Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Kehilangan wang mangsa MH370:Polis buru warga Pakistan

 JUMAAT, 15 OGOS 2014 @ 2:23 PM

 
KUALA LUMPUR: Polis kini memburu seorang lelaki warga Pakistan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang RM110,643 dalam akaun bank milik empat mangsa MH370 yang dipindahkan secara haram.

Lelaki dikenali sebagai Ali Farran, berumur lingkungan 30an dikenal pasti sebagai pemilik akaun bank yang digunakan suspek untuk memindahkan sebahagian wang berjumlah RM35,000 dari akaun salah seorang mangsa.

Suspek dikatakan bekerja sebagai mekanik dan dipercayai menjadi rakan subahat suspek utama.

Semalam seorang kakitangan bank serta suaminya sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Suami isteri direman dipercayai keluar wang mangsa MH370


KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang ditahan dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370, direman hingga Ahad ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata, kedua-dua mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 bagi membantu siasatan.
Pasangan itu ditahan semalam selepas dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara.
Suspek wanita yang berusia 33 tahun, bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lepas ditahan di rumahnya di Ampang pada 4 petang manakala suaminya, 33, ditahan di bengkel kereta ketika membaiki keretanya di Ampang.
Berikutan itu, polis kini sedang mengesan seorang lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 30 tahun, dipercayai terlibat dalam kes sama.
Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik keempat-empat individu itu lesap daripada akaun bank mereka, dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.
Siasatan awal polis mendapati daripada jumlah itu, sebanyak RM35,000 dipindahkan ke akaun kelima menerusi perbankan internet.
Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan daripada empat akaun berkenaan. - BERNAMA

Tiga rakan didakwa tipu lelaki babitkan wang tunai RM747,000


IPOH: Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM747,000 bulan lepas.
N. Narendran, 34, Meor Asri Ariffin, 43, dan A.S. Robert, 47, didakwa menipu Zain Mohamed Ismail, 55, kononnya untuk pelaburan perniagaan bekalan ubat dan alat pakai buang untuk Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
Tindakan tertuduh mendorong mangsa mendepositkan wang berjumlah antara RM68,000 dan RM170,000 ke dalam akaun CIMB atas nama Mesna Medical Supplies.
Ketujuh-tujuh kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank CIMB, Jalan Kampar di sini antara 25 Jun dan 2 Julai lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab membenarkan mereka diikat jamin RM20,000 setiap seorang dan memerintahkan tertuduh melapor diri pada 15 hari bulan setiap bulan di balai polis berhampiran.
Mahkamah menetapkan kes disebut semula 24 September ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Kavitha manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam Nurul Azira Abdul Aziz, E.P. Seeralasittan dan Jaswant Singh. - BERNAMA

Remaja lemas ketika mandi bersama rakan


15/08/2014 9:25pm

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki ditemui lemas ketika mandi bersama-sama lima rakannya di sebuah tasik berdekatan Pantai Senok, Bachok hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, mangsa Mohd. Farhan Hakim Ramadhan, 14, yang berasal dari Kampung Kubu Maraj, Bachok tiba-tiba hilang ketika sedang mandi-manda di tasik berkenaan.
Ketua Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Bachok, Ab. Razak Ab. Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 4.11 petang.
"Lima anggota bomba dari Bachok bersama Pasukan Penyelamat Dalam Air Kota Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian untuk gerakan mencari mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini.
Tambahnya, mayat mangsa ditemui pada pukul 5.43 petang iaitu kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk bedah siasat. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_36.htm#ixzz3AT5kKv00 
Hakcipta terpelihara 

16 jenazah MH17 tiba di tanah air 22 Ogos


  • Muhyiddin (tengah) bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) selepas majlis taklimat penghormatan penerimaan jenazah MH17, semalam.Muhyiddin (tengah) bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) selepas majlis taklimat penghormatan penerimaan jenazah MH17, semalam.

PUTRAJAYA - 16 jenazah MH17 akan dibawa pulang ke Malaysia, 22 Ogos ini untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua jenazah dijadualkan dibawa menggunakan penerbangan khas dan tiba di tanah air pada jam 10 pagi pada tarikh tersebut.

Katanya, setakat ini, 24 jenazah warga negara Malaysia telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa di Amsterdam dan melibatkan 14 penumpang dan 10 anak kapal.
“Untuk 22 Ogos ini, seramai 16 jenazah telah siap sedia untuk dibawa pulang, manakala lapan lagi jenazah yang belum melalui proses lengkap akan dihantar pulang secara berperingkat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan majlis taklimat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat MH17 di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sedang menunggu isyarat seterusnya daripada pihak berkuasa Belanda bagi membawa pulang baki lapan jenazah yang lain.
“Kita akan lakukan secepat mungkin bagi mengelakkan waris menunggu lama. Identiti kesemua mangsa hanya akan dikeluarkan pada 22 Ogos ini,” katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan akan turut menyediakan kemudahan pengangkutan bagi menghantar jenazah ke kampung halaman yang agak jauh.

Menurutnya, maklumat setakat ini, tiga jenazah di kawasan pendalaman Semenanjung akan diterbangkan menggunakan Helikopter Nuri dan satu jenazah di Kuching, Sarawak menggunakan Helikopter Charlie.

Sementara itu,  22 Ogos diumumkan sebagai hari berkabung negara bagi menghormati ketibaan jenazah.

Ejen pelajar didakwa pecah amanah


  • mahkamah

IPOH - Seorang ejen penghantaran pelajar ke luar negara mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah berjumlah RM78,888 di Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi.

Tertuduh, Chan Voon Jiun, 50, yang juga pemilik syarikat tersebut mengaku tidak bersalah di atas lima pertuduhan yang dilakukan antara Februari hingga Oktober 2012.

Letupan bertubi-tubi disangka mercun


  • Anggota bomba sedang memadamkan api yang memusnahkan sebuah rumah pusaka berusia lebih 50 tahun di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu, semalam.Anggota bomba sedang memadamkan api yang memusnahkan sebuah rumah pusaka berusia lebih 50 tahun di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU - “Pada mulanya saya ingatkan letupan yang bertubi-tubi itu bunyi budak main mercun, tapi selepas terhidu bau hangit, saya terus bergegas keluar dan mendapati api sedang marak di rumah berkenaan,” kata Tuan Zaharin Tuan Sembok, 38.

Tuan Zaharin merupakan jiran serta saksi pertama melihat insiden kebakaran yang meranapkan rumah pusaka yang sudah dua tahun tidak berpenghuni di Kampung Pulau Rusa, di sini.

Menceritakan kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, Tuan Zaharin berkata, sebelum terdengar bunyi letupan kuat, dia berada di rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

“Ketika sedang bercakap telefon dengan rakan, saya terdengar bunyi letupan dan sangkakan bunyi mercun, tetapi selepas terhidu bau hangit serta ternampak asap tebal dari arah tepi rumah, saya bergegas keluar sebelum mendapati api sedang marak membakar rumah berkenaan.

