Search This Blog

Saturday, August 16, 2014

Tiga kebakaran di lokasi berasingan

Api marak dengan cepat menyebabkan rumah kosong di Batu 7, Jalan Trong, musnah terbakar.
Api marak dengan cepat menyebabkan rumah kosong di Batu 7, Jalan Trong, musnah terbakar.
Sebuah jentolak rentung dalam kebakaran, pagi semalam.
Sebuah jentolak rentung dalam kebakaran, pagi semalam.
Api marak hingga menyebabkan penduduk panik.
Api marak hingga menyebabkan penduduk panik.
Orang ramai melihat keadaan van milik Klinik Pergigian Taiping yang terbakar, kelmarin.
Orang ramai melihat keadaan van milik Klinik Pergigian Taiping yang terbakar, kelmarin.
TAIPING – Tiga kebakaran dilaporkan berlaku di tiga lokasi berasingan membabitkan sebuah rumah tinggal, jentolak dan sebuah van, di sini.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku antara jam 3 petang, kelmarin hingga jam 4 pagi itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Di Jalan Kota, seorang pemandu van sebuah klinik kesihatan sempat menyelamatkan diri selepas van milik Klinik Pergigian Taiping yang dipandu tiba-tiba meletup dan terbakar.

Mangsa, M Govindan, 35 berkata, van tersebut digunakan untuk membawa kakitangan klinik berkenaan, namun ketika dalam perjalanan, ia tiba-tiba menghadapi masalah.

“Ketika kejadian, van berkenaan baru sahaja melalui kawasan berhampiran Masjid India Taiping dekat Jalan Kota, kira-kira jam 3.10 minit petang, kelmarin,” katanya.

Govindan berkata, bimbang dengan keselamatan diri selepas melihat bahagian enjin van berasap, dia bertindak membuka pintu van dan keluar menyelamatkan diri.

“Sebaik berjaya menyelamatkan diri, saya terdengar satu letupan yang dan melihat van terbakar.

"Mujur anggota bomba segera memadamkan kebakaran itu,” katanya.


Jentolak musnah 70 peratus

Sementara di Taman Seri Hijau, sebuah jentolak musnah sehingga 70 peratus selepas terbakar dalam kejadian di Jalan Serigala, kira-kira jam 4 pagi, semalam.

Keadaan itu menggemparkan penduduk dan bimbang api akan merebak ke kawasan berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, api marak dengan cepat bagaimanapun tindakan pantas bomba berjaya memadamkan kebakaran itu.

“Kita menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu, kira-kira jam 4.06 pagi.

"Tidak ada mangsa terlibat kerana jentolak tersebut ditinggalkan di kawasan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua hos air sepanjang 30 meter dan menggunakan air dari tangki jentera.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.


Rumah kosong terbakar

Di Batu 7, Jalan Trong pula, sebuah rumah yang ditinggalkan kosong musnah sehingga 85 peratus dalam kebakaran, kelmarin.

Kejadian pada jam 3.15 petang itu, membabitkan sebuah rumah jenis kelas B iaitu separuh papan dan separuh batu.

Hasna berkata, rumah berkenaan ditinggalkan kosong oleh pemiliknya kerana bekerja di luar kawasan.

“Dalam operasi pemadaman itu, sebanyak dua jentera termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar turut membantu.

“Bagi operasi berkenaan, kita juga mendapatkan bantuan daripada pasukan Bomba dan Penyelamat Kamunting,” katanya.

Hasna berkata, operasi pemadaman bermula jam 3.38 petang dan berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 4.29 petang.

“Ketika pasukan bomba sampai di tempat kejadian, api sudah marak menyebabkan hampir keseluruhan struktur rumah berkenaan musnah,

"Tindakan pantas pihak bomba dapat mengelakkan api itu marak ke rumah berhampiran” katanya.

Mangsa tak sempat sertai seminar


  • Keadaan kereta Perodua Viva yang dinaiki lima pelajar politeknik remuk teruk.Keadaan kereta Perodua Viva yang dinaiki lima pelajar politeknik remuk teruk.

HULU BERNAM - Seorang remaja maut selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki bersama lima rakan yang lain terbabit dalam nahas jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 403.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat susur keluar Plaza Tol Tanjung Malim kira-kia jam 12.30 pagi semalam.

Difahamkan, kelima-lima mereka adalah merupakan pelajar di sebuah politeknik di Dungun, Terengganu dan dalam perjalanan untuk menghadiri seminar di Tanjung Malim.

Menurut seorang mangsa, Norshamimi Salleh, 20, dia yang memandu bersendirian gagal mengelak sebuah kenderaan yang laju di lorong kanan dan tersasar ke lorong tengah di depannya menyebabkan dia panik dan melanggar belakang lori tangki di lorong kiri.

“Saya di lorong tengah, laluan berselekoh dan menurun, masa tu ada kereta laju memotong sebelah kanan tapi macam makan jalan sikit jadi akibat panik terlanggar lori tangki menyebabkan kereta berpusing dan terhenti di tengah jalan," katanya.

Menurutnya, keadaan gelap menyebabkan kenderaan lain tidak dapat mengelak keretanya di tengah jalan dan sekali lagi dirempuh sebuah kenderaan lain selepas dia keluar menyelamatkan diri.

"Beberapa minit lepas itu sebuah kereta Perodua Viva dinaiki lima pelajar terbabit turut terbabas ketika cuba mengelak kereta saya.

"Kereta itu langgar besi pembahagi jalan di tengah sebelum berpusing-pusing dan langgar besi pengadang tepi jalan beberapa kali sebelum melanggar lori tangki. Saya perhatikan dari jauh sebab orang yang selamatkan saya suruh tunggu di sini,” katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang selepas makan malam daripada Bukit Beruntung ke Kampung Keliang.

Manakala, pemandu lori tangki terbabit, R Muniandi, 62, berkata, ketika itu dia dalam perjalanan dari Klang ke Pulau Pinang.

“Saya di lorong kiri tiba-tiba dengar bunyi hentaman kuat. Saya tengok ada seorang perempuan dalam Toyota Avanza  itu jadi saya berhenti di bahu jalan nak pergi tolong mereka.

“Selepas 15 minit, kereta Perodua Viva dinaiki lima pelajar terbabit melanggar belakang lori saya," katanya.

Menurutnya, kejadian seumpama itu sudah dua kali dilaluinya di mana kali pertama lori tangki dipandunya dilanggar sebuah treler di Johor beberapa tahun lalu namun kejadiannya tidak serius.

Seorang lagi saksi, pemandu lori, K Tamilsellavan, 46, berkata, melihat kemalangan itu dia berhenti dan membantu menyelamatkan lima mangsa yang berada dalam kenderaan Perodua Viva yang remuk teruk.

“Keadaan mangsa kritikal masa tu dan hidup lagi, dua parah dan yang dua lagi cedera ringan tapi semua dah dibawa ke Hospital Slim River.

“Kereta remuk, seorang tersepit di tempat duduk belakang sebelah kiri jadi saya terpaksa guna kayu untuk umpil baru dapat keluarkan mereka,” katanya.

Menurutnya, ketika itu salah seorang mangsa masih mampu menggerakkan tangan dan kepala namun lebih kurang 10 minit selepas itu mangsa sudah tidak bernyawa lagi.
"Dua lagi penumpang belakang dipercayai cedera di kepala dan patah tangan, pemandunya cedera di tangan manakala penumpang depan cedera ringan.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh bomba Kuala Kubu Bharu tapi masa itu sudah tidak bernyawa,” katanya.

