Search This Blog

Wednesday, August 13, 2014

Ibu rayu anak pulang


  • ELFIESHAELFIESHA

TAMPIN -“Walaupun saya hanya ibu angkat, namun saya sangat berharap anak yang saya bela sejak dari usia dua bulan dapat pulang kembali ke pangkuan kami,” luah Suziana Rusni, 43, ketika ditemui di pejabat MCA Bahagian Tampin, dekat sini, semalam.

Suziana berkata, dia bimbang dan risau dengan keadaan anak angkatnya itu, Nur Elfiesha Abdulah, 15, kerana gagal dihubunginya sejak Ahad malam lalu selepas pergi beraya bersama rakan-rakan.

Menurutnya, sekiranya benar anaknya itu berada dalam jagaan ibu kandung di Batu Pahat, Johor, dia berharap agar kedua beranak berkenaan dapat datang berjumpanya seperti mana semasa ibu kandungnya menyerahkan anak berkenaan untuk dijaganya lebih 14 tahun lalu.

“Sejak gagal dihubungi, saya sangat bimbang... kenapa buat kami begini sedangkan sejak dari kecil kami sudah menjaga Elfiesha tanpa menuntut sebarang balasan kecuali surat beranaknya bagi urusan menghantar Elfiesha ke klinik serta sekolah.

"Semasa diserahkan dahulu, kami sekeluarga duduk di Gemas dan ibu kandungnya menyerahkan kepada saya untuk dijaga dan membayar wang menjaga anaknya RM300 sebulan selama tiga bulan,” katanya.

Suziana berkata, selepas dari tempoh berkenaan, ibu kandung Elfiesya tidak lagi membayar wang jagaan setiap bulan, namun mereka suami isteri masih lagi menjaga Elfiesya seperti anak mereka sendiri.

“Pulanglah Icha... umi rayu Icha pulang.  Jika betul Icha dengan ibu kandung Icha atau di mana sahaja Icha berada, datanglah berjumpa umi terlebih dahulu," katanya.

Bekas suami Suziana, Rusli Kurnain, 52, membuat laporan di Balai Polis Air Kuning, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian berkenaan.

Hangus sekelip mata


  • Hangus sekelip mata

KUANTAN - Empat sekeluarga di Kampung Pandan 2, tinggal sehelai sepinggang apabila tiga rumah musnah dalam kebakaran di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, tiga rumah didiami keluarga itu termasuk seorang wanita sarat mengandung lapan bulan hilang tempat berlindung.

Mangsa kejadian, Nik Khatijah Yusoh, 21, berkata, ketika kejadian dia sedang mencuci pinggan di dapur sebelum terdengar jeritan jiran.

Menurutnya, dia yang tinggal berdua bersama anak sulung berusia tiga tahun bergegas keluar dari rumah dan melihat api sudah marak di ruang tamu.

“Saya hanya fikirkan anak ketika itu dan tidak sempat menyelamatkan barang di dalam  rumah termasuk pakaian bayi yang akan lahir tidak lama lagi.

“Keadaan saya yang sarat juga menyebabkan saya tidak mampu bergerak pantas, nasib baik ada jiran-jiran yang membantu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Nampak asap dari rumah jiran

Bagi Norliyana Che Mustafa, 25, dia menyedari kejadian itu apabila terlihat asap dari rumah Nik Khatijah ketika sedang memasak.

Katanya, dia yang panik terus menjerit memanggil nama jirannya itu sebelum api marak dengan cepat.

“Keadaan menjadi kelam kabut kerana masing-masing cuba selamatkan barang, namun api marak terlalu cepat sehingga memusnahkan dua rumah yang lain termasuk rumah saya.

“Saya berlari keluar bersama anak berusia lima bulan dan bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Sementara, Farizan Jusoh, 31, pula berkata, dia yang terdengar jeritan jiran mengenai kejadian itu cuba membantu Nik Khatijah dan meninggalkan dua anaknya berusia lima dan tiga tahun di rumah.

“Dalam keadaan panik, saya tidak sedar rumah saya juga turut terbakar manakala dua anak saya diselamatkan jiran,” kata ibu kepada enam anak itu.

Sementara itu, Pegawai Operasi, Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 10.30 pagi dan jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas tiba di tempat kejadian empat minit kemudian.

Katanya, tiga jentera melibatkan 20 anggota berjaya mengawal kebakaran 15 minit kemudian dan punca kejadian serta nilai kerugian  masih disiasat.

“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke 15 rumah yang lain.

“Tiga rumah musnah selain sebuah kereta dan empat motosikal milik mangsa terlibat,” katanya.


Bantuan segera diberikan

Adun Panching, Datuk Mohd Zaili Besar berkata, bantuan segera diberikan kepada keluarga terlibat dalam kejadian itu termasuk pakaian dan keperluan asas.

Menurutnya, kesemuanya mangsa akan ditempatkan sementara di Balai Raya Kampung Pandan 2 sebelum mendapat rumah.

“Peruntukan segera berupa wang RM1,000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut diberikan  termasuk wang tunai RM1,000.

“Kita semua bersimpati kepada mangsa dan berharap mereka bersabar. Kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Daerah, Datuk Norhayad Ahmad.

Maut ketika cuba selamat keluarga


  • Isteri Kok Wei (tengah) tidak dapat menahan kesedihan atas kematian suami dalam kebakaran awal pagi semalam.Isteri Kok Wei (tengah) tidak dapat menahan kesedihan atas kematian suami dalam kebakaran awal pagi semalam.

BAGAN SERAI - Seorang lelaki sempat mengejutkan ahli keluarganya dan menyuruh mereka menyelamatkan diri sebelum dia terkorban dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Siakap di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, mangsa, Tan Kok Wei, 40, dikatakan maut ketika cuba mengambil kunci di tingkat bawah untuk membuka pintu belakang premis yang terbakar tersebut.

Bapa mangsa, Tan Kow Kiah, 64, berkata, mangsa merupakan anak sulungnya daripada empat beradik dan sudah berkahwin serta mempunyai dua anak.

Katanya, kehilangan mangsa amat dirasai mereka sekeluarga memandangkan anak sulungnya itu sering membantunya menjalankan perniagaan di samping sering mengambil berat terhadap keluarga.

“Mendiang merupakan seorang anak dan suami yang baik serta penyayang terhadap ahli keluarganya.

“Kehilangannya amat dirasai kami sekeluarga, namun kami relakan pemergiannya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Sementara itu, Ketua Zon Perak Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Zainuddin Abdul Rahim berkata, mangsa ditemui rentung dalam keadaan bersujud sambil menggenggam segugus kunci rumah.

Menurutnya, seramai 13 anggota bomba diketuai Ketua Operasi, Mohd Alias Bahari dan dibantu enam pasukan bomba sukarela tiba di lokasi kejadian kira-kira empat minit selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4 pagi.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kami mendapati api marak di bahagian tingkat bawah bangunan dan mendapati terdapat enam mangsa terperangkap di pintu belakang bangunan itu.

“Semua mangsa terperangkap di dalam premis disebabkan terlalu banyak pengunci diletakkan di pintu belakang kedai itu, menyebabkan anggota bomba terpaksa menggunakan gergaji pemotong khas untuk meleraikan tiga mangga," katanya.