“Saya terus telefon bomba untuk mendapatkan bantuan dan sementara menunggu bomba tiba, saya bersama beberapa jiran lain cuba memadamkan api bagi menghalang merebak ke rumah berdekatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tuan Zaharin berkata, api merebak terlalu pantas dan dalam masa tidak sampai 10 minit, rumah pusaka berusia lebih 50 tahun itu ‘hilang’ begitu sahaja.

Sementara itu, Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan 11, Syukri Zahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.53 petang dan setibanya di lokasi kejadian, api sedang marak membakar keseluruhan rumah berkenaan.

“Dengan kekuatan 14 anggota, kami mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan kebakaran, namun rumah jenis sementara yang tidak berpenghuni itu gagal diselamatkan,” katanya.

Sampel tulang di kolam ikan patin sah bangkai babi


  • Gambar tulang haiwan yang dipercayai babi di dalam kolam seperti yang tersebar.Gambar tulang haiwan yang dipercayai babi di dalam kolam seperti yang tersebar.

IPOH - Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood mengesahkan sampel tulang yang diambil di sebuah kolam ikan patin yang menjadi viral di laman sosial Julai lalu adalah bangkai khinzir.

Menurutnya, sampel tulang telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia, Petaling Jaya untuk pengesahan DNA khinzir pada 10 Julai lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lambakan tulang babi jadi topik hangat]

[ARTIKEL BERKAITAN: Heboh ikan makan bangkai babi]

"Laporan pemantauan dari daerah-daerah lain turut diterima dan dihantar kepada ibu pejabat Perikanan Putrajaya.

"Laporan DNA diterima pada 8 Ogos lalu daripada Jabatan Kimia mengesahkan analisis ke atas sampel tulang yang dihantar membuktikan ianya adalah bangkai khinzir," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di majlis interaksi dan ramah mesra Aidilfitri Ketua Pengarah Perikanan Malaysia bersama warga Jabatan Perikanan Negeri Perak, hari ini.

'Saya tak boleh maafkan madu'


  • Rumah didiami Siti Aminah sekeluarga kini dicat putih bagi menghilangkan ingatan terhadap tragedi buruk yang pernah berlaku.Rumah didiami Siti Aminah sekeluarga kini dicat putih bagi menghilangkan ingatan terhadap tragedi buruk yang pernah berlaku.

ALOR SETAR - ”Walaupun sudah tiga tahun berlalu, susah saya nak maafkan. Parut di muka jelas kelihatan kesan kena tetak,” luah Siti Aminah Hanapi, 53, yang sebelum ini parah ditetak madunya dalam kejadian di Kampung Baru Alor Biak, Sungai Korok, di sini, awal Januari 2011.

Disebabkan itu, Siti Aminah yang juga isteri pertama menerima 44 jahitan di dahi dan pipi kiri selain retak pada tengkorak kepala.

Mengimbas kembali kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, seorang isteri muda yang masih dalam pantang bertindak di luar batasan dengan menetak madu dan anak tirinya berusia 16 tahun menggunakan parang dipercayai akibat perselisihan faham.

Siti Aminah berkata, dia tidak menyangka layanan baik terhadap madunya termasuk membenarkan mereka dua beranak tinggal bersama akhirnya mengundang padah.

“Disebabkan kejadian itu, saya masih trauma kerana sering terbayang-bayang diserang secara tiba-tiba dan sukar untuk tidur. Hanya ALLAH yang tahu bagaimana kami melalui detik cemas hampir meragut nyawa.

“Biarpun dia sudah dibebaskan dari penjara namun saya tidak akan membenarkannya menjejakkan kaki ke rumah ini kerana bimbang kejadian sama boleh berulang kembali,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sepanjang tempoh wanita itu menjalani hukuman penjara, mereka sekeluarga kembali hidup tenang dan cuba untuk melupakan semua kisah pahit yang pernah berlaku termasuk menukar cat rumah lokasi kejadian dari hijau kepada putih.

“Namun sejak wanita itu menamatkan hukuman, suami kembali ke pangkuannya. Saya terpaksa mengambil alih tugas untuk menanggung keluarga dengan mengambil upah mengopek ikan bilis sekitar RM10 seminggu.

“Bagaimanapun sejak kebelakangan ini keadaan kewangan semakin terbeban apabila keadaan kesihatan makin merosot kerana sakit kencing manis. Saya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan am RM200 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tanggung keluarga,” katanya.

Siti Aminah berkata, dua daripada lima anaknya masih bersekolah namun anak keempat yang sepatutnya melanjutkan pelajaran di tingkatan empat mengambil keputusan untuk berhenti kerana kesempitan hidup.

“Hanya anak bongsu sahaja sekarang di tahun lima yang masih bersekolah namun mengalami masalah pembelajaran. Sementara anak sulung dan kedua sudah berkahwin mengikut suami, anak ketiga hanya mengambil upah kerja kampung.

“Beban makin terasa apabila bekalan elektrik dan air hampir dipotong kerana bil tertunggak tidak mampu bayar. Saya juga tidak dapat menyediakan kelengkapan raya untuk anak-anak sewaktu Aidilfitri lalu. Motosikal yang menjadi pengangkutan utama juga sudah kena tarik sebab tiada duit mahu bayar ansuran bulanan,” katanya.

Katanya, dia amat mengharapkan ada pihak yang sudi membantu mereka untuk membina hidup baru.

“Saya minat berniaga secara kecil-kecilan seperti makanan dan minuman tetapi tidak ada modal untuk membeli peralatan perniagaan. Sekurang-kurangnya jika ada yang sudi membantu sedikit sebanyak boleh meringankan beban untuk mencari sumber pendapatan menampung keluarga,” katanya.

Motor curi dalam rumah


  • Motosikal yang dilaporkan hilang ditemui di rumah suspek.Motosikal yang dilaporkan hilang ditemui di rumah suspek.

KULIM - Selepas dua ahli Geng Sauki ditahan kelmarin kerana memiliki enjin motosikal curi, membawa kepada penahanan dua lagi lelaki berusia 20 tahun di Sungai Limau, kira-kira jam 4 petang semalam.

Dari siasatan dijalankan, Geng Sauki melakukan beberapa kes kecurian motosikal sepanjang bulan puasa lalu.

Selain motosikal baru, geng ini turut mencuri motosikal lama untuk kegunaan sendiri.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, motosikal dicuri itu merupakan motosikal yang dilaporkan hilang di Kulim Hi-Tech.

Menurutnya, polis membawa dua suspek yang ditahan dan meminta mereka menunjukkan lokasi motosikal itu disembunyikan.

