Search This Blog

Monday, August 11, 2014

Enjin gagal berfungsi, 48 maut pesawat terhempas


  • Enjin gagal berfungsi, 48 maut pesawat terhempas

TEHRAN - IRAN. Angka kematian akibat nahas pesawat penumpang di Lapangan Terbang Mehrabad di ibu negara Tehran meningkat kepada 48 orang berbanding 40 seperti dilapor sebelum ini.

Pesawat Antonov-140 yang membawa 40 penumpang dan 8 kru terhempas berdekatan lapangan terbang Mehrabad sejurus berlepas, awal pagi Ahad waktu tempatan.

[BERITA BERKAITAN]

Menurut CNN, kejadian tersebut juga menyebabkan kecederaan kepada orang awam di sekitar kawasan nahas, termasuk seorang pekerja di sebuah kilang kaca.

Beberapa mangsa di tempat kejadian juga dilaporkan mengalami luka terbakar yang teruk, lapor agensi berita tempatan, Tasnimnews.

Seorang saksi kejadian memberitahu bahawa ekor pesawat jatuh dahulu dan bahagian hadapan pesawat jatuh terhempas beberapa jarak di hadapan kemudiannya.

Terpaksa tumpang teduh rumah jiran


  • Zahara bersama suami dan cucunya mencari barang yang terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan kediamannya.Zahara bersama suami dan cucunya mencari barang yang terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan kediamannya.

TUMPAT - Mangsa kebakaran pasangan warga emas bersama tiga cucu yang hilang tempat berteduh setelah rumah mereka terbakar di Kampung Belukar Berangan, 24 Julai lalu, terpaksa menumpang teduh di rumah kosong milik jiran buat sementara waktu.

Zaharah Awang, 66, berkata, mereka menumpang tinggal di rumah kosong itu sejak Aidilfitri lalu.

Menurutnya, berkemungkinan dia sekeluarga akan tinggal di rumah jirannya untuk tempoh lama kerana masih buntu untuk membina semula rumah yang musnah.

“Saya akan bincang mengenai sewa dengan jiran nanti. Mungkin saya akan tinggal lama di rumah ini.

“Lagipun saya masih belum ada kewangan untuk bina rumah baharu,” katanya.

Zaharah berkata, walaupun ada pihak menghulurkan derma, tetapi wang yang ada belum mencukupi untuk menampung kos pembinaan rumah.

Sebelum ini, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menghulurkan sumbangan pendahuluan Tabung Serambi Makkah RM1,000 kepada Zaharah.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan pasangan warga emas bersama tiga cucu terpaksa menyambut Aidilfitri dalam kesedihan apabila persiapan raya mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Belukar Berangan pada 24 Julai lalu.

Kejadian kira-kira jam 3.10 petang turut mengakibatkan pemilik rumah, yang juga suami Zaharah, Wan Mohd Nawi Abdullah, 74, melecur di kepala.

Ketika kejadian, Zaharah sedang berehat di serambi belakang rumah manakala suaminya berada di dapur.

Tiga cucunya, Mohd Alif Hilmi Anuar, 13; Mohd Syamsul Firdaus Saiful Bahri, 13 dan Mohd Syakir Adam Saiful Bahri, 10, keluar bermain.

300,000 anggota Rela dilucut jawatan


  • Mustafa (kiri) bersalaman dengan pegawai kanan Rela yang hadir di rumah keluarganya di Kampung Dengir, Jertih.Mustafa (kiri) bersalaman dengan pegawai kanan Rela yang hadir di rumah keluarganya di Kampung Dengir, Jertih.
 1 / 1 
BESUT -  Seramai 300,000 anggota Rela di seluruh negara telah dilucutkan keanggotaan hasil tapisan yang dilakukan.

Ketua pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, keanggotaan mereka dilucutkan kerana beberapa faktor antaranya mempunyai rekod jenayah, melakukan kesalahan tata tertib, tidak dapat dikesan dan meninggal dunia.

Menurutnya, tapisan tersebut daripada tiga juta anggota Rela seluruh negara pada tahun lalu menjadikan baki anggota seramai 2.7 juta kini.

“Tetapi sekarang bilangan anggota Rela telah meningkat kembali menjadi 2.92 juta orang di seluruh negara dengan pendaftaran anggota baru.

“Bagaimanapun Rela tidak berkompromi dengan kualiti anggota. Pengambilan anggota baru perlu melalui tapisan bagi memastikan anggota terbabit bebas salah laku jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sambutan Aidilfitri di kediaman ibunya di di Kampung Dengir dekat Jertih di sini.

Selain itu, kata Mustafa, penugasan kawalan keselamatan setempat di sekolah  seluruh negara yang dihentikan sebelum ini telah  dilaksanakan semula kerana permintaan pihak sekolah.

“Setakat ini seramai 625 anggota Rela terlibat berkawal di sekolah terpilih di seluruh negara bagi memastikan keselamatan pelajar ketika melintas jalan dan sebagainya,” katanya.
Kata beliau,  jabatan turut mengkaji untuk memperluaskan semula program kehadiran Rela di tempat awam berisiko yang turut dihentikan pada November tahun lalu.

Menurutnya, kawasan yang dikenal pasti amat memerlukan bantuan anggota Rela adalah di Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor.

“Sekarang seramai 3,326 anggota Rela seluruh negara bertugas di beberapa agensi di Kementerian Dalam Negeri (KDN), luar KDN termasuk kawalan di lokasi sasaran penting,” katanya.

Lembu disorok dalam but kereta


  • Seekor lembu yang disumbat di bonet belakang kereta terbabit dipercayai dicuri selepas disuntik pelali.Seekor lembu yang disumbat di bonet belakang kereta terbabit dipercayai dicuri selepas disuntik pelali.

MARAN - Seekor lembu di percayai dicuri dijumpai di dalam but sebuah kereta jenis Proton Iswara yang terkandas di ladang kelapa sawit dekat Felda Jengka 4 dalam satu kejadian kejar mengejar dengan pihak polis, kira-kira jam 12 tengah hari, kelmarin.

Bagaimanapun, lima individu yang menaiki kenderaan terbabit berjaya meloloskan diri ke kawasan ladang kelapa sawit berdekatan selepas kereta itu dikejar lebih 30 kilometer dari Pekan Sri Jaya.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, suspek di lihat dalam keadaan mencurigakan ketika berada di Pekan Sri Jaya dan gagal memberhentikan kenderaan apabila diminta berbuat demikian.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak memecut kenderaan dinaiki menghala ke Bandar Maran sebelum satu sekatan polis dibuat berhampiran sebuah lampu isyarat di bandar itu.

“Suspek turut merempuh sekatan tersebut namun terkandas ketika cuba memasuki kawasan ladang kelapa sawit Jengka 4.

“Seekor lembu yang dipercayai disuntik pelali berada di dalam but kereta tersebut selain menjumpai alatan suntikan pelali di dalam kenderaan terbabit.

“Sehingga kini, pihak polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kehilangan haiwan ternakan itu,” katanya.