Turut serta, Penolong Pengarah Operasi Negeri Perak, Hasrin Hasbi dan Ketua Polis Daerah Kerian, Asisten Komisioner Mat Fauzi Nayan.

Zainuddin berkata, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengeluarkan lima mangsa, namun seorang maut akibat terperangkap di bahagian hadapan kedai, dipercayai cuba mengambil kunci rumah.

Katanya, berdasarkan keterangan saksi, mangsa difahamkan orang pertama menyedari kebakaran tersebut dan segera mengejutkan ahli keluarga yang tidur di tingkat dua bangunan untuk menyelamatkan diri.

Beliau berkata, saksi turut memaklumkan mangsa turun ke bahagian pintu belakang premis lebih awal, namun berpatah balik ke hadapan kedai dipercayai cuba mengambil kunci untuk membuka mangga pintu.

 Dua kereta turut rentung

Dalam pada itu, Zainuddin berkata, Siasatan awal mendapati rumah kedai itu digunakan untuk menjalankan perniagaan barangan runcit dan kebakaran dipercayai bermula di bahagian hadapan tingkat bawah premis berkenaan.

Katanya, premis tersebut terbakar 50 peratus dan kebakaran turut memusnahkan barangan perniagaan serta dua kenderaan jenis Mercedez Benz.

Beliau berkata, anggota bomba dengan kekuatan dua jentera dariBalai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai dan Kuala Kurau serta tujuh jentera Bomba Sukarela berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya dalam tempoh 30 minit.

“Usaha menyelamatkan lima mangsa terperangkap pula memakan masa empat hingga lapan minit dari tempoh kami tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa terselamat merupakan pemilik bangunan, Tan Kow Kiah, 64; ibu mangsa, Ong Faw Eng, 63; isteri mangsa, Boon Poey Ling, 37; dan dua anak mangsa iaitu Tan Zhi Yi, 12, dan Phyllis Tan Zhi Yi, 5.

Katanya, Kow Kiah yang mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan dihantar ke Hospital Parit Buntar dan menerima rawatan sebagai pesakit luar, manakala mayat mangsa dihantar ke bahagian forensik hospital sama untuk bedah siasat.

Zainuddin berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

Nekad selamat mangsa

Insiden kebakaran tersebut turut menyebabkan seorang anggota Bomba dan Penyelamat Bagan Serai tercedera ketika dia cuba membuka mangga kunci premis yang terbakar itu bagi menyelamatkan lima mangsa yang terperangkap.

Serat Yusof, 52, berkata, beliau bersyukur kerana tindakan nekadnya itu berjaya menyelamatkan lima beranak terbabit.

Dia yang ditemui di wad kecemasan Hospital Parit Buntar berkata, walaupun kedua-dua pergelangan tangannya melecur, dia tidak kesal kerana yang lebih penting baginya adalah menyelamatkan nyawa mangsa.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, saya dapat melihat kelima-lima mangsa kebakaran termasuk dua kanak-kanak menjerit ketakutan di pintu belakang premis kerana pintu itu terkunci dari bahagian dalam.

“Saya cuba potong mangga menggunakan gergaji khas tetapi jumlah mangga yang banyak menyukarkan usaha saya, ditambah pula bahang panas.

“Kedua-dua pergelangan tangan saya mula melecur terkena bahang api kebakaran, namun saya nekad terus buka mangga itu dan bersyukur usaha itu berjaya serta mangsa dapat keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Asisten Komisioner Mat Fauzi Nayan sewaktu ditemui mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan mengenainya sedang dijalankan.

Bayi mangsa dera meninggal dunia


  • Laporan Sinar Harian 9 Ogos lalu.Laporan Sinar Harian 9 Ogos lalu.
SHAH ALAM - Bayi setahun dua bulan, Nurain Damia Mohd Naquudin yang koma dipercayai didera pengasuhnya di Flat Flora Damansara, meninggal dunia pagi ini di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh.

Mangsa sebelum itu dihantar ke hospital berkenaan oleh ibunya Nur Ani Syafarina Sani, kerana tidak sedarkan diri selepas dikatakan terjatuh dari kerusi ketika sedang tidur dirumah pengasuhnya Khamis lalu.

Kejadian kayu balak jatuh dari lori dan mengheret kereta



Kejadian kayu balak jatuh dari lori dan mengheret kereta ptg td berhampiran simpang felda kg awah.. sang tauke, sang penguasa senang lenang mengaut untung, rakyat di jalanan menanggung risiko... Sebab tu aku kalau nak lintas lori balak fikir 2 3 kali, tak lintas pun fikir 2 3 kali, aduhh.. Mangsa dibawa ke hospital...
Add caption

Dua lelaki Myanmar cedera selepas bergaduh


GEORGETOWN - Dua lelaki Myanmar cedera, seorang daripadanya parah, dalam pergaduhan di rumah sewa mereka di Flat Desa Widuri, Gertak Sanggul, dekat sini malam tadi.  

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, dua lelaki berusia 30-an yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu dikatakan bergaduh akibat mabuk selepas minum arak.

"Siasatan awal mendapati dua lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan di beberapa tapak pembinaan di negeri ini sejak tahun lepas itu saling bertumbuk dan mereka juga menggunakan senjata tajam.

"Seorang daripada lelaki itu melarikan diri ke Pondok Polis Gertak Sanggul tidak jauh dari rumah mereka dan memaklumkan dia dipukul rakan serumahnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata berikutan itu, polis menahan seorang lelaki tidak jauh dari kawasan perumahan itu dan kedua-dua lelaki terbabit yang cedera di muka, kepala, tangan dan dada kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Polis akan mengambil keterangan daripada kedua-dua lelaki terbabit bagi membantu siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran, katanya. - Bernama

Kastam rampas 2 kereta mewah milik ahli perniagaan


12 Ogos 2014


KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas dua kereta mewah yang dipercayai milik seorang ahli perniagaan berasal dari Kelantan kerana disyaki menyalahgunakan kemudahan pengecualian di bawah Akta Kastam 1967.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata dua kereta mewah Lamborghini Aventador dan Rolls Royce Wraith V12 Coupe dirampas di Pavillion, Kuala Lumpur, semalam.

"Dalam kes pertama, pasukan Bahagian Penguatkuasaan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur itu telah merampas kereta Lamborghini Aventador kerana disyaki melanggar syarat-syarat Butiran 13, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2013.

"Kenderaan itu disyaki dibawa masuk melalui Pulau Langkawi telah digunakan melebihi tempoh yang melayakkannya daripada pengecualian cukai berjumlah RM1.4 juta," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya di bawah butiran pengecualian tersebut, kenderaan berkenaan boleh digunakan di Kawasan Utama Kastam (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) bagi tempoh 30 hari setiap perjalanan atau 90 hari bagi setiap tahun.

"Namun kenderaan yang dirampas itu telah didapati menyalahi pengecualian tersebut kerana telah tinggal melangkaui tempoh yang dibenarkan," katanya.  

Beliau berkata kesalahan yang dikenal pasti bagi kes itu adalah mengikut Seksyen 138 Akta Kastam 1967 kerana melanggar syarat pengecualian yang dibenarkan.

Menurutnya jika sabit kesalahan individu yang menyalahi kemudahan boleh dikenakan denda sebanyak RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.  