Ketika kejadian, antara orang awam yang datang menyelamatkan mangsa terbabit merupakan rakan sekolah salah seorang mangsa yang menaiki Perodua Viva.

B Dinesh, 21, berkata, dia mengenali seorang mangsa yang tinggal di Taman Wangsa Jaya, Tanjung Malim tetapi dia enggan mendedahkan namanya.

“Kesemua mereka pelajar sebuah politeknik di Dungun, Terengganu. Salah seorang daripadanya rakan sekelas semasa belajar di sekolah dahulu dan tinggal di Tanjung Malim,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Shukri Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut mengenai punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

"Mangsa yang maut dikenali sebagai Rs Vinathanam dan berusia 21 tahun," katanya.

Curi besi penutup longkang


  • Orang awam melihat tiga suspek curi besi penutup longkang ditahan polis marin kira-kira jam 7.30 petang di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini, kelmarin.Orang awam melihat tiga suspek curi besi penutup longkang ditahan polis marin kira-kira jam 7.30 petang di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini, kelmarin.

BANDA HILIR - Tiga lelaki sedang leka mencuri besi penutup longkang, dicekup orang awam dan dua polis marin di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini, lewat petang kelmarin.

Menurut sumber, ketiga-tiga lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi itu terdahulu dilihat sedang leka mengangkat besi-besi tersebut sebelum orang awam di kawasan itu memaklumkan polis marin yang melalui kawasan sungai berhampiran.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, dua anggota polis marin itu bertindak menahan ketiga-tiga lelaki terbabit dalam kejadian jam 7.30 petang.

“Pengadu merupakan anggota polis marin berusia 36 tahun bersama rakannya ketika hendak membuat rondaan rutin dimaklumkan orang awam mengenai tiga lelaki yang mencuri besi penutup longkang.

“Polis marin tersebut kemudian menangkap suspek berusia 30 hingga 43 tahun yang sedang mengangkat besi untuk dimasukkan ke dalam sebuah kereta Perodua Myvi.

“Pemeriksaan awal di dalam kereta tersebut mendapati terdapat besi lain di dalamnya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, semalam.

Razali berkata, ketiga-tiga suspek kemudian diserahkan kepada polis selain kereta dan besi-besi yang percayai dicuri turut dirampas.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Maut terhantuk penghadang jalan


  • Keadaan motosikal milik rakan mangsa yang terbabas sewaktu cuba mengelakkan sebuah kereta di lokasi kejadian.Keadaan motosikal milik rakan mangsa yang terbabas sewaktu cuba mengelakkan sebuah kereta di lokasi kejadian.

PARIT BUNTAR - Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Parit Buntar maut apabila motosikal ditunggangi terbabas sewaktu cuba mengelak sebuah kereta yang membelok secara melulu di persimpangan Kilometer 1 Jalan Taiping-Parit Buntar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa, M Kishan Kumar, 14, maut di tempat kejadian setelah kepalanya dipercayai terhentak pada penghadang jalan manakala rakannya,  D Dixon Thomas, 15, yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ parah.

Ketua Polis Daerah Kerian Asisten Komisioner Mat Fauzi Nayan berkata, siasatan mendapati, kejadian itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang membelok secara melulu.

Menurutnya, kereta jenis Proton Gen 2 dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun itu difahamkan membelok secara melulu ketika memasuki satu simpang di lokasi kejadian.

“Akibatnya dua mangsa yang menunggang motosikal di lorong kiri gagal mengelak kenderaan itu sehingga menyebabkan pemboncengnya maut.

“Penunggang motosikal yang juga rakan sekolah mangsa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar sebelum dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

“Kes  berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mat Fauzi turut mengesahkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar dan telah dituntut ahli keluarga.

6 sekeluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran


15 Ogos 2014

KUANTAN - Enam sekeluarga hilang tempat tinggal setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia di Batu 3 di sini hari ini.
 
Dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah hari itu, sebuah kereta Proton Iswara dan sebuah motosikal Honda Wave turut musnah dijilat api.
 
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata, semasa kejadian, tuan rumah Kamarudin Mad dan isterinya, Adisa Saimi masing-masing berusia 54 tahun, serta dua anak lelaki mereka yang berusia 17 dan 20 tahun tidak berada di rumah.
 
"Hanya dua anak lelaki pasangan tersebut yang berusia 21 dan tujuh tahun berada di rumah ketika kebakaran berlaku, namun mereka berjaya menyelamatkan diri dan mendapatkan pertolongan sebaik menyedari kebakaran berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Beliau berkata, bomba menerima pangilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.43 tengah hari tadi dan seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian dan api berjaya dipadamkan kira-kira 2.33 petang.
 
Katanya, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas dan jumlah kerugian dianggar mencecah RM70,000.  - Bernama

10 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau


15 Ogos 2014


TAWAU - Sepuluh buah rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih di sini, hari ini, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
 
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.37 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
 
"Seramai 26 anggota dan tiga buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 12.30 tengah hari," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Beliau berkata pihak bomba mengalami kesukaran memadam kebakaran berikutan jalan sempit dan tekanan air rendah.
 
Rudy berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. - Bernama

Sindiket jual MC palsu tumpas


15 Ogos 2014


SHAH ALAM - Polis Shah Alam mematahkan satu sindiket menjual sijil cuti sakit (MC) palsu berikutan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan di bandaraya ini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, kedua-dua suspek berusia 22 dan 32 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan itu lebih setahun lalu.

Beliau berkata, suspek pertama yang bekerja sebagai penghantar surat diberkas di sebuah stesen minyak di Seksyen 19 di sini pada pukul 11 malam, hasil penyamaran seorang anggota polis sebagai pelanggan.

"Penangkapan itu membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di Seksyen 18 di sini dan pihak kami berjaya menahan suspek kedua berumur 32 tahun serta merampas beberapa bahan bukti yang digunakan untuk mengeluarkan sijil cuti sakit palsu seperti stamp pad dan buku sijil cuti sakit," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, hari ini.

Azisman berkata, siasatan awal mendapati sijil cuti sakit palsu ini dijual oleh sindiket dalam lingkungan harga antara RM15 hingga RM20 sekeping mengikut sektor pekerjaan.

Beliau berkata, pelanggan dalam kalangan penjawat awam akan dikenakan harga lebih mahal berbanding pekerja swasta.

"Kedua-dua suspek yang ditahan tiada rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti suspek lain yang turut terlibat dalam sindiket ini, katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan tipu. - Bernama

Remaja mati lemas mandi di kolam tinggal


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Ogos 2014

BACHOK - Seorang remaja 14 tahun mati lemas selepas dipercayai mandi di sebuah kolam tinggal berdekatan Pantai Senak dekat sini petang tadi.

Mohd Farhan Hakim Ramadan, 14, ditemui mati lemas di kolam itu selepas berbasikal bersama lima rakannya dari Kubur Maras, Kota Bharu.

Seorang saksi, Rosdi Mohamad,36, berkata,  ketika kejadian berlaku dia berada di situ dan mendapat tahu mengenainya apabila dimaklumkan orang ramai berdekatan.

"Orang ramai yang ada berdekatan terus memberikan pertolongan.  Ketika itu tiga lemas dan dua sempat diselamatkan.  Seorang lagi gagal diselamatkan kerana berada jauh di tengah kolam.