“Kami membawa suspek pergi ke lokasi terlibat. Apabila sampai di sana, suspek mengarahkan kami memberhentikan kenderaan di hadapan rumah seorang suspek yang ditahan dan menunjuk motosikal yang dicuri.

"Kami kemudiannya membuat semakan terhadap nombor enjin motosikal terlibat dan mendapati ia masih dilaporkan hilang," katanya.

Katanya, motosikal itu kemudiannya dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan akan dijadikan bahan bukti ketika pendakwaan.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal,” katanya.

Maut dirempuh penagih dadah


  • Abd Rahim (kanan) bersama S Ragu melihat keadaan kereta dan motosikal yang terbabit dalam kejadian berkenaan.Abd Rahim (kanan) bersama S Ragu melihat keadaan kereta dan motosikal yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

JITRA - Seorang remaja maut selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta yang dipandu seorang lelaki disyaki penagih dadah di Batu 2, Jalan Kodiang - Changloon, dekat sini, malam semalam.

Mangsa, Mohamad Asmizan Che Nazir, 16, yang membonceng motosikal yang ditunggang Saiful Arhmar Zulkefli, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Manakala Saiful Arhmar mengalami cedera teruk termasuk patah kaki dan tangan dibawa ke Hospital Tengku Fauziah, Kangar.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Mohamad Asmizan dan Saiful Arhmar dikatakan dalam perjalanan dari masjid untuk pulang ke rumah di Kampung Tengah, Kodiang.

Dipercayai, motosikal yang dinaiki kedua-dua remaja terbabit merempuh dari arah bertentangan, manakala pemandu kereta turut terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, hasil siasatan lanjut mendapati pemandu kereta jenis Honda Civic berkenaan positif dadah.

“Pihak polis telah menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut mengenai kejadian dan reman terhadapnya akan dilakukan bermula esok (hari ini).

“Setakat ini kita belum mengenal pasti punca kejadian sebenar, siasatan juga akan dijalankan terhadap penunggang motosikal yang kini masih dirawat di hospital,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Tambah Abd Rahim, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis turut membuka satu kertas siasatan terhadap pemandu kereta di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 kerana dipercayai memandu dengan pengaruh dadah,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor S Ragu menerusi talian 013-5201383.

MAYAT seorang bayi perempuan ditemui di dalam longkang

14/8/14 - MAYAT seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di dalam sebuah longkang belakang deretan rumah teres kira-kira jam 9 pagi tadi di Taman Seri Sg Pelek,Sepang.Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata,mayat bayi yang dianggar dua kilogram itu telah dijumpai oleh penduduk di situ.Menurutnya lagi,hasil pemeriksaan awal ke atas mayat bayi yang berkulit cerah itu menemui kesan calar pada dahinya dipercayai terkena batu pada longkang.Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Serdang untuk disiasat.

*suami saya share pic & info ni dgn saya.. Sedih sgt tgk nasib si kecik ni.. Longkang akhirnya tmpt terakhir dia.. Xsanggup nk bayangkan betapa siksanya dia sewaktu dicampak di longkang ni dgn kepala dgn bdn terhentak dkt batu longkang itu.. Lepas tu mungkin lemas dgn air longkang yg kotor tu.. Allahuakbar..
Semoga si perlaku dpt hidayah drpd Allah Taala..

via ~ Sista Anne
 

Curi besi penutup longkang


  • Orang awam melihat tiga suspek curi besi penutup longkang ditahan polis marin kira-kira jam 7.30 petang di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini, kelmarin.Orang awam melihat tiga suspek curi besi penutup longkang ditahan polis marin kira-kira jam 7.30 petang di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini, kelmarin.

BANDA HILIR - Tiga lelaki sedang leka mencuri besi penutup longkang, dicekup orang awam dan dua polis marin di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini, lewat petang kelmarin.

Menurut sumber, ketiga-tiga lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi itu terdahulu dilihat sedang leka mengangkat besi-besi tersebut sebelum orang awam di kawasan itu memaklumkan polis marin yang melalui kawasan sungai berhampiran.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, dua anggota polis marin itu bertindak menahan ketiga-tiga lelaki terbabit dalam kejadian jam 7.30 petang.

“Pengadu merupakan anggota polis marin berusia 36 tahun bersama rakannya ketika hendak membuat rondaan rutin dimaklumkan orang awam mengenai tiga lelaki yang mencuri besi penutup longkang.

“Polis marin tersebut kemudian menangkap suspek berusia 30 hingga 43 tahun yang sedang mengangkat besi untuk dimasukkan ke dalam sebuah kereta Perodua Myvi.

“Pemeriksaan awal di dalam kereta tersebut mendapati terdapat besi lain di dalamnya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, semalam.

Razali berkata, ketiga-tiga suspek kemudian diserahkan kepada polis selain kereta dan besi-besi yang percayai dicuri turut dirampas.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Sembilan beranak nyaris rentung


  • Alijah sembilan beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dijilat api dalam kejadian di Seri Bandi, pagi semalam.Alijah sembilan beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dijilat api dalam kejadian di Seri Bandi, pagi semalam.

KEMAMAN - “Mujurlah salah seorang anak saya terjaga dari tidur lepas rasa panas, kalau tak mungkin kami terperangkap,” kata seorang nenek, Alijah Ariffin, 65, yang nyaris rentung bersama dua anak dan enam cucu apabila rumah mereka di sini terbakar ketika mereka sedang nyenyak tidur, awal pagi semalam.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu mengakibatkan mereka tinggal sehelai sepinggang dan menanggung kerugian lebih RM50,000.

Alijah yang juga ibu tunggal berkata, biarpun hilang tempat berteduh namun dia bersyukur kerana mereka semua terselamat.

Katanya, anaknya, Mariam Hashim, 35, yang terlebih dahulu tersedar dari tidur sebelum mengejutkannya dan ahli keluarga lain.

“Lepas dikejutkan, kami bertempiaran keluar rumah tanpa sempat ambil barang berharga.

“Api marak terlalu cepat jadi kami tak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya mampu menyelamatkan nyawa sendiri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Terkejut bilik penuh asap

Mariam pula berkata, sejurus merasa bahang dan membuka mata dia hanya mampu mengucap panjang apabila bilik tidurnya juga dipenuhi asap.

“Berikutan itu saya segera bangkit dan kejutkan tiga anak saya yang tidur bersama dan kemudian saya kejutkan pula mak dan adik saya, Zainon Ahmad, 27, yang tidur bersama tiga anaknya di bilik berlainan.

“Alhamdulillah kami semua dapat keluar dengan selamat walaupun api merebak sangat cepat,” katanya.

Mariam bersama tiga anaknya itu tidur bilik bersebelahan dapur rumah yang dibina dari struktur konkrit manakala material binaan rumah ibunya adalah dari kayu dan papan menyebabkan api cepat merebak.

Dua anak perempuan Alijah itu berlainan bapa dan tinggal bersamanya sejak kedua-duanya bercerai serta bekerja di sebuah ladang kelapa sawit untuk menyara keluarga.