Individu yang memiliki kenderaan itu juga boleh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang-barang belum lulus Kastam.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda dari nilai duti atau cukai yang terlibat dan tidak melebihi 20 kali ganda dari nilai duti atau cukai terlibat atau tiga tahun penjara  atau kedua-duanya sekali, katanya.

Matrang berkata dalam kes kedua pula, pihaknya merampas kenderaan Rolls Royce Wraith V12 Coupe di tempat dan tarikh yang sama atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan ATA Carnet.

Katanya kemudahan ATA Carnet adalah membenarkan pengimportan sementara barangan tanpa pembayaran cukai bagi tempoh setahun.

"Kegagalan mengeksport semula barangan yang telah dikecualikan telah menyalahi Seksyen 138 Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Menurutnya individu yang memiliki kenderaan mengikut kesalahan itu juga boleh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. - Bernama

Heroin ditemui pada betis dua warga Pakistan


12 Ogos 2014


KUALA LUMPUR - Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Polis Diraja Malaysia menemui heroin seberat 6.3 kilogram (kg) pada dua warga Pakistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang baru tiba dari Lahore Khamis lepas.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, mereka ditahan pada pukul 1 petang dan 10 malam.
 
"Mereka ditahan setelah didapati dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan, polis menemui empat bungkusan heroin seberat 6.3 kg yang dilekatkan pada kedua-dua bahagian betis mereka", katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
 
Beliau berkata, susulan tangkapan itu, polis kemudiannya menahan seorang lelaki tempatan di sekitar Cheras pada malam yang sama dan lelaki terbabit dipercayai menjadi dalang kepada sindiket pengedaran dadah itu.
   
Sementara itu dalam kes berasingan Ahad lepas, pihak Sting menahan pula tiga lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka dan seorang wanita tempatan di tempat meletak kereta di Hutan Lipur Rimba Ampang, Selangor pada pukul 6.10 petang.

Noor Rashid berkata, mereka ditahan dalam dua kereta dan setelah membuat pemeriksaan dalam sebuah daripada kereta itu, polis menemui 10 bungkusan plastik berisi 9,120 biji pil ekstasi seberat 2.7 kg dan tiga bungkusan plastik berisi 8,400 pil eramin 5 seberat 2.3 kg yang disembunyikan dalam dua buah beg pakaian.
 
Beliau berkata, susulan tangkapan itu, pihak polis menyerbu pula sebuah rumah di Bukit Damansara di sini dan merampas 9,400 biji pil ekstasi anggaran berat 2.8 kg dan 2 kg syabu yang dijumpai dalam plastik pembungkus kopi segera.
 
Dalam serbuan pukul 12.30 malam itu, rumah berkenaan didapati tiada penghuni.
 
Keseluruhan dadah yang dirampas bernilai kira-kira RM2.1 juta. - Bernama

Nelayan ditemui mati tertiarap di dasar laut


12 Ogos 2014


LABUAN - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang di perairan dekat sini ketika keluar menangkap ikan semalam, ditemui mati hari ini.

Mayat Saidin Yusof, 44, ditemui di dasar laut dalam keadaan tertiarap, kira-kira tiga batu nautika dari pesisir pantai Kampung Sungai Labu pada jam 3.56 petang oleh penyelam skuba pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan (JBP).

"Pegawai hospital yang berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia ketika dibawa naik ke pesisir pantai dan mayatnya dibawa ke Hospital Labuan untuk bedah siasat," kata Pengarah JBP Labuan, Zainal Madasin kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata anggota bomba terus ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.24 tengah hari.

Menurut Zainal, mangsa dikatakan keluar memancing berseorangan di pantai Kampung Sungai Labu pada jam 8.30 pagi semalam namun jiran sekampung mangsa yang hanya ternampak bot milik mangsa merasa khuatir akan keselamatan rakannya itu lalu membuat laporan polis.

Operasi mencari dan menyelamat dianggotai 53 orang itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. - Bernama

Budak hamil dirogol


  • Asisten Komisioner Noor Mushar MohdAsisten Komisioner Noor Mushar Mohd

SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengandung sembilan bulan selepas beberapa kali dirogol bapa saudaranya di rumah mangsa di Bagan Sungai Burung, Sungai Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai lalu.

“Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.

“Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya,” katanya.

Katanya, mangsa yang menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar sebelum satu laporan polis dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit.

Sehingga kini katanya, polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Dalam kejadian berasingan katanya, seorang pelajar dari Pasir Mas, Kelantan dirogol di dua tempat berasingan di daerah ini oleh seorang abang angkatnya yang dikenali menerusi aplikasi SMS Koloni.

Katanya, kejadian berlaku pada 4 Ogos lalu selepas mangsa mengikut suspek berusia 25 tahun itu dari KLIA ke rumah lelaki itu di Sungai Besar.

"Dalam perjalanan ke Sungai Besar itu, mangsa dan suspek tidak terus pulang ke rumah sebaliknya mereka menginap di sebuah hotel di Sekinchan sebelum melakukan hubungan terkutuk itu pada waktu malam hari yang sama.

“Keesokannya, mangsa dibawa ke rumah suspek di Taman Padu Permai Sungai Besar dan sekali lagi melakukan perbuatan itu pada 7 Ogos lalu di bilik tidur di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Noor Mushar memberitahu, mangsa dihantar pulang oleh suspek di Perhentian Bas Klang pada 8 Ogos lalu untuk pulang ke rumahnya di Kelantan.

“Hasil siasatan mendapati ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di KLIA pada 4 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kepada ibunya menerusi SMS dia mengikut rakannya dan akan pulang dengan selamat,” katanya.

Bagaimanapun katanya, setelah beberapa kali didesak ibunya selepas kehilangannya selama empat hari, akhirnya mangsa mengaku dia telah dirogol suspek dan membuat laporan polis di Pasir Mas, Kelantan.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mulut anak ditutup pita pelekat


  • Sook Yeng menunjukkan cara salah seorang pengasuh mengikat dan menutup mulut anaknya. Turut kelihatan, Tze Tzin (kiri).Sook Yeng menunjukkan cara salah seorang pengasuh mengikat dan menutup mulut anaknya. Turut kelihatan, Tze Tzin (kiri).

BAYAN BARU - Seorang ibu berusia 35 tahun mengadu anaknya diikat dan mulut ditutup pita pelekat ketika berada di sebuah pusat asuhan.

Moey Sook Yeng berkata, disebabkan itu anaknya yang baru sahaja berusia tiga tahun mengalami fobia sebelum tidur.

“Pada masa itu saya baru hendak tidur bersamanya dan secara tiba-tiba dia seakan takut dan mengadu kalau hendak tidur tangannya akan diikat.

“Saya tidak terus terkejut kerana beranggapan itu mungkin salah satu aktiviti dilakukan oleh pusat asuhan berkenaan, tetapi untuk memastikan kesahihannya, saya berjumpa pemiliknya.

“Selepas pemilik nurseri menyiasat pekerjanya, dia meminta maaf dan mengaku memang perkara itu terjadi,” katanya.

Antara alasan yang diberikan ialah pengasuh itu masih baru dan tidak tahu cara menguruskan kanak-kanak.

Malah katanya, pemilik memaklumkan emosi pengasuh berkenaan mungkin tidak stabil.