"Orang kampung ini memang tahu kawasan ini sering meragut nyawa dan lazimnya orang luar saja yang selalu jadi mangsa, " katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian petang tadi.

Difahamkan lokasi itu pernah beberapa kali mengorbankan nyawa dan pernah dipagar sekelilingnya namun pagar itu roboh tidak berapa lama kemudian.

Kecewa enjin bot sasaran pencuri


  • Fauzi menunjukkan laporan polis dibuatnya berikutan enjin bot gentian kaca miliknya hilang dipercayai dicuri.Fauzi menunjukkan laporan polis dibuatnya berikutan enjin bot gentian kaca miliknya hilang dipercayai dicuri.

KUALA BERANG - Seorang penternak ikan disifatkan 'patah kaki' apabila enjin bot gentian kaca miliknya hilang dipercayai dicuri.
Fauzi Idris, 40, yang menternak ikan di Sungai Como berkata, enjin itu bantuan subsidi Jabatan Perikanan yang digunanya sejak setahun lalu.

"Kerja seharian saya banyak bergantung kepada bot terutamanya untuk berulang-alik dari jeti ke sangkar ikan. Saya benar-benar berharap enjin bot saya dapat dikembalikan semula.

“Saya tak pasti bila kejadian berlaku, tapi hanya sedar bot hilang jam 7 pagi, Selasa lalu sewaktu  ingin ke sangkar ikan," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Dia kemudian meminta bantuan rakannya untuk mencari bot berkenaan di kawasan berhampiran.

"Kami berjaya menemui bot itu di sebatang anak sungai tidak jauh dari sangkar ikan saya," katanya.

Bagaimanapun dia kecewa kerana hanya bot yang ditemui manakala enjinnya sudah tiada dipercayai dicuri.

Fauzi yang tinggal di Kampung Tapah kemudian membuat laporan di Balai Polis  Kuala Berang kira-kira jam 10.42 pagi, hari yang sama.

“Bot gentian kaca dan enjin ini amat penting bagi saya apatah lagi ia merupakan bantuan daripada pejabat perikanan daerah.

"Bot inilah saya guna setiap hari untuk lakukan kerja di sangkar ikan serta ulang alik dari jeti,” katanya.

Fauzi berkata, akibat kejadian itu, dia bukan sahaja kerugian kira-kira RM7,000 tetapi terpaksa mendayung menggunakan pengayuh untuk berulang-alik dari jeti ke sangkar yang jaraknya 1.5 kilometer.
Menurutnya, keadaan itu juga menyukarkannya membawa keluar ikan untuk dipasarkan kerana perlu mendayung dengan bebanan bot yang berat.

“Tiga tahun lalu, saya pernah alami situasi sama setelah enjin bot hilang akibat dicuri dan tak sangka kali ini terpaksa laluinya lagi.

“Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana individu atau pihak tetapi merayu agar sesiapa yang mengambilnya dapat pulangkan semula enjin bot itu supaya perjalanan kerja saya kembali lancar,” katanya.

Wanita ditemui mati dengan kesan tembakan di dada


15 Ogos 2014


KUANTAN - Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian dada dalam sebuah bilik di rumahnya dekat Taman Sentosa, Raub hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Datuk Zakaria Ahmad berkata, wanita berusia 42 tahun itu ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh ibunya pada 5.45 petang sebelum menghubungi polis.

"Pemeriksaan awal polis menemui sepucuk senapang patah serta kelongsong peluru berhampiran mangsa, dan senjata itu merupakan milik bapa mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, polis percaya mangsa terkena tembakan yang dilepaskannya sendiri namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Ketika kejadian, mangsa bersendirian kerana ibu bapa serta suaminya tiada di rumah.

Katanya, rumah mangsa juga tidak mempunyai sebarang kesan dipecah masuk dan tiada barang dilapor hilang.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat. - Bernama

Dibelasah dengan kayu besbol


WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Ogos 2014


KAMPUNG RAJA - Seorang pelajar lelaki bukan sahaja dikurung tetapi dibelasah dengan kayu besbol selepas dituduh melarikan adik perempuan salah seorang suspek dalam kejadian di sebuah taman perumahan, dekat Jertih, awal minggu ini.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 16 tahun berada berhampiran sebuah kedai di Jertih bersama seorang rakannya telah didatangi empat lelaki dikenali kira-kira jam 9 malam.

Katanya, empat suspek berkenaan bertindak menarik mangsa ke dalam kereta kemudian dibawa ke sebuah taman perumahan di Taman Teratur tidak jauh dari bandar Jertih.

“Ketika dikurung di dalam rumah itu, kedua-dua tangan mangsa digari sebelum dibelasah menggunakan kayu besbol di betis dan dipukul di perut serta tengkuk menggunakan tangan.

"Mangsa yang belajar di sebuah sekolah menengah diperlakukan demikian selepas dituduh melarikan adik perempuan salah seorang daripada suspek," katanya.

Kata sumber, mangsa tidak mampu melawan dan hanya membiarkan dirinya dibelasah menyebabkan dia mengalami sakit di anggota badan serta kesan merah di tengkuk kanan.

“Suspek mengurung mangsa di dalam rumah itu sehingga jam 12 tengah malam sebelum melepaskan remaja lelaki itu di Kampung Gong Manok, Kuala Besut tidak jauh dengan kampung mangsa.

“Sebaik dilepaskan, mangsa menghubungi ibunya sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan dan membuat laporan di Balai Polis Jertih untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor yang dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana pengurungan salah dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau benda berbahaya lain.

Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek dan usaha memburu suspek sedang dijalankan.

Penghidap HIV posititf saman syarikat penerbangan


15 Ogos 2014

SHEYANG - CHINA. Dua penumpang positif virus HIV termasuk seorang lagi penumpang pesawat  Spring Airlines didakwa dihalang menaiki penerbangan pesawat Spring Airlines hanya kerana  mereka merupakan penghidap virus HIV.

Menurut laporan sebuah portal, kedua penumpang tersebut dilarang menaiki pesawat dari Sheyang menuju ke Shijuazhuang setelah memaklumkan kepada kakitangan kapal terbang tersebut mengenai status kesihatan mereka yang merupakan penghidap virus HIV.

Selain daripada mereka, seorang lagi penumpang yang disahkan tidak dijangkiti virus tersebut turut dibatalkan tiket penerbangan tanpa sebarang alasan.

Ketiga-tiga penumpang terbabit bertindak mengeluarkan saman dengan dakwaan syarikat penerbangan tersebut mengamalkan sifat diskriminasi terhadap penumpang mereka.

Antara tuntutan yang dikemukakan terhadap Spring Airlines termasuklah permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM25,399 ($8,000).

Peguam plaintif, Liu Wei memberitahu kepada pemberita kakitangan syarikat penerbangan tersebut tidak mempunyai hak untuk melarang ketiga penumpang tersebut menaiki kapal terbang kerana ketiga anak guamnya tidak membuktikan mereka boleh menjangkiti penumpang lain dalam pesawat tersebut.

China dikatakan mempunyai sejarah yang panjang apabila dikaitkan dengan diskriminasi terhadap pesakit HIV.

Pesakit yang menghidap HIV Positif dilarang menjadi kakitangan awam dan boleh dibuang dari pekerjaan jika majikan mengetahui pekerja mereka menghidap penyakit tersebut.

