncul sekumpulan pemuda bermotosikal dari arah Paya Rumput ke pusat bandar sebelum seorang daripadanya merempuh mangsa dipercayai akibat hilang kawalan.
“Akibat rempuhan itu, mangsa mati di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat, manakala pemuda yang merempuhnya cedera dan dibawa ke hospital sama untuk dirawat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Melaka Tengah Asisten Superintendan V Gunasegaran ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.
Foto
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memeriksa mayat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Melaka.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Wanita 6 suami



Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Lelaki yang memilih untuk bernikah di negara jiran terutama menggunakan khidmat sindiket perlu bersedia berdepan pelbagai risiko termasuk wanita pilihannya itu mungkin berstatus isteri kepada lebih daripada seorang lelaki.

Pengerusi Pertubuhan SukaGuam Malaysia (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pihaknya yang mengendalikan kes berkaitan dengan undang-undang syariah menerima banyak aduan berkaitan masalah dihadapi lelaki yang bernikah di negara jiran.



“Ada satu kes, lelaki berumur 38 tahun terkejut apabila mendapati isteri yang baru dua hari dinikahinya berada bersama lelaki lain di dalam sebuah bilik ketika dia cuba membuat kunjungan mengejut.

Apabila disiasat, lelaki itu rupa-rupanya suami wanita berusia 21 tahun yang dikahwininya itu.

“Malah, wanita itu mempunyai enam lagi suami dan mengakui dia berkahwin semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah daripada semua ‘suami-suaminya’ itu, ” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan muka depan Harian Metro Jumaat lalu mengenai semakin ramai lelaki Malaysia yang kemaruk untuk mendapat bini rahsia sanggup ke Pulau Batam, Indonesia bagi melakukan urusan pernikahan yang mengenakan mahar semurah Rp1,000 (27 sen) hingga Rp10,000 atau RM2.70 saja mata wang Malaysia.

Lebih menarik apabila status pernikahan dilakukan jurunikah tanpa tauliah daripada pemerintah Indonesia itu adalah sah walaupun tidak mengikut prosedur dan upacara ini dikenali oleh rakyat tempatan sebagai ‘nikah siri’.

Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata, pernikahan dengan gadis dari negara jiran yang tidak diketahui latar belakang keluarga dan keturunan oleh lelaki Malaysia kebanyakannya hanyalah indah khabar dari rupa.

“Ada kes yang diterima SukaGuam, kegembiraan suami hanya bertahan selama empat atau lima bulan sebelum tembelang isteri mulai terbongkar sedikit demi sedikit menyebabkan suami terpaksa berdepan tekanan emosi sehingga mengganggu kehidupan sehariannya.

“Tidak salah jika mahu memperisterikan gadis asing, tetapi seelok-eloknya kenalilah bakal isteri sedalam-dalamnya terutamanya latar belakang keluarga dan menuruti perkahwinan yang mematuhi rukun serta mengikut saluran undang-undang di negara ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Taktik bawa isteri, anak tak menjadi


Bukit Kayu Hitam: Tindakan seorang pegawai polis membawa isteri dan anaknya untuk mengaburi pihak berkuasa tidak berhasil selepas dia ditahan ketika cuba menyeludup keluar kereta mewah Toyota Vellfire di sempadan Malaysia-Thailand di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, pegawai polis berpangkat inspektor berusia 40-an itu dipercayai membawa isteri serta anaknya bagi mengelak ditahan pihak berkuasa dalam usahanya membawa masuk kereta curi berkenaan ke Thailand.

Difahamkan, suspek bertugas di Jabatan Logistik Bukit Aman bersama isterinya berusia 30-an serta anak perempuannya berusia lima tahun itu ditahan dalam cubaan keempat mereka menyeludup keluar kereta curi.

Sumber berkata, suspek ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam di sekatan jalan raya UPP selepas menerima risikan.

“Suspek mengaku cuba membawa masuk kereta curi ke negara jiran, malah menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kereta itu sebelum ditahan di kilometer 1.3 Jalan Bukit Kayu Hitam, di sini.

“Ketika ditahan suspek membawa beg pakaian dirinya serta keluarga di dalam kereta dipercayai untuk bermalam di negara jiran sebelum pulang ke tanah air.

“Kami tidak pasti sama ada suspek beroperasi sendirian di dalam sindiket itu atau mengambil upah membawa masuk kereta daripada sindiket lain,” katanya, di sini semalam.

Menurut sumber, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan.

“Kereta dipandu suspek dilaporkan hilang pada 3 Oktober 2012 di Subang Jaya, Selangor.

“Kami akan mendapatkan kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi tindakan lanjut,” katanya.