Sook Yeng, seorang pekerja swasta berkata, dia tidak mengambil tindakan kerana sejak November 2013 hingga tahun ini anaknya dijaga dengan baik.

Sebulan kemudian, sekali lagi anak lelakinya itu mengadu diikat sebelum tidur.

“Saya terkejut dan buat laporan polis,” katanya.

Sook Yeng membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong pada 2 Jun dan selepas itu anaknya ditukarkan di pusat asuhan lain.

Dia kemudian memberi kenyataan pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Sook Yeng berkata, dia tidak berdendam dengan pusat asuhan itu, namun kesal melihat keadaan anaknya itu.

“Kalau boleh saya tidak mahu anak saya ingat perkara itu tetapi dia tetap ingat kerana ketika bermain dia akan ambil buku dan kemudian mengacah untuk menutup mulutnya.

“Sebagai ibu itulah yang menyedihkan, saya amat berharap supaya mana-mana pusat asuhan sekalipun lebih bertanggungjawab,” katanya.

Penyamun bertelekung tumpas


2014/08/13 - 01:58:27 AM Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Sindiket yang licik menggunakan dua wanita berpakaian telekung sembahyang untuk melakukan samun tumpas selepas tiga anggotanya ditahan di sebuah chalet di Tok Bali, Sabtu lalu.

Ketiga-tiga anggota sindiket yang digelar Along, berusia antara 20 hingga 46 tahun itu ditahan menerusi serbuan Ops Cantas Khas Polis Kelantan dengan kerjasama Polis Terengganu, kira-kira jam 2 petang.


Berikutan itu, polis merampas sebuah kereta PROTON Pesona dan barangan berharga termasuk barang kemas dipercayai hasil kegiatan samun sindiket terbabit.

Suspek utama diburu

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata seorang lagi suspek utama iaitu perancang sindiket berkenaan masih bebas dan gerakan memburu giat dijalankan.

Katanya, modus operandi sindiket berkenaan sangat licik apabila dua wanita berkenaan memainkan peranan utama dengan memakai telekung sembahyang seolah-olah baru pulang dari masjid.

Wanita berusia 20 dan 26 tahun itu akan memasuki premis untuk melihat keadaan premis serta memantau apa barangan berharga dalam kedai terbabit. Apabila mendapati kedai berkenaan selamat, mereka akan keluar dan memaklumkan kepada rakannya sebelum melakukan samun.
Suspek lelaki yang menunggu di luar premis akan masuk ke kedai dengan bersenjatakan parang serta pistol tiruan sambil mengarahkan mangsa menyerahkan barangan kemas dan barangan berharga lain sebelum melarikan diri, katanya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, sehingga kini pihaknya mendapati kumpulan berkenaan mendalangi sekurang-kurangnya lima kes samun di Terengganu dan Kelantan dengan menggunakan modus operandi sama.

Budak 'didera' pengasuh angkara enggan tidur


2014/08/13 - 02:00:09

Georgetown: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikatakan trauma selepas tangannya diikat dan mulutnya ditampal oleh pengasuh kerana enggan tidur di sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Relau, di sini.

Ibu mangsa yang juga seorang pegawai kewangan, Moey Sook Yeng, 35, mendakwa pengasuh TASKA terbabit mengikat tangan anak sulungnya menggunakan sarung bantal golek sebanyak dua kali, iaitu pada April dan Mei lalu.


Beliau kesal kerana pengasuh terbabit tidak sepatutnya melayan seorang kanak-kanak sebegitu.

Pada April lalu, anak saya mengadu mengenai kejadian itu sebelum saya dan suami bertanyakan perkara berkenaan kepada pengetua TASKA yang kemudian diakui dilakukan pengasuh terbabit menggunakan sarung bantal.

Namun, perkara sama berulang apabila anak saya mengadu tangan diikat dan mulutnya ditampal dengan pita perekat oleh pengasuh sama untuk memaksanya tidur, Mei lalu, katanya di Bayan Baru, di sini, semalam.

Menangis ketika hendak tidur

Ibu dua anak itu berkata, tindakan berkenaan menyebabkan anaknya itu kini ketakutan setiap kali hendak tidur.
Anak saya trauma setiap kali ingin melelapkan mata. Dia menyebut nama pengasuh tadika berkenaan serta menangis ketakutan ketika hendak tidur.

Saya sedih dengan apa yang menimpa anak saya kerana dia didera secara mental dan fizikal oleh pengasuh berkenaan, katanya.

Ditembak ketika angkat tangan


2014/08/13 - 03:26:27

Ferguson, Missouri: Pihak berkuasa menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan orang ramai malam kelmarin yang berhimpun membantah tindakan polis menembak mati seorang remaja lelaki kulit hitam, Michael Brown, Sabtu lalu.

Ketua Polis Ferguson, Tom Jackson, berkata orang ramai membaling batu ke arah polis dan tembakan datang daripada kumpulan itu, yang membuatkan pegawai terpaksa menggunakan gas pemedih mata.


Jurugambar Associated Press berkata, polis mengarahkan orang ramai supaya kembali ke rumah tetapi pihak berkuasa menyekat jalan keluar.

Kepung kawasan

Jackson berkata, polis mengepung kawasan berkenaan yang menyaksikan kes rompakan dan vandalisme berlaku malam sebelumnya kerana bimbang kereta yang lalu di situ mungkin melanggar penunjuk perasaan.

Jurucakap polis daerah St Louis, Brian Schellman, berkata sekurangkurangnya lima tangkapan dibuat dan tiada laporan rompakan.

Katanya, polis menggunakan pembesar suara mengarahkan orang ramai pulang.
Masih samar

Pihak berkuasa masih samar mengenai apa sebenarnya yang membuatkan pegawai melepaskan tembakan ke arah Brown, 18, kecuali berkata tembakan berpunca daripada pergelutan dengan seorang lelaki. Tidak dapat dipastikan sama ada Brown adalah lelaki berkenaan.

Menurut dua saksi, remaja lelaki itu ditembak berulang kali oleh pegawai polis ketika mengangkat tangan ketika dia didekati anggota keselamatan itu.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) membuka siasatan kelmarin berhubung kematian Brown, yang ditembak berulang kali selepas didekati seorang pegawai di Ferguson, yang 70 peratus daripada 21,000 penduduknya berkulit hitam. AP

Pihak berkuasa dapati Robin Williams mati kerana gantung dirinya

PIHAK berkuasa mengesahkan bahawa Robin Williams menggantung dirinya sendiri dengan tali pinggang.AP

Batu Pahat dilanda banjir kilat

Batu Pahat  dilanda banjir kilat

2014/08/13 - 02:05:50 AM

Keadaan banjir kilat yang menenggelamkan sebahagian kawasan SMKPTI selepas dilanda hujan lebat pagi semalam. - Foto Mustapha Ismail

Batu Pahat: Hujan lebat lebih sejam menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah ini dilanda banjir kilat, semalam.

Air melimpah berikutan hujan sejak jam 5 pagi, turut menjejaskan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim (SMKPTI) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yeong Chang.

Tinjauan mendapati beberapa premis kerajaan termasuk bangunan Mahkamah Batu Pahat dinaiki air dan beberapa jalan ditenggelami.
Berikutan banjir kilat itu, kesesakan teruk dilaporkan di laluan utama termasuk Jalan Pejabat, Masjid dan Kenangan.