Bagaimanapun Presiden syarikat penerbangan Spring Airlines, Wang Zhenghua berkata, syarikat tersebut tidak mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana penumpang.

Zhenghua juga berkata, pihak syarikat tidak boleh dipersalahkan dalam insiden tersebut kerana larangan menaiki pesawat yang dikenakan ke atas ketiga penumpang terbabit diserah sepenuhnya kepada anak kapal pesawat.

Namun menurut beliau, ketiga-tiga penumpang tersebut juga tidak seharusnya mencetuskan sebarang provokasi yang berkemungkinan menakutkan penumpang yang lain sehingga menyebabkan kakitangan terpaksa menahan mereka daripada menaiki pesawat tersebut.

Jururawat Nigeria terdedah Ebola tinggalkan Lagos, ingkar kuarantin

PEKERJA kesihatan memeriksa tahap kesihatan
pelancong dan pulang dari luar negara sebagai
 satu langkah pencegahan dari merebak.


ABUJA: Seorang jururawat di Lagos yang terdedah kepada virus Ebola meninggalkan bandaraya itu ke timur Nigeria dengan mengingkari arahan kuarantin kerajaan agar penularan wabak itu dikawal ketat.
"Seorang daripada jururawat yang terbabit dengan kes rawatan penghidap Ebola didapati melanggar perintah perubatan apabila entah bagaimana dia berjaya keluar ke Enugu," demikian menurut Menteri Penerangan Nigeria,
Labaran Maku. "Seramai 21 orang di Enugu kini dipantau termasuk suami jururawat berkenaan yang mempunyai hubungan terus dengannya," katanya.
Seorang kakitangan Kementerian Kewangan Liberia, Patrick Sawyer, yang dikatakan membawa Ebola ke Lagos, pada 20 Julai lalu dan meninggal dunia pada 25 Julai.
Nigeria kini sedang berusaha mengenal pasti setiap orang yang berinteraksi dengan Sawyer, termasuk penumpang di dalam pesawatnya dari ibu negara Liberia, Monrovia.
Mereka yang pernah berhubung dengan Sawyer diberitahu agar terus tinggal di Lagos dengan kawalan ketat bagi mengelak vires berkenaan merebak di luar bandaraya berkenaan.
Setakat ini belum ada kes Ebola disahkan di luar Lagos yang mempunyai 20 juta penduduk itu namun wabak itu sudah menular di negara yang paling padat penduduk di Afrika itu.
Maku berkata, sehingga kini 198 orang dikenal pasti terdedah kepada Ebola, termasuk di Enugu, bandaraya terbesar dan bekas ibu negara itu sebelum Nigeria berpecah kepada tiga wilayah politik berbeza.
Wabak Ebola terburuk itu kini sudah meragut lenih 1,000 nyawa sejak dikesan tahun ini di Guinea, Liberia dan Sierra Leone.
Nigeria, negara keempat mempunyai epidemik Ebola kini merekod 1o kes termasuk tiga kematian. - AFP

Lebih 50 orang hilang tempat tinggal kebakaran di Tawau

TAWAU: Lebih 50 orang hilang tempat tinggal selepas 12 rumah di Kampung Baru, Pasir Putih, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi itu, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan apabila semua penghuni sempat menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, sebahagian besar penghuni gagal menyelamatkan barangan berharga dan dokumen penting apabila api marak dengan cepat berikutan kedudukan rumah yang rapat.
Sepasukan anggota bomba yang tiba di lokasi beberapa minit selepas itu berjaya mengawal api daripada merebak.

Tiga rakan didakwa tipu lelaki babitkan wang tunai RM747,000


Jumaat, 15 Ogos 2014 @ 5:44 PM
IPOH: Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM747,000 bulan lepas.

N. Narendran, 34, Meor Asri Ariffin, 43, dan A.S. Robert, 47, didakwa menipu Zain Mohamed Ismail, 55, kononnya untuk pelaburan perniagaan bekalan ubat dan alat pakai buang untuk Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Tindakan tertuduh mendorong mangsa mendepositkan wang berjumlah antara RM68,000 dan RM170,000 ke dalam akaun CIMB atas nama Mesna Medical Supplies.

Ketujuh-tujuh kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank CIMB, Jalan Kampar di sini antara 25 Jun dan 2 Julai lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab membenarkan mereka diikat jamin RM20,000 setiap seorang dan memerintahkan tertuduh melapor diri pada 15 hari bulan setiap bulan di balai polis berhampiran.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula 24 September ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Kavitha manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam Nurul Azira Abdul Aziz, E.P. Seeralasittan dan Jaswant Singh. - BERNAMA

Pasangan Amerika didakwa dengan tuduhan membunuh di Bali


Jumaat, 15 Ogos 2014 @ 6:39 PM
BALI: Polis mendakwa sepasang rakyat Amerika Syarikat atas tuduhan membunuh selepas mayat seorang wanita 62 tahun ditemui terperosok di dalam beg pakaian di sini.

Heather Mack, 19, dan teman lelakinya, Tommy Schaefer, 21, kedua-duanya dari Chicago, ditahan semalam di kawasan Kuta, Bali, sehari selepas mayat Sheila von Wiese-Mack dijumpai di dalam tempat letak beg di dalam teksi yang diletakkan di hadapan hotel St Regis di sini.

Tuduhan itu berdasarkan bukti yang diperoleh daripada saksi dan siasatan di tempat kejadian, kata timbalan ketua polis Bali, Brg Jen Gusti Ngurah Raharja Subyakta.

Katanya, pasangan itu enggan bercakap kepada penyiasat tanpa peguam berikutan soal siasat peringkat awal dan dikehendaki menjalani ujian dadah.

Polis berkata pasangan itu menyewa sebuah teksi dan memasukkan beg pakaian ke bahagian belakang kenderaan itu. Mereka memberitahu pemandu teksi mereka ingin daftar keluar dari hotel dan akan kembali. Namun selepas dua jam, Mack dan Schaefer tidak muncul. Pengawal keselamatan hotel yang ternampak kesan darah di beg pakaian itu meminta teksi terbabit membawanya ke balai polis, di mana beg berkenaan dibuka dan mayat wanita berkenana ditemui mati.

Von Wiese-Mack, juga dari Chicago, dan anak perempuannya tiba di St Regis Sabtu lalu sementara Schaefer mendaftar masuk pada Isnin, kata polis. - AP

Penganggur mengaku tidak bersalah ugut bekas Ketua Polis Negara


Jumaat, 15 Ogos 2014 @ 7:11 PM
MELAKA: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengugut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, 71, menerusi sepucuk surat pada hujung Jun lalu.

P M Selvarajoo, 58, dari Bukit Baru, di sini, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan PK9, Kawasan Perindustrian Krubong, di sini, kira-kira pukul 7 pagi, 28 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Ezwaney Husin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurfarhana Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Berhabis RM400 sekali tikam


Jumaat, 15 Ogos 2014 @ 11:22 PM
JIKA semalam BH Online mendedahkan orang Islam memandang sepi larangan membeli nombor ekor, hari ini wartawan kami melangkah masuk ke premis judi dan bertanya sendiri ejen penjualnya selain menemui 'kaki judi' yang langsung tidak takut ditahan atau diserbu pihak berkuasa. Ikuti siri kedua laporan Mohd Nasaruddin Parzi dan juruvideo, Amiruddin Abdullah.



KUALA LUMPUR : Pernah mengaut sehingga RM300,000 namun ia masih tidak cukup memuaskan hati bagi seorang kaki judi ini untuk berhenti meneruskan kegiatan berkenaan.