‘Mandi’ kuah roti canai


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Seorang wanita terpaksa bermandi kuah roti canai selain ditendang dan dibelasah hanya kerana menegur suaminya bercakap lama dengan madunya melalui telefon ketika mereka berdua sedang bersarapan.

Dalam kejadian jam 8 pagi kelmarin, wanita berusia 35 tahun dan suaminya berusia 30-an itu sedang bersarapan di rumah mereka di Sungai Besi, di sini, sebelum tiba-tiba isteri kedua menghubungi suaminya.


Menurut sumber, mangsa pada mulanya tidak mempedulikannya, namun apabila lelaki itu berbual terlalu lama, dia kemudian menegurnya menyebabkan suaminya melenting dan terus memarahinya.

“Akibatnya terlalu marah, suami mangsa mengambil satu mangkuk berisi kuah roti canai dan menyimbahnya ke arah muka mangsa menyebabkan wanita itu menjerit kesakitan kerana terkena mata.


“Tidak cukup dengan itu, suaminya turut bertindak kejam dengan menendang perut, selain menumbuk muka isterinya beberapa kali,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Padah kemaruk untung



Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

Kuala Terengganu: Kerakusan seorang lelaki menjadi pengedar rokok seludup hingga disenaraikan sebagai antara paling dikehendaki pihak berkuasa di Terengganu, dijatuhkan hukuman denda RM1.3 juta dan penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Masri Sulong, 37, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan menyimpan rokok seludup mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 oleh Majistret Abdul Hayyi Salim.


Mengikut pertuduhan pertama, Masri mengaku salah menyimpan barang larangan itu di sebuah premis tidak bernombor berhampiran sebuah rumah di Kampung Beladau Selat, di sini, jam 6.45 petang pada 27 Januari lalu, iaitu 109 karton rokok putih Premium, 156 karton rokok putih Halftime, 56 karton rokok putih Canyon (Hijau), 140 karton rokok putih Pine Apple, 45 karton rokok putih Pine Strawberry dan 36 karton rokok putih John Menthol.

Lelaki berkenaan turut didakwa menyimpan 84 karton rokok putih John White, 25 karton rokok putih John White Menthol, 5,500 karton rokok putih John White, 4,500 karton rokok putih John White (merah), 40 karton rokok kretek LB Light, 200 karton rokok kretek Minna dan 16 karton rokok kretek Minna Barokah.


Semua rokok terbabit mempunyai nilai taksiran RM109,742 iaitu barangan yang dilarang import mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import dan Eksport) 2012 dengan niat mengelak larangan itu.


Selain itu, tindakan melucutkan hak semua rokok kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu untuk dilupuskan boleh dikenakan mengikut Peruntukan Lucut Hak mengikut Seksyen 127 (1) Akta Kastam 1967.

Bagi pertuduhan pertama, Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM1,097,420 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Bagi pertuduhan kedua, Masri mengaku salah pada hari dan waktu sama menyimpan barang larangan iaitu 500 karton rokok putih John White dan 1,500 karton rokok putih John White (merah) yang ditaksirkan bernilai RM20,000 di dalam sebuah lori yang diletakkan berhampiran rumah terbabit.

Semua rokok dan lori miliknya juga akan dilucutkan hak kepada JKDM Terengganu untuk dilupuskan mengikut Peruntukan Lucut Hak mengikut Seksyen 127(1) Akta Kastam 1967.

Bagi pengakuan salah itu, Masri dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM200,000 atau empat bulan penjara lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Bagaimanapun, Abdul Hayyi memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Isteri meninggal di pangkuan suami


Permaisuri: Hasrat seorang suami untuk membawa isterinya menghadiri jemputan kenduri seorang saudaranya di Kampung Durian Guling, Marang, tidak kesampaian apabila kenderaan pacuan empat roda Nissan Frontier dinaiki mereka, terbabas dan merempuh pembahagi jalan menyebabkan wanita berkenaan maut, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Dalam kejadian di Kilometer 43.5 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berdekatan pekan Sungai Tong, dekat sini, Che Minah Che Soh, 52, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. 

Menurut suami mangsa, Abdul Manaf Husin, 57, dari Taman Perumahan Rumah Murah Kampung Raja, Besut, sebelum kejadian itu dia memandu pada kelajuan biasa. 

Katanya, ketika berada di satu selekoh tiba-tiba tayar belakang kenderaannya tergelincir berikutan jalan licin dan dia gagal mengawal kenderaan lalu merempuh pembahagi jalan menyebabkan isterinya tercampak keluar.
Foto
ABDUL Manaf berdiri di sebelah jasad isterinya di tempat kejadian.

“Selepas keluar dari kenderaan saya memeluk isteri dan sempat mengajarnya mengucap sebelum dia meninggal dunia di atas pangkuan saya.