Air beransur surut mulai jam 7 pagi.

Suri rumah, Fatimah Salim, 53, berkata air melimpah masuk ke rumahnya di Jalan Kenangan sejam selepas hujan lebat, yang menyebabkannya bersama keluarga mengalihkan kelengkapan rumah ke tempat tinggi.

Kami sempat mengalihkan perabot dan kelengkapan rumah ke tempat tinggi bagi mengelak terkena air. Bagaimanapun, beberapa peralatan elektrik dan perabot tidak sempat diselamatkan, katanya.
Sementara itu, Pengetua SMKPTI, Remi Kardi, berkata pelbagai peralatan sekolah yang terletak di tingkat bawah bangunan termasuk bilik guru dan makmal rosak akibat ditenggelami air.

Bawa pulang anak

Ada ibu bapa diminta membawa pulang anak mereka selepas keadaan tidak mengizinkan untuk kita meneruskan sesi pembelajaran kecuali pelajar Tingkatan Tiga yang perlu menduduki Ujian Lisan dan Pendengaran PT3 yang bermula jam 8 pagi, katanya.

Di Segamat, semua 350 mangsa ribut di daerah ini akan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membaik pulih rumah yang rosak dalam kejadian ribut, Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Don, berkata kejadian itu menyebabkan kerugian RM400,000.

Katanya, mangsa akan menerima bantuan awal daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) antara RM2,500 hingga RM5,000, dalam tempoh terdekat.

Bantuan kos sebenar proses kerja membaik pulih rumah hanya akan diberikan oleh JKM selepas mangsa mengemukakan laporan dan dokumen berkaitan, katanya selepas menghadiri taklimat dan melawat mangsa bencana ribut, di sini semalam.

Gempa bumi di Ecuador: Dua dilaporkan maut


2014/08/13 - 07:10:12
QUITO: Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud menggegar ibu negara Ecuador dan kawasan di sekitarnya hari ini menyebabkan bangunan tinggi bergoyang dan menyebabkan orang ramai cemas menyelamatkan diri mereka di situ.

Kerajaan berkata, dua disahkan maut dan lapan mengalami kecederaan dekat Quito.


Jabatan Pengurusan Bencana berkata, mereka yang maut ditemui di Catequilla kira-kira 12 kilometer utara ibu negara dekat tugu kebangsaan negara berkenaan.

Punca kematian dan mereka yang cedera belum dapat dipastikan.

Sehubungan itu, Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berkenaan berpusat pada kedudukan 23 kilometer timur laut Quito dan kedalaman tujuh kilometer.

Sementara itu, tiada laporan kerosakan tetapi pegawai berkata, sebahagian jalan raya disekat akibat tanah runtuh.

Pihak berkuasa menutup sementara operasi di Lapangan Terbang Tabalela sebagai langkah berjaga-jaga berikutan debu tebal yang bertiup ke udara. - AP 

Diserang samseng wanita


Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan dibelasah teruk di khalayak ramai oleh sekumpulan samseng wanita gara-gara mangsa dituduh mempunyai hubungan sulit dengan suami seorang daripada suspek.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, mangsa yang berusia 17 tahun dipukul di sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, di sini.


Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang berjalan bersendirian sebelum dihampiri sekumpulan wanita berusia awal 20-an.



Menurutnya, kumpulan wanita itu kemudian terus memukul mangsa secara mendadak menyebabkan berlaku pergelutan.


“Bagaimanapun mangsa tewas ketika bergelut berikutan jumlah wanita yang menyerangnya terlalu ramai.


“Kumpulan wanita itu menyerang mangsa selepas mendakwa kononnya remaja terbabit mengganggu suami salah seorang suspek,” katanya.

Dia berkata, suspek memberitahu tidak berpuas hati dengan tindak tanduk mangsa yang didakwa cuba merosakkan hubungan rumahtangga.


“Mangsa yang terkejut menafikan perkara itu namun tidak diendahkan suspek yang terus memukulnya selama beberapa minit.

“Malah, penyerang turut merampas beg tangan dan telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.


Kejadian itu menyebabkan mangsa lebam di muka dan badan akibat ditumbuk dan dicakar.


Mangsa yang kerugian kira-kira RM2,000 kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Keperluan sambut anak kedua hangus


Kebakaran jam 10.30 pagi itu memusnahkan tiga rumah kayu menyebabkan 20 mangsa termasuk lima kanak-kanak daripada empat keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Nik Khatijah yang mengandung lapan bulan berkata, ketika kejadian hanya dia dan anak sulungnya, Mohd Adam Mohd Baharuddin, 3, serta anak saudara, Nor Amira Kamarulzaman, 17, berada di rumah manakala suaminya, Mohd Baharuddin Jusoh, 27, keluar bekerja.
“Ketika mencuci pinggan, saya terdengar jiran menjerit api lalu bergegas keluar dan terkejut apabila mendapati sebahagian rumah saya termasuk bumbung sudah terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, tanpa memikirkan keselamatan diri, dia bergegas masuk semula ke dalam rumah untuk mendapatkan anak sulung serta mengejutkan anak saudara yang sedang tidur, bagaimanapun barang berharga serta keperluan bayi yang bakal dilahirkan gagal diselamatkan.

Jirannya, Norliana Che Mustafa, 25, yang turut kehilangan tempat tinggal berkata, kebakaran bermula dari rumah Nik Khatijah dan dia orang pertama menyedari kejadian itu selepas melihat asap dari rumah berkenaan sebelum menjerit.
Foto
NIK Khatijah mencari barangan yang masih boleh digunakan.
“Pada mulanya saya sangka ada orang membakar sampah, namun terkejut apabila mendapati motosikal buruk tersadai dekat rumah jiran terbakar sebelum api merebak membakar dinding dan bumbung bilik rumah berkenaan.

“Kami cuba memadamkan kebakaran itu, namun gagal sebelum api merebak ke rumah saya dan sebuah lagi rumah jiran. Kejadian berlaku begitu pantas iaitu 15 minit saja,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Farizan Jusoh, 31, berkata, dia bersama beberapa penduduk cuba memadamkan kebakaran itu, namun gagal.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Denda RM1,000 jual rokok haram


Tertuduh Mohd Fadzil Hairi, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki barangan larangan import pelbagai jenama yang ditaksir berjumlah RM54.72 pada jam 1.30 petang 5 Ogos lalu di Lot 2885, Jalan Paya Jaras hilir, Sungai Buloh.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang larangan import yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang 20 kali nilai barang, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Mazliza Abdul Wahab.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dihukum penjara 14 hari dari tarikh ditangkap dan denda RM1,000, dan jika gagal membayar denda, boleh dikenakan hukuman penjara sebulan.
Foto
DUA lelaki warga Indonesia didapati bersalah miliki rokok tak sah.
Dalam kes berasingan, dua warganegara Indonesia, Mahmud, 35 dan Zulfikar Ibrahim, 33, masing-masing dikenakan hukuman penjara, denda dan pengusiran selepas didapati bersalah memiliki rokok keretek dan rokok putih.