Sulaiman berkata, sekiranya tiada laporan dalam tempoh dua hari lagi, lembu itu akan diserahkan kepada Pejabat Veterinar Daerah untuk tindakan lanjut.

Kepala terpacak atas tanah


Kuala Terengganu: “Kepala saya terpacak di atas tanah sebaik saya terjatuh,” kata Jasni Jamil, 40, yang patah tulang leher sejurus terjatuh dari pokok rambutan setinggi empat meter Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai pekerja memprosesan ayam terjatuh berhampiran kediaman abang iparnya di Kampung Padang Midin di sini.


Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia dan isterinya, Zaleha Hassan, 40, beraya di rumah abang iparnya di Kampung Felda Tersat, Hulu Terengganu, sebelum dipelawa mengambil buah dokong dan rambutan di kebun berhampiran rumah abang iparnya itu.



“Saya memanjat pokok rambutan untuk mengambil buahnya. Namun, saya terpijak dahan reput menyebabkan saya hilang kawalan dan terjatuh.


“Badan saya berpusing manakala kepala saya terjunam tepat ke tanah sebelum terbaring kaku di bawah pokok rambutan ,” katanya.


Menurutnya, rakanya yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian bergegas membawanya ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Sementara itu Zaleha berkata, dia berada di lokasi kejadian panik melihat suami tidak dapat menggerakkan leher selepas terjatuh.


Menurutnya, doktor memberitahu tulang leher suaminya patah, namun bernasib baik kerana ia tidak mencederakan saraf tunjang.

“Doktor bercadang menjalankan pembedahan untuk memasukkan besi pada tulang leher suami saya dalam masa terdekat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Disamun guna perenjat elektrik


Penampang: Sepasang suami isteri bukan saja disamun sekumpulan lelaki malah turut diserang menggunakan alat perenjat elektrik ketika dalam perjalanan pulang ke kuarters pekerja di Kepayan Point, Jalan Lintas Kepayan, dekat sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, mangsa berusia 26 tahun luka di paha manakala isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan, namun beberapa barang kemas, dokumen penting dan wang tunai dilarikan.


Menurut sumber, mangsa bekerja sebagai tukang masak sebuah restoran, manakala isterinya penjaga kedai makanan baru saja selesai bekerja.



“Ketika dalam perjalanan pulang, mereka didatangi sekumpulan lelaki hampir 10 orang yang merampas barang berharga milik mangsa dan isterinya iaitu dompet, rantai dan cincin emas, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai,” katanya di sini, semalam.


Sumber berkata, selepas itu, salah seorang suspek bertindak menghalakan alat perenjat elektrik ke paha kanan mangsa menyebabkan dia rebah sebelum suspek melarikan diri.


“Wanita itu kemudian membantu suaminya dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius, cuba sakit di bahagian paha selepas terkena perenjat elektrik dilakukan salah seorang ahli kumpulan berkenaan,” katanya.


Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Banglo kerabat dipecah


Kuala Lumpur: Banglo milik dua VIP dipecah masuk dalam kejadian berasingan di sekitar ibu kota malam kelmarin menyebabkan kedua-dua mangsa kerugian kira-kira RM150,000.

Dalam kejadian pertama di Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), seorang kerabat diraja berusia 67 tahun mengesyaki rumahnya dipecah masuk selepas terserempak dengan kelibat dua lelaki ketika pulang ke rumahnya jam 10.05 malam.


Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Azlee Abdullah, kedua-dua suspek yang memakai sarung tangan dan topi itu cabut lari sebaik menyedari tuan rumah berkenaan sudah pulang.



“Anak mangsa melihat lelaki berkenaan di belakang rumah sebelum memaklumkan kepada bapanya yang terus menghubungi polis. Bagaimana pun, kedua-dua suspek sempat melarikan diri,” katanya.


Beliau berkata, mangsa kemudiannya membuat pemeriksaan di dalam rumah dan mendapati bilik tidur utama diselongkar dan mendapati tiga pasport, wang tunai, empat jam tangan berjenama, dua beg tangan berjenama, satu utas rantai berlian dan dokumen penting didapati hilang.


Katanya, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan mendapati terdapat kesan pecah pada pintu gril di ruang tamu rumah berkenaan.

Dalam kejadian berasingan di Jalan Setiarasa, Bukit Damansara, rumah banglo dua tingkat milik seorang kenamaan bergelar Tan Sri dipecah masuk antara jam 9 hingga 11.30 malam ketika keluarga berkenaan tiada di rumah.


“Tan Sri bersama isteri dan dua anaknya keluar menghadiri majlis perkahwinan kira-kira jam 8 malam dan ketika pulang jam 11.30 malam mereka mendapati tingkat atas rumah berkenaan berselerak.

“Isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati tingkap kecil di dalam tandas di tingkat atas terbuka. Suspek dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan melalui tingkap itu,” katanya.


Azlee berkata, mangsa kehilangan wang tunai dalam mata wang Dolar Amerika Syarikat (ASD) dan Pound Sterling serta pelbagai jenis barang kemas milik isterinya.


Ditanya kemungkinan kedua-dua kejadian itu dilakukan kumpulan yang sama, Azlee berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan sedang menunggu laporan penuh forensik.


“Kemungkinan ia dilakukan kumpulan yang berlainan berdasarkan jarak masa kedua-dua kejadian itu terlalu dekat namun siasatan lanjut akan dijalankan mengenai perkara itu,” katanya.


Katanya, polis sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah berkenaan untuk dianalisis.


Katanya, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Mayat dalam beg pakaian



Tampin: Misteri penemuan beg pakaian yang berkunci dan diikat dengan tali dalam longkang di Taman Gemas Jaya, dekat sini, kelmarin, terjawab, apabila pemeriksaan mendapati beg berkenaan berisi mayat seorang wanita.
Lebih menyayat hati, mangsa yang berusia 20-an itu dipercayai dibunuh dengan kejam di lokasi lain, menggunakan objek tumpul selain dua jari tangan kirinya turut hancur.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, beg berkenaan ditemui seorang pekerja sebuah kedai perabot berhampiran sebelum melaporkannya kepada polis jam 5 petang.
“Hasil siasatan, kami mendapati dalam beg yang zipnya dikunci mangga dan diikat tali itu terdapat mayat seorang wanita lengkap berpakaian kemeja-T bergambar ‘Mickey Mouse’ dan berseluar biru.

“Malah, kami juga mendapati terdapat kesan luka sepanjang 6 sentimeter pada dahi mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul selain kedua-dua tangan mangsa lebam dan dua jari tangan kiri hancur,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin.

Beliau berkata, mangsa yang berkulit cerah dan mempunyai ketinggian kira-kira 152cm itu dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 48 jam sebelum mayatnya ditemui.
Foto
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan beg berisi mayat wanita.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap mayat mangsa tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri, malah pemeriksaan juga mendapati tiada kesan suntikan BCG di kedua-dua bahunya.