    Hanya mahu dikenali sebagai Joe, beliau mengakui membelanjakan hampir RM400 setiap kali berkunjung ke premis perjudian berdekatan.

    "Ya...paling tinggi saya pernah menang 'first price' (hadiah pertama) RM300,000..Hari ini saja, saya beli RM400 (nilai judi dibeli), kadang-kadang kena (menang)... ikut nasib juga," katanya ketika ditemui BH Online di ibu negara, baru-baru ini.

    Bapa kepada 13 anak yang kini menetap di Ulu Yam itu turut mengakui terpaksa merahsiakan 'ketagihan' judi itu daripada diketahui isteri serta anak-anaknya.

    Setiap kali selesai membeli atau menikam nombor ekor, semua 'bukti' pembelian katanya hanya akan disimpan di tempat tersembunyi dan yang pasti bukan di rumah.

    Ketika diminta menceritakan permulaan dia terjebak dengan tahi judi, Joe berkata berhutang dengan sindiket haram 'along' lima tahun lalu memaksanya mencari inisiatif untuk mendapatkan wang dengan cara pantas.

    "Puncanya (terbabit kepada kancah judi) banyak, daripada pinjam 'along' hinggalah berlarutan kepada masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi," katanya mengakui gaji yang diperoleh sekitar RM2,500 sebulan masih tidak selesa untuk menampung kos sara hidup.

    Joe juga tidak kisah dengan persepsi buruk masyarakat terhadapnya, malah turut mengakui tidak gentar andai ditahan pihak berkuasa terutama penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

    "(Penguat kuasa agama) serbu tu kadang-kadang ada, tapi pandai-pandailah nak lepaskan diri," katanya.

    Seorang lagi pelanggan tetap berusia lingkungan awal 30-an dikenali Jefry dari Sarawak berkata, beliau menyedari orang Islam diharamkan membeli dan menikam ekor.

   Mula mencuba tabiat buruk itu atas pengaruh kawan-kawan, beliau turut menyedari ada papan tanda di setiap premis judi menyatakan larangan berkenaan namun mengakui belum pernah ditahan, walaupun ada usaha pihak berkuasa melakukan serbuan.

   "Serbuan itu ada..tapi tidak begitu kerap. Sampai sekarang belum pernah kena (tangkap pihak berkuasa) lagi," katanya yang kini bekerja di stesen minyak di Sentul setahun lalu.

   Beliau juga menyedari mudahnya membeli nombor ekor, dengan hanya mengambil masa dua hingga tiga minit di kaunter jualan menyebabkan kerisauan untuk ditahan itu kurang.

   "Nak beli pun tak lama, kalau tak ramai (pelanggan), terus ke kaunter dalam dua tiga minit dah keluar. Kalau ada pihak berkuasa, masih boleh sedar (kehadiran mereka)," katanya terus bergegas ke tempat motosikalnya yang diletakkan pada jarak 50 meter daripada premis judi itu.

Sementara itu, percubaan wartawan BH Online untuk membeli sendiri nombor ekor di premis judi ternyata mudah malah langsung tidak dihalang oleh ejen penjualnya.

    Mereka juga seakan tidak kisah siapa yang mahu menikam nombor asalkan menghulurkan wang di kaunter dan memberikan nombor yang ingin ditikam.

Penjual tiket langsung tidak bertanya sama ada pelanggan itu seorang Islam walaupun sesetengah pelanggan jelas berwajah dan berperwatakan seorang Islam.

    Wartawan dan juruvideo yang membuat rakaman video tersembunyi juga bebas berlegar dan merakam gelagat pelanggan di dalam premis itu terutama ketika hari membuat ramalan dan membeli nombor yang dikehendaki.

Malah, kami tidak perlu risau atau ketakutan sekiranya ejen penjual atau pemilik premis ekor itu diajukan soalan mengenai tujuan kami ke premis berkenaan.

    Situasi ini membuktikan bahawa operasi dan usaha penguatkuasaan dijalankan pihak berkuasa terutama JAIN masih lemah, menyebabkan kaki judi beragama Islam ini tidak takut untuk mengulangi kegiatan terbabit.

Orang Islam bebas tikam ekor


Jumaat, 15 Ogos 2014 @ 10:18 AM
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

mnasaruddin@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Walaupun ada undang-undang melarang umat Islam membeli nombor ekor, masih ramai yang bebas keluar masuk ke premis perjudian tanpa tindakan oleh pihak berkuasa.

Mereka bebas membeli nombor ekor, sekali gus mendedahkan bahawa penguatkuasaan undang-undang bagi membendung gejala sosial yang turut diharamkan oleh Islam itu gagal.

Kelibat kaki judi itu tanpa segan silu dan mudah memasuki premis amat ketara sehingga ada kalanya bilangan mereka melebihi pelanggan bukan umat Islam.

Tidak cukup dengan itu, sebahagian mereka tanpa rasa malu menggunakan restoran atau kawasan umum untuk berkumpul bagi berbincang bagi aktiviti 'cai' atau meramal nombor yang boleh dimenangi.

Ini menimbulkan persoalan sejauh mana tahap penguatkuasaan pihak yang dipertanggungjawabkan dalam membendung aktiviti itu, terutama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

  Berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, hampir semua negeri mewartakan undang-undang umat Islam mengunjungi premis nombor ekor dan pusat perjudian mengikut Enakmen Jenayah Syariah berkaitan amalan judi.

  Tinjauan BH Online selama dua hari di sekitar Gombak, Cheras, Bangsar dan Sentul mendapati, ramai kaki judi beragama Islam masuk ke premis itu seperti tidak melakukan kesalahan.

   Secara puratanya, sepanjang tempoh sejam tinjauan di sebanyak 20 premis, lebih 10 individu dipercayai beragama Islam dilihat memasuki premis terbabit.

   Ada sebahagiannya cuba mengelak daripada dikesan sebagai orang Islam dengan memakai topi keledar, topi atau cermin mata gelap, selain mengunjungi premis itu pada waktu pagi sekitar jam 10 hingga 12 tengah hari pada hujung minggu, dipercayai ketika waktu itu kurang pelanggan berurusan.

   Lebih dikesali, ada premis meletakkan papan tanda yang jelas mengharamkan pembelian kepada orang Islam, namun langsung tidak diendahkan.

   Temubual BH Online dengan ejen penjual nombor ekor di premis berkenaan pula menunjukkan sikap tidak acuh mereka apabila faktor 'pelanggan marah' dijadikan alasan utama tidak menghalang penjualan kepada orang Islam.

   Sebahagian besar ejen mengakui mereka tahu ia satu kesalahan, namun undang-undang itu dipinggirkan dan langsung tidak dipedulikan.

   Seorang kaki judi dari Gombak yang juga kakitangan swasta ketika ditemui mengakui masalah kewangan antara punca utama menikam nombor ekor, selain mahu mencuba nasib.

   Bapa kepada 13 anak yang terbabit dengan kegiatan itu sejak empat tahun lalu tidak risau apabila dimaklumkan dia boleh ditangkap kerana ada undang-undang melarang umat Islam mengunjungi premis judi.

Beliau juga mengakui faktor gagal menyelesaikan hutang sindiket pinjaman haram atau 'along' sebagai punca terjebak dalam kancah perjudian.

Ikuti siri kedua pendedahan wartawan yang merakam gelagat pembeli nombor ekor di sekitar ibu negara esok.