Gara-gara kebakaran itu, 100 peratus rumah mangsa musnah termasuk kesemua barang berharga dalam rumah iaitu televisyen, peti sejuk dan almari pakaian.

Api berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit selepas ketibaan tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh dibantu BBP Chukai dengan kekuatan anggota seramai 17 orang.

Tindakan pantas itu mengelakkan api merebak ke rumah bersebelahan.

Sebelum ketibaan anggota BBP itu, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seri Bandi memberi respons awal dengan berusaha mengawal api yang marak.

Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran dan jumlah sebenar kerugian yang ditanggung mangsa masih dalam siasatan pihak bomba.

Ahmad Shabery sumbang bantuan segera RM500

Dalam pada itu, bagi meringankan beban mangsa, sumbangan segera sebanyak RM500 daripada Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek disampaikan oleh rombongan Wanita Umno Bahagian Kemaman yang menziarahi mangsa sekeluarga.
Rombongan itu turut memberi kata-kata semangat kepada seluruh keluarga itu agar kuat semangat menempuh ujian berat apatah lagi dalam suasana Syawal yang masih belum berakhir.

Denda RM600 miliki rokok seludup


  • Tertuduh keluar dari mahkamah dan mengelak wajahnya dirakam oleh media, semalam.Tertuduh keluar dari mahkamah dan mengelak wajahnya dirakam oleh media, semalam.

KOTA BHARU - Seorang wanita didenda RM600 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam atas tuduhan memiliki rokok seludup bernilai RM48.36.

Denda diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad selepas tertuduh yang juga pemilik sebuah kedai runcit,

Yusfarieza Nawi, 26, mengaku salah memiliki 31 peket dan satu karton rokok bernilai RM48.36 yang dilarang diimport di dalam sebuah kedai runcit di Jalan Pasir Puteh, Kampung Jambu Merah, Melor, di sini, pada jam 11 pagi, 13 Januari 2013.

Dalam serbuan itu, sepasukan penguat kuasa Kastam menjalankan Ops Outlet di sebuah kedai runcit milik tertuduh dan hasil pemeriksaan menemui rokok pelbagai jenama.

Hasil soal siasat, tertuduh mengaku tidak mempunyai sebarang dokumen yang membuktikan rokok dirampas diimport secara sah.

Pada prosiding itu, Nik Habri menasihatkan tertuduh supaya mengambil iktibar di atas denda dikenakan terhadapnya.

“Jual rokok seludup tidak untung mana tetapi ini dah kena tangkap pula. Jadikan hukuman ini sebagai pengajaran dan jangan buat lagi,” katanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda minimum kerana perlu menyara anak  masih kecil, namun Pegawai Pendakwa, Jabatan Kastam Diraja.

Malaysia, Karthy Gasedev, memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda. Tertuduh menjelaskan denda tersebut.

Lari dari rumah selepas kena marah


  • Lari dari rumah selepas kena marah

PUCHONG – “Maafkan ayah...pulanglah nak,” rayu seorang bapa, Chooi So Meng, 59, kepada anak gadisnya, Chooi Yi Xin, 15, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu.

So Meng berkata, beberapa hari sebelum kejadian dia mengaku ada memarahi dan bertindak memukul anaknya itu kerana enggan menuruti kata-katanya.

Anak tunggal berusia 15 tahun itu diberitahu terlalu ketagih melayari internet menyebabkan dia menasihati anaknya supaya meninggalkan tabiat tersebut bagi menumpukan masa untuk mengulang kaji pelajaran.

Nasihatnya tidak didengari dan kerana tidak dapat menahan marah, dia menamatkan perkhidmatan WiFi yang dilanggan sebelum memarahi serta memukul anak gadisnya itu.

Menurutnya, dia tidak menyangka tindakannya menyebabkan anaknya itu menghilangkan diri dipercayai bersama teman lelaki beberapa hari selepas kejadian, iaitu pada hari ulang tahun Yi Xin yang ke-15.

“Pada 6 Julai hari itu, anak saya ada minta izin nak pergi ke pusat beli-belah, tapi saya tak sangka dia akan hilangkan diri sampai sekarang,” katanya.

Telefon bimbit milik anaknya juga tidak dijawab menyebabkan dia membuat laporan polis lima hari selepas anaknya tidak pulang ke rumah.

“Beberapa hari lepas saya buat laporan polis, Yi Xin ada telefon dan tanya macam mana dia nak hendak balik sebab saya dah buat laporan, lepas itu terus terputus hubungan dengannya,” katanya.

So Meng berkata, dia cuba mencari di beberapa tempat sering dikunjungi anaknya malah pernah ke KLIA, namun anaknya gagal ditemui.

“Saya rayu sangat dia pulang ke rumah, ibunya nangis setiap malam teringatkan dia,” katanya selepas mengadukan perkara itu kepada Adun Kinrara, Ng Sze Han.

Sementara itu, Sze Han meminta sesiapa yang ternampak remaja itu agar menghubungi pejabatnya di talian 03-80821661 atau 012-6123144,.

Langgar 10 kenderaan elak ditahan polis


15 Ogos 2014


GEORGETOWN - Sepuluh kenderaan dilanggar sebelum kereta dinaiki dua lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis kehabisan minyak dan tersadai di Jalan Solok Pinang, Sungai Pinang di sini semalam.

Seorang daripada lelaki itu melarikan diri manakala pemandu kereta berkenaan bertindak mengurung diri dalam kereta yang dikunci menyebabkan polis terpaksa memecahkan cermin tingkap untuk mengeluarkan lelaki itu dan menahannya.

"Tiada kecederaan serius dilaporkan," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan Komuniti di sini, malam tadi.

Beliau berkata kejadian itu bermula apabila anggota polis yang membuat rondaan terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Wira yang berhenti di Paya Terubong dalam keadaan mencurigakan pada 6 petang.

"Semasa anggota kami memperkenalkan diri sebagai polis dan mahu membuat pemeriksaan, dua lelaki terbabit terus masuk kereta dan memecut kenderaan itu," katanya.

Beliau berkata polis mengejar kereta terbabit sejauh lima kilometer sebelum kereta itu kehabisan minyak.

Polis masih menjalankan siasatan motif mereka bertindak demikian dan sama ada mereka mempunyai rekod jenayah. Siasatan awal mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran yang sah, katanya. - Bernama

Bimbang gambar bogel tersebar


RUBIAH OMAR
15 Ogos 2014


KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.

Tidak cukup dengan itu, remaja berusia 13 tahun itu turut menerima beberapa ugutan akan diculik oleh teman lelakinya yang hanya dikenali melalui telefon.

Difahamkan, mereka tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh perkenalan tersebut, iaitu sejak April lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, selepas hampir sebulan berhubung tanpa bersemuka, teman lelakinya bertindak berani meminta mangsa menghantar sekeping gambar bogel kepadanya tetapi mangsa enggan berbuat demikian.