Wooi berkata, pihaknya mengesyaki mangsa adalah pelancong berdasarkan penemuan beberapa pakaian dalam beg sama dipercayai milik mangsa.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Berdasarkan laporan awal bedah siasat, punca kematian tidak dapat dikenal pasti, namun kesan ketara luka di dahi berkemungkinan menjadi penyebab kematian mangsa.

“Ujian lanjut perlu dijalankan bagi mengetahui kemungkinan mangsa mengandung atau tidak kerana tubuh mangsa adalah kecil,” katanya.

Malah, beliau turut menafikan mesej yang tersebar dalam media sosial dan aplikasi Whatsapp kononnya mangsa kanak-kanak perempuan dan organ dalamannya diambil.

Tambahnya, individu yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4411222.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Litar pintas musnah 13 rumah air


Lawas: Lebih 50 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 13 rumah perkampungan atas air di Kampung Awat-Awat, Sundar di sini, musnah dalam kebakaran, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak berikutan kedudukan kediaman itu rapat antara satu sama lain.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Shamlie Radie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4 petang dengan sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 45 kilometer dari balai bomba.



Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati kira-kira 10 rumah sudah terbakar dan api marak ketika itu.


“Dua lelaki berusia lingkungan 20-an melecur di badan ketika cuba menyelamatkan barangan dalam rumah. Kedua-duanya sudah dihantar ke Hospital Lawas untuk rawatan lanjut.


“Kedudukan rumah yang rapat menyukarkan kerja memadam kebakaran, selain terpaksa menyedut air sungai berikutan masalah tekanan air rendah di kawasan berkenaan,” katanya.

Shamlie berkata, kebakaran dipercayai berpunca litar pintas dari sebuah rumah, bagaimanapun punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


“Setakat jam 6.30 petang tadi (semalam), bomba masih menjalankan kerja mengawal kebakaran di kawasan terbabit bagi memastikan api benar-benar padam kerana khuatir merebak semula berikutan keadaan kering dan berangin.

“Bomba masih mengawal lokasi kejadian bagi kerja penyiasatan dan mengambil keterangan mangsa,” katanya.


Kebakaran di kampung itu adalah yang kedua dalam tempoh sembilan bulan dengan kejadian pertama pada 30 Oktober lalu, apabila 15 rumah di Kampung Awat-Awat musnah dalam kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Lori terbalik susu tin bertabur



Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identiti berusia lingkungan 40-an cuba dibantu orang ramai yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Mangsa dipercayai memandu laju sebelum lori berkenaan hilang kawalan sebaik tiba di laluan berselekoh di kawasan berkenaan.
Jurucakap polis berkata, kejadian itu disedari orang awam yang secara kebetulan ternampak beberapa susu tin bertaburan di atas lebuh raya.

“Berikutan itu mereka berhenti di tepi jalan untuk melakukan pemeriksaan sebelum terkejut menemui mangsa tersepit di dalam lori.

“Mangsa dikeluarkan orang awam dari dalam lori sebelum dikejarkan ke Hospital Bentong (HB) untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di kepala dan badan,” katanya.
Foto
Ribuan susu tin bertaburan selepas lori terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.
Susulan kejadian itu orang ramai mengambil kesempatan mengutip ribuan stok susu tin tanpa menghiraukan amaran diberikan.

“Polis akan bertemu dengan mangsa yang masih mendapatkan rawatan di HB untuk merekodkan keterangan berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Bakar rumah keluarga sendiri


Song: Bermula dengan pertengkaran dan kemuncaknya, seorang lelaki bertindak membakar rumah didiami yang juga milik ahli keluarganya dalam kejadian di Kampung Gelam di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 8.30 malam, ahli keluarga suspek bernasib baik kerana tiada di rumah.


Sumber berkata, suspek berusia 31 tahun dipercayai berang selepas bergaduh dengan ahli keluarganya sebelum mengambil keputusan membakar rumah berkenaan.



“Mangsa tinggal berseorangan di rumah itu menyalakan api dan memusnahkan kediaman berkenaan. Perbuatan suspek diketahui jiran yang kemudian menghubungi polis.


“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku dan api berjaya dipadamkan sejam kemudian dengan bantuan anggota bomba sukarela serta orang kampung,” katanya di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Lelaki tak layan ugutan terima 33 jahitan


Kuching: Gara-gara tidak melayan ugutan diterima, seorang penghantar surat terpaksa menerima 33 jahitan di kepala akibat dilanggar dan dibelasah sekumpulan lelaki dikenalinya dalam kejadian di Jalan Rampangi di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun dilanggar sekumpulan lelaki menggunakan dua kereta yang menahannya ketika melalui jalan berkenaan.


Menurut sumber, sebaik turun dari kereta, mangsa dibelasah dan dilanggar menyebabkan dia parah di kepala, tangan dan kaki.



Katanya, mangsa menerima 18 jahitan di kepala dan telinga, 12 jahitan di lengan kanan dan tiga jahitan di kaki kiri.


“Selain itu, belakang badan mangsa turut calar dan lebam. Difahamkan, lelaki berkenaan pernah mengugut mangsa dengan meminta sejumlah wang daripadanya.


“Namun, mangsa tidak mengendahkan permintaan itu menyebabkan dia diserang kumpulan berkenaan awal pagi semalam,” katanya di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Diserang individu bergelar sahabat


Keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin memungkinkan pelbagai senario, namun hari ini menjadi titik paling penting kerana Majlis Dewan Diraja Selangor membincangkan kemelut itu.

Apa saja keputusan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor, yang jelas kelihatan sekarang ialah Abdul Khalid sudah hilang ramai orang yang pernah dipanggil kawan sebelum ini.


Pernah dijulang sebagai tokoh korporat yang hebat, Abdul Khalid hari ini diserang di segenap penjuru. Setiap pihak yang mungkin pernah menjadi kawan beliau bersungguh-sungguh mempertikaikan, mempersoal dan memusnahkan kredibiliti beliau.

Abdul Khalid dilihat sedaya-upaya bertahan asakan lawan dari parti sendiri dan tetap dengan pendirian mahu berkhidmat selagi boleh sebagai Menteri Besar.


Namun dalam drama memeningkan ini, rakyat sebenarnya menjadi mangsa kerana kepercayaan mereka memberi undi kepada pembangkang untuk memerintah negeri terkaya di Malaysia dibalas dengan kecelaruan percaturan politik dalaman PKR.


Menyifatkan ia sebagai pengkhianatan kepada rakyat, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, di saat rakyat Selangor bimbang dengan masalah air, cuaca panas dan pelbagai masalah lain, PKR menambah pula kerisauan mereka dengan ketidakstabilan politik di negeri itu.

“Mereka berkeras untuk menyingkirkan Abdul Khalid supaya boleh digantikan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi meneruskan apa yang mereka panggil ‘Langkah Kajang’.


“Ketika tumpuan seharusnya terarah kepada kebajikan rakyat dalam menyelesaikan isu berbangkit namun apa yang berlaku cukup menyedihkan, demi impian peribadi,” katanya.

Menurutnya, permainan politik PKR itu semakin menjerat rakyat Selangor dalam ketidaktentuan suasana politik.