“Saya hanya luka kecil itu dan walaupun reda, namun di hati tetap sedih kehilangan isteri di hadapan mata,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, kelmarin. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Abdul Rahman Raja Mohamed berkata, difahamkan kenderaan pacuan empat roda berkenaan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu. 

“Sebaik tiba di tempat kejadian pemandu kenderaan itu gagal mengawal kenderaannya lalu hilang kawalan dan terbabas merempuh tiang lampu sebelum masuk ke laluan bertentangan. 

“Isteri mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Remaja langgar polis gagal lolos


Oleh Nur Saliawati Salberi

Shah Alam: Dua remaja lelaki nekad melarikan diri daripada sekatan jalan selepas melanggar seorang anggota polis bertugas dalam ‘Ops Rempit’ di Persiaran Perbandaran Seksyen 14 di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, remaja berusia 19 tahun itu bersama rakannya yang juga pelajar tingkatan tiga berusia 15 tahun berjaya diberkas selepas motosikal yang mereka naiki gagal dikawal lalu terbabas di bahu jalan.

Remaja berusia 15 tahun dikenali sebagai Irfan dari Teluk Gong dekat Klang berkata, mereka berdua tidak nampak ada anggota polis bertugas kerana ketika kejadian, dia dan rakannya yang menunggang motosikal itu terlalu takut.

“Saya tahu salah melarikan diri daripada poli,s tetapi kami terlalu takut kerana tiada lesen memandu dan bimbang disaman menyebabkan nekad berpatah balik.

“Ibu dan bapa tidak tahu saya datang ke sini (Shah Alam) kerana sebelum keluar rumah, saya hanya cakap mahu keluar berjumpa rakan di kawasan berhampiran rumah,” katanya.

Sepanjang operasi, kebanyakan penunggang motosikal bagaikan mempunyai ‘nyawa simpanan’ kerana kebanyakan daripada mereka cukup berani mengambil risiko mempertaruhkan nyawa dengan menunggang secara melawan arus selain nekad merempuh sekatan jalan diadakan.

Selain itu, mereka juga nekad memecut laju motosikal masing-masing tanpa memikirkan keselamatan diri dan anggota polis bertugas walaupun sudah diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Tindakan itu hanya sebenarnya mengundang padah apabila ada antara mereka berlanggar sesama sendiri selain terbabas dalam longkang dalam usaha melarikan diri.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam Deputi Superintendan Goh Lee Shen berkata, operasi yang bermula jam 12 tengah malam dan berakhir lima jam kemudian itu dijalankan serentak di dua kawasan tumpuan mat rempit iaitu di Persiaran Perbandaran dan Persiaran Masjid.

“Hasil pemeriksaan terhadap 635 kenderaan, sebanyak 109 motosikal disita kerana tidak mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala 260 saman dikeluarkan,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Hilang dua anak serentak


Kuala Kangsar: Percutian lima beranak ke sebuah pusat peranginan di Bukit Merah di sini, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 231.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran susur Kuala Kangsar, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa, Muhamad Hafeez Hadzry Ismail, 9, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Afrina Nur Jameela Ismail, 6, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Toyota Vios yang dipandu bapa mangsa, Ismail Mohammad Saat, 33, gagal dikawal sehingga terbabas ke kiri jalan.

“Lima beranak dari Kuantan, Pahang itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan mereka di Bukit Merah selepas keluar ke pekan Changkat Jering, dekat sini.
Foto
SEORANG daripada anak mangsa maut di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, sebaik melepasi Plaza Tol Changkat Jering, kereta yang dipandu Ismail yang juga pengurus cawangan sebuah syarikat telekomunikasi di Kuantan itu tersalah arah dan ingin membuat pusingan ‘U’ di Plaza Tol Kuala Kangsar. Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri jalan,” katanya.

Menurutnya, kesan rempuhan itu menyebabkan dua anak Ismail tercampak ke luar hingga menyebabkan seorang daripadanya maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

“Kedua-dua mayat dibedah siasat di Hospital Taiping sebelum dituntut keluarga mangsa untuk urusan pengebumian,” katanya.

Ghuzlan berkata, Ismail bersama anak bongsunya,Muhammad Hareez Hafiey, 4, cedera ringan manakala isteri Ismail, Idayu Sulaiman, 31, patah bahu kanan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

5 kali gagal bunuh isteri


Moscow: Seorang peniaga Russia yang tidak mahu berkongsi kekayaan dengan isterinya, menanggung kerugian lebih besar selepas ditipu lima pembunuh upahan palsu sebelum ditangkap.

Sebuah mahkamah di Moscow mengesahkan, Konstantin Monastyrsky, 47, dihukum penjara lapan setengah tahun selepas didapati bersalah cuba membunuh isterinya.