“Pada mulanya suspek memberi alasan kononnya meminta gambar berkenaan hanya sekadar simpanan dirinya sendiri, bagaimanapun, mangsa enggan berbuat demikian kerana malu dan tidak yakin dengan suspek.

“Keengganan mangsa telah mengundang kemarahan suspek sebelum mengugut mahu menculik mangsa sekiranya mereka terserempak di luar.

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa yang ketakutan akur dengan arahan tersebut sebelum bertindak menghantar gambar separuh bogelnya,” katanya.

Bagaimanapun suspek yang masih tidak berpuas hati kerana permintaannya untuk mendapatkan gambar bogel tidak ditunaikan, sekali lagi memaksa mangsa menghantar gambar yang menampakkan keseluruhan badan.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati tetap memaksa dan mengugut remaja malang itu dengan niat untuk menakutkannya.

“Risau dengan ugutan tersebut, mangsa tanpa berfikir panjang mengikut arahan suspek dengan menghantar gambar bogelnya,” katanya.

Jelas sumber lagi, mangsa hanya mengetahui berhubung penyebaran gambarnya pada minggu lalu selepas dimaklumkan rakan sekolah sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan ingin memastikan gambar terbabit tidak terus disebarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya sedang giat mengesan suspek.

Tembelang suami main kayu tiga terbongkar


  • Seorang penagih dadah ditahan kerana berkhalwat dengan teman wanitanya di rumah PPRT Gong Pasir, tengah hari kelmarinSeorang penagih dadah ditahan kerana berkhalwat dengan teman wanitanya di rumah PPRT Gong Pasir, tengah hari kelmarin

DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang suami bersama gadis lain terbongkar selepas pasangan itu dicekup khalwat di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), dekat sini, tengah hari kelmarin.

Lebih mendukacitakan perbuatan tidak bermoral itu berlaku di sebuah bilik ketika ibu bapa gadis terbabit ada bersama di rumah berkenaan.

Kelakuan sumbang pasangan terbabit terbongkar selepas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum menemui sepasang kekasih sedang tidur dalam keadaan berpelukan di sebuah bilik.

Suspek lelaki yang berusia 20-an juga menjadi buruan polis kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Dia yang sudah berumah tangga dikatakan sering tidak pulang ke rumah selain selalu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah methampethamine.

Suspek yang tidak bekerja itu dikatakan sering mengunjungi rumah teman wanitanya setelah menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

Tidak cukup dengan hubungan sulit, dia juga dipercayai turut berkongsi dadah bersama gadis berkenaan selepas ujian saringan air kencing menunjukkan teman wanitanya juga positif methampethamine.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah sebelum diserahkan kepada pegawai penguat kuasa syariah untuk tindakan lanjut.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah awal Oktober ini atas kesalahan Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana berkhalwat.

Jika sabit kesalahan, pasangan terbabit boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan penyalahgunaan dadah pula, mereka boleh dikenakan denda atau penjara.

PADAH CURANG! Suami Cungkil Mata Isteri Dengan Tangan

Guangxi (China): Suami sanggup mencungkil mata isterinya dengan tangan selepas mengetahui isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Si suami juga bertindak ganas selepas isterinya menuntut cerai.

Wanita yang berusia 39 tahun itu dikenali sebagai Li, berkenalan dengan suaminya, Long, menerusi media sosial pada 2012. Selepas menjalinkan hubungan cinta selama tiga bulan, lelaki itu berubah.

Long pernah memukulnya apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang berjumlah 150,000 yuan.

Yakin dapat tahan 15 peserta sukan bogel


2014/08/14 - 04:13:49

Georgetown: Polis yakin dapat menahan 15 peserta pesta sukan bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang di sini, dalam tempoh terdekat.

Sumber berkata, setakat ini, identiti semua peserta sudah dikenal pasti hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.


“Hasil maklumat dan juga keterangan daripada beberapa peserta yang ditahan sebelum ini ternyata menunjukkan tanda positif dan kita percaya mereka dapat ditahan dalam tempoh terdekat.

“Mereka tidak perlu lagi bersembunyi kerana kita sudah memperoleh semua maklumat dan identiti sebenar peserta terbabit,” katanya.

Siasatan awal tak tepat

Sumber itu berkata, sebelum ini, identiti serta nama yang diperoleh ketika siasatan awal didapati tidak tepat, malah ada antara individu dalam senarai nama terbabit sebenarnya langsung tidak wujud.

“Beri kami sedikit masa bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan kita yakin ada antara peserta itu sendiri akan tampil ke balai polis untuk memberi keterangan.
“Siasatan mendapati ada peserta yang sebelum ini dikatakan berasal dari negara jiran sebenarnya adalah rakyat negara ini,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati individu yang menyertai pesta itu sebenarnya adalah 15 orang dan bukannya 18 orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Semua 15 orang itu adalah peserta sukan berkenaan tetapi hanya 13 didapati berbogel, manakala dua lagi bertindak sebagai pemerhati.

“Sebelas daripada individu itu adalah lelaki, manakala empat lagi wanita,” katanya.

Reman 3 suspek bunuh warga Britain dilanjut


2014/08/14 - 04:13:08 AM
Petra Jaya: Mahkamah Majistret Kuching semalam membenarkan lanjutan tahanan reman selama tujuh hari ke atas tiga daripada lima lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan dua pelajar perubatan warga Britain awal bulan ini.

Majistret Portia Tham Ong Leng membenarkan permohonan lanjutan reman bagi membantu siasatan polis.


Tiga suspek itu berusia 19 hingga 29 tahun dibawa ke mahkamah selepas tempoh tahanan berakhir semalam dengan diiringi lebih 10 anggota polis.

Permohonan lanjutan reman ke atas dua lagi suspek dijangka dilakukan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 6 Ogos lalu, Neil Gareth Dalton, 23, dan Aidan Brungar, 22, mati diserang sekumpulan empat lelaki di Jalan Abell, dalam kejadian jam 4.15 pagi.

Kejadian itu dikatakan bermula selepas mangsa bertengkar dengan seorang daripada suspek sebelum mereka diserang dengan senjata tajam.

Bapa reda, serah polis buat siasatan

Bapa reda, serah polis buat siasatan

Mohd Naqudden mendukung jenazah Nurain Damia (gambar kecil) sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam. - Foto AZHAR RAMLI

Sungai Buloh: Selepas hampir enam hari bertarung nyawa, bayi perempuan berusia 14 bulan, Nurain Damia Mohd Naqudden yang mengalami pendarahan dalam otak dipercayai didera pengasuhnya, meninggal dunia pagi semalam. 