“Di sini kita dapat saksikan kelemahan PKR, sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan kepemimpinan parti akan disingkir atau dipulaukan, satu perbuatan yang bertentangan dengan keadilan demokrasi seperti dicanangkan mereka selama ini,” katanya.


Dr Samsul berkata, walaupun dipecat daripada parti, dari segi undang-undang, Abdul Khalid masih lagi Menteri Besar yang sah.


“Abdul Khalid hanya dipecat daripada partinya saja dan ia tidak menjejaskan jawatannya sebagai Menteri Besar dan juga pentadbiran negeri. Situasi ini juga tidak memberi kesan ahli Exco di bawah pentadbiran beliau,” katanya.


Beliau berkata, penyelesaian kemelut itu mungkin ditemui dalam Majlis Dewan Diraja Selangor hari ini.


Sama ada, Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar atau beliau diganti ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan untuk satu pilihan raya negeri, apa yang pasti rakyat sudah muak dengan politik tanpa henti dimainkan PKR.


Melihat apa yang mereka lakukan terhadap individu yang banyak berjasa kepada partinya, mungkin keadilan yang wujud dalam PKR adalah pada namanya saja. - Aizat Sharif

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Bekas isteri, anak menggelupur


Oleh Musa Hassan
Sibu: Seorang lelaki tergamak menyimbah asid dan membiarkan bekas isteri dan anak perempuannya menggelupur kesakitan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Tong Sang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Dora Ganai, 34, dan anak perempuannya, Rabilca Nain, 11, melecur di belakang dan paha selepas bekas suami berusia 30-an menceroboh rumah didiami dua beranak sebelum menyerang mereka.


Sumber berkata, ketika kedua-dua beranak itu sedang nyenyak tidur, mereka dikejutkan dengan kehadiran suspek yang membawa botol berisi asid.



“Suspek kemudian mencurahkan asid ke atas dua beranak yang ketika itu sedang tidur mengiring. Selepas menyimbah asid, suspek melarikan diri meninggalkan mangsa yang meraung kesakitan,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, dua beranak itu bernasib baik kerana asid disimbah suspek tidak terkena muka masing-masing sebalik belakang badan dan paha.


“Kejadian itu mengakibatkan Dora dan anaknya melecur di belakang badan serta kedua-dua paha. Dalam pada itu, wanita itu memberitahu, mereka sudah bercerai dua tahun lalu.

“Mangsa bercerai akibat tidak tahan dengan sikap kaki panas baran serta kuat cemburu bekas suaminya. Mangsa ada memberitahu sepanjang bersama lelaki itu, dia dituduh bertemu lelaki lain malah sering dimaki hamun dan dipukul sebaik pulang dari kerja,” katanya.


Dalam pada itu, polis yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke rumah mangsa sebelum menemui cecair dipercayai asid dalam botol yang ditinggalkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Mayat bogel di puncak bukit


Georgetown: Seorang lelaki warga Bangladesh yang diculik kemudian dijerut hingga maut sebelum mayatnya dalam keadaan bogel ditinggalkan di puncak Bukit Gambir di sini, jam 1.30 petang semalam.
Lebih menyedihkan ketika ditemui mayat mangsa ditinggalkan di celah himpunan daun, manakala mukanya hanya ditutup menggunakan sehelai baju dipercayai miliknya.

Terdahulu rakan senegara mangsa menaruh harapan mangsa masih hidup selepas diculik dan mereka turut membantu pihak polis mengesan lelaki berkenaan, namun mereka kelihatan sebak selepas dimaklumkan penemuan mayat itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 2 petang kelmarin, membabitkan kes penculikan dua lelaki warga Bangladesh.

Beliau berkata, mangsa yang dikenali sebagai Hossin Md Alahi, 39, menerima panggilan daripada suspek yang kononnya ingin mendapatkan perkhidmatan untuk membuat kabinet dapur.

“Mangsa ditemani seorang lagi rakannya yang juga warga Bangladesh kemudian ke sebuah hotel di Bukit Jambul untuk bertemu dengan suspek, sebelum mereka dibawa ke sebuah rumah flat berhampiran.
Foto
ANGGOTA bomba dan polis mengusung mayat mangsa di Bukit Gambir, Pulau Pinang.
“Sejurus tiba di kawasan itu, mangsa didatangi sekumpulan lelaki dipercayai warga Myanmar yang mengaku sebagai anggota polis. Suspek mengarahkan mangsa mengeluarkan dokumen perjalanan untuk diperiksa sebelum dimaklumkan perlu ditahan untuk pemeriksaan lanjut di Balai Polis Bukit Gambir kerana mengemukakan dokumen didakwa palsu.

“Kedua-dua mangsa diikat dan mata ditutup dan dibawa ke Bukit Gambir sebelum dipukul. Suspek kemudian menghubungi seorang rakan lelaki Bangladesh itu bagi meminta wang tebusan sebanyak RM200,000 sebagai syarat membebaskan kedua-duanya,” katanya.
Mior berkata, kira-kira jam 6 petang hari sama, rakan mangsa berjaya melepaskan diri dengan menggigit ikatan tali pada tangannya tanpa disedari suspek ketika itu tidur.

“Lelaki terbabit berjaya sampai di kaki bukit dan kemudian mendapatkan bantuan beberapa rakannya berada di kawasan itu sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian.

“Susulan laporan diterima, kami melakukan gerakan mengesan mangsa, kemudian terpaksa dihentikan pada 7 malam, ketika itu suspek dipercayai sudah melarikan diri.

“Pemeriksaan dilakukan terhadap mayat mangsa menemui kesan jerut pada leher, manakala pakar Forensik dan Pathologi, Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Bhupinder Singh mendapati mangsa sudah meninggal dunia kira-kira 24 jam yang lalu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba bagi membawa mayat mangsa turun dari puncak bukit sejauh tiga kilometer, sebelum dihantar ke HPP untuk di bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Diperkosa kekasih baru dikenali


Kuala Terengganu: Terpedaya dengan ayat manis melalui aplikasi WeChat menyebabkan seorang remaja perempuan dirogol bergilir-gilir teman lelaki yang baru dikenali serta tiga lelaki lain di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai di sini, awal Julai lalu.

Mangsa berusia 14 tahun dikatakan baru berkenalan dengan suspek berusia 22 tahun sebelum mengatur temu janji.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pada mulanya mangsa tidak membuat laporan polis kerana bimbang keselamatannya.



“Mangsa akhirnya membuat laporan selepas dirogol buat kali kedua pada 4 Ogos lalu. mangsa enggan mangsa keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang sebelum dibawa ke sebuah rumah.


Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila terdapat tiga lelaki lain sebelum dirogol bergilir-gilir.


Wan Abd Aziz berkata, mangsa dihantar pulang malam hari sama oleh suspek. “Suspek kemudian cuba untuk menyentuh mangsa namun mangsa merayu supaya dihantar pulang ke rumah. “Mangsa cuba menjerit tetapi suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogol remaja itu,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya itu.