Talian hayat maya


Oleh Muhd Izawan Baharin, Mohd Firdaus Ibrahim, Yusmizal Dolah Aling dan Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Seorang daripada empat pelajar sekolah di negara ini mengakui pernah menjadi mangsa buli di alam siber sehingga mendorong segelintir mereka memasang niat mahu membunuh diri akibat tekanan perasaan melampau.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, penemuan itu hasil kajian pihaknya dengan kerjasama syarikat telekomunikasi DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) dan Kementerian Pendidikan melalui program CyberSAFE pada tahun lalu.


Menurutnya kajian membabitkan 9,651 pelajar di 459 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara itu turut mendapati kes buli siber sangat serius.



Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima menerusi Pusat Bantuan Cyber999, kes buli siber meningkat daripada 250 kes pada 2012 kepada 389 kes tahun lalu.


“Hasil kajian melalui program CyberSAFE juga mendapati 26 peratus atau 2,509 pelajar mengaku pernah menjadi mangsa buli siber manakala seramai 1,255 pelajar lagi mengaku mereka sedang menjadi mangsa buli.


“Namun apa yang merisaukan saya adalah sebanyak enam peratus atau 580 pelajar lagi mengakui mereka tidak akan memberitahu sesiapa sekiranya dibuli.

“Sebenarnya, amat penting untuk mereka mengadu hal berkenaan bagi mengelak gangguan emosi yang boleh mendorong mereka bertindak di luar batasan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya di Seri Kembangan di sini.


Dr Amirudin berkata, perkara itu sudah dibuktikan apabila Pusat Bantuan Cyber999 turut menerima aduan ada pelajar yang menyatakan niat mahu membunuh diri kerana terlalu tertekan dengan situasi yang dihadapi selain kebanyakan mereka mengadu meminta pertukaran sekolah.

“Apabila menerima kes sebegini, kami menyalurkan maklumat berkenaan kepada pihak berwajib seperti polis ataupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan kerana CyberSecurity Malaysia bertindak secara teknikal bagi membantu agensi penguatkuasa undang-undang,” katanya.


Amirudin berkata, kajian itu turut mendapati FB dan blog menjadi medium paling tinggi digunakan pembuli siber iaitu 32 peratus diikuti SMS (20 peratus), panggilan telefon (13 peratus), akaun laman sosial digodam (11 peratus), mesej segera dan e-mel masing-masing sembilan peratus, video dan Youtube lapan peratus dan medium lain empat peratus.


Beliau berkata, bagi golongan dewasa, ia dipanggil gangguan siber di mana mangsa mungkin diaibkan di laman sosial oleh pihak tertentu.


Menurutnya, gangguan siber membabitkan beberapa kategori iaitu mengintip di alam siber, gangguan seksual, agama, perkauman dan buli jika membabitkan pelajar sekolah.


“Gangguan alam siber ialah apa saja bentuk gangguan dalam bentuk digital. Di bawah SKMM, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai dua peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan berkaitan kandungan jelik di Internet iaitu Seksyen 211 dan Seksyen 233 yang jika sabit kesalahan boleh didenda atau dipenjara,” katanya.


Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menjadi mangsa gangguan siber supaya menghubungi Pusat Bantuan Cyber999 supaya tindakan dapat diambil.


Beliau berkata, antara langkah lain dilaksanakan pihaknya ialah melatih lebih 500 guru sebagai duta kepada program CyberSAFE bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber di sekolah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

664 beg tangan, dompet tiruan dirampas


Timbalan Pengarahnya, Rosli Isa berkata, ketika serbuan jam 2 petang itu kebanyakan peniaga tidak menyedari kehadiran penguat kuasa menyebabkan mereka tidak sempat menyembunyikan barangan jualan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan peniaga didapati menjual pelbagai beg yang menggunakan perihal dagangan palsu antaranya jenama Gucci, Louis Vuitton dan Prada.
“Penjualan barangan terbabit melanggar Peraturan Hak Cipta mengikut Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya, semalam.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penjualan barangan tiruan ini juga boleh menyalurkan maklumat kepada mana-mana pejabat KPDNKK untuk tindakan segera membanteras kegiatan ini.
Foto
PELBAGAI beg tiruan jenama terkenal dirampas dalam serbuan KPDNKK Kuala Lumpur, kelmarin.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Pelajar tertekan nyaris bunuh diri


Kuala Lumpur: “Saya pernah memberitahu akan bunuh diri jika dia tidak berhenti mengganggu hidup saya, tetapi dia tidak menghiraukannya,” kata Wana, pelajar sebuah sekolah menengah yang mendakwa menjadi mangsa buli siber.

Menurutnya, rakan perempuan yang dikenali melalui laman facebook (FB) itu marah hingga melakukan pelbagai perkara menyusahkan hidupnya hanya kerana dia tidak menerimanya semula sebagai kenalan di FB.


Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di Johor itu mendakwa, dia tidak menyangka perkenalannya dengan rakan itu yang dikenali Nasha sejak tahun lalu membawa episod hitam dalam hidupnya.



Lebih membuatkan dia tertekan, apabila Nasha, 20-an turut mengugut mendedahkan gambar menjolok mata mereka berdua bersama beberapa rakan lain ketika bercuti di satu kawasan pantai pada musim cuti persekolahan lalu.


“Masa itu semua peserta perempuan yang menyertai aktiviti perkelahan mengenakan pakaian mandi walaupun pada mulanya saya segan kerana bertudung ke sekolah.


“Memang aksi kami agak keterlaluan, tetapi semuanya dilakukan secara suka-suka dan Nasha merakamkan gambar dan video kami semua,” katanya, semalam.

Dia mendakwa, beberapa minggu selepas itu hubungannya dengan Nasha yang dianggapnya seperti kakak semakin rapat dan sering keluar bersama kerana mereka tinggal di negeri sama walaupun di daerah berlainan.


“Namun pada awal tahun ini, saya mula rasa tidak selesa apabila melihat senarai rakannya di FB dan laman web yang dikongsi menunjukkan dia seolah-olah gemarkan hubungan songsang dan mula menghantar mesej berbaur seperti mahu menggoda saya.

“Sejak itu, saya mula menjauhkan diri dan keluarga juga tidak senang jika saya terus berkawan dengan Nasha kerana mengganggu pelajaran di sekolah.


“Pada Mac lalu, apabila hubungan kami semakin renggang saya mengeluarkannya daripada senarai rakan FB menyebabkan Nasha mengamuk dan menghantar berbelas-belas pesanan ringkas di FB memarahi saya dan menerimanya semula sebagai rakan,” katanya.


Kemuncaknya Wana berkata, Nasha mengugut mahu menyiarkan semua gambar dan video kami ketika bercuti di pantai kerana dia tahu saya amat takut jika ia dilihat keluarga, guru dan rakan sekolah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Ciplak punya!


Kota Kinabalu: Empat premis diserbu kerana didapati memasarkan barangan tiruan menggunakan jenama syarikat jualan pelbagai peringkat (MLM) pada harga murah.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sabah Suhaimi Mat Sari berkata, serbuan itu dilakukan susulan aduan diterima seorang lelaki yang mendakwa minuman tongkat ali dibelinya berbeza daripada sebelumnya selain dijual dengan harga lebih rendah.