Menurut akhbar Moskovsky Komsomolets, Monastyrsky mendakwa isterinya kaki botol, tetapi tidak mahu menceraikannya kerana akan menyebabkan dia terpaksa menyerah separuh hartanya.

Monastyrsky sebaliknya merancang membunuh isterinya dan menemui seorang lelaki yang mendakwa dirinya pembunuh upahan.

Dia membayar 200,000 ruble (RM17,500) kepada lelaki itu.



Bagaimanapun, apabila tidak ada apa-apa berlaku, Monastyrsky menemui lelaki berkenaan semula sebelum menyedari dia pemabuk dan sudah menghabiskan semua wang terbabit untuk membeli arak.

Dalam pengakuannya kepada polis, Monastyrsky berkata, ia cubaan kelimanya untuk membunuh isterinya dan menghabiskan antara 100,000 hingga 500,000 ruble untuk setiap cubaan.

Kisahnya berakhir dengan isterinya menguasai semua hartanya.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Pengawal terjun tingkat 10


Bayan Baru: Baru seminggu memulakan tugas sebagai pengawal keselamatan, seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental nekad terjun dari tingkat 10 pangsapuri tempat dia bekerja di Jalan Lengkuk Mahsuri, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mayat Cheah Tor Pin, 46, ditemui berhampiran lif di tingkat bawah pangsapuri berkenaan oleh beberapa penghuni yang terdengar bunyi kuat ketika mangsa jatuh.


Difahamkan, mangsa baru seminggu bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri terbabit dan dikatakan mempunyai masalah mental.

Polis turut menemui ubat dipercayai pil penenang jiwa dalam kocek seluarnya.


Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 39, dia terdengar bunyi kuat ketika berada di rumahnya di tingkat satu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Kaki cedera terpijak periuk api



HAMZAH menunjukkan kaki kirinya yang cedera akibat terpijak periuk api sambil diperhatikan isterinya, Zawiyah Said di rumah mereka di Kampung Tok Dor, Ajil, Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang bekas tentera, Koperal Hamzah Musa, 64, berharap generasi muda sekarang menghayati dan mempertahankan kemerdekaan negara kerana ia adalah sesuatu yang sangat berharga.
“Zaman dahulu kami mengangkat senjata. Saya sendiri menyertai tujuh operasi sekitar tahun 1970-an untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis.
“Setiap kali masuk hutan, kami akan menyertai operasi selama tiga bulan dan pelbagai pengalaman pahit manis telah dilalui atas rasa tanggungjawab dan amanah memelihara kedaulatan negara,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Tok Dor, Ajil dekat sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3Ah8h15uu 
Hakcipta terpelihara 

Adi Fashla cedera kemalangan



ADI FASHLA (kiri) berehat di tepi jalan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 47, Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak berdekatan Bukit Tinggi, Bentong semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang penyampai radio stesen Era FM cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 47, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi, Bentong, Pahang semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9.45 pagi itu, Adi Fashla Juraimi, 36, (gambar kecil) mengalami kecederaan retak bahu dan jari kiri selepas motosikal jenis BMW yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.
Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, Adi yang kini masih berada di wad kecemasan di sebuah hospital mengalami kecederaan pada bahu dan jari.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3Ah8Ul1P5 
Hakcipta terpelihara 

2 beradik maut selepas bercuti



KEADAAN mayat Muhamad Hafeez yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 231.8 Lebuh Raya Utara-Selatan di Kuala Kangsar malam kelmarin.


KUALA KANGSAR – Kegembiraan sebuah keluarga menikmati percutian di sebuah pusat peranginan dekat sini berakhir duka apabila dua beradik maut dalam kemalangan di Kilometer 231.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini kelmarin.
Nahas yang berlaku pada pukul 10 malam itu mengakibatkan Muhamad Hafeez Hadzry Ismail, 9, mati di tempat kejadian manakala adiknya, Afrina Nur Jameela, 6, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Taiping.
Bagaimanapun, dalam kejadian malang itu, ibu bapa mangsa dan adik bongsu dua beradik malang itu terselamat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3Ah8L5yUy 
Hakcipta terpelihara 

Tiga lagi geng bogel serah diri



SEBAHAGIAN peserta pesta bogel di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang.


GEORGE TOWN – Tiga lagi individu yang terlibat dengan penganjuran pesta bogel di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang di sini pada 30 Mei lalu ditahan selepas mereka menyerah diri di balai polis di Balik Pulau.
Tangkapan terbaharu itu melibatkan penganjur pesta bogel kedua iaitu Albert Yam, 54, dan seorang peserta pesta itu, Lionel Lau, 50, ketika mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di Balik Pulau pukul 6 petang kelmarin.
Seorang lagi peserta wanita pesta itu ditahan pukul 5 petang semalam di IPD Barat Daya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3Ah88Lnmv 
Hakcipta terpelihara