Katanya, suspek tanpa rasa bersalah kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam hari sama.

“Pada mulanya mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya. Namun mangsa akhirnya datang ke balai polis untuk membuat laporan selepas dirogol buat kali kedua pada 4 Ogos lalu.


“Susulan laporan itu, polis menahan suspek yang kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad depan.


“Selain itu polis turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Ajal sebelum hari bahagia


Tampin: Hasrat seorang anggota tentera mendirikan rumah tangga dengan tunangnya tidak kesampaian apabila lelaki terbabit maut dalam kemalangan, petang kelmarin.
Mangsa, Mohd Affandi Arifin, 25, anggota tentera darat di Bahagian Kejuruteraan yang berpangkalan di Port Dickson, dekat sini, dijadualkan berkahwin dengan Nur Hazaliza Rashid, 25, pada November depan.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125ZR dikatakan terbabas ke laluan bertentangan di selekoh Kampung Batang Rokan, di sini, sebelum bertembung dengan motosikal menyebabkannya parah di kepala.
Mangsa dalam perjalanan dari rumah keluarganya di Kampung Ulu Rokan ke Pekan Gemenceh, di sini, sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Tunang mangsa, Hazaliza berkata, kedua-dua keluarga bersepakat mengadakan majlis perkahwinan pada 29 November depan selepas mereka mengikat tali pertunangan dua tahun lalu.

“Segala persiapan sudah diatur, namun kuasa Allah menentukan segalanya. Saya reda menerima ketentuan Ilahi itu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tampin, di sini, semalam.
Foto
JENAZAH Mohd Affandi dituntut keluarganya di Hospital Tampin, semalam.
Menurutnya, Mohd Affandi disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan di hospital sama.

Adik mangsa, Mohd Syukri, 20, berkata, arwah abangnya menunjukkan perubahan apabila memeluk dan mencium ibu mereka berulang kali sambil meminta maaf, Jumaat lalu.
“Dia juga meminta ibu menyediakan lauk kegemarannya iaitu rendang maman selain meminta ibu menyediakan masakan itu lebih untuk disedekahkan kepada seorang rakan karibnya,” katanya. yang turut bersedih dengan kejadian menimpa arwah abangnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

48 korban nahas pesawat


Agensi berita rasmi Iran, IRNA, melaporkan, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam nahas itu.

Pesawat itu, jet Iran-140 yang biasanya digunakan untuk penerbangan jarak dekat terhempas di kawasan kediaman berhampiran Lapangan Terbang Mehrabad, barat Teheran, selepas enjinnya terhenti, lapor IRNA.
“Laporan awal menunjukkan 48 orang yang berada dalam pesawat itu terbunuh, termasuk dua bayi dan tiga kanak-kanak bawah usia 12 tahun,” katanya.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan sumber laporan itu.

Pesawat itu jatuh di blok kediaman di Mina 6 Boulevard. Televisyen Iran pula melaporkan, terdapat 42 penumpang di dalam pesawat malang berkenaan ketika kejadian.
Foto
PENGAWAL Revolusi Iran memeriksa rangka pesawat yang terhempas berhampiran Teheran, semalam.
Menurutnya, pesawat itu, milik Taban AIR. IRNA pula melaporkan ia milik Sepahan Air.

Pesawat Iran-140 ialah kapal terbang penumpang 52 tempat duduk yang dibuat menggunakan teknologi Ukraine. Iran mengalami beberapa siri kemalangan pesawat sejak beberapa tahun kebelakangan akibat pesawat yang sudah berusia dan kerja penyelenggaraan yang buruk.
Kebanyakan pesawat Boeing dikendalikan syarikat penerbangan negara berkenaan dibeli sebelum Revolusi Islam 1979 yang menjejaskan hubungannya dengan Amerika Syarikat dan Eropah.

Sekatan yang dikuatkuasakan Amerika Syarikat dan sekutunya menghalang negara berkenaan membeli pesawat baru buatan Amerika dan juga menyukarkannya mendapatkan alat ganti atau pesawat baru dari Eropah.

Ia menyebabkan negara itu terpaksa bergantung kepada pesawat buatan Russia, kebanyakannya kapal terbang buatan era Soviet.

Kemalangan pesawat terbesar sebelum ini berlaku pada Januari 2011 apabila pesawat Boeng 727 milik Iran Air berkecai ketika mendarat dalam ribut salji di barat laut Iran, meragut 77 nyawa.

Pada Julai 2009, sebuah jet buatan Russia terhempas juga di barat laut negara itu selepas berlepas dari Teheran, menyebabkan 168 orang mati.

Pada 2003, sebuah pesawat Ilyushin buatan Russia yang membawa 76 anggota Pengawal Revolusi terhempas di kawasan pergunungan tenggara Iran, menyebabkan 302 penumpang di dalamnya maut. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Bunuh dengan hajat masuk jel


Michigan: Seorang budak berusia 12 tahun menikam seorang kanak-kanak hingga mati sebelum dengan tenang menelefon polis meminta supaya dia dimasukkan ke penjara.

Suspek, Jamarion Lawhorn menikam Michael Connor Verkerke hingga mati dalam satu serangan di sebuah taman permainan.


Jamarion mengeluarkan pisau dan menikam Verkerke sebanyak empat kali di belakang badannya.



Selepas ditikam dengan teruk, mangsa sempat balik ke rumah bersama adiknya Kameron.


Sebelum rebah di depan rumah, dia memberitahu adiknya: “Jika sesuatu terjadi, ini bukan salah kamu dan saya sentiasa menyayangi kamu.” Keluarga Verkerke mengejarkannya ke hospital, namun kanak-kanak itu tidak sempat diselamatkan.


Sementara itu, Jamarion dilaporkan berlari ke rumah jirannya, Glen Stacy, 34 untuk meminjam telefon.

Menurut Stacy, Jamarion mengaku baru membunuh seseorang yang tidak dikenali.


Sejurus selepas memberitahu perkara itu, Lawhorn membuat panggilan ke balai polis.

“Saya baru membunuh seseorang. Bawa saya pergi. Saya mahu mati dan tak mahu hidup lagi,” katanya.


Jamarion juga mendakwa membenci hidupnya kerana tiada siapa yang menyayanginya dan mengambil terlalu banyak ‘pil.’ Bagaimanapun, menurut Stacy, kanak-kanak itu tidak menunjukkan sebarang tanda khayal. Apabila polis tiba, Jamarion menjerit sambil berjalan ke arah polis dengan menghulurkan tangannya untuk digari. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Nenek sembunyi wang dalam coli


Detroit (AS): Seorang wanita berusia 78 tahun cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Metropolitan di sini untuk ke Filipina bersama wang tunai berjumlah AS$41,000 (RM131,507) yang disembunyikan di dalam seluar dalam, coli dan begnya.

Menurut dokumen mahkamah di Detroit, wanita dari Clearwater, Florida itu cuba menaiki pesawat berkenaan pada 2 April lalu bersama anak perempuannya.