Majistret Ellyana Razali menetapkan Mahmud dipenjara tiga bulan dari tarikh ditangkap dan pengusiran selepas didapati bersalah memiliki 2,536 rokok keretek dan rokok putih pelbagai jenama yang ditaksir bernilai RM218.24.
Kesalahan terbabit dilakukan pada jam 1 petang pada 5 Ogos lalu di premis Gerai Buah, Matang Pagar Sungai Buloh.

Sementara itu, Zulfikar dikenakan hukuman penjara 10 hari, denda RM1,200 dan diserahkan kepada JKDM bagi tujuan pengusiran selepas didapati bersalah memiliki 1,721 rokok keretek dan rokok putih pelbagai jenama yang ditaksir bernilai RM110.80.

Dia yang diwakili peguam M Hafiz Zainol Abidin membuat kesalahan terbabit di tapak Pasar Malam Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh pada jam 1.30 petang 5 Ogos lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Gempur habis-habisan


Kuala Lumpur: Sepuluh premis terdiri daripada kedai runcit di sekitar Jalan Chow Kit dan Kampung Baru di sini, digempur pasukan anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) selepas dikesan menjadi ‘sarang’ rokok seludup.
Semua premis itu dikatakan menjadi pusat membekalkan rokok seludup di kebanyakan kedai runcit di sekitar Lembah Klang terutama yang dimiliki warga asing. Op Outlet berkenaan yang bermula jam 2 petang dan berakhir beberapa jam kemudian dijalankan dengan kerjasama anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Lima peniaga ditahan kerana dikesan menjual rokok seludup di premis masing-masing.
Antara jenama rokok yang dirampas termasuk John, Luffman, Gudang Garam, LA, Pine dan Canyon.

Premis berkenaan ialah di Jalan Raja Alang , Lorong Raja Bot, Jalan Sri Amr Off Jalan Raja Laut dan Jalan Dewan Sulaiman Satu. Kebanyakan peniaga terbabit terkejut sebaik didatangi penguat kuasa KDRM dan cuba menyembunyikan rokok seludup yang dimiliki namun gagal kerana pasukan berkenaan sudah menjalankan intipan terlebih dahulu sebelum melakukan serbuan.

Semua kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan mereka yang terbabit boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda jumlah duti kastam atau penjara tidak lebih tiga tahun.
Foto
SALAH seorang peniaga rokok haram diberkas.
Op Outlet dilancar pada 5 Mac lalu dengan memberi tumpuan penguatkuasaan kepada penjualan rokok seludup.

Serbuan yang dijalankan untuk melumpuhkan rangkaian pengedaran rokok seludup daripada pengedar kepada peruncit.
Ini berikutan, selain daripada tidak membayar cukai, rokok seludup lebih berisiko terhadap kesihatan orang ramai. Rokok seludup juga dilaporkan mempunyai lima kali ganda kandungan kadmium, bahan kimia yang digunakan untuk membuat bateri yang boleh menyebabkan kanser, merosakkan buah pinggang dan lapisan salur darah arteri.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan mengurangkan kadar nikotin, tar dan karbon monoksida dalam rokok yang dijual di negara ini secara berperingkat.

Kadar nikotin 1.5 miligram (mg) bagi setiap rokok ketika ini dikurangkan kepada 1.25mg, kadar tar dikurangkan daripada 20mg kepada 15mg, manakala karbon monoksida kepada 15mg.

Kawalan kandungan ini menunjukkan beza risiko antara rokok seludup yang meningkat permintaan kerana harganya murah tetapi lebih berbahaya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Rabaan mabuk RM20


Petaling Jaya: Sebuah pusat hiburan dikesan mengaut keuntungan lumayan dengan menggalakkan pelanggan memeluk serta meraba deretan wanita pelayan pelanggan (GRO) ditawarkan asalkan mereka membeli minuman keras.
Kegiatan maksiat dianjurkan premis terletak di Dataran Mentari, Bandar Sunway di sini, menyebabkan premis itu menjadi tarikan golongan lelaki tempatan hampir setiap malam berikutan mereka hanya perlu berbelanja serendah RM20.

Aktiviti tidak bermoral itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Asisten Superintendan Mohd Shukri Abdullah melakukan serbuan di premis itu jam 11 malam kelmarin.
Mohd Shukri berkata, seramai 11 pelanggan lelaki didapati sedang berfoya-foya ketika serbuan mengejut itu dilakukan. “Siasatan lanjut mendapati premis yang tidak mempunyai lesen itu menyediakan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing sebagai tarikan utama.

“Polis berjaya menahan 12 GRO warga asing berusia lingkungan 20 hingga 36 tahun. Seramai 10 daripadanya GRO itu adalah wanita warga Thailand manakala dua lagi berasal dari Filipina dan Indonesia,” katanya.

Menurutnya, semua GRO berpakaian menjolok mata itu ditahan ketika sedang leka melayan pelanggan sambil mengambil minuman keras.
Foto
SEBAHAGIAN GRO warga asing yang diberkas anggota polis.
“Pihak polis turut merampas wang tunai sebanyak RM99 serta dua keping bil tunai. Kami difahamkan terdapat pelanggan membuat bayaran menggunakan perkhidmatan kad kredit untuk menyewa GRO terbabit.

“Ada kemungkinan GRO terbabit turut menawarkan perkhidmatan seks di luar premis itu,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas peralatan audio di premis berkenaan kerana beroperasi tanpa memiliki lesen sah.

“Seorang pekerja lelaki warga Indonesia berusia 20-an yang baru dua bulan bekerja ditahan kerana tidak memiliki pasport.

“Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Way di sana, untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Sempat tanya keadaan penumpang


Ledang: “Arwah sempat bertanya keadaan semua penumpang dan selepas mendapati tiada siapa yang cedera parah, barulah dia mententeramkan dirinya di tempat duduk pemandu sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian,” kata Ab Gani Ab Hamid, 58, antara penduduk pertama tiba di lokasi kemalangan di Jalan Teluk Rimba - Bukit Kangkar di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, pemandu van sekolah Ayub Baba, 53, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan dipandunya yang membawa tujuh pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Serom 4 di sini, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah lori baja dan terbabas ke cerun sedalam tiga meter. 
Arwah dikatakan sempat bertanya keadaan semua tujuh pelatih terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) sebelum meninggal dunia selepas diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat. 

Ab Gani berkata, penduduk dan pasukan penyelamat terpaksa menebas semak selama 15 minit sebelum berjaya mengeluarkan semua penumpang dan pemandu van berkenaan.
Foto
Keadaan van yang membawa pelatih PDK Serom serta mengorbankan pemandunya di Teluk Rimba, Sungai Mati, Muar. Gambar kecil, antara mangsa yang tercedera dalam kemalangan, semalam.

“Ketika pasukan penyelamat tiba, pemandu van sekolah itu dilihat masih bernyawa, tetapi dia meninggal dunia tidak lama selepas diselamatkan kerana kecederaan teruk di badan,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Mati pegang kunci


Bagan Serai: “Hancur hati saya apabila mengetahui suami mati dalam keadaan memegang kunci dan ditemui di bawah meja kedai kami selepas kebakaran itu,” kata Boon Poey Ling, isteri kepada ahli perniagaan, Tan Kok Wei yang maut dalam kebakaran membabitkan rumah kedai tiga tingkat di Jalan Siakap, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi, Tan, 40, dipercayai mati akibat terhidu asap tebal di tingkat bawah bangunan ketika cuba mengambil kunci pintu belakang premis berkenaan untuk menyelamatkan keluarganya yang terperangkap. 
Bagaimanapun, Poey Ling, 37, ibu bapanya, Ong Faw Eng, 63, dan Tan Kow Kiah, 64, serta dua anak mangsa, Tan Zing Yin, 5, dan Tan Zing Xi, 12, diselamatkan anggota bomba dan penyelamat serta hanya cedera ringan. 