Sepanjang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB) sejak Khamis lalu, bayi malang yang koma itu terpaksa hidup dengan bergantung kepada mesin hayat selepas doktor yang merawatnya mengambil keputusan melakukan pembedahan berisiko tinggi untuk mengeluarkan darah beku pada otaknya yang bengkak selain membuang sebahagian tengkorak kepalanya.

Otak tak berfungsi


Bagaimanapun, Nurain Damia yang sentiasa ditemani oleh kedua-dua ibu bapanya, Mohd Naqudden Zakaria, 25, dan Nor Ani Shafarina Sani, 22, nyata tidak dapat bertahan selepas doktor mengesahkan otaknya sudah tidak mampu berfungsi dan terpaksa bergantung kepada mesin hayat untuk hidup.

Mohd Naqudden yang ditemui di HSB semalam berkata, beliau reda dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, beliau kesal kerana tidak menyangka akan kehilangan anak kesayangannya selepas dua bulan menyerahkannya untuk jagaan pengasuh itu.

“Saya dan isteri mengetahui wanita itu menyediakan perkhidmatan mengasuh kanak-kanak daripada laman Facebook Komuniti Flora Damansara selepas terdesak mendapatkan khidmat pengasuh baharu selepas tidak berpuas hati dengan khidmat pengasuh lama.
“Sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan khidmatnya, saya dan isteri ada berjumpa dengan dia terlebih dahulu untuk mengetahui latar belakang serta keadaan rumahnya.

“Dia seperti seorang yang sayangkan kanak-kanak dan rumahnya juga tidak banyak perabot menyebabkan kami yakin dia boleh menjaga anak kami dengan baik, kerana selain Nurain Damia dia ada menjaga seorang saja kanakkanak lain, namun tidak menyangka perkara ini akan berlaku,” katanya.

Mohd Naqudden yang berkerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah restoran di Sungai Penchala dekat sini, berkata jika diikutkan hati memang tiada apa yang dapat mengubat kesedihan mereka suami isteri kerana kehilangan satu-satunya anak, selain berharap pelakunya dikenakan hukuman setimpal sekiranya terbukti wanita itu mendera Nurain Damia sehingga mati. 

127 mayat mangsa MH17 sudah dikenal pasti


2014/08/15 - 01:22:33

THE HAGUE: Pakar forensik Belanda sudah mengenal pasti identiti 127 mayat mangsa nahas pesawat MH17, dengan 20 nama mereka dimaklumkan kepada ahli keluarga dan waris hari ini.

“Daripada 20 nama itu, 15 adalah warganegara Belanda. Kewarganegaraan mereka yang lain belum dikeluarkan lagi," kata stesen penyiaran Belanda, NOS dalam laman webnya.


Pesawat 777 MH17 milik Penerbangan Malaysia terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat dengan 193 daripada mereka adalah rakyat Belanda.

Pasukan penyiasat nahas udara Belanda berkata, mereka menjangkakan laporan awal mengenai punca nahas pesawat MH370 boleh dikeluarkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Sementara itu, Pejabat Keadilan Belanda berkata, berpuluh pegawai negara itu serta kira-kira 200 penyiasat sedang berusaha untuk membawa ke jenayah berkenaan ke muka pengadilan.

“Sehingga yang diketahui, ini adalah siasatan terbesar membabitkan kes jenayah dalam sejarah Belanda," kata pejabat peguam negara dalam satu kenyataan. - AFP

23 terperangkap dalam lombong arang batu di China


2014/08/15 - 07:33:41

BEIJING: Seramai 23 pekerja terperangkap selepas lombong arang batu di timur laut wilayah Heilongjiang dilanda banjir.

Agensi Berita Xinhua berkata, 56 pekerja sedang bekerja ketika kejadian petang semalam di Lombong Arang Batu Anzhishun di Bandar Jixi.


Biro Keselamatan Awam wilayah berkenaan berkata, 33 orang berjaya dikeluarkan dari lombong berkenaan.

Anggota penyelamat memasang pam untuk mengeluarkan air di dalam lombong terbabit. - AP

Rumah ‘bergerak’


Oleh Nur Saliawati Salberi

Klang: “Tiada lagi istilah tidur lena bagi saya dan suami kerana rumah yang didiami ini mungkin akan meragut nyawa,” kata seorang suri rumah Najihah Abd Manaf, 47, yang juga penduduk Flat Suria Pendamar, Persiaran Selat Selatan, di sini.

Difahamkan pangsapuri lima tingkat berusia 12 tahun itu dibuat atas kawasan paya bakau dan kini dibina 400 unit kediaman yang dihuni 1,000 orang.


Menurutnya, setahun selepas tinggal di pangsapuri berkenaan dia mula menyedari ada kesan retak di beberapa bahagian rumah yang semakin hari semakin membesar.



Katanya, dia yang tinggal di situ sejak 2006, kini hidup ketakutan.


“Macam mana tak takut, kadang-kadang ketika saya berbaring di ruang tamu sambil menonton televisyen, saya dapat rasakan pergerakan rumah yang mendap.


“Jika jiran atas membasuh rumahnya air basuhan itu akan masuk ke dalam rumah saya melalui celahan kesan retak,” katanya.

Seorang lagi penduduk Lim Joo Lee, 64, berkata, selain masalah keretakan dan mendapan, masalah takungan air yang berpunca daripada paip yang tidak diselenggara juga masalah utama penduduk.


“Apabila paip yang bocor tidak dibaiki ia menyebabkan air bertakung, sekali gus menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Penduduk juga terpaksa menanggung bil air berlebihan kerana paip di dalam simen turut mengalami kebocoran sejak dua tahun lepas, namun sehingga kini tiada pihak yang tampil menyelesaikan masalah ini,” katanya.


Prihatin dengan nasib yang menimpa penghuni pangsapuri berkenaan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya akan meminta Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Shah Alam Selangor untuk membuat kajian dan siasatan untuk membantu mereka.


“Selepas melihat sendiri masalah yang dihadapi penghuni di sini (Pangsapuri Suria Pendamar), saya dapat rasakan penderitaan yang mereka hadapi,” katanya.


Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor berkata, pihaknya akan cuba usaha untuk membantu menyelesaikan masalah mereka penghuni di situ.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Bayi berkubur dalam longkang


Sepang: Mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam longkang di belakang deretan rumah teres jam 9.10 pagi di Taman Seri Sungai Pelek, di sini, semalam.

Bayi terbabit yang dalam keadaan bogel ditemui seorang lelaki berusia 52 tahun ketika keluar ke bahagian belakang rumahnya.


Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata, pemeriksaan terhadap bayi itu mendapati ada kesan calar pada dahinya dipercayai terkena batu longkang.



Menurutnya, bayi berkulit cerah itu dipercayai baru dilahirkan berikutan masih terdapat tali pusat dan beratnya dianggarkan lebih dua kilogram.


“Kami belum mengetahui punca kematian bayi itu dan mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.