Dia pada mulanya membawa wang tunai RM640, tetapi mengemukakan borang dan mengisytiharkan dia mempunyai wang sebanyak RM3,849, menyebabkan dia disoal pegawai.



Ketika diperiksa, pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan menemui RM25,660 dalam dompetnya, RM41,152 dalam saku dijahit khas pada pakaiannya dan hampir RM3,207 dalam sampul surat.


Dia kemudian mengaku mempunyai RM9,622 dalam pakaiannya dan wang tunai berjumlah sama dalam colinya.


Pemeriksaan selanjutnya membolehkan pegawai menemui RM67,357 lagi dalam seluar dalamnya.

Wanita itu memberitahu pihak berkuasa, dia menjual rumahnya dengan harga RM38,490 sebelum memindahkan sebahagian daripada wang itu menerusi bank ke Filipina dan merancang membawa sebahagian lagi bersamanya.


“Dia tidak memindahkan semua wang itu kerana merasakan lebih selamat untuk membawa sebahagiannya dalam bentuk tunai,” menurut laporan itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Kaku lihat isteri dibaham harimau


Kolkata: Seekor harimau membaham sebelum mengheret seorang wanita ke hutan di depan suaminya.

Pasangan itu bersama seorang jurumudi bot dikatakan menangkap ketam di sungai cetek di Benggala Barat Jumaat lalu.


Haiwan itu menerkam dan mengheret wanita berkenaan ke paya bakau di Hutan Pirkhali kawasan yang terkenal dengan beberapa siri serangan haiwan buas itu, sementara suaminya kaku melihat kejadian berkenaan.



Pegawai hutan Nabin Chandra berkata, operasi mencari dijalankan selepas pihaknya menerima laporan daripada suami mangsa.


Bagaimanapun, usaha itu gagal menemui sebarang kesan mangsa.


Serangan berlaku di Sunderbans, kawasan paya bakau, tempat mengalirnya Sungai Ganges ke Teluk Benggala.

Ia kes keenam yang dilaporkan tahun ini.


Menurut pakar alam sekitar, habitat harimau yang semakin terancam memaksa haiwan itu meluaskan kawasan memburu makanan.

Jun lalu, harimau benggala menerkam lelaki di dalam bot dan mengheretnya ke kawasan paya bakau di depan beberapa anaknya.


Difahamkan, keluarga yang diserang harimau itu juga bekerja sebagai pemungut ketam di Taman Hutan Negara Sunderbans.


Kira-kira 3,200 harimau dipercayai masih berkeliaran di hutan di seluruh India. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Disamun guna perenjat elektrik


Penampang: Sepasang suami isteri bukan saja disamun sekumpulan lelaki malah turut diserang menggunakan alat perenjat elektrik ketika dalam perjalanan pulang ke kuarters pekerja di Kepayan Point, Jalan Lintas Kepayan, dekat sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, mangsa berusia 26 tahun luka di paha manakala isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan, namun beberapa barang kemas, dokumen penting dan wang tunai dilarikan.


Menurut sumber, mangsa bekerja sebagai tukang masak sebuah restoran, manakala isterinya penjaga kedai makanan baru saja selesai bekerja.



“Ketika dalam perjalanan pulang, mereka didatangi sekumpulan lelaki hampir 10 orang yang merampas barang berharga milik mangsa dan isterinya iaitu dompet, rantai dan cincin emas, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai,” katanya di sini, semalam.


Sumber berkata, selepas itu, salah seorang suspek bertindak menghalakan alat perenjat elektrik ke paha kanan mangsa menyebabkan dia rebah sebelum suspek melarikan diri.


“Wanita itu kemudian membantu suaminya dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius, cuba sakit di bahagian paha selepas terkena perenjat elektrik dilakukan salah seorang ahli kumpulan berkenaan,” katanya.


Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Kanak-kanak 10 tahun terjebak dadah


Kuala Terengganu: Ramai remaja anak nelayan di negeri ini berusia 13 hingga 21 tahun dikesan terjebak di dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu Rohayu Ahmad berkata, daerah Kuala Terengganu, Dungun dan Besut mencatatkan jumlah penagih dadah yang ramai.


“Gejala penyalahgunaan dadah dikesan di setiap daerah, namun tiga daerah terbabit mencatatkan bilangan yang sedikit tinggi,” ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka di Wisma Seri Amar di sini, semalam.



Beliau berkata, pihaknya juga mengesan terdapat pengedar dadah yang merekrut pelajar sekolah sebagai ejen dadah.


“Kami sentiasa mengadakan kerjasama dengan pihak polis bagi membanteras kegiatan itu. Kami turut mengesan kanak-kanak seawal usia 10 tahun yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah di negeri ini, namun jumlahnya agak kecil,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

Sawit tumbang ragut nyawa


Temerloh: Seorang lelaki warga emas yang sedang menunggang motosikal terbunuh apabila dihempap pokok sawit berhampiran kawasan Ladang Sawit Endersor, Lanchang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, mangsa, T Thopusy, 63, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan bahagian belakang badan.


Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, mangsa yang bekerja sebagai penjaga kebun dalam perjalanan dari rumahnya di Batu 7, Mentakab di sini, ke kebunnya untuk memulakan tugas.



“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pokok sawit tumbang mendadak lalu menghempap belakang mangsa menyebabkan mangsa tersepit bersama motosikal ditunggangnya.


“Pekerja ladang berada di lokasi kejadian cuba membantu, namun mangsa disahkan mati sejurus pegawai perubatan tiba di lokasi kejadian. Orang ramai terpaksa memotong batang pokok berkenaan untuk mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.


Berdasarkan siasatan, pokok sawit itu dipercayai sudah reput sebelum tumbang dan menghempap mangsa.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.


“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mohd Anuar berkata, polis menasihati pemilik ladang supaya melakukan pemeriksaan kerap dan menebang pokok reput bagi mengelak kejadian berulang.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

2 bot tangkap ikan di kawasan larangan


2014/08/11 - 04:42:48
Parit Buntar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot pukat tunda milik nelayan tempatan berhampiran perairan pantai Kuala Kurau di sini kerana melakukan penangkapan ikan di kawasan larangan, semalam.

Ketua Pangkalan APMM Kuala Kurau, Lt Komander V Siva Kumar, berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima aduan beberapa nelayan pantai berhubung kegiatan di kira-kira dua batu nautika dari muara sungai di sini.


Ketika tinjauan dibuat, pihaknya menemui dua bot pukat tunda dinaiki lima nelayan tempatan menangkap ikan di kawasan berkenaan.

"Juragan kedua-dua bot terbabit cuba melarikan diri namun anggota kami sempat menghalang mereka.

"Kita turut menemui 30 kilogram udang dipercayai hasil tangkapan kumpulan itu.
Siva Kumar berkata, kedua-dua bot bersama lima nelayan terbabit dibawa ke pangkalan APMM bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, siasatan mendapati nombor pendaftaran yang tertera pada dua bot berkenaan adalah milik nelayan tempatan di Kuala Kurau.
“Kita giat memburu pemilik bot terbabit manakala keterangan lima nelayan berkenaan sudah diambil.