Poey Ling, berkata suami langsung tidak mengendahkan amaran dia, malah sanggup meredah api untuk mengambil kunci pintu belakang kedai mereka.
Foto
SEBAHAGIAN barang perniagaan yang hangus terbakar.

Menurutnya, ketika kejadian, dia, suami bersama dua orang anak perempuan serta dua mentuanya bergegas turun dari tingkat dua untuk menyelamatkan diri selepas menyedari berlaku kebakaran di bawah bangunan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Paderi mangsa Ebola


Madrid: Seorang paderi Sepanyol menjadi warga Eropah pertama maut akibat Ebola, semalam, lima hari selepas dibawa ke hospital di Madrid dari Liberia.

Jurucakap Hospital La Paz-Carlos III mengesahkan kematian Miguel Pajares, 75, yang dirawat menggunakan serum kajian Amerika Syarikat (AS) ZMapp selepas menjadi pesakit pertama dipindahkan ke Eropah ketika penularan wabak di Afrika itu.


Pajares dijangkiti virus berkenaan di Hospital Saint Joseph di Monrovia tempat dia membantu menjaga pesakit Ebola.

Serum itu dibawa ke hospital berkenaan, Sabtu lalu, selepas agensi keselamatan ubat-ubatan Sepanyol meluluskan pengimportannya.-AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

7 budak mangsa nafsu luar biasa


Pekanbaru: Penahanan sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam pembunuhan membawa penemuan lebih mengejutkan, lapor media semalam.

Suspek, Muhamad Delvi (MD) dan Dita Desmala Sari (DD) dipercayai menculik kanak-kanak untuk diserang secara seksual sebelum dibunuh.


Jenayah itu dilakukan bagi membolehkan pasangan terbabit mendapat kepuasan seksual sendiri.

Ketua Polis Bengkalis, Andry Wibowo berkata, siasatan awal menunjukkan MD dan DD akan mengadakan hubungan seks selepas meliwat serta membunuh kanak-kanak terbabit.


“Selepas dibunuh, mayat itu dipotong-potong,” katanya.


Andry berkata, suspek penduduk Perawang di daerah Siak.

Katanya, suspek memujuk mangsa dengan menjanjikan makanan ringan sebelum dibawa ke tempat sunyi dan dicabul si isteri.

“Selepas dicabul, dibunuh dan dicincang, Muhamad Delvi dan Dita akan berasmara,” katanya.

Sementara itu, siasatan lanjut menunjukkan suspek turut dibantu dua individu lain iaitu Supiyan dan Diki Pranata.

Mereka ditugaskan memotong kemaluan mangsa untuk disimpan, manakala tubuh dipotong dijual ke kedai arak.

Pengarah Jabatan Jenayah Daerah Riau, Arif Rahman berkata setakat ini mereka disyaki membunuh sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak di tiga daerah berasingan.

“Dalang utama jenayah ini ialah Muhamad Delvi, manakala tiga yang lain membantu.

“Pembunuhan ini berlaku seawal Januari tahun lalu,” katanya. -Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Bina tandas kurangkan jenayah



Manila: Polis Filipina mempunyai cara unik untuk memenangi hati penduduk setempat dan sekali gus mengurangkan kadar jenayah.

Di kawasan miskin Sta Rita, seorang anggota polis wanita membina tandas dan sistem pili air yang mendapat pujian ramai.


Sebelum ini kawasan berkenaan dibayangi pelbagai jenayah kerana sebahagian penduduk direkrut samseng untuk mendapatkan wang serta membeli keperluan asas dan ubat-ubatan.

Pegawai polis itu, Comet Dumangeng berkata, penduduk juga sering sakit kerana kekurangan sistem kumbahan yang baik.


“Kami meminta bantuan kelab kebajikan berhampiran yang membantu menyediakan dana untuk membina tandas lebih elok.


“Kami turut turun padang membantu membina tandas berkenaan,” katanya.

Kepekaan bekas guru itu ternyata disenangi penduduk setempat.

Sebagai balasan, Comet, 32, berkata, mereka sering menyalurkan maklumat jenayah kepada polis.

“Mereka membekalkan maklumat kerana berterima kasih selepas mendapat tandas bersih yang sangat diperlukan,” katanya.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Wanita ajar lelaki ganggu joging makna berani


Bangalore: Ketika India dilaporkan terus dicengkam masalah serangan seksual, keberanian seorang wanita mengajar lelaki mengganggunya menjadi perhatian ramai.

Rakaman aksi berani Veena Ashiya Chindlur itu semakin tersebar di Internet sejak semalam selepas media melaporkannya.


Berdasarkan laporan, Veena dikatakan sedang berjoging apabila seorang lelaki, KR Suryaprakash, 30, datang mengganggunya secara seksual.

Sumber berkata, Veena berjoging di kawasan berkenaan setiap hari.


Berang dengan sikap Suryaprakash, Veena tidak membiarkan lelaki terbabit terlepas begitu saja, sebaliknya dia mengejar sehingga penyerangnya kepenatan.


Rakaman menunjukkan Suryaprakash mula mengalah dan mengikut arahan Veena apabila disuruh melutut sebelum merangkak.

Tanpa berlengah Veena menendang kepala Suryaprakash dengan kuat.

Sumber polis berkata, Suryaprakash ditahan atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh.

Veena pula berkata, polis bekerjasama dalam hal itu, namun reaksi segelintir masyarakat prejudis terhadap tindakannya membalas sukar difahami.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Ladang ganja dalam hospital


Cardiff: Polis menemui secara tidak sengaja ladang ganja dalam kawasan hospital pesakit mental ketika mereka menjalankan operasi mengesan orang hilang.

Media tempatan melaporkan, penemuan itu dibuat pada 30 Jun lalu, tetapi hanya didedahkan semalam.

Jurucakap polis berkata, penyiasat menemui 30 pokok ganja ditanam di dalam satu daripada wad hospital berkenaan.

Katanya, nilai dadah itu di pasaran dianggar mencecah £32,000 (RM172,000).

“Wad itu tidak digunakan beberapa dekad lalu,” katanya.

Menurut jurucakap polis, hospital berkenaan terletak di Whitchurch, Cardiff.

Katanya, ahli kumpulan sindiket dadah itu dipercayai mencuri bekalan elektrik hospital bagi memasang lampu ultraungu dan kawalan pengudaraan.

Penanaman ganja memang memerlukan haba yang banyak dan sindiket dadah biasanya menggunakan lampu berkuasa tinggi bagi membesarkan pokok berkenaan.



Jurucakap polis berkata, kini mereka memburu pihak bertanggungjawab menanam serta mengendalikan ladang berkenaan.

Sementara itu, pegawai kanan polis Cardiff berkata, mereka mengesahkan kejadian berlaku di Hospital Whitchurch.