“Kami juga belum mengetahui usia sebenar serta bangsa bayi itu dan masih menjalankan siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff berkata, ketika ini polis masih menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes berkenaan atau bayi terbabit sudah mati sebelum dibuang.


Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi.

“Pada masa sama, pihak polis akan membuat siasatan ke hospital dan klinik berhampiran bagi mendapatkan maklumat wanita yang menerima rawatan selepas bersalin,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Nafi ugut wanita


Kuala Lumpur: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan menceroboh dan melakukan ugutan jenayah dengan niat menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang wanita, kelmarin.

Tertuduh, Yap Ng Fook, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menceroboh Taman Layang-Layang Tasik Metropolitan Kepong, di sini tanpa kebenaran, jam 12.01 pagi, pada 13 Ogos lalu.



Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua, Ng Fook didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas Nur Hidafi Ishak, 26, dengan niat menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa.


Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan Mahkamah menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Suami orang belasah bekas teman wanita


Kuala Lumpur: Gila bayang. Itu perumpamaan kepada seorang lelaki apabila tergamak membelasah bekas teman wanitanya selain memaksa memulangkan semula wang RM1,000 yang pernah dipinjamkan kepada wanita itu.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu turut mengurung mangsa, 30 tahun, di dalam bilik tidur kediamannya di Wangsa Maju, di sini, dan memaksa dia menyerahkan wang diminta jika ingin dilepaskan.


Tindakan gila lelaki berusia 30-an itu disebabkan mangsa memutuskan hubungan dengannya apabila mengetahui statusnya yang masih suami orang sedangkan sebelum ini dia mendakwa masih bujang.



Akibatnya mangsa terpaksa menghubungi pihak polis yang datang tidak lama kemudian dan membebaskannya sementara suspek melarikan diri kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.


Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang ketika itu berada di dalam bilik tidur terkejut apabila bekas teman lelaki masuk ke dalam biliknya tanpa kebenaran.


“Mangsa pada mulanya menghalau lelaki itu beredar, namun gagal sebaliknya suspek merayu supaya menerimanya semula dan meneruskan hubungan mereka seperti biasa.

“Bagaimanapun dia enggan kerana tidak sanggup meneruskan hubungan itu kerana suspek sudah berkahwin,” katanya.


Sumber berkata, suspek tetap berusaha memujuk bekas kekasihnya, namun gagal menyebabkan dia terus memeluk mangsa menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

“Berang dengan tindakan mangsa suspek kemudian terus menampar muka wanita terbabit beberapa kali selain memulaskan tangan ke belakang.


Selepas gagal memujuk mangsa, suspek akhirnya mendesak dia membayar semula wang kononnya digunakan untuk menjelaskan sewa rumah sebanyak RM1,000.


“Mangsa kemudian menghubungi polis sebelum dibebaskan dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju,” katanya.


Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Rumah pusaka lesap sekelip mata


Sik: Kehidupan seorang tukang rumah bagai jatuh ditimpa tangga apabila rumah pusaka peninggalan bapanya yang meninggal dunia sehari sebelum Ramadan lalu musnah akibat dijilat api dalam kebakaran di Kampung Kemulung, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa, Sahidan Baharom, 40, bekerja di Kampung Chepir yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumahnya sekali gus mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM80,000.


Difahamkan, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas bermula di bahagian dapur sebelum merebak, sekali gus memusnahkan rumah berkenaan.



Sahidan berkata, dia menerima panggilan daripada kakaknya yang tinggal berhampiran memaklumkan rumah pusaka bapanya sedang terbakar dan menyangka mungkin hanya mengalami kerosakan kecil.


Bagaimanapun, katanya, dia berasa terkejut apabila mendapati api sedang marak dan anggota bomba memadam kebakaran sebaik tiba di rumah.


“Kebiasaannya, saya keluar bekerja kira-kira jam 10 pagi, tetapi hari ini (semalam) tergerak hati ingin keluar awal pada jam 7.30 pagi dan tidak menyangka perkara yang tidak diingini seperti ini berlaku.

“Saya tinggal seorang diri saja di rumah pusaka berusia 50 tahun ini kerana isteri dan anak-anak tinggal di Sungai PetaniSaya berasa sedih kerana begitu menyayangi rumah ini dan kini tiada lagi tempat untuk berteduh,” katanya ketika ditemui, di sini.


Kakak mangsa, Zabidah, 59, yang menyaksikan kejadian berkata, dia terdengar bunyi letupan beberapa kali dari arah rumah pusaka yang didiami adiknya ketika sedang mencuci pinggan di dapur rumahnya.

Katanya, selepas terdengar bunyi letupan itu, dia bersama anaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) terus keluar dari rumah untuk memeriksa apa yang berlaku.


“Saya terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah pusaka ayah ketika mencuci pinggan di dapur. Kemudian, saya cepat-cepat keluar untuk melihat apa yang berlaku.


“Apabila keluar, saya melihat asap tebal dari rumah itu lalu berlari untuk meminta pertolongan penduduk kampung bagi menghubungi pihak bombaa.


“Mujurlah ada penduduk berhampiran menolong mengubah kedudukan dua buah kereta yang berada di tepi rumah berkenaan. Kalau tidak dialihkan, kemungkinan kereta itu turut musnah. Apapun, Alhamdulillah tiada kecederaan yang berlaku dalam kebakaran ini,” katanya.


Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sik Hanapi Azizan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.16 pagi sebelum lapan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.


Menurutnya, pihaknya berdepan dengan kesukaran kerana jentera bomba tidak boleh memasuki jalan mini tar untuk ke kawasan rumah itu kerana terdapat banyak pokok.


“Kami terpaksa meletakkan jentera kira-kira 90 meter dari jalan raya untuk ke lokasi kebakaran selain menggunakan pam untuk mengambil sumber air di parit yang terletak di sebelah rumah mangsa untuk memadam api,” katanya memaklumkan punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Kru ganggu penumpang


Kuala Lumpur: Seorang anak kapal Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) ditahan polis di Perancis atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang penumpangnya ketika dalam satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perancis.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan MAS di laman web rasminya, MAS mengesahkan perkara itu susulan dakwaan seorang penumpang yang membuat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Paris menggunakan pesawat MH20 pada 4 Ogos lalu, pramugara MAS terbabit berkelakuan tidak senonoh terhadapnya.


“Penerbangan Malaysia sentiasa mengharapkan standard yang terbaik daripada kakitangan.



“Kami membantu Perancis menjalankan siasatan mereka dan kami ingin menegaskan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami,” kata MAS dalam kenyataan.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Sayu buka plastik tutup jenazah


Alor Setar: “Seluruh tubuh saya menggigil sewaktu membuka plastik hitam menutupi mayat isteri yang ketika itu kaku di tepi jalan. Walaupun sedih dengan pemergiannya, saya reda dan akan membesarkan tiga anak yang masih kecil,” kata Hanizam Hassan.
Dalam kejadian jam 6.45 pagi semalam, isteri Hanizam iaitu Rosnah Hamid, 40, yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, maut apabila motosikalnya dipercayai dirempuh sebuah lagi motosikal di simpang tiga berhampiran Pokok Asam, Langgar, dekat sini.