“Tindakan segera pelanggan ini membuat aduan mengenai perbezaan rasa minuman produk Premix Tongkat Ali With Ginseng Coffee keluaran CNI Global (Malaysia) Sdn Bhd berjaya membongkar kegiatan pengedaran produk tiruan ini.
“Hasil siasatan dan risikan, PPDNKK menyerbu empat premis pada jam 11 pagi, kelmarin, sebelum merampas 82 kotak mengandungi 39,360 peket kopi dianggarkan bernilai hampir RM60,000,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Suhaimi berkata, tiada tangkapan dilakukan dan yakin individu melakukan kegiatan itu hanya menyasar peniaga gerai minuman di tepi jalan selain restoran.

“Serbuan selama enam jam ini turut disertai wakil CNI global (Malaysia) Sdn Bhd yang juga pemilik cap dagang produk berkenaan.
Foto
ANGGOTA penguat kuasa PPDNKK Sabah memeriksa produk terbabit.
“Hasil siasatan mendapati, produk tiruan ini memiliki bentuk, warna dan kualiti hampir sama dengan produk asli tetapi tidak memiliki kod pelekat ketulenan,” katanya.

Menurut Suhaimi, produk tiruan itu dijual pada harga RM86 sekotak manakala harga produk asli bernilai RM124.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 5(1) (c) Akta Perihal Dagangan 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM250,000 bagi syarikat dan RM100,000 bagi individu atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Semua pemilik premis lokasi serbuan sudah diambil keterangan untuk tujuan siasatan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Suspek dijejak sejak 1998 akhirnya tumpas


Shah Alam: Kegiatan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti penipuan bermodus operandi ‘fly-by-night’ iaitu menipu tanpa membayar barangan yang dipesan daripada pembekal tumpas dengan tertangkapnya lima individu di Taman Perindustrian Puchong, Rabu lalu.

Serbuan membabitkan penahanan suspek warga tempatan berusia 23 hingga 70 tahun itu yang turut membabitkan seorang wanita dibuat kira-kira jam 1 tengah hari di sebuah premis yang dijadikan pejabat syarikat berkenaan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, sindiket yang beroperasi dengan menggunakan nama sebuah syarikat perniagaan akan memesan alat ganti kenderaan daripada mangsa dan meminta tempoh kredit hingga 90 hari sebelum menghilangkan diri.



Menurutnya, seorang daripada lima suspek yang ditahan adalah ketua sindiket terbabit dan dia dikehendaki polis berhubung jenayah yang sama di beberapa negeri.


“Suspek yang berusia 64 tahun itu dikehendaki polis Johor sejak 1998 berhubung kes sama di Kota Tinggi serta pernah menjalankan aktiviti sama di Melaka dan Perak.


“Semua suspek kini direman empat hari bagi siasatan bermula 14 Ogos sehingga 17 Ogos depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya di Sidang Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini semalam.

Menurutnya, sindiket berkenaan dikesan aktif sejak April lalu menggunakan dua nama syarikat berbeza bagi mengelakkan dikesan pihak pembekal.


“Hasil serbuan ke atas premis itu berjaya merampas 150 tong minyak pelincir 18 liter, 10 tong minyak pelincir 200 liter, 23 kotak minyak pelincir pelbagai jenama dan 10 tin minyak gris, enam tayar lori serta dokumen perniagaan yang dianggarkan berjumlah RM51,000.

“Kami kini juga sedang menyiasat sama ada sindiket ini mempunyai kaitan dengan sebuah lagi syarikat yang terletak di Bandar Bukit Beruntung, Rawang kerana dipercayai menjalankan aktiviti yang sama,” katanya.


Menurutnya, setakat ini, polis menerima 21 laporan berhubung syarikat berkenaan membabitkan kerugian RM900,000.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Lelaki Pakistan diburu


Kuala Lumpur: Polis memburu seorang lelaki warga Pakistan dikenali sebagai Ali Farran bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang lebih RM100,000 dari akaun milik empat penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, suspek berusia awal 30-an dan bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel motosikal di Pandan Indah.

“Alamat terakhir suspek yang dikesan ialah di Nombor 2B, Lorong Kemajuan Dua Kampung Pandan, Ampang dan kali terakhir dilihat berada di kawasan berkenaan pada hari raya keempat lalu.
“Siasatan lanjut di tempat kerjanya mendapati suspek sudah enam bulan tidak datang bekerja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, Ali Farran adalah individu yang menerima wang pemindahan sebanyak RM35,000 daripada akaun keempat milik penumpang MH370.

Izany berkata, kelmarin, polis menahan sepasang suami isteri di dua lokasi berbeza di Ampang kira-kira jam 4 petang untuk membantu siasatan.
Foto
Ali Farran suspek buruan polis.
“Wanita kerani bank berusia 33 tahun ditahan di rumah di Saujana Ampang manakala suaminya yang bekerja sebagai mekanik ditahan di sebuah bengkel di Pandan Indah,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, beliau berkata, polis sudah merakam keterangan enam individu termasuk pengurus bank yang membuat laporan berkenaan.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai lelaki warga Pakistan itu menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Azmi Mohd di talian 012-7790686.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Asisten Superintendan Musa Masidi di talian 017-3434060 atau IPD Dang Wangi 03-26002222 untuk membantu siasatan.

Rabu lalu, akhbar melaporkan lebih RM100,000 daripada empat akaun bank milik penumpang MH370 lesap dipercayai dipindah dan dikeluarkan kakitangan bank tanpa kebenaran.

Empat mangsa berkenaan adalah dua penumpang warga China, Ju Kun dan Tian Jun Wei, satu akaun pramugara warga Malaysia, Tan Size Hian dan satu akaun penumpang warga Malaysia, Hue Pui Heng.

Difahamkan, wang daripada tiga akaun mangsa dipindahkan ke akaun milik seorang lagi mangsa tanpa kebenaran melalui e-banking atau pemindahan melalui perbankan Internet.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Telefon 911 lepas merogol


New York: Seorang lelaki menghubungi talian kecemasan 911 selepas merogol seorang wanita untuk memaklumkan perbuatan terkutuk itu, lapor polis semalam.

Tidak seperti selalu, pegawai yang menjawab panggilan itu memang terkejut apabila mendengar nada suara Joel Jones, 47, yang membuat panggilan sambil menangis teresak-esak.


“Saya menyerang wanita itu. Tolong bawa saya ke penjara,” katanya.



Sebelum itu, Jones menyiarkan iklan mencari pembantu rumah dalam laman sesawang Craiglist. Seorang wanita mengubunginya kerana berminat dan mereka bertemu di sebuah bangunan pejabat.


Jones kemudian mengambil kesempatan dengan menangkap mangsa dan mengheretnya hingga ke bilik terpencil sebelum memperkosa wanita terbabit.


Jones juga menggunakan pisau untuk mengugut mangsa supaya jangan melawan. Namun, selepas serangan itu berakhir naluri Jones mendorong dia mengakui jenayah berkenaan.

Mangsa berkata, dia melihat Jones menghubungi talian 911. Jones kini ditahan atas dakwaan melakukan serangan seksual, menculik dan mengancam dengan menggunakan senjata. Rekod menunjukkan Jones pernah dipenjara beberapa kali, termasuk atas kesalahan jenayah seksual. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Pasangan didakwa



Bali: Pasangan Heather Mack dan Tommy Schaefer semalam didakwa atas tuduhan membunuh oleh polis Indonesia semalam selepas ditahan sejak Rabu lalu.