Katanya, ketika anggota polis memeriksa wad berkenaan untuk mengesan seseorang yang dilaporkan hilang, mereka terkejut menemui pokok ganja di dalamnya.

Sementara itu, Lembaga Kesihatan Universiti Vale dan Cardiff berkata, mereka akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan polis.

Pengarah perancangannya, Abigail Harris berkata, kejadian begitu memang dijangka berlaku ke atas bangunan yang sudah lama ditinggalkan.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Berselfie terlampau bawa maut


Cabo da Roca, Portugal: Sepasang suami isteri warga Poland mati selepas leka mengambil selfie menyebabkan mereka terjatuh dari tebing tinggi ke dalam laut, semalam.

Lebih tragik, kejadian itu berlaku di depan anak mereka.


Menurut media, sebelum kejadian pasangan malang itu sibuk merakam gambar sendiri dari pelbagai sudut.

Butiran lanjut mengenai insiden itu belum dapat disahkan, malah bercanggah antara satu sama lain.


Ada saksi berkata, pasangan terbabit meminta anak mereka berusia lima dan enam tahun mengambil gambar berkenaan.


Kanak-kanak terbabit kini diserah kepada diplomat Poland untuk diuruskan.

Sumber berkata pasangan suami isteri itu memang berasal dari Poland, namun menetap di Portugal sejak beberapa tahun lalu.

“Difahamkan, pasangan terbabit mungkin melanggar amaran menghalang pengunjung berada berhampiran tebing,” katanya.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Budak diikat tangan, ditutup mulut



SOOK PENG (kanan) menunjukkan semula keadaan anaknya yang diikat tangan dan ditutup mulut oleh seorang guru di sebuah tadika di George Town, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Seorang guru di sebuah Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) swasta di sini didakwa bertindak kejam apabila sanggup mengikat tangan dan menutup mulut seorang kanak-kanak berusia tiga tahun semata-mata mahu memaksanya tidur.
Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Moey Sook Peng, 36, berkata, dia mendaftar anak lelakinya yang berusia tiga tahun enam bulan di pusat berkenaan sejak November tahun lalu.
Bagaimanapun, dakwanya, pada April lalu, anaknya itu ada mengadu tangannya diikat menggunakan sarung bantal peluk oleh guru wanita itu kerana dia enggan tidur pada waktu petang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3ADqkKID4 
Hakcipta terpelihara 

Maut ketika selamatkan keluarga



KEADAAN rumah kedai tiga tingkat milik Kok Wei di Jalan Siakap, Bagan Serai, Perak yang terbakar semalam.


BAGAN SERAI - Hasrat seorang peniaga untuk menyelamatkan ahli keluarganya daripada kebakaran tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dengan memegang kunci pintu jeriji rumah kedai tiga tingkatnya di Jalan Siakap, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Tan Kok Wei, 40, ditemui dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah premis terbabit dipercayai terhidu asap tebal selepas terperangkap dalam kebakaran itu.
Semasa kejadian, mangsa yang tinggal di tingkat atas rumah kedai berkenaan bergegas ke bahagian bawah rumah untuk mencari kunci bagi membuka pintu utama kedai.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3ADqQDbpU 
Hakcipta terpelihara 

Tok Hwa kini hidup macam nomad


BAYAN BARU – Penganjur utama pesta bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang, Chew Tok Hwa kini dipercayai hidup dalam ketakutan dan sering berpindah randah dari satu lokasi ke lokasi lain seperti manusia nomad bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa.
Wanita berusia 57 tahun yang merupakan bekas guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah swasta di negeri ini dikatakan sudah tidak pulang ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah sejak berita mengenai pesta bogel itu tersebar luas di akhbar dan internet, pada 5 Ogos lalu.
Selain Tok Hwa, beberapa lagi peserta pesta bogel rakyat tempatan daripada tujuh yang dikenal pasti polis juga dikatakan sedang bersembunyi di lokasi yang dianggap selamat, namun dipercayai masih berada di dalam negara ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3ADq05LCe 
Hakcipta terpelihara 

Warga Eropah pertama dijangkiti Ebola mati



GAMBAR fail menunjukkan Pajares yang terbaring di atas pengusung dimasukkan ke dalam ambulans di Pangkalan Udara Torrejon, Madrid, Sepanyol pada 7 Ogos lalu.


MONROVIA - Liberia semalam menyatakan, negaranya akan merawat dua doktor yang dijangkiti dengan menggunakan ubat eksperimen Ebola, ZMapp, sekali gus menjadikan mereka warga Afrika pertama menerima rawatan tersebut.
Menteri Maklumat, Lewis Brown berkata, kerajaan Liberia menerima persetujuan bertulis daripada dua doktor berkenaan yang dikenali sebagai Zukunis Ireland dan Abraham Borbor untuk rawatan perintis itu.
"Ubat itu dijangka tiba di Liberia dalam tempoh 48 jam," kata Brown.
Menurutnya, ubat berkenaan belum lagi diuji sepenuhnya dalam badan manusia.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Sepanyol memberitahu, seorang paderi berusia 75 tahun meninggal dunia akibat jangkitan Ebola.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, angka kematian akibat wabak Ebola terburuk yang pernah berlaku itu melonjak kepada 1,103 orang sejak ia mula dikesan di kawasan pedalaman tenggara Guinea pada Mac lalu.
Ia menyatakan, dos ZMapp amat sukar untuk dihasilkan, sekali gus menimbulkan persoalan siapa yang lebih berhak untuk mendapatkan rawatan itu.
Di Sepanyol pula, pihak berkuasa menyatakan, paderi berusia 75 tahun itu, Miguel Pajares yang dijangkiti Ebola di Liberia telah meninggal dunia.
Kerajaan Liberia sebelum ini mengumumkan pada Ahad lalu bahawa Pajares yang merupakan warga Eropah pertama dijangkiti virus itu akan dirawat dengan menggunakan ubat ZMapp keluaran firma Mapp Biopharmaceutical yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat.
Selain Pajares, ZMapp turut digunakan untuk merawat dua pekerja bantuan kemanusiaan AS.
Kedua-dua warga AS itu kini dirawat di sebuah hospital di Atlanta, Georgia selepas dipindahkan tetapi mereka belum menunjukkan sebarang tanda akan sembuh.
Virus yang merupakan antara paling berbahaya kepada manusia itu merebak ke empat negara benua Afrika dan menjangkiti seramai 1,848 orang, menurut WHO.
Sebelum ini, WHO mengisytiharkan wabak Ebola sebagai darurat kesihatan antarabangsa.
Wabak yang melanda beberapa negara termiskin di dunia itu turut menimbulkan perdebatan tentang etika perubatan berhubung pengunaan ubat eksperimental tersebut pada manusia.
Sebuah jawatankuasa WHO dijadualkan mengumumkan beberapa penemuan Ebola semalam bertermasuk kaitan isu sensitif siapa yang perlu diberi keutamaan untuk menerima ubat bekalannya terhad itu.
Setakat ini, lebih 60 pekerja kesihatan telah meninggal dunia manakala berpuluh- puluh lagi dijangkiti sejak wabak pertama Ebola menjangkiti negara Afrika Barat itu. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3ADp6nzTA 
Hakcipta terpelihara