Mangsa yang bekerja dengan syarikat pembersihan parah di kepala dan badan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa parah dihantar ke HSB untuk rawatan lanjut.
Hanizam, 41, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah di Taman Angsana, Pokok Sena dan sedang bersiap untuk keluar bekerja sebagai pemandu lori manakala anak perempuan bongsunya berusia tiga tahun sudah dihantar ke rumah pengasuh.

Katanya, dua lagi anak mereka masing-masing berusia 15 dan 18 tahun ke sekolah berhampiran kawasan rumah.

“Saya terkejut sebaik menerima panggilan orang awam sekitar jam 7.30 pagi memaklumkan isteri saya terbabit dalam kemalangan dan mayatnya masih berada di tempat kejadian.
Foto
HANIZAM ditenangkan rakannya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB, semalam.
“Dia keluar rumah jam 6.30 pagi dan sempat memberitahu dia hendak ‘pergi dulu’ ke tempat kerja. Kebiasaannya dia lebih suka memandu kereta, tetapi pagi tadi (semalam) dia menunggang motosikal sendirian ke HSB sebelum terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik HSB, di sini.

Turut menziarahi jenazah mangsa ialah Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie dan kakitangannya.
Hanizam berkata, isterinya tidak menunjukkan perubahan sikap sebelum ini cuma arwah rajin mengemas rumah dan ruang dapur sehingga bersih kelmarin seolah-olah mengetahui ajalnya sudah tiba.

Katanya, arwah seorang yang rajin bekerja untuk membantunya menyara keluarga, namun tidak menyangka isterinya akan pergi dulu meninggalkan mereka sekeluarga.

Rakan sekerja mangsa, Najib Shaari, 58, berkata, dia bertemu arwah kali terakhir jam 10 pagi kelmarin dan sempat makan bersamanya sambil berbual kosong sebelum meneruskan kerja masing-masing.

Katanya, arwah bekerja mencuci di bahagian farmasi adalah seorang yang rajin dan disegani rakan-rakan lain kerana ramah dan tidak pernah merungut jika ada masalah.

“Sebaik menerima berita nahas itu, saya bagaikan tidak percaya dan mahu sendiri melihat keadaannya di lokasi kejadian.

“Namun, sebaik tiba, saya cam itu memang jasad Rosnah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan kemalangan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk akan mengambil keterangan daripada seorang lagi mangsa masih dirawat di wad kecemasan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggangi lelaki berusia 22 tahun terbabit dipercayai bertembung dengan motosikal mangsa menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Tak sempat jumpa bapa


Miri: “Saya terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan bapa untuk berjumpa dengannya pagi tadi (semalam),” kata Helen Mona, 28, anak kepada Sibat Jinggat, 66, pemandu Proton Iswara yang maut dalam kemalangan selepas bertembung dengan sebuah lori berhampiran persimpangan ke Marudi, Jalan Miri-Bintulu, di sini, semalam.
Kemalangan jam 11 pagi itu turut menyebabkan penumpang hadapan, Richmond Passera, 19, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala tiga penumpang belakang iaitu ibu Richmond, Senik Chambai, 50-an, patah kaki kanan dan dua lagi penumpang cedera ringan.

Menurut Helen, sebelum kejadian, bapanya membantu membawa penduduk kampung ke bandar Miri untuk membeli barang keperluan selain menghantar seorang penumpang wanita untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik akibat demam panas.
“Semua penumpang terbabit adalah penduduk kampung kami di Rumah Panjang Baie, Bakong dan sudah menjadi kebiasaan bapa untuk membantu sekiranya khidmatnya diperlukan.

“Dia ada menghubungi saya untuk berjumpa, peliknya dia bercakap dalam keadaan tergesa-gesa dan ketika itu saya baru bangun tidur menyebabkan dia membatalkan hasratnya dan akan datang menemui saya pada Sabtu ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Foto
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

6 wanita hamil curi 300 pakaian


Hangzhou (China): Polis di sini semalam menahan enam wanita hamil yang didakwa mencuri 300 pakaian bernilai 100,000 yuan (RM56,000) dari 11 kedai dalam masa tiga jam.

Akhbar Zhejiang News melaporkan, polis menerima laporan mengenai kegiatan wanita berkenaan daripada seorang pembantu kedai.

Rakaman televisyen litar tertutup sebuah kedai menunjukkan dua wanita hamil memasukkan pakaian berkenaan ke dalam beg plastik.



Kamera di kedai lain merakam dua lagi wanita mengandung mengalihkan pandangan pekerja kedai sementara dua rakan mereka, juga hamil, memasukkan pakaian ke dalam beg mereka.

Hasil siasatan menunjukkan wanita berkenaan juga menjalankan kegiatan mereka di beberapa bandar besar lain sebelum pulang Hunan, bandar tempat tinggal mereka, untuk menjual semula pakaian yang dicuri itu.

Seorang wanita terbabit berkata, mereka berbincang mengenai operasi mereka ketika bermain mahjong dan yakin tidak akan ditangkap kerana hamil.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Suspek bunuh mahu peguam AS


Peguam Haposan Sihombing berkata, setakat ini suspek, Heather Mack, 19, enggan memberi sebarang kenyataan atau maklumat.
“Heather asyik meminta supaya dia diwakili peguam dari AS,” katanya.
Haposan adalah peguam yang dilantik polis Indonesia bagi mewakilinya.
Semalam media melaporkan polis menemui mayat wanita dari Chicago, Sheila von Wiese-Mack, 62, dalam beg pakaian ditinggalkan dalam but teksi di depan hotel lima bintang.
Sheila dipercayai maut selepas dipukul dengan objek tumpul sebelum mayatnya disumbat dalam beg berkenaan.
Siasatan polis kemudian membawa kepada penangkapan Heather dan teman lelakinya, Tommy Schaefer, 21.
Heather dan Schaefer belum didakwa di mahkamah setakat ini.

Sementara itu Jabatan Negara AS berkata, mereka sedia maklum kematian Sheila serta penangkapan dua suspek terbabit.
Namun, jurucakapnya, Marie Harf enggan memberi sebarang butiran.
Foto
HEATHER mengelak daripada memberikan sebarang kenyataan.

“Kami sedang memantau keadaan dan akan menyediakan bantuan sewajarnya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan pakar forensik tempatan, Ida Bagus Putu Alit berkata, sasaran pukulan pembunuh Sheila adalah muka dan kepala mangsa.

“Wanita itu dipercayai cuba melawan dan beberapa jarinya patah,”katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15