“Mereka dilepaskan selepas dikenakan bon jaminan dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.” katanya.

5 warga Thailand tak sempat edar air ketum


2014/08/11 - 04:54:50
5 warga Thailand tak sempat  edar air ketum
5 warga Thailand tak sempat edar air ketum

Alor Gajah: Hasrat lima warga Thailand termasuk dua beranak mengedar air ketum kepada pelanggan musnah diserbu sepasukan pihak polis di sebuah rumah di sekitar Kuala Sungai Baru, dekat sini, tengah hari kelmarin.

Tangkapan kira-kira jam 12.45 tengah hari itu dibuat sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah diketuai Sub Inspektor Jalaludin Mohamad Said.


Dua lelaki dan tiga perempuan berusia antara 16 tahun dan 34 tahun turut ditahan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid, berkata kelima-lima suspek yang bekerja di sebuah kedai makan di Kuala Sungai Baru, berada di dalam rumah berkenaan ketika diserbu, dipercayai menunggu pelanggan.

Suspek tergamam

“Mereka tergamam sebaik menyedari kehadiran polis dan hanya berdiam sebelum rumah berkenaan diperiksa.

“Polis menemui sebuah kotak polisterin di bawah sinki dapur rumah itu yang mengandungi 30 bungkusan plastik lut sinar berisi cecair mengandungi air ketum seberat satu liter setiap bungkus.
“Bahan yang disimpan bersama ais itu dipercayai untuk diedar kepada pelanggan sekitar Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru,” katanya di sini, semalam.

Abd Rahman berkata, setiap bungkusan air ketum dijual pada harga RM10 manakala rampasan membabitkan nilai RM300.

Katanya, semua suspek dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut manakala ujian air kencing mendapati mereka negatif pengambilan dadah.

Beliau berkata, bekalan daun ketum terbabit dipercayai dibawa masuk dari luar kerana jenis yang digunakan tidak ada di daerah ini.

“Tangkapan pertama BSJN Alor Gajah membabitkan pengedaran air ketum di daerah ini melumpuhkan beberapa kegiatan jenayah narkotik dan pengedaran air ketum di sekitar daerah ini.

“Semua suspek direman tiga hari sehingga esok (hari ini) dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 yang membolehkan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara empat tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

60 kediaman rosak kena ribut, hujan batu


2014/08/11 - 05:26:15
Foto
Beberapa kawasan sekitar Segamat dinaiki air selepas kejadian ribut disertai hujan batu, semalam. - Foto Ahmad Ismail

Foto
Bumbung tercabut diterbangkan angin, beberapa kenderaan rosak ditimpa pokok 


Segamat: Sekurang-kurangnya 60 rumah rosak termasuk sebuah rumah terbelah dua akibat dihempap pokok durian sebesar dua pemeluk dalam kejadian ribut yang disertai hujan batu, sekitar bandar ini, kelmarin.


Dalam kejadian kir a-kira setengah jam, mulai jam 6 petang itu, pemilik rumah terbabit, Omar Hassan, 67, dari Kampung Berata, menerima lima jahitan di kaki akibat cedera ditimpa dahan pokok itu yang dipercayai berusia ratusan tahun.

Bagaimanapun, isterinya, Siti Minaton Sabilan, 57, dan cucunya, Nor Qistina Abdullah, 5, terselamat kerana sudah keluar terlebih dahulu.

Kawasan yang turut terjejas termasuk sekitar Jalan Pemuda, Buloh Kasap, Jalan Hussain, Jalan Muar, Taman Bendahara, Taman Laksamana, Kampung Bendahara Lubok Batu, Jalan Temenggung, Kampung Berata, Jalan Omar dan Kampung Paya Dalam.

Halong bunuh seorang, cedera 50


2014/08/11 - 03:59:01 AM Cetak Emel Kawan

Halong bunuh seorang, cedera 50
AM Cetak Emel Kawan
Kereta tenggelam akibat banjir yang dibawa oleh taufan Halong di Kochi, barat Jepun, semalam. - Foto REUTERS
Tokyo: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan lebih 50 cedera apabila ribut tropika ‘Halong’ melanda negara itu dengan hujan dan angin kencang, dan kini bergerak ke Laut Jepun.

Keadaan itu memaksa amaran perpindahan dikeluarkan ke atas 1.2 juta penduduk yang tinggal berhampiran sungai yang airnya mula melimpahi tebing.


Ribut Halong menjejaskan pengangkutan darat dan udara Jepun ketika penduduknya memulakan cuti tahunan Buddha selama seminggu yang dikenali sebagai ‘Obon’.

Gempa bumi

Ribut yang melanda negara Matahari Terbit itu juga datang bersama goncangan gempa bumi pada kekuatan 6.1 magnitud yang melanda luar pantai timur laut berhampiran Aomori.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan mahupun kecederaan dilaporkan. Pihak Berkuasa Peraturan Nuklear berkata kemudahan nuklear di kawasan itu kekal utuh.

Pada asalnya Halong adalah taufan yang akhirnya menjadi ribut tropika, mula menghampiri pantai barat daya dan menyebabkan dua kejadian tanah runtuh di Pulau Shikoku dan Hyogo di wilayah barat Jepun.
Ia kini menghala ke Laut Jepun dari pantai utara berhampiran Kyoto, dan seterusnya hilang kekuatan dalam tempoh 12 jam akan datang.

Keluar amaran

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tertinggi hujan lebat melanda wilayah Mie di tengah Jepun, menyebabkan kedua-dua bandar mengarahkan kira-kira 570,000 penduduk berhampiran sungai untuk berpindah.

Manakala 600,000 orang pula dinasihatkan berpindah di seluruh negara sebelum nasihat itu ditarik balik kerana ribut mula bergerak ke arah utara.

Di Iwate, utara Jepun, seorang lelaki berusia 78 tahun ditemui mati lewat kelmarin selepas jatuh terjunam ke dalam terusan pengairan yang melimpah di ladangnya. - AP

Bunyi letupan di lokasi nahas



KUMPULAN penyiasat yang berada di lokasi nahas pesawat MH17 di Donestk, timur Ukraine perlu lebih berhati-hati berikutan konflik masih tegang antara pasukan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.


SEPANG – Terdengar bunyi letupan bom dan tembak-menembak antara pengalaman getir yang dilalui kumpulan pertama pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam misi siasatan nahas pesawat MH17 di Donestk, timur Ukraine sepanjang 10 hari mereka berada di negara itu.
Mereka yang terdiri daripada 21 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan enam komando VAT69 juga hanya sempat memasuki lokasi nahas dua atau tiga kali kerana tercetus konflik antara pasukan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.
Ketua kumpulan pertama itu, Deputi Superintendan Law Pang Tai berkata, disebabkan kawasan itu masih tegang, pasukannya terpaksa menunggu giliran mereka, selain pasukan dari Belanda dan Australia untuk memasuki lokasi tersebut bagi menjalankan operasi.
“Kami hanya dapat berada di lokasi itu paling lama dalam lingkungan dua hingga tiga jam bersama pasukan dari negara lain.
“Tugasan ini sangat mencabar kerana bunyi letupan bom dan tembak-menembak kedengaran begitu dekat dengan kami, namun ia tidak menggentarkan semangat kami,” katanya.