Heather, 19, dan Schaefer, 21, didakwa membunuh Sheila von Wiese-Mack sebelum menyumbat mayat wanita terbabit ke dalam beg pakaian sebelum disembunyikan dalam teksi diletakkan di pekarangan Hotel St. Regis Bali.


Menurut Timbalan Ketua Polis Bali, Brig Jen Gusti Ngurah Raharja Subyakta, pertuduhan adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada saksi dan bukti di tempat kejadian.



Polis menyatakan, pasangan berkenaan meletakkan bagasi berisi mayat ibu Heather di dalam sebuah teksi sebelum memberitahu kononnya perlu masuk semula ke hotel untuk mendaftar keluar. Mereka bagaimanapun melarikan diri melalui pintu belakang. Rakaman CCTV di hotel berkenaan menunjukkan mangsa dan anak perempuannya bertengkar di lobi hotel Isnin lalu dan laporan bedah siasat ke atas mangsa menunjukkan, ada kesan pergelutan yang berlaku sebelum mangsa mati. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Ketawa ketika disiasat


Menurut laporan media antarabangsa, Heather Mack, 19, dan teman lelakinya Tommy Schaefer, 21, ditahan di balai polis Nusa Dua namun enggan memberi sebarang keterangan kepada pegawai penyiasat.

Heather juga dikatakan selamba ketawa ketika polis cuba mendapatkan keterangan daripadanya. Sebaliknya Heather mahu dia diwakili peguam dari Amerika Syarikat (AS). Pasangan itu ditahan Rabu lalu selepas polis menemui mayat Sheila von Wiese-Mack, 62, disembunyikan di dalam beg pakaian di depan hotel mewah di Bali.
Mereka didakwa menyembunyikan beg berkenaan di dalam sebuah teksi yang diletakkan di perkarangan Hotel St. Regis, Bali pada Selasa sebelum melarikan diri.

Walaupun diikat hubungan sebagai ibu dan anak, Heather serta Sheila dilaporkan selalu tidak sehaluan. Kenalan keluarga itu, Willie Nance berkata, antara Januari 2004 hingga Jun 2013, polis terpaksa datang ke rumah keluarga berkenaan yang terletak di Illinois sebanyak 86 kali berikutan laporan keganasan domestik dan kecurian.

Willie berkata, Sheila menghadapi banyak masalah dengan Heather sejak kematian suami pada 2006.
Foto
HEATHER dan Tommy didakwa membunuh Sheila.
Menurutnya, dia baru sahaja berbual dengan Heather minggu lalu dan remaja terbabit nampak sedih dan tertekan.

“Saya tidak menyangka dia sanggup melakukan perkara ini,” katanya.
Seorang lagi kenalan keluarga berkenaan, Mark Bacharach menyatakan mereka sudah lama bimbang Sheila dengan Heather, malah pernah mencadangkan agar dia dihalau keluar.

“Heather bergaul dengan golongan bermasalah, namun Sheila tidak sampai hati untuk menghalaunya. “Perwatakan Heather sering berubah-ubah daripada seorang yang sangat baik kepada remaja ganas dan kejam,” katanya.

Sheila dan Heather dilaporkan bercuti di Bali untuk beberapa hari sebelum Schaefer menyertai mereka.

Polis percaya Schaefer melakukan pembunuhan berkenaan selepas bertengkar sehari sebelum itu.

Peguam Heather, Michael Elkin berkata, disebabkan remaja terbabit masih belum disabitkan dengan kesalahan jenayah, dia perlu ditahan.

“Dia dihalang daripada menghubungi peguamnya selepas ditahan dan hanya dibenarkan berbuat demikian beberapa jam lalu.

“Ketika saya berbincang ringkas dengannya, saya dimaklumkan seorang anggota polis berada di dalam bilik berkenaan walaupun saya meminta agar dapat bercakap dengan anak guam saya secara peribadi,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Impian musnah sekelip mata


Kaherah (Mesir): Kisah tragis yang menimpa pemuda Palestin dari Gaza, Hassan Muhani, 25, pasti membuatkan hati sebak mengenangkan suratan hidupnya.
Bakal menamatkan pengajian Sarjana Muda Jurusan Pentadbiran di Universiti Gaza, dia menyimpan cita-cita untuk membina kehidupan yang lebih baik buat isteri dan anak kecil berusia dua tahun dengan menjadi usahawan buah-buahan.
Di sebalik cengkaman kuku besi Zionis di tanah kelahirannya, impian untuk menggenggam ijazah tidak pernah luntur.

"Bagi Hassan, tanpa pendidikan sukar untuk dia memberi kehidupan lebih selesa kepada keluarga, khususnya kepada anak kecil yang amat disayanginya," kata abang Hassan, Husam Muhani, 34, yang setia menemani adiknya di Hospital Al-Hilal, di sini.
Foto
HASSAN lumpuh separuh badan terkena serpihan besi peluru berpandu.

Namun segalanya berubah dua minggu lalu apabila dia terkena serpihan peluru berpandu rejim Zionis Israel di bahagian belakang badan ketika dalam perjalanan ke rumah yang terletak di Bandar Gaza.

Letupan berdekatan menyebabkan serpihan besi menusuk sehingga ke tulang belakang menyebabkan kecederaan parah dan doktor mengesahkan bahawa Hassan akan lumpuh separuh badan.

Lebih memilukan dia hampir menyiapkan tugasan akhir untuk menamatkan pengajian dan bergelar graduan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Penderitaan dialaminya turut mendapat perhatian Ketua Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang hadir memberi sumbangan bagi meringankan bebannya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Maut disangka tidur


Juru: Dua lelaki berusia 30-an ditemui mati di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru (arah selatan), malam tadi.
Difahamkan, kejadian disedari orang awam kira-kira jam 7.30 malam selepas melihat kedua-dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan enjin kenderaan itu masih hidup sebelum memaklumkan kepada pekerja stesen minyak berkenaan.
Pekerja stesen minyak berkenaan yang pada mulanya menyangka kedua-dua lelaki itu tidur cuba mengejutkan mereka dan menghubungi polis selepas kedua-duanya tidak memberikan reaksi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kedua-dua lelaki itu ditemui mati di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.
Foto
ANGGOTA forensik memeriksa kereta mangsa selepas dimaklumkan orang awam mendapati dua orang lelaki melayu dan cina berumur 30 an tidak sedarkan diri sejak pukul 7.30 malam tadi. FOTO Amir Irsyad Omar
Foto
ANGGOTA polis mengusung salah seorang mayat daripada dua orang lelaki bangsa melayu dan cina. FOTO Amir Irsyad Omar

"Berdasarkan siasatan awal tiada unsur jenayah ditemui dan kes mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat lelaki yang berasal dari Kedah dan Melaka itu di bawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Rumah siap CF tiada



AYU ASLIZA (depan tiga dari kanan) bersama sebahagian pembeli menunjukkan dokumen perjanjian jual beli rumah di perumahan Bandar Sejahtera, Pokok Sena, Kedah semalam.


POKOK SENA – Impian kira-kira 150 pembeli rumah di perumahan Bandar Sejahtera dekat sini untuk memiliki rumah idaman tidak kesampaian apabila pihak pemaju didakwa gagal menyerahkan kediaman mereka pada tahun lalu.
Projek perumahan itu sudah siap sepenuhnya pada Mei tahun lalu namun kegagalan untuk mendapatkan sijil layak menduduki (CF) daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyebabkan pembeli gagal menduduki kediaman mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3AVPzCYsl 
Hakcipta terpelihara