MUHAMAD FUZI (kanan) bersalaman dengan pasukan khas PDRM ke Ukraine semasa menyambut ketibaan mereka di KLIA, Sepang semalam.


Pang Tai yang merupakan Timbalan Pegawai Pemerintah FRU Johor Bahru berkata demikian kepada pemberita selepas tiba bersama pasukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
Pasukan yang tiba pada pukul 6.30 pagi tersebut disambut oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Seri Muhamad Fuzi Harun selain ahli keluarga masing-masing.
Sementara itu, anggota VAT69, Sarjan Mohd. Zulkifli Ali berkata, pasukan Malaysia juga tidak dibenarkan membawa senjata ke lokasi kejadian kerana keadaan di sana masih tegang.
“Suasana mula tegang beberapa hari lalu kerana puak bertelagah saling berbalas serangan dan kami hanya dapat masuk ke lokasi nahas jika selamat kerana bimbang terkena peluru atau bom,” ceritanya.
Dalam pada itu, Muhamad Fuzi memberitahu, kumpulan kedua terdiri daripada 11 anggota forensik PDRM pula tiba petang semalam, manakala kumpulan terakhir yang turut disertai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dijangka tiba Selasa ini.
Penerbangan MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lalu.
Pesawat terbabit yang membawa 283 penumpang dan 15 kru dipercayai ditembak jatuh.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3A2HPCWI2 
Hakcipta terpelihara 

Mayat wanita dibuang dalam longkang tepi jalan



ANGGOTA forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian mayat seorang wanita ditemui di Taman Gemas Jaya, Gemas, Negeri Sembilan kelmarin.


GEMAS - Seorang wanita disyaki dibunuh dengan kejam disumbat ke dalam beg pakaian sebelum ditinggalkan di dalam longkang tepi jalan Taman Gemas Jaya, di sini kelmarin.
Kejadian itu terbongkar apabila seorang pekerja kedai perabot yang melalui lokasi kejadian pada pukul 5 petang curiga dengan kandungan beg berwarna hitam berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, pasukan forensik yang melakukan siasatan di lokasi kejadian mendapati beg bersaiz 0.6 meter itu dikunci dengan mangga dan diikat dengan tali.
"Terdapat mayat seorang wanita dewasa dipercayai berusia lingkungan 20-an dan lengkap berpakaian di dalamnya.
"Ada kesan luka sepanjang enam sentimeter pada dahi si mati dipercayai dihentak dengan senjata tumpul. Kedua-dua tangannya pula lebam dengan dua jari tangan kiri hancur," katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3A2GztMDE 
Hakcipta terpelihara 

Wanita Indonesia dibaham buaya



ATTA menunjukkan lokasi mangsa dipercayai dibaham buaya di Batang Lupar, Sri Aman, Sarawak kelmarin.


SRI AMAN – Keseronokan dua sahabat wanita warga Indonesia mandi di Batang Lupar berhampiran Kampung Temelan di sini berakhir dengan tragedi selepas salah seorang daripada mereka hilang dipercayai dibaham seekor buaya petang kelmarin.
Tuai Rumah Kampung Temelan Ili, Atta Bunya, 64, berkata, dalam kejadian kira-kira 6.15 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Usnita, 26, sedang mandi bersama rakannya di tebing sungai berkenaan.
Katanya, dia mengetahui kejadian itu selepas penduduk kampung memberitahu, ada serangan buaya di kampung bersebelahan.
“Saya dan penduduk kampung bergegas ke kawasan kejadian dan mengarahkan orang ramai turun mencari mangsa yang dipercayai dibaham seekor buaya
“Gerakan mencari bermula pukul 6.30 petang di sepanjang Batang Lupar namun mangsa gagal ditemui sehingga operasi pencarian ditamatkan sekitar 2 pagi,” katanya kepada pemberita di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3A2GrLThk 
Hakcipta terpelihara 

Tok Hwa diberi kata dua


TOK HWA


GEORGE TOWN - Pihak polis memberi kata dua kepada seorang wanita, Chew Tok Hwa supaya menyerah diri atau berdepan tindakan tegas setelah dia dipercayai menjadi salah seorang penganjur pesta bogel yang diadakan di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang pada 30 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, Tok Hwa, 57, merupakan individu penting yang mempunyai banyak maklumat yang diperlukan bagi membantu siasatan polis berhubung penganjuran aktiviti tidak bermoral itu.
"Jangan bersembunyi. Serah diri kepada polis dengan pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd. Sani Mat Ali di talian 012-5424455 untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Fah Hin, sekiranya wanita berkenaan gagal berbuat demikian, polis akan tetap memburunya walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lama.
Katanya lagi, hasil siasatan polis mendapati, wanita tersebut sedang bersemb


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3A2GXuv9Y 
Hakcipta terpelihara 

Pesawat Iran terhempas, 39 terkorban



BEBERAPA anggota pasukan pertahanan Iran mengawal lokasi nahas itu.


TEHERAN - Sebuah pesawat awam terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Mehrabad di sini menyebabkan 39 orang terkorban dan sembilan orang lagi cedera.
Menurut agensi berita IRNA dan Fars, pesawat berkenaan dalam perjalanan menuju ke bandar Tabas, timur negara ini..
Dalam kejadian pada pukul 9.18 pagi itu, pesawat tersebut jatuh terhempas di kawasan kejiranan Azadi di sini, berdekatan dengan kawasan kediaman untuk anggota tentera.
"Semua penumpang pesawat itu dilaporkan terbunuh," kata jurucakap pasukan bomba kepada IRNA.
Timbalan Menteri Pengangkutan Iran, Ahmad Majidi berkata, pesawat Antonov An-140 milik syarikat Sepahan Airlines itu turut membawa enam kanak-kanak dan lapan kru.
Pegawai-pegawai berkata, kapal terbang itu melanggar tembok dan pokok-pokok berdekatan dengan pasar.
"Tempat kejadian begitu dahsyat, bahagian belakang kapal terbang berada di tengah-tengah jalan," kata seorang saksi.
"Kita bernasib baik kerana kira-kira 500 meter dari tempat kejadian itu, terdapat pasar dan orang ramai sedang berada di situ," kata seorang lagi saksi kepada sebuah stesen televisyen.
Pesawat ringan itu direka untuk kegunaan domestik.
Masalah enjin mungkin menjadi punca nahas.
Seorang lagi saksi berkata, orang ramai melarikan diri semasa pesawat tersebut terhempas.
Menurutnya, dia terdengar dua hingga tiga letupan kuat semasa pesawat tersebut terhempas.
Pada Julai 2009, sebuah pesawat buatan Rusia terhempas sejurus selepas berlepas di Teheran menyebabkan 168 orang terkorban.
- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3A2EgF6dY 
Hakcipta terpelihara